View Full Version : Resepi Puding
Princess Honey
07-09-05, 04:40 PM
Ok.. hari ni I nak share sejenis puding... PUDING TRIFFLES .. buatnya senang dan rasanya pun sedap..
http://img.photobucket.com/albums/v365/maizana/Masakan/Puding%20Triffles/Triffles1.jpg
PUDING TRIFFLES
Bahan.
Beli swiss roll (I suka beli dari kedai Kings..tak kiralah rasa pandan ke apa)
1 tin fruit coktail (brand ligo ke..macam2 ada)
Kristal Jelly (belilah perasa apa pun...I mesti cari brand ni..cuba Nona..susah menjadi)
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Nestle Yogurt (pengganti whipping cream)
Caranya
Layer 1:
Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuh 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.
Layer 3:
Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad). Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.
Layer 4:
Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).
Layer 5:
Bila jelly dah beku..sapukan Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.
LELAKI-LELAKI BUJANG PUN BOLEH BUAT... simple as 1..2...3..
Puding Custard Jagung
Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis
1 tin susu cair (Ideal)
½ tin tepung custard
2/3 tin gula pasir (sukatan tin jagung)
2 ½ tin air (sukatan tin jagung)
Cara:
Campurkan kesemua bahan dan kacau di atas api yang perlahan sampai pekat dan berkilat (masak). Bekukan di dlm bekas ikut cita rasa.
Koktel Aneka Warna
Bahan-Bahan:
1 mangkuk anggur
½ mangkuk strawberi
1 biji kiwi (dipotong bulat)
1 biji oren (dipotong bulat)
½ biji lemon (dipotong bulat)
1 camca besar perahan oren
1 camca besar perahan lemon
1 camca besar perahan anggur
1 camca besar madu
1 camca teh gula aising
Cara:
Air buah-buahan di dalam pinggan. Tuang perahan oren,perahan lemon & perahan anggur & gaulkan madu. Tabur gula aising & simpan di dalam peti sejuk.
************************************************** ************
Puding Cocktail Berkastard
Bahan-Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 gelas air
1 tin cocktail buah
1 tin susu cair
Gula secukupnya
2 biji putih telur dipukul
Bahan untuk sos kastard:
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 ½ sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
Secubit garam
Cara:
Masak agar-agar kemudian masukkan susu cair & gula.
Susun cocktail buah ke dalam acuan.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Apabila agar-agar sudah masak, perlahankan api dan tuang telur putih tadi ke dalamnya. Kacau sebentar.
Masukkan kedalam acuan yang mengandungi buah-buahan cocktail tadi.
Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
Untuk membuat sos kastard, pukul kuning telur dan susu cair kemudian masukkan gula dan masak.
Bancuh tepung kastard, masukkan ke dalam campuran yang sedang dimasak dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan esen vanilla dan sedikit garam.
Kacau sehingga masak. Apabila sudah sejuk, tuangkan ke atas puding tadi.
Ni sapa nak puding Kastard
Bahan-Bahan:
20 gm agar-agar
1000 ml air
300 gm gula pasir
4 camca besar tepung kastard
400 ml susu cair 4 biji telur
300 gm mangga ranum (dikisar halus)
½ camca teh esen vanila
Pewarna merah
Cara:
Masak agar-agar bersama air di dalam periuk di atas api sederhana hingga agar-agar larut. Masukkan gula pasir, kacau hingga ia larut. Asingkan 500 ml agar-agar, bubuh di dalam periuk lain di atas api kecil. Kacau tepung kastard bersama susu cair dan telur di dalam mangkuk hingga ia sebati. Bahagikan ia dua bahagian. Tuang sebahagian kastard di dalam agar-agar pertama, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam acuan pilihan. Biar ia keras sedikit. Tuang baki kastard di dalam baki agar-agar tadi, kacau hingga sebati. Masukkan puri mangga bersama esen vanila dan pewarna merah. Jerang hingga ia mendidih. Tuang agar-agar bermangga di atas agar-agar lapisan pertama tadi. Biar ia keras.
Bahan-Bahan:
Bahan A (puding)
250 ml susu sejat
250 ml air
3 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1½ sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila Bahan B (gula hangus)
125 gula pasir
4 sudu besar air
Cara:
Satukan bahan (B) dalam periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan. Tuangkan sirap ini ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan.
Bahan (A): Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tuangkan susu sejat, air dan esen vanila. Kacaukan hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini kedalam mangkuk yang berisi gula hangus. Bubuhkan sedikit margerin di atasnya.
Kukus di dalam pengukus selama 20 minit.
Karamel
Bahan-Bahan:
Bahan A (puding)
250 ml susu sejat
250 ml air
3 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1½ sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila Bahan B (gula hangus)
125 gula pasir
4 sudu besar air
Cara:
Satukan bahan (B) dalam periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan. Tuangkan sirap ini ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan.
Bahan (A): Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tuangkan susu sejat, air dan esen vanila. Kacaukan hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini kedalam mangkuk yang berisi gula hangus. Bubuhkan sedikit margerin di atasnya.
Kukus di dalam pengukus selama 20 minit.
Agar2 Puding Mangga
Bahan-Bahan:
30 g agar-agar
900 ml air
250 g gula pasir
1 biji mangga, dibuang kulit dan dikisar 2 biji telur
250 ml susu cair
1 camca besar tepung kastard
Cara:
Masak agar-agar bersama air di dalam periuk hingga ia larut. Kemudian masukkan gula pasir, biar hingga ia larut. Masukkan mangga, kecilkan api, kacau sekali sekala hingga ia sebati. Putar telur hingga ia kembang. Masukkan susu cair bersama tepung kastard, kacau hingga ia sebati. Tuang ia ke dalam agar-agar tadi, biar hingga ia mendidih. Tuang ia ke dalam acuan pilihan.
Puding Kurma
Bahan-Bahan:
½ bungkus agar-agar direndam
1 camca air
½ cawan gula halus
Sedikit garam
2 helai daun pandan ½ cawan buah kurma dilecek hingga lumat
1 biji telur (dipukul)
1 cawan susu cair
2 camca besar gajus (dikisar)
Cara:
Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian masukkan gila, garam, dau pandan & buah kurma. Gaul hingga sebati. Apabila sudah cukup masak, masukkan bancuhan agar-agar ke dalam loyang. Tuang telur, susu cair & gajus. Gaul sebati, Sejukkan didalam peti sejuk.
Puding Buah Istimewa
Bahan-Bahan:
1 peket kristal jeli blackcurrant
1 tin buah-buahan koktail
400 ml air panas
310 ml susu 2 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung gandum
Cara:
Masukkan air panas di dalam bekas, kemudian masukkan kristal jeli blackcurrant. Kacau. Ketepikan & biarkan sejuk kemudian letakkan dalam peti sejuk. Di dalam bekas lain, masukkan pula gula kastard & tepung gandum. Kemudian masak & kacau sehingga pekat. Apabila sudah pekat, tuangkannya di atas kristal jeli yang telah disejukkan tadi. Masukkan buah-buahan koktail semasa kastard masih dalam keadaan suam lagi. Biar seketika, selepas itu biarkan ia sentiasa dingin.
Puding Cocktail
Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar (pek sederhana)
1 tin susu cair (Ideal)
1 tin fruit cocktail(del monte/steffi's choice)(asingkan sirap dengan buahnya)
Gula semanis rasa
Cara:
Masak agar-agar di dalam periuk bersama air dan kacau hingga larut.(jangan terlalu likat atau terlalu cair) (tips: 1 paket sederhana = setengah periuk air (saiz periuk nasi “medium sizeâ€) Kemudian masukkan gula (maniskan sedikit) Selepas itu, masukkan sirap fruit ccktail (sirapnya sahaja ok) + fruit cocktail dan juga susu cair. Kacau sedikit dan masukkan pula buah-buahan (tidak perlu lama). Padamkan api dan masukkan adunan ke dalam bekas-bekas acuan dan sejukkan hingga beku.
Puding Cocktail Berkastard
Bahan-Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 gelas air
1 tin cocktail buah
1 tin susu cair
Gula secukupnya
2 biji putih telur dipukul Bahan untuk sos kastard:
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 ½ sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
Secubit garam
Cara:
Masak agar-agar kemudian masukkan susu cair & gula.
Susun cocktail buah ke dalam acuan.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Apabila agar-agar sudah masak, perlahankan api dan tuang telur putih tadi ke dalamnya. Kacau sebentar.
Masukkan kedalam acuan yang mengandungi buah-buahan cocktail tadi.
Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
Untuk membuat sos kastard, pukul kuning telur dan susu cair kemudian masukkan gula dan masak.
Bancuh tepung kastard, masukkan ke dalam campuran yang sedang dimasak dan
kacau perlahan-lahan.
Masukkan esen vanilla dan sedikit garam.
Kacau sehingga masak. Apabila sudah sejuk, tuangkan ke atas puding tadi.
Puding Roti "Pasti Sedap"
Bahan-Bahan:
10 keping roti
Mentega
300 ml susu cair
300 ml susu segar
1 ct esen vanila
2 biji telur
150 g gula castor
Mix fruit
Cara:
1. Sapukan mentega pada roti dan dipotong².
2. Lenserkan loyang dan letak roti berselang dengan mix fruit dan gula castor. Pastikan top layer ada mix fruit dan gula.
3. Pukul telur bersama susu cair, susu segar dan esen vanila.
4. Masukkan ke dalam roti dan rendamkan selama 1 jam.
5. Cubit 3 atau 4 ketul mentega dan letak berselerak di atas roti yg sudah terendam.
6. Bakar pada suhu 150C selama 40 minit.
Puding Sagu
Bahan-Bahan:
300 gm sagu biji
1 biji kelapa (ambil santannya)
3 ketul gula melaka
Air
Garam
Cara:
Bahan Puding
1. Didihkan air hingga menggelegak.
2. Masukkan sagu biji.
3. Rebus sagu hingga kembang.
4. Tuskan sagu di dalam penapis.
5. Masukkan sagu ke dalam acuan.
6. Biarkan sagu mengeras.
Bahan kuah.
1.Masak gula melaka dengan air hingga hancur semuanya.
2. Perah santan,ambil patinya sahaja dan campurkan garam untuk melemakknya.
Cara menghidang.
1. MAsukkan puding ke dalam mangkuk dessert.
2. Tuangkan santan pekat.
3. Tuangkan air gula melaka.
Puding Triffle
Bahan-Bahan:
(Bahan A).
300ml susu sejat
500ml air
3 biji telur
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
1 peket agar-agar
6 sudu besar tepung kastard
(Bahan B).
1 peket serbuk jelly(perisa pilihan)
200ml air
2 sudu besar gula
2 sudu serbuk agar-agar
(Bahan C).
1 Kek gulung
1 tin buahan campuran
Cara:
Potong kek gulung dan penuhkan bekas loyang sebagai lapisan pertama. Ketepikan bekas loyang.
Untuk bahan (A), masakkan agar-agar sehingga kesemuanya cair. Masukkan gula dan biarkan di atas dapur dengan api kecil. Sementara itu pukul telur sehingga kembang dan masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan air sejuk teruskan pukul sehingga kembang.
Masukkan susu sejat,mentega dan esen vanila kedalam agar-agar. Kacau sebati dan masukkan adunan telur dan kastard yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit. Adunan hendaklah sentiasa dikacau sehingga masak. Setelah masak, tuangkan ke atas kek yang telah disusun tadi sebagai lapisan kedua dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk dan mengental, taburkan buah-buahan campuran (yang telah diasingkan dari sirapnya terlebih dahulu).Ketepikan.
Seterusnya bancuh serbuk jelly dengan sirap dari buah-buahan dalam tin tadi. masakkan atas dapur dan masukkan semua bahan B. Selepas mendidih, tuangkan ke dalam loyang sebagai lapisan ke tiga.
Biarkan sejuk dan mengental.
Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Adunan puding ini adalah untuk acuan loyang berukuran 25-30cm.
Untuk hidangan lebih menarik, anda boleh cuba terus tuangkan bahan kedalam beberapa mangkuk kaca yang boleh dihidangkan terus.
Puding Susu Segar
Bahan-Bahan:
10 gm serbuk agar-agar
100 gm gula
600 ml susu segar atau santan 50 gm coklat chips
2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)
Cara:
Larutkan agar-agar dengan gula dan susu.Masukkan serbuk koko dan angkat.
Campur coklat chips ke dalam agar-agar dan tuang ke dalam acuan kecil-kecil. Sejukkan.
Puding Roti Simple
Bahan-Bahan:
9-11 keping roti
1 senduk besar susu cair
1 ½ senduk besar gula
2 biji telur
2 senduk besar tepung gandum
secubit garam(secukup rasa)
sedikit mentega (utk disapu diloyang)
Cara:
Rendam roti dgn air putih sehingga lembut ddlm sebuah bekas.Apabila roti tadi sudah lembut buangkan airnya. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan susu cair diikuti gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan kacau/pukul adunan tadi sehingga kembang. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapu mentega supaya puding anda tak melekat di loyang.
Cadangan Hidangan:
Sejukkan dulu puding tersebut,kemudian baru dipotong mengikut kemahuan anda.....
sape nak aku ? hahahaha
ini puding bole makan ker? apa perisa apa brand? kalau puding ni sedap..tolong senarai bahan2 cara nak buat puding ni?:cool:
pakyeop
30-09-06, 11:33 AM
puding roti - enak dimakan ketika sejuk.
sesuai untuk hidangan berbuka puasa
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 keping roti, disapu mentega
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.
borders
08-12-06, 04:18 PM
PUDING LAICI atau KOKTEL
Bahan:
10 gm agar2 serbuk atau 1 bungkus agar2 biasa [rendamkan]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici atau buah2 koktel dlam tin... asingkan air dan buahnya
Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi.
3. Masukkan air laici atau buah koktel dan susu cair. Tutup api dan kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici atau buah koktel yang diasingkan tadi.
Puding ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....
borders
08-12-06, 04:19 PM
PUDING KOKTEL SOS OREN/MANGGA
Bahan-Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
Cara
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
Bahan untuk sos Oren/Mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt perasa oren atau mangga
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak]
[jika boleh gunakan yg ada sach oren]
Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan [kecuali air kotak yang ada sach oren] dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.
minnie13
06-03-07, 05:40 AM
Puding Roti Berlauk
Inti
500 gm daging cincang
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar oyster sauce
1 biji bawang besar
Daun bawang dipotong dadu
Daun sup
Cili merah
Bawang goreng
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Puding roti
Sebuku kepingan roti
Cream cheese
Mozarella cheese
Cheddar Cheese
250 ml susu
3 biji telur
Cara menyediakan Inti Daging
1. Perapkan daging cincang bersama oyster sauce selama 30 minit.
2. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan perapan daging cincang tadi. Tumis hingga airnya kering.
4. Hiris halus cili merah, daun bawang dan daun sup untuk ditaburkan nanti.
Cara menyediakan Pudding Roti.
1. Kacau susu bersama 3 biji telur.
2. Roti dibuang kulit tepi dan dipotong empat.
3. Sapukan roti dengan cream cheese.
4. Aturkan roti yang telah disapu di dalam bekas yang telah disapu permukaannya dengan marjerin. Permukaan bercheese di bahagian atas.
5. Tuangkan campuran susu dan telur tadi di atas roti. Lebih banyak dituang, lebih lembap roti itu nanti.
6. Kemudian ratakan dengan daging.
7. Taburkan kedua-dua cheese mozarella dan cheddar.
8. Atur semula roti yang telah disapu dengan cream cheese dan tuangkan campuran telur susu tadi.
9. Ulang hingga habis roti. Di bahagian lapisan daging yang terakhir taburkan bersama daun sup, daun bawang, cili merah dan daun goreng.
10. Aturkan kulit roti tadi di atas lapisan yang terakhir.
11. Tuangkan campuran telur susu supaya lembab permukaannya.
12. Bakar selama 30 minit dalam suhu 180 darjah Celcius.
Sedap dimakan bersama cili sos.
Puding Laici
Bahan-bahan
2 tin laici
1 tin susu cair
5 ketul gula batu
1 bungkus agar-agar
3 biji kuning telur
2 susu tepung kastard
sedikit esen vanilla
gula secukup rasa
Cara-cara
· Didihkan agar-agar sehingga cair.
· Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastard.
· Kemudian campurkan susu cair dan esen vanilla.
· Akhir sekali masukkan kesemua bahan termasuk laici kedalam agar-agar. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
· Kemudian masukkan ke dalam bekas. Setelah sejuk masukkan dalam peti ais.
PUDING NANGKA
Bahan-Bahan
1 paket serbuk agar-agar
2 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair
20 oz air sejuk di campur dengan susu cair , jadikan 30 oz
sedikit buah nangka
sedikit daun pandan
Cara Cara
· Masak agar-agar, gula, dan nangka sehingga mendidih, matikan api.
· Tapis, tuang ke dalam gelas. Biar sejuk, kemudian belah dua dan bentukkan seperti buah nangka, dengan pengerik khas.
Puding Roti Jagung
Bahan-Bahan
4 keping roti
2 sudu kecil mentega
2 sudu kecil tepung jagung
1 tin jagung berkrim
nanas dalam tin
5 sudu besar gula
2 cawan susu cair
1 biji telur
1 helai daun pandan
Cara Cara
· Campurkan gula dan tepung jagung di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan susu cair. Gaul rata.
· Pecahkan telur dan ratakan lagi. Masukkan daun pandan.
· Sapukan mentega dengan rata ke atas acuan untuk membakar.
· Letakkan roti di atas acuan dan siramkan campuran susu cair ke atasnya.
· Kemudian sapukan jagung berkrim di atasnya. Lapiskan lagi roti.
· Ulang melapiskan roti dengan campuran susu cair dan jagung berkrim sehingga habis.
· Aturkan nanas di atasnya.
· Bakar di dalam ketuhar gelombang mikro selama 4-6 minit pada suhu sederhana.
Pudding Kelapa Muda
Bahan-Bahan
6 biji merah telur
250 gm gula pasir
250 gm tepung mazena
2 gelas isi kelapa muda
10 gelas santan sederhana
1/2 camca garam
1/4 camca essen vanilla
buah ceri untuk hiasan
Cara Cara
· Adun kesemua bahan sehingga rata dan tidak berbiji-biji, kemudian panaskan diatas api sehingga setengah Kental.
· Masukkan isi kelapa dan kacau hingga rata, tuang ke dalam loyang, dan bakar seketika.
· Setelah itu, hias diatasnya dengan buah ceri.
Pudding Castard Jagung
Bahan-bahan
1/2 tin tepung castard (Bird's Nest)
1 susu makan tepung jagung
1 tin susu cair Carnation
1 tin cream style jagung
1 biji kelapa parut dikupas kulit (ambil santan sukatan tin jagung sebanyak 2 tin)
gula secukup rasa
Cara-cara
· Campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
· Masak diatas api ynag sederhana dan hendaklah sentiasa kacau supaya ia tidak bergentel.
Setelah adunannya meletup-letup sedikit, bolehlah diangkat dan tuangkan diloyang.
PUTERI DI DALAM KACA BERSAMA GULA MELAKA
Bahan-Bahan
1000ml Air
240ml Santan
200g Gula
10g Agar-agar
50g Gula
50g Tepung beras
4 biji Telur
1 sudu besar Esen Vanilla
Secubit garam
Pewarna : Merah, Kuning dan Pandan
Untuk Sos Vanilla:
300 ml Santan
Tepung beras
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sos Gula Melaka:
300 ml Santan
100 g Gula melaka
2 helai daun pandan
Tepung Beras
Cara Cara
Cara-cara untuk pudding:
· Tuangkan santan pekat dengan gula dan kacaukan
· Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati
· Masukkan esen vanilla dan masakkan ia di atas api selama 10-15 minit ataupun hingga ia pekat, sesudah menjadi pekat, masukkan ke dalam 3 acuan, warnakan ia dan lalu di kukus, setelah dikukus, keluarkan pudding dan potong dadu.
Cara-cara untuk agar-agar:
· Tuangkan air, gula dan agar-agar yang sudah di rendam dengan air hingga ia menjadi sebati, tuangkan agar-agar ke dalam acuan yang mengandungi pudding, ketepikan dan biarkan ia sejuk
Cara-cara untuk sos gula melaka:
· Tuangkan santan yang di campur dengan tepung beras, daun pandan, garam dan gula melaka dan kacau di atas api selama 10 minit.
SUM-SUM KHATIRA
Bahan-Bahan
50 g tepung beras
50 g tepung gandum penuh (wholemeal)
40 g tepung jagung
150 ml susu rendah lemak
1/2 sdt garam
Cara Cara
· Masukkan kesemua bahan-bahan itu tadi ke dalam periuk.
· Kacau rata hingga sebati.
· Masakan adunan ini dengan yang sederhana.
· Masak adunan ini sehingga mendidih dan melekat.
· Jangan terlalu lama menanak adunan ini.
· Setelah tanak, masukkan adunan ini ke dalam loyang ataupun acuan.
· Biarkan ianya sejuk, barulah dihidang.
Untuk membuat sirapnya:
80 g gula pasir
750 ml air
2 helai daun pandan (simpul)
1 batang kayu manis
cengkih
10 g hirisan kurma } hiasan
10 g kismis } hiasan
10 g serbuk badam (dipanggang)
1 sdt susu rendah lemak
sedikit air barli
1 sdt krim soda
Cara memasaknya:
· Masukkan kesemua bahan-bahan ini kecuali kurma, kismis dan serbuk badam ke dalam periuk.
· Kacau rata barulah dimasak dengan api yang sederhana.
· Masak hingga mendidih.
· Semasa menghidang barulah ditabur bahan-bahan hiasan.
antagon
26-03-07, 02:46 PM
who know how to make a gud puding jagung ?
who know how to make a gud puding jagung ?
As writen by brav01 ( pudding castard jagung menu) all inggredient can be used but to make puding jagung more tastetier & less sweet my suggestion is just add up more santan example measure santan in full cup ( not bra cup ok:icon_biggrin: ) , is better used squeez santan( purely by hand..) & dun forget a bit of salt..if wanna taste more corn, jus add up extra a corn in de cup!!
abangbadut
20-09-07, 03:17 PM
Puding Batik
Bahan-Bahan:
600 gm biskut marie (pecahkan 4)
250 gm mentega
5 sudu besar koko
5 sudu besar milo
1 cawan gula ½ tin susu pekat
1 camca kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air
Cara:
Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat. Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya. Tekan-tekankan
adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika.
abangbadut
20-09-07, 03:19 PM
Puding Buih
Bahan-Bahan:
1 pkt Agar-agar (Kecil)
1 cawan gula
1 cawan air
6 biji telur (asingkan 4 biji telur kuning) Kuah
4 biji telur merah
¾ cawan susu pekat manis
1 cawan air
Cara:
1. masak agar2 sehingga cair & masukkan gula
2. pukul telur yang selebihnya sehingga kembang (tidak jatuh apabila diangkat)
3. masukkan agar2 yang dicairkan (sewaktu panas) kedlam telur yang dipukul
4. masukkan kedalam acuan
Kuah
1. campurkan semua bahan dan kacau diatas api yang sederhana
2. tutupkan api setelah kuah mula mendidih
abangbadut
20-09-07, 03:20 PM
Puding Epal Coklat
Bahan-Bahan:
150 gm whipped cream
50 gm krim keju
1 biji telur
50 gm gula kastor
2 titik esen vanila
Parutan kulit oren
1 biji perahan oren
2 sudu besar tepung jagung
120 gm coklat masakn (pecahkan kecil-kecil)
6 biji epal kecil (buang kulit dan potong) Bahan-bahan topping:
50 gm gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis
50 gm tepung gandum
50 gm mentega
Cara:
Panaskan ketuhar pada kepanasan 200C. Campurkan whipped cream, krim keju dan telur. Masukkan gula, esen vanila, parutan oren, perahan oren dan tepung jagung. Pukul lagi. Masukkan coklat masakn dan epal. Kacau rata dan masukkan ke dalam acuan puding atau kaserol. Ketepikan sebentar. Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga sebati. Tabur di bahagian atas puding. Bakar selama 35 hingga 40 minit. Epal sepatutnya lembut tetapi tidak lembik dan topping berwarna perang. Hidang bersama kastard atau krim.
Sergeant Mendoza
21-09-07, 11:44 AM
Puding Semolina
Bahan-bahan
2 liter susu segar
200 gm tepung suji (semolina)
300 gm gula
8 biji kuning telur
10 gm garam @ secukup rasa
Cara
1. Didihkan susu segar dan masukkan tepung suji. Kacau hingga rata.
2. Masukkan gula, kuning telur dan garam.
3. Kacau adunan hingga rata dan tuangkan ke dalam acuan.
4. Sejukkan puding dan biar ia keras.
bad_clowns
11-06-08, 10:25 AM
aku main campak je resepi ni...korang sukat sendiri lah ye
puding castart campak-campak
-tepung kastart
-susu tepung
-gula
-garam
-perasa jagung
-air
masak tepung kaster sampai pekat agak2 boleh beku bila sejuk nanti campur gula sikit kasi manis ...garam sikit jgn masin...masuk susu tepung sikit...dah pekat masuk lam acuan biar dia membeku tak lam peti sejuk
buat sos die....masak susu kasi pekat letak tepung kastert sikit...campur gula, garam, perasa jagung...siap
dah siap tuang sos tadi atas puding yang beku tu...n hidangakan
Sergeant Mendoza
19-06-08, 12:51 AM
Puding Telur Labu Kukus
Bahan-bahan
500 gm labu (dipotong separuh dan dibuang biji)
6 biji telur ayam
700 ml susu segar
200 gm gula pasir
100 gm serbuk kastard
Cara
1. Potong labu kepada dua bahagian dan asingkan.
2. Panaskan susu dan masukkan telur, gula dan tepung kastard. Biarkan mendidih dan kacau rata.
3. Masukkan adunan tadi ke dalam labu. Kemudian kukus labu tersebut selama 40 minit.
4. Sejukkan puding dan biar ia keras.
Rujukan : Majalah Rapi Bil. 91 (1 Mei 2008) mukasurat 64.
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.