View Full Version : Resepi Air Sirap
Bahan-bahan:
1. Kelapa Parut - 4 bijik
2. Keju - 2 keping
3. Buah duku - 12 bijik
4. Anak kucing - 2 ekor
5. Air sirap - 1 gelas
Cara membuatnya:
Parut kelapa sehingga menjadi santan, selepas itu makan keju 2 keping itu sehingga habis (pasti kan keju itu sejuk so baru la sedap dimakan).
Selepas habis makan keju, bermain2 lah dgn anak kucing kesayangan anda.
Selepas penat bermain, tentu anda terasa haus. Minum lah air sirap anda sepuas hati..
Selamat mencuba.
suntut77338
08-01-06, 03:57 AM
kalau nak buat sirap bandung....tambah sedikit garam dalamnya..supaya rasa lemak......................cuba try..mesti sedap punya
Apa lah merepek nih....resepi tu kalau dijamu kat org..org pon x nak minum...dok perli adalah..mana nak letak kemaluan?hahhahahahaha
Mcm nih, cheq listkan menu resepi air sirap yg best...khas tuk yg bujang...
A) Sirap biasa
- jug, gula, pewarna sirap yg anda suka, ais cube..
- campur gula (agak agak tau) & perwarna sirap ngan sikit air panas..press jer kat water heater tu..tujuan nyer nak meratakan gula & pewarna..
- then campur air masak..kasik kacau air tu satu jug, kalau tawar + gula..ikut sedap anda ler
- then carik glas + ais...minum...
B) Sirap biasa + hiasan (penyedap rasa)
- cara2 cm yg atas, at the end campur selasih ( yg telah direndam ngan air panas) then minum..resepi ni sesuai masa musim panas..heee
- cara sama gak ngan atas, kali ni + cincau..., kasik potong halus2 ikut suka anda then minum...sedap nyer aiiii
C) Sirap Peach
- campur sanquik 2 / 3 sudu penuh...
- cari sanquik oren atau oren mandarin..lagi sedap yg nih...
air sirap ni universal tau... kite boleh campur ngan macam 2.... numb pernah try campur ngan sanquik macam nunu ckap tu.... memang sedap
sirap cincau....
1. buat air sirap macam biase....
2. potong cincau dalam bentuk kiub....
3.masukkan cincau dalm air sirap....
4.boh ais kalo nak sejuk....
bile korng minum bayangkan macam korang telan anak2 berudu.... perghhhh... ade trill betul minum sirap macam ni.... baru x de rase jemu minum sirap..... heheee:D
Air sirap sedap sbb dia melambangkan warna bunga ros jd belilah sirap cap bunga ros
jongoss ..... ape la yg dimerepekkan ni?? jongoss ni pembekal sirap cap bunga ros ke?? buat iklan nmpk......
numb ade lagi satu resepi air sirap.....
air sirap kanak2 ribina....
-sediakan sirap macam biase....
-campurkan ngan air ribina....
-potong buah anggur kecik2... sukati la nak potong macam mane... tapi lebih elok potong dadu....
-letak ais
-minum
-pening...... kekeke.... ni kalo x tahan pening la.....:D
Apa lah merepek nih....resepi tu kalau dijamu kat org..org pon x nak minum...dok perli adalah..mana nak letak kemaluan?hahhahahahaha
Mcm nih, cheq listkan menu resepi air sirap yg best...khas tuk yg bujang...
A) Sirap biasa
- jug, gula, pewarna sirap yg anda suka, ais cube..
- campur gula (agak agak tau) & perwarna sirap ngan sikit air panas..press jer kat water heater tu..tujuan nyer nak meratakan gula & pewarna..
- then campur air masak..kasik kacau air tu satu jug, kalau tawar + gula..ikut sedap anda ler
- then carik glas + ais...minum...
B) Sirap biasa + hiasan (penyedap rasa)
- cara2 cm yg atas, at the end campur selasih ( yg telah direndam ngan air panas) then minum..resepi ni sesuai masa musim panas..heee
- cara sama gak ngan atas, kali ni + cincau..., kasik potong halus2 ikut suka anda then minum...sedap nyer aiiii
C) Sirap Peach
- campur sanquik 2 / 3 sudu penuh...
- cari sanquik oren atau oren mandarin..lagi sedap yg nih...
Yo babe .. ever tried SIRAP PANDAN?
Same procedure applies to para A) cuma taruk daun pandan .. man!! I tell u .. terangkat arr .. Me gramma used to do that especially masa bulan posa ..
mas-turman
05-05-06, 11:51 AM
ni petua nak buat sirap kodial sendiri
ketama ambil gula sekilo pastu kasi goreng (jgn buh minyak lak)
agak agak dah kuning pastu baru masuk kan air
kasi rebus bersama pewarna merah atau ijau
kacau sehingga sebati...
then jadilah kodial sirap (pati)
kalau nak rasa cam punch fruit masa nak bancuh tuh
buh ler sunquick sikit pastu buh air sejuk...fuh!!! dap dap...
Yo babe .. ever tried SIRAP PANDAN?
Same procedure applies to para A) cuma taruk daun pandan .. man!! I tell u .. terangkat arr .. Me gramma used to do that especially masa bulan posa ..
Yes Abetan I had try before..originally receipe from kampung..kelebihannya bila stat bancuh dan minum taruk ais ketul terasa daun pandan arr..sesuai juge minum masa musim panas..
cite pasal pandan ni kan... bukan je sedap taruk dlm air sirap.... kalo korng taruk dalam air masak mati pun blh buat air tu rase sedap... ngan bau yg harum lagi..... air masak mati pun layannnnnnn inikan pulak air sirap.....
Midnakal
08-05-06, 06:09 PM
uikkk iyer ker.... tak pernah pulak aku try letak kat dlm air masak...wah...ini nak kena try niehhhh.
tandoori
24-06-06, 10:42 PM
Bandung strawberi:
1 Botol air strawberi F&N ke, Mirinda ke
1/2 - 1 Tin Susu Cair F&N ke, Carnation ke, Ideal ke
Air Batu ketul bulat-bulat
Cara-cara:
Masukkan air strawberi dalam jug. Masukkan air batu dan kacau hingga rata. Finally masukkan susu cair. Jangan masukkan susu dulu sebelum masuk air batu nanti susu berketul2. Lagi satu air hendaklah sentiasa dikacau semasa memasukkan susu cair.
Selamat Mencuba.
Masa bulan pose ni nunu saje ajer try wat air nih..tapi nak kena minum ngan air sejuk / taruh ais..ni resepinyer yg cukup simple, rasa pun sedap
- Air teh yg siap di bancuh ( gunakan teh yg tiada bau, teh kosong)
- sila tambahkan sedikit perisa sirap ( setengah dari sudu camca kecil)
- 2 helai daun pandan, yg telah dibasuh bersih dan di ikat simpul
- campur kan semua bahan2 dlm jug, gaul, manis tu secukup rasa dan tambahkan sedikit ais sebelum hidang
- selamat mencuba -
chris21
15-10-06, 06:19 PM
hai nunu ..
bestnya resepi chef nunu ni ...
sebenarnya muskil sikit resepi ni ..
pasal nunu tak bagi tau kapasiti, untuk berapa orang minum.
takut nanti tak cukup rasa pula.
Just nak kongsi rahsia sirap bandung kegemaran ku..
memula tuang ais krim soda sebotol besar dalam jag...
then masukkan sirap dalam 2-3 sudu besar...
then masukkan suku tin condense milk...
then sesudu makan oren juice..
balance ruang jag tu taruk ais ketul...
kalau nak sedap...kasi blender semua air tu sesaat dua...
hehehe..
sure korang tak caya rasanya
hai nunu ..
bestnya resepi chef nunu ni ...
sebenarnya muskil sikit resepi ni ..
pasal nunu tak bagi tau kapasiti, untuk berapa orang minum.
takut nanti tak cukup rasa pula.
kalau kapasiti tu..agak2 lar byk mana air teh tu di bancuh...ada setengah org bacuh air teh panas dlm teko / jug plastik..dah tentu saiz pun berbeza..ikut pengalaman tak bancuhan bawah tu bole served tuk 5-6 org kut
ArisshaSofea
18-10-06, 03:44 PM
AIR KACANG MERAH
Bahan- Bahan
Kacang merah secukupnya 1mangkuk
air utk merebus kacang merah
(rebuskan kacang merah sampai lembut/pecah) susu cair 2 tin besar
(mengikut sukatan kacang merah)
gula melaka 2-3 buku
(kalau manis masukkan air sedikit hingga
rasanya sbati...tambah gula pasir
kalau kurang manis
Cara-Cara
Kacang merah yang di rebus tadi pastikan air rebusannya tidak kering,tambahkan air kalau airnya hampir kering,selepas lembut masukan
susu cair(ideal kalau nak tambah sedap),
kacau rata agar tidak hangus dibawah,biarkan mendidih,masukan gula melaka,biarkan gula melaka cair.Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk tambahkan ketulan ais sebelum dihidang.
MINUMAN - AIR LIMAU ASAM BOI
Bahan-bahan :
1 pkt asam boi
Limau kasturi
Air gula
Ais
Cara-caranya :
1. Campurkan air gula, asam boi dan air masak ke dalam jug atau punch bowl, agak-agak manis. Kemudian perahkan limau kasturi, jangan buang kulitnya. Campurkan sekali dalam air tadi. Simpan dalam fridge.
2. Bila nak menghidang, baru dicampur dengan ketulan ais. Its refreshing!!
AIR TEMBIKAI BERSODA
Bahan2nya :
1 biji nenas
1 biji buah tembikai
2 biji limau nipis
1 botol ice cream soda
1½ cawan air gula
Cara Membuatnya :
1. Nenas dikupas kulitnya, kemudian campurkan dengan ½ daripada buah tembikai.
2. Masukkan kedalam blender bersama-sama dengan air gula, kisar hingga hancur. Kemudian ditapis.
3. Buah tembikai yg setengah lagi dipotong dadu. Masukkan kedalam air nenas tadi.
4. Tuangkan ice cream soda dan perah air limau serta kacau rata2.
5. Sejukkan.
PUNCH TEA
1 ct. serbuk teh
1/2 cawan air mendidih
250 ml air ] dibuat
100 gm. gula pasir ] sirap
1/2 botol ais krim soda
2 biji limau nipis
1 biji oren
Cara-caranya :
1. Masukkan daun teh dalam ½ cawan air mendidih, kemudian tapiskan dan sejukkan.
2. Buat sirap, tapis dan sejukkan. Perah jus limau nipis dan oren.
3. Campurkan semua bahan dan sejukkan sebelum menghidang.
pokjeng
29-03-07, 01:30 AM
Air Bandung Istimewa
Bahan-Bahan:
1 liter air
½ tin susu cair
1 botol Sprite/7-Up
½ biji epal 50 gm tembikai
1 camca teh selasih
Sirap secukupnya
Cara:
Rendam selasih 5 minit. Epal yang dikupas kulitnya dan tembikai dipotong dadu kecil-kecil. Satukan air, sirap, susu dan Sprite/7-Up. Kacau rata. Kemudian campurkan buah-buahan dan selasih. Kacau hingga rata.
pokjeng
29-03-07, 01:31 AM
Air Cacamarba
Bahan-Bahan:
3 tin @1 botol besar ice cream soda
1 tin nenas cube / slices
1 tin laici
1 tin longan
1 tin strawberi
1 tin nata de cocoa
1 tin fruit cocktail
1 biji oren slice
Air batu
Daun pudina
Cara:
Campurkan kesemua bahan di dalam tin ke dalam sebuah mangkuk besar. Masukkan ais batu. Akhir sekali hias dengan hirisan oren dan daun pudina.
kolekgam
15-01-08, 08:25 PM
Sirap Manis Masin
Resipi ni aku discover masa kenduri rumah Pak Sedara aku..
Memula terkejut beruk gak tengok pembuatan air ni..
Tapi bila dah rasa.. menarik gak..
1 tong air yang dah dimasak.. (Kalau untuk kenduri laa )
1 kg gula.
1 botol sirap cap rose..
Kacau sampai rasa manis.. Bila dah puas hati..
Bubuh..
2 sudu besar garam halus dan kacau balik..
Pastu Minum...
harumaniz
18-01-08, 09:54 AM
air susu tembikai (bukan tembikai susu)
ramuan:
1. susu segar, preferably HL sebab ade rase vanilla sket.
2. tembikai
3. ais hancur
4. lemon / limau nipis (optional)
cara2:
1. potong dadu tembikai. ikut sukati korang la bape banyak tp aku try td 1/4 tembikai boleh buat utk 2-3 cawan. letak tembikai dalam cawan.
2. tuang susu dalam cawan tadi.
3. lenyek2kan tembikai tadi gune sudu. dah agak2 merah je susu tu kacau.
4. tuangkan ais dan kalau suke, boleh perah sikit lemon or limau nipis. jangan perah banyak sangat nanti menyengat sgt.
5. minum susu tembikai tu sekali ngan isi tembikai. korang akan mendapati bahawa bukan sahaja kehausan korang dapat dipuaskan, malahan dpt juga memenuhkan perut yg lapar.
6. aku rase nak buat balik la air ni. ngidam le pulak haha chalos!
tips - kalau nak wat ice blended pun boleh gak. tuang semua bahan2 td dlm blender je. pastu last sekali letak krim. kalau xde krim, amek sket susu dan panaskan dlm periuk perlahan atas api kecik selama 20 mins. biar dia ala2 pekat. pastikan kacau sampai abes susu tu kalau x nanti x jadi. pastu boleh tuang dlm susu tadi tu. mmg mantap.
siputsedut
09-06-08, 10:45 PM
Sirap Bandung Kaw-kaw
Bahan-bahan
1. air sirap
2. susu cair
3. air soda. ( ais cream soda )
cara
campur la semua tu.. ikut citarasa memasing.
landmark1123heavy
21-06-08, 05:29 AM
resepi saya cukup senang..... spt ABC
sirap oren...
1. sirap F&N
2. oren F&N
sebab apa F&N?, sebab air dia ni dah manis tak payah tambah gula..
campurkan sirap & oren ni bersama...
try sikit2 mengikut selera...
tapi saya suka 70% oren, 30% sirap, & setengah gelas ice...
mmg sedap rasanya....
goolydent
24-06-08, 06:17 PM
sirap buat sendiri lagi best..
bahan.. gula, pewarna merah, daun pandan dan perasa banana..
cuba buat gerenti best...
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.