View Full Version : Resepi Udang
btgblues
10-12-06, 06:43 PM
Abang tengok kat sini tak de resepi udang....tak kiralah udang air tawar atau air masin...jadi dengan izin Yang DiPertua.. abang bukak satu thread untuk resepi udang lak(sebab abang suker sangat makan udang...hehehehe ada khasiatnyer)
Udang Galah goreng ala btgblues
2 kilo udang galah sederhana besar (kalau lagi besar lagi bagus) - abang selalunya pakai udang galah mancing kat kolam jer (fresh)
Bahan B
8 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah ros
7 biji cili merah
6 batang serai
Bahan C
5 sudu susu pekat
Minyak untuk menggoreng udang tersebut
Kaedah membuat
1.Udang galah dibuang taiknya(terletak di otak) dengan membelah kepala dan gunting tanduknya (sakit woo kena tangan).
2.Belah bahagian kulit belakang udang (bagi udang yang agak besar terdapat satu urat biru di bahagian belakang yg perlu dibuang kerana urat ni membawa taik udang ke otak dan juga boleh menyebabkan sesetengah orang berasa khayal apabila overdose makan udang)
3.Goreng udang tadi 3/4 masak dan ketepikan.
4.Semua bahan B di blender kasar dan diketepikan.
5. Ambil 5 sudu minyak gorengan udang tadi dan panaskan dalam kuali.
6. Campurkan bahan B sehingga naik baunya.
7.Masukkan udang tadi dan kacau rata-rata dalam 5-7 minit
8.Kalau ada serai lebih, ketuk dan masukkan sekali..
9.Masukkan susu pekat tadi dan kacau rata.
10.Matikan api dan bolehlah dimakan dengan nasi atau ratah ajer...
Cubalah rasa...:kid:
thesculpture
10-12-06, 10:15 PM
allo blues,
resepi nie berapa minit leh siap? sesuai untuk berapa org?
:)
btgblues
11-12-06, 12:08 PM
Kalau ikut aku 3-4 orang boleh untuk 2 kilo udan...tapi kalau hantu udang , silap-silap 2 orangpun x cukup.
Masa untuk goreng udang 3/4 masak ialah dalam 4 min.
Masa untuk masak ngan campuran tadi dalam 5-7 min.
jadi dalam 12 mins semua dah boleh makan..hehehehe... kau kaki udang gak ker?:Finger_fing22:
yahuuuu...saya suka udang..saya suka udang...
tgk balik resepi btgblues mcm tak cukup tuk 2 org...2 kilo tu sikit ajer..nak mkn byk beli byk , gandakan bahan2 tu...
minta tolong upkan resepi udang goreng tepung...:Finger_fing22:
ArisshaSofea
12-12-06, 09:29 AM
UDANG NESTUM
Bahan-Bahan:
15 ekor Udang sederhana
3 sudu besar Marjerin
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat)
5-7 sudu besar bijiran (nestum)
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng udang
Cara:
1.Goreng Udang 10 minit.Toskan.
2.Cairkan marjerin dalam kuali yang bersih.
3. Tumis daun kari dan cili padi
4. Wangi,masukkan udang gaul sebati.
5. Masuk gula dan garam,gaul sebati
6. Masukkan nestum,gaul sebati.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
ArisshaSofea
12-12-06, 09:30 AM
Bahan-Bahan:
UDANG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN
10-20 ekor udang sederhana besar
3 ½ sudu besar tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk sup
1 sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Sedikit air
minyak masak
CARA:
Bersihkan udang dan biar seketika. Semua bahan-bahan di atas digaul dengan air sedikit demi sedikit (seperti membuat tepung untuk goreng pisang)tetapi agak likat. Celup udang dan goreng
Sofea...kalau tepung pulut tu bila menggoreng , adakah tepung akan kembang?
maksud saya, mahukan hidangan tu nampak menarik..selalunye tgk kat kedai buat dia tak kembang...rasa pun tak sedap..ada bahan tambahan ker perlu di tambah supaya tepung tu naik?
ArisshaSofea
12-12-06, 04:48 PM
Sofea...kalau tepung pulut tu bila menggoreng , adakah tepung akan kembang?
maksud saya, mahukan hidangan tu nampak menarik..selalunye tgk kat kedai buat dia tak kembang...rasa pun tak sedap..ada bahan tambahan ker perlu di tambah supaya tepung tu naik?
Nunu tepung pulut tu bagi digoreng hidangan nampak menarik..blh letak 1 biji telur dlm bancuhan untuk bagi dia kembang n sedap lagi.
btgblues
12-12-06, 07:16 PM
1. Udang tu 2 kilo (kalau sederhana besar boleh 3-4 orang makanlah...tapi kalau besar gadang pastu yang makan hantu udang... mau sekali adap 5-6 kilo...bahan resepinya tu boleh up kan lagi...nak pawwer lagi itu susu pekat kasi tambah sikit.
2.Selalu abang tengok kat kedai tomyam..diaorang blasah ngan tepung gandum ajer, pastu campur sodium bikarbonat(dalam istilah kampung-soda kuih daa) kasi kembang, campur lada sulah sikit, garam sikit ,kacau ngan udang, pastu goreng... hehehehe:kid:
2.Selalu abang tengok kat kedai tomyam..diaorang blasah ngan tepung gandum ajer, pastu campur sodium bikarbonat(dalam istilah kampung-soda kuih daa) kasi kembang, campur lada sulah sikit, garam sikit ,kacau ngan udang, pastu goreng... hehehehe:kid:
oo soda tu...yg warna putih..rege pun tak mahal..ye la soda tu yg wat tepung tu kembang bila di goreng ngan udang...
soda kuih ni org wat kuih apam ler...mcm nih bole ler cuba..
"pemakanan yg sihat bermula dari udang..."
Resepi udang butter ada tak? cam menarik plak bila baca
resepi udang nih..teringat plak makan udang butter kat
Restoren Tupai2 masa bulan poser...mak aih marbeles nyer!
ArisshaSofea
20-12-06, 10:58 AM
UDANG GORENG BUTTER BERKARI
Bahan-Bahan:
Udang besar - 10 ekor/ikut suka
Telur (dipukul)
Rempah curry ikan - 1 sudu besar
Garam, perasa (secukup rasa)
Lada sulah (optional)
Mentega Planta - 3 senduk besar(agak2 sesuai untuk deep frying)
Cara:
Bersihkan udang dgn dipotong muncung, tidak perlu buang kulit.
Cair dan panaskan mentega seperti hendak mengoreng. Sementara menunggu mentega panas, gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yg telah dipukul. Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang berempah tadi kedalam kuali, pastikan api 3/4 kuat dan dikacau selalu. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian. (untuk mendapat aroma curry, campurkan daun curry semasa menggoreng). Apabila sudah masak, toskan.
Tambahan:
Api menggoreng hendaklah 3/4 panas untuk mendapatkan carikan telur yg cantik dan digoreng tidak hangus dan udang akan garing- well done). Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.
smlm ada try wat udang goreng tepung..jadik!!..kekeke..
mmm udang butter nih..kalo taruh rempah kari pedas lahh..takpe takpe..taknak pedas jgn taruh, daun kari naikkan bau pun udah cukup..
( nunu ingatkan selama ini butter tu yg jadi serbuk, rupa2 telor..tapi takkan telor tu bole garing giler...??)
anggur69
12-02-07, 02:29 PM
Resepi udang yee..
Sekali lagi ingin bertanyakan kepada Nunu the udang expert. Ada orang bagitahu nak jadikan kuih udang agar nampak gebu dan lembut dan wangi ialah dengan meletakkan sedikit mustard atau mustard oil.
Tergerak juga hati nak letakkan sedikit tetapi amat bimbang kuih udang yang diimpikan, namun kuih bakul jadinya.
Oleh yang demikian, mohon Nunu cuba dulu letak mustard dalam resepi kuih udang sebagai bahan ujikaji memandangkan stok tepung yang saya ada hanya cukup-cukup untuk kuih udang sekeluarga, bukan nak mencuba-cuba.
Yang pandai buat kuih kasuwi,
Anggur69
Resepi udang yee..
Sekali lagi ingin bertanyakan kepada Nunu the udang expert. Ada orang bagitahu nak jadikan kuih udang agar nampak gebu dan lembut dan wangi ialah dengan meletakkan sedikit mustard atau mustard oil.
Tergerak juga hati nak letakkan sedikit tetapi amat bimbang kuih udang yang diimpikan, namun kuih bakul jadinya.
Oleh yang demikian, mohon Nunu cuba dulu letak mustard dalam resepi kuih udang sebagai bahan ujikaji memandangkan stok tepung yang saya ada hanya cukup-cukup untuk kuih udang sekeluarga, bukan nak mencuba-cuba.
Yang pandai buat kuih kasuwi,
Anggur69
Mengikut kepakaran dlm pemakanan udang, penggunaan mustard oil tidak di galakkan sama sekali, ini kerana penggunaan minyak ini diutamakan dlm membuat sabut, dek kerana baunya yg cukup kuat serta mengandungi asid oliec, asid linoleic & asid erucic maka jgnlah di tambah kedalam bancuhan udang tadi...berbaliklah kepada resepi asal udang tersebut spt tepung gandum & yis..sebenarnya kuih udang ni akan bertambah sedap sekiranya tuan kuih kasuwi aka Anggur69 pandai membuat sos..barulah meleleh rasa nak makan!!
selamat mencuba:icon_biggrin:
nunu pakar nutrisi
Natchoo
14-02-07, 11:04 AM
Ingredients
1 kilo medium~large prawns (tengok budget korang)
1 paket asam jawa ketul.
Gula
Lettuce ( untuk hiasan )
Kuali
Dapor
Pinggan untuk hidangan
Cooking Method
1. Peel prawn head only.
2. Fire up the wok. Put in 5 tablespoons of prawns. High fire.
3. Place in prawns into wok. Saute for 2-3 mins.
4. Remove prawns from wok.
5. Prepare ketulan asam jawa. Make it into a very sticky paste, like plastercine. DO NOT make it wattery.
6. Place asam jawa mix into wok. Add 3-4 tablespoon of sugar. ( or more to your liking )
7. Saute asam jawa for a minute.
8. Insert prawns. Stir fry for a minute to blend in taste.
9. Insert salt to taste.
10. Remove finished product from wok. Place in plate. Decorate with lettuce.
11. Invite me to taste your result...
Ingredients
1 kilo medium~large prawns (tengok budget korang)
1 paket asam jawa ketul.
Gula
Lettuce ( untuk hiasan )
Kuali
Dapor
Pinggan untuk hidangan
Cooking Method
1. Peel prawn head only.
2. Fire up the wok. Put in 5 tablespoons of prawns. High fire.
3. Place in prawns into wok. Saute for 2-3 mins.
4. Remove prawns from wok.
5. Prepare ketulan asam jawa. Make it into a very sticky paste, like plastercine. DO NOT make it wattery.
6. Place asam jawa mix into wok. Add 3-4 tablespoon of sugar. ( or more to your liking )
7. Saute asam jawa for a minute.
8. Insert prawns. Stir fry for a minute to blend in taste.
9. Insert salt to taste.
10. Remove finished product from wok. Place in plate. Decorate with lettuce.
11. Invite me to taste your result...
5 tablespoon of prawn ? cm ner tu ?
Gua penah masak udang ni. Simple je...
Beli udang saiz sederhana dalam stgh kilo. Buang kulit sumer.
Pahtu goreng bagi masak.
Angkat.. toskan. Potong cili padi kasi kecik2. Amik asam limau. Campur ngan cili tadi. Pahtu gaul biar rata ngan udang goreng tu.
Pergh... makan ngan nasik, rasa dia punya masam pedas tu.
aku dpt iamgin rasa pedas masam tu gigs..aku pnah buat hahahahahahaha
aku dpt iamgin rasa pedas masam tu gigs..aku pnah buat hahahahahahaha
dek kerana masakan ni simple..minta buat sekali lagi, nunu mau rasa.Pastikan udang yg digunakan udang harimau wat lah tuk 20 org makan..
tima kasih.
" iamgin "kan kalau dpt makan udang galah...phewww
Natchoo
23-02-07, 11:13 AM
This dish is actually for crab. But prawn will suffice for now.
Ingredients
1 Kg of Tiger prawns.( The bigger the better )
30 cm of ginger; thinly sliced and strips.
Chilli sauce ( i suker guna thai chilli sauce )
Tepung jagung.
Lettuce for decorations.
Steps
1. Heat up 5 tablespoons oil in wok. Make sure it is HOT.
2. Place the sliced ginger into the wok. Stir fry until crispy.
3. Put chilli sauce into wok. Mix the ginger and chilli sauce together.
4. Place in prawns. Stir fry.
5. Make some corn starch and place in wok. This is to make it thick.
6. Take out form wok and place in lettuce leaf.
7. Serve to people.
btgblues
26-02-07, 11:16 AM
Ni satu lagi resepi ringkas...
Tapi abang selalu pakai Udang Galah yang baru pancing kat Kolam Sri Kemuning nuuu (bukan Nunu tau)
2 kilo udang Galah yang fresh (kalau dah lama simpan kat frizz kureng sedap ckit)
4 paket perncah maggi kari
6 helai daun kari
2 biji Bawang besar dihiris
5 sudu minyak masak.
kaedahnya
1.Udang Galah tadi di bersihkan(kalau rasa malas nak buang kulit x yah) dan dibelah belakang dan dibuang urat biru yang kelihatan (urat ni yang bawak taik ke otak udang dan boleh menyebabkan khayal sekiranya overdose makan udang-pada sesetengah orang)
2. Gaulkan udang tadi ngan perencah kari maggi tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng udang tadi. (4 mint jer)
4. Apabila udang hampir masak, masukkan bawang yang dihiris dan daun kari (biarkan dalam 3 minit atau bawang sampai layu sedikit)
5. Angkat kesemuanya dan bolehlah di ratah, makan ngan nasi atau kongsi ngan kekawan.
Sesuai untuk 3 orang (Kalau Nunu...dia kata x cukup..hehehehehe):kid:
borders
28-02-07, 12:41 PM
Cucur Udang
--------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1/2kg tepung gandum.
1/2 cawan air.
200g tauge.
1 biji telur.
200g udang (sederhana besar).
Minyak untuk menggoreng.
Sedikit garam.
Cara Membuat:
Masukkan tepung gandum, air, tauge, garam, dan telur. Kacau sehingga sebati.
Masukkan udang yang telah dibuang kulit (boleh juga tidak dibuang kulit).
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur udang dengan api yang sederhana besar.
Cucur Udang
--------------------------------------------------------------------------------
Ni lagi best....
Bahan-Bahan
500 gram Udang segar
2 batang Jagung muda
50 gram Daun kucai
5 batang Lada merah
3 biji Bawang besar
2 biji Telur
300 gram Tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Cara
1. Udang dibuang kulit, dibersihkan dan dilomor dengan sedikit garam.
2. Jagung diambil bijinya saja.
3. Lada merah dibelah empat, buang bijinya kemudian dihiris tipis.
4. Daun kucai dihiris.
5. Bawang merah besar dipotong dadu.
6. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi.
7. Kocok telur, gaul dengan kesemua bahan, akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit beserta air yang telah dicampurkan dengan garam secukup rasa, sehingga menjadi kental dan tidak begitu lembik.
8. Simpan di dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum digoreng.
Jonsamad
22-05-07, 01:50 PM
Satu lagi boleh try...
THE CEKODOK UDANG
500 gram udang kecil (diambil isi)
500 gram udang sederhana besar (diambil isi)
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar udang kering
2 kiub stok ikan bilis
150 gram sayur kacang panjang (dipotong halus)
50 gram taugeh
Cili besar dan daun sup (dipotong halus)
Bawang besar (dipotong hiris)
Bawang merah (dipotong hiris dan digoreng)
750 gram tepung gandum
Serbuk Perisa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Rendamkan ikan bilis dan udang kering selama 10 minit. Toskan air rendaman (jangan dibuang). Tumbuk ikan bilis dan udang kering hingga hancur.
Masukkan udang kecil (dikupas kulit dan dibuang kepala) ke dalam bekas sesuai. Campurkan dengan ikan bilis dan udang kering yang telah ditumbuk, sayur kacang panjang, taugeh, cili besar, daun sup, bawang besar (yang telah dipotong hiris) dan bawang merah (yang telah dipotong hiris dan digoreng) tepung gandum, serbuk perisa, garam, air rendaman ikan bilis dan udang kering dan juga air rendaman stok ikan bilis.
Gaul rata, jangan terlalu cair, pastikan adunan sederhana melekit.
Panaskan minyak, ambil sesenduk adunan letakkan seekor udang besar setiap satu senduk. Rendam dan goreng hingga sederhana garing.
Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.
nlaylaaziz
29-08-07, 12:14 PM
Sambal Udang Petai
7 ekor udang yg sederhana besar
2 ulas bawang putih } di blender
4 ulang bawang merah }
1 papan petai ) di kupas dan diambil isinye
1 camca sos cili dan sos tomato
1 camca cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah dihiris
Sedikit minyak
Sedikit air asam jawa
Cara-cara membuatnye
Tumiskan bahan-bahan yang sudah di blend ngan cili kisar hingga naik minyak. Selepas tu masukkan air asam jawa. Setelah sebati masukkan petai dan udang. Gaul rata dan masukkan juga sos cili dan sos tomato, garam, gula secukup rasa. Jika suka, masukkan serbuk perasa.
Biarkan cukup masak dan taburkan cili merah yang dihiris sebagai hiasan.
nlaylaaziz
06-09-07, 09:07 PM
PRAWN FRITTERS
1 kilo udang (buang kulit tapi tinggalkan bahagian ekor dia...pastu belah blakang udang tu...buang taik2 udang tu semua)
2 biji telur
2 sudu makan sos tiram
bahan2 nie disatukan dan perap for at least 20 mins
bahan tepongnya
1 cawan tepong naik sendiri
1 biji telor
1 sudu makan minyak
garam secukup rasa
air agak2 jer...
...bahan2 nie semua dikacau rata...air masukkan sikit2...adunan nie jangan cair sangat...consistency dia agak pekat...macam baby food gitu...kacau rata2...pastu celupkan udang dan goreng...bila dah golden brown...angkat...makan panas2...woooooo....sedap tu....bila di hidang panas2 and make sure korang rasa dulu...sebab...silap2 hari tukang menggoreng tak dapat rasa....
optimus prime
07-09-07, 04:44 PM
Sambal Udang Autobots....
Bahan-bahan
30 gm udang basah yang begitu segar
1 senduk cili giling
10 ulas bawang merah diblend
2 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
17 sen asam jawa
2 sudu makan gula
2 senduk minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara-cara
Udang dibersihkan kemudian ditoskan. Masukkan minyak dalam kuali dan tumiskan cili dan bawang yang telah diblend tadi. Setelah garing masukkan 1 cawan air. Tutup periuk. Apabila keluar minyak kacau-kacaukan.Setelah itu masukkan satu mangkuk air asam jawa, serai, gula, garam dan ajinomoto dan kacau. Akhir sekali masukkan udang dan tutup periuk. Bila sudah berminyak dan pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba resepi ni.Gua dah try bagi makan kat Autobots gua n diorg pun cakap mmg sedap.Hehe
nlaylaaziz
07-09-07, 05:19 PM
UDANG ROCK N ROLL
Bahan-Bahannya:
500 gm isi udang (saiz besar)
1 sudu besar bawang putih - dicincang
2 sudu besar minyak
Bahan bahan sos:
1 sudu besar taucu biji
2 sudu besar cili padi - dicincang
2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang
2 sudu besar cendawan butang - dicincang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar gula
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
1 sudu besar air bancuhan tepung jagung
200 ml air
3 sudu besar minyak
Sedikit minyak bijan
Peralatan Memasak:
1 hot plate
(boleh juga menggunakan kuali masak biasa)
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak.
2. Campur dan bancuh bersama sos cili, sos tomato, sos plum dan sos tiram.
3. Tumis bahan-bahan yang dicincang dan taucu biji dengan api yang perlahan sehingga layu, kemudian masukkan gula dan kacau.
4. Masukkan air dan minyak bijan kemudian kacau.
5. Pekatkan dengan air tepung jagung.
6. Padamkan api.
7. Panaskan hot plate, tuang sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih dan goreng udang diatasnya.
8. Curahkan sos yang telah di masak tadi ke dalam hot plate dan hidangkan.
Sambal Udang Autobots....
Uuit optimus prime..mentang2 gila transfomer sambal udang pun ada name aotobots ek..nih nunu nak tanye masa masukkan udang dlm kuali tuh, udang ada transfom jadi robot takk?? nunu rase takkan jadik kot!!! :icon_biggrin: hahaha..
Nih nunu nak bagi petua sikit, kalau part pakai cili giling, pastikan cili tu di giling ngan batu..kalu beli dlm bekas yg jual kat kedai..alamatnye tak sedaplah sambal tu..takpun ganti kan ngan cili kering yg di mesin sendiri..baru sedapp...
optimus prime
18-09-07, 06:15 AM
Uuit optimus prime..mentang2 gila transfomer sambal udang pun ada name aotobots ek..nih nunu nak tanye masa masukkan udang dlm kuali tuh, udang ada transfom jadi robot takk?? ...
Haa itula hang tak tau?Semua robot-robot aku cakap sedap sambal udang ni..Ade yang mintak aku masak utk diorg bukak pose esok..Nunu lu patut try resepi aku ni.Hehehe
abangbadut
20-09-07, 03:00 PM
Resepi Udang Madu
Bahan A (semuanya dikisar lumat)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai (dihiris)
1 inci halia
15 tangkai cili kering (direndam dan di kisar)
Bahan B
10 ekor udang harimau/galah (jgn buang kulit)
1 sudu besar madu
250ml minyak masak
30ml (3/4 cawan) santan
2 sudu besar kerisik
kunyit dan garam secukup rasa
Cara-caranya:-
* Gaulkan udang dengan madu dan perap selama 10 minit. Toskan air udang dan gaulkan pula dengan kunyit dan garam.
* Goreng udang dalam minyak panas sehingga udang masak dan ketepikan.
* Tumiskan Bahan A sehingga wangi menggunakan minyak gorengan udang tadi. Kemudian masukkan santan dan kerisik. Kacau hingga kuahnya pekat.
* Tuang kuah ke atas udang goreng. Sedia untuk dimakan :)
Sergeant Mendoza
20-09-07, 04:58 PM
Udang Szechuan Berlada
Bahan-bahan
2 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh biji lada szechuan
1 sudu teh gula
450gm udang (sederhana besar-dibuang kulit)
2 sudu makan minyak jagung
1 cili merah (dibuang biji)
1 sudu teh halia (diparut)
3 biji bawang putih (di cincang)
spring onion (untuk hiasan)
keropok udang (jika suka)
Cara
1. Garam, lada hitam dan biji lada szechuan ditumbuk (agak kasar sikit) dan selepas itu masukkan gula, campur kesemuanya.
2. Udang tadi dibersih dan dibasuh dengan air sejuk dan tos.
3. Panaskan minyak di kuali, masukkan udang berserta cili, halia dan bawang putih, goreng 4 hingga 5 minit sampai udang bertukar warna.
4. Masukkan bahan giling tadi dan goreng selama 1 hingga 2 minit.
5. Angkat dan taburlah spring onion yang telah dihiris.
nlaylaaziz
22-09-07, 05:11 PM
Pernah makan masakan udang ni kat Restoran Thai kat Shah Alam. Name restoran tu lupe lak. Susah payah surf dalam internet. Akhir nye jumpa jugak. Resipi ni kate orang high cholesterol. Well, what the heck. Kalu dah sedap ape kire. Here I put down the recipe for u all to try.
Udang goreng bersalut Telur
udang besar dalam 10 ekor-cuci belakang dan biarkan kulitnya.
2 biji telur
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh kicap
mainyak
garam
sos cicah:- (di campur kesemua bahan-bahannye, abis cerita)
4 cili merah-kisar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih-kisar
1 sudu besar perencah udang bercili maggi
4 biji limau kasturi
gaul udang dengan tepung ubi.
gaul udang, serbuk lada, gula, kicap, garam bersama telur dan gaul rata.
panaskan minyak, goreng udang satu2.
*untuk telur seperti gambar, just sprinkle aje lebihan telur tadi menggunakan garfu dalam minyak goreng udang tadi. hasilnya dapatla uraian telur halus2 cam kat restoren tu...hehe. selamat makan... Ini sedap di ratah aje.
Sergeant Mendoza
24-09-07, 03:16 PM
Udang Masak Mangga
Bahan-bahan
200 g udang harimau
100 g kacang peas
5 sudu besar jus mangga
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil kicap cair
Garam secukup rasa
Cara
Tumiskan bawang putih hingga berbau. Masukkan udang, garam, sos tiram, kicap cair, jus mangga dan kacang peas. Gaul hingga sekata. Biarkan mendidih dan terus hidang.
Resepi udang masak mangga cm menarik, simple nak masak & barang2 senang dibeli..rasa nak try ler..jus mangga tu kalu ganti ngan buah mangga then masak pun boleh kut..:-??
Sergeant Mendoza
26-09-07, 05:22 PM
Resepi udang masak mangga cm menarik, simple nak masak & barang2 senang dibeli..rasa nak try ler..jus mangga tu kalu ganti ngan buah mangga then masak pun boleh kut..:-??
cik nunu, boleh juga jus mangga tersebut diganti dengan buah mangga masak ranum (macam kakak saya buat, buah tersebut dikisar hancur sebelum digunakan sebagai pengganti jus). Tapi kalu saya yang masak, saya suka ganti jus mangga tersebut dengan lain-lain jus seperti jus nenas, jus anggur, jus oren etc. Just try and error.
cik nunu, boleh juga jus mangga tersebut diganti dengan buah mangga masak ranum (macam kakak saya buat, buah tersebut dikisar hancur sebelum digunakan sebagai pengganti jus). Tapi kalu saya yang masak, saya suka ganti jus mangga tersebut dengan lain-lain jus seperti jus nenas, jus anggur, jus oren etc. Just try and error.
huhuhu..gelak + pelik betol...ape kes masak udang campur jus nenas, anggur & oren??kalau bikin pastu bagi nenek try kompem dia xko try punyer.hehehehe..dah le back to the topic, pd kengkawan yg nak try masakan udang tu..ikutlah resepi asal ye..
Sergeant Mendoza
08-10-07, 03:21 PM
huhuhu..gelak + pelik betol...ape kes masak udang campur jus nenas, anggur & oren??
He...he...he..... itu le dikatakan try and error :icon_biggrin:. Kepelbagaian citarasa, modifikasi akan resepi asal.
Udang Rebus Serai
Bahan-bahan (4 hidangan)
800 g udang
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 batang serai (diketuk)
2 cm halia (dimayang)
1 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara
1. Masukkan udang bersama bahan-bahan yang dimayang, serai dan asam gelugur.
2. Tambah air mengikut kesesuaian.
3. Masak sehingga mendidih.
4. Tambah garam dan perasa secukupnya.
5. Biarkan seketika dan hidang
Sergeant Mendoza
08-10-07, 04:08 PM
Udang Masak Tempoyak
Bahan-bahan
10 -15 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 sudu makan tempoyak
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
garam & gula
Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serbuk kunyit ke dalam air. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan biarkan mendidih seketika lagi.
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan udang. Biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dihidangkan.
nlaylaaziz
19-10-07, 10:29 PM
Resepi ini boleh di ganti dengan ayam. Itupun kalau tak der udang. Tetapi memandangkan ayam dengan udang lebih kurang sama harga lebih baik guna udang. Lagi sedap. Resepi ni dapat di internet and I hve try. Rasanya boleh tahan.
Kari kapitan udang bernenas
Bahan-bahan
600gm udang sederhana
2 biji tomato
6 daun kari
1 sudu besar serbuk kari
1 cawan santan
3 sudu asam jawa
1 sudu teh gula
garam n pepper
bahan kisar:-
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 biji buah keras
2 in kunyit hidup
1 in halia
2 cili merah
1 batang serai
*potongan nenas..(optional) Cara-cara
Tumis bahan kisar, serbuk kari n daun kari hingga wangi. Masukkan udang, santan n nenas n masak selama 2 min. masukkan tomato, air asam jawa, garam n pepper . masak lagi selama 3 min. siappp..
Udang Masak Lemak Nenas
Bahan-bahannya :
10 ekor udang(sedrhana besar)
8 biji cili kering
2 biji cili merah
½ biji nanas
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
½ inci belacan
2 cawan santan
sedikit kerisik
sedikit gula
Caranya :
Bersihkan udang dan toskan. Taburkan sedikit gula diatasnya. Tumbuk cili kering,cili hidup,kunyit hidup,serai,belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan santan ke dalam kuali & biarkan sehingga mendidih, barulah dimasukkan rempah yang telah ditumbuk tadi, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan udang lalu dibalik-balikkan. Angkat udangnya terlebih dahulu.Masukkan nanas dan sedikit garam. Bila kuahnya telah sebati masukkan udang dan kerisik. Angkat dan hidangkan.
Udang Dan Asparagus
Bahan-Bahan:
10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje.
1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 in.
1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market.
2 ulas bawang putih di cincang halus
Sikit garam & lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan.
Caranya:
1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje.
2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min.
3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2.
4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan.
Masakan ini dimasak sekejap saja. Udang tak boleh dimasak lama-lama takut keras dan tak sedap nanti.
Resepi Udang Madu
Bahan A (semuanya dikisar lumat)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai (dihiris)
1 inci halia
15 tangkai cili kering (direndam dan di kisar)
Bahan B
10 ekor udang harimau/galah (jgn buang kulit)
1 sudu besar madu
250ml minyak masak
30ml (3/4 cawan) santan
2 sudu besar kerisik
kunyit dan garam secukup rasa
Cara-caranya:-
* Gaulkan udang dengan madu dan perap selama 10 minit. Toskan air udang dan gaulkan pula dengan kunyit dan garam.
* Goreng udang dalam minyak panas sehingga udang masak dan ketepikan.
* Tumiskan Bahan A sehingga wangi menggunakan minyak gorengan udang tadi. Kemudian masukkan santan dan kerisik. Kacau hingga kuahnya pekat.
* Tuang kuah ke atas udang goreng. Sedia untuk dimakan
GIG..lu bikin gue terliur ajer la..dah la gua tgh mengidam udang besar2 nie..
GIG..lu bikin gue terliur ajer la..dah la gua tgh mengidam udang besar2 nie..
Ngidam ke D ooi...ai semacam aje bunyiknye..ala apa yg susah sgt, print aje resepi2 udang tu bagi kat org umah suh masak kan..hehehe..takpun suh Gigs yg masak pastu wat fast delivery...hihihihihik :icon_biggrin:
Ngidam ke D ooi...ai semacam aje bunyiknye..ala apa yg susah sgt, print aje resepi2 udang tu bagi kat org umah suh masak kan..hehehe..takpun suh Gigs yg masak pastu wat fast delivery...hihihihihik :icon_biggrin:
Khok.. khok.. batuk gua.. Ada org seru rupanya. D, apa kata kita beli udang, pahtu suruh nunu masak? nanti kita gi amik la kat umah dia. Hehehehe...
baru balik dari Kuala rompin.... seklai bukan musim daa.... sodih den
Ms/ Mr is150, apesal nak gi jauh sane2 tu?kan dah buang masa , udang tak mau naik..lenkali beli aje kat tecso/ pasar pagi..melambak2 udang rimau mcm2 gred di jual..tak yah susah2..
Sergeant Mendoza
26-03-08, 12:45 PM
Acar Udang Segar
Bahan-bahan
150 g udang segar (dibuang kulitnya)
5 biji cili merah dibelah 4
2 labu bawang besar
2 keping asam gelugur
¼ cawan pati santan
8 ulas bawang merah
15 biji cili kering digiling
2 sm belacan
Sedikit garam dan gula
Cara
Tuangkan santan ke dalam periuk dan masukkan cili kering yang telah digiling. Masak sampai mendidih. Masukkan udang biarkan selama 5 minit. Kemudian masukkan bawang besar, bawang merah, cili merah, belacan, garam dan gula serta asam gelugur. Kacau untuk beberapa minit barulah angkat.
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.