PDA

View Full Version : Asia Cup



Oll_tomp
09-07-07, 12:20 PM
Piala asia baru bermula .. malaysia dapat masuk atas kelayakan tuan rumah ..marilah bersama-sama menyokong pasukan kebangsaan kita..

Thailand 1 Iraq 1
Australia 1 Oman 1
Vietnam 2 UAE 0
Kedua-dua tuan rumah telah menunjukkan persembahan yang boleh dibanggakan kita tunggu giliran Malaysia menentang China

pakupakis
09-07-07, 12:35 PM
suspen nih tunggu game malaysia...
Aussie nyaris dimalukan oleh oman...
btw, sebagai selingan.. sesiapa yg berminat boleh register di wxw.asiancupmanager.com
hehee mungkin kita boleh berentap sebagai manager di sana.:Finger_fing22:

lanji
09-07-07, 12:41 PM
tabik betul lah kat Thailand dan Vietnam....apalah jadi kat team Malaysia esok..aku harap betul ada kejutan ni...teruskan setia menyokong bola sepak Malaysia...

Kancil
11-07-07, 12:18 AM
Malaysia Vs China
5 - 1


:cry: :-??

aja
11-07-07, 07:33 AM
Buat malu kaum jer diaorang ni main2. tak ubah2 macam budak2 sekolah menengah main!.

My Team tuh satu langkah yang bagus aku rasa. Slowly nanti phase out all national player yang tak cemerlang tuh!

Oll_tomp
11-07-07, 07:41 AM
jepun 1 qatar 1
indonesia 2 bahrain 1
MALAYSIA 1 CHINA 5

proud to support malaysian football... sampai bila la nak macam nie.. tolonglah cari jurulatih luar dan player2 yang muda .. bolasepak sekarang adalah mengenai stamina dan kepantasan dan jugak kreativiti pemain .. carilah pemain yang mempunyai kepintaran bermain bola bukannye menghantar bola2 lambung .. liga super takde yang superb pasal liga super pun . bubarkan aje pasukan kebangsaan dan liga super nie pupuk dan latih pemain dari awal ambil dari umur 7 dan 8 tahun dan latih pemain2 tersebut

kamalkid
11-07-07, 10:50 AM
Korang ada tak baca tajuk paper smlm di ruangan sukan...?
"Norizan beri amaran pada China", "Awas China", "Hairuddin akan merobek gol China"
so...apa dah jadik...?
dah terbalik skrg nie...
FAM cukup marah biler owang perkecilkan kemampuan skuad bola negara...lepas tur siap cakap..marilah datang beramai2 ke stadium sokong skuad negara..buat aper sokong EPL or spanish league...
tapi...bila dah jadik camnie..mana nak letak muka...??
asyik kena belasah ajer...kalu kalah dengan semangat melawan tak aper gak...
ini....????adoiiii....cuba tengok Vietnam & Indonesia...walaupun badan diorang kecik tapi..semangat melawan yg penting...tak gentar ngan saper pun lawan mereka...dan dengan semangat itu ler yg mengakibatkan lawan mereka gentar dan kemenangan berpihak pada mereka...
FAM nie boleh menang kalu bab bercakap...
so...target utk layak ke Piala Dunia 2018 tur baik takyah la...padamkan lah angan2 tur kalu cara permainan mcm mlm tadik...kecuali kalu kita jadik tuan rumah world cup...
so..kita boleh berbangga dengan menjadik tuan rumah dari mempamerkan aksi yg membanggakan rakyat malaysia...:furious::shutup:

ibat
11-07-07, 11:52 AM
mcm pertandingan tangkap ayam jer... terkapai2 si azizon goal keeper... kamu bisa praktis sama tim indonesia dulu dong...

pakupakis
11-07-07, 01:11 PM
KECEWA.. itulah ungkapan aku...

nak kata China main bagus aku tengok tak jugak... tp apa jd ngan MALAYSIA.. perghh cam baru pertama kali main international game..

camne plak nnt main ngan uzbek ngan iran..

kamalkid
11-07-07, 02:00 PM
itu la...
aku rasa baik takyah panggil player yg main dlm super league tur...
suma dah mabuk ngan duit...takder lagi semangat kenegaraan dan semangat nak menang...asyik pikir pasal elaun ajer...
lain kali kalu nak main game antarabangsa....buat ajer pemilihan cam MYTEAM tur...
pilih dari akar umbi..dari kampung2...train diorang selama setawun atau dua...
takyah libatkan diri diorang ngan league2 yg mengarut nie...
lepas nie nak lawan plak ngan Iran...no.3 di Asia...lepas tur lawan plak ngan Uzbekistan yg player dia rata2 main kat liga2 di Eropah...
kalu takat ngan China pun kena titik....tak tahu ler nanti kalu lawan ngan 2 team tur...
itu la...sombong sgt...:icon_flak:

galaticos
11-07-07, 02:48 PM
Berhenti berharap....... SO7 heheheheheee...........

Oll_tomp
11-07-07, 02:53 PM
adui kalau dengar ulasan dari negara luar lagi baran dibuatnyer .. negara malaysia nie satu2nye negara tuan rumah yang langsung tak diberi pelunag. bagi aku kalau tak boleh sediakan pasukan kebangsaan yang kuat elok serahkan aje hak tuan rumah tue pada negara lain disgraceful betul lar

spongebob
11-07-07, 04:38 PM
Semua tengah marah ni..!!!!!...aku pun marah gak ni !!!!.....
aku cadang kat FAM supaya dibubarkan jelah skuad Malaysia tu...kalau boleh tak payah ada skuad bolasepak kat Malaysia ni lagi bagus.... baik concentrate kat skuad futsal la....Mana nak letak muka ni wehhh..??? Takat nak berlagak pakai jersi kebangsaan tapi main taraf2 sekolah rendah jenis kebangsaan..baik toksah main la....buang masa la..... skuad kebangsaan tu mewakili dan mencerminkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.... Malu la oiii...

Apa menteri sukan kita nak buat lepas ni ?? ... salahkan FAM..??..Player..??..Coach..??...sure ada jer alasan2 bangang lepas ni....Kalau aku jadi player Malaysia tu...aku dah gantung jersi beb...tak sanggup aku nak balik kampung kena boooooooooo....

baik di Privatise kan jer FAM tu....biar golongan2 profesional yang run the show...kalau kat England...mau fanatik2 bolasepak they all buat rusuhan ni.....

P/s : utk skuad bolasepak Malaysia....baik main bola dalam seluar tu la...

D2H
11-07-07, 04:54 PM
Hangin? Menyirap? Geram? Fed-up? Sume tu mmg tgh bercampur2 dlm hati aku nih! Sakit hati btul aku tgk skuad kebangsaan main smlm. Pagi smlm mmg dah cadang2 nak turun bukit jalil bagi support kat team kita nih. tapi last2 tak jadi pastu plak keputusan mmg mendukacitakan. haihhh... apa nak jadi nih??

Sblm game start aku tgk semangat mcm ada sbb ramai player2 kita pakai boot NIKE T90 LASER tuuuuuu! mungkin rembatan dan ketepatan menerjah jaring amat tinggi sbb kat paper diaorang kata hairuddin ngan akmal akan pasti dpt jaring gol. setakat pakai boot keluaran terbaru tapi corak dan permainan masih ditakok lama tak guna gak.

1st half pun aku tgk kita dah di budak2 kan oleh China. Blum habis 1st half aku dah tukar channel. Aku tau mesti kena goreng la ngan China. Pagi tadi tgk paper..


TAK MAKAN NASI KE??

said_sogo
11-07-07, 05:01 PM
Khas buat FAM...

Hujung minggu ni bersamaan dengan sabtu 14/7 ada berlangsungnya pertandingan bolasepak anjuran PlanetFootball (Liga Tanamera) di Tanamera, Sg Buloh, Selangor. Diharap pihak tuan dapat menghantar wakil supaya dapat mencari bakat-bakat baru utk diserap ke dalam skuad Piala Asia Malaysia!!!

Dorang main lagi bagus laaa.....

p/s : aku pun main gak.

latok
11-07-07, 06:04 PM
Khas buat FAM...

Hujung minggu ni bersamaan dengan sabtu 14/7 ada berlangsungnya pertandingan bolasepak anjuran PlanetFootball (Liga Tanamera) di Tanamera, Sg Buloh, Selangor. Diharap pihak tuan dapat menghantar wakil supaya dapat mencari bakat-bakat baru utk diserap ke dalam skuad Piala Asia Malaysia!!!

Dorang main lagi bagus laaa.....

p/s : aku pun main gak.




antar mk team bro...

Kancil
11-07-07, 09:15 PM
dulu aku igt lagi, masa myteam lawan skuad negara, ada kalangan user mk marah beno sbb myteam lawan skuad negara, memalukanlah, jatuh maruah la....
bagi aku la, baik dimalukan dulu daripada dimalukan di arena antarabangsa........
memang jauh benar standard football kat malaysia ni.........
baru tgk highlight Mokhtar Dahari, hari ni genap 16 tahun dia meninggal.... bagi aku, Supermokh menunjukkan Malaysia mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa, mungkin 100 atau 200 tahun lagi.......semoga Legenda Malaysia ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman... amin...

Yakuza893
11-07-07, 09:44 PM
Piala Danone U12, Malaysia dapat no. 17 drp 40 penyertaan.

Budak2 tu bila dewasa, terus dpt no 100 lebih, mcm mana nak elak jadi macam ni?

kambingcute
11-07-07, 09:54 PM
Piala Danone U12, Malaysia dapat no. 17 drp 40 penyertaan.

Budak2 tu bila dewasa, terus dpt no 100 lebih, mcm mana nak elak jadi macam ni?


aku rasa , sure tak dapat elaknya coz kalau FAM punya pentadbiran still cam ni mesti jadi nyer:aol_asstoass:

Prayer
11-07-07, 10:47 PM
Arkian pada suatu hari maka datang lah seorang wartawan dari Qatar, seperti biasa lagaknya hendak menghantar lapuran tentang perihal kejohanan Piala Asia di Malaysia.
Dah memang menjadi tugasan aku bulan ni bersiap sedia di station sattelite.
Maka bertanyalah Sang wartawan ini kepada aku.

Dia amat kagum dan takjub bila mana dia tidak melihat satu apa apa pun iklan dan promosi besar besaran tentang kejohanan ini di sekitara bandar raya.
Dan bertambah lah kehairananya bila dia cuba mewawancara pejalan kaki yang di jumpai nya tidak tahu menahu langsung tentang kejohanan ini.

Syahdan bertanyalah sang wartawan Qatar ni kepada aku.Kenapa ini boleh terjadi.Aku jadi kaget dan lidah kelu untuk berkata.

Macam mana aku nak cakap kat wartawan asing yang tak ada sesiapa berani nak sponsor Team Malaysia ni sebab kita orang dah tau cam mana Malaysia main.Tak ada sesiapa yang berani letak Bill Board mahal mahal dan pelaung ke pelusuk tanah air tentang Malaysia bakal menjadi tuan rumah dan akan bermain bermatian matian demi maruah negara.

Aku tak nak di tuduh sebagai pengkhianat tanah air dan bangsa sendiri.
Tapi Team Malaysia telah mengkhianti aku, anak bangsa nya sendiri.
Bagi mana aku nak mendabik dada kami terhebat kalau tahan bola pun melantun???

Harimau apa kah ini,,harimau sarkis kah???

Katanya kita ramai bakat..betul? Tapi setakat bakat tanpa kemahiran untuk apa? Timang bola kawal bola pun hancur.Perkara asas pun tak boleh buat macam mana nak menterjemah kan taktik.

FAM kamu marah marah kamu kata kami tidak patriotik kerana tidak menyokong.Kamu kata belum bermain sudah menindakkan keupayaan anak anak kamu.Kerana kami kenal anak anak kamu lah maka kami muak.
Kalau exam tadika pun failed macam mana nak ambik PMR.

Sedih , marah ,pilu perasaan di undang nestapa

Wahai Harimau Malaysia( harimau sarkis) .Kami tak kisah dengan kekalahan , kalau cara permainan itu wajar. Biar 10-0 sekali pun tapi cara kamu bermain cantek ada matalamat kamu tetap jadi kebangaan.
Tapi kalau kamu Menang 20-0 tapi main macam lahanttt.Kami rela jadi tugu negara yg kaku dan bisu.


Wahai Harimau yang makan sayur, kamu lihat pejuang bulu tangkis,mereka tak selalu menang tapi cabaran yang mereka berikan..biar kalah tapi kami bangga dan mampu berjalan mendabik dada....



"( elehhh prayerrr lu terrer lu main laaa byk cakap pulak)" luahan hati seorang dari pemain malaysia.

lanji
12-07-07, 03:13 AM
sedih betul aku tengok malaysia lawan china....memang patut pun kena belasah...tak nampak langsung semanagt juang....tapi aku tetap setia sokong malaysia..

Oll_tomp
12-07-07, 07:58 AM
Iran 2 uzbezkistan 1
Korea Selatan 1 Arab saudi 1

aku tengok player uzbek ngan iran semalam aku terpikir nasib yang team malaysia lalui nanti bila lawan dengan team2 nie yang nyata kualiti mereka jauh berbeza

metalika
12-07-07, 08:25 AM
wa ingat itu goalkeeper kena tukar laa......byk lagi yg lebih baik drpg azizon....asi out position je...! gol china tu sume senang2 je....yg dia kluar jauh tak yentu pasal tu apsal!!!!

BalakSteady
12-07-07, 09:40 AM
MALAYSIAN FOOTBALL TEAM SUCK BIG TIME!!!

Aku hangin betul cara Malaysia main.. Macam taik lombu!! Ader ka patut menjadi team tuan rumah yang pertama kalah pada pusingan pertama.. dan pertama yang kalah teruk pada Piala Asia!!!

Aku sebagai rakyat Malaysia terasa malu... dengan cara serta permainan yang ditonjolkan oleh pemain2 Malaysia... Dolu2.. zaman Muktar Dahari... Malaysia menjadikan China or Korea sebagai pasukan belasahan jer.. sekarang mereka2 nie belasah kita plak.. huhuhu.. sedih woi!!!!

Malu woi!!! Mana nak letak muka nie! Harap jer stadium besar dan gah! Player macam haram!! geram aku!! habis tue macam nie ker nak suruh orang pergi stadium untuk berikan sokongan kepada bolasepak Malaysia.. Cuba fikirkan!

said_sogo
12-07-07, 09:54 AM
Khas buat FAM...

Hujung minggu ni bersamaan dengan sabtu 14/7 ada berlangsungnya pertandingan bolasepak anjuran PlanetFootball (Liga Tanamera) di Tanamera, Sg Buloh, Selangor. Diharap pihak tuan dapat menghantar wakil supaya dapat mencari bakat-bakat baru utk diserap ke dalam skuad Piala Asia Malaysia!!!

Dorang main lagi bagus laaa.....

p/s : aku pun main gak. :35:
Ada kesilapan... liga telah ditunda ke tarikh 21/07/2007

KiNgX
12-07-07, 11:01 AM
wa ingat itu goalkeeper kena tukar laa......byk lagi yg lebih baik drpg azizon....asi out position je...! gol china tu sume senang2 je....yg dia kluar jauh tak yentu pasal tu apsal!!!!

Aku setuju sgt dgn kenyataan ni, mmg patut tukar pun goalkeeper ni, arapkan rambut panjang, nak tunjuk macho ker nak jd hero? Dah la semua gol tu, bg aku senang2 sgt la pasukan china jaringkan. Budussss!!!

kamalkid
12-07-07, 12:02 PM
Baca Paper ari nie....?
Norizan kata yg dia akan rombak pasukan kebangsaan besar-besaran...
masa lawan China tempohari ada pemain yg tak bersungguh-sungguh dan ada pemain yg tak sepatutnya bermain....
hmmmmmm...baru tahu ker....?
rakyat malaysia dah lama tahu...
dia baru nak tahu....?????
bila ditegur..melenting...:shutup:
camner nak tahu...
duk la bawah ketiak FAM tur...
sepatutnya dari dulu dah rombak....panggil pemain2 fresh...bukan pemain2 lama yg dah tahu cara pemainan diorang yg tak patriotik tur...kejar bola pun malas...
dah kena titik ngan China baru nak ngaku...baru nak rombak...?? dah terlambat...:furious:
sepatutnya dari dulu lagi...dah berbuih ahli politik dan rakyat Malaysia dah masuk parlimen pun...
rombak ajer FAM tur...pecat suma AJK2 yg dah berkurun duk kat kerusi tur...:aol_asstoass:
panggil owang baru....biarkan owang2 baru nie yg mencorakkan permainan pasukan kebangsaan mengikut peredaran masa...bukannya berpikiran cam tawun 60 an & 70 an lagi...skrg nie permainan bola semakin pantas...rajin kejar bola...
bukan cam dulu yg tunggu bola dan pamer skill yg ntah haper2...
ishhhh..tak sanggup la aku nak nengok lagi permainan pasukan kebangsaan waima live di TV....baik aku nengok citer Natasha ker..Susuk ker...haa..haa..haa...:tvhappy:

lanji
12-07-07, 02:04 PM
dari dulu lagi dah heboh nak buat rombakan besar-besaran......aku tengok makin teruk ada lah....

terunasuci
12-07-07, 02:34 PM
Walaupun pasukan Malaysia kalah teruk, tapi aku cukup suka tengok jaringan indra putra mahyuddin...memang world standard cara gol tu dijaringkan...

MALAYSIA BOLEH!!!!!

neraker
12-07-07, 02:55 PM
memula tu semangat jer aku tengok malaysia kita main..apabila dah masuk gol pertama dengan mudah jer aku naik bosan..dgn player kita menyampah pun ader..itu yg paper metro ari rabu ari tu kata tak makan nasi ker.hehehe.bagi player malaysia yg gak dgn harimau malya nyer tu renung2 kan lah tahap kebolehan anda.

pornfanz
12-07-07, 09:08 PM
pasukan tercorot dunia patut di anugerahkan kepada malaysia

Oll_tomp
13-07-07, 07:46 AM
thailand 2 oman 0
vietnam 1 qatar 1

suka tengok semangat bila dua pasukan nie main nampak kat wajah mereka untuk menaikkan nama negara mereka dan pertandingan nie bukan suke2 nie bila dah kena 4 jaringkan 1 gol itupun dah macam menang pertandingan tue

advanrg
14-07-07, 06:59 AM
Malam ni mesia lawan uzbek... aku ingat nak gi tgk ler, tgk awek uzbek! hehehe. Berapa lar pulak kena mesia malam nie... setakat nak tackle pun tak berani, malu, segan, malas - camner nak menang!

awanghebat
15-07-07, 02:12 AM
haa dah kena 5-0..cantiklaa tu sempena ulangtahun kemerdekaan malaysia yg ke 50

Oll_tomp
15-07-07, 12:40 PM
Malaysia 0 UZBEKIZTAN 5
Indonesia 1 Arab saudi 2

Aduh boleh tak cadangkan supaya tiada penyertaan pasukan bolasepak Malaysia dalam tempoh 2 hingga 5 tahun .. kami peminat bola dah tau nak letak muka kami kat mana

Prayer
15-07-07, 03:07 PM
Janganlah Kutuk Mereka Berikan Lah Mereka Peluang,berikanlah Mereka Semangat,kalau Kita Asyik Kutuk Jek Macam Mana Mereka Nak Membina

KIMEKKK LAHH NAK PELUANG MACAM MANA LAGII???? DAH MUAK DENGAN PELUANG YANG DI BAGI.BUKAN INI PERTAMA KALI KITA KALAH...TIAP TIAP KALI MAIN KALAH KALAU MENANG PUN NASIB.. BILA REPEAT SEKALI LAGI HABIS.

APA LAGI ALASAN DIA ORANG LEPAS NI.

TAK CUKUP BAHAN ,MENGAKU TU TAK CUKUP BAHAN TAPI KENAPA TAK CARIK BAHAN.TAK KAN LAH DALAM MALAYSIA NI TAK ADA SATU PUN YANG ADA BAKAT
YANG BEKEMAHIRAN?

BAKAT DAN KEMAHIRAN BEZA BEB.TAKAT BAKAT JEK TAK BOLEH PEGI KENA ADA KEMAHIRAN.

INILAH MASAALAH NYA BILA TAMPUK PEMERINTAHAN DALAM FAM TU CUMA MINAT TENGOK BOLA TAPI TAK PERNAH TURUN PADANG MAIN BOLA.

MEMALUKANN

ibat
16-07-07, 11:59 AM
Mari join pakatan penyokong malaysia... dengan memakai baju serba hitam di perlawanan terakhir malaysia nanti... kita tunjukkan protes terhadap fam.

WINGS
16-07-07, 12:56 PM
2007 : Visit Malaysia "kena belasah" Year

said_sogo
16-07-07, 01:04 PM
Kalau FAM bagi masuk free pun belum tentu aku akan pergi nengok !!!
Rugi wei !!!!

Tahan bola pun tak 'lekat' camni boleh main utk negara???


Apa kejadahnya ni?

bad_clowns
16-07-07, 01:13 PM
mmm aku pon taktau nak kata apa....nak kata tak penah main...hari2 main...nak kata tak cukup makan gaji dah belambak..apa lagi...kasut tade...rasanya semua pakai kasut mahal...susah2 kita ambik je bangla main...sip kos...arghhhh...aku pon taktau...

Avant Garde
16-07-07, 01:20 PM
Utk kesekian kali nya aku tgk bola aku tergelak berguling2 (lepas yg kena titik dgn china ari tu)..... lawak siot... uzbek blh tu gol pass 1 to 1 cam main futsal.... pas tu heading nak taknak pun blh gol....

Tkde mana nya FAM ni bg tiket free... Tgk la nanti lawan Iran nanti maunya kena titik 0-7 sempena tahun 2007.... huhuhuhuhu... haru...

meister1983
16-07-07, 01:22 PM
kita buat baru punye football federation. Kita buat MyKakis Football Federation mesti boleh main lagi bgs dr malaysia main lwn uzbek hari tu. malu gile siot, tak nak ngaku lak tu bersalah. tolongla yg merosakkan bola malaysia celup je kepala dlm jamban

BalakSteady
16-07-07, 01:46 PM
Kekalahan demi kekalahan... mula-mula 5-1 partu 5-0... nanti last game dgn Iran 10-0 plak kot!!! Memang patut dari dulu Tengku Muda PakHang kena step down!! Patut dengan pak pak dia patut step down!!!

Malaysia yang boleh main telor kot! Kalu kalah main ada gaya, professional, skill orang pun tak marah sangat nie kena BELASAH!! Adussss.. maleh aku nak gi tgk bola kalu Malaysia main...

Perlawanan seterusnya (friendly match)
MALAYSIA vs SEK. REN. (CACAT) JALAN SEKERAT

p/s : baru boleh menang kot!

Zargo
16-07-07, 03:12 PM
bagi aku score m'sia vs iran angka lima juga jadi kegemaran maklum lah merdeka yg ke 50 ...

spongebob
16-07-07, 04:02 PM
Player2 Malaysia semua muka kampung....rambut ala2 mat rempit...mana ada class,
main pun taraf2 main untuk wakil daerah jer...mcm mana boleh terlepas masuk skuad Negara pun aku tak faham la....apa2 pun Al-Fatihah untuk skuad Bolasepak kita dan pihak pengurusannya...

P/s : kalau nak menang besar...kita main nombor 5051....Magnum/Toto....hahahaha

shinchan18
16-07-07, 04:29 PM
Kesian tengok mutu bolasepak negara ini.Salah siapa kalau tak FAM.Kalau di lihat dari semua aspek,memang tak ada pelan untuk membangunkan mutu bola sepak negara ini.Kalau kita tinjau balik ke Semi-Pro dulu,saya rasa lebih biak mutu permainan itu dulu dari liga profesional Skrg.
Kenapa FAM masih tidor lagi.Apa gunanya kalau ada sekolah2 sukan kalau tak digunakan sepenuhnya?Bah anak David Beckham pun masuk Football acedemy dalam usia yg begitu muda...Selain dr FAM,apa MSN lakukan utk Bolasepak negara ini.Apa yg patut dilakukan ialah

1)Football acedemy untuk kanak dlm beberapa kategori Under 15,Under 12 dan sebagainya bermula dr Negeri/Kelab.
2)Jurulatih yg berkaliber dan tahu apa itu bolasepak (bukan mcm Norizan)
3)Pertandingan untuk kategori ini.
4)Kelab/Negeri harus di uruskan dgn lebih profesional
5)pemilihan Pemain yg mewakili negara harus dipilih mengikut kaliber masing2 bukannya pilih kasih
6)Harus belajar dr negara2 yg berjaya/yang meningkat dan jiran2 kita spt Vietnam,Indonesia,Thailand dan Singapura.

Akhirnya,kalau pilih jurulatih kebangsaan,biarlah yg sesuai bukannya dr kampong(Norizan) kalau boleh jurulatih asing.

fisher
16-07-07, 04:31 PM
ha...ha...ha,itu la hakikatnya senario bola sepak malaysia hari ini tak macam dulu masa zaman super mokh!aku ingat waktu tue diorg punya gaji dan fasiliti sukan tak macam sekarang tapi main cun beb,sekarang apa dah jadi asia cup pun bungkus,sungguh kecewa sekali den raso,baik amik pancing gi mengail lagi baik.

WINGS
16-07-07, 06:51 PM
ok..betting is open

Malaysia vs Iran...

berapa bijik M'sia kena...

mari...mari....mari.....

betting start dari 5 gol keatas :icon_biggrin:

abgensemkl
16-07-07, 11:42 PM
Wei Rakyat Malaysia, Sesuungguh Anda Berada Di Dalam Kerugian!!!!!! Come On Malaysia...we Want Gollllllllll!!!!!!!!! Aku Jerit Sorang Ke Ni

Meh kita risik2 kat pemain, dimaklumkan pemain DIHARAMKAN sama sekali untuk ditemu-ramah...eleh terjah jum ...

teman dapat mencelah PEAH untuk bertanya kepada seorang pemain , david arumugam (bukan mana sebenar) telah mencerita beberapa faktor yang seluruh rakyat malaysia berbilang agama yang berdaulat, sanggup berkorban nyawa demi agama bangsa dan negara perlu amik kira ...antaranya :

1. Ukurun Jersi yang tak ikut saiz badan menyukarkan pergerakan, dah le brand nike jerk..jersi keeper pun tak advance..mana ada keeper pakai lengan panjang dah wei...tak kewl la...
2. Kasut bola yang tidak sesuai menyebabkan tendangan selalu tersasar, kitaorang pakai kasut bola yang ade tAli..tengok ronaldo punya kasut..mana ade tali..pasal tu la dia terror main, yang david beckham punya lagik best..siap ada signature..kita orang mana ada
3. Padang yang tidak rata menyukarkan larian, korang tak caya pergi la main sekali kat bukit jalil nun...jauh beza ngan stadium wembley...old trafford lagik la
4. Rumput tidak dipotong dengan baik mengakibat bola melantun tiada hala. Lagi pun jenis rumput tidak berkualiti, Sebenarnya jenis rumput ini jugak tidak dipersetujui oleh Menteri Pertanian..tapi kita orang malas la nak bising-bising
5. Cuaca yang kadar kelembapan yang tinggi sukar untuk bernafas, kita orang jangka suhu malaysia 35-37 darjah C..tapi ni turun naik tak menentu..kadang-kadang bawah 34.5..kadang-kadang dia naik 37.5..mana nak tahan beb..tu yang banyak pemain yang selsema...pada perlawanan dengan china..pihak meteorlogi gagal memberikan maklumat terkini mengenai cuaca..pada perlawanan dengan uzbeck pula..maklumat diberikan tidak bertandatangan
6. Pengadilan yang berat sebelah, ada seorng pengadil tu memang CENGKUI..salah seorang penjaga garisan juga dikenal-pastu tidak tahu berbahasa inggeris..jadi, sukar para pemain memahaminya semasa interaksi...
7. Bola yang licin akibat hujan mengakibatkan sukar dikawal, kita orang para pemain dah berlatih untuk bermain di dalam musim sejuk...
8. FAM tidak sempat menyampaikan strategi pada Coach sebab trafik jam (yang ni aku bengang..apesal ali tak sponcor tiket LRT)
9. Cahaya lampu spotligt silau, tak nampak bola, kitaorang biase main petang, paling lewat pun 7.30..dah azan maghrib..kena berenti..gila korang main waktu maghrib..nak kena halilintar ke
10. Kuku kaki lupa ketip, mengakibat tendangan yang tidak tepat. korang fikir la main hari apa..nak kena kerat kuku hari jumaat, baru la sunnat

setelah mendengar sebab-sebab kekahalan Malaysia, aku merasa sungguh kesal....dengan faktor tersebut aku melafazkan dengan saksi keris yang terhunus di tanganku ini.....BAHAWA...MALAYSIA KALAH BERMARUAH!:furious:!!!

lanji
18-07-07, 11:12 PM
malaysia 0 iran 2
walaupun kalah lagi, tapi ada peningkatan dalam permainan...kalaulah mcm ni team kita main lawn china dan uzbekistan, taklah kalah teruk sangat...teruslah beri sokongan kepada bola sepak kita..

nyampok
18-07-07, 11:34 PM
sedih betul aku tengok malaysia lawan china....memang patut pun kena belasah...tak nampak langsung semanagt juang....tapi aku tetap setia sokong malaysia..

pasukan malaysia......
dulu kini & selamanye....
tetap sama.....
era 90an.... paling malap

terunasuci
19-07-07, 09:19 AM
Tahniah pasukan Malaysia kerana mempamerkan permainan yang baik malam tadi...kalah pun tak banyak...2-0 jer...sesuailah ngan kedudukan ranking kita berbanding ngan Iran......

Avant Garde
19-07-07, 10:45 AM
Aku tk rasa permainan kita baik mlm td.... Pd pandangan aku la.... kita main total defensive.... mmg la susah pihak lawan nk gol... dh defence letak sampai 6 org berbaris... mna tk nya.... yg lebih2 pakat turun & kadang je nk attack.... blh tgk game control camna, M'sia : Iran, 20 : 80

Taktik tu mmg baik utk Malaysia bertahan dari kena gol byk tp bkn untuk Malaysia menang even dgn satu gol...


ps: aku kelako dgr pengulas jemputan smlm... tiap kali abg hasbulah ngulas.... sorg lagi sambung komen kutuk pasukan malaysia.... huhuhuhuhu...

kamalkid
19-07-07, 11:21 AM
ya...kita kalah lagi...
2-0 dengan Iran...tahniah pada coach kerana strategi dia utk tidak membenarkan Iran menjaringkan gol dengan lebih banyak telah menjadik...walaupun Iran hanya bermain secara sekadar di pinggiran saja dan hanya menurunkan ramai pemain simpanan...

akhirnya timbalan presiden, seksiteri & 2 orang ajk FAM meletak jawatan secara terhormat...bagus tur...mengaku kesilapan...tapi...camner ngan 4 owang juak2 dia tur...?terutama 2 owang naib presiden dia tur...?termasuk presiden...
selagi diorang nie ader lagi kat atas tur...aku tak rasa akan ada perkembangan yg positif...nampaknya diorang nie lebih sayangkan elaun diorang kat FAM yg berpuluh ribu tur dari menimbangkan perkembangan positif bolasepak kita...iya la...apa sangat lah elaun sbg ahli politik tur kalu nak dibandingkan ngan elaun kat FAM nie kan...?
selagi politik dan sukan bercampur..selagi itu takkan ada perkembangan bola kita...
presiden pun patut jugak letak jawatan...mmg masa memula dia amik jawatan tur dulu..FAM takder aper2....tapi..time tur bola masih lagi dihormati pada tawun 80an...
dan sikit demi sikit...dia telah membuatkan FAM buat banyak duit..tapi kualiti bola...????semakin turun sikit demi sikit...
kita jugak patut ucapkan tahniah sekarang nie pada FAM, Coach, pemain dan juga semua ahli persatuan bola negeri kerana dengan mata keduitan diorang dan juga dengan semangat patriotisme diorang tur telah mengakibatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA menjulang dari tangga ke 149 ke tangga 154 sekarang kita dah setaraf dengan Taiwan, negara yg tak terkenal langsung dlm bola...malah kedudukan bola kita adalah jauh kebawah berbanding ngan Sri Lanka, Faroe Island...
dan aku tak terkejut kalu FAM masih kekal lagi dengan system skrg dan ajk2 dan pemain yg hanya pentingkan duit saja nie STILL LAGI ADA maka satu hari nanti bolasepak kita akan tewas kalu bermain menentang Timur Leste...malah kedudukan kita di ranking juga akan jatuh...
apa nak jadik nie....
bangkitlah bolasepak negara......jgn lagi duk berangan pasal bola tawun 50, 60, 70 dan 80an...itu suma dah berlalu...kalu dulu Korea dan jepun tur hanya jadik lauk kita ajer...sekarang nie...???kita plak yg jadik ulam mereka...sedarlah sikit....
letak la jawatan tur kalu ingat tanggungjawab dlm pembangunan bola kita...jgn duk asyik pikir pasal duit ajer...:cry:

said_sogo
19-07-07, 12:01 PM
Sekadar pendapat...
Tolong jangan campur adukkan sukan (terutama Bolasepak) dengan POLITIK !!!
Bila seseorang (ahli politik) dan masuk campur dalam pentadbiran, boleh dikatakan 80% dari mereka ini mempunyai agenda mereka sendiri. Seperti yg sedia maklum orang atasan FAM kecuali Presiden & naib Presiden adalah dari golongan ini. Dan hampir semua rakyat Malaysia faham tentang segala kekotoran yg melibatkan POLITIK.

Cadangan...
JANGAN ambil orang yg terlibat secara langsung dengan POLITIK terutama yg mempunyai pangkat dlm Organisasi besar seperti UMNO.

My 200 Baht.

p/s : boleh dibawa ke scoreboard ni....

Avant Garde
19-07-07, 03:06 PM
Sekadar pendapat...
Tolong jangan campur adukkan sukan (terutama Bolasepak) dengan POLITIK !!!

My 200 Baht.

p/s : boleh dibawa ke scoreboard ni....


Agreed... adik aku (seorg penagih futsal tegar) penah sound aku... FAM penuh dgn POLITIK kotor... dia kata, klu kita perasan la... tkde sorg pun pemain kebangsaan diambil dr skuad Kedah... yg kita tau adalah team terbaik negeri buat masa ni... sbb nya adalah POLITIK... pengurusan FAM tdk sebulu dgn pengurusan team Kedah...

Correct me if i'm wrong...

said_sogo
19-07-07, 03:12 PM
Agreed... adik aku (seorg penagih futsal tegar) penah sound aku... FAM penuh dgn POLITIK kotor... dia kata, klu kita perasan la... tkde sorg pun pemain kebangsaan diambil dr skuad Kedah... yg kita tau adalah team terbaik negeri buat masa ni... sbb nya adalah POLITIK... pengurusan FAM tdk sebulu dgn pengurusan team Kedah...

Correct me if i'm wrong...
Saudara aku pernah offer utk main (training) futsal utk Malaysia (dia main utk negara) tapi disebabkan oleh taknak diCOP sebagai kroni, aku sanggup melepaskan tawaran tersebut.

Ramai kroni dlm skuad Futsal negara...

Oll_tomp
20-07-07, 08:48 AM
yang aku peliknya sedangkan kedah pasukan terbaik malaysia ketika ini kenape takde sorang pun pemain kedah dalam dalam pasukan kebangsaan . pasukan kat tempat kedua dalam liga malaysia pun ada sorang aje pemain . dan kenape terlampau ramai pemain dari pasukan pahang dan selangor aku tak nampak ape logik die bile pemain macam hairuddin dipilih untuk main penyerang negara sedangkan dalam pasukan negeri sendiri pun dia agak tumpul . baca berita harian hari nie pegawai2 dalam FAM dah sibuk melobi untuk jawatan timbalan presiden dan setiausaha .. tak sedikit pun diaorang terasa ape sebabnye mereka yang pegang jawatan nie letak jawatan . kalau orang macam nie jugak yang ambik alih nescaya perkara yang sama akan berulang

terunasuci
20-07-07, 08:55 AM
Kebanyakan pemain malaysia terdiri dari pemain dari selangor dan pahang sbb pemain2 ini terkenal dan dah ada nama...jurulatih kat malaysia takut nak ambik pemain2 yang bagus tapi tak der nama...kalau kalah lagi teruk kena hentam...

tengok cam brazil untuk kejohanan copa america kali ini...dunga berani ambik pemain2 yang beliau rasakan bagus walaupun tak terkenal...jadi champion gak brazil......

BalakSteady
21-07-07, 11:45 AM
FAM tak patuh pelan persiapan

TIGA jurulatih sudah dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan penyingkiran akibat ‘tragedi’ Piala Asia. Tetapi semalam, terdedah hakikat betapa bukan mereka bersalah, sebaliknya badan induk itu yang harus jadi sasaran.

Kenyataan itu terjelma kerana FAM tidak mengotakan pelan persiapan skuad negara dikemukakan ketua jurulatih Norizan Bakar, sebaliknya bertindak meminda dan mengubah perancangan sesuka hati, mengikut keperluan dan kesesuaian diri.

Akibat itu, terhasillah belanja ‘menakjubkan’ mencecah hampir RM450,000 untuk kem latihan 19 hari di Australia selain kerap kali meminda lawan bakal ditentang untuk aksi persahabatan kerana sikap berlengah pegawai badan induk berkenaan.

Antara permintaan utama Norizan ialah untuk kem latihan di Korea Selatan pada fasa terakhir persiapan, Mei lalu, kerana negara itu diyakini mampu memberikan ujian terbaik kepada barisan pemain negara.

Pengarah Teknikal FAM, Robert Alberts, diberi tanggungjawab mengatur kem latihan berkenaan, tetapi jawapan negatifnya ialah Korea sudah ada perancangan lain dan tidak cukup kemudahan logistik untuk melayani kehadiran Malaysia.

“Saya mengemukakan permintaan untuk skuad negara berlatih di Korea tetapi Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) maklumkan tidak punya kemudahan dan logistik mencukupi,” kata Alberts, semalam.

Penjelasan Alberts mengundang keraguan kemudiannya terserlah betapa pada tempoh diminta Norizan, KFA sedia melayan kunjungan Sri Lanka – berita diketahui apabila skuad negara ke Colombo untuk dua aksi persahabatan, Mac lalu.

Malah sejak awal tahun lagi, Alberts lebih sibuk mengatur kunjungan skuad bawah 16 tahun negara ke Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di Brickendonbury, Mei lalu – yang turut disertainya.

Hasilnya ketara beberapa hari lalu apabila Alberts ‘mendendangkan’ pujian betapa padang tidak rata di TARRC ‘sudah cukup baik’ buat pemain muda negara.

Akibat itu, kem di Australia jadi ganti – keputusan difahamkan dibuat bersendirian pegawai kanan FAM bersama ejen yang akhirnya mengemukakan tuntutan mencecah hampir RM450,000 itu.

Masalah mungkin tidak timbul andai janji bertemu tiga lawan handal – Sydney FC, skuad Olimpik Australia dan Pilihan New South Wales – jadi kenyataan.

Tetapi hanya Sydney FC ditentang dalam suasana aksi bersesuaian. Dua lagi aksi ialah menentang skuad 'bidan terjun', Central Coast Marinas FC serta kelab separa profesional Liga Daerah New South Wales, Bankstown FC.

Jumlah hampir RM450,000 itu amat tinggi berbanding sekitar RM200,000 dibiayai FAM buat setiap kunjungan di Australia sebelumnya. Mungkin itu antara topik ketika Bendahari FAM, Datuk Cheong Keap Tai, menghadap presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah, kelmarin.

Norizan juga ‘digulakan’ dengan janji bakal menentang Oman, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Apa jadi realiti hanyalah UAE, ketika Jamaica – dibawa ke Malaysia oleh ejen sama – dan Kemboja, dibiayai sepenuhnya FAM pada angka mencecah hampir RM60,000, jadi pengganti.

Dalam kesimpulan mudah, Norizan dan dua pembantunya – Nasir Yusof serta Lim Chuan Chin - ibarat dianiayai kerana perancangan dikemukakan, tidak dipenuhi. FAM harus kini berani mengakui betapa merekalah yang sebenarnya bersalah.

Oll_tomp
23-07-07, 04:01 PM
Jepun 1 australia 1 penalti 4-3
iraq 2 vietnam 0
korea selatan 0 iran 0 penalti 4-2
arab saudi 2 uzbekistan 1

jepun vs arab saudi
korea selatan vs iraq

herm nampak gayanye semi final antara permainan gaya tok2 arab dengan stamina2 pemain korea n jepun milik siapa piala asia tahun nie dapat ke jepun meraih hatrik bukan ape hehehe tengok topik nie dah tersasar pasal nasib bolasepak kat malaysia pulak

RaptorCell
23-07-07, 04:54 PM
Jepun 1 australia 1 penalti 4-3
iraq 2 vietnam 0
korea selatan 0 iran 0 penalti 4-2
arab saudi 2 uzbekistan 1

jepun vs arab saudi
korea selatan vs iraq

herm nampak gayanye semi final antara permainan gaya tok2 arab dengan stamina2 pemain korea n jepun milik siapa piala asia tahun nie dapat ke jepun meraih hatrik bukan ape hehehe tengok topik nie dah tersasar pasal nasib bolasepak kat malaysia pulak



hurmmm aku rasa arab saudi kot juara tahun ni..

bLackHead
23-07-07, 07:53 PM
Aku rasa tahun nie milik NAKAMURA lagi... tgh corak permainan mantap gilerrr.... maap la tok arab...ahlan wah sah lan lah aje....hhehehehehe:tvhappy:

kidrock75
24-07-07, 01:36 AM
hait...arigato..nippon boleh...final japan and korea..

Oll_tomp
26-07-07, 08:20 AM
nampaknya final piala asia kali nie menjadi milik pasukan timur tengah
iraq 0 vs korea 0 penalti 4-3
arab saudi 3 vs jepun 2

Aku respek pasukan iraq bila mereka berjaya membuktikan negara yang dalam konflik pun boleh maju dalam bola sepak dalam masa berapa tahun nie iraq da sampai ke semi final olimpik , final piala asia , n 4 pasukan terbaik piala teluk ....jauh beza dengan pasukan malaysia yang aman damai negaranya hehehe

mainbleh
26-07-07, 09:18 AM
Kita kena perang KOT, kalau nak BOLA power... hehe

bLackHead
26-07-07, 10:55 AM
Kita kena perang KOT, kalau nak BOLA power... hehe

bro jgn la sampai camtu...muahahahaha kalau kita perang x de bola langsung aku rasa...muahahahaha...

Adusssss...frust aku NAKAMURA nie.... overconfident kut or tak tahan cuaca panas....TOK ARAB nie makan dhab apa..... anyway kelas KANTANI....muahahahaa

said_sogo
26-07-07, 11:16 AM
Itulah yg dinamakan bolasepak... takleh nak mengharap sangat.
Sape sangka IRAQ yg berperang tu boleh masuk final???

Allahhuakhbar....

neraker
26-07-07, 11:21 AM
sekarang iraq akan berrentap gan arab saudi..final nanti agak2 sapa juara ..sapa nak batting gan aku ader berani ker aku sokong arabsaudi.hehe

Avant Garde
26-07-07, 12:33 PM
Dgr ceta sape menang piala asia ni dpt bye ke piala dunia... klu btl... aku harapkan iraq menang kali ni.... sbb nya... mana tau kita blh tgk iraq akan lawan US dlm piala dunia nanti... mesti pertemuan penuh tragis dgn dendam yg membara... hehehehe

said_sogo
26-07-07, 12:43 PM
Dgr ceta sape menang piala asia ni dpt bye ke piala dunia... klu btl... aku harapkan iraq menang kali ni.... sbb nya... mana tau kita blh tgk iraq akan lawan US dlm piala dunia nanti... mesti pertemuan penuh tragis dgn dendam yg membara... hehehehe
Pembetulan...
Dapat BYE utk next Piala Asia, BUKAN PIALA DUNIA... tak perlu utk masuk pusingan kelayakkan.

Bukan sekadar Juara, Naib Juara dan tempat ketiga juga dapat BYE.

Avant Garde
26-07-07, 12:47 PM
Pembetulan...
Dapat BYE utk next Piala Asia, BUKAN PIALA DUNIA... tak perlu utk masuk pusingan kelayakkan.

Bukan sekadar Juara, Naib Juara dan tempat ketiga juga dapat BYE.

Hehehehehe... ni la akibatnya kaki bangku nk komen pasal bola... (insaf sambil menghantuk2 kepala ke dinding..)

Anyway.... show my respect to Iraq... perang2 pun blh maju pasukan bolanya....

said_sogo
26-07-07, 12:52 PM
Hehehehehe... ni la akibatnya kaki bangku nk komen pasal bola... (insaf sambil menghantuk2 kepala ke dinding..)

Anyway.... show my respect to Iraq... perang2 pun blh maju pasukan bolanya....
Apa ada hal.... ko salah aku kasi betul, aku salah ko lak kasi betul... tak gitu?

Suspect ngan IRAQ, takde kemudahan sukan tapi masih maju berbanding... SAPE EK???

p/s : aku sokong IRAQ.

Doc Holiday
26-07-07, 01:42 PM
setelah mendengar sebab-sebab kekahalan Malaysia, aku merasa sungguh kesal....dengan faktor tersebut aku melafazkan dengan saksi keris yang terhunus di tanganku ini.....BAHAWA...MALAYSIA KALAH BERMARUAH!:furious:!!!

Sem, anda sungguh bersemangat sekali

Tetapi anda tetap typo

wakakaka

FLO
26-07-07, 01:43 PM
Kekuatan IRAQ

mereka telah dikumpulkan agak lama...dan yg terbaik dr mereka ialah pemain mrk jarang bertukar ganti..cuma yg sy tau..jurulatih shj yg bertukar

walaupun kekurangan dr segi aspek kemudahan..tp mrk berpusat di luar IRAQ..jadi fokus mrk tidak teralih kpd masalah dlm negara mereka

cuba la bandingkan dgn MALAYSIA...jauh sekali kemudahan yg terbaik mrk ada berbanding IRAQ...pemain selalu bertukar-tukar....jurulatih berbeza..senarai pemain jugak berbeza...keserasian selalunya kurang....

itu cuma pendapat sy..kl salah ..sila betul kan

said_sogo
26-07-07, 02:17 PM
Kekuatan IRAQ

mereka telah dikumpulkan agak lama...dan yg terbaik dr mereka ialah pemain mrk jarang bertukar ganti..cuma yg sy tau..jurulatih shj yg bertukar

walaupun kekurangan dr segi aspek kemudahan..tp mrk berpusat di luar IRAQ..jadi fokus mrk tidak teralih kpd masalah dlm negara mereka

cuba la bandingkan dgn MALAYSIA...jauh sekali kemudahan yg terbaik mrk ada berbanding IRAQ...pemain selalu bertukar-tukar....jurulatih berbeza..senarai pemain jugak berbeza...keserasian selalunya kurang....

itu cuma pendapat sy..kl salah ..sila betul kan
FLO,
kalau tak silap... mereka datang kejohanan ni dengan semangat yg tinggi sebab...
Pemain mereka ada yg terkorban sebelum kejohanan ini bermula (sblm depa ni datang) so depa ni main utk bekas pemain yg terkorban.

Aku tak pasti Piala Asia ni ke... atau kejohanan lain, tapi yg pasti pemain mereka meninggal sebab Perang.

Coach pulak diugut bunuh sebab tu dia resign... ganti ngan bekas coach yg pernah coach team bawah 19 (kena pecat ngan FAM)

Oll_tomp
30-07-07, 08:12 AM
IRAQ menang
dengan ini iraq dinobatkan juara piala asia iraq memperolehi kemenangan melalui jaringan youness al mahmod pada minit ke 72 jaringan tunggal pemain ini telah berjaya membuktikan tiada ape yang mustahil dalam bola sepak
tahniah iraq dan untuk jurulatihnye nampaknye hanya kaca yang mengenal manikam

terunasuci
30-07-07, 09:22 AM
Tahniah!!! kepada pasukan Iraq kerana berjaya menjuarai Piala Asia untuk edisi kali ini...walaupun negara mereka masih dalam suasana peperangan tapi semangat kesukanan untuk berjaya amat dibanggakan...

Tak perlu ada pemain2 yang bertaraf profesional...yang penting semangat untuk menaikan nama untuk negara......

riqishi
30-07-07, 10:26 AM
Korang tau tak... Player M'sia tak nak jadi cam iraq.... bila menang game ada org meniggal sbb bom akan ada letupan bom... hehehehehehehee.... (boleh ke alasan tu??? kekekekeke)

Tapi walaupun aku bukan rakyat iraq.. tak tau kenapa.. aku rasa cam bangga giler bila iraq yg julang piala tu... mungkin sebab kesengsaraan yg diaorg alami tu kot...

keep88
03-08-07, 12:59 AM
aku rasa kesengsaraan iraq ni mendorng mereka untuk berjuang mati-matian. bukan macam pemain mesia tak ada ape yang hendak dijuangkan sinc everything is already a mess