PDA

View Full Version : Bowling



redevil
18-04-06, 04:22 PM
agaknya boleh create ni tk??:D

BOWLING.... mungkin ramai yang suka akan permainan ini... dr bermain suka2 dgn gf/bf, kemudian bermain dgn rakan2 ..pakai house ball ...hinggalah membeli bola dan peralatan sendiri untuk menyertai tournament ....mungkin di sini kita boleh berkongsi maklumat tentang seninya bermain bowling ini.. yang beginner boleh mendapatkan tips2 tertentu dpd regular ... selain itu maklumat terkini tentang one day event, bowling alley reviews, bowling ball reviews...selain itu mungkin kalau2 kebosanan, tanpa menghabiskan masa dgn melangok tk tentu arah mungkin kita boleh turun bersama2 untuk bermain bowling..dapat juga merapatkan hubungan antara user baru dan yang lama, saling kenal mengenali .......

saya memulakan serba sedikit :

mula main bowling sejak tahun 1999
awal2 tu staright ball ajer...
mula membeli bola sendiri tahun 2000 .. bola plastic + beg + kasut...RM250
kemudian aktif bersama rakan2 turun bermain di endah parade dan ampang point... mula menyertai pasukan ke kejohanan di bangsar tahun 2002..
menukar teknik balingan kepada hook... new brunswick ball
kemudian menyertai kejohanan di sabah 2003, menyertai liga di ampang point..liga di alamanda...

bagaimana dengan anda???:)

redevil
18-04-06, 04:32 PM
TEKNIK INI DIAMBIL DPD SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI :

JOM BOWLING

Berita baik untuk member2 yang bermain straight terutama yang baru cuba
berjinak2 dgn bowling atau yang selama ni tak pernah straight balingannya
walaupun cara balingan straight dianggap mudah.

Starting
Pastikan anda berdiri tegak dengan kaki kanan berada ditengah2 antara
dot1 dgn dot2 sebelah kiri dari dot tengah (anggaplah dot tengah sebagai 0).
Ini bermakna tangan kanan anda betul2 berada ditengah atau hampir dgn
dot tengah. Bagi yang gunakan tangan kiri utk membaling sama aje iaitu
kaki kiri anda mesti berada ditengah2 antara dot 1 dgn dot 2 sebelah kanan
dari dot tengah.

Pegangan Bola.
Setelah ketiga2 jari dimasukan pastikan anak jari berada dalam jarak 2cm
dekat dengan lubang jari manis, manakala jari telunjuk berada dalam jarak
lebih sedikit 3cm dari lubang jari hantu. Ampu bola macam menatang dengan
bantuan tangan kiri. Bahu mesti tegak.

Ketika Balingan
Waktu nak baling pergerakan badan menuju kedepan mesti selari dengan line.
Turunkan bola tidak bolih mengejut bahkan hendaklah melunjurkan tangan lurus
kedepan dan turunkan kebawah dan hayun kebelakang terus baling. Bila bola
hampir2 nak dilepaskan kena lihat serentak line tengah dengan ibu jari sebaris
dengan line tengah kemudian baling. Pastikan kelajuan balingan anda. Kerana
balingan perlahan akan membuatkan bola cepat membelok.

Ambil spare
Caranya sama dengan diatas tadi iaitu ibu jari mesti berada sebaris dengan line
pin yang hendak ditujukan. Mudahkan??.

SELAMAT MENCUBA

playaz
18-04-06, 08:36 PM
good info bro! thanxz!

redevil
19-04-06, 09:50 AM
SEDIKIT INFO YG MUNGKIN BOLEH DIRENUNGKAN........:)

Bowling is a Money-Making Investment

1. Bowling has more registered, dues-paying participants than any other sport in the world

2. More than 100 million people in 90 countries bowl at least one game a year.

3. About 60 million people in the United States bowl at least one game a year.

4. More than 12 million people around the world compete in organized bowling leagues.

5. Nearly nine million people in the United States are registered, dues-paying league bowlers.

6. The Women's International Bowling Congress (3.9 million members) is the world's largest organization of registered, dues-paying female athletes.

7. The American Bowling Congress (3.8 million members) is the largest group of registered, dues-paying male athletes.

8. The Young American Bowling Alliance (YABA) (740,000 members) is the second largest group of registered junior athletes. Little League, with 2.2 million members, is the largest. In terms of individual dues-paying members, however, YABA is number one.

9. There are more than 210,000 lanes in 11,600 centers around the world.

10. There are more than 130,000 lanes in 7,000 centers in the United States.

11. Total annual bowling revenues around the world are over $5 billion.

12. Total annual bowling revenues in America (linage, equipment, supplies, uniforms, food, beverages) are $4 billion.

13. The basic rules for ten pin bowling are identical in every country around the world.

14. The basic equipment for ten pin bowling is identical around the world.

15. Bowling is one of the oldest sports in the world. It was played as early as 5,200 B.C.

16. Established in 1912, Bowlers Journal is the oldest monthly sports magazine in America.

17. The Pro Bowlers tour on ABC-TV consistently received higher ratings than any other sport in the same time slot.

18. The WIBC Tournament is the largest annual sports event in the world.

19. The ABC Tournament is the largest annual men's sports event in the world.

20. Bowlers donate far more money to charity than any other group of athletes.

21. The bowling industry spends far more money than any other sport on airlines, hotels, restaurants, and rental cars.

22. Total annual bowling prize money is about $2.6 billion ($1 billion in leagues, $1.6 billion in tournaments).

23. Seven million games are bowled every day around the world.

24. Bowlers consume more food and beverages on site than participants in any other sport.

25. Total worldwide capital investment in bowling (land, buildings, equipment, etc.) is at least $10 billion.

redevil
19-04-06, 10:03 AM
info lagi!!!!:)

Frequently asked questions about Bowling
By Lance Rasmussen
Apr 22, 2005, 00:07


Many times I am emailed about various questions about bowling. This article will help answer frequent questions.

How long is the bowling lane?

The lane is 60 feet long measured from the foul line to the headpin and a total length from foul line to end of pin deck of 62 feet and 3/16 inches.

What are the bowling pins made from?

Bowling pins are normally made of wood or synthetic materials. In order to protect the wood a plastic coating is usually applied. In recent years bowling pins have been designed using aluminum and solid synthetic materials.

How heavy are bowling balls?

Bowling balls will range from 6 pounds to 16 pounds. Due to innovations in modern design and manufacturing processes, many professional and amateur bowlers are able to drop a pound or two in the ball weight while still maintaining the reaction desired.

What is a perfect score in bowling?

In tenpin bowling, the perfect score for a game is 300 and a perfect series is 900 (based on the typical 3 game series bowled during league).

Has anyone ever bowled a perfect series?

Glenn Allison bowled the first perfect series on July 1, 1982, however the perfect series was not officially recognized due to lane inspections. On February 2, 1997, Jeremy Sonnenfeld bowled the first approved 900 series. As of December 9, 2004, there have been 7 approved 900 series.


© Copyright 2005 by Bowlingzone.com

heiya
19-04-06, 10:23 AM
serba banyak :
aku mula main 1997..ikut kezen
memula main...aku main staight
then 4 bulan lepas tu tukar main spin..time ni still pakai houseball...
last year 2005..baru beli bola storm hit 14+kasut+beg =RM418
beli bola sbb aku nak blajar main hook...dah tak larat main spin..wrist aku injured..skrang so far..hook aku makin ok..target game hook sikit je 130 per game..well..still trening...
tenemen? tak branik masuk lg...sbb tak perfect n kosisten...

nunu
19-04-06, 10:23 AM
wahh 2nd post yg redevil bagi tu memang berguna..nunu yg x reti main nih..bole ler mencuba skill2 tu...

nak tanya seket..dlm permainan ni..adakah cara larian/ kelajuan larian juga di amik kira sebelum balingan dibuat?

redevil
19-04-06, 10:49 AM
nak tanya seket..dlm permainan ni..adakah cara larian/ kelajuan larian juga di amik kira sebelum balingan dibuat?

sudah semestinya nunu....kalau larian terlalu laju boleh menyebabkan keseimbangan badan sebelum membuat balingan akan hilang...balingan juga akan jadi sekejap laju, sekjap perlahan.... untuk peringkat awal cuba mengikut langkah biasa cam jalan ke pasar tu untuk sampai ke approach sblm membuat balingan... kebiasaanya jika balingan tangan kanan, kaki kiri yang akan sampai dulu ke approach...

said_sogo
19-04-06, 11:35 AM
nice post redevil.....

pada sesape yg berminat nak mendalami lagi ilmu yg tak seberapa (amatur)buleh ler join pada 29hb april 2006 kat summit, usj. kita ada buat skit acara bowling. sifu2 bowling seperti lord raven, wings serta hotcruel pasti tidak lokek ilmu untuk anda. yang penting ianya.... PERCUMA!!!

kalau nak nasihat yg pro.... kluar le duit. boleh kata semua tempat bowling ada buat class for beginner.

heiya
19-04-06, 11:55 AM
ye btul..sesapa nak tanya byk soalan ttg bowling free n percuma..jemput dtg pd tarikh tu...

mas-turman
19-04-06, 12:58 PM
tip tuk balingan spare tu nanti aku nak praktik kan
aku ni walaupun main boling sejak 1989 di federal bowl
tapi balingan aku still straight sampai skang...very skillfool...hahaha

aku tak terpikir nak jadi pemain amatur yg profesyenal lagi...
main just for fun...
boling ni susah sikit nak maintain jumlah jatuhan
kadang ikut mood arituh
kalau hepi balingan bleh cecah 200 jatuhan pin
kalau tak nak sampai seratus pun susah...

heiya
19-04-06, 01:18 PM
btul tu..bowling bukan sbb skill or power balingan...tp minded set tu penting..haha modd lari..bola pun tak cecar 100 hahaha

abdhadi77
19-04-06, 01:28 PM
Very good info redevil... bagaimana dengan teknik2 balingan yg lain..?

Boleh gak gunakan info2 ni utk proses memanaskan badan sebelum event di summit, usj.

redevil... harap anda juga akan berada disana..

redevil
19-04-06, 03:27 PM
Very good info redevil... bagaimana dengan teknik2 balingan yg lain..?

Boleh gak gunakan info2 ni utk proses memanaskan badan sebelum event di summit, usj.

redevil... harap anda juga akan berada disana..


teknik lain akan diusahakan....
29/4 ni mmg dah awal2 tak dapat sbb saya akan bercuti di phuket... maka saya akan bermain lain punya bowling lah....heheheh

redevil
19-04-06, 03:33 PM
PETIKAN DPD RAKAN2 SEPERJUANGAN DI BOWLING ALLEY:)

Untuk mereka yang main hook berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari untuk menukarkan game kita supaya dapat strike or bola masuk pocket:-

i) Ubah tempat berdiri - Untuk memastikan yang teknik ini berkesan pastikan anda berdiri ditempat yang sama semasa mula2 membaling bola. Kalau macam saya kaki sebelah kanan saya akan berada di sebelah kiri dot tengah.Mana2 bowling alley yang saya pergi saya akan mulakan ditempat yang sama. Setelah berdiri di tempat yang betul saya akan baling ikut target biasa saya iaitu arrow 3 dari kanan.Semasa membuat balingan saya akan pastikan yang saya membaling tepat ke arrow tersebut dan kemudian melihat bagaimana bola itu hook ke pin.Jika bola saya pergi kearah pocket kiri iaitu pocket 1-2 (brooklyn) maka saya akan ubahkan tempat saya satu board ke kiri.

Sebaliknya jika saya lihat bola saya kurang masuk pocket atau agak light pocket maka saya akan ubahkan tempat saya berdiri satu board ke kanan.Jika banyak sangat x masuk saya akan ubah kan dua board ke kanan.

Anda perlu ingat yang kadang2 lane akan berubah dan anda perlu mengubah semula kedudukan tempat anda berdiri.Kelewatan anda menukar tempat berdiri akan membuatkan pencapaian anda merosot.

Kadang2 saya sendiri agak lambat dan degil nak menukar posisi saya walaupun keadaan lane sudah berubah sebab kadang2 kita pikirkan ianya disebabkan cara balingan kita dan bukan disebabkan perubahan dalam lane.

Oleh itu amat penting anda selalu melihat bagaimana bola anda bergerak diatas lane setelah anda membuat balingan.Anda perlu ingat bahawa bermain secara hook amat teknikal dan anda perlu senantiasa peka dengan perubahan kepada lane dan bola anda.Disamping anda melihat reaksi bola anda, anda juga boleh melihat reaksi bola org lain yang main hook di lane yang sama untuk anda cepat2 membuat perubahan kepada tempat berdiri anda.

Menukar tempat anda berdiri adalah perubahan yang paling mudah untuk meningkat kan tahap permainan anda.Bagaimanapun ini bukan lah satu2nya cara untuk meningkat kan permainanan sebab kadang2 anda akan berhadapan dengan situasi dimana anda masih tidak dapat mencari pocket walaupun sudah menukar posisi tempat anda berdiri.Bila ini berlaku maka anda kenalah melakukan perubahan dalam faktor2 lain pula.

Biasanya di lane2 yang agak kering seperti di Mines dan South City Plaza anda akan lihat bola anda akan hook terlalu banyak dan selalu tersasar ke pin 2 atau 4 dan kadang2 ke pin 7.Lebih mengecewakan kalau bola terus kelongkang.Jika di Mines saya akan mengubahkan posisi saya berdiri 4/5 board ke kiri dan masih menggunakan arrow 3 dari kanan sebagai target.Bagaimanapun oleh kerana anda sekarang berdiri jauh dari target anda maka ada ketikanya anda dapati tangan anda terbuka(mengepak) dan bola terlalu kekanan dan ada juga terus ke longkang disebelah kanan. Ini bermakna ruang untuk kesilapan adalah amat kecil(small margin of error) dan anda kena menumpukan sepenuh perhatian supaya anda tidak tersasar dari target anda.Tumpukan sepenuh perhatian anda pada arrow target anda dan untuk lebih accurate gunakan dot yang lebih hampir dengan foul line.Saya selalunya gunakan board diatas dot yg sama sebagai target saya untuk lebih accurate.Jangan gunakan pin sebagai target oleh kerana pin adalah jauh dari foul line dan tidak sesuai digunakan sebagai target.

Pastikan juga setelah selepas setiap balingan anda tengok dimana bola anda jatuh untuk memastikan targeting anda itu tepat dan tangan anda tidak mengepak.Jangan campak bola anda kerana walaupun bola jatuh atas arrow/dot target anda kemungkinan bola akan lari dari target.Untuk tidak menghempas/mencampak bola tundukkan dan rendah kan badan anda semasa anda membuat balingan (delivery)

kEraDukU
19-04-06, 03:34 PM
hebat....

Red bila ko bleh turunkan ilmu ko tu sikik kat aku...... minat ader kat bowling nie main hampeh......

redevil
19-04-06, 03:46 PM
Professional Bowling Instructions
On the Lanes with Michelle Mullen


We all strive to be smooth. When you watch a bowler who gets to the line and makes it look easy, you are inspired to want to be "smooth", like they look. How do such bowlers make it look so effortless? Well, smooth bowlers do two things: walk naturally and swing loosely.

What bowlers who work on their games often need to do is get back to basics and create a more natural motion. The late, great Earl Anthony used to make it look like a walk in the park. I heard he bowled hundreds of games each week, in the years that he took to prepare for the tour, in order to come out and dominate. I did not see him bowl before that time, but he sure ended up making it look easy. The start has a lot to do with how natural and loose a bowler's motion can be. Particularly, how you set the ball into play. Of course, the timing, or when you set it in play is very important - how you set it in play will set the whole tone for how smooth your motion can be.

In the stance, the weight of the ball needs to be distributed among both hands - your non-swing arm (the left hand of a right-handed bowler) bearing most of the weight. This will allow your swing arm to stay relaxed.

As you push the ball forward to start your swing, it is important that the left hand continues to bear the weight, and guide the push, so that your right arm continues to move in this relaxed state.


Done well, when you push the ball and let the weight fall out of the non swing hand, your armswing will remain loose and without a hitch or hesitation throughout the beginning. This will create a circular, fluid motion to start the armswing. Ideally, you will maintain this loose feeling throughout the entire swing.

In addition, your first steps should resemble your natural walking steps. This is the other ingredient to being smooth - to naturally develop your momentum, without being jerky or rushed in the approach.

Your weight distribution is very important in this process. If your steps are too big, you must be forcing your weight off of your toes, in effect, lunging or springing into the larger step.

If you keep your weight centered over your feet, like you do when you walk, not leap, your steps will be able to be natural in size and not overdone. This will be instrumental in getting the ball into play smoothly.

Maybe it is time to quit forcing the shot, working so hard to bowl! With less effort, walk naturally and swing loosely, keeping your armswing free from tension. Use both hands to hold the ball. Keep most of the weight in the left hand as you place the ball into the swing. As always, minimal grip pressure is very important to be able to have a loose swing.

This is the "start" to becoming smooth!


sumber yang mmg boleh dipercayai:D

WINGS
19-04-06, 07:56 PM
apa pula komen dari saudara hot cruel kita
dan juga
saudara lord "dewa hook tahap 13 pintu langit" raven?

said_sogo
20-04-06, 04:37 PM
apa pula komen dari saudara hot cruel kita
dan juga
saudara lord "dewa hook tahap 13 pintu langit" raven?
ehem... ehem... cik abe tak mau komen ker???

nak belajo skit2 tu buleh ler saya tulun.... tapi mesti ler datang summit!
jgn lupa.......

jumpa disana... sana... sana...

hot_cruel
21-04-06, 12:00 PM
apa pula komen dari saudara hot cruel kita
dan juga
saudara lord "dewa hook tahap 13 pintu langit" raven?

maleh nak tulih banyak2 la Bro ...saper mau blaja hook..kasi turun summit ler ... errrr tu pun kalu gua berkesempatan ke sana :p :o

redevil
11-05-06, 02:23 PM
ONE DAY EVENT

Day Place Event/Fee/Time Prizes

MONDAY AMPANG POINT GRADED 10 pinRM70 @ 5 games10.00 pm RM700+ cash jackpot

TUESDAY MIDVALLEY C GRADED 9 pinRM35 @ 3 games8.30 pm RM350
UE3 C & BEGINNER GRADED 8 , 9 , 10 pinRM65 @ 6 games9.30 pm RM500+ cash jackpot

WEDNESDAY UE3 BEGINNER GRADED 8 pinRM35@ 4 games 9.00 pm RM250

THURSDAY AMPANG POINT GRADED 10 pinRM65@5 games 10.00pm RM500+ cash jackpot

FRIDAY UE3 C & BEGINNER GRADED 369 pinRM65 @ 6 games9.00 pm RM500+ cash jackpot

SATURDAY
SUNDAY UE3 BEGINNER GRADED 8 pinRM35 @ 4 games2.00 pm RM250
UE3 C & BEGINNER GRADED 9 pinRM55 @ 5 games4.00 pm RM450+ Jackpot (Bowling ball)
UE3 B & C GRADED 9 pinRM65 @ 5 games6.30pm RM550+ cash jackpot
IOI PUCHONG GRADED 10 pinRM65 @ 5 games10.00 pm RM500+ cash jackpot

said_sogo
11-05-06, 02:32 PM
redevil,
thanks for the info..... tapi aku takleh nak join ler beb. maybe next month coz this month tiap2 ari sabtu ngan ahad aku ada tournament bola.

kalau sesiapa yg nak pergi main tournament ni.... silalah up dan ajak sekali bebudak mk.org mana tau ramai yg berminat, tak gitu HotCruel? kalau kena pada tarikh.... aku akan join.

hot_cruel
11-05-06, 05:50 PM
heheheh sesaper nak main one day event ni boleh pm aku...almost every week thursday (midvalley) & sunday (ue3) aku main... boleh gak beramas mesra..ader geng best sket :p

redevil...ue3 jackpot sudah tarak bola...skalang sumer duit...kalu nak main utk jackpot kena tambah rm5 ... so far midvalley paling tinggi hadiah jackpot dia... utk event thursday ...back to back perfect game (9 pin tap) dpt rm2k ++... ue3 sunday last week rm620 tp kena game ke4 & 5 perfect game...

redevil
30-05-06, 02:29 PM
bagi yang berminat menyertai 369 MQ di UE3

beginner dan C graded

final beginner 3/6
final C graded 11/6

boleh hubungi Dino - 0192123538

akulabintang
10-08-06, 01:53 PM
aku tak reti sgt main benda ni.baling asik masuk longkang je.sapa2 yg terer ajar le aku

aku mula2 dulu gak bukan bola masuk longkang lagik..siap bola terpelantun ke belakang..malu siut! tapi apa ada hal..kata nak belajar..
Well mula2 memangla x reti..nanti kalau ko slalu main..insyallah STRIKE dlm tangan..gian siut ! sape2 terer tuh tolongla ajarkan ekk..

p/s: perghh..lama dah x bergelumang dgn xtvt boling nih..

redevil
08-09-06, 09:36 AM
agak2 dah boleh buat tournament ni ...
event penutup tahun 2006:D

Natchoo
06-10-06, 08:50 AM
Hi kepada semua bro dan sis di sini..... kepada said and michaelangelo, this is Natchooooooooooo !!!.... nice game laa semalam.... i had a good time.... now i feel stupid for taking in english.... i speak the manglish laa....ehehe...... next time kalu ada peluang, bole laa i join yuorang gie main bowling atau sports lain ........ chao...

said_sogo
06-10-06, 09:30 AM
welcome Natchooooooo........
layan gak ngan korang semua main semalam.... next time nak main (at least 1 week notice), petik jer... confirm ada kaki..

p/s : susah la ini macam... semua ada set sendri, macam mana mau kasi kalah sama itu sifu?

Natchoo
06-10-06, 12:11 PM
hello said, ada set ok laa.... senang skit nak main.... u nyer balingan power laa... macam bola masuk mesin basuh jer.... ehehe...

itu sifu kaa..... susah la nak main dgn dier org... seminggu main 3-4 kali... mana laa nak challenge.....

klu buat gath, ok laa maybe sebulan skal ker 2 kali...... ana lagi lane yg layan... Times Square ok jugak laa... tapi lane tak 'masak' lagi... bola straight jer...

popeye
06-10-06, 12:57 PM
Saya hanya mampu tgk dari lane sebelah.. semua nya hustler2.. baling strike, baling spare.. perghh... mmg hebat..

Saya hanya baling spin masuk longkang.. kekekek:D



p/s: ader org tu main sampai 3 frames sbb score tak sampai 100.. hehehe :D

Natchoo
06-10-06, 01:15 PM
Takpa laa Popeye..... Dulu i main pun asyik kena gelak jerr..... Semalam ada jin kat lane 45 & 46... sebba tue kena strike jerrr memanjang.....

Ko nak kontek org yg bole supply jin bowling.... silalh hubungi nombor ini...

018 - 3883838...... say ulangi 018 3883838.....

popeye
06-10-06, 02:58 PM
Takpa laa Popeye..... Dulu i main pun asyik kena gelak jerr..... Semalam ada jin kat lane 45 & 46... sebba tue kena strike jerrr memanjang.....

Ko nak kontek org yg bole supply jin bowling.... silalh hubungi nombor ini...

018 - 3883838...... say ulangi 018 3883838.....

Bro, main pakai jin bowling.. lagi la aku takut nak main ngan korang esp. lane berhantu tu.. tak semena-mena aku baling nanti jin bowling tu alih bola aku ker lane sebelah tgh camner? .. hehehehehe... :D:D



p/s: kena main pakai seluar jeans baru bole strike kot.. ;)

Natchoo
06-10-06, 03:58 PM
:).... yer laa kot... jeans ketat, ketat.... mesti bole strike nyer....

ice_feez
05-02-07, 11:31 PM
wahai warga MK sekalian... bile mau buat event bowling nih...??? dh lame x baling bola nih... last skali baling ade la yg mati 2-3 org hehehehehe...

heiya
06-02-07, 07:47 AM
ice.ko ni nak layan boling ke..nk layan penbol..aih siap mati 2 3 org...
anyway buat masa ni..masih malas lg nak membaling bola...kaki sakit lg kot...

Natchoo
06-02-07, 09:12 AM
wahai warga MK sekalian... bile mau buat event bowling nih...??? dh lame x baling bola nih... last skali baling ade la yg mati 2-3 org hehehehehe...

Bro... datang laa khamis 9 malam, Sunway piramid..

Tiap2 minggu ada event.... Tapi tolong call saya untuk kepastian... takut kang ada Tourney kat sana. :101:

ice_feez
08-02-07, 10:07 PM
ice.ko ni nak layan boling ke..nk layan penbol..aih siap mati 2 3 org...
anyway buat masa ni..masih malas lg nak membaling bola...kaki sakit lg kot...

haaa bowling yg mati tu sbb salah baling... nk baling pin terbaling org tu pasal yg mati 2-3 org tu.. huhuhuhu...

eh ko saket lagi ke kaki tuh heiya... x pg MC ke HC ke... klu pegi kompom baik nyee...

ice_feez
08-02-07, 10:08 PM
Bro... datang laa khamis 9 malam, Sunway piramid..

Tiap2 minggu ada event.... Tapi tolong call saya untuk kepastian... takut kang ada Tourney kat sana. :101:


oooo tiap2 minggu ade event ke.... saya x tau la natchoo.... sebenarnye saya dh lame x main bowling nih... terasa nk lepas gian main bowling lak.... cam ni laaa.... apakata ko PM aku no HP ko pape leh aku roger ko...

heiya
09-02-07, 08:50 AM
mc ngan hc tu apa..tak gheti la..hahahaha

teringin nak menboling..tp bila la aku bersemangat nak main smula..rasa malas je memanjang...bol;a pun dah berhabuk gaban kat umah tu

Natchoo
09-02-07, 10:24 AM
mc ngan hc tu apa..tak gheti la..hahahaha

teringin nak menboling..tp bila la aku bersemangat nak main smula..rasa malas je memanjang...bol;a pun dah berhabuk gaban kat umah tu

Join la event bowling... Arissha Sofea 2-3 kali main sudah terrer... Teruja semua org disana..... dont play2 with this lady..:Finger_fing22:

ice_feez
11-02-07, 01:42 AM
mc ngan hc tu apa..tak gheti la..hahahaha

teringin nak menboling..tp bila la aku bersemangat nak main smula..rasa malas je memanjang...bol;a pun dah berhabuk gaban kat umah tu

eleh... buat x tau plak HC ngan MC tu ape... cit...

pali
24-02-07, 03:26 AM
aku tak reti main bowling.....susah giler..tapi aku respect kat korang yang main bowling la...

jaharu
05-03-07, 08:05 PM
bowling....

kaki bowling = kaki seks...

jari yang digunakan akan sama mengorek....

hahaha.. lagi hebat spin atau hook... lagi hebatlah fingering yang diberikan...

percaya atau tidak?

tanyala raja bowling MK...

abgensemkl
07-03-07, 10:57 AM
bowling....

kaki bowling = kaki seks...

jari yang digunakan akan sama mengorek....

hahaha.. lagi hebat spin atau hook... lagi hebatlah fingering yang diberikan...

percaya atau tidak?

tanyala raja bowling MK...

Salaam

kali pertama teman memberikan ulasan kepada dalam thread, walapun datang untuk menyokong sahaja , naluri untuk bermain masih belum lahir lagi . Hati masih belum mendapat hidayah walapun telah dipsycho oleh pihak berkenaan tempoh hari....

saudara jaharu, anda cuba mengaitkan aktivti bowling ini dengan aktiviti kemaksiatan yang boleh menyebabkan kegusaran sesetangah belah pihak. Mungkin sinomin yang anda buat agak silap dan harus diperbetulkan atas alasan berikut:

permainan bowling perlu menggunakan 3 jari untuk tiga lubang berbanding aktiviti seksual menggunakan dari satu ke tiga jari untuk satu ke dua lubang sahaja.

Permainan bowling menggunakan daya tolakan tangan tetapi aktiviti seksual menggunakan daya tolakan badan serta dalaman.

permainan bowling bermatlamatkan jatuhan pin sedangkan aktivti seksual bermatlamatkan kepuasan berair

permainan bowling perlu mengelakan longkang, tapi aktiviti seksual memang minat longkang2 ni

itu baru sedikit..oleh itu teman membantah sekeras-kerasnya pandangan tersebut di atas dan teman menuntut saudara jaharu menarik balik kenyataannya....

shahalamguy
19-03-07, 03:14 PM
hi.. nk tanye leh
bleh x nk tau kat mane tmpt boling paling murah?
setahu aku skang kat summit usj
game early bird rm2.50, kasut rm1.50
ade x tmpt2 lain kat area lembah klang ni lg murah dr tu?

mshafee
24-03-07, 07:17 PM
hari ni ada tournament kat sunway pyramid

BujangSelamber
08-06-07, 08:09 AM
salam semua.....
Emmm..nak join korang layan bowling le...
kat mana ye.....
Asyik layan joran je...
Nak gak blajo main bowling ne...

numb
08-06-07, 09:17 AM
salam semua.....
Emmm..nak join korang layan bowling le...
kat mana ye.....
Asyik layan joran je...
Nak gak blajo main bowling ne...

nk join..... mana lokasi anda..?? sekitar klang valley..?? kite ade buat aktiviti membowling nih setiap minggu...... just go to this link..... join them next week...!!


****://mykakis.org/forum/showthread.php?t=3045[/URL]

tukar ape yg patut... kalo tak tukar kang tak leh view lak!!

thread nih adelah utk kite bincang mengenai game bowling.. bukan event bowling....

man_drake69
18-01-08, 03:17 PM
hi..sesapa nak join main boling di melaka?\

hi..semua...aku ada team boling sendiri...ada sesapa berkenan boleh leeee ajak freindly..team aku 4 org...

ada sesapa nak friendly lawan boling tak?

nunu
18-01-08, 07:05 PM
hi..sesapa nak join main boling di melaka?\

hi..semua...aku ada team boling sendiri...ada sesapa berkenan boleh leeee ajak freindly..team aku 4 org...

ada sesapa nak friendly lawan boling tak?

Mr man_drake69, game bowling dlm MK paling laku main kat kl..banyak hero2 bowling kat sini..siap betting lagi..aaa kalau ada turun ke KL pada hari Khamis, selepas jam 9/10 boleh join/ bets ngan depa2 tuh. U boleh update / cari info game bowling di Gathering Board, under Sports thread..

casper_lo
13-05-08, 04:39 AM
dulu saya ada main ..
pernah wakil Bandar Sahaja ...
belum ada standard wakil sarawak hahaha

putrajaya2005
12-06-08, 11:00 AM
nk tanya sikit...kalau main bowling nii, boleh ke dpat awek...hehehe, maklumla aku x de awek..bola bowling aku dh ada, brand..dh lupa, lama x main bowling...
nk cari awek sekali....hehe

Abetan
12-06-08, 11:21 AM
nk tanya sikit...kalau main bowling nii, boleh ke dpat awek...hehehe, maklumla aku x de awek..bola bowling aku dh ada, brand..dh lupa, lama x main bowling...
nk cari awek sekali....hehe


Uh? Main dan join bowling leh dapat awek?? Ni perkara baru .. setahun aku dok join bowling kat Sunway ngan Mykakis nyer kaum .. takde pun dapat awek ..

Aku rasa nko silap forum kot? Anyway .. I enjoyed being with them masa dok main bowling kat Sunway .. tapi sekarang tempat dah berubah2 ..

Nko kena ikut thread ni untuk maklumat venue weekly session ..

p/s: Kalau niat nak cari awek, tapi mai bawak teloq nko jer bila join bowling .. baik takyah dtg .. Wak kena sound dan halau ngan adik aku jer nanti.

putrajaya2005
12-06-08, 11:35 AM
Uh? Main dan join bowling leh dapat awek?? Ni perkara baru .. setahun aku dok join bowling kat Sunway ngan Mykakis nyer kaum .. takde pun dapat awek ..

Aku rasa nko silap forum kot? Anyway .. I enjoyed being with them masa dok main bowling kat Sunway .. tapi sekarang tempat dah berubah2 ..

Nko kena ikut thread ni untuk maklumat venue weekly session ..

p/s: Kalau niat nak cari awek, tapi mai bawak teloq nko jer bila join bowling .. baik takyah dtg .. Wak kena sound dan halau ngan adik aku jer nanti.

huhuhu...sambil enjoy2 main bowling,ada rezeki bolehla tersangkut kat mana2..mana tau kan..group mk nii selalu main mlm ke siang n hari cuti ke main?..
p/s :sambil menyelam minum air...hehe

Abetan
12-06-08, 11:48 AM
huhuhu...sambil enjoy2 main bowling,ada rezeki bolehla tersangkut kat mana2..mana tau kan..group mk nii selalu main mlm ke siang n hari cuti ke main?..
p/s :sambil menyelam minum air...hehe

Selalu main hari khamis malam jumaat ..

kalau nko nak ushar awek lane lain or awek MK tu .. best of luck la .. :shutup:

but my point here is that "we have alwiz treated well and respected all MK forumers especially the lady members joining in any of our TT session" and I must comment that ur previous gesture is kinda 'rude' .. :icon_flak:

However, I speak for myself though .. :D

putrajaya2005
12-06-08, 12:10 PM
Selalu main hari khamis malam jumaat ..

kalau nko nak ushar awek lane lain or awek MK tu .. best of luck la .. :shutup:

but my point here is that "we have alwiz treated well and respected all MK forumers especially the lady members joining in any of our TT session" and I must comment that ur previous gesture is kinda 'rude' .. :icon_flak:

However, I speak for myself though .. :D

orait..take note..hehe

nunu
14-06-08, 08:36 PM
orait..take note..hehe

Make sure u have deepest Take Note..takat atas bibir je baik tak yah.. :icon_flak: oh yea,thx abetan which make things rite :Happy_1356:pendapat nunu kalau putrajaya2005 nak awek, tak yah tunggu main bowling pi aje blind date ke apa2 ke asalkan senang dapat..awek skrg ni main bowling tuk fun bukan nak cari balak..:35:awek MK bukan senang nak takel!!cayalah..

ps: nunu kalu pegang bola bowling bukan baling kat Lane tp baling kat putrajaya2005 kott..jgn marah ek..me suka kidding