PDA

View Full Version : World Cup 2010 in South Africa



alex_sk
05-12-09, 09:33 AM
I'm creating this thread to discuss anything and everything about the World Cup 2010 in South Africa.

Here's are the 32 teams grouping:

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France

Group B: Argentina, South Korea, Nigeria, Greece

Group C: England, USA, Algeria, Slovenia

Group D: Germany, Australia, Ghana, Serbia

Group E: Netherlands, Japan, Cameroon, Denmark

Group F: Italy, New Zealand, Paraguay, Slovakia

Group G: Brazil, North Korea, Ivory Cost, Portugal

Group H: Spain, Honduras, Chile, Switzerland

More details like match time and venue will be posted later.

shinchan18
06-12-09, 08:20 AM
My favourite drawn is Group C and consider

England
Algeria
Slovenia
Yankee

By the Sun in UK.Hope that they are not over confident.

wahlaue
07-12-09, 11:16 AM
I recon Group of Death is
Group G: Brazil North Korea Ivory Coast Portugal

with the easiest group is
Group C: England United States Algeria Slovenia
and Group H Spain Switzerland Honduras Chile

and the rest are quite even between the teams.

Horatio
09-12-09, 07:32 PM
Win or lose...

http://1.bp.blogspot.com/_gET0TxRNIAI/SqZpJtca5uI/AAAAAAAAAJE/eo8HHWYBZNY/s200/Deutschland+flag.JPG

Wa tetap bersama team ini !!!!

Qish
10-12-09, 11:10 AM
Forza Italia!

though got this feeling that Brazil gonna win WC 2010.

FLO
10-12-09, 11:14 AM
ARGENTINA
(livin la vida loca)

p/s : benci protugal sbb ada CR:icon_biggrin:

sam261079
10-12-09, 03:10 PM
MALAYSIA
(gua sokong pada tahun 2040 bila layak world cup)


ARGENTINA
(god hand)

kicap
10-12-09, 03:20 PM
My Favourite:

Group A: France
Group B: Argentina
Group C: England
Group D: Germany
Group E: Netherlands
Group F: Italy
Group G: Brazil
Group H: Spain

The top 8 will confirm masuk nxt round....but dont under estimate the under dogs...

wahlaue
10-12-09, 03:22 PM
spain
sepanyol
esˈpaɲa
西班牙

sam261079
10-12-09, 03:22 PM
My Favourite:

Group A: France
Group B: Argentina
Group C: England
Group D: Germany
Group E: Netherlands (dulu gua minat sekarang dh kurang)
Group F: Italy
Group G: Brazil
Group H: Spain

The top 8 will confirm masuk nxt round....but dont under estimate the under dogs...

team-team yang lain nie semua nya dah berkurun kurun masuk ahhhh rasa mcm tak berapa menarik lah plak ...

betul tu yang terlepas pandang yang team underdog......

quikstrike
25-01-10, 10:49 AM
I think Argentina will win the World CUP

borders
29-01-10, 03:51 PM
RTM diberi hak siar 35 perlawanan Piala Dunia 2010
Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 Jun hingga 12 Julai ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
berkata, menerusi hak itu RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran
secara langsung dan 11 siaran tertunda.
"RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan
sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2. Hampir semua penjadualan siaran
langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam,"..

wahlaue
29-01-10, 03:56 PM
"RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam dan
sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2. Hampir semua penjadualan siaran
langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam,"..

Munkinkah dgn ini, ASTRO akan charge for WC2010?

KiNgX
29-01-10, 04:07 PM
Munkinkah dgn ini, ASTRO akan charge for WC2010?

Tak mungkin dia akan charge sebab nak tengok Astro pun kita dah kena bayar...hehehe.

Good Job RTM!!!

wahlaue
29-01-10, 04:11 PM
Tak mungkin dia akan charge sebab nak tengok Astro pun kita dah kena bayar...hehehe.

Good Job RTM!!!

Manatau... macam cricket or boxing kena extra bayar 9.90 kalau nak tengok special event.
So kira ASTRO can make this type of package...

Horatio
29-01-10, 04:18 PM
Yeah !!!!!!! Asteruk mau charge ka tak mau charge ka.... dia suka.... lu x suka pun, klu depa suka mau caj depa caj juga maaaa.....

Tapi TQ to RTM.....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

semoga kualiti gambar mantap.....

*buruk sikit2 pun x per sebab free..... bayar punya, cun mcm mana gambar pun.... hujan kaluuuuu...... satu sen pun x dapat

Qish
29-01-10, 04:39 PM
Yeah !!!!!!! Asteruk mau charge ka tak mau charge ka.... dia suka.... lu x suka pun, klu depa suka mau caj depa caj juga maaaa.....

Tapi TQ to RTM.....

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

semoga kualiti gambar mantap.....

*buruk sikit2 pun x per sebab free..... bayar punya, cun mcm mana gambar pun.... hujan kaluuuuu...... satu sen pun x dapat

ala pix lawa mana pun..satgi member hang ajak p lepak kedai mamak, tinggal gak asteruk hang tuh~ekekekekeke

Kamen Rider Black
18-02-10, 06:22 PM
Tahun ni x tau lg nk sokong team mana.. nak sokong England, defend duk brgaduh pasal bini. kawan makan bini kawan. x senonoh betul. Ingat nk sokong Argentina la tahun ni.. Sokong Italy best jugak.. tapi Buffon tgh outform.. tp aku ttp peminat GK Italy trutamanya Walter Zenga.. Sokong Italy la tahun ni.. Minat tgk Buffon main..

Horatio
18-02-10, 06:25 PM
apa da kamen... sokong team pakai tgk pemain... cam pempuan la pulak sokong england & man utd dulu sebab beckham....

wakakakakaka

Kamen Rider Black
18-02-10, 06:43 PM
tahun ni x nak tgk pemain la, ingat nk tgk form pengadil. nk tgk cara pengadil mengendalikan game.. nk tengok undang2 baru.. nk tgk kesilapan2 pengadil.. nk tengok sape pengadil trbaik tahun ni..

xerox
19-02-10, 03:37 AM
tahun ni team mana defend paling power/kebal.. penyerang pun ada class memang julang world cup laa.. england nak menang kena kebalkan lagi pertahanan tu.. team paling banyak jaring gol belum tentu leh julang piala, tapi team paling kurang lepas gol ke separuh akhir ada harapan nak julang.. tak caya tengok statistik champion league, world cup and euro sebelum2 ni...

volz
19-02-10, 02:27 PM
Aku nak sangat tengok Italy menang ttp memandangkan defense yg mcm sampah n xde power attacker, mimpi jela.. WC champion this time aku rase Brazil or Portugal.. Hahahaha

Kamen Rider Black
07-03-10, 12:55 PM
Spain ada peluang tahun ni.. pasukan yang seimbang dalam setiap posisi.. serangan mantap dengan striker yang power.. midfield yanng kreatif dan defend yang kebal.. GK pn boleh dianggap kebal dan mungkin boleh dapat GK terbaik Piala Dunia.. England payah nak jadi juara.. defend tak sebulu, attaking harapkan rooney sorang je.. rooney pn dah injured.. memang peluang England amat sukar...

Kamen Rider Black
07-03-10, 01:03 PM
Pasukan Amerika latin Brazil & Argentina mampu memberi saingan yang mantap.. Samba Brazil memang tidak boleh dinafikan tapi Argentina nampak sedikit goyah dibawah kendalian Diego Maradona.. Berdasarkan prestasi semasa, Perancis agak sukar bersaing dan Italy perlu memantapkan serangan sekiranya ingin membuat kejutan.. Buffon juga pergi kembali kepada prestasi terbaik beliau untuk membantu Italy menjadi juara.. Pasukan-pasukan lain boleh dianggap memenuhkan jadual perlawanan namun jangan diambil mudah.. siapa tahu mungkin Jepun atau Korea boleh jadi juara Piala Dunia 2010...

sexypirate
26-03-10, 12:32 AM
Rasa musim nie......England ade chance kot

wahlaue
18-05-10, 09:54 AM
Time for World Cup 2010. Those tak sabar2 boleh menghangatkan thread. jom makan bola, minum bola, tidur bola

XMen
18-05-10, 09:57 AM
Go BRASIL...........
Hope you can win this year...

aa0000
19-05-10, 01:15 AM
My favourite team for this coming world cup
England

carlrietz
19-05-10, 05:24 PM
World Cup 2010 di South Africa x berapa lama lagi jer... Dh lama aku tunggu tuk tgk World Cup.... Kali nie nye World Cup Aku letakan dan pasukan Fav aku ialah Spain. coz kebanyakan Player2 dari Spain kesemua nye boleh di katakan Bintang yang sedang menyinar di Eropah. Itu cuma Ramalan aku jer Spain pegang World Cup tahun nie. Tapi negara2 lain pastinye akan memberikan saingan yg hebat.

wahlaue
19-05-10, 05:34 PM
spain
sepanyol
esˈpaɲa
西班牙

lututketaq
19-05-10, 06:26 PM
England, Argentina, Spain... they look strong. but bola itu bulat. Macam2 boleh jadi. Let's enjoy the games!

mengdez
29-05-10, 10:00 PM
Belanda! Belanda! Belanda akan menang!

terunasuci
31-05-10, 01:26 PM
Walaupun Sepanyol dikatakan salah satu fevret, tp aku rasa mereka masih menghadapi masalah persefahaman...sbb aritu aku tgk perlawanan pemanas badan dengan Arab Saudi pun susah nak menang......

shinchan18
31-05-10, 02:00 PM
In world cup,the best team don't win....lol.. whether is spain,brazil or any other country,my bet is always on England. & Germany.

terunasuci
31-05-10, 02:08 PM
In world cup,the best team don't win....lol.. whether is spain,brazil or any other country,my bet is always on England. & Germany.

Apa yang anda cakap tu betul ada betulnya...

Germany maybe Yes...tp England ada problem sikit...sbb masa perlawanan pemanas badan pun mereka masih menghadapi masalah persefahaman...sama seperti Sepanyol......

xerox
01-06-10, 02:55 AM
sekarang ni badan dah panas sejuk panas sejuk ni nak demam piala dunia.. England leh menang ka.. jangan letak harapan tinggi sangatla kat england.. dari dulu camtu, tapi suku akhir je.. badi tak habis2.. tahun ni leh pi jauh kot.. tengok la camna, rooney kalau ilang taring nak dapat balik taring tu makan masa tu,,

spain camna lak, team faveret gak ni, kalau di ikut dari prestasi, memang kool player diorang ni, dari bawah sampai ke striker, jangan bola baru jadi alasan lak, besa la bola baru.. lama2 ok la,

Brazil, masih konsisten, tapi tak leh cakap gak, ada team yang leh mengejutkan diorang ni, kita tengok nanti, tapi aku suka keeper dia, mantop, tapi memang agak konsisten la, dari keeper sampai penyerang,

german, besala.. maintain je nampak,, tak leh nak nilai.. cuma ballack je tak dak.. ok kot..

portugal.. prestasi kurang memberansangkan.. tapi player top2 jugak ni.. boleh la kot ronaldo buktikan kemampuan dia,

france, paling tak konsisten, tapi pengurus die kool je, cam 2006, nampak kool je, cam pusingan kedua pun tak leh nak lepas, tapi p final gak oo, kalah game, menang tandukan je.. hehhee

argentina, pasukan bintang gak ni, striker saja leh tukar2, main untuk kelab memang tip top, messi n huguain penjaring terbanyak spain, tevez penjaring keempat terbanyak kat epl, milito penyerang merbahaya inter, striker saja, kalau tak leh nak kenuri gol tak tau laa, tapi tak tau laa sentuhan maradona camna, belum dapat strategi ngan tepat lagi, terpaksa kena pakai tenaga vateran cam veron untuk nak idupkan game, cam lawan ngan jerman tempoh hari..


pasukan yang kena bagi perhatian serbia, mantap gak ni, korea selatan.. power ni.. dijamin jadi pasukan paling rajin.

p/s: tengok game england semalam cam tak dak striker je.. sumernyer harap sentusan player jepun, jangan jadi cam france 2002 dah, pulang tanpa kemenagan gol huahuahua

hp3420
01-06-10, 03:42 AM
aku tetap sokong ARGENTINA walaupun hanya ada jersey made in siam...hehehe

carlrietz
01-06-10, 03:12 PM
Kali ini Itali sebagai Juara Bertahan sekaligus penyandang Piala Dunia bakal beraksi dgn mengunnakan khidmat Pengurus yang lama juga iaitu Mr Lippi. Dan adakah pasukan Azzuri itu sekali dapat pertahankan makhkota Piala dunia yang di mana mereka pernah ungguli dahulu di worldcup 2006 di German. Sama2 kita saksikan nanti adakah Juara Bertahan ini bakal mempertahankan statusnya sebagai Penyandang juara pada World cup kali ini.

myash
01-06-10, 05:38 PM
er. tumpang tanya.
kat mane nak dptkan jadual perlawanan world cup 2010 ni ye?
letih aku mencari.
ade sesape sudi kongsi?

wahlaue
02-06-10, 09:37 AM
er. tumpang tanya.
kat mane nak dptkan jadual perlawanan world cup 2010 ni ye?
letih aku mencari.
ade sesape sudi kongsi?

Online viewing - http://soccernet.espn.go.com/world-cup/fixtures?cc=4716&ver=global
PDF Download - http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/64/42/24/2010fwc_matchschedule_e.pdf

terunasuci
02-06-10, 10:19 AM
Dalam banyak2 jersey, jersey pasukan Ivery Cost paling kelakar aku tgk...

Aku tgk dorang punya perlwanan pemanas badan...aku ingatkan aritu dorang main kat padang yang berselut dan berlumpur sbb tgk kotor semacam je jersey dorang...rupanya design jersey nya memang camtu...atas biru dan bawak ke bawah warna coklat.......

Retired
02-06-10, 04:07 PM
http://www.youtube.com/watch?v=TnPU_p9vVQQ

Retired
02-06-10, 04:08 PM
http://www.youtube.com/watch?v=wPfsM4yBZps

xpmen
02-06-10, 04:33 PM
tak sabar aku nak tunggu world cup ni.....hoben argentina hoben

wahlaue
07-06-10, 10:07 AM
World Cup Schedule include Malaysian Time, Score and table tracking. In MS Excel.

plong
07-06-10, 11:38 AM
Netherlands winger Arjen Robben (http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/11137) was taken to hospital after suffering a suspected hamstring injury in the Oranje's 6-1 mauling of Hungary, leaving his World Cup finals participation in doubt.

ari tu gua layan friendly ni
mcm biase team netherland ni mmg byk star
main ari tu pon cantik
robben siap gol 2 bijik
tp last2 injured so nasib die di WC blom pasti lg
tahun ni aku berharap team yg x pernah mng WC bleh jd champion
main la mcm nak mati janji mng hehehe

tenuk8
08-06-10, 01:36 AM
hu hu.. best la clip2 semua.. so rasa2 sapa akan menang WC kali nih....

terunasuci
08-06-10, 01:32 PM
Netherlands winger Arjen Robben (http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/11137) was taken to hospital after suffering a suspected hamstring injury in the Oranje's 6-1 mauling of Hungary, leaving his World Cup finals participation in doubt.

ari tu gua layan friendly ni
mcm biase team netherland ni mmg byk star
main ari tu pon cantik
robben siap gol 2 bijik
tp last2 injured so nasib die di WC blom pasti lg
tahun ni aku berharap team yg x pernah mng WC bleh jd champion
main la mcm nak mati janji mng hehehe

Tp kalau sapa tgk friendly match tu memang macam kelakar je cara dia injured tu...pasal nak buat back skill terus injured...

So, world cup kali ni bakal menyaksikan ramai top star yang tak dapat bermain di saat akhir akibat kecederaan......

terunalagi
13-06-10, 11:29 PM
Skang ni Serbia lwn Ghana....boring game.....setakat hari ni...game paling best Argentina - Nigeria....

KiNgX
13-06-10, 11:57 PM
Skang ni Serbia lwn Ghana....boring game.....setakat hari ni...game paling best Argentina - Nigeria....

Argentina tu memang best, Messi memang hebat, no doubt. Tapi semalam bila tengok game, rasa macam nak masuk dalam tv jer, nak kasi perbetoi tiang gol tu...adoyaiii, asyik tersasar jer sepakan Messi ni ke tiang gol....ini tiang gol yang silap kedudukan atau memang betul Messi tak hebat???

Kamen Rider Black
14-06-10, 03:22 AM
Keputusan Pembantu Pengadil membatalkn gol Mexico kerana offside mmg tepat.. Menurut Undang2 11 Law of the Game..

Kedudukan Ofsaid

Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.

Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:
• dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir. (tiada perkataan GK di sini.. so GK pn boleh buat perangkap Offside walaupn ada seorang lg pertahanan di belakang GK))

Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
• dia berada di kawasan padang permainannya sendiri
atau

• dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau

• dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir


Kesalahan

Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:

• mengganggu permainan atau
• mengganggu pemain pihak lawan atau
• memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu

Tiada Kesalahan

Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:

• sepakan gol
• lontaran ke dalam
• sepakan penjuru

Pelanggaran dan Hukuman

Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

carlrietz
14-06-10, 11:10 AM
World Cup tahun 2010 di Afrika Selatan telah pun bermula dan tuan rumah memukan sepak mula menentang Mexico dengan berkesudahan kedua2 pasukan ini seri 1-1, England pula juga seri 1-1 dengan United Stated of America oleh kerana kesilpan penjaga gawang England iaitu Robert Green kerana gagal menangkap dengan kemas Bola yang di sepak oleh pihak lawan sehingga kan termasuk sendiri ke Gawang England. Tapi Germany menang besar ke atas Australia dengan menewaskan Australia 4 - 0' permainan yang di pamerkan oleh German memang menarik dan aku rasa peminat2 yang mengikuti perlawan antara German menentang Australia berpuas hati dengan permainan german.

KiNgX
14-06-10, 11:26 AM
Germany vs Australia.

Ini baru game bola yang sebenar. Sepanjang saya melihat perlawanan di World Cup 2010, saya rasa ini antara permainan yang amat baik sekali, even Argentina yang mempunyai players ternama pun tak mampu memberi corak permaianan yang memberangsangkan seperti Germany. Kagum melihat gandingan Podolski, Philip Lahm, Klose, Oziel dan Schweinsteiger yang memang menarik dan terbaik dari ladang! tak sia-sia berjaga sampai lewat pagi.

Ini yang membuatkan hati nak jadi lalang menyokong Germany lak ni...hehehehe

Retired
14-06-10, 11:33 AM
Germany vs Australia.

Ini baru game bola yang sebenar. Sepanjang saya melihat perlawanan di World Cup 2010, saya rasa ini antara permainan yang amat baik sekali, even Argentina yang mempunyai players ternama pun tak mampu memberi corak permaianan yang memberangsangkan seperti Germany. Kagum melihat gandingan Podolski, Philip Lahm, Klose, Oziel dan Schweinsteiger yang memang menarik dan terbaik dari ladang! tak sia-sia berjaga sampai lewat pagi.

Ini yang membuatkan hati nak jadi lalang menyokong Germany lak ni...hehehehe


kedua2 game saya terlepas dan tak dapat tengok iaitu. Argentina vs Nigeria dan jugak Germany vs Australia. Tapi saya sempat melihat highlights kedua2 game tersebut. saya rasa Argentina dan Germany telah mempamerkan mutu bolasepak yang hebat. Cuma nasib tidak menyebelahi Argentina di mana penjaga gol Nigeria begitu hebat pada malam tersebut. Bagi Germany pulak, saya rasakan mereka akan sampai ke peringkat separuh akhir dan sila perhatikan dua permain muda mereka iaitu Thomas Muller dan jugak Mesut Ozil

KiNgX
14-06-10, 02:56 PM
Peringatan buat mereka yang beragama Islam sempena demam World Cup 2010.

Elak jersi tertera lambang salib

TAMAN MEDAN – Sempena kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, peminat bola sepak beragama Islam di negara ini diminta tidak memakai jersi pasukan negara bertanding yang tertera lambang salib.

Pengerusi Biro Pemuda Masjid Nurul Ehsan, Ariffin Mahaiyuddin berkata, hukum memakai pakaian yang mempunyai lambang berkenaan adalah haram.

Menurutnya, umat Islam terutamanya golongan remaja masih ramai yang tidak menyedari perkara tersebut.

“Hukum memakai jersi atau pakaian yang mengandungi lambang salib adalah haram. Oleh itu, umat Islam terutamanya golongan remaja hendaklah menghindari daripada memakai pakaian tersebut.

“Tetapi sekiranya mahu memakai jersi pasukan kesayangan masing-masing, dinasihatkan lambang salib itu ditampal atau dibuka,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, antara pasukan bola sepak yang menyertai kejohanan kali ini dan mempunyai lambang salib di jerseynya ialah pasukan Sepanyol, Portugal dan Brazil.

Dalam perkembangan lain, Ariffin memberitahu pihaknya telah menubuhkan Kelab Sahabat Masjid sebagai usaha mendekati golongan kanak-kanak dan belia di Taman Medan.

Katanya, kelab Sahabat Masjid dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak berumur antara tujuh dan 11 tahun, kategori remaja iaitu 1 hingga 19 tahun dan kategori belia yang berumur 20 hingga 45 tahun.

“Kita membuka keahlian kepada semua kariah masjid Nurul Ehsan yang berminat. Borang keahlian boleh didapati di masjid dan lapan buah surau naungan masjid Nurul Ehsan sekitar Taman Medan.

“Untuk keterangan lanjut bolehlah singgah ke blog masjid Nurul Ehsan di http://masjid-nurul-ehsan.blogspot.com atau emelkan sebarang pertanyaan ke nurulehsan1986@gmail.com,” katanya.

Iron Man
14-06-10, 02:59 PM
germany germany germany=cho ha mi~~~ cho ha mi...wakaka

KiNgX
14-06-10, 06:21 PM
Malam ni jangan lupa hahhhh, Italy vs Paraguay.


http://www.mk-portal.org/forum/attachment.php?attachmentid=61624&stc=1&d=1276510731



Good Luck Italia, Viva Azzurri!!! Show the world you are better than Germany! Ingat kami mai main saja-saja ka????

mengdez
15-06-10, 07:17 AM
Italy tak mungkin juara lagi bagi edisi kali ini.

KiNgX
15-06-10, 12:22 PM
Italy tak mungkin juara lagi bagi edisi kali ini.

Kecewa betul tengok game semalam (Italy vs Paraguay). Rasa tak berbaloi jer jaga sampai lewat pagi. Main tak syiok langsung, tak de rasa keterujaan nak tengok. Bila dah menet ke 60 baru la game jadi rancak sikit, serang habis-habisan...tu pun dapat 1 gol jer. Bila tengok corak permainan camni....ntah dapat mempertahankan kejuaraan ntah tidak.

p/s: maybe sebab hujan kot...hehehehe

XiaoJiao
18-06-10, 10:39 AM
Many people laughed and collect money in the Argentina vs South Korea's game but more people cried in the Greece vs Nigeria's game last night...:jeropa::jeropa::jeropa:

Retired
18-06-10, 07:59 PM
http://www.astro.com.my/stadiumastro/ if you guys have no astro access

zaxlroses
21-06-10, 01:32 PM
w cup tahun nier banyak kejutan ....kita tgk kejutan 2nd round lak ...

Oll_tomp
21-06-10, 01:37 PM
itali dan new zealand pun seri england nampak macam pasukan yang baru main bola .. france naib juara piala dunia yang lepas boleh cakap selamat tinggal pada wolrd cup kali nie.. world cup yang paling unexpected.. even german pun tewas second game dengan serbia.. bookie judi bola mungkin boleh senyum lebar tahun nie

bobmali
21-06-10, 02:02 PM
Apasal tiba2 terbayang difikiran gua yg game2 untuk World Cup tahun mungkin telah ditentukan oleh bookie2. Result2 so far macam pelik semacam je..agains the normal.

plong
21-06-10, 03:30 PM
kecewa pon ada layan WC tahun ni
ape kejadahnye berjaga smpai 5 pagi tp ujung2 result seri 0-0

may be betul kalo ada org ckp result dh ditentukan oleh bookie
tp sekurang kurangnye jgn la smpi mood penyokong under par
aparaaaaaaaaa

fiefie999
24-06-10, 02:19 AM
akhirnya england dan USA mara...perlawanan yang memerlukan semua pasukan menang...

dar74
24-06-10, 11:25 AM
Buat setakat ni, nampaknyer game utk 2nd round memang menarik sbb ada pasukan pilihan awal2 dah kena jumpa masa 2nd round.

1) Uruguay vs S.Korea - aku harap Korea boleh mara ke quarter final sbg wakil Asia
2) Argentina vs Mexico - kalo Mexico bole buat upset, ramai yg tepuk dahi nih..hehehe
3) USA vs Ghana - dua2 underdog, selalunyer game mcm ni mmg entertaining
4) Germany vs England - game yg ramai menyumpah sbb langsung x expect dua team ni jumpa masa 2nd round. penalti kut yg ni.

nnt kita tgk lagi lapan team lps ni...

setanx
25-06-10, 05:24 AM
dua finalis 2006 balik awal..kah kah kah kah....

hp3420
25-06-10, 06:34 AM
kesian gila kat italy...tercorot dlm group huhuhuh

lanji
27-06-10, 12:13 PM
walaupun korea kalah mlm tadi, aku tetap tabik kat korea sbb semangat melawan diorang tinggi walaupun hingga ke wisel penamat....nampaknya lepas world cup ni, jaguh sepakan percuma akan datang dari asia...hehe

Kamen Rider Black
27-06-10, 07:22 PM
WC 2010, bnyk keputusan mengejutkn.. apapun aku sokong Subkidin.. Semoga anda berjaya hingga ke Final WC 2010...

lanji
28-06-10, 08:15 AM
4-1 england kena tibai.....ape nak jadilah...harapkan liga je glamer...

terunalagi
28-06-10, 11:32 AM
england main mcm hampeh....salah formasi, salah letak orang, salah taktik.....lagi satu...lampard tak klik dgn gerrard....tak sesuai main sekali....

dar74
28-06-10, 12:18 PM
haaa,...4 game dah abis, Uruguay, Ghana, Germany & Argentina dh lps ke suku akhir, tinggal lagi 4 game 2nd round

5) Belanda vs Slovak - Sepatutnyer jln mudah utk Belanda
6) Brazil vs Chile - Dua2 dari Amerika Selatan, kalo ada upset pun menarik gak nih...
7) Paraguay vs Jepun - Dua pasukan underdog, Korea x lps kut2 Japan bole la jadu wakil Asia
8) Sepanyol vs Portugal - game yg menarik sbb semua top player Europe main dlm game nih

msbroccoli
28-06-10, 05:50 PM
haaa,...4 game dah abis, Uruguay, Ghana, Germany & Argentina dh lps ke suku akhir, tinggal lagi 4 game 2nd round

5) Belanda vs Slovak - Sepatutnyer jln mudah utk Belanda
6) Brazil vs Chile - Dua2 dari Amerika Selatan, kalo ada upset pun menarik gak nih...
7) Paraguay vs Jepun - Dua pasukan underdog, Korea x lps kut2 Japan bole la jadu wakil Asia
8) Sepanyol vs Portugal - game yg menarik sbb semua top player Europe main dlm game nih

yeh yeh.. aku punya favorite Argentina dah masuk. wakaka!!!

dar74
30-06-10, 04:29 PM
Dah pun masuk quarter finals..mana2 team yg terkeluar semua dah pun balik ke tanahair masing2..tinggal 8 team saja lagi

1) Brazil vs Belanda - Boleh ke Belanda nak lawan samba Brazil nih?
2) Jerman vs Argentina - satu lagi classic rival punya game. dua2 punya kelebihan..mesti menarik..
3) Uruguay vs Ghana - dua2 underdog, yg mana lps semi-final pun dah kira catat sejarah..
4) Sepanyol vs Paraguay - Walaupun pasukan fav, Sepanyol tak berapa menyerlah, paraguay bole curi tumpuan

Tak sabar nak tunggu quarter finals lagi dua hari...

tilam
30-06-10, 10:43 PM
Dah pun masuk quarter finals..mana2 team yg terkeluar semua dah pun balik ke tanahair masing2..tinggal 8 team saja lagi

1) Brazil vs Belanda - Boleh ke Belanda nak lawan samba Brazil nih?
2) Jerman vs Argentina - satu lagi classic rival punya game. dua2 punya kelebihan..mesti menarik..
3) Uruguay vs Ghana - dua2 underdog, yg mana lps semi-final pun dah kira catat sejarah..
4) Sepanyol vs Paraguay - Walaupun pasukan fav, Sepanyol tak berapa menyerlah, paraguay bole curi tumpuan

Tak sabar nak tunggu quarter finals lagi dua hari...

Malang team team dari asia dah kalah..seronok tengok diaorang main perah kudrat lawan team besar..Malaysia kaalu layak world cup suatu nanti pun main mcm diaorg lah..kena bersusah payah..

thaifreak
30-06-10, 11:15 PM
I rasa semifinalist kali ni......brazil, argentina,ghana,spain

XiaoJiao
30-06-10, 11:17 PM
I rasa semifinalist kali ni......brazil, argentina,ghana,spain

Setuju! :weed1::weed1::weed1::goof::goof::goof::pirate::pi rate::pirate:

txmate
01-07-10, 12:28 PM
peh layan tul tgk bola baru nie.. dah msok semi final...
kekalahan jepun, wp dlm jangkaan jugak.. tapi.. satu yg blh dibanggakan..
penuh bermaruah bila 0-0, kemenangan ditentukan dgn penalti..

spain layak menang, 61% bola ada di kaki mereka..
kalau tidak kerana gol pd masa pertama..
mgkin spain-portugal, penalti gak... hu3..

very interesting game

msbroccoli
01-07-10, 07:16 PM
so how u guys think about Argentina vs. Germany??
yg mana satu akan menang?

sexypirate
02-07-10, 01:22 AM
Germany.............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! !!!!!!!

KiNgX
02-07-10, 11:30 AM
Kesian kat dorang ni especially pemain Korea Utara tu.


Skuad Korea dihantar ke lombong

PARIS: Pemain Korea Utara berisiko tinggi dihantar ke lombong arang batu manakala Nigeria mendapat tamparan hebat digantung dua tahun daripada sebarang aksi bola sepak antarabangsa.

Apa yang membuatkan semakin buruk ialah apabila ia diperbesar-besarkan selepas aksi membanggakan walaupun tewas kepada juara lima kali, Brazil 2-1 pada perlawanan pembukaan mereka. - AFP

msbroccoli
02-07-10, 12:54 PM
OMG~~ Pity for the players from South Korea.

KiNgX
02-07-10, 05:11 PM
Ok semua, sekarang masa untuk berfikir kembali pasukan mana anda fikir patut menang...jika anda fikir Brazil atau Germany, Think again!! Sila baca kat bawah ni...

Bagi peminat bolasepak tentu kenal akan Maradona tetapi belum tentu kenal Larissa Riquelme. Larissa Riquelme merupakan model dari Paraguay dan sudah tentulah die hard fan pasukan Paraguay. Manakala Maradona pula bekas pemain Argentina dan pemain terbaik dunia suatu masa dulu, kini menjadi jurulatih bagi pasukan Argentina untuk piala dunia 2010.

Apa yang menariknya antara kedua-dua mereka ini. Memang dari segi jantina dan bentuk badan kedua-duanya berlainan tapi mereka mempunyai satu persamaan. Ya satu persamaan!

Mereka akan berlari BOGEL jika pasukan mereka menang Piala Dunia 2010!.Model Larissa Riquelme akan lari bogel jika Paraguay (http://www.thepaparazzis.com/model-larissa-riquelme-will-run-through-streets-naked-if-paraguay-wins-pics/) menang, manakala Maradona akan lari bogel jika Argentina menang (http://www.goal.com/en-us/news/67/world-cup/2010/05/27/1945350/world-cup-2010-diego-maradona-to-run-naked-through-streets).


So, skang ni anda sudah tahu nak sokong pasukan mana yang patut menang Piala Dunia 2010?

terunasuci
02-07-10, 05:19 PM
Ayat2 di atas tu macam saya biasa dengar je...sama je bunyinya...at least edit la sikit...ekekekekeke

KiNgX
03-07-10, 01:52 AM
Pemerhati bola sepak telah mengenal pasti punca Lionel Messi masih belum dapat menjaringkan gol di dalam kejohanan bola World Cup 2010 kali ini. Puncanya ialah....

dar74
03-07-10, 10:54 AM
Hmm..team favorite seluruh dunia, Brazil dah pun terkulai..bila dah kena 2 gol, main pun dah rupa mcm game liga kampung, siap pijak2 org lagi..hehehe

Uruguay mengiringi Belanda utk perlawanan separuh akhir nnt. Dua team yg x berapa gah ni akan mencatat sejarah baru ke final nnt. Uruguay last jadi juara tahun 1950 manakala Belanda last masuk final tahun 1978.

Tinggal 4 team berentap utk satu lagi semi-final..mari tunggu sapa yg lepas...

Retired
03-07-10, 10:57 AM
Pemerhati bola sepak telah mengenal pasti punca Lionel Messi masih belum dapat menjaringkan gol di dalam kejohanan bola World Cup 2010 kali ini. Puncanya ialah....


If that is his dick, thats bloody FAT and HARD hahahha

dar74
05-07-10, 10:09 AM
Argentina yg diharap2kan telah pun musnah oleh team muda German yg pada awalnyer langsung tak diberi sebarang peluang utk maju lebih jauh. Sepanyol pula hanya dapt satu gol utk layak ke separuh akhir menentang German.

Separuh akhir

Belanda vs Uruguay - Uruguay hilang penyerang utama kerana kad merah, Belanda semakin bersemangat..interesting game

Germany vs Sepanyol - Perlawanan antara pengalaman menentang semangat muda. Atas kertas, Sepanyol nampak lebih berpeluang utk mara ke akhir tapi German sebelum ni, dah mengalahkan dua pasukan pilihan dgn 4 gol (England & Argentina). Perlawanan yg paling ditunggu2...

terunasuci
05-07-10, 02:43 PM
Mereka akan berlari BOGEL jika pasukan mereka menang Piala Dunia 2010!.Model Larissa Riquelme akan lari bogel jika Paraguay (http://www.thepaparazzis.com/model-larissa-riquelme-will-run-through-streets-naked-if-paraguay-wins-pics/) menang, manakala Maradona akan lari bogel jika Argentina menang (http://www.goal.com/en-us/news/67/world-cup/2010/05/27/1945350/world-cup-2010-diego-maradona-to-run-naked-through-streets).


So, skang ni anda sudah tahu nak sokong pasukan mana yang patut menang Piala Dunia 2010?


Mungkin telah ditakdirkan bahawa penduduk dunia tak sanggup melihat mereka berbogel di kahalayak ramai...sbb tu lah pasukan mereka kalah...lg pun kalau model Paraguay tu okey lagi...ni Maradona...mak oiiii...tak sanggup den nak bayangkan......

sib baik aku penyokong kuat Jerman...ekekekekeke

KiNgX
05-07-10, 03:17 PM
sib baik aku penyokong kuat Jerman...ekekekekeke



Piirahhhh...dan dan jadi penyokong kuat Jerman lak....ari tu sokong sangat Brazil, sampai saya terpaksa senyap menutup mulut bila melihat sorakan mereka berdua ini (terunasuci dan wood3). Tak berani nak bersorak beb dek tenggelam dengan sorakan yakin mereka.

terunasuci
05-07-10, 03:22 PM
Piirahhhh...dan dan jadi penyokong kuat Jerman lak....ari tu sokong sangat Brazil, sampai saya terpaksa senyap menutup mulut bila melihat sorakan mereka berdua ini (terunasuci dan wood3). Tak berani nak bersorak beb dek tenggelam dengan sorakan yakin mereka.

Aritu saje nak jawga hati Pak Wood...mana tau kot2 bila Brazil menang dapay makan satey...ekekekekeke

KiNgX
05-07-10, 03:24 PM
Aritu saje nak jawga hati Pak Wood...mana tau kot2 bila Brazil menang dapay makan satey...ekekekekeke



Brazil kalah sebab Pak wood3 mai sokong brazil pakai baju kedah...macam mana nak menang....badi kedah kalah masih dok ada!!!

terunasuci
05-07-10, 03:27 PM
Brazil kalah sebab Pak wood3 mai sokong brazil pakai baju kedah...macam mana nak menang....badi kedah kalah masih dok ada!!!

ekekekekeke...tu la pasai...apa pun pasukan Jerman tetap di hati saya...Go Jerman Go......

txmate
06-07-10, 01:16 PM
Mmg diluar jangkaan jugak... Brazil dan Argentina dah balik kg.. Paling tidak dijangka cara permainan mereka.. Mmg nmpk gaya nak kalah tuh..
Menghampakan.. Sapa2 tgk pun leh baca.. Mereka kurang menyengat.. Rembatan GOL asyik tersasar.. Malahan mudah disambut..
Aksi yg x layak bagi bintang macam mereka...

Apa2 pun.. jangkaan kini Belanda vs Sepanyol final nanti.. Go2 Sepanyol

Retired
08-07-10, 02:52 PM
Spain played truly like a champion....slick passing total football....its gonna be the envy of everyone....bloody hell...the germans cant even get hold of the ball possession....they trailed by 70% till the 20th minute.....its like a training session for the spanish.....

p/s have you guys noticed.....there are 7 barca players playing this morning MINUS fabregas and valdes..if both were to play the first eleven....that we would have 9 barca players....cant believe the german nationals teams could lose and outplayed by barcelona :D

terunasuci
08-07-10, 02:59 PM
Nampaknya ramalan si 'Paul' tepat lagi...untuk rekod, ini merupakan ramalan dia yang tepat untuk kali ke 6...so, setakat ni 100% ramalannya tepat......

dar74
08-07-10, 03:04 PM
Akhirnyer,seperti menepati jangkaan awal sebelum bermulanyer World Cup 2010 Afrika Selatan, Sepanyol telah melayakkan diri ke perlawanan akhir menentang Belanda.

Mana2 pasukan yg menang akan mencatat sejarah kerana menjadi pasukan yg terbaru termasuk dlam senarai elit pemenang World Cup bersama2 Uruguay, Brazil, Italy, Germany, Argentina, England dan Perancis.

ashary
08-07-10, 04:14 PM
Tgu ja la..untuk final sotong nih amik team mana..cepat2 bertaruh..ekeke
nak cover balik lost sebab brazil n argentina kalah..
papun untuk final ak sokong holland...sbb awek dia bnyk yg lawa2...



Nampaknya ramalan si 'Paul' tepat lagi...untuk rekod, ini merupakan ramalan dia yang tepat untuk kali ke 6...so, setakat ni 100% ramalannya tepat......

terunasuci
08-07-10, 04:37 PM
Aku rasa perlawanan akhir ni mesti menarik...sbb kedua2 pasukan bermain corak terbuka dan menyerang...so, memandangkan aku kalau boleh tak nak miss menyaksikan perlawanan akhir ni sbb ianya berlansung 4 tahun sekali je, maka aku awal2 lagi Isnin depan dah amik cuti...hehehe......

FLO
08-07-10, 05:18 PM
Aku rasa perlawanan akhir ni mesti menarik...sbb kedua2 pasukan bermain corak terbuka dan menyerang...so, memandangkan aku kalau boleh tak nak miss menyaksikan perlawanan akhir ni sbb ianya berlansung 4 tahun sekali je, maka aku awal2 lagi Isnin depan dah amik cuti...hehehe......



dengar khabar ramai yang apply cuti
gang belah KL pn ramai dh apply cuti
ada sebarang rancangan nk port mana2 tak?

pd mereka yg ****...mereka memerlukan tmpt yang ada WIFI/internet
serta PLUG and POWER


lalalalalalla:icon_scared:

dar74
12-07-10, 08:36 AM
Sepanyol akhirnyer berjaya membuktikan yang mereka adalah pasukan bolasepak yang terbaik di dunia pada masa ini. Walaupun menang dgn jaringan 1 - 0 utk mengalahkan Belanda pada final WC mlm td, ketara mmg nampak Sepanyol lebih menguasai perlawanan terutama pada separuh masa kedua.

Viva Espana!!

Jumpa lagi 4 tahun di Brazil..:Finger_fing22:

plong
12-07-10, 10:19 AM
tahniah spanyol.......

mcm yg aku harap awal2 dulu
biar team yg xpenah mng world cup jd champion kali
terbukti game pg td dimenangi team spain yg xpernah layak ke perlawanan akhir pun akhirnye menjadi juara
team holland aku rase agak defencive ckit
cube main mcm besa baru la game bertambah menarik
schnider haram xnmpak sgt

ni kene tggu ujung2 baru iniesta score
xsia2 diorg berusaha dr awal
boll possession pon mmg kt spain dr awal
nway the best team win...........

espana..espana..espana

txmate
12-07-10, 04:14 PM
ramalan paul tepat jugak kali ini... tapi, mengikut analisis.. justifikasi paul itu sbenanya ada lah kerna warna...
dan, yg penting tahun ini SPAIN menang... selepas berhempas pulas dpt gak sumbat gol.. adeh..
leka sggh permainan mereka..

terunalagi
12-07-10, 05:36 PM
ramalan paul tepat jugak kali ini... tapi, mengikut analisis.. justifikasi paul itu sbenanya ada lah kerna warna...
dan, yg penting tahun ini SPAIN menang... selepas berhempas pulas dpt gak sumbat gol.. adeh..
leka sggh permainan mereka..

world cup dah habis....lepas ni sembang EPL la plak...heheheheh...tak sabar nak tengok The Reds punya openig game.....jom sokong Liverpool!!!!!!

selim
20-07-10, 11:35 AM
Fans dari Arab Saudi. Top Quality JC.