View Full Version : Tempat Best Berbuka Puasa
Wehhh...
Korang tahu x tempat2 best nak berbuka puasa?
Yang ada buffet ke.. Yg ala carte ke...
Kalu boleh senaraikan nama tempat, lokasi, harga dan kalu ada nombor kontek lagi bagus.
Nama : Saloma Bistro, Jln Ampang.
Hidangan : Buffet Citarasa Utara
Harga : RM 75++
No Tel: 03-2161-0122
Promotion Period: 13 September till 12 October
Time: Waktu Maghrib to 10.30 pm
Theme: Rasa Utara, Selatan, Timur & Barat
Venue: Verandah and food will be served till Kontiki
Price: RM59++ (RM67.85 nett) and RM28++ for (Child & Senior Citizen)
Discount structure:
1st week from 13 September (Thursday) till 20th September (Thursday)
3 Full paying adult + 1 FOC
Credit Card promotion : 15% discount
Group Discount: 20% is RM47.20++ (RM54.28 nett)
A group consist of minimum 10 pax
The Federal Kuala Lumpur35 Jalan Bukit Bintang55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21489166 ext 2253
DID : 03-21473505
Fax: 03-27139820
Jom Buka Puasa, Banyak Tempat yg menarik pada tahun ini.
Ada lagi...... Nak buat kat mana Majlis Berbuka Puasa MK tahun ini?
Midnakal
13-09-07, 07:01 PM
Promotion Period: 13 September till 12 October
Time: Waktu Maghrib to 10.30 pm
Theme: Rasa Utara, Selatan, Timur & Barat
Venue: Verandah and food will be served till Kontiki
Price: RM59++ (RM67.85 nett) and RM28++ for (Child & Senior Citizen)
Discount structure:
1st week from 13 September (Thursday) till 20th September (Thursday)
3 Full paying adult + 1 FOC
Credit Card promotion : 15% discount
Group Discount: 20% is RM47.20++ (RM54.28 nett)
A group consist of minimum 10 pax
The Federal Kuala Lumpur35 Jalan Bukit Bintang55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-21489166 ext 2253
DID : 03-21473505
Fax: 03-27139820
Bro FLO .... lu punya attachment gambar tuh buat gua terliur di saat saat nak berbuka nieh...... perkhhhh....bagus tul tempat tuh yer.....makanan best best tuh ( kalu tgk gambar lerrr) .
Aku nengok ulam dgn petai tuh yg berdecit decit mulut aku telan air liurr....hahahahah vavvie tull....
Well anyway thanks for your info bro FLO. Nanti ada masa aku nak try lah.
Ada x tempat bukak pose yang best sikit dan harga murah?
Semalam gua gi bukak posa kat Hertz Chicken Buffet, Berjaya Times Square.
Harganya RM 16.90 ++. Banyak gak makanan.
Masalah dia, xleh wat reservation, kena beratur nak masuk.
Gua semalam, 3 kali gi tanya baru boleh masuk.
Kul 6.45 baru dia bagi beratur.
Makanan ok la, sepadan dengan harga.
abgensemkl
17-09-07, 06:54 AM
tempat berbuka PERCUMA
mungkin ramai yang terfikir dengan berbuka di masjid , tapi lokasi ni agak menarik.
lokasi : Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh
hari & waktu : tetiap hari bermula jam 6.30 petang
atur cara : tazkirah, bukak puasa kuih muih, solat maghrib, dinner, solat isyak & tarawikh (opsyen)
jenis makanan :
Bukak puasa - kurma berkhasiat, air minuman berzat dan kuih muih moden dan tradisional
dinner- nasi serta 2 jenis lauk pauk berbeza citarasa serta percuci mulut
hidangan: buffet untuk orang awam, ala-cart untuk VIP (kena datang ngan gua)
lokasi ini amat sesuai untuk pengunjung tegar dynasty hotel...jarak antara lokasi dengan hotel adalah 3 minit berjalan kaki...
Guys .. Selamat Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap tahun, akan ada tempat yang baru, harga yang berbeza dan juga juadah yang berlainan untuk sessi membuka puasa di serata cerok Lembah Klang.
Here are 2 files which I think some of u jest wanna check out.
Apa pun jua, abetan nak menasihatkan bahawa salah satu objektif berpuasa adalah untuk kita merasa insaf akan penderita orag yg kurang berkemampuan and kalau kita dok berbelanja lebey besar di bulan yang mulia ini dengan membuka puasa di tempat2 yang eklusif dan mahal2 .. maka .. defeat the purpose of berpuasa.
Jest a simple and sincere advise from me .. :icon_biggrin:
Anyway .. Selamat Berbuka Puasa.
Ari Ahad (Smlm) gua gi bukak pose kat Crown Princess, KL. Makanan dia ada pelbagai. Seafood feveret gua pon ada. Ada udang (bakar dan masak butter), Ketam (bakar, masak singapore dan goreng) dan pelbagai pilihan juadah lg.
Gua rasa nak makan sumer je, banyak giler makanan dia, best2 plak tu. Ada nasi Bukhari lagi tu yg padat dengan lauk pauk. Sape nak try, boleh try, dia bg diskaun 20% utk minggu pertama puasa.
Tempat : Crown Princess
Harga : RM 69.00 ++
No tel : 03-21625522
michaelangelo
17-09-07, 04:35 PM
beberapa potong iklan promosi menarik untuk berbuka puasa... layanzzz..
michaelangelo
17-09-07, 04:37 PM
beberapa potong iklan promosi menarik untuk berbuka puasa... layanzzz..
Lokasi: LEHA KELFOOD (tmn melati)
Menu : masakan kampung terutamanya pantai timur..antaranya:
ayam percik
gulai kawah
masakan lemak
ulam
akok kos : bergantung kpd pemilihan lauk (buffet tp akan di beri slip harga)
Big Daddy
24-09-07, 03:46 PM
Sepanjang bulan Ramadhan ini, aku baru saja 2 kali berkesempatan berbuka puasa di luar. Yang lain semua aku berbuka sama ada di rumah atau di masjid.
Lokasi : KLCC
Restoran : Al-Marjan, Level 4
Harga : RM50
Makanan : Berunsurkan roti & nasi. Menu utama adalah dari Turki (kalau tak silap la..). Nanti akan dihidangkan secawan kecil kopi yang maha pahit, nescaya cuba sekali takkan cuba lagi.
Lokasi : KLCC
Restoran : Imperial Chakri Palace, Level 4
Harga : RM68
Makanan : Mostly ala-Thai. Main course banyak juga, tak sempat aku nak rasa semua menu kerana tangki dah penuh. Dessert pun banyak, kuih tradisional je yang sedap. Memang puas hati, lagi-lagi Tom Yam...perrrrggghhhh!!!
michaelangelo
24-09-07, 05:31 PM
promosi buka puasa.... yang coronade tu agak2 nak wat finishing sekali bole lah... tak silap aku RM188 set bakso atau tomyam :D
COUP CORLEONE
26-09-07, 08:48 PM
Khamis lepas aku berbuka kat Concorde Shah Alam (RM65++) dengan mem...
Yeahhh Concorde i think everyone know their standart...
Tapi yang tak tahannya kene beratur nak ambil nasi..rasa mcm kat hostel plak...sup gearbox dia not bad..tp x byk pastry....tp yang lain mcm2 gak laa ada..aku cari air panas (tea or coffee) takde plak...tataulaa kalu aku tak jumpa...
Kalu 5 bintang aku bg 3 setengah...
So far dah dua tempat buka poser di luar:
1. Sunway Hotel 85++
Makanan: Tak sepadan dengan harganya..nasi putih, nasi macm nasi tomato, satey, sushi, makanan laut, steak kambing..overall aku bleh bagi 6/10 saje. Desert dan kuih muih tak banyak sgt.
2. Summit Hotel (65++)
Makanan: Out of taste. Banyak jenis nasik. Nasik putih, nasi ayam dan nasik dagang. Yg kelakarnya nasi putih dan nasik minyak dimakan dengan kari ikan jerk..kelakar tuh.
Ada kambing steak jugak...sos tak berapa sedap. Yg sedap aku rasa bubur kacang ngan air sirap bandung jerk wakakakaka...Overall 5/10.
spectrometer
05-10-07, 11:47 AM
huhu nape aku xleh nak view attachment korang2 ni huhu..kempunan la aku..huhu
kuderia
05-10-07, 12:27 PM
huhu nape aku xleh nak view attachment korang2 ni huhu..kempunan la aku..huhu
Disebabkan kemalangan yang melanda server forum ini (forum down dari 26 sep till yesterday), segala attachment yang ada dalam forum ni telah pon hilang. Maka attachment memang takde sekarang.
p/s: hilang attachment takpe, jangan hilang forum...
emptysoulz
05-10-07, 11:28 PM
Restoran Big Plate Shah Alam
Western Food
One Pax RM 30 ++ ..
7/10
banyak pilihan lauk dari aneka daging, ayam, kambing dan masakan ala barat ... spagetti ...soup kt sini pun layan gak ... tapi yg paling best kambing panggang .. perghhhh.. sedap giler tu ... bagi aku puas hatilah dr menu kt hotel nasi ajer ...
Kakashi Sensei
06-10-07, 10:24 PM
kalau suka makan masakan thai..
apa kata korang cuba chakri dkt klcc tu
buffet dia mmg best, harga tu not bad laa RM60++
COUP CORLEONE
07-10-07, 03:27 AM
Last friday i went to Resident Hotel..located inside Uniten compound in Bangi..
50++,apa yang menariknya banyak pilihan makanan..and the way they present their cuisine make me feel they offer a lot of choice to eat...even the environment i graded 6/10 but its worth for money...
bigabrader
09-10-07, 01:52 PM
Hari tu ada orang belanja kat PJ Hilton. Quite a good spread, oysters, roast lamb, dim sum n apa ke makanan jepun yg macam udang goreng tu beside malay dishes. Tapi kueh semua melayu, kalau ada cheesecake kan ke sedap lagi sikit?
Semalam bukak poser kat Equotarial, satu kapla 89++.
Banyak jugak variety dia. Ada Oyster, seafood, udang mentah pas tuh suruh chef yg goreng, abc, air pelbagai rasa. Yg besh pada aku kambing panggang dia...memang lembut, beriani gam...syok tul..dan kerepek malinja hehehehe...faveret gue...
kalu rasa nak try ada ari nih ngan esok sari lagi heheheh...apapun aku bagi 8/10.
Big Daddy
10-10-07, 06:25 PM
Memandangkan server dilanda bencana minggu lepas, maka baru hari ini aku dapat posting sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.
Last week, buka puasa di Le Meridien Hotel, sebelah Hotel Hilton di KL Sentral. Nama restoran ni adalah Al-Nafourah, Middle East cuisine. Environment tempat ni memang macam kat Lubnan, waiter pun berpakaian ala2 Lebanese.
Makanan kat sini bagi aku biasa je coz main dishes adalah nasi beriyani serta daging lembu, kambing serta ayam yang di masak ala2 kari & rendang. Kambing bakar pun ada, tapi takde la digolek, dah siap2 dihiris.
Ada satu section tu, penuh dengan aneka jeruk yang aku tak sentuh langsung coz aku nampak pelik. Maybe pelik pasal makanan Lubnan kot. Satu lagi section penuh dengan roti arab dan gravy yang beraneka serta berwarna-warni. Entah apa la agaknya tu coz aku sendiri pun tak try, tak tahu camne cara nak makan.
RM88++ per pax
Rating : 6/10
kuderia
16-10-07, 01:05 PM
Dah masuk syawal dah ni...Takkan nak jadikan panduan untuk orang yang puasa 6 kot?? MOD apa kata tutup je thread ni, kita bukak balik tahun depan kekekekekeke....
ok.... thread close!!!
selamat hari raye aidilfitri...... open house jgn lupe jemput.... kalo jemput jgn main pm.... call or sms aku tau!!!
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.