PDA

View Full Version : Langkawi

Sivajhi
14-02-09, 12:22 AM
Aku kat sini meminta jasa baik rakan-rakan yang ada pengalaman ke Langkawi atau penduduk tetap Langkawi bagi review skit pasal kawasan mana yang seronok nak dikunjungi atau kawasan nak menetap. Aku pada bulan 3 ni nak bawak family jalan-jalan kat sana tapi tak tahu hala tuju. Bini aku dah lama mengidam nak ke Langkawi. Aku dah pernah pegi, tapi waktu kanak-kanak riang dulu..hohohoho..

Aku akan bertolak dari Timur dan tak tahu samada ke Kedah atau Perlis. Cadangan? Nak menginap kat mana paling best? Pengangkutan macammana? Tolong...takde maklumat ni!!

Aleeza Zaily
16-02-09, 05:36 PM

Aku pernah tinggal di langkawi selama 3 tahun, dan jua pergi sebagai visitor berkali-kali. Apa yang nak dibuat & kemana yang boleh dipergi depends berapa hari korang kat sana & berapa budget yg ada (RM).

Kalau nko naik boat dari Kuala Kedah, perjalanan air lebih lama, tiket lebih mahal & laut lebih bergelora. Kuala Perlis is better option. Sampai kat Langkawi ada banyak option utk sewa keta. kalau ada org yang kenal lagi bagus, u can get better car with competitive rate.

Basically, Langkawi ada few recommended beaches (Pantai pasir tengkorak/Pantai Tengah/Pantai Kok) Pantai Cenang is too crowd. Kalau korang nak g air terjun pun ada, kat Lubuk Semilang & Air Terjun Temurun (otw nak ke Datai Bay) tapi kalau musim panas air dia agak kekeringan.

Shopping - utk wanita especially, ada banyak pinggan mangkuk & periuk belanga yg consider murah compare dgn rate kat mainland ni. Kalau duit mmg banyak pergi la shopping awal2. kalau tak berapa banyak, as long as nko dah survey tpt, boleh wat last minute shopping. kedai2 spt Idaman Suri & Hj apa ke ntah (tak ingat) is recommended. last minute shopping bagus jugak sbb dorang buley terus packing properly utk cargo (kapai terobang atau guna boat) Utk anak2 chocolate items mmg banyak & murah. For you guys, apa lagi, rokok & liquor la..

Kat pulau tu seniri ada few attractive place, cthnya Keta kabel, taman burung, taman buaya, dll lagi. U can get the map, tgk place of interest & plan properly. Sebab pulau kan bulat, tak yah la nak pergi & patah balik. Bear in mind, additional cost will be the entrance fee. tapi being Rakyat Malaysia, yr MyCard will make u entitle to get up to 40% discount utk kebanyakan entrance fee.

Kalau ada lebih masa & duit, pergi lah island hopping, biasa include few islands, Tasik dayang Bunting (sesuai utk couple yg susah nak conceive), eagle feeding dll lagi. Yg ni rate dia abt 40 ~ 45 per pax, children dapat 40% discount. Another recommended activity is Mangrove trip, naik boat pergi ke pulau2 sblh utara (andaman sea), ada Gua cerita - more on hikayat & binatang2 yg dah disumpah jadi batu, kalau nasib baik dapat jumpa dolphin jugak.

Tempat makan, g la Barn Thai restaurant, jalan Kilim, then kalau pergi makam Mahsuri jgn lupa soup gamat (mmg ada kesan yg hampir sama dgn viagra). Lelain tu biasa2 jelah...

Hope help!

Sivajhi
16-02-09, 06:36 PM
Thanks..antara maklumat yang berguna.

Apa yang nak dibuat & kemana yang boleh dipergi depends berapa hari korang kat sana & berapa budget yg ada (RM).

Aku akan stay dalam 3-4 hari kat sana. Budget dalam RM1000 - RM2000 je. Ntah cukup ntah tidak?! Kalau tak cukup hidup berjimat cermat la..

Aleeza Zaily
17-02-09, 12:16 PM
1k - 2k tu lebih pada cukup, tapi nko tak leh la dok hotel Andaman, Four Seasons, Datai atau Pelangi Beach Resorts...

kalau pegi 4 nite, dok la 2 mlm kat Kuah and remaining kat area Chenang... at least dapat different day & nite experience. byk tu punya budget mmg dah buleh cover suma termasuk shopping.

Bila yg nak pegi ni? cuba elakkan time cuti sekolah, masa tu semua mahal, termasuk sewa keta.

nunu
17-02-09, 04:36 PM
Sivaji De boss..hehe
Jgn lupa cari/ambil map kalau nak visit area langkawi tu..sekurang2 nye boleh tahu selok belok pulau tu kalau nak kemana2.

Oh ya transport dlm pulau cmana? kalau x bawak kete sendiri masuk ke pulau, boleh sewa kereta saje.Dari kete mewah ke yg biasa pun ada..cari jer ikut bajet.Bila dah keluar dari jeti langkawi tu ada byk kaunter yg offer kereta sewa, elok lah ada kereta sesuai tuk family.

Sivajhi
17-02-09, 08:47 PM
Saya akan pegi maybe seminggu sebelum cuti sekolah atau seminggu selepas cuti sekolah. Memang dah agak harga akan jadi gila waktu cuti sekolah.

Rate kereta kira macamana? Kira jam ke hari?

p.s: Maybe masa akan banyak dihabiskan bershopping. Nak lepaskan gian shopping Isteri...huhu..

Aleeza Zaily
18-02-09, 10:42 AM
Rate dari RM50 (Iswara) - 120 (Wira/Waja) per day, depends on nko punyer skill of negotiation. Kat jetty tu mmg melambak counter tapi better buat survey sket, sbb dorang pun compete among each other. kalau nak rasa mewah sket carik la keta besar2, MPV pun abt 220/day (tgk la cap apa)

Isteri gian shopping...? kalau kena gaya layanan nko... banyak duit shopping buleh jimat taw... kui kui kui...

p/s: nanti aku balik Ampang aku bagi few contact numbers that might can help, ok!

Sivajhi
19-02-09, 01:19 AM
p/s: nanti aku balik Ampang aku bagi few contact numbers that might can help, ok!

Terharu aku jumpa orang yang dapat membantu macam ni...... :icon_kiss:

Thank you Aleeza..

p.s: Just pm kalau ada maklumat yang tak ingin dikongsi secara umum.

xpmen
03-03-09, 02:01 PM
aku pun nak pegi langkawi bulan mei ni, yg aku tgh cari hotel dan keta ...hotel dalam RM 100 semalam dapat tak , aku pegi hari biasa isnin - rabu , bukan cuti sekolah..

Mummy_G
05-03-09, 04:22 PM
setelah berkali-kali mengunjungi langkawi..i wud say i like pantai cenang so much sbb senang makan..nice landai beach and hapenning mlm2...silap2 haribulan leh terserempak dgn topless..huhuhu

OKay here i wud rekomen MALIBEST resort (04-9558222) and one more Langgura Baron resort...dua2 nie mmg best and budget sunguh...makan senang..cuber nk pegi bandar shopping jauh sket laa..

Keta laks...aku sewa 2 mlm..free semalam...MPV...u can even get better rates for cable cars..kat jeti tuh..

xpmen
06-03-09, 10:19 AM

tanya sikit mcm nak dapat keta sewa 2 mlm ...free semalam dan better rates for cable cars???

thanks

connect
15-03-09, 04:05 AM
langkawi best kalau lama tak pegi...aku hampir setahun sekali kesana.

sewa kereta/moto lagi best. jalan jer mana2 ikut kepala. lepak chenang kat reggae bar, layan lagu reggae ditambah dengan bunyi ombak dan angin laut malam.

langkawi ni duty free island, jadi apa pun murah lah sana.

kalau pegi geng ramai, jangan lupa pegi island dan river hoping, nikmati geopark langkawi yang bertaraf dunia.

aku ni macam agen perlancongan lak, ahaksz!!

hayabusa
22-03-09, 07:54 PM
Hi guys...

Aku pun nak gi Langkawi bulan June nih. Aku stay at Berjaya Resort. Cuma aku problem xde contact utk sewa kereta. Member aku ckp dia dpt Nissan Sentra dulu RM30 sehari, tp dia xde contact no la plak. Leh dpt rate murah x kt airport? Ada sesapa leh tolong?

Thanks in advance!

hayabusa
22-03-09, 07:56 PM
setelah berkali-kali mengunjungi langkawi..i wud say i like pantai cenang so much sbb senang makan..nice landai beach and hapenning mlm2...silap2 haribulan leh terserempak dgn topless..huhuhu

OKay here i wud rekomen MALIBEST resort (04-9558222) and one more Langgura Baron resort...dua2 nie mmg best and budget sunguh...makan senang..cuber nk pegi bandar shopping jauh sket laa..

Keta laks...aku sewa 2 mlm..free semalam...MPV...u can even get better rates for cable cars..kat jeti tuh..

Mummy ada contact no ke utk kete murah tu? Mcm best je bunyik rate dia. Hehehehe...:cheekiss:

shahruls
29-04-09, 08:04 PM
Berapa ye harga feri dari jeti kuala perlis ke langkawi sekarang? Plan nak pg jun nie... Hotel ambil yg rumah persekutuan punya(holiday villa),murah banyak rm77 je semalam.tq

Aleeza Zaily
30-04-09, 02:19 PM
Berapa ye harga feri dari jeti kuala perlis ke langkawi sekarang? Plan nak pg jun nie... Hotel ambil yg rumah persekutuan punya(holiday villa),murah banyak rm77 je semalam.tq

Ni harga few years back, tak sure dah increase atau tidak.. (kalau naik pun tak banyak sangat la:

Dari / Ke Langkawi :
Dewasa
Kuala Perlis RM12.00
Kuala Kedah RM15.00
Penang RM35.00
Satun RM18.00

Kanak-kanak
Kuala Perlis RM 7.00
Kuala Kedah RM 9.00

Kot nak sure, u can contact this number:
04-966 3088 LADA (Langkawi Development Authority)

shahruls
02-05-09, 09:55 AM

Tq Aleeaz,sy dh contact no tu... harga dah naik... kalau dari/ke kuala perlis RM 18 dewasa, RM11 kanak2(atas 4 tahun)... banyak gak naik tue... kalau 4 dewasa dah RM 138.00 pergi balik.... tq again 4 ur info

Kevin Wallace
05-05-09, 10:54 AM
Aku baru saja balik dari Langkawi, about a week kat sana..meeting and dating...hehehehe...

Actually dah lama tak gi sana...even not well plan but I managed to plan well..

Aku rasa Aleeza dah banyak bgtau info pasal Langkawi so aku nak tmbh skit berdasarkan experience aku baru ni...

To stay - Kalu low or affordable budget boleh stay kat Pantai Chenang, accomodation (motel or resort) murah boleh dapat (RM60-RM150++), nak makan pun senang. Transport pun senang..nak sewa kete or moto pun boleh..moto RM20 perday..bolehla merempit hehehehe...cuma accomodation tu very basic ala-ala back-packers...kalu nak lebih selesa kene la stay kat hotel or resort yang well known skit tp harganya lebih mahal. Hotel yang affordable byk area Pekan Kuah (RM80++ - RM180++),cuma kat sini nak makan susah skit...kene ada transport baru best...apa yang aku observer kat Langkawi ni lewat2 mlm susah skit nak cari makan..kedai area kul 1am dah tutup...

To move in Langkawi - Sewa la kereta...skrg ni rate Kancil(RM50),Iswara(RM60),Wira(RM70),lain-lain jenis kete agak mahal,kete pun kete2 mewah mcm Vios,Nissan,Avanza etc. Harga2 ni akan sedikit naik bila time cuti hujung minggu,ada event2 besar kat Langkawi dan juga time cuti umum. Tapi kalu korang pandai cari n nego boleh dpt harga yang bagus. Aku baru ni dpt Iswara cabuk untuk 4 hari dengan harga RM220,so dalam RM55 sehari,sedangkan pada masa tu rate untuk Iswara dah RM70 sehari.Maybe nasib aku baik kut dapat deal yang orang yang betul.

To shop - Kalu nak cari pinggan-mangkuk n coklat. 2 tempat yang paling famous dan harganya berpatutan. Idaman Suri dan Haji Ismail Group. 2-2 tempat ni lebih kurang je harganya. Cuma masa aku pergi baru ni dgr kata org harga coklat agak naik sbb ada event besar kat Langkawi masa tu...naik dalam 3-4 ringgit jugak dengarnya but still lebih murah dari Tanah Besar. Harga2 untuk pinggan-mangkuk mmg murah...heaven la bagi sapa-sapa yang minat dengan barang2 dapur ni...cuma kalu naik flight susah skitla nak bawa brg byk...bawa kete sendiri lagi senang...Aku ada usha gak liquior..chivas 1L RM65 ringgit jeeee...aku boleh dapatkan 5 botol dgn harga yang aku bayar kat Rum untuk 1 botol 750ml...terasa mcm nak wat party kat Langkawi je...hahahahahahahha...

To visit - Cable Car, Pantai Tanjung Rhu...and refer Aleeza punya reply. Jgn lupa dptkan map...senang nak plan...

To eat - Nak makan seafood ada byk pilihan...agak murah la..cuma nak cari kualiti dan rasa yang kene dgn taste aku agak bermasalah...apa pun boleylaaa..worth for money..aku makan kat ada satu kedai area deretan kedai seafood di Pekan Kuah, aku ambil ikan siakap,sotong,sayur,tomyam,telur+air 3+sate 10..less then 50 ringgit!!!

To contact - Shah 012-4721433 or Gee 012-4932433 (Codename - ATAN)

Sivajhi
05-03-10, 09:18 PM
Dah masuk setahun pun thread ni. :D

To contact - Shah 012-4721433 or Gee 012-4932433 (Codename - ATAN)

Berkenaan contact number kat atas ni, macammana prosedur? Apa yang diorang handle?

Maybe next week aku akan ke sana bersama family.

percaya
22-12-10, 08:51 AM
salam... ade lg x perkhidmatan sewa kereta murah2.. nak pegi 2..3.. hari dah.. huhuhu.. thanks!

ahmadasapri
10-01-11, 03:00 PM
hello..

langkawi..mcm besh je nak ke sana.bercadang utk mengadakan trip hari keluarga kesana. ada tak sesiapa yang mahir dgn pulau2 yg terdapat di langkawi ni. rasa mcm nak jelajah smua pulau2 kat langkawi..mesti ade yg tak tercemar dan masih byk hidupan yg menarik disana. bole kita kongsi2 kan nnt..

ahmadasapri

maaf setelah sekian lama tidak mengepost kerana terputus hubungan internet. maaf tuan suci.

terunasuci
04-11-11, 03:06 PM
Next month, sempena cuti Sultan Selangor aku akan bercuti di Pulau Langkawi...ini adalah lawatan kali pertama aku ke Pulau ni...ketinggalan zaman betul aku ni...hahaha

so, aku akan baca info2 kat sini sebagi panduan...pada yang selalu ke sana, kalau ada info terbaru harap tolong updatekan yer......

jemaing
04-11-11, 03:30 PM

aku dah 5 ke 6 kali dah gi sini..tapi info tak der la...aku jalan selalu wat derk jer...tapi kan ada user kita kat sini..baik contact dia...erkkk..!info apa tuan nak nie...hahaha.!

terunasuci
04-11-11, 03:37 PM
aku dah 5 ke 6 kali dah gi sini..tapi info tak der la...aku jalan selalu wat derk jer...tapi kan ada user kita kat sini..baik contact dia...erkkk..!info apa tuan nak nie...hahaha.!

Yer ker...aku bukan apa...kalau boleh sekali sekala pergi ni biarlah buat perancangan rapi...maknanya tiap saat tu dah ada program...barulah rasa berbaloi...

Aku akan bertolak dari KL Hari Sabtu, 10/12 jam 4.00pm dan balik sini hari Isnin, 12/12 pun jam 4.00pm gak...plan nak lepak area Cenang...so, hari sabtu tu mungkin just lepak2 jer...hari ahad baru nak round puas2...

Jemaing, info sehat la bro...maklumlah, aktiviti sehat...hahahaha

p/s : mlm ni turun tak? ada benda nak mintak tolong...hehehe

jemaing
04-11-11, 03:45 PM
Jemaing, info sehat la bro...maklumlah, aktiviti sehat...hahahaha

p/s : mlm ni turun tak? ada benda nak mintak tolong...hehehe
Chenang memang terbaik..!pegi la kereta kabel..gunung mat cincang..tasik dayang bunting...tah la.telaga tujuh aku tak sampai lagi...pekan kuah tu biasa la..!tapi rasanya water world tu tak payah la..ekeke..beras terbakar tak payah..

ps..mlm x joint...keja..ingat nak gi kepong ambil brg dari selim..ekeke

terunasuci
05-12-11, 11:11 AM
Tinggal 5 hari lagi aku akan bercuti ke Langkawi...mula2 heran gak pasai apa kali ni banyak betul hotel yang biliknya penuh...rupa2nya minggu ni ada LIMA Langkawi.....

Aritu carik punya carik yang murah, dapatlah dok kat Mali Perdana Resort......

heiya
29-01-13, 09:42 AM
ada sesapa yg dah pegi langkawi dlm tahun ni dan tahun lepas..leh review tak..just nak tgk bajet..aku cadang bulan 3 ni nak ke sana...
and any latest contact for car rental...nak gak jimat part sewa keta masa tu..

hornyguy
30-01-13, 04:25 AM

Aku pun nk g langkawi gak,insyallah hujung bulan 3 ... :D

Sent from my GT-I9100G using Tapatalk 2

heiya
30-01-13, 08:35 AM
aku xde date khusus lg..tp dlm around cuti sek..jumaat sabtu ahad la...
ko dah book kat mana?

terunasuci
30-01-13, 09:22 AM
ada sesapa yg dah pegi langkawi dlm tahun ni dan tahun lepas..leh review tak..just nak tgk bajet..aku cadang bulan 3 ni nak ke sana...
and any latest contact for car rental...nak gak jimat part sewa keta masa tu..

Aku pergi tahun lepas...bajet bergantung kepada kemampuan...hahaha...cam aku, tak nak ikut nafsu, aku bawak cash money jer...habis cash money, no more shopping...hahahaha...

Car rental lak, ko turun je dari kapal terbang, bersepah syarikat sewa kereta yang ada...ko pilih je mana yang berkenan...da kena pandai kawtim sikit......nak jimat sewa viva jer...hehehe

heiya
30-01-13, 09:34 AM
aku gi ber2 aje nanti..sempena cuti sekolah...
anyway korang crita la pengalaman korang..hotel korang stay...leh gak aku tgk pilihan yg ada...

hornyguy
01-02-13, 04:30 AM
Aku pun nk g langkawi gak,insyallah hujung bulan 3 ... :D

Sent from my GT-I9100G using Tapatalk 2

Blom booking lagi,tapi aku pergi bukan time cuti skolah...

Sent from my GT-I9100G using Tapatalk 2