PDA

View Full Version : Resepi Ayam



numb
05-05-06, 02:45 PM
AYAM GORENG BEREMPAH

bahan-bahannya:
-1 ekor ayam dipotong
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai dihiris halus
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk kari
- 2 sudu makan tepung jagung
- 3 biji kuning telur
- sedikit garam
- daun kari
-1 sudu teh lada putih

cara2 membuatnya:
1- kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan jintan putih
2- gaulkan ayam dengan bahan yg telah dikisar serta masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, tepung jagung,kuning telur, lada putih dan garam. gaul sebati
3- gorengkan ayam... masukkan daun kari sekali
4- angkat dan hidangkan


sungguh enak dimakan begitu saja.....:D

nunu
05-05-06, 07:35 PM
Rasanyer kalau resepi ni pakai ayam kampung lagi rasa sedap..bila siap di goreng ngan bahan bahan di atas, tentu rasanya agak berbeza dgn ayam pekan..kecik kecik sedap tu..

Selama ni goreng biasa jer..ada taruh jintan2 dan lengkuas tapi tanpa tepung jagung...tentu kalu taruh tepung ni..lagi crispy..nyummyyy..

Pasti ku cuba..

numb
06-05-06, 11:32 AM
Rasanyer kalau resepi ni pakai ayam kampung lagi rasa sedap..bila siap di goreng ngan bahan bahan di atas, tentu rasanya agak berbeza dgn ayam pekan..kecik kecik sedap tu..

Selama ni goreng biasa jer..ada taruh jintan2 dan lengkuas tapi tanpa tepung jagung...tentu kalu taruh tepung ni..lagi crispy..nyummyyy..

Pasti ku cuba..

boleh hentam je sgale ayam nunu.... ayam hutan lagi gempak.... tapi jgn "AYAM" yg tu dh la...... kekekeke:D

sudah tentu kalo taruk tepung jagung lagi krispy..... adumakkkkkk nunu... memang sedap....... tapi rase die ade macam tempeyek sikit... heheee:p maybe sbb rempah lebih kurang macam masak tempeyek kot.....

Midnakal
07-05-06, 03:16 PM
Nak tanya sikit boleh tak kat numb_laydy nieh....pandai buat ayam golek tak ? kat KL nieh byk ayam golek di jual...tapi tak tahu apa resepi yg diorang bubuh dan mcm mana cara diorang masak. Kalau nunu dan numb_laydy boleh bagitau ....bagus gak. Thanks

numb
09-05-06, 03:05 PM
sorry mid.... resipi ayam golek numb x dpt.... tapi ayam percik ade... give it a shot la mid......

bahan2..
- 1 ekor ayam dipanggang

#bahan kuah
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai dihiris halus
- 250 ml santan
- 100 gm cili kering dikisar
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh ketumbar
- garam dan gula secukup rasa

cara membuat kuah...
- bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, jintan putih, dan ketumbar dikisar
- tumis bahan2 yg dikisar sehingga naik bau
- masukkan cili kering yg telah dikisar mengikut cita rasa tumis sebentar
- masukkan garam dan gula secukup rasa
- kemudian masukkan santan dan kacau sehingga pekat

setelah kuah masak.... boleh la tuang kuah ke atas ayam panggang tadi.....

selamat mencuba....:D

nunu
25-05-06, 10:41 AM
Nak tanya sikit boleh tak kat numb_laydy nieh....pandai buat ayam golek tak ? kat KL nieh byk ayam golek di jual...tapi tak tahu apa resepi yg diorang bubuh dan mcm mana cara diorang masak. Kalau nunu dan numb_laydy boleh bagitau ....bagus gak. Thanks

atas permintaan midnakal, nunu share resepi Ayam Golek Kedah..;)

Bahan2:
1 ekor ayam seberat 1.6 kg

Bahan-bahan B:(dibahagi dua)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kerisik
2 biji tomato, dicincang

Bahan-bahan C: (dikisar dan dicampurkan 1 cawan air)
4 biji buah keras
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih 2 cm halia
1 cm lengkuas

Bahan-bahan D:
1 biji kelapa parut, diambil 6 cawan santannya
¾ sudu besar garam halus
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 keping hati dan hempedal, dihiris halus
2 biji ubi kentang, digoreng garing
2 biji telur rebus, digoreng garing
3/4 cawan minyak masak
1 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara nak bikin:
Bersihkan ayam dan tuskan. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar (bahan C) hingga wangi.
Kemudian campurkan 1 cawan air. Kacau seketika sebelum dimasukkan bahan-bahan B.
Masaklah hingga rempah wangi.
Masukkan garam. Masukkan serai dan daun limau purut serta ubi kentang dan telur rebus yang telah digoreng.
Masaklah sehingga hati dan hempedal empuk. Angkat telur, ubi dan hati serta hempedal.
Masukkan bahan-bahan ini ke dalam perut ayam. Jahit leher dan bahagian punggung ayam kembali. (process ni kena concentrate..kalau tak..terburai bahan 2 tu nanti..kekeke :p )
Panggang ayam di dalam oven sehingga masak kekuning-kuningan.
Sementara itu panaskan minyak, tumiskan lebihan rempah bahan-bahan B.
Setelah rempah kelihatan agak kuning dan berbau wangi, masukkan 6 cawan santan tadi dan kacaulah hingga rempah tadi sebati dengan kuah.
Masukkan garam. Masaklah kuah ini sehingga pekat. Angkat Ayam dari ketuhar. Siramkan kuahnya di atas ayam tadi ketika hendak hidang & makan.

Selamat mencuba!!

roger
16-06-06, 11:56 AM
numb, ayam goreng berempah tu, yg org panggil nasi kukus ayam goreng tu ke?kalau betul, best nak try nih..

peewit
16-06-06, 04:21 PM
Asyik ayam goreng je..try ni...Sup ayam Berempah (bagus bg yg demam2 tu)

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam muda (dibersihkan & dibiarkan seekor; diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 sudu lada hitam
5 ½ cawan air
2 batang lada merah (dihiris menyerong)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong)
2 tangkai daun sup (dicincang halus)
1 tangkai daun bawang (dicincang halus)

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
2.5 belacan (dibakar)]

Cara:
Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan & 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit,dengan mengacaunya selkali-sekala. Masukkan air selebihnya & lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Balikkan ayam & terus kana memasak hingga ayam menjadi cukup empuk.Sesuikan rasanya & angkat dari api. Keluarkan ayam & potongkan besar-besar.Letakkan dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan sup ke atasnya & taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan dengan segera.:D

silentfear
13-07-06, 04:44 AM
Ramuan ( for 2 persons )

Ayam ( of course )
Cili padi 30 biji
bawang kecik 30 ulas
minyak masak
garam secukup rasa
limau nipis sebiji

memula blend cili padi and bawang kecik, pastu tumis dalam minyak masak... sementara tu, ayam2 hendaklah digoreng terlebih dahulu... lepas nampak tumisan tu dah mcm kaler koko dah, boleh la taruk ayam yg di goreng. once dah sebati, perah limau nipis sebijik, try rasa sambal dia, kalau rasa kureng, taruk la garam skit.

Note : kalau tanak pedas, leh kurangkan lada,banyakkan bawang...

onizuka
14-07-06, 04:22 AM
resepi ayam KFC ada tak.........

nunu
14-07-06, 07:12 PM
resepi ayam KFC ada tak.........

setakat pengetahuan masakan nunu..pernah gak nak cari resepi KFC..tp susah nak dpt..carilah sampai ke dlm lubang tanah pun..enggak jumpa sik!!
kalau kat dlm pasaran ada jual serbuk goreng ayam ..yg bila di goreng ada lah rasa sikit2 mcm KFC...cubalah kalau teringin & rajin menggoreng..uhuhu...

fittry
15-07-06, 12:29 AM
Bahan-Bahan:

Bahan A

750 ml air
250 gm hirisan daging ayam tanpa tulang
15 kuntum cendawan butang (dipotong dua)
4 batang serai dititik

Bahan B

1 peket perencah tomyam
4 camca teh sos ikan
2 camca teh gula
1 camca teh serbuk pati ayam
6 biji cili padi (dititik)
¼ cawan susu sejat
1 biji besar tomato berbaji
5 helai daun limau purut (dikoyak)


Cara:

Dalam periuk, masak air sehingga ia mendidih. Masukkan bahan A dan renih selama 10 minit. Buangkan serai dan masukkan bahan B.

Masak selama 2 minit lagi. masukkan daun limau purut. Masukkan air dan masak sehingga ia mendidih. Selepas itu, masukkan serai, lengkuas dan halia. Renih selama 10 hingga 15 minit.

Buangkan serai dan lengkuas dan halia, masukkan pula bahan A, masa sehingga ia mendidih semula.

Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang, hidangkan ketika ia panas.


Selamat Mencuba emm sedap

nunu
21-07-06, 02:55 PM
mm tgk resepi fittry ni mcm sedap...tak pernah makan tomyam yg campur susu sejat, kalau taruh susu nih tomyam tu akan rasa pedas ker?...anyway thx fittry for sharing us tis receipe..;)

nunu
21-07-06, 03:05 PM
Bahan-bahan:

1 ekor ayam ( dipotong ikut suka & bersihkan)
3 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 sudu taucu
3 bj kentang
100 gm gula melaka
3 bj cendawan hitam kering( di rendam & dipanaskan)
4 sudu kicap pekat..guna yg tawar nyer..bukan kicap manis ek
8 ulas bawang merah- dikisar
4 ulah bawang putih- dikisar
garam secukup rasa
minyak nak tumis

cara nak buat:

1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sampai naik bau
2. Masukkan kesemua bahan2 dan masak ayam hingga empuk- (kalau ayam tu nak goreng lebih awal pun takpe..masukkan kemudian selepas sumer bahan tu masak :D )
3. Lepas tu masukkan garam & rasa..
4. Hidang tuk makan ler...

toyol
21-07-06, 03:57 PM
ada beza ke rasa ayam yg kena sembelih ngan tak kena sembelih mengikut hukum syarak?
harap ustazah nunu dan ustazah numb boleh menjawab kemushkilan saya

numb
21-07-06, 04:17 PM
ada beza ke rasa ayam yg kena sembelih ngan tak kena sembelih mengikut hukum syarak?
harap ustazah nunu dan ustazah numb boleh menjawab kemushkilan saya

ni macam nk kene delete je posting ni..... ini bukan sejenis resepi....... tapi x pe....... still jawab gak soalan ni.....

numb belum pernah rase ayam yg belum disembelih.... jadi x tau la macam mane rasenye... tapi... maybe tak de beza pada rase... tapi berbeza pada kebersihan...... dan..... x de la kite menzalimi ayam itu kalo kite sembelih..... dosa kan menzalimi makhluk ALLAH ni.....

p/s: jgn tanye lagi.... islam suruh makan ayam yg dh disembelih... so makan aje la ayam yg dh disembelih... jgn susah2 pikir ape rase ayam yg x disembelih....:D

nunu
21-07-06, 05:25 PM
Rasanya mmg ada sedikit beza ngan ayam yg disembelih ikut syarak & bukan ikut syarak..nak tau masuklah laman Jakim tu cek info..sebaiknya makanlah ayam yg disembelih cara halal...nanti makan ni masuk badan kita..sedikit sebanyak mempengaruhi otak & darah kita juge.

senang ajer..kalau anda minat sgt pada ayam, then nak wat masakan kat umah, beli ayam tu biarlah kat peniaga melayu..sebaik2nya kat pasar..nunu selalu beli ayam di pasar dan bukan dipasaraya, ada sangsi sikit lah..cuma keadaan pasar tu taklah sehebat pasaraya..tapi dah tentu terjamin..hehehe

anggur69
16-08-06, 10:29 AM
Nunu yang expert ayam,

Saya adalah seorang yang sangat menyukai ayam dan boleh dikatakan semua masakan yang berkaitan ayam tidak langsung menjadi masalah untuk habuan tekak saya.

Namun begitu, saya amat jengkel dengan kaki ayam lantaran isteri dirumah amat mengemari kaki ayam yang dimasak sup (saya yang masak sup ni selalunya) sehinggakan daging ayam pun beliau tidak sentuh.

Soalan saya, apakah cara untuk saya memasak kaki ayam selain dari sup supaya beliau membenci kaki ayam sehingga keakhir hayat? Tolonglah saya sebab sedikit sebanyak ianya mengoyahkan keharmonian rumahtangga saya.

Tolong yeee....

Anggur69
Presiden
Persatuan Anti kaki ayam Semalaysia.

nunu
16-08-06, 06:05 PM
alahai anggur69..paling senang jgn dibeli kaki tu bila beli sesama..ckp ajer tak elok makan kaki ayam..bisa..mmglah makan sedap bila di masak..kaki ayam kan bertaji..even masak di buang taji tu..nanti pemakan tu kuat menendang lak..(arrr ni nenek kebayan yer petua nih..)

kalau dah terbeli gak kaki ayam tu, nanti nunu cek ngan chef bagi resepi yg tak sedap tuk kaki ayam tu...to b continued arr..

jimwest..wakakakaa...bijak gak idea nih..bule pakai...sekurang2nyer org lain yg dpt beli kaki ayam tu...kekeke

anggur69
24-08-06, 12:27 AM
Alhamdullilah, syukur dengan limpah kurniaNya, sekali lagi diberi peluang untuk bertanyakan pasal masakan yang berunsur ayam.

Nunu,

Saya ada sedikit kemusykilan dimana sesuaikah ayam dimasak tempoyak? Apa yang saya alami, masakan tempoyak sememangnya menjadi kegemaran saya semenjak saya masih kecil lagi. Ini berkemungkinan hasil dari budaya memancing yang telah diterapkan didalam keluarga kami. Tidak lain tidak bukan, pasti ikan Patin dibawa balik habuan dari sungai yang kami pertaruhkan. Tempoyak dan Patin seirama dan senada.

Bagaimana pula ayam dan tempoyak? Bolehkah mereka dipertemukan? Perlukan sedikit maklumat dari 'Nunu the ayam expert', lebih-lebih lagi musim durian yang makin menganas di ibukota dan secara tidak langsung tempoyak menjadi seri masakan.

Tolonglah saya.

Yang suka ayam dari usia 5 tahun,
Anggur69

numb
24-08-06, 09:46 AM
Alhamdullilah, syukur dengan limpah kurniaNya, sekali lagi diberi peluang untuk bertanyakan pasal masakan yang berunsur ayam.

Nunu,

Saya ada sedikit kemusykilan dimana sesuaikah ayam dimasak tempoyak? Apa yang saya alami, masakan tempoyak sememangnya menjadi kegemaran saya semenjak saya masih kecil lagi. Ini berkemungkinan hasil dari budaya memancing yang telah diterapkan didalam keluarga kami. Tidak lain tidak bukan, pasti ikan Patin dibawa balik habuan dari sungai yang kami pertaruhkan. Tempoyak dan Patin seirama dan senada.

Bagaimana pula ayam dan tempoyak? Bolehkah mereka dipertemukan? Perlukan sedikit maklumat dari 'Nunu the ayam expert', lebih-lebih lagi musim durian yang makin menganas di ibukota dan secara tidak langsung tempoyak menjadi seri masakan.

Tolonglah saya.

Yang suka ayam dari usia 5 tahun,
Anggur69

encik anggur...... biarlah saya mewakili nunu bagi menjawab soalan encik inih..........

saya berpendapat.... elok lah rasanya kite memelihara sejarah masakan tempoyak ini yg sememangnya sesuai ngan ikan yg berlendior..... contohnya seperti ikan patin , ikan keli, dan ikan semilang....... jike ayam dimasak tempoyak rasenye akan melarikan sedikit tuning masakan itu...... tapi x salah rasenye utk mencube..... anggur cube dulu... kalo buleh layan......... bagi la resepi die kat sinih........

encik anggur........ banyak jugak soalan ye mengenai ayam.... tidak kah ada ape2 resepi ayam yg ingin dikongsikan bersama kami.....??:D

nunu
24-08-06, 03:25 PM
Ayam tempoyak? biaq betui anggur69 nih..sepanjang pertapaan nunu dlm bidang ayam ni takde tercipta lagi ayam tempoyak nih..kalo nunu buat pun takdenye org kampung nak makan..
Tempoyak ni senonim ngan ikan..spt numb_laydy ckpkan.
Lagi satu kalau makan tempoyak pas tu ada ayam..se-eloknya ayam goreng yg ranggup sudah cukup..jadi pemakanan & perisa tuk makanan itu adalah seimbang...

Pakar nutrisi:53:

isseyMIYAke
26-08-06, 11:40 AM
haluuuuuu!!!!nk tnye sket..ad x resepi tomyam ayam yg x mggunekn tomyam yg kt peket tuh,ade x?ade x?:confused:

ArisshaSofea
08-09-06, 11:01 AM
Ingredients

600g chicken
6 tablespoons cooking oil
400g shallot paste (from about 40 shallots)
1 tablespoon garlic paste (from 6 cloves garlic)
2 tablespoons preserved bean paste (tau cheo)
10 dried shiitake mushrooms, soaked and quartered
800-1000ml water
3 potatoes, peeled and quartered
1 teaspoon salt, or to taste

Method
Cut the chicken into pieces; cut the pork into 2cm-thick slices.

Heat the oil to sauté the shallot and garlic paste until fragrant, stirring continuously. Add the bean paste and fry until the oil starts to separate.

Add the pork if using and fry for 5 minutes. Add the mushrooms and water, and bring to a boil. Lower heat and simmer for 20 minutes before adding chicken. Continue simmering until chicken are tender, adding the potatoes half way through. Add more water if gravy becomes too thick. Season to taste with sugar and salt. Serve with sambal belacan.

Note
Pongteh tastes better the next day when the flavours are infused into the meat.

nunu
14-09-06, 02:47 PM
haluuuuuu!!!!nk tnye sket..ad x resepi tomyam ayam yg x mggunekn tomyam yg kt peket tuh,ade x?ade x?:confused:

kalo tak silap nak pekat kan kuah tomyam ni, taruh ajer kiub tomyam byk sikit lepas tu jgn lagi tambah air..tair tu sedang2 ajer...then bila kuah ni mendidih air tu akan pekat..

ArisshaSofea
05-10-06, 09:38 AM
Bahan-Bahan
500gm ayam dipotong kecil
Sedikit Sotong, Udang, Daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100gm bunga kobis
100gm brocolli
2helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2sb cili kisar
5sb sos tiram
2sb sos cili
1sb kicap manis
Garam

Cara
Bwg merah, putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.

Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak

Masukkan daun limau purut utk baunya, kemudian masukkan sos cili utk memekatkan kuah paprik

anggur69
05-10-06, 01:44 PM
Ketemu lagi dan ingin saya bertanya soalan kepada Nunu the expert ayam. Soalan saya berbunyi begini:

Bersempena dengan banyaknya bazar ramadhan yang tumbuh bagai cendawan, maka hidangan berunsur ayam akan menghiasi gerai-gerai jualan. Terlalu banyak masakan yang berunsur ayam seperti ayam masak rendang, masak kicap, masak cili berempah, kurma madu, goreng bertepung, sup ayam, ayam percik, ayam golek dan tak bergolek...etc.

Memandangkan saya amat mengemari ayam golek, bagaimanakah caranya saya ingin mengetahui ayam golek tersebut masih segar dan baru? Ini memandangkan rupa ayam golek sama sahaja (kesian ayam) dan saya telah tertipu disebuah pasar Ramadhan disebuah taman di Ampang di mana ayam golek tersebut telah keras isinya dan berbau hangit.(ayam telah direcycle sebab tak laku berhari hari). Apa kejadahnya!!!!

Tolonglah saya Nunu, saya amat tertekan dan inginkan tips yang berguna agar tidak pagi terpedaya dengan anasir jahat peniaga seperti ini. Saya hampir menyumpah supaya mereka ini masuk neraka tetapi memandangkan mereka ini umat islam, saya hanya pendamkan sahaja.

Tolonglah...

Anggur69
Pembeli ayam golek teraniaya.

ArisshaSofea
09-10-06, 12:08 PM
AYAM BAKAR MAYONIS

Bahan-Bahan
1 Ekor Ayam
1 pkt rempah curry ayam
5sb Mayonis
Sedikit Garam & Kunyit

Cara-Cara
Gaulkan ayam dgn garam dgn kunyit, lumurkan rempah dan mayonis dan biarkan 1 jam. Bakar dalam oven or microwave.

ArisshaSofea
09-10-06, 12:14 PM
AYAM GAJUS ALA NYONYA

Bahan-Bahan
500gram isi ayam (potong dadu)
100gram kacang gajus
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gram halia muda(rancik halus)
1 tangkai bunga kantan(rancik halus)
3 helai daun limau
100gram cili kering(potong 3)
1 batang serai(kisar halus)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Seasoning sos Maggi
1 sudu kecil gula
daun bawang untuk hiasan

CARA-CARA
1.masukan semua bahan kisar dan rancik halus bersama sos tiram,sos seosoning dan sos cili.Tumis bahan2 ini sehingga berbau harum.
2.masukkan ayam,dan goreng ayam sehingga sebati dengan bahan2 tadi.
3.masukan kacang jagus dan cili kering kedalam kuali dan kacau bersama ayam.
4.apabila ayam masak sepenuhnya, masukan daun limau dan gula untuk menyedapkan lagi makanan.
5.Gunakan daun bawang sebagai hiasan.

Jika anda inginkan masakan ini berkuah,tambahkan secawan air bersama satu sudu besar tepung gandum kedalam masakan.

ArisshaSofea
09-10-06, 12:19 PM
AYAM KICAP LADA HITAM

1 ekor ayam
2inch halia (dikisir)
2 sdm lada hitam (dikisir halus)
½ cawan kicap pekat (kicap cap rumah api)
1 cawan air
secubit garam
minyak masak

CARA-CARA
Bersihkan ayam. Masukkan halia, lada hitam yang telah dikisir halus. Seterusnya masukkan kicap pekat dengan secawan air dan sebatikan. Perapkan ayam tadi selama-lamanya 15 minit. Kemudian panaskan kuali dengan minyak masak, setelah cukup panas masuk ayam yang telah diperap tadi. Setelah ayam masak masukkan secubit garam.

Kicap yang sesuai untuk masak ini ialah kicap pekat cap rumah api, Sekiranya anda mengunakan kicap lain rasa sebenar masak ini akan berlain.

nunu
10-10-06, 01:46 PM
Memandangkan saya amat mengemari ayam golek, bagaimanakah caranya saya ingin mengetahui ayam golek tersebut masih segar dan baru? Ini memandangkan rupa ayam golek sama sahaja (kesian ayam) dan saya telah tertipu disebuah pasar Ramadhan disebuah taman di Ampang di mana ayam golek tersebut telah keras isinya dan berbau hangit.(ayam telah direcycle sebab tak laku berhari hari). Apa kejadahnya!!!!

Tolonglah saya Nunu, saya amat tertekan dan inginkan tips yang berguna agar tidak pagi terpedaya dengan anasir jahat peniaga seperti ini. Saya hampir menyumpah supaya mereka ini masuk neraka tetapi memandangkan mereka ini umat islam, saya hanya pendamkan sahaja.

Tolonglah...

Anggur69
Pembeli ayam golek teraniaya.
apalah malang nye anggur69..dek kerana kepinginkan ayam golek,kena tipu pula.:cry:..beginilah, ayam golek yg sudah siap di masak, amat sukar nak tgk kesegarannya, kerana telah di campur dgn rempah ratus, dan di bakar..cara yg paling afdal, masak sendiri, cari ayam segar & cari cara2 nak wat ayam golek..then buat..mungkin akan puas hati..

Tapi kalu masih lagi ingin membeli ayam golek di pasar ramadhan, mungkin petua ini yg bole di adaptasikan ketika memilih:
- jgn pilih di lokasi yg sama, cari lokasi lain
- pilih gerai yg jual ayam golek sedikit sahaja, yg jual sikit tu selalunye sedap
- tahap kritikal, suh peniaga tu carik sikit isi ayam itu, kalau warnanya agak lebam tu ayam lama, kalau warna cerah spt putih tu ayam fresh..

harap info ni dpt membantu...sekian

allahyarhamah is_arisa - edited by papa
10-10-06, 02:20 PM
ayam masak samudera

seekor ayam
sebiji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
sebiji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3-4 biji cili merah
10++ biji cili padi
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut

cara:
- kecuali ayam dan daun limau purut, bahan2 yg lain kisarkan
- dah kisar masuk dlm kuali, masukkan ayam
- gaul2, then biarkan masak
- dah nak dekat masak, masukkan daun limau purut
- letak la garam dan sedikit gula

ArisshaSofea
11-10-06, 12:25 PM
Aisha's KARI AYAM TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji tomato - dipotong dadu
2 biji bawang putih ]- dikisar
1 cm halia ]
4 sudubesar kari daging Babas
1 sudubesar tomato puree
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
Daun pudina agak lebih sedikit
sedikit daun ketumbar - di hiris halus
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
garam
optional aji-no-moto

CARA-CARA
(1) Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning.

(2) Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree kacau rata-rata.

(3) Masukkan ayam kacau dan tutup periuk selama 3 minit.

(4) Taburkan kari powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit.

(5) Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk.

Tuangkan kari ayam yang telah dimasak kedalam mangguk dan taburkan daun ketumbar.
Tambahan:
makanlah bersama roti perancis atau roti rengis/jala pasti enak.

Important: mesti gunakan daun pudina supaya kari lebih harum dan enak.

ArisshaSofea
11-10-06, 12:27 PM
AYAM GOLEK

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
1 kg santan
1 sudu makan cili kering (dikisar) 5 ulas bawang merah
Halia
Belacan

CARA-CARA
yam dipotong kepada 12 ketul.

Kisar bawag, halia dan belacan hingga lumat dan campurkan dengan santan kemudian dijerang di atas api yang sederhana hingga mendidih.

Masukkan ayam dan biarkan ia empuk.

Keluarkan ayam dan tinggalkan kuahnya di dalam periuk.

Masak kuah itu hingga pecah minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Panggangkan sebentar daging ayam di atas bara api.

Letakkan ke dalam pinggan dan tuangkan kuahnya tadi. Hidangkan.

Natchoo
12-10-06, 09:36 AM
Ingredients:

6-8pcs Chicken Breasts with some skin
Tomato Sauce
Chilli Sauce
Brown Sugar
Honey
Cooking Oil ( or its subsitute will do. I myself prefer shortening )
* red coloring ( optional )

Tools:

Baking Tray
Oven
Oven Mitts ( the tray will be hot ) :furious:
Electic Power Point ( if you are using an electrical oven )


Foreword:

This is THE most simplest recipe ever made. Made by my mama mia.


Steps:

1. Lightly oil up the baking tray.

2. Place chicken breast into the tray.

3. Add equal amounts of tomato sauce and chilli sauce on the chicken breast. Make sure the sauces covers the chiken breast. Not too little as the oven will make it dry and liat.

4. Add in 1 cup (8oz) of brown sugar to the baking tray with the chicken breast and sauces. ( The brown sugar acts as a coating, makes it crispy. and it is also less sweeter than normal sugar )

4a. Add 1 teaspoon of red coloring if you want the chicken to have extra color. I dont really use it. But u can have a go.

5. Marinate the ingredients together. Give it a nice little massage. Massage the chicken with the sauces and the sugar. Leave it for about 5~ 20 minutes to soak in al the flavor. While waiting for it to 'blend' in, you can proceed with step 6. Drizzle a spoonful of honey over the chicken breast. The honey will glaze the chicken, thus giving it some crispyness.

6. Heat up your oven to 180 ~ 200 C. For those who have the numbers instead of tempreature kind of oven, set it to number 3 or 4. Heat it up for about 10 minutes at this temp.

7. Once the oven is ready, insert your baking tray. Set the timer to 1 hour.

8. After 30 mins, go and have a look at your chicken. If the top is crispy, then just turn over the chicken so it can cook at the other side. If not, then increase the heat for a while ( say, 3 mins ).

8a. You will notice that the baking tray will be quite wet now. it's because the juices from the chicken are oozing out. So if u put too much of sauce, then it will make it harder to get the crispyness u desire.

9. Once the timer has finish, there will be a "ding" sound. Wear oven mitts (or any cloth so ur hands wont b scaled).

10. Remove baking tray from oven.

11. Remove chicken from baking tray.

12. Cut up 1 large onion. (I prefer yellow onions.). PLace onion in saucepan. Saute them for a minute. Add the "sauce" from the baking tray into the sauce pan. Add a teaspoon of starch to make the sauce thicker. Add a pinch of salt to taste.

13. Place the sauce over the chicken. You are ready to serve.

14. Bring chicken to me for product testing. If ok, i will kasi a sijil... :icon_biggrin:

Happy cooking.!!!!

nunu
01-11-06, 05:43 PM
Sedari maynard8my,

resepi BBQ chicken nih kalau pakai white sugar tak leh ker? brown sugar mahal ler..pas tu tak berapa sedap/manis mcm white sugar tu..
agak komplicated nak wat nih...

Kimie
02-11-06, 09:03 AM
Sedari maynard8my,

resepi BBQ chicken nih kalau pakai white sugar tak leh ker? brown sugar mahal ler..pas tu tak berapa sedap/manis mcm white sugar tu..
agak komplicated nak wat nih...

Nunu! elok ler skit tuh sebab kalo manis2 sangat nanti kena
kencing manis...thehehehe...bila nak buat tuh Nunu?!...
nak cikit boley ker?!

nunu
02-11-06, 11:38 AM
Nunu! elok ler skit tuh sebab kalo manis2 sangat nanti kena
kencing manis...thehehehe...bila nak buat tuh Nunu?!...
nak cikit boley ker?!

kalo rajin masa weekend nak buat ler..bahan2 dia nampak senang cuma cara penyediaan ajer kut susah sikit..nak sikit ker? taksedap kang, wat rugi ajer rasa..

Natchoo
02-11-06, 11:55 AM
Sedari maynard8my,

resepi BBQ chicken nih kalau pakai white sugar tak leh ker? brown sugar mahal ler..pas tu tak berapa sedap/manis mcm white sugar tu..
agak komplicated nak wat nih...

White sugar bole jugak.... Tapi white sugar tue manis skit laa... Kurangkan skit laa quantiti.... Nanti too sweet become x sedap....

Happy cooking. :icon_biggrin:

Natcho.

ps: i Sedara bukan sedari.....

zekee
13-11-06, 05:20 AM
KARI AYAM KAPITAN

Bahan-bahan :
Ayam
Rempah kari ayam (or whatever you likes)
Serai di ketuk
Daun Kari
Serbuk Cili (or Ciliboh)
Santan (biar pekat dan tak payah banyak sebab bukan kari biasa,
agak-agak ayam boleh masak cukuplah).

Bahan-bahan Dikisar :
Bawang Besar (bawang besar banyak lagi sedap)
Bawang Putih
Buah Keras
Kunyit Hidup

Caranya :
1. Perapkan ayam ngan rempah kari.
2. Gorengkan bahan yang dikisar. Masukkan daun kari.
3. Campurkan rempah kari, serbuk cili dan sedikit santan, goreng sampai pecah minyak.
4. Masukkan ayam, serai dan santan. Biar mendidih dan kuah pekat.
Kalau nak hias ..macam biasa cili hidup dan bawang goreng di atasnya.
Kalau nak cepat, Kat supermarket dah ada rempah kari kapitan segera.

Selamat mencuba.

zekee
13-11-06, 05:21 AM
AYAM KUKUS HALIA DENGAN CENDAWAN

Bahan-bahan :
½ peket perencah Ayam Kukus Seri-Aji (Yim Koke Kai) lebih kurang 10gram sepeket
½ ekor ayam (lebih kurang 500gram) dipotong kepada ketulan yg sesuai utk dihidangkan, bersihkan dan tos.
50 gm halia muda yg telah dihiris
4 keping cendawan kering china rendamkan selama 20 minit didalam air, perahkan air dan potong menjadi hirisan.
1 sudu teh kicap cair
1 batang daun bawang
1 batang daun ketumbar

Cara :
1. Lumurkan perencah Ayam Kukus dan kicap cair keatas ayam dgn rata.
2. Letakkan ketulan ayam dlm pinggan cetek.
3. Taburkan halia muda & hirisan cendawan.
4. Kukus diatas air yg sentiasa mendidih selama 15 minit.
5. Hiaskan dgn daun bawang dan daun ketumbar. Hidang semasa panas..

ArisshaSofea
16-11-06, 11:30 AM
AYAM BLACK PEPPER

Bahan-Bahan:
bahan utk ayam:
isi ayam(mengikut sukatan yg diingini)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
sebiji telur
perahan limau sunkist/lemon

bahan utk gravy:
1 labu bawang besar bombay dipotong bulat2
1 biji capsicum hijau(boleh campur dgn merah n kuning)dipotong memanjang
7 ulas bawang putih
4-5 sudu lada hitam(kalau mau pedas ditambah)
1 ketul chicken stock
1 biji tomato dipotong 6 bhg
1 tin kecil cendawan (jika mahu)
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
tepung jagung (dicampur sedikit air)
2 sudu gula (perlu manis)
perahan air limau nipis


Cara:
1.isi ayam dibasuh dan dipotong sedang,kemudian di adukkan dengan garam
n serbuklada hitam sebelum dimasukkan kedalam campuran tepung dan
telur yang telah diadun terlebih dahulu.

2.panaskan api dan goreng campuran tadi sementara ayam digoreng,perah
jus limau sunkist utk aroma sunkist.

3.angkat dan ketepikan.

4.Untuk sos, bwg putih dan lada hitam tumbuk setengah halus dan di tumis
sampai naik bau.

5.Masukkan bawang besar dan capsicum dan kacausampai naik bau.

6.Masukkan chicken stock,sos tiram dan kicap manis dan ditambah sedikit air.

7.Tambah gula dan periksa tahap keasinannya(sebab chicken stock n tiram
dah masin)kalau perlu tambah garam sedikit.

8.masukkan tepung jagung yg telah dicampur air bagi menambah kepekatan
kuah.

9.Tomato dan cendawan tin dimasukkan dan diakhiri dengan perahan limau
nipis.

10.tunggu 1-2 minit ditutup n disiram ketas ayam tadi.

11.sedia dihidang

Tambahan:
perlu diigatkan masakan ini perlu rasa manis..kalau tak tak umph!!cubalah kalau tak percaya...

ArisshaSofea
16-11-06, 11:34 AM
AYAM BERSOS TIRAM & CILI KERING

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara:
Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Cadangan Hidangan:
Sedap di makan ketika masih panas.

nunu
17-11-06, 02:56 PM
Sape ada resepi ayam tandori? bule share tak?kalo bole resepi biarla simple..senang buat nanti..

ArisshaSofea
17-11-06, 03:07 PM
Tandoori chicken Recipe

2 lb chicken legs and thighs
1 1/2 tb Vegetable oil
1/2 ts Red food color
Salt to taste
1/2 ts Black pepper
1 To 2 - tsp garlic powder
1 md Onion(optional)
1 c Yogurt
1 ts Garam Masala
1/2 Lemon or lime, sliced

Source: MAINPOUL.ZIP (Indian Style)

Peel skin off chicken pieces. Make several cuts into each piece. Wash
off clean with paper towel. Mix vegetable oil, food color, all spices
and onion, if desired into yogurt. Marinate chicken with mixture 4 or
5 hours, overnight for best results. Bake chicken @ 400 degrees 30
minutes. No need to preheat oven. Keep basting with juice
occasionally. If there is excess juice, you may spoon out some. Broil
chicken 2 to 5 minutes toward the end. Sprinkle with Garam Masala.
Garnish with lemon slices and few leaves of cilantro (optional).

ArisshaSofea
17-11-06, 03:13 PM
Lagi satu receipe yg blh dicuba

TANDORI CHICKEN

One Chicken whole (approximately 3 lbs.)
1 ½ teaspoon Salt
1 teaspoon Red chili powder
4 -6 tablespoons Lemon juice
1/4 cup, melted Butter for basting

For the marinade:
6 -8 Tablespoons Yogurt
2 Tablespoons Heavy cream
3 teaspoons Ginger paste
3 teaspoons Garlic Paste
1 teaspoon Cumin Powder
1 -2 teaspoons Garam masala (Curry Powder can also be used)
½ a teaspoon Saffron (optional if unavailable)
Red and Orange color few drops each


1. Clean the chicken. Remove the skin.
And make deep incisions to the bone with a knife, (approximately 2 to 3 inches apart on the entire chicken). Make a paste of the salt, red chili powder and lemon juice and rub over the chicken evenly. Keep aside for 15 minutes. Please wash your hands thoroughly.

2. Whisk the yogurt in a large bowl, add the remaining ingredients and mix well. Rub this marinade over the chicken. Keep aside for 4 hours. The more you keep it for marinating the better. We suggest that you marinate the chicken the night before.

3. Preheat the oven to 400 degrees F. Arrange the chicken, breasts down, on a shallow roasting pan.

Quick Tip: Always line the pan with a heavy foil to collect the drippings, so that cleaning is a breeze. Bake in the oven for 20 minutes. Remove. Baste the chicken with the melted butter and the marinade drippings that have accumulated in the pan.

4. Reduce the heat to 350 degrees F and continue roasting the chicken for another 40 minutes. Remove the chicken and baste with butter.

At this point you have pre-cooked your Tandoori Chicken. Refrigerate and take it to your BBQ the next day.

5. Grill on a hot open grill for another 10 minutes till golden brown. Grilling on an outdoor grill will add flavor and give perfection to the recipe; although you may serve the Tandoori Murgh without the grilling.

6. Serve with freshly cut lemon wedges, Onion Salat, Mint Chutney and Naan.

Kimie
17-11-06, 03:46 PM
Sape ada resepi ayam tandori? bule share tak?kalo bole resepi biarla simple..senang buat nanti..

Nunu! Nanti kalo dah masak resepi nih nak rasa cikit..nyum nyum nyum!!


AYAM BERSOS TIRAM & CILI KERING

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara:
Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Cadangan Hidangan:
Sedap di makan ketika masih panas.

Arissha, nih kalo letak kacang gajus boley tak?
rasa macam pernah makan jerk resepi tapi yg
ada kacang gajus..(normally benda nih makan
kat Cozy House, Ampang Park..sedappppp!!)

ArisshaSofea
17-11-06, 04:38 PM
Arissha, nih kalo letak kacang gajus boley tak?
rasa macam pernah makan jerk resepi tapi yg
ada kacang gajus..(normally benda nih makan
kat Cozy House, Ampang Park..sedappppp!!)

Yup... letak gajus lagi sedap. receipe nie sama dgn cozy house.... cubalah.

Kimie
17-11-06, 05:03 PM
Yup... letak gajus lagi sedap. receipe nie sama dgn cozy house.... cubalah.

Thank you AS! mmg lovely sangat dah lama carik resepi nih!!

nunu
20-11-06, 04:47 PM
Tima kaseh ArisshaSofea...
Kimie, nunu wat mesti tak sedapnyer..1stime nak wat...segan nak bagi owang rasa...kimie pun nampak expert..apa kata bagi nunu rasa dulu..hehe

Kimie
20-11-06, 08:41 PM
Tima kaseh ArisshaSofea...
Kimie, nunu wat mesti tak sedapnyer..1stime nak wat...segan nak bagi owang rasa...kimie pun nampak expert..apa kata bagi nunu rasa dulu..hehe

thehehe Nunu, Kimie pun baru first time gak nih...takper sama2
masak kita rasa sendiri sedap ker tak masakan tuh ..then baru
ler leh offer kat org lain..

ArisshaSofea
21-11-06, 10:18 AM
Thank you AS! mmg lovely sangat dah lama carik resepi nih!!

bkn gajus kimieee... cashew nut.. hehehe i p pekena kat Cozy house last friday.

numb
21-11-06, 10:20 AM
bkn gajus kimieee... cashew nut.. hehehe i p pekena kat Cozy house last friday.
huh..?? ermmmmm cashew nut tu bukan gajus ke..?? lain ke..??:-??

ArisshaSofea
21-11-06, 02:16 PM
huh..?? ermmmmm cashew nut tu bukan gajus ke..?? lain ke..??:-??

hehehehehehe numb wa sudah lupalah sejak2 jadi minah salleh bontot coklat nieee.. paham cashew nut aje x paham gajus.. hehehe

BalakSteady
21-11-06, 06:10 PM
ArisshaSofea.. awak tue mcm pandai mask jer.. dah ada calon suami? kalu takda bgi tahu BalakSteady yea.. Boleh masak kat BS every day... hahaha.. melawak jer... Ha... Pandai masak nasi goreng ayam madu berempah?

Kimie
22-11-06, 11:26 AM
bkn gajus kimieee... cashew nut.. hehehe i p pekena kat Cozy house last friday.

Huk alah kata nak ajak gi makan sekali ish nih dah pegi dulu alalhaiiii.

P/s Cam menarik jerk pegi Cozy House nih! AS keje or tinggal kat
kawasan mana nih senang tul gi Cozy House(Ampang Park kot..!!)

Chasew Nuts is Kacang Gajus..yer mmg sama jerk...agagaggaag

Balak Steady! Bro, nasi ayam berempah kat area mana yg paling
best kalo kat KL nih nak gi cuba makan arr..

ArisshaSofea
22-11-06, 02:11 PM
Huk alah kata nak ajak gi makan sekali ish nih dah pegi dulu alalhaiiii.

P/s Cam menarik jerk pegi Cozy House nih! AS keje or tinggal kat
kawasan mana nih senang tul gi Cozy House(Ampang Park kot..!!)

Chasew Nuts is Kacang Gajus..yer mmg sama jerk...agagaggaag

Balak Steady! Bro, nasi ayam berempah kat area mana yg paling
best kalo kat KL nih nak gi cuba makan arr..

Jomlah kimie nanti kita p makan sesama kat Cosy house... x kisah bila2 pun ... :) :)

Kimie
22-11-06, 04:48 PM
Jomlah kimie nanti kita p makan sesama kat Cosy house... x kisah bila2 pun ... :) :)

Orait AS! nanti kita set masa..perghh sedapnya makan-makan nih!!
barang masa terluang nanti Kimie set masa yerkkk

btgblues
22-11-06, 07:06 PM
Dengan izin, Puan Pengetua...

Abang nie nak bagi resepi BBQ chicken wing (alah yang banyak jual kat tepi jalan). Kepada sesapa terutaman mak bapak yang tak larat dok kena beli ari-ari untuk anak-anak.. boleh cuba... yang singlepun boleh buat pegi berkelah....

BBQ HONEY CHICKEN WING (Cara enteng)
2 kilo chicken wing (basuh sekali jer lepas buang sumer bulu)
1/2 botol chicken seasoning Mccormick (lain jenama pun boleh)
4 senduk madu lebah (bukan madu tiga tau...)
1 senduk minyak bijan
5 sudu besar kicap cair
4 sudu besar kicap manis
5 sudu serbuk bawang putih (alah kat supermarkat ada..)
kalau nak pedas boleh masuk lada sulah atau cili boh yang telah ditumis separa masak.
Cara membuatnyer...
Gaul kesemua bahan, pastu perap 2-3 jam bagi sebati...kalau nak cepat...sejampun boleh...
Hidupkan bara api atau grill...pastu bakarlah... kalau rasa malas nak buat BBq...goreng ajer....

Kimie
23-11-06, 08:39 AM
Menarik plak aku baca BBQ Chicken nih..pasti aku
akan cuba membuatnya...theheheheheehe..Ayam oh ayam!!

P/s Bro! kalo goreng rasa dia sama ker tak mcm kita grill?!!

ArisshaSofea
23-11-06, 09:18 AM
Orait AS! nanti kita set masa..perghh sedapnya makan-makan nih!!
barang masa terluang nanti Kimie set masa yerkkk

OK Kimiee nanti roger2 AS...

ArisshaSofea
23-11-06, 09:24 AM
AYAM MADU GORENG ALA NASI AYAM

Bahan Utama :
Seekor ayam (dipotong 8)
2 kiub pati ayam


Bahan A :

Halia (sebesar ibujari)
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan B :

3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan

Cara:
Tumbuk atau giling bahan A. Kemudian tumiskan bahan A tadi sehingga naik bau dan rebus ayam. jangan lupa masukkan kiub pati ayam.

Setelah ayam siap direbus. Angkat dan toskan airnya.

Campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Kemudian perapkan ayam yang telah direbus bersama sama bahan B. Perap selama 1-2 jam.

Selepas diperap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.

Cadangan Hidangan:
4-6 orang

Tambahan:
Amat sesuai dimakan semasa buka puasa bersama sama nasi panas. Air rebusan ayam tu bolehlah dibuat sup. Kalau nak pedas sikit letakkan cili padi dlm air rebusan itu.

kalau tak nak direbus ayam pun boleh... boleh terus digoreng selepas diperap... tapi gunakan api yang kecil sedikit kerana, ayam tu mungkin akan hangit sikit sebab ada madu. Anyway... dua dua cara tetap sedap.... Cuba jangan tak cuba.

btgblues
23-11-06, 05:01 PM
Kalau goreng, rasanya tak banyak beza, cuma berminyak ajer...kalau grill atau bbq lebih kering tapi sedap... kalau nak power, masa bbq tuh sapu oriental sauce jenama life...mak aiii baunya powerrrrrr....:icon_biggrin:

borders
08-12-06, 04:10 PM
Chicken Chop - cara cepat
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan

borders
08-12-06, 04:11 PM
Chicken-Mushroom Cream Soup
Bahan-Bahan:
4-5 ketul ayam
7-8 cawan air
3 cawan full cream milk
2 tin button mushroom
tepung jagung
garam

Cara:
Rebus ayam (bersama tulang sekali) dengan air sampai mendidih. Pastikan api tak besar sangat.
Setelah mendidih, masukkan button mushroom yang telah dipotong kecil2.
Masukkan juga susu.
Perasakan dengan garam.
Setelah mendidih dan mushroom lembut, pekatkan dengan tepung jagung kepada kepekatan yang disukai.
Its ready!!

ad_adrianna
21-01-07, 05:32 AM
Ayam Cincaluk (Chicken with Preserved Shrimps)

Stir-fried dish, 50 minutes to prepare, 40 minutes to cook, serves six.

Ingredients
# 180ml cooking oil
# 15 shallots, peeled and sliced
# 7 cloves garlic, peeled and sliced
# 1kg chicken breast, cut into pieces
# 140g preserved shrimps (cincaluk), juice drained
# 3 kaffir lime leaves
# 400ml tamarind juice, extracted from 100g tamarind pulp and 400ml water
# 3 3/4 tbsp sugar
# 3 red chillies, halved lengthways, seeded and cut into three pieces
# 3 green chillies, halved lengthways, seeded and cut into three pieces

Finely ground paste:
# 17 shallots, peeled
# 5cm fresh turmeric, peeled
# 5 stalks lemon grass, sliced

Method
Heat the cooking oil and sauté shallots and garlic until crisp. Drain and set aside.

In the same oil, fry the finely ground paste until aromatic. Add the chicken, preserved shrimps and lime leaves.

Add the tamarind juice. Season with sugar. Cook until the gravy thickens.

Stir in chillies and half of the crisp-fried shallots and garlic.

Garnish with the remaining crisp-fried shallots and garlic just before serving.

Note
Taste the gravy first before adding salt as some brands of preserved shrimps can be extremely salty.

nunu
23-02-07, 12:12 PM
Ayam Cincaluk (Chicken with Preserved Shrimps)

Ingredients
# 180ml cooking oil
# 15 shallots, peeled and sliced
# 7 cloves garlic, peeled and sliced
# 1kg chicken breast, cut into pieces
# 140g preserved shrimps (cincaluk), juice drained
# 3 kaffir lime leaves
# 400ml tamarind juice, extracted from 100g tamarind pulp and 400ml water
# 3 3/4 tbsp sugar
# 3 red chillies, halved lengthways, seeded and cut into three pieces
# 3 green chillies, halved lengthways, seeded and cut into three pieces

Finely ground paste:
# 17 shallots, peeled
# 5cm fresh turmeric, peeled
# 5 stalks lemon grass, sliced

kaffir lime leaves nih apa? 3 keping ke? kalau guna daun limau nipis ada sedap ke?asyik daun limau kasturi aje...

btgblues
26-02-07, 11:19 AM
kalau pakai daun limau purut boleh tak?:-??

nunu
26-02-07, 11:35 AM
kalau pakai daun limau purut boleh tak?:-??
Daun limau purut & kasturi kan sama? rasanya daun ni mmg bole pakai tuk resepi ayam cencaluk nih sbb baunya mmg sedap..

borders
28-02-07, 12:29 PM
Ayam Percik Kelantan.
bahan2nye.
1 ekor ayam dipotong 4 dan dikelar2
2 biji bawang besar merah
2 inci halia
3 biji bawang putih
2 batang serai
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh lada hitam
cara2nye.
semua bahan2 tadi kecuali ayam dan santan di kisar hingga lumat.
kemudian digabung kesemuanya bersama ayam dan santan dan dimasak sehingga ayam itu 1/2 masak,jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa.bila agak2 dah 1/2 masak,keluarkan ayam tersebut dari kuahnya,dan sambung memasaknya di atas api arang.bagi yang tiada pembakar boleh gunakan non stick pan.grill kan ayam itu sampai masak dan jangan lupa percik kan kuah semasa membakar,sesungguhnya ia akan menerbitkan aroma yang sukar untuk digambarkan.paling ngam dimakan bersama nasi kerabu.selamt mencuba!:icon_biggrin:

abesuker
06-03-07, 01:14 AM
ayam manis madu........ resepi ni tentu korang xtahu nak buat.
meh cni ceff abesuker nak ajar

bahan2 :-
ayam dipotong dadu, tepung jagung,bawang putih, sos cili, sostiram, telor, gula, ajinomoto dan garam.

cara-cara memasak......

pertama skali pecahkan 1 biji telur dalam mangkuk masukkan tepung jagung kacau sehingga sebati... masukkan ayam yg tlah dpotong dadu kedalam telor yg sudah disebati dengan tepung jagung td. panaskan minyak dan goreng ayam yang bersalut tepung itu untuk beberapa minit . ia akan kelihatan seperti warna kuning-kekuningan tanda ia masak. jgn lama sangat goreng nanti xsedap rasa.

menyediakan sos.....

panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih yg telah dihiris nipis 1minit. masukkan sos cili, sostiram, sedikit gula garam dan ajinomoto. masak utk 2 minit dan angkat.

hindangan......

hiaskan daun salad kedlm pinggan. letak ayam telah masak tadi.. selepas itu ambil sos yang telah siap itu siram keatas ayam....... selamat menjamu selera.....

pokjeng
29-03-07, 01:24 AM
Ayam A-La-King 5.50

Bahan-Bahan:

½ ekor daging ayam, direbus
2 biji lada hijau
1 biji bawang merah dihiris
1 tin Campbell's Cream of Chicken
½ cawan susu
Minyak

Cara:

Tumis hirisan bawang merah dan lada hijau dengan minyak. Keluarkan minyak. Masukkan ayam. Masukkan Campbell's Cream of Chicken dan susu. Kacau hingga sebati. Renihkan selama 5 minit dan hidang.

pokjeng
29-03-07, 01:26 AM
Ayam Bakar Mayonis

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam yang bersaiz serdahana
1 sarung rempah kari ayam
5 sudu maryonis
Sedikit garam dan kunyit

Cara:

Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian lumurkan rempah tersebut ke ayam tadi dan ratakan maryonis ke atas ayam tersebut dan biarkan selama 1 jam sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro atau oven.

Cadangan Hidangan:

Sepuluh minit sebelum ayam masak , taburkan sedikit lada sulah ke atas ayam tadi.

gembrot
13-08-07, 04:58 PM
Nunu,

Tahniah untuk semua resepi AYAM kao tuh !....kao mmg berbakat .......Ada satu permintaan ...Boleh bagi resepi AYAM yg tak guna banyak rempah tak ..?? yang simple tapi best !!!..


Yg sup tuh mcm best ...

Thanks..

numb
20-08-07, 05:04 PM
Nunu,

Tahniah untuk semua resepi AYAM kao tuh !....kao mmg berbakat .......Ada satu permintaan ...Boleh bagi resepi AYAM yg tak guna banyak rempah tak ..?? yang simple tapi best !!!..


Yg sup tuh mcm best ...

Thanks..

ko nak resepi ayam yg tak bnyk gune rempah..?? hukalahhhhh.... nk yg simple erk....?? nih aku bg yg paling simple dlm dunia......

bahan2:
ayam beberape ketul.... basuh bersih2....
serbuk kunyit
garam secukup rase...

cara2:
gaulkan sume bahan tadi sehingga sebati. panaskan minyak dlm kuali.... cukup panas terebankan aje ayam2 td tu dlm kuali.... rase2 macam dh masak tu.... angkat le yoep....


siappppp..... simple dan tak banyak rempah kan...?? kan..??

nlaylaaziz
29-08-07, 10:39 AM
Ayam Kuzi

Bahan-Bahan

1 ekor ayam dipotong sederhana dan digoreng
20 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
20 tangkai cili kering
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 batang serai dititik
10 biji gajus digoreng dan ditumbuk
1 sudu besar gula melaka
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air asam jawa
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil minyak sapi atau
1/2 cawan minyak sayur
5 tangkai bunga cengkeh
5 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
garam secukup rasa
sedikit bawang goring

Cara Cara

Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, cili kering,jintan putih dan jintan manis.
Panaskan minyak, tumis bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis, kemudian masukkan bahan yang dikisar,tumis hingga wangi. Masukkan serai yang telah dititik, gajus,air asam, susu cair, gula melaka dan garam. Masak hingga mendidih,masukkan ayam yang telah digoreng.
Untuk hiasan, tabur bawang goreng ketika menghidang.

nlaylaaziz
29-08-07, 10:52 AM
Ayam Goreng Kas-Kas


Lengkuas banyak
Halia
3 batang Serai
Kunyit hidup
Garam
Bawang merah
ayam

Kesemua bahan-bahan di atas di blender dan di perap. Jikalau hendak digerong waktu pagi. Boleh diperap waktu malam. Jikalau tidak boleh di kukus sekejap dan digoreng. Sedap ngan nasi putih yg panas. Hmmm.

nlaylaaziz
29-08-07, 10:59 AM
AYAM MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN :

1 EKOR AYAM - POTONG, BERSIH & GORENG 1/2 MASAK
ASAM JAWA - CAMPUR AIR DAN AMBIL JUS
10 BIJI BWG KECIL
5 BIJI BWG PUTIH
1/2 IN HALIA
CILI KERING BLENDER
1 SUDU KECIL SERBUK JINTAN MANIS
BELACAN - AGAK2x LE
KERESEK - DLM SATU SUDU BESAR
GULA/GARAM/AJI
KICAP PEKAT - KALAU NAK HITAM LEBIHKAN KICAP NIE

CARA:-
Bawang merah,putih, halia, cili blender, serbuk jintan manis dan belacan dikisar halus.Ayam yg tlh dibersihkan digaul bersama garam dan kunyit dan digoreng 1/2 masak.

Bahan-bahan kisar ini ditumis hingga pecah minyak, masuk kerisek, kicap pekat (jgn terlampau byk. nanti gelap lak) dan masukkan jus asam jawa (jgn terlampau banyak nanti masam lak)
Jika kering tambah sedikit air dan apabila mendidih masukkan ayam yg tlh digoreng 1/2 masak tadi. masukkan bahan perasa dan sebelum diangkat, jika suka potong bawang besar bulat2x dan masukkan ke dalam masakan sebelum ditutup api.

*JIKA SUKA BOLEH DITAMBAH UBI KENTANG YG DIPOTONG 4 @ 8 DAN DIGORENG.

nlaylaaziz
30-08-07, 10:42 AM
ayam pedas berserai

1.ayam 10 ketul(digaul ngan garam+kunyit dan digoreng dulu)
2.serai 2 batang
3.cili merah 2 biji
4.cili hijau 3 biji
5.tomato 1 biji
6.halia (sebesar ibu jari kaki)
7.bawang besar 1/2 biji
8.bawang putih 2 biji
9.bawang merah 3 biji
10.sedikit sos tiram
sedikit kicap masin

caranya:
bawang merah,bawang putih, halia dan serai ditumbuk(jangan sampai lumat).Pastu bila minyak panas,tumiskan ,bila dah kekuningan dan serai pun dah bau wangi,masukkan bawang besar serta cili merah dan cili hijau(dipotong nipis2) sehingga naik bau.
Bila dah naik bau(agak2 le),masukkan ayam yang telah digoreng tadi,kacau,pastu masukkan sos tiram,kicap masin(sikit jer).
Jangan lupa masukkan sedikit air utk kuahnya.bila dah agak pekat dan kering baru masukkan belahan tomato tadi.
Kacau dan bila tomato agak layu sikit bolehler dihidangkan

nunu
05-09-07, 05:18 PM
Ayam Goreng Kas-Kas


Lengkuas banyak
Halia
3 batang Serai
Kunyit hidup
Garam
Bawang merah
ayam

Kesemua bahan-bahan di atas di blender dan di perap. Jikalau hendak digerong waktu pagi. Boleh diperap waktu malam. Jikalau tidak boleh di kukus sekejap dan digoreng. Sedap ngan nasi putih yg panas. Hmmm.
Arr dah lame sebenarnye cari resepi ayam goreng ni..tapikan, tak kan ayam tu juge di kisar/ blender??? hancur lebur arrr..nunu rase, bahan2 yg lain kecuali ayam di blender & perap..bila nak goreng baru salutkan ketulan ayam2 ngan bahan2 tersebut & goreng sampai garing...

nlaylaaziz
17-09-07, 01:45 PM
Arr dah lame sebenarnye cari resepi ayam goreng ni..tapikan, tak kan ayam tu juge di kisar/ blender??? hancur lebur arrr..nunu rase, bahan2 yg lain kecuali ayam di blender & perap..bila nak goreng baru salutkan ketulan ayam2 ngan bahan2 tersebut & goreng sampai garing...


Ooops mintak maaf banyak-banyak. Ralat. Mmg betul ayam tu digaul ngan bahan-bahan yang diblender. Maklumlah nak cepat sbb minyak di dapur dah panas ni, nak goregng ayam ni.

terunasuci
17-09-07, 04:49 PM
Ayam Goreng Kas-Kas


Lengkuas banyak (banyak mana?)
Halia (brapa banyak?)
3 batang Serai
Kunyit hidup (brapa banyak?)
Garam
Bawang merah ( berapa ketul?)
ayam (sekor ke?)

Kesemua bahan-bahan di atas di blender dan di perap. Jikalau hendak digerong waktu pagi. Boleh diperap waktu malam. Jikalau tidak boleh di kukus sekejap dan digoreng. Sedap ngan nasi putih yg panas. Hmmm.

bulan puasa ni rajin lak rasanya nak tgk2 menu masakan...boleh bagi detail pasal menu kat atas tak???

abangbadut
20-09-07, 02:55 PM
Stew Ayam Diet




Bahan:

500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.

nlaylaaziz
20-09-07, 03:04 PM
terunasuci,

First of all, sorri i tak taruh the measurement of ingredient, maklumlah dah pro. Sebab masak selalu agak-agak je :):) Bagus lah boleh bljr masak-masak.

Lengkuas banyak (agak-agak 1 buku)
Halia (5cm)
3 batang Serai
Kunyit hidup (1 sudu kecik untuk bagi warna kuning)
Garam (ikut rasa, kalu nak masin tambah lebih lagi)
Bawang merah besar (5 biji)
ayam (kalu kuat makan ayam boleh guna 1 ekor)

Kesemua bahan-bahan di atas di blender dan di perap. Jikalau hendak digerong waktu pagi. Boleh diperap waktu malam. Jikalau tidak boleh di kukus sekejap dan digoreng. Sedap ngan nasi putih yg panas. Hmmm.

Ps : kalu sedap cakap ngan I ye. Kalu tak sedap rase sendiri.

terunasuci
20-09-07, 04:06 PM
terunasuci,

First of all, sorri i tak taruh the measurement of ingredient, maklumlah dah pro. Sebab masak selalu agak-agak je :):) Bagus lah boleh bljr masak-masak.

Lengkuas banyak (agak-agak 1 buku)
Halia (5cm)
3 batang Serai
Kunyit hidup (1 sudu kecik untuk bagi warna kuning)
Garam (ikut rasa, kalu nak masin tambah lebih lagi)
Bawang merah besar (5 biji)
ayam (kalu kuat makan ayam boleh guna 1 ekor)

Kesemua bahan-bahan di atas di blender dan di perap. Jikalau hendak digerong waktu pagi. Boleh diperap waktu malam. Jikalau tidak boleh di kukus sekejap dan digoreng. Sedap ngan nasi putih yg panas. Hmmm.

Ps : kalu sedap cakap ngan I ye. Kalu tak sedap rase sendiri.


haaa...ni baru namanya resepi...sbb agak complete...barulah user lain boleh cuba...terutamanya beginner macam saya ni...

bukan apa, bulan puasa ni aktiviti kurang sikit...blajarlah masak2 ni...


p/s : kalu sedap saya ajak datang rumah...

nlaylaaziz
20-09-07, 04:37 PM
Resipi ni di buat semalam sempena berbuka puasa. Tokok tambah sikit mengikut selera masing-masing. Boleh cube.

Ayam Percik layla (jgn marah ye taruk sendiri punye nama)

Bahan-bahan
1 ekor ayam yang telah siap dicuci dan di potong empat

Untuk blender/kisar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 biji cili merah (kalu tak de cili merah boleh jugak di taruh cili giling)
5 biji cili padi (kalu nak pedas tambah lagi)
kunyit/serbuk kunyit

2 cawan santan
garam secukup rasa
3 sudu air asam jawa

Cara-cara membuatnye

Masukkan kesemua bahan-bahan yang di blender dalam periuk dan biarkan seketika. Untuk menjadikan kuah tu masam sedikit masukkan air asam jawa. Selepas tu masukkan santan dan ayam. Jangan lupe bubuh garam secukup rasa. Biarkan ayam tu separuh masak. Kemudiah keluarkan ayam dan ratakan kuah di atasnya dan bakar dalam ketuhar. Bakar lah dalam lebih kurang setengah jam. Jangan terlalu lama sebab ayam tu dah setengah masak.

kesinambungan
26-10-07, 11:34 AM
Sweet and Gooey Chicken Wings

NGREDIENTS

* 1/2 cup soy sauce
* 1/4 cup packed brown sugar
* 1/2 tablespoon vegetable oil
* 1/2 teaspoon minced fresh ginger root
* 1/2 teaspoon garlic powder
* 1 1/2 pounds chicken wings


DIRECTIONS

1. In a 9x13 inch casserole, combine soy sauce, brown sugar, oil, ginger, and garlic powder. Mix until brown sugar completely dissolves into the mixture. Place the chicken wings in the dish and turn them over until they are all well coated. Cover the dish and refrigerate for at least 4 hours. Turn the chicken again, after 2 hours.
2. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
3. Bake chicken at 350 degrees F (175 degrees C), covered, for 45 minutes. Turn the chicken wings, and spoon sauce from the bottom of the pan over the tops of the wings. Cook an additional 50 minutes, uncovered.

kesinambungan
29-10-07, 10:16 AM
Bukan recipe saya tapi jumpa.

ARABIC BREAD CHIPS

Recipe By : Kitchen of Eastern Arabia/Debbie Marshall, Manvel, TX
Serving Size : 1 Preparation Time :0:00
Categories : Appetizers & Dips

Amount Measure Ingredient -- Preparation Method
-------- ------------ --------------------------------
1 package Arab bread (pita bread)
seasonings* -- to taste

1. Cut Arab bread into 8 equal wedges. Pull apart each wedges to make 2
pieces.

2. Arrange as many pieces as you can on cookie sheet. Sprinkle with
seasonings. Bake at 400F degrees for 5 minutes or until lightly toasted.

*Suggested seasonings--Seasoned salt, lemon pepper, Cajun seasoning, Baharat
(see recipes).

- - - - - - - - - - - - - - - - - -

Serving Ideas : These are great for dipping into Hommus!

NOTES : So easy to make. Keep bread in freezer; thaw only minutes before
making chips. These keep well in a zipper bag for days.

bxoc
29-10-07, 01:40 PM
Resepi ini di beri oleh seorang French guy yg berkahwin dgn gadis melayu Ipoh ...

Beli Ayam Bandar ..bukan ayam kampung ...
Mix Herb
Bawang Putih
Bawang merah
Lada Hitam
Minyak masak
Garam secukup rasa

Lain -lain bahan kalau nak :
Ubi Kentang USA
Carrot
Bunga Kobis .

Cara masakan ..

Gaulkan mix herba bercampur minyak masak dgn hirisan kecil bawang merah dan putih. Masukkan sekali lada hitam (yg telah ditumbuk ) dan sedikit garam . Gaul hingga sebati kesemua campuran itu .

Ambil ayam dan sapukan semua campuran pada ayam tersebut . Perap dlm 2 jam .
Panaskan gril oven pada tahap 200 C .Then masukkan ayam serta set untuk 1 jam cooking .

45 minit kemudian , masukkan ubi kentang , carrot dan bunga kobis di bawah ayam yg sedang di gril .....


Try ....sekarang ni masakan ini kegemaran ku terutama bila malas nak prepare makanan yg detail . Yummmyyyy

kesinambungan
30-10-07, 11:34 AM
Sup Ayam Negeri Di Bawah Bayu

Bahan-Bahan:
½ kg daging ayam bersih
2 inci halia segar
daun sup/cilantro
1 peket bawang goreng siap
garam, aji secukup rasa

Cara:
ayam bersih di kerat-kerat.
halia bersih di hiris nipis-nipis.
daun sup di cincang halus & ketepikan.
rebus ayam bersama air dan hirisan halia sehingga mendidih.Pastikan ayam mendidih lebih kurang 3-5 minit sahaja agar air sup nya terasa manis dan ayam tetap lembut.
Perisakan secukup rasa.

Cadangan Hidangan:
hidang bersama taburan daun sup dan bawang goreng dengan agak banyak dari kebiasaan.

Tambahan:
sup yang telah sejuk dipanaskan semula diasingkan daging ayamnya untuk mengekalkan kelembutan daging ayam.

tilam
31-12-07, 03:11 PM
baru je ni makan ayam..sebelum ni stop jap..kes ayam enzim injection..dah clear dah..

brav01
31-12-07, 06:06 PM
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan

Bahan-Bahan :
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
3 sudu madu
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara-Cara :
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, madu, sos tiram, sos ikan ( jangan banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yang dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.

Kalau nampak tak cukup masak, lamakan sikit. Kalau nak tambah more accessories pun boleh, cth hirisan bawang besar, daun sup, button mushroom, carrot dll...

brav01
31-12-07, 06:07 PM
Chicken Chop

Bahan-Bahannya :
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

SOS / Gravy
150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)

1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.

brav01
31-12-07, 06:07 PM
Ayam Goreng Air Kelapa ( Style Indon )

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 8 keping
2 biji limau kasturi
5 ulas bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 sudu teh halia
1 sudu teh kunyit serbuk
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
2 batang serai
4cm lengkuas
1litre air kelapa
100ml air kelapa
70gm tepung beras
½ sudu teh bicarbonate of soda
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Bersihkan ayam, campurkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, kunyit serbuk, serai dan lengkuas,kecuali daun kunyit dan daun salam. Rebus hingga ¾ masak.
Angkat ayamnya, ambil air ayam dalam 100ml dan ambil rempah-rempah yang tertinggal. Air ayam, tepung beras dan soda kuih dikacau rata ketepikan. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuning-kuningan, dan toskan minyaknya.

Satukan adunan tepung beras soda kuih dan air ayam, bubuh sedikit garam, goring adunan hingga kekuning-kuningan. Hidangkan ayam di pinggan dan taburkan adunan tepung beras atas ayam

harumaniz
17-01-08, 03:07 PM
Ayam Lemon Madu
Bahan2nya:
½ kilo ayam (dipotong kecil)
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili
2 biji lemon (ambil jus)
1 ½ sudu besar madu
1 sudu besar minyak sayuran
3 cm halia (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
½ cawan susu cair
½ kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 ¼ mentega
Garam secukup rasa
Minyak menggoreng secukupnya

Cara menyediakannya:

1) Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon,
sedikit minyak sayuran serta madu, perapkan ½ jam.
2) Goreng ayam yg telah diperap tadi hingga garing.
Tinggalkan sedikit minyak, tambahkan mentega. Tumiskan
halia, bawang putih hingga naik baunya. Masukkan sos cili
dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam
secukup rasa.
3) Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan sedikit
air. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yg telah
digoreng. Kacaukan agar sama rata dan kuah sebati
dengan ayam. Angkat dan hidangkan

harumaniz
17-01-08, 03:15 PM
Ayam salut tepung
Ini resipi i sendiri, tapi inspiration dari jamie oliver

bahan:
1 ekor ayam
tepung
garam
air

cara:
1. Ayam dicuci dan dicarik carik dibahagian peha
2. garam secukupnya dia sapu di luar ayam dan dibiarkan
3. Tepung dimasuki air sedikit sedikit
4. Tepung diuli (macam roti canai)
5. Giling tepung sampai tipis 1cm
6. sapu sedikit minyak atau mentega di atas adunan
7. bungkus ayam tadi dengan adunan
8. masuk dalam oven 220 degrees
9. nak tahu masak? bila tepung dah menjadi brown dan keras
10. nak makan kena pukul tepung tadi dengan tukul

ayam dia akan lembut sekali.....

best gileri

nunu
17-01-08, 06:23 PM
Hahahahaha harumaniz, ni mcm resepi org giler ni same mcm jamie tu, resepi yg bukan2 betol! ayam di carik2 kat dada tak potong2 jadi part lebih kecil? pastu salut ngan tepung..pas tu letak dlm oven..ni ayam bakar bersalut tepung..isk tak caya betul ngan resepi nih..

harumaniz
21-01-08, 09:42 AM
x caya x pe la...klu nak try apa salahnya...aku dh try ok je...sedap la utk tekak aku...apa-apa pun aku ada 1 lg resepi....ha ni dia

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara

Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

gigs
28-01-08, 02:23 AM
Ayam masak berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara: Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lumur rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan: Untuk 4 orang saja

Decent
18-03-08, 11:35 AM
Curry Chicken Kapitan Recipe
Ingredients
• Main Ingredients
• 1.5kg chicken
• 4 tbsp oil
• 2 onions sliced/diced
• 2 tsp salt
• Ground Ingredients
• 15 red chillies
• 15 shallots/small onions
• 4 cloves garlic
• 2cm piece turmeric root or about
• 1heaped tsp of turmeric powder
• 10 buah keras/candlenuts
• 1tbsp(5cmx2.5cm piece) belacan/dried shrimp paste
• 4 stalks lemon grass
• 1 grated whole coconut + water to make 1cup thick milk & 3cups thin milk or
• 2tins coconut milk
• Juice of 1 or 2 limes

Directions
1. Directions
2. 1. Cut chicken down to bite size pieces or quarters.
3. 2. Heat oil in wok or pot & lightly add sliced onions with salt.
4. 3. Add ground ingredients & fry till fragrant.
5. 4. While stirring, add a little coconut milk to make a paste & prevent the spices from burning.
6. 5. Add in chicken & fry for a few minutes stirring & coating chicken pieces
7. 6. Pour in thin coconut milk & cook over low heat for about 30mins or until chicken is tender.
8. 7. Add in thick coconut milk before serving & once it comes back to the boil.
9. 8. Remove from heat & pour in lime juice
10. 9. Serve with rice or roti jala or toasted bread..
Chinese-Style Steamed Fish
INGREDIENTS
• 1 1/2 pounds halibut, cut into 4 pieces
• 3 green onions, cut into 3 inch lengths
• 2 fresh mushrooms, sliced
• 6 leaves napa cabbage, sliced into 4 inch pieces
• 2 slices fresh ginger root, finely chopped
• 2 cloves garlic, chopped
• 1/4 cup low-sodium soy sauce
• 1/8 cup water
• crushed red pepper flakes to taste
• fresh cilantro sprigs, for garnish
DIRECTIONS
1. Arrange 1/2 of the green onions on the bottom of the steaming bowl (it is important to steam in a container in order to retain the steam and juices around the fish). Place 1/2 of the mushrooms and Napa cabbage sections on top of the onions. Place fish on top of the vegetables. Sprinkle ginger, garlic, and red pepper flakes over fish. Top with the remaining green onions, mushrooms, and napa cabbage. Drizzle soy sauce and water over everything.
2. Place steam bowl in a steamer over 1 inch of boiling water, and cover. Steam for 15 to 20 minutes, or until fish flakes easily. Garnish with cilantro, if desired.
Note
Halibut, cod, or any firm-fleshed white fish will work for this recipe.:Finger_fing22:

bad_clowns
11-06-08, 08:17 AM
ni resepi paling mudah aku reka sendiri.resepi org bujang... sebab aku tak reti masak hehehehehe tapi aku dah try n bagi orng rasa deorang kata sedap...resepi ni mudah je untuk geng2 yang nak p bekelah kat mana2 atau bbq party sambil bakar ayam

Ayam terbakar

bahan2
-ayam
-serbuk sup (aku pakai adabi)
-santan(segera pon boleh)
-limau nipis 3 biji
-serai (utk percik je)
-gula
-garam

Cara2
perap ayam tadi bersama serbuk sup,gula,garam dan perahan limau secukup rasa kalau nak manis letak gula banyak sikit.pastikan ayam itu telah mati dan dibuang bulunya terlebih dahulu..gaulkan guna tangan atau kaki jika perlu sehingga sekata..perap la dalam sejam dah ok dah..

penyedian santan percik
santan tadi campurkan dengan sedikit serbuk sup gula n garam secukup rasa..kalau tak rasa sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lidah...

cara2 membakar
letak ayam tadi atas pemanggang...ape2 je lah...pastu bakar la...sambil percik ngan santan tadi sampai masak...kalau ayam dia jadi hitam elok dicampak kedalam arang untuk diguna semula ye

selamat mencuba.....