PDA

View Full Version : Condolences/ Ucapan Takziah



Pages : [1] 2

Big Daddy
10-03-08, 09:47 AM
Ruangan ini adalah untuk kita memberikan ucapan takziah kepada rakan-rakan MK Portal, bukan untuk kenalan anda yang kami tidak kenali. Di samping itu juga boleh dijadikan satu tempat untuk pemberitahuan kepada rakan MK Portal yang lain berita sedih yang anda tahu, yang mana melibatkan rakan MK Portal.

Selamat berucap!

Big Daddy
10-03-08, 09:49 AM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada HMOD pakyeop di atas pemergian ayahanda beliau pada tanggal 7 Mac 2008, Jumaat lepas.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

terunasuci
10-03-08, 09:54 AM
Salam takziah juga ingin saya ucapkan kepada HMOD pakyeop di atas pemergian ayahanda beliau...setiap yang hidup pasti akan mati...cuma masanya sahaja kita tidak ketahui...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

- Al-fatihah -

D2H
10-03-08, 03:54 PM
Takziah diucapkan kepada HMOD pakyoep. Yg hidup pasti akan mati. Kita yg hidup ini haruslah meneruskan kehidupan. Semua ini adalah ketentuan Yang Maha Esa.


Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

AL-FATIHAH

popeye
10-03-08, 04:31 PM
Ucapan takziah diutarakan kepada HMOD pakyoep. Semoga permegian insan yg disayangi dicucuri rahmat dan
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!



Al- Fatihah.....

heiya
10-03-08, 04:53 PM
alfatihah...moga ditempatkan di kalanganNYA....

glenn.e
10-03-08, 05:58 PM
semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Allahyarham

al-fatihah

gigs
10-03-08, 08:27 PM
Takziah diucapkan kepada HMOD pakyoep.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Al Fatihah.

pakyeop
12-03-08, 09:20 AM
Ribuan terima kasih diatas keperihatinan kawan-kawan semua.
Semuga tuhan membalas jasa baik kalian semua.

Terima kasih.

krak
12-03-08, 12:01 PM
Takziah kepada Keluarga Pakyoep, Insyaallah jika ada kelapangan hujung minggu saya akan menziarah. Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham. Al-Fatihah.

FLO
12-03-08, 12:07 PM
Takziah kpd PakYeop dan keluarga

Mummy_G
12-03-08, 01:17 PM
Tahziah kepada pak yeop & family...

dari MG & W

thesculpture
12-03-08, 04:33 PM
Sculpture here,

askum pada suma,
pakyeop, takziah diucapkan
segala yg hidup, pasti akan pergi menemuiNya jua,
moga tabah menghadapinya,

~ - Fatihah ~

Sivajhi
12-03-08, 09:41 PM
Takziah pada Pakyeop dan semua keluarga yang terlibat. Harap banyak bersabar dan berfikir dengan waras menghadapi dugaan hidup.

emptysoulz
12-03-08, 10:27 PM
Takziah Pak Yeop .. Al Fatihah ...

terunasuci
17-03-08, 07:36 AM
Salam takziah ingin saya ucapkan kepada Sergeant Mendoza di atas pemergian ayahanda beliau pada hari Jumaat 14/03/2008...

Setiap yang hidup pasti akan mati...cuma masanya sahaja kita tidak ketahui...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!



- Al-fatihah -

glenn.e
17-03-08, 08:11 AM
UCAPAN TAKZIAH BUAT S.MENDOZA SEMOGA BERSABAR UNTUK MENEMPUHI HIDUP DI DUNIA INI.

-AL-FATIHAH-

BalakSteady
17-03-08, 09:01 AM
Salam takziah saya serta daripada semua warga kerja Board Gathering MK kepada

PakYeop & Sergeant Mendoza

Diatas kehilangan ayahanda tercinta, yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

Al-Fatihah!

Big Daddy
17-03-08, 11:34 AM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada COT Sergeant Mendoza di atas pemergian ayahanda beliau pada tanggal 14 Mac 2008.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

cray
17-03-08, 05:23 PM
al Fatehah kepada ayahanda kepada pakyeop dan sergeant mendoza
-datang daripada allah dan kembali kepada allah jua-
amin

krak
19-03-08, 02:55 PM
Takziah di atas Pemergian Ayahanda SM (Sargeant Mendoza ) pada 14hb Mac 2008 yg lalu, Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham.


Al-Fatihah.

D2H
19-03-08, 08:19 PM
Ucapan takziah kepada bro Sergeant Mendoza di atas pemergian ayahanda beliau tempohari.




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

AL-FATIHAH

eypoi
20-03-08, 09:49 PM
Takziah kepada pakyeop dan s,mendoza..
AL-FATIHAH

shamtpg
23-03-08, 09:12 AM
Takziah untuk pemergian ayahanda
Sargent mendoza..semoga allah
mencucuri rahmat
Alfatihah

gigs
23-03-08, 02:47 PM
Takziah kepada

Sergeant Mendoza

Yang pergi takkan kembali.
Yang hidup tak harus meratapi.

Sergeant Mendoza
24-03-08, 11:09 AM
Alhamdullillah, segalanya telah selamat disempurnakan.
Terima kasih di atas keperihatinan rakan-rakan MK.
Hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalas keperihatinan kalian.
Amin.

neraker
25-03-08, 10:55 AM
aku pun nak ucap takziah pada bro pakyeop dan sergeant mendoza..yang hidup pasti akan mati,AL FATIHAH..SEMOGA DICUCURI RAHMAT..AMIN
KEATAS AYAHANDA MEREKA

gigs
07-07-08, 03:15 AM
Takziah kepada

abgensemkl

atas pemergian bonda tercinta pada saat gua meraikan ulangtahun gua pada 6 Julai 2008.

Alfatihah.

piaggio_hex
07-07-08, 03:39 AM
Takziah diucapkan kepada Sergeant Mendoza dan abgensemkl di atas pemergian ayah dan ibu masing2 ke Rahmatullah.

Semoga roh kedua2nya ditempatkan di kalangan kekasih-Nya.

Tabahkan hati. Kehidupan perlu diteruskan.

mdfaris_ibrahim
13-07-08, 04:20 PM
Bila sebut pasal kematian nie, rasa insaf jap!!! aiiiiiii takut2 mati!! takziah buat keluarga jenazah, alfatihah.... ucapan takziah juga buat bekas rakan rapar MK saya, allahyarhamah is_arisa,...... sesungguhnya rasa takut menyelubungi aku mengenangkan peristiwa dan keadaan beliau... masyaallah!!!

terunasuci
24-12-08, 08:42 AM
Takziah di ucapkan atas Pemergian Ayahanda Wood3 pada awal pagi tadi lebih kurang jam 2 pagi bersamaan 24 Disember 2008...Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham...

Ayahanda beliau akan dikebumikan lepas zohor ini di Tanah Perkuburan Serdang, Kedah...

Al-fatihah...

SHEMSHEM
24-12-08, 08:56 AM
TAKZIAH buat Bro Wood3
Moga tabah dan cekal slalu...al-fatihah....

iris
24-12-08, 09:22 AM
iris mengucapkan takziah kepada bro wood3 ke atas pemergian ayahanda tersayang....semoga Allah mencucuri rohnya....bro wood3...semoga abg cekal n tabah menghadapi...kita yg hidup pasti akan pergi...redhakan lah....Al-fatihah....

Lady Lust
24-12-08, 09:46 AM
Takziah Lady ucapkan buat abg Wood3 atas pemergiaan ayah tercinta... Diharap abg Wood3 akan tabah menghadapi keadaan nie... Relakanlahnya pergi... Al-Fatihah....

Nel
24-12-08, 10:14 AM
TAKZIAH buat Abg Wood3

ninja
24-12-08, 10:15 AM
Takziah di ucapkan atas Pemergian Ayahanda Wood3 pada awal pagi tadi lebih kurang jam 2 pagi bersamaan 24 Disember 2008...Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Allahyarham...

Al-fatihah...

krak
24-12-08, 10:19 AM
Bersama sama kita sedekahkan Al Fatihah buat ayahanda wood3 kita. Salam Takziah dari saya sekeluarga.

FLO
24-12-08, 10:24 AM
takziah woods

nottie eddie
24-12-08, 10:32 AM
Takziah wood3...... kuatkan semangat, doakan yg terbaik utk beliau...insyaAllah, arwah akan berada disamping mereka2 yg diredhai....

cheers

L.S.D
24-12-08, 10:35 AM
My condolences to you, Bro Wood3

Aleeza Zaily
24-12-08, 10:35 AM
Kepada Wood3, semoga tabah & redha dengan pemergian ayahanda tercinta.

Ya Allah ampunilah ayahanda Wood3 dan angkatlah derajatnya ke dalam golongan orang-orang yg mendapat petunjuk dan jadikanlah pengganti di belakangnya dari kalangan orang-orang yg tinggal dan hidup dan ampunilah kami dan dia Wahai Rabb semesta alam serta lapangkan dan terangilah baginya didalam kuburnya

Aaron
24-12-08, 10:49 AM
Takziah wood3.... kuatkan semangat semoga dapat menghadapi pemergian ayahnda tersayang dengan tabah dan tenang. Setiap yang hidup akan meninggalkan kita, redhalah dengan kehendakNya. Kuatkan semangat Beb....

Keira Chan
24-12-08, 10:59 AM
abg wood, yang pergi tetap kan pergi.. yang masih ade perlu teruskan kehidupan.. adeq percaya abg cukup tabah untuk hidup dengan kenyataan ini.

takziah dari adeq.

abangbecha
24-12-08, 11:09 AM
Takziah pada Wood3 dan ikhlas Al-fatihah buat ayah beliau.

SPEKONG
24-12-08, 11:10 AM
al-fatihah..
semoga roh ayahda dicucuri rahmat

nerdy_jack
24-12-08, 11:18 AM
Al-Fatihah.....

eliazara
24-12-08, 12:21 PM
Salam takziah elis ucapkan untuk abg wood.....semoga tabah dan menerima kenyataan ini ..relakan arwah ayahanda pergi dengan tenang....Al-Fatihah....

Big Daddy
24-12-08, 01:09 PM
Takziah buat wood3 di atas pemergian ayahanda beliau.

Semoga anda akan tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dari kita. Sebagai anak, selalulah berdoa semoga rohnya akan sentiasa dicucuri rahmat hendaknya, AMIN.

alethe
24-12-08, 02:43 PM
aloha...

salam takziah buat wood3 dan sekeluarga.... semoga cekal dan tabah menghadapi dugaan besar ini.

kita yang masih hidup ini, mesti meneruskan perjuangan kita di dunia ini...
dan semoga roh ayahanda wood3 di cucuri rahmat dan diletakkan di samping org2 yang beriman....

amin.....

CikLana
24-12-08, 03:58 PM
salam takziah buat abg Wood3 & family...

al-fatihah ;)

spongebob
24-12-08, 04:47 PM
Takziah


buat saudara Wood3 atas pemergian bapanya ke Rahmatullah,...
Al-Fatihah dari saya dan rakan2 yang lain..

shamtpg
24-12-08, 05:03 PM
takziah wood3..
rasa sedih teramat sangat,moga dicucuri rahmat
keatas allahyarham ayahanda awak..
sempat berbual tentang ayahandanya sebelom geng
tt kuantan berlepas..
ingat lah semua termasuk saya,janganlah kita lalai
dan leka..kita semua pasti kembali,amalan kita saja
yang tinggal..(itupun kalau diterima)

ArisshaSofea
24-12-08, 05:10 PM
TAKZIAH BUAT
ABG WOOD3


Al-Fatihah, Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya.
Amin

hot_cruel
24-12-08, 05:11 PM
Utk Wood

Takziah saya ucapkan dan semoga roh ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. InsyaAllah.

Horatio
24-12-08, 05:13 PM
Al-Fatihah
buat Allahyarham ayahanda wood3. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin

gigs
24-12-08, 06:23 PM
Takziah buat wood3.

Setiap yang hidup pasti pasti akan kembali. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup mesti terus hidup.

Alfatihah.

RV4
24-12-08, 06:37 PM
Takziah..you know where to reach us if you need us..

eypoi
24-12-08, 07:07 PM
Al-Fatihah....
Buat allahyarham ayahanda wood3..
Moga rohnya dicucuri rahmat..
Amin..

Ab17
24-12-08, 07:13 PM
salam takziah dan al-fatihah buat ayahanda wood3...

semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau...

amin...

heiya
24-12-08, 08:20 PM
yang pergi takkan kembali...moga ayahanda Wood3 rohnya dicucuri rahmat dan berada disamping org2 dikasihiNya...

al-fatihah...

brew
24-12-08, 10:14 PM
Wood, Takziah dari saya.

Semoga ayah anda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg soleh.

Semoga anda tabah dan tetap terus tabah.

WINGS
24-12-08, 10:58 PM
Al-Fatihah

buat Allahyarham ayahanda wood3.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Amin

Intanmahsuri
26-12-08, 09:30 AM
Takziah abg wood. Semoga tabah.

abe9
26-12-08, 09:42 AM
wood,, mungkin terlewat sikit, but anyway, takziah atas kehilangan.. semoga di letakkan di antara mereka2 yang dikasihi Allah..

but whatever it is, kita yang hidup harus terus hidup.. semoga kau mendapat iktibar dari segala ini.. bersabar lah..

see you soon.

wood3
29-12-08, 06:12 PM
ASSALLAMUALAIKOM AND A VERY GOOD DAY.

Allhamdullilah ayahanda saya selamat dikebumikan selepas solat zohor pada 24 hb lepas bersamaan 26 zullhijjah di tanah perkuburan islam Masjid Al Irshad Pekan Serdang Kedah,

Diimamkan oleh YB YAAKOB HUSSIEN, sementara saya sebagai waris dibelakang beliau, apakan daya belum penuh ilmu di dada untok menimami jenazah ayah tercinta.

Suasana sedih memang kian hari kian terasa. Al maklomlah dialah ayah, dia lah juga teman berbicara tapi tiap yang bernyawa pasti pergi menemui pencptanya.
Amin.

Sebagai anak yang dekat dengan beliau dan rakan rakan beliau, maka tugasan sebagai ketua dalam pengurusan jenazah serta menyambut sahabat serta kaum keluarga terpaksa saya galas kerana abang saya yang sulung masih berada di tanah suci, Makkah.

Allhamdullilah, semuanya selesai berkat pertolongan bapak saudara mahupun seluruh masyarakat kampong serta ahli jawatankuasa masjid.
Terima Kasih.

Dikesempatan ini saya berbesar hati mengucapkan berbanyak banyak terima kasih atas perutusan TAKHZIAH serta SMS kepada saya.

Advisor wings
Smod Krak, Becha, Big_daddy, Bob, Gigs
Hsmod Cik Lana
MOD Ts, Flo, Swingers69, L.s.d
Hmod Lady, Ninja, Hieya
COT Iris, Skullx, Aleeza, Adeq, Spekong, Shamtpg, Arisyasofea, Hot_cruel, Horatio, RV4, Intanmahsuri, Abe9, Brew
Au Ena, Veyron, Nedy_jack, Elisabetta, Alethe, Ab17

Akhir sekali, terima kasih yang terhingga kepada sahabatku MOD Abetan. terima kasih atas nasihat hang.

Al-Fatihah.

KS
30-12-08, 05:58 AM
Bro. wood3,

Al-Fatihah,

Takziah atas pemergian ayahanda tercinta

*sorry terlambat lak.. bagi ucapan

Blue_Angel
30-12-08, 11:02 AM
Abang Wood3, takziah dari saya sekeluarga di atas kehilangan abang wood3. Harap2 abang wood3 sekeluarga bersabar dan tabahkan hati. Life must go on.

Maaf sebab lambat wish, lama tak masuk MK.




Akhir sekali, terima kasih yang terhingga kepada sahabatku MOD Abetan. terima kasih atas nasihat hang.



Nasihat? Rasanya abang wood3 kena 'BANG' dengan Abetan ni, yek? :kid:

jemaing
30-12-08, 12:25 PM
Miskipun lambat turut mengucapkan takziah ke atas sahabatku sudara Wood3..semoga terus tabah menharungi hari hari mendatang..

Sergeant Mendoza
14-01-09, 02:40 PM
TAKZIAH sahabatku wood3. Semoga anda tabah menghadapi pemergian ayahanda tercinta. Sudah tersurat, yang hidup akan pergi, yang pergi takkan kembali. Saya doakan allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

wood3
14-01-09, 05:01 PM
Assalamualaikom.

Terima kasih atas ingatan kawan2 . .lambat ucap tak pa janji ingat. . . .maing,mendoza n lepat biar pun jauh disana hampa ingat kat aku nooo.
Buat blue angel terima kasih jua . .maaf la pasai lambat reply coz takut ada lagi yang nak buat ucapan, lepas ni habis dah kot.
hari ni dah masok 22 hari arwah meninggal.Sian mak aku . .tinggal sengsorang kat umah . .ari tu ramai so tak la sunyi sangat.Aku call tanya perkabaran dari sini je.


p/s:Blue angel !!!. Mamat tuuu . .bukan setakat " BANG " nak di talkhin nya wood. . . .garang wooooo.

NeoCyber
14-01-09, 05:40 PM
Wood. aku pun baru tau.! salam takziah aku ucapkan..!

sabar ya..! harap ada laa orang yg teman kau .. dalam masa kesedihan ni..

nottie eddie
15-03-09, 01:52 AM
Dari info facebook ade menyatakan Abang kepada Aleeza Zaily telah meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan. Arwah meninggal kerana kecederaan teruk di bahagian kepala. Info laen belum di perolehi, namun ingin saya, mewakili iris dan sekeluarga mengucapkan Takziah kepada Aleeza sekeluarga kerana kehilangan Abang beliau. Harap agar beliau dapat bersabar dan sama2 lah kite berdoa kepada arwah agar berada di kalangan mereka2 yg beriman.

Al-Fatihah......

Note : Jam 1.03am 15/03/2009 ~ "My eldest bro passed away, road collision, severe head injury..."

whocare
15-03-09, 07:10 AM
al fatihah

wood3
15-03-09, 08:19 AM
Salam Thakziah buat sahabat ku

ALEEZA.

tabahkan hati kuatkan iman.



p/s; nyawa kita hanya pinjaman. habis kredit tamatlah perhikmatan.

PeeJay
15-03-09, 12:04 PM
Takziah buat Aleeza .. Al-Fatihah

kurosaki
15-03-09, 02:41 PM
salam takziah for aleeza .......al - fatihah.....amin

KiNgX
15-03-09, 03:13 PM
Takziah buat keluarga



Aleeza Zaily.

Semoga roh abangnya ditempatkan disisi org2 yg beriman.


Al-Fatihah...

Doc Holiday
15-03-09, 04:05 PM
Takziah buat

Aleeza

dan juga

wood3

Dari saya yang jauh diperantauan

p/s: soory wood3 aku baru tahu.

glenn.e
15-03-09, 05:27 PM
salam takziah buat aleeza...semoga tabah menjalani hidup

wood3
15-03-09, 08:56 PM
Takziah buat

Aleeza

dan juga

wood3

Dari saya yang jauh diperantauan

p/s: soory wood3 aku baru tahu.

Tak pa DOC . . . aku paham situasi hang.Yang pergi tu tetap pergi . .kita yang masih bernafas ni kena teruskan kehidupan.

p/s; isskk . .tempat kreja hang tu . . .paling happening laaa.Hang tak ushar ka port baek punya.

fanatic
15-03-09, 10:27 PM
takziah dari saya...

brew
15-03-09, 10:31 PM
Salam Takziah buat

ALEEZA

gigs
15-03-09, 10:32 PM
Takziah dari gua untuk aleeza dan keluarga.

terunasuci
16-03-09, 07:59 AM
Salam Takziah buat keluarga


Aleeza Zaily.

Semoga roh abangnya ditempatkan disisi org2 yg beriman.

Al-Fatihah...

glenn.e
16-03-09, 10:06 AM
Ucapan Takziah Buat Aleeza..Semoga Tabah Menghadapi Hidup

Abetan
16-03-09, 10:20 AM
Dear Aleeza,

I am sorry to hear about your losses. Tabahkan hati. My sincere condolences.

SHEMSHEM
16-03-09, 11:00 AM
takziah buat aleeza sekeluarga di atas pemergian abang tercinta...
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

Al-fatihah

Intanmahsuri
16-03-09, 11:26 AM
Aleeza, takziah. Semoga hang tabah.

shamtpg
16-03-09, 11:37 AM
Alfatihah...

Takziah buat Aleeza Zaily dan sekeluarga..
dari saya.
shamtpg

Sempoi
16-03-09, 11:38 AM
salam takziah buat aleeza n famili...
byk2 bersabar...

Ab17
16-03-09, 11:41 AM
Salam Takziah buat


Aleeza Zaily

dan keluarga




Al-Fatihah...

nlaylaaziz
16-03-09, 11:42 AM
Ucapan takziah my dear Aleeza... Tabahkan hati mu.

eliazara
16-03-09, 11:51 AM
salam takziah buat Aleeza dan keluarga....semoga tabah menghadapi dugaan ini ...........

Abetan
16-03-09, 12:08 PM
Bagi pihak Aleeza.. aku nak quote sms dari beliau yg aku terima pada 16 hb March @12:20PM.

"yes, we r ok. Thanks abetan n sampaikan salam syg to the rest"

Aaron
16-03-09, 01:06 PM
Ucapan takziah buat Aleeza, terimalah takdir dari ilahi dengan hati yang tabah dan penuh kesabaran. Salam takziah dari hamba sekeluarga.

starz
16-03-09, 02:00 PM
Takziah dari starz..:cry:

nunu
16-03-09, 08:33 PM
To Sis Aleeza & family member, takziah & sorry for your lost :down: :sad:.
Life must go on Sis..be strong. nunu doakan untuk arwah...Alfatihah..

Sergeant Mendoza
16-03-09, 08:37 PM
Takziah buat Aleeza sekeluarga. Al-Fatihah

jemaing
16-03-09, 09:37 PM
Takziah buat Aleeza sekeluarga. Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang orang soleh..
Al-Fatihah...

FatThickJoe
17-03-09, 11:23 AM
Salam Takziah buat Aleeza.
Al-fatihah

CikLana
17-03-09, 11:44 AM
salam takziah buat sis aleeza ... alfatihah

Aleeza Zaily
17-03-09, 01:01 PM
Dear lovely friends,

I am touched with your care and concern..

Yes my eldest brother telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat, 13/3/09. He was otw from workplace at 6:45 in the morning to my sister house & terlanggar divider. Walaupun beliau menunggang TZM, we dont think he is speeding {by nature of his age & ordinary style of riding) Ada beberapa kecederaan yg agak serious di muka with blood clot di kepala. Docs in Hospital Ipoh was trying their level best to save him, but we know that it is his call(at 3:30 pm same day).

Sadly, we were being informed quite late~only after maghrib.

Alhamdulillah, urusan mengeluarkan jenazah dari hospital hinggalah ke pengkebumian di Taiping sangat mudah dan lancar. But he, being a bachelor, leaving neither balu nor child to be taken care of us. Our mom will surely be missing him so much as they were staying together. It is our turn now to find a solution for our mother.

His sudden death make me think and treasure the purpose of life even better. Have we even did what we suppose to do & have we achieved according to the plan.

Going forward, I'll find my soulmate so that I can be loved as a normal person... I dont want to be left alone & die alone too... {sempat lagi nak menggatal tuh} huhuhu...

To you all, thank you very much for the wish, phone call, sms & YES! your love make me stronger than ever...



Thanks to:
Sempoi
Ab17
Elisabetta
Veyron
whocare
PeeJay
Kurosaki
FatThickJoe
kingx
glenn.e
fanatic
ena
Intan Mahsuri
Sham TPG
starz
sergeant mendoza
jemaing
brew
wood3
terunasuci
Abetan
Nlaylaaziz
nunu
swing69ers & iris
Doc Holiday
Cik Lana
gigs

selim
21-03-09, 09:13 PM
Dear Alan (Abalonedesire):


I would like to express my sincere condolences on the recent passing of your mother (21/03/2009).

You were truly fortunate to have such a Mum as a model in your life.

Please pass my deepest sympathies on to your family members.

Very sincerely,

STEVEN SE LIM

DeKuip
23-03-09, 08:27 AM
I went to Melaka yesterday to pay my repect, oso to support my dear bro Ah Kum.

Also i wanna thank those who have support him.

spongebob
23-03-09, 08:39 AM
My deepest sympathy and condolence to Mr.Alan (Ablondesire)...

nottie eddie
25-03-09, 01:06 PM
D deepest sympathy to d demise of ur loving mum and condolence to Ablondesire (Alan)... and d whole family...

cheers

wood3
25-03-09, 02:32 PM
Takziah.

buat


ABLONDESIRE
&
FAMILY.

Atas pemergian ibu tercinta.

Decent
25-03-09, 03:45 PM
Dear Alan (Abalonedesire):


On behalf of all the VIP that know you, we would like to express my most sincere condolences on the recent passing of your mother (21/03/2009).

Please pass my deepest sympathies on to your family members.If you need any further assistance that we can render, please do not hesitate to ask.

Very sincerely,

Decent & Friends!

PeeJay
16-05-09, 10:05 PM
ucapan takziah utk keluarga saudara lipan yg telah kembali ke rahmatullah pd 16 mei 2009 jam 2.30am.
Saudara lipan (nick name) adalah
rakan lama peejay dari ww.alamak.com dan pada user mk yg pernah menyertai site tersebut dan mengenali allahyarham mari la kita sama2 sedekah al fatihah semoga roh nya di tempat org yg
soleh!

John Giacomo
16-05-09, 10:32 PM
salam takziah utk keluarga lipan....al-fatihah...
semoga dia di tempatkan di golongan-golongan org yang soleh..

Aaron
16-05-09, 10:35 PM
Dear Alan (Abalonedesire),
I' am deeply shocked at the suddeness of your mother's demise.

May God give her eternal rest and may her soul rest in peace!

Please accept our condolences and be strong!

In deep Sympathy!

Aaron

Aaron
16-05-09, 10:59 PM
SAlam takziah untuk saudara Lipan,
Please accept our most heartfelt sympathies for your loss.
Our thoughts are with you and your family during this difficult time. Banyak-banyak bersabar. Semua itu adalah dugaan dan ada hikmahnya. Relakan pemergiannya adalah jalan yang terbaik.

wood3
20-06-09, 11:01 AM
TAKZIAH,

ABANG BECHA
DAN keluarga.
&
SPONGEBOB
Dan keluarga.
WAJATIMUR
dan
keluarga.

Atas kembalinya nenek tercinta ke alam baqa.
semuga roh beliau dicucuri rahmat.
AMIN.

fanatic
20-06-09, 12:21 PM
abgbeca dan family, spongebob dan family, wajatimor dan family.

harap bersabar. takziah dari kami sekeluarga dan semuga roh beliau di cucuri rahmat.

CtiE
20-06-09, 01:39 PM
salam takziah
abang becha n family

spongebob n family

saudara lipan n family

wajatimur n family

semoga Ruh beliau di tempatkan di kalangan org2 beriman, dicucuri rahmat.. Amin....

Sergeant Mendoza
20-06-09, 06:10 PM
Takziah kepada abgbecha, spongebob, wajatimur & keluarga. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah...

Aleeza Zaily
20-06-09, 07:15 PM
Salam Takziah dari saya buat:

Spongebob & seisi keluarga
Abangbecha & seisi keluarga
Wajatimur & Seisi keluarga

serta

family of Lipan

relakanlah pemergiannya semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh kesejahteraan dan rahmat...

Al-Fatihah!

Retired
20-06-09, 07:39 PM
Sorry to hear hear about the loss of your love ones. When it hurts to look back and you are too scared to go forward, look beside you and your best friends will be there for you.

to the family of abangbecha, spongebob and wajatimur. may their soul rest in peace

PeeJay
21-06-09, 12:17 AM
to the family of abangbecha, spongebob and wajatimu

Takziah ke atas pemergian org tersayang!!

Semoga rohnya di cucuri rahmat.

popeye
21-06-09, 05:46 AM
Salam Takziah buat keluarga kalian semua..

Semoga Tuhan menempatkan roh arwah dikalangan org beriman.. Amin..

nottie eddie
21-06-09, 09:28 AM
Takziah kepada d mafia family of spongebob, abangbecha & wajatimur for the demise of their luvly grandma...may her soul rest in peace and have all the blessing from Allah S.W.T.
insyaAllah.

cheers

ajimario
01-07-09, 12:01 PM
Al- Fatihah


Dengan ini dimaklumkan Ayanhda saudara kita Cenenot telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi 1 Julai 2009. Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Kepada Cen, takziah dan banyakkan bersabar.

hot_cruel
01-07-09, 12:11 PM
Takziah buat Cenenot atas pemergian ayanhanda beliau. Semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan org2 beriman. Amin

Al- Fatihah

brew
01-07-09, 12:12 PM
Takziah buat Cenenot atas pemergian ayanhanda beliau. Semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan org2 beriman. Amin

Al- Fatihah

CtiE
01-07-09, 02:18 PM
Takziah
Cenenot
atas pemergian ayahanda beliau

Al-Fatihah...

KiNgX
01-07-09, 02:21 PM
Takziah buat Saudara Cenenot di atas pemergian ayanhanda beliau.

Semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan org2 beriman.

Al- Fatihah

eliazara
01-07-09, 04:03 PM
takziah kepada Cenenot di atas pemergian ayahanda tersayang ..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama org yang beriman ..
amin

whocare
01-07-09, 04:17 PM
walaupun aku x berapa nak rapat .
tapi aku tetap sedekahkan al fatihah utk arwah ayahnda cenenot .
semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman
al fatihah .

Sergeant Mendoza
05-07-09, 03:19 PM
Al-Fatihah di atas pemergian ayahanda saudara Cenenot. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

terunasuci
20-10-09, 08:01 AM
Takziah buat Saudara edward7706 di atas pemergian ayanhanda mertua beliau pada petang semalam...

Semoga roh Allahyarham di tempatkan dikalangan org2 beriman.

Al- Fatihah...

Keira Chan
20-10-09, 08:27 AM
takziah buat abg edward7706 dan keluarga di atas pemergian ayahanda beliau

Al- Fatihah...

whocare
20-10-09, 10:09 AM
al fatihah

PeeJay
20-10-09, 01:30 PM
takziah utk edward7706 dan keluarga. Semoga tabah menghadapi saat kehilangan...
Posted via Mobile Device

wood3
20-10-09, 01:32 PM
Sekalong takhziah buat edwardo 7706.
tabahkan hati kuatkan iman atas pemergian PAK MERTUA hang !.


p/s: pak mertua hat mana satu ??? . .yang pasti bukan WAK IPIN . . kalau WAK IPIN mau orang tu turut berduka nestapaaaa.

jemaing
20-10-09, 01:35 PM
Takziah untuk kedua saudara kita
edward7706 & Cenenot
atas kehilangan ahli keluarga..

Bersabar dan tabah selalu..Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh..!

KiNgX
20-10-09, 03:36 PM
Takziah diucapkan buat saudara edward7706 dan keluarga di atas pemergian ayah mertua beliau

Al- Fatihah...

CtiE
20-10-09, 03:44 PM
takziah kpd edward7706 diatas kehilangan ayah mertua beliau.. Al-fatihah......

KLGuy
20-10-09, 10:43 PM
Takziah ingin saya ucapkan kepada
edward7706 & Cenenot
atas kehilangan ahli keluarga..

Sabar dalam menempuh segala cubaan Tuhan ya dan semoga mereka ditempatkan Tuhan dikalangan orang orang yang soleh..!

jemaing
23-10-09, 06:18 AM
Mengucapkan takziah untuk Saudara Gigs atas kepulangan nenda tercinta ke rahmatulah.!Semoga saudara bersabar dan menerima ketentuan dengan reda.semoga nenda saudara pula aman dan ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Horatio
23-10-09, 06:41 AM
alFatihah buat Allahyarham bapa mertua edward7706 & Allahyarhamah nenda Gigs, semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman...... amin

wood3
23-10-09, 08:06 AM
Ucapan takziah dihantar sebagai tanda simpati setiakawan.
Harap bersabar atas apa jua dugaan.

TAKHZIAH.

GIGS.

Semoga nenek ditempatkan bersama orang orang pilihan nya.

ALFATIHAH.

terunasuci
23-10-09, 08:34 AM
Takziah buat Saudara gigs di atas pemergian nenda beliau...

Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman....

Al- Fatihah......

Kevin Wallace
23-10-09, 09:20 AM
Mendapat text dari gigs around 12am last night, membatalkan semua aktiviti pada hujung minggu ni seperti yang dirancang.

Semoga gigs tabah menghadapi situasi ini dan semoga nenda beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Al-fatihah

Intanmahsuri
23-10-09, 09:23 AM
Takziah Gigs di atas pemergian nenek awak. Tabahkan hati.

sam261079
23-10-09, 09:46 AM
SALAM TAKZIAH BUAT Gigs .. be strong man ! ! !

Puteri Hang Li Po
23-10-09, 09:50 AM
Salam takziah buat Gigs & keluarga atas pemergian nendanya semalam.:sad:

KiNgX
23-10-09, 10:32 AM
Takziah buat saudara gigs di atas pemergian nenek beliau. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman -Al- Fatihah.

Retired
23-10-09, 12:31 PM
gigs, condolences to you and your family on the death of your grandmother. may her soul rest in peace. be strong !

eliazara
23-10-09, 12:34 PM
takziah kepada gigs.......be strong bro.....alfatihah buat allahyarham nenda yang telah pergi menyahut panggilan illahi

nottie eddie
23-10-09, 12:38 PM
gigs,

Takziah bro..... banyakkan bersabar...insyaAllah allahyarhammah berada di kalangan mereka2 yg terpilih...... Al-Fatihah...

glenn.e
23-10-09, 12:58 PM
Salam Takziah buat nenda Gigs..dan tidak lupa juga bapa mertua edward...semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi...

AtukRies
23-10-09, 01:55 PM
al-fatihah.......salam takziah kepada saudara pakyeop atas kemergian ayahanda beliau semogo rohnya ditempatkan pada orang yg beriman.....Amin

CtiE
23-10-09, 01:55 PM
takziah

kepada

gigs

diatas pemergian nenda beliau...

Alfatihah....

Keira Chan
23-10-09, 09:57 PM
Takziah atas pemergian nenda abg gigs.. semoga roh nya di tempatkan dikalangan orang yang beriman. for abg gigs, terus tabah k..

gigs
24-10-09, 12:11 AM
Tima kasih pada semua yang mengucapkan takziah.
Gua bergegas balik Kota Bharu dengan Flight jam 7.40 pagi dan sampai kira2 sejam kemudian.

Sempat menatap wajah Arwah untuk kali terakhir dan terasa sgt sebak waktu mengucup dahinya....

PeeJay
24-10-09, 01:41 AM
Takziah GiG ... Bersabar dalam menghadapi saat kehilangan .. SemoGa RoH nye di tempatkan bersama org berimam dan soleh .. AlFatihah ......

waveguy
24-10-09, 10:44 AM
Salam Takziah buat Gigs sekeluarga, semoga tabah menghadapi hari-hari tanpanya


WG

starz
24-10-09, 11:25 AM
Salam takziah buat Gigs sekeluarga..
Dari starz sekeluarga...

shamtpg
24-10-09, 12:18 PM
takziah..
atas kepergian nenda awak..

dari saya shamintpg

ninja
24-10-09, 03:39 PM
takziah kepada saudara gigs..

Al-Fatihah utk allahyarhammah

SPEKONG
24-10-09, 03:48 PM
ucapan penuh takziah kepada saudara gigs..


alfatihah...............
semoga roh ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

nerdy_jack
24-10-09, 04:06 PM
sALAM TAKZIAH kepada Gigs and family


AL FATIHAH

Sergeant Mendoza
24-10-09, 10:29 PM
Takziah buat gigs & keluarga. Al-Fatihah

eypoi
25-10-09, 12:53 AM
Takziah buat gigs dan keluarga..
Al -Fatihah.

mizz winky
03-12-09, 06:16 PM
ucapan takziah kepada miss vanilla ice atas kepergian nenekda beliau...


semoga beliau selamat dalam perjalanan pulang ke pantai timur untuk menziarahi nenekda beliau...

al-fatihah

shamtpg
03-12-09, 06:22 PM
takziah buat miss vanilla ice atas pemergian nendanya yang tercinta sebentar tadi,moga rohnya aman ditempat sebaris dengan orang2 yang solleh

KiNgX
03-12-09, 06:24 PM
Takziah buat saudara Nel di atas pemergian datuk beliau semalam dan takziah sekali lagi buat saudari Miss Vanilla Ice diatas pemergian nendanya sebentar tadi. Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Drive safely.

Al- Fatihah.

Sergeant Mendoza
03-12-09, 08:40 PM
Takziah buat saudara Nel di atas pemergian datuk beliau dan saudari Miss Vanilla Ice di atas pemergian nendanya. Al-Fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

nerdy_jack
03-12-09, 09:08 PM
takziah buat saudara nel di atas pemergian datuk beliau dan saudari miss vanilla ice di atas pemergian nendanya. Al-fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.




Al-Fatihah

eypoi
03-12-09, 10:36 PM
Takziah buat saudara Nel di atas pemergian datuk beliau dan saudari Miss Vanilla Ice di atas pemergian nendanya. Al-Fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

jemaing
04-12-09, 06:28 AM
Takziah buat saudara Nel dan saudari Miss Vanilla Ice kehilangan sebahagian ahli keluarga. Al-Fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

wood3
04-12-09, 10:50 AM
Takziah buat saudara Nel di atas pemergian datuk beliau dan saudari Miss Vanilla Ice di atas pemergian nendanya. Al-Fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Intanmahsuri
04-12-09, 10:53 AM
Takziah kepada Nel dan Miss Vanilla Ice di atas pemergian insan yang di kasihi. Semoga anda berdua tabah.

KLGuy
05-12-09, 04:07 AM
Takziah buat saudara Nel di atas pemergian datuk beliau dan saudari Miss Vanilla Ice di atas pemergian nendanya. Al-Fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

waveguy
05-12-09, 08:23 AM
Salam takziah buat Miss Vanilla Ice atas kepulangan nendanya kepangkuan ilahi


WG

sexypirate
07-12-09, 12:46 PM
Condolences to all KB Mall incident family's members.....

Let's pray that there will be no such bad incident re-cur.....

tetraceta
07-12-09, 01:48 PM
Takziah buat saudara Nel di atas pemergian datuk beliau dan saudari Miss Vanilla Ice di atas pemergian nendanya. Al-Fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Miss Vanilla Ice
07-12-09, 02:24 PM
Takziah kepada Nel dan Miss Vanilla Ice di atas pemergian insan yang di kasihi. Semoga anda berdua tabah.

Thanks, IM n all MK members....


p/s: Kita yg hidup perlu jalani kehidupan seperti biasa...hanya doa yg perlu dikirimkan kepada yg telah kembali ke Rahmatullah..Takziah kepada Nel gak...

Aleeza Zaily
07-12-09, 02:34 PM
Salam Takziah buat Nel dan Miss Vanilla Ice, semoga tabah dgn pemergian insan-insan yang dikasihi.

~Al-Fatihah~

Miss Vanilla Ice
07-12-09, 02:47 PM
Salam Takziah buat Nel dan Miss Vanilla Ice, semoga tabah dgn pemergian insan-insan yang dikasihi.

~Al-Fatihah~


Wslm. Thanks, AZ

nerdy_jack
07-12-09, 03:27 PM
Salam Takziah,
to Nel and Miss Vanilla Ice and keluarga masing2

AL-Fatihah utk kedua insan yang kembali ke Rahmatullah

sam261079
07-12-09, 03:30 PM
Salam Takziah

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Nel & Miss Vanilla Ice be strong .....

Miss Vanilla Ice
08-12-09, 11:06 AM
Salam Takziah

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Nel & Miss Vanilla Ice be strong .....
wslm.

thanks.



Salam Takziah,
to Nel and Miss Vanilla Ice and keluarga masing2

AL-Fatihah utk kedua insan yang kembali ke Rahmatullah


wsl,
thanks....

tgh risau gak nih coz my dad pun xberapa sihat...saya pun selsema...erm....:cry:

nottie eddie
11-12-09, 03:43 PM
Salam Takziah kepada Nel dan Miss Vanilla Ice serta kepada keluarga keduanye atas permegian insan tersayang.....

AL-Fatihah dan semoga tabah kesemua khendaknye

Salam



(http://www.mk-portal.org/forum/newreply.php?do=newreply&p=263333)

shamtpg
22-12-09, 11:12 AM
ucapan takziah kepada ninja kerana pemergian makcik beliau di melaka..semoga tabah

alfatihah...

FLO
22-12-09, 11:41 AM
ucapan takziah kepada ninja kerana pemergian makcik beliau di melaka..semoga tabah

alfatihah...







alfatihah...

KLGuy
22-12-09, 11:45 AM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada MOD Ninja di atas pemergian Makcik beliau di Melaka!

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

CtiE
22-12-09, 11:46 AM
takziah kpd ninja atas pemergian makcik beliau... alfatihah...

nerdy_jack
22-12-09, 11:52 AM
AL-FATIHAH
Takziah to MOD ninja
di atas pemergian ahli keluarga beliau

Intanmahsuri
22-12-09, 01:19 PM
Takziah buat Ninja di atas pemergian Makciknya. Semoga awak tabah.

KiNgX
22-12-09, 05:41 PM
Takziah diucapkan buat saudara ninja diatas mak cik beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, Al-Fatihah.

Horatio
22-12-09, 06:05 PM
Takziah buat Ninja atas pemergian makcik beliau....

Semoga rohnya di letakan dikalangan orang beriman...

Al-Fatihah

jemaing
22-12-09, 09:09 PM
Takziah buat Ninja atas pemergian makcik beliau....

Semoga rohnya di letakan dikalangan orang beriman...

Al-Fatihah

ninja
22-12-09, 09:27 PM
Mekasih pada semua yang wish...semua urusan pengebumian telah selesai...semoga arwah di tpt kan di kalangan orang2 beriman

ps: timbul rasa insaf apabila kita melihat sekujur tubuh kaku dan apabila talkin dilafazkan :(

Ab17
23-12-09, 09:23 PM
Salam takziah utk saudara ninja atas pemergian makcik...
Semoga roh beliau aman dan tenteram di sana.... Al-Fatihah..

ReD_ElmO
23-12-09, 09:28 PM
Salam Takziah kepada Ninja, semoga beliau tabah dengan dugaan yang mendatang....

nottie eddie
25-12-09, 11:08 AM
takziah kepada NINJA di atas pemergian ahli keluarga yg tersayang..... semoga arwah berada di kalangan mereka2 yg terpilih...insyaAllah.

Sergeant Mendoza
25-12-09, 04:39 PM
Saudara Ninja, takziah buat anda dan keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah

Intanmahsuri
15-01-10, 01:50 PM
Ucapan Takziah kepada Chaospawn di atas pemergian nenda nya...

CtiE
15-01-10, 02:05 PM
salam TAKZIAH utk chaos sekeluarga.. semoga tabah harungi dugaan ini... al-fatihah..

mizz winky
15-01-10, 02:20 PM
talziah pada chaos sekeluarga

semoga roh nenda beliau di rahmati allah serta di tempatkan disisi org2 yg beriman..


Al-Fatihah....

KiNgX
15-01-10, 02:45 PM
Takziah diucapkan buat saudara chaospawn diatas nenda beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, Al-Fatihah.

terunasuci
15-01-10, 02:53 PM
Takziah diucapkan buat saudara chaospawn diatas pemergian nenda beliau ke rahmatullah...Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman...

Al-Fatihah.

nerdy_jack
15-01-10, 04:37 PM
Semalam, pada 7.14 pagi, setelah seminggu terlantar di hospital ....nenda tersayang telah pergi meninggalkan keluarga kami.
Al-Fatihah.


AL-FATIHAH

Takziah, semoga dicucuri RAHMAT

KLGuy
15-01-10, 06:05 PM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada Chaosspawn di atas pemergian Nenda beliau!

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

Aleeza Zaily
16-01-10, 04:07 PM
Takziah untuk Chaosspawn atas pemergian nenda tercinta. Doa dan harapan kami agar rohnya ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah

KiNgX
01-02-10, 03:03 AM
Takziah diucapkan buat saudara nottie eddie diatas pemergian salah seorang dari ahli keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkankan dikalangan mereka-mereka yang beriman.


Al-Fatihah.

KLGuy
01-02-10, 03:58 AM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada Notie Edddie dan Iris di atas pemergian salah seorang dari ahli keluarga mereka!

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

Qish
01-02-10, 09:30 AM
Dapat sms dr Iris kol 1.15 am. Ibunda beliau telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah utk Allahyarhamah dan takziah utk keluarga Iris. Semoga beliau sekeluarga tabah mengharungi dugaan ini.

CtiE
01-02-10, 10:35 AM
alfatihah...

takziah di ucap kn kepada Nottie Eddie & Iris atas pemergian salah seorng seorang dari ahli keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.
Amin..

eliazara
01-02-10, 10:43 AM
alfatihah....

terima sms dari sis IRIS kul 1.40 pagi.......salam takziah diucapkan kepada IRIS dan keluarga.........semoga arwah ibunda tersayang di tempatkan bersama orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat..........kepada IRIS semoga tabah menghadapi dugaan ......

PakUda
01-02-10, 11:57 AM
AL FATIHAH ...

TAKZIAH kepada Nottie Eddie & Iris atas kembalinya kerahmatullah Ibunda tercinta.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.
Amin.

nottie eddie
01-02-10, 07:36 PM
On behalf of Iris.... i wud like to say thx to those yg mengucapkan takziah.... arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Taman Melawati jam 11pagi tadi...

Salam...

tetraceta
01-02-10, 08:32 PM
alfatihah...

takziah di ucap kn kepada Nottie Eddie & Iris atas pemergian salah seorng seorang dari ahli keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.
Amin..

chaosspawn
01-02-10, 08:41 PM
terima kasih semua atas ucapan2 takziah.
takziah juga kepada gigs, eddie & iris di atas pemergian ahli keluarga.

Keira Chan
01-02-10, 10:57 PM
Takziah untuk Kak Iris dan Abg Eddie atas pemergian Ibunda tercinta.. semoga tabah mengharungi ujian-Nya.. walaupun akak dah jarang2 online kat sini tapi kami tetap mengingati dan bersama dengan akak. keep strong..

wood3
01-02-10, 11:04 PM
Salam takhziah.

salam takhziah buat eddie&iris atas pulangnya ibunda tercinta kerohmatullah,
Bersabar hadapi dugaan.
alfatihah,


p/s: maaf lambat sikit buat ucapan coz berokband terok.

eypoi
02-02-10, 01:50 AM
alfatihah...

takziah di ucap kn kepada Nottie Eddie & Iris atas pemergian salah seorng seorang dari ahli keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.
Amin..

Ab17
02-02-10, 12:05 PM
Salam takziah buat nottie eddie & iris di atas kehilangan salah seorang insan yang disayangi....Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman.....Al-Fatihah...

nerdy_jack
02-02-10, 12:11 PM
AL-FATIHAH...

Takziah buat nottie eddie and iris atas permergian ahli keluarga masing-masing
Semoga ALLAH mencucuri RAHMAT keatas mereka

KiNgX
07-02-10, 02:18 PM
Takziah diucapkan buat saudara hantu_keras diatas pemergian pak cik beliau sebentar tadi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkankan dikalangan mereka-mereka yang beriman.


Al-Fatihah.

KLGuy
07-02-10, 06:54 PM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada hantu_keras di atas pemergian packcik beliau!

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

wood3
07-02-10, 07:08 PM
Takhziah.

Takhziah buat saudara HANTU_KERAS & FAMILY
atas pemergian pak Chik anda kealam baqa.

ALFATIHAH . . . .aminnnnn.

starz
07-02-10, 07:29 PM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada hantu_keras di atas pemergian pakcik beliau..

CtiE
07-02-10, 10:12 PM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada hantu_keras di atas pemergian pakcik beliau.. semoga beliau tabah hadapi semua ini...

KiNgX
08-02-10, 04:05 PM
Takziah diucapkan buat saudara hot cruel diatas pemergian cousin (6 beranak) beliau di dalam kemalangan ngeri yang berlaku tengah ari tadi. Sekarang beliau berada di Hospital Seremban. Semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkankan dikalangan mereka-mereka yang beriman.


Al-Fatihah.

FLO
08-02-10, 04:07 PM
Salam Takziah diucapkan buat saudara hot cruel diatas pemergian cousin, Semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkankan dikalangan mereka-mereka yang beriman.


Al-Fatihah.

CtiE
08-02-10, 04:09 PM
Takziah diucapkan buat saudara hot cruel diatas pemergian cousin 6 ahli keluarga beliau.. Semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkankan dikalangan mereka-mereka yang beriman.
Al-Fatihah.

mizz winky
08-02-10, 04:26 PM
takziah di ucapkan kepada hot cruel semoga beliau serta ahli keluarga yang lain menerima berita ini dengan tabah dan reda dengan apa yang berlaku
semoga kesemua roh roh yang terkorban dicucuri rahmati allah serta di tempat kan bersama sama org org yang beriman hendak nya

amiin....


Al- Fatihah

sam261079
08-02-10, 04:29 PM
Sory 2 / 3hari nie dalam mode sedih skit lah sebab atuk gua sebelah wifebaru ajer meninggal hari jumaat yang lepas ....so masa bersama MK agak terhad skit harap kawan2 semua memahami ... .

Salam

CtiE
08-02-10, 04:41 PM
takziah kpd saudara sam atas pemergian atuk sebelah wife beliau...
alfatihah.....

FLO
08-02-10, 05:04 PM
update :

pengesahan telah di buat oleh HC
kemalangan yg membabitkan satu keluarga dan lori yg dipaparkan di akhbar oleh ctie tadi adalah kemalangan yg membabitkan sepupu beliau
kemalangan mlm tadi hanya dpt dikenalpasti pemiliknya pd jam 11 pagi tadi
jenazah dalam perjalanan ke kg halaman dan mungkin akan dikebumikan pd malam ini juga

sekian dr hospital besar negeri sembilan

CtiE
08-02-10, 05:11 PM
saya cuba cari ttg berita kemalangan yg diberitahu kingx td, kemalangan tersebut berlaku 1.30pg td jika tidak silap dan mengikut laporan tersebut identiti baru dikenal pasti.. pengesahan dari flo mmg itu lah beritanya..memang menyayat hati...

Aleeza Zaily
08-02-10, 05:18 PM
Salam Takziah untuk HC sekeluarga, semuga tabah dgn musibah yang menimpa ini. Begitu jua dgn rakan-rakan MK lain yang juga berada dalam situasi yang sama...

~Al-Fatihah

hot_cruel
10-02-10, 11:31 AM
<p>terima kasih buat warga MK atas ucapan takziah dan doa buat sepupu saya sekeluarga. jenazah selamat disemadikan dlm satu liang pd jam 6.45 ptg isnin lepas.</p>

Qish
10-02-10, 01:37 PM
takziah utk HC sekeluarga..al fatihah dan semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin~

shamtpg
10-02-10, 02:44 PM
takziah Hot cruel..
alfatihah dari saya

nerdy_jack
10-02-10, 03:03 PM
Takziah buat hantu_keras dan keluarga ...................AL-FATIHAH
Takziah buat hit_cruel dan keluarga ........................AL-FATIHAH
Takziah buat sam dan keluarga...............................AL-FATIHAH

KLGuy
10-02-10, 04:18 PM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada hot_cruel dan sam serta keluarga mereka di atas pemergian ahli keluarga mereka !

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

KiNgX
26-06-10, 05:48 PM
Takziah diucapkan buat mana-mana team-team bola kesayangan yang tersingkir awal pada musim world cup ini. Cuba lagi di Brazil 4 tahun akan datang.


p/s: Saja update, nak re-open thread yang closed....nak kena post sumting dulu baru leh bukak, tak leh terus open cenggitu jer...hehehe

KiNgX
26-06-10, 07:20 PM
p/s: Saja update, nak re-open thread yang closed....nak kena post sumting dulu baru leh bukak, tak leh terus open cenggitu jer...hehehe



Kebetulan lak re-open thread ini, mendapat perkhabaran sedih yang mengatakan nenek kepada saudara Tetraceta kita telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya akan dicucuri rahmat oleh yang Esa.

Kepada saudara Tetraceta dan keluarga, tabahkan hati dan kuatkan semangat.

Keira Chan
27-06-10, 01:39 AM
Takziah kepada Tetraceta sekeluarga.. semoga kekal tabah k.
Al-Fatihah...

KLGuy
27-06-10, 06:45 AM
AL-FATIHAH!

Salam takziah diucapkan kepada Tetraceta di atas pemergian nenek kepada saudara nya!

Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan digolongkan dikalangan mereka-mereka yang beriman, AMIN!

wahlaue
28-06-10, 09:52 AM
Ucapan Takziah kepada Tetraceta dan keluarga.
Tabahkan semangat

CtiE
28-06-10, 10:54 AM
salam takziah kpd TetraCeta semoga anda tabahkn semangat...

KiNgX
06-08-10, 11:12 PM
Mendapat perkhabaran sedih yang mengatakan ayah kepada saudara PeeJay kita telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya akan dicucuri rahmat oleh yang Esa.

Kepada saudara PeeJay dan keluarga, tabahkan hati dan kuatkan semangat.

CtiE
06-08-10, 11:19 PM
salam Takziah kpd abg PeeJaY semoga abg tabah hadapi dugaan ini semoga roh nya Dicucuri Rahmat... Al-Fatihah......

hp3420
06-08-10, 11:23 PM
Takziah kepada saudara PeeJay dan keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh.

Al-Fatihah...

tetraceta
07-08-10, 12:18 AM
takziah untuk bro peeJay.......hopelfully everything will be okay....

spongebob
07-08-10, 12:58 AM
Salam Tazkiah buat PeeJay, atas kepulangan ayahanda tercinta ke Rahmatullah

Al-Fatihah