PDA

View Full Version : Netbook in Market -Acer, Asus, HP Dan Lain lain

akudaramu
19-08-08, 10:27 AM
Dara bercadang nak beli laptop baru... tapi tak tau mana satu nak pilih: Acer One atau Asus EEE PC 900. Berikut adalah kelebihan/kelemahan yg Dara dah tapis: -

Asus eee pc 900:
1. WinXP
2. 900Mh, Intel Celeron M
3. 9" screen & 1.3m webcam
4. 1G DDR2
5. 30G HDD
6. Wifi
7. RM1399

Acer one:
1. WinXP
2. 1.6Gh, Intel Atom
3. 9" screen & 1.3m webcam
4. 1G DDR2
5. 120G HDD
6. Wifi
7. RM1699

Ulasan terakhir: Dara lebih suka Asus pasai dia murah w/pun HDD dia kecik... Dara pun dah ada portable HDD 80Gb yg tak berapa guna pun...

krak
19-08-08, 10:39 AM
Cik dara, Perbezaan antara Asus vs Acer tapi tak nampak pun Acer punya Spec. Kekekeke.

Pada saya dua2 mini laptop tu ok. Tak de banyak beza antara keduanya. Cuma tak ada DVD-ROM sahaja. Tapi tak apa ada USB port boley cucuk. External HD tu memang wajib la sebab Internal Hard Disk dia cuma 8GB sahaja (Cukup untuk Install OS XP). Kalau tak silap saya 1st Model (EPC900) yg dara listkan tu internal HD SSD adalah 12GB sahaja manakala model yg 2nd (EPC1000) tu 40GB (SSD) + 20 GB (Storage). Bagi yg suka lepak kat Free WiFi Zone baik ambil yg guna Intel Atom tuh (EPC1000) sebab ia adalah Low Voltage Processor. Jimat Battery woo.

p/s : Selim pun ada tanya saya pasal ini EEPc tak tahulah ia sudah beli atau tak. Cuma pm dia camner peformance dia mungkin dia guna RAM 193 laju siut....

akudaramu
19-08-08, 11:04 AM
maaf, lupa nak sertakan analisa perbezaannya.
Apa beza SDD dan storage yg dimaksudkan???

L.S.D
19-08-08, 12:17 PM
SDD ke HDD? :D

HDD tu ialah Hard Disk Drive, kira = storage la.

Pendapat saya, ambik yg RM1.699 tu aje. Sebab:
1. 1.6Ghz compare to 900Mhz aje.
2. 120GB HDD compare to 30GB HDD aje.

Yg lain nampak macam sama aje :P

krak
19-08-08, 12:56 PM
SSD - Solid State Drive, dah lama digunapakai SONY VAIO T Series. Kekekeke cuma kita jer tak perasan. Teknologi sama seperti Solid State Memory (Flash RAM) aka SRAM or DRAM atau lebih sesuai RAM Drive. Transfer Rate lebih laju dan Tiada Latency seperti normal HDD. Ianya juga lebih Mahal dari HDD biasa. Buat masa ini Storagenya adalah sangat Limited. Paling besar pun rasanya dalam 20GB sahaja.

Storage atau HDD - Hard Disk Drive. Normal Hardisk untuk laptop 2.5" dan bla bla bla, semua orang tahu kan.

akudaramu
19-08-08, 01:42 PM
ada satu abang nie... dia pm dara, dia kata amek asus kerna kualiti dia bagus...

1 soalan tambahan. kalu original acer one tu... dia bagi 8G SSD aje, kalu tambah lagi normal HDD 80G ker 120G ker... buleh ker??? atau kena buka SSD dan ganti dgn HDD??

L.S.D
19-08-08, 03:54 PM
Apasal susah-susah? Ambik thinkpad je :D wakakaka. I ada satu, harga RM3K :P

krak
19-08-08, 04:41 PM
ada satu abang nie... dia pm dara, dia kata amek asus kerna kualiti dia bagus...

1 soalan tambahan. kalu original acer one tu... dia bagi 8G SSD aje, kalu tambah lagi normal HDD 80G ker 120G ker... buleh ker??? atau kena buka SSD dan ganti dgn HDD??

Pn. Dara, dia dah mai dengan SSD, standard Mobo dia pun hanya support SSD dan bukannya HDD, so kebrangkalian nak tukar ke HDD adalah zero. Jika nak guna mini pc sekadar nak browsing mk's ke apa ke, check email dan guna applikasi yg ringgan so jawapan dia YES, jika nak guna untuk run applikasi yg berat2 mintak maaf jer lah.

Bagi saya saya akan beli Acer sebab warranty dia Tip Top jika ada problem. Lagipun Design dia nampak compact sikit compare dgn EEEPc. Warranty Asus Service center saya tak ada idea.

p/s : Tak perlu Tukar Hard Disk. Boleh guna portable HD act as a Storage.

akudaramu
19-08-08, 07:48 PM
Bro LSD,
Thinkpad takde dlm senarai pendek.

Bro Krak,
promosi tu offer Acer dgn 120G hdd, itu yg heran tu... ori cuma 8G SSD.
Acer mahal, cantik dan kompek... sentiasa menjadi perhatian org ramai dan kegemaran kaki2 copet... tak senang hati nak surfing di kawasan awam... Tapi adalah satu kelebihan,
makanya yg mana satu yg lazat nie??? selain cantik dan warranty...

krak
19-08-08, 09:56 PM

Original memang ia datang dengan 8G SSD tapi sekarang dia offer sekali dengan Portable Hard disk 120GB. Sudah tentu la AspireOne lebih lazat nak nak dara pakai yg Pearl white tu, buat selamba jer bila public surfing sebab so far saya pakai Vaio Tz alhamdullilah tak de pun kaki2 copet jeling, awek jeling ada la ha ha ha....

NeoCyber
20-08-08, 07:42 AM
begini saja..

antara Asus EEpc dan Acer one.., persoalan sama yg bermain di kepala kawan baik aku last month.

tau tak last-last dia beli apa?

- Acer One..

tapi, pilihan terakhir - jatuh kepada dara juga.., nak beli yg mana.

Asus EEpc - ringan., cukup utk stakat surfing.., dan guna laptop secara ringan. Biasa orang beli EEpc kalau dia dah ada laptop lain.

Acer One - design cantik.., guna teknologi mobile terbaru - Intel Atom CPU! sangat laju berbanding EEpc, dan sangat jimat battery. cuma ianya berat sikit.., sebab pakai hard disk 120GB. Tapi itu boleh juga jadi kelebihannya.., sebab boleh guna sebagai media player jugak.. tgk movie.., buat kerja pun boleh.., boleh install office dan lain2.

tips : kalau nak beli Asus EEpc., pastikan anda beli model terbaru! yang murah2 yg jual kat Low yat tu.. semua nak clear stok lama!

akudaramu
20-08-08, 03:09 PM
Itu yg susah tu.... tapi Neo, dari reply awak nie.. kelihatannya EEE takde msoffice ker???
dan acer one tu akan ada 8G SSD + 120G HDD, betul ker???

lebih banyak komen dan nasihat dan pandangan, lebih terbuka corak pemilihan dara nanti.. setakat nie dihati Dara... EEE masih mendahului Acer one... kenapa?? Murah! lagi pun mmg dah ada laptop lain, cuma nak satu lagi utk surfing di public area & simple works.

smut
28-08-08, 11:51 PM
aku rasa org yang beli laptop mini berdasarkan kepada ke'mini'an nya dan keringanan nya semata-mata.. tgk pada keperluan stakat surfing, main ym dan wat keje taip2 skit2 xdehal kire macam korang ckpla as a 2nd notebook..

tp bagi aku lg prefer pakai pda.. funtion lebih kurang gak .. cuma lagi kecik dan ringan..

pandangan aku la.. maaf off topic

akudaramu
29-08-08, 04:47 PM
Terima kasih sahabt mykakis seklian dgn pandangan, cadangan dan nasihat....
Dara dah membuat keputusan dan sudah membeli Asus EEE PC 900 dgn jayanya...
bila dah tawar menawar.... dapat ler harga RM1250...

krak
29-08-08, 11:49 PM

Okeylah tuh Pn dara, akhirnya eeePC jadi pilihan. Walau apa pun thread ini masih dikekalkan kerana akan terdapat model2 baru yg bakal dikeluarkan oleh kedua dua brand tersebut. So Mk's boleh refer apa2 INFO tentangnya di sini.

p/s : dara, weh screenshot sikit desktop yg digunapakai kat ur eeePC nak jugak kitaorang tengok.

chochobi
30-08-08, 12:39 AM
Terlambat nak kasi tau.. EeePC yg 1st model tu tgh offer kat kedai letrik yg besar kat tingkat 4 lowyat plaza tu .. RM 999. EeePC boleh masuk Windows XP kalau nak.. siap boleh masuk Office lagi.. tapi kalau nak ringan skit masuk Office 2000 ler.. 2003 pon boley gak..

akudaramu
31-08-08, 12:22 AM
chocobi, dah jumpa kedai tu... mmeng RM999, tapi stock lama yg dah 2-3 tahun, kemungkinan spare-part pun dah obselete.. nak upgrade semula pun dah makan lagi 2-3 ratus.. aleh2 sama harga dgn stock baru..
Dara punya ada mswork office, staroffice dan msoffice 2000, tapi Dara cuma activatekan ms office aje.. juga ada skype,

krak
09-10-08, 01:53 AM
Tadi baru jer tangkap AspireOne RM1,600.00 (Intel Atom, 160GB Hard Disk, 1GB DDR2 - Boleh add lagi RAM) untuk birthday present my daughter, Sekarang tengah explore dan testing dan install apa2 yg patut. Tadi juga sempat explore Eee PC 904 dan 1000. AAO lagi best. LCD dia lagi Crystal compare to Eee PC. Design pun more elegant. Bundle with XP Home Sp3, Microsoft Office 2007 (60 days Trial - Bakal di crack), McAfee dan Standard software. Later to UPDATE.

wawa
09-10-08, 07:58 AM
wahh,trus sambar aspireone emcek krak,
bg aku berbaloi pakai acer compare lain sb :
1.price lebih murah
2.spare part sng dpt n sng upgrade
3.service center ok n tiptop
4.finishing cun n mantap....da bom
hahahaha

krak
15-10-08, 09:22 PM
Pengguna Acer Aspire One. Jika nak activate Microsoft Office 2007 (60 Days Trial) boleh pm saya, Ulangi untuk AAO user sahaja.

p/s : Masih menunggu 6 Cell Battery on board (7 hrs boleh lasting kalau guna untuk normal surfing). Pasnih bawak AAO jer pi memana TT Mk.

NeoCyber
16-10-08, 08:28 AM
bagusnya..! kalau nak bali mini-pc.. belilah yg pakai Intel Atom processor.. jimat power.. dan lebih laju..!

saya dah 4 biji HP one note belikan utk kawan saya.., dia berkenan dgn HP small notebook tu.. pakai intel atom.., hard disk 120gb..! :)

pada saya.. sedikit berat.. pakai hard disk 120gb.., lagipun tujuan beli mini pc ni utk surf dan kerja2 ringan aje kan? jadi beli model yg pakai SSD (solid state disk) lebih ringan.. lebih jimt bateri.

penjilatCipap
17-02-09, 03:10 PM
dell pun ada mini pc kan.. support service cun..

JIMI
30-09-09, 01:00 PM
bagusnya..! kalau nak bali mini-pc.. belilah yg pakai Intel Atom processor.. jimat power.. dan lebih laju..!

saya dah 4 biji HP one note belikan utk kawan saya.., dia berkenan dgn HP small notebook tu.. pakai intel atom.., hard disk 120gb..! :)

pada saya.. sedikit berat.. pakai hard disk 120gb.., lagipun tujuan beli mini pc ni utk surf dan kerja2 ringan aje kan? jadi beli model yg pakai SSD (solid state disk) lebih ringan.. lebih jimt bateri.

Saya pulak sedang memilih antara 3 jenis netbook yang sedang bermain di kepala. Sama ada HP , ASUS atau ACER. Setelah pergi membuat window shopping di bahagian IT Shop Midvalley, saya mendapati kesemua model terkini netbook menggunakan processor Intel Atom. So, ketiga2 jenis netbook ni memenuhi citarasa.

cuma saya mendapati netbook ASUS EEE mempunyai kelebihan bateri yang mampu bertahan sehingga 10jam lamanya. menurut salesman ASUS itula. tak ingat pula model apa. cara nak format netbook ASUS ni pun agak ganjil dengan built-in tanpa mgunakan cd mahupun usb. ini sudah bagus tapi skrin plak biasa je xmacam HP dan ACER.

tapi HP dgn ACER netbook punya bateri untuk 2,3 jam sahaja. Hp dan ACER memang memenuhi citarasa saya untuk kategori hiasan luaran dan skrin. solid dan cantik. tapi saya tak nak abaikan juga dari segi spec..haiyaa rambang mata!!

saya cuma ingin menggunakan netbook untuk kegunaan MS Office, surfing dan movies. adakah patut saya membeli external DVD-ROM? minta pandangan bro KRAK. sila berikan testimoni SSD ACER Aspire One anda.. minta pandangan semua juga mana yang lebih bagus antara HP, ACER dan ASUS. Budget adalah rm2k

krak
01-10-09, 12:09 AM

Netbook teknologi menggunakan Low Voltage Power with High Performance Processor, Untuk Latest Requirement, Pastikan Processor yg digunakan adalah 1.6Ghz (Atom, Atom N270, N280) dan kalo ada Grapahic Card (Bukan Graphic Sharing) lagi bagus. Skrin Resolution juga dah ada 1280 x 800 (Kat market banyak 1024 x 600 - rasa tak puas bila tengok) dan hard drive pula at least 160GB (Kalau dapat Solid State Drive lagi bagus). 1GB RAM tuh paling minima la, lagi bagus add seketul lagi jadikan ia 2GB. OS pula buat masa ini hanya Window XP sahaja yg paling sesuai, Vista merangkak sikit. The Best, tunggu Window7 versi Netbook.

Dari segi battery peformance sekarang sudah banyak battery yg tahan sehingga 4-5 jam (practically) Go for 4 cell or 6 cell. Kebanyakkan Default OS untuk Netbook telah pun di installed dia dalam hard disk (System Partition) dan jika nak reformat to Factory Default hanya guna Software yg diberikan sahaja, ia akan install balik semua Software - macam baru beli. Tak perlu nak attached dgn DVD ROM atau sebangainya. Jika awak ter Delete All Partion dlm Hardisk tu awak terpaksa guna cara lain pula nak install semula OS tersebut (Kalau awak Pro senang jer).

Jarang sekali org attach Netbook dgn DVD ROM, guna sahaja ext hard disk sudah memadai. Port USB (at least kena ada dua) dah cukup dah untuk layan movie2 (Standard Defination la, HI Defination merangkak la)

p/s : My Acer Aspire One - ok jer dah setahun guna. Cuma nak cari battery 4 cell yg tahan lama sikit. Baterry original dalam 1 jam lebih sikit jer tahan.

Sivajhi
01-10-09, 12:39 AM
Aku adalah pengguna Asus EeePC 1000HE. Beli pada awal bulan 6 hari tu. Setakat ni memang puas hati. Lama gak buat survey nak ambik netbook ni. Banyak pandangan aku baca dari forum terutamanya forum Lowyat. Walaupun aku dari K.Terengganu, sanggup aku turun Plaza Lowyat pasal kat sini takde model 1000HE yang aku nak. Waktu aku beli masih mahal (RM1400 + percuma mouse je..), maybe sekarang dah murah kot...

Kalau ikutkan kecantikan pada model-model lain memang banyak model lain yang lebih 'comel' tapi banyak kelebihan yang ada pada Asus EeePC berbanding model yang lain.

JIMI
01-10-09, 06:52 PM
maklumat anda sekalian sungguh membantu dalam pemilihan saya utk mencari netbook yang sesuai. .thanx dude!! LOVE MYKAKIS

landmark1123heavy
02-10-09, 04:04 AM
Salam guys.

Sekadar nak beri pendapat je, memandangkan ramai pengguna sekarang ni memang berminat untuk memiliki netbook ni. Harga pun tak lah terlalu mahal. Bagi aku ia amat berbaloi berbanding membeli sebuah telefon bimbit yg harganya ribuan ringgit.

Kebetulan pulak, 2 hari sebelum raya baru-baru ni, member nak beli notebook so malam tu jugak kami turun ke KB Mall, dalam pukul 11 lebih dah. Syarat yang member aku nak, mesti kecik, tahan, ringan sesuai untuk bawa kemana-mana.

Sebelum ni aku memang tak pernah pegang netbook ni, hanya tgk orang lain pakai. Teringin untuk memiliki tapi rasanya membazir oleh kerana aku dah ada notebook. So malam tu menjadi sejarah pada aku gak la untuk lebih mengenali komputer jenis netbook dgn lebih mendalam.

Rasanya dulu ada sorang member beli netbook HP dalam harga tak sampai RM 1400 yg munggunakan platform Linux. Tapi sekarang ni aku survey, dah tak ada lagi. Aku rasa oleh kerana orang boleh format Linux then masukkan Windows, sebab tu budget netbook yg guna platform Linux dah xde. Aku rasa ler...

Sekarang ni semua harga netbook sama harga RM 1399 (maybe gak ada yg lain).Kat kedai yang kami pegi ni ada 2 jenis netbook jenis Acer & Asus EEE PC 1005HA. Harga sama tapi spesifikasi tak serupa. Netbook Acer RAM 2GB, tapi Netbook Asus RAM 1GB. Pengalaman aku membeli perkakasan komputer laa, brand Asus ni mahal sikit dari brand yang lain.

Bila buat berbandingan sedikit sebanyak kat kedai tu, EEE PC 1005HA menjadi pilihan. Walaupun dari segi jumlah RAM Asus hanya 1GB berbanding Acer, aku rasa tak jadi masalah. Sebab harga RAM sekarang murah, kita boleh upgrade sendiri. Apa yang lebih penting. ketahanan bateri Asus iaitu 10 jam. Bagi aku bateri yang paling penting, bagi memenuhi ciri-ciri sebuah netbook; sebuah komputer yang portable, ringan yang boleh dibawa kemana-mana. Kalau setakat bateri hanya tahan 2-3 jam, aku rasa tak memenuhi ciri-ciri netbook tu sendiri.

Rekabentuk Asus & Acer ni memang OK. Tapi bagi aku Asus nampak smart. Aku minat sangat warna hitam. Tapi member aku pilih warna putih. Nak bagi nampak macam mekbook katanya. Putih bukan tak cantik, tapi kena jaga elok2 sebab mudah nampak kotor. Keyboard Asus kalau kita rasa macam kesat sedikit. Ia akan menyebabkan kekuningan bila tak dijaga elok-elok.

Rupa-rupanya member aku ni tak tahu rerupanya netbook takde CDROM. Balik rumah baru dia perasan. Lawak betul. Memang semua netbook aku rasa tak ada CDROM/DVDROM. Aku pun taktau napa dia orang ni tak reka netbook yang ada CDROM kan senang. Aku pikir mungkin satu hari nanti mereka akan datang cipta sebuah CDROM yang kecil yg boleh dimuatkan pada netbook.

Problem gak pada malam tu, sebab member aku nak install Ubuntu Linux. Aku download Ubuntu Jaunty Jackalope versi Remix. Aku download fail image kat pc lain, dan extract ke dalam pendrive. Bila cucuk je pendrive pendrive tak boot. Ahh sudah!. Ini bermakna fail image Ubuntu tadi tak bootable. Berjam-jam aku cari jalan sehinggalah aku terjumpa program Win32 Disk Imager di dalam web 'help' Ubuntu. Akhirnya boleh la boot, install macam biasa, no problem.

Kadang-kadang aku boring gak beli komputer kecik ni. Paparan display tak besar. Kadang2 dia nampak macam tak ada ruang nak surf. Kena scroll. Macam Asus ni bila kita set ke resolusi yang paling tinggi, kita kena scroll bila nak tekan Start Button. Bila surf web pun kadang-kadang rimas gak.

So ini aje lah pandangan aku yang tak seberapa ni. Banyak benda lagi aku nak sembang tapi lupa dah. Harap-harap korang dapatlah memilih komputer riba yang memenuhi citarasa korang semua. Good luck!!

sniffer5
02-10-09, 09:28 AM
Suggestion:
1. Google kalau-kalau any of the model ada common problem. (Eg. some notebook ada problem on touchpad)
2. Type of HD - normal SATA or SSD. SSD will 'jimat' bateri, ringat sikit & total capacity biasanya kurang. (eg 160G SATA vs 12G SSD). Tapi SSD mahal sikit. (Kalau choose 12G SSD, better get an additional portable HD. OS je dah occupied most space on the SSD)
3. RAM - 2G is better than 1G
4. Wifi - some support bg, some also can do n (MSI U120H ada built-in 3.5G HSDPA on top of Wifi n)
5. Berat - kalau dlm office/rumah je tak de masalalah. Kalau mobile, berat & battery endurance amat penting
6. CPU - guna Atom N270 (1.6) sahaja atau any latest processor (N280 677Mhz FSB compared to N270 533Mhz) Atom Zseries normally lower 'frequency' but consume less power. (aka slower processing but longer battery power la...)
7. OS - guna XP je, jangan le nak try Vista, otherwise slow
8. Secara am, DVD tak perlu. Most driver boleh download dari internet. Tapi kalau nak tengok movie DVD kena le beli.
9. graphic - kebanyakan guna intel GMA 950
10. Battery - better get the 6 cells rather than the std 3 cells

Saya pulak sedang memilih antara 3 jenis netbook yang sedang bermain di kepala. Sama ada HP , ASUS atau ACER. Setelah pergi membuat window shopping di bahagian IT Shop Midvalley, saya mendapati kesemua model terkini netbook menggunakan processor Intel Atom. So, ketiga2 jenis netbook ni memenuhi citarasa.

cuma saya mendapati netbook ASUS EEE mempunyai kelebihan bateri yang mampu bertahan sehingga 10jam lamanya. menurut salesman ASUS itula. tak ingat pula model apa. cara nak format netbook ASUS ni pun agak ganjil dengan built-in tanpa mgunakan cd mahupun usb. ini sudah bagus tapi skrin plak biasa je xmacam HP dan ACER.

tapi HP dgn ACER netbook punya bateri untuk 2,3 jam sahaja. Hp dan ACER memang memenuhi citarasa saya untuk kategori hiasan luaran dan skrin. solid dan cantik. tapi saya tak nak abaikan juga dari segi spec..haiyaa rambang mata!!

saya cuma ingin menggunakan netbook untuk kegunaan MS Office, surfing dan movies. adakah patut saya membeli external DVD-ROM? minta pandangan bro KRAK. sila berikan testimoni SSD ACER Aspire One anda.. minta pandangan semua juga mana yang lebih bagus antara HP, ACER dan ASUS. Budget adalah rm2k

sniffer5
02-10-09, 09:47 AM
p/s : My Acer Aspire One - ok jer dah setahun guna. Cuma nak cari battery 4 cell yg tahan lama sikit. Baterry original dalam 1 jam lebih sikit jer tahan.

1. Kalau nak life span battery tahan lama, take out/unplug the battery kalau guna elektrik house/office. Attached bila kena change or on 'mobile' only.

2. Kalau dah guna notebook on battery power, bila balik office/rumah jangan plug in the power yet. Guna on battery mode, until drain out the power, sebelum plug in power socket.

Selalunya bila kita guna laptop/notebook ni, dia tak drain habis, bila change selalu especially when battery not fully drain out, battery tak tahan lama. Most battery hanya optimum for 300-500 charge/discharge cycles sahaja. Kalau selalu unnecessary charge/discharge lebih-lebih lagi kalau tak fully dischage, pendek umur le battery tu

3. Battery pun need 'exercise'. Kalau unplug the battery, sekali-sekali kena pakai to drain the battery and recharge semula. Dormant battery will self discharge by itself slowly. So kena le kasi battery to 'exercise' sekali-sekala. every two weeks ke...

landmark1123heavy
03-10-09, 10:53 PM

Yup.. Betul tu.
Banyak aku tengok member, budak2 kolej, bateri laptop tak pernah buang dari laptop tu.
Habis macam mana bateri nak tahan lama.

Masalah selalu guna bateri satu hal, selain tu aku perati bateri tu asyik cas selama kita guna.
Bab bateri mmg kena jaga, sebab bila bateri tak leh guna atau tak tahan lama, fungsi laptop yg boleh bawak kemana-mana dah xde.
Sehingga hari ni aku hanya guna 2-3 kali je bateri.
Selagi boleh guna plug letrik, aku akan guna letrik & buang bateri.
Bateri akan digunakan bila betul2 terdesak saja...