ArisshaSofea
01-03-07, 05:12 PM
Crispy Chicken Wings
Bahan-Bahan
6 kepak ayam (terpulang masing2)
4tbs soya sauce
2tsp halia (ditumbuk kasar)
1tbsp madu
1tbs gula perang
Cara-cara
Campur kesemua bahagian tadi kecuali ayam atas dulang. Masukkan kepak ayam dan gaul sebati. Panaskan oven (180-220c). bakar kepak dlm 10-15minits. balik2kan kepak ayam dan jangan lupa sapukan lebihan sauce in between.
ArisshaSofea
01-03-07, 05:14 PM
KEPAK AYAM KEEMASAN
BAHAN-BAHAN
6 ketul kepak ayam
100 gm daging ayam
70 gm sengkuang cina
50 gm cendawan hitam
20 gm biji teratai
50 gm lobak merah
30 gm rebung 20 gm beras pulut
300 gm stok ayam
50 gm minyak masak
½ sudu teh kicap pekat
10 gm garam
½ sudu teh tepung jagung
½ sudu teh sos tiram
CARA-CARA.
Rendam beras pulut selama dua jam.
Bersihkan kepak ayam dan buangkan tulangnya.
Potong daging ayam dan goreng sehingga masak.
Potong sengkuang cina, cendawan hitam, biji teratai, lobak dan rebung ke dalam ukuran kiub kecil.Celur sekejap bahan-bahan tersebut.
Panaskan minyak dam masukkan daging ayam, sengkuang cina, cendawan hitam, biji teratai, lobak dan rebung. Kemudian masukkan sos tiram, stok ayam, garam, lada sulah dan tepung jagung.
Biarkan sejuk dan sumbat bahan-bahan tersebut ke dalam kepak ayam dan ikat bahagian hujungnya supaya bahan-bahan tadi tidak terkeluar.
Panaskan minyak dan masukkan 150 gm stok ayam, secubit garam dan sesudu kicap pekat. Masukkan kepak ayam ke dalamnya lebih kurang 20 minit atas api yang sederhana besar sehingga berwarna kuning keemasan.
Kemudian keluarkan kepak ayam dan toskan beberapa minit dan kukus selama 45 minit.
Selepas itu, atur kepak ayam atas pinggan dan hidangkan dengan brocoli.
flowtron
20-10-11, 12:34 AM
Kepak ayam keemasan, minggu ni gi pasar kena try ni.
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.