PDA

View Full Version : Support Our Local Movie - Cuci



heiya
21-01-08, 02:27 PM
Assalammualaikum salam sejahtera

dengan rasa rendah diri...aku nak mengajak korang menonton filem Cuci reramai...ada ke sesapa yang sudi....diorang mula tayangkn filem tu minggu ni..so aku cadang kita tgk next week lepas keje...ke...apa ke...anyway ada yg interested ke....

support our local movie!!!

gigs
21-01-08, 05:50 PM
Assalammualaikum salam sejahtera

dengan rasa rendah diri...aku nak mengajak korang menonton filem Cuci reramai...ada ke sesapa yang sudi....diorang mula tayangkn filem tu minggu ni..so aku cadang kita tgk next week lepas keje...ke...apa ke...anyway ada yg interested ke....

support our local movie!!!

Weh.. mau ajak tgk wayang, kasi up kat Board Gathering ler. Sini buat review dah le. Apapun, citer ni tmasuk dlm list MESTI TONTON gua.

http://farm1.static.flickr.com/144/389864481_4a22c4d5f1_o.jpg


Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.

Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.

Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.

“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.

Antara Barisasn Pelakon “CUCI”

Awie:
Jojo

Afdlin Shauki:
Fairil

Ac Mizal:
C’Tan

Hans Isaac:
Khai

Erra Fazira:
Cj (Siti Jasmin)

Umi Aida:
Farah

Dato’ Rahim Razali:
Tan Sri Rahim

Khir Rahman:
Wira

INFO FILEM CUCI:

1. Filem CUCI adalah buah tangan pertama Hans Isaac sebagai pengarah filem. Filem ini menjadi kayu ukuran kepada filem beliau yang akan datang. Persoalannya, mampukah Hans Isaac mencari identitinya sendiri dalam gaya pengarahannya atau masih terbawa-bawa dengan cara sifoonya, Afdlin Shauki.

2. Kesemua tunjang utama filem ini iaitu Hans, Afdlin Shauki, AC Mizal dan Awie pernah menjayakan filem arahan Afdlin Shauki iaitu Baik Punya Cilok. Soalan yang pasti ditanya oleh wartawan, mengapa memilih kawan-kawan atau perkataan yang lebih tepatnya KRONI. Bukankah diluar sana masih ramai lagi pelakon di Malaysia yang boleh ditawarkan?

3. Pengambaran filem ini dibuat di sekitar Kuala Lumpur.

4. Melihat kepada barisan pelakonnya, tidak dapat saya sangkalkan bawa aspek komersial menjadi keutamaan. Saya rasa filem ini akan berjaya mengamit ramai peminat ke pawagam. Semua orang mahu untung. Siapa mau rugi kan?

5. Filem ini mempunyai komedi yang berlainan dengan “Baik Punya Cilok”. Ianya lebih menekankan kepada realiti kehidupan dan logika pemikiran. Ada setengah filem komedi mengetepikan aspek sedemikian.

6. Filem ini diterbitkan oleh syarikat milik Hans Isaac iaitu Tall Oaks Production dengan usahasama Tune Entertainment Group Sdn Bhd.

7. Saya rasa Hans Isaac banyak mendapat sumber inspirasi daripada Afdlin Shauki. Setelah berlakon, Hans ingin menjadi pengarah dan penerbit serta penulis skrip. Kemudian apa lagi? Menyanyi je Hans Isaac belum buat. Mahu cuba bikin album pula lepas ni? Peranan Hans memang besar untuk mengangkat filem ini ke mercu jaya. Saya pernah terfikir, laratnya Hans Isaac buat semua benda dalam satu masa. Jawapannya satu sahaja, Gigih! Rajin berusaha tangga kejayaan.

Apa-apa pun, tunggu sahaja filem ini ditayangkan awal 2008.

Dipetik dari tvpopularonline.blogspot.com

megatRaden
22-01-08, 08:53 AM
aku nak jadi penonton filem ni yang pertama sebab aku xpernah terlepas nak tgk kalo brother aku yang 4 orang ni berlakon..aku tgk trailer die pon aku dah bley bantai gelak.so aku rasa kita semua kena tgk citer ni disamping dapat menyokong industri perfileman kite.idup han isak hahaha.brother korang memang huru hara..cayalah

flame13th
23-01-08, 12:35 AM
Either it is Afdlin or Hans movie, I wouldn't miss it for the world. Currently waiting for Los Dan Faun from Afdlin Shauki.

gigs
23-01-08, 11:23 AM
Bagi gua, Afdlin punya movie adalah movie yang berotak. So, kalu Hans buat movie, dia meletakkan Afdlin sebagai sifoonya, maka jadilah movie itu juga sebagai movie yang berotak.

Kalau rasa nak tgk movie ni ngan geng MK, sila jejak;
http://www.mk-portal.org/forum/showthread.php?t=4433

flame13th
24-01-08, 08:45 PM
Just watched this movie. Simply hilarious. The ending is similar to Sumolah.

Horatio
24-01-08, 11:50 PM
Harap2 filem ni tak kena sabotaj dek online booking macam yg afdlin selalu cakap dlm blog dia....


nak booking konon penuh, tapi bila pergi dan masuk x penuh pun...

nak selamat gi MBO Galaxy Ampang.. x der online booking.. high potential dapat tiket..

gogeta
31-01-08, 03:01 PM
Ada jugak jenis sabotaj camtu.. tapi Afdlin slalu jadi mangsa.. tengok la cam cite "Sumolah".. cite dah ok.. waktu tayangan lak skali dgn Spiderman & Pirates and pengarah Melayu lain mmg x amik slot tu.. lepas tayang 2-3 hari, panggung pon xnak tayang lagi.. sebab x untung kononnya..

Sabtu lepas aku dgn mem aku gi TGV One Utama nak tengok Kala Malam Bulan Mengambang.. tapi salah panggung tertengok la Meet The Spartan sampai abis.. tapi sebab Meet The Spartan sejam lebih sket aje.. abis tu aku gi la tengok Kala Malam Bulan Mengambang.. walaupun dah nak sampai ujung2..

Tapi isu yang nak aku bangkitkan di sini.. Filem Cuci x tersenarai (aku gi pada 26.1.2008) padahal kata start tayang pada 24.1.2008.. yang Meet The Spartan lak kata start tayang 31.1.2008 tapi 26.1.2008 dah kuar... ada unsur2 double standard ke?

Horatio
01-02-08, 08:25 PM
Aku dah pergi tengok Cuci.. tengok di MBO Galaxy Ampang yang aku memang minat pergi.

Keseluruhan cerita, kalau 10 bintang, aku bagi 9.5 kat cuci..

Lawak selamba, lawak tak disangka-sangka (salah satu part : khir rahman ngan hans tentang mata pastuh khir rahman kelip mata), ada mesej.. puas gelak..

worth every single cents you pay... puasnya macam tengok Rambo 4....

cayalah afdlin n gang

gigs
02-02-08, 02:48 AM
Gua ngan beberapa geng MK dah pegi tgk citer ni. Memang best. Antara citer Melayu yg best la... Ini cerita ada nilai2 moral dan kritik. Ini barula dikatakan cerita ada otak.

puding
02-02-08, 03:22 PM
yeahh ..
review dari aku yang dah tengok jugak ..
very nice movie ...
lawak banyak msg ..
takde lawak merapu sangat ..
gua syok sama itu 4 orang jantan tu
heppening

ekeleh
03-02-08, 02:11 PM
aku dah tgk dah citer nie, best memang best, lawak memang lawak, tapikan..
cara diorang menang pertandingan utk lawan tander klcc tu.. alamak..
boleh lak pihak lawan last minit disqualified. tu kira menang nasib ke apa tuh?

tapi apa2 pun aku tetap sokong movie tempatan kita!

NeoCyber
04-02-08, 06:21 AM
aku dah tgk cerita ni..

rasa plot dia tak kemas sangat macam baik punya cilok laa!

watak jahat pun .. tak jahat sangat!

kira ok laa! :) layan jer.. :) enjoy jugak!

FLO
04-02-08, 12:20 PM
aku dah tgk cerita ni.. - betul ke ko tgk neo?? ekekekekekek

rasa plot dia tak kemas sangat macam baik punya cilok laa! - ntah2 ko yg tgh kemas kini kot dlm panggung tu, ko p sorang ke berdua?:icon_biggrin:

watak jahat pun .. tak jahat sangat! - ko ada berlakon watak jahat tak masa tgk file CUKI tu?

kira ok laa! :) layan jer.. :) enjoy jugak!

bnyk persoalan yg neo perlu jawab ni...sbb review neo agak berbeza dgn org lain.e.kekekeke:icon_biggrin:

NeoCyber
04-02-08, 12:47 PM
weh.. betul laa aku tgk..

biasa laa aku lone ranger..! aku ada masa .. aku cilok pi tgk wayang kejap..!

apa yg korang rasa review aku tak memuaskan hati korang ni :D

jalan cerita tu ok laa!

tapi .. cara pengolahan plot tu. longgar ler! itu aje laa komen aku! tak de laa kata citer ni tak best ke apa... :)

macam mana aku kata longgar?

- plot percintaaan antara erra dgn hans tu.. tak di tunjukkan dgn detail .. tiba2 aje.. sebab terpandang kat cermin..dah jadi suka.. chemistry tu tak di developkan dgn real..

- plot-plot lain pun.., macam tiba2 aje jadi..! tiba2 laa dengar ada pertantingan WCC? tiba2 jugak kontrak sykt wira nak tamat.. (sebab musabab tak di ceritakan melainkan di tunjukkan watak jahat tu je.. (lebih kepada belagak kalau aku tgk)..

- lain2.. ok laa.! :) kang komen banyak2 .. ko kata aku tak suka citer melayu :D

hakikatnya! aku antara ribuan penonton lain yg tak pernah miss filem2 afdlin shauki and the geng!

dan aku berharap sangat agar dia boleh tingkatkan lagi kualiti nya, utk filem2 akan datang!

sayang beb! filem ni.. antara projek awal Tune entertainment, mesti tak boleh flop! diaorang dah ada backup finance yg gila besar kat belakang! cuma tinggal nak buat filem yg baik saja!

FLO
04-02-08, 01:01 PM
weh.. betul laa aku tgk..

biasa laa aku lone ranger..! aku ada masa .. aku cilok pi tgk wayang kejap..!

apa yg korang rasa review aku tak memuaskan hati korang ni :D

jalan cerita tu ok laa!

tapi .. cara pengolahan plot tu. longgar ler! itu aje laa komen aku! tak de laa kata citer ni tak best ke apa... :)

macam mana aku kata longgar?

- plot percintaaan antara erra dgn hans tu.. tak di tunjukkan dgn detail .. tiba2 aje.. sebab terpandang kat cermin..dah jadi suka.. chemistry tu tak di developkan dgn real..

- plot-plot lain pun.., macam tiba2 aje jadi..! tiba2 laa dengar ada pertantingan WCC? tiba2 jugak kontrak sykt wira nak tamat.. (sebab musabab tak di ceritakan melainkan di tunjukkan watak jahat tu je.. (lebih kepada belagak kalau aku tgk)..

- lain2.. ok laa.! :) kang komen banyak2 .. ko kata aku tak suka citer melayu :D

hakikatnya! aku antara ribuan penonton lain yg tak pernah miss filem2 afdlin shauki and the geng!

dan aku berharap sangat agar dia boleh tingkatkan lagi kualiti nya, utk filem2 akan datang!

sayang beb! filem ni.. antara projek awal Tune entertainment, mesti tak boleh flop! diaorang dah ada backup finance yg gila besar kat belakang! cuma tinggal nak buat filem yg baik saja!


bagus neo...baru wa percaya lu p tengok..bukan buat wayang CUKI
kalau semua boleh kasi review mcm ko kira penonton sudah mula pandai
jadi x heran la...kalau filem TANGKAP BUANG kat panggung x laku

jwpn psl ERRA dan HANS tu agak mudah utk di rungkai..knp? walaupun dia cuma tgk dlm cermin je dia dh jatuh cinta?? ko x tau ke hans n erra kan dh bercinta kat luar filem..(dulu la:icon_biggrin:) jadi x heran la filem ni x menceritakan secara detail ttg perhubungan mrk (ni kalau neo baca mesti dia bengang ni:icon_biggrin:)

PERTANTINGAN?? uiksss tu perkataan baru tu..TANG TING TUNG..ekekk
mmg la ko tak tau..itukan pertandingan indoor yg KLCC anjurkan..knp ko x dpt ke flyer tu?? tu la asyik kerja mlm je..dh x ingat dunia siang ni:icon_biggrin:

wa tau lu suka cite melayu beb..tu pasal wa suka kawan sama lu..tp setahu wa..lu suka tgk 3GP melayu je..sejak bila lu suka layan filem CUKI ni :icon_biggrin: ..abis dah ke ko DL semua 3GP melayu??wakakakakka

wa jg x pernah miss cite Afdlin n gang ni....ekekekekeke

alaa neo TUNE duit bnyk..kl CUKI flop poppy sekali pun..jual je satu 737 tu..boleh la kaver balik modal...siap boleh buat 7 filem lagi..betul tak ..datuk tony...:tvhappy:

gigs
06-02-08, 04:04 AM
Neo.. gua rasa x salah apa yg skrip dan citer yg diorg buat tu

- plot percintaaan antara erra dgn hans tu.. tak di tunjukkan dgn detail .. tiba2 aje.. sebab terpandang kat cermin..dah jadi suka.. chemistry tu tak di developkan dgn real..
> Kisah ni adalah kisah 4 sekawan (saudara) dan bukannya kisah cinta. Cinta antara erra dan Hans tu hanya sub plot, jd x perlu detail

- plot-plot lain pun.., macam tiba2 aje jadi..! tiba2 laa dengar ada pertantingan WCC? tiba2 jugak kontrak sykt wira nak tamat.. (sebab musabab tak di ceritakan melainkan di tunjukkan watak jahat tu je.. (lebih kepada belagak kalau aku tgk)..
> Kisah bermula di penghujung kontrak Syarikat Wira nak tamat dan mmg Tan Sri nak wat pertandingan utk mencari pengganti yang layak. Mender ni kita dapat lihat dlm scene Erra ngan mamat ntah apa nama dia -WIRA- dlm restoran.

Hehehe...
jgn marah ye Neo..
Cerita ni bukanlah sempurna, tapi bagi gua antara cerita yg agak kemas. Gua memang sebolehnya nak tgk citer Melayu kalu ada masa. Sementelah gua merupakan Graduan Pengajian Filem dan Penyiaran, major dalam Seni Pengarahan Filem. Hehehe.. Cuma x keje bidang tu je. Tp, sedikit sebanyak masih ada lg serdak2 ilmu tu dlm kepala otak ni.

Sivajhi
07-02-08, 01:52 AM
worth every single cents you pay... puasnya macam tengok Rambo 4....



Biar betul puas macam tengok Rambo 4? Tak best la Rambo 4, tak macam dulu. Dah takde pisau Rambo dan panah yang ada bom kat ujung panah. Identiti Rambo dah takde... huhuhuhu..

Maybe hujung minggu ni aku gi tengok cuci. Support jugak filem tempatan ni, walaupun sesetengahnya cam hampeh.. terutamanya karya Prof tu... (taknak sebut nama, nanti peminat dia kat sini marah :) )

nunu
02-05-08, 05:48 PM
Movie Cuci dah lama berlalu, tiada perbincangan lagi di tambah maka thread ini diTUTUP. Terima kasih diatas posting-posting anda.