View Full Version : Ferrari...
spongebob
24-10-05, 04:26 PM
Baru balik test Drive FERRARI 612 Scaglietti......power siuttt keta ni..V12 / 5.8 CC....tertinggal badan aku...
Kereta ni very simple...yet dia punya interior...memang detail, ...
Jarang Ferrari ada Front Engine Car.....this is one of em...
spongebob
25-10-05, 06:31 PM
Nah…meh nak citer sikit pasal 612 Scaglietti nih…Kereta ni di Design oleh PININFARINA sebagai mengenang seorang mamat nih nama Sergio Scaglietti,
Chasis kereta ni dari Aluminim….dan bodywork dia dari light aluminium..
Kereta ni dari jenis 2+2 Coupe…so boleh naik 4 orang, tapi dari apa yang aku nengok…seat 2 kat belakang tu buat syarat jer.., 612 Scaglietti ni tak jauh beza ngan FERRARI 456, Cuma beza dari segi cc dan transmisi gear…
612 scaglietti menggunakan 6 speed F1 shift gear…dimana penambahan gear dilakukan dengan cara tap pedal kanan (belakang stering)…dan down gear pada pedal sebelah kiri…
Semasa gear Free (neutral)…tekan minyak (RPM 6000)…pas tu tap pedal 1st gear….Zrommmmmm….nyawa jalan dulu beb…..badan tinggal….pas tu tap 2nd gear….sekali lagi nyawa jalan dulu beb…..dia punya G-Force…memang terasa sampai sejuk perut……kalau bawak awek…komfom kencing………aku tak galakkan untuk wanita2 mengandung,…pesakit2 jantung….dan darah tinggi…
Dari segi street performance…612 scaglietti jauh lebih slow jika nak dibandingkan dengan 360 Modena…atau pun 355 Berlinetta….ini mungkin disebabkan oleh power distribution rear engine lebih bagus dari front engine….I’m not sure bout traction control… tapi cornering kereta ni memang melekat…..mungkin juga sebab tayar Pirelli P Zero dan rim 19†kot…..
Bunyi Engine 612 scaglietti…amat mendukacitakan…..walaupun berkuasa 5.8 cc V12…bunyi nya senyap dan apabila pedal minyak ditekan…baru keluar bunyi mengaum…tu pun tak berapa garang..kalau nak dibandingkan dengan 360 Modena ataupun 355 Berlinetta….
Apa2 pun..kereta ni memang best….sound system BECKER Silverstone….electronic indicator LCD screen….vacum mirror…electronic seat…Cuma harga jer tak best.
Ok kengkawan…tunggu aku review F340 lak…..chiowww
spongebob
28-10-05, 05:41 PM
Seperti yang saya janjikan..hari ni saya akan review kereta FERRARI F340,…
So far…this is the best FERRARI yang aku penah lenjan…tapi sorry geng aku tak dapat nak ambik gambar engine dia..sebab dah seal ngan white tape…kereta ni Fresh datang dari Maranello, Italy…sebab tu…dia seal dengan white tape…macam biasa la...body design by PININFARINA
Kereta ni memang betul2 ikut spec F1….dari segi stearing setting (integrated systems governing vehicle dynamics)…gear F1 Shift pedal…traction control dan engine sound… Cuma CC dan Valve jer tak sama….bunyi engine dia memang stimmmmmmm….
FERRARI F430 ni ialah upgrade version dari model MODENA 360..., Cuma bahagian belakang dengan facelift depan ada buat sikit cosmetic change…. F430 …Rear Engine...masa 'ram' minyak...macam ada singa mengaum kat belakang telinga aku....
Nanti aku review…. Full Report and Handling
P/s : cuba nengok attachment…Handsome tak aku..kekekek..jangan dengki lak
spongebob
29-10-05, 06:42 PM
Seperti Yang dijanjikan…kali ni aku nak cerita pasal FERRARI F430 punya performance….. untuk pengetahuan kawan2 semua…FERRARI F430 ni agak berbeza dengan sports car yang lain…walaupun menggunakan kunci untuk ‘ON’ Ignition…engine Cuma boleh dihidupkan dengan menekan ‘START’ Button dekat stearing (refer attachment)…kalau tak tekan…sampai malam pun kereta tu tak gerak..kekekeke…
Kalau 612 Scaglietti menggunakan gear kecil untuk shift kepada Reverse Mode…F430 pula menggunakan Button ‘R’ untuk seleksi gear Reverse…untuk gear 1 hingga 6….F430 menggunakan F1 shift Gear.
Disebabkan masa tu hujan rintik2…so aku tak boleh la nak lenjan kaw2….pada kedudukan static…’Ram’ minyak hingga RPM 6000(Stimmm suit bunyi dia)..tap first gear….terus spin…boleh rasa traction control dia punya function…perghhh !!...gear 1 boleh cecah 110kmh…tap gear 2…tarik sampai 150mh….(badan melekat kat seat)..tap gear 3…..turbo On…. 200kmh….(rasa cam slow jer..padahal dah 200)…tap gear 4….sekali lagi turbo charge…260kmh….(laju gila beb…..)…tap gear 5….turbo dia baru nak charge…aku dah tak berani nak tekan lagi….sebab keadaan jalan yang basah….tekan brake….drop gear (bunyi masa tukar low gear…sebiji macam bunyi kereta F1)…. Just imagine how powerful kereta ni…..dalam jarak 1km….meter dia boleh cecah 260kmh… itu pun bawak takut2….aku ingat kalau jalan kering…. Mau habis meter tu aku tekan……but anyway..kereta ni memang ada character dan karisma…..first time dapat rasa turbo charger punya function…(tak silap aku…F430 ni double turbo Charger)….memang terasa tekanan G force dia……
Lepas test drive…aku balik naik wira ngan member aku….terasa menyampah lak naik keta selain dari FERRARI ni…tapi itu lah hakikat…nampak gaya...kena kerja 10 kali ganda la kalau nak pakai kereta FERRARI nih.....tak boleh la nak enjoy selalu...kekekeke
Ok lah geng…ada masa nanti aku akan review FERRARI yang lain pulak…kalau ada rezeki nanti aku Review 360 MODENA...355 BERLINETTA....550 MARANELLO dan lain2....
spongebob
04-02-06, 12:11 PM
Berjumpa lagi kita didalam ruangan sembang FERRARI….pada kali ini saya ingin membawa korang untuk menjenguk model 360 MODENA….kereta ini adalah hasil kerja dari PININFARINA dan jentera ini mempunyai 8 cylinder 3.6 litre Engine, Chasis Kereta ini pada dasarnya sama dengan Model F430….. Cuma F430 telah diperbaiki dan telah menjalani Cosmetic Change yang ketara. MODENA 360 tidak menggunakan electric start….untuk menghidupkan engine… kelebihan untuk kereta2 FERRARI yang menggunakan F1 shift gear ialah…. ianya menggunakan konsep transmisi automatic…tetapi secara fizikalnya ia adalah jentera manual…itulah yang membezakan Tiptronic….Shift Tronic dan F1 Shift Gear…Senang cerita la….Transmisi Automatik..tapi gearbox manual….Semua jenis kereta berkonsepkan F1 mempunyai Clutch plate…dan clutch plate ini mudah overheating jika kereta tersekat di kesesakan jalanraya.
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrarimodena360a.jpg
Saya tidak berkesempatan untuk test drive kereta ini kerana pada hari itu….Cuma 4 Cylinder sahaja yang berfungsi..manakala 4 Cylinder lagi mengalami gangguan Injection Fuel pump….Engineer dari Ferrari telah dipanggil untuk memperbaiki kerosakan dan kereta dijangka siap pada minggu hadapan….
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrarimodena360b.jpg
Saya akan mengulas dengan lebih detail lagi…..pada episode yang akan datang
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrarimodena360c.jpg
P/s :- Brother yang posing tu Test Driver Ferrari... oooooooo
spongebob
10-02-06, 02:31 PM
ENZO FERRARI
Baru2 ini saya berkesempatan untuk sneak preview sebuah jentera FERRARI yang paling cantik diantara model2 FERRARI yang ada….Kenderaan tersebut ialah dari Model ENZO FERRARI…(sebelumnya dikenali sebagai FX60)…FERRARI ENZO ini ialah hasil imaginasi PININFARINA dan ianya adalah satu2nya model FERRARI yang menggunakan Scissors Door (Vertical ) yang lazimnya digunakan oleh kenderaan jenis Lamborghini….
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/FerrariEnzob.jpg
Model ENZO ini Cuma dikeluarkan sebanyak 399 biji sahaja didalam dunia ini dan harganya termasuk dengan duti mencecah RM6.1 juta. ….ENZO menggunakan rear engine dan system yang terdapat pada kereta ini adalah seakan2 system Jentera F1 yang sebenar… kereta ini mempunyai Hydraulic suspension dan menggunakan transmisi F1 shift gear….Pada kelajuan yang maksimum..suspension kereta ini akan menurun secara automatic untuk kuasa downforce yang maksimum….ENZO juga dilengkapi dengan Traction Control untuk mengimbangi kuasa pecutan semasa gear 1 khususnya..
Kereta ini tidak mempunyai ciri2 mewah seperti kenderaan2 yang lain kerana selain dari tiada electric window..kereta ini juga tidak mempunyai radio….
ENZO Cuma dikeluarkan untuk Left Hand Drive sahaja…dan saya tidak rasa kereta ini sesuai untuk digunakan di Malaysia…..
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/FerrariEnzoa.jpg
Kereta ini dibangunkan untuk mengenang pengasas FERRARI….bersesuaian dengan namanya yang diabadikan sebagai Model kereta itu sendiri….
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/FerrariEnzoc.jpg
Saya akan review kereta ini secara lebih detail..pada episode yang akan datang
P/s : Yang posing tu......member baik ROSS BRAWN ...ngan TODT
bob,apsal enjin dia kotor cam berhabuk?
takde sape ke nak lapkan...kalau takde orang aku bleh bersihkan
eh bob,dengar cite,ferrari hanya bleh pakai minyak shell jer ke
minyak petrol ngan minyak enjin,aku ada baca kat mana ntah tak ingat
kalau pakai brand lain and something wrong jadi kat enjin tu,void warranty,betul ke?
anyway,ur lucky dude,orang lain dok bleh usha dari jauh kau dah bleh duduk dalam enzo
bak kate selim..cilaka kekekeke
tuuuu tuuu........ko kira untung la bob.........apa kate ko buat lawatan ke tempat simpanan kereta ni bersama warga mykakis...........mesti ramai yg nak polow........
lazirays
16-02-06, 01:44 PM
lawa gila...mcm transformer pun ada :)
spongebob
16-02-06, 09:53 PM
Ya…bertemu lagi kita dalam ruangan FERRARI ….kali ini saya berkesempatan untuk memandu uji FERRARI 308 GTB…..FERRARI ini amat popular didalam tahun 80-an dan kalau masih segar dalam ingatan …cerita Magnum P.I menggunakan kereta dari jenis ini….kereta yang saya uji ini ialah keluaran tahun 1982…dan amat memeranjatkan apabila melihat pada speedo meternya…kereta ini baru sahaja bergerak sejauh lebih kurang 6,447 km (ODO)…
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrari308a.jpg
FERRARI 308 GTB menggunakan Mid engine yang berkuasa 3000 CC…. DOHC V-8 dan direkabentuk oleh syarikat PININFARINA….secara amnya….FERRARI 308 GTB ini ialah kenderaan rujukan bagi FERRARI 348 TS….
Walaupun aircond dipasang full….tetapi saya masih jugak berpeluh2 untuk memusingkan stearingnya….dan perhatian terhadap pemanduan boleh terjejas kerana asyik berdoa supaya engine tidak mati semasa gear 1…. Kekekekeke, lepas masuk gear 2…dah ok sikit….
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrari308b.jpg
Terus terang disini…kereta ini bukanlah kereta yang boleh dipandu uji oleh sembarangan orang,….lebih2 lagi yang mempunyai sakit 'Gaout' ataupun lemah sendi2 tulang…. Saya sendiri gagal untuk memandu kereta ini dalam keadaan stabil, oleh kerana clutchnya yang keras dan steringnya yang berat…kereta ini tidak mempunyai power stearing dan lebih buruk lagi jika memandu kereta ini dalam kesesakan lalu lintas… disebabkan clutchnya yang keras dikhuatiri akan menyebabkan kenderaan jerking ataupun over spin jika tidak betul dilaraskan dengan minyak…..
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrari308c.jpg
berjumpa lagi kita di edisi yang lain......Vrommmmmmm....!!!,...Vroooommmm !!
p/s : korang nak tengok aku drive FERRARI F50 tak.. ???? ...kekekekekekeke
BOB,
dapat gak hang cari kat mana DEN sorokkan ferarri merah DEN tu ya..
memang hang clever...
p/s
jgn bagi tahu org lain tau kat mana DEN sorokkan keta..
kang ramai nak numpang... ahakkkk
spongebob
28-02-06, 12:11 PM
FERRARI diasaskan oleh ENZO FERRARI……sejarah penubuhan FERRARI bermula dari sebuah pasukan lumba Kereta….ENZO pada ketika itu adalah seorang pelumba kereta yang memandu bagi pasukan Alfa Romeo….Bapa ENZO adalah seorang makenik/ jurutera engine dan kepakarannya itu telah diwarisi oleh ENZO…
ENZO mula berlumba sejak zaman remajanya dan pencapaian terbaiknya adalah pada tempat kedua untuk perlumbaan Grand Turismo Otomobili (GTO) menggunakan kereta AlfaRomeo…..kecewa dengan mutu dan performance Alfaromeo…ENZO telah menubuhkan sebuah pasukan lumba keretanya sendiri yang diberi nama SCUDERIA FERRARI…… di SCUDERIA…ENZO telah menggunakan khidmat pereka engine dari FIAT dan bekas engineer dari Alfaromeo untuk menghasilkan kereta2 lumbanya…….Kejuruteraan yang diilhamkan oleh FERRARI telah melihatkan kereta2 dari SCUDERIA memenangi majority perlumbaan2 kereta pada masa itu…dan untuk mengabadikan setiap kemenangan bagi perlumbaan2 itu,…ENZO telah menubuhkan sebuah kilang pemasangan kereta yang diberi nama FERRARI….hinggalah ke hari ini…..tradisi mengabadikan setiap kemenangan dari Formula 1 kepada kenderaan penumpang masih diteruskan….. pada awalnya reka bentuk FERRARI tidaklah begitu cantik…ini oleh kerana ENZO mementingkan kualiti engine dan kualiti pemanduan bukan dari segi penampilan…sehinggalah persefahaman dicapai dengan pihak PININFARINA untuk menghasilkan rekabentuk badan kenderaan FERRARI yang lebih radikal pada zamannya….. Usahasama itu berterusan hingga ke hari ini dimana setiap kenderaan FERRARI akan dilengkapi dengan tag PININFARINA pada sisi badan kenderaan sebagai trademark simbol usahasama mereka…..
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/IMGP1897_resize.jpg
FERRARI adalah satu2nya pengeluar kenderaan jenis Sport yang masih mengekalkan tradisi kereta 2 pintu untuk setiap pengeluarannya…..dan setiap model yang dikeluarkan adalah dalam jumlah unit yang terhad…atau dalam ertikata lain….FERRARI mementingkan kualiti pemilikan …bukannya kuantiti
Penggunaan lambang Prancing horse pada setiap kenderaan FERRARI bermula dengan sebuah kejadian yang tragis dimana…lambang Prancing horse itu pada asalnya adalah milik seorang juruterbang jet pejuang Itali yang terkorban pada perang dunia pertama…dan secara kebetulan keluarga juruterbang yang terkorban itu adalah jiran ENZO…..sebagai mengenang jasa dan keberanian juruterbang tadi…ENZO telah meminta izin dari keluarga juruterbang itu untuk menggunakan lambang Prancing horse sebagai tanda kenangan dan penghormatan…. Lambang itulah yang menjadi kebanggaan setiap pemilik FERRARI dan juga seluruh rakyat Itali sehingga kehari ini….
Sebagai memperingati sejarah dan perjuangan pengasasnya…..sepasukan perekacipta dari PININFARINA telah bekerjasama dengan pereka2 dari Jepun untuk menghasilkan sebuah jentera yang diberi nama ENZO FERRARI
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/IMGP1891_resize.jpg
spongebob
28-02-06, 12:14 PM
Kali ini saya ingin membawa kawan2 semua secara dekat untuk melihat FERRARI 355 ….kereta ini adalah sambungan daripada kegemilangan FERRARI 348 yang begitu popular diawal tahun 90-an….model pertama FERRARI 355 dikeluarkan pada tahun 1995 ….dilengkapi dengan engine berkuasa 3508 CC (V8) kereta ini adalah antara favourite saya dan penampilannya kemas dari segi luaran dan juga dalaman……FERRARI 355 mempunyai 3 model asas iaitu Berlinetta (hardtop), Targa dan Spyder,….kereta ini mempunyai 6 speed manual transmission gear dan pada pertengahan 1997…..FERRARI 355 versi F1 shift gear telah dikeluarkan…dan untuk pengetahuan umum…. Penggunaan teknologi transmisi F1 shift gear mula2 diperkenalkan oleh FERRARI melalui Model FERRARI 355 F1
FERRARI 355 adalah model yang paling popular dan yang paling banyak dikeluarkan oleh FERRARI….setakat ini lebih kurang 3000 biji FERRARI 355 telah dijual dan oleh kerana sambutan dari pembeli2 begitu menggalakkan….FERRARI telah menubuhkan siri perlumbaan untuk club FERRARI owner yang menggunakan Model 355….. dan siri perlumbaan itu dikenali kini sebagai 355 Challenge.
Saya berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat FERRARI 355 Challenge ini, tetapi tidak berkesempatan untuk sesi test drive kerana FERRARI yang saya review ini baru pulang dari perlumbaan dan mengalami kerosakan engine…..(Untuk FERRARI model 360 Modena…..siri perlumbaan bagi kategorinya dikenali sebagai 360 STRADALE)
http://i42.photobucket.com/albums/e313/crashdigital/Ferrari355a.jpg
FERRARI 355 menggunakan rear engine position dan masih lagi menggunakan sentuhan PININFARINA sebagai designer untuk model ini….FERRARI 355 tidak mempunyai turbo dan super charge….tetapi BHP dan Torque yang dihasilkan dari engine 355 … menggambarkan seolah2 kereta ini mempunyai turbo charger…
Kereta ini mempunyai Playboy character yang tersendiri …… tidak hairanlah….mengapa ramai perempuan tertarik dengan sesiapa yang memandu kereta ini..walaupun sipemandu tadi hanya lah seorang Bangla ataupun mamat Nepal yang masuk ke Malaysia secara tanpa izin.
Dr.Ellie Najem Yeusof (hartawan Lubnan) dikatakan memiliki FERRARI jenis ini tetapi dalam skala yang kecil iaitu 1:18 yang dibeli dari Toys ‘R’ Us dengan harga RM 112.00… kekekekekek kekkekekeek.
Midnakal
01-03-06, 01:18 PM
vavie punya spongebob hahahahaha..... si Ellie tuh pun kau babitkan jugak ahahhaha.
:p BILER LA WIEDA NAK MERASA NAIK FERRARY OREN NIE ERK...DH JEMU DAH NAIK PERDANA V6 OREN....!!:D
Midnakal
03-03-06, 05:17 AM
Aikkkk...jemu naik perdana warna oren? Wah tak byk kereta perdana kaler oren mcm kaler Gen2 nieh...agak agaknya....iyer ker perdana atau kereta GEn2 Sedan? Hehehehe....well kalau dah jemu naik perdana oren...tukar lah dgn ferrari keler oren lak....mcm mana? ok ?
p/s: Pijak Pedal Minyak ferrari pun tak pernah....auwwww.
Aikkkk...jemu naik perdana warna oren? Wah tak byk kereta perdana kaler oren mcm kaler Gen2 nieh...agak agaknya....iyer ker perdana atau kereta GEn2 Sedan? Hehehehe....well kalau dah jemu naik perdana oren...tukar lah dgn ferrari keler oren lak....mcm mana? ok ?
p/s: Pijak Pedal Minyak ferrari pun tak pernah....auwwww.
perdana oren...kalau ikut yg reg under JPJ la..kat malysia ni
ade sebijik jer..ko tau ke sapa yg punya tu mid?...
klu boleh aku pun nak tau gak tuan dia tur...
Midnakal
04-03-06, 09:36 AM
emmm......aku nieh ORKAM antara tau ngan tak tahu jek nieh.....kalau mcm bro ORKAM ckpkan tuh...perdana yg ada register dgn JPJ kaler cenggitu mmg ada sebiji jek dlm Malaysia nieh...but...tak tahu pulak adakah perdana yg cik wieda dah jemu naik tuh adalah kereta yg sama....but nak tanya gak...ini dah jemu dgn keretanya ker atau tuannya?
p/s: Aku pung dah lama dok naik kereta kaler gitu....heheh!!
emmm......aku nieh ORKAM antara tau ngan tak tahu jek nieh.....kalau mcm bro ORKAM ckpkan tuh...perdana yg ada register dgn JPJ kaler cenggitu mmg ada sebiji jek dlm Malaysia nieh...but...tak tahu pulak adakah perdana yg cik wieda dah jemu naik tuh adalah kereta yg sama....but nak tanya gak...ini dah jemu dgn keretanya ker atau tuannya?
p/s: Aku pung dah lama dok naik kereta kaler gitu....heheh!!
harap2..tak lah jemu dgn tuan dia...ataupun bagi signal tur...
so tuan kete tu kena2 lah..fikir nak tukar apa lak lepas ni..sebelum cik wieda tu jemu naik kete tu...
kalau rasa tak nak tukar kete pun...tukar kaler pun dah ok kot?..
p/s... dgar citer cik wieda nak naik BMW 740 plak.....bila tu?
aku pun dah lame tak naik perdana kaler oren tu...apalagi nak bawak!!!!
tapi kete tu...byak kenangan la utk aku..sempat gak la sangkut awek sorang!..hehehehehehehehe.....tau tak pe!
arowaha
06-03-06, 06:22 AM
terasa cam besh jer keta ferrari ni. bila la hendak merasa duduk dlm kereta ferrari ni.
~DonJuan~
06-03-06, 11:50 AM
harap2..tak lah jemu dgn tuan dia...ataupun bagi signal tur...
so tuan kete tu kena2 lah..fikir nak tukar apa lak lepas ni..sebelum cik wieda tu jemu naik kete tu...
kalau rasa tak nak tukar kete pun...tukar kaler pun dah ok kot?..
p/s... dgar citer cik wieda nak naik BMW 740 plak.....bila tu?
aku pun dah lame tak naik perdana kaler oren tu...apalagi nak bawak!!!!
tapi kete tu...byak kenangan la utk aku..sempat gak la sangkut awek sorang!..hehehehehehehehe.....tau tak pe!
wehh!! wehhh!! ni mana topik korang ni..Penat2 Mod Spongebob posting Ferarri punya hal..tak silap aku Ferrari yg posting cuma kaler Merah, Kuning ngan Kelabu...yang korang sebut2 Ferrari Oren la perdana V6 la..BMW 740 la..ni dah kira off topics ni..Apa citer MId ..Orkam..wieda..
Mid ko pun jgn lupa kaler oren tu jugak la byk berjasa kat ko..Orkam ko kena kenanagn ko ngan siOren tu jugak..Wieda u patut berbangga sebut kaler oren cenggitu mmg rare dlm malaysia..nak plak byk kenangan nagn memori air oren dlm keta tu..kekekekek..sorry aku plak tg ter Off topics..
Dah..dah bob terus contribution anda....Selamat Menyumbang wahai Penyumbang..kepada Pembaca jangan off topics klu taknak kena delete..Hehehehehehehe:D
advanrg
14-03-06, 12:38 AM
korang rasa berbaloi ker pakai ferrari kat mesia nie? kat maner rembat keta laju cam tu, dah ler mahal meletup... senang rosak lak tu. tapi camner pun memang best kalau bwk ferrari nie, org mesti tengok punyer.
CarlReef
16-03-06, 02:06 PM
Wah kerata Ferrari nie memang mantap lah bob, beruntung ko dpt merasa kan.
huiyooo! keganasan minda!
pengalaman aku ngan ferrari....
pada suatu petang yang indah , sedang aku memandu kete cabuk aku sambil terhegeh hegeh dipersimpangan hotel estin...tetiba je aku dipangkah dengan sombong dan bongkaknya dua bijik kete yang sedang ber racing.
vriiinggg!
sumpah seranah berbakul bakul aku ucapkan dengan sepenuh hati. kelihatan F355 sedang bersaing dengan maserati ( alah, yang lampu dia gitu gitu ).
F355 kuning ngan maserati putih saling kejor mengejor, didahului F355 1 setengah seken . bunyi enjin diaorang membuatkan segala bulu bulu aku meremang, cissss...nasib baik kete sukan. berdesing.... kelajuan...gaya...membuat aku terpegun. jangkaan aku melecet sama sekali, ada lagi yang mengekori dari belakang. aku sengaja men slowkan kete aku. bagi peluang kete mahal yang cun itu memotong. tapi ngapaien bunyinya...?
selama sepuluh sekond aku menanti...bunyi semakin kuat..kete apa nie? aku sengaja tidak mahu melihat side mirror, suprise sket. dan....
sebuah kereta PROTON ISWARA AEROBACK berwarna merah disulami spoiler sidai baju memotong aku dengan bergayanya. ( kalau dia tanggakan spoiler tu tentu dia dapat tengok dua kete sukan tu dari jarak 5 tiang ). potong stim !
moral, kepada abang iswara merah. bebawak ngucap bang, yang sudah tu telah.... kita musti terima takdir yang kita berdua nie tak mampu, mampu tengok je yang buleh. kalu diaorang turun dari kete tu mungkin dapat main kejor kejor.
itulah pesan ku mambang...
hahaha,jongos2 buat komedi eh kau kat sini..kekekke
Tenno RZ
27-03-06, 10:21 PM
ferrari minyak rm200, KL-JB... mau ka? one way onli maaa...
~DonJuan~
29-03-06, 11:26 AM
ferrari minyak rm200, KL-JB... mau ka? one way onli maaa...
Tenno mana ko tau minyak ferrari Rm200 pegi KL-JB? Ko penah try bawak ferrari ker pegi JB one way? unless ko penah la...Tapi klu tak silap aku klu lagi tinggi CC dia lagi safe minyak but kena la maintain kelajuan dlm 130-150kmh bukan merembat la...
Experience aku la last 4-5 years ago masa tu Open Ceromony KLIA circuit ada try Ferrari F40 KL-Penang-KL maintain 170-190kmh minyak around RM200-250 jek..Tapi ye la kan minyak masa tu seliter sehengget...
Tenno RZ
29-03-06, 06:32 PM
hehe.. takkan dah bawak ferrari nak bawak laju tu jekk.. alang2 200++ aaa.. sbb tu aa nak test kete nie bukan calang2 org.. yg poket tebal jekk... kalo aku.. memanggg x sangguppppp... baik isi petrol kat kete aku, tahan sebulann pegi balik keje..
~DonJuan~
30-03-06, 09:48 AM
hehe.. takkan dah bawak ferrari nak bawak laju tu jekk.. alang2 200++ aaa.. sbb tu aa nak test kete nie bukan calang2 org.. yg poket tebal jekk... kalo aku.. memanggg x sangguppppp... baik isi petrol kat kete aku, tahan sebulann pegi balik keje..
Ko ni ckp mcm bebudak pun ada Tenno...Nak gelak aku baca statement ko ni...Ko ingat highway plus Utara tu aku punya sorang ker? Nak plak driving siang hari ngan keta byk nya..Takat 2-3 kilo bole la rembat sampai 240kmh jek tapi bape lama je sbb kesibukan jalan n want thing highway tu bukan aku punya tu belum kira speedtrap lagi..tol lagi..
Takat highway kat Malaysia bape lama je ko leh bawak ngan kelajuan yg maksima? Dah la keta milik MOFAZ Exoticar keta Companya beb...Ko ingat aku bawak Ferrari kat highway OTOBAN JERMAN ke mmg kena speeding atas 180kmh tanpa Tol siap klu bawak below 180kmh kena saman?!!Klu kat highway OTOBAN JERMAN bole la..
Klu ko nak rasa sampai 200kmh takyah Ferrari meh sini naik keta aku takpun keta Mod toyol tapi mlm buta la takpun pagi aku bawak ko rasa kenikmatan kelajuan yg ko nak tu....Hehhehehehehee..
:D EEEE....Nk try..nk try!! Nak try la bawak kene Don Juan laju2...!!
nak gak rasa kenikmatannyer tuu...!!!;)
ferarri? iyo ko?
ari tu aku baru lepas tol Duta ada seketol maranello kaler itam layan sesorang..malu nak ikut. aku agak dalam 140 - 160 km/h, sekali dia cilok macam mat peon la, tak nyala langsung lampu brek. (rosak kot?)
raidos la, saspect ngan tabik spring pakai kaki kepada beliau ! no plate aku tak perasan sebab aku terpukau ngan ekjos dia yang double barrel tu, bassy lembut .... seakan teringang ngiang lagi di telingaku ini. iskh....
Memang tak dapat disangkal kereta Ferrari ni memang bisa bikin jantung berdegup kencang dan bisa bikin orang kebanyakan terhenti ambik nafas kalau lalu kat sebelah. Sekarang ni model F438 ni memang mantap gilos!! tak perlu pakai yg spider type... malaysia ni paneh bebenor..
~DonJuan~
05-04-06, 11:00 AM
Memang tak dapat disangkal kereta Ferrari ni memang bisa bikin jantung berdegup kencang dan bisa bikin orang kebanyakan terhenti ambik nafas kalau lalu kat sebelah. Sekarang ni model F438 ni memang mantap gilos!! tak perlu pakai yg spider type... malaysia ni paneh bebenor..
bro bilss for me la kan Ferarri ni bukan utk cuaca...Yg pegi bawak tgh hujan tu nak buat hape..keta aku yg berbumbung pun klu hujan aku malas nak bawak klu takat panas tu takpe la lagi..
Ferarri yg moedl spider type lebih pada style..kelajuan nagn imej..normally org yg pakai Ferrari ni just utk bergaya atau hobi n ada second car yg lain...kLu panas atau hujan takkan nak buat kot...
a_kayma
14-04-06, 09:06 PM
Aku ari tu masa pegi langkawi, ada group yang bagi sewa ferari RM 250 utk 15 minutes. b4 boleh bawak, ada instuctor tunjuk ajar dulu. aku teringin, tapi pasal mak andeh aku dah sound nak beli pyrex, simpan dalam ati jer laa.nak naik ferari walaupun utk 15 minit. kalau takat duduk sajer, kat naza carnival dah byk kali duduk posing. masih terkilan di hati.
kingkama
14-08-06, 02:15 PM
hehe... ferrari... hmm sampey mati la kot tak merase... kalu ferraro rocher tu anytime... opis aku ni dekat2 nextlevelcar kat area pj sec 19... hmmm hari2 berdesup kete ferrari... jeles gak rase nak buat camne... mampu pakai wira jek... hahhaa...
faizalx1977
23-08-06, 02:40 PM
Aku ade kawan ... dia teringin sangat nak tengok kereta kereta canggih kat Naza... Kalau dia pi tengok confirm dia org tak layan beb... so ape yang dia buat.. dia tulis surat kat pengurusan naza bagi tau pasal niat dia nak tengok tu... best nye.. dia dapat tengok dan diberikan layanan ala VIP ... so ade org nak try cara ni..
spongebob
07-09-06, 04:04 PM
8/9/2006 Saya akan review F50 dan Enzo Secara eksklusif dan terperinci,
Kereta2 ini akan dihantar ke Italy bagi tujuan tunning....Saya akan up-kan FR terperinci bagi kedua2 kereta tersebut pada posting yang akan datang.....
Tungggguuuuuuuu
F50? antor gambor penuh bule bro? nak buat wallpaper la..
how about P4/5 ? the newest product?
~DonJuan~
12-09-06, 11:59 AM
Bob bila nak review ni? penat dah tunggu..tak dpt naik or bwk dpt tgk pic pun jadi la..
review yg menarik
gambar2 yg mmg bagus..
hanya 1 komen je
skit je..
kalu boleh la..
next review..
pakai model yg lawa skit leh tak utk bergambar dgn kete sebegitu tu..
:D :D :D
~DonJuan~
15-09-06, 11:07 AM
siott je wings...tapi aku mmg terkesima dgn review dan info yg diberikan..anyway thanks to SMOD Spongebob..beruntung dpt pengalam mcm ni..bukan senang weiii..
p/s: sampai mati takkan dpt beli FERARRI..
senapang
04-12-06, 08:29 PM
perghh Ferrari....
tapi kat opis aku nih pernah datang 8 bijik
Murchielago but not Ferrari beb. siap test sound engine...
perghh bunyi.... dan aku mmg tak ada expirience about Ferrari...sorry
Lamborghini pun Lamborghini arr.... janji sound bisa mengetar jiwa
~DonJuan~
12-12-06, 10:34 AM
Pengeluaran kereta Ferrari ENZO ni cuma 400 unit saja bro dlm dunia? wahh dah mcm Mitsubishi EVOLUTION 8 gak la..hanya ada 500 unit dlm Dunia gak..Tapi EVO 8 cuma 300K je ...Ferrari ENZO ni bape rega dia termasuk kos nak bwk ke sini?
spongebob
12-12-06, 08:33 PM
Pengeluaran kereta Ferrari ENZO ni cuma 400 unit saja bro dlm dunia? wahh dah mcm Mitsubishi EVOLUTION 8 gak la..hanya ada 500 unit dlm Dunia gak..Tapi EVO 8 cuma 300K je ...Ferrari ENZO ni bape rega dia termasuk kos nak bwk ke sini?
Price tag untuk Enzo Ferrari ialah USD880,000 tidak termasuk duti, insurans dan road tax.... mengikut taksiran,..kereta ini bernilai RM4.5 juta on the road !!!!
p/s : Atas sebab2 tertentu saya harus rahsiakan nama pemilik Enzo Ferrari di Malaysia...
wah,kencang jantungku bila tgk ferrari nie...especially yg ENZO FERRARI...
apasal kete nie berhabuk...kena sita ke?
sharingan_devil
11-02-07, 04:09 AM
hoho, kete ferrari tak payah cakap ar. Mmg superb. Kalo ada sebijik, mana2 awek pun bleh dapat ar. Tapi ape guna kalo beli tapi tak mampu nak maintenance
arifarmy
23-03-07, 10:15 PM
aku xpenah dok dlm ferrari lg~tp sentuh bnyk kali dah,kat naza laa~~enzo kat naza tuh tan sri nasimudin punya dia jual 5juta,aku tanya salesman arituh,ha!aku penah bukak pintu ferrari 430 tan sri nasimudin punya,hehe
Starscream
25-03-07, 04:47 AM
bro tumpang tanya skit...road tax ferrari F430 setahun brapa ah?
spongebob
25-03-07, 11:44 AM
bro tumpang tanya skit...road tax ferrari F430 setahun brapa ah?
Kadar Roadtax atau cukai jalan diMalaysia adalah berdasarkan CC kenderaan...Tidak semestinya kereta yang mahal...mempunyai kadar Roadtax yang tinggi...
Untuk Ferrari F430..kadar Roadtaxnya tidak melebihi RM6,000.00...
kenderaan kelas 5000 CC dan keatas seperti Scaglietti 612.. F599 dan Enzo,.....cukai jalannya melebihi RM12,000 setahun.... dan lebih malang lagi jika cukai jalan kenderaan2 tersebut didaftar atas nama syarikat bagi kegunaan pengarah2.... ianya boleh mencecah sehingga RM 20,000.00 setahun...
Starscream
25-03-07, 02:33 PM
thanks bro....besar betul beza kadar road tax antara 4.3 dan 5.0 tu....dulu aku ader kreta 3.0 road tax baru dalam RM1000++
bukan road tax pakei kreta yg didaftar atas nama syarikat lebih murah sikit ker? tapi insurans yang berkali ganda??
mdfaris_ibrahim
10-04-07, 02:35 PM
setahu saya le....... nk share knowledge... sapa2 yg nk memiliki keta ferari.. kena tunjuk resume tentang keta2 yg dia dah miliki... sejarah coz ferari=reputasi
p/s : Atas sebab2 tertentu saya harus rahsiakan nama pemilik Enzo Ferrari di Malaysia...
tq Bob
i know i can trust u...
~DonJuan~
13-04-07, 10:02 AM
Siot je ko WINGS , ayat ko kat Bob tu mcm ko punya..cehh!!
Bob ko tau byk pengetahuan dlm Ferrari ni..Bila ko nak pakai Bob? hehhehehehehee..tak dpt beli tumpang kawan pun jadi la..
darkforce
13-04-07, 06:10 PM
enzo kan ada 2 kat malaysia
1-mxxxxxx mxxxxxxx(kalo tak silap beli 2nd gak, from j.p. cxxx,tapi masa j.p pakai dulu tak reg)
2-kat naza
spongebob
14-04-07, 04:54 PM
Kecoh la korang ni pasal Enzo....nah ambik ni gambar Enzo punya owner !!!
kekekekeke
28930
ni tengok clip ni...gua bawak Enzo...
xxx.mkshare.org/924629
~DonJuan~
16-04-07, 09:42 AM
Kecoh la korang ni pasal Enzo....nah ambik ni gambar Enzo punya owner !!!
kekekekeke
28930
ni tengok clip ni...gua bawak Enzo...
xxx.mkshare.org/924629
siott la ko Bob amik keta aku pastu ko bwk gi melaram pulak tu ko snap gambar pastu ko leh post dlm ni cehh!! Patut la ari tu ko nak pinjam konon2 nak gi antar servis kat P.J rupanya ko nak melaram pastu snap gambar keta aku..hampehh punya Bob...len kali jgn harap aku nak bagi pinjam lagi...:35:
abgensemkl
16-04-07, 11:35 AM
siott la ko Bob amik keta aku pastu ko bwk gi melaram pulak tu ko snap gambar pastu ko leh post dlm ni cehh!! Patut la ari tu ko nak pinjam konon2 nak gi antar servis kat P.J rupanya ko nak melaram pastu snap gambar keta aku..hampehh punya Bob...len kali jgn harap aku nak bagi pinjam lagi...:35:
saat ni yg paling membimbangkan kepercayan aku pada DJ..nape le ko kasi pinjam kat bob, tak kasi tau aku...kang tergesel memane kang..aku jugak yg nak menjawab, tak pe kali ni aku maafkan, Ferrari yang kaler merah sebelah ni, jangan ko gatal 2 nak kasi pinjam kat orang lain plak...
dah le, kita lupakan dulu soal tu, anyway bob, adakah ferarri ini boleh dikatakan kereta yang termahal di dunia di abad ini..
spongebob
16-04-07, 02:00 PM
dah le, kita lupakan dulu soal tu, anyway bob, adakah ferarri ini boleh dikatakan kereta yang termahal di dunia di abad ini..
Kereta yang paling mahal sekali didunia untuk pengetahuan semua bukanlah dari jenama Ferrari... tetapi dari jenis BUGATTI ...model VEYRON...
Kecoh la korang ni pasal Enzo....nah ambik ni gambar Enzo punya owner !!!
kekekekeke
28930
ni tengok clip ni...gua bawak Enzo...
xxx.mkshare.org/924629
ini yg buat aku malas valet parking ni....
ada je amik kesempatan...ishk!
:icon_biggrin:
shyfool81
21-05-07, 01:38 AM
HAMANN Ferrari F430 Black Miracle
cun..!!!!
~DonJuan~
22-05-07, 11:07 AM
Serius beb aku conpius..ni betul ke Ferarri or Aston Martin...Design sibijik mcm Aston MArtin mcm citer James Bond - Die Anothe Day..
aston martin's front grill lain skit..normally a big oblong hole...
also look at the brake light - bulat 2 bijik tu..
looks like a classic ferrari design to me..
i might be wrong tho'.. cud be a new classified PROTON hehehe
anyone can confirm?
terunasuci
25-05-07, 03:04 PM
Saper yang tak teruja nak memiliki ferrari...tapi cam aku yang bekerja makan gaji ni dapat memiliki model ferrari dengan mengisi minyak di shell sebanyak RM50 pun dah puas hati...dapat gak buat koleksi...hehehe......
spongebob
25-05-07, 03:23 PM
Serius beb aku conpius..ni betul ke Ferarri or Aston Martin...Design sibijik mcm Aston MArtin mcm citer James Bond - Die Anothe Day..
Just to double comform ngan kau....itu memang Ferrari F430.. (Hamman)...Kat malaysia ada sebiji F430 yang pakai Hamman Kits....Kaler Kelabu..For your information...Hamman kits yang dipasang tu nilainya RM110,000....
~DonJuan~
29-05-07, 09:46 AM
Thanks for the info..perghh kits je dah cecah 6 angka...
p/s: koleksi Ferari Shell aku tinggal 2 jenis lagi yg belum dpt...Super Amerika ngan Spidey..Hehhehehehee
aku pun setuju dgn pendapat terunasuci tu..... aku pun teringin jgk nak pakai ferrari tp apakan daya.... cuma yg aku boleh beli ferrari 6 biji dgn hanya isi minyak shell RM40. hehehe.... kalau ada duit lebih tu may be boleh kot aku pakai ferrari. alhamdulillah.... collection ferrari aku dh pun complete skang ni, tgh adjust dgn taukeh kedai pulak nk dptkan frame yg tempat letak ferrari tu. hehehehe...
FatThickJoe
14-08-07, 03:00 PM
bugatti veyron....1000++hp tak silap aku kereta tu...
engine je 8.0, ye betul..bukan 1.6 maaa...
ada 16 silinder, disusun macam 2 biji V8..jadi W laaa...
64 Valves..haram menatang ni ada 4 turbochargers...
dan 10 bijik radiator(3 bijik untuk sejukkan enjin je...)
dinamakan after french racing driver Pierre veyron yang memenangi 24hours of Le Mans (bukan lee man).top speed clocked at 407++km/h...ada 7 speed dual clutch tak silap aku...
0-100kmh acceleration kononnya direkodkan at 2.5 second (gilee...2.5 second...aku sendiri amik masa 25 saat nak stim..)
kalau dapat amik gambor keta ni Bob, hang post la kat sini...
mahal tu!!
W_A_F_D_I
31-08-07, 10:08 PM
Veyron, dah ada kat Malaysia org yg pakai? Kat mana aje nak lari, setakat PLUS hi-way je lah...
youtube.com/watch?v=vT0ou-ZEcx0
youtube.com/watch?v=xn_rGtJjX8Q
megatRaden
22-01-08, 10:02 AM
fuh mati idup balik pun lom tentu aku leh beli la naik kete ni.geng beli la satu sok bley akutumpang...jgn marah ha
Midnakal
22-01-08, 07:07 PM
Ok.... kalau nak tahu mcm mana diorang bikin Bugatti Veyron yg head dia mcm CONGKAK......lu orang usha kat sini http://gorembat.blogspot.com/2008/01/bugatti-veyron.html
ulu_yam
16-03-08, 11:36 PM
Cuba tengok video kat livincars.com.my, review pasal F355 yang dah ada mod sikit. Minah host dia pun boleh tahan gak.
kingkama
13-06-08, 05:28 PM
takde review terbaru ke....
giler baban tul... dapat beli yg shell punye pun dah rase bangge apetah lagik kalu bawak yg btul punye kan? huhuhu
Katana Black
03-07-08, 01:33 AM
aku baru tgk video top gear kat youtube..die org test brp jauh ferrari 599 dpt pegi ngn 1 gelen minyak...7 batu je kot!
BalakSteady
10-11-09, 10:31 AM
RUMAH PEMILIK KERETA FERRARI | part 1
damn cun.. agak agak siapa lar pemilik rumah dan kereta nie ek?
BalakSteady
10-11-09, 10:32 AM
RUMAH PEMILIK KERETA FERRARI | part 2
damn cun.. agak agak siapa lar pemilik rumah dan kereta nie ek?
BalakSteady
10-11-09, 10:33 AM
RUMAH PEMILIK KERETA FERRARI | part 3
damn cun.. agak agak siapa lar pemilik rumah dan kereta nie ek?
turbomania
11-11-09, 08:34 AM
giler, rumah besar melampau.. bisnes ape dieorang buat nih. tiap kete ade garage sendiri.
sam261079
13-11-09, 04:54 PM
From the same aftermarket tuner that brought us the stunning Ferrari F430 Bi-Compressor Evoluzione is the jaw-dropping Ferrari F430 Tu Nero.
Novitec Rosso has once again worked their magic on the Ferrari F430 to deliver this angry stealth beast complete with matte black livery and engine upgrades to ensure their latest creation has enough poke to go along with its stunning looks.
This supercharged beast features modified turbine blades and individual oil coolers, an enlarged induction tract with heat insulation, new water-cooled intercoolers, a new water pump, new high-flow air filters, larger fuel injectors and a new air-duct below the chassis.
The stock ECU has been remapped for optimal results.
The Novitec Rosso Ferrari F430 Tu Nero pumps out 520kW (700bhp+) of power and 712Nm of torque at 8,350rpm and 6,300rpm respectively.
The 0-100km/h dash takes just 3.5 seconds and onto a top speed of 348km/h.
Powered by vBulletin® Version 4.1.12 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.