PDA

View Full Version : Alert!! Maybank Phishing!! Well, How do u know?



brew
13-05-09, 09:56 AM
Bila kita pergi kat machine atm, ada bagi tau alert pasal scam , phishing. so far yang IT illiterate, mungkin kurang fasih pasal menda ni. so saya akan kasi basic of phishing especially on maybank via email.

1.email dari Phishing Agent.
Nota: Maybank takkan pernah hantar anda email untuk mengatakan akaun anda aktivate. Kebiasaannya anda yang kena call mereka kalau akaun anda di blocked.
http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=23077&stc=1&d=1242180799

2.Click kat show details - Ini bertujuan untuk melihat identiti sebenar penghantar email

http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=23078&stc=1&d=1242180799

3. lihat email sender, langsung tak valid. FvCK!, ini sudah sah phishing!!

http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=23079&stc=1&d=1242180799

4. kalau kita "hover" dekat maybank yang di provide kan, di status bar kita akan nampak dia akan pegi
ke website yang bukan maybank punya.
http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=23080&stc=1&d=1242180799

5. Selamat menjaga diri dan wang anda, ada lebih, belanja saya makan.

6. Kalau anda sudah terclick link tersebut, sila tukarkan password maybank2u anda dengan cepat

Black Pearl
13-05-09, 10:01 AM
thanks bro brew for the useful information...

lagi canggih dunia IT, lagi canggih penipuan dilakukan...:Finger_fing23:

peminat
13-05-09, 10:18 AM
Jika anda nak elakkan dari tertipu... jangan sesekali klik link ke Maybank2u di memana website / email. Kalau anda confirm website tersebut menyalurkan ke link yang betul ke Maybank2u tak per... kekadang orang boleh juga divert kan ke link yang palsu. untuk selamat ; Taip jer sendiri di address maybank2u di URL kemudian Bookmark kan untuk kemudahan di masa hadapan. Apa-apa pun banyakkan bertanya jika rasakan sesuatu yang tak kena mengenai e-mail atau website yg di terima.


http://www.maybank2u.com.my (http://screwnuts.blogspot.com)

brew
13-05-09, 10:26 AM
http://www.maybank2u.com.my (http://screwnuts.blogspot.com)
link yg ko bagi pon tak re-direct ke maybank. this also called phishing. what's your intention?

KiNgX
13-05-09, 10:38 AM
Aku pun pernah terkena mcm ni, tapi bukan akaun bank la, akaun photobucket aku. dia punya email details, sebijik mcm emel dr photobucket...suh aku tukar password sbb dia kata dah expired (lama sgt x bukak), padahal...ari2 aku bukak. Nasib baik akaun photobucket jer, tp apa la ada sgt kat photobucket tu???

peminat
13-05-09, 10:48 AM
link yg ko bagi pon tak re-direct ke maybank. this also called phishing. what's your intention?

hahhaha u already clicked on that link ke bro?... I have no intention..just wanna know how many person that really understand my post.

Abetan
13-05-09, 11:17 AM
hahhaha u already clicked on that link ke bro?... I have no intention..just wanna know how many person that really understand my post.

Saya sebenar nya, tak paham iksu di atas .. mende ntah. Ni dok pantau dan tunggu yg lenlain untuk reply .. maybe kefahaman akan datang dengan sendiri nanti ..

Aku old school and kinda culture shock bila Brew UP thread ni .. dulu mana ada mende2 ni.

brew
13-05-09, 11:27 AM
hahhaha u already clicked on that link ke bro?... I have no intention..just wanna know how many person that really understand my post.
i just hover on it. thats was HTML lame Trick. but later aku akan bukak cerita macam mana orang tipu guna "button" plak.

acidrock
13-05-09, 02:31 PM
i just hover on it. thats was HTML lame Trick. but later aku akan bukak cerita macam mana orang tipu guna "button" plak.

Topik yang menarik brew. Amat berguna terutamanya yang selalu berurusan bank secara online. For me, personally, aku sanggup carik dari pakcik google dulu. Hehe, pastu kasi bookmark.

P/S: Tapi lately banyak plak phishing ni masuk emel aku. Dulu takde pon benda alah ni masuk. Adui, baboon sungguh la penipu ni. Sib bek dulu ade belajar coding HTML sket-sket. Jadi tau la kemana refernya.

peminat
20-05-09, 05:33 PM
Berhati-hati kepada pengguna CIMB online. Saya mendapat email 'memancing' kali kedua dari perompak cyber berkaitan dengan CIMB online.

Beginilah email berkenaan;

ALERT MESSAGE Dear CIMB Customer,

Our Security Systems detected a security threat in your account as it was accessed from a blacklisted location. We have deactivated your account pending your immediate reactivation.

Activate Here
http://www.cimbclicks.com.my/ (http://www.active-xclicks.com/CIMB-Online.htm)

Note that inactive accounts will be deactivated in less than 5min for security reasons. We regret any inconvenience caused.

Sincerely,

CIMB Group

cruztasia
20-05-09, 08:08 PM
Cara pling senang nak sahkan webpage tu valid ialah dgn melihat tanda kunci kat browser.. kalau kat firefox ianya seperti:

http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=23587&stc=1&d=1242822678

p/s: alamak.. besar sgt la pulak.. mod tlg resize ah :)

EOF

abang_stim
30-05-09, 01:57 PM
Senang cerita, bank2 seperti maybank, cimb dsb tak akan hubungi anda melalui email.. tapi melalui telefon. So kalau dapat email dari maybank2u misalnya kata suruh korang update password dsb.. just ignore.

Phishing ni mmg popular bukan saja kat maybank2u tapi untuk online transaction sites seperti ebay

s4i
05-06-09, 07:51 PM
- aku nak tanye
- tadi ko kate kalau terklik ajer make sure korang tuka password

- kalau kite klik untuk saje2 tgk wat happen ( biasa ler manusia kan suke explore .. hehe )
- but tak masukkan username & password m2u kite takper kan ??

brew
06-06-09, 08:39 AM
- kalau kite klik untuk saje2 tgk wat happen ( biasa ler manusia kan suke explore .. hehe )
- but tak masukkan username & password m2u kite takper kan ??

takpe. ini cuma ph1sh1ng, bukan virus or malware. :)