PDA

View Full Version : Pengalaman Mengantuk/Tido semasa memandu



abangbecha
19-11-07, 11:08 AM
Aku rasa setiap daripada kita pernah mengalami situasi mengantuk ketika memandu atau memandu ketika mengantuk (apa da ayat aku...). Malahan ada yang pernah terbabit atau hampir terbabit dalam kemalangan akibat sindrom yang tidak dapat dielakan ini. Marilah kita sama-sama berkongsi cerita atau pengalaman tentang subjek yang diutarakan ini. Mungkin ada cerita menarik, manakutkan mahupun yang kelakar akibat terlalu mengantuk ketika memandu.

Boleh juga kita kongsikan bersama tips-tips menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu. Lain orang lain caranya. Ada yang bukak radio kuat-kuat, ada yang minum Red Bull/Kopi Tongkat Ali, ada yang isap rokok dan ada juga yang suruh pasangannya memBJ ketika dia mengantuk...kekekeke. Apa juga cara yang anda gunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu samada secara saintifik mahupun mistik boleh dikongsikan disini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada kita semua.

TERTIDOR KETIKA MEMANDU TUNJANG TERTIDOR UNTUK SELAMA-LAMANYA

abangbecha
19-11-07, 11:52 AM
Pengalaman paling awal yang dapat aku ingat tentang memandu ketika mengantuk terjadi hampir 15-16 tahun yang lampau. Masa tu baru abis SPM. Nak dijadikan cerita, aku dan member-member seperjahanaman telah menyewa sebuah van untuk bersuka ria di Port Dickson. Budget ciput punya pasal (sewa van sehari je mampu...kekekeke), pergi untuk semalam aje. Itupun tido tepi laut dalam khemah. Sebab tak nak membazir, sampai kat PD petang tu kitaorang memaksimakan masa yang ada dengan aktiviti2 yang padat dan sendat. Dengan kata lain tak tidor sehari semalam. Bak kata member aku masa tu, kalau nak tido, baik tido kat umah....

Tengahari esoknya setelah lunch, kamipun bersiap-siap nak balik KL. Paham-paham aje la. Tak tido malam, perut kenyang, cuaca panas. Semua ini adalah resepi yang bagus untuk mendapatkan effect mengantuk ketika memandu. Lebih-lebih lagi kami semuanya baru lagi dapat lesen kereta. Pengalaman pun tak banyak. Masa kejadian ada 6 orang dalam van. Aku bagi chance kat member yang lebih senior mendapat lesen memandu untuk bawak van. Senior 2 bulan je..kekekek. Tak sampai 20 minit lepas bertolak, masing-masing dah membuta dalam van termasuklah co-pilot. Semua tengah lena dibuai mimpi indah bila kami dikejutkan dengan jeritan (aku rasa macam lolongan) kenz_1 yang menjadi co-pilot (belum dpt lesen tapi ada hati nak jadi co pilot..kekek).

Rupanya kami dah makan jalan sebelah & kat depan ada lori sedang hon bagai nak gila. Nasib baik la member aku sempat terjaga & masuk balik ke lane yang betul. Hampir nak terbabas jugak sebab masuk secara mengejut. Walaupun keadaan memang mencemaskan tapi keadaan dalam van memang sunyi sepi lepas tu. Masing-masing terdiam sampai keluar peluh sejuk. Terus parking tepi dan masing-masing terpinga-pinga dalam van. Aku terus mengambil alih tugas memandu dan member aku yang memandu tadi mengambil alih tugas co-pilot. Sampai la ke KL masing-masing tak berani nak tido. Segar bugar je mata sekor-sekor. Kalau dipikir2 balik, memang sikit lagi kami semua nak jadi arwah. Nasib baik la si kenz_1 walaupun tido, tapi dia bukan jenis tido mati. Seram sejuk bila aku mengenang balik pengalaman tu.....

p/s: kalau aku yang jadi co-pilot masa tu tak tau la aku apa nak jadi. Aku ni jenis tido ala beruang hibernasi...kekeke

puding
19-11-07, 12:35 PM
huhuhu bahaya ...

aku pun ada pengalaman ni, terjadi waktu bulan puasa yang lepas ...
ceritanya ....

masa tu nk gi Shah Alam, petang dalam pukul 5,
time tu ntah apa kena ntah, ngantuk sangat
start dari umah, ok je .. steady je waktu bawak kereta ...
melihatkan MRR2 jem, aku pn ambik keputusan nk lalu federal,
ikut jalan Dato' Keramat ...
pun jem jugak , mata dah kelabu
jalan pinar², dalam hatiku berkata, amat merbahaya kalau drive mcm ni,
time tu matahari bersinar garang,
cuaca luar panas + dengan ekon yang sejuk² manja,
perghh ...

sampai la ke depan celcom semarak,
terjadi peristiwa ...
masa tu traffic light merah ...
aku tetiba terlelap
rasa pandangan itam je,
ilang semua,
tetiba aku tersedar
tengok terus kt meter RPM aku,
dalam sampai ke 5000rpm dah huhuhu,
siot je, kaki terpijak pedal minyak hahaha
dah orang sebelah sebelah tengok aku je,
aku pun buat2 konon nk main rev hahaha .
pastu sampai ke shah alam aku gelak sorang2 hihihi

said_sogo
19-11-07, 12:42 PM
Becha dah mula dah...

Kejadian berlaku ketika pulang dari Redang. Selepas menghantar skandal di Kuantan, aku masuk LPT. Korang pun sedia maklum la kalau gi Redang ngan skandal, dah tentu kurang tido... tambah lak aktiviti snorkeling. Memula signal nak tido tu dah muncul masa isi minyak, tapi sebabkan aku malas nak sampai malam terpaksa jugak gagahkan mata.

Aku pun tak perasan bila masa aku terlelap, sedar2 je kereta yg aku bawak betul2 kat lane sebelah kiri (lagi sikit nak masuk tanahmerah) Yg paling cuak, aku nengok meter kete aku 100km/jam. Peh.... nasib aku memang baik, LPT tu memang strait je. Kalau tak kena cari orang baru ganti SMOD kat Gathering.

Lepas tu, mata aku jadi buntang sepanjang jalan sambil mengunyah SATA.

p/s : pertama kali terjadi sepanjang 13 tahun aku memandu.

ninja
19-11-07, 12:59 PM
Bos aku dh stat edisi mengarot arena permotoran die hehehe..jadi aku akan citer lak pasal pengalaman tertido sambil memandu aku

Sejak thn 1997 aku terjebak reti memandu atau menunggang motosikal ni, baru sekali aku hampir terbabas akibat tertido semasa memandu haahah...aku ni mmg jenis yg anti-long distance memandu, pasal aku akan ngantuk..x kesah la hisap rokok 20 btg non stop atau red bull 6 tin atau air milo 5 tin...aku akan tetap mengantuk gak

Thn 2005 aku p ke Parit Buntar pasal kenduri kawen abg aku...ni la perjalanan paling jauh aku penah memandu so far..selalu paling jauh melaka - kl - PD - KL heheh tu aje la distance yg aku rs aku xkan ngantuk masa memandu..perjalanan amik masa 4 jam kot pasal konvoi ngn family so aku xle la nak merempit lebih dr 120km/h kalo x sure aku x ngantuk punya..selalu tekan 160/170km/h kalo memandu sorang2 atas highway....dgn keadaan panasnya yg bukan main...dan kenyang mkn nasi minyak...perjalanan pulang tu mmg satu perjalanan yg aku rs sgt jauh...ahahah...oo yer penumpang dlm kete aku masa tu makcik aku,adik aku ngn akak aku...

X salah aku ms sampai kat jambatan sg Perak (ye kot) aku dh mamai kepala..menguap dah sampai kejung pipi aku ni...co-pilot dh tanya ok ke..boleh bawak kete ke...keadaan mamai aku dgn konfiden jawab OK!!! tgk ni mata segar lagik..ahaha padahal mata dh merah tahan ngantuk...nak dijadikan cerita..salah kan JKR jika aku eksiden aritu...ade satu part jalan tu mcm bumpy gile..aku time tu mata dh tertutup pun...tp tgn kat stereng lagik...tetiba kete terlompat pasal langgar bumpy tu...tgn aku terpulas stereng ke tepi hampir2 rempuh divider..seb baik aku ter sedar dan berjaya kawal kete balik...time tu mmg aku mengucap panjang ler...bukan apa..kalo sorang mungkin laaaaa..tp ni ade bawak penumpang..iskk..sadis baiii...kebetulan RnR dh x jauh dr situ..aku berenti terus..basuh muka yg dh pucat ahahah padan muka...ngn lutut mengigil...tido jap bg ilang ngantuk..lepas tu baru memandu balik tp isap rokok non- stop laa....nak bg mata segar...ekon mmg x bukak la pasal kalo x aku ngantuk balik..

Kesimpulannya jika anda spesis spt sy, nak long distance sila tumpang saja kete org yg beasa long distance atau naik saja flight..kalo ngantuk pun leh tido..selamat...

Tips utk perjalanan jauh, pastikan org sebelah anda kuat bersembang agar anda ade teman berbicara dan juga boleh memerhatikan anda jika anda dah mula menunjukkan simtom kengantukan...hehehe

Sekian wassalam

Pakar Tarian Naga

selim
19-11-07, 01:15 PM
Tidor Di Jalanraya???

Saya Tak berani. Saya takut dilangar oleh basikal, motosikal, kereta, bus, lori dan kenderaan lain.

Satu lagi, saya segan sebab nak tunjuk kat orang bantal saya di tengah jalanraya.
hahahaha.

kuderia
19-11-07, 01:37 PM
Cerita pasal tertidur ni aku pun rasa macam nak rapidshare pengalaman aku ngan korang.

Kejadian nih dah lama dah, kira-kira 8-9 tahun dulu. Masa tuh aku tak bawak kereta lagi (lesen ada kereta je tak de) tapi menunggang motor. Honda EX-lima, plate BDM 7749 kalo tak silap.

Hari kejadian tuh, aku pegi bangsar. Pegi rumah awek, kunun beraya. Setelah best layan kuih dan minum air sirap aku pun mintalah kebernaran untuk mengundurkan diri. Masa aku nak balik tuh dalam pukul 4 petang. Keluar je rumah langit dah gelap. Member aku (tuan rumah) tanya aku, betul ke nak balik ni, sebab cuaca macam nak hujan.

Aku yang sememangnya hati kental, cakap memang nak balik. Macam tulah aku dulu; tak kira cuaca kalo nak balik aku redah je, walaupun naik motor.

Setelah mengucapkan bye-bye, aku pun gerak dari bangsar. Keluar je aku kat Federal Highway, pintu langit pun terbuka mencurahkan hujan, lebat-selebatnya.

Aku maintain steady lagi. Orang lain dah duduk bawah jambatan dan terowong, aku terus redah je. Dah la tuh takde baju ujan lak tuh...pergh sejuk tak ingat beb!

Sampai je dekat Subang aku berenti jap kat stesen minyak. Bukan nak isi minyak, tapi pasal nak terkencing. Sejuk punya pasal la ni. Setelah kencing dan buat-buat isi minyak aku pun sambungla perjalanan pulang.

Time ni, hujan pun dah reda. Matahari pun dah keluar balik. Tapi aku tetap sejuk. Yelah, baju basah campur angin lagi.

Sampai je batu tiga aku dah mula rasa relaks pasal rintangan sebelum ni dah abis aku redah. Tungganglah aku secara kasual. Time tulah mata aku mula rasa berat. Maka tertutuplah sekejap mata aku.

Aku rasa memang tak lama aku terlelap, tapi sedar-sedar je aku dah terbaring tepi jalan. Nasib baik atas rumput.

Adalah hamba Allah ni tolong aku. Dia pun hantar aku balik. Motor tinggal sana dulu. Dia cerita kat aku masa tu dia kat belakang aku. Dia nampak aku tak belok kat selekoh. Steady je jalan straight masuk kawasan berumput, pasti jatuh macam nangka busuk. Nasib baik aku tak laju masa tuh hehehe kalo tak dah terbabas masuk Highway Federal (aku lalu jalan motor sepanjang perjalanan aku).

Balik rumah aku terus tido, pasal letih. Petang tuh orang tua aku gi amik moto, aku lak gi klinik. Tangan luka skit, kena jahit. Pastu doktor suruh gi hospital. Kat Hospital aku kena masuk wad walaupon takde ape yang patah atau major injuries cuma doktor nak observe aku. Tapi yang aku hangin tuh nurse dan doktor kat situ, pandang slack je pasal aku accident motor. Diorang ingat aku accident pasal racing la tuh. Suka stereotypekan orang betul diorang nih. Dah la aku tak de gaya mat rempit langsung dengan seluar baggy nya. Diorang ingat asal naik motor je mesti mat rempit. Hampeh betul.

FLO
19-11-07, 01:39 PM
hahaah

masa awal datang KL..kerja di damansara..selalu balik lewat..sekali dlm jam 1.30 pagi sambil bw moto terlelap..nasib baik la jalan lurus tp berbukit..di hadapan menara HP di bukit damansara...sekali turun bukit..baru terjaga..fuhh nasib baik x kena rempuh dr belakang

becha
nk tanya..selain dari minum kopi n tongkat ali atau air livita..kalau kena BLOWJ** semasa memandu....agak2 boleh hilang mengantuk tak??

abangbecha
19-11-07, 02:05 PM
Hahahah....ramai gak kaum yang senasib. Bahaya sungguh tabiat ni. Kadang-kadang tu kita rasa memang boleh tahan. Tapi sedar tak sedar terus kelam aje pemandangan. Sepanjang pengalaman aku memandu kereta hampir 18 tahun, ada la beberapa kali aku HAMPIR terlelap ketika memandu. Tapi sebab aku dah pernah mengalami peristiwa hampir menjadi lagenda masa bawak van gi PD dulu, aku dah tak berani nak cabar diri sendiri. Masalah yang selalu terjadi ialah bila kita cabar diri sendiri. Kita memang penat & mengantuk tapi cabar jugak diri sendiri untuk terus memandu.

Sejak dari peristiwa van tersebut, bila aje aku terasa mengantuk ketika memandu konfom aku berenti tido. Takde tangguh-tangguh punya. Pernah terjadi akibat kepenatan yang amat sangat aku berenti tido di setiap hentian di lebuhraya utara selatan. Bukan sahaja hentian yang besar macam Seremban, Melaka, Pagoh, Machap yang aku pit stop. Yang kecik-kecik punya pun aku stop. Bertolak dari KL pukul 10 malam, sampai JB pukul 4.30 pagi. Masa ni semuanya aku try tapi tak jalan. Minum Red Bull, makan kuaci, makan asam, bukak tingkap, bukak radio kuat2. Nak suruh co-pilot BJ, dia pun tido....kekekekeke (harap ini dapat menjawab persoalan Flo heheheh..)

p/s: mana tak penat.....Malam sebelum tu gi RUM, balik pagi buta bantai berjimak, tido tak sampai 3 jam dah kena bangun tolong bapak aku mengangkut barang, petang main golf plak dengan bebudak MK, abis main golf terus nak balik JB.....perghhhhhhh

ninja
20-11-07, 10:00 AM
Sayugia juga dimaklumkan teknik/petua BJ oleh pasangan anda utk mengelakkan dr mengantuk juga adelah satu tindakan berisiko tinggi yg dimana anda mmg akan hilang mengantuk akibat keasyikan di BJ tp secara x sedar anda sendiri akan menutup mata kerana menikmati kesedapan berganda semasa di BJ dan secara x sedar anda akan melepaskan tgn dr pegangan stereng kenderaan anda utk memegang kepala pasangan anda supaya membuat deep throat. ini akan mengakibatkan kenderaan tersebut hilang kawalan dan menghentam divider atau masuk ke lane yg salah dan betembung dgn kenderaan lain..nanti sedar2 anda dh berada di hospital jika bertuah dan pd mereka yg x bertuah anda akan berada di alam barzakh.

Pada mereka diluar sana sy menyarankan juga anda berhati2 kerna jika anda sedang di BJ supaya memandang kiri dan kanan jika tidak nnt secara x sedar ade mat2 rempit yg menghimpit kenderaan anda utk menikmati pemandangan yg indah dan keesokannya anda akn mendapati muka anda sedang di BJ terpampang di dalam Koleksi 3GP di dalam MK Portal aahaahah..baru padan muka anda :p

kuderia
20-11-07, 12:12 PM
Kalo dah ngantuk tuh, jangan dilawan-lawan. Bak kata abangbecha berenti je ditepi jalan atau pun hentian yang disediakan walau pun berkali-kali. Dan seperti disebutkan ninja, blowjob memang boleh menghilangkan mengantuk tapi kerana ianya terlalu sedap, boleh mengganggu konsentrasi pemanduan.

Ambil langkah selamat dengan menghentikan perjalanan anda seketika. korang tak ganggu trafik, dan trafik pon tak ganggu korang. Hah, masa tuh ambillah peluang peluang untuk tidor sambil diblowjob sekali. Kill 2 birds with one stone hehehe....

nlaylaaziz
21-11-07, 11:54 PM
Another interesting thread. Tidor di jalanraya. Ramai jugak yang ada experience tertidor di tepi jalan. Hmmmm ok.

Once I have experience when I first get my driving licence. My relative having a kenduri kahwin at somewhere Taman Melawati. If I am not mistaken it was happen in the late 90’s. After all the delaying finally we are heading home. At first my relative persuade us to stay over but hesitantly because my father have to work the next day.

This was happen while driving back from Taman Melawati to Gombak. Myself as a driver, as usual first time driving. Sit beside me, my father, behind my mother and my sister with her two kids. The kenduri finish at about 3.00pm. You know after a long day kenduri I am so tired, sleepy and helpless. Dulu-dulu mane ade highway lagi. So this is the normal route. Driving through Taman Melawati later through the Wardieburn Camp exit the Setapak and then Gombak area through Sentul. Finally at the junction at the traffic light of Sentul area near the Kampung Cubadak. BTW Kampong Cubadak still exist. This junction heading to highway Karak the destination to my house. While I was driving suddenly I felt like I hit something. It seems I swirled my steering too much to the right. Immediately I stop and went out. Oh my god rupa-rupa nya my car atas divider jalan. Apa lagi my father kata tu lah kata jangan bawa kereta kalau mengantuk. Ni, nak jugak bawa kereta. Kalau dah mengantuk tu berhenti lah kat tepi jalan. Tidor dulu. Tapi di fikirkan distance nya dekat tak yah lah nak tidur. So semua lah keluar dari kereta. Cuba nak angkat kereta tu dari atas divider. So after a few attempts kereta tu tak jugak boleh di angkat. Tiba-tiba berhenti lah satu kereta. Keluar lah dua tiga orang Cina. Cina tu cakap. “Wah lu mabuk aaa. Gua mabuk pun boleh pandu keleta baik-baik”. Then my father jawab, "mane ade mabuk... ni anak saya tido mase bawak kereta". Oklah no problem.... kita orang boleh angkat sama-sama". Lain kali kalu ngntok jangan bawa keleta". Tapi kalu mabuk boleh bawa keleta". Hehehehe. Ok lah di jadikan cerita, Cina yang dua tiga orang tu angkat lah kereta yang atas divider dengan senangnya.


Thinking of the incident wherever we are travelling, tak kira sama ada dekat atau long journey. Make sure don’t drive if ur sleepy. Akan bersambung lagi incident tido di tepi jalan

abangbecha
22-11-07, 10:33 PM
Pernah satu kejadian berlaku di zaman jahiliah. Masa tu tak salah aku New Year. Tahun berapa aku tak ingat. Tapi rasanya sekitar awal 90an. Masa tu aku dan member2 telah menyambut New Year di sebuah pub di Damansara (tak salah aku Rasta Pub). Masa tu aku dok bujang & menumpang di umah atok aku di Kg Baru. Pada hari kejadian aku pinjam kereta Volvo atok aku dan secara rasminya menjadi designated driver untuk hari tersebut. Dengan kata lain aku kena la control sikit minum malam tu sebab dah jadi pemandu rasmi.

Nak dijadikan cerita, malam tu semuanya terbabas minum sampai over the top. Mana tak nya. Pub dah nak tutup tapi kitaorang masih menghabiskan saki-baki air orang yang tak habis diminum. Bila waiter kemas meja2 orang yang dah belah, air yang berlebih atau tak abis, semua diletak kat meja kitaorang. Mana boleh tolak rezeki beb. Air free! Akibatnya aku mabok agak teruk jugak malam tu. Dekat pukul 3.30am baru bergerak dari pub.

Untuk menghilangkan sedikit stim di kepala, kitaorang gi minum kat mapley berhampiran. Tapi tak jalan jugak. Kepala masih pening. Aku tekadkan jugak hati bawak kereta dengan berbekalkan co-pilot yang kepalanya jugak 2X5 stim macam aku. Bawak kereta punyalah sivik & slow. Kepala betul-betul depan cermin sebab takut kalau bersandar nanti tertido. Tak sampai 10 minit bawak kereta, aku dah tak tahan. kepala dah berpusing. Nampak je tepi jalan ada kosong, terus masuk & tak sedarkan diri.

Sedang lena diulit intan ditepi jalan yang tidak aku ketahui dimana, tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang tempat duduk. "cha....ko berenti kat mana ni weiiiiiiiii....." Bila aku bangun rupanya aku berentikan kereta betul-betul disebelah perkuburan Islam di Damansara (yg tepi jalan tu). Terus insaf sekejap! Kelam kabut aku gerak dari situ. Nasib baik la semuanya selamat sampai kerumah. Aku tak anta pun bebudak lain balik umah diaorang sebab aku tak larat. Semua pot kat umah atok aku malam tu. Itulah pengalaman paling tragis aku tido di jalanraya......

p/s: ko ingat tak spongebob??? Ko yg paling teruk malam tu kan...kan...kan.....kekekekekek

green_gunners
06-01-08, 04:55 PM
orang kata....

bile ngantuk drive kene minum kopi....

tak betul tu

bile ngantuk drive

kene berenti tido dalam keta......

perghhh mmg ubat paling mujarab hilangkan ngantuk

wood3
07-01-08, 02:05 PM
betul tu green ubat ngantok paling baik ialah tdo coz selame bebelas tahun travel kl ke utara semua lay by dan r n r aku da tdo. minuman yg berkesan nak ilang ngantok aku prefer kopi gono yg lain tak jalan. mase zaman jahiliah dulu tepi kubo india pun jd , . . .. dah tak takut lg coz kepala dalam lg banyak antu.

buzz
08-01-08, 01:42 PM
buzz pun ada pengalaman tido di jalanraya ni ...
masa tu driving dari KL ke K.T'ganu ... masa tu bawak Hilux company punya ... betolak dari KL malam supaya sampi KT pagi ...
dipendekkan citer ... masatu dah ngatuk sangat kot ... dalam kol 5 ... nak berenti takde jumpa kawasan r&r ker apa ker ... so drive gak la ...
tetiba ada satu keter tu bawak laju giler potong Hilux buzz ... so apa lagi ... follow la dari belakang ...
ni salah satu perkara yang buzz slalu buat kalau ngatuk masa drive ... follow keter yang tengah laju .... so kita tebukak mata gak la nak follow keter tu ...
back to the story ... dah ikut laju keter tu ... adala dalam 150kmj kot ... tetiba jer hilang dari pandangan ... sesedar bila dengar ada bunyi keter hon dari blakang ... rupanya keter yang potong buzz tadi ada kat belakang ... mmg tekejut la masa tu ... camner keter tu ada kat belakang ... lepas dia hon terus dia potong & pecut giler ... buzz masatu cuma pikir keter betul ker tak ... camner dia bleh ada kat belakang lak ... maybe la dia isi minyak kot ... tapi masa ada stesen minyak kat area tu ...
lepas dari tu mmg tak ngatuk sampai KT ... sampai skarang dok tepikir naper lak tak ambik no keter tu ... kalau tak boleh gak try nasib .. heheh ..

kenz_1
08-01-08, 04:38 PM
First of all,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 kepada Pengguna Tegar MK yang lama dan tidak lupa kepada yang baru. Mungkin aku telah lama tidak menyumbang nukilan apatah lagi bergurau senda bersama kalian.

Namun usah ragu dan gusar...kalian tidak pernah luput dalam kotak pemikiranku yg semakin berkarat nih. Mengimbau kembali apa yang ditulis Becha sungguh ngeri apatah lagi kalaulah terjadi kemalangan maut di kala itu...statistik kemalangan maut akan bertambah satu kes...masa tu tak de OPS SIKAP kekekek. Kami berenam memang selalu membuat perkara2 tak senonoh dan menyebabkan jantung dan pankreas pengguna lain hampir meletup dengan gelagat Hooligans kami. Mana taknya baru tamat sekolah...so kira macam BEBAS skit la konon. Jap...Jap..masa tu aku rasa spongebob tak de....tapi kawan kami sorang memang bebetul dah arwah...akibat tertido dalam kereta jugak ler....(AL-Fatihah!) Nak dijadikan cerita kita orang sewa Van Econovan..warna biru di Kg Pandan.

Kira nak adventure and budget ler konon....sampai ke PD...ada setan sekor ni berunggun api dan drebar ni orang dah suruh tido nak drive balik. Dia confident je...tak pe BEB! aku bleh drive nanti...Silakak betul tak sampai 15 mins drive aku tgk dia dah masuk lane sebelah...lori Mercedes or TATA dah main lampu dan honking bagai nak bergema jalan kampung tu....kereta kat belakang pun dah honking and main lampu. Dia org mesti ingat ini van MUSTI jadi ROTI CANAI sikit jap lagi.

Mujurlah....aku terjaga aku jerit kat telinga dia...hoi....bangun...ko dah masuk lane sebelah ni....aku rasa ade la jarak dlm lebih kurang 40-50 meter jek nak bertembung...dia sempat balas tapi tak la sampai membuang. Si becha yang kat belakang...buat2 tanya apesal..apesal..? aku cakap ler nasib aku tak panggil ko arwah! nanti cite lagi ye!

fuckjack
09-01-08, 12:47 AM
hahah.aku ingt kan memule td mcm tdo kt kaki lima je.rupenye park kerete tepi jalan ke..hehehhehe..pernah x korang btol2 tdo tepi jalan?kt bus stop ke

terunasuci
09-01-08, 10:34 AM
Pengalaman dari orang yang mungkin tido di jalan raya...

Peristiwa ini berlaku semasa kami di kesas hiway...Ada satu kali tu semasa saya,shamtpg dan D2H balik dari bermain futsal sedang elok2 shamtpg memandu dengan berhemah di lorong tengah, tiba2 ada satu keter yang dipandu laju dilorong kanan tidak semena2 membuat brek mengejut sehingga ke kiri dan kekanan jalan hingga hampir2 melanggar kereta kami yang dipandu oleh shamtpg...yang kami heran tidak ada satu kereta pun yang berada didepan kereta tersebut yang boleh menyebabkan dia membuat brek mengejut sebegitu rupa...

Apa yang nyata kami bersyukur tidak dilanggar kereta tersebut dan apa yang kami herankan kereta tu boleh lak teruskan perjalanan tanpa masalah...cuma kami rasa pemandu tersebut mungkin mengantuk atau terlebih minum...maklumlah dah dekat 2 pagi...

p/s : betul tak D2H???

neraker
09-01-08, 11:41 AM
bagi aku jgn ler tido kat tepi jalan raya byk bahaya yer bro...salah satu bahaya boleh kena sodok dari belakang
aku saran kan p la tido kat r&r lagi bbs api belum tentu selamt..berhati hati lah selalu

wood3
09-01-08, 01:09 PM
hampa semua penah tdo ke tp jalan or tepi hiway dgn awek?. yg lagu ni pun aku penah buat maklumlah sat dia masok gear aku pas tu aku tekan cluth die at last letih tdo le jap tp hiway . . . .dah terlelap jap ada ketukan kat tingkap kete . . .glabah siol . . .ingatkan jaip nak tangkap khalwat rupanya plus ronda. . huh lega. plus ronda suruh rehat kat tempat selamat@ kat toll taiping. . .la ni bile lalu hiway je terkenang lah sejarah silam.

chochobi
30-01-08, 10:22 PM
tido kat hiway.. best oo.. zaman aku study dulu selalu aaa jadi... bawak moto honda cepai aku.. dari kajang ke gombak.. balik cuti hari minggu ler tu... selalu time balik tu mmg tgh hari... aku selalu terlelap atas moto... ada sekali tu ada la aku terlelap mau gak pat lima tiang lampu jarak dia... sedar2 tgk dah dekat ngan bontot lori.. umur aku panjang takder paper yg tak elok jadi... cepat2 berenti basuh muka... huhu.. ada sekali tu kat jirat cina kat cheras tu... aku rasa kalau aku terlanggar apa2 ari tu mau aku terus jadi penunggu tetap jirat tuh.. hehe... hebat tak hebatnya aku bawak motor.. tido atas moto masa tgh berjalan tak eksiden.. bawak laju pon tak eksiden.. last2 skali kena sondol dari belakang masa berenti kat traffic light...

sampai skang aku bawak moto cepai tu lagi.. berjasa besar moto tuh.. tapi mmg serius la penyakit tido masa memandu nie.. takleh nak elak melainkan kita berenti tido betul2... bj sambil bawak keter pon tak membantu... rasa geli2 ada la.. tambah sebab nak eksiden jer.. hehe...

Horatio
03-02-08, 07:05 PM
Trip paling memenatkan...

KL-Besut, rest sehari.. pastu Besut-KL

masa on the way pergi larat lagi full swing drive...

on the way balik....

1. tido kat petronas depan sains dungun
2. tido kat temerloh
3. tido petronas genting sempah
4. tido esso tepi mmr2 lepas pandan indah
5. last tempat tido tepi velodrom cheras....

Besut - Kl dekat 15 jam...

labib
04-02-08, 12:00 PM
port tidur tepi jalan kalau mata dah mengantuk sangat.... area saujana prima kajang... bawah flyover uniten...sejuk beb bawah tu.. sekali je penah tergolek sebab tak sempat pacak mata dengan lidi cam mr bean kat lorong moto tol kajang...aduss langgar kon

~DonJuan~
05-02-08, 10:06 PM
Jgn buat gila la tido tepi highway..nak tido balik umah la..byk keberangkalian bole berlaku...langgar la especially betul2 tepi highway bahaya wooo....tu belum kira klu kena rompak nak best kena kacau hantuu...hehehehehehehehhe

abangbecha
06-02-08, 01:38 AM
Baru-baru ni aku dapat resepi macam mana nak mengelakkan kita tertido di Jalanraya. Resepinya mudah. Sejam sebelum nak drive long distance, makan julap. Bila perut sakit masa tengah driving, konfom tak mengantok punya. Aku dapat formula/resepi ni masa nak balik ke JB baru-baru ni. Masa tu bertolak dari KL dekat pukul 10 malam. Perut tengah kenyang sebab baru lepas makan. Badan plak memang letih gila sebab banyak overtime dalam bilik hotel. Bila dah overtime, dah tentu-tentu tido tak cukop. Pendek kata semua faktor2 yang membolehkan kita tetido di Jalanraya memang dah cukop syarat. Aku siap dah plan nak pit stop kat mana kalau mengantok sangat.

Namun kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya kentut ditengahari. Mungkin banyak sangat makan sambal belacan kat kedai Tom Yam sebelum nak bertolak menyebabkan perut aku meragam. Masa sampai kat Nilai aku dah terasa lain macam. Akibatnya sampa R&R Seremban aku pit stop untuk melepaskan hajat. Bersembor beb!! Memang resmi berak cair, dia tak akan luput begitu sahaja. Pasti ada gelombang kedua, ketiga dan seterusnya. Perghhhhhhh....sepanjang perjalanan berpeluh sejuk aku menahan sakit perut. Lebih-lebih lagi bila nak menunggu jarak R&R yang agak jauh antara satu sama lain. Terkemut-kemut aku dalam kete...kekekekek. Memang tak mengantok langsung la sepanjang perjalalanan tu. So kepada para pemandu di luar sana, boleh la mencoba resepi ini

p/s: nasib baik aku selalu amal senaman kagel. Kalau tidak dah bersembur dah dalam seluar....kekekekekek

gigs
06-02-08, 04:06 AM
Bahaya sungguh petua becha ni. bayangkan kalu x tertahan.. nak terkentut, tetiba terhambur isi perut. naya betul.

Gua ni mmg jenis kalu ngantuk, gua tido je kat tepi2 jln ni. Hehehe... Otw dari KL ke putrajaya pon gua boleh bantai tido kat hentian rehat serdang. Kekadang tu dekat sejam gak gua tido. Hehehe...

wood3
06-02-08, 09:31 AM
Becha,bahaya . .hang punya cara tuh,time nak cuti panjang kalau guna petua hang mau terrr . . . . dalam seluar weh! RnR jauh pas tu lay by under renovation pas tu a very long Q ,jam tu bukan peluh jantan keluar tapi peluh bapak segala jantan pun keluar. . . dan segala isi perut bertabuaran masa dan ketika tu juga. Ngeri aku. . . .!. hang bayangkan dengan muka ensem jalan masuk toiletsambil kat ujung kaki seluar ada lelehan . . .mende tu . . .he he he manyak musuk lo.

~DonJuan~
06-02-08, 03:01 PM
Ni betul punya resepi..idea becha tu bole gak pakai tapi leceh nak berenti la plak...Klu aku normally nak balik kampung amik Red Bull ngan Power Root telan one shot..pastu roko ngan clorex..takat ni driving 5-6 jam pun ok pe...

abangbecha
06-02-08, 07:40 PM
gigs, wood3, DJ. Aku dah pikir masak2 idea ni. Kalau tak nak leceh kerana terpaksa berenti kat setiap R&R, kita boleh pakai pampers untuk orang dewasa. Kalau tak tahan sangat, sembur je dalam pampers tu. Ini juga salah satu teknik menghilangkan mengantuk. Bila montot rasa tak selesa akibat lelehan yang keluar, pasti kita tak ngantok punya. Ditambah pula dengan bau yang power, pasti mata akan menjadi lebih segar. Namun teknik ini hanya sesuai digunakan jika anda travel bersendirian demi mengelakkan perpecahan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan sesama kita.

p/s: masa aku terkena Ahad lepas, bila 'gelombang' dia datang, nak terjegil bijik mata dibuatnya. Nak tekan minyak pon tak senang....kekekeke

labib
07-02-08, 01:51 PM
ni pengalaman kawan aku...
di sebabkan excited nak balik kampung sangat walau pun keje malam tak tidor lagi... maka kawan aku pun telah pergi ke lori wak penjual jamu... di ambilnya jamu kuat bersama telur ayam kampung... feel dia masih tak terasa kat karak.... tapi masuk gua museee mula dah berpeluh... udah bawak kete tak pakai baju... bini dia kat belakang siap kesejukan aircond... mahluk kawan aku sorang ni siap bukak baju sampai ganu...hehehe nasib baik tak de road block..

spongebob
07-02-08, 04:34 PM
....ko berenti kat mana ni weiiiiiiiii....." Bila aku bangun rupanya aku berentikan kereta betul-betul disebelah perkuburan Islam di Damansara (yg tepi jalan tu). Terus insaf sekejap! Kelam kabut aku gerak dari situ. Nasib baik la semuanya selamat sampai kerumah. Aku tak anta pun bebudak lain balik umah diaorang sebab aku tak larat. Semua pot kat umah atok aku malam tu. Itulah pengalaman paling tragis aku tido di jalanraya......

p/s: ko ingat tak spongebob??? Ko yg paling teruk malam tu kan...kan...kan.....kekekekekek

Apa tak ingatnya....seolah2 seperti baru berlaku malam tadi...hahahaha...

Terlanjur terbaca topik ni...aku pun nak berkongsi bersama pengalaman memandu ketika mengantuk ni....Ia nya terjadi masa zaman2 aku baru dapat lesen dulu..(early 90's)... masa tu seronok sangat kalau keluar gi memandu ni....Kejadian berlaku ketika aku pulang dari membuat assignment di Kolej...masa tu aku duduk kat Kajang...kolej pulak kat PJ...so satu hari tu aku balik agak lewat...pukul 5.30 pagi baru balik....masa tu aku ikut Highway PLUS ... mengantuk punya pasal...aku tutup satu mata (mata kiri)....kiranya memandu pakai satu mata jer la ni(mata kanan)....penat sungguh ni...hahha ..dan nak di jadikan cerita...aku pun tak perasan bila masa mata kanan aku ni pun tutup sekali....tau2 jer aku dah masuk emergency lane... dan ada 2-3 orang mat moto kat belakang kereta aku....dok maki hamun tunjuk 'FUCK' (isyarat lucah) ke arah aku...hahaha...

Cuak jugak la aku masa tu....terus jer..turun tingkap...angkat tangan isyarat SORY ! SORY ! tak sengaja ! ....hahahahahaha... pas tu aku pecut la....sampai rumah..penat punya pasal aku boleh tertido kat dalam kereta kat luar pagar rumah....dengan engine dan tingkap terbukak...( sekali tengok cam orang mati kena tembak dalam kereta pun ada)... pagi tu lepas subuh...Mak aku keluar gate...kejut aku...

BT
08-02-08, 12:17 AM
Incident tertido semasa memandu berlaku pada hujung tahun lepas.

Aku ada keje di Melaka selama 4 hari. Keempat empat hari aku tak cukup tido. Tido kul 4am. Bangun pula awal pagi, lebih kurang kul 7am. Pada hari terakhir, rakan saya memandu. Kena antar dia ke LRT Bukit Jalil. Semasa dia memandu aku pun terlelap.

Setelah menghantar tiba di LRT aku ambil alih. Memandu keseorangan pulang ke rumah. Dlm tak sedar aku dibuai mimpi yg indah. Aku terjaga dan lihat aku sedang menghampiri kereta dgn laju (lebih kurang 110km/h). Aku pada masa itu berada di lane paling kanan cuba mengelak...Terdrift la pulok! Sambil sambil layan drift yg tak sengaja itu (perasaan agak cuak) aku terlihat disebelah kiri aku ada sebuah MPV yg diekori ngan treler. Aku pun balas steering balik ke kanan. Terdrift lagi. "Ki*mak tul" aku kata dlm hati aku. Skarang aku berada di lane yg tgh, bahagian hadapan kereta menghala ke kanan. Aku skali lagi coba memperbetulkan kedudukan kereta aku. Hampir berjaya tetapi terlangar juga kereta disebelah kanan. Tak teruk, skit je. KERAS GAK BODY KETA VIOS NIH!

Akhirnya bayar kat dia RM200. Dan chow.

Itulah pengalaman tertido semasa memandu aku.

You might think u close ur eyes for 1 sec, but in fact it is minutes.....

Morale of the story: Kalau nak tido semasa memandu standby RM utk duit kawtim. Kekekekekekeeke...

terunasuci
22-02-08, 03:53 PM
Apa yang aku nak kongsi kat sini tak de kaitan dengan mengantuk atau tido semasa memandu, tetapi kemalangan jalanraya yang nyaris2 membuatkan aku terus tertido…sbb tak de thread pasal kemalangan2 yang penah kita alami, maka kat sinilah aku citer…alhamdulillah tuhan telah memberi aku peluang kedua untuk bernyawa lagi…kemalangan yang telah menyebabkan aku koma selama 4 hari dan hilang ingatan selama seminggu…tetapi sampai sekarang pun aku tidak ingat cam ne kemalangan itu berlaku kerana tuhan telah mengambil ingatan aku dari mula aku eksiden sehingga lah seminggu selepas aku eksiden…apa yang aku kongsikan disini hanyalah dari cerita2 dari keluarga dan pihak yang terbabit sahaja…

Citernya begini…hari tu aku ke kedai motor untuk membayar ansuran bulanan motor aku…dalam perjalanan pulang aku telah terlibat dengan kemalangan yang maha dahsyat dengan sebuah kereta berhampiran dengan HTAR…kemalangan tersebut telah menyebabkan kepala aku pecah…hanya menunggu ajal sahaja…tetapi dengan kuasa tuhan, sepupu aku yang melalui jalan tersebut telah tergerak hati untuk melihat apa yang berlaku…semasa dia sampai dia tgk seorang tua tengah memangku aku dan mengajar aku mengucap…sambil tu tangannya menekup kepala ku untuk mengelakan otak aku terkeluar…

Sepupu aku terus menjerit…”Ini sepupu saya!!!” dan mengangkat aku dari org tua tersebut…dia terus ke seberang jalan dan menahan sebuah van yang lalu pada masa itu…dan nasib baik juga kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan hospital…so, aku cepat dihantar dan diberikan rawatan segera…sepupu aku tidak turut ke hospital kerana dia perlu segera kerana kapalnya akan belayar pada petang itu (sepupu aku keja kapal)…sepupu aku kata mlm tu kat kapal dia tak boleh tido…selepas dia buang baju yang dia pakai yang berlumuran darah tu baru dia boleh tido…

So, menurut cerita selepas mendapat rawatan awal aku masih lagi boleh berbual dan memberikan no telefon famili aku…Cuma mengikut nurse, masa tu cara aku cakap pun dah tak berapa betul…dengan kuasa tuhan juga, hari itu pakar pembedahan ada lak…maklumlah, hospital kerajaan ini bukan selalu pakar ada…so, selepas keluarga aku datang dan persiapan dibuat aku pun menjalani pembedahan…aku masuk wad pembedahan kul 5 dan pembedahan selesai pada kul 10 mlm…

Selepas pembedahan, doctor bagitau kat mak aku bahawa keputusan adalah 50/50…kalau hidup pun aku pun akan hilang ingatan…so, mak aku telah berdoa…”Kalau tuhan nak panjangkan umo aku, biarlah aku hidup seperti dulu kala…kalau tidak dia redha tuhan ambil nyawa aku”…selain itu setiap hari selepas solat dia akan membacakan surah yasin dekat2 dengan aku…sampai nurse kat situ bagitau dia tak penah jumpa seorang ibu yang cam gitu…

Ditakdirkan tuhan hari ke 5 aku pun mulai sedar…tetapi sepanjang tempoh seminggu tu aku tak ingat sehinggalah sekarang…padahal masa tu aku dah berbual dengan org2 yang datang…siap kwn2 tempat aku blaja bagi gambar kat aku masa dorang dtg tu pun aku tak ingat…ada member aku siap kutuk sampai skrg…dia kata masa dia dtg dia cakap ngan aku cakap melayu, tp aku leh speking London lak ngan dia…nak gelak, tp dia tahu aku masa tu sakit…

So, ingatan aku hanya muncul kembali apabila aku leh kencing kat atas katil…padahal masa tu nurse tu dah bagi bekas kat aku…bila katil dah basah, aku kena tukar katil…so, mungkin sbb itulah ingatan aku datang kembali…dan antara misteri lain masa tu, setiap hari ada seorang aweks akan menunggu aku…aku tak banyak tanya…tapi lepas ingatan aku kembali, dia pun tak datang lagi…masa tu makcik2 aku da ingat pompuan tu special aku…lawa plak tu…tp sampai skrg aweks tu masih menjadi mkisteri…

So, diringkaskan citer (tak nak buat citer sambung2 lagi…hehehe), kerana kemalangan ini aku terpaksa menangguhkan sekolah aku selama setahun…aku juga terpaksa mengambil ubat selama setahun…sbb otak aku lemah sangat masa tu dan aku ras banyak gangguan kat pemikiran aku…doctor yang merawat aku kata aku perlu bersyukur kerana aku tak ingat kejadian yang berlaku…dan masa aku jumpa pakar psikatari, dia bagitau gangguan tu mungkin sbb aku terbayang kejadian tu, tapi kejadian tak keluar dari memori aku…maklumlah aku masa tu selalu tertanya apa yang berlaku…sbb aku langsung tak cedera atau luka……

So, kes ini aku bawak ke court dan hasil penyelesaian luar mahkamah aku berjaya mendapat RM11,500 sahaja…tolak duit peguam dapatlah aku masa tu RM7,000…sbb mak aku tak mau kes ni jadi panjang2…berapa org tu sanggup bayar, dia kata terima je lah…janji dah selamat…

So, moral cerita ni aku citer adalah, kalau tuhan nak ambil nyawa kita, dalam sekelip mata boleh diambilNYA…bila aku ingatkan semula kejadian ini, pasti akan meninsafkan diri aku betapa kerdilnya kita ini disisNYA…tapi kita hambanya selalu mudah lupa……


P/s : Time lupa yang terlajak sampai HC dan MC tu…hehehe……

wood3
22-02-08, 04:25 PM
Apa yang aku nak kongsi kat sini tak de kaitan dengan mengantuk atau tido semasa memandu, tetapi kemalangan jalanraya yang nyaris2 membuatkan aku terus tertido…sbb tak de thread pasal kemalangan2 yang penah kita alami, maka kat sinilah aku citer…alhamdulillah tuhan telah memberi aku peluang kedua untuk bernyawa lagi…kemalangan yang telah menyebabkan aku koma selama 4 hari dan hilang ingatan selama seminggu…tetapi sampai sekarang pun aku tidak ingat cam ne kemalangan itu berlaku kerana tuhan telah mengambil ingatan aku dari mula aku eksiden sehingga lah seminggu selepas aku eksiden…apa yang aku kongsikan disini hanyalah dari cerita2 dari keluarga dan pihak yang terbabit sahaja…

Citernya begini…hari tu aku ke kedai motor untuk membayar ansuran bulanan motor aku…dalam perjalanan pulang aku telah terlibat dengan kemalangan yang maha dahsyat dengan sebuah kereta berhampiran dengan HTAR…kemalangan tersebut telah menyebabkan kepala aku pecah…hanya menunggu ajal sahaja…tetapi dengan kuasa tuhan, sepupu aku yang melalui jalan tersebut telah tergerak hati untuk melihat apa yang berlaku…semasa dia sampai dia tgk seorang tua tengah memangku aku dan mengajar aku mengucap…sambil tu tangannya menekup kepala ku untuk mengelakan otak aku terkeluar…

Sepupu aku terus menjerit…”Ini sepupu saya!!!” dan mengangkat aku dari org tua tersebut…dia terus ke seberang jalan dan menahan sebuah van yang lalu pada masa itu…dan nasib baik juga kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan hospital…so, aku cepat dihantar dan diberikan rawatan segera…sepupu aku tidak turut ke hospital kerana dia perlu segera kerana kapalnya akan belayar pada petang itu (sepupu aku keja kapal)…sepupu aku kata mlm tu kat kapal dia tak boleh tido…selepas dia buang baju yang dia pakai yang berlumuran darah tu baru dia boleh ta……


P/s : Time lupa yang terlajak sampai HC dan MC tu…hehehe……

PATUT LE AKU NAMPAK ADA PARUT BESAR KAT BELAKANG KEPALA HANG . . . .SYUKUR LA NI HANG PUNYA MEMORI CARD DAN MODEM OK,KALAU TAK TEAM IT MK PENING NAK REPAIR LAGU MANA,

abangbecha
22-02-08, 05:57 PM
P/s : Time lupa yang terlajak sampai HC dan MC tu…hehehe……

Aku rasa bukan masalah lupa ni. Mungkin gangguan pemikiran yg doktor cakap tu. Tengah buat keje tiba-tiba gelap pemandangan. Tau-tau je dah ada depan pintu HC/MC kekekekkekeke. Tapi memang betul la iktibar yg cuba ko sampaikan tu. Kalau Dia nak ambik balik, sekelip mata aje. Aku dulu dah tekena, tapi bukan nyawa la. Harta benda. Macam magic ilang semuanya....Itupun tak insap-insap lagi.

p/s: aku kalau time lupa, telajak sampai Jakarta woooooooo....kekekkeke

boeing
22-02-08, 07:32 PM
Aku rasa bukan masalah lupa ni. Mungkin gangguan pemikiran yg doktor cakap tu. Tengah buat keje tiba-tiba gelap pemandangan. Tau-tau je dah ada depan pintu HC/MC kekekekkekeke. Tapi memang betul la iktibar yg cuba ko sampaikan tu. Kalau Dia nak ambik balik, sekelip mata aje. Aku dulu dah tekena, tapi bukan nyawa la. Harta benda. Macam magic ilang semuanya....Itupun tak insap-insap lagi.

p/s: aku kalau time lupa, telajak sampai Jakarta woooooooo....kekekkeke Becha, citer la sikit pasal pengalaman ko ni. aku mmg minat dgr citer pengalaman orang... aku just nak amik iktibar dan at least aku bole dapat tips macamana nak elak or nak cari penyelesaian bila benda yang sama jadi kat aku.

Apa2 pun kisah TS aku dah dgr b4 this. tapi terlupa gak... bila baca balik ni, insaf la balik...

D2H
23-02-08, 12:02 AM
Pengalaman dari orang yang mungkin tido di jalan raya...

Peristiwa ini berlaku semasa kami di kesas hiway...Ada satu kali tu semasa saya,shamtpg dan D2H balik dari bermain futsal sedang elok2 shamtpg memandu dengan berhemah di lorong tengah, tiba2 ada satu keter yang dipandu laju dilorong kanan tidak semena2 membuat brek mengejut sehingga ke kiri dan kekanan jalan hingga hampir2 melanggar kereta kami yang dipandu oleh shamtpg...yang kami heran tidak ada satu kereta pun yang berada didepan kereta tersebut yang boleh menyebabkan dia membuat brek mengejut sebegitu rupa...

Apa yang nyata kami bersyukur tidak dilanggar kereta tersebut dan apa yang kami herankan kereta tu boleh lak teruskan perjalanan tanpa masalah...cuma kami rasa pemandu tersebut mungkin mengantuk atau terlebih minum...maklumlah dah dekat 2 pagi...

p/s : betul tak D2H???

hehe.. mau nye tak betul! aku lak tu yg duduk kat belakang. sah2 yang kena hentam dulu mestilah akuu...

dari sudut pandangan aku yg dok kat belakang keta perdana supercharge tu(walaupun time tu dia bawak slowmo je), mamat yg nyaris2 nak sondol tu tgh mengantuk gile. Dia terlelap dan kakinya terus menekan pedal minyak tanpa sedar. tup-tup dia sedar keta dah dekat ngan keta kitaorang. apa lagi brek mengejut la dia sambil memusing stereng kiri dan kanan.
Lepas tu dgn muka selamba taik dia amik lane dia dan terus pecut ke depan. Mcm takde apa2 je.

yang pastinya shamtpg mmg kecur tali perut dia sepanjang perjalanan. hehe.

lintah
23-02-08, 01:30 PM
Salam all..Gua penah sekali ada experience macam ni..Dah lama, tahun 2004 dulu..masa tu gua keja penang..sebulan sekali mesti turun KL jumpa geng..gua keja syif, jadi sunday pun keja..saturday nite ikut member layan clubbing, pukul 3 baru abih..pukul 4 gua drive balik penang..alone dalam keta kancil ekzos bising tapi pegi tak laju gua tu..sampai dekat dengan Ipoh, gua drive sambil tido,hehe..gua jaga balik keta dah nak langgar divider. control steering ada la melilau kiri kanan jap tapi Alhamdulillah nyawa masih panjang keta dapat control..gua cari next r n r, gua layan tido 3 jam dalam keta..pukul 9 sambung driving balik..nasib gua keja masuk pukul 12..sempat la sampai penang..wassalam

Midnakal
24-02-08, 03:29 PM
Pengalaman gua tak ler seberapa sangat tapi ngeri lah jugak bagu gua. Dlm tahun 2003 gua dari KL menuju ke Kempas Johor. Waktu tuh dah nak pagi dah dlm kul 4.30pg ler cenggitu.

Aku ikut satu lori nie kat blakang ...bawak masa tuh plan plan jek dlm 110 km cenggitu pasal area highway tuh pumpy sikit..tak berani nak henjut.

So dlm dekat 3 menit ikut blkang lori tuh entah mcm mana aku nengok lori 3 tan dpn aku tuh terhuyung hayang....aku trylah hon...bagi beam lite...aku nengok lori tuh trus gak mcm tuh perangainya.

Alih alih aku jeling kat depan lagi sebelah emergency lite aku ada nampak lori besar jugak tgh berhenti kat line emergency...so aku pun drop ler gear kasi perlahan sikit kereta aku.....aku dah agak dah sure mesti eksiden nieh jap lagik antara lori kat depan aku yg tgh terhuyung hayang kiri kanan dgn lori yg berhenti kat emergency lane.

Aku pun bukak tingkap pastuh angkat tangan supaya member member kat blakang aku slow jugak dan jgn potong......aku bg signal tangan suruh diorang halt jap.

Sebaik jek aku turun tangan....aku nengok...mcm mcm barang lori depan aku tuh dah bertaburan di tepi dan ditengah jalan....huikkkk....gila babi tuL.....aku sempat gak tgh pemandu dia terkulai tangah keluar masa aku potong lori tuh....

Mati idup balik aku tak nak tolong lori driver tuh......dia punya pasal....dia punya untung.....tapi degiL jugak nak bawak lori tengah pepagi buta nieh. Habis kereta kitorang kena barang barang dari muatan lori dia. Bagi aku kalau dah ngantuk berhenti ditepi dan ditempat yg sepatutnya...jangan bahayakan pengguna jalanraya yg lain.

Driver lori yg kena langgar lori nya pun aku nengok mcm tergamam......hancur jugaklah barangan dia dek disebabkan kena langgar cenggitu punya laju...bayangkan lah lori 3 tan langgar lori treller 60 kaki dlm kelajuan 100km tanpa brake.....aduhhhh sadist......!!!!Sampai skang aku dok teringat peristiwa tuh tiap kali aku drive mlm.

p/s: So far kalau aku drive mlm..kalau ngantuk...aku akan cuba pecut dulu dlm 60 secs...kalau tak ilang gak...aku nekad berhenti kat tepi RnR or hentian rehat....takut kita punya ngantuk......org lain ilang nyawa.... Kalau nyawa bleh ditukar ganti takper....

crasher
25-02-08, 03:09 AM
cite pasal mengantuk ni, aku ada gak story..

kampung akuh kat terengganu. akuh duk johor. dari johor ke ganu adalah dalam 10 jam... jalan 2 lane tak banyak 4 lane. n tempat rehat pun kurang. ade satu time tu akuh mengantuk giler, mata jer celik, otak mmg dah tido.. tmbhan malam pulak tu. kat lebuhraya muazam segamat tu dah lah scary. sedar tak sedar aku dah masuk lorong salah dah. kemudian ada kete high beam kat aku, time tu aku baru sedar. nasib baik kat tepi jalan tu tanah rata n merah. speed aku plak dalam 80kmj. sempat berenti n semua ok...

nasib baik jer...
kalau tak dah bubai la alam fana ni...

ulu_yam
18-03-08, 02:11 AM
Balik dari hantar famili ke KLIA. Tak la rasa ngantuk sangat time subuh tu tapi tetiba macam blank je. Mata rasanya tak la pejam n tak tersengguk@ cuma macam hilang perspektif je. Tau@ kepala terhantuk kat tingkap sebab keta dah langgar divider.

Nasib baik tak laju and langgar ke tengah. Kalau terkeluar jalan belah kiri tak tau la apa langgar.

Midnakal
09-04-08, 09:11 PM
Ngeri seh....ada sesapa lagi yang nak share pengalaman Tido semasa memandu?

terunasuci
10-04-08, 04:19 PM
Selain dari mengantuk or tertido masa memandu, berkhayal or tidak menumpukan perhatian semasa memandu pun berbahaya gak...

Baru je berlaku ni...Ada satu hari tu aku ngan shamtpg baru balik dari klang...sampai kat area trafik light kat bukit tinggi kat ngan Jusco, tgh sedap2 citer keseronakan dan kongsi pengalaman kat MC, aku boleh tak perasan lampu dah merah...aku dok tgk lampu hijau untuk belok ke kanan je...

Dah terlepas baru aku perasan...sbb tiba2 ada sebuah kereta vios datang dari arah kanan...terkejut aku sbb dia dah dekat nak terlanggar ngan keter aku..cepat2 aku pulas stering ke kiri...nak terlanggar lak trafik light kat belah kiri...aku balas ke kanan balik...nyaris2 lak nak terlanggar kancil yang baru membelok...aku pulas ke kiri balik...korang bayangkanlah masa tu keter aku terhoyong hayang camner...tapi nasib baik lah tak jadi apa2...alhamdulillah...

Dek kerana terkejut cepat2 pecut melarikan diri...takut kena maki ngan orang...hehehe...cuma aku tgk dari side mirror keter vios tu je yang berenti tepi jalan...sama ada tgh melepaskan rasa terkejut atau dok menyumpah aku...hehehe......

Moral cerita, jangan dok borak je semasa memandu......

D2H
10-04-08, 11:29 PM
Teringat balik citer sekitar tahun 2001-2002 masa balik hantar adik aku blajar kat UiTM Dungun Terengganu dulu.
Masa balik ke KL time tu dah kul 8 malam tapi singgah kat Kuantan makan dulu. Makan air gelas besar kat depan padang tu. apa ke tah nama tempat tu. Lepas makan terus la meneruskan perjalanan balik. Time tu aku bawak keta. Aku kalo dah masuk makanan mmg mengantuk gile. Pulak masa tu tgk jalan keta banyak. Mata aku jadi la berpinar-pinar pastu pening. Aku ni pening dan rabun kalo bawak keta memalam. Bila dah ditambah ngan mengantuk tu, apa lagi keta ketepi ketengah je aku bawak. Nasib la masa tu bawak 2 keta. Kakak aku yang follow blakang hon keta. Mak aku pun dah menjerit2 dalam keta. Rupanya aku dah separa sedar. Bawak mcm orang mabuk. Terus aku berenti tepi dan tukar pemandu.
Lepas tu aku dok sebelah penumpang bantai tido. hahaha..

Jongos
12-04-08, 01:48 PM
satu malam pada raya pertama setelah seharian menelan lamang dan ketupat aku berangkat pulang ke rumah, dah kenyang sesangat... makan sampai makruh lor. federal hiway hala ke subang jaya bawah flyover ke hilton. aku tido lorrr.... kawan aku kat sebelah tolak stereng balek , nasib baik dia tak tido sama. cit , kalau tak aku mungkin masuk statistik tahun tu

Midnakal
14-04-08, 10:03 PM
Bahaya kau nie Jongos ..... makan sampai makruh nieh....heheheh. Ok ok ...ada sesapa lagik yg nak menyumbangkan pengalaman tak ?

cengitu
08-05-08, 02:25 PM
saya pernah alami dulu.sedar sedar kete kat laluan bertentangan. waktu malam kat Mantin. Nasib baik takde kete kat laluan tu..

skrg ni pun selalu ngantuk..selalu nyanyi kuat2 tapi kdg2 tak berjaya gak..last2 berenti tepi tidur jap..kekekek

shanjie
10-05-08, 04:26 AM
last time bila balik kampung, tertidur sekejap. masa itu 1 atau 2 saat saja, buka mata, dah berada dekat opposite side, lucky tak ada kereta pada masa tu...

laiK
20-05-08, 06:24 PM
tips aku kalo tak mo ngantok senang jer ... try air nescafe ... tak jalan gak isap rokok ... tak jalan gak ni last weapon la nih ... seranagn padu maut punya ...



ko tampar muka ko kuat2!!! biar pedih ...seriius aku buat mende nih ... bila dah kene tampar rasa cam bengang ... marah .... terus tak nagntuk ...

acidrock
21-05-08, 11:11 AM
sHARe pengalaman tidur ye..

Aku tak memandu tapi menunggang motor. Alkisahnya aku tidur umah member kat brunsfield shah alam. Tidur petang bawak ke maghrib (tu la tidur time setan lalu lalang). Aku bangun je tidur, terus turun ambil motor balik ke kg subang. on the way perjalanan balik, last yang aku ingat aku lalu kat sebelah nstp nak naik flyover ke guthrie pastu tak ingat ape dah.

Sedar-sedar je ada orang tuang air kat mulut aku. Baru aku ingat nak maki sape yang curah air, baru aku rasa sakit yang amat. Bahu kiri aku retak dan tulang kelingking kanan patah. Kecederaan lain tu calar balar la. Koyak suar ngan baju (nasib tak dedah aurat, hehehe).

Belum sempat ambulan sampai, abang aku dah sampai dulu hantar ke hospital klang. Jarak dari last scene aku sedar sampai dah tergelebak tu ada la dalam 400 meter (atas flyover). Nasib baik tak sondol barrier tepi tu kalau tak mau jatuh ke bawah dah.

bobo
29-06-08, 12:20 AM
tertido sambil memegang steering tu perkara biasa dah... tapi aku ada cadangan utk menghilangkan letih, iaitu... dapatkan tidur yg secukupnya...

hehehehehe

xnphobia
29-06-08, 05:18 PM
tak leh gak nak tido, hari tu aku ade job kat penang, dr kol 10pg sampai 10 malam, then bungkus barang sume dah kol 2-3 pg, berlepas ke kl,
fuuh amat bahaya mendrive kerete time tu, mcm 2 di khayal kn, skiit je nak langa si besi penghadang jalan

tiore_honre
29-06-08, 06:03 PM
pengalaman aku masa memandu nak balik raya tahun lepas...masa tuh dah nak sampai ke kg dah..dalam 15 km lagi..dalam hati alah dekat je lagi..tahan je la.. kepala aku dah mula rasa berat dan asyik mengangguk seperti mengiyakan kata2...aku cuba tahan mata juga...tiba aku rasa terpadam dalam 2 second...tiba2 aku kedengaran nama aku disahut oleh rakan sebelah aku..aku celikkan mata balik...rupanya kete aku dah makan garisan putih..kete yang menentang aku dh elak ke tepi..mungkin derang panik sambil memaki2 aku agaknya...dengan sepantas kilat aku memperbetulkan stereng kereta...dalam hati aku terkejut bangat...kalo la aku rakan sebelah aku pun padam juga masa tuh...entah apa akan jadi kepada kami berdua..tips nya..kalo mengatuk skit2 tuh..berhentila kereta anda walaupun dah nak sampai ke destinasi anda..maut tak mengenal tempat dan masa...kenangan tu buat aku lebih insaf dan berhati2....

skecth_v7
11-08-08, 04:09 AM
kesimpulan dr pengalaman,kalau ngantuk cari tempat berenti yg selamat then bantai tdo,skali dua je nasib baik ni hehe

pacq67
30-10-08, 11:13 AM
ni aku nak bagi sikit petua pasal ngantuk masa tgh drive. haghi tu aku tengok astro mad labs dia org buat research cara nak overcome ngantuk masa driving cuba gantung daun mint kat cermin blkg tu atau dapatkan gula2 mint

Aleeza Zaily
30-10-08, 11:29 AM
Memandu dalam keadaan mengantuk samalah bahayanya dgn Drink & Drive. Scenario ini selalu terjadi ketika memandu berseorangan (salu jadi kat aku nih) atau berteman, tapi teman tu tido jelah kerojer beliau... hampehh...

Hari yang panas, baru lepas lunch & bawak keta long distance... mata makin mengecil.... Kalau aku bawak mak aku skali beliau mmg tidak membenarkan aku memakai sunglasses aku tuh, sbb dia buleh pantau mata aku pejam atau celik time memandu... hahaha... U're great mom!

Setakat tersasar, masuk lorong orang & terlanggar divider jalan mmg dah berlaku kat aku beberapa kali, masalahnya bila benti tepi jalan, idak pulak mata ni nak pejam. Yang paling menyakitkan ati, bila dah sampai destinasi, elok jer tersembul bijik mata aku, lansung tak ley tido... camna tu?

shamtpg
30-10-08, 12:46 PM
[quote=terunasuci;164378]Selain dari mengantuk or tertido masa memandu, berkhayal or tidak menumpukan perhatian semasa memandu pun berbahaya gak...

Baru je berlaku ni...Ada satu hari tu aku ngan shamtpg baru balik dari klang...sampai kat area trafik light kat bukit tinggi kat ngan Jusco, tgh sedap2 citer keseronakan dan kongsi pengalaman kat MC, aku boleh tak perasan lampu dah merah...aku dok tgk lampu hijau untuk belok ke kanan je...

Dah terlepas baru aku perasan...sbb tiba2 ada sebuah kereta vios datang dari arah kanan...terkejut aku sbb dia dah dekat nak terlanggar ngan keter aku..cepat2 aku pulas stering ke kiri...nak terlanggar lak trafik light kat belah kiri...aku balas ke kanan balik...nyaris2 lak nak terlanggar kancil yang baru membelok...aku pulas ke kiri balik...korang bayangkanlah masa tu keter aku terhoyong hayang camner...tapi nasib baik lah tak jadi apa2...alhamdulillah...

Dek kerana terkejut cepat2 pecut melarikan diri...takut kena maki ngan orang...hehehe...cuma aku tgk dari side mirror keter vios tu je yang berenti tepi jalan...sama ada tgh melepaskan rasa terkejut atau dok menyumpah aku...hehehe......

Moral cerita, jangan dok borak je semasa memandu......[/quote
yes!!!
base on tru story..
inilah pengalaman aku menaiki kereta drift iswara aeroback silver kawan aku..dahla dalam keta siap ada kotak tisu,model mini keta ferari,ntah apa2 lagi gantung kat cermin pandang belakang...aku rasa macam tongkang nak terbalik..
pas tu dia boleh tengok muka aku sambil tersenyum...ingat aku setim apa?

terunasuci
30-10-08, 01:17 PM
kesimpulan dr pengalaman,kalau ngantuk cari tempat berenti yg selamat then bantai tdo,skali dua je nasib baik ni hehe

Tips yang ni pun betul...ada sesetngah org tu da mengatuk giler pun masih dok gagahkan diri nak drive gak...pasal dorang dok pikir da nak sampai...padahal dorang tak tau mungkin sebnarnya bukan dorang da nak sampai kat rumah, tp da nak sampai kat lubang kubur...ekekeke...

So, citer pasal berenti bila ngantuk ni teringat citer member aku...satu hari dia balik horey2 da awal pagi...tp punya la dia da mengantuk sampai da dekat rumah pun dia bole parking tepi jalan je sbb da ngantuk sangat...last2 sedar sbb famili dia ketuk tingkap keter...sbb ingatkan jd apa2 kat dia...maklumlah nampak kete dia kat tepi jalan...


p/s : tp idea ni sebenarnya bagus untuk digunakan sebagai tips menipu bini...ekekeke......



yes!!!
base on tru story..
inilah pengalaman aku menaiki kereta drift iswara aeroback silver kawan aku..dahla dalam keta siap ada kotak tisu,model mini keta ferari,ntah apa2 lagi gantung kat cermin pandang belakang...aku rasa macam tongkang nak terbalik..
pas tu dia boleh tengok muka aku sambil tersenyum...ingat aku setim apa?


Ini org suka tertinggal ketapi...orang da sampai johor dia baru nak beli tiket...

Moscow
30-10-08, 09:34 PM
askm:
Aku nak bekongsi kisah benar yang berlaku pd aku... disebabkan aku slalu out station, driving dlm keadaan mengantuk adalah musuh utama aku... aku dah jenuh pikir mcm mana cara nak mengelakkan mengantuk terutama waktu tengahari terik terutama jam 1tgh - 3tgh pehhh seksa bro.... nak kata tido xmencukupi xjugak sbb aku memang kaki bangun lambat... klu mlm tu logik lah jugak.... so satu hari atas nasihat org tua2 yg berpengalaman alhamdulilah aku dpt mengatasinya,tapi xselalu bejaya... katanya sebelum kita jln jauh terutama mlm atau tgh hari.. kita kena lakukan sex... pastikan setiap kali nak jln jauh dan takut gantuk lakukan sex bersama pasangan anda xkira pasangan muhrim ke x? (no komen) tapi performance mesti best dlm erti kata lain kita puas sampai teringat igat... lepas je 20minnt menjalani aktiviti seks itu anda blhlah meneruskan perjalanan.. confirm xgantuk.... sebab jantung kita masih berdegup laju peluh br lepas kuar.. dan kebas masih terasa pada meriam air...... woi confirm xgantuk ...xcaya cuba..

p/s nasihat percuma dr sy.. semperna kempen keselamatan jalan raya
berkhidmat utk negara

RV4
31-10-08, 12:25 AM
Hmm..pengalaman mengantuk memang banyak, tapi yang paling mengantuk masa drive somewhere in Penn State. Bukan panas pun, malah sejuk sangat-sangat sebab winter. Mengantuk sebab tak cukup tido coz too hectic the night before.

Jalan tepi gunung, kalau terbabas samada masuk gaung atau langgar dinding gunung. Before berlepas, aku pesan kat kawan..If you see me dozing off, please slap me. Dan memang aku tesengguk sengguk lepas tu. She did slap me across the face..kuat gila..sakit gila..bengang gak aku..dah tu dia gelak-gelak macam kelakar..but it worked, tak ngantuk lepas tu, sebab takut kena penampor lagi.

Midnakal
31-10-08, 07:12 AM
Hahahh.......nasib baik lu tak response balik...kalau idak sia sia jek minah tuh kena penampor sulong...ahahhaha. Ok boys...next tip ada?

brew
01-11-08, 02:07 PM
Aku dah almost 6 years keje Shift dan 2 tahun pertama aku kerja totally malam sahaja. Mengantuk ketika memandu adalah darah daging aku. Kebiasaannya.

1. Kalau kita sedar, sebelum kita ngantuk, kita akan dapat signal-signal mengantuk(pre-sleepy), masa tu ko tak mengantuk lagi, tapi signal dah jumpa, so nak buat apa pon buat time tu la, kalau nak balik cepat-cepat balik sebelum mengantuk datang.
Contoh-contoh signal:
- menguap kecil.
- menggosok mata.
- mata memandang ke satu arah , tapi tak fokus.

2. Kalau still tak menjadi, try mengunyah. chewing gum as for example.
3. Kalau still tak menjadi, pegi staircase lompat dari satu anak tangga ke anak tangga, supaya ko darah ko sentiasa begitu.
4. Kalau still tak menjadi, tidur, kalau perjalanan ko lebih 20 minit ko sure tertidur nanti

Untuk nota, basuh muka, adalah satu tektik lama, tapi sebenarnya boleh buat ko lagi ngantuk.

milosejuk
16-01-09, 11:20 PM
aku penah terlelap sesaat mase bawak motor...time tu pulak aku tgh lalu celah2 kete yg behenti tunggu traffic light merah...di sebabkan aku terlelap tak sampai sesaat tu, motor aku tersasar ke kanan sikit n bila time aku tersedar tu..aku terus melanggar satu keter camry yg lampu blakang besar tu..aku pn tergolek dog n motor aku pn sib baik jatuh kat tengah2 antara keter tu..aku terus dengan tanpa berfikir ape2 pn..mamat keter sbelah tolong angkat motor aku yg handle nye dah bengkok terpusing...aku pn ejas2 kasik lurus balik...apek kete camry tu pn tergamam macam pelik camne aku bleh langgar keter dia yg tgh berhenti n aku pn takdela bawak laju cam mat rempit...settle pnye settle cakap aku takde duit sbb time tu aku tgh praktikal..apek tu cam kesian kat aku walaupun lampu kete die pecah n ade kemik skit bumper..aku pn setuju baya installement mule2 baya 2 ratus dlu then 2 bulan lagi baya lg 2 ratus....

pexkof
12-04-09, 05:08 PM
mengantuk masa bawa motor muda2 dulu,terbabas masuk hutan nasib baik xde apa2,perit dan trauma kalau mengantuk atau tubuh rasa letih memang x bawak terus,baik tidur puas2 dulu

kuker02
13-04-09, 01:29 AM
ngantuk? tido jer... macam aku.... balik kejer outstation dari rawang.... masuk jer highway, lepas ambik tiket transit, lepak tepi jap, tido.... pastu, drive sampai tapah... tido.... lepas 20 minit, sambung drive..... sampai simpang pulai, tido..... sambung balik, tak ilang jugak ngantuk.... sampai kat v-point sebelum masuk terowong... tidor lagi.... pastu, sampai kat sungai perak, tambah minyak... terus sampai bukit gantang... lorrr per halll laaa hari nie ngantuk sangat... tidor lagi....pastu, takleh jadi nie... sampai gunung semanggol, mandi puas-puas kasi segar.... haaa baru laa tahan mata.... tapi sampai gurun jer.... kena tido lagi.... biasanya rawang balik umah 5 jam jer maksima, tapi hari tu, 10 jam kau... mengantuk punya pasal..... haduiii...

miss maple
14-04-09, 03:03 PM
hmm, pengalaman kita masa drive pernah jugak mengantuk masa on the way balik dari perak..memang mengantuk giler, sampai boleh terlelap 10sec kat highway, alhamdulillah kita sedar balik, kalau tak tak tahu lah jadi apa..

then, pikir sesuatu macam mana nak bagi hilang ngantuk, lepas tur, apa lagi, karaoke lar..hahahah...nyanyi je lagu ape yang dj pasang...terus hilang ngantuk...hehhehe
penumpang di sebelah dan belakang tido jer..hihihi

Midnakal
14-04-09, 03:58 PM
hmm, pengalaman kita masa drive pernah jugak mengantuk masa on the way balik dari perak..memang mengantuk giler, sampai boleh terlelap 10sec kat highway, alhamdulillah kita sedar balik, kalau tak tak tahu lah jadi apa..

then, pikir sesuatu macam mana nak bagi hilang ngantuk, lepas tur, apa lagi, karaoke lar..hahahah...nyanyi je lagu ape yang dj pasang...terus hilang ngantuk...hehhehe
penumpang di sebelah dan belakang tido jer..hihihi

Patutnya lu libas-libas jek penumpang lain tuh bangun kasi diorang layan lu berborakkkk. Mana bley itu macam....tak adil ehhehe. :drag:

PeeJay
14-04-09, 04:23 PM
Citer pasal mengantuk waktu memandu ni.. ada skit nak share..

Dulu masa muda-muda (lebih kurang 7-8 tahun lepas) gua memang tahan memandu..

Pernah sekali tu sebelum raya, drive kelang penang - kelang kuantan - kl - kota bharu no stop, total dekat 30 jam (2 hari lebih).. tak tido... umpan dgn red bull jer..

Pernah juga drive kl - k. bharu 7 jam rehat 2 jam kat kb, terus konvoi kb-bangkok 24 jam non stop... driver tk tukar..

tu dulu semasa kemaruk stereng..

Sekarang.. hahaha.. gua kalu balik kl-kota bharu ikut gua musang.. 2 hari laaa jawab nya kalu tk de driver ganti...

2 tawon lepas gua dok rawang kerja sg. basi.. hari drive 2 jam ikut plus h/way.. Tak tahan ngantuk hari-hari berenti sg buloh tido sampai kol 11 mlm..Bila ngantuk time tuh buat la camna pun,, mandi la..minum la.. tetap gak mata kuyu..
Last2 pindah dok bkt jalil..

Coz skrg nih bawa keter lebih sejam dah start nguap! Telan 1/2 dozen red bull ker livita ker eventho pil kuda (terus tido gua) pun semer tk jalan..

So nk jalan jauh kena ada driver spare..

lord_raven
14-04-09, 11:29 PM
salam semua....

wahhh...nampak nya anda semua masih panjang umur. hehehe.....sama la ngan aku pun. semalam lepas abeh satu field work, aku kena antar sample by hand ke counterpart kt s'pore. dia tunggu aku kt tambak aje sebab aku kena balik segera. penat dn mengantuk tu jgn cter la tapi tak leh buat aper sebab ada satu lagi keje menanti kat site....

dalam perjalanan balik, sangkut belakang lori la plak. dalam pada dok ikut bontot lori tu....tiba-tiba aje lori tu hilang dari pandangan. seram gak. skali tengok kat rearview mirror...lori tu dah kat belakang aku. bila masa aku potong lori tu daaaaa.......

p/s pandai pulak aku tukar lane....hehehe. next R&R, tpon member suh ganti jugak, rebah seat....tido laaaa.

brew
14-04-09, 11:38 PM
petang tadi aku drive nak g keje, dengan tak cukup tido, drive punya drive, siap boleh terlelap, nasib baik jalan straight(MEX highway), tersedar je, terus tak lelap, aku rasa ada la dalam 200meter aku terlelap.

xerox
15-04-09, 04:51 AM
saya punyer kes lagi bes.. kalau pi keje pagi.. memang ngantuk tak ingat penyer.. tambah lak tengok champion leg lak, 3 minggu lepas member mai umah, lpak sampai kol 2 pagi, esok nak gi keje ngantuk tahap gaban, las2 gi gak keje, terbabas atas jambatan, laggar tembok jambatan pulau pinang yang baru buka 3 line tu, hmm,, pe lagi,,, masuk spital la, sib baik ade insuran, kalau tak memang nangis la, las2 bola pun kena 3,, tulang tapak kaki kiri patah tiga, sekarang still pakai tungkat.. dapat m.c sebulan lebih, ,sekarang pun tengah m.c lagi... hampeh tol, tapi keras la juga tembok jambatan tu.. wakakaka,...

PeeJay
15-04-09, 08:34 AM
Bulan august tahun lepas.. Masa gua perjalanan kuantan ke kl tengah malam..sorang2 lak tuh.

Bertolak dari kuantan pukul 9.00 mlm lebih kurang.

kol 11.00mlm ngantuk ya amat sangat berhenti tido dekat RR termeloh mau sejam gak..

pas sambung drive, tk sampai 30 mnt drive ngantuk lagi.. berhenti RR lancang tido, tapi tido2 ayam bab tk selesa.

lam 30 minit tido,, terjaga, sambung drive balik.. pas drive ngantuk lagi yg teramat, berhenti tido, tapi tempat tk ingat..

terjaga! Sambung drive.. alah ngantuk.. berhenti jap layan...





Tup-tup tup.... terjaga... Gua bukan lam keter...tapi terbaring atas sofa rumah gua.. tengok jam 7.30 pagi...

Garu paler... bila gua sampai rumah nih.. Nih kira kes ngigau sambil bawa keter ker hapa..

Lepas tuh langsung serik bawa keter berjalan jauh sorang2. nak nak malam..

Sib baik masa celik mata tu bukan dok spital .. atau lam lubang bawah tanah 3x7 kaki setelah dgr "maaaa rabuka"... ikssss..ngeri...

Aaron
15-04-09, 05:28 PM
Bulan august tahun lepas.. Masa gua perjalanan kuantan ke kl tengah malam..sorang2 lak tuh.

Bertolak dari kuantan pukul 9.00 mlm lebih kurang.

kol 11.00mlm ngantuk ya amat sangat berhenti tido dekat RR termeloh mau sejam gak..

pas sambung drive, tk sampai 30 mnt drive ngantuk lagi.. berhenti RR lancang tido, tapi tido2 ayam bab tk selesa.

lam 30 minit tido,, terjaga, sambung drive balik.. pas drive ngantuk lagi yg teramat, berhenti tido, tapi tempat tk ingat..

terjaga! Sambung drive.. alah ngantuk.. berhenti jap layan...

Tup-tup tup.... terjaga... Gua bukan lam keter...tapi terbaring atas sofa rumah gua.. tengok jam 7.30 pagi...

Garu paler... bila gua sampai rumah nih.. Nih kira kes ngigau sambil bawa keter ker hapa..

Lepas tuh langsung serik bawa keter berjalan jauh sorang2. nak nak malam..

Sib baik masa celik mata tu bukan dok spital .. atau lam lubang bawah tanah 3x7 kaki setelah dgr "maaaa rabuka"... ikssss..ngeri...

Kah kah kah.... aku pun penah jugak jadi macam ni... Masa aku adalam perjalanan balik dari my hometown (utara) mengantuk mmg dah tak leh tahan dah.....
berenti tidur kat Tapah kejap adalah 1/2 jam. Pastu drive lagi sampai hentian Rawang dah tak tahan ngantuk, berenti.. tidur balik.... pastu drive semula..... dalam perjalanan, masa drive tu aku terlelap..... aku dengar bunyi lori trelar bunyi hon.....Hoooong..... mampus aku... mata takleh bukak langsung. aku try nak bukak mata, tak boleh. Aku peluk stereng kuat2, dah ingat mati dah masa tu. GF aku menjerit Baaanng.... pasal pa?.... dia terkejut sebab tengah2 tidor lam keta aku melompat terus peluk stereng. Cis cinabeng.... mengigau bwk keta... Moral of the story.. Kalau Ngantuk jgn paksa diri drive.. bahaya.

Midnakal
16-04-09, 09:29 AM
Hahahah....Lu nieh bikin panas tuL lahh hahahah kelakar-kelakar heehhe. Nasib baik tengah tidur lu terkejut terus peluk stereng....itu lah....bagus gak lu nieh....mengantuk benti jap tepi jalan. Kalau dah ngantuk buat apa pun tetap gak ngantuk....battery dah habis lah katakan.... cooL !!!!

stocksimpan
16-04-09, 06:27 PM
mid... gua rasa lagi panas n terbakar klu tengok member kat belakang tido siap nada dering lagi 2..., pas tu klu kejutkan kat RnR trus klua carik makan.
hangin satu badan oooo..............

Midnakal
16-04-09, 07:41 PM
aikkkkkk......gua pun rasa panassssssss seh kalau mcm tuh. Tapi RnR tuh kat mana lak tuh bro ? heheheh

stocksimpan
17-04-09, 04:09 PM
gua pon dah lupa kat mana RnR tuh, dah minom melloo.. ais jadi x marah laaa.....

~DonJuan~
19-04-09, 09:35 AM
hehehehheheheheeee...buat2 tanya lak lu org ni R&R Utara la tu..kekekkekekeekkee...tapi kan stock lu ingat tak masa kat selatan kita buat rombongan cik kiah lepak parking ngantuk nya psl last2 jadi lain mcm bunyi2 dgr...ngantuk pun ilang...missteeriiiii...

stocksimpan
20-04-09, 04:10 PM
bro dj, tu dah masuk bab lain tu. "Jangan biarkan diri anda dibelenggu misteri...." oleh itu pegilah parking kat tempat lain hehehehehe.... ramai2 pon cuak jugak!

Morfin
20-04-09, 06:42 PM
klw kene BJ smbil drive mmg x mengntok..
tp bole jd jgk nk terbabas ke ape..
sedap sgt kot..
hahah
korang try le tgok cite scary movie..
kn ade part BJ smbil drive yg g lggar anak sndiri tu..
hahahaha

adie_kasim
06-05-09, 04:26 PM
Ahad lepas aku baru balik dari kampung kat Perlis. aku bertolak kul 6ptg. biasa la ada anak kecik, bawak slow2. sepanjang jalan aku ngantuk. macam2 aku buat, minum, makan gula2, makan kacang, tarik idung, korek idung, tampar muka. last skali satu je ubatnye, tido kat RnR.
Bayangkan, kul 6 ptg bertolak, kul 7 pagi baru sampai shah alam. memang best, travel 13 jam... siap amik mc lagi, malas nk pegi keja..

Midnakal
06-05-09, 04:35 PM
Ahad lepas aku baru balik dari kampung kat Perlis. aku bertolak kul 6ptg. biasa la ada anak kecik, bawak slow2. sepanjang jalan aku ngantuk. macam2 aku buat, minum, makan gula2, makan kacang, tarik idung, korek idung, tampar muka. last skali satu je ubatnye, tido kat RnR.
Bayangkan, kul 6 ptg bertolak, kul 7 pagi baru sampai shah alam. memang best, travel 13 jam... siap amik mc lagi, malas nk pegi keja..

Gua tak nafikan ....lu di antara ketua keluarga yg paling bijak sekali.....safety come first. CooL seh!!!!

adie_kasim
07-05-09, 04:03 PM
Gua tak nafikan ....lu di antara ketua keluarga yg paling bijak sekali.....safety come first. CooL seh!!!!


kembang siott...

brew
16-05-09, 02:05 AM
Bayangkan, kul 6 ptg bertolak, kul 7 pagi baru sampai shah alam. memang best, travel 13 jam... siap amik mc lagi, malas nk pegi keja..

Bro, aku pon pernah skali, dari kuala kedah 9 jam drive, ngantuk gila siap tertido. masa tu dalam kete aku sorang je boleh drive, lagi 3 orang anak buah aku masih primary school. tapi aku ada satu tabiat, bila mengantuk tgh bawak kete, aku akan menjerit dalam kete. sbb aku selalu buat gaya nie bila drive mengantuk balik dari keje malam. hahaha

Midnakal
16-05-09, 03:31 AM
brew tak terkejut ker penumpang dlm kereta lu bro.....wahhhhhh something new nieh.....boleh try nieh heheheh.

braine5
15-10-09, 02:00 PM
Pernah sekali drive back from Melaka to KL, really mengantuk sampai mata tertutp sendiri...HM cepat bangunkan i....ask me to stop at Perhentian Rehat..

she bought some chip.....keep on feeding me...
well...makan really help to reduce sleepy feeling

CtiE
15-10-09, 02:31 PM
pernah gak sekali aku balik n9, time tuh bwk mak n adik, drive mlm mmg mengantuk sgt2, ngah drive bole trtido mata mmg dh berat.. last2 sgah RnR seremban bsuh muka rehat jap pstu suh adik p beli air redbull, dh segar skit mata baru truskn perjalanan... sekarang ni klau nk drive ke luar kl aku pasti kn ada air redbull... ngntuk cmne pun bila minum air tuh rasa segar jer...

miniz9797
20-07-10, 06:21 PM
2 tahun lepas 2008, baru balik frm Overseas pagi tu, dengan penat & jetlag nya lagi, wifey dtg pick up kat KLIA & terus kena drive ke Melaka coz ada member nya bapak meninggal. After zohor , kebumikan semua settle, gerak frm Melaka nak balik Damansara ikut Highway nak keluar Sg Besi. On the way tu,stop by R&R Seremban dulu, makan baikkk nya nasi campur .... burppp , perut kenyang + mata stoned ngantuk + jetlag = cari pasal la .
About 5 km before Toll Sg Besi Highway tu pulak jam giler2 tak hingat punya. If not mistaken Polis roadblock after Tol Sg Besi pasal Hindraff2 ni la kut. Wifey kat sebelah dah hanyut Zzzzzzz . Tinggal la wa sorang... Keta automatic, slow2 ... tekan brek, tekan minyak, tekan brek. Next thing wa sedar dah melekat kat keta depan Mercedes A class, masa sedar tu tgh tekan pedal minyak.... vroommmmm rpm meter bout 3500. Terkezut, terus let go minyak, tekan brek & Neautral gear. Turun2 tgk bonet depan wa dah melengkung, bumper dah straight depan. Nasib baik tak kena lampu, Radiator & aircond . Sikit lagi nak kena. Nasib baik Honda. Brader depan yg Mercedes A class tu pun gentle & cool. Keta dia Flat terus Blakang & lampu blakang dia pecah. Dia dgn anak dia turun tak marah, juz cakap ngantuk yea, dia pun ngantuk.... Kita settle kat depan sana lepas Toll Petronas.
Get all the datails, dia pun cakap , buat polis report & claim insurance je la. Terus jadi member..
Lesson lerned : As Bro Midnakal said: safety come first

nurul_kaseh
21-07-10, 09:28 AM
aku penah masa tengah bawak moto..ngantuk giler time nak gi keje, hampir2 tebabas masuk parit kecik..bole aku nak tetido masa tengah bawak moto tuh
huuu nyaris2 ar..kalau x dah lama jadik arwah
dulu masa memula keje kat Putrajaya ni, aku duk kat Bt.9 Kg. Medan, sekampung ngan bro TS tu (hye bro, sori ketik nama bro..heheh) perjalanan dari situ- opis amik masa dlm sejam setengah gak..so, ngantuk mmg xleh nak elak pnyer...2,3x gak aku berenti kat petronas@shell unt ilangkan ngantuk...x tahan aku wehh!!
----- tapi tu sume citer zaman dolu..now aku dah bawak keter gi opis, moto pon aku dah x pandang..he2..tapi time drive still leh ngantuk gak padahal bkn jauh mana ponn..nape ek? adoiiii korang leh bg tips x kat aku? hu2......

xerox
22-07-10, 10:11 AM
tajuk paling risau aku ni..

aku kalau bawa moto time keje memang akan ada time ngantuk.. skang ni je dah kurang sket.. tips nye aku gi minum n makan dulu kat warong sebelum aku gerak.. n aku kena belasah nescafe ais pagi2 buta dulu.. paling penting pagi2 mesti kena ceriakan diri.. sembang ngan member.. gerai ka apa.. bagi ilang tol urat2 ngantuk. bagi betol2 segar mesti wak moto leh tahan,


camni.. dulu aku memang kategori tido lambatla time malam.. pagi bangun.. pi keje selalunya mengantuk ni akan mengganggu aku.. selalu kalau time bawa slow laa.. memang tak tahan.. selalu gak laa terlelap atas moto sampai terlajak jalan.. kalau kata nak berlanggar n xsiden tak yah cakap laa.. memang dah lama arwah... tapi nak cakapla, sebab tak nak kenang.. memang ngeri.. aku pernah xsiden n jatuh longkang pun time bawa moto ni..

maslah kedua aku ni lak,, time kalau aku tak cukup tido atau terlalu letih sangat.. pagi mai pun ok tak ngantuk.. petang lak wat perangai.. mengantuk juga time petang pun...paling tak leh percaya.. aku pernah terlelap time hujan lebat.. bawak motor.. aku seniri pun tak leh bayang.. maslah aku kire kritikal oo..

n kalau bawa keta pun tak terlepas daripada masalah ni... selalunya badan kita kurang oksigen.. ia akan mengantuk.. kalau bawa keta time jem la aku paling ngeri n tak mau bawa.. tim keta banyk.. bawa pun aagak perlawan.. atau memang time jem.. aku memang ngantuk.. tapi kalau aku duk sebelah memang dah lama aku belasah tido.. hehhehehe..

tapi sekarang ni alhamdulillah.. dah ok la sket.. kena bagi badan rehat tol2.. tak dak masalah sangat.. badan terlalu letih jadik la camtu.. terbaru ni.. time gi johor ada gak nak trlelap.. dari air keroh nak ke pagoh tu.. ada gak ngantuknya... tapi aku amik hp aku pasang lagu black metal masuk telinga.. segar terus.. hehehehe...
ni pun sebab lama tak drive jauh2...

sebab nunggang moto ngantuk ni selalunya pejalanan tempat keje lebih daripada 45 min ke atas.. boring duk atas moto

blackangel
29-03-11, 03:14 PM
saya pulak mmg dah lama dah berkecimpung dalam bidang kemengantukkan ni.tiap kali drive je musti ada je pemberat kat mata aku nih.drive awal pagi ke keje n malam ke rumah.time fresh dan penat.sama jek keadaannya.skng ni nasib bail lagi la.ttdo kat selekoh pon still xjadi pe2 lagi.walau penah masuk jalan opposite depan ada lori pun,saya boleh elak lagi.hehe.riak pulak.pendek kata,saya mmg kaki ngntok.mayB BJ boleh buat segar.anyONE??:blowjob:

abgbesar
29-03-11, 11:10 PM
bahaya wooo bawak keta/moto ngantuk2 ni..... bahaya kat diri sendiri, bahaya kat orang lain.... aku selalu ngantuk time2 tengahari, lepas main golf ke lepas makan ke.... kena pulak time2 hujan... mata ni rasa dah melekat jee... tapi nak solve benda ni senang je.. carik R&R ke stesen minyak ke, terus tidur laa.... 5 minit pun jadi... lepas bgn tu terus rasa segar... pernah sekali tu aku nak balik rumah, kurang dari 10km nak sampai rumah, sebab ngantuk punya pasal, aku berenti stesen minyak terus tidur.... not worth the risk drive ngantuk2 ni...