View Full Version : Resepi Kek
anggerikdesa
24-01-07, 01:02 PM
Kek Gula Hangus
Bahan-Bahan
1/3 mentega
5 biji telur
3 cawan tepung (diayak)
1 sudu serbuk penaik
3 cawan gula pasir
3 cawan air
Cara-cara
Masak gula hingga hangus, masukkan air dan tutup api.Biarkan sejuk.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
kemudian masukkan telur satu persatu.
Pukul hingga betul-betul kembang.
Masukkan tepung dan serbuk penaik, kacau hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan gula hangus dan kacau.
Bakar/kukus hingga masak
nunu mmg suka kek gula hangus nih.Bahan2 senang nak sedia & buat...cuma hati2 part mereneh gula tu...tapikan bintangharubiru, seeloknya campurkan gula hangus bukan sejuk kedalam bahan utama kek akhir sekali & di kacau & bakar...ini tuk mendapatkan corak jaringan semut yg menarik dlm kek tu bila di potong nanti...
olaaaa...
anggerikdesa
29-01-07, 01:36 PM
Resipi Kek Pisang
Bahan-bahan
100 gm marjerin
70 gm gula castor
30 gm gula perang
2 biji telur gred A (diasingkan kuning dan putihnya)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
2 biji pisang berangan (dilenyek)
Cara - cara
Pukul marjerin bersama kedua-dua jenis gula hingga kembang.
Sementara itu, putar putih telur hingga kembang dalam bekas berasingan. Masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega dan gula yang telah kembang satu demi satu dan dikacau.
Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat diayak bersama.
Masukkan campuran tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
Akhir sekali masukkan pisang yang telah dilenyek dan putih telur.
Bakar dalam ketuhar 190 darjah celcius selama 30-35 minit.
anggur69
29-01-07, 05:16 PM
Boleh inzal bila sebut kek gula hangus disebabkan kek ini boleh dikategorikan antara kek terbaik daripada segala jenis kek resepi orang asia. Cuma, yang menjadi persoalan, samada benarkah untuk mendapat rasa gula yang asli dan bermutu dan rasa wangi, gula pasir dicampurkan juga dengan brown sugar dan ditambahkan sedikit madu sebagai penyeri. Ini adalah antara resepi nenek kebayan yang tak bertauliah yang pernah disampaikan dari zaman-berzaman dari mulut kemulut.
Semoga Nunu atau bintangharubiru (bintang lagi?) boleh memberi sedikit pengesahan.
Terima kasih.
Yang suka makan kueh kasuwi,
Anggur69
Boleh inzal bila sebut kek gula hangus disebabkan kek ini boleh dikategorikan antara kek terbaik daripada segala jenis kek resepi orang asia. Cuma, yang menjadi persoalan, samada benarkah untuk mendapat rasa gula yang asli dan bermutu dan rasa wangi, gula pasir dicampurkan juga dengan brown sugar dan ditambahkan sedikit madu sebagai penyeri. Ini adalah antara resepi nenek kebayan yang tak bertauliah yang pernah disampaikan dari zaman-berzaman dari mulut kemulut.
Semoga Nunu atau bintangharubiru (bintang lagi?) boleh memberi sedikit pengesahan.
Terima kasih.
Yang suka makan kueh kasuwi,
Anggur69
seeloknya kekal kan brend gula yg sama tuk buat kek gula hangus nih..bukan apa..gula biasa + brown sugar + madu...menambahkan paras gula yg berlebihan dlm bancuhan kek tersebut..nanti bila di bakar kek akan lembik!! tambahan ia akan meningkat paras gula dlm body pemakan dan tuk m'gelakkan penyakit kencing yg bermanis..:35: maka eloklah kurangkan campuran gula tersebut
petua: gula pasir adalah lebih baik digunakan dlm resepi kek gula hangus..
brown sugar, bole di pakai tapi kuantiti byk diperlukan..
madu, akan menghitamkan kek tersebut..nanti pahit bila nak makan..
sekian
dari pakar nutrisi..
anggerikdesa
07-02-07, 08:45 AM
Kek Chiffon Pandan
Bahan-bahan
4 oz tepung naik sendiri
5 oz gula kaster
3 biji kuning telur
3 biji putih telur
¼ sudu teh garam
4 sudu besar minyak jagung
5 sudu besar air
½ sudu besar cream of tartar
½ sudu teh esen vanila
Sedikit jus pandan
Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Lubangkan tengah-tengah, masukkan minyak, kuning telur, air, vanila dan jus pandan. Kacau rata-rata sampai adunan itu halus. Tabur cream of tartar ke atas putih telur dan pukul sampai putih dan naik. Tuangkan adunan tepung ke dalam putih telur dan kacau perlahan-lahan sehingga rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama satu jam
Natchoo
07-02-07, 05:44 PM
bintangharubiru....
Thanx for the recipe..... Tapi, boleh dak u tolong buatkan, nak testing.... Sebab me belum beli oven kat umah baru.....
borders
28-02-07, 12:35 PM
kek coklat (tanpa kolestrol)
Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
Bahan-bahan A:
450 ml air
160 ml minyak masak tanpa kolestral
11/2 camca besar Quick 75
2 camca besar cuka
2 camca teh esen vanila
Bahan-bahan di ayak dua kali:
360 gm tepung gandum
300 gm gula hangus
100 gm koko
2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam
Cara membuatnya:
1.Putar putih telur sehingga tidak mengalir bila di terbalikkan mangkuknya.
2.Putar bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.Masukkan bahan-bahan di ayak dan putar lagi 20 minit dengan pengadun kecil menggunakan kederasan maskimum.
3.Apabila elok sebati dan kembang,masukan secamca besar putih telur.Kuap balikkan hingga rata sebelum memasukan baki telur.
4.Bakar di dalam acuan 20 cm x 20 cm pada suhu 200 darjah celcius selama 11/4 jam atau hingga masak.Apabila sejuk,hiaslah mengikut suka.:icon_biggrin:
kek hitam manis
Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1 cawan soft margarine
1 cawan gula halus
1 sudu ovellete
3 biji telur ayam
1 sudu esen vanilla
2 sudu serbuk coklat van houten
Cara-cara
Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan). Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..Pukul sampai gebu lagi..Lepas tu, campur esen vanilla & ovellete , then serbuk coklat .
Masuk adunan dalam bekas
Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit..................
kek prune
Bahan Bahan:
1 paket buah prune
3 biji telur
225 gm tepung halus ( superfine )
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
200 gm gula kastor
1/2 sudu esen vanila
190 gm mentega
Cara membuat nya;
a. Rebuskan buah prune kemudian campurkan dengan sodabikarbonat dan lecek
hingga rata.
b. Pukul mentega bersama gula hingga kembang kemudian masukkan telur satu
persatu hingga habis.
c. Masukkan buah prune yang sudah di lecek bersama tepung dan kacau hingga rata.
d. masukkan dalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit dengan suhu 180 C
selama 45 minit.
e Apabila masak hiasi permukaan nya dengan bunga ising dan p
Kek Lapis Winter Sonata
Bahan20 biji putih telur
16 oz. mentega
1½ gelas tepung jagung
1½ gelas tepung jagung
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda
cara
1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.
2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.
3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.
4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul
rata-rata.
5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu,
bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:
-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)
-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda
-bahagian III - warna kuning
6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan
7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak
8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III
dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I
tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.
pokjeng
29-03-07, 01:16 AM
Kek Batik Azura
Bahan-Bahan:
2 paket biskut marie (patah-patahkan)
1 cawan milo
1 cawan koko
1 ¾ cawan gula
1 buku butter
5 biji telur
½ cawan air
Cara:
patah-tahkan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.
masukkan milo, koko, gula, butter, 5 biji telur dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. kacau hingga sebati. kemudian, didihkan di atas api. lebih baik jika dididihkan dengan cara double boiling supaya coklat tidak cepat hangit.
setelah mendidih, tuang coklat ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie. gaul coklat dan biskut marie hingga rata.
akhir sekali, masukkan biskut yg digaul rata bersama coklat ke dalam loyang. hempap2kan biskut itu sehingga mampat didalam loyang.
setelah mampat, biarkan kek sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam. akhir sekali, kek batik boleh lah dipotong dan di hidang.
pokjeng
29-03-07, 01:20 AM
Kek Asam Jawa
Bahan-Bahan:
Bahan Untuk Kek:
6 biji telur.
3 cawan tepung gandum.
1 cawan majerin.
½ buku mentega.
2 cawan air.
3 ¼ cawan gula.
¼ cawan gula perang.
Sedikit asam jawa (bancuh dalam air).
* sukatan asam jawa menentukan masam atau tidak kek.
Atas dan hiasan:
2 cawan majerin
2 biji telur(putih sahaja)
¼ cawan gula ising
sedikit asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
Cara:
Pukul majerin, mentega, gula & gula perang.
Kemudian masukkan telur dan air yang telah dibancuh bersama asam jawa. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga semua adunan rata.
Setelah rata masukkan ke dalam adunan siap untuk dimasak. Suhu disyorkan ialah 220 darjah celcius.
Cadangan Hidangan:
Pukul magerin gula ising & asam jawa bersama. Sapu rata atas kek yang telah masak. Lebih baik semasa kek tidak terlalu sejuk kerana akan memberikan keadaan ising yang lebih baik.
anggerikdesa
16-05-07, 11:13 AM
Chocolate Strawberry Shortcake
INGREDIENTS
2 (1 ounce) squares unsweetened chocolate, chopped
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/2 cup white sugar
1/3 cup margarine
1 cup sour milk
2 tablespoons orange liqueur
1 (16 ounce) package frozen whipped topping, thawed
1 quart fresh strawberries
2 (1 ounce) squares semisweet chocolate, chopped
DIRECTIONS
Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Grease and flour 2 (9 inch) pans. In the top of a double boiler, heat unsweetened chocolate, stirring occasionally, until chocolate is melted and smooth. Remove from heat and allow to cool to lukewarm.
In a large bowl, combine flour, baking powder, baking soda, salt and sugar. Cut in margarine until mixture resembles coarse crumbs. Blend in sour milk and melted unsweetened chocolate. Divide batter into prepared pans.
Bake in the preheated oven for 15 to 20 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Allow to cool. Sprinkle cakes with orange liqueur.
Reserve 8 to 10 strawberries and slice the rest. Place one cake on a serving plate, top with half of the sliced strawberries and half of whipped topping. Cover with second layer, top with remaining strawberries and whipped topping. Garnish with whole strawberries. In the top of a double boiler, heat semisweet chocolate, stirring occasionally, until chocolate is melted and smooth. Drizzle over the strawberries.
Chocolate Strawberry Shortcake
INGREDIENTS
2 (1 ounce) squares unsweetened chocolate, chopped
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/2 cup white sugar
1/3 cup margarine
1 cup sour milk
2 tablespoons orange liqueur
1 (16 ounce) package frozen whipped topping, thawed
1 quart fresh strawberries
2 (1 ounce) squares semisweet chocolate, chopped
alamak anggerikdesa..kalo tarok orange liqueur ( strong sweet alcoholic spirits) ni dah tak halal le kek ni...abis tu...kalo nunu nakwat taruk orange sanquick ajeler....jadi ler...
RESEPI APAM GULA HANGUS
sugar 1 cup
water 1 cup
butter 125gm
condense milk 200gm
flour 1 cup
soda bicarbonate 1 1/2 cup
eggs 3 nos
vanilla essence 1/2 tsp
method of cooking:
1) boil the water and the sugar until it almost caramelize, then added in the butter and condense milk.
2) then let it cool down then only mix in the flour together with the soda bicarbonate.
3) beat the eggs and vanilla essence till it fluffy. then only mix all the ingredients from the above.
4) steam sponge (apam gula hangus) for 45 minutes to 1 hour.
nlaylaaziz
28-08-07, 03:51 PM
WET CHOCOLATE CAKE
375 gm butter
600 gm caster sugar
6 eggs
600 gm water
500 gm flour }
100 gm chocolate powder }
1 tea spoon baking powder } sift together
1 tea spoon soda bicarbonate }
Method :
a. Beat butter and sugar till creamy.
b. Add in egg one at a time, then fold in flour and lastly water.
c. Bake in a pre-heated oven at 180 C for about 40 - 45 minutes.
TOPPING
2 cups water
2 tablespoon of chocolate powder } sift
1 tablespoon of corn flour } together
1 tablespoon of sweetened condensed milk
250 gm sugar
100 gm butter
Cook on slow fire. If not thick enough add more corn flour.
Note :
- You'll get a 8" x 8" x 2" cake with only half this recipe.
- I haven't tried the topping, so i don't know what's the taste like.
nlaylaaziz
30-08-07, 09:50 AM
KEK LOBAK MOIST
Bahan
250 g butter
100 g gula halus
3 biji telur
100 g carrot [parut dan celur -toskan kering]
100g prune cincang
50 g walnut cincang
50 g kismis
220 g tepung gandum
1 s/k baking powder
Cara.
1. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder.
4. Masukkan carrot, kismis, kacang walnut dan prune.
5. Gaul rata dan masukkan dalam acuan.
6. Bakar dalam oven suhu 180'C selama 50 minit
7. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.
abangbadut
20-09-07, 02:44 PM
Kek Coklat Kukus
Bahan:
1 cawan cocoa powder
3/4 cawan gula pasir ( ikut rasa )
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (nak lebih sedap guna butter cair)
½ cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara:
Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak ke dalam periuk.
Masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
Tutup api, biarkan adunan suam.
Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama.
Telur dipukul hingga kembang, kemudian dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan
masukkan tepung.
Gaul sebati kemudian tuang dalam acuan. Jangan sampai penuh sebab nanti adunan
naik (tuang dalam ½ acuan je).
Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan.
TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa
Cara membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler
Alihkan dari api kemudian masukkan majerin, gula & cream
Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk sedikit.
Curahkan atas kek kemudian ratakan. Maukkan dalam peti ais sebentar
Bila sudah set, baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang
dan menegak selang seli.
abangbadut
20-09-07, 03:08 PM
Blackberry Cheesecake
Bahan-Bahan:
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik
Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik
Panaskan oven pada suhu 180C.
Cara Untuk Base:
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.
Cara Untuk Filling:
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.
Sergeant Mendoza
20-09-07, 04:47 PM
Kek Impian Ratu
Bahan-bahan
250 gm mentega
180 gm gula kastor
½ cawan ceri merah, dipotong kecil
50 gm kelapa kering
4 biji telur
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
¼ cawan susu cair
Cara
Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga rata. Masukkan ceri dan kelapa, kacau adunan secara kaup balik. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik ke dalam adunan, lakukan kaedah kaup balik. Akhir sekali masukkan susu cair, lakukan proses kaup balik hingga adunan sekata. Bakar selama 30 minit pada suhu 150 darjah. Setelah sejuk, balut kek dengan fondant aising. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
Sergeant Mendoza
24-09-07, 12:50 PM
Kek Lapis Keju
Bahan-bahan
200 gm mentega
50 gm minyak sapi
1 bungkus keju cheddar (hiris memanjang)
4 biji telur
¾ cawan gula kastor
2 sudu teh serbuk penaik
235 gm tepung gandum
Cara
1. Pukul mentega bersama gula dan minyak sapi hingga kembang.
2. Setelah itu masukkan telur dan tepung bersama serbuk penaik dan kacau sebati.
3. Bakar selapis-selapis dengan setiap lapisan ditutup dengan keju.
nlaylaaziz
09-11-07, 09:49 PM
My nephew engagement dah dekat. Jadi cari resipi kek tiramisu(yang ni my favourite) untuk di beri sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan nanti. So I surf internet. Dapat resipi and I have try. It is quite nice.
Tiramisu
2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir (boleh di beli di pasaraya)
250g cream cheese
250g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbok koko/cokelat utk hiasan Cara-cara
satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.
Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.
KEK COKLAT MOIST PERMATA HATI
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist
1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya:
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi, pukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap untuk sebatikan adunan sahaja.
5. Sediakan acuan kecil berbentuk hati. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas atau bersamaan satu sudu makan sahaja kerana adunan akan naik seganda dari asal.
6. Kukus selama 10 hingga 15 minit dan sedia untuk dihidang.
Dengan menggunakan Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist, kek yang dibuat akan terus menjadi dan tidak ada masalah langsung jika anda mengikuti langkah demi langkah. Walaupun anda baru pertama kali membuat kek, namun hasilnya sama seperti tahap professional atau seolah-olah anda sudah biasa membuatnya. Memang senang dan mudah.
KEK CHIP COKLAT MOIST
Bahan-bahan:
1 cawan coklat chip
3 biji telur1 cawan susu pekat manis
1 cawan air1 sudu teh esen vanilla
500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist
1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya:
1. Pukul gula dan telur hingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi, gaul sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap hanya untuk sebatikan adunan tersebut.
5. Sediakan acuan yang anda suka dan griskan menggunakan minyak masak untuk elakkan adunan melekat. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas sahaja kerana adunan akan naik seganda dari asal.
6. Panaskan oven pada suhu 1750C atau 3500 F selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven.
7. Setelah 10 minit, keluarkan sebentar kek tadi dari oven dan taburkan coklat chip pada permukaan kek tersebut. Kacau 3 pusingan agar coklat chip mendap sedikit. Masukkan kembali ke dalam oven, bakar selama 45 minit atau sehingga ianya tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Sungguh enak apabila menikmatinya seisi keluarga, rasanya yang lembut ditambah pula dengan kehadiran butiran-butiran coklat chip memang sungguh menaikkan aroma kelazatannnya. Dengan menggunakan Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist anda tidak perlu gusar kerana ia akan menjadikan anda seorang chef yang terkenal. Sangat mudah dan pantas untuk menyediakan kek coklat moist yang lazat ini.
KEK COKLAT MOIST BERKRIM
Bahan-bahan:
Bahan A
3 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist
1 cawan minyak masak
Bahan B
200g coklat masak
½ cawan serbuk koko
½ tin susu pekat½ cawan air
1 sudu kecil gula pasir1 sudu kecil tepung gandum
Bahan C
Coklat urai berwarna untuk hiasan
Cara membuatnya:
Bahan A
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi, gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap. Sediakan acuan yang anda suka dan griskan menggunakan minyak masak. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas sahaja kerana adunan akan naik seganda dari asal.
5. Panaskan oven pada suhu 1750C atau 3500 F selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven.
6. Bakar selama 45 minit atau sehingga ianya tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Bahan B
1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan panaskan di atas api yang sederhana.
2. Masukkan pula tepung gandum untuk memekatkan krim tersebut.Untuk menghias
1. Keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
2. Setelah kek sejuk, tuangkan krim coklat tadi ke atas kek tersebut.
3. Taburkan pula coklat urai warna-warni untuk hiasan.
Sedia untuk dihidang. Sesuai untuk acara-acara penting, senang dan cepat disediakan sebab tak perlu nak ayak tepung dan sebagainya. Adunan sedia untuk dibakar dalam tempoh 10 minit saja. Mudah bukan? InsyaAllah, anda boleh melakukannya.
harumaniz
17-01-08, 03:12 PM
KEK PISANG BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
1/2 buku mentega (125 gm)
1 cawan gula halus
1 cawan pisang raja (dilecek dengan garpu - jangan dimesin)
2 butir telur ayam
2 sudu besar susu cair
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarbonate
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMBUATNYA:
Tepung gandum, baking powder, sodium bicarbonate & garam halus diayak bersama. Ketepikan.
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dalam adunan gula dan pukul rata.
Masukkan pisang lecek ke dalam adunan gula dan gaul rata dengan lembut menggunakan senduk kayu (JANGAN DIMESIN).
Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Masukkan ke dalam acuan yang telah dilengser mentega dan dilapik dengan kertas kalis minyak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
NOTA : JIKA TIDAK MAHU KEK BERWARNA GELAP, LECEK PISANG SEJURUS SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM ADUNAN
ehmm, sedap2 gak layan kek ni..mmg giler ngan any kek..pantang jumpa kedai kek, mesti nk tinjau and of coz ar membeli....kebanyakkan resepi kek yg u all tulis ni, marvellous tu..will try one day....kek gula hangus yg paling senang buat and cheap...family lak gile kek choc, so bile wat kat umah tu, choc jer...so kali ni nk gak try other flavour..variety kan dapur kite....adios..
helo...dlm resepi yg belum i dpt betul2 touch is kek lapis, saper yg rasa ade resepi tu, pls jot down key, at least i bleh try...selalunya tau dr sarawak jer, but the resepi tk dpt total arr...adios...
BROWNIES
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]
Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
KERIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair
Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.