PDA

View Full Version : Tajuk Berita Akhbar - Komen Anda



Pages : 1 [2] 3

KiNgX
19-11-09, 04:03 AM
KL- Ipoh 1 jam 55 minit

SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini. Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj). Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju."Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB. Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter. "Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.

Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System. "Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.
Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.
"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan. Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api. "Berasaskan kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih laju, ia boleh menarik lebih ramai komuniti profesional dan ahli perniagaan yang sering berulang-alik ke destinasi-destinasi terlibat," katanya. Seiring dengan imej ETS yang moden, Aminuddin berharap ETS dapat meningkatkan imej KTMB. "Saya berharap ETS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Dengan imej baru ini, KTMB dapat mencetuskan budaya kerja yang lebih proaktif, dinamik dan mesra pelanggan," ujarnya.

KiNgX
21-11-09, 05:54 AM
Pahang mula dilanda banjir

KUALA LUMPUR: Pahang mula dilanda banjir semalam apabila tiga keluarga di Kampung Sungai Ular, Cherating menjadi mangsa pertama di negeri itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, manakala keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah dipindah kini tinggal 328 berbanding 484.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, mangsa dipindahkan ke surau Kampung Sungai Ular selepas rumah mereka dinaiki air sehingga paras pinggang.Beliau berkata, semua keluarga terbabit dipindahkan berikutan kediaman mereka berada di kawasan rendah serta berhampiran paya. "Hujan berterusan sejak tengah hari semalam menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air," katanya ketika dihubungi semalam.

Di IPOH, jumlah mangsa banjir di daerah Kerian sehingga semalam berkurangan kepada 989 orang berbanding 1,142 orang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata 153 mangsa banjir dari Kampung Simpang Lima dibenarkan pulang ke rumah semalam. Kampung yang masih dilanda banjir ialah Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Sungai Semambu, Kampung Matang Pasir, Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian dan Kampung You Shin, katanya.

Di ALOR SETAR, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata hanya dua daerah yang masih dilanda banjir iaitu Kota Setar dan Bandar Baharu. "Daerah Bandar Baharu mencatat jumlah mangsa seramai 239 orang dari 58 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi.

Di KOTA BHARU, bilik gerakan banjir negeri sudah dibuka semalam berikutan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras waspada iaitu 7.52 meter. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Datuk Aiseri Alias, berkata paras waspada di sungai itu ialah tujuh meter dan pada bacaan sehingga jam 3 petang menunjukkan ia sudah melebihi paras berkenaan. Sementara itu di PASIR MAS, seramai 127 keluarga yang terbabit dengan banjir baru-baru ini, bersyukur menerima bantuan wang tunai sebanyak RM300, bagi meringankan beban mereka akibat bencana alam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata sumbangan wang tunai itu membuktikan Kerajaan Pusat prihatin masalah yang dihadapi rakyat, terutamanya akibat banjir. Katanya, sumbangan berjumlah RM38,000 itu mampu meringankan beban keluarga terbabit dan diharap dapat digunakan sebaik mungkin.

KiNgX
22-11-09, 08:20 AM
Jual gadis liar

KUALA LUMPUR: Tingkatan dua hisap ganja, tingkatan tiga pula hisap syabu dan telan pil khayal. Kemuncaknya, selepas melangkah ke tingkatan empat dan lima, perangai liarnya sampai ke tahap berani menjual orang.Lebih mengejutkan, fasa kehidupan songsang itu bukan dilalui remaja lelaki, tetapi remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Tasha.

Pada usia baru 17 tahun, dia mengecap hidup mewah dan bergaya ala selebriti hasil wang aktiviti memperdagangkan manusia.Tasha yang baru beberapa bulan meninggalkan perbuatan itu berkata, kesanggupannya berbuat demikian berpunca daripada ketagihan syabu.Katanya, kerana ketagih syabu dia sanggup berhutang hinggalah hutang ditanggungnya mencecah ribuan ringgit.“Tanpa saya sedar, selepas lebih setahun menghisap syabu, hutang saya mencecah RM4,000. Ketika itu tidak sukar untuk saya mendapatkan barang itu kerana rakan baik saya adalah teman wanita ‘pusher’ yang membekalkan dadah itu dan saya boleh ambil barang secara hutang.

“Kadangkala saya jual juga tetapi wang hasil jualan itu tidak diserahkan kepada pembekalnya, menyebabkan hutang saya semakin bertambah,” katanya ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sebuah lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.Selepas satu tempoh, Tasha berkata, pengedar terbabit memintanya melunaskan semua hutang dan jika dia gagal, perkara buruk akan berlaku ke atasnya.“Manalah saya ada wang sebanyak itu dan selepas berbincang saya diberi pilihan untuk melakukan satu tugas bagi melunaskan hutang berkenaan.“Tugas itu ialah mencari dan memperdaya wanita untuk dijual kepada pengedar terbabit. Saya setuju kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini jika menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum melakukan tugasan, dia diajar bagaimana memilih wanita yang mudah didekati dan diperdaya.Dia diajar supaya mendekati wanita yang gemar berpeleseran dan liar kerana mereka diyakini mudah didekati.“Saya disuruh mengumpan mereka dengan benda yang mereka suka seperti berhibur di kelab, arak dan dadah,” katanya.Tasha berkata, berbekalkan panduan diberi, dia melaksanakan tugas pertamanya di sebuah pusat beli-belah dan berjaya melakukannya.

“Saya dekati seorang remaja wanita berusia 18 tahun yang dalam keadaan mabuk. Saya ajak dia berborak dan bercerita kepadanya bahawa saya juga ‘satu kepala’ dengannya.“Saya beritahu dia, jika ikut saya, saya boleh belanja minum arak dan berhibur. Saya turut berjanji beri dadah dan dia mempercayai saya,” katanya.Remaja terbabit dibawa ke sebuah hotel murah kononnya untuk berehat dan menikmati arak. “Ketika melakukan kerja itu, saya ditemani ‘pusher’ yang memerhatikan saya dari jauh. Apabila mendapat mangsa, saya bawa wanita terbabit menggunakan kereta dipandu ‘pusher’ itu.

“Di hotel tempat persinggahan itulah saya meninggalkan wanita terbabit dengan berpura-pura untuk keluar sebentar. Selepas saya keluar, ‘pusher’ itu masuk dan saya tidak tahu apa berlaku seterusnya kerana yang penting saya sudah melaksanakan tugas diberi,” katanya.Selepas menjual wanita itu, hutangnya langsai dan dia turut diberi wang RM500.“Saya tidak tahu apa berlaku kepada wanita itu, tetapi difahamkan dia dihantar kepada bos ‘pusher’ terbabit. Barangkali dijadikan pelacur atau disuruh menjual dadah,” katanya. Menurut Tasha, walaupun sudah menyelesaikan hutangnya, dia terus melakukan kerja terkutuk itu kerana dijanjikan pulangan lumayan.

Untuk kali kedua, dia pilih wanita bermasalah yang dikenali menerusi rakan lain.“Sekurang-kurangnya tiga wanita berusia 20-an dijual selepas saya memilih mereka,” katanya.Tasha berkata, ‘kejayaannya’ menjual tiga wanita itu membolehkan dia mengumpul wang sehingga RM6,000 dalam tempoh singkat.“Memang saya seronok sangat ketika itu. ‘Pusher’ memberi saya RM2,000 untuk setiap wanita yang saya jual, walaupun saya tahu nilai wanita terbabit lebih daripada itu.

“Pada masa sama saya peroleh bekalan syabu secara percuma. Saya langsung tak terfikir mengenai nasib wanita yang saya aniaya kerana terlalu seronok,” katanya.Pada pertengahan tahun ini abangnya mengetahui segala perbuatan jahat yang dilakukannya menerusi rakan.“Abang mengawal ketat pergerakan saya dan setiap masa menasihati saya supaya berubah, apatah lagi dalam suasana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.

“Selepas berjauhan daripada rakan, saya sedar sampai bila saya harus begini. Saya cuba sedikit demi sedikit untuk mengawal diri,” katanya.Tasha berkata, sudah lebih dua bulan dia tidak bertemu rakannya dan kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada SPM. “Saya akui saya jadi begini kerana pengaruh rakan. Hisap syabu, jual orang dan beberapa kali terlanjur dengan teman lelaki.“Paling saya kasihan ialah ayah dan ibu kerana mereka bukannya tidak mendidik saya dengan ilmu agama. Mereka boleh dikatakan warak juga, tetapi kerana tersalah memilih rakan, saya rosak,” katanya menyesal.

KiNgX
22-11-09, 10:11 PM
Produk keropok Terengganu masih selamat dimakan

KUALA TERENGGANU: Semua produk keropok termasuk keropok lekor yang dipasarkan di Terengganu masih selamat untuk dimakan, namun pengguna perlu memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah, berkata pengguna tidak digalakkan memakan keropok yang sudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus di kedai sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan penyakit taun.

"Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan, tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaiknya apabila pulang ke rumah, ia hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa ia masih panas. "Ini kerana kita bimbang semasa proses pembungkusan ia juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun," katanya di sini, hari ini.

Pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang arahan melarang atau menarik balik bahan makanan kegemaran ramai itu yang telah diedarkan di pasar-pasar kerana ia bukan tidak boleh dimakan, cuma perlu dimasak semula dengan sempurna. Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenalpasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri itu sekarang.

Persatuan Pengguna Terengganu juga dilaporkan menyarankan orang ramai tidak membeli keropok lekor atau keropok berasaskan ikan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan taun. Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan penggunaan ikan yang dicemari kuman ''Vibrio Cholera'' untuk pembuatan keropok sebagai antara punca penularan wabak taun sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, ikan berkenaan diperoleh dari negara jiran Thailand, berkemungkinan dibawa masuk ke negeri itu melalui Kompleks Perikanan Chendering yang membekalkan ikan ke daerah Kuala Terengganu dan Marang. Selain keropok, sampel ayam mentah yang diambil dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam dan sampel swab di dua kilang ais di negeri itu juga didapati positif mengandungi kuman berkenaan. Berikutan itu, dua kilang berkenaan telah diarahkan ditutup selain beberapa premis lain termasuk 11 kilang ais dan kedai-kedai makan.

Dr Nordiyanah berkata, mana-mana kilang yang mematuhi syarat penyediaan makanan yang ditetapkan, masih boleh beroperasi seperti biasa. Tanpa mendedahkan statistik terbaru jangkitan taun di Terengganu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mementingkan kebersihan terutama dalam aspek pemakanan. "Sekali lagi kita ingin mengingatkan penduduk yang mengalami simptom penyakit taun, iaitu cirit-birit dan muntah terutama selepas makan untuk mendapatkan rawatan segera, mengamalkan kebersihan diri, tidak makan di restoran atau gerai yang diragui tahap kebersihannya dan tidak minum air yang tidak dimasak," katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain air pada musim banjir bagi mengelak dijangkiti penyakit itu dan pelbagai penyakit bawaan air. "Kita bimbang apabila banjir berlaku kerana ia mengandungi kuman setelah air berkenaan tercemar apabila ia bercampur dengan pelbagai najis," katanya. - Bernama

KiNgX
23-11-09, 07:00 PM
Taun: 185 kes disahkan di Terengganu, 18 di Sabah

KOTA KINABALU: Setakat ini dua negeri iaitu Terengganu dan Sabab mencatatkan kes penyakit taun dengan masing-masing melaporkan 185 dan 18 kes positif taun semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Keadaan kolera (penyakit taun) terkawal di Sabah, (jadi) orang ramai tidak harus panik, tapi seperti biasa nasihat kita orang ramai (hendaklah) menjaga kesihatan dan kebersihan diri, dan berhati-hati semasa menangani pemakanan seharian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan antarabangsa kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran dipetik sebagai berkata 18 orang disahkan menghidap taun di Semporna dan menerimarawatan di hospital.Pasar ikan Semporna yang dipercayai punca jangkitan kuman taun ditutupsebagai langkah pencegahan. Rosnah mengesahkan laporan itu dan menyatakan 17 kes adalah di Semporna dansatu kes dari Pulau Gaya, dekat sini.

Beliau menjelaskan bahawa jangkitan penyakit taun di Terengganu adalahberbeza dengan Sabah kerana jenis kuman taun di negeri pantai timur Semenanjung itu berlainan dan tidak bertindak balas dengan antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat penyakit taun. "Di Sabah, jenis kuman adalah yang biasa. Setakat ini pesakit-pesakit bertindak balas dengan antibiotik diberikan," katanya.-Bernama

KiNgX
24-11-09, 11:22 AM
Paras air di Sungai Kelantan, Golok dan Lebir melebihi tahap bahaya

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk semalam, apabila mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,714 orang di seluruh negeri. Pada masa sama, paras air Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Lebir, juga merekodkan bacaan melebihi paras bahaya di semua lokasi pengawasan. Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan setakat ini merangkumi 1,979 penduduk Pasir Mas; Kuala Krai (903) Tanah Merah (333); Tumpat (403); Machang (60); Kota Bharu (36). Beliau berkata, ketika ini kebanyakan rumah penduduk di kawasan terjejas dinaiki banjir sedalam antara 0.5 meter hingga 1.5 meter.

Sehingga lewat petang semalam, 23 laluan di seluruh negeri terpaksa ditutup ekoran ditenggelami banjir yang mencapai satu meter di sesetengah lokasi. Namun, laluan di Sungai Durian, Kuala Krai yang sebelum ini memutuskan perhubungan antara Kota Bharu dengan Kuala Krai dan Gua Musang sudah dibuka semula, pagi semalam. Sementara itu, dua bot yang dikendalikan anggota Bomba dan Penyelamat negeri ini terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Pelekbang dekat Tumpat, selepas selesai membantu memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 pagi ketika bot itu terbabit melewati bawah jambatan Sungai Pinang dekat Palekbang, selepas terlanggar sesuatu dalam air. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata kira-kira 1,000 calon SPM dan STPM dari kawasan terjejas banjir di negeri ini dapat menduduki peperiksaan masing-masing dengan lancar.

Di TERENGGANU, keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila seramai 7,413 mangsa daripada 1,798 keluarga yang dipindahkan ke 94 pusat pemindahan di enam daerah sehingga jam 6 petang semalam, meningkat 2,312 orang berbanding 5,427 mangsa dipindahkan ke 98 pusat pemindahan kelmarin. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu, berkata daripada jumlah itu, daerah Dungun paling teruk dilanda banjir semalam dan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan sehingga jam 6 petang, iaitu 2,829 daripada 676 keluarga ke 17 pusat pemindahan di daerah itu.

Selain itu, seramai 1,560 mangsa daripada 375 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Marang; 1,443 mangsa daripada 316 keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan di Kemaman; 790 mangsa daripada 177 keluarga ke 20 pusat pemindahan di Hulu Terengganu; 500 mangsa daripada 148 keluarga ke 10 pusat pemindahan di Besut dan 291 mangsa daripada 106 keluarga ke 13 pusat pemindahan di Setiu. Sebanyak 28 jalan persekutuan dan negeri ditutup kepada semua kenderaan serta kenderaan ringan di enam daerah terbabit banjir, termasuk Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Hulu Terengganu yang ditutup satu lorong selepas tebing jalan menghala ke Kuantan runtuh. Sementara itu, banjir di negeri ini turut menyebabkan tujuh calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud, Besut terpaksa 'menumpang' dan menduduki peperiksaan itu di SMK Seri Nering, yang lebih hampir dengan rumah mereka.

Di KUANTAN, keadaan banjir di negeri ini makin pulih apabila bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 29 orang daripada 34 orang sejak Jumaat lalu, selepas satu keluarga membabitkan lima orang dari Kampung Sungai Ular, Cherating dibenarkan pulang kira-kira 7 pagi semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, berkata mereka yang sebelum ini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Cherating, dibenarkan pulang selepas banjir mulai surut sejak malam kelmarin.

Sementara itu, di PERAK keadaan banjir terutama di daerah Kerian, Manjung dan Grik beransur pulih apabila hanya 809 mangsa masih tinggal di enam pusat pemindahan ketika ini berbanding 2,223 mangsa di 21 pusat pemindahan sejak lebih dua minggu lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata 15 pusat pemindahan ditutup dengan 1,414 mangsa pulang ke rumah masing-masing. . Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Serai dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Bagan Serai.

p/s: Guys, call family anda sekiranya mereka/anda tinggal di kawasan berhampiran dengan kawasan banjir, bertanyalah khabar, pastikan mereka semua selamat.

aCe
26-11-09, 01:06 PM
HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Keinginan untuk menjadi hebat di ranjang menyebabkan segelintir lelaki dikesan sanggup membelakangkan ajaran agama sehingga tergamak mengamalkan pelbagai perbuatan karut.

Antara perbuatan sesat itu ialah menyetubuhi mayat wanita dan bertapa 40 hari tanpa mandi.

Lebih menghairankan, ilmu berkenaan ‘menjadi’ menyebabkan nafsu seseorang itu meluap-luap, sukar dikawal dan akhirnya memakan diri apabila sanggup bersetubuh dengan seberapa ramai wanita tanpa mempedulikan halal dan haram.

Kejadian aneh ini didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafi Abdul Malek.

Menurutnya, kes paling jijik membabitkan amalan bertapa 40 hari berturut-turut dan dalam tempoh itu pengamalnya disyaratkan menyapu najis sendiri ke muka dan beberapa bahagian badan lain tanpa membersihkan diri selain membaca mantera tertentu.

Katanya, amalan songsang yang dipanggil ‘ilmu kepala tahi’ itu dikatakan benar-benar mujarab untuk menjadikan pengamalnya perkasa dan mampu bertahan hingga berjam-jam ketika melakukan hubungan kelamin.

Bagaimanapun, keperkasaan individu terbabit berakhir apabila ilmu diamalkan mula memakan diri hinggakan ada di kalangan pengamal terbabit sanggup meragut perawan anak gadis sendiri untuk memuaskan nafsu.

“Saya pernah menemui dua lelaki berasal dari selatan tanah air berusia pertengahan 50-an mengaku mengamalkan amalan dianggap sebagai syirik dan kotor itu demi mencapai cita-cita untuk menjadi lelaki kuat dan handal memikat gadis rupawan.

“Akibat ilmu songsang diamalkan mula memakan diri apabila lelaki terbabit mengaku sanggup menjadikan anak gadis sendiri sebagai alat untuk memuaskan nafsu, walaupun sudah ada empat isteri,” katanya.

Menurutnya, lebih menyedihkan kerana bukan hanya menjadi punca sumbang mahram, akibatnya turut menyebabkan kehancuran rumah tangga apabila si isteri tidak lagi sanggup untuk berhadapan atau melayan kerenah suami dianggap keterlaluan.

“Dalam satu kes membabitkan seorang doktor yang mengamalkan ilmu songsang ini, dia sanggup merogol pembantu klinik dan amahnya semata-mata untuk memuaskan nafsunya itu.

“Bukan seorang tapi sudah enam pembantu rumah yang bekerja dengan doktor terbabit cabut lari kerana tidak sanggup menahan nafsu binatang majikannya.

“Pada mulanya kejadian itu menjadi tanda tanya kepada isterinya kerana pekerjanya itu tidak pernah mengadukan apa-apa masalah kepadanya.

“Bagaimanapun, perbuatan keji itu terbongkar selepas si isteri sendiri terserempak suaminya menindih pembantu rumahnya di ruang tamu rumah,” katanya.

Katanya, akibat kejadian sukar dipercayainya itu, si suami mengaku pernah menjadikan lima lagi pembantu rumah sebelum ini sebagai pemuas nafsu.

Selain pembantu rumah, doktor terbabit turut menjadikan kakitangan yang bekerja di kliniknya sebagai tempat memuaskan nafsu menyebabkan ada yang tidak tahan dengan perlakuannya itu berhenti kerja.

Sebelum ini, isteri doktor terbabit sudah dua kali berpisah dengan suaminya, bagaimanapun kerana termakan pujukan, dia rujuk kembali dengan harapan suaminya akan berubah.

Bagaimanapun, harapan hanya tinggal harapan kerana si suami masih meneruskan tabiat lama sekalipun mengaku sudah bertaubat.

Hanafi berkata, pihaknya ada menerima beberapa kes individu itu ingin berubah dan membuang ilmu dipelajarinya serta kembali bertaubat.

“Mungkin sebagai pengajaran juga balasan, ada mangsa datang mengadu dengan keadaan kemaluan yang berkudis dan hilang kelelakian (mati pucuk). Mereka merayu supaya dibantu untuk kembali pulih seperti biasa’” katanya.

Selain itu, pengamal kepercayaan karut terbabit biasanya akan didampingi jin atau iblis memainkan peranan membuatkan pengamal tidak akan pernah puas dan sentiasa inginkan lebih daripada apa yang mampu dilakukan manusia normal.

KiNgX
29-11-09, 11:09 AM
Keadaan Kembali Normal Di Terengganu


KUALA TERENGGANU - Banjir di Terengganu semakin surut dan keadaan kembali normal apabila jumlah penduduk di daerah Kuala Terengganu, satu-satunya kawasan yang masih dilanda banjir, berkurangan kepada 40 orang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri berkata hanya sebuah pusat pemindahan mangsa banjir masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Jurucakap itu berkata mangsa banjir yang masih berada di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak terdiri daripada penduduk Taman Desa, Pusu Tiga disebabkan air di kawasan rumah mereka belum kering sepenuhnya.

Beliau berkata mangsa-mangsa itu mungkin dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekiranya keadaan cuaca terus bertambah baik pada Ahad. Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata paras air sungai-sungai utama di Terengganu semuanya berada di paras biasa sejak beberapa hari lalu.


Semua Mangsa Banjir Di Daerah Marang Dibenarkan Pulang


KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di daerah Marang pulih sepenuhnya apabila mangsa terakhir seramai 14 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pagi Sabtu.

Berikutan keadaan banjir semakin surut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menutup bilik operasi yang dibuka sejak gelombang kedua banjir melanda Terengganu Isnin lalu. Bagaimanapun, keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya di beberapa taman perumahan yang terletak di kawasan rendah di daerah Kuala Terengganu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Kuala Terengganu ketika dihubungi Bernama berkata seramai 150 orang lagi mangsa banjir masih ditempatkan di dua buah pusat pemindahan. Mangsa-mangsa itu terdiri daripada penduduk kawasan perumahan Taman Desa Pusu Tiga, Taman Desa Darul Iman dan Taman Seri Embun. Jika cuaca baik, kesemua mangsa mungkin dibenarkan pulang esok, katanya.

XiangGe
29-11-09, 07:05 PM
Cibai DeKuip, the country where you grow up has successful policies to control HIV/AIDS issue wor ...


http://thestar.com.my/news/story.asp...3335&sec=focus (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/29/focus/5203335&sec=focus)

When Paul Bekkers, the Dutch envoy to Malaysia, talks, it is not just about bilateral relations. He also shares his country’s successful policies in curtailing the drugs and HIV/AIDS scourge.

IN looks and demeanour, Paul Bekkers is the quintessential diplomat. But with one exception – it’s not the usual elite script when the Dutch Ambassador to Malaysia opens up when in conversation.

The six-footer shares intense personal experiences of his travels around the world - trying to find an answer to the HIV/AIDS epidemic.
His ideal role: Bekkers, who has vast experience in curbing the spread of HIV/AIDS, is hoping to share his expertise with Malaysia during his stint here as the Dutch envoy.

In a previous role as the Netherlands’ Special Ambassador for HIV/AIDS, Bekkers was entrusted with the task of helping other countries find ways to contain the spread of the disease and also grapple with health concerns like tuberculosis and malaria.

It is one of two thematic ambassadorial posts in the Netherlands; the other being human rights.

Bekkers, 48, explains the rationale behind his government creating the post he held for four years before his posting to Malaysia.

“If a country hard hit by the epidemic does not address the HIV/AIDS issue, it will not have any future.

“The most vulnerable segment is the young adults aged between 15 and 29, and this is worldwide,” he begins.

“If a girl contracts the disease, she will die about six years on. At that time she would have been a productive part of society, often a mother. And she is quite likely to have become a teacher, nurse or farmer.

“If society is going to be robbed of her services, then you are going to have a big problem developing that country.

“In Swaziland, the HIV/AIDS rate is 40%. In South Africa, the epidemic is also severe - at about 10%.”

The Netherlands, a wealthy nation with the world’s largest port and a well-developed, but picturesque, people who sometimes still wear clogs and ride bicycles, is one of several countries which have an HIV/AIDS ambassador as part of its Foreign Service.

The others include Norway, Sweden, France, Spain, Australia, the United States and Indonesia, where First Lady Ani Yudhoyono fills in.

Working with the facts

Bekkers reveals that studies showed 85% of people with HIV/AIDS contracted the virus through sex, with the remainder infected through the exchange of tainted needles.

In Afghanistan, Iran, Ukraine and parts of Eastern Europe, the epidemic spreads mainly through the use of tainted needles, he says.

“In some countries, you see a decline in cases while in others, there is a rise which is mostly due to the exchange of tainted needles, as in Malaysia and Indonesia.

“Some people don’t have access to clean needles but they are addicted so they end up being infected using tainted ones,” he notes.

Bekkers recalls gripping encounters with victims of AIDS during his travels to the backwaters of Africa as the HIV/AIDS Ambassador.

“The only way to know is to see the conditions first-hand. I can tell you the story of a 19-year-old girl who was a prostitute in Zambia. For an extra 20 cents, she offered sex without the client having to use a condom.

“I asked her why, when chances of contracting HIV was very high, she said it didn’t make any difference what would happen to her in six to seven years when she was unsure of her fate the week after. So it is fundamentally a poverty problem there,” he laments.

The envoy speaks with something akin to spiritual gratitude when he says he has also seen “beautiful things” in his sojourns.

“There were grandmothers in villages in South Africa and Swaziland taking care of not only their own but 30 to 40 other children who lost their parents to AIDS. There were villages whose entire adult population was wiped out.

“The good and impressive thing is that there are social structures in these villages where the elders take care of the young,” he reveals.

Bekkers’ powerful narrative continues as he explains the drug policies of the Netherlands developed in the 1970s, which he says has successfully curtailed the drugs and HIV/AIDS scourge.

It is the most densely populated country in Europe (more than 16 million people living in a country one-eighth the size of Malaysia).

“Our policies are designed to be pragmatic, humane, realistic and based on scientifically supported facts.

“Dutch law makes a distinction between soft and hard drugs due to the different health risks,” he explains.

Although drugs are illegal in the Netherlands, the use of drugs in the kingdom is not a criminal offence.

Detecting and prosecuting for possession of drugs for personal use (in general 0.5g, and no more than 5g for soft drugs such as cannabis) is a low priority.

Criminal proceedings are instigated in cases where between 5g and 30g of drugs are found, depending on the circumstances of the offence.

Bekkers, a Christian whose interests include religion and the Church, explains the drug-HIV/AIDS connection and his government’s remedy to the malady.

“Five years ago, we had seven (HIV/AIDS) transmissions via drug use. Then it was reduced to two cases and now there are zero cases.

“It is the lowest ever anywhere in the world and it has been due to our comprehensive package of dealing with the problem,” he shares, saying the core principle was that addicts in the Netherlands were not treated as criminals but as patients who needed care and treatment.

“We do our best to get them to kick the drug habit, which is not necessarily by keeping them in prison,” he stresses.

Asked about Amsterdam’s “sin city of the world” tag where marijuana and cocaine use is perceived to be widespread together with myriad innovative ways to sell sex, Bekkers makes no diplomatic dodge.

“Every country has its own perception, but here are the facts,” he says.

“We have the lowest teenage pregnancy and abortion rate (in the world), the lowest transmission of HIV from sex and drug use, and a low number of young people actually using drugs.

“Other countries, for example the United States, have a much higher percentage in all these areas.

“It confirms our approach … there is evidence that the way we address these problems is successful. Not because we think it is good but because the facts are there,” contends Bekkers, who served four years (1994-98) in South Africa as cultural, press and environmental attaché.

A successful approach

But what is it about the negative perception involving Holland’s capital? Now, Bekkers finds it really hard to curb his impatience to clear the air!

“People who visit Amsterdam go to a tiny little corner where there is prostitution, which is condoned. But it is a very small thing.

“The use of soft drugs is condoned if a very small amount is involved. Because of this strategy, there is a very low number of people actually making the move from soft to hard drugs. That’s important as hard drugs kill.

“Our policy has led to very positive figures. Because of our approach, there is hardly any HIV transmission. In many other countries, you see an increase because their approach is less successful than ours. So what more evidence do you need?”

He compares the scenario with Indonesia, which he visited as HIV/AIDS Ambassador, where countless persons were in prison for drug offences and many were getting infected with HIV.

“The number of HIV-positive persons in prisons there sky-rockets and then they return to society and this is a sure way to further spread the virus.”

Bekkers, whose three children were born in Pretoria during his stint there, says the best way forward in dealing with the drug problem and HIV/AIDS is through “education, prevention, treatment and harm reduction”, as it is done in the Netherlands.

“The most vital is information and prevention. It is important to discourage young people from turning to drugs.

“But if people do become addicted, then a good range of treatment is provided to cure them.

“If they need to use a needle, we make sure it’s a clean needle. We also offer them a facility where they can do it (use drugs) in a cleaner environment, with access to healthcare so that they can test themselves and know if they have been infected.

“There are care options available that are intended to improve the health of addicts in the Netherlands. All these have led to zero transmission of HIV,’’ he says, adding that Iran has also taken a similar approach of harm reduction which is the official policy of UNAIDS.

Asked how he intended to put his experiences to good use as the Ambassador to Malaysia, the anti-AIDS crusader responds: “If you have worked in this area, you will never let go, or it will never let you go, because you have seen the devastating impact of HIV/AIDS.

“I will always have a special interest in this issue and would like to offer my services, knowledge and experience to Malaysians.

“I have already requested for a meeting with the Health Minister and will definitely want to co-operate,” he says.

On his new role, Bekkers speaks of his continuing “learning curve”.

“The Netherlands can learn from the wonderful composition of Malaysia, where people of different ethnic backgrounds live together in harmony,” he concludes.

KiNgX
30-11-09, 10:56 AM
20 jemaah haji kita meninggal. Sebab kematian tiada kaitan dengan H1N1

MAKKAH: Seramai 20 jemaah haji Malaysia meninggal dunia pada musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, semalam. Beliau berkata, jemaah yang meninggal dunia itu disebabkan oleh sakit biasa seperti sakit tua dan bukannya disebabkan oleh jangkitan penyakit berjangkit seperti selsema babi (H1N1).

"Mereka yang meninggal dunia itu ialah 16 lelaki dan empat perempuan yang rata-rata berusia 50 tahun ke atas. "Jumlah ini sangat minimum jika dibandingkan dengan keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berjumlah 26,000 orang. "Jemaah haji Malaysia tiba di Tanah Suci sejak 20 Oktober lalu," katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini.

Selain itu, Jamil Khir juga berkata empat jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di hospital Arab tidak dapat dibawa ke Arafah pada Khamis kerana berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.Bagaimanapun, katanya lebih 20 pesakit yang dirawat di hospital Tabung Haji di Aziziah dan Sisya dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans.

Mengenai perkembangan jemaah haji Malaysia, beliau berkata mereka masih berada di Mina dan kebanyakannya telahpun selesai menjalankan ibadah melontar Jamrah dan mereka akan kembali semula ke Makkah untuk mengerjakan tawaf dan sae haji sehari dua lagi. Menurutnya, bagi jemaah haji yang belum berkesempatan untuk pergi ke Madinah, Tabung Haji akan menguruskan pemergian mereka ke sana setelah semua ibadah haji selesai dilakukan. Secara keseluruhan, beliau berpuashati dengan operasi musim haji tahun ini yang berjalan lancar. - Bernama

KiNgX
02-12-09, 07:17 PM
Subsidi petrol guna MyKad Mei - Kerajaan boleh jimat RM2 bilion, bantu kurangkan defisit bajet negara

KUALA LUMPUR: Sistem subsidi petrol baru menggunakan MyKad yang akan diperkenalkan Mei tahun depan akan membolehkan kerajaan berjimat lebih RM2 bilion perbelanjaan subsidi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Katanya, kerajaan sedang dalam proses membangunkan sistem itu, membabitkan pembayaran untuk petrol baru menggunakan MyKad di semua stesen minyak di Malaysia.

"Sistem itu dijangka siap April untuk dilaksanakan Mei tahun depan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan Persidangan Tinjauan Ekonomi Nasional 2010-2011 anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) di sini, semalam. Ahmad Husni berkata, melalui sistem baru itu subsidi dapat disalurkan dengan lebih cekap kepada golongan sasar tanpa mengira kaum serta membantu mengurangkan defisit bajet negara.

Terdahulu dalam ucapan pada persidangan itu, Ahmad Husni berkata, kerajaan secara umumnya menyalurkan subsidi RM8,000 setahun bagi setiap rakyat negara ini.
"Perkara itu tidak hanya membebankan perbelanjaan operasi kerajaan tetapi turut mewujudkan gangguan dalam pasaran. "Oleh demikian, kita perlu mengimbangi perkara itu menerusi kajian semula struktur subsidi untuk memastikan pelaksanaan yang lebih cekap," katanya.

Pelaksanaan sistem subsidi baru itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010, Oktober lalu, bagi memastikan manfaatnya dinikmati kumpulan sasaran. Dalam sistem sedia ada, subsidi dinikmati semua pihak daripada golongan berpendapatan tinggi hingga kepada rakyat asing yang memasuki negara ini. Bagi tahun 2009, peruntukan subsidi bahan api dijangka turun kepada RM9 bilion daripada RM17.6 bilion pada 2008 susulan kedudukan harga minyak global yang lebih rendah.

Penyusunan semula subsidi minyak pada 1 September lalu turut membantu menjana penjimatan tambahan sebanyak RM260 juta. Melalui penstrukturan itu, kerajaan memperkenalkan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 iaitu petrol gred premium dijual pada harga RM2.05 seliter.

KiNgX
04-12-09, 10:58 AM
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 3,608 pagi ini berbanding 2,451 orang semalam.

Daripada jumlah itu, Kemaman mencatat angka tertinggi dengan 2,161 orang diikuti Dungun (599), Marang (329), Besut (51), Kuala Terengganu (248), Setiu (113) dan Hulu Terengganu (107) dan Besut (51), kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu. Katanya semua jalan utama boleh dilalui tetapi beberapa jalan kampung di Marang, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun masih ditutup.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu keseluruhannya menurun sejak semalam walaupun ada yang masih pada paras bahaya. Beliau berkata bacaan paras sungai pada 9 pagi ini menunjukkan paras air di Sungai Dungun di Jambatan Jerangau ialah 12.38 meter (bahaya 12.20 meter) dan Sungai Berang di Pengkalan Ajal 16.15 meter (16 meter). - Bernama


Hujan lebat di Pahang dan Johor sehingga Sabtu

KUALA LUMPUR: Hujan lebat peringkat kuning di Pahang dan Johor dijangka berlarutan sehingga malam esok, menurut Jabatan Metereologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat dari semasa ke semasa diramal berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Johor Baharu, Pontian dan Batu Pahat di Johor. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai. - Bernama

peewit
04-12-09, 04:40 PM
6 tukang urut kena cekup



Wanita beri alasan tumpang basuh pakaian di premis

PUCHONG: Tindakan seorang wanita bersembunyi di belakang pintu belum cukup untuk 'menyelamatkan' dirinya daripada dicekup pihak berkuasa yang menyerbu sebuah rumah urut di Taman Kinrara, Seksyen 1, di sini dipercayai turut menyediakan khidmat tidak bermoral kepada pelanggan.

Lebih teruk, wanita Muslim berusia 23 tahun itu turut cuba memperbodohkan pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan memberikan alasan dia menumpang premis itu kerana mahu membasuh pakaiannya ketika serbuan operasi cegah maksiat itu kelmarin.

Wanita itu dikesan bersembunyi di sebalik pintu di tingkat tiga premis itu, yang dipercayai dijadikan tempat tidur mereka.

Bagaimanapun, pemeriksaan dibuat mendapati wanita itu berbohong kerana tiada pakaian dibasuh di dalam bilik air premis berke-naan. Malah, cara wanita itu berpakaian tidak menunjukkan seperti baru keluar membasuh pakaian dari bilik air.

Dia antara enam wanita bekerja sebagai tukang urut yang dicekup dalam operasi dua jam bermula jam 6 petang. Operasi itu turut menahan lima pelanggan.

Jurucakap Jais berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati tingkat tiga premis itu dijadikan tempat tinggal tukang urut berkenaan yang berusia antara 23 hingga 32 tahun kerana ada enam bilik dipenuhi pakaian wanita.

“Dalam pemeriksaan awal, hanya lima pekerja wanita ditemui bersama lima lelaki yang dipercayai pelanggan di rumah urut itu, tetapi ketika membuat pemeriksaan lanjut pegawai penguat kuasa menemui wanita berusia 23 tahun itu berada di belakang pintu sebuah bilik bangunan itu dalam ketakutan.

“Daripada maklumat awal, wanita ini tinggal di premis urut ini selepas berhijrah daripada kampungnya di sebuah negeri Pantai Timur beberapa bulan lalu dan kita tidak menolak kemungkinan premis ini turut menjalankan kegiatan tidak bermoral yang bersembunyi di sebalik khidmat urut,” katanya.

Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana berkhalwat.

Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata operasi dilakukan berdasarkan maklumat orang awam berhubung aktiviti kurang sihat pusat urut berkenaan.

Katanya, dalam operasi itu beliau dimaklumkan memang ada aktiviti kurang bermoral di rumah urut berkenaan yang memohon lesen pusat refleksologi dan beroperasi enam bulan lalu.

“Apa yang menyedihkan dua daripada enam pekerja pusat urut ini beragama Islam dan kita menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan susulan.

“Kita mengambil tindakan terhadap premis ini mengikut Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan MPSJ 2007 kerana menjalankan rawatan yang tidak dinyatakan dalam lesen sah yang jika didapati bersalah boleh dikenakan kompaun RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Oktober lalu 27 premis rumah urut dan refleksologi dikenakan tindakan kerana menyalahi lesen yang diberikan.

KiNgX
06-12-09, 08:47 AM
Banjir di Pahang makin buruk

108 keluarga dari empat daerah ditempatkan di pusat pemindahan

KUANTAN: Banjir di negeri ini bertambah buruk apabila 108 keluarga membabitkan 491 mangsa dari empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, semalam manakala keadaan di Terengganu semakin pulih ketika seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi mangsa keenam bencana berkenaan. Mangsa banjir di Pahang yang dipindahkan ke 10 pusat pemindahan membabitkan daerah Kuantan, Maran, Bera dan Pekan. Sehingga jam 5 petang semalam, Kuantan mencatatkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 209 orang daripada 47 keluarga yang dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, berkata bencana di Kuantan membabitkan 12 kampung termasuk Kampung Sungai Ular, Kampung Belukar, Kampung Semangat, Kampung Pandan Dua dan Taman Tas. Sementara itu, banjir di Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,361 orang daripada 312 keluarga di 17 pusat pemindahan sehingga jam 5 petang semalam berbanding 2,649 orang daripada 579 keluarga kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata seramai 644 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Kemaman, Dungun (374), Kuala Terengganu (248), Setiu (60), Marang (21) dan Hulu Terengganu (14), manakala pusat pemindahan di Besut sudah ditutup kelmarin. Sementara itu di Kampung Banggol Nyior, Kuala Terengganu, seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah menjadi mangsa banjir keenam di negeri ini selepas diserang sawan sebelum terjatuh ke dalam air sedalam satu meter di rumahnya, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Norshahirah Ismail, 14, ditemui lemas oleh adiknya yang kemudian menjerit memanggil bapa mereka, Ismail Ibrahim, 49, sebelum mendapati mulut mangsa berbuih serta mengeluarkan banyak air. Ismail berkata, mereka sekeluarga baru pulang dari pusat pemindahan banjir pada Aidiladha lalu selepas penempatan berkenaan dinaiki air akibat banjir gelombang kedua sebelum hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan rumah mereka sekali lagi dinaiki air.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak menyangka ia akan berlaku kepadanya," katanya

AtukRies
06-12-09, 07:27 PM
OKU disamun RM114,000

KANGAR 5 Dis. - Sukar untuk dipercayai, tetapi itulah hakikatnya. Seorang lelaki kurang upaya yang menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerugian RM114,000 apabila wang tunai dan barangan kemas dalam rumahnya dilarikan dua lelaki.


Dalam kejadian di Kampung Padang Bohor, Arau pagi semalam, P. Vittiyanandan, 59, turut diikat oleh penjenayah dengan menggunakan baju T manakala badannya dibelit dengan kain selimut atas kerusi roda.
Penjenayah terbabit melarikan wang tunai RM14,000 yang disembunyikan di bawah tilam dalam bilik tidur mangsa dan barangan kemas bernilai RM100,000 yang disimpan dalam almari di ruang tamu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 hingga 10.45 pagi itu, bekas peniaga besi buruk itu dikatakan menjerit meminta tolong, namun dia ditumbuk sehingga muka dan mata kanannya lebam, sebelum mulut mangsa disumbat dengan kain selimut.


Kejadian berlaku kira-kira 15 minit selepas isterinya, P. Sundram @ Letchmi, 60, keluar ke rumah jiran mengambil upah sebagai pencuci rumah.
Ketika ditemui, Vittiyanandan tidak dapat menceritakan kejadian itu secara jelas kerana sering menangis dan sakit akibat ditumbuk dan ditampar bertubi-tubi oleh penjenayah.


Sundram memberitahu, sebaik sahaja dia pergi bekerja kira-kira pukul 9.40 pagi, suaminya didatangi seorang lelaki India yang bertanyakan melalui tingkap sama ada dia (Sundram) ada di rumah atau tidak.
"Apabila suami saya beritahu saya keluar mencuci rumah jiran, dua lelaki terus menyerbu masuk.



"Mereka kemudian terus menggeledah rumah dan menemui wang tunai RM14,000 yang dibayar oleh syarikat insurans selepas saya kemalangan tahun lalu. Selain itu, barangan kemas bernilai RM100,000 milik anak saya yang disimpan turut diambil," ujarnya.


Sundram memberitahu, dia mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari sekembalinya dari tempat kerja.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi berkata, mangsa mendakwa kerugian RM114,000 termasuk wang tunai RM14,000 yang dilarikan penjenayah.


Berikutan itu kata beliau, polis menyiasat kes tersebut di Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dan bersenjata.




Lagi kaya dari orang yang tak terima bantuan..

KiNgX
07-12-09, 10:30 AM
Mercu tanda 100 tingkat .PNB bina bangunan pencakar langit dekat Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memiliki satu lagi mercu tanda bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat yang dirancang dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara, selepas Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Projek yang akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dijadual bermula seawal suku pertama tahun depan sebagai langkah susulan kerajaan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan.

Menurut sumber, belum dipastikan sama ada bangunan pencakar langit itu akan menjadi yang tertinggi di dunia kerana status ketinggian ditentukan berdasarkan ukuran ketinggian dan bukan jumlah tingkat bangunan. "Ia mungkin menjadi antara yang tertinggi kerana ketika ini Taipei 101, bangunan tertinggi dunia memiliki 101 tingkat. Bangunan kedua tertinggi adalah Menara Berkembar Petronas dengan 88 tingkat. "Dari segi ukuran ketinggian, Taipei 101 adalah 509.2 meter dan Menara Petronas 451.9 meter. Menara Burj Dubai yang akan siap pada Januari 2010 pula akan memiliki 160 tingkat dengan ketinggian 818 meter," katanya.

Sumber itu berkata, cadangan pembinaan bangunan itu sudah dihantar kepada Kementerian Kewangan dan difahamkan sedang dipertimbangkan secara terperinci.
"Kita mungkin dapat mengetahui mengenainya dengan lebih jelas sedikit masa lagi. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal perancangan," katanya kepada Berita Harian. Beliau juga berkata, secara umumnya, kerajaan mewartakan tiga kawasan untuk pembinaan bangunan pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur selepas Jalan Ampang yang menempatkan Menara Berkembar Petronas. Selain sekitar Stadium Merdeka, dua lagi lokasi dicadangkan ialah di kawasan pembangunan Pusat Matrade di Jalan Duta yang akan dibangunkan Naza TTDI Sdn Bhd dan projek pembangunan Dataran Perdana, Jalan Imbi oleh Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHBB).

Selasa lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi bagi membolehkan ekonomi negara berkembang pada kadar lima peratus tahun depan, termasuk projek pembangunan bercampur di sekitar Stadium Merdeka dan Pusat Matrade.
PNB baru-baru ini pula berkata, ia sedang membuat persediaan memajukan satu lagi asetnya, iaitu kawasan Stadium Merdeka yang dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada anugerah Unesco Asia-Pacific Heritage Awards for Culture Heritage Conservation. Ia akan membangunkan tapak seluas 7.2 hektar di persekitaran stadium dengan projek pembangunan bercampur dan dijangka dimulakan tahun depan.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata projek merangkumi pembinaan hartanah kediaman dan plaza perniagaan itu memiliki nilai pembangunan kasar sekitar RM3 bilion. Seorang peserta pasaran hartanah tempatan, berkata cadangan PNB memajukan kawasan sekitar dua stadium bersejarah itu termasuk bangunan pencakar langit akan memberi nilai tambah kepada pelaburan kumpulan itu serta meningkatkan nilai hartanah sekitarnya. "Anggaran pembinaan sebuah bangunan 100 tingkat ketika ini mencecah lebih RM1 bilion. Dua menara berkembar Petronas yang siap pada 1998 menelan belanja kira-kira RM1.8 bilion. Berdasarkan harga perkhidmatan dan barangan pembinaan semasa yang lebih tinggi berbanding dulu, belanja bangunan 100 tingkat mungkin lebih RM1.5 bilion," katanya.

KiNgX
07-12-09, 11:28 AM
Info ni, saya patut kongsi dengan semua orang...hahaha, mana tahu nanti-nanti terjumpa dekat Rum Jungle. Be prepare guys.

Program 'ulama turun padang' serbu disko

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatur program 'ulama turun padang' bertujuan menyampaikan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam yang menjadi tumpuan golongan muda Melayu termasuk kalangan artis tempatan.

Katanya, program hasil idea golongan artis yang prihatin terhadap penularan gejala sosial akan digerakkannya dalam tempoh terdekat dengan bantuan kumpulan pendakwah yang akan dilatihnya sendiri. “Program dakwah yang saya katakan sebelum ini buat permulaan akan digerakkan di Selangor kerana negeri ini mempunyai majoriti penduduk Islam.

“Kita perlu berdakwah sehingga sampai ke situ sekurang-kurangnya bersembang, bertanya, mengedarkan risalah dan menasihati mereka. Mungkin buat permulaan saya akan turun padang melatih dan memantau kumpulan pendakwah ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam bagi menjelaskan laporan muka depan Sinar Harian semalam berhubung hasratnya ke disko untuk berdakwah.

Menurut laporan itu, Asri berkata, beliau berhasrat mengembangkan kegiatan dakwah sehingga ke pusat hiburan, walaupun tidak mendapat sijil tauliah dan bercadang menumpu kepada pusat-pusat hiburan yang dikunjungi orang Melayu di Selangor. Beliau berkata, walaupun tidak mendapat tauliah, usaha berdakwah di pusat karaoke dan seumpamanya perlu diadakan kerana kebanyakan program dakwah hanya tertumpu di masjid dan surau.

“Kita kena tahu apa yang pendakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) buat. Tidak perlu kajian kerana kita rasa orang ramai sendiri tahu apa yang berlaku. Program berdakwah hanya tertumpu di masjid dan surau. “Ini bukan soal kenapa tumpu di Selangor sahaja. Sepatutnya dakwah perlu merata seperti yang dilakukan tokoh ilmuan Muslimin, Hasan al-Bana dan jemaah tabligh,” katanya.

sexypirate
07-12-09, 12:41 PM
KOTA BARU: Two shoppers were killed after a runaway car in an open air parking lot of a mall smashed through a retaining wall before plunging down three stories onto an escalator.
Another shopper was seriously injured in the freak accident that occurred at 4.45pm when the mall in Jalan Hamzah was packed with weekend patrons.
Nurain Said, who was driving the car when it plunged, miraculously survived the 54m fall.
http://thestar.com.my/archives/2009/12/7/nation/n_03escalators.jpg Sandwiched: The wrecked car lying in between two escalators after the fall in a mall in Kota Baru Sunday. — SAZUKI EMBONG / The Star
The dead have been identified as trainee nurses Siti Nuramira Shamsuddin, 19, and Siti Nurdiana Azman, 18, from a local college. Both died on the spot after being hit by falling debris.
District OCPD Asst Comm Zahruddin Abdullah said the first driver of the car – identified only as Sabri – had earlier got out of the vehicle, which had stalled at the parking lot.
He said Sabri then told his 17-year-old sister Nurain to get behind the wheel while he pushed the car in an attempt to jumpstart the engine.
ACP Zahruddin said while Sabri was pushing the car, the engine suddenly started, causing the car to lunge forward and smash into the retaining wall, which also served as the building’s ventilation airway.
He said Siti Nuramira who was on the second floor of the building and Siti Nurdiana who was standing on the ground floor, close to the escalator, could have died after being crushed by concrete debris.
http://thestar.com.my/archives/2009/12/7/nation/n_03victims.jpg The victims: A combo picture of Siti Nuramira (left) and Siti Nurdia na who were killed Sunday.
“We are looking for Sabri and another woman identified as Nurul Atikah to help in the investigations,” ACP Zahruddin added.
Meanwhile, Siti Nuramira’s father Shamsuddin Abdul Rahman, 52, said she had asked him to deposit RM50 into her bank account before the incident.
“The last time I saw her was during the Aidiladha celebrations. She called me three times the day before the incident to enquire about my well-being.
“There was nothing strange about her. She only informed me that she needed some money and asked me to bank in RM50 for her. That was it,” he said when met at the mortuary at the Raja Perempuan Zainab II Hospital here last night.
Shamsuddin said he did not realise it was the last request his daughter, who was the third of six children, made. The family was from Felda Chiku, Gua Musang.
A witness, Hazura Ariffin, 25, said she heard a loud bang that shook the build*ing.
“I thought it was an earthquake. I was shocked to see the wrecked car lying in the middle of the mall between the escalators,” she said.
Another witness, Johan Salleh, 47, said he was on the ground floor and saw the car plunging down.
“I was able to drag my son away but he remained traumatised,” he said.


COURTESY-the STAR newspaper

KiNgX
13-12-09, 07:50 AM
Padah tambah power

KUALA LUMPUR: Awas kepada lelaki yang ghairah mengambil ubat untuk menguatkan tenaga batin kerana pakar perubatan mendedahkan ubat berkenaan boleh memberi kesan sampingan yang menghakis ciri kejantanan iaitu buah dada mereka boleh membesar seperti wanita hingga terpaksa memakai coli. Ini kerana, banyak ubat menguatkan tenaga batin lelaki yang terdapat di pasaran sekarang sama ada jenis krim, herba atau makanan kesihatan tambahan didapati mengandungi streroid dan perangsang hormon wanita dinamakan estrogenik.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby , berkata steroid dan estrogenik dikenal pasti antara punca utama yang menyebabkan lelaki mengalami masalah gynecomastia atau tumbesaran buah dada. Beliau berkata, selain ubat penguat tenaga batin lelaki, steroid dan estrogenik juga menjadi ramuan utama dalam ubat penyakit gastrik dan penenang minda. “Dan ini bermakna, lelaki yang mengambil ubat gastrik dan penenang minda tanpa kawalan atau tidak mengikut panduan doktor juga berisiko mengalami gynecomastia iaitu buah dada mereka membesar. Jika pun saiznya tidak sampai ke tahap sama besar dengan buah dada wanita, yang pasti ia lebih besar berbanding lelaki normal,” katanya.

Dr Ismail berkata, pemerhatiannya mendapati jumlah lelaki yang mengalami gynecomastia di Malaysia semakin meningkat kebelakangan ini dan sebahagian besar mereka tidak tahu ia berlaku disebabkan kesan sampingan ubat penguat tenaga batin, gastrik atau penenang minda. Menurutnya, kebiasaannya pada peringkat awal penghidap gynecomastia tidak mengetahui atau menyedari mereka menghidap penyakit itu namun berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila buah dada mereka berasa sakit dan ada ketulan isi di bawah puting.

“Ketulan keras menunjukkan bahawa seseorang itu menghidap barah payudara tetapi bagi gynecomastia, ketulannya lembut dan ia sakit apabila disentuh. Jika ada tanda-tanda awal ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor,” katanya. Bagaimanapun, Dr Ismail mengakui masalah buah dada besar di kalangan lelaki turut berkait rapat dengan obesiti atau berat badan berlebihan, namun itu tidak bermakna perkara ini normal kerana nisbah secara rawak menunjukkan daripada empat lelaki obes, seorang akan menghidap gynecomastia.

“Jika lelaki obes menghidap gynecomastia, apabila mereka mengurangkan berat badan, berat badan dan saiz perut mereka mungkin berkurang tapi buah dada mereka akan meleper dan londeh,” katanya. Selain itu, kata Dr Ismail, masalah gynecomastia juga berlaku akibat kanser alat sulit dan berkaitan baka yang boleh menyebabkan gangguan hormon testosterone. Menurutnya, disebabkan semakin ramai lelaki menghidap gynecomastia, kini sudah terdapat coli khas untuk lelaki yang berfungsi menutup buah dada mereka daripada kelihatan terbonjol hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan memalukan.

Oleh itu, Dr Ismail berharap lelaki yang ghairah atau taksub untuk menguatkan tenaga batin supaya berfikir panjang dengan turut memikirkan kesan sampingan ubat yang mereka ambil bagi mengelakkan buah dada mereka semakin membesar.

Pembedahan selesai masalah

KUALA LUMPUR: Lelaki yang mengalami gynecomastia atau buah dada membesar tidak mempunyai banyak pilihan untuk merawat penyakit itu kerana setakat ini kaedah yang paling berkesan ialah menjalani pembedahan untuk mengecilkan buah daada. Pakar Bedah Klinik Pakar Kulit Ko, Klang, Selangor, Dr Mohd Ruslan Johan, berkata sepanjang tahun ini saja, beliau sudah melakukan pembedahan membabitkan lebih 10 pesakit dan mereka kini kembali menjalani hidup dengan lebih yakin.

“Setakat ini, pembedahan adalah cara paling berkesan untuk menyelesaikan masalah buah dada besar membabitkan lelaki. Pembedahan itu juga tidak mendatangkan bahaya kerana doktor hanya menyedut lemak pada bahagian tertentu buah dada untuk mengecilkan saiznya kepada saiz normal,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad. Mengenai kos pembedahan, beliau berkata ia bergantung kepada berapa besar buah dada pesakit. Semakin besar bahagian itu maka jumlah bayaran juga meningkat dan begitulah sebaliknya. Menurutnya, proses pembedahan itu juga tidak terlalu rumit dan hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk diselesaikan.

“Saya banyak menerima pesakit yang mahu melakukan pembedahan berkenaan sejak bertahun lalu. Saya juga percaya ada ramai lagi doktor pakar turut menerima pesakit seperti itu. “Kebiasaannya, pesakit berkenaan terdiri daripada kalangan lelaki berdepan masalah obesiti dan rasa kurang yakin untuk keluar ke khalayak ramai kerana kekurangan berkenaan,” katanya. Bagaimanapun, menurut beliau, perasaan itu sepatutnya dibuang kerana setiap daripada kita mempunyai kelebihan juga kekurangan masing-masing.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan lelaki yang berdepan masalah buah dada untuk mendapatkan khidmat doktor pakar dan tidak sewenang-wenangnya mengambil ubat-ubatan tidak diketahui secara tepat di luar. “Jika individu berkaitan merasakan mereka mempunyai masalah dengan buah dada masing-masing, rujuk perkara itu kepada pakar. “Biar ia dijelaskan oleh pakar dan tidak mengambil langkah terburu-buru mendapatkan ubat-ubatan yang belum tentu mujarab. Tidak perlu malu untuk bertemu dengan pakar,” katanya.

KiNgX
14-12-09, 12:10 PM
PNB umum dividen ASB 7.30 sen

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Berhad (ASB) sebanyak 7.30 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 berbanding 7.00 sen tahun sebelumnya.

Demikian diumumkan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji, di sini sebentar tadi. Ia membabitkan pembayaran dividen RM4.95 billion kepada pemegang unit, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion tahun kewangan sebelumnya.

PNB juga mengumumkan pembayaran bonus 1.25 sen, membabitkan nilai RM537.65 juta. "Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan RM70 bilion unit ASB," katanya.

sam261079
14-12-09, 01:44 PM
The Sun (Edisi UK)

LIST OF POSSIBLE SLOGANS PROMOTING NATIONAL CONDOM WEEK

1. COVER YOUR STUMP BEFORE U HUMP

2. BEFORE U ATTACK HER, WRAP YOUR WHACKER

3. DON'T BE SILLY, PROTECT YOUR WILLY

4. WHEN IN DOUBT, SHROUD YOUR SPOUT

5. DON'T BE A LONER, COVER YOUR BONER

6. YOU CANT GO WRONG, IF U SHIELD YOUR DONG

7. IF YOU'RE NOT GOIN TO SACK IT, GO HOME AND WHACK IT.

8. IF U THINK SHE'S SPUNKY, COVER YOUR MONKEY

9. IF U SLIP BETWEEN HER THIGHS, BE SURE TO CONDOMIZE

10. IT WILL BE SWEETER IF U WRAP YOUR PETER

11. SHE WONT GET SICK IF U WRAP YOUR DICK

12. IF U GO IN TO HEAT, PACKAGE YOUR MEAT

13. WHLE YOUR UNDRESSING VENUS, DRESS UP YOUR PENIS

14. WHEN U TAKE OFF HER PANTS AND BLOUSE, SLIP UP YOUR TROUSER MOUSE

15. ESPECIALLY IN DECEMBER, GIFT WRAP YOUR MEMBER

16. NEVER,NEVER DECK HER WITH AN UNWRAPPED PECKER

17. DONT BE A FOOL, VULCANIZE YOUR TOOL

18. THE RIGHT SELECTION WILL PROTECT YOUR ERECTION

19. WRAP IT IN FOIL BEFORE CHECKING HER OIL

20. A CRANK WITH ARMOR WILL NEVER HARM HER

21. NO GLOVE, NO LOVE!

KiNgX
17-12-09, 11:59 AM
Bahana urut amoi bogel

KEPONG: Terlalu asyik dengan belaian manja ‘minah urut’ seorang lelaki berusia 20-an tidak sedar premis menyediakan perkhidmatan urutan itu diserbu polis walaupun bilik digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tidak bermoral itu hanya ditutup dengan papan lapis dan kain langsir. Difahamkan ketika dicekup lelaki warga tempatan itu dalam keadaan bogel manakala pasangannya seorang gadis warga China juga berusia 20-an hanya sempat menutup tubuhnya menggunakan sehelai tuala, dan gagal mencapai pakaian.

Berselindung di sebalik rawatan urutan refleksiologi pada papan tanda, premis terbabit sebenarnya turut menyediakan perkhidmatan seks sebagai sampingan, dan biasanya pelanggan akan diurut terlebih dulu sebelum beralih pada khidmat seks diinginkan lelaki hidung belang. Serbuan jam 1 pagi semalam dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman selepas menerima maklumat awam dan melakukan intipan selama beberapa hari itu.

Dalam operasi itu seramai 15 gadis warga China yang berselindung di sebalik nama pusat rawatan refleksilogi itu ditahan. Menurut jurucakap polis, pasangan yang sedang asyik bermadu kasih itu hanya menyedari premis terbabit diserbu selepas anggota bertugas menyelak langsir dan melihat mereka dalam keadaan bogel.

“Mereka tidak menyangka premis terbabit diserbu polis dan ada pelanggan yang ditemui dalam keadaan bogel dan hanya sempat mencapai tuala untuk menutup tubuh manakala pelanggannya pula menggeletar ketakutan. “Pemeriksaan mendapati 15 gadis warga China berusia 20-an tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. “Maklumat yang kami terima, premis ini menawarkan perkhidmatan berunsurkan maksiat termasuk seks dan oral seks dan hasil intipan dan serbuan didapati dakwaan itu benar,” katanya

Difahamkan sebelum ini premis sama sudah tiga kali diserbu berikutan menjalankan kegiatan sama bagaimanapun, pengusahanya masih berdegil dan meneruskan perniagaan haram itu. Bagi mengaburi pihak berkuasa dari mengesan perkhidmatan tidak bermoral disediakan pengusaha premis terbabit meletakkan sebaris kerusi kononnya untuk tujuan urutan kaki di ruang tamu manakala 14 bilik kecil lengkap dengan tilam dibina di tepi bahagian premis bagi khidmat seks.

KiNgX
20-12-09, 02:10 PM
Mohon masuk IPTA online - Proses dilakukan sepenuhnya menerusi aplikasi sesi 2010/11


KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf dilaksanakan menerusi aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi di sini semalam, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lalu dan tarikh tutup pada 31 Disember ini.


Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai jam 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010. Kenyataan itu berkata, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Bagi pemohon fasa satu, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua pula, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan. "Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun Giro di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan sahaja dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke www.upu.mohe.gov.my (http://www.upu.mohe.gov.my).

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan pemohon lepasan SPM 2009 supaya memohon pada fasa satu, bagi meningkatkan kelancaran sekali gus mengurangkan tempoh masa mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti. � Bernama

FLO
30-12-09, 11:41 AM
lelaki sedang diurut ditahan JAIShttp://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1230/Kosmo/Negara/ne_08.1.jpg

SEBAHAGIAN daripada 17 pekerja di spa Hotel Armada yang diperiksa polis dan JAIS.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1230/Kosmo/Negara/ne_08.2.jpg
ATAS: SEBUAH spa di Hotel Armada, Petaling Jaya diserbu polis dan JAIS semalam.


PETALING JAYA - Malang bagi dua lelaki yang leka diurut oleh dua wanita apabila mereka tiba-tiba diserbu dan ditahan oleh polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah spa di tingkat dua Hotel Armada di sini semalam.
Ketika serbuan pada pukul 5.30 petang, kedua-dua lelaki tersebut berada di dalam dua bilik berasingan dan sedang diurut oleh dua pekerja wanita tempatan.
Ketua Operasi Unit Penguatkuasaan JAIS, Mohd. Haffizi Mohd. Roslan berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan bagi kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 29 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda kurang RM3,000 atau penjara kurang daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut beliau, dua tukang urut wanita yang mengurut dua lelaki itu tidak ditahan kerana mereka berketurunan Cina.

FLO
30-12-09, 11:47 AM
gua kenal minah ni
tapi gua x ingat jumpa kat mana
dulu...kat kedah kot/kt perlis

Pasangan ingkar dapat larikan diri - Ahli keluarga yang berkawal sejak kelmarin terpedaya


Oleh ZAID MOHD. NOOR
[email protected]

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1230/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg

Rosli Allani bersama Ilyani bergegas melarikan diri dengan memasuki sebuah kenderaan di hadapan rumah mereka di Kampung Telipot, Kota Bharu semalam. BAWAH KIRI: KERATAN Kosmo! semalam.


KOTA BHARU - Jika kelmarin rumah mereka di Kampung Telipot di sini dikepung hampir 20 jam, suasana lengang pukul 10.30 pagi semalam membuka peluang kepada pasangan Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir, 35, dan Ilyani Mohd. Noor, 30, untuk melarikan diri sebelum sempat pihak berkuasa agama menahan mereka.
Pasangan itu yang mengingkari arahan Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya berpisah sementara, bingkas berjalan keluar ke pintu pagar sebaik sahaja sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Caldina berhenti bersama dua buah kereta lain.
Ia menyebabkan kira-kira 10 ahli keluarga Ilyani termasuk bapanya, Mohd. Noor Che Man, 58, terpinga-pinga kerana mereka menyangka ketiga-tiga kenderaan itu dipandu orang luar yang mahu melihat apa yang berlaku di situ.
Dalam masa tidak sampai tiga minit, pasangan itu bergegas keluar dari rumah dengan mengendong beg dan terus memasuki kenderaan tersebut pada pukul 10.30 pagi sebelum meninggalkan tempat itu.

ajimario
30-12-09, 10:33 PM
Bekas Presiden Indonesia, Gus Dur meninggal dunia




JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia jam 6.45 petang tadi (waktu Indonesia).

Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo, di sini.

Berita kematian Presiden keempat Indonesia itu disahkan oleh adik kandungnya, KH Sholahudin Wahid. - Agensi

KiNgX
31-12-09, 05:36 PM
Gula naik 20 sen mulai esok

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram. Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

p/s: haaa...lekaih pi beli gula sebelum koi 12 ni, tahun baru..harga pun baru la...barua!...konfem pasni harga makanan & minuman akan naik.

dar74
02-01-10, 08:40 AM
Gula naik 20 sen mulai esok

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram. Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

p/s: haaa...lekaih pi beli gula sebelum koi 12 ni, tahun baru..harga pun baru la...barua!...konfem pasni harga makanan & minuman akan naik.


Inilah yang dinamakan kerajaan yang prihatin, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

CikLana
02-01-10, 01:08 PM
Mohon masuk IPTA online - Proses dilakukan sepenuhnya menerusi aplikasi sesi 2010/11


KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf dilaksanakan menerusi aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi di sini semalam, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 November lalu dan tarikh tutup pada 31 Disember ini.


Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai jam 12 tengah hari sehingga 30 Mac 2010. Kenyataan itu berkata, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Bagi pemohon fasa satu, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti kokurikulum yang disertai.

Bagi pemohon fasa dua pula, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan. "Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun Giro di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.

"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan sahaja dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke www.upu.mohe.gov.my (http://www.upu.mohe.gov.my).

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan pemohon lepasan SPM 2009 supaya memohon pada fasa satu, bagi meningkatkan kelancaran sekali gus mengurangkan tempoh masa mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti. � Bernama

masak....masak semasaknya lah kitaorg skang sbb menda ni.. starting jan 4 semua cuti kena freeze :(( huaaaaaaaaa

FLO
02-01-10, 02:06 PM
Nenek terlanjur dalam bilik hotel

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Muhammad Aifat
[email protected]
http://www.hmetro.com.my/Saturday/Setempat/20100102090250/mainpix SELIDIK...pegawai Jaip menyoal siasat suspek kes
khawat yang ditahan di hotel murah, semalam. KUANTAN: Sambutan tahun baru kali ini pasti menjadi sejarah paling memalukan bagi seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun apabila ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 16 tahun lebih muda baru dikenali tiga bulan lalu.

Lebih memalukan, ketika serbuan dilakukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 7.20 pagi di sebuah hotel murah di Jalan Besar, di sini, semalam, pasangan terbabit dengan selamba memberi alasan sedang berbogel menyebabkan mereka lambat membuka pintu ketika diketuk.

“Takkan kami hendak buka pintu dalam keadaan bogel,” kata pasangan lelaki berusia 38 tahun berkenaan kepada anggota penguat kuasa yang hanya mampu menggelengkan kepala mendengarkan jawapan itu.

Malah ketika ditahan, nenek yang juga ibu tunggal beranak enam itu tanpa berselindung mengakui kesalahan dilakukan bersama pasangannya yang bekerja sebagai jurukimpal di bandar ini.





Ketika anggota penguat kuasa meminta kad pengenalan masing-masing bagi menahan mereka, wanita warga emas yang bekerja sebagai pembantu kedai itu merayu supaya dia dan pasangannya dibebaskan kerana malu jika anak dan cucu serta menantunya mengetahui perlakuan sumbangnya.


Ketua Penguat Kuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata hasil siasatan dilakukan pihaknya, pasangan terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks ketika bermalam di hotel berkenaan.

Katanya, wanita terbabit juga mengaku baru mengenali pasangannya tiga bulan lalu dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah kewangan.

“Nenek itu turut memaklumkan dia sudah menjanda selama enam tahun selepas kematian suami dan tinggal keseorangan di Kampung Kurnia, di sini. Pasangannya pula lelaki bujang berasal dari Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan turut mengakui bertemu malam kelmarin untuk menyambut tahun baru bersama sebelum mengambil keputusan memadu asmara di hotel berkenaan.

“Mengejutkan apabila nenek lapan cucu itu memaklumkan keputusan bermalam di hotel itu dibuat selepas bimbang diketahui orang kampung jika membawa pasangannya pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui selepas operasi dinamakan ‘Ops Insaf’ itu tamat kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Raffli berkata, dalam operasi bermula jam 4 petang pada 31 Disember tahun lalu sehingga semalam, 58 ditahan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, dalam operasi berkenaan 20 hotel murah dan rumah tumpangan yang menjadi tumpuan pasangan melakukan maksiat sekitar bandar ini diperiksa.

Katanya, semua pasangan ditahan dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika bersalah, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, selain menumpukan kepada hotel dan rumah tumpangan operasi berkenaan turut dilakukan di sekitar kawasan tumpuan seperti Teluk Chempedak, Pantai Gelora, Taman Teruntum dan kawasan rekreasi Balok dalam usaha membasmi kegiatan maksiat.

“Dalam operasi di kawasan berkenaan, 25 ditahan membabitkan pelbagai kesalahan seperti berpakaian menjolok mata, minum arak dan berpeluk atau bercium di khalayak ramai,” katanya.

KiNgX
03-01-10, 01:24 PM
Urut badan ke badan

KUALA LUMPUR: Dulu urut batin, tetapi kini ‘urut badan dengan badan’ dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut. Dengan bayaran antara RM130 hingga RM150, khidmat ekstra itu hangat diperkatakan sekarang sehingga tauke rumah urut berlumba-lumba menawarkannya. Wartawan Metro Ahad mengesan kewujudan ‘pakej maksiat’ terbabit selepas diberitahu oleh seorang pelanggan tetap beberapa rumah urut yang menyediakan khidmat itu.

Dikenali sebagai Faizal, 32, dia mendakwa khidmat ekstra itu ditawarkan secara terbuka kepada pelanggan. Menurutnya, ia dengan panggilan ‘B2B’ (body to body) di kalangan pelanggan yang mengetahuinya, terutama golongan muda. “Dulu kalau ke rumah urut, tawaran yang selalu diberi adalah urut batin, tetapi sekarang ada urut badan dengan badan. Sebut saja B2B, ia popular di kalangan mereka yang selalu berkunjung ke rumah urut,’ katanya.

Faizal berkata, sama seperti khidmat urut batin yang pada mulanya ditawarkan secara rahsia, kini kebanyakan rumah urut menawarkan khidmat B2B secara terbuka.“Pada mulanya saya tidak tahu ada khidmat seperti itu di rumah urut kerana sebelum ini yang sering diuar-uarkan adalah urut batin dan seks. “Ketika berkunjung ke sebuah rumah urut di bandar raya ini, penjaga kaunternya dengan selamba menawarkan saya khidmat B2B yang asyik dikatakan sebagai lain daripada yang lain.

“Penjaga kaunter itu beritahu ia tidak membabitkan seks, sebaliknya hanya gesel menggesel menggunakan tubuh si tukang urut wanita tanpa seurat benang,” katanya. Menurut Faizal, rumah urut dikunjunginya menetapkan harga antara RM130 hingga RM150 untuk pakej itu. “Pertama kali mencuba, saya berasa ketagih untuk mengulanginya semula. Kesudahannya pada awalnya seminggu sekali saja, tetapi lama kelamaan dua tiga kali sebulan kerana belanjanya besar.

“Sepanjang berkunjung ke beberapa rumah urut yang menawarkan khidmat itu, saya akui kebanyakan pelanggan ‘kemaruk’ memilih pakej berkenaan,” katanya. Faizal berkata, tidak kurang daripada 10 rumah urut di Kuala Lumpur dan Selangor menawarkan khidmat itu. “Ada rumah urut yang dulu hanya menawarkan urut batin kini menyediakan B2B apabila menyedari pakej itu menjadi buruan dan lebih menguntungkan. “Berdasarkan pengalaman saya, tukang urut yang melakukan ‘tugas’ itu adalah warga asing, terutama dari China dan Thailand. Ada yang langsung tak tahu mengurut, sebaliknya hanya melakukan B2B,” katanya.

Berdasarkan maklumat diberi Faizal, wartawan Metro Ahad berkunjung ke sebuah rumah urut yang menyediakan khidmat itu. Terbukti dakwaan Faizal benar kerana penjaga kaunter memberitahu ada ‘servis’ B2B sebaik ditanya mengenai pakej ditawarkan. “Apa ‘servis’ awak mahu? Sini ada B2B, urut badan dengan badan. Tak mahal, RM150 saja untuk satu jam,” kata penjaga rumah urut berkenaan. Kunjungan sekitar jam 8 malam itu turut membuktikan kegilaan lelaki hidung belang terhadap pakej B2B terserlah apabila penjaga kaunter memberitahu semua tukang urut sibuk melayan pelanggan.

“Awak kena tunggu lagi satu jam sebab tukang urut tiada. Semua layan pelanggan yang kebanyakannya ambil pakej B2B.“Awak mesti cuba. Tengok... ramai ambil pakej itu,” katanya. Bagi membuktikan dakwaan itu, wartawan Metro Ahad berpura-pura mendekati seorang pelanggan yang menunggu giliran. Ketika ditanya tujuannya ke rumah urut itu, tanpa berselindung lelaki terbabit memberitahu mahu mengambil pakej B2B.

“Sudah tiga kali saya ke sini dan ramai juga kawan datang sebab ada pakej B2B. Bukan di sini saja, ada rumah urut lain buat B2B. Saya ada juga pergi ke tempat lain. Banyaklah sekarang (tawarkan B2B),” katanya. Dalam pada itu, pemantauan di sebuah rumah urut lain mendapati perkhidmatan berkenaan turut disediakan. Penjaga kaunter memaklumkan, selain urut batin, urut badan dengan badan adalah ‘menu istimewa’ mereka. Bayaran dikenakan adalah RM150 dan khidmat itu dilakukan tukang urut warga Thailand.

KiNgX
04-01-10, 10:51 AM
Murid Melayu majoriti di SJK Cina

KUALA NERANG: Hari pertama persekolahan semalam, mencuri tumpuan apabila lebih 70 peratus murid tahun satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kou Hua, di sini, adalah murid Melayu. Seramai 19 murid memasuki Tahun Satu sekolah itu dengan 14 daripadanya adalah Melayu, Cina (3) dan dua murid Siam. Guru Besar SJKC, Kook Hooi Chin, berkata kemasukan murid Melayu melebihi murid Cina adalah senario biasa setiap tahun di sekolah itu.

Beliau berkata, SJKC Kou Hua yang tergolong dalam kelompok Sekolah Kurang Murid (SKM) mempunyai 12 guru yang mana dua daripadanya adalah guru Melayu yang mengajar Agama Islam dan Bahasa Melayu, manakala bakinya guru Cina. Katanya, hampir 50 peratus daripada 96 jumlah keseluruhan murid di sekolah ini adalah murid Melayu.

“Murid Melayu yang mendaftar tahun ini meningkat dan ia mungkin disebabkan penerimaan ibu bapa semakin baik terhadap SJKC selain majoriti penduduk kawasan ini Melayu. “Tambahan pula hanya satu SJKC di daerah ini, mungkin sebab itulah ibu bapa memilih untuk menghantar anak di sini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan murid Melayu di sekolah itu mampu menguasai asas Bahasa Mandarin sejurus tamat Tahun Enam selain mampu menjadikan Mandarin sebagai bahasa ketiga. “Mereka nampak bersemangat untuk belajar Bahasa Mandarin selain cepat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

waveguy
04-01-10, 11:57 AM
Club owners cry foul over licence ban

THE decision by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) to revoke the entertainment licences of five clubs in Jalan P. Ramlee has drawn mixed response from residents and patrons.

While the local and foreign patrons were unhappy, the residents and guests staying in the hotels and service apartments nearby are rejoicing over the move.

“I might as well sit at home buy a few drinks and call a few friends over.

“The reason I come to the pub is to enjoy music especially the live bands,’’ lamented a pub-goer who identified himself as Paul.

Expatriate Larry Sibley, 52, from the United States, who has been staying in Kuala Lumpur for about four years, agreed with Paul.

“Foreigners like myself who work in the city love the pubs for its live bands,” he said.
Tough luck: Beach Club, one of the clubs affected by the licence ban.

But not everyone agrees. A source from Shangri-La Hotel said the management had received many complaints from its guests that music from the clubs have been giving them sleepless nights.

“It can get very loud at times and sometimes the music plays until the wee hours of the morning,’’ said the source.

A resident living in Crown Regency Suites, who did not want to be identified, said the noise from the clubs could get pretty loud especially during the weekends.

A security officer from Park View Residences said a resident had made several complaints about the noise but he had moved out from the building two months ago.

Club managers are arguing that their business would drop if they were not alowed to play live music as it is their rice bowl.

Thai Club general manager Jonathan Tan said: “Entertainment outlets here have increased the property value in this area and without us, the property value would drop and many of these foreigners staying in the suites would move elsewhere.

“This is exactly what happened in Bangsar. Many clubs and pubs were forced to close down --will this be our fate as well?,’’ Tan asked.

When contacted, DBKL said the five clubs which had their entertainment licences revoked had breached environmental regulations.

A spokesman from the DBKL said the club owners were notified on Dec 11, that their entertainment licences would expire on Dec 31.

“They have been told that their bands are not allowed to perform after the deadline, and they should have anticipated a visit from our officers who were only there to monitor the area,’’ the spokesman said.

The DBKL had barred the Beach Club, Thai Club, Aloha, Poppy Garden and Rum Jungle from having any live band or deejay performing at their premises on New Year’s Day.

The spokesman said officers had used sound level meters which were commonly used to detect the level of noise pollution in an area. The device basically measures the sound level in decibels.

“The level is different for residential, industrial and commercial zones. In the case of Jalan P. Ramlee it is a mixed residential and commercial area.

“We have received many complaints from the hotels and residents about the noise.

“Other factors such as the closing time and performance time were considered as well.

“While we understand and emphatise with the club owners, the DBKL has a responsibility to address the views and concerns of all stakeholders to ensure that everyone is happy.’’

The affected club owners have decided to appeal to Federal Territories and Urban and Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin to regain their licences.

KiNgX
05-01-10, 10:28 AM
Dua enjin jet TUDM akan dibawa balik, 3 anggota pangkat rendah mungkin didakwa

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang hilang dua tahun lalu, secepat mungkin, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Beliau yang sudah menerima laporan lengkap siasatan berhubung kehilangan itu berkata, kerajaan akan menggunakan semua sumber, termasuk polis dan TUDM serta mendapatkan kerjasama beberapa negara luar untuk mengesan enjin terbabit sekali gus mendapatkan semula dua enjin jenis GE J85 21-A itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, enjin yang kali terakhir dikesan di Uruguay itu masih belum dapat dikesan kedudukannya sehingga ini. Katanya, sehingga kini, kertas siasatan terhadap kes itu sudah selesai dan dalam masa terdekat akan mengumumkan sama ada pendakwaan akan dilakukan atau sebaliknya. Gani yang berpuas hati dengan kertas siasatan itu, sekali lagi menegaskan tiada pegawai tinggi TUDM terbabit dalam kehilangan dua enjin itu sebaliknya hanya beberapa anggota pangkat rendah TUDM.

"Kita sedang melihat bukti yang ada dan keputusan untuk mendakwa mereka yang terbabit akan dibuat dalam masa terdekat," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Beliau berkata, sebuah enjin dibawa dengan kontena ke Gudang Material Udara I (Matra I) TDUM Sungai Besi pada 31 Oktober 2007 manakala enjin yang kedua pada 30 Disember 2007. Katanya, pada 1 Januari 2008, kedua-dua enjin berkenaan dibawa ke sebuah premis di USJ Subang Jaya dekat sini dan TUDM menyedari kehilangan kedua-dua enjin berkenaan pada 22 Mei 2008.

Beliau berkata, pada 4 Mei 2008, kontena mengandungi enjin terbabit dihantar ke Argentina menerusi kapal dan dipindahkan dengan kapal lain ke Uruguay. Laporan polis mengenai kehilangan kedua-dua enjin berkenaan dibuat oleh Ketua Matra I, Mejar Zulkifli Ayob, di Balai Polis Brickfields pada 4 Ogos 2008. Turut hadir padang sidang media itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin; Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md Anvar; Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan beberapa pegawai TUDM.

Menjawab soalan, beliau berkata, pihaknya tidak pasti siapa pembeli enjin berkenaan dan apa tujuan mereka. Katanya, polis antarabangsa (Interpol) juga sudah maklum mengenai kes berkenaan dan pihak berkuasa Malaysia juga turut mendapatkan bantuan agensi berkenaan. Akhbar ini baru-baru ini mendedahkan kehilangan dua enjin itu ketika dibawa keluar dari pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis berjaya mengenal pasti empat suspek terbabit dalam kehilangan enjin itu iaitu tiga anggota bawahan dan seorang awam yang menjadi ejen menjual enjin berkenaan.

CtiE
05-01-10, 11:52 AM
Hayun seterika

AMPANG: Geram isterinya pulang lewat, seorang lelaki tergamak menghayun seterika pada wanita berkenaan ketika di rumah mereka di Lembah Keramat, dekat sini, Sabtu lalu.

Hayunan seterika terbabit hampir hinggap di anggota badan dan kepala wanita berkenaan, namun dia ternyata bernasib baik kerana dapat mengelak objek besi itu yang kemungkinan boleh mendatangkan kecederaan atau sebarang perkara buruk lain.


Selain itu, lelaki berkenaan yang tidak dapat mengawal perasaan turut mengugut mahu membunuh isterinya itu, selepas berlaku pertengkaran antara mereka.


Lelaki berkenaan semakin menggila apabila dia turut mengambil kerusi serta kipas sebelum melayangkan objek berkenaan ke arah mangsa, namun wanita itu sekali lagi bernasib baik selepas dia mengelak. Menurut sumber polis, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa yang bekerja sebagai pengurus jualan pulang ke rumah sebelum dia dimarahi suaminya.


“Ketika itu, mangsa ditegur kerana pulang lewat sebelum berlaku pertengkaran antara mereka membuatkan suaminya semakin berang.


“Mangsa berniat baik dan memberitahu suaminya yang dia terpaksa pulang lewat kerana mempunyai urusan kerja yang banyak, namun alasan terbabit ternyata tidak diterima lelaki berkenaan,” katanya.


Katanya, selepas itu, berlaku pertengkaran antara mereka dan wanita malang terbabit yang sempat mengelak daripada dipukul terpaksa bergelut dengan suaminya sebelum dia melarikan diri.


“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kerana khuatir keselamatan diri selepas dia turut menerima ugutan bunuh yang dibuat suaminya.


“Berikutan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 40-an, semalam selepas dia menyerah diri di balai polis,” katanya.


Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati motif kejadian berpunca hanya kerana suspek tidak berpuas hati selepas isterinya pulang lewat dari tempat kerja.


“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar yang membuatkan lelaki itu begitu berang dan sanggup mengugut membunuh isteri sendiri,” katanya. Difahamkan, wanita berusia 30-an bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat itu mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak hampir dua tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat.


“Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang dilakukan lelaki berkenaan kepada isterinya,” katanya.

CtiE
05-01-10, 12:11 PM
31 wanita seksi Vietnam tak bercoli ditahan

KUALA LUMPUR - Seramai 31 wanita warga Vietnam dipercayai pelacur yang kesemuanya berpakaian seksi dan tidak memakai coli ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Batu 3 1/2, Jalan Ipoh dekat sini malam kelmarin.

Pengusaha pusat hiburan itu tidak pernah serik dengan aktiviti tidak bermoral kerana pada 13 Disember lalu premis itu pernah diserbu dengan 41 pelacur warga China, Indonesia dan Vietnam ditahan.

Pegawai Turus Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, Supritendan Razali Abu Samah berkata, semasa serbuan pada pukul 8.30 malam, sebahagian daripada wanita itu berada dalam keadaan ghairah bersama pelanggan masing-masing manakala baki pelacur itu berada dalam sebuah bilik khas.

"Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima banyak aduan mengenai kegiatan tidak bermoral di situ sebelum membuat risikan dan serbuan," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, kesemua wanita berusia 30-an itu tidak dibenarkan memakai coli dan diwajibkan memakai pakaian seksi ketika bekerja kononnya bagi menggoda pelanggan untuk melanggan mereka.

gigs
05-01-10, 01:54 PM
Thread nih sebenarnya gua bukak sebab geram dok baca thread 'Tajuk Berita Akhbar' baca jerk, takleh nak komen. Kan komen situ kena delete. Hehehe.. Lagipon bak impian Kingx, nak menambahkan thread2 baru sempena tahun 2010 nih, kita cuba realisasikan...

Jadi, apa sahaja berita menarik boleh kita copy-paste ke sini. Dan yang paling penting, komen kita tentang isu yang diketengahkan. Dan isu itu, orang lain pon boleh komen bersama, samada sependapat ngan kita atau sebaliknya, tak kisah.

gigs
05-01-10, 02:02 PM
Kisah pusat hiburan di tutup di Jalan P.Ramlee


Berita 1 http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=465987


Lima Premis Hiburan Di Jalan P.Ramlee Ditutup Kerana Buat Bising

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Lima premis hiburan di sekitar Jalan P.Ramlee di sini ditutup kerana melanggar peraturan dengan menguatkan muzik sehingga mengganggu ketenteraman awam, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Katanya lesen mereka dibatalkan ekoran aduan orang ramai bahawa kelima-lima premis hiburan itu menggunakan muzik yang kuat dengan meletakkan pembesar suara di hadapan premis masing-masing.

"Pemilik premis kena tahu, nak buat bising ada hadnya, mereka dah langgar peraturan. Saya dapat tahu juga mereka beroperasi hingga lewat pagi terutama hari minggu," kata Ahmad Fuad kepada pemberita di sini Isnin.

Katanya pembatalan lesen premis hiburan berkenaan berkuatkuasa pada 1 Jan lepas.

"Bukan sekali dua kita bagi amaran minta kurangkan bising, tapi banyak kali. Jadi bila kita tengok tak ada perubahan dan mereka masih berdegil, tindakan inilah yang kita ambil.

"Banyak aduan yang kita terima daripada penduduk yang tinggal berdekatan premis berkenaan termasuk penginap hotel-hotel berhampiran," katanya.

Ahmad Fuad menjelaskan bahawa hanya lesen hiburan premis berkenaan dibatalkan tetapi tidak bagi lesen perniagaan mereka.

-- BERNAMA




Berita 2 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/2/nation/5403702&sec=nation




Licences of five popular KL clubs revoked


KUALA LUMPUR: The usually energetic and packed Jalan P. Ramlee here was devoid of its Friday night crowds after City Hall revoked the entertainment licences of five clubs here to host live band performances.


The clubs – Beach Club, Thai Club, Aloha, Poppy Garden and Rum Jungle – have been barred from having any live band or deejay performing at their premises from Jan 1.
http://thestar.com.my/archives/2010/1/2/nation/n_28karisma.jpgSilent mode: Members of the band D’Karisma pondering their next move after being told they are not allowed to perform at a club along Jalan P. Ramlee.


Club owner Ronnie Choong said their licences were revoked on Dec 31, pending a review by the Federal Territories Ministry.


Choong, who owns three of the five affected clubs, said City Hall had warned them on Dec 11 that their entertainment licences were being revoked indefinitely due to complaints of loud noise levels from occupants of a nearby hotel and two serviced apartments.


“From then, we have played at reduced noise level. Our licences are now under review because I believe the demographics of Jalan P. Ramlee have changed to a more residential one rather than commercial.


“We understand we can no longer operate at the noise levels like in the mid-1990s when there were hardly any apartments,” he said.
City Hall officers had come by earlier to the clubs with an order for them not to have live bands last night.


Choong said the clubs hoped that Minister Datuk Raja Nong Chik Rang Zulkifli would help them regain their licences as live bands were the “back bone” of their business.


“Jalan P. Ramlee has always been synonymous for its food outlets by day and its entertainment spots by night,” he said.



Bagi gua, perkara ini tak patut berlaku. Tak kelab la kalau takde muzik. Yang buat komplen tu pon bengong. Kelab tu semua wujud lebih awal dari service apartment yang baru naik tu. Nama jalan pon dah sesuai sangat dengan hiburan. Dan pusat hiburan kat situ kira cam one stop centre, banyak pilihan.


Kalau usha line kat situ, semua dah jadik restoran, dengan muzik yang perlahan. Satu2nya tempat yang terselamat adalah Sangria Island Pub and Restaurant. Tapi kalau semua dah tumpu situ, kompom tempat tu pack giler.


Bagi gua, gua tak setuju ngan tindakan nih. Weh.. dah lama gua carik makan kat situ!

KiNgX
05-01-10, 03:09 PM
Mengenai petikan akhbar diatas, gua pun senada dengan gigs. Apa kejadahnya semua ini? Dah tahu kawasan itu dah lama jadi tempat orang berhibur, yang gatai merela nak bangunkan lagi apartment kat keliling tu wat apa? Kalau kelab takde muzik, tak dangdut la camni.

KiNgX
06-01-10, 11:42 AM
Pelajar diberi percuma kad diskaun tambang KTMB

KUALA LUMPUR: Pelajar tempatan berumur 13 tahun ke atas kini boleh mendapatkan kad diskaun 50 peratus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan jarak jauh secara percuma di semua stesen KTMB dan pejabat perkhidmatan antara bandarnya. Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antarabandar KTMB, Mohd Noordin Kimi, berkata kad diskaun itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 untuk membantu pelajar, mula dikeluarkan KTMB sejak semalam.

“Pengeluaran kad ini tertakluk kepada syarat dan kami berikan hanya untuk tempat duduk kelas kedua dan ekonomi,” katanya. Kad ini layak diperoleh pelajar sama ada mereka di sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh. “Semua pelajar layak, tidak kira daripada keluarga miskin atau kaya, selagi seseorang itu masih bergelar pelajar tidak kira penuntut Sarjana atau PhD (doktor falsafah), mempunyai kad pelajar dan belajar di dalam Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, pelajar maktab perguruan, jururawat, polis, tentera dan juga institut kesihatan perlu membayar harga kad sebanyak RM30 setahun. Kad itu juga boleh digunakan ketika musim perayaan apabila ramai orang balik kampung tertakluk kepada syarat tempahan dibuat tidak kurang daripada tujuh hari sebelum perjalanan. “Mereka tak boleh tempah sebelum 60 hari, tetapi tujuh hari sebelum perjalanan, boleh, kita bagi keutamaan penumpang biasa dulu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan hanya KTMB yang mengendalikan pengeluaran kad itu. Jika kad yang diberikan secara percuma itu hilang, individu terbabit perlu membayar RM10 untuk mendapatkan kad baru sebagai denda. Kad diskaun itu boleh didapati dalam masa sehari dari pejabat KTMB di KL Sentral dan tiga minggu jika diperoleh dari cawangan lain.

Untuk maklumat lanjut hubungi KTMB di talian 03-2279 8852 atau mengunjungi laman web www.ktmb.com.my (http://www.ktmb.com.my). - Bernama

KiNgX
06-01-10, 11:57 AM
Urut badan ke badan

KUALA LUMPUR: Dulu urut batin, tetapi kini ‘urut badan dengan badan’ dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut. Dengan bayaran antara RM130 hingga RM150, khidmat ekstra itu hangat diperkatakan sekarang sehingga tauke rumah urut berlumba-lumba menawarkannya. Wartawan Metro Ahad mengesan kewujudan ‘pakej maksiat’ terbabit selepas diberitahu oleh seorang pelanggan tetap beberapa rumah urut yang menyediakan khidmat itu.

Dikenali sebagai Faizal, 32, dia mendakwa khidmat ekstra itu ditawarkan secara terbuka kepada pelanggan. Menurutnya, ia dengan panggilan ‘B2B’ (body to body) di kalangan pelanggan yang mengetahuinya, terutama golongan muda. “Dulu kalau ke rumah urut, tawaran yang selalu diberi adalah urut batin, tetapi sekarang ada urut badan dengan badan. Sebut saja B2B, ia popular di kalangan mereka yang selalu berkunjung ke rumah urut,’ katanya.

Berdasarkan petikan akhbar dari Harian Metro tempoh ari, benarkan apa yang diceritakan oleh Faizal ini benar? berbaloi atau tidak bayaran RM130-RM150 tu? Apakah urutan batin semakin dilupakan?

wood3
06-01-10, 12:28 PM
Mengenai petikan akhbar diatas, gua pun senada dengan gigs. Apa kejadahnya semua ini? Dah tahu kawasan itu dah lama jadi tempat orang berhibur, yang gatai merela nak bangunkan lagi apartment kat keliling tu wat apa? Kalau kelab takde muzik, tak dangdut la camni.


Pada aku yg bersalah dalam hal ni ialah PBT . .iaitu DBKL . .kawasan tu kawasan pejabat . .yang pi lulus kawasan kediaman pasai apa ???.
Awat dah tak cukup tanah ka untok dibina rumah kat KL ni ???.
Kawasan ni serta kawasan KLCC aku dah kenai sejak dari tahun 70an sebagai kawasan hiburan . . bila tahun 80an aku kreja waiter pun area ni jugak.
Kalau nak rasa privisi atau aman damai boleh la pi duduk dipuncak alam atau GOLD COAST MORIB/BAGAN LALANG . .tak pun bukut tinggi resort.
Semalam bila melintasi deretan tempat ni . .sunyi je . .dan bukan pemilek kelab saja rasa tempias tapi para para pemandu teksi,pengusha parking,pekerja part time club serta AYAM AYAM Tempatan serta luar.
Jadi bila ini berlaku maka implikasi terhadap sector pelancongan terjejas . . .satu DUNIA dah tau kalau mai KL mesti pi BEACH CLUB hore hore . . .la ni HORE HORE aoa yang ada????.
Aku harap MAT FUAD ISMAIL DAHLAN DATOK BANDAQ . . . KL pikiaq balik penarikan lesen lesen pusat hiburan ni . . .60 desibel saj bunyi yg dibenarkan . . .disko a.k a pusat hiburan ni mana boleh tahap bunyi macam tu.
Usah dilayan siamang serta sekoq dua lutung kesarong yang dok berbunyi serta bergayutan diapartment sebelah menyebelah ni.


p/s: Tak pun haramkan atau tutup saja semua club club yang beroperasi diseluruh KL ni. . . .biar KL jadi bandaraya suci murni . . .no muzik no entertainment . . .akaiii ada ka ???.

longbrown
06-01-10, 04:06 PM
Pasai apa depa dok marah?....ha....jawapan dia....depa tak dak portal macam MK, hidup depa boring, tak boleh hore-hore cuba kalau depa join MK....mungkin depa pun berlumba2 nak jadi VIP...pas tu dapat jumpa Intan, Elis, Aleeza, Cik Lana, Gigs, FLO, Wood, Jemaing, KINgX, Teruna, Swinger, Papa, Bung Prayer, Midnakal, Miss Vanilla, Ninja, Said Sogo, Baba, kuderia, lord raven, Wings just to name a few, pasti hari2 depa nak buat event, club after club, spa after spa....boleh penat semua Mod dibuat nya...so kawan2 MK sekelian, jangan marah...anggap saja depa tak tau...yang penting kita semua leh Hore Hore, Hip Hip Hore, Hore Hore Hore Hore Hore Hore Hore Hore..Bergumbira....Ha Ha Ha Ha....macam kata Sudirman...

FLO
06-01-10, 04:11 PM
Berdasarkan petikan akhbar dari Harian Metro tempoh ari, benarkan apa yang diceritakan oleh Faizal ini benar? berbaloi atau tidak bayaran RM130-RM150 tu? Apakah urutan batin semakin dilupakan?


rasanya FAIZAL tu budak MK tu...
mungkinkah FAIZAL tu nama sampingan bagi HantuKeras? Begis? TS?
mungkin jugak gigs...wood barangkali...:Happy_125:

p/s: x kan SELIM kot??:read:ekekkeke

tetraceta
06-01-10, 06:19 PM
walaupun tet bukan penghuni tetap kl...xpi kadang2 nak jugak tempat untuk melegakan kepala otak yg sakit dek kerja yg bertimbun....so kalau la Jln P.Ramlee senyap je....mana lagi tempat nak berhibur ? salah ke kalau sekali sekala umat manusia yang dipanggil 'normal' datang berhibur mcm den ni.....sapa nak jawab ni.....sesekali kite mesti ingat fact is fact....tanpa hiburan salah satu manusia cepat mati sebab jiwa dia dan mati dulu....betul tak ?

CtiE
07-01-10, 12:09 PM
SHAH ALAM: Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemui anggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekat sini, tengah malam tadi.kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

KiNgX
08-01-10, 01:31 PM
Kawalan keselamatan rumah ibadat seluruh negara ditingkatkan: Musa

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan kawalan keselamatan di semua rumah ibadat seluruh negara dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga. Katanya, tindakan itu susulan tiga kejadian gereja dibaling bom petrol dalam tempoh 24 jam semalam, masing-masing di Taman Melawati, Petaling Jaya dan Damansara.

"Siasatan rapi sedang dibuat berhubung kejadian ini, namun saya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu kalimah Allah itu. "Kita juga sedang mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam kejadian ini. Namun, siasatan awal mendapati insiden itu tidak dirancang rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

CtiE
08-01-10, 01:54 PM
kayu tusuk hidung

>JURURAWAT Hospital Bo Ai di wilayah Shandong, China menyiapkan Li Jingchao untuk ke bilik bedah. Hidung Li, 14 bulan, tertusuk chopstick yang kini berjaya dikeluarkan. Doktor mendakwa chopstick itu menusuk hingga ke otak Li.

>JURURAWAT Hospital Bo Ai di wilayah Shandong, China menyiapkan Li Jingchao untuk ke bilik bedah. Hidung Li, 14 bulan, tertusuk chopstick yang kini berjaya dikeluarkan. Doktor mendakwa chopstick itu menusuk hingga ke otak Li.

ReD_ElmO
08-01-10, 02:42 PM
Abim kutuk perbuatan bakar gereja


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar gereja.

Bangunan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur terbakar tengah malam tadi, selepas dibaling dengan bom petrol.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, Abim mengutuk perbuatan itu kerana Islam tidak membenarkan sama sekali perbuatan seumpama itu.

"Saya menyeru dan berharap tidak ada tindakan yang agresif berlaku, dan hentilah sebarang niat mengenainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai perhimpunan yang dirancang hari ini di Masjid Kampung Baru, Mohamad Raimi berkata, ia akan diteruskan tetapi sekiranya berlaku sebarang provokasi, ia akan dihentikan serta-merta.

Abim adalah antara beberapa NGO Islam yang merancang untuk mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat hari ini sebagai membantah isu penggunaan nama Allah oleh mingguan Katholik, Herald.

Dalam perhimpunan nanti, katanya, Abim akan meminta semua pihak semua bertenang dalam menghadapi isu tersebut.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan mengeruhkan lagi keadaan.Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) pula menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat insiden tersebut.
Setiausaha Pekida Wilayah Persekutuan, Mohd Zain Ghazali meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi isu tersebut.
"Kerajaan sudah mengendalikan kes ini. KDN pun telah buat rayuan. Elok diselesaikan dengan baik. Tidak perlu hendak membakar perasaan.
"Saya minta semua pihak supaya bertenang," katanya.
Mengenai perhimpunan bantahan anjuran Pekida di Masjid Negara, Mohd Zain berkata, ia akan diteruskan selepas solat Jumaat hari ini.
Beliau memberi jaminan bahawa perhimpunan itu akan berjalan secara aman.
"Kita hanya hendak berkumpul dan menyuarakan pandangan, bukan hendak berarak atau apa-apa. Ia tidak akan lebih daripada itu," katanya.

KiNgX
09-01-10, 04:16 AM
Agong Titah Semua Pihak Bertenang, Hormati Tempat Ibadah

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat-tempat ibadah tanpa mengira kaum. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah. Seri Paduka menzahirkan harapan itu memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

"Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," titah Tuanku Mizan. Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

-- BERNAMA

ReD_ElmO
10-01-10, 08:10 AM
Petikan dari KOSMO


Cerita malam Kemensah Heights

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
Aktiviti paranormal didakwa berlaku di belakang Zoo Negara.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg
SUGANTARO menunjukkan salah satu kawasan permainan pocong dan puntianak.

MASIH kaya dengan tumbuhan menghijau serta aliran sungai yang menyegarkan, Kemensah Heights yang terletak betul-betul di belakang Zoo Negara di Hulu Klang, Selangor sememangnya cukup redup pada waktu siang.
Sungguhpun begitu, menjelang lewat malam, kawasan yang menempatkan deretan rumah teres, banglo dan kondominium itu mampu mengundang perasaan seram terutama jika melalui lorong yang gelap lagi sunyi.
Dakwaan ada penduduk terpandang kelibat pocong dan puntianak di beberapa lokasi sekadar memanjangkan lagi cerita-cerita paranormal di perumahan elit yang dahulunya dilimpahi hutan tebal itu.
Bukan sekali dua, malah difahamkan kejadian penduduk terserempak dan diganggu oleh entiti itu pada waktu tengah malam hingga pukul 3 pagi sering berlaku.
Bagi warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, ramai yang tidak betah bekerja lama di situ, apatah lagi jika terpaksa bertugas pada sebelah malam.
Kebanyakan mereka mengadu terdengar bunyi orang berjalan dan berlari malah ada juga yang mengaku sering diganggu bunyi-bunyi aneh yang tidak mampu dijelaskan.
Puntianak rumah banglo
“Seorang kawan saya pernah ternampak puntianak bertenggek di tangki air rumah banglo ini semasa ia dibina.
“Akibat terlalu terkejut dan takut, dia yang hamil dua bulan mengalami keguguran,” kata Wati, seorang warga Indonesia yang turut bekerja menyiapkan pembinaan banglo itu. Wati sudah hampir lima tahun tinggal di kawasan Kemensah.
Dia yang kerap mendengar cerita pelik daripada rakan-rakannya bagaimanapun belum pernah melihat sendiri rupa hantu yang sering diperkatakan itu.
“Saya selalu lalu di kebanyakan lokasi yang dikatakan berhantu, tapi Alhamdulillah, saya belum berjumpa lagi. Kalau ada peluang, nak juga tengok,” ujarnya ketawa.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.2.jpg


Untuk merasai sendiri kewujudan entiti di kawasan itu, krew Jurnal mula menyusuri sebatang jalan mati yang bersempadan dengan Zoo Negara.
Digelar kawasan permainan pocong, beberapa penduduk kononnya sudah terserempak dengan makhluk itu di situ. Walaupun tidak menemui sebarang imej pelik, haruman kuat bunga melur menusuk ke hidung jurugambar Jurnal.
Peliknya, tiada sebatang pun pokok bunga di situ, yang ada hanya pokok kayu. Beberapa ketika kemudian, sewaktu ingin merakamkan gambar jalan berkenaan, kamera yang digunakan pula gagal berfungsi dengan baik untuk beberapa minit.
Biarpun berdepan dengan beberapa perkara aneh, kami tidak berjaya merakamkan sebarang imej hantu di kawasan tersebut.
Pemandu wanita
Seterusya ialah ‘jalan bukit’, lokasi panas yang dikatakan banyak gangguan pelik berlaku.
“Pernah ada seorang wanita kena kacau ketika melalui jalan ini pada pukul 11 malam. Keempat-empat pintu keretanya diketuk kuat sedangkan keretanya sedang bergerak laju.
“Dengan muka pucat lesi dan nafas yang tertahan, dia pergi ke tempat saya berniaga,” cerita seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ana.
Selain itu, sebuah banglo tinggal dan sebatang lorong yang juga jalan pintas, dikaitkan dengan kewujudan puntianak.
“Di banglo itu, ada penduduk yang ternampak puntianak terbang melintasi rumah tersebut.
“Di laluan pintas yang berdekatan dengan bengkel bas itu dahulu ada perempuan Indonesia mati bunuh diri,” kata Wati pula. Wanita ini gemar melalui jalan pintas itu dari tempat kerja ke rumah kongsinya.
Lokasi terakhir yang kami tuju pada malam itu merupakan sebatang pokok yang sering menjadi lokasi kemalangan tidak kira malam ataupun siang.
“Walaupun pokok itu berdiri di selekoh yang tidak tajam, namun dalam sebulan ada dua tiga kemalangan kereta berlaku di situ termasuk menghentam pokok tersebut,” ujar Ana.
Pada malam itu, krew Jurnal kebetulan bertemu seorang pengamal perubatan alternatif yang berasal dari Jawa Timur, dikenali sebagai Ustaz Sugantaro, 37.

Jangan takut
Mesra dengan panggilan Pak Ainul, dia yang sedang menziarah seorang rakannya dikatakan mahir mengubat orang yang terkena sihir atau diganggu syaitan dan jin.
Ketika ditanya adakah betul wujud makhluk halus di sekitar Kemensah, Pak Ainul berkata dia hanya dapat merasai kehadiran makhluk itu di atas sebatang pokok tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Katanya, kehadiran makhluk halus boleh dirasai dengan kehadiran angin yang boleh ‘diberatkan’ oleh entiti berkenaan.
“Saya dianugerahkan deria keenam yang membolehkan saya melihat dan merasai kehadiran kuasa jahat.
“Ada yang dihantar untuk mengganggu dan ada yang hadir hanya untuk melihat dunia anak Adam.
“Hanya apabila saya diperlukan untuk merawat pesakit, baru saya akan berunding dengan jin dan syaitan itu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.3.jpg
JALAN mati di belakang tembok Zoo Negara ini tiba-tiba berbau wangi.

“Jika tidak saya tidak akan mengganggunya. Biar sama-sama aman,” katanya yang tidak menolak kewujudan aktiviti paranormal di Kemensah.
Tidak menafikan wujudnya perasaan takut di kalangan masyarakat terhadap hantu yang mempunyai pelbagai rupa ini, Pak Ainul memberitahu: “Sebagai manusia yang tercipta sempurna, kita tidak perlu takut dengan makhluk ghaib.
“Tidak mungkin syaitan mengalahkan manusia. Yang penting, kita berserah pada Yang Maha Kuasa dan isikan jiwa dengan amalan yang dituntut agama,” ujarnya.

ReD_ElmO
10-01-10, 08:20 AM
MUTAKHIR DARI BERITA HARIAN
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Seksyen/index_html?mysec=Mutakhir)

Polis tahan tiga suspek rompak kedai emas




KUALA TERENGGANU: Polis percaya dapat menyelesaikan kes rompakan di sebuah kedai emas berhampiran Pasar Payang di sini yang melibatkan kerugian RM900,000 bulan lalu berikutan tertangkap tiga suspek dua hari lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata semua yang ditangkap adalah warga negara asing iaitu seorang wanita dari Guatemala dan dua lelaki masing-masing dari Perancis dan Mexico.

"Kami percaya masih ada lagi suspek terbabit dan kami sedang siasat berapa ramai anggota dalam kumpulan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Perlantikan Pangkat Kehormat dan Pelancaran Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor-SUKSIS) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang 9 Disember lalu, beberapa lelaki dan seorang wanita melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas berhampiran Pasar Payang.

Mohd Shukri berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan di satu lokasi di sini hasil maklumat orang awam, namun barang-barang kemas yang dilarikan itu masih belum ditemui.

Beliau berkata, mereka ditahan reman selama empat hari mulai semalam untuk membantu siasatan kes. - Bernama

ReD_ElmO
10-01-10, 08:25 AM
Wanita bakar diri tak tahan anak liar




NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang ke rumah.

Dalam kejadian di depan rumah mangsa di Jalan Hutan Lipur, jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan melecur 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.

Wanita yang tertekan dengan kelakuan anak perempuannya menjadi bualan penduduk nekad membakar diri disaksikan anak keempat, Mohd Shahrul Aidil, 11, dan beberapa keluarganya.


Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, dekat sini sebelum dipindahkan Hospital Pulau Pinang dan dirujuk ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

Suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka mempunyai anak berusia antara dua hingga 17 tahun.

Keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sebelum kejadian, Rossliana ke rumah ibunya, Hasnah Omar, 52, kerana anak perempuannya, Nur Hidayah, tidur di situ selepas merajuk ditampar beberapa hari lalu kerana tidak mendengar nasihat serta enggan belajar.

Mohd Shahrul yang tidur di rumah bapa saudaranya ketika kejadian, berkata apabila Rossliana memanggil Nur Hidayah supaya keluar dari rumah, lampu rumah itu terus dipadamkan menyebabkan ibunya hilang sabar.

Rossliana masuk ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan lalu mengambil petrol dan menyalakan lilin sebelum keluar dan mencurahkan petrol ke badannya sambil mengugut untuk melakukan apa saja jika anaknya tidak keluar.

“Ibu juga memberi amaran jangan menghampirinya jika tidak mahu terbakar bersama-sama,” kata Mohd Shahrul yang memberanikan diri menepis lilin dipegang ibunya sehingga terjatuh dan padam sebelum wanita itu masuk semula ke rumah adik iparnya untuk menyalakan lilin dan terus membakar dirinya.
“Saya minta Pak Su (bapa saudara) menutup pintu bagi menghalang ibu masuk (untuk nyalakan lilin) tetapi tak sempat,” katanya.

Ahli keluarga wanita berkenaan dengan bantuan penduduk berjaya memadamkan api sebelum membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk mengambil keterangan anak mangsa.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bercakap untuk melepaskan perasaan terhadap masalah yang dihadapi seorang anaknya yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat serta kerap tidak pulang ke rumah.

FLO
11-01-10, 10:05 AM
Robot seks wanita dijual RM23,642

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0111/Kosmo/Dunia/du_09.1.jpg

HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.


LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.
Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.
"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.
"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.
Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.
Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).
Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.
Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

chaosspawn
11-01-10, 10:09 AM
FLO, expo ni la yg aku tgk last year... meleleh jer air liur... memang antara benda yg patut dilakukan la... grrrrr....
teringat2 lagi pengalaman melihat pemandangan indah2 waktu itu...

FLO
11-01-10, 10:16 AM
FLO, expo ni la yg aku tgk last year... meleleh jer air liur... memang antara benda yg patut dilakukan la... grrrrr....
teringat2 lagi pengalaman melihat pemandangan indah2 waktu itu...

gua dh agak punya
mesti CP akan jawab
nk kembalikan NOSTALGIA dia kat US

ekekekekek

ReD_ElmO
11-01-10, 10:42 AM
Bencana mandi limau

Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]

(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bencanamandilimau/Article/art_pos)


AMPANG: Pindah zikir melalui alat kelamin. Itulah rawatan pelik cuba dilakukan seorang bomoh kepada seorang wanita yang didakwa kononnya terkena santau ketika pesakit terbabit mahu mengurut kaki dan badannya di sebuah spa di Taman Melawati di sini.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak menuruti arahan bomoh terbabit supaya memegang alat kelamin lelaki itu, sebaliknya terus menghentikan rawatan aneh berkenaan sebelum menceritakannya kepada keluarganya.

Pun begitu, bomoh berusia 50-an terbabit sempat melumurkan tepung pada seluruh badan mangsa yang sebelum itu diarahkan berbogel dengan alasan ia sebahagian daripada kaedah rawatannya biarpun perbuatan itu dipercayai sekadar mahu melampiaskan nafsu peliknya.

Difahamkan, wanita terbabit yang berjawatan profesional pada mulanya ditemani seorang rakan ke sebuah pusat rawatan kecantikan di Taman Melawati untuk mendapatkan rawatan kaki dan urutan badan.

Bagaimanapun, dengan tidak semena-mena wanita berkenaan ditegur kakitangan spa terbabit yang mendakwa kononnya dia terkena santau dan mencadangkan supaya mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh yang dikenali pekerja terbabit.

Menurut sumber polis, mangsa bersama rakannya yang berusia 29 tahun berkunjung ke spa berkenaan kira-kira jam 7 malam pada 30 Disember lalu untuk mendapatkan rawatan terapi.

“Bagaimanapun, mangsa diberitahu kononnya dia terkena santau oleh pekerja spa berkenaan yang kemudian memberitahu ada seorang lelaki boleh mengubati penyakit itu.

“Selepas bersetuju, mangsa diperkenalkan kepada lelaki terbabit sebelum dia diarahkan mandi menggunakan air limau nipis kononnya bagi membuang sial dalam badan,” katanya.

Sumber terbabit berkata, sejurus selesai upacara mandi limau itu, mangsa diminta masuk ke dalam sebuah bilik untuk menjalani rawatan selanjutnya.

“Mangsa meminta rakan menemaninya dalam bilik, namun tidak dibenarkan bomoh berkenaan kerana bimbang penyakitnya akan berjangkit.
“Akur dengan arahan itu, rakannya menunggu di luar selepas yakin mangsa mungkin terkena santau,” katanya.

Sejurus berada dalam bilik, mangsa diminta menanggalkan pakaian dan berbogel, namun dia enggan menuruti arahan bomoh terbabit.

Bagaimanapun, selepas diyakinkan bomoh itu kononnya dia terpaksa berbuat demikian untuk membuang bisa dalam badan, mangsa akhirnya akur dan berbogel sebelum seluruh badan termasuk anggota sulitnya dilumur tepung dan diusap bomoh terbabit sebagai satu cara rawatan.

Sumber terbabit berkata, selepas selesai rawatan itu, mangsa diminta memakai semula pakaiannya dan ketika itulah bomoh berkenaan secara tiba-tiba memeluk dan meminta wanita berkenaan memegang alat kelaminnya.

“Bomoh berkenaan mendakwa, itu rawatan terakhir dan mangsa perlu pegang alat kelaminnya kerana dia mahu berzikir dan memindahkan ayat berkenaan ke badan mangsa sebagai pendinding.

“Namun, mangsa enggan berbuat demikian, sebaliknya terus berlari keluar dari bilik berkenaan sebelum bertemu rakannya,” katanya.

Menurutnya, selepas membayar kos rawatan berjumlah RM700, mangsa bersama rakannya terus beredar dan wanita itu akhirnya menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa, Selasa lalu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan setakat ini kami sudah mengenal pasti bomoh terbabit.

“Kami turut menasihati wanita yang ingin mendapatkan rawatan perubatan supaya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya jika sangsi dengan rawatan yang mahu dilakukan,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.





Sumber dari Harian Metro. Isnin 11 Jan 2010

chaosspawn
11-01-10, 10:42 AM
hehe, aku masih lagi hutang kat korang la, gambar2 yg lum di edit....
sebenarnya, aku baru tau, kalau kita book awal, even tiket MAS ke US pun leh dapat dalam RM4k++
book la utk date awal Jan, amik connecting ke Vegas... sediakan USD80 sebagai pengeras nak masuk ke expo tu...
nanti leh jerit "Besarrr punyaaaaaaa!"

FLO, hang tak try ke apply kat tempat aku tu, ada vacancy.. tapi aku tak check la apa dia... since aku susah bebenor nak check balik history last post aku kat thread mana, aku letak saja link nih, http://www.mida.gov.my
hang masuk kat about MIDA, then kat career punya link..

ReD_ElmO
11-01-10, 10:44 AM
Tubuh terbakar ditimpa pencawang

Oleh Riadz Radzi
[email protected]

(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tubuhterbakarditimpapencawang/Article/art_pos)


GUAR CHEMPEDAK: “Saya terdengar letupan kuat dan menyangka kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, apabila keluar dari kedai, saya terkejut melihat seorang remaja perempuan meraung kesakitan dengan sebahagian tubuhnya terbakar,” kata Keoh Lee Lee, 52, saksi kejadian letupan pencawang alat ubah voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pekan ini, petang semalam.
Kejadian itu turut memusnahkan sebuah Perodua Myvi serta merosakkan sebuah Mazda Astina selain sebuah motosikal yang diletak berhampiran pencawang berkenaan.

Keoh yang juga pemilik sekolah memandu berada hanya 10 meter dari pencawang itu berkata, ketika kejadian dia sedang membuat kerja dalam pejabatnya.

“Sebaik melihat remaja itu meraung kesakitan, beberapa kakitangan saya membantu memadamkan api pada badannya. Mereka kemudian membantu menanggalkan pakaiannya dan menyelimutinya dengan kain dan dibawa ke belakang pejabat,” katanya.

Izzatun kemudian dibawa orang ramai ke Hospital Yan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star dan ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran.

Difahamkan, Izzatun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, Guar Chempedak, ketika kejadian baru saja meletakkan motosikal dinaiki bersama rakannya itu di depan sekolah memandu berkenaan sebelum pencawang alat ubah terbabit tiba-tiba meletup dan terbakar.

Mangsa dikatakan mahu ke sekolah memandu itu untuk menduduki ujian berkomputer bagi mengambil lesen memandu.

Pemilik Mazda Astina, Hooi Teh Kheok, 45, berkata kejadian berlaku betul-betul di depan kedai membaiki alat pendingin hawa miliknya.

“Ini bukan kejadian pertama kerana sejak saya membuka kedai ini sembilan tahun lalu, pernah terjadi beberapa letupan kecil pada pencawang alat ubah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Jurutera Keselamatan TNB Kedah, Zamri Che Ani ketika dihubungi berkata, pihak TNB masih menyiasat kejadian itu dan akan memberikan kenyataan hari ini.


Sumber dari Harian Metro

KiNgX
11-01-10, 12:40 PM
Bencana mandi limau

Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]

AMPANG: Pindah zikir melalui alat kelamin. Itulah rawatan pelik cuba dilakukan seorang bomoh kepada seorang wanita yang didakwa kononnya terkena santau ketika pesakit terbabit mahu mengurut kaki dan badannya di sebuah spa di Taman Melawati di sini.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak menuruti arahan bomoh terbabit supaya memegang alat kelamin lelaki itu, sebaliknya terus menghentikan rawatan aneh berkenaan sebelum menceritakannya kepada keluarganya.

Sumber dari Harian Metro. Isnin 11 Jan 2010


Tubuh terbakar ditimpa pencawang

Oleh Riadz Radzi
[email protected]


GUAR CHEMPEDAK: “Saya terdengar letupan kuat dan menyangka kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, apabila keluar dari kedai, saya terkejut melihat seorang remaja perempuan meraung kesakitan dengan sebahagian tubuhnya terbakar,” kata Keoh Lee Lee, 52, saksi kejadian letupan pencawang alat ubah voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pekan ini, petang semalam.
Kejadian itu turut memusnahkan sebuah Perodua Myvi serta merosakkan sebuah Mazda Astina selain sebuah motosikal yang diletak berhampiran pencawang berkenaan.

Sumber dari Harian Metro

Yang ada cuma berita, mana cerita atau kata-kata dari anda? Sila beri sedikit komen, otherwise, saya akan move posting-posting ini ke Newspaper thread <-------------ko jangan memain, dah start nak speaking dah ni.

KiNgX
12-01-10, 11:13 AM
Peringatan SMS atasi kesesakan klinik kerajaan

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan yakin masalah kesesakan pesakit di beberapa klinik utama hospital kerajaan seluruh negara mampu diatasi menerusi cadangan memperluas pelaksanaan Sistem Pengurusan Giliran dan Peringatan Temujanji (Qmars), menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan kerjasama Celcom Axiata Bhd.

Qmars membolehkan pesakit yang mendaftar dan mendapat nombor giliran di klinik, dimaklumkan giliran bertemu doktor menerusi SMS supaya mereka lebih peka walaupun berada dalam klinik atau di kawasan lain. Pesakit juga menerima peringatan SMS mengenai rawatan susulan iaitu tiga hari sebelum tarikh temu janji.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata walaupun sistem itu masih pada peringkat percubaan di Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah berhampiran Hospital Sultanah Aminah di sini sejak Julai lalu, ia menunjukkan perkembangan baik dalam usaha menangani masalah itu.

Beliau berkata, peringatan menerusi SMS menjadi pelengkap sistem itu sejak diperkenalkan November lalu bagi mengatasi masalah menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Katanya, sistem turut meningkatkan produktiviti di kalangan kakitangan perubatan klinik.

FLO
13-01-10, 10:55 AM
Nekad lari hanya berseluar dalam

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim

http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_email.gif (http://www.mk-portal.org/forum/art_pos) http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_print.gif (http://www.mk-portal.org/forum/art_print) http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Nekad%20lari%20hanya%20b erseluar%20dalam',%20'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/mj4364/Article')) http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_komen.gif (http://www.mk-portal.org/forum/#)


KUALA LUMPUR: Sekumpulan wanita nekad melarikan diri dengan hanya berseluar dalam bagi mengelak ditahan selepas sebuah pusat refleksologi di Jalan Pudu Ulu di sini yang menjadi tempat mereka 'cari makan' diserbu polis awal pagi semalam.
http://www.hmetro.com.my/articles/mj4364/pix_middle
MALU...wanita warga asing yang ditahan dalam gerakan, semalam.

Ketika serbuan kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka yang dipercayai warga China sibuk melayan pelanggan apabila tiba-tiba keadaan menjadi kecoh sebaik polis melancarkan serbuan.

Biarpun bahagian atas tubuh mereka terdedah, ia tidak menghalang mereka dari cuba meloloskan diri namun tindakan mereka gagal berikutan premis berkenaan sudah dikepung.
Dalam operasi yang dilakukan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, 11 wanita warga China berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan.

Jurucakap polis berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat wujudnya kegiatan tidak bermoral dilakukan wanita warga asing yang turut menawarkan seks bagi mencari wang tambahan selain melakukan tugasan urut refleksologi di pusat berkenaan.

"Sembilan anggota termasuk pegawai polis bertindak mengepung laluan keluar masuk pusat refleksologi itu.

"Ketika serbuan ada di kalangan wanita terbabit sedang sibuk melayan pelanggan," katanya.

Difahamkan, ketika serbuan terdapat beberapa pelanggan sedang menunggu giliran untuk menerima layanan.

Katanya, semua wanita warga asing berkenaan diletakkan dalam sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan alat pembesar suara dan sekiranya pelanggan mahukan perkhidmatan dari mereka, nama mereka akan dipanggil sebelum keluar untuk dipilih pelanggan.

Malah, pelanggan yang ingin mendapatkan pakej perkhidmatan istimewa dikenakan caj sehingga RM150 bagi satu sesi.

Hasil pemeriksaan awal, lima daripada mereka didapati tidak memiliki pasport yang sah dan semua mereka kemudian ditahan bagi proses dokumentasi.

CtiE
13-01-10, 02:07 PM
terkini MSTAR online :

Gempa Bumi Kuat Musnahkan Ibu Negara Haiti



PORT-AU-PRINCE (Haiti): Satu gempa bumi berukuran 7 skala richter telah melanda kepulauan Carribean ini lewat malam semalam dan pihak berkuasa khuatir beribu orang terbunuh atau gagal diselamatkan.

Gegaran tersebut tersangat kuat sehingga memusnahkan istana presiden dan beberapa bangunan penting kerajaan.

Menurut laporan yang dipetik daripada Jabatan Ukur dan Geologikal Amerika Syarikat, gegaran itu berpusat 10 batu daripada bandar ini.

Ia diikuti oleh beberapa lagi gegaran susulan berukuran skala richter 5.9.

Akhbar The Washington Post memetik seorang pengarah perkhidmatan bantuan gereja di Haiti sebagai berkata, gempa bumi ini merupakan malapetaka besar bagi Haiti.

Sementara itu agensi berita Reuters menayangkan video yang menunjukkan mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan termasuklah istana presiden yang ranap.

Bagaimanapun, Presiden René Garcia Préval dilaporkan terselamat.

Bangunan-bangunan awam utama yang dilaporkan musnah termasuklah bangunan parlimen, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan Gereja Besar Haiti.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden pemberontakan meletus pada tahun 2004.

CtiE
14-01-10, 10:00 AM
Ayah pengacau

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.


Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.


“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .


“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.


“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.


Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.


“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.


Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.


Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.


“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.


“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.


“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.


Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.


“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya.

KiNgX
15-01-10, 10:56 AM
Gaji minimum sektor swasta dikaji semula. Kerajaan berusaha kurangkan kebergantungan pekerja asing

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta yang bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Katanya, jika dilaksanakan, kerajaan menjangkakan lebih ramai rakyat tempatan akan menyertai sektor terbabit yang sebelum ini dimonopoli pekerja asing.

"Kajian mengenai kadar gaji minimum ini dijalankan selepas kerajaan mendapati kadar yang ditawarkan ketika ini terlalu rendah khususnya dalam sektor pengeluaran. "Bagaimanapun, pelaksanaan kadar baru ini memerlukan banyak rundingan dan pandangan daripada pelbagai pihak kerana kita tidak mahu ia memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

"Justeru, kita sedang mengenal pasti mekanisme sesuai bagi memastikan sebarang kenaikan dibuat mengikut kadar yang ditentukan oleh kerajaan," katanya kepada media selepas melancarkan logo 1KSM dan laman web baru kementerian, di sini, semalam.Hadir sama, Timbalan Menteri, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk R Segarajah. Selain itu, Subramaniam berkata, kerajaan juga perlu memastikan pelaksanaan kadar gaji minimum tidak menjejaskan peluang kerja bagi rakyat tempatan khususnya di luar bandar.

Mengenai Majlis Penetapan Gaji (MPG), beliau berkata, MPG bagi pekerja perhotelan dan keselamatan akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi, manakala pengumuman MPG bagi pemandu bas, pekerja dalam industri dan tekstil dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini.

"Penubuhan MPG bagi kategori pekerjaan tertentu seperti pengawal keselamatan swasta, pekerja am di kebun kecil, hotel, pemandu bas dan pekerja industri elektronik dan tekstil adalah sejajar dengan matlamat untuk merealisasikan Model Ekonomi Berpendapatan Tinggi yang bakal diumumkan tidak lama lagi," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai 39,046 rakyat India 'hilang' di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh, Subramaniam berkata, masalah ini bukan saja membabitkan rakyat India tetapi juga dari negara lain seperti China dan Indonesia.

"Masalah rakyat asing 'hilang' di Malaysia boleh diatasi jika tindakan tegas dikenakan terhadap majikan yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," katanya.

CtiE
15-01-10, 11:07 AM
Tunangku isteri orang

BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.

“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.


Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.


Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.


Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.

Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.


“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.


“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.


Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.


Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.


“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.


“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.

“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.


Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.


“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.


“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.


Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.


Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.


“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.


“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.


Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.


“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.


Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.


Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.


“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih.

KiNgX
16-01-10, 07:24 AM
Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Di Sabah

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Polis menasihati rakyat tempatan dan pelancong asing agar bertenang dan memberi jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan pantai dan pulau di sekitar Sabah sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pengeluaran satu "warden notice" daripada pejabat kedutaan Amerika Syarikat di sini bahawa anasir jahat akan menyerang pelancong asing di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan ketat akan sentiasa dijalankan dalam memastikan negara bebas daripada segala bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara."Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negeri itu untuk meningkatkan lagi kawalan di kawasan pantai dan pulau di sekitar Sabah terutama Semporna, Mabul dan Sipadan.

"Kita akan sentiasa memantau keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya. Justeru rakyat dan pelancong diminta untuk bertenang dan tidak perlu bimbang kerana kita sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Beliau diminta mengulas mengenai notis itu yang memberi amaran bahawa kumpulan penjenayah dan pengganas sedang merancang untuk menyerang rakyat asing di pulau-pulau di sekitar Sabah.

Kenyataan kedutaan itu menggesa agar langkah berjaga-jaga diutamakan dalam membuat sebarang perjalanan ke kawasan pedalaman di timur Sabah termasuk Semporna dan pulau Mabul serta Sipadan. Nasihat perjalanan itu berkata kumpulan militan Abu Sayaf yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda yang berpangkalan di selatan Filipina, yang mudah didatangi dengan bot ke Sabah telah menculik warga asing daripada kawasan resot di Sabah tidak lama dahulu.

"Warden Notice" merupakan pemberitahuan rutin yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat keduaan di seluruh dunia mengenai kemungkinan risiko buat keselamatan pelancong.Ia bukan nasihat perjalanan atau amaran perjalanan yang boleh dianggap sebagai lebih menyeluruh yang merangkumi ancaman yang lebih serius dan berterusan. Amaran atau nasihat perjalanan hanya dikeluarkan selepas perbincangan dengan kerajaan terlibat diadakan.

-- BERNAMA

KiNgX
18-01-10, 09:38 PM
4.39 juta layak mengundi belum daftar pemilih: SPR

PUTRAJAYA: Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum Bumiputera adalah kaum yang paling ramai. "Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan Bumiputera yang mendaftar," katanya di sini, hari ini. Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara membabitkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta supaya turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri. Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut. "Mereka boleh telefon saja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.

Beliau berkata, SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara. Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini. “SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian. "Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi adalah tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara saja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya. - Bernama

KiNgX
22-01-10, 10:52 AM
Makanan, minuman RM1 di Bazar 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Aneka keperluan, ratusan kasut, pakaian, aksesori, kelengkapan barangan rumah termasuk makanan dan minuman serendah RM1 antara tarikan ditawarkan kepada pengunjung Bazar 1Malaysia anjuran syarikat pengurusan, Maju Bersatu Management and Services (Maju Bersatu) di sini.

Pengarah Urusannya, Lokman Teh, berkata bazar berkonsepkan 1Malaysia di Jalan Ipoh itu adalah yang pertama diadakan di negara ini bagi mengukuhkan semangat perpaduan kaum di kalangan masyarakat. “Penduduk sekitar Segambut, Sentul, Gombak mahupun Hulu Klang dapat memanfaatkan masa terluang di waktu malam atau hujung minggu bersama keluarga membeli-belah, menikmati makan malam di sini tanpa perlu pergi jauh.

“Di samping itu, bazar ini juga dijangka dapat menjana pendapat peniaga mencecah RM2,000 sehari berdasarkan barangan yang dijual. Kami juga meletakkan sasaran pengunjung lebih 600 orang sehari dan mereka tidak mempunyai masalah meletakkan kenderaan kerana ruang letak kereta percuma disediakan,” katanya selepas majlis pelancaran Bazar 1Malaysia berkenaan di sini, malam kelmarin. Majlis itu disempurnakan Pengerusi Maju Bersatu, Toh Puan Rokiah Abdullah.

KiNgX
23-01-10, 05:26 PM
Jenazah Sultan Iskandar selamat disemadikan

JOHOR BAHRU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini. Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.

Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum, termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda. Istiadat itu disaksikan Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota kerabat diraja Johor yang lain. Turut berangkat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri upacara pemakaman itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, turut hadir.

Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja. Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya. Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.

Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering. - Bernama

gigs
23-01-10, 09:05 PM
Fahrin mahu saman Linda Onn

Oleh NIEZAM ABDULLAH
[email protected]
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Akibat dituduh sebagai lelaki kaki pukul, pelakon Fahrin Ahmad, 31, terpaksa membuat keputusan untuk menyaman bekas kekasihnya Linda Onn, 33.


Kata Fahrin, tindakan itu dibuat kerana dia begitu kecewa dengan penyampai radio Suria FM itu yang berterusan memburukkan namanya sejak percintaan mereka putus dua tahun lalu.


"Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda," kata Fahrin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Menurut pelakon Puaka Tebing Biru itu, dia amat sedih apabila Linda membuat kenyataan menuduhnya panas baran serta 'cepat naik tangan'.


Katanya, perbuatan itu memberi kesan yang amat buruk terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon selain duta kepada syarikat kecantikan Garnier dan Shell.


Aktor itu mendakwa, maruahnya lebih tercemar apabila Linda bersekongkol dengan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya yang juga bekas kekasihnya untuk terus menabur fitnah.


"Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas," katanya.


Linda dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta dan pengalaman yang sama turut dikongsi Scha.


Berikutan itu, Fahrin dijadual akan mengadakan sidang akhbar Isnin ini di Hotel Palace of The Golden Horses di sini bersama peguamnya dari Tetuan Naufal & Co. untuk menjelaskan bentuk tindakan terhadap Linda.
Katanya, langkah berkenaan diharap dapat membersihkan namanya yang sudah tercalar selain terpaksa menanggung malu akibat tuduhan yang tidak berasas.


Sementara itu Linda Onn gagal dihubungi dan tidak menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya.


Difahamkan sejak minggu lalu, Linda cuba mengelak untuk bertemu pihak media kerana dia enggan memberi sebarang komen mengenai kemelut yang berlaku.


Kata;

Huhuhu..
Mesti banyak nak saman. Kan Linda Onn dah berstatus jutawan. Lepas saman Linda, dah tak payah berlakon lagi ler. Banyak dapat duit tu. Kalau dapat ler.. Biasanya kes gini akan berlaku penyelesaian luar mahkamah. Setel jer kes tu.

FLO
23-01-10, 10:58 PM
Azizulhasni raih pingat emas keirin di Piala Dunia Klasik

23/01/2010 8:19pm

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Azizulhasni Awang berjaya memenangi pingat emas acara keirin dalam saingan Piala Dunia Klasik siri terakhir di Beijing hari ini.
Anak Terengganu itu mengenepikan pelumba Australia, Jason Niblett di tempat kedua dan Daniel Ellis dari pasukan Jayco di tempat ketiga. - Utusan

FLO
23-01-10, 11:02 PM
Keputusan separuh akhir badminton Terbuka Malaysia

23/01/2010 7:34pm

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Berikut keputusan peringkat separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.
PERSEORANGAN LELAKI:
Lee Chong Wei (MAS) kln Nguyen Tien Minh (VIE) 22-20, 21-11
Boonsak Ponsana (THA) kln Peter Gade (DEN) 11-21, 21-12, 21-16
PERSEORANGAN WANITA:
Bae Seung-Hee (KOR) kln Wang Yihan (CHN) 17-21, 21-13, 21-19
Wang Xin (CHN) kln Eriko Hirose (JPN) 21-13, 21-17
BEREGU LELAKI:
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) kln Chai Biao/Zhang Nan (CHN) 21-19, 16-21, 21-15
Xu Chen/Guo Zhendong (CHN) kln Alvent Yulianto/Hendra Gunawan (INAx4) 13-21, 21-13, 21-13
BEREGU WANITA:
Du Jing/Yu Yang (CHN) kln Jung Kyung-Eun/Yoo Hyun-Young (KOR) 21-11, 21-13
Ma Jin/Wang Xiaoli (CHN) kln Wong Pei Tty/Chin Eei Hui (MAS) 20-22, 21-12, 21-17
BEREGU CAMPURAN:
Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl (DEN) kln Sudket Prapakamol/Saralee Thungthongkam (THA) 21-18, 21-18
Tao Jiaming/Zhang Yawen (CHN) kln Chen Hung-Ling/Chou Chia-Chi (TPE) 21-7, 21-18
- AFP

FLO
25-01-10, 10:19 AM
6 GRO nenek

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
[email protected]
2010/01/25
http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_email.gif (http://www.mk-portal.org/forum/art_pos) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_print.gif (http://www.mk-portal.org/forum/art_print) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('6%20GRO%20nenek',%20'htt p://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/6GROnenek/Article')) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_komen.gif (http://www.mk-portal.org/forum/)


PETALING JAYA: Umur sudah separuh abad dan mempunyai anak serta cucu, tetapi enam wanita yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini kelmarin, bukan saja sanggup bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan, malah turut menawarkan perkhidmatan seks di ruang terbuka pusat hiburan itu.
PETALING JAYA: Umur sudah separuh abad dan mempunyai anak serta cucu, tetapi enam wanita yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini kelmarin, bukan saja sanggup bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan, malah turut menawarkan perkhidmatan seks di ruang terbuka pusat hiburan itu.

Kegiatan jijik dan meloyakan GRO tua berpakaian seksi yang layak bergelar nenek itu terbongkar apabila penguat kuasa Jais menyerbu pusat hiburan terbabit yang dipercayai turut menawarkan seks bagi menarik pelanggan bukan Islam ke premisnya jam 11 malam. Apa yang mengejutkan, GRO terbabit yang berpakaian seksi hingga menampakkan payu dara itu bukan saja sanggup tubuh mereka dijamah pengunjung, malah turut sanggup melakukan hubungan seks dengan pelanggan di depan khalayak berdasarkan puluhan kondom terpakai yang ditemui di atas lantai dan sofa.

Kegiatan pusat hiburan dan GRO tua terbabit didedahkan Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, yang mengakui menahan enam GRO Melayu berusia lebih 50 tahun yang melakukan maksiat secara terbuka.

Beliau berkata, serbuan dilberdasarkan laporan yang diterima dan siasatan awal mendapati, GRO terbabit bukan saja rela menyajikan minum keras kepada pelanggan Islam, tetapi sanggup membiarkan tubuh mereka dipegang dan diramas pelanggan tua dan muda.

“Walaupun sudah tua, tetapi penampilan GRO tua itu yang seksi dan sanggup tubuh mereka dipegang menjadi kegilaan pelanggan untuk mengunjungi pusat hiburan terbabit.
“Malah, berdasarkan siasatan awal, pelanggan juga boleh melakukan seks secara terbuka, tanpa perlu mencari lokasi lain untuk melampiaskan nafsu.

“Keadaan lampu yang sengaja disamar-samarkan pengusaha pusat hiburan dipercayai bagi membuka ruang kepada pelanggan untuk ‘menikmati’ pelayan pelanggan terbabit,” katanya.

Shahrom berkata, semua GRO terbabit tidak melarikan diri apabila pusat hiburan itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat mengenai tawaran seks terbuka yang boleh dilakukan di pusat hiburan terbabit.

“Memang kami ada menerima laporan mengenai kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan terbabit yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

“Pusat hiburan terbabit menawarkan GRO tua yang ‘berpengalaman’ bagi melayan kehendak seks kebanyakan pelanggan tua dan muda yang dipercayai menghadapi masalah,” katanya.

Tanpa berselindung, Shahrom berkata, pihaknya juga menjumpai banyak kondom terpakai yang masih basah di kawasan ruang legar pusat hiburan itu yang dipercayai digunakan pelanggan melayani GRO tua terbabit.

Shahrom berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya tidak menolak kemungkinan pusat hiburan itu turut menawarkan khidmat seks secara terbuka kepada pelanggannya.
Menurutnya, enam GRO tua itu dibawa ke Jais untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.

Katanya, kebanyakan GRO tua terbabit dijamin pemandu teksi yang dipercayai menjadi antara ‘dalang’ yang diupah ibu ayam untuk membawa wanita terbabit ke pusat hiburan itu.

Beliau berkata, semua GRO itu akan disiasat mengikut Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah Selangor, permulaan untuk melakukan pelacuran.

“Mereka akan dipanggil semula ke pejabat Jais untuk diambil keterangan dan jika tidak hadir pemandu teksi yang menjadi penjamin berdepan dengan tindakan tegas.

“Jais juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai penyalahgunaan lesen pengusaha pusat hiburan terbabit dan akan mencadangkan kepada PBT supaya lesen ditarik balik,” katanya. Shahrom berkata, Jais akan terus memantau dan menyerbu pusat hiburan yang mengalakkan kegiatan tidak bermoral termasuk menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Miss Vanilla Ice
25-01-10, 10:37 AM
Sistem mengundi lebih awal juga dicadangkan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji memperkenalkan sistem pengundian awal yang membolehkan sebilangan pemilih mengundi lebih awal, selain dua hari sebelum tarikh pengundian sebagai tempoh bertenang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksana di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.


Katanya, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan undi pos dengan menambah bilangan pengundi yang layak untuk mengundi awal.

"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti bertugas pada hari itu dan sebagainya," katanya.

Wan Ahmad berkata, mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan setiap rakyat mengundi.
Wan Ahmad dan beberapa pegawai SPR melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lalu bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal yang digunakan negara itu serta undang-undang berkaitan.

"Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem berkenaan dengan cukup baik," katanya.

Beliau berkata, SPR akan mengemukakan cadangan sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya.

Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya, SPR juga akan cuba mengesyorkan kemasukan pengundi kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari
Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara.

Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftarnya mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan.

Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, semua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin.

Wan Ahmad berkata, SPR juga sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya.

Walaupun peraturan sekarang menetapkan kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata, budaya politik yang diamalkan di negara ini tidak menghormati peraturan itu. - Bernama

p/s: Kepada sesape yang tidak mendaftar mengundi, silalah daftar segera utk menentukan masa depan negara...Chewahh...!!!

CtiE
26-01-10, 08:59 AM
Penyerang bola sepak Paraguay ditembak di kepala

BANDARAYA MEXICO: Penyerang skuad kebangsaan Paraguay, Salvador Cabanas, yang membantu negaranya layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, dilaporkan kritikal selepas ditembak di kepala di sebuah bar di sini, semalam.

Pemain berusia 29 tahun yang bermain dengan Club America dalam liga Mexico, ditembak di bahagian depan kepalanya dan kini doktor sedang berusaha mengeluarkan peluru berkenaan.

Paraguay akan berdepan penyandang juara, Itali, Slovakia dan New Zealand dalam peringkat kumpulan Piala Dunia yang bermula 11 Jun ini.

Cabanas sudah bermain di Mexico sejak 2003, dan terbaru kelab bola sepak Inggeris, Sunderland dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya sejak awal bulan ini.

Dia sudah menyumbat 125 gol dalam 218 perlawanan di liga Mexico. - AFP

CtiE
26-01-10, 10:02 AM
Saman bekas tunang RM30,000

MELAKA: Seorang juruteknik kilang di Cheng, dekat sini, menuntut ganti rugi hampir RM30,000 terhadap bekas tunangnya, seorang pekerja bahagian stor industri di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana memutuskan ikatan pertunangan.

MELAKA: Seorang juruteknik kilang di Cheng, dekat sini, menuntut ganti rugi hampir RM30,000 terhadap bekas tunangnya, seorang pekerja bahagian stor industri di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana memutuskan ikatan pertunangan.


Muhamad Nazib Md Aris, 30, dari Batu 17 3/4, Kampung Sungai Ragok, Alor Gajah, dekat sini, selaku plaintif memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya Noor Shaziana Mohd Khori, 23, (responden) membayar ganti rugi kewangan RM26,000 berserta empat cincin.


Mereka bertunang pada 14 Jun lalu, tetapi ikatan itu berakhir pada 11 Disember lalu sebelum tarikh perkahwinan sempat ditetapkan.


Pada prosiding semalam Hakim Syarie, Mohd Yusro Borhan Nordin menangguhkan perbicaraan kes itu pada 2 Mac depan bagi plaintif melantik peguam dan defendan mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tuntutan ganti rugi berkenaan.


Dalam penyata tuntutannya yang difailkan pada 29 Disember lalu, Mohd Nazib mendakwa pertunangan mereka disaksikan datuk plaintif yang juga Sidang Kampung Tanah Merah Krubong berserta Imam 2 dan keluarga kedua-dua pihak.

Katanya, dalam perbincangan itu pihak perempuan (responden) bersetuju menerima syarat iaitu jika pertunangan diputuskan mereka, responden dikehendaki membayar dua kali ganda wang hantaran ditetapkan pihak lelaki dan sebaliknya jika diputuskan pihak lelaki, wang hantaran itu hangus tanpa apa-apa tuntutan.


Muhamad Nazib berkata, pihaknya sudah membayar wang adat RM80 dan wang hantaran RM4,000 (iaitu separuh wang belanja penuh RM8,000) dan barang hantaran untuk pihak perempuan.


Katanya, pada 20 Oktober lalu, kira-kira jam 9 malam, pihak perempuan menyatakan hasrat memutuskan pertunangan dengan menghantar wakil Sidang Kampung dan bapa saudara responden berserta wang hantaran RM4,000 dan dua cincin, namun ditolak pihak lelaki.


Menurutnya, pihak lelaki juga menyoal tindakan responden dan kesalahan dilakukannya sehingga pertunangan hendak diputuskan dan wakil menjawab tidak tahu, malah mereka enggan memutuskan tanpa sebab munasabah dan kukuh.


Berikutan itu pihak lelaki mengarahkan pihak perempuan balik dan berbincang mengenai perkara itu.


“Namun, pada 11 Disember lalu sekali lagi wakil pihak perempuan iaitu Imam 2 dan bapa saudara plaintif meminta perjumpaan diadakan untuk memutuskan pertunangan itu disebabkan Sidang meninggal di Tanah Suci.


“Pihak perempuan menyatakan hasrat muktamad memutuskan pertunangan dan memulangkan RM4,000 dan dua cincin dan enggan mengikut perjanjian sebelum ini,” katanya.

Plaintif berkata berikutan itu pihaknya menuntut ganti rugi membabitkan wang hantaran dua kali ganda (RM8,000), kos perbelanjaan majlis pertunangan RM8,000, kos perbelanjaan pergi balik dari rumahnya ke rumah responden RM3,000, barang hantaran sembilan dulang digantikan dengan wang tunai RM7,000 dan menuntut dua cincin digandakan kepada empat cincin atau digantikan dengan wang mengikut nilai cincin diberikan.

p/s: putus tunang je kena saman agak nya zaman sekarang salah sikit jer dok menyaman je...
masa syg sgup bersusah payah... bila dh putus kos perbelanjaan pergi blik ke rumah pmpn tuh pun MAU CLAIM KA??

FLO
26-01-10, 10:14 AM
Saman bekas tunang RM30,000

MELAKA: Seorang juruteknik kilang di Cheng, dekat sini, menuntut ganti rugi hampir RM30,000 terhadap bekas tunangnya, seorang pekerja bahagian stor industri di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana memutuskan ikatan pertunangan.


claim arrrrr
dah x jadi
lagi2 kalau putusnya ikatan ini akibat salah dan silap pasangan masing2..
duit beb....ekekekke

sam261079
26-01-10, 10:40 AM
KUALA LUMPUR: Tunjuk lagak tidak ubah bagaikan di tanah air sendiri apabila dua kumpulan samseng Timur Tengah cuba mencetuskan pergaduhan ala kongsi gelap dengan bersenjatakan pisau pemotong daging, pisau Rambo dan pistol.

Kumpulan lebih 30 lelaki warga Timur Tengah terbabit didakwa bertindak ganas dengan cuba mencetuskan huru-hara antara dua kumpulan berasingan di pusat hiburan terkemuka di ibu kota, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa pengawal keselamatan berjaya menghalang pergaduhan terbabit daripada melarat menjadi kes bunuh.

Sumber polis berkata, pergaduhan antara dua kumpulan warga Timur Tengah itu dikesan berlaku di satu pusat hiburan terkemuka di Jalan Doraisamy lewat pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, kedua-dua kumpulan membabitkan lebih 30 pengunjung pusat hiburan terbabit bertengkar selepas dipercayai dalam pengaruh alkohol.

“Keadaan tegang itu menyebabkan pengunjung pusat hiburan berkenaan segera memaklumkan kejadian terbabit kepada pengawal keselamatan yang bertugas di premis itu.

“Bimbang sesuatu tidak diingini berlaku, beberapa pengawal keselamatan yang juga ‘bouncer’ pusat hiburan terbabit segera masuk campur selepas suspek mula bertumbuk di bahagian atas pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek dihalau keluar beberapa pengawal keselamatan dari premis berkenaan selepas bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.

“Malangnya, kumpulan samseng warga asing berkenaan yang masih tidak berpuas hati terus menyambung pergaduhan di luar premis hiburan itu.

“Pada masa sama, seorang pengawal keselamatan di pusat hiburan terbabit ternampak seorang daripada kumpulan samseng terbabit mengeluarkan pisau Rambo dari dalam pakaian,” katanya.

Menurutnya, suspek yang sedang bergaduh itu kemudian menikam seorang daripada anggota kumpulan lawan.

“Lebih memburukkan keadaan apabila seorang lagi anggota kumpulan yang ditikam itu mengeluarkan pistol sebelum cuba melepaskan tembakan.

“Berikutan itu, pengawal keselamatan pusat hiburan terbabit sekali lagi masuk campur dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan berikutan bimbang ia bertukar menjadi kes bunuh,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng berkenaan yang digertak akan dipanggil polis kemudian bertempiaran melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki kereta.

“Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian tidak pasti sama ada seorang lelaki Timur tengah yang ditikam itu cedera parah berikutan mangsa turut hilang bersama rakan lain.

“Susulan kejadian itu, pengawal keselamatan pusat hiburan terbabit yang mengecam nombor pendaftaran kereta seorang suspek membuat laporan di balai polis berhampiran.

Menurutnya, susulan itu polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik kenderaan pacuan empat roda terbabit sebelum mengesyaki ia disewa suspek dari rakyat tempatan.

CtiE
27-01-10, 11:11 AM
7 beranak sasaran bunuh

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.


Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.


Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.


Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.


“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.


Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.


“Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.


Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.


Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit.


Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun.


Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah.

“Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi.


“Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap.


“Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya.


Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam.


“Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi.


“Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya.


Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu.


“Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya.


p/s: aku tertarik dgn ayat ni “Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam..

nyawa manusia sekarang mcm dh xde nilai.. senang2 dorng nk ugut bunuh?

CtiE
29-01-10, 09:26 AM
Tunku Ismail dimasyhur sebagai TMJ


JOHOR BAHRU - Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris (gambar) semalam dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang baru bagi menggantikan ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 itu diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim di Istana Besar di sini pada pukul 3.20 petang.


"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895, saya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta Johor.

FLO
29-01-10, 11:36 AM
terlampau


2010/01/29 OMAHA (Nebraska): Seorang wanita dituduh berzina dengan anak lelakinya sendiri ketika budak itu masih di sekolah rendah, kata pegawai keselamatan, semalam.

Menurut polis Omaha, anak tertuduh - yang kini berusia 15 tahun - mengadu kepada guru kaunselingnya pada minggu lalu.


Guru terbabit kemudian membuat aduan kepada polis.


Kata mangsa, ibunya menagih dadah ketika dia ditiduri pada 2008 dan 2009.


Wanita terbabit ditahan Isnin lalu dan dihadapkan ke mahkamah semalam.


Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM102,000.


Mangsa mempunyai adik lelaki tetapi polis tidak mengesyaki dia turut mengalami penderaan seksual.


Awal minggu ini, bapa budak itu berkata, dia mengesyaki ada sesuatu tidak kena di antara isteri dan anaknya tetapi hanya mengetahui kejadian itu secara sahih seminggu lalu.


Rekod mahkamah menunjukkan wanita terbabit mengaku salah dalam pertuduhan kecil membabitkan dadah pada Januari 2009.


Pejabat keselamatan menyatakan, wanita terbabit cuba mengadun 15 ubat tidur berbeza diperoleh daripada tujuh doktor.


Dia dikenakan larangan selama setahun dan diarah menghadiri sesi kaunseling dengan pertubuhan sokongan penagih alkohol sebagai sebahagian daripada syarat hukumannya. - AP

KiNgX
29-01-10, 02:07 PM
43 Peratus Rakyat Malaysia Berusia 30 Tahun Ke Atas Menghidap Hipertensi

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi Hipertensi (darah tinggi).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata angka itu meningkat 10 peratus berbanding 10 tahun lepas.

Beliau berkata berdasarkan kajian kali ketiga oleh 'The National Health and Morbidity Survey' yang dibuat 10 tahun sekali itu, peningkatan itu berlaku berikutan semakin ramai rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup tidak sihat serta kurang peka dengan tahap kesihatan mereka."Kita menyeru semua rakyat Malaysia agar kerap memeriksa tahap tekanan darah mereka. Ini kerana melalui kajian yang dilakukan itu menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang menghidapi hipertensi tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit itu," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Mesyuarat Saintifik Tahunan kali ke-tujuh oleh Persatuan Hipertensi Malaysia di sini hari ini, beliau berkata daripada jumlah 43 peratus penghidap Hipertensi, hanya 26 peratus yang mengambil ubat-ubatan berjaya mengawal tahap penyakit itu.Dr Mohd Ismail berkata pesakit tidak harus berhenti mengambil ubat-ubatan kerana faktor itu turut menyumbang kepada peningkatan peratusan penghidap penyakit itu.

"Jika ada segelintir penghidap hipertensi yang merasakan ubat-ubatan yang diambil itu memberi alahan atau tidak sesuai, sila maklumkan dengan doktor dan doktor akan beri ubat yang lain," katanya.

-- BERNAMA

FLO
30-01-10, 10:00 AM
Teman sembang ugut siar gambar bogel

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Annie, 31, adalah antara jutaan peminat laman sembang di Internet yang menjadi kegilaan wanita muda.
Setiap hari eksekutif muda itu akan melayari laman tersebut untuk berhubung dengan rakan-rakan di seluruh dunia.
Ini termasuk seorang teman lelaki berasal dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai William Bobby Madoff.
William mendakwa dirinya adalah doktor tentera Amerika Syarikat yang sedang berkhidmat di Afghanistan.
Hampir sebulan menjalin hubungan iaitu sejak Mac lalu, Annie mula jatuh hati dengan kata-kata manis William.
Perasaan itu juga mendorong Annie untuk melakukan kesilapan yang mengundang padah kepada dirinya - berbogel di hadapan kamera web.
"Dalam tempoh sebulan, saya telah membiarkan seluruh tubuh badan ditonton William sebanyak empat kali," kata Annie dalam pengakuannya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
Namun tanpa disangka, William hanyalah imaginasi dan dipercayai warga Afrika yang menyamar.
Lebih malang, William juga adalah daripada satu sindiket penipuan.
"Pada awal April 2009, dia dengan tiba-tiba ingin menghadiahkan satu bungkusan mewah yang mengandungi komputer riba, IPhone, kamera digital, beg tangan kulit, tiga set barang kemas, satu album foto dan sejambak bunga. Bungkusan itu sepatutnya dihantar ke alamat pejabat saya di Kuala Lumpur tetapi terkandas di Sabah.
"Berikutan itu, saya diminta oleh seorang wanita yang mendakwa petugas syarikat kurier, untuk membayar sejumlah RM3,880 bagi mendapatkan bungkusan itu.
"Tetapi mujurlah saya tidak berbuat demikian kerana rakan sempat menghalang saya dan memberitahu bahawa banyak penipuan sebegini dilaporkan media," katanya.
Tambah Annie, sejak itu, dia telah menukar nombor telefon dan tidak lagi memasuki laman sembang bagi mengelak dihubungi lelaki itu.
Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Menyangka segalanya telah berakhir tetapi mangsa tersilap. Pada 20 Januari lalu, mangsa dikejutkan semula dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) William.
"William mengugut saya tidak akan dapat terlepas daripada cengkamannya. Yang menakutkan, dia seolah-olah mengetahui gerak-geri saya termasuk tempat tinggal baru saya.
"Kini, saya lebih gusar dengan ugutannya yang ingin menyiarkan gambar bogel saya dalam Internet kerana cuba melarikan diri daripadanya," jelas mangsa.
Ekoran ugutan terbaru itu, Annie sekali lagi membuat laporan polis atas keselamatan dirinya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam, Datuk Michael Chong yang mengendalikan kes Annie berkata, beliau percaya lebih ramai mangsa mengalami nasib seperti Annie dan meminta mereka tampil membuat aduan kepada pihaknya.


p/s: jangan la suka mentelanjangi diri anda di laman sosial mcm FB tagg atau sbgnya..masuk Mk lagi elok:YM - 71:

FLO
30-01-10, 10:19 AM
MBPJ cekup lapan wanita asing - Operasi dua jam serbu enam pusat urut ekoran laporan Kosmo!

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
[email protected]



ANTARA gadis urut yang ditahan dalam operasi mengejut di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PETALING JAYA - Sebanyak enam pusat urut termasuk dua daripadanya yang menawarkan perkhidmatan seks diserbu dalam satu operasi mengejut Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini petang semalam.

Dalam operasi yang dibuat ekoran laporan Kosmo! dua hari berturut-turut serta berikutan luahan dukacita Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid mengenai gejala maksiat di Selangor, MBPJ menahan 10 orang gadis urut dengan lapan daripadanya merupakan warga asing manakala dua lagi rakyat tempatan.

Tiga daripada lapan gadis urut warga asing itu berasal dari Indonesia, tiga dari Thailand sementara dua lagi dari China.

Dua lagi yang ditahan ialah wanita tempatan dan masing-masing berasal dari Sarawak dan Kuala Lumpur.

Kelapan-lapan gadis urut yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan berasingan dalam operasi selama dua jam bermula pukul 6 petang di sekitar Dataran Sunway dan Damansara Perdana.

Pengarah Penguat Kuasa MBPJ, Mohd. Fauzi Maarop berkata, kesemua warga asing yang ditahan itu didapati menyalahgunakan pas lawatan dengan menggunakannya untuk bekerja sebagai gadis urut di negara ini.

KiNgX
30-01-10, 04:27 PM
Ustaz dicekup separuh bogel

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.

Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS). Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun. Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu. Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu. Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain. Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer. “Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit. Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

KiNgX
31-01-10, 01:49 PM
Zahida takut kena culik


KUALA LUMPUR: Pelakon filem Anak Mami, Zahida Rafik kini dalam kebimbangan berikutan kemungkinan ada pihak mengambil kesempatan atau melakukan sesuatu yang buruk terhadapnya gara-gara gosip dan cerita mengenai kemewahannya, termasuk memiliki banglo bernilai RM3 juta di Bukit Antarabangsa, dekat sini.

“Saya ada rasa tiga empat kali orang bermotosikal ekori saya... tidak tahu apa tujuannya, mungkin mahu rompak atau culik saya! Begitu juga ada orang cuba langgar belakang kereta saya sampai saya terpaksa lari ke balai polis. “Semuanya mungkin kerana orang anggap saya kaya kerana banyak cerita dihebahkan mengenai kemewahan saya dan hubungan dengan orang kenamaan (VVIP), sedangkan semua itu tidak benar,” katanya kepada Metro Ahad.

Dia berkata, banyak gosip mengenainya yang disebarkan di lawan web atau media sangat mengaibkan, sedangkan semua itu tidak benar dan lebih kepada fitnah. Katanya, dia tidak tahu apa tujuan orang cuba menaburkan fitnah sebegitu terhadapnya dan lebih mensensasikan cerita berbanding kerjayanya sebagai pelakon. “Seperti juga cerita pasal rumah harga RM3 juta itu, memang saya menafikan cerita ini dan lokasi yang digembar-gemburkan juga tidak betul kerana memang saya tidak ada rumah di kawasan itu.

“Kalau benar pun saya ada rumah, saya rasa tidak wajar untuk saya dedahkan harganya kepada umum kerana bagi saya ia hak peribadi. Selain itu, ia boleh mengundang tanggapan atau perkara buruk kepada saya,” katanya.Beberapa laman web berkaitan dunia hiburan sebelum ini menyiarkan gosip yang mendakwa Zahida kini menetap di rumah agam di Bukit Antarabangsa berharga RM3 juta. Selain itu, dia banyak dikaitkan dengan gosip dibela golongan hartawan hingga menyebabkannya dilimpahi kemewahan.

Zahida berkata, sepatutnya pihak yang berkaitan, terutama wartawan, mendapatkan penjelasannya terlebih dulu dan bukan terus membuat dakwaan seperti itu. Katanya, tanpa penjelasan daripadanya menyebabkan laporan yang disiarkan di laman web atau media itu salah, sekali gus menjadi fitnah kepadanya.

“Ada rakan saya menasihatkan supaya mengambil tindakan udang-undang terhadap laporan dan dakwaan berunsur fitnah itu, tetapi bagi saya perkara itu tidak perlu diperbesarkan atau belum lagi ke tahap itu.
“Cuma apa yang saya mahu adalah supaya pihak berkaitan itu supaya tidak ‘busy body’ untuk mengambil tahu hal peribadi saya hingga menjadi fitnah terhadap saya,” katanya yang bakal menjalani penggambaran filem pada Mac depan.

Ditanya mengenai tindakannya tidak menghebohkan perniagaan yang diusahakan sehingga menyebabkan ramai mendakwanya ditaja ‘seseorang’, Zahida mendakwa dia belum bersedia untuk menghebahkan perniagaannya kerana tidak mahu disalah anggap, tetapi jelasnya segala yang dinikmatinya adalah hasil titik peluhnya sendiri tanpa ‘pertolongan’ sesiapa.

“Tidak semestinya seseorang artis itu mampu hidup mewah kerana ditaja seseorang, mungkin ada perniagaan atau perusahaan yang dijalankan dan sebab itu perlu mendapatkan penjelasan terlebih dulu, bukan terus melaporkannya,” katanya. Pada tahun ini, dia tekad kembali aktif berlakon selepas lama menyepikan diri daripada bidang seni itu kerana lebih fokus kepada perniagaannya. “Saya rasa inilah masa sesuai untuk berlakon semula kerana ramai juga yang bertanya ke mana saya menghilang,” katanya.

FLO
01-02-10, 03:38 AM
Kilang keluarkan kereta mirip Porsche


GAMBAR menunjukkan kereta yang diubah suai menjadi Porsche dan Ferarri di garaj milik Chris di Bangkok pada 16 Januari lalu.

--------------------------------------------------------------------------------


BANGKOK - Seorang pemilik kilang di sini, Chris Pongpitaya menyediakan perkhidmatan menjadikan cita-cita sejumlah pemilik kereta berpendapatan rendah memperoleh kenderaan idaman mereka.

Dia yang berumur 45 tahun mendapat tempahan daripada pemilik-pemilik kereta dalam dan luar negara untuk mengubahsuai kenderaan mereka menjadi seperti Porsche, Ferarri , Aston Martin, Lamborghini dan jenama terkenal lain.

Kereta itu diubahsuai oleh syarikat milik Chris, Schones.

Dia mendapat pengalaman mengubahsuai kenderaan itu semasa bekerja selama 14 tahun di Studio Reka Bentuk Porsche, Jerman.

Ketika itu dia bekerja untuk mereka ruang dalaman pesawat.

"Mempunyai kereta-kereta seperti itu (sport) merupakan mimpi bagi kebanyakan orang tetapi tidak dapat membelinya menyebabkan mereka memandu kereta-kereta replika itu," katanya kepada agensi berita AFP.

Kereta-kereta itu diubahsuai dengan menggunakan cesi kenderaan lama dan enjin kereta Jepun.

Masa yang diperlukan untuk mengubahsuai kereta itu ialah 12 hari. - Agensi

KiNgX
01-02-10, 09:56 AM
Perkhidmatan internet TM terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.

Menurut kenyataan TM semalam, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Hong Kong dan AS juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

“Untuk mengatasi masalah itu, beberapa laluan internet dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan,” kata kenyataan itu.

Menurut TM, berikutan kerja membaik pulih itu, trafik ke Amerika Utara dan Hong Kong dijangka mengalami gangguan manakala trafik ke negara lain adalah seperti biasa.

Pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih ‘perkhidmatan internet’ atau e-mel di [email protected] untuk membuat laporan mengenai sebarang masalah berkaitan. - Bernama

KiNgX
03-02-10, 09:50 AM
Harga hasil laut, sayur dijangka naik

KUALA LUMPUR: Harga hasil laut dan sayuran dijangka naik, terutama di Lembah Klang berikutan kekurangan bekalan sehingga terpaksa mendapatkan bekalan dari Kuala Perlis dan Indonesia yang membabitkan kos pengangkutan tinggi.

Seorang peniaga kedai runcit, Rozaimi Yazi Mahmood, 38, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga ikan, udang, sotong, ketam dan sayur-sayuran minggu depan berikutan kesukaran mendapatkan bekalan. Katanya, pemborong memberi alasan terpaksa mendapatkan bekalan hasil tangkapan laut di Kuala Perlis, Perlis dan Indonesia yang akan membabitkan kos pengangkutan yang tinggi.

"Jadi, harga bahan ini terpaksa dinaikkan minggu depan kerana pemborong menjualnya dengan harga yang tinggi," katanya ketika ditemui, semalam. Seorang lagi peniaga, Mohd Yusof Agani, 33, berkata, beliau terpaksa akur dengan fenomena yang berlaku dan terpaksa menjual bahan itu dengan harga yang tinggi kerana ada permintaan daripada pembeli.

Bagi pembeli, Ahmad Fitri Shah Rajab, 33, berkata kenaikan harga hasil tangkapan laut itu mendatangkan banyak kesan kepada pengguna terutama kepada golongan berpendapatan rendah. "Saya dan keluarga hanya makan ikan seminggu sekali saja dan selebihnya digantikan dengan ayam atau daging yang harganya jauh lebih murah," katanya.

Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Norizaman Ghazali, mengakui kenaikan harga hasil tangkapan laut disebabkan kekurangan bekalan di pasaran, namun ia dijangka tidak akan berlarutan. "Faktor bulan terang menyebabkan nelayan tidak turun ke laut kerana ikan tidak naik ke permukaan, ini menyukarkan nelayan untuk mendapatkan hasil tangkapan.

"Fenomena ini biasa berlaku dan kita jangka selepas ia berlalu, harga akan turun ke paras biasa," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan sesetengah pemborong sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan musim perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Sahbani Saimin, berkata kenaikan harga sayur yang berpunca daripada kekurangan bekalan adalah fenomena biasa yang tidak akan berpanjangan.

"Kekurangan bekalan ini disebabkan masa memetik hasil pertanian yang tidak sama antara petani tetapi biasanya dua tiga bulan sebelum musim perayaan, petani akan menanam lebih banyak daripada biasa untuk menampung permintaan yang tinggi.

"Biasanya kalau harga naik, kuasa permintaan akan membuat pembetulan kerana apabila harga tinggi dalam tempoh dua hari contohnya, petani akan memetik hasil yang lebih dan menjualnya dan harga akan turun kerana bekalan melebihi permintaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan mengimport sayuran dari negara luar kerana kekurangan bekalan tidak pada tahap serius. "Kita akan mengimport hasil pertanian sekiranya ada permintaan atau berlaku bencana seperti banjir yang memusnahkan kebun.

"Bagaimanapun, kita selalunya akan mendapatkan bekalan di negeri lain yang tidak mengalami banjir bagi menampung permintaan di negeri yang mengalami bencana itu," katanya.

FLO
04-02-10, 02:36 PM
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
2010/02/04


Malah, wanita anak tiga berusia 23 tahun dan masih bersuami itu kini tinggal bersama teman lelaki bukan Islam selepas dia hamil tiga bulan hasil hubungan sulit mereka. Perbuatan curang dan tidak tidak bertanggungjawab wanita dikenali sebagai Misha itu didedahkan rakan sekerjanya di sebuah pusat urutan refleksologi di bandar raya ini yang dikenali sebagai Anita, 24.

Menurutnya, disebabkan tidak mahu statusnya bersuami diketahui rakan sekerja dan teman lelaki, Misha enggan mengakui kanak-kanak berusia enam tahun itu anaknya semata-mata tidak mahu rahsianya bocor.


Wanita itu bukan saja sering bertukar-tukar pasangan, malah sanggup memakan makanan tidak halal hanya kerana mahu melayan selera teman lelakinya yang bukan Islam.


“Misha yang mendakwa anak dara bukan saja bertukar pasangan kekasih hampir setiap hari, malah meminta kami bersubahat merahsiakan statusnya isteri orang dan ibu tiga cahaya mata di depan pelanggan lelaki kerana bimbang ‘sahamnya’ jatuh,” katanya.


Menurut Anita, dia tidak menyangka rakannya yang berasal dari kampung berubah sikap begitu ketara hanya selepas tiga hari bekerja bersamanya di pusat refleksologi di pusat bandar raya ini.


Katanya, pada awalnya, dia bersama majikan menganggap Misha wanita berfikiran terbuka dan mesra pelanggan.


Tambahan pula, Misha sentiasa memberi alasan terpaksa membohongi pelanggan lelaki untuk memudahkannya menambah rezeki bagi membantu meringankan beban suaminya yang berpendapatan rendah.


“Bagaimanapun, kami pelik sikap Misha yang mula menjalin hubungan dengan pelanggan lelaki apabila hampir setiap hari dia sibuk dengan temu janji untuk keluar bersiar-siar dan makan bersama lelaki berbeza.


“Sejak itu, dia lupa diri dan seronok bertukar kekasih tanpa memikirkan masa depan rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu.


“Lebih mengejutkan, dia juga mula mengubah gaya hidupnya terutama selepas berkenalan dengan seorang lelaki berasal dari Sabah berusia 20-an yang bekerja di Singapura hingga sanggup memakan makanan tidak halal,” katanya.


Anita berkata, perbuatan curang Misha berlarutan hampir setahun biarpun dia dan majikannya cuba menasihati wanita itu yang mempunyai anak berusia dua hingga enam tahun kembali ke pangkal jalan.


Menurutnya, dia terkilan dengan perbuatan Misha tergamak mengusir anak sulungnya yang mahu melepas rindu terhadapnya semata-mata kerana bimbang kehadiran kanak-kanak itu di tempat kerja bersama seorang kenalan keluarganya membongkar status dirinya.


“Kerana bimbang penipuannya terbongkar, Misha sanggup berbohong konon dia pernah bekerja di pusat asuhan kanak-kanak beberapa tahun lalu hingga ada kanak-kanak memanggilnya dengan gelaran ibu hingga tergamak tidak mengaku darah daging sendiri.


“Malah, dia juga mengambil kesempatan terhadap suaminya yang dayus selain kerap memperbodohkan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini setiap kali keluar bersama lelaki Sabah itu,” katanya.


Katanya, Misha juga tidak menyesal menduakan suami sedangkan teman hidupnya itu seorang yang baik dan jujur.


Anita berkata, selepas Misha menyedari dia hamil hasil hubungan sulit dengan lelaki Sabah itu, dia berhenti kerja tiga bulan lalu dan kini tinggal bersama teman lelakinya.


“Kami turut menemui diari peribadinya selain gambar perkahwinan dan sijil pernikahan dengan suaminya yang tidak mahu dituntut di tempat kerja kerana menganggap dokumen itu sebagai sampah dan tidak bermakna kepadanya.


“Kami yang rasa bersalah atas perbuatannya itu selain tidak mahu dia terus bergelumang maksiat melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAJ).


“Tetapi hingga kini tiada tindakan dilakukan dan difahamkan, kini kandungan Misha mencecah enam bulan dan teman lelakinya itu pula dikatakan mahu pulang ke Sabah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, berkata pihaknya sudah menerima aduan berkenaan dan meminta pegawai operasi mengambil tindakan lanjut.


“Pegawai kami akan menyiasat aduan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

p/s: tengokkkk.......:YM - 71:

FLO
04-02-10, 02:39 PM
Lepas rindu pada isteri orang
2010/02/04


Kadi daerah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah, berkata pasangan itu dicekup di simpang Lebuhraya Keratong-Bahau kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (Paid) yang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta dengan lampu terpasang dalam keadaan mencurigakan di simpang jalan berkenaan.


“Apabila diperiksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit sedang asyik bermadu asmara sehingga tidak sedar kehadiran anggota penguatkuasa yang mengetuk cermin kereta mereka,” katanya, semalam.


Katanya, kedua-dua pasangan berusia 24 tahun itu sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan mengambil kesempatan berjumpa kerana wanita berkenaan perlu menghadiri kursus di Kuantan.


Mohd Rizal berkata, wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan bekerja dengan syarikat swasta di Shah Alam, Selangor.


Menurutnya, suami wanita terbabit juga bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan mengalami krisis rumah tangga dengan isterinya itu.


“Wanita itu dikatakan dihantar syarikatnya untuk berkursus di Kuantan, namun singgah di sini kerana berdekatan dengan rumah keluarganya,” katanya


p/s: tengokkkkkkk:YM - 71:

KiNgX
04-02-10, 04:53 PM
Cuti tanpa rekod 42 hari untuk penjawat awam derma organ

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Beliau berkata, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran.

"Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am," "Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan," katanya dalam pekeliling itu yang difakskan kepada Bernama hari ini.

Ismail berkata, sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital. "Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja, " katanya. - Bernama

KiNgX
06-02-10, 12:18 PM
Buaya muncul bawah Jambatan Pulau Gadong

MELAKA: Sekumpulan remaja yang melepak di atas Jambatan Pulau Gadong, dekat sini, terperanjat apabila melihat kepala seekor buaya air masin berukuran lebih satu meter panjang secara tiba-tiba timbul di dalam sebuah kolong di situ, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, reptilia itu dilihat ‘tenang’ di kolong berkenaan sebelum menyelam apabila melihat orang ramai mula memenuhi kawasan itu. Seorang remaja, Mohd Haikal Hamdan, 15, berkata kemunculan buaya berkenaan disedari rakannya ketika mereka pulang dari program 1Malaysia Bersama Rakyat di Pantai Kelebang, di sini, selepas basikal seorang rakannya mengalami kerosakan.

“Kami berhenti di atas jambatan di situ sambil melihat keadaan persekitaran, tiba-tiba seorang rakan menegur kononnya dia melihat seekor buaya di dalam kolong di Pantai Kelebang. “Saya pada mulanya tidak percaya dan mengatakan apa yang dilihat itu adalah sebatang kayu balak hanyut, bagaimanapun sangkaan meleset apabila pantulan cahaya menunjukkan ia adalah seekor buaya,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, sebelum ini dia bersama rakannya pernah beberapa kali melihat buaya timbul di sungai itu, dan terbaru, kira-kira dua minggu lalu apabila melihat seekor buaya berada di kawasan berlumpur ketika pulang dari sekolah. “Namun, hingga kini belum ada apa-apa berita mengenai penangkapan buaya oleh Perhilitan sekali gus berharap pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu kerana siapa tahu mungkin ia akan mengganas dan menyerang orang terutama pemancing,” katanya.

KiNgX
06-02-10, 12:20 PM
Enjin jet ditemui di Uruguay

KUALA LUMPUR: Kerajaan Uruguay sudah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam.

Katanya, kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay mengenai penemuannya. “Kejayaan yang dicapai setakat ini hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan sudah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai dibawa ke negara berkenaan. Beliau berkata, sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan sudah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

- Bernama

FLO
06-02-10, 04:07 PM
Sekeluarga menyisih diri
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee dan Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]
2010/02/06


Lebih malang, bukan saja gadis terbabit yang juga graduan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengalami tekanan perasaan, malah perlakuan tiga lelaki berhati binatang itu turut menyebabkan seluruh anggota keluarganya kini menyisihkan diri daripada masyarakat kerana malu selepas aksi kejadian dipercayai berlaku Oktober tahun lalu, tersebar melalui telefon bimbit. Kisah hitam gadis berkenaan didedahkan kenalannya hanya mahu dikenali sebagai Laili, 25, yang bersimpati, namun buntu untuk memujuk remaja terbabit membuat laporan polis. “Ketika pulang ke kampung di Negeri Sembilan baru-baru ini, saya bercadang mengunjungi mangsa, namun dihalang anggota keluarganya yang tidak mahu anak gadis mereka diganggu. “Kerana tidak puas hati, saya bertanya kepada adik gadis itu sebelum ditunjukkan satu klip video selama dua minit di telefon bimbitnya menunjukkan aksi kakaknya ‘dikerjakan’ tiga lelaki,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, klip video itu tersebar di kampungnya menyebabkan anggota keluarga mangsa malu lalu mengasingkan diri dari masyarakat. “Dalam video terbabit, mangsa tanpa seurat benang dipaksa tiga lelaki melakukan seks dengan tangannya dipegang.

Dia yang bertubuh kecil hanya mampu menjerit dan meraung meminta tolong, namun tidak dihiraukan. “Walaupun cuba melarikan diri, dia diheret dua lagi lelaki.

Tak tergamak saya melihat dia menangis meminta simpati, tetapi ketiga-tiga ‘binatang’ itu seolah-olah hilang akal,” katanya. Ketika ‘aktiviti’ jahat itu dilakukan, mereka memasang lagu dengan kuat bagi memastikan jeritan mangsa tidak didengari orang lain. “Saya difahamkan kejadian berlaku di Kuala Lumpur kerana ketika itu, mangsa masih bekerja di sini.

Selepas itu, mangsa pulang ke kampung dan enggan keluar rumah. “Dia lebih banyak bersendirian dalam biliknya, begitu juga ahli keluarganya yang tidak banyak bercakap berbanding sebelum ini,” katanya. Laili berkata, perasaan benci bercampur geram melihat keadaan mangsa membuatkan dia ingin menemui gadis terbabit, namun keluarganya bertegas memintanya jangan mencampuri urusan mereka. Lebih menyakitkan hati apabila keluarga gadis itu enggan membuat laporan polis kerana malu. “Saya pernah bertanyakan keluarga mengapa mereka tak mahu membuat laporan polis, namun ibu saya menyatakan mereka malu dan tidak mahu apa yang berlaku menjadi bualan lebih ramai penduduk kampung. “Mereka lebih rela mendiamkan perkara ini kerana bimbang diketahui.

Saya simpati dengan apa yang berlaku, namun tidak tahu cara terbaik yang perlu dilakukan bagi membantunya,” katanya. Menurutnya, dia berharap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk membantu mangsa kerana bimbang perkara itu menjejaskan masa depan mangsa atau lebih malang gadis lain pula menjadi mangsa tiga syaitan bertopengkan manusia itu.

KiNgX
07-02-10, 02:10 PM
Mengurat guna Internet

KUALA LUMPUR: Umurnya menjangkau setengah abad, tapi usia dianggap matang itu belum mampu melepaskan seorang lelaki daripada perangkap penyalahgunaan Internet. Komputer dan Internet langsung tidak memajukan perniagaannya, tetapi menjadi saluran untuk dia memikat wanita yang sanggup melakukan apa saja demi wang.

Sepanjang lima tahun, Jaafar ibarat ‘playboy tua’ apabila berpuluh-puluh wanita terkulai di ribaannya, namun kegembiraannya tidak lama kerana selepas itu satu demi satu ‘bala’ menimpa sehingga segala kekayaannya lenyap. Ikuti luahan Jaafar.“SEBENARNYA saya bukan jenis ‘kaki betina’ atau ‘kaki enjoy’ hinggalah saya mula menaruh minat kepada Internet.

Tujuan asal saya mahu menceburi cabang perniagaan baru, termasuk mencuba pelbagai jenis skim pelaburan Internet, tetapi memandangkan saya suka ‘meneroka’, saya cuba mencari pelbagai maklumat.Sebelum itu saya dengar ramai kawan dapat kenalan di Internet, malah ada yang ‘simpan perempuan’ selepas berhubung di Internet.Saya cuba melayari laman web mencari kenalan dan tak sangka pula ada yang secara terang-terangan mencari ‘sugar daddy’.

Saya mencubanya dan tak sangka menerima respons baik. Wang bukan menjadi masalah bagi saya dan disebabkan itu saya tidak kisah mendepositkan wang jika diminta wanita yang berjaya saya hubungi menerusi telefon.Pada mulanya tidak banyak, setakat RM200 hingga RM300. Saya umpan dengan wang lebih banyak jika sanggup berjumpa dan memenuhi apa saja kehendak saya. Tak sangka pula ada yang sanggup.

Seingat saya, wanita pertama yang berjaya saya takluki bekerja sebagai jurujual. Dia mendakwa sentiasa berdepan masalah kewangan dan memang mahukan sesiapa yang boleh memberinya kekayaan ‘membelanya’. Kali pertama berjumpa, terus ‘dapat’.

Saya mula berasa seronok. Setakat beri wang RM2,000 hingga RM5,000 sebulan bukan menjadi masalah kepada saya. Setakat membayar sewa kondominium mewah dan kereta, saya tidak kisah.Saya mula sedar, wang boleh membeli segala-galanya dan saya cari lagi wanita yang boleh dibela menerusi laman web yang mengiklan tawaran mencari ‘sugar daddy’.

Saya dapat yang baru dan yang lama pula saya tinggalkan begitu saja bila sudah bosan.Semakin lama saya berasa kian seronok. Seorang demi seorang wanita, tidak kira yang bekerja atau masih menuntut, berjaya saya pikat.Namun, saya akui tidak terlepas ditipu beberapa kali. Disebabkan yakin mangsa akan terikat dengan saya apabila saya mendepositkan wang, lebur juga ribuan ringgit. Selepas masukkan wang, ‘sasaran’ hilang begitu saja, tetapi saya tidak kisah.

Saya terus ‘aktif’ melakukan perbuatan terkutuk itu. Untuk mengelak ahli keluarga, terutama isteri, mengesan aktiviti itu, saya merancangnya dengan teliti. Jika mahu berjumpa mangsa, saya memilih melakukannya di hotel bertaraf lima bintang.Soal keluar masuk wang, saya tidak bimbang kerana isteri dan anak tidak ambil tahu. Saya berikan kemewahan kepada mereka.

Pada masa sama, tumpuan saya bukan hanya kepada laman web berkenaan kerana saya mula ‘meneroka’ laman web mencari kenalan lain seperti ‘myspace’, ‘friendster’ dan ‘facebook’. Hasilnya, semakin ramai yang berjaya saya takluki. Umpannya mudah, iaitu wang. Saya sanggup bela mereka asalkan mereka beri apa yang saya mahu. Bagaimanapun, saya tidak mahu terikat. Jika sudah bosan, saya tinggalkan.

Tahun ketiga melakukan perbuatan terkutuk itu, entah mengapa perniagaan mula merosot. Tender tak dapat dan ada projek tertentu tidak dapat saya siapkan. Ada juga beberapa pelaburan menerusi Internet yang saya masuk lebur begitu saja.Saya masih mampu bertahan dan tetap melakukan perbuatan itu. Saya jual kereta untuk dapat wang hinggalah semua kereta saya jual.

Kononnya nak buat modal berniaga, tetapi entah bagaimana wang habis begitu saja. Fikiran benar-benar berserabut. Jumpa salah kawan pula.Kawan kata main judi mesin slot di kelab judi eksklusif boleh kaya jika modal besar, tetapi apa yang saya lakukan tidak menjadi. Banyak kalah daripada menang.

Sehingga pada tahun kelima, saya benar-benar terduduk. Kereta hanya tinggal kereta buruk, nasib baik saya tak jual rumah.Wanita yang saya bela semuanya lari kerana saya tidak lagi mampu memberi kemewahan dan wang setiap bulan. Keluarga juga yang menjadi mangsa.

Mujur dulu isteri pandai berjimat, adalah sedikit wang simpanan. Bagaimanapun, apabila sudah lama hidup senang, sukar untuk mengubah gaya hidup. Wang yang ada kian surut dan sejak itu baru saya cuba ubah gaya hidup.Sekarang saya berniaga kecil-kecilan, ambil kontrak daripada orang lain. Kadangkala jual insurans. Menyesal tak sudah!

Sepatutnya saya hidup senang hari ini, tetapi kerana balasan Tuhan, saya hidup susah. Kini, baru saya kembali mencari keberkatan hidup, meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh.”

CtiE
08-02-10, 04:15 PM
Enam Rentung Dalam Kemalangan Di Senawang

SEREMBAN: Enam orang dalam sebuah kereta rentung dalam satu kemalangan di KM252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala Selatan dekat sini pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Setakat ini polis masih lagi belum dapat mengenal pasti kesemua identiti mangsa disebabkan keadaan kereta serta mangsa rentung ekoran kemalangan itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Menurut jurucakap polis, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.

Katanya, akibat rempuhan dan letupan yang kuat, enjin kereta tersebut tercampak sejauh 50 meter ke dalam longkang.

"Kereta terbabas akibat dipandu laju. Treler yang membawa sejenis serbuk dipercayai granit dilaporkan rosak sejak dari petang tadi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Seorang saksi, Rashid Razali, 38, yang tinggal di Taman Seremban Selatan yang terletak kira-kira 150 meter dari lebuhraya itu sedang membasuh kereta apabila beliau terdengar bunyi letupan yang sangat kuat.

"Sejurus selepas itu saya lihat api menjulang naik. Saya dan beberapa orang jiran bergegas naik ke atas lebuhraya dan melihat enjin kereta tercampak jauh dan sedang berasap," katanya.

Beliau cuba menghampiri kereta yang sedang terbakar apabila berlaku letupan kedua dan yakin kesemua penumpang telah mati akibat api yang terlalu marak serta keadaan kereta yang remuk teruk serta leper akibat merempuh badan bawah treler.

Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler

terkini dr utusan.com

Pengarah Urusan Fadhilat Herb, isteri, 4 anak disahkan rentung

SEREMBAN: Pengarah Urusan Fadhilat Herb, Suhaimi Ghazali, isteri dan empat anak mereka disahkan rentung dalam kemalangan di Kilometer 252 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Senawang, awal pagi tadi.

Selain Ghazali, 41; isterinya Nor Fadilah Senin, 32; serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10; Mohd Hanif Iman, 6; dan Adi Putra, 2. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah, berkata mayat semua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja''afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler.

Sementara itu, bapa saudara Allahyarham Suhaimi, Nowawi Johari, 60, yang ditemui di bilik mayat HTJS berkata beliau mendapat berita itu apabila salah seorang kakitangan Fadhilat Herbs menghubunginya pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

"Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lepas, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka.

"Kemalangan itu sungguh menyayat hati kerana yang meninggal dunia melibatkan Suhaimi, isteri dan semua empat orang anak mereka. Kali terakhir saya jumpa arwah Suhaimi Jumaat lepas," katanya.

Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu. Kilang syarikat itu yang mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan telah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Pengurus pentadbiran syarikat itu Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka. - Bernama

KiNgX
08-02-10, 04:36 PM
Rasanya ini la berita seperti yang diceritakan oleh Hot Cruel kepada saya. Sedih hati saya membaca berita ini.

FLO
09-02-10, 10:02 AM
Abang aniaya adik sendiri
Oleh Hadzlihady Hassan
2010/02/09


Bagaimanapun, perbuatan sumbang mahram terbabit akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis sebelum abangnya yang berusia 19 tahun ditahan pada hari sama.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada awal pagi ketika mangsa yang berusia 15 tahun sedang tidur di ruang tamu rumah teres dua tingkat berkenaan.

Mangsa anak kedua daripada sembilan beradik dan ibu bapa mereka sudah bercerai menyebabkan mereka dipelihara nenek sejak kecil.

Menurut sumber polis, nenek mereka tinggal bersama seorang lagi anaknya yang juga ibu saudara kepada dua beradik terbabit.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu sebelum dia dihampiri abangnya yang secara tiba-tiba terus memeluk dan meraba tubuh mangsa.

"Ketika itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah cuba melawan dan tidak membenarkan abangnya melakukan perkara terkutuk itu, namun ternyata tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki.

"Abangnya dengan rakus membuka seluar mangsa sebelum merogolnya," katanya.

Menurutnya, ketika itu, ibu dan bapa saudara mereka berada di tingkat atas dan mangsa dikatakan diberi arahan oleh abangnya mendiamkan diri dan tidak menjerit.

"Abang mangsa meminta supaya dia tidak bersuara untuk mengelak perbuatan mereka didengari ibu dan bapa saudara mereka yang sedang tidur.

"Mangsa hanya mengikut arahan itu dan langsung tidak berani bersuara berikutan bimbang ancaman dibuat abangnya," katanya.

Difahamkan, beberapa hari sebelum kejadian rogol itu berlaku, abang mangsa pernah cuba mencabulnya dengan meraba badan mangsa, namun mangsa dikatakan takut untuk menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa.

Namun, selepas menjadi mangsa rogol abangnya, gadis terbabit akhirnya nekad membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek.

"Suspek kini direman selama lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan dan mangsa sudah menjalani pemeriksaan doktor.

"Keputusan awal hasil pemeriksaan itu menunjukkan terdapat kesan koyakan lama, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

FLO
09-02-10, 10:05 AM
Rasanya ini la berita seperti yang diceritakan oleh Hot Cruel kepada saya. Sedih hati saya membaca berita ini.


Usahawan herba 6 beranak maut
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud, Iskandar Shah Mohamed dan Norfaisal Jahuri
[email protected]
2010/02/09


Kedua-dua mayat dipercayai Nor Fadilah Isnin, 32, bersama bayi lelakinya, Adi Putra, dua tahun ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat mereka dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.

Turut rentung adalah suami Nor Fadilah yang juga pengasas Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41, dan tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, enam tahun.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kereta BMW yang dipandu Suhaimi dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah treler yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan lebuh raya.


Berikutan perlanggaran itu, kereta mangsa terperosok ke bawah treler berkenaan sebelum terbakar dan semua mangsa terperangkap di dalamnya.


Enjin kereta mangsa turut tercabut dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan terdapat kesan brek dipercayai daripada kereta mangsa di tempat kejadian.


Pemandu treler berkenaan pula tidak berada di situ kerana kenderaannya rosak sejak petang kelmarin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.


“Ketika sampai api marak dan kami terus memadam kebakaran pada kedua-dua kenderaan berkenaan.


“Dua kren turut digunakan untuk mengangkat treler dan kereta mangsa yang terperosok di bawah kenderaan berat itu,” katanya.


Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat semua mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira jam 4 pagi selepas kedua-dua kenderaan itu dialihkan.


Menurutnya, dua mangsa ditemui di tempat duduk penumpang depan, seorang di tempat duduk pemandu manakala tiga lagi di belakang kereta.


Katanya, operasi mengeluarkan semua mayat mangsa yang rentung selesai kira-kira setengah jam kemudian.


Sementara itu, suasana hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, apabila ibu mangsa yang rentung tiba-tiba pengsan sejurus tiba di depan rumah mayat.


Aminah Abdullah, 64, ibu Nor Fadilah yang diiringi suami dan ahli keluarga tiba kira-kira jam 2 petang di perkarangan bilik mayat berkenaan dipercayai untuk membuat pengecaman dan menuntut jenazah.


Bagaimanapun, sebaik melangkah ke depan bilik mayat, Aminah terus menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas anak, cucu dan menantunya terbunuh.


Sanak-saudara dan wartawan termasuk jurugambar, bagaimanapun terkejut selepas Aminah tiba-tiba pengsan lalu dibantu mereka yang berada di situ.


Dia terus dimasukkan dalam kereta dan dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.


Beberapa kakitangan Fadhilat Herbs Sdn Bhd yang mengetahui kejadian itu turut bergegas ke HTJS sebaik mengetahui kejadian menimpa majikan mereka. Ada di kalangan mereka yang tidak dapat menahan sebak menangisi kematian mangsa sekeluarga.


Kakitangan syarikat mangsa, Mohd Noor Baki, 32, berkata Suhaimi seorang majikan yang amat mengambil berat terhadap kebajikan pekerja.


“Dia bos yang mudah didampingi dan selalu mengambil berat terhadap kebajikan kakitangan bawahannya.


“Kehilangannya amat dirasai dan kami semua reda serta menganggap kejadian yang menimpanya sebagai suratan takdir,” katanya ketika ditemui di HTJS di sini.

aCe
09-02-10, 01:45 PM
Kerap minum air soda berisiko kena kanser pankreas

WASHINGTON 8 Feb. - Mereka yang minum sekurang-kurangnya dua tin minuman soda seminggu menanggung risiko lebih tinggi menghidap kanser pankreas.

Satu kajian melibatkan lebih 60,000 orang di Singapura mendapati mereka yang kebanyakannya minum jus buah-buahan sebagai ganti minuman ringan tidak mengalami risiko yang sama.

Gula mungkin menjadi puncanya tetapi mereka yang kerap mengambil minuman soda selalunya mempunyai tabiat lain yang tidak baik untuk kesihatan, kata ketua kajian, Mark Pereira daripada Universiti Minnesota hari ini.

"Kandungan gula yang tinggi dalam minuman soda boleh meningkatkan paras insulin dalam badan dan kami berpendapat peningkatan paras insulin menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser pankreas," menurut Pereira dalam satu kenyataan.

Insulin, sejenis hormon yang membantu badan menguraikan gula, dihasilkan dalam pankreas.

Pereira dan rakan-rakan yang menulis dalam jurnal Cancer Epidemiology Biomarkers & Prevention berkata, mereka mengikuti perkembangan kesihatan 60,524 lelaki dan wanita dalam Kajian Kesihatan Cina Singapura selama 14 tahun.

Dalam tempoh itu, 140 sukarelawan tersebut disahkan menghidapi kanser pankreas. Mereka yang minum sekurang-kurangnya dua tin minuman soda seminggu mengalami risiko 87 peratus lebih tinggi termasuk di kalangan pesakit kanser pankreas itu.

Kanser pankreas adalah antara jenis kanser yang paling berbahaya, dengan 230,000 kes dikesan di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat (AS), 37,680 orang didiagnosis menghidapi kanser pankreas dalam setahun dan 34,290 meninggal dunia akibat penyakit itu.

Persatuan Kanser Amerika melaporkan, hanya kira-kira lima peratus pesakit kanser pankreas masih hidup lima tahun selepas mula didiagnosis. - Reuters

FLO
09-02-10, 11:51 PM
dah jadi mcm satu TRADISI lak..sekali berlaku..terus berlaku
satu lagi kemalangan hentam blkg lori dr belakang kt highway :

Wanita maut kereta rempuh treler di tepi lebuh raya
09/02/2010 7:30pm


IPOH 9 Feb. – Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 207.5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kamunting hari ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 4.32 petang tadi dikenali sebagai Tai Yuen Keow, 39, berasal dari Lawan Kuda, Gopeng.

Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap itu, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu sendirian sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Butterworth, dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang diletakan di tepi lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan. – Bernama

KiNgX
11-02-10, 03:42 PM
140,000 kenderaan dijangka guna jambatan Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) menjangkakan kira-kira 140,000 kenderaan akan menggunakan Jambatan Pulau Pinang mulai hari ini sehingga Ahad ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Jurucakap PBSB berkata pengguna dijangka mula masuk ke bahagian pulau hari ini selepas negeri Kedah akan mula bercuti esok dan jumlah kenderaan dijangka terus bertambah menjelang Ahad.

"PBSD sudah membuat persediaan dengan menambah jumlah kakitangan terutama peronda bagi memastikan Jambatan Pulau Pinang tidak mengalami kesesakan," katanya di sini hari ini.

Katanya orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Jambatan Pulau Pinang di 1300-1300-03 untuk mendapatkan maklumat berhubung trafik terkini. - Bernama


Harga barang kawalan dijual lebih murah di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Harga barangan kawalan meliputi barang basah dan kering di Pulau Pinang dijual lebih murah berbanding harga siling yang ditetapkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Abdul Rahim Hassan, berkata peniaga meletakkan harga barangan kurang 1 sen hingga RM2 berbanding harga siling 11 jenis barangan.

"Berdasarkan pemantauan yang dibuat pegawai kita, peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tiada sebarang kes kenaikan harga dilaporkan sehingga kini.

"Lebih membanggakan, kebanyakan peniaga turut menjual barang dengan harga patut sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli barangan mereka," katanya selepas Kempen Kurangkan Gula di Plaza Tol B Jambatan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, pemantauan pihaknya secara berterusan juga mendapati barangan yang dijual dalam pasaran setakat ini mencukupi.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan pembelian secara panik bagi memastikan harga terus stabil.

"Sementara itu, pengguna boleh membuat laporan kepada kita sekiranya wujud kegiatan menjual barangan melebihi harga yang ditetapkan," katanya.

Pada 3 Februari lalu, KPDNKK menetapkan 11 jenis barang harga terkawal di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa 10 hingga 21 Februari ini.

Antara barang kawalan berkenaan adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China kecuali jenis Beijing, ikan bawal putih serta udang putih besar.

Turut dimasukkan dalam senarai skim tersebut buat pertama kali adalah perut babi dan daging babi. - Bernama

BT
12-02-10, 10:34 AM
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat keselamatan hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mohamad Faizal Abdul Raub, 29, berkata, dia terpanggil untuk membuat laporan polis itu selepas dimaklumkan oleh isterinya tentang komen yang dibuat oleh wanita terbabit dalam laman sosial tersebut pada 8 Januari lalu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Travers di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mohamad Faizal ketika ditemui di pekarangan balai polis berkata, sebagai umat Islam dia merasakan perlu membuat laporan polis kerana komen wanita itu boleh menimbulkan kemarahan dan menggugat ketenteraman kaum di negara ini.

"Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap wanita yang menamatkan dirinya Lynette kerana menghina pemimpin agung umat Islam," katanya.

Menurut Mohamad Faizal, isterinya yang mempunyai rangkaian dengan rakan-rakan Lynette mengesan komen itu dalam Facebook baru-baru ini dan memaklumkan kepadanya semalam.

Tambah beliau, Lynette dikatakan telah menutup akaun atas nama itu dalam laman sosial tersebut dan membuka akaun baru dengan nama Mary Lou.

Dakwa Mohamad Faizal, dalam akaun baru yang dibuka oleh Lynette, wanita itu ada menyatakan permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

FLO
12-02-10, 11:08 AM
--------------------------------------------------------------------------------

Suami keji
Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
[email protected]
2010/02/12


Tidak tahan sikap suaminya yang ketagih seks luar biasa selain mahu melihat lelaki itu berubah, wanita berkenaan nekad melaporkan kejadian memalukan itu kepada polis, Isnin lalu, selepas kira-kira dua tahun memendam rahsia berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 41 tahun itu mengetahui perangai suaminya yang suka mencabul dua anak gadis berusia belasan tahun selepas kedua-dua anaknya menceritakan kejadian yang menimpa mereka sejak dua tahun lalu, namun enggan membuat laporan disebabkan percaya janji suaminya untuk berubah.


Ini kerana suaminya yang berusia 40-an pernah bertaubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap dua anak tirinya membuatkan wanita itu mempercayai kata-katanya.


Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila lelaki terbabit mengulangi perbuatan itu ke atas kedua-dua anak tirinya di rumah mereka di Bandar Tun Razak, Cheras di sini dan kali ini kejadian menjijikkan itu dilihat sendiri wanita terbabit.


Menurut sumber, wanita itu beberapa kali ternampak suaminya dalam bilik anak gadisnya ketika bangun tidur pada awal pagi dan lelaki terbabit dilihat terbongkok-bongkok seperti mencari sesuatu, baru-baru ini.


“Namun, ketika ditanya, suaminya memberitahu dia mahu menyelimutkan anak tirinya kerana mereka kesejukan.


“Alasan itu tidak masuk akal membuatkan wanita berkenaan curiga dan mengesyaki suaminya mahu mengulangi perbuatan terkutuknya yang suka mencabul dua anak gadisnya,” katanya.


Menurut sumber, wanita berkenaan tidak mempercayai alasan itu dan cuba meminta penjelasan suaminya.


“Malah, dia cuba menasihati suaminya berjumpa pakar kaunseling untuk merawat ketagihan seks luar biasanya.


“Namun, lelaki terbabit mendakwa yang dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu kerana sudah berjanji dan bertaubat sebelum ini,” katanya.


Sumber berkenaan berkata, wanita itu yang masih tidak mempercayai kata-kata suaminya mengungkit kembali apa yang pernah dilakukan suaminya dua tahun lalu.


“Mendengar kata-kata itu, suaminya berang lalu memukul isterinya.


“Berikutan itu, wanita berkenaan yang tidak dapat menahan lagi penderitaan dialami dan dua anaknya yang kini trauma dengan perbuatan keji itu membuat laporan polis,” katanya.


Difahamkan, anak bongsu wanita itu yang berusia 17 tahun mendakwa dicabul sejak berusia 12 tahun manakala anak sulungnya yang berusia 19 tahun dicabul sejak berusia 15 tahun.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan.

FLO
13-02-10, 11:49 AM
Cikgu tagih cinta sejenis
Oleh Sarah Zulkifli
[email protected]
2010/02/13


Malah, guru terbabit yang berang kerana cubaannya memikat pelajar itu diketahui bapa gadis berkenaan sanggup menghantar SMS memaki-hamun lelaki itu selain mengugut supaya tidak melaporkan perbuatannya kepada pihak sekolah.

Namun, kerana tidak mahu anak gadisnya terganggu dengan kelakuan guru terbabit, bapa berusia 40-an itu nekad membuat laporan polis, Isnin lalu.

Menurut sumber, bapa pelajar berkenaan mula mendapat tahu hubungan anaknya dengan guru terbabit selepas pelajar perempuan itu memaklumkan perkenalan mereka bermula pada 2007 selepas guru yang didakwa berperwatakan seperti pengkid itu sering mengganggunya.

“Pelajar itu mendakwa guru terbabit kerap menghantar SMS kepadanya untuk hal yang tiada berkaitan sekolah.

“Mendengar cerita anaknya, lelaki berkenaan pada mulanya tidak mengambil serius kerana menganggap mungkin ia perkara biasa,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan lelaki berkenaan pernah membuat laporan kelakuan guru pengkid itu kepada pihak sekolah, tetapi setakat ini belum ada tindakan diambil pihak pengurusan sekolah.

Bagaimanapun, kesabaran bapa berkenaan tidak dapat dibendung apabila pada Selasa minggu lalu, anaknya mengadu dia mengalami kesulitan untuk belajar apabila buku pembelajarannya hilang dipercayai dicuri.

Sumber itu berkata, bapa pelajar terbabit bergegas ke sekolah berkenaan sebelum mengadukan hal itu kepada pengurusan sekolah.

Selain itu, lelaki berkenaan turut risaukan anak perempuannya yang mendakwa mengalami gangguan emosi akibat kejadian itu, lebih-lebih lagi anaknya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Lelaki itu turut memaklumkan mengenai kelakuan pelik guru wanita terbabit yang berimej seperti tomboi dan dikatakan sering mengganggu anaknya sejak memasuki sekolah itu.

“Guru itu selalu menghantar SMS dan menghubungi telefon bimbit anaknya,” katanya.

Katanya, bapa pelajar itu sebelum ini pernah menegur guru terbabit, namun wanita itu sebaliknya mengugutnya supaya jangan mengadukan apa-apa kepada pihak sekolah.

“Guru wanita itu memaki-hamun dan mencerca bapa pelajar perempuan terbabit dengan kata-kata kesat kerana mendakwa kononnya dia sudah membelanjakan RM100,000 kepada anaknya.

“Difahamkan, wang itu kononnya diberikan untuk belanja sekolah dan keperluan harian pelajar terbabit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan bapa berkenaan.

“Kes ini dilaporkan kepada kami untuk rujukan pihak bertanggungjawab berhubung kejadian seperti didakwa mangsa,” katanya.

FLO
13-02-10, 12:05 PM
Wanita JIM kecam kempen biadab
2010/02/13


Ketua Wanita JIM Selangor, Dr Ruziaton Hasim, berkata amat menyedihkan apabila usaha itu tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan penuntut wanita malah disambut dengan gembira.

“Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan penuntut Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan, kecerdasan minda serta intelek yang baik.

“Golongan penuntut yang terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya ditipu pihak yang mempromosikan kempen terbabit.

“Wanita JIM Selangor berharap agar semua pelajar wanita terutama golongan Muslim menjauhi promosi itu kerana kempen itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam serta amalan murni masyarakat,” katanya, semalam.

Harian Metro Isnin lalu turut melaporkan Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memerangi iklan kurang ajar yang menyeru pasangan muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih termasuk saranan agar gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan.

Berikutan tindakan itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) yang bernaung bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) serta Komuniti Suara Kehidupan (Kosuke) akan melancarkan kempen ‘Jerat Hari Kekasih’.

Jurucakap Unggas, Nurfitri Amir Muhammad, berkata sepanjang kempen berkenaan, pihaknya turun padang dan mengedar 3,000 poster serta cakera padat (CD) mengandungi ceramah kesedaran di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah bagi mencegah remaja Islam menyambut Hari Kekasih.

FLO
14-02-10, 10:04 AM
Anak jadi kekasih bapa
Oleh INTAN MAS AYU SHAHIMI dan SALMAN HAMAT
[email protected]
2010/02/14 JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.


Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.


Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.


Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.


Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.


Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.


Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.


Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.


Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.


“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.


Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.

FLO
15-02-10, 03:53 AM
Operasi maksiat Hari Kekasih

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
[email protected]



SEORANG wanita hanya memakai coli dan seluar dalam ketika diserbu dalam operasi Hari Kekasih di ibu negara semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Kekasih semalam menjadi satu igauan ngeri buat pasangan pelajar institusi pengajian tinggi awam berusia 19 tahun apabila mereka ditangkap kerana berkhalwat.


Mereka ditahan di dalam sebuah bilik hotel murah di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini ketika operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Menurut sumber Jawi, operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat di beberapa buah taman rekreasi dan hotel murah di sekitar ibu negara.


“Operasi kali ini membabitkan 50 anggota penguat kuasa dan ia dibuat bukan semata-semata kerana sambutan Hari Kekasih. Ia adalah operasi rutin pihak Jawi untuk membanteras maksiat,” katanya ketika ditemui.


Antara lokasi yang menjadi tumpuan dalam operasi itu ialah Taman Tasik Titiwangsa, Taman KLCC, Taman Tasik Bandar Permaisuri dan hotel-hotel di Jalan Pudu dan Jalan Raja Laut.

FLO
15-02-10, 04:02 AM
Janda termuda ada rumah baru


NUJOOD

--------------------------------------------------------------------------------



NEW YORK - Seorang budak yang menjadi janda termuda dunia selepas dia meminta perceraian semasa berumur 10 tahun di Sana'a, Yemen, Nujood Ali kini tinggal di sebuah rumah baru dan mempunyai sebuah kedai runcit, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenyataan itu didedahkan oleh sebuah syarikat penerbiatan, Random House dengan menyatakan Nujood dan adiknya kini memasuki sebuah sekolah swasta dan dia merancang untuk menjadi peguam.

Nujood sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang dikahwinkan secara paksa oleh bapanya dalam buku I Am Nujood: Age 10 and Divorced yang ditulis bersama oleh wartawan Perancis, Delphine Minoui.

Kisah Nujood dilaporkan di seluruh dunia dan tindakan menuntut bercerai menyebabkan dia dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Sepanjang Tahun pada 2008 oleh sebuah majalah wanita di Amerika Syarikat.

Nujood mendapat perhatian dunia selepas dia sanggup pergi ke sebuah mahkamah dengan menaiki sebuah teksi semata-mata untuk menemui hakim dengan menyatakan dia mahu bercerai atas alasan dipukul oleh suaminya.

Semasa dibicarakan, suaminya ketika itu, seorang penghantar barangan, Faez Ali Thamer mengaku melakukan hubungan seks dengan Nujood tetapi tidak memukulnya.

"Itu tidak benar," jerit Nujood di mahkamah semasa sesi perbicaraan ketika itu.

Sebagai syarat perceraian menurut undang-undang Syariah, dia diarahkan memberikan bekas suaminya sebanyak AS$200 (RM683

Ab17
15-02-10, 07:20 PM
Petikan LELAKI JAHAT........

Pada saya kebanyakan lelaki adalah tidak berapa baik (termasuklah saya). Antara contoh-contoh lelaki yang tidak baik yang pernah saya jumpa ialah lelaki yang

1. Ada 3 orang girlfriend dalam satu masa. Tapi ketiga-tiganya tidak pernah sedar yang mereka 'di-madu-kan' walaupun belajar dalam universiti yang sama.
2. Cari perempuan lain walaupun ada isteri. Isteri dia sarat mengandung pula masa itu.
3. Mainkan perempuan untuk seks. Mungkin boleh tengok di Tasik Titiwangsa pada waktu malam.
4. Berlagak kaya walaupun tidak ada duit.
5. Curi motor orang. KL tempat paling panas.
6. Bikin motor habis-habis supaya orang ramai tengok dan kata kita ini 'Mat Rempit'.
7. Kaya, berlagak, sombong, kedekut, pandang rendah orang lain, etc.
8. Habiskan duit PTPTN untuk rokok, handphone dan pakaian.
9. Hisap rokok supaya orang kata kita 'macho?', 'brutal?', ...
10. Bawa kereta bapa/emak, lepas itu menunjuk-nunjuk.

Mungkin ada banyak lagi tapi saya sudah lupa atau tidak dapat fikir masa sekarang. Jadi berhati-hatilah dengan orang-orang sebegini. Sebenarnya ramai juga yang baik. Tapi masa sekarang ini susah hendak cakap. Muka baik tapi perangai macam hantu. Ada pula muka jahat tapi perangai baik. Hanya Tuhan yang tahu.


tengok.....hee............

Ab17
15-02-10, 07:25 PM
Lelaki didkakwa lebih kerap berbohong, dua kali ganda lebih kerap berbanding wanita.

Penyelidik mendapati lelaki berbohong purata enam kali sehari kepada isteri, ketua dan rakan sekerja tapi wanita hanya melakukannya tiga kali.


Kaji selidik terhadap 2,000 responden di Britain mendakwa penipuan paling kerap ialah: Saya ok, tiada apa yang silap.


Lelaki Britain kerap berbohong jumlah arak yang mereka minum atau berpura-pura mengenai bentuk tubuh teman wanita mereka, wanita pula kerap tidak memberitahu barangan yang baru mereka beli.

Bagaimanapun, 83 peratus mendakwa mudah mengetahui jika teman mereka menipu. Namun, Richard Newman menafikannya.

Tidak ramai boleh membaca penipuan itu, kata pakar membaca gerak tubuh itu. – Agensi

chochobi
16-02-10, 12:12 AM
Aku rasa bro Gigs bukak thread ni utk membincangkan berita2 yg dipaparkan.. tapi sekarang ni thread ni dah jadi cam thread berita gaks... takder perbincangan.. cuma petikan berita dan sedikit komen.. aduhai.. dunia.. dunia.. ekeke.. cuba la kalau dah postkan satu berita tu kita bincang sama2.. baru la idup thread nie.. baru ler seronok baca... ni setakat berita jer.. sama jer cam thread berita.. baik merge jer..

chochobi
16-02-10, 12:40 AM
Kejutan pasangan papan iklan

Oleh ADHAM SHADAN dan FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Apa perkembangan kisah cinta romantik pasangan papan iklan, David Tan dan Kelly Tan?

BERAPA kerap dapat kita saksikan lamaran melalui papan iklan seperti yang dilakukan David Tan di bahu Lebuh Raya Damansara-Puchong ini?

PADA 13 Februari 2008, sebuah papan iklan gergasi di bahu Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di Kelana Jaya, Selangor, mencetus persoalan ribuan orang yang menggunakan laluan itu.

Paparan visual seorang lelaki muda yang memegang sekotak cincin dengan soalan ‘Kelly Tan E Li, sudikah awak mengahwini saya?’ begitu membekas dalam ingatan.

Ada yang menyangka ia hanya satu bentuk pengiklanan sebuah perniagaan. Hakikatnya, empunya badan, David Tan, mempertaruhkan nasibnya pada papan itu untuk melamar buah hatinya sendiri, Kelly Tan. Nasib nampaknya menyebelahi David apabila Kelly menerima lamaran itu.

Tindakan berani tersebut mendapat liputan meluas di seluruh negara membuatkan ribuan gadis mencemburui tuah Kelly dilamar sebegitu indah.

“Kami mengambil masa hampir setahun untuk berkahwin selepas lamaran itu kerana membuat segala persiapan perkahwinan sendiri,” ujar David yang kini mengusahakan syarikat rekaan untuk pengiklanannya sendiri, Dope by Design, di Kelana Jaya, Selangor.

Pasangan itu mendaftarkan perkahwinan mereka pada Oktober 2008 manakala majlis perkahwinan diadakan pada Disember 2008.

Kongsi David, perkahwinan yang dirancang dan dilaksanakan tanpa khidmat perancang perkahwinan itu menggabungkan perkahwinan idaman Kelly, dirinya dan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Kami menggabungkan perkahwinan gaya tradisional Cina dan Barat yang bermula dengan rombongan pengantin lelaki menjemput pengantin perempuan pada awal pagi, disusuli acara menghidang teh kepada keluarga.

Cinta jarak jauh

“Pada sebelah malam, kami mengadakan acara memotong kek dan makan besar. Majlis itu kami sudahkan dalam sehari saja,” imbas David.

Buat Kelly pula, perkahwinan itu membuatkannya berasa cukup gembira kerana percintaan mereka yang hampir mencecah enam tahun itu akhirnya dapat menyatukan mereka sebagai pasangan suami dan isteri.

“Kami bercinta jarak jauh kerana pada waktu itu saya belajar dan bekerja di Australia sedangkan David bekerja di Malaysia.

“Jadi kami sudah melalui rintangan yang besar untuk sampai ke tahap sekarang,” ujar Kelly ketika ditemui di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur.

SUSULAN daripada lamaran penuh romantis melalui papan iklan pada 13 Februari 2008, Kelly dan David Tan bersatu dalam majlis perkahwinan impian mereka pada Disember tahun yang sama.

Memori itu kata Kelly, akan sentiasa membuatnya tersenyum.

“Ia satu situasi yang amat romantik dan saya pasti setiap gadis mempunyai impian untuk dilamar dalam gaya yang paling romantik,” luahnya.

Mengenang detik yang mendebarkan ketika lamaran itu dibuat, David mengakui beliau tidak mungkin dapat melupakan reaksi balas pada wajah dan gerak-geri Kelly.

“Saya masih ingat wajahnya yang terkejut apabila melihat papan iklan itu ketika kami melaluinya bersama-sama beberapa minit sebelum 12 tengah malam, menjelang Hari Kekasih. Kami membuat pusingan U sehingga dua kali untuk membolehkan Kelly melihat soalan itu dengan jelas.

“Kelly juga meminta untuk melihatnya dari dekat, jadi kami ke (bekas) tapak restoran makanan laut Kelana,” katanya yang merancang lamaran itu sejak September 2007.

Kalau papan iklan itu sudah berkategori gergasi, tentulah kosnya juga tinggi. Namun, bagi David, ia satu pelaburan yang berbaloi.

Satu dalam sejuta

“Kerana Kelly satu dalam sejuta. Dia sangat berkarisma dalam apa jua yang dilakukannya. Saya juga sukakan dirinya yang aktif, penyayang, positif dan tidak menggunakan orang tengah untuk melakukan sesuatu.

“Pada usia yang masih muda, ramai yang mahu mengejar keseronokan, tetapi bukan Kelly. Dia sudah merancang masa depannya dari awal. Disebabkan ciri-ciri inilah, saya pasti dialah pilihan saya dan saya tidak pernah berasa lamaran itu satu pembaziran,” ujar David.

Ketika ditemui pada hari itu, Kelly yang berperwatakan matang, anggun dengan potongan rambut yang lebih panjang berbanding dua tahun lalu. Katanya, mungkin kerana itu, tidak ramai yang mampu mengecamnya wajahnya.

Sebagai pemilik salun dandan dan rias kuku, kuku Kelly turut terias cantik. Sempat juga wanita itu mempromosikan salunnya, Sommerset Nails and Waxing di Bangsar Baru sedang mengadakan tawaran diskaun 50 peratus untuk rawatan IPL Membuang Bulu Badan Kekal.

Ujar Kelly, beliau dan David merupakan pasangan yang sering sibuk. Namun, mereka akan memastikan untuk makan malam bersama-sama setiap hari.

DAVID memastikan pelaburannya membuat lamaran seperti itu berbaloi dengan memilih wanita yang tepat untuk dikahwini.

“Sempena Hari Kekasih dan Tahun Baru Cina ini, saya berharap agar kami berdua terus dikurniakan kebahagiaan,” ujarnya.

Pasangan itu bagaimanapun masih belum merancang untuk memiliki cahaya mata kerana mahu memberi perhatian kepada perniagaan yang sedang diusahakan.


Ni kisah romentik yg agak menarik dan boleh dikongsi bersama.. berapa ramaikah jejaka zaman sekarang yg berani dan kreatif untuk melakukan sesuatu yang macam nie.. ramai yg sekarang nie menggunakan cara lamaran standard jer (saya termasuk skali ler dalam golongan nie, tapi mana tau kalau ada peluang di lain kali.. ekeke).. memandangkan majoriti daripada rakyat Malaysia ini adalah orang Melayu yg kaya dgn adab dan tatasusila.. adakah cara ini terlalu "bold" untuk dilakukan?? adakah ianya tidak sesuai dgn adat resam kita? Mari kita bincangkan bersama..

CtiE
16-02-10, 01:13 PM
Cuaca panas fenomena biasa, Mac diramal hujan

KUALA LUMPUR: Cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari adalah fenomena biasa dan diramalkan berakhir Mac, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pegawai Ramalannya, Azmi Atan, berkata fenomena ini sering berlaku pada setiap awal tahun tetapi tidak akan menyebabkan kemarau.

"Cuaca begini diramalkan tidak berpanjangan dan dijangkakan hujan semula bermula Mac nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengikut rekod jabatan itu, kawasan "terpanas" yang dikesan ialah daerah Chuping di Perlis yang mencatatkan suhu tertinggi iaitu 36.6 darjah Celcius semalam, manakala di Lembah Klang suhu tertinggi dicatatkan di Petaling Jaya iaitu 34.7 darjah Celcius.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata penggunaan air di Lembah Klang sepanjang awal tahun ini masih di tahap biasa.

"Secara umumnya rakyat Malaysia merupakan golongan yang paling banyak menggunakan air. Bagaimanapun, kadar penggunaan ketika cuaca panas sejak bulan lalu masih di tahap normal dan jika ada peningkatan pun tidaklah begitu ketara," katanya.

Beliau berkata setakat ini bekalan air Syabas tidak terjejas kerana masih mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan air dengan berhemah dan tidak membazir supaya bekalan air terus mencukupi sekiranya cuaca panas berlanjutan. - Bernama

FLO
17-02-10, 10:18 AM
3 pelajar perkosa, sula hingga pengsan


2010/02/17 KUALA LUMPUR: Kejam adalah istilah paling tepat menggambarkan tindakan tiga lelaki yang bukan hanya memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, malah turut menyula mangsa dengan kayu hingga pengsan akibat kesakitan.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang juga pelajar berusia awal 20-an berkenaan sengaja mencucuk kayu ke bahagian dubur mangsa dipercayai bagi mendapat keseronokan selain menyeksa mangsa. Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata kumpulan penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan berkeliaran mencari mangsa di sekitar Pandamaran, Klang, sebelum cuba menculik seorang gadis jam 5.30 pagi kelmarin. Menurutnya, dalam cubaan pertama itu, gadis yang hampir menjadi mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri. “Dalam cubaan seterusnya sekitar jam 6 pagi hari sama, suspek menyerang seorang wanita berusia 35 tahun yang ketika itu berada di tepi jalan,” katanya. Menurutnya, suspek yang menaiki kenderaan kemudian membawa mangsa ke kawasan belukar sebelum memperkosa mangsa bergilir-gilir. “Tidak cukup memuaskan nafsu dengan memperkosa mangsa, suspek turut mengambil kayu sebelum memasukkannya ke bahagian dubur mangsa. “Tindakan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sehingga pengsan,’ katanya. Menurutnya, pada masa sama mangsa pertama yang hampir diculik dan diperkosa membuat laporan polis sebelum pihak polis segera menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek. “Usaha polis akhirnya berhasil apabila dua daripada penjenayah itu berjaya diberkas polis pada hari sama di sekitar daerah Klang,” katanya.

KiNgX
19-02-10, 04:11 PM
Nikah koboi di asrama

KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi. Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza. Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan. Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini. Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu. “Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui. “Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga. “Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum. Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

KiNgX
20-02-10, 01:15 PM
Rahsia spa maksiat

KUALA LUMPUR: Bimbang gadis tukang urut yang menjalankan kegiatan pelacuran di pusat kesihatan atau spa dicekup pihak berkuasa, segelintir pengusaha dikesan menggunakan khidmat ‘call girl’ hanya apabila pelanggan membuat tempahan awal. Jika tiada tempahan, gadis terbabit akan diletakkan di premis lain dan hanya akan dipanggil ‘berkhidmat’ apabila ada pelanggan.

Ini terbukti dalam satu serbuan di sebuah spa yang beroperasi di kondominium mewah Seasons Tower, Jalan Changkat Thambi Dollah, kira-kira jam 2 pagi semalam, yang menawarkan pakej tukang urut istimewa termasuk layanan seks. Apabila tempahan dilakukan, pengurus spa atau di kenali sebagai ‘kapten’ akan menghubungi gadis ‘call girl’ berkenaan.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Pelacuran dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, taktik itu terbongkar hasil maklumat orang awam. “Dalam serbuan, seramai 12 gadis ‘call girl’ warga asing terdiri dari lima wanita Thailand, Indonesia (empat) dan China (tiga) berusia antara 26 hingga 30 an dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran, ditahan.

“Semua mereka ditahan ketika menyembunyikan diri di tiga bilik berasingan di premis itu dan dipercayai sedang bersiap untuk dibawa menemui pelanggan di bilik masing-masing,” katanya ketika dihubungi, semalam. Razali berkata, kegiatan spa itu sukar dibongkar kerana ia berselindung di sebalik kawasan kediaman mewah.

“Siasatan awal mendapati seluruh spa itu termasuk di tembok dan kaki lima dilengkapi kira-kira 10 kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar. “Seorang pengurus spa di gelar ‘kapten’ berusia 34 tahun turut ditahan dan siasatan awal mendapati semua wanita asing terbabit datang ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana kesalahan menawarkan perkhidmatan seks.

KiNgX
21-02-10, 06:27 PM
Tukang urut kena perah

KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.

Lebih menakutkan, mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 10 bulan dan tauke memberi amaran akan menghantar samseng untuk mencari gadis urut yang berhenti kerja atau melarikan diri sebelum cukup tempoh itu. Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.

Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain. Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.

“Saya tidak diberitahu secara khusus mengenai potongan wang gaji itu kerana di dalam kontrak tidak pula ditulis alasannya, malah salinan kontrak yang ditandatangani tidak diberi. “Yang saya faham, ia sebagai persediaan jika premis diserbu atau saya ditahan pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam, polis atau pihak berkuasa tempatan. “Wang potongan bulanan itu digunakan untuk membuka semula perniagaan atau menjamin saya. Sebab itu banyak rumah urut yang diserbu dan ditutup boleh buka semula sebab mereka ada wang yang diperah daripada tukang urut,” katanya.

Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat. “Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.

Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit. “Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.

Camelia yang hanya bekerja tiga bulan berkata, tidak sukar bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan kerana hanya perlu menandatangani kontrak dan belajar urut ala kadar sebelum bekerja. “Kami digalak melakukan khidmat urut batin kerana mampu memberi lebih keuntungan kepada tauke dan pada masa sama diri sendiri. Jika urut biasa untuk tempoh sejam berharga RM50 hingga RM60, saya hanya mendapat RM15 dan selebihnya milik tauke.

“Jika urut batin, daripada bayaran RM50 yang dikenakan kepada pelanggan, saya cuma diberi RM20, bakinya tauke ambil. Jika ramai pelanggan, banyaklah gaji saya, tetapi sama ada gaji banyak atau sedikit, tauke tetap untung kerana potongan gaji yang dikenakan,” katanya.

Seorang lagi bekas gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita, 20, berkata tauke rumah urut berani membuka perniagaan itu kerana mampu beroleh untung besar. “Bayangkan, jika seorang pekerja dipotong RM400, berapa banyak tauke boleh dapat. Itu tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada pelanggan. Jika ada banyak premis, lagi banyak untung,” katanya. Rozita mendakwa, sebab itu sehingga hari ini premis rumah urut tidak pernah surut.

“Tukang urut diperah habis-habisan. Ada yang berani mengambil tukang urut di bawah 21 tahun dan diletakkan di lokasi yang kononnya selamat daripada serbuan. “Apa pun, tauke tak susah sebab kalau kena serbu, barang kena rampas, bilik kena pecah dan pekerja kena tahan, tauke ada wang untuk memulakan perniagaannya semula. Semua wang yang dipotong hasil titik peluh tukang urut,” katanya.

Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya. “Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” katanya.

KiNgX
22-02-10, 11:41 AM
Pemilik lelong laman web Sex.com.Pembida perlu ada RM3.4j untuk ambil bahagian

NEW YORK: Hak milik sebuah halaman web seks paling terkenal di internet akan dijual selepas empat tahun bertukar tangan dengan rekod jualan AS$14 juta (RM47.6 juta) dan pelelong berharap bahawa ia boleh dijual semula selepas ini.

Sex.com yang disifatkan laman web paling mahal di internet akan dilelong selepas pemiliknya, Escom dihimpit masalah kewangan kerana tidak dapat membayar hutang. Laman web terbabit disifatkan sebagai 'permata takhta internet' dan bakal dilelong pada 18 Mac.

Maklumat terperinci disiarkan laman web David R Maltz & Co seminggu lalu dan sejak itu menerima banyak pertanyaan. Majlis lelongan akan diadakan di firma undang-undang Windels Marx Lane & Mittendorf di New York. Nama domain berkenaan bukanlah sesuatu yang murah. Pembida perlu membawa cek bernilai AS$1 juta (RM3.4 juta) untuk dibenarkan menyertai lelongan tersebut.

Bagaimanapun, sumber rapat kepada jualan itu berkata, laman web terbabit yang mempunyai sejarah operasi selama 16 tahun sukar untuk mencapai nilai berjuta-juta dolar seperti 2006. Jualan berkenaan dilakukan selepas Escom gagal terhadap hutangnya kepada Dom Partners, kata notis jualan peguam Dom.

Antara tarikan Sex.com termasuk catatan One Domain, Two Men, Twelve Years dan The Brutal Battle for the Jewel in the Internet's Crown oleh wartawan Kieren Mccarthy pada 2007 manakala Sex.com Chronicles: A White-Hat Lawyer's Journey to the Dark Side of the Internet oleh Charles Carreon pada tahun berikutnya.

Bagi lima tahun pertama, Sex.com mencatatkan lima juta pengunjung sehari dan meraih AS$100 juta (RM340 juta) setahun. Ia seperti yang pernah dikatakan McCarthy, sebagai hartanah maya paling bernilai di dunia. Ia didaftarkan pada 1994 oleh Gary Kremen dari Universiti Stanford, pengasas laman web cari jodoh, Match.com.

Dua tahun selepas itu melalui satu skim, pemilikan dipegang Stephen Cohen yang disifatkan McCarthy sebagai penipu meskipun pintar IQ serta mudah memujuk orang lain. Ia diikuti pertikaian mahkamah dan masih tertangguh sehingga sedekad selepas itu. Kes berkenaan bertujuan mendapatkan pandangan undang-undang mengenai pemilikan nama domain internet.

Seorang hakim California memerintah ganti rugi AS$65 juta (RM221 juta) kepada Kremen dan mengembalikan hak Sex.com kepada beliau tetapi saman berterusan dan Cohen kemudian melarikan diri. Dia dipenjarakan selepas pihak berkuasa Mexico menyerahkannya kepada pihak berkuasa Amerika.

Kremen menjual laman itu pada 2006 dan berdasarkan laporan ketika itu, Escom membayar AS$14 juta bagi mendapatkan hak. - Agensi

KiNgX
23-02-10, 11:24 AM
Stesen radio wajib putar lagu tempatan mulai Mac. Usaha kerajaan bantu kembangkan industri muzik tanah air

HULU KLANG: Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio tempatan diwajibkan untuk memainkan lagu baru dari album artis tempatan sebagai langkah kerajaan membantu industri hiburan tanah air.

Tindakan untuk tidak memperbaharui lesen radio akan diambil sekiranya stesen radio ingkar dengan keputusan kerajaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, di sini, semalam. Mengikut seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia, pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan syarat lesen individu boleh dilakukan oleh menteri pada bila-bila masa, melalui perisytiharan.

"Sebenarnya akta itu memang sudah ada, tetapi tidak pernah digunakan. Ini sebagai langkah kerajaan membantu artis tempatan mengikut peruntukkan seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Semua stesen radio harus memainkan semua lagu baru menerusi album atau single terbaru setiap hari dalam tempoh masa yang akan ditentukan oleh kerajaan.

"Saya sebenarnya terkejut sebab banyak stesen radio hari ini tidak kisah dengan muzik tempatan dan mereka lebih gemar memainkan lagu luar. Ini sesuatu yang tidak baik pada industri kita sekiranya perkara ini dibiarkan saja tanpa apa-apa tindakan, " katanya pada sidang media Majlis Penyampaian Sijil Program Akreditasi Artis Tempatan dalam Bidang Seni Persembahan di Finas.

Perkembangan semasa itu disifatkannya sebagai 'serong' dan tidak menyebelahi industri muzik tanah air. "Bagi kementerian ini satu langkah untuk membina negara kita melalui seni muzik kita sendiri," tegas beliau. Rais berkata usaha itu juga bertujuan menyuburkan kembali industri muzik negara yang 'semakin mencemaskan' dengan menyaksikan penurunan nilai industri itu daripada lebih RM200 juta pada 2001 kepada kurang RM70 juta pada ketika ini.

Katanya selain mewajibkan stesen radio memutarkan lagu-lagu baru tempatan, kementerian itu juga akan mempergiatkan usaha menangani kekangan lain seperti masalah cetak rompak dan muat turun muzik di Internet. Sambil menegaskan bahawa sebuah jabatan muzik akan ditubuhkan di bawah kementerian itu dalam usaha memperkasakan industri muzik tanah air, beliau bagaimanapun mahu jabatan itu bebas daripada birokrasi.

ReD_ElmO
25-02-10, 09:48 AM
Jutawan klip video terlampau

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
[email protected]
2010/02/25



KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah melampau seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah.
Namun, kegiatan tidak bermoralnya itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kelmarin, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini bekerja dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dan dipertanggungjawabkan menghantar SMS kepada pelanggan mengenai khidmat atau promosi semasa ditawarkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, suspek yang bertugas sebagai pengurus sistem bagaimanapun mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan laluan talian itu selain pengetahuan dimiliki untuk menghantar tawaran membeli klip video lucah kepada pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.

“Polis sebelum ini menerima beberapa aduan daripada pengguna yang terkejut dengan penyebaran iklan SMS berbaur seks secara meluas sejak setahun lalu. Susulan itu, polis cuba menyiasat dalang kegiatan itu termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Usaha itu akhirnya berhasil apabila suspek dikenal pasti baru-baru ini dan difahamkan dia sebelum itu diambil tindakan pihak pengurusan syarikat yang menyedari kesalahan dilakukan selama ini,” katanya.

Difahamkan, pihak syarikat telekomunikasi berkenaan sudah memecat suspek sebelum laporan polis turut dibuat berhubung penyelewengan itu.

Menurutnya, suspek yang menyalahgunakan talian syarikat itu untuk keuntungan serta kepentingan diri sendiri mengumpul sehingga lebih RM11 juta hasil kegiatan lebih 16 bulan lalu. “Jumlah keuntungan diperoleh amat menakjubkan berbanding jumlah gaji diterimanya kira-kira RM4,000 sebulan. Malah, jika diambil kira secara purata, suspek mampu memperoleh hampir RM700,000 sebulan hasil kegiatan haramnya itu.

“Suspek ditahan di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya, tengah malam semalam (kelmarin).

“Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini (semalam) bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah,” katanya.

Menurutnya, kejayaan terbaru polis itu membuktikan tindakan serius polis dalam menangani pelbagai gejala dan aktiviti tidak sihat yang cuba merosakkan minda masyarakat.

ReD_ElmO
25-02-10, 09:50 AM
'Beri saya ruang'

Oleh Roslen Fadzil
[email protected]
2010/02/25


KUALA LUMPUR: “Semuanya salah kami sendiri dan bukan salah sesiapa pun.
Malah, saya juga tak mahu salahkan takdir. Buat masa ini biarlah saya menyendiri buat sementara waktu kerana itu lebih baik dalam mencari ketenangan dan meredakan kekusutan yang berlaku,” kata artis kacukan Melayu-Jerman, Maya Karin Roelcke, 31.
Dalam pertemuan eksklusif dengan Harian Metro (HM) di Balai Berita di sini, tengah hari semalam, hos baru program Nona itu mengakui dia dan suaminya, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41, mengambil keputusan berenggang buat sementara waktu kerana mahu mencari penyelesaian terhadap pergolakan rumah tangga mereka yang tercetus sejak akhir-akhir ini.

“Saya seboleh-bolehnya tak mahu bercakap langsung mengenai perkara ini (pergolakan rumah tangga). Saya diajar mendedahkan hal rumah tangga dan soal suami isteri sesuatu yang berdosa. “Bagaimanapun, saya sangat terkejut apabila gosip mengatakan saya dan suami sudah bercerai. Ia cukup keterlaluan dan saya perlu menafikannya.

“Saya akui memang kami sedang menempuh saat kesukaran dalam perkahwinan, tapi itu tidak bermakna kami tidak cuba memulihkan semula hubungan yang keruh,” kata Maya dengan air mata bergenang. Walaupun masih mampu tersenyum, hatinya seakan-akan menyembunyikan sesuatu.

Maya dan Steven bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta. Perkahwinan mereka cukup istimewa kerana berlangsung dalam suasana romantis di tepian Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli dengan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong di sini, pada 26 Ogos tahun sama.

Apabila ditanya di manakah cincin berlian yang sebelum ini tersarung di jari manis kirinya, Maya berkata: “Oh, janganlah ini pun hendak disensasikan. Memang apabila terbabit dengan lakonan, saya kerap kali menyimpan dan memakai semula cincin itu. Ia masih dalam simpanan saya dalam sebuah kotak kecil kerana saya baru pindah ke Sungai Penchala.” Ketika berita ini ditulis, suami Maya, seorang guru bahasa di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor, masih berada di Vietnam kerana terbabit kursus pendidikan. Difahamkan, Steven kini menetap di pangsapuri miliknya di Damansara, di sini.

Maya berharap pihak media tidak terus membuat spekulasi terhadap apa yang berlaku dan memberikan ruang kepadanya untuk 'bernafas'.

“Seperti saya katakan, kepincangan ini kesalahan kami sendiri dan terus terang, tidak wujud pihak ketiga di antara kami. Saya juga tidak mahu menarik ahli keluarga ke dalam masalah kami kerana kami berdua sudah cukup dewasa untuk membuat segala keputusan. Semua ini asam garam kehidupan dan ia mengajar saya menjadi lebih kuat.

“Apa yang penting saya tetap meneruskan tugas mingguan dengan Nona dan TV3 dan besar kemungkinan akan berlakon sebuah filem baru arahan Osman Ali, bulan depan,” ujar Maya.

ReD_ElmO
25-02-10, 09:52 AM
Talak dua

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
[email protected]
2010/02/25


KUALA LUMPUR: “Ini ketentuan dan keinginan kedua-dua pihak. Selepas ini saya fokus untuk lebih pentingkan anak-anak,” bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai talak dua yang diucapkan penyanyi itu kepada bekas isterinya, Marshila Mustafa, 30, Oktober tahun lalu.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 32, berkata dia tidak mempunyai masalah hak penjagaan anak dan bersedia umemikul tanggungjawab sebagai seorang bapa yang baik terhadap tiga anaknya.

Ketika ditanya apakah tidak takut dengan tanggapan peminat terhadapnya selepas ini, Mamat berkata, peminat berhak berkata apa saja.

“Bagi saya peminat berhak cakap apa saja, tapi hakikatnya saya dan bekas isteri saja yang tahu mengenai rumah tangga kami,” katanya. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dikurniakan tiga cahaya mata, Aleeya Mysara, 7, Mohd Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Dalam prosiding semalam, Hakim Syarie Ab Malek Awang memutuskan bahawa lafaz cerai talak dua diucapkan Mamat terhadap Marshila di rumah mereka, jam 8.30 malam, pada 29 Oktober 2009 adalah jelas. Ab Malek membenarkan lafaz berkenaan selepas Mamat mengakui perkara itu dan mahkamah memerintahkan Marshila mendaftarkan perceraian serta beredah tiga kali suci.

“Selepas berpuas hati dengan kes ini dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mensabitkan berlaku perceraian di luar dan tanpa kebenaran mahkamah,” katanya.

Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak diwakili peguam. Selepas selesai prosiding, Marshila yang bekerja sebagai Eksekutif Operasi di syarikat telekomunikasi dan Mamat berjalan beriringan keluar dari mahkamah.

Pada 29 Oktober 2009 Marshila memfailkan pengesahan lafaz cerai selepas mendakwa Mamat melafazkan ‘saya ceraikan awak’ sambil disaksikan tiga anak mereka di rumah Marshila di Sungai Besi. Sementara itu, ketika di minta wartawan untuk mengulas mengenai kesnya di Singapura, penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara, dengan tenang memohon kemaafan daripada peminatnya di Malaysia dan Singapura. Menurutnya, undang-undang di Singapura agak ketat dan mendakwa apa berlaku tidak seperti apa disangkakan.

ReD_ElmO
25-02-10, 10:18 AM
Medan selera seks diserbu



2010/02/25


KUALA LUMPUR: Bimbang dicekup polis menyebabkan puluhan gadis pelacur atau ‘Bohsia China’ bertempiaran melarikan diri hingga ada yang sanggup menyorok di bawah meja makan sebaik menyedari sarang kegiatan mereka di Medan Selera Jalan Gelang off Jalan Sungai Besi di sini, diserbu semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, kebanyakan gadis pelacur terbabit terpinga-pinga yang sedang menunggu pelanggan terkejut dengan kehadiran lebih 20 anggota polis.
Difahamkan, akibat ketakutan dan tidak sempat menyusup lari, ada antara gadis terbabit sanggup menyorok di dapur medan selera selain duduk mencangkuk di bawah meja makan.

Dalam serbuan itu, 13 wanita warga China ditahan.

Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya menyerbu pusat makanan itu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti pelacuran yang berleluasa di kawasan itu.

“Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan risikan sebelum menahan 13 wanita warga China yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada wanita ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut. Difahamkan, kebanyakan gadis terbabit gemar berpeleseran di kawasan medan selera berkenaan yang seolah-olah menjadi pusat tawar menawar untuk aktiviti pelacuran.

Kebiasaannya gadis terbabit tanpa segan silu akan mendekati dan duduk di sebelah pelanggan lelaki yang sedang menjamu selera sebelum menawarkan perkhidmatan seks.

Sebaik harga dipersetujui, pelacur terbabit akan membawa pelanggan ke rumah sewa berhampiran untuk melakukan hubungan seks.

Dalam gerakan berasingan jam 4.25 pagi hari sama, polis turut menyerbu sebuah disko terkenal di Desa Petaling di sini selepas dikesan menjadi pusat pengedaran pil khayal.

Razali berkata, dalam serbuan kedua itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan kerana membenarkan premis hiburannya beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan.

“Lelaki yang bertugas sebagai penjaga pusat hiburan itu ditahan kerana membuka perniagaan melebihi masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Difahamkan, ketika serbuan ada antara pengunjung lelaki dikesan cuba menyembunyikan diri di atas siling tandas selain turut menjadikan bahagian atas saluran udara untuk menyembunyikan diri.

chaosspawn
02-03-10, 05:02 PM
Ni berita yang didengari daripada radio sebentar tadi (FlyFM). Maaf, bukan akhbar.

Seorang perempuan daripada Kelantan berumur 22 tahun telah disahkan mengidap H1N1!
Dah datang balikkkkkkk......

chaosspawn
03-03-10, 02:18 PM
Baru je tutup thread H1n1, dah kena balik....


Ni berita yang didengari daripada radio sebentar tadi (FlyFM). Maaf, bukan akhbar.

Seorang perempuan daripada Kelantan berumur 22 tahun telah disahkan mengidap H1N1!
Dah datang balikkkkkkk......
Berita harian, 3 Mac 2010
Wanita muda mangsa jangkitan terbaru H1N1

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jangkitan berhubung Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Feb lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.

Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.

Wanita itu disahkan sebagai jangkitan Influenza A (H1N1) pada 16 Feb dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari.

"Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai ''septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection''," Liow berkata dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.

Liow berkata walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) bagi kes itu dikatakan sebagai ''secondary'', namun ia menunjukkan penularan H1N1 walaupun masih rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20100302131041/Article/

"Walaupun kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) tidak banyak berlaku pada masa ini, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan penularan jangkitan itu masih aktif di Malaysia dan berharap masyarakat akan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi membendung penularan jangkitan di kalangan masyarakat," katanya. - Bernama

KiNgX
04-03-10, 10:01 AM
Mamak pucat lesi

KUALA LUMPUR: Menggelikan hati apabila seorang pekerja restoran ‘mamak klon’ pucat lesi dan gagap sejurus diminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah bagi membuktikan dirinya penganut Islam tulen.

Dalam sesi ujian oral terbabit, pekerja restoran terbabit yang mengaku Islam dari selatan India hanya terkebil-kebil selepas berulang kali diminta pegawai Jakim membacakan ayat mudah terbabit sejurus serbuan dilakukan di sebuah restoran ‘mamak’ di Kota Damansara, di sini.

Dalam operasi jam 11 pagi semalam, sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran terbabit selepas mendapat aduan berhubung penggunaan logo halal mencurigakan yang dipasang dalam premis berkenaan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang mengetuai operasi terbabit berkata, langkah memeriksa premis makanan terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru status restoran itu yang menggaji majoriti pekerja asing.

Menurutnya, sebaik tiba ke restoran terbabit, pegawai Jakim dan KPDNKK mendapati tiga logo halal Jakim disyaki palsu sengaja diletak di tiga penjuru restoran berkenaan yang diuruskan peniaga bukan Islam.

“Seorang penyelia restoran yang disoal siasat bagaimanapun berpura-pura mendakwa restoran terbabit ditauliahkan sijil halal Jakim, namun gagal membuktikan atau menunjukkan sijil berkenaan. “Lelaki terbabit sebaliknya memberi alasan sijil halal Jakim berkenaan kini disimpan pemilik syarikat yang sedang berada di Kedah atas alasan mempunyai urusan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamerkan serta menggantungkan sijil halal berkenaan dalam premis untuk meyakinkan pelanggan berhubung produk dijual. “Susulan itu, Jakim sengaja mengatur sesi ujian temuduga ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam.

Justeru, penyelia terbabit segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam dan dibawa masuk dari India. “Berdasarkan pas pekerja, pembantu restoran itu dikenali sebagai Ahmad Kadir, 26 tahun. Namun, agak mengejutkan apabila dia langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan surah al-Fatihah,” katanya.

Menurutnya, pembantu kedai terbabit terkebil-kebil kebingungan seolah-olah kali pertama mendengar ucapan dua kalimah syahadah yang dilafazkan seorang pegawai Jakim. “Sehubungan itu, Jakim percaya bahawa semua pekerja di restoran terbabit adalah bukan Islam dan tidak layak mendapatkan sijil halal,” katanya ketika ditemui semalam.

Bimbang tindakan pemilik restoran terbabit terus memperdaya orang ramai, Jakim mengarahkan supaya logo halal Jakim segera ditanggal pekerja restoran berkenaan. “Agak mendukacitakan apabila pemeriksaan mengejut pada bahagian dapur restoran mendapati lantai dan kawasan memasak dalam keadaan kotor tidak terurus,” katanya.

Menurutnya, pemilik restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan

FLO
05-03-10, 09:04 AM
BANDUNG - Pihak pendakwa raya Indonesia semalam mendakwa enam orang di bawah undang-undang antipornografi kerana terlibat dengan pertunjukan tarian bogel di sebuah bar pada awal pagi tahun baru.
Menurut pendakwa raya, Dodi Junaidi, empat penari wanita, seorang promoter pertunjukan dan seorang pengurus bar mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah.
"Mereka didakwa di bawah undang-undang antipornografi kerana disyaki terlibat dengan tarian bogel," kata Junaidi.
Keenam-enam suspek hadir pada perbicaraan tertutup yang diadakan di sebuah mahkamah daerah di Bandung.
Undang-undang antipornografi yang kontroversi itu mula dikuatkuasakan sejak Oktober 2008. - AFP

FLO
05-03-10, 03:43 PM
PORT DICKSON 5 Mac – Pelumba dari Terengganu, Anuar Manan mencipta sejarah hari ini apabila muncul sebagai pelumba Malaysia pertama memenangi perlumbaan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) sejak acara itu diperkenalkan 15 tahun lepas.
Anuar, yang mewakili pasukan Guemsan Ginseng Asia dari Korea Selatan, memenangi perlumbaan peringkat kelima sejauh 111.5km dari Muar (Johor) ke Port Dickson (Negeri Sembilan).
Beliau juga berjaya menyarung dua jersi iaitu hijau dan biru. – Bernama

KiNgX
06-03-10, 01:48 PM
Jais tegah 6 syarikat

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal supaya tidak lagi mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan Ifanca International.
Beliau berkata, Jais sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.

Mohammed Khusrin berkata syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Berkuat kuasa hari ini hanya sijil logo halal yang dikeluarkan Jais dan Jakim sahaja yang diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya syarikat terbabit diarahkan supaya tidak menerima sebarang permohonan sijil halal daripada mana-mana pihak berkuat kuasa serta-merta kerana sijil logo halal yang dikeluarkan diragui terutama membabitkan syarat pengeluaran dan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

Beliau berkata, tempoh tiga bulan diberikan kepada syarikat berkenaan supaya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemprosesan sijil logo halal yang sudah diterima sebelum ini. “Kepada mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharui diingatkan supaya hanya melakukannya melalui Jais dan Jakim,” katanya.

KiNgX
06-03-10, 01:52 PM
Beberapa jalan ditutup sempena Le Tour de Langkawi (LTdL)


BEBERAPA jalan utama di ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL), mulai kira-kira jam 6 pagi ini dan esok. Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ruslin Mohd Noor, berkata penutupan jalan membabitkan Jalan Ampang, Jalan Jelatek, Jalan Setiawangsa, Jalan Kilang, Jalan Genting Klang, Jalan Taman Ibu Kota dan Jalan Gombak.

“Penutupan jalan terbabit dilakukan secara berperingkat,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Trafik, kelmarin. Menurutnya, jalan di sekitar Dataran Merdeka pula akan ditutup mulai jam 6 pagi secara berperingkat bagi peringkat ketujuh pertandingan itu, esok.

“Jalan ditutup pada hari berkenaan adalah Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee dan Jalan Pinang,” katanya.

KiNgX
07-03-10, 05:26 PM
Berpeluk dalam khayal

KUALA LUMPUR: Penahanan lebih 20 pasangan kekasih beragama Islam dalam keadaan khayal serta berpelukan dan melakukan mukadimah zina ketika serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan eksklusif dekat sini, membongkar pembabitan seorang artis terkenal yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral di situ.
Menurut sumber Jais, serbuan mengejut itu menyebabkan sebahagian pengunjung beragama Islam bertempiaran lari menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditahan kira-kira 20 anggota penguat kuasa.

“Bagi pengunjung wanita yang khayal dan mabuk, mereka bukan saja ‘merapu’ apabila ditanya, malah bertindak berani dan cuba menggoda penguat kuasa yang menjalankan siasatan,” katanya. Menurutnya, artis wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai ‘mengalibabakan’ nama rakannya bagi mengelak pihak berkuasa mengesan pembabitannya dengan pusat hiburan berkenaan yang menawarkan suasana romantik bagi pasangan kekasih selain menyediakan pelbagai jenis minuman keras berjenama terkenal.

Beliau berkata, kebanyakan pasangan kekasih beragama Islam menari dan berpelukan dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh minuman keras. Kebanyakan pengunjung wanita pula berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada dan bawah tubuh. “Hasil serbuan, 55 pengunjung beragama Islam diberikan kaunseling oleh penguat kuasa walaupun mereka negatif ujian alkohol yang dijalankan. “Lebih 30 pengunjung lelaki dan wanita pula diambil keterangan dan diarah hadir ke pejabat Jais selepas didapati minum minuman keras,” kata sumber itu.

Menurutnya, Jais menerima aduan mengenai pusat hiburan dipercayai milik artis terbabit menjadi tumpuan pasangan kekasih beragama Islam melakukan kegiatan tidak bermoral, termasuk menari sehingga mabuk. “Cuba bayangkan, apabila sudah mabuk, pasangan kekasih beragama Islam ini tidak sedar mereka melakukan pelukan ghairah. “Dalam keadaan suasana lampu yang samar pada pagi itu, pengunjung yang berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian dada, tidak segan silu bercumbu dan berpelukan dan boleh dianggap sebagai mukadimah zina,” katanya yang tidak menolak kemungkinan ada pengunjung menggunakan dadah bagi mendapatkan kesan khayal berlebihan.

Beliau berkata, Jais melakukan serbuan itu hasil siasatan dan risikan selepas menerima aduan mengenai kegiatan tidak berakhlak membabitkan pengunjung Islam di pusat hiburan berkenaan.
Malah, pemantauan yang dijalankan juga mendapati, pusat hiburan itu dipercayai turut menjadi tumpuan artis berstatus elit untuk ‘bersantai’. “Bagaimanapun, ketika serbuan dilakukan, tidak ada artis ditemui dan kami tidak menolak kemungkinan ada yang sempat melarikan diri. “Yang pasti, apabila serbuan dilakukan, puluhan pengunjung bertempiaran lari bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Sumber itu berkata, ada antara pengunjung wanita yang merayu supaya dilepaskan, termasuk memberikan pelbagai alasan ‘bodoh’ kononnya mahu bertemu kekasih bagi mengelak imej dan nama keluarga tercalar. Ada juga yang cuba menggunakan pengaruh pihak tertentu yang ada kuasa, tetapi tindakan itu tidak berjaya kerana mereka tetap akan dikenakan tindakan jika disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu, katanya, Jais sudah mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi membekalkan maklumat mengenai pembabitan artis terbabit dengan pusat hiburan itu.

“Kami percaya artis terbabit bukan pengurus premis berkenaan, tetapi dia memiliki kepentingan dan menyalurkan wang bagi memastikan pusat hiburan itu beroperasi. “Berdasarkan siasatan awal, artis terbabit memang ada kaitan dengan pusat hiburan berkenaan dan kita kini mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk melakukan semakan lesen pusat itu,” kata sumber berkenaan. Menurutnya, Jais mempunyai enakmen yang boleh mengaitkan artis beragama Islam terbabit dengan kegiatan tidak bermoral, terutama jika dia menjadi tauke pusat hiburan itu.

Beliau berkata, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 18(1), Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/95 kerana minum minuman yang memabukkan. “Sehingga kini beberapa pengunjung tampil di pejabat Jais bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum mereka dituduh di Mahkamah Rendah Syariah dalam tempoh terdekat,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ketika mengesahkan serbuan itu berkata, ia sebahagian siri serbuan dan operasi pencegahan maksiat, termasuk di pusat hiburan, yang dilakukan pihaknya tanpa mengambil kira status pemilik premis, termasuk artis.

“Serbuan dilakukan selepas Jais mendapat aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat dan penjualan minuman keras kepada orang Islam di pusat hiburan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad. Beliau berkata, Jais tidak membuat serbuan dengan sewenang-wenang, sebaliknya ia dilakukan selepas siasatan terperinci dan memperoleh maklumat mencukupi. “Memang sukar untuk kaitkan individu beragama Islam sebagai pemilik pusat hiburan berkaitan jika ia menggunakan nama orang lain pada lesen premis. Namun yang pasti, Jais tetap bertindak tegas jika ada bukti,” katanya.

CtiE
08-03-10, 09:39 AM
Kereta melambung

MARAN: “Mangsa yang maut duduk di sebelah pemandu sebelum tercampak keluar dari kereta, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah dengan tangan dan kaki kanan patah selain luka di tengkuk,” kata Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin mengenai kemalangan ngeri membabit empat kenderaan, di Kilometer 157.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, malam kelmarin.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 8.15 malam itu, sebuah kereta dari lorong perlahan cuba ke lorong kanan, tetapi terlanggar bucu belakang sebuah kereta kancil menyebabkannya terbabas melanggar sebuah kereta Proton Wira yang berhenti di lorong kecemasan, sebelum melambung dan menghempap sebuah kereta Proton Waja yang berhenti di hadapan Proton Wira itu.
Mangsa, Hana Natasya Salehin, 21, menaiki kereta Toyota Vios dipandu ibunya Nor Khairol Awang Taram, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala, patah kaki serta tulang rusuk.
Manakala, ibu, kakaknya Hizieyana, 23, dan adik, Haizal Hakimi, 8, turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, untuk rawatan lanjut.
Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu ibu mangsa yang berada di lorong perlahan cuba bertukar lorong sebelum terlanggar bucu belakang Perodua Kancil di hadapannya.
“Akibat perlanggaran itu, Perodua Kancil itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.
“Manakala, kereta yang dinaiki mangsa terbabas serta merempuh sebuah Proton Wira yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak,” katanya.
Menurutnya, rempuhan kuat itu turut menyebabkan kereta mangsa melambung tinggi sebelum menghempap sebuah lagi kereta Proton Waja yang berhenti di hadapan Proton Wira berkenaan.
“Seorang lagi mangsa yang parah, Mashasmila Mohd Ali, 30, yang juga penumpang Proton Wira terbabit tidak sempat keluar daripada kenderaan,” katanya.
Sementara itu, kakak mangsa, Herryanie, 26, berkata dia dihubungi ibunya memaklumkan mengenai berita buruk itu kira-kira 15 minit selepas kejadian dan bergegas ke Hoshas bersama bapa.
“Ibu menghubungi saya menangis teresak-esak dan percakapannya kurang jelas selain hanya terdengar perkataan ‘accident’ sebelum saya meminta ibu menghubungi semula.
“Bagaimanapun, saya terkejut selepas dimaklumkan mereka terbabit kemalangan menyebabkan seorang daripada adik saya maut,” katanya ketika ditemui.
Katanya, ketika kejadian ibu dan tiga adiknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Indera Mahkota, Kuantan, selepas bercuti di kota keriangan itu sejak Jumaat lalu.
“Arwah yang mengusahakan pusat mencuci kereta berhampiran rumah kami adalah adik perempuan yang paling rapat dengan saya. Malah, sebelum kejadian dia juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang pelik,” katanya.

chaosspawn
08-03-10, 10:05 AM
Oleh Hazirah Che Sab [email protected]

Ejen diarah menggoda dan meniduri sasaran untuk capai matlamat

BADAN perisikan Israel, Mossad, sekali lagi membenarkan tanggapan dunia mengenai kehebatannya menghapuskan musuh rejim Yahudi itu, dengan kejayaan membunuh komander Hamas, Mahmud al-Mabhuh, di Dubai, Januari lalu. Itupun jika ia boleh disifatkan satu kejayaan kerana Mossad memerlukan 26 ejen untuk menumpaskan cuma seorang anggota kumpulan pejuang yang tidak pernah letih atau takut untuk berdepan dengan mereka.

Di sebalik kejayaan itu, Mossad secara sedar atau tidak turut mendedahkan satu lagi kepakaran mereka - mencuri identiti orang lain - sekali gus membolehkan mereka mencuci tangan dan melepaskan beban ke atas orang lain. Gara-gara dosa itu juga, enam warga Britain, yang mendakwa pasport mereka dicuri kini umpama cacing kepanasan kerana bimbang nyawa mereka pula terancam kerana tindakan Mossad itu.

Selain warga Britain berkenaan, ejen Mossad juga dikatakan menggunakan identiti seorang lelaki Jerman, selain polis Dubai menemui dua pasport palsu Ireland dan Australia memberi amaran keras kepada Tel Aviv jika terbukti tiga pasport negara itu digunakan dalam operasi berkenaan.

Seperkara menarik misi Mossad ialah kehadiran ejen wanita yang menjadi senjata kotor tetapi penting bagi badan perisikan itu mencapai matlamatnya.

Seks sebagai senjata

Mossad, walaupun mendakwa melakukannya secara terpaksa memang menghantar ejen wanitanya untuk memerangkap sasaran dalam permainan seksual. Orang atasan badan perisikan itu cenderung menggunakan wanita bujang untuk tugasan seumpama itu dan selalunya mereka menggunakan cara itu cuma sekali. Walaupun tiada tekanan dikenakan kepada ejen wanita untuk menggunakan kelebihan jantina, memang sudah dijangka mereka menggunakan seks sebagai salah satu daripada senjata.

Ejen wanita yang menggunakan pengenalan Gail Folliard, seorang wanita Ireland, bukan yang pertama terbabit dalam misi pembunuhan itu. Identiti sebenarnya tidak diketahui dan ia seperti mengulangi sejarah 22 Januari 1979, apabila ejen wanita yang disifatkan sebagai pembunuh upahan wanita Britain pertama Mossad, dikenali sebagai Penelope, memainkan peranan besar dalam pembunuhan orang kuat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ali Hassan Salameh.

Kepada jirannya berhampiran Rue Verdun, Penelope cuma seorang wanita warga asing yang menetap di Beirut, Lubnan. Wanita Inggeris yang menarik berusia 30-an itu menjalani hari-harinya dengan cuma mengutip kucing terbiar dan dilihat melukis di tepi tingkap.

Pada jam 3.35 petang 22 Januari 1979, bandar raya itu digegarkan dengan letupan kereta besar yang mengorbankan sembilan nyawa tetapi kematian Salameh yang menggegarkan dunia.

Dikenali sebagai Putera Merah, Salameh adalah perancang utama pertubuhan Black September dan mendalangi peristiwa pembunuhan 11 atlit Israel pada kejohanan Olimpik di Munich pada 1972.

Di tengah-tengah kekecohan itu, tiada siapa sedar Penelope keluar dari rumahnya secara diam dan tidak pernah kembali, malah di mana dia berada masih menjadi misteri sehingga hari ini.

Identiti terbongkar

Sedikit demi sedikit identiti sebenar Penelope mula terbongkar yang menyatakan dia adalah ejen Mossad yang dilatih menggunakan kecantikan untuk menyusup masuk ke dalam kehidupan antara lelaki paling ditakuti di dunia dan membunuhnya.

Malah, bukti kukuh menunjukkan Penelope adalah orang yang menghidupkan bahan letupan yang mengorbankan Salameh dan pengawal peribadinya.

Kisahnya cukup luar biasa dan Januari lalu ia sekali lagi mengimbau sejarah lama. Pembunuhan al-Mabhouh mempunyai persamaan dengan Salameh. Bukan hanya Mossad dipercayai mendalangi pembunuhan itu tetapi juga seorang wanita memainkan peranan penting dalam skuad pembunuh itu.

Ketika teka teki mengenai identiti sebenar skuad pembunuhan di Dubai, masa menunjukkan beberapa petunjuk mengenai siapa sebenarnya ‘Penelope’.

Bukti muncul menunjukkan dia sebenarnya wanita Britain dengan nama Erika Maria Chambers, yang dilahirkan dan dibesarkan di London dalam sebuah keluarga berdarah Yahudi yang kaya.

Tinggal di Notting Hill pada awal kehidupannya dan pernah menjadi pengasuh anak kepada keluarga Ahli Parlimen Parti Buruh ketika itu, Tony Benn, Chambers tidak pernah menduga masa depannya akan ditentukan badan perisikan Israel.

Bagaimanapun, kunjungannya ke Israel untuk menyambung pelajaran di Universiti Hebrew mengubah segala-galanya apabila dia menjadi sasaran Mossad dan dipujuk menjadi ejen selepas mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Holocaust dan diceritakan bagaimana ramai saudara maranya meninggal dunia dalam peristiwa itu.

Selepas ‘didiamkan’ selama beberapa tahun di Jerman, Chambers mula aktif dan dihantar ke Beirut untuk satu misi saja - membunuh Salameh. Selepas itu, dia diseludup ke Israel dan dipercaya bersembunyi di wilayah berkenaan sejak itu.

Balas dendam

Sejak kejadian di Munich, Israel bersumpah untuk membalas dendam. Kesilapan membunuh seorang pelayan lelaki warga Maghribi sehingga memaksa operasi mereka dihentikan dan penangkapan lima ejen, tidak menghalang Mossad meneruskan dasar pembunuhan antarabangsa mereka.

Namun Salameh selamat dalam lima percubaan membunuhnya. Israel tidak berpuas hati dan ketika itulah Penelope muncul. Berikutan pembunuhan Salameh, satu pasport Britain ditemui di pangsapuri Penelope di Rue Verdun. Ia memaparkan nama Erika Maria Chambers dan tarikh lahirnya pada 10 Februari 1948.

Berdasarkan dokumen itu saja, memang sukar memastikan ia adalah identiti sebenarnya. Kini, berikutan pembunuhan di Dubai, hampir pasti pembunuhan menggunakan pasport palsu Britain, menggunakan maklumat yang diambil daripada individu dilahirkan di negara itu tetapi kini menetap di Israel.

Beberapa tahun selepas menjalani latihan intensif, Penelope berpindah ke Jerman pada 1975 dan menetap di negara itu selama tiga tahun dengan dua tujuan iaitu menjarakkan masa ketika dia di Israel dan berikutan pembunuhan itu, bukti akan menunjukkan perkhidmatan keselamatan Jerman yang bertanggungjawab, bukan Mossad.

Pada 1978, Chambers mengunjungi Beirut dan menggunakan nama Penelope, menyewa rumah berdepan dengan Rue Verdun, berhampiran tempat tinggal Salameh.

Cuma dalam masa beberapa bulan, Chambers dapat menyusup masuk ke dalam pertubuhan kebajikan Palestin dan dari situ, untuk berada dekat dengan Salameh bukan lagi satu masalah.

Walaupun laporan menyatakan bom diletupkan menggunakan mengikut masa, ejen Mossad yang terbabit dalam kejadian mendakwa ia diletupkan Chambers.

“Peranannya cuma menekan butang pada masa tepat keretanya melepasi Volkswagen. Menyelaraskan ia amat sukar dan dia terlatih melakukannya. Dia dapat melakukannya dengan baik,” kata ejen berkenaan.

Tidak semua berjaya

Bagaimanapun, tidak semua ejen wanita Mossad berjaya dalam tugasan yang diberikan dan Sylvia Rafael adalah contoh terbaik betapa dasar yang dipakai badan perisikan itu tidak mengira mangsa.

Rafael yang digelar pembunuhan legenda Mossad, disabitkan bersalah membunuh seorang pelayan lelaki Maghribi di Norway, dalam usaha mereka melenyapkan semua yang terbabit dalam kejadian di Munich.

Tidak banyak diketahui mengenai Rafael yang meninggal dunia pada usia 67 tahun di Afrika Selatan kecuali dia adalah antara kegagalan besar Mossad. Pada Julai 1973, Rafael menyertai pasukan ejen memburu Salameh sebagai tindakan balas dendam Israel, yang diarahkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Golda Meir.

Di sebuah kampung di Norway, mereka menembak mati Ahmed Bouchiki di depan isterinya yang sedang hamil. Rafael dan lima ejen Mossad lain ditangkap dan dibicarakan dalam apa yang kemudian menjadi pendedahan paling menjejaskan bagi agensi perisikan luar negara.

Rafael, yang menggunakan pasport palsu Kanada, akhirnya mengahwini peguamnya. Dia dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi dibebaskan selepas 11 bulan kerana campur tangan Israel.

Rafael dihantar balik ke Israel tetapi dibenarkan kembali ke Norway pada 1978 untuk bersama-sama suaminya tetapi diberi perlindungan ketat daripada pejuang Palestin yang bersumpah mahu membunuhnya. Dia meninggalkan Norway 10 tahun kemudian selepas cubaan membunuhnya dan berpindah ke Pretoria, Afrika Selatan bersama-sama suaminya.

Ejen paling dikenali

Mungkin ejen wanita Mossad paling dikenali ialah bekas Menteri Luar rejim Zionis itu, Tzipi Livni, yang digambarkan masih cekap menyelak skirt atau pakaian yang dipakai untuk mencapai pistol Beretta yang pernah disorokkan dalam seluarnya.

Berambut perang muda asli, bermata biru, IQ yang tinggi dan skil semula jadi dengan senjata bersama-sama pengetahuan umum dan skil sosial, menjadikan Livni adalah rekrut paling sesuai untuk Mossad.

Di pusat latihan, Tzipi cekap dalam latihan berada di atas kerusi di bilik gelap dan menyasarkan tembakan pada sasaran yang ditayang pada skrin atau memecah masuk pejabat untuk mencuri rahsia.

Bekas ketua pengarah Mossad, Meir Amit, pernah menjelaskan jenis latihan yang diberikan kepada Livni.

“Dia ditanya pendapat mengenai menggunakan seks. Adakah dia sanggup meniduri lelaki tidak dikenali jika misi menuntut dia berbuat demikian? Dia belajar cara menggunakan seks untuk memaksa, menggoda dan menguasai. Dia diberitahu menggunakan seks untuk kebaikan Israel dibenarkan.

“Namun semua ejen wanita Mossad adalah wanita berpendidikan tinggi yang tahu risikonya. Ia memerlukan keberanian. Ia bukan persoalan mengenai melakukan hubungan seks dengan seseorang. Ia bagi membawa seorang lelaki percaya dia akan berbuat demikian sebagai balasan apa yang akan diberitahu.”

Jerat rakyat sendiri

Mossad bukan hanya menggunakan ejen wanitanya untuk misi antarabangsa tetapi juga menjerat warganya sendiri jika berani membuka pekung mereka seperti yang berlaku kepada Mordechai Vanunu - yang mendedahkan kepada dunia Israel memiliki senjata nuklear.

Pada 1986, Cheryl Hanin yang memakai nama Ben-Tov selepas berkahwin, menggoda Vanunu di London, kemudian mengumpan dia ke Rome dan akhirnya ke tangan Mossad, yang memasukkan ubat ke dalam makanan dan menyeludup Vanunu kembali ke Israel.

Hanin menyamar sebagai pelancong Amerika Syarikat bernama Cindy yang menarik untuk menggoda Vanunu. Seperti juga Livni dan ejen wanita lain, Hanin dilatih memecah masuk pejabat untuk mencuri dokumen sulit dan misi lain.

Selepas latihan, Hanin menyertai unit Mossad yang bekerja dengan kedutaan Israel dan kerap menyamar sebagai isteri atau teman wanita ejen lain. Misi akhirnya ialah diatur bertemu Vanunu di Leicester Square dan memberitahu dia adalah pakar kecantikan Amerika yang sedang bercuti. Sejak itu mereka saling bertemu.

Walaupun diingatkan wartawan Sunday Times, Peter Hounam, Cindy mungkin ejen Mossad, Vanunu menegaskan dia cuma pelancong yang lantang mengutuk Israel.

Anggapan itu akhirnya memakan diri apabila Vanunu akhirnya masuk ke dalam perangkap Israel dan akhirnya terpaksa merengkok di dalam penjara selama 18 tahun.

Secara sedar atau tidak, Mossad sebenarnya secara halus tetapi terang-terangan mengeksploitasi wanita dengan memujuk mereka untuk menjalin hubungan lebih intim dengan sasaran sehingga ke tahap mengadakan hubungan seks.

Peliknya, tiada pula agensi yang kononnya memperjuangkan nasib dan hak wanita bersuara mengutuk amalan itu. Berbeza pula keadaannya apabila bertudung dianggap menindas wanita Islam. Siapa sebenarnya lebih bijak dalam hal ini - mereka yang memilih menggadai harga diri atas nama tugas atau menutup aurat demi menjunjung agama? Tidak sukar sebenarnya memilih pemenang antara dua pilihan itu.

CtiE
09-03-10, 09:08 AM
Budak 18 bulan mati dipukul, dipijak jiran

PETALING JAYA: Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan.

Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah.

Haresvarran dipercayai didera antara jam 10 malam dan 12 tengah malam kelmarin ketika ibu bapanya, masing-masing penerbit filem dan pekerja sambilan, meninggalkan mangsa di rumah jirannya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata ibu mangsa mulanya meninggalkan anaknya di rumah seorang wanita tua yang uzur yang tinggal berhampiran rumahnya.

"Bagaimanapun, bimbang meninggalkan anaknya dengan wanita yang uzur itu, ibu mangsa kemudian menghubungi isteri suspek yang pernah menjaga mangsa selama tiga bulan tahun lalu untuk mengambil Haresvarran.

"Ibu mangsa sebenarnya risau untuk menyerahkan mangsa kepada pasangan itu kerana mengesyaki anaknya pernah didera berdasarkan kesan lebam di badan ketika dalam jagaan mereka tahun lalu. Bagaimanapun, kerana terdesak mereka meminta isteri suspek menjaganya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Arjunadi berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian menjemput mangsa di rumah wanita tua itu, tetapi Haresvarran dikatakan enggan mengikutnya dan menangis walaupun selepas dipujuk, termasuk diberikan coklat.

"Dia mungkin takut sebab pernah didera suspek. Ini menyebabkan lelaki itu berang lalu memukul mangsa berulang kali sebelum mengheretnya ke padang permainan (di tingkat bawah pangsapuri) dan memijaknya tanpa belas kasihan.

"Suspek hanya menghentikan tindakannya apabila kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke klinik berhampiran. Mangsa kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kecederaan serius dan disahkan mati sebaik tiba di hospital," katanya.

Ini kejadian kedua membabitkan kematian kanak-kanak mangsa dera dalam tempoh seminggu. Khamis lalu, Syafiah Humairah mati dipukul dan ditendang teman lelaki ibunya di Sungai Pelong, Hulu Selangor.

Arjunadi berkata, suspek yang bekerja sebagai kelindan lori membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama jam 12.35 tengah malam, kelmarin, dengan mendakwa Haresvarran mati tercekik makan gula-gula.

"Maklumat itu bercanggah dengan laporan perubatan, termasuk bedah siasat yang mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan dalaman yang serius.

"Di badan mangsa ada banyak kesan lebam lama dan baru, selain tulang rusuknya patah dan hatinya pecah," katanya.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Arjunadi meminta orang ramai, terutama yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Mayat K Haresvarran dituntut ibu bapanya sebaik bedah siasat selesai jam 1 petang semalam untuk dikebumikan.

KiNgX
10-03-10, 10:16 PM
Tidak Ikut Spesifikasi Punca Bumbung Runtuh - MB

KUALA TERENGGANU, 10 Mac (Bernama) -- Kegagalan semua pihak yang dilantik untuk membina Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium SSMZA itu.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini, bagaimanapun berkata, kontraktor utama adalah pihak yang bertanggungjawab penuh kerana telah mereka bentuk, membimbing dan membina struktur kerangka bumbung SMZA mengikut terma syarat reka dan bina.

"Sekarang ini berdasarkan penjanjian, kontraktor adalah orang yang bertanggungjawab sepatutnya. Kita (kerajaan negeri) akan ikut pada perjanjian," katanya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penyiasat, Ahmad berkata punca utama bumbung stadium berkenaan runtuh adalah berikutan bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai dan bumbung yang tidak dibina dengan sempurna.

Beliau berkata kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek serta pengawasan yang lemah semasa proses pembinaan stadium sedang dijalankan dan faktor kekurangan pekerja mahir juga menyumbang kepada kejadian tersebut.

Selain itu, Ahmad berkata kekurangan jurutera pakar dan konsultan yang berpengalaman selain sikap ambil mudah dan cuai di semua bahagian turut menjadi punca kepada kejadian itu.

"Masalah kita, kita selalu anggap apabila kita lantik konsultan, konsultan itu lebih hebat dari kita dan kita selalu ambil mudah. Bila ada sikap begitu, kita tidak akan periksa balik reka bentuk yang dicadangkan itu," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada notis telah dikeluarkan kepada kontraktor terbabit untuk menyelenggara semula stadium berkenaan, Ahmad berkata:" kontraktor dah dimaklumkan dan kita dah bagi notis kepada kontraktor supaya baiki semula, tapi (sehingga kini) masih belum ada jawapan".

Berikutan notis tersebut masih belum mendapat jawapan daripada kontraktor utama, beliau berkata tender bagi proses membersihkan dan penyelenggaraan runtuhan bumbung berkenaan akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu ini.

"Kita akan keluarkan tender secepat mungkin sebab kita dah setuju dalam minggu ini. Kita dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan keluarkan tender untuk kerja pembersihan. Kalau dah dibersihkan, kita tengoklah, kalau ia boleh digunakan, kita gunakanlah.

"Selain itu, kita juga kena tengok balik sama ada bangunan itu masih selamat atau tidak untuk digunakan," katanya.

Dalam kejadian pada 2 Jun lepas, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Kejadian itu berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

-- BERNAMA

CtiE
11-03-10, 09:09 AM
Akad sambil pandu kereta
harian metro

PASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.
BUKTI…Na menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pasir Mas mengenai perkahwinan anak perempuannya.
BUKTI…Na menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pasir Mas mengenai perkahwinan anak perempuannya.
Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.

Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.

“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.

“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.

Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.

Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.

Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.

Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.

Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.

Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.

“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.
“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.

“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.

“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.

Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.

Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.

Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.
Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.

CtiE
11-03-10, 09:18 AM
Mati kerana lintah

[email protected]

JELI: Sukar dipercayai, namun, itu hakikatnya apabila seekor lintah memasuki dubur seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dipercayai menjadi punca dia meninggal dunia di hospital, semalam.

Mangsa, Siti Nazirah Abd Kadir, 10, awalnya hanya mengalami sakit perut sebelum membuang air besar di tandas rumahnya untuk meredakan kesakitan.

Bagaimanapun, kesakitan kian memuncak di dubur murid Sekolah Kebangsaan Gemang (SKG) itu sebelum dibantu ibunya, Mariam Yakob, 34, untuk melihat keadaan sebenar.

Mariam yang melihat bahagian sulit terbabit terkejut mendapati seekor lintah sudah mati muncul di seluar anak perempuannya dengan berlumuran darah.

Ekoran kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Jeli petang kelmarin sebelum keadaannya yang kritikal menyebabkan dia dirujuk ke Hospital Tanah Merah dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, selepas hampir 16 jam dirawat sebaik dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5 petang kelmarin, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menceritakan kejadian menimpa arwah, Abd Kadir Safei, 44, berkata tragedi terbabit berlaku selepas anaknya itu mandi di sungai berdekatan rumahnya di Kampung Gemang di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku ketika arwah anak bersama seorang sepupu, Hayati Idris, 11, mandi di sungai sebaik pulang dari mengikuti latihan sukan di sekolah kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

“Sebaik tiba di rumah, arwah terus keluar bersama sepupunya menuju ke sungai tidak jauh dari rumahnya dan pulang kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

“Selepas kejadian, mangsa pergi ke tandas membuang air besar dan mengadu sakit di bahagian dubur. Ibunya menanggalkan seluar mangsa sebelum ternampak seekor lintah mati serta disaluti darah dalam seluar anaknya,” katanya.

Katanya, ibunya terperanjat melihat lintah terbabit dan mengesyaki ia memasuki bahagian dubur Siti Nazirah selepas berlaku pendarahan bahagian itu.

Abd Kadir berkata, selepas mengesyaki dubur anaknya dimasuki lintah, isterinya bertindak menghubunginya ketika sedang menyiapkan rumah baru milik adik iparnya yang terletak tidak jauh dari situ.

“Arwah dibawa ke hospital Jeli jam 5 petang sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah dan seterusnya dihantar ke HRPZII. Anak saya disahkan meninggal dunia jam 9 pagi semalam,” katanya.

“Saya reda apa yang berlaku dan kami sekeluarga memohon rohnya ditempatkan di kalangan orang soleh. Jenazah arwah dibawa pulang dari HRPZ II pada jam 12.21 tengah hari,” katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Gemang (SKG) dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Gemang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamed Hanifah Ab Malek ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

CtiE
11-03-10, 09:28 AM
Tukul kepala murid, guru

[email protected]

MUAR: “Saya sempat menghalang lelaki gila itu daripada terus menyerang menggunakan tukul besi, tetapi apakan daya, tenaga wanita saya tidak mampu melawan kegilaannya,” kata Guru Besar Tadika Sinario, Voon Siew Kiun, 45, menceritakan serangan ngeri lelaki misteri yang mencederakannya dan tiga lagi kanak-kanak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, tiga kanak-kanak berusia enam tahun cedera parah di kepala selepas dihentak dengan tukul oleh seorang lelaki disyaki kurang siuman, ketika murid tadika terbabit menikmati sarapan pagi di Lorong Haji Ali, Jalan Badul Rahman di sini.

Kejadian bermula apabila lelaki kurang siuman yang memakai topi keledar dan pakaian serba hitam secara tiba-tiba melompat pagar tadika itu.

Voon berkata, sebaik melihat lelaki terbabit melompat pagar dia mengunci pintu kelas pada bahagian depan tadika.
Namun, tindakan Voon cuba mengunci pintu pagar kelas mengundang padah apabila dia secara tiba-tiba dibaling serbuk lada pada mata sebelum lelaki terbabit menyepak pintu itu sehingga terbuka.

Melihat Voon yang kesakitan, lelaki tidak berperikemanusiaan itu menghentaknya dengan tukul besi yang disembunyikan dalam pakaian.

“Saya cuba mempertahankan diri dan akibat melawan lelaki berpakaian serba hitam itu, saya cedera serta lebam di kedua-dua belah tangan kerana dipukul dengan tukul,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, lelaki itu kemudian melibas tukul besi itu secara rambang hingga mencederakan tiga kanak-kanak berhampiran.

Melihat kanak-kanak terbabit cedera, dua lagi guru yang berada di tempat kejadian nekad membantu, namun mereka gagal menangkap suspek yang sempat melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang diletak di luar kawasan tadika.

Mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah Nur Nadrah Nabila Mohd Yusri, Vincent Tey Hui Seng dan Alex Tan Kar Eik yang dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, Vincent dan Nur Nadrah Nabila cedera parah di kepala serta memerlukan beberapa jahitan dan rawatan susulan, manakala Alex hanya menerima enam jahitan dan Voon pula dirawat sebagai pesakit luar.

Bapa Nur Nadrah Nabila, Mohd Yusri Mukhlis, 33, ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anak sulungnya itu nyaris terkorban dalam kejadian itu.

“Saya bergegas ke hospital untuk menemui anak dan amat terkejut apabila dimaklumkan tempurung kepalanya retak sepanjang tiga hingga empat sentimeter,” katanya.

Mohd Yusri berkata, dia lega kerana tragedi ketika sarapan pagi itu tidak meragut nyawa anaknya dan dua rakan yang lain.

Ibu Nabila, Farah Asyikin Abu Samah, 26, ketika ditemui di pekarangan wad kecemasan hospital berkata, dia hampir pengsan apabila menerima berita anaknya cedera agak parah di kepala.

Bagaimanapun, dia ditenteramkan suami yang menceritakan keadaan sebenar kecederaan anak sulung daripada empat beradik terbabit.

KiNgX
11-03-10, 01:41 PM
Seramai 7,987 Calon SPM 2009 Cemerlang

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

Beliau berkata gred Cemerlang Tertinggi diperkenalkan sebagai gred yang lebih tinggi daripada gred 1A bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.

"Saya gembira memaklumkan bahawa pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan, melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

"Pencapaian calon meningkat dari segi peratusan bilangan memperoleh sijil, cemerlang (A+, A dan/atau A-) dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 di Kementerian Pelajaran di sini pada Khamis.

Katanya seramai 465,853 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini pada tahun lalu.

Alimuddin berkata daripada 59,433 calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain Kementerian Pelajaran, seramai 41 orang memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+).

Beliau turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak sebagai pelajar terbaik bagi SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

Katanya bagi 10 sekolah pelajar terbaik, sembilan pelajar yang lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor), Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan), Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis), Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan);

Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor), Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan), Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka), Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

Katanya sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;

SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

waveguy
11-03-10, 08:51 PM
Bangga jugak bila baca berita ni, dua buah sekolah yang pernah aku belajar tersenarai kat sini.

ReD_ElmO
12-03-10, 01:10 PM
Gigitan cinta ustazah khalwat



2010/03/12


JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

“Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

“Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim,” katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

ReD_ElmO
12-03-10, 01:12 PM
Peragut pengsan

Oleh Ravale Savarinathan
[email protected]
2010/03/12


TELUK INTAN: Seorang nenek patah tangan kanan dan tulang rusuknya selepas bergelut dengan peragut di Kampung Pengkalan Daun, Chenderong Balai, Labu Kubong, dekat sini, pagi kelmarin.
Miserikah Bakri, 60, dari Parit 1, Chenderong Balai, Labu Kubong, turut menerima tiga jahitan di bibir serta cedera di kaki selepas cuba mempertahankan beg yang disandangnya daripada diragut lelaki terbabit dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu.
Mangsa yang ditemui di Wad 1B, Hospital Teluk Intan semalam berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal selepas selesai mengaji di surau berdekatan.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian iaitu kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Pengkalan Daun, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki memotong motosikalnya sebelum suspek membuat pusingan U kira-kira 30 meter di hadapannya.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya terus menunggang motosikal, namun saya terkejut apabila motosikal yang ditunggang lelaki terbabit dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan saya dan terus menuju ke arah saya.

“Saya cuba mengelak daripada berlaku kemalangan namun suspek masih menuju ke arah motosikal saya menyebabkan berlaku pertembungan.

“Ia menyebabkan saya dan suspek terjatuh ke atas jalan. Ketika itulah suspek tiba-tiba bangun dan menerpa ke arah saya sebelum menarik beg sandang saya. Melihat tindakan suspek, saya melawannya dalam keadaan kesakitan sambil menjerit meminta pertolongan,” katanya.

Menurut Miserikah, suspek yang gagal meragut beg sandangnya, panik apabila melihat orang ramai mula mengerumuni kawasan kejadian sebelum dia tiba-tiba pengsan.

Sementara itu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi berkata, orang ramai kemudian menghantar mangsa ke HTI untuk menerima rawatan kecemasan dan memberkas suspek.

Beliau berkata, suspek yang gagal melarikan beg mangsa turut dihantar ke HTI dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. “Suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai enam kes jenayah lampau iaitu kes jenayah serta penyalahgunaan dadah,” katanya.

KiNgX
12-03-10, 03:48 PM
255 dapat A+. Pencapaian SPM 2009 membanggakan, 7,987 peroleh gred cemerlang

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).

Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008. Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini. Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008. Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya.

Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).

Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu. Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran.

Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi. Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini.

Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya.

FLO
17-03-10, 09:52 AM
SOMERSET - Para pengunjung lelaki di kelab tarian lucah Shadow Lounge di sini begitu asyik memerhatikan seorang gadis di bawah pengaruh alkohol beraksi tanpa menyedari dia cuma berusia 14 tahun, lapor sebuah akhbar semalam
Gadis bawah umur itu turut melakukan tarian tiang dengan cuma memakai coli, seluar dalam dan stoking sambil diperhatikan dua wartawan akhbar The Sun.
Dia turut menawarkan khidmat tarian bogel di sebuah bilik khas dengan bayaran tambahan £20 (RM100) manakala pelanggan yang membayar £80 (RM402) dapat menyaksikannya melakukan tarian khas.
"Anda mesti mahu tahu," katanya apabila ditanya oleh salah seorang wartawan itu tentang keistimewaan tarian khas itu.
Gadis tersebut yang dirahsiakan identitinya ditemani oleh seorang rakan wanita yang juga berusia 14 tahun semasa bekerja di kelab berkenaan.
Ketika ditanya berhubung usianya oleh wartawan tersebut yang menyamar sebagai pelanggan, penari cilik itu cuba berbohong dengan menyatakan dia berusia 18 tahun.
Apabila soalan sama ditanya 30 minit kemudian, gadis itu mendakwa usianya ialah 19 tahun.
Namun siasatan awal oleh dua wartawan itu mendapati gadis itu berusia 14 tahun dan masih bersekolah.
"Ia menjijikkan, saya ingat dia bermalam di rumah rakannya," kata ibu penari itu apabila dia diberitahu berhubung aktiviti gelap anaknya.
Pihak polis ketika dihubungi pula berkata, mereka telah menerima aduan berhubung seorang gadis bawah umur mencari kerja di sebuah kelab tarian lucah dan kini merayu maklumat orang ramai untuk melengkapkan siasatan.
Undang-undang Britain melarang remaja bawah 18 tahun daripada bekerja di kelab tarian bogel. - Agensi

KiNgX
17-03-10, 10:47 AM
Pesta khatan berkepit pondan

KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin. Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di kampung berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin mendapati, lebih 100 penduduk termasuk mak nyah berjoget lambak sambil diiringi pemuzik tradisional yang kebanyakannya warga emas.Tanpa rasa segan, penduduk seperti dirasuk selepas mendengar alunan muzik lantas menarik mak nyah untuk berjoget bersama. Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.

Menurut sumber, mereka mula berkumpul di rumah penduduk terbabit kira-kira jam 8 malam dan berlarutan hingga tengah malam.“Saya hairan bagaimana pesta tari menari itu boleh diadakan di kampung ini. Setakat mendengar muzik tradisional tidak mengapa, tapi sehingga menjemput mak nyah berjoget bersama...ini sangat memalukan. “Sekurang-kurangnya 10 mak nyah berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal disediakan sepanjang pesta berlangsung,” katanya.

Kumpulan pondan terbabit, katanya, dilihat galak menari dengan aksi ‘gedik’ dan mengghairahkan ketika melayan pelanggan menari sehingga ada aksi yang dipertontonkan kadangkala agak keterlaluan.“Aksi pondan kabaret berjoget sambil berpelukan dengan lelaki terbabit saja sudah menjijikkan. Ini ditambah ‘wayang’ golongan terbabit dengan pasangan dalam gelap. “Ini kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan ini. Pondan terbabit didatangkan khas untuk memeriahkan pesta berkenaan dan mereka akan bertindak sebagai perempuan joget,” katanya yang malu dengan tindakan penduduk terbabit mengadakan pesta berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, berkata pihaknya memandang serius perbuatan itu kerana difahamkan ia kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan berkenaan.Beliau berkata, pasukan penguat kuasa Jaik akan membuat siasatan dan pemantauan di lokasi berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.“Kami tidak memperoleh maklumat mengenai perkara itu dan saya percaya ia tidak diadakan kerap kerana mereka bimbang kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.

“Jaik mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti perempuan selain berkelakuan kurang sopan di kawasan umum. “Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah kerana berkelakuan tidak sopan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

ReD_ElmO
17-03-10, 01:13 PM
Mangsa liwat masuk lokap

Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]


KUALA LUMPUR: Malang berganda bagi seorang lelaki berusia awal 20-an apabila dia bukan saja diliwat kenalan barunya empat kali, malah terpaksa meringkuk dalam lokap gara-gara melarikan kereta milik suspek ketika cuba menyelamatkan diri.


Lebih kejam apabila suspek mengikat kaki dan tangannya sebelum memuaskan nafsu songsangnya itu.
Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari pertengahan Februari lalu apabila mangsa mula berkenalan dengan suspek di sebuah pusat beli-belah.

Keesokan harinya, suspek menghubungi mangsa sebelum mempelawa untuk keluar bersiar-siar di sekitar ibu kota.

Biarpun keberatan, mangsa menurut kehendak lelaki terbabit kerana dia juga mahu keluar untuk mencari pekerjaan.

Menurut sumber, suspek menjemput mangsa ke rumahnya sebelum membawa mangsa keluar mencari kerja.


Difahamkan, selepas gagal mendapatkan pekerjaan sesuai, mangsa dibawa melepak di sekitar ibu kota sehingga lewat malam.

“Suspek mempelawa mangsa bermalam di rumahnya dan berjanji akan membawanya keluar semula mencari pekerjaan keesokan harinya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku bersetuju bermalam di rumah suspek di Pandan Indah di sini.

“Mangsa yang keletihan diarahkan suspek untuk tidur di sebuah bilik di rumah itu,” katanya.

Akibat terlalu letih, mangsa terus terlelap.

Sumber berkata, kesempatan itu digunakan suspek mengikat kaki dan tangan mangsa.

“Suspek menanggalkan semua pakaian mangsa sebelum mengejutkannya dari tidur.

“Biarpun terjaga, mangsa yang berada dalam keadaan terikat tidak mampu berbuat apa-apa. Mangsa hanya merayu berulang kali supaya dikasihani, namun tidak diendahkan suspek,” katanya.

Suspek membaringkan mangsa sebelum meliwatnya berulang kali.

Sumber berkata, suspek melakukan perbuatan kejinya itu sebanyak empat kali manakala mangsa hanya mampu menangis menahan kesakitan.
“Selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek berbaring di sebelah mangsa, namun masih tidak melepaskan ikatannya itu.

“Ikatan pada kaki dan tangan mangsa hanya dilepaskan keesokan harinya sebelum suspek mengugut akan mencederakannya sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa yang ketakutan hanya mengangguk menandakan patuh arahan suspek.

Sumber berkata, mangsa melarikan diri keluar dari rumah berkenaan ketika suspek mandi.

“Mangsa menggunakan kereta milik suspek ketika melarikan diri,” katanya.

Namun, nasib malang terus menghantui mangsa apabila dia ditahan pihak berkuasa di Seremban, dekat sini, atas tuduhan mencuri kereta.

Mangsa diserahkan semula kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya di sini, untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang ditahan sejak beberapa hari lalu membuat laporan polis berhubung perbuatan keji suspek terhadapnya.

Difahamkan, mangsa kini masih meringkuk dalam lokap dan siasatan mengenai dakwaannya itu dijalankan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.:aol_asstoass:

KiNgX
18-03-10, 12:00 PM
Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook

BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook. Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.

Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh. Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri.

Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com (http://www.reuters.com)

KiNgX
22-03-10, 12:01 PM
Terpaksa dibedah kerana main SMS

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS. Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.
Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik. - Agensi

KiNgX
23-03-10, 02:26 PM
MB Perlis sahkan terima surat peletakan jawatan Adun Titi Tinggi

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

CtiE
24-03-10, 10:46 AM
Penyanyi 70-an kekal dijel 19 tahun

PUTRAJAYA - Seorang bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan pada tahun 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya sembilan tahun lalu.

Ini berikutan kegagalannya dalam rayuan akhir di Mahkamah Rayuan di sini semalam untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 2005.

KiNgX
25-03-10, 12:41 AM
Najib lancar Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini.

Berikut adalah inisiatif berkenaan:

1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta.

2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.

3. e-kiosk akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

4. Liputan selular awam diperluaskan dengan 873 menara telekomunikasi baru akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak.

5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer riba atau notebook kepada pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.

6. Telekom Malaysia akan memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20. - Bernama

KiNgX
29-03-10, 12:27 AM
Dr Chua Menangi Jawatan Presiden MCA

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan parti di sini Ahad.

Dr Chua, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting yang meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan Timbalan Presiden setelah menerima 1,171 undi bagi mengalahkan bekas Naib Presiden dan rakan dalam Jemaah Menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mendapat 1,106 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, calon wanita tunggal, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memperoleh undi tertinggi iaitu 1,528, diikuti bekas Naib Presiden Datuk Donald Lim (1,469), Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung (1,202) dan anggota Jawatankuasa Pusat Gan Ping Sieu yang juga meraih 1,202 undi.

Ini merupakan satu kemenangan manis buat Dr Chua yang terpaksa bertarung dengan dua pesaing yang sangat berpengaruh, namun membuktikan bahawa beliau masih popular dalam parti meskipun berdepan pelbagai pergolakan.

Pada 2 Jan 2008, beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet dan Naib Presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

Dalam pemilihan parti pada Oktober 2008, beliau mengalahkan bekas Setiausaha Agung dan abang Ka Ting, Datuk Seri Ong Ka Chuan, bagi jawatan nombor dua parti.

Beliau terbabit dalam pertikaian kepimpinan dengan Tee Keat apabila beliau dipecat kerana mencemarkan imej parti berikutan video seks pada Ogos tahun lepas.

Dr Chua kemudian diterima semula sebagai anggota parti semasa mesyuarat agung luar biasa MCA yang turut meluluskan undi tidak percaya terhadap Presiden parti.

Berikutan itu, jawatan Timbalan Presiden dikembalikan semula kepadanya oleh Pendaftar Pertubuhan, yang sebaliknya menurunkan kedudukan Liow, yang telah pun mengisi jawatan Timbalan Presiden, kembali sebagai Naib Presiden.

Dr Chua kemudian berdamai dengan Tee Keat untuk mewujudkan pelan "perpaduan lebih unggul" parti namun terus berdepan tentangan daripada Liow dan para penyokongnya, termasuk Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, yang terus mendesak supaya diadakan pemilihan baru.

Pada 4 Mac tahun ini, beliau meletak jawatan bersama-sama 21 anggota CC bagi memberi laluan kepada pemilihan baru yang diadakan hari ini, peletakan jawatan kedua beliau dalam tempoh dua tahun.

Sejumlah 2,315 daripada 2,377 perwakilan yang layak, melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dalam pemilihan parti pada Ahad, jumlah tertinggi yang mengundi dalam sejarah parti berkenaan.

Seramai 101 calon bertanding pelbagai jawatan utama parti dalam pemilihan yang kali terakhir diadakan pada Okt, 2008.

-- BERNAMA

chaosspawn
31-03-10, 08:53 PM
The Star, Wednesday March 31, 2010

NEM will be led by three principles

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/31/neweconomicmodel/5968223&sec=neweconomicmodel

THE development of the New Economic Model (NEM) will be guided by three principles – high income, sustainability and inclusiveness – to drive the country’s economic progress to become a developed nation.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said creating a high income nation would mean higher wages throughout the economy as growth was derived not only from capital but also from greater productivity through the use of skills and innovation, improved coordination, stronger branding and compliance with international standards and Intellectual Property Rights.

“We should ask ourselves this fundamental question – will the NEM create high income jobs where the rakyat benefits from a competitive economy and a better way of life?” he said.

Najib said the Government wanted to see a Malaysia that would make a quantum leap from the current US$7,000 (RM23,100) per capita annual income to US$15,000 (RM49,500) in 10 years.

“The New Economic Model must be built from here,” he said when unveiling the NEM’s framework at Bursa Malaysia’s Invest Malaysia 2010 conference yesterday.

Najib said the NEM must also include a commitment to sustainability, not only in the country’s economic activities but also in the impact of economic development on the country’s environment and precious natural resources.

“There is little value in pursuing a future based entirely on wealth creation, pursuing growth that depletes resources and displaces communities (which) will have dire consequences for future generations.

“This is a false and futile choice.

“High and sustained growth and environmental stewardship can and must go hand-in-hand,” he said.

Najib said inclusiveness – the third principle – was a key prerequisite for fostering a sense of belonging and engagement in the NEM.

He said an inclusive NEM would ensure that no one was left out in contributing to and sharing in the creation of wealth as the country progressed.

“While perfect equality is in reality impossible to achieve in an open, global economy, an inclusive society will ensure that we can narrow inequalities in our nation, help those who need help most and engage all of Malaysia’s talents in our effort to build a competitive economic workforce,” he said.

Najib said to fully meet these new challenges, a change in the national mindset would be required.

“In the short-term, there will be entrenched opposition. But for the long-term strength of our nation, we cannot afford to duck these issues any longer. If we are to truly tackle inequality and become a beacon of progress in our region, we must bring a sense of urgency to reform,” he added.

To achieve this transformation, Najib said the following eight strategic reform initiatives would be focused on:

> Re-energising the private sector to lead growth;

> Developing a quality workforce and reducing dependency on foreign labour;

> Creating a competitive domestic economy;

> Strengthening the public sector;

> Putting in place transparent and market-friendly affirmative action;

> Building knowledge based infrastructure;

> Enhancing the sources of growth; and

> Ensuring sustainability of growth.

http://thestar.com.my/archives/2010/3/31/neweconomicmodel/n_01mida.jpg

berita tak penting, yang penting gambar nyer itu! heheheheh... front cover lagi

KiNgX
02-04-10, 12:52 AM
Penyelidik USM temui kaedah beza daging ayam dan babi

GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan “ribose”.

Menerusi kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Ketua Penyelidik USM, Prof Azhar Mat Easa, berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya. "Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya," katanya pada sidang media di USM hari ini, yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F M Alkarkhi.

Azhar, yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, berkata dengan menggunakan alat dikenali “spectrophotometer”, julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.

Katanya, hasil ujian berkenaan akan mendapati warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi.

"Menerusi ujian berkenaan orang ramai khususnya pengguna Islam kini tidak perlu rasa was-was ingin menikmati daging ayam kerana keputusan akan diketahui dalam tempoh kurang dua jam untuk membezakannya dengan daging babi," katanya.
Azhar berkata, kaedah baru itu telah difailkan untuk paten dan ia juga boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana.

Katanya, kaedah itu juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin babi dan lembu serta boleh digunakan dalam industri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.

Kos mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala ribose berharga RM15 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak empat gram. - Bernama

KiNgX
03-04-10, 04:16 AM
Influenza H1N1 Meningkat Purata 50 Kes Positif

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Situasi pandemik Influenza A (H1N1) sejak tiga minggu lalu menunjukkan peningkatan purata 50 kes positif berbanding 20 kes pada bulan Januari dan Februari.

Jumlah kes terkumpul sehingga kini adalah 12,688 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan.

Katanya terdapat 380 kes baru dengan gejala serupa Influenza ILI) yang dirawat di hospital di seluruh negara.

Jumalah terkumpul kematian kekal pada 77 orang sehingga kini, tambah beliau.

"10 kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu ini, melibatkan negeri-negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka," kata beliau.

Memandangkan kejadian kluster banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan institusi, Liow menasihatkan pelajar serta ibu bapa mengamalkan langkah pencegahan seperti mendapat rawatan segera, tinggal di rumah dan tidak ke sekolah, kerap basuh tangan, pakai penutup hidung dan mulut, amalkan adab batuk yang baik serta hidup sihat iaitu dengan mengambil diet yang seimbang.

Beliau berkata suntikan H1N1 kini dibuka kepada orang awam yang berisiko tinggi seperti wanita hamil, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan pesakit yang menghidapi penyakit kronik.

Katanya suntikan boleh didapati di 104 fasiliti kesihatan yang telah dikenal pasti.

Maklumat lengkap fasiliti kesihatan kerajaan boleh diperolehi melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.

-- BERNAMA

KiNgX
03-04-10, 02:47 PM
Astro henti program 3 hari

KUALA LUMPUR: Astro menghentikan sementara siaran program menampilkan Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, selama tiga hari berturut-turut mulai semalam sebagai menghormati permintaan keluarganya.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah, berkata slot itu digantikan dengan kapsul khas bagi mengenang pembabitan Din dalam bidang seni. Kematian Din satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air kerana kepelbagaian bakat dimilikinya, katanya ketika ditemui selepas pengebumian Din di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong di sini, pagi semalam.

Kira-kira 1,500 orang menghadiri pengebumian Allahyarham yang juga penyampai radio popular, Era. Allahyarham selamat dikebumikan jam 10.30 pagi selepas dimandi dan dikafan di rumah ibu mentuanya sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Fai Izin Desa Jaya, Taman Ehsan.

Antara yang mengiringi jenazah ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Zainir. Adik ipar Allahyarham, Shariffuddin Che Man, berkata laporan perubatan mengesahkan kematian abang iparnya berpunca daripada Sindrom Denggi Mengejut (DSS) yang menyebabkan kegagalan organ dalaman berfungsi.

Kematian Din bukan disebabkan kencing tikus, tetapi akibat DSS. Pasukan perubatan sedaya upaya memulihkannya, namun arwah tidak menunjukkan apa-apa perkembangan positif hingga ke akhir hayatnya.

Alhamdulillah, kebanyakan ahli keluarga kecuali ayahnya yang uzur berada di hospital malam tadi (kelmarin). Arwah pergi cukup mudah dan kami reda dengan pemergiannya, katanya.

KiNgX
05-04-10, 10:36 AM
'Saya bukan pelacur'

KUALA LUMPUR: Dia cukup dikenali di kalangan artis lelaki tempatan termasuk pelakon dan penyanyi daripada program realiti serta golongan korporat kerana kepakarannya memulihkan masalah lemah tenaga batin.

Tidak hairanlah wanita tukang urut ini mendakwa pernah melakukan urutan batin terhadap lebih 1,000 pelanggan lelaki yang kemaruk teknik urutan istimewa ditawarkannya.

Wanita ini bukan calang-calang tukang urut kerana mendakwa mempunyai kepakaran khusus bagi menambah kekuatan syahwat lelaki berikutan ilmu dipelajari melalui beberapa `guru’ berpengalaman.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lia, 43, mendakwa langsung tidak berasa jijik terhadap kerja dilakukan dengan alasan tugasnya hanya untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin.

Lebih mengejutkan, apabila suaminya yang bekerja di sebuah badan berkanun langsung tidak mengetahui aktiviti dilakukan kerana menyangka wanita terbabit sekadar bekerja sebagai bidan serta tukang urut wanita baru bersalin.

Lia berkata, kerjayanya sebagai tukang urut bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas diajak bekerja oleh rakannya di sebuah pusat urutan di Pandan Jaya, Ampang.

Menurutnya, dia yang ketika itu masih muda dan naif tertarik dengan pekerjaan itu selepas ditawarkan pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

“Saya mulanya menyangka ia sekadar urutan tradisional biasa, namun terkejut apabila pemilik pusat urutan tradisional terbabit memberitahu saya perlu melakukan urutan batin bagi mendapatkan lebih komisen.

“Walaupun kekok dan malu, selepas diajar serta diberikan `kelas’ bimbingan oleh beberapa pekerja senior, saya mulai biasa dengan tugas itu,” katanya selepas dipujuk wartawan menceritakan pengalaman kerjayanya.

Menurutnya, bagi setiap bayaran urutan batin dilakukan, pelanggan membayar tambahan RM50 selain kos urutan RM60.

“Daripada bayaran RM50 bagi urutan batin, saya menerima komisen RM20 manakala baki RM30 lagi diambil tauke.

KiNgX
06-04-10, 09:56 PM
Harga setem naik mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya. Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa.

"Dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan penyusutan berterusan jumlah mel awam dan Pos Malaysia telah mengambil langkah untuk mengawal kos di samping mengekalkan produktiviti kami.

"Pada masa yang sama, ini telah menjejaskan keupayaan syarikat melaraskan gaji posmen dan kerani kaunternya yang 19 peratus lebih rendah daripada rakan sejawatan mereka dalam kerajaan. "Penstrukturan semula gaji posmen dan kerani kaunter akan dilakukan serentak dengan kenaikan harga setem pos domestik," katanya.

Penstrukturan semula gaji akan menjadi satu rangsangan moral bagi kaki tangan operasi sejajar dengan langkahnya untuk meningkatkan prouktiviti dan komitmen mereka ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen.

Kenaikan harga ini juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan mel bukan standard melebihi 100 gram hingga dua kilogram, Peti Surat, beg berkunci dan serahan tingkap.

Pada masa ini, setem pos domestik (30 sen bagi mel standard yang beratnya hingga 20 gram) adalah yang terendah dalam Asean selepas Thailand.

Dalam kalangan negara Asean, harga setem pos domestik Filipina (pada berat yang sama) adalah yang tertinggi iaitu 66 sen, diikuti oleh Singapura (62 sen), Indonesia (54 sen) dan Brunei (47 sen).

Sementara itu, sejajar dengan aspirasi 1Malaysia Kerajaan, Pos Malaysia akan memperkenalkan Mel Rakyat pada Mei untuk memenuhi keperluan orang yang masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos pada harga yang lebih rendah.

Mel Rakyat yang bentuk dan fungsinya serupa dengan mel udara, akan dikenakan kadar tunggal 30 sen bagi penghantaran ke mana-mana alamat dalam Malaysia.

Dengan Mel Rakyat, pelanggan individu yang menyumbang sembilan peratus jumlah mel Pos Malaysia, masih mempunyai pilihan menikmati kadar pos yang lebih rendah bagi keperluan mel domestik mereka. - Bernama

KiNgX
06-04-10, 09:58 PM
Khidmat bas di Puduraya pindah ke Bukit Jalil mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan bas ke utara dan selatan yang sebelum ini beroperasi di Hentian Puduraya akan dipindahkan sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil, bersebelahan stadium hoki bermula 12 April ini.

Pemangku Pengurus Seksyen Komunikasi Korporat Uda Holdings Berhad, Zuhaznim Izzudin, berkata perpindahan itu adalah bagi melancarkan kerja menaiktaraf dan penambahbaikan Hentian Puduraya yang dijangka mengambil masa empat bulan.

Namun begitu, katanya, perkhidmatan teksi ke Genting Highlands dan kereta sewa yang menghala ke arah utara dan selatan masih beroperasi di Hentian Puduraya.

"Pengguna boleh ke terminal sementara itu dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, teksi dan bas dan sehubungan itu perkhidmatan bas RapidKL disediakan untuk perjalanan dari Bukit Jalil ke Hentian Puduraya dan sebaliknya dengan kekerapan 15 minit setiap ketibaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhaznim berkata, gerai makan dan ruang niaga serta kemudahan awam seperti surau dan tandas awam disediakan di kawasan tempat letak kereta Stadium Hoki Bukit Jalil bersebelahan dengan terminal sementara itu.

Katanya, bagi memudahkan pengguna, kaunter pertanyaan di bawah seliaan Uda Mall turut disediakan di Hentian Puduraya dan terminal sementara Bukit Jalil dan sebarang maklumat lanjut mengenai pemindahan tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian hotline 03-20787017 dan 03-20786018. - Bernama

KiNgX
07-04-10, 11:04 AM
7.8 earthquake off Sumatra

JAKARTA, Indonesia (AP): A 7.8 earthquake shook Indonesia's northwest island of Sumatra early Wednesday, prompting a tsunami warning and sending residents rushing for higher ground. There were no immediate reports of widespread damage.

The quake struck at 5:15 a.m. (2215 GMT) and was centered 125 miles (205 kilometers) northwest of Sibolga in Sumatra at a depth of 28.6 miles (46 kilometers), the US Geological Survey said.

The Indonesia Meteorology and Geophysics Agency issued a tsunami warning following the quake, which struck as people in the region were preparing for morning prayers.

"We issued a tsunami warning and are still monitoring situation there," said Fauzi, an official at the agency's Jakarta office. Fauzi, who uses a single name, said there were no immediate reports of damage or casualties.

The Pacific Tsunami Warning Center in Honolulu also issued a tsunami watch. The center said no tsunami threat existed for other coastal areas in the Indian Ocean, although some areas could experience small sea level changes and strong or unusual coastal currents.

Local media reports said the quake caused panic in North Sumatra's capital of Medan and other cities in the province. Electricity was cut in Medan.

People in some cities along the southeastern coast of Sumatra as well as Sinabang on Simeulue island and Gunung Sitoli on nearby Nias island poured into the streets and rushed to higher ground, reports said.

Some residents of apartments and high-rise buildings in Petaling Jaya reported they felt the tremors.

ReD_ElmO
15-04-10, 08:45 AM
- UTUSAN MALAYSIA -

Lagi kanak-kanak mati didera


Oleh TAN MING WAI
[email protected]

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0415/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg
SEORANG daripada anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan tangisan semasa mengunjungi mangsa di rumah keluarganya di Pangsapuri Bayu Taman Bukit Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 14 April - Kisah kematian dua kanak-kanak malang, K. Harreswaral, 1, dan Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera secara sadis pada Mac dan Februari lalu masih segar di ingatan.
Namun, ia seakan-akan tidak mencetuskan keinsafan apabila kejadian sama berulang dan kali ini membabitkan kanak-kanak perempuan Lee Swee Hui yang berusia tiga tahun.
Cukup menyayat hati, pada tubuh mayat kanak-kanak tidak berdosa itu terdapat lebih daripada 30 kesan lebam dan luka di badan, dahi serta pipi.
Siasatan awal polis mendapati kecederaan pada Swee Hui dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.
Menurut doktor, lebam-lebam dialami mangsa merupakan kesan kecederaan yang dianggarkan baru seminggu lalu.
Swee Hui dihantar ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan, dekat sini oleh bapa tirinya pada pukul 7.45 pagi setelah mendapati dia tidak sedarkan diri.
Mangsa disahkan meninggal dunia di situ dan bapa tirinya, seorang penganggur yang berusia 27 tahun ditahan selepas pihak hospital menghubungi polis.
Ibu kandung Swee Hui, 24, seorang suri rumah, turut ditahan di pangsapuri di Jalan BS 14/2A, Bukit Serdang beberapa jam kemudian untuk membantu siasatan.
Difahamkan, mangsa selama ini dijaga oleh pengasuh dan pasangan tersebut hanya mula menjaganya sepenuh masa semula sejak sebulan lalu.
Pasangan itu yang telah berkahwin setahun lalu turut mempunyai seorang bayi lelaki berusia tiga bulan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
"Pemeriksaan lanjut doktor tidak menunjukkan sebarang kecederaan lain seperti serangan seksual. Punca sebenar kematian hanya akan diketahui setelah bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa.
"Buat masa ini, polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa untuk siasatan lanjut. Polis akan menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Harreswaral yang merupakan anak tunggal penerbit filem bebas, A. Karigalan dan K. Thilagawathy, disahkan mati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12 tengah malam, akibat kecederaan serius di seluruh badan.
Kejadian itu berlaku genap seminggu selepas kematian Syafiah Humairah, 3, yang didakwa didera oleh teman lelaki ibunya, Mohd. Fazli Azri Jamil, 28.
Dalam pada itu, seorang jiran Swee Hui yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsul, 30, berkata, dia sering mendengar jeritan dan tangisan mangsa dari rumahnya di tingkat dua pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, dia dan jiran-jiran lain menyedari perkara itu namun menyangka ia merupakan perkara biasa.
"Kadang-kadang jeritan dan tangisan didengari pada lewat tengah malam dan berlanjutan sehingga 10 atau 15 minit.
"Kami sebelum ini juga tertanya-tanya rumah mana dan akhirnya terjawab hari ini," jelasnya yang bekerja sebagai pemandu lori.

ReD_ElmO
15-04-10, 08:50 AM
- UTUSAN MALAYSIA -


Bayi sembilan bulan mati tercekik bebola ikan

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0415/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_03.1.jpg
WAN Arif Fadhla Wan Yusof membawa jenazah bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik, semalam.


TAMPIN 14 April - Seorang bapa tidak menyangka keadaan bayi lelakinya berusia sembilan bulan yang ceria pada pagi ini sebenarnya merupakan detik perpisahan dia dengan anaknya itu.
Kali terakhir Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, menyaksikan keceriaan anaknya, Wan Nur Alif, adalah semasa menghantarnya ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), Jalan Cantik dekat sini pada pukul 7.30 pagi ini.
Namun tiga jam selepas itu, bayinya, Wan Nur Alif disahkan meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan.
"Saya rasa baru saja tinggalkan dia (Wan Nur Alif). Tak sangka pula, pukul 10.30 pagi dia dah meninggal dunia. Kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama kanak-kanak lain antara pukul 9 dan 10.30 pagi.
"Tiba-tiba dia terjatuh dan tubuhnya bertukar menjadi lebam," katanya ketika dihubungi sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu, bersama jenazah Wan Nur Alif untuk dikebumikan.
Wan Arif Fadhla yang merupakan kakitangan di Jabatan Penerangan Daerah Rembau berkata, pihak pengasuh membawa anaknya itu ke Hospital Tampin yang jaraknya hanya 50 meter dari tempat kejadian.
Tambahnya, anaknya kemudian disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Jelasnya, dia telah dihubungi oleh isterinya, Nur Azita Ibrahim, 31, pada pukul 11.15 pagi tadi yang ketika itu sedang mengajar di sebuah sekolah di bandar ini.
"Dia memaklumkan anak saya berada di Hospital Tampin dan seluruh badannya sudah bertukar kebiru-biruan.
"Bila saya tiba di hospital, mereka memberitahu anak saya itu telah meninggal dunia kerana tidak boleh bernafas akibat tercekik bebola ikan," katanya.
Wan Arif Fadhla kesal dengan kecuaian pihak pengasuh yang menyediakan sarapan bercampur bebola ikan kepada bayi yang tidak mampu untuk mengunyah.
Berikutan itu Wan Arif Fadhla telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Saya membawa jenazah anak ke kampung isteri untuk dikebumikan lewat petang ini," katanya dalam nada sedih.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
"Kita telah menerima laporan yang dibuat oleh ibu dan bapa bayi malang itu dan pihak polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"Kita telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil pengusaha taska terbabit untuk memberi keterangan," ujarnya.

XMen
15-04-10, 11:44 AM
21 wanita disyaki pelacur ditahan polis

15/04/2010 10:56am - UTUSAN MALAYSIA


PULAU PINANG 15 April - Sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang berjaya menahan 21 wanita tempatan dan China disyaki pelacur.
Mereka ditahan selepas satu serbuan dibuat ke atas sebuah hotel di Jalan Macalister di sini semalam yang dipercayai dijadikan pusat spa dan refleksologinya untuk mengaburi pihak berkuasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata, dalam operasi pukul 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai penganjur dan tiga lelaki yang merupakan pembantunya.
"Semasa serbuan kita menghadapi sedikit kesulitan selepas pengurus pusat spa berkenaan enggan memberi kerjasama dan polis terpaksa memecahkan sebuah bilik di situ yang dikunci dari dalam.
"Dalam bilik itu terdapat tiga wanita tempatan dalam keadaan bogel dan dipercayai telah menjalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Abdullah berkata, pemeriksaan lanjut, polis menahan lapan wanita warga China sedang bersembunyi di bilik air dan bawah katil di pusat spa berkenaan.

Wan Abdullah berkata, semasa pemeriksaan di tingkat tiga hotel berkenaan, polis menahan 10 wanita warga China dan merampas kondom yang telah dan belum digunakan, pelincir, resit hotel, serta wang tunai dipercayai hasil daripada perkhidmatan yang ditawarkan.
Beliau menambah, dalam serbuan itu polis turut menahan dua lelaki yang merupakan pengurus spa berkenaan dan seorang wanita dipercayai bertindak ssbagai ‘ibu ayam’ serta empat lelaki lain yang merupakan pelanggan untuk membantu siasatan. - Bernama

KiNgX
21-04-10, 12:21 AM
Selain gula, kurangkan juga pengambilan garam: Liow

HULU SELANGOR: Selain daripada mengurangkan pengambilan gula, orang ramai disarankan supaya mengurangkan pengambilan garam ataupun natrium dan sodium dalam makanan mereka, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata saranan pengurangan garam tidak melebihi satu sudu atau lima gram dibuat berikutan hasil kajian di Hong Kong yang mendapati beberapa produk makanan dalam tin seperti daging lunceon dan sardin mempunyai kandungan natrium atau sodium yang tinggi. Kajian di Hong Kong itu yang dilaporkan agensi berita antarabangsa pada 15 April lalu, mendapati kandungan natrium dalam makanan melebihi saranan pengambilan harian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Daging lunceon dan sardin dalam tin merupakan makanan yang terproses dan makanan sebegini mengandungi garam, air dan bahan pengawet seperti natrium nitrat, kalium nitrat, natrium nitrit atau kalium nitrit. "Natrium boleh digunakan sebagai ramuan makanan atau bahan pengawet," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kempen kurangkan gula di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kerling, di sini hari ini.

Beliau berkata di Malaysia, pelabelan bagi nitrat tidak diwajibkan memandangkan fokus pelabelan pemakanan hanya bagi empat nutrien utama -- tenaga, protein, karbohidrat dan lemak, dengan pemantauan ke atas kandungan natrium hanya dibuat bagi makanan terproses. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, standard bagi garam (natrium klorida) ditetapkan di bawah peraturan 283, di mana garam perlu mengandungi tidak kurang daripada 95 peratusan natrium klorida.
Bagaimanapun, beberapa standard makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mempunyai peruntukan membenarkan penambahan garam, dengan peruntukan khusus bagi paras garam atau natrium yang perlu tambah seperti untuk belacan, cincalok, sos ikan, ikan kering dan pekasam (jeruk).

Liow berkata peratuan Diet Makanan 2010 menyarankan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu atau lima gram garam, bersamaan 2000 miligram natrium sehari, dan ini selaras dengan saranan WHO (2007). "Berdasarkan kajian pengambilan makanan di kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan natrium di kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 2,575 mg sehari.

"Ini menunjukkan rakyat Malaysia mengambil natrium melebihi jumlah yang disarankan. Kajian yang sama juga mendapati pengambilan garam yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah," katanya.

Berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2010 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat beberapa contoh makanan yang tinggi kandungan natrium melebihi paras 480 mg natrium seperti -- kacang panggang (tin), sayur/sayur jeruk (tin), sup tomato (tin), ayam goreng (makanan segera), kari ayam (tin), kiub ayam, rendang daging (tin), kari daging (tin) dan sardin (tin). Selain itu kicap pekat dan kicap cair, kondimen seperti sos tomato/cili/tiram, cincalok dan belacan juga melebihi paras 480 mg natrium.

Sehubungan itu, Liow menyeru orang ramai mengurangkan penggunaan garam dan sos dalam makanan selain kurangkan pengambilan makanan dalam tin, dijeruk atau makanan digaramkan seperti telur masin. "Utamakan makanan segar seperti daging segar berbanding daging ditinkan. Rendam dahulu makanan yang bergaram (seperti ikan masin/ikan bilis) sebelum dimasak untuk membuang garamnya.

"Sekiranya membeli makanan terproses, baca panel maklumat pemakanan pada label makanan untuk mengetahui kandungan garam dan pilihlah produk yang mengandungi kurang kandungan natrium," katanya. - Bernama

KiNgX
23-04-10, 12:04 PM
Bogel bawah katil nenek

ALOR STAR: Seorang nenek berusia 70-an terkejut dan hampir pitam apabila mendapati seorang lelaki dalam keadaan bogel bersembunyi di bawah katilnya ketika dia tidur di rumahnya di Kampung Bukit Cekoh, di Langkawi, awal pagi kelmarin.

Warga emas itu hanya menyedarinya selepas sepasukan anggota penguat kuasa agama membuat pemeriksaan di rumahnya kira-kira jam 1 pagi. Lelaki berbogel itu yang juga seorang warga Indonesia berusia 40-an itu dipercayai masuk ke rumah warga emas itu melalui celah lubang tandas selepas melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) yang membuat pemeriksaan di rumah teman wanitanya yang terletak bersebelahan rumah berkenaan.

Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu kira-kira jam 1 pagi dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan bersama empat anggotanya dan dua anggota polis. Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan itu, pihaknya mendapati sebuah rumah yang disyaki berada dalam keadaan tertutup dan berkunci dari dalam serta gelap.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita warga Indonesia berusia 38 tahun yang memakai kemeja-T dan berkain batik membuka pintu rumah dan berpura-pura bertanya tujuan kedatangan kami ke rumah itu. “Kami kemudian meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan di rumah terbabit dan wanita itu membenarkan kami berbuat demikian dengan alasan hanya dia yang berada di rumah itu.

“Namun, sebaik hendak melangkah masuk, seorang anggota kami ternampak kelibat seorang lelaki melarikan diri melalui celah lubang bilik air di sebelah rumah menyebabkan mereka terpaksa mengetuk pintu rumah sebelah yang didiami nenek berkenaan untuk meminta bantuan,” katanya, semalam.

Saiful Aswad berkata, warga emas itu kemudian membuka pintu dan terpinga-pinga apabila melihat kehadiran penguat kuasa Padal serta anggota polis ke rumahnya pada awal pagi kerana dia tinggal seorang diri. Beliau berkata, selepas diberitahu tujuan mereka, nenek berkenaan membenarkan rumahnya diperiksa dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki berbogel bersembunyi di bawah katilnya di dalam bilik tidur rumah itu dalam keadaan ketakutan.

“Kami terpaksa mengambil tuala di dalam bilik nenek itu dan menyuruh lelaki itu menutup badannya sebelum membawanya ke rumah teman wanitanya untuk siasatan lanjut. “Pasangan itu akhirnya mengaku bersekedudukan sejak sekian lama selepas gagal menunjukkan sijil pernikahan,” katanya.

Menurutnya, wanita itu mendakwa baru bercerai tiga bulan lalu dan mempunyai dua anak bersama bekas suaminya yang kini berusia sekitar lima dan enam tahun yang menetap di Indonesia. Katanya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat Padal untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

KiNgX
23-04-10, 11:56 PM
Disruptions to Internet services until May 2

KUALA LUMPUR: Repairs to a fault in the submarine cable network linking Malaysia to Europe and the United States is expected to cause disruptions in nationwide Internet services from Saturday until May 2. However, Telekom Malaysia Berhad (TM), in a statement here Friday, said it was taking active steps to minimise disruptions by adding additional links on other routes and coordinating with other international carriers to provide additional bandwidth for its customers.

"Despite these initiatives, customers using Internet services nationwide may experience some degree of service degradation, such as slow browsing while accessing international websites. "Customers using Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to Europe and the US will be assured minimal degradation of service, if any," the TM statement added. TM will also provide necessary updates on the progress of the restoration works.

"We apologise for any inconveniences caused by this disruption, but would like to assure customers that we are undertaking all necessary measures to ensure that customers experience uninterrupted service." Customers can call TM at 100 and select "Technical Assistance" or e-mail [email protected] for any Internet-related problems.

ReD_ElmO
26-04-10, 09:37 AM
Tukang urut lari bogel

Oleh Abdullah Wahab
[email protected]
2010/04/26

(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tukangurutlaribogel/Article/art_pos)


KLANG: Memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.
http://www.hmetro.com.my/articles/Tukangurutlaribogel/pix_middle
MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah spa malam, kelmarin.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.
Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.

“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu.

Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri.

Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.

Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.

KiNgX
28-04-10, 07:51 PM
SKMM terima 165 aduan terhadap laman web, tutup 81 laman lucah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata daripada jumlah tersebut, 90 aduan adalah bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu. "Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.

Selain itu, laporan penyalahgunaan juga akan dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube," katanya ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara hari ini, yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.

Katanya, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan oleh SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan dan sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak tersebut.

Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, SKMM setakat ini sudah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.

"Ada antara laman web sosial yang turut mengandungi elemen lucah walaupun telah mendapat aduan tetapi tidak dapat diambil tindakan memandangkan moderator laman web tersebut mendapati ia dianggap tidak lucah disebabkan oleh faktor budaya negara masing-masing," katanya. - Bernama

KiNgX
29-04-10, 12:11 PM
Telefon tiruan di tapak ekspo

PASIR MAS: Sindiket penjual telefon bimbit tiruan dari China dikesan licik mengambil kesempatan menjalankan perniagaan itu untuk menipu orang ramai dengan berselindung di sebalik ‘ekspo mini’ yang dianjurkan di beberapa daerah di negeri ini bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Kumpulan peniaga terbabit dikatakan bergerak dari satu daerah ke daerah mengikut tempoh tertentu untuk memperdayakan pelanggan tempatan untuk bergaya dengan telefon jenama mewah pada harga murah.

Biarpun sedar kualiti ditawarkan tidak memuaskan, namun jenama tiruan menyamai buatan import menyebabkan pembeli tertarik untuk bergaya dengan telefon mewah antaranya model terkenal iPhone dan Blackberry.

Dengan modal antara RM250 hingga RM700, telefon idaman terbabit boleh menjadi milik pelanggan, namun jaminan kualiti dan ketahanan belum dapat dipastikan berikutan tiada jaminan khidmat servis selepas jualan.

Bagaimanapun, kelicikan penganjur ‘ekspo mini’ menawarkan harga telefon bimbit tiruan berjenama popular hanya bertahan seketika sebelum modus operandi mereka berjaya dikesan anggota penguat kuasa.

Dalam operasi dilakukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang, dekat sini, kelmarin sebuah gerai jualan diserbu.

Hasilnya membongkarkan kegiatan tidak bertanggungjawab dilakukan dua lelaki yang dikesan cuba menipu pengguna dengan menjual telefon bimbit tiruan buatan China dan dijual pada harga murah.

Lebih memeranjatkan, sebaik diserbu jam 6.30 petang, lapan gerai jualan yang menawarkan produk sama bertindak menutup operasi gerai mereka kerana bimbang dikenakan tindakan.

Dalam serbuan itu sebanyak 57 unit telefon bimbit jenama Nokia, iPhone, Blackberry serta Sony Ericsson tiruan bernilai kira-kira RM11,500 dirampas.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Pasir Mas, Hanafi Mamat, berkata pihaknya bertindak selepas mendapat aduan daripada orang awam mengenai kegiatan dua lelaki berasal dari Ipoh, Perak itu.

Beliau berkata, serbuan yang diketuainya sendiri itu menyebabkan suasana kecoh di tapak pesta berikutan ada lapan lagi gerai dipercayai turut memasarkan telefon sama buatan China bergegas menutup gerai masing-masing dan melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan kami mendapati semua telefon bimbit terbabit adalah jenama terkenal dan dijual dengan harga murah bagi menarik minat orang ramai.

“Siasatan mendapati telefon bimbit itu hanya dijual dengan harga antara RM250 hingga RM700 berbanding harga asal iaitu mencecah RM2,000 bagi seunit,” katanya.

KiNgX
30-04-10, 06:45 PM
Operasi potong air bil tertunggak di KL, Selangor esok

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air bagi bil tertunggak mulai esok hingga 15 Mei ini di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara kawasan yang terbabit ialah wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Syabas, dalam kenyataan di sini hari ini, meminta orang ramai yang belum menyelesaikan bil tertunggak supaya berbuat demikian secepat mungkin.

"Jika pemotongan dilakukan, mereka akan dikenakan kos pemotongan dan penyambungan semula sebanyak RM50," menurut kenyataan itu.

Pembayaran bil tertunggak boleh dibuat di semua pejabat Syabas, pejabat TNB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Telekom Malaysia, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pos Malaysia.

Bayaran juga boleh dibuat di kaunter bank HSBC, Public Bank, RHB Bank, CIMB Bank, Maybank, Agro Bank, Citibank, EON Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Bank Islam, Affin Bank, Bank Kerjasama Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Mbf Cards Services. - Bernama

KiNgX
02-05-10, 10:18 PM
Kontrak tamat : Petronas serah dua blok minyak kepada Brunei 7 April lalu

KUALA LUMPUR: Petronas semalam mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok L dan M yang diberikan kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Oil Co Ltd pada 2003 sudah ditamatkan pada 7 April lalu kerana blok berkenaan bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.

Petronas dalam kenyataan medianya berkata, Blok L dan M ditandakan semula, masing-masing sebagai Blok CA1 dan CA2 dan syarikat itu dijemput Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir itu atas dasar persetujuan komersial.

Katanya, syarikat sudah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu.

"Kedua-dua pihak komited untuk mencapai satu persetujuan yang memberi manfaat bersama secepat mungkin," katanya dalam kenyataan empat perenggan itu.

Petronas berkata, persetujuan itu dibuat berikutan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac tahun lalu.

"Pertukaran Surat ini adalah kemuncak kepada isu tertangguh antara kedua-dua negara untuk mencapai satu persetujuan yang memberi manfaat bersama, bagi membolehkan Petronas memasuki kontrak perkongsian pengeluaran yang baru bagi kedua-dua blok," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam laman blognya Khamis lalu mempersoalkan sebab kedua-dua blok itu bukan lagi milik Malaysia yang mengakibatkan kerugian kepada negara sekurang-kurangnya AS$$100 bilion (RM320 bilion).

Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu kepada Brunei sebagai pertukaran bagi Limbang.

Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat itu, mengesahkan bahawa konsesi Blok L dan Blok M kini milik Brunei tetapi perjanjian persempadanan laut dan darat dengan Brunei pada Mac 2009 itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun.

"Kaedah kewangan dan operasi bagi melaksanakan persetujuan ini akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua pihak. Ini bermakna dari segi sumber minyak dan gas, perjanjian ini bukan satu kerugian bagi Malaysia,” kata Abdullah.

KiNgX
04-05-10, 10:24 AM
150,000 pelabur rugi lebih RM300j: Orang ramai digesa hindari skim cepat kaya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah.

Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd.

Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap mendapat semula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan bergantung kepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan.

“Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam akaun bank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlah itulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan.

“Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan atau dipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali skim itu,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsa menyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undang sivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunya mengambil masa agak lama.

“Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan penganalisaan bahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta bantuan agensi berkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya.

Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

“Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsa mendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabit dalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggi di luar jangkaan,” katanya.

Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikat atau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama ada menerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

XMen
06-05-10, 10:40 AM
UTUSAN MALAYSIA - 2 lelaki dihukum penjara makan gadis
06/05/2010 3:15am

SAINT PETERSBURG 6 Mei 2010 – Mahkamah Rusia semalam menjatuhkan hukuman penjara dengan kawalan maksimum ke atas dua lelaki yang didapati membunuh dan memakan seorang gadis berumur 16 tahun pada Januari lalu.
Menurut Mahkamah Bandar St. Petersburg, seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan peminat muzik rock Goth dijatuhkan hukuman 19 tahun tahun penjara dengan kawalan maksimum.
Sementara itu, rakan subahatnya yang berumur 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun juga dengan kawalan maksimum.
Menurut mahkamah itu, kedua-dua lelaki itu telah menggoda mangsa untuk datang ke apartmen mereka, di mana mangsa telah dilemaskan di dalam tab mandi sebelum anggota badannya dimasak di dalam ketuhar.
– AP

XMen
06-05-10, 02:09 PM
Kes curi identiti pengguna internet terus meningkat
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
[email protected]
2010/05/06

Pelanggan didapati tak sedar laman web bank dilayari palsu

KUALA LUMPUR: Sebanyak 446 daripada 1,329 kes pencerobohan internet yang dilaporkan pada suku pertama tahun ini membabitkan cubaan mencuri identiti pengguna internet, termasuk kata nama dan kata laluan akaun internet.

Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan Kawalan Mutu Cyber Security Malaysia, Dr Solahuddin Shamsuddin, berkata jumlah itu meningkat 52 peratus bagi tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 214 kes.

Beliau berkata, cubaan mencuri identiti pengguna internet itu berkaitan dengan pencerobohan maklumat akaun pelanggan bank, khasnya bagi mencuri kata nama atau ‘username’ dan kata laluan atau password’ rahsia.

“Penipuan berlaku apabila pelanggan bank tidak menyedari laman web bank yang mereka layari adalah palsu kerana memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan laman web asli.

“Apabila mereka memasukkan kata nama dan kata laluan pada laman web palsu, maklumat peribadi dan akaun mereka dapat dicuri oleh penggodam yang kemudian dimanipulasi untuk pelbagai tujuan penipuan termasuk mengeluarkan wang milik mangsa,” katanya ketika sesi bual bicara sempena pelancaran produk pelindung komputer Kapersky PURE, di sini semalam.

Kapersky PURE adalah produk yang berupaya melindungi komputer daripada pencerobohan dan gangguan termasuk antivirus, kawalan terhadap internet, aplikasi, kata laluan, kata kemasukan, maklumat peribadi dan sistem operasi.
Ketika ditemui selepas majlis itu, Solahuddin berkata, berdasarkan siasatan Siber Security Malaysia, laman web bank palsu yang dilayari mangsa itu berpangkalan di luar negara.

Beliau berkata, apabila menerima aduan berhubung pencerobohan internet, Cyber Security Malaysia menerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) akan melaporkan kepada pasukan bertindak di negara yang dikenal pasti menjadi pusat penceroboh supaya memotong khidmat penyedia khidmat internet (ISP).

“Biasanya kita dapat menghentikan gangguan internet ini dengan pantas hasil hubungan baik Malaysia dengan negara memiliki pasukan seperti MyCert,” katanya.

Sementara itu, Solahuddin berkata, 80 peratus atau 504 daripada 1,329 kes pencerobohan internet yang dipandang serius pihaknya ialah perbuatan merosakkan laman web termasuk milik agensi kerajaan.

Beliau juga berkata, sebanyak 3,564 kes pencerobohan internet dilaporkan sepanjang 2009 dengan 1,766 membabitkan pencerobohan terhadap sistem, manakala cubaan mencuri identiti pengguna internet sebanyak 1,022 kes.

“Kita mengambil berat perbuatan merosakkan laman web kerana ia akan mengganggu perjalanan sistem internet agensi yang terbabit, proses capaian dan perayauan selain menimbulkan kekeliruan kepada pengguna,” katanya

KiNgX
06-05-10, 10:06 PM
Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama

ReD_ElmO
07-05-10, 10:53 AM
Pulih dara warisan ibu

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
[email protected]
2010/05/07


Pening2 .....



LEDANG: Akibat percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin, dua remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa melalui ‘ritual’ pelik termasuk melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan bomoh berkenaan.
Tok Muda yang berusia 19 tahun mendakwa boleh mengembalikan selaput dara melalui ilmu diperturunkan ibunya yang kononnya pakar sakit puan di sebuah hospital pakar swasta di Johor.

Dalam kejadian di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira jam 11 malam, 30 April lalu, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan menuruti kehendak Tok Muda terbabit, namun apabila suspek mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mereka, mereka terpaksa menuruti kehendaknya.

Sumber memberitahu, kedua-dua perempuan berkenaan yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi seorang rakan lain sebelum berhubung melalui telefon selama empat bulan.

Katanya, pertemuan pertama mereka di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan ketika itu seorang daripada mangsa menceritakan masalahnya yang kehilangan dara ingin memulihkannya.

Katanya, lelaki terbabit memberitahu dia mempunyai kebolehan memulihkan selaput dara berdasarkan ilmu diperturunkan ibunya yang bertugas sebagai pakar sakit puan sebelum mereka bersetuju menyewa bilik di sebuah pusat peranginan di sini pada hari kejadian.

“Apabila tiba di situ, Tok Muda mendakwa kononnya dia tahu sama ada seseorang itu masih dara atau tidak dengan hanya melihat tahi lalat di punggung serta bentuk tubuh wanita dan meminta kedua-dua mangsa berbogel di dalam tandas.

“Mangsa menuruti arahan suspek dan ketika berbogel, gambar mereka dirakam lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas itu suspek memberitahu kedua-dua mangsa mereka tiada dara, namun mendakwa dia boleh mengembalikan selaput berkenaan dengan syarat perlu melalui ritual iaitu hubungan seks tiga serangkai dengannya.

Katanya, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan mengikuti kehendak suspek, namun terpaksa akur selepas diugut gambar bogel mereka akan disebarkan jika berdegil.

Selesai dan puas melakukan upacara pelik itu, keesokannya lelaki terbabit meninggalkan mangsa di sebuah kedai dengan alasan terpaksa pulang segera kerana mendapat berita kematian ahli keluarganya.

“Alasan diberikan suspek diragui mangsa menyebabkan mereka pergi ke rumahnya di Johor Bahru sebelum mendapati ditipu. “Keluarga suspek mengakui tiada kematian berlaku menyebabkan kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis menahan suspek di sebuah rumah di Johor Bahru, Selasa lalu.


Katanya, soal siasat mendapati suspek bukan saja mengadakan hubungan seks, malah memperdayakan kedua-dua mangsa supaya menggadai seutas rantai dianggarkan bernilai RM900 bagi menanggung kos perjalanan dan penginapan di pusat peranginan berkenaan.

“Suspek kini direman seminggu sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa sentiasa mengawasi pergerakan anak perempuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Ini kerana perilaku, tindak-tanduk dan pergaulan sosial anak perlu sentiasa diperhatikan bagi memastikan mereka tidak terbabit pelbagai masalah dan gejala sosia,” katanya.

“Tindakan ini wajib dilakukan ibu bapa bagi memastikan pergaulan anak mereka mempunyai batas tertentu, sekali gus melahirkan generasi yang berguna,” katanya.

ReD_ElmO
07-05-10, 10:56 AM
Zafuan, Rita kena denda

Oleh Murni Wan Omar
[email protected]
2010/05/07


KUALA LUMPUR: “Tidak ada persetujuan daripada keluarga sebelah saya,” kata pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 23, berhubung perkahwinannya dengan dramatis popular, Rita Rudaini yang dilakukan di Thailand beberapa tahun lalu.
Mohd Aidil Zafuan berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Yunus Mohd Zin ketika pasangan itu dihadapkan di sini, semalam atas pertuduhan melakukan nikah tanpa kebenaran.

Hakim Syarie Yunus dalam keputusannya menjatuhkan hukuman masing-masing RM500 atau 15 hari penjara selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mohd Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Mokhtar, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di Majlis Agama Islam wilayah Songkhla, Selatan Thailand pada 25 Februari 2008, jam 9.30 malam.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie, Mohd Sohibul Kahfi Hussin.

Pada 24 April 2009, Yunus yang membuat keputusan dalam kamar bahawa perkahwinan itu sah, bagaimanapun, memerintahkan pasangan itu melaporkan perkahwinan mereka kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti diperuntukkan Seksyen 12 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin pada 8 Julai tahun lalu.

ReD_ElmO
07-05-10, 11:16 AM
Hilang ‘mahkota’ dalam tandas



2010/05/07




MELAKA: Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.

Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah.

ReD_ElmO
07-05-10, 12:03 PM
Saya tidak menyesal

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zaid Salim dan Rohaya Bu-za
[email protected]
2010/05/07



HULU TERENGGANU: “Saya tidak menyesal dan berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang serta membesarkan bayi ini walaupun tidak pernah memiliki pengalaman sebagai ibu,” kata pelajar berusia 16 tahun yang melahirkan anak kelmarin, hasil hubungan sulit dengan rakan sekolahnya di sini.
Menurutnya, walaupun memiliki tanggungjawab baru sebagai ibu, dia tidak berhasrat meninggalkan alam persekolahan sebaliknya akan meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar selepas habis tempoh pantang demi masa depannya dan anak lelaki yang sehingga kini masih belum diberi nama.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, bayi berkenaan hasil hubungan terlarang dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang dikenalinya sejak kecil dan menuntut di sekolah sama.

Menceritakan semula perhubungan sulit mereka, gadis bersikap pendiam itu memberitahu dia melakukan seks bersama remaja lelaki terbabit selepas pasangannya yang juga tinggal di Felda Jerangau memasuki biliknya melalui tingkap tanpa disedari keluarga kira-kira jam 9 malam tahun lalu.

“Antara kami tidak ada hubungan cinta dan melakukan seks atas dasar suka sama suka selain menganggap lelaki berkenaan sebagai kawan biasa. Saya boleh memaafkan dia tetapi enggan bertemu lagi dengannya selepas ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Hulu Terengganu (HHT), di sini, semalam.

Dia berkata, disebabkan tidak mengetahui apa-apa mengenai seks, dia akhirnya menurut saja permintaan remaja lelaki berkenaan apabila pasangan itu menyuarakan keinginan untuk melakukannya.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai seks dan ketika melakukan persetubuhan saya hanya mengikut saja ‘arahan’ diberikan lelaki itu sebelum mengulangi perbuatan sama selepas sebulan kemudian,” katanya.

Gadis berkenaan mendakwa selepas dua kali melakukan hubungan seks, dia tidak berasa apa-apa tetapi cemas apabila menyedari berlaku perubahan pada pusingan haid sebelum mengesyaki dirinya hamil, Januari lalu.

Katanya, sejak itu, perjalanan hidupnya berubah dan murung apabila memikirkan perubahan diri berikutan kandungannya yang semakin membesar.

“Bimbang dimarahi keluarga menyebabkan saya nekad merahsiakan kejadian menimpa diri dan semakin hari jiwa saya semakin tertekan serta bingung apabila tidak tahu kepada siapa hendak mengadu,” katanya.

Kelmarin, gadis berkenaan memberitahu ibunya dia sakit perut dan dihantar ke Klinik Kesihatan Felda Jerangau sebelum melahirkan bayi berkenaan dalam tandas klinik berkenaan tanpa pengetahuan ibu yang menemaninya ketika ke klinik berkenaan.

>Air berdarah bongkar rahsia KUALA TERENGGANU: Air bercampur darah yang mengalir dari tandas Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Dungun, di sini, membongkar rahsia kelahiran bayi lelaki oleh pelajar perempuan berusia 16 tahun, pagi kelmarin.

Mengesyaki sesuatu berlaku dalam tandas berkenaan, orang ramai di klinik berkenaan kemudian membuka pintu tidak berkunci menyebabkan remaja yang sudah dua jam dalam tandas itu terkejut.


Bagi menyembunyikan kelahirannya, pelajar terbabit yang berada dalam keadaan mencangkung di atas mangkuk tandas dikatakan memasukkan bayi berkenaan dalam lubang tandas, bagaimanapun usahanya itu gagal apabila tindakan itu disedari orang ramai.

Untuk menyelamatkan bayi hampir lemas dan ibu muda yang kehilangan banyak darah itu, orang ramai segera meminta bantuan kakitangan klinik sebelum menghantar kedua-duanya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT), kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata pelajar terbabit dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di HHT.

Beliau berkata, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Ajil yang pendek akal itu terpaksa bertindak sedemikian kerana bimbang dimarahi ibunya selepas mengadakan hubungan terlarang dengan seorang pelajar lelaki sekolahnya.

KiNgX
15-05-10, 05:00 PM
Penangan ‘janda lori’

ALOR SETAR: Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.

Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.

Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.

Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang ‘beraksi’ dalam kepala lori berkenaan.

Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu. Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.

Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah dilanggannya.

“Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya,” katanya.

Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya. Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.

“Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.

“Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah,” katanya. Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar April lalu apabila isterinya terjumpa telefon bimbit digunakan untuk menghubungi peneman lori terbabit ketika mahu mengambil wang belanja sekolah anaknya.

Wati yang menemani Awang ketika ditemu bual berkata, dia mengesyaki sesuatu yang pelik apabila melihat suaminya memiliki dua telefon bimbit sebelum menyuruh anaknya memeriksa kandungan nombor telefon dan SMS.

Wati berkata, hatinya hancur luluh apabila mendapati hampir semua 150 SMS itu mengandungi kata-kata sayang dan berbaur lucah daripada janda yang ditujukan kepada suaminya.

Isterinya turut menemui nama dan nombor telefon bimbit 10 wanita dipercayai peneman lori dalam telefon bimbit suaminya itu.

Malah, kesan perbuatan Awang menyebabkan anak kedua mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur, mengalami tekanan dan hampir terjun dari bangunan 23 tingkat kerana tidak percaya bapa yang disanjung dan dianggap idola, terbabit kegiatan maksiat.

“Saya menghubungi seorang janda yang bekerja di kedai makanan di sini dan dia mengakui kerap bersama suami menyebabkan hati saya hancur mendengar pengakuannya.

“Selepas berbincang dengan suami untuk berpisah, barulah dia sedar perbuatan buruknya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi demi masa depan anak-anak,” katanya yang kini dalam proses kaunseling bagi memulihkan semangatnya.

Wati berharap, pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi membendung masalah ini kerana kasihan terhadap isteri pemandu lori yang terbabit dalam gejala berkenaan.

tochai
17-05-10, 11:51 AM
Penyanyi (Mael XPDC) rotan anak masuk lokap

Oleh Salman Halmat

2010/05/17
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyirotananakmasuklokap/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyirotananakmasuklokap/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Penyanyi%20rotan%20anak% 20masuk%20lokap',%20'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyirotananakmasuklokap/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyanyirotananakmasuklokap/Article/#)


TANGKAK: Akibat merotan dan memukul anak perempuannya atas alasan mengajar kerana berang apabila remaja itu enggan bersalam dengannya, bekas vokalis kumpulan rock yang popular pada 1990-an ditahan reman empat hari mulai Jumaat lalu.
Dalam kejadian di rumah isterinya di Tanjung Agas di sini, Isnin minggu lalu, penyanyi itu datang melawat anaknya yang tinggal bersama isteri selepas pasangan itu tinggal berasingan berikutan masalah rumah tangga.
Bagaimanapun, hasrat penyanyi berkenaan bertemu anaknya menjadi pengalaman buruk apabila berlaku pertengkaran sebelum penyanyi kumpulan rock itu memukul anaknya.

Sementara itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan yang mendakwa ‘ajaran’ oleh bapanya terlalu kasar, memberitahu ibu sebelum mereka membuat laporan polis.

Menurut sumber, hasil laporan itu, sepasukan polis menahan penyanyi rock berkenaan di rumahnya di Jalan Lama, Muar, kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu.

“Suspek direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan kes memukul remaja terbabit.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000,” katanya.

Difahamkan, selepas membuat laporan polis, mangsa ditemani ibunya ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan kesan dirotan serta pukul selain mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kecederaannya tidak serius dan remaja itu dirawat sebagai pesakit luar.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan penyanyi rock terbabit dan kini menunggu arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sebelum tindakan lanjut termasuk kemungkinan mendakwa penyanyi itu.

ReD_ElmO
17-05-10, 12:36 PM
'Bos...mau Amoi murah RM200'



2010/05/17




KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang giat mencari pelanggan di kaki lima kawasan tumpuan ramai.
Kumpulan bapa ayam yang bergerak secara solo ini dikesan menjadi pengantara kepada kegiatan pelacuran membabitkan pelacur warga asing antaranya dari China, Indonesia dan Thailand.
Namun, kewujudan kumpulan bapa ayam ini mula berkurangan apabila polis kini giat melakukan operasi membanteras golongan itu melalui penyamaran dan tindakan penahanan setiap hari.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, sepasukan anggota polis dikatakan melakukan risikan terhadap kegiatan ‘ulat ayam’ dikesan bergiat aktif terutama pada waktu malam di Jalan Bukit Bintang, di sini.
Menurutnya, selepas beberapa minit tinjauan dilakukan, pihak polis melihat seorang lelaki berdiri tidak jauh dari sebuah hotel sambil menegur beberapa lelaki yang melintas di hadapannya dipercayai menawarkan perkhidmatan pelacur.

“Susulan itu, seorang pegawai polis menyamar sebagai pelanggan sebelum sengaja menghampiri lelaki itu yang segera mendekatinya untuk menawarkan perkhidmatan seks.
“Bapa ayam berkenaan yang langsung tidak menyedari lelaki berkenaan anggota polis segera menyapa sebelum bertanya sama ada anggota polis yang menyamar itu mahukan gadis cantik untuk ditiduri,” katanya.

Menurutnya, tanpa berselindung lelaki berkenaan menawarkan anggota polis terbabit gadis pelacur dari Thailand, China atau Indonesia disediakan dengan harga istimewa.

“Suspek tanpa berselindung memberitahu semua gadis pelacur ditawarkan cantik-cantik belaka dan pelanggan hanya perlu membayar RM200 bagi sekali perkhidmatan.

“Pegawai polis terbabit akhirnya menunjukkan kad kuasa sebelum memberkas suspek dikenal pasti sebagai bapa ayam di kawasan terbabit. Hasil pemeriksaan lanjut suspek berusia 49 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki separuh abad turut diberkas oleh pihak polis selepas dikesan turut menjalankan kegiatan menawarkan perkhidmatan seks kepada orang ramai berhampiran Jalan Bukit Bintang di sini.

Dalam operasi jam 1.15 pagi itu, anggota polis melihat seorang wanita berpeleseran di bahu jalan sambil menarik lelaki yang lalu lalang di hadapannya ke satu lorong sunyi.

“Pihak polis yang yakin suspek menjalankan kegiatan menawarkan perkhidmatan seks kemudian bertindak menghampiri suspek. Sebaik salah seorang anggota polis menunjukkan kad kuasa, suspek sempat melarikan diri sebelum dikejar.

“Pihak polis yang mengejar suspek kira-kira 50 meter kemudian berjaya menahan lelaki berkenaan yang berusia 53 tahun selepas berlaku pergelutan kecil,” katanya,.
Melalui soal siasat, polis yakin suspek terbabit dengan aktiviti pelacuran dan dibawa pulang ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

ReD_ElmO
18-05-10, 11:48 AM
Jerat kasih denda khalwat

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail

2010/05/18



MUAR: Dua wanita yang tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah oleh mahkamah syariah kerana berkhalwat, lega apabila muncul seorang lelaki budiman sanggup menghulurkan wang tanpa menyedari ia ibarat jerat percintaan apabila mereka terpaksa menjadi ‘isteri sanggup’ semata-mata kerana mahu mengelak dihumban ke penjara.
Begitu nasib wanita yang dibiarkan sendirian menanggung denda mahkamah, sedangkan pasangan khalwat mereka yang sebelum ini seronok memadu asmara ketika dicekup pihak berkuasa agama hanya mementingkan diri sendiri.

Kisah pelik tetapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah dan Ani (bukan nama sebenar) yang masing-masing berusia 25 dan 32 tahun apabila terpaksa menjadi isteri kedua dan ketiga seorang usahawan berusia 55 tahun itu.

Azah, 32, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 55 itu dua tahun lalu.

“Sebelum itu saya ditangkap berkhalwat dengan pasangan di sebuah rumah di Segamat dan akibatnya, kami didakwa di mahkamah sebelum didenda selepas didapati bersalah.
“Mulanya, saya ingat teman lelaki jujur, tetapi tanggapan saya meleset apabila dia yang disangka sanggup sehidup semati bertindak di luar batas dan hanya membayar denda untuk dirinya.

“Saya terkejut dengan tindakannya (teman lelaki) kerana sebelum perbicaraan dia berjanji akan bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan di mahkamah,” katanya.


Azah berkata, dia kaget dengan tindakan teman lelakinya yang sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting mencari duit untuk membayar denda atau menghadapi risiko dipenjara dua tahun.

“Saya hanya mampu menangis di luar mahkamah selepas hukuman dijatuhkan. Saya terpaksa meminta penangguhan kepada mahkamah untuk berusaha menjelaskan denda itu,” katanya.

Suri rumah berkenaan berkata, sehari selepas itu, dia didatangi seorang usahawan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu melunaskan bayaran denda.

“Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera menyatakan persetujuan, namun tidak lama kemudian baru niat lelaki itu terserlah apabila saya terpaksa memenuhi satu syarat sebelum dia bersetuju membayar denda terbabit. Syaratnya ialah berkahwin dengannya.

“Takut dengan hukuman penjara, saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan terpaksa mengahwini lelaki itu kira-kira sebulan kemudian,” katanya.

Azah berkata, walaupun terpaksa, dia mengaku hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua.

Menurutnya, setahun kemudian, dia dikejutkan dengan khabar angin suaminya berkahwin satu lagi dengan seorang gadis berusia 20-an menerusi taktik jerat kasih yang sama.

Isteri ketiga yang hanya dikenali sebagai Ani, kini berusia 25 tahun, berkata dia bermadu dengan Azah selepas terpaksa berkahwin dengan suami, juga melalui taktik ‘isteri sanggup’.

Seperti Azah, Ani juga ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, namun tidak mampu menjelaskan denda dikenakan mahkamah.

Bagi mengelakkan kejadian itu diketahui keluarga, dia terpaksa memberikan persetujuan terhadap syarat yang dikenakan lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya sebelum mengadakan upacara akad nikah sebulan selepas itu.

“Kami (Ani dan Azah) bahagia dengan suami walaupun terpaksa berkongsi kasih dan melalui perjanjian yang pelik pada awalnya,” katanya ketika ditemui di rumah Azah di Sungai Abong di sini.

Namun, di sebalik kebahagiaan dua madu ini, pada masa sama kedua-dua wanita terbabit melahirkan kerisauan terhadap sikap suaminya yang seakan-akan ghairah mencari isteri melalui perjanjian pelik terbabit.

Kedua-dua suri rumah sepenuh masa itu yang masing-masing dihadiahkan sebuah kereta bimbang muncul pula madu keempat melalui kaedah jerat percintaan seperti yang dialami mereka sebelum ini.

ReD_ElmO
18-05-10, 12:07 PM
Pekerja curi komputer majikan dirakam CCTV



2010/05/18




KUALA LUMPUR: Biarpun licik namun seorang pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) yang mencuri dua komputer riba milik majikannya masih dianggap bodoh apabila tidak menyedari gerak-gerinya melakukan jenayah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Suspek yang berusia 32 tahun terbabit langsung tidak menyangka rakaman CCTV itu menjadi bukti kukuh bagi membolehkan polis mengesan suspek sebelum memberkasnya Jumaat lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata suspek yang berasal dari Semenyih bekerja di syarikat itu selama setahun sebelum menghilangkan diri selepas melakukan jenayah itu pada 17 Mac lalu.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tersilap perhitungan apabila tidak menyangka perbuatannya itu dirakam CCTV yang diletakkan di pejabat syarikat itu di Plaza Sentral di sini.

“Malah, majikannya membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit dan siasatan awal polis termasuk kesan cap jari membuktikan lelaki itu suspek utama kes kecurian terbabit.

“Hasil maklumat awam dan menerusi rakaman CCTV, sepasukan polis menahan suspek pagi kelmarin. Susulan itu, polis menahan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, rakan suspek yang berusia 44 tahun dan berasal dari Petaling Jaya di sini, dikesan mempunyai 10 rekod jenayah berhubung kes curi di Brickfields.

“Susulan itu, polis memeriksa rumah suspek di Jalan Tun Sambanthan di sini, sebelum menemui jam tangan pelbagai jenama, cincin, subang, rantai, dan kamera pelbagai jenama dipercayai barang curi,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas menyoal siasat suspek, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Seksyen 1, Petaling Jaya, di sini, dan menjumpai sebiji komputer riba, kamera video dan beberapa kotak berisi penuh mercun yang diseludup dari negara jiran.

shytan79
18-05-10, 12:21 PM
Adegan seks ustazah di asrama pelajar

Oleh NUR AISHAH AMIN
[email protected]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0518/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
SALAH satu aksi seorang ustazah bersama pasangannya dalam rakaman video yang tersebar baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

ReD_ElmO
19-05-10, 02:10 PM
Gigolo penyamun

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/05/19


KUALA LUMPUR: Kemahiran memuaskan nafsu wanita gersang dijadikan modal seorang warga Pakistan untuk memperdaya mangsa sebelum merompak selepas melakukan hubungan seks.
Difahamkan, suspek sengaja membuat mangsa keletihan sebelum mengambil kesempatan melarikan barang berharga ketika mangsa tertidur.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang bekerja di pusat karaoke di Bukit Bintang, dikatakan berkenalan dengan lelaki warga Pakistan bernama Sheikh berusia 30-an.

Menurutnya, hasil perkenalan singkat itu, mangsa berusia 41 tahun jatuh hati selepas digoda lelaki berwajah tampan dan tubuh sasa itu.

“Tanpa berfikir panjang, wanita itu yang layu dengan panahan cinta lelaki Pakistan berkenaan terus mengajak mengikutnya pulang ke rumahnya di pangsapuri berhampiran Bukit Bintang.

“Sebaik tiba di kediaman mangsa, lelaki itu menggoda wanita terbabit hingga menyebabkannya cair sebelum diajak melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, sebelum melakukan adegan ranjang, suspek memujuk mangsa menanggalkan rantai leher dipakainya.

“Sebaik rantai leher itu disimpan di dalam laci, mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum mereka melakukan hubungan seks. Difahamkan, mangsa sengaja diberikan layanan istimewa oleh suspek yang berniat membuatkan mangsa letih.

“Mangsa yang diberikan layanan seks istimewa dipujuk tidur oleh suspek yang menyangka mangsa tidak larat bangun akibat keletihan selepas melakukan hubungan seks,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidur-tidur ayam sempat melihat suspek membuka laci untuk mengambil rantai lehernya selain telefon bimbit yang diletakkan tidak jauh dari katil.

“Wanita itu yang cuba bangun menghalang suspek bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa apabila lelaki itu sempat membuka pintu depan dan melarikan diri.

“Mangsa yang terpinga-pinga kemudian cuba mengejar, namun lelaki itu berjaya menghilangkan diri,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang kerugian hampir RM2,000 membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee.




Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang juruhebah radio kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki berhampiran Dataran Merdeka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu, mangsa berusia 43 tahun sedang berjalan kaki menuju ke keretanya sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tiba-tiba berhenti mendadak di hadapannya.
Seorang daripada mereka terus mencekik sebelum menarik jam tangan mangsa manakala rakannya turut merampas dompet mangsa.

KiNgX
22-05-10, 07:44 PM
JPJ cadang kompaun minimum RM300 untuk pesalah liat bayar


BESUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata cadangan itu termasuk dalam pindaan Akta JPJ 1987 yang akan dibentang di Kabinet pada Jun ini. "Jumlah RM300 adalah kompaun maksimum yang dikenakan mengikut akta sekarang, dan dengan pindaan kelak jumlah kompaun minimum bermula dari RM300," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang, di sini.

Solah berkata, langkah itu adalah susulan cadangan pihaknya mengenakan penalti kepada pesalah trafik yang lewat menjelaskan kompaun dan akan dilaksana selepas mendapat persetujuan Kabinet. Beliau bagaimanapun menegaskan langkah mengenakan penalti minimum RM300 kepada pesalah ingkar bukan bertujuan meningkatkan kutipan.

Beliau berkata, masih ada 16.9 juta saman dari tahun 2000 hingga 2008 yang belum dijelaskan dengan nilai kompaun dianggar mencecah RM2.5 bilion. "Selain itu JPJ juga mencadangkan kadar kompaun baru bagi setiap kesalahan trafik selain memansuhkan pemberian diskaun.

"Untuk pemandu semua jenis kenderaan yang melakukan kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas seperti memotong barisan dan kesalahan yang berkait dengan perkhidmatan seperti teksi yang tidak menggunakan meter, JPJ mencadangkan kadar kompaun sebanyak RM300 untuk tempoh sehingga 60 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan," katanya.

Bagi kesalahan yang berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal kepada kenderaan yang menyumbang kepada kemalangan seperti tiada lesen memandu dan berhenti di petak kuning, kompaun adalah RM200 (kurang 30 hari) dan RM300 untuk tempoh sehingga 60 hari.

"Manakala untuk motosikal di bawah 250cc yang melakukan kesalahan demikian bakal dikenakan RM150 (bagi tempoh 30 hari) dan RM200 (60 hari dari tarikh saman dikeluarkan).

"Untuk kesalahan pasif seperti lampu tidak menyala, lampu brek tidak berfungsi yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, pemandu semua jenis kenderaan dikenakan RM150 (30 hari), dan RM200 (30-60 hari). Untuk motosikal bawah 250cc, sebanyak RM100 dikenakan untuk tempoh 30 hari dan RM200 (30 hingga 60 hari).

"Bagi kesalahan lain termasuk lesen memandu tamat tempoh, pemandu semua jenis kenderaan akan dikenakan RM70 (30 hari) dan RM150 (30 hingga 60 hari) sementara motosikal bawah 250cc RM50 (30 hari) dan RM100 (30-60 hari)," katanya.

Solah berkata, jumlah kompaun juga akan diseragamkan antara JPJ, polis dan pihak berkuasa tempatan. - Bernama

Retired
23-05-10, 05:50 AM
JPJ cadang kompaun minimum RM300 untuk pesalah liat bayar


BESUT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata cadangan itu termasuk dalam pindaan Akta JPJ 1987 yang akan dibentang di Kabinet pada Jun ini. "Jumlah RM300 adalah kompaun maksimum yang dikenakan mengikut akta sekarang, dan dengan pindaan kelak jumlah kompaun minimum bermula dari RM300," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Tenang, di sini.

Solah berkata, langkah itu adalah susulan cadangan pihaknya mengenakan penalti kepada pesalah trafik yang lewat menjelaskan kompaun dan akan dilaksana selepas mendapat persetujuan Kabinet. Beliau bagaimanapun menegaskan langkah mengenakan penalti minimum RM300 kepada pesalah ingkar bukan bertujuan meningkatkan kutipan.

Beliau berkata, masih ada 16.9 juta saman dari tahun 2000 hingga 2008 yang belum dijelaskan dengan nilai kompaun dianggar mencecah RM2.5 bilion. "Selain itu JPJ juga mencadangkan kadar kompaun baru bagi setiap kesalahan trafik selain memansuhkan pemberian diskaun.

"Untuk pemandu semua jenis kenderaan yang melakukan kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas seperti memotong barisan dan kesalahan yang berkait dengan perkhidmatan seperti teksi yang tidak menggunakan meter, JPJ mencadangkan kadar kompaun sebanyak RM300 untuk tempoh sehingga 60 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan," katanya.

Bagi kesalahan yang berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal kepada kenderaan yang menyumbang kepada kemalangan seperti tiada lesen memandu dan berhenti di petak kuning, kompaun adalah RM200 (kurang 30 hari) dan RM300 untuk tempoh sehingga 60 hari.

"Manakala untuk motosikal di bawah 250cc yang melakukan kesalahan demikian bakal dikenakan RM150 (bagi tempoh 30 hari) dan RM200 (60 hari dari tarikh saman dikeluarkan).

"Untuk kesalahan pasif seperti lampu tidak menyala, lampu brek tidak berfungsi yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, pemandu semua jenis kenderaan dikenakan RM150 (30 hari), dan RM200 (30-60 hari). Untuk motosikal bawah 250cc, sebanyak RM100 dikenakan untuk tempoh 30 hari dan RM200 (30 hingga 60 hari).

"Bagi kesalahan lain termasuk lesen memandu tamat tempoh, pemandu semua jenis kenderaan akan dikenakan RM70 (30 hari) dan RM150 (30 hingga 60 hari) sementara motosikal bawah 250cc RM50 (30 hari) dan RM100 (30-60 hari)," katanya.

Solah berkata, jumlah kompaun juga akan diseragamkan antara JPJ, polis dan pihak berkuasa tempatan. - Bernama

biasalah kerajaan dah takde duit...sebelum ni di cadangkan naik kepada RM1000.

p/s same reason why football betting is illegal now

wood3
23-05-10, 10:37 AM
biasalah kerajaan dah takde duit...sebelum ni di cadangkan naik kepada RM1000.

p/s same reason why football betting is illegal now

Ini bertepatan dengan motoo . . .RAKYAT DIDAHULUKAN,
apa apa hak kita kena dulu depa VIP,bab saman ni kadang kala ada yg gila saman je kreja dia,mampoih kita kalau jumpa yg perangai gila babas ni.


p/s: saman ekoq speed trap pun la ni hantaq pakai pos laju,dah macam along alaf baru la pulak main PAKSA.

KiNgX
01-06-10, 01:21 PM
Najib Arah Kementerian Luar Selamatkan Sukarelawan Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel semalam.

Katanya, memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terlibat, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain.

"Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar pada hari Selasa.

Seramai 12 rakyat Malaysia, termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal Turki iaitu Mavi Marmara yang diserang Israel.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib kesemua rakyat Malaysia di dalam kapal yang diserang dan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh.

Menurut laporan agensi berita asing, Israel telah menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditahan di dalam kapal itu dan akan mengusir 48 yang lain.

-- BERNAMA

Retired
02-06-10, 05:48 PM
bagi mereka yang nak beli kereta baru.....harap dapat buat pengiraan semula kerana, interest rate bagi loan akan meningkat....

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/2/business/6381651&sec=business

new non-national cars were 3.5% (5-year tenure), 3.75% (7-year) and 3.85% (9-year).
new national cars now stood at 3.85% (5-year tenure), 4% (7-year) and 4.10% (9-year)

EVEN NATIONAL CARS interest rates are higher than imported ones....WHY? cause the government knows that most of malaysians can only afford national cars....cibai

shyme
03-06-10, 10:38 PM
Shy suka berita DUNIA dekat Berita Harian hari ni (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMJepunumumletakjawatan/Article)

PM Jepun umum letak jawatan


2010/06/03

Hatoyama beri alasan gagal pindah markas tentera AS

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama mengumumkan peletakan jawatan semalam, sembilan bulan selepas menang besar dalam pilihan raya berikutan kegagalan beliau memenuhi janji memindahkan pangkalan tentera udara Amerika Syarikat di pulau Okinawa.

Setiausaha Agung Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinannya, Ichiro Ozawa juga antara tokoh parti paling berpengaruh, turut meletak jawatan selepas diminta berbuat demikian. Mereka didakwa terbabit dalam skandal dana politik.

Peletakan jawatan Hatoyama mengakhiri pemerintahan konservatif selama hampir setengah abad selepas kemenangan besarnya dalam pilihan raya Ogos lalu, tetapi reputasinya tercalar, selepas gagal menyelesaikan isu terbabit.

Jutawan berusia 63 tahun itu pernah digelar ‘Kennedy Jepun’, mengumumkan peletakan jawatan pada satu mesyuarat bersama DPJ, dengan memberi alasan pertelagahan isu pangkalan tentera Amerika dan skandal dana politik sebagai punca.

“Saya akan letak jawatan. Tindakan kerajaan tidak mencerminkan kehendak rakyat. Saya memohon maaf kepada anda semua kerana menyebabkan masalah besar,” katanya kepada ahli parlimen pada satu mesyuarat tergempar, sambil berikrar mahu mewujudkan DPJ yang baru.
__________________________________________________ ____________________

Sepatutnya ahli2 politik negara kita macam ni.. Jangan setakat janji tu janji ni untuk dapatkan kepercayaan. X rasa bersalah ke amik gaji mahal2 (dulu penah keje ngan DUN) tapi keje x buat? Tau meeting sana meeting cni tapi keputusan habuk pun tarak... Semua tempat meeting kat tempat2 peranginan hotel2 5 bintang..

BULLSHIT!!!!!

borders
04-06-10, 10:22 AM
Isteri dirogol depan suami
Penjenayah laku perbuatan keji kerana tak puas hati hasil rompakan
TANGKAK: Sekumpulan empat perompak bertindak kejam dengan bukan saja memecah masuk sebuah rumah dan merompak, malah turut merogol seorang suri rumah berusia 40-an di depan suami mangsa dan anak perempuannya berusia 11 tahun, dalam kejadian di Bukit Gambir, dekat sini, awal pagi Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang perompak yang tidak memakai sebarang topeng dan dipercayai warga Indonesia dikatakan bertindak merogol mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil rompakan yang mereka peroleh.

Difahamkan kumpulan itu memecah masuk rumah itu yang terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan kebun kelapa sawit, dengan memotong pintu gerigi pintu belakang sebelum memasuki bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama suami dan anak perempuannya, manakala empat lagi anak pasangan itu berusia antara lapan tahun hingga 17 tahun tidur di bilik bersebelahan.
Kumpulan perompak itu kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000, barang kemas dan empat telefon bimbit yang semuanya bernilai lebih RM3,000.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata perompak itu melarikan diri dengan menggunakan Proton Wira milik mangsa sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan di tepi jalan berhampiran kawasan Pagoh, iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat kejadian.
Katanya, kemudian kumpulan perompak itu melarikan diri mungkin dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa..(sumber berita harian)
kerajaan dan pihak berkuasa perlu mengambil langkah yang tegas dalam menangani masalah seumpama ini.. keselamatan rakyat perlu didahulukan..

ReD_ElmO
04-06-10, 12:12 PM
RM100,000 modal lesap

Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]
2010/06/04


KUALA LUMPUR: Akibat tertarik dengan tawaran harga kad prabayar yang terlalu murah berbanding di pasaran, seorang peniaga kehilangan hampir RM100,000 selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan kad prabayar telefon bimbit.
Mangsa, Mohd Zamri Nordin, 38, terjebak dalam pelaburan itu selepas ditawarkan harga RM8.50 bagi sekeping kad prabayar bernilai RM10 berbanding harga di pasaran RM9.70 oleh sebuah syarikat di Bandar Baru Ampang, Ampang, dekat sini.

“Saya diperkenalkan kepada seorang wanita yang menguruskan syarikat itu oleh seorang rakan sekitar Jun tahun lalu. Tawaran yang diberikan cukup menarik, tambahan pula permintaan terhadap kad prabayar memang sentiasa ada.

“Saya kemudian membuat pelaburan sebanyak RM8,100 untuk membeli beberapa keping kad prabayar bernilai RM10 dan kad itu pada mulanya memang dihantar kepada saya, tetapi lama-kelamaan semakin perlahan dan langsung terhenti,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Mohd Zamri tampil selepas Harian Metro, semalam melaporkan wujud kegiatan penipuan sehingga menyebabkan beberapa peniaga yang baru menceburi perniagaan itu mengalami kerugian besar yang dianggarkan keseluruhannya mencecah RM300,000.

Presiden Kebangsaan Pertubuhan Sukarelawan Seni, Kebudayaan, Sosial dan Pendidikan India Malaysia (PSKSP), Dr N Thanasegeran yang mendedahkan kegiatan itu dilaporkan berkata, setakat ini beliau menerima lima aduan daripada peniaga berbeza yang menjadi mangsa.

Mohd Zamri berkata, apabila penghantaran kad itu terhenti tanpa sebarang sebab, dia segera mendapatkan penjelasan pihak syarikat terbabit.

“Sebaik saya sampai, saya lihat keadaan pejabat itu berselerak dan pekerja mendakwa syarikat mereka diganggu pihak tertentu. Seorang wanita yang bertindak selaku pengurus syarikat itu kemudian mendakwa baki wang saya ‘tersangkut’ tetapi dia sedang berusaha mendapatkannya kembali menerusi saluran undang-undang.

“Dia berjanji akan menyelesaikan masalah itu dan masih menawarkan pelaburan itu kepada saya jika masih berminat. Percaya kepada kata-katanya, saya membuat pelaburan tambahan berjumlah RM30,000 yang dibayar secara ansuran,” katanya.

Menurutnya, pemberian kad dijanjikan tiga kali seminggu, tetapi sekali lagi penghantaran tidak dibuat dengan alasan ada pelabur lain membuat aduan kepada pihak syarikat telekomunikasi mengenai tawaran kad prabayar yang dibuat pada harga tidak munasabah.

“Wanita itu kembali berjanji dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin dan memujuk saya membuat pelaburan lebih besar. Dua rakan saya yang ditemui menunjukkan minat dan kami masing-masing mengeluarkan wang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM87,000.


“Saya akhirnya tersedar apabila semua janjinya tidak pernah ditunaikan, malah kini saya didesak rakan selepas wang mereka hangus,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dengkil, pada 29 Januari lalu.

Menurutnya, apa yang mampu dia buatnya adalah merayu wanita berusia 39 tahun itu membayar kembali wang pelaburan dan hanya menerima beberapa ribu ringgit saja sehingga kini.
“Saya memang tidak puas hati cara dia berniaga dan saya sedar ramai yang sudah terkena. Saya syak wang pelaburan saya turut digunakan sebagai modal pusingannya untuk menipu orang lain,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, pada 29 Januari lalu.

ReD_ElmO
04-06-10, 12:22 PM
Sebulan nikah sudah derita

Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]
2010/06/04


KUALA LUMPUR: Baru sebulan mendirikan rumah tangga, namun seorang wanita tidak sedikit pun merasai kemanisan alam bersuami isteri, malah sebaliknya didera secara fizikal dan mental oleh suaminya hampir setiap hari.
Justeru kehidupan wanita berusia 34 tahun itu umpama dalam neraka apabila diperlakukan seperti haiwan termasuk dipukul, diterajang dan dimaki-hamun, biarpun kesalahan dilakukannya kecil.

Antara penyeksaan sadis terpaksa ditempuh pengantin baru itu dipaksa menjamah ikan mentah diletakkan atas kain telekung ketika dia mahu menunaikan solat oleh suaminya yang kejam.

Tidak cukup dengan itu, mangsa ditendang hingga terguling, ditarik rambut selain dipukul dengan kayu sehingga jatuh pengsan di dalam bilik air.

Selain penderaan fizikal, mangsa turut diseksa secara mental apabila dia dipanggil pelbagai gelaran keji termasuk penghinaan melampau terhadap keluarganya oleh lelaki terbabit yang dikatakan panas baran.

Menurut sumber, kemuncak penderaan terhadap wanita berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, Sabtu minggu lalu ketika mangsa dan suaminya berada di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang.

“Ketika itu, mangsa di panggil suaminya yang berada di dapur sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menarik rambut wanita berkenaan tanpa sebarang sebab.

“Selain menarik rambut, suaminya menampar pipi wanita berkenaan walaupun mangsa berulang kali merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, selepas puas merayu, wanita terbabit dilepaskan, namun ketika dia mahu mengerjakan solat Zuhur, suaminya sekali lagi bertindak kejam dan melampaui batas kemanusiaan apabila menarik mangsa sehingga terjatuh.

“Lelaki itu merampas kain telekung mangsa sebelum dia mengambil ikan yang masih mentah dan meletakkannya di atas kain terbabit.

“Suaminya memaksa mangsa menjamah ikan mentah terbabit, namun wanita berkenaan enggan bernuat demikian. Lelaki itu mula berang sebelum dia mengambil kerusi dan mengugut mencederakan isterinya itu,” katanya.


Katanya, selepas puas menyeksa isterinya, lelaki terbabit keluar dari rumah sebelum pulang semula kira-kira jam 9 malam.

“Ketika itu, wanita terbabit berehat di rumah dan sejurus suaminya pulang lelaki berkenaan tanpa sebarang sebab menendang perut mangsa sehingga wanita terbabit terguling berhampiran katil.

“Tidak cukup dengan itu, suaminya menarik rambut mangsa sehingga tercabut sebelum wanita itu dipukul dengan kayu hingga pengsan ketika berada di dalam bilik air,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa diheret keluar dari bilik air oleh suaminya sebelum lelaki itu menyimbahkan air ke muka untuk menyedarkannya daripada pengsan.

shyme
04-06-10, 05:19 PM
Sebulan nikah sudah derita

Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]
2010/06/04




ni bukan manusia dah ni.. Ni kategori SETAN... Bahalul tul la.. X fikir langsung... Org lain tu nak jentik pun fikir 10 kali.. Ini senang2 je.. Ingt anak biawak ke..

HARAM btul!!!!

bge
07-06-10, 11:57 AM
mmg perbuat orang gila...
xde otak lansung....

KiNgX
08-06-10, 09:31 PM
Pembantu perubatan gemarkan pakaian dalam wanita ditahan

KUALA TERENGGANU: Pada mulanya, polis menyerbu rumah seorang pembantu kesihatan awam untuk mencari dadah, namun serbuan awal pagi ini di Marang membawa satu penemuan yang mengejutkan apabila beratus-ratus helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli, yang dipercayai dicuri, ditemui dalam almari lelaki bujang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dijalankan pada 2.45 pagi di rumah milik bapa lelaki itu di Kampung Rawai, Alor Limbat bagi mengesan beliau untuk satu kes dadah. "Tujuan serbuan itu dijalankan adalah untuk mengesan suspek bagi tujuan pertuduhan di mahkamah, namun hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah itu, polis menemui kira-kira 400 helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli dalam almarinya.

"Lelaki berkenaan tinggal seorang dan masih bujang. Selepas soal siasat dijalankan, suspek mengaku mencuri sebahagian besar daripada seluar dalam wanita itu ketika bertugas di Dungun dan Marang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, lelaki itu turut memaklumkan bahawa pakaian dalam itu dicuri di sekitar kawasan perumahan di dua daerah berkenaan sejak setahun lalu.

Roslan berkata, paling mengejutkan, lelaki berusia 39 itu mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita. "Tetapi fizikalnya tidak mencerminkan dia seorang pondan ataupun gay," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati lelaki itu turut positif dadah metaphetamine dan dia ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

"Polis juga sedang menyiasat sekiranya ada laporan dibuat oleh mana-mana wanita berhubung kehilangan pakaian dalam mereka bagi membolehkan polis membuat pertuduhan atas kesalahan mencuri," katanya.

Sementara itu, serbuan berasingan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alur Limbat, kira-kira jam 5.30 pagi itu turut membawa kepada penahanan empat individu termasuk seorang wanita, ekoran penemuan 60 biji pil kuda bernilai RM2,400.

Roslan berkata, mereka berumur antara 19 hingga 22 tahun dan ujian air kencing mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu positif dadah.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.-Bernama

KiNgX
09-06-10, 12:16 PM
Tak rela jadi mangsa badi

JOHANNESBURG: Didier Drogba (gambar) dan Arjen Robben berharap dapat menamatkan badi kecederaan yang membelenggu pemain ternama menjelang Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan, Jumaat ini.

Penyerang Chelsea, Drogba kembali ke kem latihan Ivory Coast di pergunungan Alps, Switzerland kelmarin selepas pembedahan lengannya yang patah ketika perlawanan persahabatan yang menyaksikan mereka menang ke atas Jepun minggu lalu.
Biarpun Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast berkata keputusan awal pembedahan itu “amat memberangsangkan”, jurucakap pasukan, Ouattara Hegaud menegaskan masih belum pasti sama ada bintang berkenaan akan pulih tepat pada masanya.

Perlawanan pembukaan bagi pasukan ‘Elephants’ menentang Portugal pada 15 Jun akan menentukan siapa yang akan mengiringi juara lima kali dan pasukan pilihan Kumpulan G, Brazil di pusingan kedua, peringkat kalah mati.

Robben masih di Belanda ketika pasukannya bertandang ke Johannesburg pada hujung minggu, ketika dia berusaha mengatasi masalah otot paha terkoyak, ketika pasukannya menang 6-1 ke atas Hungary.

“Saya melakukan apa yang terdaya untuk kembali cergas dalam tempoh seminggu. Menerusi rawatan konvensional, otot memerlukan empat hingga enam minggu untuk sembuh jadi kami memerlukan kaedah lain,” katanya kepada stesen televisyen Belanda.

Portugal menyambut kepulangan pemain tengah, Pepe selepas berehat enam bulan berikutan kecederaan lutut apabila menyertai perlawanan pemanas badan menentang Mozambique di Johannesburg.

Jurulatih, Carlos Queiroz berkata pemain bintang yang biasanya diturunkan sebagai pemain pertahanan Real Madrid akan diturunkan pada separuh masa kedua “ketika rentak dan kesungguhan dalam perlawanan semakin menurun”.

Penjaga gol Australia, Brad Jones diketepikan daripada kejohanan 11 Jun hingga 11 Julai selepas mengetahui anak lelakinya berusia empat tahun mengalami leukemia.

“Kami menganggap diri kami sebagai satu keluarga dan berita yang kami terima, cukup mengejutkan. Ia amat dirasai keseluruhan anggota pasukan,” kata kapten dan pertahanan Australia, Lucas Neill. Jerman menjadi pasukan gergasi terbaru tiba di Afrika Selatan untuk Piala Dunia pertama dianjurkan di benua itu menerusi penerbangan rasmi pertama menggunakan pesawat kebangsaan, Airbus A380 jumbo. “Ia adalah pengalaman menyeronokkan berada dalam penerbangan pertama A380,” kata jurulatih, Joachim Loew kepada media selepas dia dan 23 pemainnya melengkapkan maklumat imigresen sebelum menuju ke hotel berhampiran, Pretoria. Jerman berada di tangga ketiga di belakang, Itali dan Perancis, ketika mereka menjadi tuan rumah empat tahun lalu dan tewas kepada Brazil dalam perlawanan akhir edisi 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Harapan Jerman untuk menampilkan kekuatan sebenar mereka berkecai bulan lalu apabila pemain tengah dan kapten, Michael Ballack diketepikan selepas ligamennya terkoyak ketika beraksi bersama Chelsea dalam final Piala FA. - AFP

terunasuci
09-06-10, 12:26 PM
Tak rela jadi mangsa badi

JOHANNESBURG: Didier Drogba (gambar) dan Arjen Robben berharap dapat menamatkan badi kecederaan yang membelenggu pemain ternama menjelang Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan, Jumaat ini.



Mana gambarnya?? ke copy n paste je...hehehehe

KiNgX
09-06-10, 12:41 PM
Mana gambarnya?? ke copy n paste je...hehehehe

Ekekekeke....alaaa, takkan drogba pun tak kenai...dah nak kena boh gambaq.

shyme
09-06-10, 07:00 PM
Jap ye.. Mahap la komen skek.. Thread ni untuk komen berita kan?? Ke paste berita kat cni.. hehe


p/s: saya budak baru belajar..

KiNgX
09-06-10, 07:57 PM
Jap ye.. Mahap la komen skek.. Thread ni untuk komen berita kan?? Ke paste berita kat cni.. hehe


p/s: saya budak baru belajar..

Nak copy paste berita pun boleh, nak bagi komen atau pendapat mengenai berita yang telah dipostkan pun boleh, dengan syarat tidak lari tajuk atau merepek-repek. Tapi awas, disini bukan tempat mengejar posting....hehehe

borders
10-06-10, 09:37 AM
Parlimen Baru RM800 Juta Di Putrajaya
Kabinet telah mempertimbangkan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai bangunan warisan..Parlimen yang baru itu akan memberi lebih keselesaan di samping memenuhi pertambahan Ahli Parlimen pada masa ini..Keputusan akhir akan dibuat hanya selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji perkara berkenaan..
Parlimen sedia ada dibina pada September 1962 berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur..Bangunan tersebut yang bernilai RM18 juta ketika itu merupakan idea Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman..Kompleks Parlimen itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan utama yang mempunyai bangunan tiga tingkat dan bangunan menara 18 tingkat..Antara kedua-dua bangunan itu mempunyai dewan perhimpunan negara iaitu Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara (Senat)...Komso online..

shyme
10-06-10, 11:14 AM
Kilang makanan campur produk halal, daging babi (sumber.. Utusan Malaysia hari ni punya)


SUNGAI PETANI 9 Jun - Perbuatan menyalahgunakan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) oleh syarikat pengeluar makanan seolah-olah tiada kesudahan.
Ini terbukti apabila sebuah kilang memproses kuetiau, mi, bebola dan kek ikan di Taman Sutra di sini, dikesan mencampurkan produk makanan yang mendapat kelulusan sijil halal Jakim dengan makanan berasaskan daging babi.
Tindakan pemilik kilang bukan Islam menyimpan produk makanan halal dan haram dalam satu peti sejuk besar itu amat tidak bertanggungjawab kerana makanan keluaran syarikatnya dijual kepada pengguna Islam di negeri ini.
Sumber Jakim berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Putrajaya, Amri Abdullah bersama dua pegawainya serta dua pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sungai Petani membuat pemeriksaan mengejut pada pukul 11.30 pagi hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati, kilang terbabit tidak pernah memohon sijil halal Jakim bagi produk makanan yang dihasilkan.
"Kilang ini menghasilkan mi dan kuetiau serta turut mengedarkan pelbagai jenis makanan sejuk beku seperti bebola dan kek ikan kepada pengguna di negeri ini.
"Namun, beberapa pengguna yang berasa was-was dengan produk keluaran kilang ini bertindak membuat aduan meminta Jakim menyiasat kesahihan sijil halal dimiliki syarikat berkenaan," katanya.
Menurutnya, kebimbangan pengguna terbabit ternyata berasas apabila pemeriksaan dalam peti sejuk di premis itu menemui makanan halal dicampur dengan produk berasaskan daging babi.
Sumber berkata, pegawai penguatkuasa Jakim dan KPDNKK pada mulanya tidak menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi disimpan dalam peti ais terbabit.
Namun, katanya, pemeriksaan terhadap senarai barang-barang jualan mendapati terdapat produk makanan berasaskan daging babi turut dijual oleh kilang itu.
"Pemeriksaan rapi dilakukan membawa kepada penemuan paket bebola ikan dengan tulisan 'pork ball'. Penemuan itu amat mengejutkan kerana bungkusan bebola babi berkenaan dicampurkan dengan berpuluh bungkusan bebola dan kek ikan yang mempunyai logo halal Jakim dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum diedarkan kepada pelanggan sekitar daerah ini," katanya.


______________________________


Erm... Skang ni nak makan memang was2 kan... Tapi yang peliknya, kenapa JAKIM x announcekan je nama-nama syarikat yang menggunakan logo halal tapi produknya sgt was2... Kalau kita yg termakan ni mcm mn.. Contoh mcm fishcake ni sume. Bgtau je company mana kan... So, senang untuk pengguna untuk memilih. Kalau terbeli boleh la buang. Benda ni jadi darah daging. Boleh x announce nama2 syarikat tu. X rasa berdosa ke x war2kan pada masyarakat Islam.. Walaupun aku ni bukan baik sgt tapi bab2 makanan ni mmg jaga...

biulj2
10-06-10, 01:40 PM
Erm... Skang ni nak makan memang was2 kan... Tapi yang peliknya, kenapa JAKIM x announcekan je nama-nama syarikat yang menggunakan logo halal tapi produknya sgt was2... Kalau kita yg termakan ni mcm mn.. Contoh mcm fishcake ni sume. Bgtau je company mana kan... So, senang untuk pengguna untuk memilih. Kalau terbeli boleh la buang. Benda ni jadi darah daging. Boleh x announce nama2 syarikat tu. X rasa berdosa ke x war2kan pada masyarakat Islam.. Walaupun aku ni bukan baik sgt tapi bab2 makanan ni mmg jaga...

yup setuJu..agaknya nk makan char ketiau pasNi pown dh susah
asek terbayang je menatang babi tiDo sebelah ketiau daLam peti ais..

abgwebcam
10-06-10, 04:15 PM
Pernahkah kita bertanya kepada pemilik restoran, adakah mereka membeli barangan yang mempunyai cop halal? Saya pernah melihat satu kejadia di restoran mamak. Seorang permborong bukan Islam menghantar bungkusan mee dan koteaw tanpa mempunyai cop halal Jakim. So apa yang dimakan oleh pelanggan restoran mamak tu sudah tentulah tidak halal.... apa komen anda?

shyme
10-06-10, 04:34 PM
Mcm2 betul dengar dari kedai mamak ni kan... Underware dlm kari la.. Pegang anjing la... Kuar toilet x cuci tangan la.. Tp masih lagi ramai yg pegi including me.. Huhu... I LOVE ROTI CANAI... hehe... Pasal mee n koteow tu mcm mn ye.. ataupun yg buatnya org melayu?? Tapi kalau ada cop company sume x de cop tnda halal tu biasanya chinese yg buat.. huhu.. Skang ni nak makan buah pun takut dia punya halalnya... Ye la, dari baja yg digunakan tu.. Sbb bnyk kali gak dgr baja tu dari taik b@b!.. Ntah la...

biulj2
10-06-10, 06:43 PM
Pernahkah kita bertanya kepada pemilik restoran, adakah mereka membeli barangan yang mempunyai cop halal? Saya pernah melihat satu kejadia di restoran mamak. Seorang permborong bukan Islam menghantar bungkusan mee dan koteaw tanpa mempunyai cop halal Jakim. So apa yang dimakan oleh pelanggan restoran mamak tu sudah tentulah tidak halal.... apa komen anda?

aLah pe nk heran...
yang keJa kt kDai mamak tu pn lom tntu mamak..ntah2 India
buKan nya kita amik pduLi pn..heran gak apa besnya makn
kt mamak ni..dh La mahaL...

KiNgX
11-06-10, 04:14 PM
Peningkatan perokok remaja perempuan membimbangkan: Rosnah

KUALA LUMPUR: Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus. "Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi.

"Diramalkan jika corak ini dibiarkan berterusan, penggunaan tembakau sepanjang hayat akan mengakibatkan kematian total 250 juta remaja (seluruh dunia)," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori di sini hari ini.

Rosnah berkata tabiat merokok di kalangan remaja perempuan antara lain disebabkan pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan.

"Merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan," katanya.

Beliau berkata merokok juga menambahkan risiko keguguran dan juga kelahiran bayi pramatang. Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) bergabung tenaga menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan mengenai bahaya merokok.

Untuk mengatasi merokok di kalangan remaja, beliau berkata perhatian yang diberikan ibu bapa sahaja tidak akan mencukupi kerana lebih banyak masa remaja dihabiskan di tempat-tempat lain iaitu di sekolah dan bersama kawan-kawan.

Rosnah berkata langkah menghukum remaja yang merokok adalah kurang efektif dan hanya akan membuat mereka memberontak sebaliknya langkah penyelesaian yang terbaik adalah untuk mendidik dan menasihati mereka.

"Tiada kebaikan menggantung persekolahan pelajar yang merokok ataupun menghukum mereka, langkah untuk menangani masalah ini perlulah berpanjangan dengan penyediaan bahan pendidikan dan iklan-iklan khusus," katanya. - BERNAMA

KiNgX
14-06-10, 01:05 PM
Jualan kondom meningkat selepas Korea Selatan cipta kemenangan

SEOUL: Kadar jualan kondom naik lima kali ganda di Korea Selatan apabila peminat dan penyokong skuad bola sepak negara itu meraikan kemenangan pertama di Piala Dunia Afrika Selatan, kelmarin.

Kira-kira sejuta peminat yang berbaju merah di seluruh negara termasuk 200,000 di Seoul membanjiri dataran, stadium dan taman rekreasi malam Sabtu lalu untuk meraikan kejayaan Korea Selatan menewaskan juara Eropah 2004, Greece 2-0.

Jualan kondom paling laris dicatat di kedai mesra dan pusat makanan segera selepas peminat menyambung untuk meraikan kejayaan itu di jalan raya, demikian lapor akhbar JoongAng Daily. Akhbar itu memberi contoh, di kedai rangkaian Bokwang Family Mart menunjukkan jualan kondom meningkat dua kali ganda.

Kedai di kawasan perumahan juga melonjak dari segi jualan terutama jualan arak dan bir yang meningkat tiga kali ganda dan dua kali ganda untuk makanan ringan.

Selepas perlawanan tamat, peminat yang masih dalam semangat bergembira, membeli lima kali ganda kondom berbanding ketika meraikan prestasi Korea Selatan beraksi di Piala Dunia 2006 lalu. - AFP

KiNgX
15-06-10, 01:13 PM
Mohd Bakke Presiden, CEO baru Sime Darby. Pelantikan berkuat kuasa selepas siasatan selesai

DATUK Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif (CEO) Sime Darby Bhd yang baru, menggantikan Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang diarahkan bercuti selepas syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu mengalami kerugian dianggar mencecah RM1.63 bilion.

Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam, berkata pelantikan Mohd Bakke akan berkuat kuasa pada masa yang sesuai selepas segala isu perundangan berkaitan pelantikan ke jawatan berkenaan selesai. “Ada beberapa perkara ‘praktikal’ seperti siasatan yang sedang berjalan dalam Sime Darby dan ia memerlukan syarikat menyelesaikannya terlebih dulu sebelum Mohd Bakke boleh dilantik secara rasmi ke jawatan berkenaan.

“Bagaimanapun, pada pandangan peribadi, saya inginkan beliau (Mohd Bakke) memulakan tugas secepat mungkin, namun dalam realitinya kami perlu memberikan beliau sedikit masa sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya pada sidang media mengumumkan perlantikan Mohd Bakke di Kuala Lumpur semalam.

Musa berkata, pada dasarnya, persetujuan di antara Sime Darby dan Mohd Bakke sudah dicapai, namun terma terperinci bakal diputuskan selepas kedua-dua pihak bertemu tidak lama lagi. “Saya yakin peralihan kuasa itu akan berjalan dengan lancar,” katanya sambil menambah Mohd Bakke ketika ini bercuti di luar negara.

Bulan lalu, Sime Darby mengambil tindakan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan membuat perubahan pengurusan, termasuk mengarahkan Ahmad Zubir bercuti sebelum kontraknya tamat pada 26 November ini.

Ia ekoran tindakan lembaga pengarah konglomerat itu memandang serius implikasi kerugian bahagian utiliti dan tenaganya yang disebabkan lebihan kos serta kelewatan pelaksanaan tiga projek minyak dan gas di Qatar serta pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Jawatan Ahmad Zubir kini dipangku Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan Sime Darby, Datuk Azhar Abdul Hamid yang akan bekerjasama dengan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Abdul Wahab Maskan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Tong Poh Keow.

Azhar akan memangku jawatan itu sehingga pelantikan rasmi Mohd Bakke dibuat. Musa menjelaskan, Mohd Bakke, 56, sudah dipilih daripada beberapa senarai calon utama lembaga pengarah berikutan kepakaran dan pengalamannya.

Katanya, Mohd Bakke, yang berkhidmat sebagai Presiden Kumpulan/Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global) membuktikan kebolehannya menguruskan syarikat besar, aktiviti pengstrukturan semula korporat dan kepakaran pengurusan dalam industri perladangan dan hartanah.

“Justeru, lembaga pengarah yakin dengan kepakaran dan kebolehan yang dimiliki Mohd Bakke untuk menerajui Sime Darby kembali ke jalan yang betul,” katanya.

Mohd Bakke yang pernah menerajui Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam, turut dipandang tinggi dalam sektor korporat berikutan kebolehannya memulih dan mengembalikan syarikat berkenaan ke kedudukan lebih baik selepas mengalami kerugian.

Sebelum pelantikannya dalam Felda Global, Mohd Bakke berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

KiNgX
16-06-10, 01:04 PM
Gempa kuat 7.1 Richter landa Irian Jaya, Indonesia


JAKARTA: Gempa kuat berukuran 7.1 skala Richter melanda Irian Yaya, wilayah timur Indonesia dengan amaran tsunami dikeluarkan Jabatan Geofizik Indonesia sebentar tadi.

Gempa berlaku jam 12.16 tengah hari waktu tempatan (0316 GMT) di 123 kilometer di tenggara Pulau Biak, di Selatan Papua. Sementara itu, di di Manokwari, kira-kira 300 kilometer di pusat gegaran di tenggara Indonesia, keadaan panik tercetus dengan penduduk meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri apabila amaran tsunami bersifat setempat dikeluarkan.

Penduduk mendakwa mereka lari ke tempat lapang selepas bangunan dan rumah bergegar.“Gegaran kuat dapat dirasai sehingga 40 saat. Penduduk lari meninggalkan rumah dan bangunan," kata seorang wartawan di bandar itu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan teruk di kawasan pusat gegaran gempa. - AFP

shyme
17-06-10, 10:14 AM
Azrinaz dicerai talak satu cerai (Sumber, Berita Harian 17.06.10)




BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1469659&Page=&PluID=0&Pos=2258 (http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1469659&Page=&PluID=0&Pos=2258)
Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut: http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1469675&Page=&PluID=0&Pos=9024 (http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1469675&Page=&PluID=0&Pos=9024)
“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”

Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.

Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan.
Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.'

__________________________________________________ ________________________________________

Ermm... Biasa la tu orang dah x suka.. Tapi biasanya kalau kawen ngan kerabat2 Brunei ni mesti berakhir ngan penceraian.. Kesian dia.. Anak2 comel lak tu.. Sapa tau nape diorang cerai ni ye??? Pengumuman dibuat besar2an plak tu diorng ni cerai.. huhu...

terunasuci
17-06-10, 10:58 AM
Ermm... Biasa la tu orang dah x suka.. Tapi biasanya kalau kawen ngan kerabat2 Brunei ni mesti berakhir ngan penceraian.. Kesian dia.. Anak2 comel lak tu.. Sapa tau nape diorang cerai ni ye??? Pengumuman dibuat besar2an plak tu diorng ni cerai.. huhu...


Nak wat camne...dah tak de jodoh...inilah risiko kahwin dengan org yang terlalu kaya...tp tak pe, sekurang2nya kalau bercerai pun dapat harta 2 keturunan...

So, pada wanita di luar sana, nak kawin cari je lelaki biasa seperti saya...walaupun tak berharta, tp rupa sikit2 ada...hehehe......




p/s : skrg musim tarik pingat kebesaran kot...

XMen
17-06-10, 11:31 AM
So, pada wanita di luar sana, nak kawin cari je lelaki biasa seperti saya...walaupun tak berharta, tp rupa sikit2 ada...hehehe......


Saya menyokong penuh ungkapan TS..... :101:

shyme
17-06-10, 12:33 PM
Dengar tu ye wanita2 di luar sana... Dah ada 2 jejaka pilihan malaya.. haha

CtiE
17-06-10, 12:39 PM
Dengar tu ye wanita2 di luar sana... Dah ada 2 jejaka pilihan malaya.. haha

setakat gelaran kena tarik still bole hidup lg.... harta byk tuh cnfirm sultan brunei bg nafkah lg utk anak2 beliau....

shyme
17-06-10, 12:42 PM
Hehe.. janji lepas ni leh hidup kaya raya.. Mesti dia terima banyak punya kan dari Bolkiah tu.. So, lepas ni cari lalaki kaya raya... Setahun cerai pun x pe... Ngeee...

p/s: jangan jadi kat diri sendiri sudah

shytan79
17-06-10, 12:48 PM
setakat gelaran kena tarik still bole hidup lg.... harta byk tuh cnfirm sultan brunei bg nafkah lg utk anak2 beliau....

Azrinaz tu pun muda lg aper..baru 30 jer..balik je Malaysia:welcome:..banyak lg calon lelaki melayu kat sini..pilh je mana nak..hehehe

shyme
18-06-10, 12:20 PM
Saiful Apek sembunyi (sumber: Kosmo 18.0610)


Oleh NOR SHAFAWATI YUP
[email protected]
SUBANG JAYA - Pelakon dan pelawak, Saiful Apek (gambar) dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu atas tiga tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah setelah tahanan reman terhadapnya berakhir semalam.


Ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada pukul 4.20 petang semalam, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamad Yusoff, 41, cuba mengelak daripada pihak media dengan melalui pintu belakang balai polis.


Bagaimanapun, taktik Saiful Apek bersama lebih kurang sepuluh orang saudara-maranya yang turut berada di situ tidak berjaya apabila pihak media berjaya menjejakinya yang pulang menaiki sebuah kereta Honda Civic bewarna hitam.
Dari dalam kereta, Saiful Apek yang memakai baju lokap berwarna jingga bertindak mengiringkan badannya serta menundukkan kepala di tempat duduk belakang apabila jurukamera merakamkan gambarnya.
__________________________________________________ _____________


Erm... Dah berapa kali la mamat ni kena tahan pasal penyalahgunaan dadah... Korang rasakan artis macam ni patut ke masih berada dalam industri hiburan.. Ye la, dia ni dah bawak 1 attitude yang buruk kepada masayarakat mengenai keruntuhan moral dan akhlak di kalangan artis... Dia ni dah tak patut berada dalam industri hiburan... Dah la dari segi appearance pun dah fail.. Apa pendapat anda??

shyme
18-06-10, 12:23 PM
Perut Ariel keluar keris (Sumber: Kosmo hari ni punya)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0618/Kosmo/Dunia/du_04.1.jpg
GAMBAR menunjukkan Ariel dan Luna Maya semasa ditemu ramah oleh stesen televisyen TVONE di Jakarta pada Isnin lalu.

BANDUNG - Ketika senario hiburan Indonesia kecoh mengenai tiga klip video seks yang menampilkan pasangan mirip vokalis kumpulan Peter Pan, Ariel dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari, keluarga Ariel pula mengatakan bahawa dia mungkin terkena santau sejak beberapa hari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

"Beberapa hari lalu, seorang rakan Ariel memberitahu saya, dari dalam perut Ariel keluar bermacam-macam benda termasuk keris dan batu," kata kakak Ariel, Nazlin Fachridzal kepada wartawan di kediaman penyanyi itu di Jalan Tanjungsari, bandar ini semalam.

Menurutnya, dia mengesyaki santau itu mungkin perbuatan pihak yang dengki terhadap kejayaan adiknya dalam industri muzik.

"Kemungkinan memang ada yang iri dan individu berkenaan mahu merosak imej adik saya di mata umum," katanya.
Tambah Nazlin, dia bukan mahu mencari publisiti murahan tetapi mendedahkan perkara tersebut sekadar untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang keadaan adiknya.
"Selama ini banyak berita yang dilapor mengenai adik saya. Ya, inilah keadaan terkini Ariel supaya masyarakat tahu kejadian yang menimpa adik saya di sebalik kontroversi kes video lucah itu," tambah wanita berkenaan.

Terdahulu, kira-kira 50 orang daripada Front Pembela Islam (FPI) di Kota Bandung, mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Ariel.

Wakil Ketua FPI Bandung, Muhammad Anshori berkata, laporan mengenai klip-klip video seks itu telah memalukan Indonesia di luar negara.

Selain kediaman Ariel bantahan turut diadakan di depan kafe milik Luna Maya di sini.
Luna Maya ialah kekasih Ariel buat masa ini manakala Cut Tari ialah bekas kekasihnya. - Agensi

__________________________________________________ ___________________________


Adakah mamat ni cuba menutup kontroversi video klip lucah beliau?? Hehe... EH, sapa ada video tu, x nak share ke??? Ngeeee...

Retired
18-06-10, 12:28 PM
Perut Ariel keluar keris (Sumber: Kosmo hari ni punya)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0618/Kosmo/Dunia/du_04.1.jpg
GAMBAR menunjukkan Ariel dan Luna Maya semasa ditemu ramah oleh stesen televisyen TVONE di Jakarta pada Isnin lalu.

BANDUNG - Ketika senario hiburan Indonesia kecoh mengenai tiga klip video seks yang menampilkan pasangan mirip vokalis kumpulan Peter Pan, Ariel dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari, keluarga Ariel pula mengatakan bahawa dia mungkin terkena santau sejak beberapa hari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

"Beberapa hari lalu, seorang rakan Ariel memberitahu saya, dari dalam perut Ariel keluar bermacam-macam benda termasuk keris dan batu," kata kakak Ariel, Nazlin Fachridzal kepada wartawan di kediaman penyanyi itu di Jalan Tanjungsari, bandar ini semalam.

Menurutnya, dia mengesyaki santau itu mungkin perbuatan pihak yang dengki terhadap kejayaan adiknya dalam industri muzik.

"Kemungkinan memang ada yang iri dan individu berkenaan mahu merosak imej adik saya di mata umum," katanya.
Tambah Nazlin, dia bukan mahu mencari publisiti murahan tetapi mendedahkan perkara tersebut sekadar untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang keadaan adiknya.
"Selama ini banyak berita yang dilapor mengenai adik saya. Ya, inilah keadaan terkini Ariel supaya masyarakat tahu kejadian yang menimpa adik saya di sebalik kontroversi kes video lucah itu," tambah wanita berkenaan.

Terdahulu, kira-kira 50 orang daripada Front Pembela Islam (FPI) di Kota Bandung, mengadakan tunjuk perasaan di depan rumah Ariel.

Wakil Ketua FPI Bandung, Muhammad Anshori berkata, laporan mengenai klip-klip video seks itu telah memalukan Indonesia di luar negara.

Selain kediaman Ariel bantahan turut diadakan di depan kafe milik Luna Maya di sini.
Luna Maya ialah kekasih Ariel buat masa ini manakala Cut Tari ialah bekas kekasihnya. - Agensi

__________________________________________________ ___________________________


Adakah mamat ni cuba menutup kontroversi video klip lucah beliau?? Hehe... EH, sapa ada video tu, x nak share ke??? Ngeeee...

kesimpulannya......jangan simpan clip2 anda dalam laptop....kalau nak letak jugak sila letak super password hahaha

video dia ada di dalam Board 18SX & ENJOY :)

shyme
18-06-10, 12:29 PM
kesimpulannya......jangan simpan clip2 anda dalam laptop....kalau nak letak jugak sila letak super password hahaha

video dia ada di dalam Board 18SX & ENJOY :)

Adeh, x de privileges lagi.. huhu...

hp3420
18-06-10, 10:45 PM
teringat kes wan norazlin dulu...kan best kalo edry kru punya pun ada clip hehehehe

shyme
18-06-10, 11:40 PM
Edry KRU? Peminat beliau ke ni? Hahaha...

KiNgX
20-06-10, 07:36 PM
UPSR, PMR mungkin dimansuhkan: Muhyiddin


MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

"Pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya," katanya. Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun, katanya, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu. Beliau berkata, dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA

KiNgX
20-06-10, 07:39 PM
Tembok Penjara Pudu diroboh malam esok

KUALA LUMPUR: Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian. Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkatdan siap sepenuhnya pada 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah.

Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri. Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Berikutan itu, pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur.Tinjauan Bernama mendapati proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan malam esok pada jam 10 malam.

Kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut. Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Katanya, walaupun bangunan itu pernah "menyimpan" mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri. "Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya.

Chew Chong Huai, 52, berkata tindakan itu amat menyedihkan keranan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini. "Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandaraya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan. "Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Sementara itu seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

“Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini adalah salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800,” katanya. - BERNAMA

shyme
20-06-10, 08:10 PM
syg btul kan.. tadi baru lalu.. nape x dikomersialkan.. bnyk sejarah tu...

wood3
20-06-10, 10:34 PM
Depa mana ada nilai nilai sejarah . .kecintaan pada sesuatu yg perlu disimpan buat tatapan masa depan,janji kantung berisi . . .ayat aku senang je . . .depa ni haram bejadah . .dan tak mustahil tak lama lagi tanah tanah milek kerajaan diampang hilir serta bukit persekutuan akan dijual pada swasta.
Banggunan parlimen pun tak mustahil akan dijual oleh puak puak yg buta sejarah . .bila dah ada banggunan parlimen baru nanti. . .ISTANA NEGARA yg lama ni . .nasib dia belum lagi diketahui . .kalau umoq kita panjang tak mustahil akan luput dari pandangan .
Tanah2 sekitar cochrane pun dan depa bina stesyen minyak . . .tak lama lagi wassallam la tu.


p/s: ni lah akibat bila orang politik yg buta benak serta mengong dan diampu oleh DATO BANDAR yg nak duduk lama kat krusi tu.woii mat fuad mail . .hang ni . .tak dak teloq ka.tunggu la orang pi peruntuh rumah mak hang kat permatang tok mahat.

shyme
21-06-10, 09:51 AM
wahhh... bernas sekali kata2 itu... ye la, kalau kat ober de sea nu, tempat2 mcm ni la yg diorg cukup syg.. tgk la rumah2 tinggalan zaman nenek moyang tu yg besaq2 macam istana.. sume diorg pelihara dan pulihara.. yang kat malaysia ni, mn dapat peluang kaut duit banyak, tang tu depa pulun.. nak jaga poket sendiri... nnti dah x dpt sepenggal lagi, poket dah penuh... apa ku kesah??? tu la dia... penjara pudu tu sikit punya strategik tempat nak tarik pelancong asing... jgn kata pelancong asing, den ni ha pun tertarik... hishhhh.... renung2kan, dan selamat beramal...

shyme
21-06-10, 09:56 AM
Lemah tenaga batin ada kaitan sakit jantung: Kajian (sumber: Berita Harian hari ni punya)


2010/06/21

KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 10 pesakit lelaki yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk rawatan sakit jantung, dikesan mengalami masalah lemah tenaga batin, kata Pakar Kardiologi hospital itu, Dr Ramesh Singh Veeriah.

Beliau berkata, dalam kajian yang dilakukan pada tahun lalu ke atas 111 pesakit lelaki yang pada mulanya aktif seks, tetapi selepas mereka dimasukkan ke PPUM untuk rawatan sakit jantung, sebanyak 75.7 peratus daripada mereka didapati mengalami masalah lemah tenaga batin. http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1575012&Page=&PluID=0&Pos=3 (http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1575012&Page=&PluID=0&Pos=3)
“Masalah lemah tenaga batin ini dikesan berlaku enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke PPUM,” katanya. http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1539853&Page=&PluID=0&Pos=5655 (http://avn.innity.com/click/avncl.php?bannerid=18316&zoneid=761&cb=1&url=http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp%3FFlightID%3D1539853%26Page%3D% 26PluID%3D0%26Pos%3D5655)
Data berkenaan dimuatkan dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan pada Kongres Kardiologi Sedunia di Beijing, China, semalam.

Dr Ramesh berkata, seramai 219 pesakit jantung lelaki dimasukkan ke Unit Penjagaan Kardiologi PPUM daripada April 2008 hingga Februari tahun lalu dan daripada jumlah berkenaan, 192 diperiksa dan hanya 111 pesakit yang aktif seks sejak enam bulan sebelum itu yang diuji mengalami masalah lemah tenaga batin.

Beliau berkata, masalah lemah tenaga batin dan Penyakit Arteri Koronari (CAD) mempunyai persamaan faktor risiko yang banyak dan saling berkait rapat. – Bernama
__________________________________________________ ______________________________________

Sekadar renungan.... http://www.mk-portal.org/forum/images/icons/icon10.gifhttp://www.mk-portal.org/forum/images/icons/icon10.gif

shytan79
21-06-10, 10:43 AM
School toilet tryst caught on camera

OTHER NEWS & VIEWS
Compiled by IZATUN SHARI, WINNIE YEOH AND A. RAMAN


PICTURES of a secondary school boy and girl making out in a school toilet in Kuala Lumpur has been recorded and posted on YouTube, reported China Press.
The 75-second clip, titled “SMK Porn Star”, consisted of nine pictures and background music.
The daily reported that the pictures were shot from a high angle in the toilet cubicle and that the duo were unaware that they were being watched.
The clip showed the boy taking off his pants and the girl apparently giving him oral sex. The last picture showed the boy unbuttoning the girl’s uniform and fondling her breasts.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/21/nation/6511356&sec=nation

p/s: ingat kat US je ada paparazi..kat tandas skolah cni pn ada gak..

hp3420
21-06-10, 10:44 AM
UPSR, PMR mungkin dimansuhkan: Muhyiddin


MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

"Pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya," katanya. Muhyiddin berkata, secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun, katanya, UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu. Beliau berkata, dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA

kalau upsr dimansuhkan kriteria macam mana yg akan dipilih untuk masuk sekolah berasrama penuh ??

kalau pmr mansuh mcm mana nak tau siapa yg layak masuk sekolah teknik ??

huhuhuhu

KiNgX
21-06-10, 06:31 PM
MAS mungkin batal tempahan A380

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia (MAS) amat kecewa dengan kelewatan berterusan dalam penghantaran pesawat A380 dan mungkin memilih untuk membatalkan enam tempahannya.

"Kami tidak menolak sebarang kemungkinan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Azmil Zahruddin, ketika ditanya sama ada MAS mungkin membatalkan tempahan itu. Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid, berkata lembaga pengarah sudah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai isu itu dan amat kecewa dengan penangguhan tersebut yang sering berlaku. Mengulas perkembangan terkini, MAS dijadual menerima pesawat pertama A380 pada suku kedua 2012.

Airbus pada awalnya dijadualkan mula menghantar pesawat A380 kepada MAS pada Januari 2007 tetapi penghantaran pertama ditangguhkan ke Januari 2011 berikutan kelewatan dalam program pengeluar pesawat itu dan sekali lagi ditunda ke tarikh Ogos 2011. “MAS sudah pun berbincang dengan Airbus mengenai kelewatan itu,” kata Tengku Azmil selepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di sini, hari ini.

Beliau berkata, penangguhan penghantaran itu menambah tekanan kepada perancangan syarikat penerbangan tersebut. "Sangat sukar untuk membuat perancangan, bagi memastikan rangkaian kami berada di landasan yang betul," kata Tengku Azmil, sambil menambah mereka berharap rundingan itu dapat dimuktamadkan pada akhir tahun.

MAS merancang untuk melupuskan beberapa pesawat sebelum ketibaan pesawat A380, dan dengan kelewatan penghantaran Airbus itu ia menjadi suatu yang sangat mengecewakan, katanya. Mengulas isu pampasan, Tengku Azmil berkata: "Kami masih sedang berbincang mengenai pampasan. Kami perlu memastikan bahawa kami tidak berbincang mengenai perkara kelewatan itu."

Sama ada MAS akan menukar A380 dengan A350, beliau berkata, tiada sebarang perancangan seumpama itu buat masa ini, tetapi kami sedang "mempertimbang" pesawat A350 dan Boeing 737. "Kami hanya mahu memastikan yang sekiranya kami mahu mengambil A350 di masa depan, ia adalah pesawat yang sesuai bagi kami. Tetapi bukan semestinya sebagai sebahagian daripada pakej A380."

Beliau berkata, Boeing 777-300 mempunyai potensi untuk menggantikan A380. "Terdapat banyak pilihan lain yang tersedia," kata Tengku Azmil. Berhubung perkembangan lain, Tengku Azmil berkata, adalah salah untuk menyatakan bahawa MAS memerlukan wang pampasan daripada A380 untuk mendapatkan wang.

"Kami mahu mendapatkan wang daripada operasi dan sasarannya ialah RM100 juta hingga RM300 juta bagi keuntungan operasi untuk tahun kewangan semasa. Kami mahu mencapai atau mengatasi sasaran itu," katanya. - Bernama

biulj2
21-06-10, 08:34 PM
Tembok Penjara Pudu diroboh malam esok

KUALA LUMPUR: Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.


erm..sape2 yang aktif dLm fotographer g la amik gambar masa keJa2 meroboh tu..
satu hari nnt mgkin itu lebih bernilai dari penJara PUDU tu..

KiNgX
22-06-10, 03:25 PM
200,000 bertaruh sehari. RM300.7 juta kutipan keseluruhan judi bola Piala Dunia dalam 10 hari

KUALA LUMPUR: Lebih 200,000 orang terbabit dalam judi bola sepak di negara ini setiap hari sejak Piala Dunia bermula 11 Jun lalu dengan pertaruhan keseluruhan bernilai RM300.7 juta yang didalangi empat sindiket termasuk membabitkan tujuh orang kenamaan, sesetengahnya bergelar Datuk.

Maklumat dan perangkaan itu diperoleh polis hasil siasatan ke atas 129 orang yang ditahan dalam Ops Soga yang dilancarkan di seluruh negara sejak kejohanan itu bermula hingga kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata siasatan mendapati setiap seorang bertaruh antara RM50 hingga RM2,000 dan jumlah yang dikutip sindiket itu boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 bagi satu perlawanan atau sehingga RM100,000 untuk tiga perlawanan sehari.

Beliau bagaimanapun berkata, sindiket didalangi tujuh orang kenamaan itu kini sudah melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditahan polis. Katanya, sindiket itu turut memindahkan operasi ke luar negara dengan menerima pertaruhan menerusi talian menggunakan mata wang Amerika bagi mendapatkan keuntungan lebih besar. Mohd Bakri bagaimanapun enggan memberi butir lanjut, tetapi menurut sumber orang kenamaan itu melarikan diri ke Thailand dan Singapura.

“Kita masih menjalankan siasatan dan risikan bagi menjejaki sindiket itu dengan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol). “Polis juga mempunyai bukti Along menyediakan pinjaman untuk pertaruhan judi bola sepak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sepanjang 10 hari sehingga kelmarin, sebanyak 156 serbuan dibuat polis di seluruh negara bagi membanteras sindiket judi bola sepak. Dalam tempoh itu, 100 lelaki dan 20 wanita tempatan serta sembilan warga asing ditahan, semuanya berumur dalam lingkungan 15 hingga 73 tahun.

Di MELAKA, 14 lelaki berusia 23 hingga 40 tahun termasuk pengusaha kedai makan dan pusat hiburan ditahan di Batu Berendam, Kandang, Tengkera, Bukit Baru dan Bandar Hilir sejak kejohanan itu bermula.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, berkata dalam 10 serbuan sepanjang 10 hari hingga kelmarin, polis turut merampas wang tunai RM4,000 serta pelbagai barang termasuk enam komputer riba, satu komputer, sembilan kad sim dan satu modem serta sejumlah kertas catatan.

Di JOHOR BHARU, polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket judi bola sepak membabitkan pertaruhan RM6 juta susulan penahanan lima lelaki warga tempatan berusia 30-an dan 40-an dalam empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya itu dan Kluang sejak 13 Jun hingga Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata siasatan mendapati perlawanan antara England dan Amerika Syarikat mencatat pertaruhan tertinggi di kalangan kaki judi di Johor.

Di SEREMBAN, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata lapan orang ditahan dalam lima serbuan membabitkan pertaruhan mencecah RM2.8 juta dengan perlawanan antara England dan Amerika Syarikat turut mencatat pertaruhan tertinggi.

“Lima penganjur dan tiga pemain berusia antara 32 tahun dan 47 tahun ditahan di kawasan perumahan, kafe siber dan restoran sekitar Seremban dan Simpang Pertang, Jelebu,” katanya.

Di GEORGETOWN, Polis Pulau Pinang menahan dua lelaki berusia 57 dan 51 tahun dalam serbuan di dua rumah berasingan di Simpang Ampat dan Jalan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, ketika sedang mengendalikan pertaruhan, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata polis turut merampas pelbagai barang termasuk dua komputer riba, lima telefon bimbit, jadual perlawanan bola dan beberapa kertas mengandungi angka pertaruhan

Midnakal
22-06-10, 06:38 PM
Gua cuma was-was jek kenapa beriya-iya sangat mereka perang Judi ketika musim bola piala dunia....adakah tahun depan mereka nak buat satu Syarikat Judi Halal....?

p/s: Teringat dulu ketika kerajaan mengharamkan parabola (konon utk membenteras siaran yg tak sesuai....internet pun boleh access) ....tub tub lepas tuh Mega TV dan Astro dilancarkan...

KiNgX
22-06-10, 06:55 PM
Gua cuma was-was jek kenapa beriya-iya sangat mereka perang Judi ketika musim bola piala dunia....adakah tahun depan mereka nak buat satu Syarikat Judi Halal....?

p/s: Teringat dulu ketika kerajaan mengharamkan parabola (konon utk membenteras siaran yg tak sesuai....internet pun boleh access) ....tub tub lepas tuh Mega TV dan Astro dilancarkan...

Biasa la tu, untuk sebulan ni memang akan ada banyak berita cenggini, berita kejayaan polis berjaya membanteras judi haram. Ini sekaligus menunjukkan mengapa kerajaan perlu meluluskan lesen judi bola di Malaysia untuk mengelakkan dari kes judi haram berleluasa.

Dah lama Tok Najib dok taram nak tunggu sampai saat ini. Dulu sebelum Piala Donia, dia diam jer sebab tak leh nak cakap apa-apa. Cuba pi tanya dia balik time ni, dia dah ada bullet nak shoot balik...hehehe

wood3
22-06-10, 10:12 PM
HABAQ KAT DEPA PIERRRRRRRRRRRRAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH . . . . .VCD HARAM NGAN EKOQ HARAM PUN DAH TUJUH KETURUNAN TAK DAPAT BENTERAS LAGI MAU CERITA,TU TAK MASUK RAKYAT ASING YG DAH DUDUK MELEBIHI HAD.
SEMUA NI BERMUSIM DAN SEMUA YG PANGKAT BESAQ NAK AMBIK KREDIT JE . . .DEPA LA PANDAI TANGKAP . . .!!!! MENUNJUK NUNJUK JE LEBIH.
DOK KOMEN LEBIH PUN TARAK GUNA . . .DEPA NI DOK LAGU TU JUGAK.

P/S: mana tau kot2 pencen nanti ada antara depa2 ni dapat jadi pengerusi ASCOT . . .!!!.

Dato Sri GLEENe . . . mai la sini jawab !!! woiiii . .ahli parlimen GOMBAK . .jangan dok lena . . .DIAM HANG TU TANDA SETUJU JUDI BOLA DIHALALKAN . . . .( dok tahan gerammmm sambil ketip bibir)

hp3420
22-06-10, 10:49 PM
pendapat aku diaorg dok serbu kaw2 ni pasal nak bgtau 1 malaya yg ramai gila berminat dgn judi ni...so dah alang2 ramai sgt baik bg lesen jer...alasan supaya lebih terkawal

KiNgX
23-06-10, 02:10 PM
Mohon pasport secara talian bakal diperkenal


PUTRAJAYA: Dalam usaha mengurangkan tempoh menunggu, Kementerian Dalam Negeri bercadang memperkenalkan sistem permohonan pasport menerusi talian dikenali 'MyImms'.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata menerusi sistem itu orang ramai boleh memohon menerusi talian dan pemohon kemudian diberikan tarikh untuk datang ke Jabatan Imigresen bagi pengesahan cap jari sebelum penyerahan pasport. "Bagaimanapun perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan dan belum ada tarikh yang tetap bila ia akan dilaksanakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata ini kerana kerajaan harus memastikan beberapa aspek termasuk keselamatan sebelum sistem tersebut dilaksanakan bagi mengelak penyalahgunaan. Sementara itu, mengulas mengenai permohonan pasport di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mahmood berkata apabila dilaksanakan kelak semua urusan akan dijalankan oleh petugas JPN.

Oleh itu mereka akan diberi latihan mengenai prosedur selain sistem pengkomputeran antara JPN dan Imigresen digabungkan bagi memudahkan proses, katanya. Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih pada peringkat perbincangan.

Semalam, Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Lee Chee Leong dilapor berkata kaunter di JPN akan dijadikan Kaunter Gunasama bagi membolehkan orang ramai membuat permohonan pasport dengan Jabatan Imigresen.

Projek perintis kaunter itu dijangka dilaksana di pejabat cawangan JPN di Puchong, Kepong dan Gombak. - BERNAMA

shyme
25-06-10, 10:52 AM
Maut selepas diarah tekan tubi

Oleh ANGELINA SINYANG
[email protected]
KUALA LUMPUR 24 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi ini.

Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke PPAT dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa sebelum tidak sedarkan diri iaitu pada pukul 10.45 malam tadi telah dikenakan hukuman tekan tubi.
“Semasa sedang melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil.
“Pelajar itu kemudian terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Chin Wah berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

Katanya, kematian pelajar terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Seksyen Perhubungan Media, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, kejadian itu telah dilaporkan di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi ini.

Menurutnya, satu Lembaga Siasatan turut ditubuhkan oleh MTD untuk mengenal pasti punca dan motif kejadian ini.

Sementara itu di Baling, mangsa, Mohammad Naim Mustaqim pernah menghubungi keluarganya tiga hari lalu untuk memohon maaf sebelum dia meninggal dunia awal pagi ini.
Bapa saudaranya, Mohd. Zaidi Mohd. Sofian, 28, berkata kali terakhir Allahyarham menelefon bapanya, Mohamad Sobri Mohd. Sofian tiga hari lalu sejak dia memasuki maktab tersebut awal Februari ini.
Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong di sini malam ini.
__________________________________________________ _______________________________

Ni la budak2 skang ni...

shyme
25-06-10, 10:57 AM
Peperiksaan perlu ada: Dr Mahathir (sumber: Berita Harian)


2010/06/25

KANGAR: Peperiksaan walau dalam apa sistem sekali pun, tetap perlu diadakan kerana ia satu bentuk ujian untuk menilai kebolehan seseorang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau ketika mengulas isu pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), berkata apa yang perlu dinilai sebenarnya adalah kaedah pelaksanaan dan bukannya peperiksaan itu semata-mata. http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1469668&Page=&PluID=0&Pos=9579 (http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1469668&Page=&PluID=0&Pos=9579)
Kita perlu pastikan sistem yang akan diperkenal menggantikan UPSR dan PMR adalah lebih baik daripada sedia ada, termasuk mengkaji pelaksanaannya sebaik mungkin supaya ia menepati sasaran pelaksanaan dan berbaloi diperkenal menggantikan dua peperiksaan terbabit. http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1557786&Page=&PluID=0&Pos=4047 (http://avn.innity.com/click/avncl.php?bannerid=18400&zoneid=761&cb=1&url=http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp%3FFlightID%3D1557786%26Page%3D% 26PluID%3D0%26Pos%3D4047)
Walau apa keputusan sekali pun (mansuh UPSR dan PMR atau tidak), sekurang-kurangnya satu jenis ujian perlu diadakan kerana ia adalah satu kemestian. Jika tidak sukar untuk kita mengetahui kebolehan orang, katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan amanat kepada lebih 2,000 warga Perlis, sempena majlis pertemuan khas bersama pemimpin dan rakyat di Dewan 2020, di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan UPSR dan PMR.

__________________________________________________
Pelik2 betul la idea diorang ni.. Kalau x de UPSR dengan PMR, mcm mn kita nak menilai tahap pemikiran diorang ni..

sam261079
25-06-10, 11:15 AM
RUMAH URUT & PUSAT REFLEXSOLOGI MENAWARKAN KHIDMAT B2B

KOTA DAMASARA - Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan , papan tanda iklan di sepanjang jalan menyusuri ke Giant Kota damasara terpapar "FULL BODY MASSAGE RM50 /HOUR " serta gambar papan iklan berbentuk kaki jelas kelihatan di deretan kedai.

Semalam satu serbuan telah dijalankan oleh sepasukan polis Cawangan Maksiat & Perjudian Bukit Aman dimana serbuan tersebut telah berjaya menahan seramai 10 orang pekerja warga china , thailand dan Vietnam yang sedang leka menjalankan sesi urutan badan ke badan kepada semua pelangan .

Operasi bermula dari jam 0730 malam dan berakhir jam 1030malam. Rekod menyatakan pusat refleksologi tersebut mempunyai lesen dan telah beroperasi selama 6 bulan. Namun telah melangar beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majlis. Antaranya menjalankan operasi lebih masa , mengambil pekerja yang tidak mempunyai permit bekerja dan menjalankan aktiviti maksiat.

Petikan
Sinar Harian


P/s Dimana kah lokasi yang sebenarnya nie ....

anggerikdesa
25-06-10, 12:03 PM
Itu baru kawasan setempat area giant ... rasanya ada more than 20 pusat urut di situ..... kat situ belum lagi kawasan2 sekitar.

KiNgX
26-06-10, 04:37 PM
Batal lesen judi bola - Keputusan ambil kira pandangan masyarakat, agama, politik: Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik," kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang selama tiga jam malam tadi sebulat suara menyokong lesen pertaruhan itu tidak dikeluarkan.

"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini. "Syarat ini begitu tegas ditentukan kerajaan. Sejak kerajaan meluluskan secara dasar pada Ascot Sports Sdn Bhd (Ascot), tinjauan ramai dilakukan dan terdapat pihak yang menyokong dan menentang.

“Selepas mengambil kira semua pandangan ini, jelas pada kerajaan sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen itu diberikan kepada Ascot. "Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan yang lesen itu tidak akan dikeluarkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, malam tadi. Beliau yakin komponen Barisan Nasional (BN) turut menerima keputusan ini.

Isu lesen judi pertaruhan bola sepak ini timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyatakan ada cadangan daripada kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia. Berikutan itu, beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO, serta beberapa badan perhubungan negeri, membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak di negara ini.

Pengeluaran lesen itu menurut mereka akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada masyarakat serta tidak menjamin aktiviti bookie haram dapat dihapuskan. Terdahulu, Najib berkata, lesen pertaruhan sukan ini bermula dari 1989 apabila Ascot mendapat lesen berkenaan daripada kerajaan tetapi mereka menyerahkan semula lesen itu pada 1990 selepas mendapat kerugian besar.

Sejak itu, katanya, Ascot cuba memperbaharui semula lesen itu dan kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu baru-baru ini. Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan juga mendapatkan pandangan umum sebelum lesen itu dikeluarkan. "Ini kerana memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen itu dari sudut agama, ekonomi dan sosial.

'Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti pertaruhan sukan haram yang dikatakan memperoleh lebih RM10 bilion ini,” katanya. Beliau berkata, Ascot sudah dimaklumkan perkara itu dan tiada sebarang pampasan akan dikeluarkan.