PDA

View Full Version : Segala Resipi Mee



heiya
28-04-06, 12:06 PM
Mee segera kari berchili

Keperluan :

- Barang dapur (periuk, kuali, dapur dsb)
- Cili boh/giling
- Mee segera (Maggie/mamee/dsb)
- Bawang kecil/besar
- Sayur sawi
- Minyak masak

Cara-cara :

- Panaskan sedikit minyak dlm periuk/kuali. Then masukkkan cili boh/giling, goreng sehingga naik taik minyak, then masukkan perencah kari mee segera n bawang. Gaulkan semua ramuan dlm tu sehingga rata.
- Masukkan air (sebagai kuah mee segera) secukup rasa. Masukkan sayur sawi.
- Bila air mendidih, masukkan mee segera td, didihkan sehingga mee segera menjadi lembut.
- Then siap sedia utk dimakan, bleh tambah harta karun dlm tu, fishball ke, ayam potong halus ke, dsb masa proses tgh masak td.sekian.selamat mencuba

numb
28-04-06, 12:37 PM
heiya... kate gune bawang.... bile mase nak masukkan bawang dlm masakan ni??? numb rasekan...... kalo bawang, cili ngan sayur sawi tu ditumis sekali lagi sedap berbanding masukkan air sebelum masukkan sawi...... tu pandagan numb je la.... x salah mencube.....:D

heiya
29-04-06, 10:25 AM
hahaha lupa plak pasal bawang tu...ok dah edit pun...
tak kisah memana..tak nak letak sayur n bawang pun bleh..janji cili boh tu sbg asas masakan...

tp diingatkn..cili boh masam sikit..nak pure..blender la cili kering sendiri..

jongoss
03-05-06, 02:02 AM
Maggi Goreng Asam Laksa


Bahan-Bahan:
2 Bungkus Mee Maggi Asam Laksa
2 Ulas Bawang Putih (dicincang)
5-6 Ekor Udang Hidup 1/8 Kobis Bulat
3 Ketul Bebola Ikan (Dihiris nipis)
2 Sudu Minyak Masak

Cara:
1. Panaskan air dan didihkan Mee (Jgn sampai terlalu masak), kemudian toskan sehingga kering.

2. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, tumis bawang putih yang telah dicincang dan masukkan udang hidup setelah bawang naik bau. Masukkan juga bebola ikan.

3. Gaulkan perencah Assam Laksa dengan sedikit air dan gaul hingga sebati, kemudian masukkan kedalam kuali.

4. Masukkan mee yang telah ditos kedalam kuali dan kacau sehingga rata.

Cadangan Hidangan:
Lebih sedap jika dimakan bersama hirisan telur goreng.

nunu
30-05-06, 10:21 AM
Bahan-bahan:

2 atau 3 paket su-un kering ( dicelur dgn air panas dan di tapis)
1 paket tempel ( di potong halus - ikut kesukaan anda)
1 ketul tauhu ( di potong kasar, supaya bila di kacau tidak hancur)
Sedikit ikan bilis/ udang kering ( sebagai penambah perisa)
Sedikit garam
Sedikit cili kering/ cili giling/ cili mesin ( cili2 yg telah ditumbuk/ dikisar halus)
1 bj bawang- di potong halus
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
1 atau 2 bj cili merah ( dipotong)
Sedikit sayur sawi/ kobis/ kacang panjang - ikut pilihan anda
Sedikit minyak masak yg bersih

Cara-cara nak sediakan

- Panaskan minyak dlm kuali
- tumiskan bawang, ikan bilis/udang kering, tempel & tauhu goreng sehingga masak.
- campurkan cili kering dan gaul bersama bahan 2 dlm kuali, goreng sehingga masak
- masukkan sayur yg telah dicuci & dipotong halus, gaul sehingga sebati
- kemudian, masukkan su-un yg telah di tapis dan gaul.
- campurkan sos tiram & sos cili sedikit- pastikan di gaul sama rata..
- letak sedikit garam & masukkan cili merah..
- sedia untuk di hidang.


" Selamat mencuba..."

peewit
16-06-06, 04:14 PM
Bahan-Bahan:

600 gm bihun kasar
600 gm tauge
300 gm kucai
300 gm tauhu
150 gm udang
150 gm daging
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
10 biji cili kering
6 biji cili merah
3 biji telur
2 biji limau nipis
4 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Rendam bihun selama 1 jam untuk melembutkannya. Toskan. Mesin atau tumbuk cili kering. Potong daun saderi, daun bawang dan kucai sepanjang 1.5 cm. Hiris bawang merah dan goreng untuk dijadikan bawang goreng. Goreng tauhu dan kemudian potong 1 cm persegi. Rebus telur dan potong bulat-bulat. Bersihkan tauge dan toskan. Potong daging sebesar 1.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili mesin. Masukkan daging, udang, garam dan gula. Masukkan bihun dan kacau hingga sebati. Masukkan tauge, kucai dan kacau selama 5 minit. Apabila menghidang taburkan tauhu goreng, bawang goreng, cili merah, telur, daun saderi dan daun bawang. Perah limau nipis ke atas masakan. Apa lagi..ngap la..:D

apet
26-06-06, 07:53 PM
Title: PASTA PANCAKE
Categories: Kids, Pasta, Poultry
Yield: 4 Servings

8 oz Angel Hair, uncooked
-OR Thin Spaghetti
3 Eggs
1/3 c 1% milk
3 tb Parmesan cheese
1 c Diced cooked chicken breast
-(boneless, skinless)
3/4 c Frozen peas
- thawed and drained, or
3/4 c -Fresh peas
Freshly ground black pepper
1 1/2 c Tomato sauce
4 ts Vegetable oil; divided

Prepare pasta according to package directions; drain.

Preheat oven to 300 degrees F. Place tomato sauce in
small saucepan and warm over low heat.

Beat eggs, milk and Parmesan cheese in a large mixing
bowl. Add pasta, chicken, peas and pepper and toss
until blended.

Pour 1 teaspoon of the oil into a 6-inch, non-stick
skillet and place over medium heat. Toss pasta mixture
again and measure out one-fourth of the mixture (about
1 cup) into the skillet. Flatten into an even layer.
Cook about 1 minute, then slide spatula around to be
sure pancake doesn't stick. Continue cooking for about
3 minutes until the underside is brown, shaking the
pan once or twice to prevent sticking. Carefully flip
pancake and cook about 3 more minutes.

Slide pancake onto a baking sheet and keep warm in the
oven while preparing the remaining pancakes.

When all four pancakes are done, top with tomato sauce
and serve.

Serves 4 kids

Each serving provides: 434 Calories; 25.7 g Protein;
56.1 g Carbohydrate; 11.8 g Fat; 169 mg Cholesterol;
100 mg Sodium. Calories from Fat: 24%

fittry
15-07-06, 12:44 AM
Spagetti Original

Bahan-Bahan:

1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang Ramly
1 tin peeled tomato
3 sudu sos cili
1 labu bwg putih
1 biji bwg besar
Butter & minyak masak

Cendawan butang tin
Pepper
Oregano
Garam
Gula
Mayonis
Grated cheese

Cara:

1) Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
2) Masukkan spagetti dan masak hingga lembut
3)Angkat dan toskan dlm tapis
4)Gaulkan dgn sedikit butter supaya ia tidak melekat antara satu sama lain

Utk Kuah:
1) Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
2) Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing
3) Masukkan daging cincang dah masakkan hingga daging masak
4) Masukkan Peeled Tomato berserta airnya, sos tomato dan cendawan butang
5) Masukkan pepper, oregano, garam dan gula
6) Sedia utk dihidang

Cadangan Hidangan:

Letakkan spegetti ke dlm pinggan dan curahkan kuahnya. Kemudian, letak sesudu mayonis di atasnye. Akhir sekali taburkan grated cheese.

Tambahan:

*Jika suka berkuah, tambahkan air. Garam perlulah hati2x kerana butter pun dah masin. Peeled tomato digunakan kerana rasa lebih tomato berbanding dgn tomato buah. Boleh didapati di bahagian makanan tin.



Spagetti Goreng Mudah

Bahan-Bahan:

spageti yang telah direbus dan ditoskan
20 ekor udang sederhana(kopek dan kulitnya direbus 2 cawan air untuk mendapatkan stok udang)
3 sudu makan minyak masak
4 biji bawang putih dikisar
1 sebiji bawang merah dikisar
10 biji cili padi dikisar
serbuk pati ayam maggi

Cara:

panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi udang sehingga hampir masak dan tuangkan stok udang tadi. Kemudian spageti dimasukkan sebelum rencah tadi hampir kering. Akhir sekali, masukkan serbuk pati ayam untuk menambahkan rasa sedap.

Cadangan Hidangan:

Makan ketika masih panas. Untuk mencantikkan hidangan boleh diletakkan diatasnya sedikit daun sup, hirisan cili dan bawang goreng.

Tambahan:Rugi kalau tak mencubanya. Mudah saja...

fittry
15-07-06, 12:56 AM
Bahan-Bahan:

250g bow pasta
3 tbsp pesto paste
3 tbsp yogurt
1 cube vegetable stock
125g chicken fillet, cut into thin strips
1 large onions, chopped
3 cloves garlic, chopped
2 tbsp pine seeds
2 tbsp olive oil

Cara:

Boil the pasta for 13 minutes. Switch off the heat and then pour in 1 cup of cold water.
Strain and leave aside.

Heat 2 tbsp of olive oil and fry the onions till soft and fragrant.
Add in the garlic and fry for 2 minutes.
Add in the chicken pieces and fry till cook.
Add in the pesto paste and stir through.
Add in the yogurt and the vegetable stock. Mix through and fry for 2 minutes.
Switch off the heat and then pour in the cooked pasta. Mix through.
Add in the pine seeds and toss through.
Ready to serve.

Cadangan Hidangan:

* You may wish to garnish with fresh basilicum leaves

fittry
15-07-06, 01:07 AM
Mee Rebus Jawa..!!

Bahan-Bahan:

2 kg mi
½ kg daging tetel(potong kecil dan rebus)
½ kg udang
1 kg tauge
3 biji tomato besar
3 biji kentang, (rebus, lecek dan campurkan sedikit air)
5 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
1 camca besar gula
1 camca teh asam jawa
Garam
2 camca besar kacang tanah, digoreng dan digiling halus
4 camca besar taucu, digiling halusBahan-bahan digiling halus:
3 camca besar rempah kari daging
20 tangkai cili kering
1 camca besar jintan kasar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh lada sulah
5 hiris halia
5 hiris lengkuas
1 batang serai
10 biji bawang merah
5 biji isi buah keras

Cara:

Celur mi dan toskan. Celur tauge dan toskan. Panaskan minyak. Tumis rempah dan kacau hingga garing. Masukkan kentang, taucu, kacang tanah, daging, udang, air asam, gula dan air. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Masukkan tomato dan biarkan mendidih. Hidangkan bersama hiasan.

Tambahan:

Untuk hiasan:
2 keping tauhu kuning(digoreng dan dipotong nipis)
Sedikit daun sup dan daun bawang dihiris nipis
Bawang goreng dan cili potong

Mee Rebus

Bahan-Bahan:

Bahan untuk kuah:

400 gm keledek (direbus empuk dan dilecek)
350 gm ubi kentang (direbus empuk dan dilecek)
50 gm kulit kayu manis
4 kumtum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 ikat daun sup (dipotong kecil)
1 peket rempah sup bunjut
1 liter air
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cawan minyak masak
Garam
Gula600 gm mi kuning
100 gm tauge
100 gm sawi
5 keping tauhu (digoreng)
450 gm isi ayam (dicelur dan dihiris)
8 biji telur

Cara:

Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, daun sup, rempah bunjut dan air direbus bersama tulang ayam. Setelah itu, ketepikan airnya sahaja.

Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan air rebusan ayam dan biar mendidih.

Masukkan keledek dan ubi kentang untuk memekatkan kuah.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Semasa menghidang, hias dengan daun bawang, bawang goreng dan cili merah.

heiya
20-08-06, 03:04 PM
selim...bleh ajar tak mcm mana nak buat ramuan mee wantan...satu satunya makanan cina yg tip top..sedap siot..aku suka...

KiNgX
03-09-06, 02:52 AM
MEE MALAYSIA

Bahan-bahan:

600 g mee kuning
300 g daging lembu
150 g sotong
100 g udang
300 g sawi putih
300 g tauge
8 biji bawang merah dikisar
2 biji tomato dipotong empat
3 biji bawang putih dikisar
Sedikit lada sulah dan garam
1 tin kecil tomato puree
5 tangkai cili merah dikisar
2 sudu besar kicap manis
Bawang goreng

Cara membuatnya:

1. Perap daging bersama lada sulah dan kicap.
2. Tumis bahan giling hingga wangi dan masukkan daging, sotong dan kemudian udang.
3. Masukkan tomato puri, garam dan kacau rata. Masukkan mee, sayur sawi putih, tauge dan tomato. Kacau rata. Hidangkan bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

ArisshaSofea
09-10-06, 12:21 PM
BIHUN SUP UTARA

BAHAN-BAHAN
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa

CARA-CARA
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka
Gula secukup rasa

ArisshaSofea
09-10-06, 12:22 PM
MEE BANDUNG

BAHAN-BAHAN
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam 4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

CARA-CARA
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

ArisshaSofea
09-10-06, 12:25 PM
LAKSA JOHOR@10org

BAHAN-BAHAN
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk) 1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus
Sambal belacan

CARA-CARA
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.

2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.

3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.

Petua: Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan.jika terlalu pekat campurkan denga air atau santan

ArisshaSofea
09-10-06, 12:33 PM
selim...bleh ajar tak mcm mana nak buat ramuan mee wantan...satu satunya makanan cina yg tip top..sedap siot..aku suka...

MEE WANTAN

BAHAN-BAHAN
300 gm mi wantan
150 gm dada ayam
2 tangkai sawi
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit minyak masak

CARA-CARA
Mi wantan direbus dengan air panas hingga lembut. Angkat & toskan. Dada ayam direbus & disiat-siatkan halus. Sawi dicelur dengan air panas & sedikit minyak masak. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan & serbuk lada sulah.
Masak hingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Bubuh mi wantan, sawi & daging ayam di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah panas ke atasnya.

ArisshaSofea
09-10-06, 12:40 PM
MI SOTO BEBOLA DAGING

Bahan(A) untuk bebola daging :
3 keping daging burger (dilenyek)
4 biji ubi kentang (direbus & dilenyek)
4 biji bawang kecil (dimayang halus)
1 pokok daun sup (dimayang halus)
4 sudu tepung jagung
garam secukup rasa

500g ayam (bahagian dada)
4 biji bawang kecil (dikisar)
4 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu rempah sup
1 pokok daun sup
2 sudu bawang goreng
300 gm tauge
300 gm bihun
2 paket nasi impit segera
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
1. Rebus ayam hingga setengah masak. Toskan ayam dan ketepikan air rebusannya.
2. Gaul semua bahan A dan buat bulat2 sebesar duit 50 sen.
3. Goreng bebola daging tersebut sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula dada ayam (lebihan rebus tadi) sehingga masak. Angkat dan carikkan daging ayam tersebut.
4. Celur taugeh dan bihun. Tos dan ketepikan.
5. Rebus nasi impit sehingga masak. Tos dan tunggu hingga sejuk sebelum potong.
6. Untuk membuat sup, goreng semua bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi serta rempah sup. Tunggu hingga mendidih.Tabur daun sup dan bawang goreng.

zekee
13-11-06, 05:02 AM
MISUA GORENG CHIENG-MAI (KAISIML NA KUNG)

Bahan-bahan :
150gm misua
3 ulas bawang putih dicincang halus
100gm udang basah
100gm isi ayam dihiris nipis
50gm rebong
50gm cendawan butang
3 tangkai daun bawang
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
Satu per empat camca kecil serbuk lada putih
1 cawan air rebusan tulang ayam
1 camca besar tepung jagung dilarut sedikit
Minyak untuk digoreng

Cara membuat :
1. Mee Sua direndam sebentar didalam air sejuk. Ditoskan dan digoreng didalam minyak panas sebentar. Letakan didalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama cendawan dan rebong.
3. Masukan sos tiram, lada putih, kicap cai dan juga air rebusan ayam tadi. Setelah mendidih, masukan isi ayam dan udang. Tuangkan air tepung jagung tadi lalu dituangkan keatas misua tadi.

Sajikan segera.

zekee
13-11-06, 05:03 AM
MEE KARI
(hidangan mee kari ini ialah untuk 6 - 8 orang)

Bahan: (Untuk kuah karinya) - Untuk ditumis
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
1/2 kilo sawi
(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")
Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara:
1. Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
2. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
3. Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
4. Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celurkan mee dan taugeh. Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.
5. Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

nunu
24-11-06, 01:06 PM
Pada yg arif, nak tanya...

Boleh ker gunakan mee kuning sebagai bahan asas dlm makan sup gado - gado?rasa mcm pelik ajer..sape yg pernah cuba, sedap tak rasanya?

heiya
24-11-06, 07:30 PM
caya la AS...tq tq....utk resepi mee wantan..aih dah terliur ni...

borders
08-12-06, 04:09 PM
Maggi..best


Bahan-Bahan: Bahan A:
Sebungkus Mee Maggi
Sedikit tepung cucur udang segera ADABI (ikut citarasa) Bahan B:
Jintan Manis (ditumbuk halus)
Bawang merah (dihiris kecil-kecil)
Udang (dibuang kulit)
Cili hidup (dihiris kecil-kecil)
Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
Sedikit telur (1 bungkus Mee Maggi 2 biji telur)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng Cara: Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit, cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian, renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan. Kepalkan Mee Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur. Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan, pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian, celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan kekuningan, hidangkan panas-panas. Tambahan: Bergedil Maggi tadi enak dimakan panas-panas. Ia juga boleh dicicah dengan sos cili dan mayones. Selamat mencuba!

borders
08-12-06, 04:15 PM
Bihun Goreng Hailam
Bahan-Bahan:
600 gm bihun
300 gm daging
300 gm sawi hijau
300 gm bunga kubis
300 gm udang
1 biji kubis
4 biji telur ayam
8 biji cili merah
3 sudu besar minyak 1 sudu besar serbuk lada
4 sudu besar air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara:
Rendam bihun selama 1 jam dan toskan. Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm. Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis. Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air. Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air. Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata. Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata. Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur.

borders
08-12-06, 04:17 PM
Bihun Sayur
Bahan-Bahan:
600 gm bihun
300 gm sawi
150 gm udang
150 gm daging
4 keping tauhu 3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada
1 biji cili merah
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
Rendam bihun selama 2 jam. Jika tiada masa, celur bihun dalam air menggelegak. Apabila lembut toskan. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1.5 cm dan rebus hingga empuk. Simpan airnya. Potong udang sebesar 2.5 cm. Potong sawi sepanjang 3 cm. Hiris bawang putih dan cili merah. Belah tauhu kepada 4 bahagian. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan udang, daging, air rebusan daging dan kacau selama 5 minit. Masukkan sayur dan tauhu. Masukkan garam dan serbuk lada. Biarkan hingga mendidih. Masukkan bihun dan kacau supaya semua ramuan mesra. Apabila menghidang, tabur cili potong.

minnie13
06-03-07, 05:53 AM
Makaroni Goreng (Stail Melayu)

Bahan:
- makaroni
- sedikit minyak masak
- sekeping keju (boleh guna cheesedale)
- bawang besar & bawang putih (ikut rasa)
- setengah inci halia
- sedikit cili boh (atau cili biasa yg dikisar halus)
- sos tomato/ tomato puri (secukup rasa - pandai2 agak ler)
- sos cili (secukup rasa)
- satu tin sardin atau tuna
- sebiji telur
- sayur-sayuran (carrot, cauliflower, cendawan)
- sedikit garam dan serbuk perasa

Cara:
- rebus makaroni dlm air bersama sedikit minyak masak (agar makaroni tak melekat). toskan setelah makaroni agak lembut (jgn lembut sgt).
- tumis bawang besar, bawang putih & halia yg tlh dikisar sehingga naik bau.
- masukkan telur dan sardin atau tuna yg tlh dihancurkan dan kacau.
- masukkan cili, sos tomato dan sos cili. kacau pada api yg sederhana. masukkan garam dan serbuk perasa.
- masukkan keju dan biarkan ia cair. gaul lagi.
- masukkan makaroni yg tlh ditos dan gaul rata.
- akhir sekali masukkan sayur-sayuran spt carrot, cauliflower dan cendawan. gaul rata dan tunggu hingga cukup masak. hidangkan.

minnie13
06-03-07, 05:55 AM
Macaroni Bakar

Bahan-bahan

2 cawan macaroni - direbus sehingga lembut dan tos kan

1 /2 cawan mushroom butang dipotong nipis

1 cawan daging dipotong halus (saya tak suka daging cincang sebab rasanya berhampas)

1/2 cawan bawang besar didadukan

1 biji bawang putih- dicincang

1 /2 cawan carrot dipotong dadu

1 cawan campuran daun bawang dan daun sup

1 cawan susu segar

5 biji telur grade A /kalau telur kecil guna 6-7 biji

Garam secukupnya

Sedikit lada

Cheese jika suka


Cara Membuatnya

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi jangan sampai garing.

2. Masukkan daging kacau. Masukkan garam dan sedikit air. Kacau, bila daging dah empuk masukkan carrot. Masukkan cendawan dan lada. Kacau sampai air kering. Angkat

3. Didalam bekas lain, kacau telur biar kembang sedikit.

4. Masukkan bahan yang dimasak tadi , daun bawang dan daun sup serta susu dan kacau rata.

5. Masukkan dalam tin pembakar dan bakar sampai setengah masak.

6. Keluarkan dan tabur dengan cheese.

7. Bakar semula sehingga masak.



Tips :-

Panas kan tin pembakar. Letakkan satu sudu makan butter/minyak. Bila Panas percik dengan air dan tutup api. Tuangkan adunan ketika tin masih panas. Kemudian baru bakar. Ini boleh mengelakkan macaroni melekit dalam acuan bila hendak memotong.

minnie13
06-03-07, 05:59 AM
Mee Siam

Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
600 gm udang, dibuang kulit(kulit udang direbus bersama sedikit air dan ditapis, ambil air rebusannya)
500 gm. mihun - direndam hingga lembut
300 gm tauge
150 gm daun kucai, dipotong sepanjang 2 cm
Garam secukupnya
6 keping tauhu, digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus - hiasan
Limau kesturi - hiasan

Bahan-Bahan kisar
15 biji bawang merah
2 camca besar cili kering, dimesin halus
6 ulas bawang putih

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa dan kacau rata.
3. Masukkan mihun dan goreng sebentar hingga semua bahan sebati.
4. Masukkan tauge dan daun kucai. Goreng sebentar.
5. Angkat mihun tadi dan taburkan tauhu goreng di atas mihun.
6. Hiaskan dengan telur rebus dan limau kesturi.


Bahan-bahan kuah
Minyak untuk menumis
8 biji bawang merah, dikisar
2 camca sedang cili kisar
150 gm udang kering, direndam & ditumbuk
1/2 cawan taucu
Sedikit air asam jawa

Untuk membuat kuahnya

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah kisar, cili kisar, udang kering dan taucu hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan udang dan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
3. Hidangkan bersama mihun tadi.

brav01
21-03-07, 12:59 AM
CLAYPOT YEE MEE

Bahan-bahan
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara-cara
· Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
· Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
· Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
· Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain tau) macam tengok kat kedai makan tu.

brav01
21-03-07, 01:00 AM
KWAY TEOW MIKRO

Bahan-Bahan
1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara
· Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
· Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
· Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

brav01
21-03-07, 01:01 AM
MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air

4 bji telur (dipukul)

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)

sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis

Cara Membuatnya
· Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
· Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
· Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
· Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)
Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
· Bakar dgn api yg sederhana.

brav01
21-03-07, 01:02 AM
MAKARONI GORENG

Bahan-Bahan
500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris

Cara Cara
· Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
· Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
· Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
· Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
· Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
· Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

MEE GORENG THAI

Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
· Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
· Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
· Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan semasa panas.

brav01
21-03-07, 01:03 AM
MEE BANDUNG

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara
· Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
· Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
· Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
· Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
· Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
· Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
· Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
· Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
· Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing,masukkan sos tiram, masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
· Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
· Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan),panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
· Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan ,masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka & hidangkan.

brav01
21-03-07, 01:05 AM
MEE HAILAM

Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara
· Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
· Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. Akhir sekali masukkan sayur2 an dan mee.

MEE HOON NAM PLA

Bahan-bahan
80 g mee hoon (dicelur)
40 g dada ayam
20 g udang kering
20 g tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk
3 biji cili padi
1/2 biji bawang besar

Cara membuatnya
· Panaskan minyak masak dan tumiskan udang kering, cili padi, telur, dada ayam dan bawang besar,kemudian masukkan mee hoon dan digaul rata, masukkan tauge, garam dan sos ikan. Masak selama 5 minit.

MEE KUAH TOMATO

Bahan-bahan
600 g mee kuning
300 g daging yang dipotong kecil dan direbus
300 g udang
300 g sawi putih
5 kelopak kobis
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air rebusan daging
1/2 sudu teh lada putih
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 ulas bawang putih dikisar
12 tangkai cili kering dikisar
Setangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
· Panaskan minyak di atas kuali, tumiskan bawang besar hingga wangi.
· Masukkan bawang putih, cili giling dan serbuk lada putih.
· Kemudian masukkan daging, udang, tomato puri dan air rebusan daging.
· Apabila mendidih masukkan kobis, sawi dan mee kuning. Kacaukan rata-rata.
· Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Anda jugak boleh menambahkan bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.

nlaylaaziz
29-08-07, 11:53 AM
MI SANGGUL BERKICAP

Bahan-bahan :

Sedikit minyak masak
4 biji bawang merah, dihiris
2 biji bawang putih, dihiris
3 camca besar udang kering, ditumbuk
1 kiub pati rebusan ayam
3 camca besar kicap cair
4 camca besar kicap pekat
3 camca besar sos tiram
1 camca sos cili
3 cawan air
5 ekor udang
4 biji bebola ikan
sedikit garam
1 bungkus mi sanggul


Cara Membuat :

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah bersama bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
2. Masukkan kiub pati rebusan ayam, kicap, sos tiram dan sos cili, kacau rata.
3. Tuang air, kacau sebati dan masukkan udang bersama bebola ikan.
4. Bubuh garam secukup rasa dan masukkan mi sanggul sewaktu sup menggelegak.
5. Hidang panas-panas. Jikalau suka makan bersama hirisan cili merah atau cili jeruk.

nlaylaaziz
29-08-07, 11:57 AM
Mee Kuah 3 Rasa

1kg mee kuning di celur Bahan Tumis – A
2 tbsp bawang putih kisar
2 tbsp cili kering kisar (cili boh) lebihkan kalo nak pedas
1 biji bawang besar mayam halus
3 @ 4 tbsp minyak masak Bahan Perasa – B
1 1/2 cawan kicap manis
1 1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos tiram
1 ketul kiub ayam maggi
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula
Garam secukup rasa
Air 2 liter
1 cwn Stok udang (ambil kulit & kepala udang rebus dgn 1 cawan air, kisar & tapis)Perencah – C
1 ketul dada ayam potong dadu
10 ekor udang siap kupas & belah 2 (size L )
6 biji bebola daging belah 4
6 biji bebola ikan belah 4
6 filmen stick / crab meat potong serong
5 btg frankftr ayam-ayamas potong serong
10 biji cendawan butang belah 2 Sayur-sayuran - D
(pilihan & qty. ikut citarasa)
Sawi hijau potong mcm biasa Hiasan
Bawang goreng & hirisan daun sop
Cili jeruk Cara-cara
1. Tumis bahan A hingga terbit minyak atau garing . Masukkan daging ayam, kacau-kacau hingga agak kecut & masukkan bahan perasa BTambah air 2 ltr & air stok udang. Biar didih.4. Masukkan udang & perencah C dan yang lain-lain. Didih sekali lagi .5. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.Didih kejap sahaja dan matikan api.
Cara hidang
Letak mee yang dah dicelur tu ke dalam mangkuk. Curahkan kuah yang telah dimasak . Taburkan bawang goreng @ daun sop & cili jeruk .

nlaylaaziz
03-09-07, 11:18 AM
Mee Kantonis

Bahan-bahan
600 gm mee kuning
2 biji telur (dipukul)
200 gm udang basah
250 gm ayam (di hiris)
150 gm fish cake
30 gm bawang putih (di hiris)
200 gm sawi
100 gm carrot (dhiris nipis)
100 gm bungan kobis (potong kecil)
1 s/b lada putih/sulah
1 s/b tepung jagung
2 sudu besar minyak
1 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa


Cara-cara

1) Panaskan minyak dan goreng telur dan masukkan mee dalammnye. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan hidangan.
2) Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3) Masukkan air rebusan ayam bersalam lada sulah dan garam.
4) Masukkan sayuran dan biarkan mendidih sikit.
5) Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tpung tidak bergentel.
6) Angkat kuah dan curahkan atas mee yang dalam pinggan
7) Hidangkan panas-panas bersama bawang goreng.
Siap untuk dimakan.

rinapur
03-09-07, 12:01 PM
mee bandung johor yg kuah kacang tu ade tak :D

nlaylaaziz
03-09-07, 03:21 PM
MEE GORENG THAI
Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
* Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam & udang.
* Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dankacau rata.
* Masukkan sayur-sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. Hidangkan
semasa panas.

nunu
05-09-07, 05:10 PM
ade sape2 tau resepi kue tiow kantonese tak?

Senang aje, tgk balik resepi mee kantonis dari nlaylaaziz tu..tukar aje mee kuning ke keu tiow pas tu kalao nak ada kuah yg putih / basah,tonggang aje tepung beras sikit, kacau & air, kasik pekat sikit masukkan kuetiow tu..bahan2 yg lain same aje..try le..

nlaylaaziz
06-09-07, 11:22 AM
Mee Fishball Soup

Bahan-bahan
1 rangka ayam (potong kecil)
500gm mee kuning atau bihun (celurkan)
1 pokok daun sup (hiriskan)
1 batang carrot (potong kecil)
3 pokok sawi /baby sawi/kailan (potong pendek)
3 biji cili merah (dihiriskan)
bawang goreng
garam
air secukupnye
2s/b minyak
2 biji fish cake panjang (potong kecil)
15 biji fishball bulat
10 biji fishcak bulat (potong 2)
1 kiub ayang (maggi ataupun knor pun buleh)

Bahan tumbuk/blender
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Sos kicap pedas
15 biji cili api (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih
2 s/b kicap cair

Cara-cara membuatnye.

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi
2) Masukkan air dan biarkan mendidih
3) Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendidih
4) Apabila mendidih asingkan tulan-tulang ayam tu dan masukkan pula fish ball, dan fishcake yang telah dipotong
5) Masukkan kiub ayam dan carrot dan biarkan mendidih perlahan-lahan
6) Masukkan sawi/kailan
7) Bila mendidih tuangkan bahan sup ke atas mee atau bihun
8) Taburkan daun sup dan cili yang telah dihiriskan dan bawang goreng
9) Hidangkan panas-panas bersama ngan sos kicap pedas

Selamat mencuba. Trial and error.

abangbadut
20-09-07, 03:04 PM
Mee Celup (Kelantan)

BAHAN-BAHAN
mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
ikan bilis goreng
kangkung
kacang tanah tumbuk
garam
gula
perasa
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)

BAHAN-BAHAN SUP
perut lembu
daging lembu
rempah sup

terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

Cara-cara menyediakan mee celup

ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.

dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali

abangbadut
20-09-07, 03:10 PM
Bihun Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan:
7 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 btg Serai
3 helai Daun Limau
(mesin kesemua sampai hancur)
Sedikit gula
Sedikit garam Ayam @ Daging
Udang @ Sotong
1 pek Perasa Tom Yam
1 bungkus Bihun
Sayur Kobis atau Sawi
Cara:
Tumiskan minyak sampai panas, masukkan bahan yang telah dikisar dan pes Tom Yam.Tumiskan sampai garing serta naik bau. Masukkan ayam @ daging. Masukkan sayur dan bihun, gaul sampai rata.Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Selamat Mencuba....

abangbadut
20-09-07, 03:11 PM
Laksa

Bahan-Bahan:
250 gm mee laksa (dicelur & ditoskan)
1,35 santan cair
250 gm ikan tenggri cabut tulang
250 gm ikan parang cabut tulang
santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan Tabur:
250 gm taugeh (dibuang ekornya & dicelur)
2 labu besar bawang besar (dihiris tipis)
2 biji sedang timun (dibuang kulitnya & empulurnya; dihiris tipis)
60 gm daun kemangi
90 gm daun selasih
30 gm daun kesum
10 batang lada kering (direndam digiling untuk dijadikan pes
1 sudu garam Bahan Giling:
2 batang serai (dihiris halus)
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2.5 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
2.5 kunyit hidup
¼ biji kelapa (diparut)
¼ biji kelapa (diparut & direndang)
2 cawan ketumbar (direndang)

Cara:
Canpurkan bahan giling ke dalam santan cair. Giling kedua-dua jenis ikan tadi &b campurkan.Rebuslah selama 30 minit. Kemudian kecil api & didihkan perlahan-lahan selama 30 minit. Kacau selalu. Masukkan santan pekat & garam.Masaklah dengan berkacau-kacaiu hingga pekat. Kecilkan api Tutup periuk itu & biarkan.
Untuk menghidangkannya: Letakkan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang berasingan.Campurkan sedikit bahan tabur di atasnya. Tuangkan kuah di atasnya & hidangkan dengan segera.

terunasuci
21-09-07, 09:52 AM
Antara menu yang terkenal di Restoren Mamak adalah menunya...so, disini saya ingin berkongsi satu resepi Mee Goreng Mamak...

Bahan - bahan
200 gm mi kuning
Sedikit tauge
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 keping tauhu goreng
Sedikit kobis & sawi
1 biji telur
* 2 sudu besar kuah kacang
Sedikit timun & tomato
Sedikit garam & minyak masak

Bahan kuah kacang
500 gm kacang tanah – direndam semlaman. Buang kulit.
Sedikit bawang putih & bawang merah
Sedikit serbuk cili
Sedikit ikan bilis
* Kesemua bahan ini dikisar hingga sebati

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga berbau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
3. Kemudian masukkan sawi, tauge dan kobis.
4. Seterusnya masukkan telur, kicap, sos tomato dan garam. Kacaukan hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan kuah kacang, mi dan goreng dengan api yang kuat.
6. Apabila menghidang, bubuhkan tomato, limau nipis dan timun diatasnya.

Selamat mencuba......

nlaylaaziz
22-09-07, 05:40 PM
Resipi ni senang aje nak buat. Tengok-tengok balik resipi ade pulak resipi ni. Tapi tak pe. Selalu menjamu kawan-kawan yang datang rumah ngan tibe-tibe. Tak boleh nak plan. Masakan omputih lak. This is my different version of recipe.

Spaghetti daging

Bahan-bahannye

1 bungkus sphaghetti strap- tak kire cap ape (direbus ngan air dan 2-3 sudu minyak supaya ia tidak melekat semasa merebus. Setelah air menggelegak masukkan spaghetti dan biar ia sampe jadi lembut. Kemudian toskan.

1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Daging cincang (boleh guna Cap Ramly Burger)
Sos spaghetti (botol kecik punye cukuplah)
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
1-2 sudu camca teh lada hitam
Garam secukup rase
2 cawan air
2-3 sudu minyak masak

Cara-cara membuatnye

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Setelah bahan tumisan kuning masukkan daging cincang dan kacau. Biarkan ia seketika. Masukkan cendawan butang, sos spaghetti, air, lada hitam dan garam. Biarkan menggelegak seketika dan angkat. Boleh di tabur di atas spaghetti yang di rebus. Hmmm sedapkan . N'joy.

Sergeant Mendoza
08-10-07, 04:19 PM
Mee Bandung

Bahan-bahan
500g udang kering segar
cili kering atau cili giling
gula pasir
bawang merah 20 biji
bawang putih 5 biji
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur 4 biji
sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging lembu ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap.
taugeh (celur)

Cara-cara
1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis.
4. Cuci mee kuning dan toskan.
5. Potong sayur sawi dan tomato.
6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi (jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah, daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa.
13. Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas

nlaylaaziz
19-10-07, 10:55 PM
Satu lagi resepi yang sesuai untuk menjamu kawan-kawan ad-hoc sempena hari raya open house. Boleh juga di cuba jikalau sesaper yang sudah jemu makan nasi.


Pasta Goreng simple

Bahan-Bahan

250gm pasta-rebus, tapis n gaul ngan minyak sket untuk mengelak dari melekat
1 cawan button mushroom (dihiris)
3 sudu daging cincang
1 biji lada benggala (jenis hijau/merah pun boleh - di hiris dadu)

bahan kisar:-
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
2 cili merah

bahan sos (campurkan):-
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
garam secukup rasa


Cara-cara membuat


Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Selepas itu masukkan campuran sos dan daging cincang. biarkan seketika. tumis bahan kisar, masukkan sos. Selepas tu masukkan button mushroom, lada benggala, garam dan akhir sekali masukkan pasta. sebati, hidangkan.

brav01
31-12-07, 06:08 PM
Mee Ketam

1. Bahan-bahannya
1 kg mee basah
2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit kicap ]
1 ketul kiub ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
serbuk sup adabi @ sup punjut
sayur-sayuran - sawi, karot, pucuk jagung, tomato buah, tauge, bunga kobis,
& kobis (option) minyak untuk menumis
2 -3 cawan air atau ikut suka, kalau nak kuah banyak tambah le air, kemudian tambah lerr bahan-bahannya sebiji telur.

2. Kaedahnya
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang merah yg telah ditumbuk
3. Masukkan air dan ketam kemudian rebus sehingga mendidih
4. Masukkan serbuk sup, sos cili dan sos tomato, kicap, kiub ikan
bilis, garam dan gula secukup rasa, tomato buah
5. Rebus lagi. Rasa kuah kalau dah ok, masukkan telur dan sayur
6. Tauge dan mee dicelur

3. Hidangan
Bubuh mee dalam mangkuk, kemudian letakkan tauge di atasnya kemudian bolehlah
dituangkan kuah panas-panas dan terus dimakan. rasanya macam mee bandung,
tapi kuahnya sedap sebab ada ketam.

brav01
31-12-07, 06:09 PM
Mee Bandung

Bahan-Bahannye :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
½ botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng

Cara-Caranya :
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.

Telurnye (dalam kuali lain tau)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.

harumaniz
17-01-08, 02:59 PM
Mi Pattaya

Bahan-Bahan:
100 gm mi kuning
50 gm udang
50 gm daging ayam (dipotong)
50 gm sotong (dipotong)
50 gm kobis bunga (dipotong)
2 tangkai sawi (dipotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
2 biji telur (dipukul)
Minyak masak & garam


Cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar
hingga garing. Masukkan ayam, udang , sotong, kobis bunga & sawi. Masak selam 2 minit. Kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram & mi. Apabila cukup masak, angkat & ketepikan. Panaskan sedikit minyak & dadarkan telur hingga masak. Bubuhkan mi di atas telur tadi & dilipat
bentuk sampul surat.