PDA

View Full Version : MPV... Its all about MPV

Xpiredsoulz
30-03-09, 12:11 AM
Tujuan saya membuka thread baru ini hanyalah ingin bertanyakan pendapat korang semua tentang MPV yang makin gemar digunakan oleh penduduk Malaysia.

Dan saya juga ingin survey tentang MPV yang paling baik untuk digunakan bermaksud dari segi fuel consumption, economical, ruang dalaman dan lain lain yang berpatutan...

Sebagai contoh saya ingin memberi pendapat tentang 2 MPV ini :

1 - Honda Oddessy Absolute (Japan)
Spec :
Engine - 2.4 L DOHC, i-VTEC
Ruang dalam yang luas walaupon mempunyai badan yang nampak kecil dari luar.
Harga : RM145k untuk 2nd hand (low milage) dan RM238, 585 OTR untuk yang baru
Pendapat saya : Memang MPV idaman saya tetapi bila melihatkan cc dia yang agak besar, risau juga tentang penggunaan minyak yang banyak, dari segi lain memang best... mempunyai aircond untuk 2nd dan 3rd row passanger

2- Honda Stream Modulo RSZ
Spec :
Engine - 1.8 i-VTEC
Ruang dalam yang agak luas kalau dibandingkan dengan Toyota Wish, ada ciri-ciri Oddessy.
Harga : RM155,980 OTR (Baru)
Pendapat saya : MPV yang paling sesuai untuk keluarga... cukup bergaya dari segi penerampilan dan juga harga... Berbaloi kalau beli baru, tidak pasti tentang aircond...

PeeJay
30-03-09, 12:43 AM
Amat berminat dgn mpv. Sekira user MK arif tentang spefikasi, harga pasaran dan kelebihan utk model berikut.
1. Honda Odessey, RA2,3,4,5,6 or terbaru batman?
2. Honda Stream 1.6, 1.8 and 2.0
3. Toyota estima supercharge, aeras atau lain-lain?
4. Toyota wish, gaia, imspire dll
5. Nabira or Zafira?
6. Nissan, serena, G. Lavina dll.
7. Mitsubhisi space gear dll
8. Mazda 6 mpv dan lain2.
9. lain2 model

discreetlove121
03-04-09, 12:11 AM
hi peejay,
sebelum sy membuat keputusan utk membeli sebuah MPV (tahun lepas..2008), saya telah cuba pandu uji beberapa jenis/model:-
1. Honda Stream (model terbaru)
2.Toyota Wish
3.Nissan Grand Livina
4. Naza Citra
Semua model di atas, third row tak sesuai untuk org dewasa.

5.Hyundai Trajet
6.Toyota Innova
7. Naza Ria
8. Mitsubishi Grandis
9.Nissan Serena
Model2 di atas mmg boleh cuma "resale value" tak begitu menarik umpama "kereta sejuk"

10.Toyota Alphard - Besar bagak...anak sy bilang macam bas mini!
11.Toyota Estima - Sederhana..wife cukup tertarik dan anak2 bilang cun!
12.Honda Odessey (3rd Generation) - Kelihatan agak 'garang' bila lihat dr arah hadapan ttp bila tengok dr arah belakang...macam 'kereta mayat'..

Akhirnya, kami buat keputusan ambil Estima 'G-Edition' sbb semua aksesori yang patut ada Estima, semua ada pd 'G-Edition' ini.

Sediakan bajet dulu baru tengok mana yang berkenan..
Happy hunting 4 your MPV..All The Best Bro coz its will be your 2nd biggest investment!

Sempoi
20-10-09, 09:46 PM
honda elysion...bleh masok gak kot...
aku dah tgk..mmg mewah beb..walaupon model 2005..tp canggih lagi tu...

Retiree01
22-10-09, 11:10 AM
Hyundai Starex ..mmg besar bagak ..boleh pangil mini bas dah.. boleh lawan Alphard..harga baru around 150K ..ruang dalam dia mmg mewah.. ..seat paling belakang boleh adjust kedepan dan kebelakang - ini amat menolong kalau kita ade laguage yang agak banyak...

sekarang dgn grill ala ala Alphard dah...

AnakPakLah
23-11-09, 12:44 AM

semalam aku gi test drive Hyundai Starex... terus buat booking

Retiree01
23-11-09, 10:09 AM
semalam aku gi test drive Hyundai Starex... terus buat booking

huhuu..berbaloi baloi tak?.. aku tak ade keperluan dan tak ada kemampuan untuk beli hehehe..kalau nak guna buat business transportation boleh la jugak consider...

FLO
23-11-09, 11:51 AM
huhuu..berbaloi baloi tak?.. aku tak ade keperluan dan tak ada kemampuan untuk beli hehehe..kalau nak guna buat business transportation boleh la jugak consider...

uuuu mpv tu besar BAGAK...
tp dlm dia mmg luas
gua tgk yg warna putih
dlm dia leather seat cream..side panel cream
semua cream la dlm dia
kl anak2 kita jenis nakal ..atau x dengar kata..atau mmg suka makan dlm kereta..umm siap la comotnya:icon_biggrin:

jiwa gelora
23-11-09, 01:42 PM
tak kiralah apa org kata. lembablah, lambat pick up lah haku tak kira , tetap sayang aku punya serena 2.0...... sebab rasa selamat memandunya. dan tersangatlah selesanya. Tapi latest estima comeei la

PeeJay
28-11-09, 06:30 PM
tak kiralah apa org kata. lembablah, lambat pick up lah haku tak kira , tetap sayang aku punya serena 2.0...... sebab rasa selamat memandunya. dan tersangatlah selesanya. Tapi latest estima comeei la

Serena 2.0 ??? ikss .. nih antara MPV terbaik la brO.... engine lasak.. suspension sedap, sound proff best, ada eps dan macam2 functions....sekitar lewat 90an.. serena antara MPV yang tOp juga la dengan highway star nye. Memang comfort!
Cuma minyak je, skit kuat mentekedarah? heheh..

Saya punya company pakai serena untuk crew .. ulang alik naik genting, belasah dengan selambernya tanpa banyak kerenah.

Kalu bro punya serena, condition cantik... pls keep and maintain..

PeeJay
28-11-09, 09:16 PM
3 MPV baru yang boleh di katakan menjadi pilihan rakyat malaysia hari ini.

1. Proton Exora High Line - Berkapasiti 1600cc system CPS teknology, 125 hp / 93kw at 6500 rpm. Handling dari lotus yg amat stabil. Design interior yg menarik. Ruang dalaman untuk 7 penumpang yg amat selesa. Penggunaan minyak 10km/liter dengan harga mampu rakyat malaysia sekitar RM70K.
Saya rasa pilihan terbaik juga untuk keselesaan keluarga walaupun permulaan pelancarannya banyak yg kondem pasal power dan kapisiti 1600cc nya yg dikatakan rendah .. tapi hakikatnya torque dan kuasa kuda yg di hasilkan adalah terbaik dibandingkan engine sekelas dengan nya.

- Sekali lagi exora adalah pilihan untuk keluarga yg ingin keselesaan semasa perjalanan tanpa memikirkan hal-hal bersangkutan prestige yg negative.

2. Mini MPV yang hangat diperkatakan sekarang .. Perodua ALZA -engine avanza DVVT 3SZ-VE, kapasiti engine 1495 cc, kuasa kuda 102 hp / 76 kw at 6000 rpm, system handling dari toyota yg juga stabil, walau pun nampak kecil di luar tapi design bahagian dalam untuk 7 penumpang juga amat selesa.
Bagi saya Alza adalah sporty dan bergaya seolah-olah kereta sport, ala cardina atau Honda jazz tapi bercirikan MPV di mana seatnya flexible.
Pengunaan minyak amat jimat 14km/liter. Design luaran dan dalam dalaman memang menepati citarasa pengguna yg mengimpikan kereta / mpv bergaya tapi pada harga yg mampu di miliki. Bayangkan untuk Alza Premium auto full spec hanya RM64K dengan warantty 6 tahun? Bandingkan jika buang duit lebih untuk membeli Honda Jazz atau Caldina?
Alza semamng nya bertujuan utk bergaya... tapi bila diambil kira tentang kuasa yg mampu diberi oleh Alza, sememangnya ia amat jauh rendah dan ketinggalan.
Alza amat lembab dan jika race dengan Exora pun dia akan ketinggalan.

Jika anda memandu Alza jgn harap harap nak bawa laju mengejar Satria Neo ke, Honda Civic / City... Cukup la bawa secara santai sambil bergaya, dengan suasana cool ....Kaum hawa amat sesuai memandu kenderaan ini...

3. MPV yg semakin dilupakan dan mula terpinggir? Naza Citra GS. Walaupun kelebihan berengine 2000cc, menghasilkan kuasa kuda 138 hp - 101kw at 6000rpm tapi.... terkenal dengan kuat telan minyak .. av. 20 sen / kilometer, design yang agak kureng.... interior agak kureng ...walaupun harga bawah RM69K.... Populariti Naza Citra sudah merundum...
Tapi awas.... jika race antara Exora dan Alza ... Citra akan berada di depan ... Sistem gantungan citra juga adalah terbaik denga system trannynya adalah LSD half lock. Keupayaan engine jgn perkecilkan Citra sebab dia adalah champion di antara ketiga-tiga MPV ini.

Rumusan:
- Exora - pilihan untuk pengguna berkeluarga yg mementingkan keselesaan.
- Alza - Pilihan bujang / keluarga kecil yg ingin bergaya, dengan harga yg mampu.
- Citra - pilihan golongan yg tak kisah pasal gaya.. janji boleh jalan .. sebab Citra antara MPV senang dimiliki .. hantar payslip - Full loan ...110% pun boleh cuba ..

waveguy
29-11-09, 12:44 AM

Saya ucap selamat tinggal kepada Naza Citra setelah bersama hampir 4 1/2 tahun.

Seperti diperkata orang Citra terkenal dengan kuat makan minyak terutama jalan bandar tapi kalau kat highway fuel comsumption agak reasonable. Lagi satu masalah korean car ialah second hand value.

Kalau setakat nak lari 160km/j tak menjadi masalah untuk Citra.

ultraman
17-03-10, 04:19 PM
He he he....
Aku pulak tak pernah test drive mana mana MPV....
Just tanya tanya jer...
Tanya ALZA...
Tanya Exora...
Tanya Avanza....
Tup tup tup.....terus bayar down payment Avanza....
Nak tahu kenapa????
Minyak aku tak tanya lah pulak...
Yang aku tanya.....pacuan roda mana....depan ke belakang
Yang aku tanya.....Guna timing chain ke guna timing belt....
Jadi aku tertarik dengan Avanza sebab guna timing chain dan pacuan roda belakang...
Harga untuk dua dua kategori lebih kurang jer

Pelik kan....
Tanpa test drive terus bayar down payment

samgemuk
22-07-10, 03:59 PM
hi bro semua ..

saya ada sebijik serena 2.0 (2004) highway star .. ada problem la ..
the ride is hard .. langsung tak selesa .. bila kena jalan yang rosak sikit .. bunyi sini sana ..
ada siapa boleh recomen mechanic yang berpengalaman dengan serena di kawasan kelang atau shah alam ..??

discreetlove121
26-07-10, 12:59 PM
tak kiralah apa org kata. lembablah, lambat pick up lah haku tak kira , tetap sayang aku punya serena 2.0...... sebab rasa selamat memandunya. dan tersangatlah selesanya. Tapi latest estima comeei la

latest Estima kat M'sia takat tahun 2008. Di Japan dah ada Estima baru (2009/2010) - Body sama ttp lampu depan/belakang dan aksesori tak sama..

FatThickJoe
06-08-10, 01:36 PM
Apa kata kalian tengok mini MPV Honda yang very rare, tapi ada di Malaysia?

HONDA EDIX (CHASSIS CODE BE3)
DIDATANGKAN DENGAN 2 PILIHAN ENJIN, 1.7 VTEC DAN 2.0 DOHC I-VTEC 5 SPEED
6 TEMPAT DUDUK, 3 ROW DEPAN, 3 BELAKANG

TURUT DIKENALI DENGAN NAMA HONDA FRV
Production telah ditamatkan pada September 2009 tak silap saya.

Minyak jimat, jalan jauh berdesup, luggage area bagus.
Handling? ok, sesuai dengan status dia mini mpv.

Cuba google, tengok apa rupanya, cantik tak??

p/s:- apahal aku promote pulak ni? err..sebab saya ada sebijik, kaler merah...kekekeke
Mantap!!!

cuma turn down nya ialah, suspension system yang tiada di Malaysia...kena order dari luar!!! aduhhh pusing dongg!!!

PeeJay
03-10-10, 09:31 AM
Semalan pergi test drive honda freed...
Emmm harap interior je la yg canggih manggih.. but frust la dgn dia punya power... guna engine city 1.5 i vtec ... kureng .... nak review.. tgk sini..

http://paultan.org/2010/04/22/honda-freed-premium-compact-mpv-launched-rm112980/

KS
03-10-10, 11:51 AM
Honda EDIX, nie MPV ker SUV? sbb nmpk agak compact, anywei memang nmpk mntap dan bergaya la, kepada yg memakainya..

PeeJay
03-10-10, 12:05 PM
EDIx nih nk kata mpv pun bukan suv pun bukan.... tapi jenis dlm catogeri kacukan car + suv + mpv = mav atau multi activity vehicle....
concept - car = 4 wheel x2 or 4 wd.. 5 penumpang
suv = sport utility vehicle -4wd 5 penumpang
mpv = multipurpose vehicle - 7 penumpang

KS
03-10-10, 12:14 PM

owh ok, thanks for da info Bro.

roger
06-10-10, 01:38 PM
2- Honda Stream Modulo RSZ .... memang design die mengancam lah..nampak garang.

bro_shinchan
06-10-10, 03:44 PM
Tadi gie usha Honda Freed. Bini semalam dah meroyan nak Freed, hari ni gua kasi test drive sekali.
Secara keseluruhan. Dalamnya lebih besar sedikit dari Stream. interiornya 'okla'. cuma tak ada ciri2 eksklusif pun. Bila bawak pun sedap. Ringan je. Tapi sayang, enjin dia 1.5 je. Lagi 5 tahun mesti harga jatuh. Hampe skit. Sesuai utk mereka2 yg baru nak berkeluarga.

discreetlove121
06-10-10, 04:14 PM
if RM does not a matter: go for 2009 Estima, ask for 3.5cc- 7speed (new gear box tech as latest Altis)

PeeJay
07-10-10, 11:14 AM
Tadi gie usha Honda Freed. Bini semalam dah meroyan nak Freed, hari ni gua kasi test drive sekali.
Secara keseluruhan. Dalamnya lebih besar sedikit dari Stream. interiornya 'okla'. cuma tak ada ciri2 eksklusif pun. Bila bawak pun sedap. Ringan je. Tapi sayang, enjin dia 1.5 je. Lagi 5 tahun mesti harga jatuh. Hampe skit. Sesuai utk pmereka2 yg baru nak berkeluarga.

Freed ni kira alternative la.. dari beli Jazz , fit nak bergaya tapi ank dah bertambah.... why not choose multi mode vehicle cam freed nih ..
Electric sliding door ... okey per... exclusive plus compact... road tax murah

labukura
11-10-11, 07:45 PM
Chery eastar

MPV yg selese untuk keluarga yg serdahana...
pengunaan minyak nya.... amat memberangsangkan penjimatan nya.....apa pun terpulang cara seseorang tu memandu.. dan jgn bandingkan CC2.4 dengan 1.8 pulak.................

cay_nd
18-01-12, 02:00 PM
Apa kata kalian tengok mini MPV Honda yang very rare, tapi ada di Malaysia?

HONDA EDIX (CHASSIS CODE BE3)
DIDATANGKAN DENGAN 2 PILIHAN ENJIN, 1.7 VTEC DAN 2.0 DOHC I-VTEC 5 SPEED
6 TEMPAT DUDUK, 3 ROW DEPAN, 3 BELAKANG

TURUT DIKENALI DENGAN NAMA HONDA FRV
Production telah ditamatkan pada September 2009 tak silap saya.

Minyak jimat, jalan jauh berdesup, luggage area bagus.
Handling? ok, sesuai dengan status dia mini mpv.

Cuba google, tengok apa rupanya, cantik tak??

p/s:- apahal aku promote pulak ni? err..sebab saya ada sebijik, kaler merah...kekekeke
Mantap!!!

cuma turn down nya ialah, suspension system yang tiada di Malaysia...kena order dari luar!!! aduhhh pusing dongg!!!

aku suke edix nie..kat mesia dier buat marketing ckp 0 mileage...padahal syarat utk keta AP, at least 25k mileage baru leh export ke malaysia..

design dier agak cantik...tak besar sgt..rase macam sama spesis ngan matrix.

akubs
17-04-12, 12:16 AM
toyota wish..feul consumption memang jimat..and reliable jugak..power pun not too bad la..

azuan1412
20-04-12, 12:27 PM
Salam sumer.. dah lama tak share.. so nak share jugak lah

Saya pilih MPV Exora sbb harga memang masuk bajet lah.. setelah guna, memang berpuas hati dan berbaloi. Dengan keluasan dan keselesaan, amat sesuai untuk famili besar dan untuk golongan mengengah mcm aku lah. kalau duit banyak.. memang ler nak Aphard kot, tapi bila dah guna, rasanya cukup lah tu... jarang pakai sgt pun sbb lebih byk guna kereta. guna nak balik kpg atau jalan2 dgn full capasity (anak 5 beb)

Satu lagi, kalau nak yg power.. boleh ambik Bold CFE tuh... confirm pickup superb..
:thumbsup: