PDA

View Full Version : Petrol Pilihan Anda RON 95 atau RON 97



PeeJay
13-05-09, 01:32 PM
Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.00 seliter bagi RON97 utk mengurangkan bebanan subsidi.

Ini bermakna kenaikan sebanyak 20 sen seliter drp harga sekarang utk RON97.

Sebagai alternative, kerajaan akan mengganti RON92 sekarang kepada RON95 dengan harga RM1.75 sen seliter. RON92 yg dulu harganya RM1.70 seliter tiada lagi dlm pasaran.

Thread ini mengajak kita membincang dan memberi pandangan serta langkah2 anda.

1. Bertukar pada RON95 - tapi apakah implikasinya pada engine atau poket anda?

2. Terus menggunakan RON 97 pada harga yg mahal? Berbaloikah?

Juga isu lain, teknikal perihal minyak, wajar atau tidak kenaikan ini.

Jom bincang...

nh_mie
13-05-09, 02:27 PM
Since car manual aku ada fakta yang ia hanya memerlukan RON95, maka dengan ini saya akan menggunakan RON95 sahaja. Walaubagaimanapun saya agak terkilan yang RON97 tidak dinaikkan ke RON98 kerana kereta lama saya memerlukan RON98 untuk mengeluarkan kuasa maksima dan hanya Shell V-Power sahaja yang memenuhi specs tersebut. Saya tidak mahu berbincang mengenai harga kerana terlalu banyak hal-hal yang bersangkut paut apabila $$$ disebut...

Aleeza Zaily
13-05-09, 03:43 PM
Boleh tak sesiapa tolong terangkan apakah beza Ron Ron ni semua. Bila pegi shell macam nak try ron tuh, tapi tgk kaler, satu merah, satu ijau... a bit confusing tho'

FLO
13-05-09, 03:55 PM
Jadi apa perbezaan antara RON95 dan RON 97?
Tak bahaya ke kalau tiba-tiba kita bertukar daripada RON97 kepada RON 95?

sedikit research pasal benda ni.
RON = Research Octane Number.
Semakin tinggi RON = Lagi lambat meletus = Lagi kurang ‘Knocking’ = Lagi selamat enjin korang.

Untuk enjin pulak, semakin tinggi RON, Advance lagi banyak (so tingkatkan performance enjin).

Beza RON 95 dan RON 97 tak banyak sangat. Tapi disyorkan kalau kereta tu pakai RON97, jangan pakai RON rendah seperti RON 95. Sebab benda ni tak baik untuk enjin korang (cepat rosak).

Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai. Kalau nampak RON97 nasib la korang. Buat masa ni, banyak kereta ringan-ringan seperti Kancil, Kelisa, dan Viva, semuanya tak de masalah kalau nak guna RON 95 ni. Cuma kereta-kereta mewah seperti Mercedes dan BMW je digalakkan jangan pakai RON 95. Kalau pakai jugak, nanti rosak enjin karang.
Galakkan kerajaan menggunakan RON 95 ni seolah-olah macam serampang dua mata. Mereka yang guna kereta-kereta biasa ni dapat la rasa minyak yang lagi murah. Manakala mereka yang guna kereta mewah kena la bayar minyak lebih (lagi-lagi sekarang ni kerajaan dah tak kasi subsidi minyak). Dah pakai pakai kereta besar, so tanggung la sendiri.

dakjoe
13-05-09, 09:56 PM
Memperkenalkan Ron95 sbnrnya adalah spt baling batu sembunyi tgn...ekekekekeke. Main issuenya....kerajaan nak menaikkan harga minyak sebenarnya.......bg kete Wira aku...aku dah lama main rojak2 minyak ni... kejap RON97...kejap RON92. kira dlm tank tu..kaler warna warni laaa.......dr segi performance...tak banyak beza...mungkin enjin kete aku dah lali dgn kedua2 jenis RON ni.

KiNgX
13-05-09, 10:26 PM
Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai. Kalau nampak RON97 nasib la korang. Buat masa ni, banyak kereta ringan-ringan seperti Kancil, Kelisa, dan Viva, semuanya tak de masalah kalau nak guna RON 95 ni. Cuma kereta-kereta mewah seperti Mercedes dan BMW je digalakkan jangan pakai RON 95. Kalau pakai jugak, nanti rosak enjin karang.
Galakkan kerajaan menggunakan RON 95 ni seolah-olah macam serampang dua mata. Mereka yang guna kereta-kereta biasa ni dapat la rasa minyak yang lagi murah. Manakala mereka yang guna kereta mewah kena la bayar minyak lebih (lagi-lagi sekarang ni kerajaan dah tak kasi subsidi minyak). Dah pakai pakai kereta besar, so tanggung la sendiri.

Mcm Flo ckp, aku rs ini yg terbaik utk membolehkan subsidi kerajaan benar2 sampai & dinikmati oleh rakyat2 yg memerlukan shj. Klu org tu kaya, kete besar2, buat apa kita mau bg subsidi kat beliau???? Bijak jugak langkah yg diambil ni...tp mcm biasa, wat pun kena, x buat pun kena.

terunalagi
14-05-09, 04:58 PM
Masalahnya, adakah RON95 ni akan ada 'aditif' yang sama macam RON97?

Engine wira 4G15 (std) pakai RON95. Tapi kat Malaysia hanya ada RON92 dan RON97. Oleh itu, kena la pakai RON97.

Kalau pakai RON yang rendah dari spek sepatutnya, enjin boleh rosak.

Contoh, kilang kata RON97, kita pakai RON92...kemungkinan enjin rosak dalam masa panjang adalah tinggi.

Keta berkuasa tinggi memang perlukan sekurang-kurangnya RON98...impreza, evo, ferrari. V-power je la yang boleh tapi tu pun RON97.

Tapi, trend pengeluar keta skang, enjin tu dah 'tuned' untuk guna RON yang rendah. Honda kalau tak salah aku boleh pakai RON92. Tapi takde ape2 la. Kecuali Caltex dan BHP je yang RON92 & RON97 ada aditif yang sama. Caltex ada Techron, BHP ada Booster hape ntah....

waveguy
16-05-09, 05:17 PM
Should I continue with RON97 or downgrade to RON95 with opportunity cost about RM150 a month.

Minta pandangan sifu mengenai minyak yang patut digunakan untuk camry (ACV-31)

nh_mie
16-05-09, 05:36 PM
Elok check user manual untuk tahu apa octane requirement kereta anda. cc kereta tidak menentukan perlu menggunakan octane lebih tinggi.
Tetapi ada satu permasalahan. Tidak tahu lagi additive RON97 & 95 sama atau tidak. Di Europe and US additive wajib sama so guna octane level yang recommended by manufacturer lebih elok. Di Malaysia kalau additive tidak sama most likely siapa-siapa yang mahu jaga kereta akan pakai RON97 juga. Saya sendiri akan test dulu RON95, kalau confirm ada drop in performance atau worse fuel economy memang akan kekal dengan RON97 juga.

PeeJay
16-05-09, 06:48 PM
issue is kenaikan 20 sen seliter RON97 sangat tinggi.
Priority utk rakyat normal mcm saya ni mementingkan RM dlm poket. Saya memilih ron 95. Bukan tk sayang engine tp rasa setakat knocking impact skit2 tk memudarat kan engine! Byk faktor lain dlm hal penjagaan engine yg menyebabkan kerosakan. Contoh, pagi2 start engine terus jln tanpa warw up!

~mantOs~
20-05-09, 03:48 PM
Masa aku pakai proton saga aku guna RON 92(minyak merah), sekarang bila dah tukar kereta aku nak guna gak minyak merah tapi tak boleh sebab nozzle pam minyak merah ni besar tak muat pulak ngan lubang minyak kereta baru....cilakak. Kalau dah ader RON 95 ni, kira ok je harga pun murah sikit.

Midnakal
20-05-09, 04:03 PM
Ron RON RON yerrrr........ eheheheheh.....gua main tibai jek masuk minyak kat kereta wira buruk gua tuh.....but to those yang pakai kereta Subaru Impreza tuh ....hati hati lah.....basically ....kalau lu orang pakai Subaru Impreza yg version baru baru nieh kalau pakai RON92 nieh.....confirm kereta lu orang tak boleh blah...... but kalau pakaif RON97 haaaaa cerah masa depan.....berdesup desup perginya...... kalau tak caya cubalah kat subaru Impreza !!!!!

p/s: Cuba lah tanya kat geng geng yg layan Subaru Impreza kalau tak caya.... dlm manual kereta dah siap tulis dah ehehehheh.

KiNgX
20-05-09, 04:35 PM
Pendapat aku, mahal mn pun harga minyak tu, bila semua org dah imun dgn harga, pasti dorg akan pakai jugak RON97. contohnya klu keta br beli...or korang mmg syg gile keta tue, cuci pun seminggu skali...yg jenis syg ni msti la mau jg keta mcm jg bini sndr...minyak pun kena yg bagus2...msti taruk RON97.

Tp klu keta tu asal leh jln jer, yg ni x kesah lah nak taruk RON92 or RON95. Apa2pun, yg berduit lebih, taruk jer RON97..yg poket kurang, taruk RON95, tp klu enjin rosak...mau kena duit jugak...RON97 adalah long term investment for ur engine.

hp3420
21-05-09, 01:09 AM
campro dah confirm bleh pakai RON95 hhehehehe

Smart Ace
21-05-09, 01:34 AM
RON 92 is cheaper than RON 95 /97 that is for sure because of the fewer process. In general most car on the road is fine for the 92, but some with higher efficiency design engine does require 97 to prevent knocking... so in directly people have strong root to believe that 97 is better than 92.

The petrol kiosk guy also should be ashamed of themselves for not educating them or the consumer regard the truth and now the government too play a silly part in this game...

The higher the grade they produce the more tax dollar we going to waste, because the petrol company is virtually paid to supply the oil to us. even at current rate with surplus and profiting from current price, the petrol company does still getting subsidized, but for what ? the consumer is not getting the benefit but the petrol company does

I think giving a choice for consumer to choose is critical. In Petronas you wont be able to get 92 because their pump does not have it at all.The best role model in providing ROn92 would be EXXON MOBIL and Caltex. Petronas is the most devil petrol co that provide 0 station with 92

Shell come in next where they provide 92 maybe 1 out of 100 station. BHP is fair maybe 2/3 out of 10 Caltex around 3/4 out of 10 Exxon Mobil about 4/5 out of 10. But recently I notice Esso petrol kiosk reseller is locking their 92, they will tell you no more of this petrol.

terunasuci
22-05-09, 09:18 AM
Isu Petrol RON 95 ngan RON 97 ni pada pendapat aku adalah usaha kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol tanpa rakyat sedarinya secara langsung...ini kerana harga minyak dunia pun da mula naik kembali...

sbb itu diwar2kan perkara ini terlebih dahulu untuk diperdebatkan dan diomok2kan kebaikan RON95 dan kekurang RON92...dan buat masa ini sering diperkatakan bahawa minyak RON95 ni lebih bagus dari RN92 dan kualitinya tak berapa jauh dari RON97...so, mulai september nanti sape2 nak kekal RON97 kenalah bayar lebih 20 sen...dan nak pakai RON95 dapatlah murah sedikit...so, rakyat cam ada pilihan...satu psikologi yang bijak...

Bagi aku secara peribadi ada kebaikan dan keburukannya...oleh kerana kebanyakan kereta mewah ni disarankan menggunakan menggunakan minya RON97, so secara tak langsung yang berduit pakai lah minyak mahal...yang kurang berduit macam aku ni pakai lah minyak murah...hehehe

PeeJay
30-08-09, 03:11 AM
on realiti...
Sejak pakai engine vtec dari engine model F20B, gua asyik high rev jer.
Sabtu lepas secara tk sengaja isi minyak RON95 kat shell. Terasa lemau betul kereta. Tekan pedal rapat dinding, tk terasa belah.
Pagi2 start pun kick dia tk berapa kuat!
So back to RON97, baru terasa pick-up, semula.
So utk keter yg high compration ratio such 11:1 sesuai octane yg tinggi, such RON97.
RoN95 ni sekadar kenderaan bergerak je la... Bukan utk perfomance..
Posted via Mobile Device

selim
30-08-09, 01:28 PM
Cakap banyak tak guna, apa jenis kereta yang sesuai/boleh menggunakan RON95?

Ini saya dapat daripada Net, saya pun tak ingat apa websitenya.

http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=35382&stc=1&d=1251610616

selim
30-08-09, 01:34 PM
There are 3 ways to chk:-
1. from your vehicle guide book.
2. min Octane Number Rating at the back of the fuel lid cover
3. car manufacturer.

PrettyFace
30-08-09, 02:52 PM
Kereta saya tak ada dalam list.... so?? jangan guna??:shutup:


Cakap banyak tak guna, apa jenis kereta yang sesuai/boleh menggunakan RON95?

Ini saya dapat daripada Net, saya pun tak ingat apa websitenya.

http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=35382&stc=1&d=1251610616

selim
30-08-09, 08:16 PM
Kereta saya tak ada dalam list.... so?? jangan guna??:shutup:


Tak ada dalam senarai?

Potong Saga? hahhaha

KiKo_
31-08-09, 12:40 AM
Kereta saya tak ada dalam list.... so?? jangan guna??:shutup:

Kalau tak ada, boleh try pump minyak kacang, minyak jagung, minyak kelapa sawit atau minyak dari perut selim :icon_biggrin:

toyol
31-08-09, 10:10 PM
firstly frust ngan kerajaan pasal mula2 cakap harga ron97 is rm2.00 tapi skrang
dah jadi rm2.05,kete aku yg dah berumur tu takleh telan ron95,knocking
solutionnye,aku isi v power terus

krak
31-08-09, 10:47 PM
Ari ni ingat nak sumbat ron97 kat civic tapi semua Shell kat Klang 'sold out' pulak, V-Power dah macam nak abandon jer... hampeh... Esok sure dah naik harga. Isi ron95 kat CPS pickup macam babeng jer..

nickmaster
31-08-09, 10:52 PM
tetiba plak dua-dua nie naik 5 sen aper der hal??ingat rakyat tak amik kisah ker...siut jerk...:Fingers_0421:
terpaksa la jugak ron95...harga sama sebelum nie...kena beralih jugak..klo tak, masak la belanja bulanan naik...huhu

chochobi
31-08-09, 11:10 PM
kena isi minyak murah ler subuh kang huhu.. nak tgk harga minyak ungu kat mobil berapa hinggit.. nasib baik pagi2 nie isi minyak moto jer.. RM5 pon dah terlebih penuh..

PeeJay
01-09-09, 01:42 AM
Comprasion ratio Honda Civic 2009 10.5:1 - masih sesuai RON95
Comprasion ratio Proton CPS juga 10:1 - sesuai RON95
Tetapi Comprasion ratio Peugeot 206 atau Bestari adalah 11:1 - tidak sesuai RON95

Jadi, lebih selamat, dapatkan info serta pengetahuan kenapa dan bagaimana nak pastikan RON yang sesuai untuk kenderaan anda sila pastikan kereta anda dari segi compresion ratio nya:

Engine comprasion ratio melebihi 11:1 adalah engine yg didesign menggunakan piston yang berbeza, walaupun isipadu cc rendah, bore and stroke lebih rendah tapi hasil torqe nye lebih tinggi.
Oleh itu ia memerlukan petrol octane yang tinggi seperti RON97 untuk pembakaran yang sempurna. Jika tidak berlaku "knocking" yg boleh mengakibatkan kerosakan engine pada jangka waktu yang panjang.

Tidak semestinya engine CC besar mempunyai comprasion ratio tyang tinggi, engine kecil seperti Peugeot Bestari 206 yg hanya 1400cc, mempunyai comprasion 11.2:1.
Maksudnya kereta murah pun ada yg kena pakai Petrol mahal. Tidak seperti kerajaan umumkan minyak murah untuk rakyat biasa minyak mahal untuk org kaya yg memiliki kereta ber CC besar!!

Mercedez Benz SLK yang berkapasiti 3000 cc tapi compresion ratio 8.8:1 masih boleh menerime RON95.

hp3420
01-09-09, 03:04 AM
honda civic typeR pun kena pakai RON97 gak...huhuhuh

frex73
01-09-09, 01:03 PM
honda civic typeR pun kena pakai RON97 gak...huhuhuh

Bro for your info
KUALA LUMPUR, Aug 26 (Bernama) -- Honda Malaysia announced today that all models distributed by the company are compatible with petrol RON95 (Research Octane Number 95).
The announcement was made following the government's decision to increase the price of RON97, along with the introduction of a more affordable option, RON95, which will replace RON92.
The new fuel is available at RM1.75 per litre effective Sept 1.
As RON97 is most commonly used, many are doubtful in switching to fuel with lower RON but Honda Malaysia assured all Honda drivers that RON95 should not affect any model distributed by its authorised dealers with the exception of the Civic Type R.
Honda Malaysia's managing director and chief executive officer, Toru Takahashi, said in a statement that all Honda cars required a minimum RON91 since 2001 and as such any number above the minimum RON is safe.
"Except for the Civic Type R, of which we recommend RON97 because of its high performance engine. A higher RON will thus produce more power for this performance sedan. Otherwise, the performance and fuel consumption may be affected," he said.
In the event when fuel with lower RON is used, a condition called engine knocking will happen, which will result in reduced performance and fuel efficiency, the company said.
In order to prevent engine knocking, all models from Honda Malaysia are equipped with knock sensors, that is, detectors that signal engine operation to slow down the ignition timing (spark plug action) in case of engine knocking, which would consequently affect the vehicle's performance and fuel efficiency.
For models distributed before 2001 or distributed by non-authorised Honda dealers, owners are advised to cross-check the vehicle's minimum RON requirement by referring to their owner's manual. -- BERNAMA

CtiE
01-09-09, 02:12 PM
pada mula mmg x faham apa bezanya RON2 nie... bila saya baca thread nie sedikit sebanyak menerangkn perbezaan dr segi kualiti, harga semasa... bg saya utk long term bg enjin keta saya pastikn yg terbaik wlaupun mahal (rm2.05 seliter)... nk x nk terpaksa pejam mata je isi mnyk, hasilnye berbaloi2....

KiNgX
01-09-09, 09:03 PM
Setelah membaca dan mendengar keluhan dari orang ramai mengenai prestasi kereta masing-masing mengenai RON95, maka saya terpaksalah jugak kekal dengan minyak petrol Primax 3 Petronas (Ron97) walaupun sedikit mahal.

Sayang punya pasal, macam CtiE, pejam jer la mata sambil bersiul-siul masa mengisi minyak. Bangga lak rasa bila orang lain beratur isi RON95 sambil melihat kita yang tak perlu beratur mengisi RON97 (kejadian ini berlaku di Petronas Batu Caves)...ekekekekeke

jebat_
02-09-09, 08:59 AM
Harap list ini menambah pengetahuan kita...

http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article_1977/page_m.asp

whocare
03-09-09, 11:20 AM
pagi tadi aku try test isi minyak ron95 kat scooter aku
ade org cakap ron95 ni kurang pickup ..
tapi aku lebih suka ron97 coz mcm dah biasa guna ..
tapi tah la .. pendapat korang caner ? aku isi tadi ron95 aku bawa sama je .
cuma mcm xde pikap je

aCe
03-09-09, 01:36 PM
Power point presentation dari PETRONAS

RON95
http://d.yimg.com/kq/groups/6861406/1618612046/name/RON95_E2M Briefing.ppt

EURO 2M
http://d.yimg.com/kq/groups/6861406/93065798/name/EURO 2M Fuels - Gasoline and Diesel.ppt

Sila copy semua link utk download

heiya
03-09-09, 02:56 PM
serius..aku tak tahu la prasaan aku or apa..tp keta aku bwk rasa lembab sikit..

anyway komen kekawan aku pun..mostly kata tak pickup...

kolekgam
04-09-09, 05:44 AM
Mmg kete aku terasa kurang pick up..
Nampak gayanya kena tukau ke rim 15 pulak la..
Rim 16 ni buat tambah berat kete aku je.. huhu

whocare
04-09-09, 11:18 AM
pagi tadi aku isi minyak keta lak nak test bawa gi ofis dengan ron95
sah dan mmg sah
mmg KURANG PICKUP
huhu

Puteri Hang Li Po
04-09-09, 01:01 PM
Terjumpa artikel ni which make sense jugak.....:smile1:

Bermula 1 September , klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini akan diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dab RON 97. Kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, cuma sedikit proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi, dua bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.

Apakah kesannya pada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beropearsi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?. Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada di situ, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta menulis dalam bentuk angka, sesetengahnya menulis dengan istilah 'leaded' dan 'unleaded'. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)


Adakah RON97 lebih baik dari RON95?. Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.


Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?
RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.


Enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada Pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (knocking) berlaku.


Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir.


Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin. Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.
Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.

Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? sedekah kat anak yatim pun dapat pahala.


Ditulis oleh Irwan a.k.a. Baii..
Editor Majalah Kereta.
:think:
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~

waveguy
04-09-09, 09:41 PM
Saya bercadang untuk terus menggunakan RON97 untuk 2-3 bulan akan datang, sambil-sambil review komen-komen mengenai topik minyak ni.

Kalau banyak yang bagi komen positif, baru tukar kepada RON95. Biarlah orang lain buat experimen dulu.

lord_raven
05-09-09, 10:20 AM
salam semua...

aku dah tukar u95 semenjak gred tu ada kt melaka ni. putting aside the quality and price, memang ada sedikit perbezaan. pick up ada sedikit kureng. skang ni kena amek lajak dulu bila nak potong lori atau bas.

kalau dulu aku top up dengan v-power bila ada family outing, kete penuh dan guna air-cond, skang ni kena la isi u97. sedap sikit nak memotong.


p/s pi mai pi mai....kita jugak yang terkena...hahahahha!!!

wood3
05-09-09, 10:43 AM
Entah la semenjak pakai RON tu RON ni kereta aku jadi kurang pickup . . .rasa berat semacam je.
ringan lagi masa pakai NGV . . .tah la apa kejadah sebab aku pun tak tau.
Tak apa sebelum raya nanti aku service enjin dan nak test pikup masa balik raya nanti kat lebuhraya.



p/s: Teringat kat pelumba moto GP RON HASLAM . . .hat ni bawa moto laju,

terunasuci
05-09-09, 10:50 AM
Memandangkan aku berulang alik ke tempat kerja ni terlalu dekat, maklumlah, 5 minit je da sampai kilang...hehehe...so setakat ni aku tak dapat lagi mengenalpasti sebarang perbezaan kedua2 RON ni...sbb lepas minyak naik harga ni pun aku belum isi minyak lagi...ekekeke...

Tapi yang pasti aku akan menggunakan RON95 atas sebab harganya yang murah...jauh bezanya tu RM1.85 ngan RM2.05......

spermsdropping
05-09-09, 10:55 AM
on realiti...
Sejak pakai engine vtec dari engine model F20B, gua asyik high rev jer.
Sabtu lepas secara tk sengaja isi minyak RON95 kat shell. Terasa lemau betul kereta. Tekan pedal rapat dinding, tk terasa belah.
Pagi2 start pun kick dia tk berapa kuat!
So back to RON97, baru terasa pick-up, semula.
So utk keter yg high compration ratio such 11:1 sesuai octane yg tinggi, such RON97.
RoN95 ni sekadar kenderaan bergerak je la... Bukan utk perfomance..
Posted via Mobile Device

totally agreed.....bila gua pump esso punya 95 pun sama, performance ade beza...memang susah nak laju.....apa lah sudah jadi.

lord_raven
05-09-09, 11:11 AM
Memandangkan aku berulang alik ke tempat kerja ni terlalu dekat, maklumlah, 5 minit je da sampai kilang...hehehe...so setakat ni aku tak dapat lagi mengenalpasti sebarang perbezaan kedua2 RON ni...sbb lepas minyak naik harga ni pun aku belum isi minyak lagi...ekekeke...

Tapi yang pasti aku akan menggunakan RON95 atas sebab harganya yang murah...jauh bezanya tu RM1.85 ngan RM2.05......



salam semua...

5 minit pun nak naik kete ke bang? lagi la membazir. apa kata kayuh basikal aje....lagi jimat. hahahah....jgn marah ek bang, kurang pahala pose nanti.

anyway, bg aku yg dah tak berapa nak merempit lagi ni, tak kisah la pick up sangat ke tidak. yang penting selamat sampai ke destinasi. dpt tengok anak-anak aku lagi....

p/s masak la bang oi nak cover 3 umah...kena la guna u95

KiNgX
07-09-09, 08:57 PM
Bagi penggemar tegar RON97 Petronas, rasanya akan mengalami sedikit kesukaran untuk mendapat bekalan RON97. Maklumlah, banyak stesen minyak Petronas sekarang ini lebih menumpukan kepada minyak baru Primax 95, malahan ada stesen minyak yang sudah tidak lagi menjual RON97 atas faktor pilihan tinggi pengguna.

Kalau ada 8 pam, belum tentu 1 pam tu reserve untuk RON97. susah..susah..terpaksa jugaklah menggunakan RON95 kalau time terdesak:-??

sunblade
07-09-09, 09:08 PM
myvi aku.. pakai RON95 petronas takde rasa apa perubahan sgt.. enjin masih terasa power dan kadang2 rasa lagi power daripada pakai RON97. mungkin pasal kan enjin tu dah boh macam2 spt volt stabilizer .. light weight crank pulley dan iridium plug.

tapi bila guna BHP infiniti95.. mmg ada terasa berat sket. lepas ni aku mmg yakin dgn petronas jer lah.

nokia2004
08-09-09, 02:09 AM
Aku guna brand S kt wira aku since dpt kete dr proton edar. Sejak RON95 dikuarkn, aku rase brand S punya minyak rase lemau.. Baru tadi try brand P. Rasenye cam ade pickup sket. FC tatau lg..

volz
08-09-09, 11:26 PM
tapi beb gua pakai campro 1.6 auto giler lemau nyer.. tak tau la emosi ker tapi memang terasa la.. agak takder pikap jugak la.. bunyi pun mcm nak makin bising jer.. ader ker petande2 dkat korang2 yang pakai campro.. kalau ada share la sket ek..

xpmen
09-09-09, 04:32 PM
aku pakai wira 1.3 ,ron95 ni rasa ada terhenjut-hunjut sikit pagi2 tu , maybe pasal minyak atau dia suruh aku tukaq keta baru ajer

rasyid
09-09-09, 05:28 PM
kerajaan xbest....
asek2 minyak2...
bosan..nyusahkan org,,

Midnakal
09-09-09, 08:23 PM
Senang citer lah..... kereta baru ....pakai lah minyak baru.... kereta lama pakai lah minyak lama. Kalau body mcm wira ker satria ...pakailah minyak lama. Engine kamu tuh semua sebenarnya dah lama kat Jepun......kat malaysia jek mcm terasa baru heheheh.

NeoCyber
10-09-09, 03:43 PM
kalau korang guna ron95 dan terasa begitu lemau. well, jgn risau. korang bukan keseorangan. aku pun sama. 3 kali aku isi ron 95 ni. sepanjang tempoh tu juga kereta aku semput.

akhirnya aku isi balik ron97. terus kembali dapat nyawa. barulah tukar gear rasa best sikit.

apa daaa kerajaan. ingat rakyat ni bodo ke apa? deria rasa kurang ke apa mereka ingat?

boleh rasa laa! enjin macam kurang satu aje piston nya.. pikap kurang. enjing bising dan kasar.

yaaperrda!

ARAB
11-09-09, 02:51 PM
dah 2 kali aku isi minyak ron95.. memang menyakitkan hati bila tekan pedal minyak.. tapi nak buat macam mana di MIRI cuma ada ron 95... rugi aku beli keta import... 10sion

clitmaster
11-09-09, 04:10 PM
keta aku pon terhenjut2 jugak ngan ron95 ni.

setakat nak bersantai boleh le, kalo mau jalan jauh, nak overtake... hmm... kene kuatkan semangat skit.

chochobi
12-09-09, 12:25 PM
Hmm.. setakat nie tak terasa sangat la beza RON 95 dgn RON 97.. mungkin kerana motor EX5 saya tuh pakai engine lama.. jadi speed pon sama pickup pon sama.. yang beza RON 95 tahan lama sikit.. untuk kereta lak tak testing jalan jauh lagi.. ari tu lupa masa jalan jauh saya isi RON 97.. untuk balik kampung nanti saya test RON 95... buat masa ni jalan dekat2 rasa cam sama jer sebab kurang memecut..

Retiree01
14-09-09, 10:03 AM
baru start isi Ron95 semalam..x tau ape kesan lagi...

terunasuci
14-09-09, 10:05 AM
Apa yang saya perasan, minyak RON95 bau gasnya teralu kuat...setiap kali selepas pengisian, bau gasnya pasti masuk sehingga ke dalam kereta......

Retiree01
14-09-09, 10:11 AM
ada petua untuk itu TS.... bau gas tu kita boleh neutralkan dengan bau gas kita sendiri sebenarnya ..hehehe

kuker02
15-09-09, 12:22 AM
baru 3 kali refill keta aku ngan RON95 (full tank).... yang dah perasan setakat ni... pick-up kurang skeet and satu lagi dulu full tank buleh pegi 600km ++, skarang ngan RON95 nie, cuma 500km+ jer... maybe nak kena refill ngan RON97 balik la.... RM2.05 tuuuu.... haiyerrrr...

Yamaha Nouvo asek tersedak jerrrr klu isi ngan RON95.... Honda Wave... blom rasa kesan dia lagi....

kuker02
15-09-09, 12:25 AM
Apa yang saya perasan, minyak RON95 bau gasnya teralu kuat...setiap kali selepas pengisian, bau gasnya pasti masuk sehingga ke dalam kereta......



masa refill tu tak tutup tingkap ker...? heheh...

KiNgX
15-09-09, 01:17 AM
Apa yang saya perasan, minyak RON95 bau gasnya teralu kuat...setiap kali selepas pengisian, bau gasnya pasti masuk sehingga ke dalam kereta......



Bahaya ni kalau macam ni...kalau cucuh rokok, leh jadi apa-apa tak?...ekekekekeke. by the way, kereta saya pun sama, tapi sejak dulu lagi. Saya suspek mesti ada benda yang bocor ni, sebab tu bau dia kuat sangat.

p/s: Bau gas ker bau ayam madu ni???

chochobi
29-09-09, 04:51 PM
Masa balik kampung beraya hari tu.. saya menggunakan RON 95 untuk perjalanan dari KL ke Kuala Kangsar.. tak nampak sangat sebarang perbezaan.. bunyi enjin agak kuat sedikit.. tapi ini mungkin disebabkan eksiden dua hari sebelum balik kampung arituh.. tak sempat repair abis.. tapi yang konfirm.. bunyi enjin motor EX5 semakin kasar... mungkin kesan setelah lebih sebulan guna minyak RON 95.. esok nak tukar balik masuk minyak ungu kat motor.. tgk ada beza tak bunyi...

landmark1123heavy
30-09-09, 06:27 AM
Masa balik kampung beraya hari tu.. saya menggunakan RON 95 untuk perjalanan dari KL ke Kuala Kangsar.. tak nampak sangat sebarang perbezaan.. bunyi enjin agak kuat sedikit.. tapi ini mungkin disebabkan eksiden dua hari sebelum balik kampung arituh.. tak sempat repair abis.. tapi yang konfirm.. bunyi enjin motor EX5 semakin kasar... mungkin kesan setelah lebih sebulan guna minyak RON 95.. esok nak tukar balik masuk minyak ungu kat motor.. tgk ada beza tak bunyi...

Aku pun ada pakai gak EX5.
Setahu aku EX5 ni memang la agak lasak.
Pernah sekali minyak hitam kering (aku lupa nak servis), OK lagi.
Tapi aku hanya pakai RON 95 je.
Sebab aku rasa macam tak berbaloi aje nak pakai RON 97 kat motor.
Yang penting minyak hitam tu kena jaga.
Kalau ada bajet lebih beli minyak hitam Shell Advanced yg rega rm20.
Kalau full sintetik lagi mahal, tapi kualiti dia mmg la bagus.
Tapi motor kita ni just pakai nak gi kedai je bro.
Bukan nak masuk race.
Lain la kalau pakai BMW, atau enjin turbo, berbaloi la nak guna RON 97.
Tapi tak kisah lah, kalau ada bajet lebih, pakai je apa-apa pun..
Ttthehehehe..

selim
30-09-09, 10:32 AM
Setelah pengenalan RON95, saya telah 2 kali isi, satu kali untuk kegunaan Klang Valley dan satu lagi balik kampung dan ke Penang.

Saya menggunakan Toyota Camry 2.0G.

Semasa saya menggunakan RON97, Full Tank, saya boleh memandu sehingga 510KM. Tetapi apabila guna RON95, hanya boleh mancapai 480KM saja.

Bagi pengisian kali ke-2, kebetulan Hari Raya, dari KL-Taiping-Penang, saya mencapai 510KM, kemudian saya mengisi RON97 dan balik dari Penang-Taiping-KL, saya mencapai 570KM, tapi kalau banding dgn hanya KM tak begitu adil, sebab masa pergi ke Penang, jam teruk, dari KL ke Taiping 4 jam, balik ke KL hanya 2 jam 15 minit. Yang saya perasaan semasa pandu jauh, kalau memotong kereta, tekan minyak saja, terus tukar gear.

Kini saya pakai balik RON97 selepas balik ke KL, sehingga kini, masih belum habis, saya nak tau berapa KM boleh pergi. Kalau dari segi harga murah 10% tetapi jarak kurang juga 10%, baik saya pakai RON97, ini mungkin akan menggunakan KOS maintenance.

senapang
30-09-09, 10:50 AM
kalau tanya pilihan , saya ttp memilih RON 97 , pasal kereta saya , sejak mula beli sampai ler wujudnya RON 95 dah biasa pakai RON 97. 1st day RON 95 keluar kira2 1st sept. saya lebih suka memerhatikan dari semberono terus nak tukar RON 95. banyak gak forum geng2 kereta yang saya surf dan dapati mmg terdapat knocking especially di ruangan pembakaran dalam enjin , malah sehingga ada laporan member sendiri pakai kereta yang dah ada usia sampai kene tukar feul filter , akibat RON 95 yang terdapat kekotoran.

daripada kene keluarkan duit untuk repair engine part , adalah lebih baik pakai 97 , biar pun mahal sedikit daripada 95.

untuk motor EX5 saya yang dilahirkan pada 1994 , saya sebat ajer gunakan 95 sbb enjin dah jadi kasar... apa jenis petrol dah di sesah pakai... tapi untuk enjin motor baru , saya nasihatkan jgn di tiru... nanti jikalau terdpaat perbezaan... sendiri tanggung...

braine5
15-10-09, 01:51 PM
i mula pakai ron95 sejak ia diperkenalkan dlm pasaran, mula mula pakai memenag sebab ia lebih murah..tapi i dun feel a difference langsung...if compare with ron 97

as i know, most of our engine boleh pakai few different grade of oil without harm to our engine....
when i check my car booklet...it even can use ron 91 as well.. ha

tapi, untuk org yang cukup kaya dn sayang pada kereta mereka...then they can proceed to ron 97...its just matter of choice~..

selim
15-10-09, 02:19 PM
Setelah pengenalan RON95, saya telah 2 kali isi, satu kali untuk kegunaan Klang Valley dan satu lagi balik kampung dan ke Penang.

Saya menggunakan Toyota Camry 2.0G.

Semasa saya menggunakan RON97, Full Tank, saya boleh memandu sehingga 510KM. Tetapi apabila guna RON95, hanya boleh mancapai 480KM saja.

Bagi pengisian kali ke-2, kebetulan Hari Raya, dari KL-Taiping-Penang, saya mencapai 510KM, kemudian saya mengisi RON97 dan balik dari Penang-Taiping-KL, saya mencapai 570KM, tapi kalau banding dgn hanya KM tak begitu adil, sebab masa pergi ke Penang, jam teruk, dari KL ke Taiping 4 jam, balik ke KL hanya 2 jam 15 minit. Yang saya perasaan semasa pandu jauh, kalau memotong kereta, tekan minyak saja, terus tukar gear.

Kini saya pakai balik RON97 selepas balik ke KL, sehingga kini, masih belum habis, saya nak tau berapa KM boleh pergi. Kalau dari segi harga murah 10% tetapi jarak kurang juga 10%, baik saya pakai RON97, ini mungkin akan menggunakan KOS maintenance.

Saya nak tambah sikit maklumat untuk isu ini.

Minggu lepas lepas saya sevis kereta saya, walaupun pakai RON95, kesan sentiasa Tukar Gear dah hilang serta sekarang amat smooth. Minyak pun jimat.

Mungkin kalian boleh hantar kereta anda pergi sevis, nampak ada perbezaan tak?

Retiree01
15-10-09, 04:54 PM
Saya punye Exora masih baru.. mungkin sebab itu tak terasa sgt kesan penukaran minyak 97 to 95. sempat isi 97 3 kali full tank aje.. by raya dah pakai 95 untuk balik kampung and so far dah 4 kali full tank.. setakat ni tak ade masaalah apa apa..

as for my Wira.. lepas tukar 95.. bunyi enjin mmg agak kasar sedikit... tapi pickup rasa lebih sedap pulak (mungkin jugak ini hanya kesan bunyi aje akekekek - bunyi kasar = rasa mcm power))

maybe sebab enjin kita dah lama pakai 97..bila kena 95 tersedak la dia...

BT
16-10-09, 06:00 PM
My reviews of Ron95 and 97.

Saya byk juga travel. Boleh dikatakan kerja aku nih seperti pemandu teksi. Kekekekeke.. Pada masa dahulu sebelum RON95 keluar saya guna RON97 daripada Shell. Memang lebih kilometer.

Tetapi setelah RON95 keluar saya dapati rON95 daripada Shell "Kurang Kilometer". Kalau dulu RON 97 dengan pemanduan 80% town driving 20% highway driving average speed tak lebih dari 120km/h saya boleh dapat milage sekurang kurangnya 500 kilometer dengan satu isian full tank. Kini dengan RON95 Shell saya dapati mileage saya berkurangan sehingga hanya 450km sahaja dengan satu isian full tank. Ini adalah berdasarkan pengisian sebanyak lima kali full tank.

Oleh kerana itu saya bertukar kepad Caltex Techron RON95 dan saya dapati mileage saya bertambah. Sekarang setelah menggunakkan RON95 Caltex milaeage saya balik seperti biasa iaitu sekurang kurangnya 500km per full tank.


Note: Saya mengira ini berdasarkan kapasiti minyak kereta saya iaitu 42 litre, dimana sebaik sahaja lampu indicator minyak menyala saya akan mengisi semula.

PeeJay
18-10-09, 11:53 PM
RON 95 - Sebab Economy 12 37.50%
RON 97 - Sebab Quality 11 34.38%
Campur- Campur Kejap 95 kejap 97 - Cuba nak save tapi masih memikirkan Quality 9 28.13%

Nampak gayanya pengguna mula dapat menerima RON95. Tidak seperti mula2 diperkenalkan dulu, ramai yg kondem RON95.

Faktor utama yang lain menyebabkan RON95 semakin diterima ramai, minyak shell baru yang dapat mempertingkatkan penjimatan dan kuasa.

Diharap kawan2 yg belum menyertai POLL, apakah pilihan Petrol anda, RON 95 atau 97?

BT
19-10-09, 11:01 AM
RON 95 - Sebab Economy 12 37.50%
RON 97 - Sebab Quality 11 34.38%
Campur- Campur Kejap 95 kejap 97 - Cuba nak save tapi masih memikirkan Quality 9 28.13%

Nampak gayanya pengguna mula dapat menerima RON95. Tidak seperti mula2 diperkenalkan dulu, ramai yg kondem RON95.

Faktor utama yang lain menyebabkan RON95 semakin diterima ramai, minyak shell baru yang dapat mempertingkatkan penjimatan dan kuasa.

Diharap kawan2 yg belum menyertai POLL, apakah pilihan Petrol anda, RON 95 atau 97?

Bro,
Lu boleh confirmkan tak formula rON95 terbaru Shell better than yg lama? Aku agak musykil la... Maybe we can discuss here...

PeeJay
19-10-09, 12:53 PM
yes better! Testimoni dekat mycar yg menggunakan engine vtec CF4, dgn comp. Ratio 11:1. Yg agak sensitif dgn ron rendah ni.
Minyak shell lama ron95 mmg ada knocking utk engine saya.
Tetapi selepas diperkenalkan shell
baru, saya cuba 2 tangki utk perjalanan jauh dan juga dlm bandar, memang engine tiada knocking, pick up smooth mcm guna shell ron97 sebelum itu juga.
Utk fuel consumption shell ron95 baru ni gua dpt::
- long distance - Leběh kurang 550km utk RM100
- in town - lebih kurang 450km utk RM 100
Posted via Mobile Device

BT
19-10-09, 05:42 PM
yes better! Testimoni dekat mycar yg menggunakan engine vtec CF4, dgn comp. Ratio 11:1. Yg agak sensitif dgn ron rendah ni.
Minyak shell lama ron95 mmg ada knocking utk engine saya.
Tetapi selepas diperkenalkan shell
baru, saya cuba 2 tangki utk perjalanan jauh dan juga dlm bandar, memang engine tiada knocking, pick up smooth mcm guna shell ron97 sebelum itu juga.
Utk fuel consumption shell ron95 baru ni gua dpt::
- long distance - Leběh kurang 550km utk RM100
- in town - lebih kurang 450km utk RM 100
Posted via Mobile Device

Ok bro,
Esok saya akan cuba menukar kembali kepada Shell. Saya ada dengar yang Shell ada memperkenalkan minyak RON95 baru tapi saya tidak berapa percaya.

Saya kini menggunakkan RON95 Caltex with Techron, saya membaca review di forum kereta lain mengatakan ia memberi mileage dan kuasa lebih kerana additive Techron yang juga mempunyai detergent utk mencuci valve. So far memang ada pickup seperti RON97 Shell dan mileage agak memuaskan.

Lagi satu nak tanya, adakah perubahan yang anda dapat ini kelihatan pada isian tangki kali pertama?

landmark1123heavy
19-10-09, 08:18 PM
Pada Sabtu lepas, aku pegi servis kereta.
Servis minyak hitam je.
Kedai yang aku pegi servis ni memang dah lama la.
Sejak zaman ayah aku lagi, sekarang ni aku pula.
Kelebihan kedai ni pomen dia, perempuan cina.
Bukan sebab dia perempuan, tapi servis yang dilakukan sangat teliti dan cermat.

Dulu aku pilih minyak hitam jenis 7040, sekarang tukar pulak 7030.
Kedua-duanya semi sentetik, bezanya kepekatan.
Aku tatau la betul ke tak tapi dia cakap "Awok paka hok ni baguhhh, dio tok pekak sangak, molek enjin keto baru"
Harga dia sama dan aku setuju la nak terai..

Berbalik kepada cerita minyak lak...
Semenjak kemunculan minyak 95 ni, aku selalu guna minyak ni la.
Tapi hari ni aku berjalan jauh sikit, dan nak terai guna vpower pulak.


Oleh kerana selalu guna minyak 95, bila buh vpower hari ni aku drive memang ada kelainan sikit.
Combine dengan minyak hitam yang aku baru tukar, pemanduan terasa lancar.. terasa ada pikap..
Dulu aku tekan meter naik 3 hingga 4 bunga...
Hari ni 2 hingga ke 3 setengah je...
Minyak pun tak telan banyak sangat masa memotong..

PeeJay
19-10-09, 09:51 PM
Ok bro

Lagi satu nak tanya, adakah perubahan yang anda dapat ini kelihatan pada isian tangki kali pertama?

Bro.. bagi pandangan saya la... perubahan yg ketara bila kita bertukar minyak nih:

1. Kesan engine knocking - (iaitu ada bunyik bila dengar betul2 bila tekan minyak di mana pembakaran tidak sempurna. Boleh amik screw driver panjang, letakkan pada kawasan distributor dan tekap pada telinga utk mengesan bunyi) - dalam kes gua bila bertukar jer minyak shell formula baru nih nih .. ECU keter gua amik masa bebrapa minit masa idling untuk auto set pembakaran sempurna. Means kesan nya terus dirasai setelah satu pengisian. Sebelum nih minyak Petronas 95, dan shell 95 lama, amat ketara knocking.

2. Lebih kilometer untuk satu pengisian. Sebelum nih dengan Petronas 95 saya hanya dapat 400km = RM100 minyak, dalam pemanduan di bandar.

3. Kesan lain seperti pick-up tuh amat minima, dan susah nak membezakkannya mungkin cara pemanduan pun tidak sama.

BT
21-10-09, 10:32 AM
ECU keter gua amik masa bebrapa minit masa idling untuk auto set pembakaran sempurna. Means kesan nya terus dirasai setelah satu pengisian.


Berbincang kepada ECU pulak, adakah kami perlu reset ECU utk ia "learning" kembali apabila menukar dari satu RON95 ke RON 95 keluaran Syarikat minyak lain? Ataupun reset apabila menukar dari RON 95 ke RON 97?

PeeJay
21-10-09, 04:28 PM
Berbincang kepada ECU pulak, adakah kami perlu reset ECU utk ia "learning" kembali apabila menukar dari satu RON95 ke RON 95 keluaran Syarikat minyak lain? Ataupun reset apabila menukar dari RON 95 ke RON 97?

Tak perlu reset ecu tu. Dia akan tuning sendiri. Lain la kereta lama
Jenis pakai kaburetor, perlu gak manual tuning. Keter2 moden, biasanya computer box, akan baca pelarasan angin, minyak malahan pembakaran optimun.
Sebut pasal minyak yg lain2 brand dan ron ni, beza respone pembakaran optimun tu yg berbeza. Jadi pelarasan atau tuning akan berlaku pada ecu keter moden, dan manual tuning pada keter lama.
Posted via Mobile Device

PeeJay
22-10-09, 10:42 PM
Ok bro-bro sekelian.. Ini testimonia pengunaan minyak yg gua kumpul data-data secara details:

Engine stock: SV4 - F20B Vtec Standard pekak tanpa toyol
Comparasion ratio: 11:1
Rim / Tayar: 215x45x17

Test 1.
Petronas RON95 - Isi minyak RM100 dapat distance 400km sahaja intown - Mode drive sopan. Engine knocking - yes kaw-kaw punya bunyi. Pick-up lemau. Susah nak cecah meter jepun maximum.
Petronas RON97 - tak try sebab susah nak dapat.

Test 2.
Esso RON95 - Isi minyak RM50 je dulu test, huh engine knocking ada munyik, selepas 120km tambah Esso RON97 full tank.. Knocking hilang. Bawa dlm town dan highway mood sederhana, pick-up pun sedap .. mod gear 3 tiptronik boleh cecah 180kmh walau lembab. selepas kilo meter cecah 410kmh isi balik minyak RM105 untuk fulltank. Setelah 300km jalan gua isi Shell RON97 fulltank.

Test 3.
Shell RON97 fulltank - knocking tak ada, pick-up mencanak, tiptronik gear 3 .. rapat meter jepun 192kmh senang2. Pusing2 KL dengan rembat sikit ... sampai 450km, baru isi Shell RON95 baru utk perjalanan jauh masa TT kuantan tuh hari.
Trip ke kuantan dengan RON95 ... tekan minyak titronik gear 3 ..dapat juga 190kmh walau sikit lembab. Cukup 300kmh kat kuantan isi penuh RON 95 semula utk RM60.00.
Balik KL belasah sampai minyak kering (mampus tengah jalan sebab fuel meter gua tak gerak) jumlah kilometer 550km untuk Shell RON95 full tank. Terpaksa top-up pakai gelen RM5.00 sebelum singgah Petronas terdekat isi minyak lagi RM20.00

Test 4.
Seorang kawan cakap BP RON97 sedap .. so gua try plak isi full tank BP RON97 full tank RM105 jalan sampai 400km, tambah minyak yg sama utk full tank RM97.00.
BP RON97 tak de knocking, pick-up gua rasa macam ESSO RON97 jerk.

So summary of petrol usage:
Paling Best:
1. Shell 97 - RM100 dapat lebih 450km. No knocking
2. Shell 95 - RM60 dapat 300km. No knocking
3. BP 97 - RM 100 dapat tak lebih 400km. No Knocking
4. ESSO 97 - RM 100 tak lebih 400km. No knocking
5. ESSO 95 - RM 50 je.. tak best dan tak tau berapa kilometer. Knock
6. Petronas 95 - hampes RM100 - kurang 400kmh dan knock-knock la
7. Petronas 97 - susah mau carik

So ... pilihan utama smestinya shell la... membawa anda lebih jauh ...

Horatio
23-10-09, 04:35 PM
tak mahir sgt to go details on the engine ni dan kesan penggunaan minyak padanya...

pengalaman sendiri... semasa guna ron95 memang tersa sgt kancil 660 saya ini akan ketidakmampuan untuk memecut... nak naik flyover pun x power... mula-mula tak perasan, tapi bila dok jalan lalualn sama rasa cam pelik, dulu2 selamba jer pergi...

so bertukar balik ke ron97.... syukurlah... kancil 660 ku mampu memecut kembali.... adalah kuasa nak pergi tu... pikap kot the right word... nak memotong pun senang.... ekekeke bab2 bunyi ketukan, ampun.. tak tau nak dengar camner....

chochobi
26-10-09, 12:23 PM
Setelah beberapa kali mengisi minyak dan bertukar2 kenderaan.. saya dapati minyak RON 95 menyebabkan bunyi enjin untuk motor dan kereta saya agak kasar.. setelah bertukar balik kepada RON 97.. bunyi enjin balik kepada asal. Dari segi performance tak banyak perbezaan yg dapat dirasa.. melainkan semasa penggunaan RON 95 pada motor, saya rasa minyak cepat habis.. pada kereta.. lebih kurang sama jer..

PeeJay
26-10-09, 05:13 PM
chochobi. Utk merasai keberkesanan setiap kali bertukar jenis petrol, mesti gunakan at least 2 tangki penuh. Baru tau perbezaannya!
Posted via Mobile Device

chochobi
26-10-09, 08:01 PM
Saya tidak menggunakan tangki penuh sebagai ukuran tapi penggunaan tetap selama hampir sebulan.. confirm lebih dari 2 tangki penuh.. perbezaan mmg terasa bila bertukar kepada minyak yang lain.. mungkin kereta saya tak mempunyai masalah dengan RON95 memandangkan ianya enjin jenis lama. Saya agak sensitif sedikit dgn bunyi enjin motorsikal kerana saya menggunakannya sebagai pengangkutan ke pejabat.. jadi kalau ada bunyi lain macam skit cepat2 check.. sayang kat motor cepai nie :P

PeeJay
26-10-09, 10:07 PM
Saya tidak menggunakan tangki penuh sebagai ukuran tapi penggunaan tetap selama hampir sebulan.. confirm lebih dari 2 tangki penuh.. perbezaan mmg terasa bila bertukar kepada minyak yang lain.. mungkin kereta saya tak mempunyai masalah dengan RON95 memandangkan ianya enjin jenis lama. Saya agak sensitif sedikit dgn bunyi enjin motorsikal kerana saya menggunakannya sebagai pengangkutan ke pejabat.. jadi kalau ada bunyi lain macam skit cepat2 check.. sayang kat motor cepai nie :P

Nih motor 2 stroke or 4 stroke?

Untuk motosikal, bunyi amat ketara di sebab system penalaan dia tak akan re-tuning sendiri seperti kereta moden yg di kawal oleh electronik. Sebab tuh ada bunyik... Dan ianya tak lah memudaratkan, kecuali motorsikal anda kekurangan minyak hitam. Cuma nasihat saya, cuba hantar motosikal tu service, adjust balik tuning, laraskan saluran minyak dan angin supaya lebih tepat dan tukar plug yg bersesuaian.

waveguy
26-10-09, 11:27 PM
Walaupun tidak diukur secara saintifik, setelah memandu Naza Citra yang mengunakan RON95 sejak mula diperkenalkan.

Kereta terasa kurang pick up berbanding masa menggunakan RON97.

xerox
27-10-09, 01:17 AM
bagi pendapat aku laa... aku duk travel hari-hari naik motor lebih kurang 140km laa.. masa ron95 diperkenalkan,, memang aku celapak amik laa.. murah beb... aku tak perasan pun masalah yang timbul kat motor aku,, memang ada masalah jugak,, tapi aku tak syak langsung ada kena mengena ngan motor, tapi aku rasa pelik sebab aku kena isi dua kali berbanding pakai ron97 sebelum ni.. lepas tu aku tukar laa balik pada ron97.. baru aku perasan motor aku pickup dah ok balik, speed pun dah ok balik.. dan dalam sehari isi sekali je... memang ada penjimatan laa, tapi tak banyak.. tapi ok laa.. lebih stabil... memang ada mahal sket,, tapi berbaloi... lagi pun aku leh claim,.... selamber je pakai yang mahal sket.. v-power malas nak try... naik motor jee...

turbomania
27-10-09, 06:38 PM
aku pakai ron 95 jek sbb kete aku tak menunjukkan sebarang simptom kurang best time downgrade 97 to 95. pakai proton, so far ok jek.
shell tgh promo jimat ron 95. korang ade feedback??

PeeJay
29-10-09, 01:31 AM
Testimonia penggunaan minyak ada di sini. Sila klik di link untuk rujukan:

http://www.mk-portal.org/forum/showpost.php?p=253895&postcount=28

KiNgX
31-01-10, 07:26 PM
Saya telah menchoba RON 95 (keta Myvi mak saya), dan RON 97 (Keta Myvi saya punya). Apa yang boleh saya cakapkan kat sini, walaupun kereta Myvi spec yang sama, setelah perbandingan telah dibuat, saya sanggup membayar mahal untuk minyak RON 97.

Ini kerana saya boleh merasakan RON 95 menyebabkan kereta kita kurang pick up. Kalau nak memotong dijalan raya, jenuh tekan minyak sampai nak tenggelam lantai keta baru dia ada power nak potong keta depan. Pastu lak saya kena pastikan saya mempunyai ruang yang cukup untuk memotong, takut-takut tak sempat masuk ke kiri sebab ada kereta di arah yang bertentangan.

Kalau pakai RON 97, jarak 1 tiang pun leh sempat potong keta depan lagi...hahahaha

cikgukamall
02-02-10, 12:19 PM
Cakap KINGX memang betoi, terasa perubahannye..sejak aku pakai RON95 terasa kurang pickupnye..aku selalu ulang aling 40km sehari, bila nak motong tu, tersekse enjin dibuatnye, pedal minyak sampai cecah lantai la katekan..hemm tapi nak buat mcm mane..kalau nak pakai RON97, poket koyak pulak..memikirkan masa hadapan..heemmm

xerox
04-02-10, 01:31 AM
Saya telah menchoba RON 95 (keta Myvi mak saya), dan RON 97 (Keta Myvi saya punya). Apa yang boleh saya cakapkan kat sini, walaupun kereta Myvi spec yang sama, setelah perbandingan telah dibuat, saya sanggup membayar mahal untuk minyak RON 97.

Ini kerana saya boleh merasakan RON 95 menyebabkan kereta kita kurang pick up. Kalau nak memotong dijalan raya, jenuh tekan minyak sampai nak tenggelam lantai keta baru dia ada power nak potong keta depan. Pastu lak saya kena pastikan saya mempunyai ruang yang cukup untuk memotong, takut-takut tak sempat masuk ke kiri sebab ada kereta di arah yang bertentangan.

Kalau pakai RON 97, jarak 1 tiang pun leh sempat potong keta depan lagi...hahahaha


memang aku setuju sangat.. tapi ini adalah saranan aku lerr kan.. kalau rasa nak jalan long distance, korang tryla pakai RON97, berbanding RON95. sebab memang ada lebih kilometer.. ecspecially SHELL.. ada penjimatanla.. memang harga mahal sket.. tapi jimat sket laa, tak banyak pun.. macam post aku sebelum ni pun pernah kata, kalau macam aku pegi keja hari2, kalau pakai RON97 sekali buh leh pakai pi balik, tapi kalau buh RON95 memang kena buh 2 kali.. cth aku naik motor sehari RON97 aku pakai RM7 full tank, sekali buh, tapi kalau pakai RON95 RM6 2x buh.. w'pun tak habis,sket lagi tinggal, bajet harian untuk petrol dah lebih, maksudnya secara kasarpun kita leh nampak perbezaan n penjimatan... ni just pandangan aku laa.. lain orang mayb lain pendapat lak kan

xerox
04-02-10, 01:37 AM
Saya telah menchoba RON 95 (keta Myvi mak saya), dan RON 97 (Keta Myvi saya punya). Apa yang boleh saya cakapkan kat sini, walaupun kereta Myvi spec yang sama, setelah perbandingan telah dibuat, saya sanggup membayar mahal untuk minyak RON 97.

Ini kerana saya boleh merasakan RON 95 menyebabkan kereta kita kurang pick up. Kalau nak memotong dijalan raya, jenuh tekan minyak sampai nak tenggelam lantai keta baru dia ada power nak potong keta depan. Pastu lak saya kena pastikan saya mempunyai ruang yang cukup untuk memotong, takut-takut tak sempat masuk ke kiri sebab ada kereta di arah yang bertentangan.

Kalau pakai RON 97, jarak 1 tiang pun leh sempat potong keta depan lagi...hahahaha



memang aku setuju sangat llaa perndapat di atas.. n bagi aku laa untuk long distance lebih jimat kalau pakai RON97 dari RON95, tak caya korang try buat perbandingan pegi n balik, tapi aku try SHELL je laa,

macam aku pernah post sebelum ni.. perbezaan RON97 dan RON95, tak banyak laa tapi still leh nampak laa, aku pi keja naik moto.. kalau pakai RON95 mesti(wajib) 2x buh, tapi kalau pakai RON97 selalunya sekali je buh..jimat pun mungkin tak banyak laa.. tapi still jimat laa,bajet harian pun jimat kalau buh sekali..

NeoCyber
09-02-10, 05:03 PM
aku adalah pengguna yg tegar menggunakan minyak ron97.

walau pun ron95 murah.., tapi bila aku kira2 balik.., hasil penggunaan minyak per km aku adalah lebih tinggi dgn ron97. maknanya 1 liter ron97 boleh pegi lebih jauh berbanding ron95, sekaligus mengenepikan penjimatan yg konon korang nampak pada ron95.

Bila pakai ron95, korang kene rev enjin lebih tinggi, tukar gear lebih kerap.. dan akhirnya.. setangki penuh ron95, tak sampai 400km dah abis minyak. berbanding ron97, hampir 500 atau 550+ lebih utk pemanduan mengunakan biasa.

Kalau balik kampung =- lagi laa tinggi mileage dia.. sampai 700+ pun boleh.

Disclaimer : Jenis kereta, jenis minyak enjin dan cara pemanduan mempengaruhi kadar penggunaan petrol anda. Ikutilah nasihat - cara pemanduan Fuel Save Shell. Itu nasihat yg bagus tu! saya pergi ke latihan pemanduan fuel save ni, dan saya dapat lihat kesan terus kepada penggunaan minyak. Tapi adakalanya - saya bertukar menjadi kutu rempit juga! syioook maa! terlupa sekejap utk berjimat..

biskutmasin
12-02-10, 09:59 AM
aku pakai ron 97...sbb aku rase bile pakai ron 95 nie kete aku tak pick up sgt pastu myk ron 95 kejap je abis...org ckp ron 95 nie mudah terbakar..sbb tu lah cpt abis kot

PeeJay
12-02-10, 01:52 PM
ok. Bab nak guna petrol 95 atau 97, arahan yg jelas adalah seperti berikut.
Kalau piston pembakaran engine nisbah mampatan lebih pada 10.5 : 1 elok pakai ron97 berterusan.
Seharusnya pergi buat tuning (retard atau advance ikut kesesuaian)
Kalau piston engine nisbah mampatan 10:1, pakai lah ron95. Tapi harus ingat! Pegi lah buat tuning dgn menggunakan petrol ni.
Kalu tuning tak buat pas tu blame ron95 tak eficien, salah tu..

FLO
14-02-10, 07:24 PM
2 hari ni aku cuba buat testing utk minyak RON97 utk enjin campro aku..
utk makluman..enjin aku kereta auto..aku mengalami masalah underpower..kekurangan ini amat aku rasai semasa mendaki GENTING...seksa woooo

dlm 2 hari ini aku isi 97 utk perjalanan biasa dan jarak jauh
aku dapati aku rugi dr segi liter..mmg jauh berbeza..
tapi dr segi pembakaran..aku rasa MUNGKIN lebih lambat pembakaran dr RON95..dalam pengamatan aku la
CUMA performance enjin masih sama..masih gak berat dan kurang smooth
aku cuba perjalanan jauh..ini ujikaji aku..

mula dr cheras baru : 329 liter
akhir di pandan indah : 151 liter (baki)
perjalanan 2 hala dr KL ke PD

dr segi enjin aku rasa biasa jer..hampir sama rasa dgn ron95
sekali sekala nk memotong..agak lambat ..seperti mcm pakai ron95 gak
cuma bila dlm keadaan auto cruise = enjin smooth dan kurang rasa jerking

p/s: aku pun pening..nk pikir pasal nilai minyak..atau dr segi pembakaran minyak:YM - 71:

BT
15-02-10, 12:59 PM
aku pakai ron 97...sbb aku rase bile pakai ron 95 nie kete aku tak pick up sgt pastu myk ron 95 kejap je abis...org ckp ron 95 nie mudah terbakar..sbb tu lah cpt abis kot

Bro, mungkin kerana kadar pembakaran RON95 tidak sebagus RON97 jadi kerana itu menggunakan lebih minyak untuk menjana kuasa. Also depends on your car engine. Macam Kereta saya, RON97 memberi lebih kilometer berbanding RON95.



p/s: aku pun pening..nk pikir pasal nilai minyak..atau dr segi pembakaran minyak:YM - 71:

Bro, apakah jenama minyak yang anda gunakan? Adakah Petronas? Kalau petronas saya tak heran la. Kerana banyak orang komplen engine bunyi kasar dan lembab walaupun guna RON97.

Satu lagi mungkin jadi penyebab adalah sistem komputer kereta anda mungkin belum "learning" lagi untuk RON97. Kena berikan masa 2-3 hari utk ia "learning" kembali. Saya rasa enjin Campro pun ada sistem nih.

FLO
15-02-10, 03:54 PM
Bro, apakah jenama minyak yang anda gunakan? Adakah Petronas? Kalau petronas saya tak heran la. Kerana banyak orang komplen engine bunyi kasar dan lembab walaupun guna RON97.

Satu lagi mungkin jadi penyebab adalah sistem komputer kereta anda mungkin belum "learning" lagi untuk RON97. Kena berikan masa 2-3 hari utk ia "learning" kembali. Saya rasa enjin Campro pun ada sistem nih.

gua menggunakan SHELL 97....
tengok la mcm mana..nk teruskan atau tak bergantung kpd keupayaan kewangan:YM - 71:

Pengkid
15-02-10, 05:27 PM
sejak guna ron95 shell ,mileage turun ,pastu enjin rev gila2, baru2 ni overheat pastu hangus enjin.

gilaseks001
16-02-10, 10:04 AM
RON95 memang kurang pick-up berbanding dengan RON97. Tapi apa yang boleh dibuat? Tangki saya isu penuh setiap kali dan saya membayar lebih kurang RM600 sebulan untuk petrol. Dahsyatnya kalo kerajaan naik harga petrol dan kurangkan subsidi :-( nanti bila menjelang May 1 2010.

gilaseks001
16-02-10, 10:07 AM
Bro, mungkin kerana kadar pembakaran RON95 tidak sebagus RON97 jadi kerana itu menggunakan lebih minyak untuk menjana kuasa. Also depends on your car engine. Macam Kereta saya, RON97 memberi lebih kilometer berbanding RON95.



Bro, apakah jenama minyak yang anda gunakan? Adakah Petronas? Kalau petronas saya tak heran la. Kerana banyak orang komplen engine bunyi kasar dan lembab walaupun guna RON97.

Satu lagi mungkin jadi penyebab adalah sistem komputer kereta anda mungkin belum "learning" lagi untuk RON97. Kena berikan masa 2-3 hari utk ia "learning" kembali. Saya rasa enjin Campro pun ada sistem nih.

Kalo pakai kereta P2/Perodua senang aje; disconnect bateri kereta :-) dan ia akan *reset* ECU kepada default dan ia akan *relearn* cara memandu anda sekali dengan petrol yang dipakai.

Kalo kereta lain jangan cuba ya :-) nanti kena bayar ECU tuning fee sama P1 bukan main ya ...

blackbutton
29-03-10, 11:54 AM
Bagi aku....aku hanya menggunakan minyak RON97....sbb utamanya kerana enjin aku xle pakai RON95....mase memula diperkenalkan RON95 nih aku ader gak la try2 gatal tangan isi kat keter aku...tetapi malangnya selepas beberapa minggu pakai enjin mcm ader bunyi knocking....ini membingungkan aku....so aku kembali la menggunakan RON97....sekarang dengan muka tersenyum aku memandu kereta tanpa ader bunyik2 yg tak menyenangkan kluar dari enjin keter aku....

FLO
26-04-10, 10:11 AM
DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara praktikalnya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai. Kalau nampak RON97 nasib la korang. Buat masa ni, banyak kereta ringan-ringan seperti Kancil, Kelisa, dan Viva, semuanya tak de masalah kalau nak guna RON 95 ni. Cuma kereta-kereta mewah seperti Mercedes dan BMW je digalakkan jangan pakai RON 95. Kalau pakai jugak, nanti rosak enjin karang.

biulj2
03-05-10, 03:16 PM
nice info brader...makasih banyak2

sebaik keta aku guna RON95...

hezzri
02-06-10, 08:56 PM
ron95 masih relevan dgn kancil aku tu...semestinya dari shell...pikap lain macam...mmg pergi

shyme
02-06-10, 11:04 PM
kalau travel jejauh biasanya isi RON97.. lebih pickup dari biasa n lebih saving.. Setakat KL ni je pakai RON95 sudah...

cruztasia
03-06-10, 12:52 AM
Hari ni tetiba teringat nak check kat penutup tank kereta satu lagi. Tetiba terpandang, PREMIUM UNLEADED. Haha.. Dah biasa guna kereta pakai diesel, nasib baik x termasuk diesel.

roger
08-06-10, 05:53 PM
aku guna ron 95..stakt ni leh lagi ngam ngan kete aku..ron97 mahal sgt la..

PeeJay
07-07-10, 10:28 PM
Sakarang stick kat RON97 Shell Vpower ... puas hati ... walaupun mahal skit dari RON95, isian penuh ... boleh pergi lebih jauh .. ENgine pun smooth .. tak ada knocking.
Tapi untuk Accord gua yg berenginekan F20B Vtec la RON97 shell Vpower.
Kalu Honda City i-DSI gua belasah RON95 sama ada petronas atau shell...
Kalu Kancil 850 manual gua - Gua belasah RON95 tak kira stesen minyak apa sekali pun .. minyak angin pun boleh ... janji start .. idup sudah ...
Kalu Toyota viOs .. gua pakai RON 95 gak ..Shell atau petronas..

roger
12-07-10, 09:33 AM
skarang aku guna RON95 jer..RM50 dah nak penuh tangki..

txmate
12-07-10, 04:18 PM
aku pun pakai ron95.. pakai jee yg paling murah.. janji kete jalan.. hu3..
xde masalah pun pakai ron95

roger
13-07-10, 12:27 PM
aku pun pakai ron95.. pakai jee yg paling murah.. janji kete jalan.. hu3..
xde masalah pun pakai ron95

hehe..tu la kan..selagi boleh jalan, takde efek, guna je..bukan kite naik veyron pun..hehehe..

PeeJay
13-07-10, 01:11 PM
jalan memang memang jalan. Tapi bagi tujuan menjaga engine supaya tahan lama, cuba2 dgr, ada knocking tak? Kereta honda accord saya, kalu naik bukit, RPM 2k - 3k, bunyi knock kalu pakai ron95.

miniz9797
13-07-10, 03:00 PM
Normal daily use - RON 95 dah cukup, but if u can affort RON 97 why not ? U pay a bit extra for longer protection of ur engine.
RON 97 & above - Recomende for highly tuned car's , turbo's & kaki racing...
RON JEREMY - idup lagi ke mamat ni ? :)

roger
14-07-10, 10:44 AM
jalan memang memang jalan. Tapi bagi tujuan menjaga engine supaya tahan lama, cuba2 dgr, ada knocking tak? Kereta honda accord saya, kalu naik bukit, RPM 2k - 3k, bunyi knock kalu pakai ron95.

takde..sbb sy pakai kete kancil je..hehehe...kete 2k cc ke atas mmg tak boley pakai ron95 rasenye

PeeJay
14-07-10, 05:14 PM
tak semestinya kete kecik sesuai ron95. Dia tengok pada piston comprasion. Keter pegeot 207, vw golf yg cc bawah 1.6 tak sesuai ron95 coz compres ratio more than 10.5:1

miniz9797
20-07-10, 06:29 PM
http://www-static.shell.com/static/mys/imgs/240x178/fuels/vpower97_about_240.jpg
The innovative formula in the new Shell V-Power 97 is designed to help you get the most out of your car, no matter what you drive. It’s designed to unlock power more quickly and deliver sustained performance. These special features of new Shell V-Power 97 are designed to make a difference, right from the first fill.

A unique formulation that contains components selected for their ability to deliver more power and acceleration through improved combustion, whatever car you drive.
97 Octane formulation is designed to deliver the acceleration potential of all cars.
The same Friction Modification Technology used in Shell V-Power race fuel by Ferrari Formula One cars is designed to reduce friction by introducing a surface coating component to protect critical engine parts. This helps unlock valuable energy enabling more efficient energy transfer from the fuel to the wheels. It is designed for improved performance right from the first fill.
http://www-static.shell.com/static/mys/imgs/240x178/fuels/vpower97_better_engine_240.jpg
Shell V-Power 97 is also designed to prevent the build-up of power-robbing deposits on your engine’s valves and injection systems. It is also formulated to help remove existing deposits, enhancing the responsiveness of your engine. Used regularly, Shell V-Power 97 can help keep a new car performing like new for longer, and in some cases, can even help rejuvenate older cars.

When it comes to driving, we share the same passion as Ferrari – a passion for performance. Shell V-Power is the direct result of a day-to-day technical partnership between Shell engineers and scientists, and those in the Ferrari team. What we’ve learned with Ferrari at the race track, we’ve adapted for the road.

Just think - if Shell V-Power can help keep Ferrari’s road cars in peak condition, imagine what it can do for yours.

Sivajhi
25-07-10, 10:03 PM
RON JEREMY - idup lagi ke mamat ni ? :)

Hahaha...apsal nama mamat ni keluar ni? Ada kaitan ngan petrol ke? Lagenda ni!!:Finger_fing22::Finger_fing22:

txmate
03-08-10, 02:37 PM
fakta yg encik miniz9797 itu ada benarnya..
baru2 ini, anak sedara aku yg keje bahagian teknikal kereta korea..
menjelaskan bahawa pengguna RON95 akan mengalami lebihan karbon dlm engin..
ini kerana RON95 akan terbakar dgn cepat berbanding RON97... ini menyebabkan sblm ia di'spark'..
ianya tlhpun terbakar... jd, utk lbh baik.. jangkamasa spark perlu ditunning..
tambahan beliau, kereta luar negara mmg xleh pakai RON95.. akan kuar bunyi pelik2..

aku rasa ada benarnya, sbb secara sinisnya kerejaan melarang pengguna kereta luar mengguna minyak RON95..
tentu kerana kerana faktr2 disebut diatas tadi.. hu3

roger
03-08-10, 08:29 PM
kereta negara luar, kalau kancil tu camne? bukan enjin same ngan mira jepun ke?

hp3420
03-08-10, 10:25 PM
aku kalo balik kampung (long distance) baru bubuh ron97...tp sebenarnya cuak2 gak nak pakai ron95 ni pasal aku guna keta korea huhuhuh

RooTz
29-01-11, 10:07 PM
hmmm nk pakai ron 97 mahai sgt laa plak skang nih... kene laa maintain ron95 tuh yg mampu jer.... tp sesekali bila byk budget belasah gak ron 97 tuh... nyata berbeza.....

PeeJay
30-01-11, 03:41 AM
Memang ... Gua pun dah start belasah RON95 bersabsidi dah sekarang.. Pedulik la dengan perfomance keter.. Janji tekan minyak jalan .... Ilang akal per nk isi RM 2.40 seliter berbanding RM1.90....

Mau tukau pool..

kidrock75
30-01-11, 07:22 AM
Aku pn pakai minyak merah ron95. Economical practise. Tapi baru ni baca & dpt info dr satu artikel, dia kata for long term basis minyal ron97 yg mahal tu akan berbaloi..base on performance keta dan maintanance ect. Bagi aku geng2 kepala rock ni mana ada nk pikir long term ...apa yg bleh save depan mata..laksanakan dulu..apa yg mai kendian ...itu belakang cerita..hehee bukan main belakang k...

PeeJay
30-01-11, 08:33 PM
Aku pn pakai minyak merah ron95. Economical practise. Tapi baru ni baca & dpt info dr satu artikel, dia kata for long term basis minyal ron97 yg mahal tu akan berbaloi..base on performance keta dan maintanance ect. Bagi aku geng2 kepala rock ni mana ada nk pikir long term ...apa yg bleh save depan mata..laksanakan dulu..apa yg mai kendian ...itu belakang cerita..hehee bukan main belakang k...

Kalu dah harga berbeza sampai 50 sen seliter mana ada economicalnya... 50 sen seliter ... Kalu isi penuh 40 liter dah berbeza RM20 ringgit... 100 x isian dah 2000 ribu ringgit... Boleh wat bayar road dan insuran tuh utk jangkamasa setahun ....

XMen
31-01-11, 08:24 PM
Dengar cerita RON 97 akan naik RM0.10 dari RM2.40 per liter ke RM2.50 per liter jam 12.00 tengah malam nie......

terunasuci
01-02-11, 08:30 AM
Dengar cerita RON 97 akan naik RM0.10 dari RM2.40 per liter ke RM2.50 per liter jam 12.00 tengah malam nie......

Bukan dengar cerita lagi, memang dah sah naik pun...hehehe...jauh betul beza minyak RON97 dengan RON95 sekarang......

Retired
01-02-11, 11:12 AM
Bukan dengar cerita lagi, memang dah sah naik pun...hehehe...jauh betul beza minyak RON97 dengan RON95 sekarang......



tak lama lagi naik laa RON95. dan sekali lagi kita akan dengar orang menyalak "harga minyak negara masih rendah berbanding negara2 BUKAN pengeluar minyak" :D

said_sogo
01-02-11, 12:10 PM
Mana ron99? Aku pakai minyak ni... Sib baik minyak ni tak naik...

Dacing!!! Dacing!!! Dacing!!!

turbomania
01-02-11, 01:31 PM
Mana ron99? Aku pakai minyak ni... Sib baik minyak ni tak naik...

Dacing!!! Dacing!!! Dacing!!!

minyak ape yang ron99? vpower racing ke? available lagi ke kat msia ni?

said_sogo
01-02-11, 06:14 PM
minyak ape yang ron99? vpower racing ke? available lagi ke kat msia ni?
Masih ada... yg aku tau kat Federal Highway. Dari Subang ke Shah Alam, sebelum tol.

XMen
01-02-11, 06:28 PM
vpower racing ke? available lagi ke kat msia ni?

Bro, V-Power Racing masih ada lagi kat Shell KESAS. Kat kawasan R&R lepas Bukit Jalil.
Tak silap la RM2.55 seliter, memang berdesup peginye kenderaan anda. Harga sekarang saya tak pasti la....

Retired
23-03-11, 10:14 PM
http://paultan.org/2011/03/23/petronas-to-introduce-new-f1-technology-inspired-fuel-in-april/ desas desus minyak baru akan keluar...sejauh manakah kebenarannya. harap2 sama harga sama RON95

ghep82
29-03-11, 11:59 AM
Kalo tak banyak travel guna jek ron97 kalo ari2 travel nak jimat pakai ron95

bayulaut
01-04-11, 04:28 PM
setakat ni RON 95 jee laa yg mampu..harap2 tak naik lagi lee harga...macam aku pakai yg murah jee..janji leh jalan,n selamat sampai ke distenasi yg nak di tuju.

ezee
03-04-11, 02:49 PM
wah... dpt info smlm ron97 naik 20sen lagi... so harga skang rm2.70 seliter... kompom ke?sib baik guna ron95 je.. kalau x masak jgk.. huuuu

Remy Iskandar
03-04-11, 03:06 PM
Apa yang aku dengar dari sumber-sumber yang boleh di percayai.Minyak RON 95 tu minyak sampah.Sebab dekat negara minyka ini diorang buang je.Sebab itu sesiapa yang pakai minyak ini power,perfomance takkan sama dengan RON 97.Lebih2 lagi kereta CC besar.Tapi kalau nak pakai minyak RON 97 memang dah tak mampulah.Sebab malam kelmarin baru naik lagi 20 sen jadi skang RM 2.70 huhuhu...

PeeJay
03-04-11, 09:16 PM
Pakar mana ckp ron 95 nih sampah ... Minyak yg datang dlm drum cuma ada 2 ketogeri jer ... Minyak yg terbaik dari fosil dlm bumi di laut sementara minyak yg kita import adalah sumber fosil dari padang pasir ...

RON nih bila minyak mentah tapi di proses menjadi petrol dgn menambah sumber metana ada yg jenis berperlambun dan tanpa pelambun... Minyak yghampas sekali di jadikan barangan plastik dan bukannya bahan bakar..

Tak banyak sgt beza ron nih utk perfomance kenderaan awam nih .. Cuma yg beza adalah harga ron95 bersubsidi dan ron97 tanpa subsidi ...

shahruls
04-04-11, 10:26 PM
dulu masa mula2 ada gak pakai ron97 jarang2,skrg harga dah jauh sgt beza,pakai ron95 je la.. baru sebulan beralih ke bhp dr petronas,ada member kata lebih bagus utk livina..so far pakai,ada la rasa pickup lbh skt tp x ketara mcm ron97.milleage pun x banyak beza sgt.bhp lebih 5km je bagi setiap rm40.kalau dulu petronas dpt 240km utk rm40,skrg bhp dpt la 245km.ini utk jalan bandar,pegi balik keje.jalan jauh x de yg test betul2 lagi.mungkin additif bhp utk ron95 bagus skt.dan yg penting lagi bhp support american express kredit kad,boleh le aku dpt 5X point :)

tazmaniaspurs
07-04-11, 01:00 PM
dah naik 20 sen..tentulah ron 95 pilihan hatiku..hehe

Pennywise
07-04-11, 01:33 PM
I rasa faktor memilih menggunakan RON95 atau RON97, terpulang kepada jenis kenderaan dan budget bulanan pengguna. Kenderaan 1800cc dan keatas patut menggunakan RON97.

PeeJay
07-04-11, 11:25 PM
Faktor untuk menentukan engine memerlukan RON 95 or 97.

Perhatikan pada manual compress ratio... Ada yg 11:1 atau 11.5:1 ke atas ... Maknanya pembakaran menghasilkan compresion yg kuat memerlukan RON 97. Contoh naza bestari..

Bagi comprasion yg rendah contoh nisbah 9:1 boleh la mengunakan RON95..

aCe
11-04-11, 01:24 PM
Sapa2 dah cuba try test minyak Petronas RON95 Xtra tu tak, cam mane performance kenderaan?

Retired
11-04-11, 01:38 PM
Sapa2 dah cuba try test minyak Petronas RON95 Xtra tu tak, cam mane performance kenderaan?

semalam malam baru tuang penuh...harga semua sama macam RON95 sebelum ni...belum tarik dan tekan habis2 lagi tapi kedengaran macam bunyi enjin agak kasar sikit...mungkin midset....

PeeJay
11-04-11, 01:56 PM
semalam malam baru tuang penuh...harga semua sama macam RON95 sebelum ni...belum tarik dan tekan habis2 lagi tapi kedengaran macam bunyi enjin agak kasar sikit...mungkin midset....

Saya blom try .. Tapi nk gak rasa...

Maksud kasar tu mcm mana? Ada bunyi knocking tak?

Biasa engine akan amik masa atau setangki penuh untuk re-tune balik bahan bakar baru nih ...

Retired
11-04-11, 02:09 PM
Saya blom try .. Tapi nk gak rasa...

Maksud kasar tu mcm mana? Ada bunyi knocking tak?

Biasa engine akan amik masa atau setangki penuh untuk re-tune balik bahan bakar baru nih ...

tiada bunyi knocking setakat ini.....sebelum ini saya try RON97...agak smooth...lepas tu tukar ROM95 agak kasar tapi tiada knocking jugak.....ada perbezaan bunyi yang agak ketara...(saya pakai Petronas). bunyinya agak susah untuk di jelaskan....mungkin ada brother2 boleh explain!

p/s petang ni kasi hentam kuat2 sikit...

KiNgX
20-06-11, 09:53 PM
Gua rasa Petronas Ron95 xtra tu memang bagus la. Gua dah downgrade isi RON95, tp bila wa pakai RON95 xtra tu, keta gua memang pergi lebih jauh, erti kata lain menjimatkan. Dulu wa pakai RON97, bila dah dekat 430KM berjalan, lampu dah berkelip-kelip. Skang, dah 2-3 kali wa perasan, meter wa dah nak dekat 490KM baru meter wa berkelip-kelip. Gaya pemanduan gua tetap sama masa gua pakai RON97. Korang ada rasa dak apa yang wa rasa?

axxan
21-06-11, 10:04 AM
isi RON95, tp bila wa pakai RON95 xtra tu, keta gua memang pergi lebih jauh, erti kata lain menjimatkan. Korang ada rasa dak apa yang wa rasa?
yup.. agree sangat.. sejak pakai ron95 xtra nih, dapat additional 20-30km..
selalu memang aku isi rm30-rm50 aje.. sebab kalau full tank, kereta jadi berat utk town driving (teori yang aku buat sendiri; ntah betul ke idak ntah..) sebab kalau rm30, dulu leh dapat max 120km aje.. skang ni akan dapat 120-155++ km sampai la lampu warning minyak menyala..

XMen
21-06-11, 10:09 AM
Kereta ku:
RON95 - tangki penuh dapat 340KM lebih.
RON97 - tangki penuh dapat 330KM lebih.
V-Power Racing - tangki penuh dapat 500KM lebih.

fjr
21-06-11, 11:04 AM
pagi semua
motor aku 22liter bersamaan 330-350km (95)
keta kecik aku tak pasti...pasti kalau pakai 97 jauh sikit la
sekian terima kasih
:Finger_fing22::Finger_fing22::Finger_fing22:

PeeJay
21-06-11, 11:27 PM
My car .. Accord vtec besar .. Belasah RON 95 - petronas atau shell sahaja.. RM50 = 220-230km.. Full tank RM100 dpt 420- 450km .. Pemanduan dlm bandar .. Long distance full tank dapat 500km.Utk 2nd car honda city i-SDI .. RM50 ron 95 dpt 300km dlm bandar .. Full tank RM70 - long distance dpt 500km lebih.

cramer
23-06-11, 12:58 PM
apa lagi pilihan yang kita ada? samada ron 95 atau 97? itu aje. yang bezanya pembekal ada tambah la additive dalam petrol. nampak gayanya ron95xtra petronas boleh pergi lebey jauh. save sikit la kan?

PeeJay
23-06-11, 08:53 PM
apa lagi pilihan yang kita ada? samada ron 95 atau 97? itu aje. yang bezanya pembekal ada tambah la additive dalam petrol. nampak gayanya ron95xtra petronas boleh pergi lebey jauh. save sikit la kan? Pilihan lain ? Adaaaaaaa1. Pasang NGV - kos dlm RM 4-5K..paling cikai pun RM10 utk 300km..2. Beli hybrid car .... 1 liter - RM 2.00 boleh pegi 30km3. Kenderaan awam ...

axxan
30-06-11, 10:05 AM
Pilihan lain ? Adaaaaaaa1. Pasang NGV - kos dlm RM 4-5K..paling cikai pun RM10 utk 300km..2. Beli hybrid car .... 1 liter - RM 2.00 boleh pegi 30km3. Kenderaan awam ...

cerita pasal NGV, boleh bagitau risiko dia tak? sebab risau gak pasal ngv nih, banyak dengar kes meletup masa isi ngv.. if macam aku, perdana v6, pakai ngv, power tak effect ke?

Honeydew
01-07-11, 10:08 PM
cerita pasal NGV, boleh bagitau risiko dia tak? sebab risau gak pasal ngv nih, banyak dengar kes meletup masa isi ngv.. if macam aku, perdana v6, pakai ngv, power tak effect ke?

Aku pong minat nak mencuba pasang NGV. boleh sapa2 share masalah NGV ni. selain drp kos memasang sistem tu yg mmg dah diketahui umum sgt mahal.

KiNgX
01-07-11, 10:56 PM
Setelah beberapa kali isi minyak Petronas RON95 xtra tu, memang betul apa iklan dia cakapkan...anda perlu isi dulu baru tahu kehebatannya. Dengan ini, saya langsung tak menyesal switch dari RON97 ke RON95.....kini saya pergi lebih jauh, hingga ke Batang Berjuntai....hahaha

wood3
01-07-11, 11:10 PM
w;342863]Aku pong minat nak mencuba pasang NGV. boleh sapa2 share masalah NGV ni. selain drp kos memasang sistem tu yg mmg dah diketahui umum sgt mahal.[/B]
Mtematik NGV ni senang jer.....kalau pakai dia BAHAYA maka setiap hari akan ada driver TEKSI maut akibat teksi mulutuppp.....yg meletup tu pasai depa pi modifided..pakai TONG GAS MEMASAK...mana boleh...tong gas memasak ni tahan tekanan 60 psi saja....NGV punya TANK kena tahan tekanan 300 psi.....
Aku yg dah guna NGV ni hampir 4 tahun ok jer,pickup kurang sikit tapi bila dah top speed lajak..mmmm.....ada la 12 saman ekoq..tekan jer berdesuuupppp.
kat singapore boleh kata semua jenis kreta pakai CNG....termasuk harier,estima dan pelbagai lagi. Yg penting penjimatan.

Aku balik kmpg isi RM10 boleh smpi simpang pulai pas tu isi lagi...smpi trus kampong...RM20 ..kan murah n menjimatkan.
Kalau hala keselatan..isi kat air keroh full tank boleh sampai kluang atau pun kulai...lebih kurang RM20 jugak kalau ke selatan.

Nak pasang set NGV ni cari lah kedai yg tawarkan harga berpatutan serta kualiti kreja yg baik..kalau full enjeksion mahal sikit..

p/s: Memang berbaloi pasang NGv ....jimat..lebih2 lagi klu kita drive sana sini.
AKU PAKAI SHELL RACING......HUUUUUU.......RINGAN JER PERGERAKAN KRETA....(masa pepagi idupkan kreta then AUTO change to NGV)

KiNgX
01-07-11, 11:14 PM
[/B]
Aku balik kmpg isi RM10 boleh smpi simpang pulai pas tu isi lagi...smpi trus kampong...RM20 ..kan murah n menjimatkan.
Kalau hala keselatan..isi kat air keroh full tank boleh sampai kluang atau pun kulai...lebih kurang RM20 jugak kalau ke selatan.


Tu dia...joh nya dia berjalan..cuba isi RM5 tengok, agak-agak leh sampai ciken wing sunway atau restoran Nadyla dak? busy ngat aihhh sampai tak dan nak jumpa

wood3
01-07-11, 11:20 PM
Tu dia...joh nya dia berjalan..cuba isi RM5 tengok, agak-agak leh sampai ciken wing sunway atau restoran Nadyla dak? busy ngat aihhh sampai tak dan nak jumpa

sorry TUAN TANAH....nak jawab sat soklan ...kalau pi ciken wing....mau 5 kali pi balik baru abis kot..nadyla...3 hari..ataupun full tank RM 10..untok perjalanan 200km....ha h aha aha.

Kalau aku pakai RON 95...rasa berat wooo...lembab saja kreta nak pi.....kalau isi RM50 tahan sebulan ...pakai untok start injin saja,selebihnya NGV.

p/s: jangan kata PERDANA.....kreta MERC puna ada yg pakai NGV.

PeeJay
02-07-11, 01:29 AM
Tuh tokey NGV .. Dah jawab bertapa jimat nya ngv.. Betul kes yg meletup tu .. Sbb silap sendiri .. Tak ikut spec .. Bukan setakat pakai tong gas... paiping tu pun ada yang pakai salur getah jer.. Patut paip aluminium yg mcm paip aircond..

Dari segi perfomance ... nGV walau pun pick-up di katakan lemau.. Tapi octane lebih 100 berbanding RoN97 atan 95.
So carbon tak byk .. Minyak itam..plug tahan lama...

fuckjack
06-08-11, 01:06 AM
dlu masa harga ron97 dekat2 ron95 gwa tuang 97.sekarang harga jauh sgt berbeza jadi terpaksa gwa telan 95 je.nk buat cmno jang.. mahal sangat! anyway,korang rasa ron95 brand mana paling power? petronas? shell? mobil?

astana17
08-12-11, 02:28 AM
kete aku tetap guna ron97..tp kalau da naik smpai rm3.00 seliter,maybe tukar ron95..x mampu da nak tanggung petrol mahal2..

max himself
17-02-12, 10:03 AM
aku bwk kete kebangsaan je so pakai jela ron95 tu.

klu bwk keta mahal2 kene maintain la ron97.

jgn smpi pkai minyak rambut suda~