PDA

View Full Version : Unit Trust

Pages : [1] 2

sperm79
12-08-05, 10:31 PM
hey geng... aku tengok dah lama nak cuba unit trust... tp tak tau yang mana d best unit trust yang should i try as starter... korang pernah join kaa.....

shinchan
15-08-05, 11:56 AM
aku ada join...satu unit trust yg bagus utk bumiputera sudah semestinya ASB...pelaburan anda dijamin kerajaan...mana ada lagi unit trust yg dijamin oleh kerajaan beb...so bukak la akaun ASB cepat2...

cenenot
16-08-05, 03:04 PM
Berapa max acct. ASB sekarang? Last time 200K baru2 ni kawan dengar dah naik 250K, betul ke?

sperm79
17-08-05, 12:56 PM
tak tau lah pulak... aku dok rasa dividen tahun ni macam akan berkurang lagi memandangkan keadaan ekonomi yang berkembang hanya dalam kertas aje...

gigs
17-08-05, 01:59 PM
aku ada join...satu unit trust yg bagus utk bumiputera sudah semestinya ASB...pelaburan anda dijamin kerajaan...mana ada lagi unit trust yg dijamin oleh kerajaan beb...so bukak la akaun ASB cepat2...

Bro... statement tu kena betulkan.
Setiap unit trust yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti Amanah Saham Wawasan (ASW) dan Amanah Saham Wanita (Asnita) pun dijamin oleh kerajaan. Begitu juga dengan amanah saham yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri seperti Amanah Saham Johor (ASJ), Amanah Saham Selangor (ASAS - dah tutup) dan Amanah Saham Darul Iman (ASDI). Kesemua ini dijamin oleh kerajaan. Tapi kenapa mengalami penurunan yang melebihi 50% kecuali ASW masih lagi terkawal? Bukankah ia dijamin oleh kerajaan?

Maksud dijamin oleh kerajaan ini, bukanlah bermaksud ia takkan rugi, tetapi membawa maksud duit tu terjamin, walau untung ataupun rugi. Kerajaan tetap bayar walaupun tingal 1 sen sekalipun. Keugian atau keuntungan tak dijamin. Cuma dijamin benda tu genuine, bukan skim cepat kaya atau penipuan.

Kerajaan tak pernah memberi jaminan saham2 amanah (unit trust) ini tiudak akan mengalami kerugian. Cuba check dengan agen2 anda.

shinchan
17-08-05, 02:14 PM

ohs yer ker? camtu ek...hehe...sori la...wa punya ilmu pon cetek...skrang baru la tau...:D

kirana
17-08-05, 11:28 PM
wa ada masuk dlm 30k kat unit trust kat SBB,baru setahun,nampak cam lembab je,ni yg nak buat aku nak try benda2 lain.tapi tak tau nak buat apa,kalau aku labur bawak minah indon untuk jadi tukang urut,takut kawan2 nak jadikan bini lak.

selim
18-08-05, 11:26 AM

Ramai orang menghadapi masalah yang sama, iaitu melabur sekaligus pada masa yang sama. Jangan dilupakan, Unit trust ini harganya juga ada naik turun. Jangan sekalai beli, invest setiap bulan, at least anda dapat harga purata. Kalau invest sekali saja, bila harganya turun, awak akan rugi.

Cara saya ialah, saya setiap bulan beli unit trust ini dengan autodebit dari account saya. Setiap tahun selepas dikira, dividen + Bonus = 7-8%. Lipat ganda dari FD.

(Saya beli MBB unit trust).

sperm79
18-08-05, 12:59 PM
bro selim ni da mmg pakar camna nak growth own personal money lahh.... u ada consultant untuk advice ke....

i ada terbaca buku azizi ali tu... dia advise to hire any personal consultant untuk manage personal financial....

selim
18-08-05, 01:55 PM

saya belajar dari kesilapan dulu, hahahhah. Saya ada banyak kawan di dalam bidang ini, dapat advise dari mereka, kemudian dapatkan nasihat daripada marketing personal MBB.

daniall
18-08-05, 03:48 PM
why dun u guys aja yg jadi unit trust consultant...maybe as part timers...they earned a lot....
aku ada license cuma masa takder....last time dapat individual open akaun rm100k; commisson aku rm2,200...senang2 aja.

TokWe
18-08-05, 04:41 PM

Yeah...that's right....just jadi unit trust consultant......ambik exam senang ajer....aku sekali ambik dah pass....50 minit jer aku abih jawab soalan. Incomenya quite lumayan..depending how active you are....aku pun keje part time jugak dlm unit trust ni.....dapat extra income 1000 to 2000 a month tu oklah.

kalau kita dapat buat sale reaching 500K a year u can get promotion to the next level, then u can recruit ur downliners. normally, nak sampai group agency manager (GAM) kita kena buat sale 5 million a year. Commissionnya cukup lumayan.

Main unit trust ni kena pandai tekniknya.....betul kata selim....jgn sekali invest saja...kita kena regularly invest....so that the average cost per unit is lower...kita namakan dollar cost averaging. guna duit EPF pun boleh...melalui akaun 2....can invest thru EPF every 3 month....simpan kat EPF pun dividen 4.5%...kalau unit trust u can get average 12% a year...sesetengah tu can reach 30%....depending u pandai main lah...satu lagi strategy ialah fund switching.

nak tau lebih lanjut lagi, jumpalah unit trust consultant berdekatan....melambak luar sana tuh. Commission cukup lumayan if u are active. so mana yg menganggur tuh..cubalah jadi agent......but mesti ingat...dont feel depressed if somebody reject....anggap that is part of work. be tough and committed all the time......

that's all my advice.

emptysoulz
19-08-05, 09:32 AM
tok we..mcm menarik unit trust nie....camner nak amik exam unit trust nie??...boleh citer detail skit tak??....lah nie aku tgh dok cari keje side income nak buat....unit trust quite interesting lah....

boeing
19-08-05, 11:00 AM
bro selim ni da mmg pakar camna nak growth own personal money lahh.... u ada consultant untuk advice ke....

i ada terbaca buku azizi ali tu... dia advise to hire any personal consultant untuk manage personal financial....

alo sperm79, wa bole jadi lu punya consultant.... berminat ke? PM aku.

boeing
19-08-05, 11:01 AM
tok we..mcm menarik unit trust nie....camner nak amik exam unit trust nie??...boleh citer detail skit tak??....lah nie aku tgh dok cari keje side income nak buat....unit trust quite interesting lah....

alo bro... wa bole tolong lu. PM aku kalau nak tau lebih lanjut

TokWe
19-08-05, 11:36 AM

emptysoul,..selamat berkenalan.....kau nak jadi agent.....ok....aku boleh perkenalkan kau dgn upliner aku.....awek tau..bawak kereta Mazda Firelady tau...model terbaru..dulu bawak porsche boxter......exam senang ajer.....nak detail pasal awek upliner aku, PM aku......awek tu kat Sri Hartamas area.

Pendapatan quite lumayan but depending on how active u are.

TokWe
20-08-05, 12:02 PM
Unit Trust Concept is to diversify your investment in many portfolios. In other words, not to put all your eggs into one basket. In diversifying your investment, you may get profit in certain portfolios or loss in other portfolios. If you invest all your money into one portfolio only, if it gains profit, it is good for you but, if it is having loss, you will suffer.

That's why in financial planning, you have to diversify your investment. Let take for example, you have RM100,000 cash. If you are very concerned on your financial planning, of course you want to make more out of that amount. In other words, money makes money. If you are a spending type person, you just buy anything you like and gain no profit out of that amount. Here you must very smart in managing your money.

If you put all your RM100K into normal bank saving account, you will only get 1% or less return in one year. So how to make more return to your money? You have to split your RM100K into several parts. First part, say RM30K, you invest in share market for quick and high return but of course it has high risk. If you have loss in this, at least not all your money gone. Second part, say RM40K, you invest in unit trust or bond, which is less risky that share market. Third part, say RM40K, you invest in the safest portfolios but give you quite substantial return i.e. ASB and the likes and also Bank Rakyat Share, which for the past three years giving dividend not less than 15%.

So, that's how you should manage your money, don't just spend all. The inflation rate in the next ten years may be high. For example, now you pay for a cup of coffee RM5 at Starbuck. In ten years time, may be you have to pay RM12 for a same cup of coffee. Thus, you have to plan how to grow your money in order to have the same standard of living in the future years.

I just want to share my knowledge with you all folk.

selim
20-08-05, 12:42 PM
Good advised , TokWe.

Saya betul-betul mengharapkan mykakis.org kita ini agak berbeza dgn yang dulu, bukan hanya tumpukan kat adult site saja.

Sebab selain dari kita nak ENJOY (Enjoy itu perlu duit), kita juga mahu pendapatan untuk cover duit ENJOY kita. Jangah sehingga ENJOY dan mengharapi maslaah kewangan.

cheerssssss.

TokWe
20-08-05, 01:11 PM

No problem Selim.....Aku ni nak share my knowledge ngan kakis kat sini jer....jgn dok ingat enjoy dan perabih duit ajer......tabung utk masa depan mesti ada jugak...kalau tak lingkup.

That's how kita boleh maju financially. Jgn dok perabih kat tak tentu pasal ajer. Be always smart at all time.

gigs
22-08-05, 07:21 AM
Sebelum membuat pe;aburan, kenalpasti dulu pelaburan anda. Unit trust atau saham amanah ini misalnya. Berapa kerat sangat yang tahu definisi sebenarnya?

bud70
22-08-05, 01:24 PM
Sebelum membuat pe;aburan, kenalpasti dulu pelaburan anda. Unit trust atau saham amanah ini misalnya. Berapa kerat sangat yang tahu definisi sebenarnya?

Gigs,
I want to know more abt the Unit Trust la.... Plan nak draw sikit EPF for this... Aku tak familiar sgt benda ni

gigs
22-08-05, 01:41 PM
Gigs,
I want to know more abt the Unit Trust la.... Plan nak draw sikit EPF for this... Aku tak familiar sgt benda ni

Dunia Luas Unit Amanah
Apakah unit amanah?
Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
- Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;

- Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran; dan

- Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.

Baca prospectus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia membentangkan matlamat dana, strategi perlaburan dan polisi serta kedudukan ganjaran dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang penuh dengan istilah perundangan, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat anda sama dengan dana tersebut. Akaun kewangan akan menunjukkan jika dana masih mengikut perancangan dan bagaimana pencapaiannya dalam perancangan tersebut. Bagaimanapun sebagai pelabur, anda perlu mempertimbangkan faktor berikut ketika memilih dana:
- Objektif pelaburan - ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda kehendaki ketika memilih dana tersebut.

- Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan yang anda yakini.

- Saiz dana dan aliran pertumbuhan.

- Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.

- Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.

- Jenis dan jumlah yuran - fahami supaya anda tidak terkejut.

- Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini.

- Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.

- Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang amanah).

gigs
22-08-05, 01:43 PM
Jenis Unit Amanah
Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau bagaimanapun, amat penting anda memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil risiko dan objektif pelaburan anda. Berikut ialah senarai jenis unit amanah yang terdapat di pasaran:

Dana pendapatan: Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

Dana pertumbuhan modal: Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

Dana pertumbuhan agresif: Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi pelaburan dibuat dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang lebih tinggi. Sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.

Dana terimbang: Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.

Dana indeks: Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran saham terpilih.

Dana bon: Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.

Dana pasaran wang: Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.

Dana Islam: Diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.

Dana negeri: Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur dari negeri masing-masing.

gigs
22-08-05, 01:45 PM
Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera - wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.
Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya - mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya. Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.

Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah
Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.
Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

Tiada perkhidmatan ikut arahan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.

Kos yang Dikaitkan dengan Unit Amanah
Ada beberapa kos dikenakan kepada pelabur unit amanah. Amat penting anda memahami pelbagai yuran yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi jumlah pulangan diterima.
Syarikat unit amanah dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran:
-Bayaran perkhidmatan awal - biasanya bayaran ini dimasukkan dalam harga jualan unit dana; -Yuran pembelian semula - bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga pembelian unit dana; dan -Yuran pengurusan - ini ialah yuran syarikat kerana mentadbirkan dana dan bayaran dikenakan terus kepada dana.

Selain daripada itu, terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti yuran pemegang amanah dan perbelanjaan brokeraj yang ditanggung oleh dana.
Anda patut meneliti yuran yang dikenakan bagi pelbagai dana pilihan anda. Yang paling penting ialah pengurus dana perlu cekap dalam menjalankan urusan. Tidak guna memilih dana murah jika diuruskan oleh pengurus dana kurang baik, tetapi pengurus dana yang baik mungkin mengenakan yuran yang tinggi.

gigs
22-08-05, 01:47 PM
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui mengenai Unit Amanah

Pilih dana yang sesuaiTerdapat pelbagai jenis dana yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah. Tiga kategori utama ialah dana ekuiti yang boleh memaksimumkan pertumbuhan modal; dana bon yang bermatlamat memberikan pendapatan tetap; dan dana terimbang yang merupakan gabungan dua kategori dana di atas, memperuntukkan pertumbuhan modal dan pendapatan. Memandangkan jenis, bilangan dan pengkhususan dana unit amanah semakin berkembang, ia mencukupi untuk memenuhi kehendak pelabur yang berbeza. Anda perlu memilih dana yang mempunyai objektif dan cara pelaburan yang menggambarkan matlamat dan program pelaburan anda. Jika anda inginkan pertumbuhan modal jangka panjang, melaburlah dalam dana yang menawarkan pertumbuhan modal dan bukan pendapatan.
Yuran dan komisen
Berhati-hati dengan yuran dan komisen yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi kos, dan juga pulangan yang anda terima. Apakah bayarannya sama dengan dana lain?
Pengurus dana
Pilih pengurus dana anda. Teliti prestasinya dari segi saiz dana yang diuruskan dan pulangan yang diperoleh. Pilihlah pengurus yang telah terbukti cekap dan berwibawa, dan apabila telah membuat pilihan, biarlah pengurus itu - yang anda pilih berdasarkan bakat dan mempunyai lebih banyak sumber maklumat jika dibandingkan dengan anda - menjalankan tugasnya.
Awasi prestasi dana
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh lepas tangan sepenuhnya. Anda perlu mengawasi untuk memastikan dana tidak menyimpang daripada matlamat yang dinyatakan dalam prospektus. Buat ukuran rujuk prestasi dana anda berbanding dengan satu indeks yang bersesuaian. Misalnya anda mungkin mahu dana menyamai atau lebih baik daripada prestasi Indeks Komposit BSKL atau dana bon, untuk menyamai atau menandingi kadar pulangan purata akaun simpanan tetap. Pergerakan turun naik pasaran dalam jangka pendek mungkin boleh diterima tetapi prestasi yang kurang memberangsangkan bagi tempoh jangka panjang wajar dijadikan sebab yang munasabah untuk menimbangkan semula pelaburan anda.
Prestasi penilaian
Bayaran agihan (dividen) lumayan yang diberikan oleh dana tidak bermakna prestasinya baik. Malah, apabila dividen diberikan kepada pemegang unit, ia akan mengurangkan nilai aset bersih (NAV) dana yang juga mengurangkan harga unit. Anda harus menggunakan kaedah 'jumlah pulangan' (yang mengambil kira agihan, sekiranya ada, dan keuntungan atau kerugian modal seperti dipaparkan dalam harga saham) apabila menilai prestasi anda.
Berurusan hanya dengan ejen berdaftar
Sekiranya dihubungi oleh seorang ejen, pastikan ejen tersebut berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM). Jangan percaya kepada pengakuan lisan seorang ejen yang mengeluarkan sendiri bahan promosi yang bukan diterbitkan oleh syarikat pengurusan unit manah. Semak penyata atau sijil yang diterima daripada dana dan simpan rekod pelaburan anda.

TokWe
22-08-05, 02:14 PM
Gigs,
I want to know more abt the Unit Trust la.... Plan nak draw sikit EPF for this... Aku tak familiar sgt benda ni

Keluar dari EPF.....melalui Akaun Satu......Jumlah minimum dalam Akaun 1 utk layak melabur dlm Unit Trust ialah RM55,000.00.....Pengiraan pengeluaran:

55,000 - 50,000 = 5,000
20% of 5,000 = 1,000

Jadi boleh keluar dari akaun 1 EPF RM1000 (jumlah minimum yg dibenarkan keluar dari akaun 1)

Boleh keluar stiap 3 bulan. Good for dollar cost averaging thru regularly invest.

Kena isi borang EPF dan jap ibu jari kiri dan kanan. Photostat ic belakang depan dan kena jap ibu jari kiri dan kanan.

Lepas tu, agent unit trust akan uruskan kesemuanya.

Sebelum itu, make sure agent itu mempunyai lesen yg dikeluarkan oleh FMUTM dan masih valid lagi. Sekiranya ragu2, boleh hubungi FMUTM atau Securities Commission.

Cadangkan, kau ambik Balanced Fund dulu kerana tak berisiko tinggi.

bud70
23-08-05, 01:22 PM
Puh..... seronoknya aku baca semua article kat sini.... GIGs,,, kasi susun satu TT utk TIPs - EXTRA MONEY ni.... aku confirm join.... aku dah lama tinggal bidang ni.... nak kasi polish balik sebelum berkecimpung

gigs
23-08-05, 03:57 PM

Alamak bro... Unit Trust bukan bidang aku sebenarnya. Aku rasa ramai kat sini yang lebih mahir dalam bidang ni. Aku tahu pun sedikit sebanyak jer. Sekadar berkongsi pandangan boleh ler.

Bidang aku, bidang boring. Yang ramai orang tak berapa tahu.
Hehehe...

WINGS
23-08-05, 05:24 PM
Unit Trust kalu..meh jumpa abg WINGS..

bila mau sain? no hal punya..

give u nick n i will contact u as soon as possible

:D

bud70
24-08-05, 10:51 AM
Unit Trust kalu..meh jumpa abg WINGS..

bila mau sain? no hal punya..

give u nick n i will contact u as soon as possible

:D

Bai... celaka lu... dlm diam-diam sudah enrol unit trust ke... bila mau sembang pasal unit trust ngan aku ni.... berminat beb.. nak bust save investment sikit kot.... perancanganya le

cenenot
24-08-05, 10:58 AM
Ok kawan-kawan selain daripada conventional unit trust nih kan, ada tak sapa sapa yang terror pasal Islamic unit trust... aku selalu dengar pasal Takaful, ni mendalah apa lak nih?

TokWe
24-08-05, 02:51 PM
Ok kawan-kawan selain daripada conventional unit trust nih kan, ada tak sapa sapa yang terror pasal Islamic unit trust... aku selalu dengar pasal Takaful, ni mendalah apa lak nih?

cecenot......conventional unit trust ni invest kat counter2 yg bukan syariah spt Genting, Carlsberg, Magnum dan mana2 yg sewaktu dgnnya. Manakala, Unit Trust Syariah invest kat counter2 yg halal sahaja excluding counter2 yg disebut tadi.

Utk pengetahuan anda, SBB Mutual menawarkan paling byk Fund Unit Trust berasaskan Syariah..antaranya Al-Ikhlas, Al-Mizan, Al-Faiz, Al-Ihsan, Al-Ihsan2, Al-Azam, Al-Hikmah.,Al-Hafiz dan satu yg baru dilancar Al-I'Tidal,

Kalau berminat nak invest dlm Unit Trust berasaskan Syariah....boleh hubungi my Agency.

Mankala Takaful plak....ini adalah Insurans berasaskan Syariah. Untung tau ambik Insurans kereta Takaful....sebab for the second year dan seterusnya, kita bayar sedkit aje selepas diambil kira keuntungan di perolehi... Insurans Kereta conventional tak macam tu.....keuntungan dia tak bagi kita balik.

bud70
24-08-05, 03:05 PM

Aku pernah dibagitau oleh kekawan pasal ni... tapi tak penah lak ambik serius.... Aku nak renew keta bapak aku ni.... sapa agent takaful yg leh buat cover motor... cepat pm aku.... selaunya aku dok tibai AMI je

eibach
26-08-05, 10:46 AM
Tokwe,

Very informative posting ko berikan...aku cam confident jerk nak buat unit trust ngan ko nih...kalau takpun leh jadi downliner pada aweks yg naik FAirlady tuh wadussshhh....maybe kalau kite leh buat small TT ok gak nih..GIGS, BUD70 apalagi..kasi announce lah TT untuk extra income MYKAKIS nih wehhh....

TokWe
26-08-05, 02:56 PM

eibach,

kalau kau interested nak invest dlm unit trust dan seterusnya jadi agent....aku boleh kenalkan kau ngan "awek" aku bawak Fairlady tuh.....kau nak tak?....kau ada geng2 seopis ngan kau nak invest dlm unit trust tak?..kalau ada ramai, aku boleh contact "awek" aku tu pergi opis kau...

TT session...aku kat Ipoh skg nih...kalau TT kat KL area susah sikit lah....biasalah ramai pengikut di belakang aku nih..hehheehe

eibach
26-08-05, 03:06 PM

Ko nih memang stay kat Ipoh ke or outstation kat situ? Aku ok jerk cuma biasalah adat kita berTT nih nak kenal mengenali dulu then kata leh bertukar-tukar pandangan dan buah pikiran...bab kata orang adalah berbeza berurusan ngan org2 yg kita kenali melelaui bisnes semata-mata daripada seorang kawan dan kemudian menjadi bisnes partner...tak gitu...mana yg lebih selesa.....

tapi bab kawan ko naik Fairlady tuh...kan pa..kalau tak leh jadi agent dia pun leh naaik fairlady dia seround pun ok gaks hehehehhe.....

Apapun Tokwe....bagitau aku bila ko berada kat KL....

TokWe
26-08-05, 04:24 PM

aku skg ni posting kat ipoh....my hq kat kl lah.....dah 5 tahun aku kat ipoh ni.
Tgklah kalu aku kat kl nanti, mungkin kita boleh berjumpa dan sembang2.

pasal awek aku bawak fairlady tu....kalau kau pandai mengayat, bolehlah naik fairladynya...hehehehhehe

onlymee
28-08-05, 03:06 PM
Aku tgk ari tu mayban unit trust nak recruit agen br...dlm Star smlm...
5/9 ni pkl 7.30mlm...cuba korang check..aku nak pi tp keje shift mlm laa plk time tu..

husbandkl
29-08-05, 03:06 PM
fullamak....memang bagusla mykakis kali ni...berwajah baru, berwawasan, aku yang dok baca artikel ni pun terasa ada aura dia....aku pun teringin jugak nak mengenali dunia unit trust ni. bagus tu..

eiii eibach...ko nih ada jugak niat malafide tuuu....nak menyelam sambil geli2 yek.....

eibach
30-08-05, 10:32 AM

adat kucin biasalah...kalau tak leh makan...hidu pun jadik...lagilah leh round ngan FAirLAdy...mana tahu kot sesuatu yg terjadi.....ko tulun jawab sket hahhahahahahhahaa....

p/s dengar cite sudah jadi hulk ko nih...tul ke....

mrpedang
06-09-05, 04:51 AM
Aku pun penah dengar gak pasal keberkesanan Unit Trust ni. tapi serius aku tak berape paham camne

eibach
06-09-05, 09:50 AM
Aku pun penah dengar gak pasal keberkesanan Unit Trust ni. tapi serius aku tak berape paham camne

MYkakis akan mengadakan mini TT utk sembang pasal duit ni...kalau berminat sila register di thread cross rate ataupun PM Mr. Gigs....harap maklum.

Sedikit detail:
Date: 18-sept
Lokasi: MidValley
Time:8.00 pm

gigs
06-09-05, 11:37 AM

Uiks.. eibach. Bukan 18/9 tapi 13/9. hari Selasa.
Moh la kita join, nanti boleh btukar-tukar pendapat.

boeing
06-09-05, 04:27 PM
mana satu yang betul ni woi??? 13/9 or 18/9??? kalau takde apa bole aku join korang.... aku teringin nak jumpa pembikin2 duit ni. nak jugak jadi kaya beb.

eibach
06-09-05, 05:25 PM
Gigs...sori tersilap taip tuh...

Boeing...ikut organizer....en. Gigs...13hb ari selasa...sila register di laman cross rate.

gigs...tolong pm exactly location pada yg dah letak nama dalam list.tq

Abg_Ghairah
15-09-05, 11:05 AM
Yeee yeeeee nak join Unit trust leh gak cari saya nieee.....RHB Unit trust....mau kaaa?:D

WINGS
15-09-05, 12:33 PM
WINGS is with SBB Unit Trust..

sapa nak melabur..meh le...:-)

hunyit
16-09-05, 03:45 AM
Sekang nie yg paling top plan yg maner??
Dan dr company maner? SBB? Public? TakafuL?
Or lelain??

boeing
16-09-05, 09:39 AM
Aku buat Prudential Unit Trust.... Hah apa lagi.. banyak choice geng MK bole buat. Nak SBB ke, RHB ke, Prudential ke, pilih aja yang mana suka.

TokWe
16-09-05, 02:49 PM
WINGS is with SBB Unit Trust..

sapa nak melabur..meh le...:-)

Wings....kau ngan Agency mana?...Aku pun ngan SBB Mutual jugak....ngan Platinum

hunyit
16-09-05, 05:00 PM
Aku buat Prudential Unit Trust.... Hah apa lagi.. banyak choice geng MK bole buat. Nak SBB ke, RHB ke, Prudential ke, pilih aja yang mana suka.

maner yg paling besh??
paling mencepatkan kekayaan..
eheheheh

boeing
17-09-05, 01:02 PM
maner yg paling besh??
paling mencepatkan kekayaan..
eheheheh actually unit trust ni bukan skim cepat kaya beb. ini middle to long term punya investment. tapi yang paling penting, u or agent, kena monitor performance unit trust ni. kalau buat dek je, hancor beb.

hunyit
17-09-05, 03:47 PM
actually unit trust ni bukan skim cepat kaya beb. ini middle to long term punya investment. tapi yang paling penting, u or agent, kena monitor performance unit trust ni. kalau buat dek je, hancor beb.

i know that, just wanna know, what plan is the best...bukan cepat kayer cam skim pak man telo tue... tp cepat laa dr asb yg interest dier 8-9% jerk setahun, that's what i mean...:):D

osmanjln5080
17-09-05, 04:33 PM
skarang ada yg baru d lancarkan olih Am Assurance lebih selamat dan menguntungkan dalam jangka masa panjang. senyap2 dah ada 100k polisi nya terjamin dan dividen d bayar setiap 3 tahun 8% ikut banyak mana polisi d beli dan bayaran cara ansuran bulanan mengikut kemampuan gaji dan bleh buat potongan gaji klu yg brkhitmat dgn kerajaan. klu minat nak tau lebih lanjut kontak saya 0164864677

Moscow
21-09-05, 03:32 PM
Aku buat Prudential Unit Trust.... Hah apa lagi.. banyak choice geng MK bole buat. Nak SBB ke, RHB ke, Prudential ke, pilih aja yang mana suka.
prudential memang yg terbaik aku dah invest.... setelah mendengar pandagan dan juga hujah2 dari member aku aku pun invest...
tapi btl ke kita nak kena monitor selalu... kenapa ya:rolleyes:

ORKAM
21-09-05, 03:38 PM
aku berminat dgn unit trust ni..tapi tak tahu dana apa yg paling bagus..juga comp mana aku nak invest..

so sapa2 yg jadi agent unit trust boleh pm aku..
aku betul2 nak invest ni..sambil tolong member..!!!

peminat
21-09-05, 07:00 PM
Hai kekawan semua... pernah dengar MBSB? Bukan Majlis Bandaraya Sungai Buluh... Malaysia Building Society Berhad. Anak syarikat KWSP. Dia nyer Fixed Deposit rate intractive laaa... kepada sesiapa tak sanggup terima resiko leh ler park kat MBSB. leh refer kat http://www.mbsb.com.my

gigs
25-09-05, 08:25 PM
Ish...
Rupanya ramai yang terlibat dengan unit trust dalam nih. Sayangnya kengkawan yang terlibat nih tak hadir dalam TT xtra money. Kalu tak, sure lagi banyak maklumat kita boleh share. Tapi takpe, harapnya kita ada peluang ketemu lagi.

bud70
26-09-05, 12:28 PM

Betul tu Gigs... aku sampai skg rasa terkilan tak dpt hadir TT hari tu... High fever beb... seminggu tak bangun....

Aku ni pun dah mula berbaik2 ngan satu unit trust agent(pompuan la) from Public.... masih dok belajo lagi... tapi tgk keadaan kena monitor sendiri gak tu..... kalau tak sure hancus:cool:

WINGS
26-09-05, 12:57 PM

bud..
buat ngan aku laaaa
ko ni asal fomfuan aja..suar dalam ko pun ko bagi ek...hehehehehe
malam ni aku turun..amik signature ko dulu..:D

Tan Sri
27-09-05, 03:13 PM
alo bro... wa bole tolong lu. PM aku kalau nak tau lebih lanjut

ada peluang baik ke...........

boeing
27-09-05, 03:37 PM
ada peluang baik ke........... Peluang macamana tu??? takpe, kalau berminat nak dengar, bole jumpa. Bole cerita kalau mau. PM no lu nanti wa call utk set appointment

WINGS
27-09-05, 04:19 PM
Wings....kau ngan Agency mana?...Aku pun ngan SBB Mutual jugak....ngan Platinum

aku ngan All Stars

shhhhhhh!!! :D

TokWe
28-09-05, 04:36 PM
aku ngan All Stars

shhhhhhh!!! :D

Alrighttttttttt...........kau dah level mana? GAM ker?

WINGS
28-09-05, 04:40 PM
Alrighttttttttt...........kau dah level mana? GAM ker?

uikss..mana ada bai..baru nak jinak jinak..part time je ni..

TokWe
29-09-05, 08:15 AM
uikss..mana ada bai..baru nak jinak jinak..part time je ni..

hehehhehehe....sama lah aku......part time jer...cari duit poket lebih sikit. upliner aku yg kaya raya skg......selalu tukar kereta mewah......aku nak jadi mcm dia...tak tau lah bila....the bottom line must be actively involved and never give up when rejected.

WINGS
29-09-05, 09:52 AM
tokwe..

yeahh...:-)
takut cam dah lambat je to catch the wave..tapi still cuba la
mana tau rezeki kan...all the best to u ok..:-)
nanti kita share info..amacam? hehehe..

TokWe
29-09-05, 02:11 PM
tokwe..

yeahh...:-)
takut cam dah lambat je to catch the wave..tapi still cuba la
mana tau rezeki kan...all the best to u ok..:-)
nanti kita share info..amacam? hehehe..

wings,

no problem..we can share the info......dana mizan is giving dividend 6%...

cenenot
25-10-05, 04:02 PM
Ada sesapa ejen Great Eastern tak kat dlm ni, tlg bagitau, saya perlukan maklumat berkenaan company ini.

hentamsajala7
26-10-05, 02:31 AM
aku baru direkomen dengan public mutual syariah ok ker tu. Tolong beri pendapat dan cadangan.Terimakasih

rio_ohki
06-11-05, 05:41 AM
a'kum. ada lagi tak TT buat duit nih? saya nih lambat pickup laa.. kena dok bincang long story nih. kalo nak buat saya nak join. tis is for masa depan maa.. uwaaaaaaaaaaa.. nape laa aku tak jumpa mykakis nih dulu.. uhuk.

Midnakal
07-11-05, 12:03 AM
dear bro rio_ohki...maybe....this is ur rite time ...rite place and rite people to join and meet them...so....dont worry ok.

nazrin80
07-11-05, 01:55 PM
aslkm. to all kakis members. ni pertama kali aku post kat sini. memandangkan aku orang yang biasa bermain dgn unit trust nih, aku berasa terpanggil utk berkongsi pandangan mengenai unit trust.

kebiasaannya, korang akan berjumpa dgn unit trust agent a.k.a unit trust consultant (untuk menyedapkan nama dan nampak lebih pro). aku percaya ramai yang telah, sedang dan mungkin bakal mengalami kerugian disebabkan pelaburan yang tidak bijak di dalam unit trust. bukan aku nak merendahkan jauh sekali menidakkan kredibiliti konsultan unit trust bebas ni tetapi sepanjang pengalaman aku menceburi bidang ni ternyata kebanyakan meka hanya memikirkan komisen dan keuntungan diri sendiri sahaja.

mereka tidak benar-benar memahami apa itu unit trust dan pengetahuan mereka terhad kepada fundamental dan sales oriented. hanya segelintir sahaja yang benar2 mahir dan mengetahui selok belok unit trust ni. bukan nak kata aku ni pandai tapi untuk pengetahuan korang, semua unit trust adalah bagus untuk pelaburan. pergerakan harga unit trust adalah rahsia di mata umum dan di mata konsultan ni tetapi tidak bagi golongan dealer yang mengetahui turun naik sebenar harganya. percaya tak kalau aku katakan korang boleh buat untung sehingga 200% daripada pelaburan korang?

konsep unit trust adalah mudah - beli di masa rendah dan jual di masa tinggi sepertimana saham-saham lainnya. tapi masalah utamanya tidak ramai yang tahu bila ketika harganya rendah atau tinggi. kebanyakan konsultant menjual unit trust kepada klien semasa harga berada di puncak yang mencecah resistant line dan tidak mungkin akan naik lebih daripada tu. so, korang tak mungkin akan buat profit sebaliknya losses yang berkali ganda.

aku tak nak cite panjang2 sebab ni rahsia perniagaan. so kepada sesape yg berminat, aku sedia share pengetahuan dengan korang. just pm je aku. bukan cakap kosong tetapi kebenaran itu ada di luar sana.

rio_ohki
07-11-05, 05:45 PM
dear nazrin8

why not u join or organize TT making money ngan kakis lain? untuk kebaikan semua gak n bule laa beramas mesra ngan kakis lainz. mmg da truth is out there tapi apa akan jadi ngan cinta kalo ia dipendam sahaja?

Big Daddy
08-11-05, 08:40 AM
Sokong rio_ohki, teringin lak nak tau the tricks & trade! Yang correct onelah...
Kalau teringin nak tahu trick & trade...kena la join TT Extra Income...dalam Mykakis ni ramai juga otai2 Extra Income ni...rugi kalau tak join TT yang dianjurkan...

Kalau nak adakan TT...better discuss dengan gigs...beliau lebih arif dalam penganjuran TT Extra Income.

p/s gigs..please help them!!:D apa tunggu lagi...PANCUT!!!

bud70
08-11-05, 09:46 AM
Dear Nazrin...... U got the points... but realistically not all unit trust agents do that... some of them are really have a sound knowledge and experience in that field. Do test them with tricky questions before enroll then make a proper judgement as your investment even from EPF is actually from your future pocket money:rolleyes: ....
Dear Nazrin.... Hopefully you can join us for short TT extra money session in the future which you can share your wonderful experience with other members.... I like your statement mentioning that it can give return of about 200%:D .....wow...wow.....interesting man

rio_ohki
18-11-05, 12:23 AM
so? anybody wanna organize TT for xtra money again or not? for those who r interested please feedback. :)

cutelittlekancil
18-11-05, 10:50 AM
i like u'r statement nazrin80..
and i would like to know further bout what u said the 200% untung..
really interesting man...

cathaizd
20-11-05, 11:44 AM
aku ader masuk unit trust fund cimb bcb..aku student lagi..kite okla..first22 masukan 1000 pastue sebab dier elabur kat luar negara..aritu aku check aderla dekat 1500...baru dua bulan..okla tue kan

akagimy
22-11-05, 02:03 PM
aku ader masuk unit trust fund cimb bcb..aku student lagi..kite okla..first22 masukan 1000 pastue sebab dier elabur kat luar negara..aritu aku check aderla dekat 1500...baru dua bulan..okla tue kan

cat..
betul ke nie..klu camtu aku pun nak join la unit trus nie..stakat 1000 2 tu ade la terlebih dari pokek acik niee..

emm caman aku nak join ye..pastu duit tu bilak kita blh bawak keluar...

cutelittlekancil
22-11-05, 03:13 PM
cat..
betul ke nie..klu camtu aku pun nak join la unit trus nie..stakat 1000 2 tu ade la terlebih dari pokek acik niee..

emm caman aku nak join ye..pastu duit tu bilak kita blh bawak keluar...

hhahaaa...
akagimy..
kalo nak join ko kena paham dlu apa unit trust tu..
dia nye investment utk mid term n long term..
return market aku boleh kata dalam 3 - 5 tahun..
kalo nak tau lebih lanjut leh pm aku..

samsnnad
23-11-05, 10:22 PM
maaf ya.. TT itu apa..
Unit trust ni memang slow money. Kena patient. setahu aku UTrust yang paling bagus kalau nak invest ialah Public Bank. Dah proven dia punya kaliber.
aku takdelah extra money sekarang.. banyak dah rugi dalam saham bulan lepas.. mungkin tahun depan.. ake diversify sikit

unix11t
24-11-05, 05:47 AM
berapa agaknyer minimum yg boleh dilaburkan? try market dulu org cakap.

jgn menyesal dikemudian hari...

n unit trust mane yg reliable?

cutelittlekancil
29-11-05, 02:07 PM
berapa agaknyer minimum yg boleh dilaburkan? try market dulu org cakap.

jgn menyesal dikemudian hari...

n unit trust mane yg reliable?

minimum rm1000..
ada plan utk buat regular saving
initial investment rm1000 and every month after that rm 100.
dia ada mcm2 fund so boleh pilih ikut mane yg u berkenan and yang lebih potential.
stakat ni dalam market sbb mutual antara yg terbanyak menawarkan fund..
just try it for u'r future..

TokWe
01-12-05, 09:32 AM

Are you SBB Mutual Agent?

Bagi yg belum tahu lagi kat luar sana tu, SBB Mutual baru launch Offshore Fund , kalau tak silap Global Fund......ye lah local market skg nih kurang potensi sikit, so kenalah jengok offshore market plak.

cutelittlekancil
01-12-05, 05:03 PM

yup...aku ngn sbb
global fund baru je launch beberapa minggu lepas...
siapa nak try invest leh la try kat global fund tu...

resa
02-12-05, 11:17 AM
Assalamualaikum rakan-rakan yang dimuliakan,

Ingin saya berkongsi sesuatu untuk anda semua bagi memikirkan masa depan yang mudah dan senang, terfikirkah anda bahawa dengan masa yang singkat anda akan menerima sejumlah pendapatan yang tidak disangka2. Anda akan memikirkan bagaimanakah caranya untuk menerima jumlah pendapatan sebegitu,pastinyalah ianya ada strategi tersendiri untuk mengubah pendapatan tersebut, tidak kiralah samaada ianya melalui perniagaan, simpanan atau berbagai lagi.Disini ingin saya jelaskan bahawa konsep perniagaan yang saya jalankan ini bukanlah susah seperti yang anda semua sangkakan, ianya cukup mudah kepada sesiapa yang inginkan sesuatu perubahan dalam hidup, kita semua maklum, dizaman era yang sebegini canggih semuanya mahukan cara hidup yang mewah dan bergaya, selain itu kita juga inginkan sesuatu kelapangan hidup tanpa diganggu oleh anasir-anasir yang menggugat kehidupan kita.bermakna masalah-masalah yang saya maksudkan ini semuanya bersangkutan dengan satu perkara sahaja iaitu KEWANGAN. Cuba anda fikirkan sejenak, cukupkah pendapatan kita untuk masa yang akan datang bagi menampung kehidupan seterusnya, adakah pekerjaan yang berjawatan tinggi kerajaan ataupun hanya bekerja makan gaji cukup bagi menampung kehidupan harian kita, pastinya kita hanya dapat menyelesaikan hutang piutang dan berbelanja ikut kemampuan diri, dan sedikit simpanan untuk kos perubatan, betulkan!!! tetapi pernahkah anda terfikir bahawa kehidupan ini adalah nafsu segala-galanya, kita tidak dapat mengawal nafsu untuk mengawal kehidupan kita lebih-lebih lagi dari segi material kita, apa yang saya maksudkan dengan material disini adalah kita mudah terdedah dengan pelbagai gelagat hidup dunia antaranya kita seringkali memandang kehidupan seseorang dan ingin meniru kehidupan orang tersebut, tetapi kita tidak pernah terfikir untuk mengubahnya dengan memikirkan sesuatu bagi mencapai kejayaan seperti orang yang kita anggap “Idola” itu, semestinya orang yang saya maksudkan ini mempunyai kehidupan yang bahagia antaranya mempunyai jutaan wang, terpacaknya rumah banglo, kereta idaman Malaya dan sebagainya yang membuatkan kita terpegun dengan keistimewaan yang dianugerahkan olehnya. Dalam diri kita hanya sekadar cukup dari segi perbelanjaan sehari-harian dan perumpamaan “ Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang makan Petang”, yang mana tidak terfikir sesuatu musibah kepada mereka pada masa akan datang sekiranya berlaku sesuatu yang memerlukan sumber kewangan. Disini saya hanya sekadar memberi makluman kepada kawan-kawan semua kerana saya sendiri telahpun merasai hasil daripada perniagaan ini dan saya juga ingin berkongsi bersama-sama untuk meneruskan inspirasi kearah kebahagian hidup, ingin saya tekankan disini perniagaan ini bukanlah sistem direct selling atau Multi-level Marketing ataupun menjual produk-produk tetapi ianya sistem networking yang memerlukan kita bekerjasama didalam kumpulan untuk sama-sama mencari sumber kewangan tersebut dengan cara yang berkesan. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang ini bolehlah menghubungi saya seperti butiran dibawah :

“ The Beginning Is Always Today!” just try it for u'r future..

Nama : Azrai
No H/p : 012-3287185 .

redimg
05-12-05, 03:58 PM
aku pun sebenarnyer x brape paham unit trust ni tp aku masuk gak. Tp stakt nih aku tgk harga dia start dr aku beli spai skang x pernah naik pon...market tgh teruk ker skang nih?

margaztua
06-12-05, 06:33 PM
huh mmg indah kalau dapat duit secepat mungkin tapi sapa yg dapat tu beruntung la kan

gigs
08-12-05, 05:55 AM
Kalau teringin nak tahu trick & trade...kena la join TT Extra Income...dalam Mykakis ni ramai juga otai2 Extra Income ni...rugi kalau tak join TT yang dianjurkan...

Kalau nak adakan TT...better discuss dengan gigs...beliau lebih arif dalam penganjuran TT Extra Income.

p/s gigs..please help them!!:D apa tunggu lagi...PANCUT!!!

Sorry, sebelum nih sibuk sesangat. Rasanya gua dah ready nak wat TT xtra income nih. So, bila nak mula?

Big Daddy
08-12-05, 02:17 PM
Sorry, sebelum nih sibuk sesangat. Rasanya gua dah ready nak wat TT xtra income nih. So, bila nak mula?
Ngam la gigs...sekian lama ko menghilangkan diri...pe kes beb???

Kat dalam ni sejak ko takde...semakin senyap je...mujur la ko dah muncul semula...apa yang aku tengok dah semakin bertambah otai2 extra income ni...bagus kalo camtu!!!

gigs...ko letak je tarikh bila ko free...kita lihat sape yg ada menyahut...:D

CHEERS

adil.ikram
08-12-05, 08:05 PM
All depend on ko punya survey lah. Kalau ko rajin and rajin tanya baru tau mana yg worth. Kena study banyak oii...

Triple_Looper
17-12-05, 10:53 PM
I buat unit trust (Public Mutual) dengan insurance (AIA). Both companies ada dia punya investment product tersendiri.

Siapa yang berminat boleh PM me or drop me an email.

tengku.indra
22-12-05, 11:03 PM
Salam

For those yang nak buat savings kat Unit Trust (SBB Mutual), boleh la contact me too.....SBB Mutual offers banyak fund...termasuk syariah fund....

Pada yang nak jadi agen part time pun dialu alukan....Yuran untuk mendaftar jadi agen dan ambil lesen adalah lebih kurang RM328, sebelum 31 Disember 2005 ini. Selepas tarikh tu struktur bayaran meningkat....So bertindak la cecpat ya... :)

"sikit sikit, lama lama jadi bukit"

- TI

doublefacet
23-12-05, 03:06 AM
Boleh cuba ASB melalui local banks Loan (MAYBANK RHB and others). The banks is offering at 6.25% (BLR) interest rate pa. ASB is giving like recently 9%, so you'll gain 2.75%. You may take RM100k or Rm200k and you're paying back at RM700 and RM1400 per month respectively over 15 years. The dividend shall be selfpaying the loan repayment. For example ASb loan of 100k with rm700 repayment monthly, dividen you collect is RM9000 a year but your repayment is only RM8400 a year. RM600 is yours and shall be accumulated over 15 years. ASB so far never give less than 8%. After 15 years you have that RM100k plus accumulated dividend.

bud70
24-12-05, 12:05 PM
Ngam la gigs...sekian lama ko menghilangkan diri...pe kes beb???

Kat dalam ni sejak ko takde...semakin senyap je...mujur la ko dah muncul semula...apa yang aku tengok dah semakin bertambah otai2 extra income ni...bagus kalo camtu!!!

gigs...ko letak je tarikh bila ko free...kita lihat sape yg ada menyahut...:D

CHEERS

Cun la gigs... buat le cepat2. aku ni onn je. yg penting kena la inform aku awal2. aku la ni sebok sikit... asyik berulang ke penang lately

drubi
01-02-06, 01:11 AM
Boleh cuba ASB melalui local banks Loan (MAYBANK RHB and others). The banks is offering at 6.25% (BLR) interest rate pa. ASB is giving like recently 9%, so you'll gain 2.75%. You may take RM100k or Rm200k and you're paying back at RM700 and RM1400 per month respectively over 15 years. The dividend shall be selfpaying the loan repayment. For example ASb loan of 100k with rm700 repayment monthly, dividen you collect is RM9000 a year but your repayment is only RM8400 a year. RM600 is yours and shall be accumulated over 15 years. ASB so far never give less than 8%. After 15 years you have that RM100k plus accumulated dividend.

aku setuju ngan ko punya suggestion.. ok gak... ramai yg dah try... tp ramai lg yg belum

drubi
01-02-06, 01:15 AM
Invest dalam unit trust:

ni ade skit buah tangan... try la

OK.. bg org yg x banyak duit cam aku, korang boleh try formula ni.

Buat ASB loan ngan bank cap rimau, pas tu korang bayar setiap bulan selama setahun.
next year punya dividend, jgn korang perabih pi joli, simpan pas tu top up skit duit
utk bayar monthly instalments. korang cuma suffer the 1st 12 months je... pas tu korang leh enjoy bila dia dah matang.

drubi
01-02-06, 01:15 AM
Invest dalam unit trust:

ni formula kalu nak invest pakai skim yg aku beritau sbl ni.

Bank cap rimau ASB Loan = RM90,000 @ interest (leveraged) 6.5% p.a.utk 13 thn
Monthly instalment = RM865 (termasuk insurans, in case mati awal, loan insurans cover semua)
pas tu top up ngan pitih sendiri dalam ASB = RM20,000

Jumlah pelaburan ASB RM110,000

utk senang nak kira, kita anggap ASB bayar 10% setahun (termasuk bonus) - terkini 9%

Jumlah pelaburan terkumpul = RM110,000 (90,000 - loan, 20,000 pitih sendiri)
Jumlah dividend tahunan (10%) = RM11,000 (jgn pakai duit ni!)
Jumlah instalments setahun = RM10,380 (RM865 x 12 bulan)
balance korang boleh joli = RM620 setahun (11,000 - 10,380)

habis tempoh 13 tahun korang dpt yg ni = RM110,000 + RM11,000

Modal korang cuma = Rm20,000 (top up) + RM10,380 (instalment utk 12 bulan pertama)
cuma belanja RM30,380 utk dpt RM121,000 dlm tempoh 13 thn.

kan kaya tu! (tp kena tgk umur korang gak time tu)

drubi
01-02-06, 01:16 AM
Invest dalam unit trust:

ramai dok tanya aku 6.5% tu tertakluk pada BLR (base lending rate). Kalu BLR naik; rugi!

betul gak, tapi skim ASB bank cap rimau tu macam ni:
kalu BLR naik... jumlah instalment setiap bulan akan tetap.cuma yg berubah tempoh bayaran
balik. BLR naik turun dia akan leverage pada 6.5%. so tempoh bayaran balik akan jd
panjang atau pendek setelah dikira berdasarkan 6.5% tu.

tp ape nak susah, korang punya zon selamat RM90,620! (RM121,000 - RM30,380)

drubi
01-02-06, 01:17 AM
Invest dalam unit trust:

kalu korang nak enjoy cepat, korang buat loan skit, pendekkan tempoh loan.tp untung

pun skit gak la.

drubi
01-02-06, 01:26 AM
Invest in ASB (loan based):

ni ade beberapa tabung pitih yg korang boleh pinjam:

Tabung Interest rate (p.a) Penjamin
1. Bank Rakyat 5.75% X
2. Bank Islam 5.6% X
3. Amfinance 6.x% X

Korang pi pinjam dari tempat salah satu tabung ni, pas tu labur dlm ASB.

p/s: MOD... sorry kena pecahkan posts sebab takut org xsempat baca kalu post terlalu panjang.. :)

crazee_kicks
02-02-06, 12:06 AM
Regarding the ASB loan, aku berpendapat lebih baik kalau biarkan saja dividen dlm ASB tu. Jangan gunakannya utk repayment of the loan.

Reason - Explanation nyer mmg panjang dan aku rasa kalo aku explain, aku sorg je paham (I'm very terrible in writing & communicating), so let's take the shorter points:
1) Compare [interest of the loan repayment(faedah pembayaran balik pinjaman)] vs [annual dividend (dividen tahunan)]
= [6.5%] vs [7.25%]
:Kesimpulan - Lebih baik letakkan duit anda pada percentage yg lebih tinggi

2) Jika kita guna dividen, kita akan rugi dr segi "the magic of compound interest".

3) Actual figures
Pembayaran dividen ASB 2005 - 7.25%. Pelaburan dikira dr 12 bulan pelaburan
Pembayaran bonus ASB 2005 - 2.75%. Pelaburan dikira dr 10 TAHUN pelaburan
::Kesimpulan - Anggapan bahawa earning pada tahun lepas adalah 9% adalah SALAH. Kalau anda baru menyertai skim pelaburan ASB pada awal 2005, bonus yg anda terima sebenarnya adalah = 2.75% BAHAGI 10

4) Jika kita ingin calculate annual ROI (return on investment) in percentage (assuming dividen 7.25% dan faedah 6.25%):
Dividend paid (Dividen dibayar) - Interest Paid (Faedah dibayar)
= 7.25% - 6.5% (interest rate sudah naik maa)
= 0.75%
::Kesimpulan - ROI of 0.75% is too low by anyone's book.

Harap maaf kalau ada kesilapan memana.. kalau salah tolong tunkukkan.. :)

yusufmusuf
03-02-06, 02:41 PM
mak aihh.. semua main 10 tahun ke atas. bagi aku, invest yang terbaik adalah pada education. the more you invest your brain, the more you gain the money. and of course your pride too. am i right?

yusufmusuf
03-02-06, 02:48 PM
mak aihh.. semua main 10 tahun ke atas. bagi aku, invest yang terbaik adalah pada education. the more you invest your brain, the more you gain the money. and of course your pride too. am i right?

fiefie999
04-02-06, 09:48 AM
masuk ASB ada kena cukai ker....?dulu rasanyer takda..

drubi
05-02-06, 02:05 AM
Regarding the ASB loan, aku berpendapat lebih baik kalau biarkan saja dividen dlm ASB tu. Jangan gunakannya utk repayment of the loan.

Reason - Explanation nyer mmg panjang dan aku rasa kalo aku explain, aku sorg je paham (I'm very terrible in writing & communicating), so let's take the shorter points:
1) Compare [interest of the loan repayment(faedah pembayaran balik pinjaman)] vs [annual dividend (dividen tahunan)]
= [6.5%] vs [7.25%]
:Kesimpulan - Lebih baik letakkan duit anda pada percentage yg lebih tinggi

2) Jika kita guna dividen, kita akan rugi dr segi "the magic of compound interest".

4) Jika kita ingin calculate annual ROI (return on investment) in percentage (assuming dividen 7.25% dan faedah 6.25%):
Dividend paid (Dividen dibayar) - Interest Paid (Faedah dibayar)
= 7.25% - 6.5% (interest rate sudah naik maa)
= 0.75%
::Kesimpulan - ROI of 0.75% is too low by anyone's book.

Harap maaf kalau ada kesilapan memana.. kalau salah tolong tunkukkan.. :)
guess what... ur explanation is undisputably good. but when talking 'bout ROI - well... that's academic! definitely it's way too low... try to look at it from different angle...

1) the dividend u earn... comes from a loaned fund
2) the loan repayment from the 2nd year onwards... comes from the dividend (of which earned through the loaned fund... NOT from our pocket) - of course u need to get it topped up with ours a little.

so, cut the academic crap... let's look at it in physical..

it's good to leave the dividends earned untouched... but for those who need to suck up their pockets for monthly instalment... well just use whatever immediately available to u.

crazee_kicks: sorry if this one offends u in any way... just sharing some ideas... :D

drubi
05-02-06, 02:11 AM
masuk ASB ada kena cukai ker....?dulu rasanyer takda..

tang ni aku x sure... tp kalu dividend dari koperasi, macam bank rakyat, dikecualikan dari income tax...

crazee_kicks... ko ade idea?;)

crazee_kicks
05-02-06, 04:23 AM
drubi.. takper.. none taken. Everyone's entitled their own opinion :)

As for tax.. aku rasa takder kot. I've heard somewhere kata income from ASB is always tax free. Govt. mmg nak tolong kita. Kalo aku silap, please let me know so tak yah declare dan kena cukai. :-p

konk2004
05-02-06, 10:45 PM
Kalau sapa2 yang berminat... lawat website ni... http://www.myunittrust.com/epfFAQ.htm

Dia agen Public Mutual

TQ.

konk2004
http://www.susuhebat.com/

TokWe
07-02-06, 08:14 AM
drubi.. takper.. none taken. Everyone's entitled their own opinion :)

As for tax.. aku rasa takder kot. I've heard somewhere kata income from ASB is always tax free. Govt. mmg nak tolong kita. Kalo aku silap, please let me know so tak yah declare dan kena cukai. :-p

Dividen ASB confirm dikecualikan cukai, sama seperti dividen Bank Rakyat dan Tabung Haji(yg ni siap2 ditolak zakat perniagaan). Unit Trust dividend di kenakan cukai.

lazirays
09-02-06, 07:22 AM
aku agen AmAssurance,
sapa sapa nk mencarum kat bank nie bg tau aku
kami di AmAssurance anak syarikat kepada AmBank Group mempunya byk produk untuk pelanggan.
Antara nyer aku leh offer korang faedah sebyk 3.4 x ganda.
andai korang mecarum kat ASB..dia hanya bagi korang 7.5%,kalau korang carum rm1000..akhir tahun kroang dapat untung hanya...rm1000 x 7.5% = rm75 sahaja..so kalau korang masuk AmBank...dia akan bg RM1000 jumlah caruman korang X 3.4 kali ganda...so = rm3400..berbeza tak dengan ASB td..Dan aku yakin kalau korang pi mana mana syarikat pelaburan pun dia takkan bg sebyk nie..So sesiapa berminat sila hubungi aku,aku dtg explain . pm sy

lordragos
09-02-06, 05:55 PM
boleh caya ker ni..? tak pada aku Unit Trust untuk long term invesment kalau nak cari short term punya investment beli share.. tak tau ler..

josuya
09-02-06, 11:03 PM
aku x tau yg ape aku nk cadang ni dh keluar ke blom... tp ade one of maybank officer bgtau aku... if kite pinjam 100k@blr 6.25%@20 yrs (promotion sampai 31 Mac 06), kte akan bayar dlm 730. kte simpan jek our dividend up to 7 years, jgn gune langsung, just bayar je every month sampai taun ke 7 tu. on the 8th year, kite boleh buat full settlement guna our 7 taun dividend tuh. 730 x 12 = 8760. 8760 x 7 = 61320. dividend tuh kte amik 9% average, so dividend kte dpt after 7 yrs dalam 70000++. so total dua2 tu kte bagi kt bank n duit dlm asb jd la kte punye... after 7 yrs jek kte ade 100k. tp mamat tu ckp better amik 20 taun cuz senang nk wat settlement sbb x lebey half of the loan period. camtu la yg aku tau...

crazee_kicks
10-02-06, 01:13 AM

wow... sounds like a good idea. sesaper ader brani nak try?... keh keh keh

crazee_kicks
10-02-06, 01:18 AM
aku agen AmAssurance,
sapa sapa nk mencarum kat bank nie bg tau aku
kami di AmAssurance anak syarikat kepada AmBank Group mempunya byk produk untuk pelanggan.
Antara nyer aku leh offer korang faedah sebyk 3.4 x ganda.
andai korang mecarum kat ASB..dia hanya bagi korang 7.5%,kalau korang carum rm1000..akhir tahun kroang dapat untung hanya...rm1000 x 7.5% = rm75 sahaja..so kalau korang masuk AmBank...dia akan bg RM1000 jumlah caruman korang X 3.4 kali ganda...so = rm3400..berbeza tak dengan ASB td..Dan aku yakin kalau korang pi mana mana syarikat pelaburan pun dia takkan bg sebyk nie..So sesiapa berminat sila hubungi aku,aku dtg explain . pm sy

Geng.. mmg guaranteed returns ke? Bebaik kalau nak bagi guarantee, especially kalau dalam financial products. Silap cakap boleh kena saman woo. Sorry, tp aku rasa cam "too good to be true".. 340% annual return with low or no risk (I presume)! Aku org baru dlm bidang finance ni, tp aku rasa untung sebyk tu susah nak dpt unless kalau kita main saham, hedge funds, forex (takleh buat dlm Malaysia), atau labur dlm bisnes.

Just my 2cents.

lazirays
10-02-06, 01:26 AM

dia memang bg byk..aku leh bg kau jaminan...dengan jaminan kewangan kalau ko hilang upaya atau k.o....ko akan dpt duit insurance free oleh ambank dan duit ko labu+ untung sekali..mcm nie kalau still berminat pm aku je..kita deal leh jumpa..3.4 x ganda sapa nk bg kan..?

abg_kuss
26-02-06, 10:12 PM
Aku bukan pernah berurusan dengan saham atau apa saja direct selling. Masul MLM pun sekadar jadi ahli je. Kadang-kadang beli kadang-kadang tidak, mana nak dapat bonus. Nak cari downline lagi la susah, tak pandai nak mengayat orang utk joint benda-benda ni. Nak mengayat pempuan tu lain la kan :D . Camanapun baru-baru ni ada orang perkenalkan benda ni. Aku baca macam menarik je. Banyak yang praktikalnya. Kalau kawan-kawan ada masa, boleh la baca artikal ni. Sila rujuk kat sini,

ash8458
01-03-06, 09:17 AM
hello smua...aku nak tanyer satu soalan..dalam malaysia nih which
unit trust funds yang paling untung kalo kita invest for long term...yang aku
tau public mutual jer..

buyau
01-03-06, 11:53 AM
unit trust fund ni ikut musim gak, jap-jap sbb,jap-jap public mutual,jap-jap hwang,kira macam pasaran saham gak la..susah nak cari yg performance dia maintain cantik gila.Cuma nasihat aku,carilah islamic fund ,lagi secure .

rico
02-03-06, 02:26 PM
cuba ko cerita sikit tentang islamic fund tu...

Jedi
02-03-06, 02:31 PM
nak suggest yg mana satu tak tahu le tapi rasanya kalau nak invest unit trust to me is not the best choice. gua sudah dua kali invest dlm unit trust satu via epf withdrwal sbb dana , masa invest value abt RM11K that was 4 yrs ago, just transfer back to Epf value only Rm10K. tak berbaloi . tapi kalau really nak invest besides public mutual( the most profitable to my knowledge) tgk TA unit trust ok jugak. check further b4 making any commitments

rico
02-03-06, 04:42 PM
ape kebendenya "TA" tu........bapak mertua aku suruh main dlm saham felda je.....keuntungan 14% jugak setahun....mcm bank rakyat dulu

crazee_kicks
03-03-06, 02:25 AM
rico... TA tu nama financial institution. Diorg ada tawarkan unit trust.

jedi.. ko amik dana mana? byk dana yg sbb offer. bgtau la noo.. at least kitorg akan berhati2 sebelum invest tu.

tengku.indra
04-03-06, 05:36 PM
Salam

Pada yang interested nak join unit trust as a consultant, please write an email to aisys@time.net.my

To tell you the truth, you can make better income tru this unit trust ...

To invest, let you consultant to help you in selecting your fund....

- TI

gigs
04-03-06, 09:15 PM
ape kebendenya "TA" tu........bapak mertua aku suruh main dlm saham felda je.....keuntungan 14% jugak setahun....mcm bank rakyat dulu

Saham felda? Takder lak aku dengar Felda kuarkan saham kat mana2 board?

TA tuh besar gak kompeni dia.. kau rujuk nih http://www.ta.com.my/docs

ibat
06-03-06, 09:43 AM
Masuk Public Mutual.. Dana Ittikal... Masyuk gak...

crazee_kicks
20-03-06, 02:51 AM
Guys.. boleh recommendkan mana2 funds yg perform bagus (at least above 10% anually)? Aku dah try SBB Mutual's Dana Al-Ikhlas.. beli at 0.5017 (roughly June05), skarang NAV dier around 0.497x.. not good :( Tengah dok pk samada nak hold and wait, atau nak take the loss and invest elsewhere.

ibat.. aku dok perhati gak Dana Ittikal from Public Mutual - buleh tahan!

selim
20-03-06, 10:51 AM

Ini merupakan masalah yang sentiasa diharapi oleh Pelabur Unit Trust. Beli pada harga tinggi. Ini tips yang saya gunakan setelah saya menceburi ini Unit Trust.

Jangan sekali melabur, pecahkan kepada tiap-tiap bulan beli.
Pembelian Unit Trust, jangan beli satu kali dgn amount yang banyak. Sebab Unit Trust ini, harganya sentiasa turun naik (walaupun tak sehebat Pasaran Saham), tapi untuk menguruangkan risiko serta mendapat Harga purata, pembelian Unit Trust dimula dgn amount kecil, kemudian, setiap bulan menambah (perkara ini boleh diuruskan oleh Agen atau Bank). Dengan ini, harga anda akan dapat PURATA.

Zaman sekarang, semua bank telah membekalkan Internet Banking, sekiranya anda rasa Harga Unit Trust agak rendah, dan ingin menambahkan pembelian (selain dari Pembelian Automatik Reinvestment), anda boleh gunakan Internet Banking.

Unit Trust merupakan Mid-Long Term Investment, maksudnya ia mengambil 5-7 tahun. Jangan tengok pada harga sekarang, selepas 5-7 tahun, biasanya average keuntungan ada 50%-70% (termasuk Dividen dan Bonus), macam mana pun, akan lebih baik daripada FIXED DEPOSIT.

My 2 cents.

crazee_kicks
21-03-06, 12:04 AM
wallawe.. :eek: Terima kasih encik selim for your valuable advice! Nanti aku try buat camtu. I owe you teh tarik segelas ;)

ransom
31-03-06, 05:38 PM
Adakah margin keuntungan untuk unit trust ni hanya perbezaan harga beli dan harga jual atau dividen ?

crazee_kicks
01-04-06, 03:48 AM
Adakah margin keuntungan untuk unit trust ni hanya perbezaan harga beli dan harga jual atau dividen ?

Bergantung pada fund tu sendiri. Ada funds yg utamakan dividen, dan ada juga yg pentingkan capital growth (harga unit naik). Baca betul2 prospektus unit fund tu dulu.

Kire, secara kasar, ada 3 saluran yg kita dapat keuntungan dari unit trust (bergantung pada unit trust tu):
1) Capital growth
2) Dividen
3) Bonus

Ada satu lagi.. kalo unit trust consultant tu perempuan (yg cun).. pandai ayat.. dapat satu lagi keuntungan kat situ... kekekeke.

Sifus.. sila betulkan yg mana2 yg aku ckp salah. Aku pon masih 'rookie' lg dlm investments ni.

TokWe
03-04-06, 09:20 AM
Ini merupakan masalah yang sentiasa diharapi oleh Pelabur Unit Trust. Beli pada harga tinggi. Ini tips yang saya gunakan setelah saya menceburi ini Unit Trust.

Jangan sekali melabur, pecahkan kepada tiap-tiap bulan beli.
Pembelian Unit Trust, jangan beli satu kali dgn amount yang banyak. Sebab Unit Trust ini, harganya sentiasa turun naik (walaupun tak sehebat Pasaran Saham), tapi untuk menguruangkan risiko serta mendapat Harga purata, pembelian Unit Trust dimula dgn amount kecil, kemudian, setiap bulan menambah (perkara ini boleh diuruskan oleh Agen atau Bank). Dengan ini, harga anda akan dapat PURATA.

Zaman sekarang, semua bank telah membekalkan Internet Banking, sekiranya anda rasa Harga Unit Trust agak rendah, dan ingin menambahkan pembelian (selain dari Pembelian Automatik Reinvestment), anda boleh gunakan Internet Banking.

Unit Trust merupakan Mid-Long Term Investment, maksudnya ia mengambil 5-7 tahun. Jangan tengok pada harga sekarang, selepas 5-7 tahun, biasanya average keuntungan ada 50%-70% (termasuk Dividen dan Bonus), macam mana pun, akan lebih baik daripada FIXED DEPOSIT.

My 2 cents.

I totally agree with you, Selim. That's why dalam Unit Trust ni....Dollar Cost Averaging adalah penting supaya average cost per unit berada di tahap yang rendah.

As for myself, my investment in Unit Trust dah nampak untung, walaupun NAVnya rendah dari harga mula2 masuk...tapi average cost per unit aku sekarang sudah menyamai NAV semasa. Dengan adanya pemberian bonus unit dan dividen, harga redemption sekarang sudah pun melebihi modal aku labur. Tapi ianya mengambil masa yang agak lama jugaklah.....sperti kata Selim, 5 to 7 years.

ransom
13-04-06, 07:40 PM
Cuba korang xplain sket kat kita org yg baru2 nak cuba ni

Cth :- Dana Ittikal

Harga Unit Trust Jual Pada Kita = 0.9111
Harga Kita Jual Balik = 0.8555

Kalau Kita Beli Hari Ini dengan modal RM 1000.00

Unit Kita Dapat = 1000 bahagi ngan 0.9111 = 1097.57 unit
Kalau kita jual Hari ni jugak = 1097.57 X 0.8555 = RM 938.97

Jadi kalau nak dapat pulangan semula Harga Yang UNit tu naik musti melebihi 0.9111 atau 0.92

0.92 X 1097.57 =1009.76

Jadi Beza nyer ialah 0.9111 tolak 0.8555 = 0.0556 ( point)

Betul Tak ? Kalau Salah Tolong Tunjukan Yek ....

wfr
19-04-06, 06:07 PM
Let me update on the performance on Public mutual Unit trust......

Fund Performance Recognition by Lipper

The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2006:
Fund
Year
Category
Total Returns*

1
Public Mutual Berhad: Best Fund Group (Equity Group) : 3 Years
2

Public Ittikal Fund
3 Years
Total Returns*
Equity Islamic/Syariah
54.20%

3
Public Industry Fund
3 Years
Equity Income
Total Returns*
50.27%

4
Public SmallCap Fund
3 Years
Equity Small Companies
Total Returns*
43.84%
5

PB Growth Fund
3 Years
Equity Growth
Total Returns*
66.34%

6

PB Balanced Fund
3 Years
Mixed Asset Growth
Total Returns*
48.36%

7
Public Bond Fund
3 Years
Bond General
Total Returns*
22.77%

8
Public Index Fund
5 Years
Equity Index Tracking
Total Returns*
51.51%

9
Public SmallCap Fund
5 Years
Equity Small Companies
Total Returns*
70.90%
[

color=Red]10
Public Ittikal Fund
5 Years
Equity Islamic/Syariah
Total Returns*
74.49%

11
PB Balanced Fund
5 Years
Mixed Asset Growth
Total Returns*
69.57%

12
Public Bond Fund
5 Years
Bond General
Total Returns*
49.73%

*Total returns of 3 years and 5 years respectively as at 30 December 2005. Source: The Edge-Lipper, 9 January 2006

selim
19-04-06, 08:58 PM
Cuba korang xplain sket kat kita org yg baru2 nak cuba ni

Cth :- Dana Ittikal

Harga Unit Trust Jual Pada Kita = 0.9111
Harga Kita Jual Balik = 0.8555

Kalau Kita Beli Hari Ini dengan modal RM 1000.00

Unit Kita Dapat = 1000 bahagi ngan 0.9111 = 1097.57 unit
Kalau kita jual Hari ni jugak = 1097.57 X 0.8555 = RM 938.97

Jadi kalau nak dapat pulangan semula Harga Yang UNit tu naik musti melebihi 0.9111 atau 0.92

0.92 X 1097.57 =1009.76

Jadi Beza nyer ialah 0.9111 tolak 0.8555 = 0.0556 ( point)

Betul Tak ? Kalau Salah Tolong Tunjukan Yek ....

Kiraan betul. Tapi kiraan kat profit itu salah.

** Biasa Komisyen untuk Trust Fund ialah 5%, tapi bolkeh diuruskan sehingga 3%.

Katakan ambil contoh diatas, beli pada harga 0.9111, jadi kalau nak dapat keuntungan, anda kena kira dgn cara ini, 0.9111/95% = 0.95906, maksudnya, anda kena jual pada 0.96 baru dapat keuntungan.

** 0.9590 x 5% = 0.4795 (komisyen)
0.4795 + 0.9111 = 0.95906

selim
19-04-06, 09:15 PM
Prudential Asia Select Income Fund

Setelah saya dah jual agak banyak saham kat BSKL. Dan disebabkan akhir ini kesuntukan masa, susah nak jaga Counter saham lagi (biasa counter yang saya beli ialah mesdaq, naik cepat, turun cepat). Saya ingin melabur ke Trust Fund.

Hari ini, seorang Agent Prudential telah memperkenalkan Prudential Asia Select Fund ini bagi saya. Berikutlah maklumat yang saya terima:-

Launch: 18/11/2005
Fund Size: 900,000,000 units
Currend Fund Size: 773,131,000.00 unit
Value: 0.50/unit
Current Price: 0.5227
Benchmark: 20% MSCI India Index + 20% MSCI China Index + 60% Ram quant shop MSG Medium Index.
Minimum Initial Investment: RM5,000
Minimum Additional Investment: RM500
Sales Charges: 3% - 5% of NAV per-unit
Annual MAnagement Charges: 1.5% on NAV of the fund

Saya minat Fund ini sebab ia ada invest kat Foreign (offshore). Ada sesiapa tau lebih lanjut tentang Fund ini tak? Sila beri tunjuk ajar.

** Returnnya dijangka mencapai 18.45% per-annum.

TokWe
20-04-06, 08:55 AM
Memandangkan Index Composite di Bursa Malaysia semakin meningkat, sudah pun mencecah 945, disarankan mana2 yang melabur dalam Unit Trust memerhatikan NAV semasa setiap dana setiap masa. Mungkin NAV semasa sekarang sudah pun melebihi average cost per unit. Kalau keuntungan yg dijanakan sudah pun mencapai atau melebihi target peratusan, cepat2 lah redeem dana berkenaan.

cenenot
20-04-06, 11:30 AM

Tok We, Deyyy... apa daa kau cakap bahasa tinggi sangat, aku bukan sekolah tinggi, kasi le terang guna bahasa kampung2 aje, itu NAV kuih apa daaa....:rolleyes:

Sempoi
20-04-06, 02:19 PM
aku pon ingat nak rendeem aku punye unit trust ler..dah 4 tahun masok..n JPA pon dok bising suh bayar balik pinjaman...so kene gak pecah tabung unit trust tur...
maceh 4 d info

TokWe
21-04-06, 09:00 AM
Tok We, Deyyy... apa daa kau cakap bahasa tinggi sangat, aku bukan sekolah tinggi, kasi le terang guna bahasa kampung2 aje, itu NAV kuih apa daaa....:rolleyes:

Apalah kau ni Cenenot......ingat kau belajar tinggi sampai kat UFO....hehheheh

Oklah....bahasa kampungnya NAV, acronym for Net Asset Value, adalah sama dengan harga belian. Nak terang lebih lanjut lagi, takut kau tak faham plak atau pun aku sendiri kurang faham...hehehehehheeh.

Harga belian adalah lebih rendah dari harga jualan sebab pihak pengurusan dana dah songlap mereka punya administration cost, fee, etc. kat situ.

So...kalau dah reach target keuntungan dana unit trust kau tu...katakan 10% per year, cepat2lah redeem....kot2 melepas nanti bila harga jatuh plak....tang tu lah org dok kata unit trust ni rugi....pada hal silap cara.

hasribus
23-04-06, 12:22 AM
Prudential Asia Select Income Fund

Setelah saya dah jual agak banyak saham kat BSKL. Dan disebabkan akhir ini kesuntukan masa, susah nak jaga Counter saham lagi (biasa counter yang saya beli ialah mesdaq, naik cepat, turun cepat). Saya ingin melabur ke Trust Fund.

Hari ini, seorang Agent Prudential telah memperkenalkan Prudential Asia Select Fund ini bagi saya. Berikutlah maklumat yang saya terima:-

Launch: 18/11/2005
Fund Size: 900,000,000 units
Currend Fund Size: 773,131,000.00 unit
Value: 0.50/unit
Current Price: 0.5227
Benchmark: 20% MSCI India Index + 20% MSCI China Index + 60% Ram quant shop MSG Medium Index.
Minimum Initial Investment: RM5,000
Minimum Additional Investment: RM500
Sales Charges: 3% - 5% of NAV per-unit
Annual MAnagement Charges: 1.5% on NAV of the fund

Saya minat Fund ini sebab ia ada invest kat Foreign (offshore). Ada sesiapa tau lebih lanjut tentang Fund ini tak? Sila beri tunjuk ajar.

** Returnnya dijangka mencapai 18.45% per-annum.

bro,

Pru Select Income fund feeds 40% into Pru Dragon Peacock Fund, and selebihnya di dalam Malaysian Fixed Income Securities.

Pru Dragon Peacock Fund is a growth fund that focuses on China AND India. Returns fund nih memang bagus...Pru Dragon Peacock Fund nih ada master fund utk digunakan sebagai underlying fund utk Prudential punya international network. How good is the fund? Well...go to eunittrust.com.sg and you can check the performance of the fund yourself.

Back in Malaysia, this fund will leverage on the potential growth of both China and India and at the same time invest 60% in FIS to 1) bring the agrresive/risk level down and 2) to provide a steady stream of income. This fund is more of a balanced fund in nature.

However, apa yg agent u mungkin tak sedar is that Prudential presently freeze the sales of their foreign funds at the moment as they've utilised their 30% quota.

To date, the best performing foreign fund by a local unit trust company is RHB DIVA...trust me....:D

hasribus
23-04-06, 12:29 AM
Memandangkan Index Composite di Bursa Malaysia semakin meningkat, sudah pun mencecah 945, disarankan mana2 yang melabur dalam Unit Trust memerhatikan NAV semasa setiap dana setiap masa. Mungkin NAV semasa sekarang sudah pun melebihi average cost per unit. Kalau keuntungan yg dijanakan sudah pun mencapai atau melebihi target peratusan, c0epat2 lah redeem dana berkenaan.

tapi kalu sapa sapa dah invest dlm smallcap fund 2 years back...rilex rilex dulu yek...kerugian anda masih besar lagi...

in fact dana dana islamic macam TA Islamic & Pacific Dana aman...sama yg invest masa index 780 pun belum break even...or make 1% or 2 % nett profit. Sebab? Pergerakan Index Composite might not be broad based...non halal counters macam Maybank, Public Bank etc yg make the major move...

hasribus
23-04-06, 12:41 AM
I totally agree with you, Selim. That's why dalam Unit Trust ni....Dollar Cost Averaging adalah penting supaya average cost per unit berada di tahap yang rendah.

As for myself, my investment in Unit Trust dah nampak untung, walaupun NAVnya rendah dari harga mula2 masuk...tapi average cost per unit aku sekarang sudah menyamai NAV semasa. Dengan adanya pemberian bonus unit dan dividen, harga redemption sekarang sudah pun melebihi modal aku labur. Tapi ianya mengambil masa yang agak lama jugaklah.....sperti kata Selim, 5 to 7 years.

True...

Let me add my 2 cents laks...

Kalau buat DCA (Dollar Cost Averaging), paling bagus utk

1) fund yg bersifat aggressive
2) fund yg front end load (sales charge) rendah

Justeru, kalu utk aku sendiri, aku akan melabur ikut DCA untuk index funds...my fave is RHB Index fund coz sales charge dia cuma 0.75% jer...and boleh buat switching to RHB GL Today kalau kita suddenly nak defensive in te event of a terrible market crash. UOB OSK nyer Index fund pun ok...tapi mahal sikit charges dia...2%.

DCA mungkin tak sesuai utk funds yg conservative in nature...macam bond funds. Tapi statement aku ni agak general jugak....sebab kepada sesiapa yg baru start melabur dlm bond funds dlm rising interest rate scenario nih...digalakkan utk buat averaging setiap kali ada interest rate hike... :D

selim
23-04-06, 01:18 AM
bro,

However, apa yg agent u mungkin tak sedar is that Prudential presently freeze the sales of their foreign funds at the moment as they've utilised their 30% quota.

To date, the best performing foreign fund by a local unit trust company is RHB DIVA...trust me....:D

eeeeh, Semlm (Jumaat) saja saya confirm dgn pembelian RM10,000.00, cheque pun dah bagi. Tapi tak tau cheque dah clr tak.

hasribus
23-04-06, 10:18 AM
eeeeh, Semlm (Jumaat) saja saya confirm dgn pembelian RM10,000.00, cheque pun dah bagi. Tapi tak tau cheque dah clr tak.

tunggu jer lah next week....

bud70
27-04-06, 03:13 PM
Tok We,
lama tak dgr berita... Bursa Malaysia dah at high but macam nak pecah the highest ceiling pts la.. tok we... Aku rasa cam leh gamble...
But for Unit Trust... betul le cakap tok we tu.... ambik pulangan dulu la...

sidanos
28-04-06, 01:48 AM
kalau nk invest, ASB dulu sebab konfirm tak rugi..baru unit trust, ke ape ke, tapi kalau nk lg gempak buat real-estate...

sperm79
30-04-06, 07:29 AM
hye all... lama giler tak posting kat sinih....

aku tak tau camana start nak tanya ngan otai2 kat sinih ....

korang biasa dengar ke offshore investment ni...? bank negara dah declare pun kewujudan offshore investment for individu since last april 2005 :)

betul ke kewujudan ni?

hasribus
30-04-06, 12:15 PM
kalau nk invest, ASB dulu sebab konfirm tak rugi..baru unit trust, ke ape ke, tapi kalau nk lg gempak buat real-estate...

setuju. gunakan epf jer utk unit trust. however, utk non-bumi too bad this option tak open for them asb is almost like free money...

selim
30-04-06, 04:30 PM
hye all... lama giler tak posting kat sinih....

aku tak tau camana start nak tanya ngan otai2 kat sinih ....

korang biasa dengar ke offshore investment ni...? bank negara dah declare pun kewujudan offshore investment for individu since last april 2005 :)

betul ke kewujudan ni?

Hi, sperm79, lama betul tak dengar berita anda, jangan jadi macam nick awak, sperm simpan lama-lama, nanti semua naik kepala u akan menghadapi masalah.:D

selim
30-04-06, 04:32 PM
tunggu jer lah next week....

Dah terima surat confrimation dari Prudential Trust Fund. Transaction done. Select Income Fund ini masih ada RM2 juta untuk dijual.

TokWe
03-05-06, 08:42 AM
Tok We,
lama tak dgr berita... Bursa Malaysia dah at high but macam nak pecah the highest ceiling pts la.. tok we... Aku rasa cam leh gamble...
But for Unit Trust... betul le cakap tok we tu.... ambik pulangan dulu la...

bud70,

kemana kau menyepi selama ni? memang bursa malaysia dah high semacam skg.....better invest kat saham2 mesdaq.....main saham2 yg harga unitnya murah but the return in percentage tinggi semacam.

on unit trust plak...mana2 yang dah simpan over 5 years tu, pergi checklah redemption value...sebab aku pasti skg redemption price is more than average unit cost quite substantially.....ini pun hanya berlaku kepada sesiapa yang mengamalkan dollar cost averaging lah......mana2 yg letak one time off investment, aku rasa untungnya tak seberapa lagi atau pun at par sekarang.

hasribus
05-05-06, 09:59 AM
Dah terima surat confrimation dari Prudential Trust Fund. Transaction done. Select Income Fund ini masih ada RM2 juta untuk dijual.

good choice of fund...for a moderate returns.

check the performance of dragon peacock fund in singapore at www*eunittrust*com*sg

bro..are u the same selim of sammyforum?

selim
05-05-06, 10:32 AM
good choice of fund...for a moderate returns.

check the performance of dragon peacock fund in singapore at www*eunittrust*com*sg

bro..are u the same selim of sammyforum?

Thanks for the info.

The whole world only ONE selim, that is me also. hehehe.

nadip
08-05-06, 06:12 PM
kalau unit trust nie... tak semestinya ASB jer.... banyak lagi kat luar tu... public mutual, SBB, Hwang DBS.... pilih jer....

aku sendirik pun tak simpan kat ASB....

aku pakai unit trust lain...

manja69
12-05-06, 09:31 AM
sorilah, mmg citer bab duit aku punya interest. sbb aku dah lama tak masuk kakis forum, jadi hari ni aku spend masa lebih skit mentelaah apa yg telah dibincangkan. betul ke unit trust is a good vehicle for an investment? dgn pakai konsep 'dollar cost averaging' tu, boleh ke unit trust earns abnormal return? setakat normal return, itu shouldn't be any problem, but 'abnormal' return is something very difficult. tambah lagi kalau EMH assumption tu holds, boleh ke ada abnormal return?

rajaming
13-06-06, 02:25 AM
Beli Share Lagi Bagus...

Kontrol Sendiri

Beli Crude Palm Oil atau KLIBOR lagi bagus

ransom
16-06-06, 09:05 PM
Beli Share Lagi Bagus...

Kontrol Sendiri

Beli Crude Palm Oil atau KLIBOR lagi bagus

Bro .. explain la sikit kenapa bagus , sbb kalau kontrol sendiri ni , kenal belajar dia nyer TA & FA. Baru bley control , kalu tak macam sedekah jer kat ctu.

Aku pun nak tau gak camner yang dikatakan bagus tu. Kalau bley nak gak blajar dengan U. heheheheh

cutelittlekancil
24-06-06, 03:36 PM
Just nak annouce kat sini
SBB funds - Asian Equity Fund for EPF investment dah bukak balik..
so sesape yg rasa nak melabur dlm Asian Equity Fund ni boleh la mencuba..
another options for offshore funds from SBB...

TokWe
26-06-06, 09:00 AM

Betul ke EPF dah kasi labur balik dalam offshore fund? News ini ada dalam ASSIST tak?

cutelittlekancil
29-06-06, 12:58 AM
Betul ke EPF dah kasi labur balik dalam offshore fund? News ini ada dalam ASSIST tak?

yup, EPF investment is now on for offshore investment.the latest i'v heard it is open for Asian Equity Fund (AEF). dldm ASSIST tu i x brape sure plak ade ke x dlm ASSIST tu. but this information is true, n i got it from my GAM, trusted source la..

TokWe
29-06-06, 03:25 PM

I've checked the info in ASSIST...it's true. Now is the best time to average down the unit price in Asian Equity Fund since its unit price now is somewhat low.

ransom
09-07-06, 10:45 AM
Cite la sket tentang offshore investment ni .. tak faham la

selim
13-07-06, 10:42 AM
Maybank akan melancarkan satu Trust Fund baru. Fund ini kerjasama antara Maybank dan Hwang DBS.

Butiran lanjut: Akan dilancarkan pada 18hb Julai 2006

The Fund: Hwang DBS Global Opportunities Fund
Fund Category: Feeder Fund
Fund Type: Growth
Approved Size: 300 million
Financial Year End: 31 January
Inception Price: 0.50
Investment Objective: The fund seeks to achieved medium-to-long term capital appreciation vy investing in a single collective investment scheme that invest primary in equities of developed and emerging markets globally.
Asseet Allocation" 95% to 99.8% og the Fund's NAV will be invested in a Singapore-based collective investment scheme. i.e. Shenton Global Opportunities Fund (SGOF) while maintaining a minimum of 0.2% of its NAV in liquid assets.

Where: SGOF invests primarily in equities of developed and emerging markets. It may also invest in fixed income securities of developed countries or debt intruments with at least an "A" rating, and derivaties whuch will be used primarily for hedging. There is no target industry/sectore.

Minimum Initial Investment: RM1000
Minimum Units Held: 500 units.
Minimum Additional Investment: RM100

Secara umum:
- Fund ini sesuai untuk sesiapa yang ingin melabur mid-long (3-5 tahun)
- Fund ini boleh dikatakan 100% Invest kat Oversea.
- Ini merupakan Fund yang ke-3 serupa kini. 2 Fund yang dulu, tahun pertama return ialah 15%-17%, Tahun kedua return ialah 22%-25%.
- Pelaburan Awal ialah RM1000, selepas ini, setiap kali boleh ditambah dgn minimum RM100.

cutelittlekancil
14-07-06, 07:51 PM
sorilah, mmg citer bab duit aku punya interest. sbb aku dah lama tak masuk kakis forum, jadi hari ni aku spend masa lebih skit mentelaah apa yg telah dibincangkan. betul ke unit trust is a good vehicle for an investment? dgn pakai konsep 'dollar cost averaging' tu, boleh ke unit trust earns abnormal return? setakat normal return, itu shouldn't be any problem, but 'abnormal' return is something very difficult. tambah lagi kalau EMH assumption tu holds, boleh ke ada abnormal return?

boleh bg abnormal return tu..
tapi kena la pandai predict time dia akan naik dan turun..
tapi risiko dia agak tinggi la..
kalau nak predict sesuatu fund tu cube tengok2 dkat fund fact sheet utk fund tue..

cheebye
17-07-06, 08:11 AM
brooo aku mahu tanya.. aku noobie.

apa beza unit trust dgn forex. forex pon saham gak kan??
so mengikut pengetahuan krang la kan.. mana lagi boleh memberi keuntungan yang banyak.

and for agent.. which 1 u guys prefers.. sbb adik aku.. dia buat forex.. keje baru je 5bln.. dah dpt RM8k permonth..

nobitasinyu
25-07-06, 02:17 AM
tah la...member saya buat forex...dah 2 tahun tak jumpa dia...sekarang dah naik honda accord yang baru...sebab dia jadi agent unit trust...

tapi dengar2 cite...bapa dia seorang yang pro dalam bab2 nie dan selalu bagi nasihat dan hint kepada dia...so no komen lah...

maksudnya kene tahu hint dan rajin jerk...mana2 pun boleh dapat jadi kayo...ye tak???

athiena
29-07-06, 12:30 AM
masuk share lagi baik, unit trust tu yg untung tukang jual, tukang manage

chaosspawn
02-08-06, 08:40 AM
Nak tanya sikit, yang SBB offer tu, apa ke nama dia, Global sumthing2, yg dlm news today (2/8/06) dorang nak tambah dana from 600 mil to 800 mil tu is it a unit trust?

chaosspawn
07-08-06, 09:57 AM
Paper today 7/8 bagitau yang majoriti pelabur dlm Unit Trust yang terdiri daripada pesara2 yang keluarkan duit KWSP kerugian, almost 600 million. Aku kesian tengok bangsa aku tak abis abis dikenakan. Bukan nak kata unit trust menipu tapi ketidakcekapan mereka yg menguruskan dana tu pun mungkin penyebabnya. Pengurus dana mungkin tak kisah kot kalau akaun mereka rugi atau untung, bukan duit dorang kot... Kesian woo, ini duit masa tua... habiskan saki baki idup.. tetiba lenyap.. apa la perasaan dorang ek

cheebye
07-08-06, 11:16 PM
tapi nk wat camne.. pesara2 ni pon kadang2 ye lah.. dh senja2 ni malas nk pk mcm mana duit tu running smer.. yg drang tau.. duit masuk..

and pengurus dana plak.. biasa la.. handle duit org.. tak sama dgn handle duit sendiri.. so sebaik2nya.. at least sapa yg melabur tu.. tau la mcm mana nk handle this thing

TokWe
08-08-06, 09:55 AM
Saya fikir amat bagus jugak isu ini ditimbulkan supaya Fund Manager yang ada jangan ambil mudah saja bila mengendali duit2 pelabur terutamanya dari pencarum EPF. Mereka ini perlu sedar dan bangkit semula untuk meninjau balik pelaburan2 yang mereka buat demi utk membawa pulangan yang baik kepada pelabur2.

Sekarang ini kebanyakan Fund Manager fikir mereka ini berada didalam "comfort zone" dan "take everything for granted" memandangkan sumber duit dari EPF boleh didapati dengan mudah.

Bila EPF sekat pengeluarannya, ini adalah satu tamparan hebat kepada Fund Manager itu kerana kebanyakan sumber2 duit pelaburan datangnya dari EPF.

Anggaplah ini semua merupakan satu "HIKMAH" dalam industri unit trust ni.

BroZZZ
08-08-06, 07:32 PM
Setuju tu TokWe, BroZZZ setuju sangat.

Kalau sebut bab hikmah ni kan, BroZZZ rasa memang banyak hikmahnya:
1. Rakyat akan tahu bahawa EPF akaun 1, boleh diguna untuk pelaburan (sebab ramai yang tak tahu rupanya EPF boleh diguna untuk melabur)

2. Dengan peristiwa ni kita dapat tahu bahawa ada 42 syarikat yang menguruskan dana amanah, daripada 42 syarikat ni lebih kurang 30 syarikat yang tak berdaya maju, tak bermaya. So, ini memberikan peringatan kepada bakal pelabur supaya memilih pengurus dana yang benar-benar cekap untuk mendapatkan pulangan yang baik bagi jangka panjang.

3. Pelabur juga sedar bahawa melabur dalam unit amanah juga boleh mendapat kerugian sekiranya tersilap memilih syarikat pengurusan dana, melabur tak semestinya untung.

4. Para agen-agen unit trust juga akan lebih berhati-hati, telus serta jujur dalam mencari klien. Penerangan yang jelas serta memberikan pengetahuan kepada bakal klien tentang unit trust adalah penting, supaya klien faham apa itu init trust, risiko yang dihadapi, bila masa perlu remain, switching atau redeem. Kalau kene agen yang tak jujur, dia suruh redeem setahun selepas beli, of course rugi.. sebab unit trust is for long term between 3-5 yrs.

5. Pengurus dana serta syarikat pengurusan dana unit trust akan "bangun dari tido" bahawa mereka juga memegang AMANAH untuk meningkatkan nilai pegangan pelabur melalui peningkatan modal dan pulangan saham amanah yang mereka uruskan.

BroZZZ.

Saya fikir amat bagus jugak isu ini ditimbulkan supaya Fund Manager yang ada jangan ambil mudah saja bila mengendali duit2 pelabur terutamanya dari pencarum EPF. Mereka ini perlu sedar dan bangkit semula untuk meninjau balik pelaburan2 yang mereka buat demi utk membawa pulangan yang baik kepada pelabur2.

Sekarang ini kebanyakan Fund Manager fikir mereka ini berada didalam "comfort zone" dan "take everything for granted" memandangkan sumber duit dari EPF boleh didapati dengan mudah.

Bila EPF sekat pengeluarannya, ini adalah satu tamparan hebat kepada Fund Manager itu kerana kebanyakan sumber2 duit pelaburan datangnya dari EPF.

Anggaplah ini semua merupakan satu "HIKMAH" dalam industri unit trust ni.

blackensem
15-08-06, 09:50 AM
hey geng... aku tengok dah lama nak cuba unit trust... tp tak tau yang mana d best unit trust yang should i try as starter... korang pernah join kaa.....
Cuba ko join Public Mutual...Memang bagus jgak...Byk kwn2 aku yg dah berhasil.....Nak try?

Memang aku galak kan korg yg berminat nak melabur tu, join public mutual..memang hasil dia bleh tahan jagk...xrugi ooo...

selim
01-09-06, 11:19 AM
Pagi tadi pukul 9.00 am pergi ke Maybank, planning nak beli ASW2020 untuk anak.

Jam 9.30pm caunter buka, dalam 30minit, jam 10.00am, Caunter beritahu FUND habis. Hanya 2 pelabur lama (dah pernah berlabur) berjaya menambahkan saham. Tiada seoarang pun pelabur baru berjaya buka akaun.

Ibu-bapa say akat Taipinbg sama juga, branch MAtbank kat Taipinbg pun hanya berjaya melakukan 2 transaksi saja.

** Begitu kesian bagi Non-Bumi, nak beli Amanah Saham Kerajaan pun susah.:o

gigs
01-09-06, 08:01 PM
** Begitu kesian bagi Non-Bumi, nak beli Amanah Saham Kerajaan pun susah.:o

Tapi Bumi plak wat tak tau je pasal peluang yang ada....

selim
01-09-06, 08:26 PM
Tapi Bumi plak wat tak tau je pasal peluang yang ada....

ASW2020 ini bagi bumi mungkin hanya merupakan kacang saja, sebab bumi masih ada banyak Amanah Saham seperti ASB yang lebih baik pulangannya berbanding dengan ASW2020.

ASW2020 kalau tak silap saya, kali ini merupakan kali ke-3 dilancarkan. ASW2020 pertama dan ke-2, setiap tahun dapat dividen dalam 5-6.5%. Bagi non bumi, pulangannya lebih baik dari Fixed Deposit.

penm_m
04-09-06, 04:43 PM
ada satu lg bzns yg lebih baik dr unit trust.main unit trust susah nak kaya,silap2 kena balik.kebanyakan agen2 dia pula lepasan SPM,apa pun tak tau dah nak jd agen,silap2 boleh jatuh.aku dah jumpa byk bdk2 macam ni tapi bila aku tanya sikit bab2 yg sukar,dia takleh nak jwp,nak lak pangill dia punya boss.org macam ni korang pecaya nak bg duit ker.serammmmmmmmm

kalo korang nak bt duit dgn cara diberi latihan,korang cari aku,aku ada bzns baik punya.

ximage
02-11-06, 08:20 PM
Bagi anda yang ingin membuat pelaburan di Unit Trust atau pun sedang mencari pendapatan kedua atau ingin jadikannya sebagai satu kerjaya. Sila PM saya untuk jadikan impian anda satu kenyataan.

p/s : Masa depan anda terletak ditangan anda dan anda boleh mengubahkannya. Oleh itu pilihlah syarikat yang mempunyai prestasi yang terbaik....Bagi saya Public Mutual merupakan pilihan saya (Masih mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat No 1 di Malaysia)

vyruz
09-11-06, 04:51 PM

nak tau pasal benda ini

ximage
10-11-06, 01:14 AM
nak tau pasal benda ini

Terima kasih diatas minat saudara..cuma saya nak tahu anda hendak tahu pasai pelaburan atau hendak jadikannya sebagai kerjaya sambilan/tetap..saya ada PM anda

vyruz
10-11-06, 10:41 AM
Terima kasih diatas minat saudara..cuma saya nak tahu anda hendak tahu pasai pelaburan atau hendak jadikannya sebagai kerjaya sambilan/tetap..saya ada PM anda

boleh terangkan apa benda ini

TokWe
22-11-06, 12:49 PM
harap mana2 yg invest dalam unit trust...pergi check harga semasa sekarang....sbb kebanyakannya sudah naik...terutamanya equity fund...naik sakan skg.

Kalau harga tak bergerak lagi utk sekian lama dan keuntungan sudah melampaui jangkaan...cepat2 redeem....kot2 harga jatuh kembali.

cheebye
28-11-06, 01:05 AM
skang ni index tengah tinggi. jgn redeem, switch dkt bond fund. bond fund nanti akan mentenkan keuntungan yang ada, nanti index dah ok sikit, switch balik dkt equity fund. Tapi kalau nk redeem utk wat kuar sme utk spend, samber wat kuar.. untung woo

spgthreelogi
29-12-06, 01:34 AM
suma orang nak labur untung ribu-ribu, tapi risiko tinggi, halal haram tak tahu lagi, cam nie baik masuk tabung haji......berkat

cenenot
29-12-06, 08:48 AM
suma orang nak labur untung ribu-ribu, tapi risiko tinggi, halal haram tak tahu lagi, cam nie baik masuk tabung haji......berkat

Bentuk pelaburan tu ada bermacam-macam, bergantung kepada kesesuaian diri kita dan tak semuanya boleh kita kategorikan sebagai haram...

Thread seperti ini diwujudkan utk perkongsian maklumat dan pengalaman bagi membantu user-user MK mencari kelebihan utk diri masing-masing.. Sumbangan maklumat, pandangan dan pendapat adalah amat dialu-alukan..

Walaubagaimanapun, pandangan yang berbentuk provokatif dan lebih kepada pandangan peribadi adalah lebih baik disimpan utk diri sendiri...

Anda telah diingatkan...

Big Daddy
29-12-06, 10:54 AM
suma orang nak labur untung ribu-ribu, tapi risiko tinggi, halal haram tak tahu lagi, cam nie baik masuk tabung haji......berkat

spgthreelogi,

Thread ini adalah untuk berkongsi maklumat sejauh mana konsep pelaburan dapat kita praktikkan pada orang yang berminat. Jalan mana pelaburan tersebut, terpulang pada yang berminat untuk menentukan.

Jika untuk menentukan halal haram pelaburang tersebut, bukan di sini untuk kita bincangkan kerana antara kita bukannya semua muslim.

Pernah dengar pelaburang Tabung Haji yang mengalami kerugian RM98juta pada tahun lepas?

gigs
29-12-06, 11:00 AM
Pernah dengar pelaburang Tabung Haji yang mengalami kerugian RM98juta pada tahu lepas?

Macam pernah ku dengar, tapi dimana ye? Sbnrnya kes ni berlaku pada tahun 2002. Tapi perbicaraan yg bersangkutan masih berlanjutan sehingga sekarang.

Big Daddy
29-12-06, 12:20 PM
Macam pernah ku dengar, tapi dimana ye? Sbnrnya kes ni berlaku pada tahun 2002. Tapi perbicaraan yg bersangkutan masih berlanjutan sehingga sekarang.

Hik hik hik...!!! Pernah dengar ek, aku puunnngggg...!!! :35:

Kenapa dah 4 tahun sekali pun kes camni tak boleh nak selesai? Di mana silapnya?

TokWe
29-12-06, 02:37 PM
Dalam Unit Trust ada juga Fund yang bersandarkan syariah. Sila baca prospektusnya ketika melabur dalam fund tersebut, tertera Penasihat Syariahnya. Sekarang fund syariah kat CIMB Wealth Advisor Al-Ihsan2 menikmati keuntungan yang besar sekarang.

cenenot
29-12-06, 03:26 PM

Bang,

Kat mana nak dpt info pasal Al-Ihsan2 nih.. kalau boleh bagi le gak info top agents dia yang awek 2 beradik tu mana le tau kan aku berminat nak melabur kat fund dorang... :icon_biggrin:

ritchie
01-01-07, 07:34 PM
Kekawan nak minta advice...aku melabur trust fund Public Iktikal. Modal RM 5,000....kalau redeem sekarang dapat rm7500...untung 2500. Soalannya...wajarkah aku redeem atau biar je coz niat duit ni utk anak aku masa besar esok...please advice

selim
02-01-07, 12:12 AM

Bila beli? Fund ini invest kat mana?

Ramai analisis mengatakan Ekonimi Malaysia akan bertambah baik tahun ini. Sekiranya fund ini invest Malaysia di sektor Property, Industri dan Kelapa Sawit. Fund ini boleh simpan lagi.

TokWe
03-01-07, 10:03 AM
Cenenot,

Al-Ihsan2 adalah high risk fund yang bersandarkan syariah. Avg unit price aku 1.14 dan harga redemption semasa skg ialah 1.32. Aku akan pegang fund ini selagi harga masih terus melonjak. Bila harganya tak bergerak sebegitu lama nanti atau mengalami kejatuhan, aku akan redeem. Satu lagi option kita boleh switch fund yg untung besar kepada fund yang harga rendah yang ada potential utk naik. Bila kita switch fund, kita pakai harga belian yg mana lebih murah dari harga jualan.

ritchie
03-01-07, 07:14 PM
Selim, tak silap aku local investment. Aku beli hasil org bagi duit masa eldeset son aku lahir campur duit2 raya. Tapi fund ni dah full. Public Mutual punya.
Anyway thanx for advice:icon_biggrin:

Sempoi
04-01-07, 01:40 PM
UT ni ok sgt la...aku maseh dok langgan potong EPF...kene byk2 sabar....

CasualSexBuddy
04-01-07, 02:15 PM
Waaa nampak gaya ramai plak abg2 CIMB wealth advisor kat sini :icon_biggrin:
errr ..... DALI2 je ker bang yg ngetop skrg? :23:

dana lain ada ker?

TokWe
10-01-07, 11:22 AM
Banyak lagi fund yg sdg mengetop kat CIMB Wealth Advisor skg....selain DALI2, DALI1 pun ok....Al-Ikhlas, Al-Hikmah, Al-Hafiz. Al-Mizan pun tgh naik.....ini ok sebab balanced fund, baik utk diinvest skg.

Crystal pun meletup jugak. Better beli Asuan Equity Fund....ada potential utk naik..skg harga jualan 0.52.

CasualSexBuddy
10-01-07, 01:02 PM
abg TokWe agent mana ek?

TokWe
11-01-07, 08:23 AM
abg TokWe agent mana ek?

Saya dgn Platinum........Millionaire Sisters tu.

taker
08-02-07, 04:06 PM
hello semua. nampaknya sunyi jer thread ni tanpa berita terkini. so saya rasa terpanggil untuk bertanya kpd anda semua tentang SWISSCASH. ada tak sesiapa dari kita yang pernah atau masih terbabit dgn SWISSCASH ni?
dulu kan pernah kecoh satu malaysia ttg kekantoian pelabur-pelaburnya. sekarang camner dia punya perkembangannya? ada saper2 yang tau tak?
harap saya tak salah thread yer. minta maaf kalau tersilap.huhu

anggerikdesa
09-02-07, 10:12 AM
Hi,

Bila baca thread ni banyak benda yang boleh didapati. Cam i ada buat labur unit trust tapi tak pernah tahu apa perkembangan dia even tak pernah dapat statement. Bila call agent takda perkembangan lanjut tentang investment. Bila kita kata nak tambah investment pun dia diam. Smua agent camtuh ke? I invest dgn SBB Mutual. Ingat nak kuar balik duit tuh labur kat tempat lain or org bagi agent yang aktif sikit pegang.

TokWe
11-02-07, 06:55 AM
SBB Mutual skg dah tukar nama kpd CIMB Wealth Advisor. Harga2 unit trust skg terutamanya equity fund sedang naik mendadak skg. Contoh fund syariah, DALI, DALI2,Ikhlas,etc. Lepas raya cina ni plak dengar khabar Global Fund spt Asian Equity Fund, Global Growth Fund akan naik plak.

Saya dah untung 36% kat DALI2 dan Ikhlas.....labur selama 3 thn.

Sekiranya, ada terdapat agen2 yg malas dan anda ingin mengetahui kedudukan unit trust anda skg, boleh pergi ke pejabat pemasaran utk semakan atau pun anda mesti buat investment dgn agen baru supaya rekod2 anda terdahulu dapat disemak oleh agen yg baru itu.

taker
07-03-07, 05:52 PM
ini petikan berita harian hari ini.apa pendapat anda semua?

AmInvestment lancar dana hartanah ke-3

AMINVESTMENT Bank Bhd melancarkan dana hartanah ketiganya, AmPan European Equities, bagi memberi peluang kepada pelabur tempatan menikmati pendedahan kepada sekuriti hartanah dan Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) di Eropah.

AmPan European Property Equities adalah dana pengantara yang melabur dalam dana ekuiti hartanah Henderson Horizon Pan European yang berpangkalan di Luxembourg.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, berkata AmPan European Equities menyediakan pelabur tempatan laluan kepada pelaburan dalam portfolio hartanah yang pelbagai di Eropah.

“Reit di Eropah dijangka berkembang dalam beberapa tahun akan datang, terutama di United Kingdom yang baru memperkenalkan perundangan Reitnya pada awal tahun.

“Ini bermakna harga hartanah akan dinilai semula secara positif, sekali gus akan meningkatkan pulangan pelaburan,” katanya pada majlis pelancaran dana hartanah itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Ekuiti Hartanah Henderson Global Investor, Patrick Sumner; Pengarah Urusan Henderson Global Investors Asia, Alexander Henderson; dan Pengarah Urusan AmInvestment Bank, TC Kok.

AmPan European Equities memiliki saiz dana dibenarkan sebanyak 250 juta unit. Semasa tempoh tawaran, ia ditawarkan pada harga RM1 seunit dengan pelaburan minimum RM1,000, manakala pelaburan tambahan RM500.

Dana itu akan dijual di 176 cawangan AmBank, agensi pengedaran AmBank, AmPrivate Banking dan agen unit amanah institusi (IUTA) yang dibenarkan, termasuk Citibank, UOB, Standard Chartered Bank, CIMB Bank, CIMB Private Banking dan Hong Leong Bank.

Sementara itu, Sumner yang menyifatkan ekuiti hartanah sebagai kelas aset jangka panjang selamat berkata pasaran hartanah di Eropah sedang meningkat pada masa ini, terutama dalam segmen komersil dengan unjuran pulangan 15 peratus hingga 18 peratus. “Segmen pejabat di London pula adalah pasaran pertumbuhan paling dinamik di dunia pada masa ini,” katanya.

Dengan pengenalan AmPan European Property Equities, Kumpulan AmInvestment Bank kini menguruskan 31 unit amanah saham.

Kumpulan itu menjangkakan dana di bawah pengurusannya mencecah RM18 bilion menjelang Mac 2008 daripada RM13.06 bilion pada 28 Februari 2007. Ia bercadang memperkenalkan lima hingga enam dana baru tahun ini.

taker
10-03-07, 08:15 PM
as we know investment in unit trust is liquidity and our objective is to exit when target meet.

But, normally public mutual consultant will hold investor investment for them to get some indirect commision depends on amount investor they keep, so the people investment will face a risk to be drop down back in case when they wait to get the commision, the fund drop..

Public mutual consultant will not message or see the client who meet target 10-15% until they get the indirect commision..

If the market drop down, the client will face the risk and the consultant just consult to wait futher more and them get the commision.

hello. dibawah ini saya copy and paste satu kenyataan ttg public mutual. ada tak sesapa disini yang boleh cerita kan masalah di lain2 mutual spt AMINVESTMENT, HLG ,CIMB(sbb) dan sebagainya. sekarang ni banyak betul unit trust yang baru dilancarkan.semoga dengan nasihat dan pengalaman sedara2, rakan2 kita yang lain boleh elakkan dari menghadapi masalah.sekian.

so who face the risk here..??
Only client... and consultant still get profit... thats why public mutual win a lot of achievement... win a total fund amount.. cause nobody will redeem your investment...

thats why i choose CIMB unit trust cause they always inform when the target meet and not so looking to commision which can lost client investment..

TokWe
12-03-07, 08:45 AM
Semuanya ini bergantung kepada "ETIKA KERJA" consultant itu. Mana2 yg hendak mengejar komisen semata2, itu lah jadinya di mana investor tak diberitau bila nak redeem.

Seorang consultant yg beretika selalu menghubungi clientnya (2 kali sebulan minimum) utk memberitahu status pelaburan mereka.....yakni bila nak switch fund, redeem atau average down the unit price. Selalunya, bila keuntungan sudah menepati sasaran, cepat2 lah redeem........konsep unit trust ni pun sama mcm main saham jugak......bila untung cabut, bila harga rendah beli balik. Cuma unit trust memakan masa lama yakni bertahun2.

taker
12-03-07, 11:27 AM
terima kasih tokwe.tapi kan dari apa yang saya faham dari kenyataan diatas, saya nampak public mutual punya consultant punya strategi mmg macam tu.dah jadi macam budaya dan habit.jadi ada tak sesaper yg berpengalaman tg sama kat bank lain?
tq.

CasualSexBuddy
15-03-07, 07:35 AM
OK CSB nak tanya pasal satu pelaburan ni. yang dah menjadi kegilaan di pejabatan CSB...

ada saper2 yg pernah dgr tentang ABfund tak? what can you guys tell me about this fund?

TokWe
15-03-07, 08:24 AM
OK CSB nak tanya pasal satu pelaburan ni. yang dah menjadi kegilaan di pejabatan CSB...

ada saper2 yg pernah dgr tentang ABfund tak? what can you guys tell me about this fund?

Fund ini melalui internet ker?.......Kalau pelaburan melalui internet spt Swiss Cash, saya tak yakin. Sebagai contoh apa akan jadi kepada pelaburan kita sekiranya website pelaburan itu tak ada lagi?

CasualSexBuddy
19-03-07, 08:17 AM
mmg pun pelaburan internet...
ramai dah kat opis CSB yg dah buat benda ni...
nampak mcm ok ...
kawan sorg tu baru keluarkan RM 140 .. lepas seminggu

TokWe
19-03-07, 08:58 AM
Macam ni la.........dalam dunia ni mana ada nak dapat duit sesenang itu......kalau ada pun, mungkin ianya the first gimmick just to attract people to invest in this scheme. Hanya nak buat kita gelap mata ajer dan kasi kita seronok buat sementara. Kes ni sama mcm kes Pak Man Telo.

Orang nak merompak bank nak jadi kaya pun banyak risikonya.....kena tembak mati lah, penjaralah.....dan macam2 hukuman lagi. Ini kan pula letak RM150 katakan,,,,,dalam 6 bulan jadi RM100K. Pendek kata, tak semudah itu nak jadi kaya dan dapat duit yg banyak2.

Dari segi perniagaan, logik keuntungan sebegitu rupa adalah mustahil.

Kita lihat sajalah tokoh2 jutawan dan bilionnaire.....saya amat yakin tak seorang pun yang jadi kaya raya kerana invest dalam skim cepat kaya. Kesemuanya berpijak di bumi yang nyata, yakni berusaha dengan bersungguh2 memajukan perniagaan mereka. Jatuh bangun dalam perniagaan itu adalah perkara normal sahaja.

Sebenarnya, skim cepat kaya ini mengajar kita malas untuk berusaha......jadi fikir2kan lah.

There is no easy way to accummulate wealth......you have to work for it. And also remember this, for those who get their money in such an easy way......easy come, easy go.

bud70
26-03-07, 12:04 PM
Bro... aku suka betul dgr ko bersyarah part internet biz ni...
my opinion part ni senang je.... dont put your investment into one basket.... so... bagi le sikit variety utk jangka panjang & pendek... kalau nak cepat kaya thru that type of investment... cuba le sikit... jgn miss the boat je... jgn le sampai amt yg di invest tu memeningkan kepala je... aku ni byk type of investment dok try... just belum jumpa yg sepadan ngan cara aku je...

TokWe
26-03-07, 12:41 PM
bud70,

lama tak nampak bayang....ke mana menghilang?

Pasal internet biz ni......mcm awak kata.......jgn mengharapkan sgt......can give a try but in a very small amount. Every investment has its own risk.....but we must know how to manage the risk. .....it's called RISK MANAGEMENT.

Nonetheless, I still don't believe in internet biz.....which can offer us unbelieveable amount of profit.

antagon
26-03-07, 02:55 PM
ada sesapa sini tahu pasal winli fund...tak faham lah?

bud70
26-03-07, 03:14 PM
Winlifund.... ABBfund..... dan byk lagi.... semuanya internet biz yg amat risky... calculated risk tak leh nak kira.... byk bahaya.... Macam yg tok we kata le.... risk management is one of the important tools dlm investment... Kena tanya yg expert cam tok we.... Aku ni... kalau ko tanya corporate finance matter.. syok le aku nak sembang... esp private equity ke...

Tok we.... amacam biz skrg ni..... masyuk ke

TokWe
26-03-07, 05:15 PM

bud70......skg aku slow down sikit dlm unit trust biz aku.....byk sibuk dgn keje. tapi to extra generate income, join sama main share.

kau plak apa citer?

bud70
29-03-07, 04:57 PM
Aku la ni sebok sikit ngan Southern Corridor... tapi tak masyuk lagi la.... aku ni pun dok menyelit sesikit cari duit poket kat share market... itu pun bila high recomendation kat forum la.... aku ni not a risk taker at the moment... dedulu lain

bud70......skg aku slow down sikit dlm unit trust biz aku.....byk sibuk dgn keje. tapi to extra generate income, join sama main share.

kau plak apa citer?

shahizam81
05-04-07, 11:49 AM
why dun u guys aja yg jadi unit trust consultant...maybe as part timers...they earned a lot....
aku ada license cuma masa takder....last time dapat individual open akaun rm100k; commisson aku rm2,200...senang2 aja.

ko jd consultant unit trust apa?aku cam minat gak je...cmne caranyae?kena bayar mende2 tak?

shahizam81
05-04-07, 01:06 PM
aku stuju dgn tok we...sbb aku dh penah kena tipu main internet biz ni...aku burn 5k main rapid mall ari2...mula2 mmg best..dia anto sms kata dh dpt sekian2 byk..tp dh masuk mggu ke3, habuk pun takde...hampeh btl...dh la yang consult aku tu member aku sendiri..last skali dia pun xdpt tolong aku...tp dia dah kaya skang beb..main swisscash tu...dia ajak aku gak tp dah serik beb...lgpun, kan HARAM!!ntah mana2 diorang invest benda tu...leh dpt duit cepat plak tu...impossibel betul klu tak main tipu...

laiK
10-04-07, 03:47 PM
ASB tu Unit Trust ker?

Sempoi
10-04-07, 05:01 PM
ASB tu Unit Trust ker?

yessssss...ASB tu termasok dlm kategori unit trust atau saham amanah. Kat mesia ni ada 2 kategori...mcm ASB tu under gov protection dan satu lagi..normal commercial under certain bank...dua2 mmg ok..cam ASB...risiko terlalu rendah n keuntungan pon boleh tahan...tapi yg commercial tu...risiko sederhana n keuntungan lebih skit...

selim
16-05-07, 01:22 PM
Prudential Asia Select Income Fund

Setelah saya dah jual agak banyak saham kat BSKL. Dan disebabkan akhir ini kesuntukan masa, susah nak jaga Counter saham lagi (biasa counter yang saya beli ialah mesdaq, naik cepat, turun cepat). Saya ingin melabur ke Trust Fund.

Hari ini, seorang Agent Prudential telah memperkenalkan Prudential Asia Select Fund ini bagi saya. Berikutlah maklumat yang saya terima:-

Launch: 18/11/2005
Fund Size: 900,000,000 units
Currend Fund Size: 773,131,000.00 unit
Value: 0.50/unit
Current Price: 0.5227
Benchmark: 20% MSCI India Index + 20% MSCI China Index + 60% Ram quant shop MSG Medium Index.
Minimum Initial Investment: RM5,000
Minimum Additional Investment: RM500
Sales Charges: 3% - 5% of NAV per-unit
Annual MAnagement Charges: 1.5% on NAV of the fund

Saya minat Fund ini sebab ia ada invest kat Foreign (offshore). Ada sesiapa tau lebih lanjut tentang Fund ini tak? Sila beri tunjuk ajar.

** Returnnya dijangka mencapai 18.45% per-annum.

Setelah 13 Bulan beli. Nilai hari ini ialah RM11,141.46. Returnnya 11.41%.

** Tengah Planning nak JUAL, takut Pasaran Saham China jadi BUIH.

TokWe
17-05-07, 08:34 AM
TAHNIAH SELIM. Memang masa kini global fund amat menguntungkan.

Utk local fund plak, Al-Ihsan 2 (CIMB Wealth Advisor), saya sudah untung roughly 51% setelah melabur sejak April 2003. Saya guna duit EPF. EPF tak boleh bagi return yg sebegitu byk.

cheebye
18-05-07, 04:55 PM
fund comparison SBB DALI2 & Public Islamic Equity Fund.

well sapa2 berminat nak diversify investment in Public Mutual.. feel free to PM me. thanks

cheebye
18-05-07, 05:20 PM
P.Mutual Return of Investment (ROI) of my investor..

initial investment - RM9,863 ( 17 July 2006 )

Current Value - RM15,705.27 ( 17 May 2007 )

Profit - RM5,842.27

Ddaniell
25-05-07, 02:44 PM
berminat nak masuk unit trust nih tapi aku baru abes blaja...takder epf lagi lew..

ape cadangan korang kalaulah aku dpt keje nanti..ape step yg perlu aku wat tuk masuk unit trust nih....aku rase masuk muda2 nih la untung...tua nnti senang..leh kawen 2 3 4..har har har

TokWe
28-05-07, 08:26 AM
Utk melabur dalam unit trust menggunakan duit epf:

1. Minimum akaun 1 RM55,000. Minimum amaun boleh dikeluarkan utk pelaburan RM1,000.

Contoh pengiraan: 55,000 - 50,000 = 5,000
20% dari 5,000 = 1,000

Sekiranya dalam akaun 1 ada RM70,000
70,000 - 50,000 = 20,000
20% dari 20,000 = 4,000
Jadi RM4,000 boleh dikeluarkan dari epf utk pelaburan.

2. Kekerapan pengeluaran adalah setiap 3 bulan.

ransom
28-05-07, 09:52 PM
Tanya sikit , ttg dana yg terbaru , apa kena nama dia , lupa plak
Buleh tak transfer dari Ittikal ke fund baru ?

p/s: naper yer kalau kita invest rm1K tak da org nak f/u kita sama ada nak tambah ker idak, aku ada 2 akaun .. aku nyer ngan bini aku nyer , aku bubuh 1K satu agen melayu satu agen chinese , wakakakaka dedua x follow up aku , sama ada nak tambah fund , sajer aku test , tp mmg korang x pandang jd aku pun maleh nak tambah fund tu.

TokWe
30-05-07, 08:57 AM
Fund Switching dalam Unit Trust (di bawah syarikat sama spt Public Mutual) dibenarkan. Tak der additional fee dikenakan.

Mengenai agen yg kurang bersemangat nak layan, biasalah kalau invest RM1000, berapa sgt komisen dia dapat (mungkin RM20 jer), duit minyak kereta pun tak lepas. Lainlah invest RM10,000 ke atas, komisen yg dapat berbaloi boleh tampung penat lelah agen ke sana ke mari.

forest gulp
07-06-07, 06:01 PM
bebaru nih aku ada terdengar satu fund dalam real esatate dipanggil REIT..aku ingat yang paling best sekali bawak produk nih adalah hwang dbs..REIT adalah investment dalam property berbentuk shoplot atau shopping complex space yang disewakan kepada org lain..duit drpd market price itu adalah margin depa..aku tak berapa pandai sanagt dalam bende alah nih..tapi kalu nak invest kene amik yag oversea punya..jgn amik yg malaysia punya pasal tak matured lagik..yang hwang dbs tuh bagus..cimb pon ade nak buat REIT nih jugak..tapi tak tau camne perkembangannya..siapa yang ada info pasal REIT nih boleh la sembang skali..aku pon tak berapa pandai jugak sebenarnya..

labib
07-06-07, 06:57 PM
Tanya sikit , ttg dana yg terbaru , apa kena nama dia , lupa plak
Buleh tak transfer dari Ittikal ke fund baru ?

p/s: naper yer kalau kita invest rm1K tak da org nak f/u kita sama ada nak tambah ker idak, aku ada 2 akaun .. aku nyer ngan bini aku nyer , aku bubuh 1K satu agen melayu satu agen chinese , wakakakaka dedua x follow up aku , sama ada nak tambah fund , sajer aku test , tp mmg korang x pandang jd aku pun maleh nak tambah fund tu.

kalau ko nak contact number agen aku leh kasik...dia ni full time wat mutual ni... so far ade perkembangan baru je dia akan call aku,,,, nak amik agen amik yang full time... yg part time cam hampehh...ko switch agen pun buleh rasanya biar padan muke dia ...tau nak wat side income jee

onlymee
10-06-07, 02:34 PM
Aku nak intro skim simpanan dari AMBANK...nama dia AmCash Guarantee 21..
Produk ni gabungan simpanan(mcm simpan kat akaun biasa), pelaburan(mcm ASB), dan jaminan kewangan...dana Ambank 360 juta nak diagihkan pd peserta skim ni....
Kesimpulannya....Ambank nak bagi duit(dana) free kat orang berdasarkan berapa yg korang dapat simpan setahun(bukan sebulan tau!) dlm tempoh 21 thn(3 thn sekali keluar dividen2+dana/untung berkali ganda dari ASB/duit di jamin dari sumber2 halal shj/dah cukup 21 thn..duit yg korang simpan tu blh amik blk la siap ada bonus lg tu!!!)
So amacam....simple sangat ke explaination aku ni? So kalau ada yg minat sila2 kan contact aku yg buat part time ejen AMBANK...
Duit Free Beb..talak rugi punya!!!

cenenot
10-06-07, 02:44 PM
Mintak pendapat abang2 yang mahir bab trust fund, aku baru2 ni terperasan iklan ni kat paper.. dari public mutual, tolong bagi komen sket, prospek skim yang terbaru nih, aku bukan reti sangat benda nih ..

1% FREE UNITS
during the initial offer period from 5 June 2007 - 25 June 2007

The new Public China Select Fund is an aggressive equity fund that seeks to achieve capital growth over the medium- to long-term period by investing in a portfolio of investments in the greater China region namely in Hong Kong, China and Taiwan markets and including China based companies listed on overseas markets. The fund may also invest in companies listed on Bursa Securities and other foreign markets which have significant or potentially significant business operations in the greater China region.

Up to 98% of the fund’s net asset value (NAV) can be invested in selected foreign markets which include Hong Kong, China, Taiwan, Singapore, United States of America and other approved markets.
Equity exposure: Generally range from 75% to 90% of its NAV.
RM0.25 per unit during the initial offer period (5 June 2007 – 25 June 2007).
FUND INFORMATION Name of Fund
Public China Select Fund
Category of Fund
Equity Fund
Approved Fund Size
1.5 Billion Units
Launch Date
5 June 2007
Investor's Risk Profile
High Risk
Fund Objective

To achieve capital growth over the medium to long-term period by investing in a portfolio of investments in the greater China region namely in Hong Kong, China and Taiwan markets and including China based companies listed on overseas markets. The fund may also invest in companies listed on Bursa Securities and other foreign markets which have significant or potentially significant business operations in the greater China region.

FEES & CHARGES Service Charge Between 5% to 7% of NAV per unit Repurchase Charge Nil Annual Management Fee 1.5% per annum of the NAV Management Expense Ratio (%) NA
Annual Trustee Fee 0.08% per annum of NAV, subject to a minimum fee of RM18,000 per annum. UNIT TRANSACTION Selling Price At NAV per unit plus service charge (Forward Pricing) Buying Price At NAV per unit (Forward Pricing) Initial Investment RM1,000 Additional Investment RM100
Cooling-Off Period Investors who are investing with Public Mutual for the first time may exercise their cooling-off right within 6 business days from the date of receipt of the application form by Public Mutual and receive a full refund of the investment paid within 10 days of receipt of cooling-off notice by the Manager. For EPF unitholders, the cooling-off is subject to EPF's terms and conditions. This cooling-off right, however, shall not extend to a corporation or institution, the staff of Public Mutual, and persons registered to deal in its unit trust funds.
Repurchase of Units Unitholders may redeem units on any Business Day and receive payment of repurchase proceeds within 10 days.

TokWe
11-06-07, 08:45 AM

Cen,

Secara ringkasnya begini:

1. Sekiranya kau beli fund ini (Global Fund) pada 5 - 25 Jun 07, kau akan dapat 1% extra units free. Kalau kau beli 10,000 units, kau akan dapat free 100 unit. Harga initial offer dia 0.25 seunit.....aku kira best buy ni. Biasanya dalam masa setahun, harganya boleh jadi 0.30 ataun lebih lagi.

2. 98% dari fund ini di laburkan di market yg tertera di atas. Ini adalah Equity Fund yg berisiko tinggi utk medium and long-term investment. So jgn harap kau dpt untung yg berlipat ganda dlm masa yg singkat. Mungkin 3 atau 6 bulan pertama, kau dalam kerugian kerana kau kena bayar service charge.

3. Cooling off period tu ialah kau akan dapat full refund sekiranya kau membatalkan niat kau melabur dlm fund itu dlm masa 6 hari dari tarikh transaction. Kalau tidak, kau kena charge utk segala fee and charges yg dikenakan. Biasanya, harga kau beli dari fund manager lebih tinggi dari harga yg kau jual balik kepada fund manager. Perbezaan itu adalah utk fee and charges yg dikenakan. Redemption price kau adalah sama dgn NAV price.

4. Minimum investment utk fund ini adalah RM1000 dan setiap tambahan sebanyak RM100. Guna duit EPF jer. Every 3 month kau boleh keluarkan.

Cen, aku biasanya beli Global Fund ni pada harga intial offer sebab murah berserta kau dpt extra units lagi. Dalam setahun, kau boleh nampak untungnya tapi mungkin tak seberapa sgt. Dlm 3 thn dan seterusnya, kau akan lihat returnnya yg berlipat ganda.

sampahan
06-08-07, 10:20 AM
nak tanya la, kalau jadi unit trust consultant ni camne ye? aku ni bukan pandai sgt nak sembang kencang. softskill aku apa la sgt...

TokWe
06-08-07, 02:06 PM
pergi kemana2 pejabat unit trust.....CIMB Wealth Advisor ke, Public Mutual ke dsb...kata berminat nak jadi agen. Kena ambil exam FMUTM.

taker
07-08-07, 12:08 PM
assala mualaikum semua otai2 kat sini. saya nak minta pendapat dan nasihat kat otai2 kat cni. sy harap anda semua dapat membantu saya.
begini ceritanya. awal tahun ini saya ada membeli saham amanah dr sykt A. SEsejak sy membelinya. nilai nya semakin susut, tak pernah naik.dari RM1.00 sampailah RM 0.81. sejak KLCI menjunam ni, nilainya merosot lagi sampai RM 0.7+.
di sini saya berpendapat saya perlu melakukan switch ke dana yg lain. jadi soalan saya ialah:-

soalan 1.
bilakah waktu yg sesuai utk saya melakukan switch.adakah masa nilai sedang turun atau sedang menaik.

soalan 2.
jika saya nak melakukan switch, dana mana kah yang patut saya masuk? adakah dana yg bernilai lebih rendah ( kurang dari RM 0.7+) ATAU perlu cari dana yg lebih tinggi nilainya.( rm0.8= keatas)

soalan 3.untuk pengetahuan anda semua, dana saya sekarang adalah property di eropah. maka apakah ciri2 dana yang sesuai untuk saya masuki , maksud saya , dividen ker, ekuiti ke, balance ker , growth ker,atau apa.

SOALAN 4.jika saya switch, adakah bil unit saya tu akan berkurangan atau kekal?

itu lah saja harapan saya. terima kasih.

antagonist
08-08-07, 11:33 AM
nak tumpang tanya..mahal ker cost utk ambil exam agen unit trust nih ?

Kakashi Sensei
08-08-07, 10:20 PM
nak tumpang tanya..mahal ker cost utk ambil exam agen unit trust nih ?

Mahal tu takder lah..tp RM300 jugak lahh
Minat ker??

terunasuci
09-08-07, 09:10 AM
Saya ni minat melabur dalam unit trust melalui duit epf...tapi nak cari ejen pompuan yang seksi dan muda jer...sbb rasa lagi selamat melabur...kalau pegi ofis epf selalunya yang bukak kaunter kat luar tu abang2 ngan makcik2 jer...kalau ada kawan2 pompuan yang jadi agent unit trust tu bolehlah pm kat saya...confirmed saya join......

Corncake Quart
09-08-07, 05:28 PM

Ler ko nih TS, ko nak melabur duit epf ker nak melabor air duit? Hehehehe.....kalu ejen awek aku mmg tarak, but agen aku setakat nih alhamdulillah. Dia agent utk Public Mutual. First fund aku dah bagi return dlm 40% over a period tak sampai setahun. Second and third aku nyer return skrg nih dlm 12-18 % kira ok lah tu. EPF pon bayar return dlm 5.5% per annum jek. So far fund yg aku tgk menarik cuma Public Mutual, yg lain lom nampak lagi kemampuan dier. So kalu ko ader minat ngan ejen aku leh PM aku. Barang diingat dia nih balak bkn nyer awek. Sbb dia invest duit epf bukan air duit.....

terunasuci
10-08-07, 10:06 AM

hehehe...aku ni bukan apa, kalau aweks yang bagi penerangan mudah sikit nak paham...sambil menyelam leh minum air...aku memang dengar Public Mutual ni return dia menarik...aku tgh nak compare ngan Prudentialnyer lak...tapi biasalah...fund2 ni sumer bukan leh dapat pulangan ngan cepat...at least returnnya bagus dari epf pun dah cukup...dan duit pun tak hilang...

tak per...nanti aku consider ko punya agent tu gak...

p/s : tapi insurans aku ambik ngan boeing...

ritchie
18-08-07, 11:31 PM
So far aku rasa Public Mutual memang ok...aku join (actually anak aku) Public Iktikal Fund (Fund ni dah penuh)...return dia memang bagus.
Aku suggest korang tengok2 performance unit trust ni.
Tapi kalau insurance eg pendidikan anak macam ING dia siap cover life sekali...contoh kalau kau mati anak kau tetap dapat semua macam kau bayar penuh.

Aku ada ejen OTAI Ing...tengok orangnya convincing & dia dah buat claim utk ramai org yg aku kenal.

Ddaniell
06-09-07, 11:00 PM
aku nak masuk public mutual....dgr cite der fund baru nak bukak..pe die? sape2 agent public mutual kat sini?

zack_xxx
07-09-07, 11:54 PM
sesapa yang nak invest dlm public mutual leh PM aku... sentiasa bersedia :D

Kakashi Sensei
08-09-07, 09:47 AM
Hurmm..aku tak pernah invest dlm Public Mutual, skrg ni aku invest ngan CIMB jer
so far return dia memang bagus, within 3 month dah leh dapat 15% return..
lgpon utk EPF, lepas circulation arituh byk funds dlm Public Mutual yg affected..
coz skrg punya syarat, utk investment melalui EPF, fund tu tak boleh invest dkt oversea..
Most of fund in public mutual invest in oversea market..so saper2 yg ada invest ngan
public mutual tu better korang check ngan consultant korang.. coz apa yg aku tahu,
bila2 dah jd camnih ramai consultant dr public mutual gelabah nak park diorang punya client under CIMB punya funds.. so better choose CIMB rather than Public Mutual

Ddaniell
15-09-07, 01:36 AM
sesapa yang nak invest dlm public mutual leh PM aku... sentiasa bersedia :D

zack..sentiasa bersedia? ko leh dapatkan keuntungan berlipat ganda tuk aku tak?takmo la lepas aku dah masuk...buat derk jer..huhu..

Alauz
20-09-07, 12:58 AM
last month aku ade terdengar rumour sayin that maybank ade introduce sort of like unit trust which is invest for 10k n for another 10years u will get 100k...but u need to invest every month around 150 base on that 10k... not sure whether its true or not...

hopefully anybody yg keje kat maybank can confirm about this...cheers...

selim
23-10-07, 11:30 AM
Hari ini, Public Mutual Bhd melancarkan satu FUND baru.

PB China Pacific Equity Fund.
Harga: 0.25

Detail, pls visit publicmutual.com.my

** Saya dah beli RM10K. Sekarang nampak PRC, mesti SAPU.