PDA

View Full Version : StreaminG - Bagaimana dan Peralatannya?



Midnakal
17-01-09, 07:21 PM
Ok lah bro bro semua.... gua nie bab bab computer nie ada sedikit failed lah. So gua nak bertanya nieh.... bagaimana hendak streamingkan sesuatu event dan apakah peralatan yang boleh digunakan.

Gua describe sedikitlah situation nya yer , contohnya ada pesta sukan...acara 100 meter....kita hendakkan streaming tuh di web. So apakah jenis camera or device yg boleh kita gunakan. Apakah service provider yg paling bagus untuk kita gunakan? Kalau ada contoh boleh lah bagikan contoh but kalau boleh tak nak lah streaming mcm kat toxbox atau 123flashchat tuh.

Yang gua pening nieh....camera apa yg sesuai digunakan? Adakah sesuatu device yg boleh kita sambungkan ke camera SLR still yg boleh amik video seperti Nikon D90 yg baru nieh. Adakah terpaksa mengunakan profesional camera like Betacam bla bla bla. Kalau ada camera dan device plugin yg cos nya rendah...it will be really helpfull lah.

Gua nie tak berapa arif sangat dlm bab bab live streaming nieh. Adakah kita terpaksa gunakan beberapa gadget tambahan....dan kalau ada berapa harganya.....ohhhh confiuse gua nieh.

Wahai warga Mk...bantulah gua dan berikan lah panduan agar aku tak sesat jalan. Gua takut nanti gua cocok broadband Hua Wei punya modem kat camera pulak heheheehehe. :kid:

brew
18-01-09, 04:14 AM
Untuk pengetahuan saudara Midnakal, streaming terbahagi kepada 2, audio dan video. dalam kes saudara, jelas sekali saudara ingin membuat streaming video. Paling simple, guna teknologi webcam. Tapi kebiasaannya audience, yakni orang yg menonton tidak akan dapat liputan yg "realtime". Untuk mendapatkan hampir kepada real time, connection haruslah dapat menyokong jumlah mereka yang menonton.

Sekiranya saudara ingin paparan "live show" tersebut dapat menampung jumlah pengguna dan seterusnya dapat disiarkan di layar lebar, contohnya website, ada byk perkara yang perlu dipertimbangkan. tetapi mari kita amik contoh "live CCTV on website' konsep still sama. apa pon akan saya carik software yg dapat mengerjakan pekerjaan ini.

Asasnya:
1.webcam
2.connection
3. website
4. software yang perlu untuk live telecam atau live video. - akan saya bicarakan kelak.

krak
18-01-09, 02:13 PM
Kena cari web hosting support LIVE Streaming - Normally diorg guna Flash Media Streaming (.flv), yang high end diorg pakai .H264 confirmed clear tahap gaban. Tapi Mahal la sikit cost sewanya.




Tak perlu Video Cam yg High Resolution sangat unless kalau bro nak pakai HD Video Cam yg support .H264 streaming.Software ada macam2 contoh broadcam etc.




Kalo setakat guna Huwei Broadband nak buat uploading untuk LIVE SHOW rentikan ler, sebab upload dia hanya setakat 50kbps jer, at least kena 400kbps itupun setakat low resultion jer la orang boleh view, nak nak lak ramai yg sedang view tersekat sekat ler jawapnya.. kekekeke.

bersambung...

Midnakal
26-01-09, 08:06 PM
Wahhh.... en.Krak..... mmg kutunggu reply mu seterusnya..... fiuhhhh