PDA

View Full Version : Segala Resepi Nasi



ArisshaSofea
12-12-06, 10:10 AM
TOMATO RICE

Ingredients.
3 cups long grain rice, washed and drained
1tbsp margarine/minyak sapi
2tbsp Oil
1 small tomato, chopped
1/2 onion, sliced
2 shallots, chopped
1 ginger, smashed
3tbsp tomato paste
1tbsp tomato sauce
700ml water

Spices (A)
3cm Cinnamon stick
1 star anise
4 cloves
3 cardamoms

Seasoning (B)
3/4tbsp pepper
1 1/2tbsp salt
1tbsp chicken stock
1/2tbsp sugar

Method
Heat up wok with magarine and oil. Add spieces (A). Stir in rice to mix and add seasoning (B). Pour in combined tomato mixture. Stir well to mix. Cover the work and cook for 10minutes. Reduce the heat to low and cook for another 10minutes before dishing out to serve.

Kimie
20-12-06, 10:20 AM
AS,

Resepi nasi dalam bahasa malaysia ada tak?!
nasi tomato nih menghairahkan arrrr...thehehe

ArisshaSofea
20-12-06, 10:51 AM
NASI TOMATO SINGAPURA

Bahan-Bahan
4 tin susu beras
1 tin kecil minyak sapi
1 tin kecil susu cair
1 tin kecil tomato puri
1 labu bawang besar
3 sm. halia
2 biji tomato
6 ulas bawang putih
1 sm. kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis dan jintan putih
4 tin susu cair
1 sudu teh serbuk lada sulah
200 gm. daging cincang
Sedikit daun pudina
Bawang goreng secukupnya
Kismis secukupnya

Cara:
Tomato dibasuh dan dihiris bulat-bulat. Bawang besar dimayang halus. Bawang putih dan halia digiling hingga lumat. Serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dibancuhkan dengan sedikit air setelah itu campurkan dengan bahan yang telah digiling tadi. Beras dibersihkan dan ditoskan airnya. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk setelah itu tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Kemudian masukkan campuran rempah-ratus yang sudah digiling tadi bersama bawang besar dan tomato. Bila telah garing masukkan daging cincang sambil dikacau-kacaukan sehingga rata. Setelah itu masukkan susu cair, tomato puri, daun pudina dan garam secukup rasa kemudian masukkan air, biarkan mendidih. Bila telah mendidih, masukkan beras dan masaklah sehingga kering, perlahankan apinya. Setelah masak taburkan di atasnya dengan bawang goreng dan kismis.

ArisshaSofea
20-12-06, 10:54 AM
NASI TOMATO

Bahan-Bahan
3 Cawan Beras Basmati
3 Cawan Stock Rebusan Tulang
¾ Cawan susu cair
1 Cawan sup tomato-puri(dlm tin)
5 ulas bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih - diracik halus
1 inci halia - diracik halus
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji cengkih
2 helai daun pandan
garam , perasa dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi

Cara:
1. Masukkan minyak dan minyak sapi ke dalam periuk nasi yang diletakkan di atas api
2. Tumiskan bawang,bawang putih, halia, kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
2. masukkan sup tomato(puri tomato)dan gaulkan sebentar
3. masukkan beras dan gaul hingga sebati dan kemudian baru dimasukkan stock rebusan tulang serta susu cair.
4. kemudian masukkan garam dan perasa serta sedikit gula.Jangan lupa untuk memasukkan daun pandan.
5. Alihkan periuk nasi tersebut kedalam tempat memasak nasi otomatik dan tutup serta biarkan sehingga masak.

Cadangan Hidangan:
Sendukkan nasi kedalam mangkuk nasi dan taburkan sedikit bawang goreng. Nasi ini sedap dimakan bersama ayam masak merah, acar rampai dan sebagainya.

Tambahan:
Tujuan menumis nasi di atas api gas adalah supaya bahan tumisan berbau wangi dan ini menambahkan kesedapan makan tersebut namun demikian ia haruslah dialihkan ke dalam periuk nasi otomatik supaya nasi tersebut tidak berkerak. Gula juga amat penting dalam resepi ini sebagai penambat rasa. Cubalah... anda pasti tidak akan kecewa.

nunu
22-12-06, 05:13 PM
resepi nasi berulam ada?maksud saya kesemua bahan2 yg diperlukan adalah berasaskan ulam( segala jenis daun & pucuk-pucuk daun) bila di sediakan nasi tu akan menjadi gelap...kerana campuran dek ulam ulam tu...sedap wooooo....
kalau ada..share lah kat sini...

pakyeop
23-12-06, 12:24 PM
resepi nasi berulam ada?maksud saya kesemua bahan2 yg diperlukan adalah berasaskan ulam( segala jenis daun & pucuk-pucuk daun) bila di sediakan nasi tu akan menjadi gelap...kerana campuran dek ulam ulam tu...sedap wooooo....
kalau ada..share lah kat sini...

Nasi goreng ikan rebus siap ngan ulamannya sekali. Begitu juga disediakan ngan sambal belacan. Resepinya tak tahu, tapi hanya satu kedai tu sajer yg power..Yg lain rasa macam hampesss....Kalau Nunu punya resepi, boleh di buat pertimbangan.....

ArisshaSofea
26-12-06, 01:23 PM
resepi nasi berulam ada?maksud saya kesemua bahan2 yg diperlukan adalah berasaskan ulam( segala jenis daun & pucuk-pucuk daun) bila di sediakan nasi tu akan menjadi gelap...kerana campuran dek ulam ulam tu...sedap wooooo....
kalau ada..share lah kat sini...

Nie ada resepi nasi ulam nunu, tapi x taulah sama cam yg u nak :)

Bahan-Bahan
2cwn beras - dibasuh/ditoskan
1cwn beras pulut - dibasuh/ditoskan
11/2Cwn pati santan
Garam secukup rasa

Bahan Tambahan
Daging/ ikan masin grg (diptg kecil-kecil)
1cwn ikan bilis goreng
2kpg tempe - dihiris & digrg garing
1kpg telur dadar yg tipis dan besar - digulung & dihiris halus
Pucuk ubi kayu - direbus
kangkung - dikukus
1/2cwn udang kering - direndam/ditos/ditumbuk & digoreng
2btg serai - dihiris halus & digrg sebentar
1sd ketumbar - direndam & digiling
1/2sd jintan manis - direndam & digiling
sedikit jintan putih - direndam & digiling

Bahan Sambal
4btg lada merah
1biji besar tomato
sedikit gula
1sd garam
1.2cm belacan - dibakar
air limau kasturi/nipis

CARA
Campurkan kedua-dua beras & beras pulut. Kukuskan hingga separuh masak. Satukan garam/santan & bahan giling Masukkan kedlm nasi & teruskan mengukus hingga masak. Senduk & isikan kedlm bekas.

Tumbuk semua bahan sambal kecuali air limau/nipis. Kemudian masukkan air limau dan sesuaikan rasanya. Hidangkan dgn sambal & bahan tambahan.

nunu
27-12-06, 10:42 AM
Nasi goreng ikan rebus siap ngan ulamannya sekali. Begitu juga disediakan ngan sambal belacan. Resepinya tak tahu, tapi hanya satu kedai tu sajer yg power..Yg lain rasa macam hampesss....Kalau Nunu punya resepi, boleh di buat pertimbangan.....

ini nasi goreng kan? ulamnya asing...tak dicampur & digaulkan sekali ngan nasi tuh..hehehe...

ArisshaSofea, thx giving me that info...tapi lain lak rasanya sbb nasi tu campur ngan pulut ( takpernah jumpe lagi resepi nih...tapi ok gak..bole cuba tuk kenduri nanti..:kid: )

nasi ulam tu mmg sedap..tapi nunu tak sempat nak amik dari nenek tu..nasinye pure campuran ulam ajer..tiada benda lain..

ArisshaSofea
29-12-06, 04:37 PM
NASI BUKHARI

Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
4 tin susu air
1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Cara:
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.

pakyeop
30-12-06, 12:29 PM
Nasi Putih

Cara memasaknya:
Masukkan beras ke dalam rice cooker than bersihkan beras terlebih dahulu.
Masukkan air, dan ikut sukatan jari anda.
kalau nak sedap lagi masukkan Planta.

WOW!!!! pasti sedap..tak pernah rasa jemu.
Cubalah....

ArisshaSofea
01-01-07, 12:53 AM
Nasi Putih

Cara memasaknya:
Masukkan beras ke dalam rice cooker than bersihkan beras terlebih dahulu.
Masukkan air, dan ikut sukatan jari anda.
kalau nak sedap lagi masukkan Planta.

WOW!!!! pasti sedap..tak pernah rasa jemu.
Cubalah....

Betul tu PY.. Nak lagi sedap kalau dapat makan beras wangi or beras basmathi hari2... mamamia

cenenot
02-01-07, 04:49 PM
AS, resepi Nasi K tak de ke? :eam:...

nunu
03-01-07, 11:33 AM
uiks pakyeop...ni masak nasi yg asas nih...nape taruk planta ek..tak ke nantio nasi putih tu akan berminyak?sedap ke rasanya pakyeop?

nunu taruh daun pandan ajer..mmg wangi..ada la 2 pinggan tambah..

pakyeop
03-01-07, 01:15 PM
uiks pakyeop...ni masak nasi yg asas nih...nape taruk planta ek..tak ke nantio nasi putih tu akan berminyak?sedap ke rasanya pakyeop?

nunu taruh daun pandan ajer..mmg wangi..ada la 2 pinggan tambah..

Nunu cuba dulu....tak berminyak punya...
Saya dah biasa buat cam gini bila nak ambik hati HM...
Nah jadi suami mithali...kekekeke

ArisshaSofea
04-01-07, 08:39 AM
AS, resepi Nasi K tak de ke? :eam:...



Nasi K tu nasi apa tu Cen?

cenenot
04-01-07, 04:28 PM
Nasi K tu nasi apa tu Cen?

Ish segan le nak tanya, I should have not asked in the first place, tak pe le kita bincang kat FC aje nanti heheh :shutup:..

anakantu
10-11-09, 11:04 PM
cara masak telur goreng warna merah
1, panaskan kuali
2, letak minyak masak dalam kuali
3, letakkan telur bila minyak dah panas
4, biarkan telur itu masak tapi jangan sampai hangus
5, tutup api dan letakkan pewarna merah
6, gaulkan sampai sebati

jadile telur masak merah,
chef anakantu.

PeeJay
10-11-09, 11:24 PM
Salamm ..Gua bukan nak bagi resepi memasak..tapi nak share favorite gua bila makan kat kedai..

Biasa singgah kedai western, Damansara up-town atau USJ. Minta blackpapper steak..
pas tu minta nasik kosong kedai sebelah.. Air fresh oren..

Gaul kan nasik dalam black papper steak tadik .. eMMm sedap jugak... berasap perut..
Cuma gua tak pandai masak source black papper jer.. kalu tak dah buat kat umah nih..

sam261079
11-11-09, 10:12 AM
Nasi Arab ! ! !


Bahan-bahan ( 3 orang )

* 6 ketul ayam
* 4 ulas bwg merah
* 3 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum bunga lawang
* 1 btg kulit kayu manis
* 1 kiub ayam
* 1/2 sdk jintan manis
* 1/2 sdb lada hitam
* 1/2 sdk jintan putih
* 3 cwn beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 sdb minyak sapi
* 1/2 biji bwg besar - di mayang
* 1/2 cawan sos tomato
* 2 sdb rempah kurma
* Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara


1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.

2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.

3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.

4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.

5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

sam261079
11-11-09, 10:22 AM
Nasi Kerabu Perantau

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
Nasi
4 cwn beras
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
2-3 titik pewarna kuning
2-3 helai daun limau purut(optional)
1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.

Sambal Tumis
5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
2 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
garam dan gula melaka

Sambal ikan
1 ekor ikan kembung- saiz besar
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia

Kerabu
kubis
timun
taugeh
daun kesum

Bahan lain- optional
solok lada
telur asin
bawang jeruk
ayam goreng kunyit
sambal belacan

Cara-cara

1.Tumis
## Sediakan sambal tumis ##
2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4. ## Masak nasi ##
5.Nasi , Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Sambal-ikan
## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa

8. Kelapa
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
13. @@ Kerabu @@
14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
15.Nasikerabu
Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

flowtron
20-10-11, 12:38 AM
mintak resepi nasi kerabu, tak tahu la bahan2nyer. mengidam gak ni... plss... tq.