PDA

View Full Version : Spaghetti Primavera



ArisshaSofea
08-09-06, 10:57 AM
Ingredients

250g spaghetti
2 tomatoes
100g button mushrooms, thinly sliced
100g zucchini, thinly sliced
50g yellow capsicum, sliced
50g red capsicum, sliced
100g broccoli, cut into florets, blanched
1 tsp chopped garlic

Herbs:
1/2 tsp thyme
1/2 tsp oregano
1 tbsp chopped fresh basil

Seasoning:
1/2 tsp salt
1/2 tsp ground black pepper
1/4 tsp pepper
1 tbsp light soy sauce
2 tbsp olive oil or corn oil
Method
Bring a large pot of salted water to a boil. Add spaghetti and a few drops of oil and cook for five to six minutes. Rinse with cold water and set aside.

To skin tomatoes: Bring a pot of water to a boil. Cut a shallow X on the skin of the tomato at the end. Drop the tomato into the boiling water for half to one minute.

Remove the tomato to a bowl of cold water. Steep for two to three minutes and peel off the skin with a sharp knife.

Cut peeled tomatoes into quarters. Remove the seeds and cube the tomatoes. Set aside.

Heat wok with olive oil or corn oil. Fry garlic till fragrant. Add mushrooms, zucchini and the rest of the vegetables. Stir well and add herbs and seasoning. Mix well.

Dish out into a mixing bowl. Add the prepared spaghetti and toss well to mix. Transfer onto a platter and serve immediately.

pakyeop
02-10-06, 09:02 AM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Resepi hari ini ialah Macaroni Beriayani

Bahan-bahan

500 g macaroni
300 g daging cincang
5 biji bawang merah (dihiris – separuh dibuat bawang goreng)
2 sdm rempah beriyani
1 sd serbuk ketumbar
1 sd rempah korma
2 sdm cili boh
1/2 sd lada putih
3 sd kicap manis
3 sd sos cili
4 sd sos tomato
3 biji tomato (dipotong)
2 batang lobak (dipotong)
2 sd halia (kisar)
2 sd bawang putih (kisar)
1 sd jus limau
1 cube stok ayam
3 biji cili merah (potong bulat)
3 biji cili hijau (potong bulat)
1 cawan minyak sayur
daun ketumbar, pudina, bawang goreng dan garam.

Cara Menyediakannya:

1. Air dididihkan bersama rempah kurma, cengkih, kayu manis.
2. Masukkan macaroni hingga empuk dan toskan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, halia, bawang putih dan lada kisar hingga wangi.
4. Masukkan daging cincang, rempah beriyani, sos, kicap, cube ayam, garam, lobak, cili hijau/merah, tomato dan jus limau.
5. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga rata.
6. Taburkan dengan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng apabila menghidangnya.
Selamat Mencuba

nunu
04-10-06, 11:42 AM
Cerita pasal macaroni ni....cap apa yg baik ek?ada sesiapa yg tahu tak?
Tak pernah masak macaroni nih, teringin nak cuba..tengok resepi pakyeop simple pulak..

ArisshaSofea
04-10-06, 11:51 AM
Cerita pasal macaroni ni....cap apa yg baik ek?ada sesiapa yg tahu tak?
Tak pernah masak macaroni nih, teringin nak cuba..tengok resepi pakyeop simple pulak..

Pengat Macaroni pun sedap gak tau nunu

nunu
05-10-06, 12:03 PM
Pengat Macaroni pun sedap gak tau nunu

PENGAT ni cap Macaroni ker? kalau betul nanti nak survey kat supemarket..
ker wat pengat macaroni?

ArisshaSofea
05-10-06, 02:25 PM
PENGAT ni cap Macaroni ker? kalau betul nanti nak survey kat supemarket..
ker wat pengat macaroni?

Heheheheh Nunu.. Pengat Macaroni.. bkn cap macaroni... :)

pakyeop
07-10-06, 01:26 PM
Spaghetti Pedas Bebola Ayam Keju . Sedap nyeeeee


Bahan-Bahan:

1 bungkus spaghetti.
1 bungkus daging ayam cincang(Ramly)
10 biji tomato merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus
2 biji cili merah - cincang halus
1 biji kentang - diparut halus
1 batang carrot - di parut halus
2 camca kecil Italian Herbs (terdapat di semua supermarket)

1 tin sederhana tomato puri
3 tin (guna tin tomato puri) air.
2 camca besar parutan cheddar cheese.
2 camca besar parutan parmesan cheese.
1 camca besar parutan mozarella cheese.
1 camca kecil Maggi Chicken granules.
Gula dan garam secukup rasa.

Cara:

Cara:

Rebus spaghetti dengan 1 camca besar minyak zaitun hingga lembut. Selepas
tapis ,basuh spaghetti dengan air sejuk.

untuk kuah:
1. Tomato di rendam dlm air mendidih selama 2 min dan di keluarkan dan
rendam dlm air sejuk supaya kulit nya senang di keluarkan. Lepas itu
keluarkan biji tomato dan cincang isi tomato halus halus.

2. Panaskan 3 camca besar minyak zaitun. Tumis bawang merah yang di cincang
dan biarkan sehingga bawang berwarna lutsinar.Lepas itu masukkan celery dan
biarkan hingga lembut.

3. Masukkan tomato cincang , cili merah ,parutan ubi kentang dan parutan
carrot.

4. Selepas itu masukkan 2 camca kecil italian herbs.

5. Masukkan tomato puri dan air.

6. Gaul daging ayam dgn garam dan lada sulah dan di kepal bulat bulat dan
dimasukkan kedalam kuah.

7. Masukkan Maggi Ayam Granules (1 camca kecil) , gula dan garam.

8. Bila kuah dah mendidih , masukkan 3 jenis parutan keju itu.

9. Masak kuah ini selama 30 minit dgn api perlahan.

Cadangan Hidangan:

Lebih enak jika ditaburkan parutan keju sebelum makan.

Tambahan:

untuk hidangan 5 orang dewasa

volz
11-10-06, 12:36 AM
Aku Suka Spageti .. Bestwoooo.. Finger Licking Good

ArisshaSofea
11-10-06, 12:35 PM
lASAGNE BERINTI DAGING

BAHAN-BAHAN
500 gm bawang besar
3 gm oregano
1 gm daun bay
20 gm halia
2 kg tomato plum
450 gm tomato puri
10 gm garam
50 gm gula
1 kg daging cincang
3 gm lada hitam
200 gm cendawan (dihiris)
500 gm air
70 gm tepung jagung
1 bungkus lasagne Bahan untuk sos:

3 ulas bawang putih
1 gm oregano
1 gm daun basil
1 gm rosemary
2 gm lada hitam
1 liter susu UHT
50 gm tepung jagung
Garm secukup rasa

CARA-CARA
Tumiskan bahan-bahan sehingga naik baunya dan berwarna keperang-perangan. Masukkan bawang putih.

Kemudian masukkan daun bay dan oregano. Kacau sehingga ia sebati dan naik bau.

Masukkan tomato plum dan tomato puri. Kacau sehingga sebati dan mendidih. Masukkan air, kacau dan biarkan ia mendidih.

Masukkan daging cincang yang sudah dibilas, kacau rata dan sebati sehingga ia mendidih. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung jagung.

Apabila mendidih campurkan tepung jagung yang dikacau dalam 140 gm air. Tuangkan dan kacau serta-merta. Tutupkan api dan biarkan ia sejuk.

Untuk membuat lasagne, cuba dapatkan lasagne segera di pasar raya. Ikut arahan yang terdapat pada kotak.

Dapatkan dulang pembakar yang sesuai saiznya dan ikut susunan seperti di bawah.

Untuk menyediakan sos pula, tumiskan bawang putih. Masukkan oeregano, basli, rosemary dan serbuk lada hitam.

Tuangkan susu UHT, masukkan garam dan biarkan ia mendidih.

Campurkan tepung jagung dengan 100 gm air. Tuangkan kesemuanya dan kacau sehingga ia pekat. Setelah masak tutuplah api.

Tuangkan sos di atas lasagne apabila kepanasannya berkurangan.
api.

ArisshaSofea
11-10-06, 12:37 PM
MAKARONI BAKAR

Bahan A
100g ayam cincang
½ bawang besar(potong dadu)
2 bawang putih(cincang halus)
3 biji cili padi (dicincang halus)@3biji cili merah
1 ½ sudu besar serbuk kari bahan B(kastad)
3biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu

Bahan lain
1 cawan makaroni
100g cheese(mozarella@cheddar@mix cheese diparut)
garam secukup raser... cubit2 garam
Bawang goreng(utk taburan)


CARA-CARA
*rebus makaroni sampai separa lembut,sambil2 tuh
*tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai samapi naik minyak..tambahkan air dlm 2 sudu kalau kering
*masukkan daging dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah dan tambah garam dlm 2,3 cubit
*masukkan makaroni dan daging dlm adunan bakar kemudian gaul2 bagi rata...taburkan cheese yg dah diparut
*lepas dah siap part daging .. buat kastad lak
*masukkan susu dlm bowl,kemudian masukkan telur.. pukul2 adunan .. kemudian masukkan tepung gandum
*pastuh,tapis adunan kastad tuh terus ker adunan makaroni dan daging tadik
*bakar dgn 180 darjah dlm 30minit bukak oven .. taburkan bawang goreng kalau tak letak pon tak per... tp kalau ader wangi sey... dan sambung bakar dlm 10minit lagi ..siap

makan time sahur pon ok juga .. sbb cheese tahan lama dlm perut... dan elok dimakan dlm 3,4 org .. tgk org jugak ..
jgn makan ngan minuman bersusu .. sbb dah ader cheese....

ArisshaSofea
11-10-06, 12:45 PM
SPAGHETTI ITALY

BAHAN-BAHAN
1 packet Spaghetti (direbus bersama sedikit minyak)
1 packet Daging/Ayam Cincang *Ramly (basuh/toskan)
1 tin (sederhana) Cendawan Butang (dibelah 4/dadu)
2 tin (sederhana) Tomato Puri
6 biji Bawang Besar (Hijau) (dipotong dadu)
7 biji Buah Tomato (dipotong dadu)
1 ½ senduk Minyak Masak
1 sudu kecil Serbuk Oregano & Rosemary (boleh didapati di dlm botol2 kecil warna hijau)
Garam secukup rasa
1 tin KRAFT'S serbuk Cheese.

CARA-CARA
1. Panaskan minyak di dlm periuk.
2. Masukkan Bawang Besar, goreng hingga layu.
3. Masukkan daging/ayam, masak hingga benar2 masak. Letak 2 cawan air (Letak sudu logam, nak cepat masak). Dikacau selalu.
4. Masukkan Buah Tomato dan biarkan 1 minit.
5. Masukkan Tomato puri dan beserta air putih sebanyak 2 tin juga (ambil bekas tin Tomato Puri tadi).
6. Masukkan Cendawan Butang dan serbuk Oregano & Rosemary. Kacau selalu.
7. Masak hingga kuah pekat dan masukkan Garam.

volz
12-10-06, 12:33 AM
SPAGHETTI ITALY

BAHAN-BAHAN
1 packet Spaghetti (direbus bersama sedikit minyak)
1 packet Daging/Ayam Cincang *Ramly (basuh/toskan)
1 tin (sederhana) Cendawan Butang (dibelah 4/dadu)
2 tin (sederhana) Tomato Puri
6 biji Bawang Besar (Hijau) (dipotong dadu)
7 biji Buah Tomato (dipotong dadu)
1 ½ senduk Minyak Masak
1 sudu kecil Serbuk Oregano & Rosemary (boleh didapati di dlm botol2 kecil warna hijau)
Garam secukup rasa
1 tin KRAFT'S serbuk Cheese.

CARA-CARA
1. Panaskan minyak di dlm periuk.
2. Masukkan Bawang Besar, goreng hingga layu.
3. Masukkan daging/ayam, masak hingga benar2 masak. Letak 2 cawan air (Letak sudu logam, nak cepat masak). Dikacau selalu.
4. Masukkan Buah Tomato dan biarkan 1 minit.
5. Masukkan Tomato puri dan beserta air putih sebanyak 2 tin juga (ambil bekas tin Tomato Puri tadi).
6. Masukkan Cendawan Butang dan serbuk Oregano & Rosemary. Kacau selalu.
7. Masak hingga kuah pekat dan masukkan Garam.



baru tgk resipi nak buat pun dah terliur ... itu belum kene lagi .. sry cik arisya, sy tak pandai masak ... ada sum ingredient yang saya tak faham pun... apalah salahnya cik arisya tolong masakkan yer ...

ArisshaSofea
12-10-06, 08:29 AM
baru tgk resipi nak buat pun dah terliur ... itu belum kene lagi .. sry cik arisya, sy tak pandai masak ... ada sum ingredient yang saya tak faham pun... apalah salahnya cik arisya tolong masakkan yer ...

Sygku En Volz.. apakata mintalah org tersayang masakkan utk en volz.. sure bertambah sedap spaghetti tu...

zekee
13-11-06, 05:13 AM
SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan :
Bawang putih (kalau nak hiris halus pun boleh. saya suka tumbuk sekali je sebab senang nak buang nanti kalau masih 'whole'. tak termakan garlic nanti)
Red and yellow peppers (dipotong dadu - selalu nye yang warna merah, kuning and oren rasa manis sikit)
Tomato puree
Daging cincang
Air suam (dicampur dgn kiub stok ayam/daging)
(yang rajin sikit, boleh rebus tulang ayam/daging lah..ambil air nye)
Lada putih
Garam and gula secukup rasa
Minyak
Basil or any other italian herbs (cari yang fresh, kalau boleh, jangan potong dengan pisau, daun mesti dicarik-carik sebelum dimasukkan dalam sauce. kalau takde, yang kering cam McCormick tu buley lah)

Caranya :
1. Panaskan minyak (api sederhana) dan gorengkan bawang putih dan peppers sampai layu. campurkan tomato puree (tomato puree tu mesti digoreng lama sikit)
2. Tambah daging cincang. goreng lagi. lepas tu, campur air stok tadi. gaul hingga sebati. tambah garam, gula dan lada putih secukup rasa. Masukkan herbs tadi.makan sama spaghetti atau pasta yang lain-lain. tabur parmesan cheese kalau ada.

Tips :
Ni ada twist sikit - kalau yang berminat dengan seafood, boleh gantikan daging cincang dengan kupang, sotong dan udang. air stok tu boleh digantikan dengan air rebusan ikan bilis. boleh jadi spaghetti seafood marinara !

Dan yang suka kick sikit, tambah cili boh and cili kering dikisar tanpa air, boleh jadi spaghetti arrabiata dan yang best sekali, sauce ni boleh disimpan dalam jar di peti sejuk dan digunakan sebagai base sauce buat pizza atau disapukan kat toast dan grill sama cheese. fuuuuhhhh..terangkat you !

borders
08-12-06, 04:14 PM
Spaghetti Daging Tomato
Bahan-Bahan:
½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato 250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa

Cara:
Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

flowtron
20-10-11, 12:36 AM
makaroni beriani? mcm tak percaya ni......