View Full Version : Objek atau benda-benda misteri, percaya atau tidak? Terpulang kepada anda.....
Tokpedang
23-12-07, 02:30 AM
Salam dan sejahtera kepada sahabat-sahabat MK semua.
Tujuan Tok memulakan thread ini adalah untuk kita sama-sama berkongsi pengetahuan berkaitan objek atau benda-benda yang boleh dikatakan pelik, ajaib atau misteri dan dipercayai mempunyai hikmat-hikmat tertentu terhadap sesuatu senario atau keadaan. Mungkin sahabat-sahabat MK pernah melihat, mendengar cerita atau mungkin juga memiliki objek2 tersebut untuk kegunaan tertentu atau sebagai bahan koleksi sahaja. Berdasarkan kepada kecenderungan Tok terhadap ilmu pengetahuan terhadap perkara-perkara berkaitan, maka thread ini dibuka untuk diperbincangkan bersama. Percaya atau tidak percaya, bergantung kepada persepsi masing-masing terhadap kejadian alam ini, yang menjadi pegangan oleh sahabat-sahabat MK sekelian.
Tokpedang
23-12-07, 02:42 AM
Sebagai permulaan, Tok akan membincangkan berkenaan satu ciptaan Tuhan yang diberi nama BULU PERINDU (Bukan Buluh Perindu). Semua orang pernah mendengar akan Buluh Perindu dan kegunaannya tetapi yang ini adalah Bulu Perindu. Mengikut cerita yang pernah dikhabarkan orang, Bulu Perindu ini lebih kurang sama kegunaannya dengan Buluh Perindu malahan mungkin lebih daripada itu.
Dari segi bentuknya, ia samalah seperti sehelai benang yang keras dan agak kasar. Yang anehnya Bulu Perindu ini jika dibasahkan dengan air biasa, maka ia akan bergerak-gerak dengan sendirinya. Pelik tetapi benar. Ia tetap makhluk tuhan dan mungkin dijadikan dengan kegunaan dan hikmat yang tersendiri.
Percaya atau tidak percaya??? Terpulanglah kepada anda. Barangsiapa yang tahu dan pernah melihatnya bolehlah memberi sedikit komen atau penjelasan berkaitan Bulu Perindu ini......Sekian:-??
spongebob
23-12-07, 07:02 PM

BULU hape ni tokpedang.... mana datangnya Bulu nih....dia cabut dari binatang ke..orang ke..atau dari tumbuh2an....pertama kali saya mendengar citer pasal bulu perindu nih.....
Anyway..just nak kongsi pengalaman with u guys tentang Besi Kuning... Besi kuning ni dia halus jer cam jarum peniti tapi mengikut kepercayaan orang2 kita...Besi ni boleh membuatkan seseorang yang menyimpannya kebal atau tidak ampuh di tikam senjata... (itu semua kuasa tuhan)...
Pernah ada satu kes...dimana seorang kawan nih..terlibat dalam kemalangan kereta...keretanya hancur remuk (total lost) tetapi beliau cuma mengalami luka2 ringan sahaja...bila di ceritakan balik detik2 itu..beliau mengatakan ada membawa besi kuning didalam poket seluarnya... (itu semua kuasa tuhan) mungkin belum ajal....
Tahun lepas..saya berkesempatan untuk memegang besi kuning milik kawan tersebut yang telah membawanya berjumpa dengan seorang bomoh bagi tujuan tarik nombor...kekekekkekekee...(aku ikut jer oiiiiiii) ... memang bomoh tersebut mengakui besi tersebut ialah besi kuning yang mempunyai khadam yang menjaganya....
Maka untuk membuktikan besi itu ampuh bagi yang memegangnya..maka saya telah disuruh untuk mengenggam besi kuning itu di telapak tangan...dengan pucatnya saya melihat bomoh tadi mengeluarkan pisau untuk menguji besi kuning itu tadi keatas saya...(nasib baik tak ditikamnya perut aku)...
Pisau tadi digunakan untuk memotong 3 helai rambut dikepala saya...dan yang ajaibnya...rambut itu memakan masa yang lama untuk putus....selepas memulangkan kembali besi kuning itu ....rambut saya dengan mudahnya di potong dengan pisau yang sama.....
Walaupun kagum dengan keupayaan besi kuning itu tadi...saya tetap berserah sepenuhnya kepada tuhan...kerana setiap sesuatu yang istimewa itu datang darinya....
Tokpedang
23-12-07, 11:49 PM
BULU hape ni tokpedang.... mana datangnya Bulu nih....dia cabut dari binatang ke..orang ke..atau dari tumbuh2an....pertama kali saya mendengar citer pasal bulu perindu nih.....
Hehehheh, tima kasih bro kerana berminat nak tahu pasal bulu perindu nih. Mengikut cerita yang Tok dengar, sebenarnya bulu perindu ni datangnya daripada Buluh Perindu jugak. Dia kira macam akar la pada buluh tu cuma letaknya tidak di dalam tanah tetapi di sekitar ruas batang buluh perindu. Dia ni bukan bulu kote tau, walaupun bentuknya ada sikit macam bulu kote...ngeh ngeh ngeh. :Finger_fing22:
Tokpedang
24-12-07, 01:32 PM
Anyway..just nak kongsi pengalaman with u guys tentang Besi Kuning... Besi kuning ni dia halus jer cam jarum peniti tapi mengikut kepercayaan orang2 kita...Besi ni boleh membuatkan seseorang yang menyimpannya kebal atau tidak ampuh di tikam senjata... (itu semua kuasa tuhan)...
Tok pun pernah dengar berkenaan hikmat besi kuning ni. Biasanya orang Melayu dahulu kala akan menggunakan besi kuning ini untuk dibuat senjata seperti keris umpamanya. Besi kuning ini akan dicampurkan dengan besi waja dan lain-lain jenis besi bertujuan untuk memantapkan lagi senjata tersebut. Andaikata sebilah pedang dicampurkan dengan besi kuning, maka pedang lain akan patah dalam pertempuran.
Pun begitu ada manteranya dan khadamnya seperti yang pernah diceritakan orang. Ia tidak kosong. Sekiranya kita berjumpa dengan tukang besi atau 'pandai besi' yang khusus membuat senjata, kita boleh bertanyakan dengan lebih lanjut berkaitan besi kuning ini. Bagaimana pula dengan Besi Khursani???? Ada sesiapa boleh bagi info????
Powered by vBulletin® Version 4.1.10 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.