PDA

View Full Version : Personal Finance Tips

shinchan
15-08-05, 09:35 AM
Halu rakan2,

dalam keghairahan kita utk mencari pendapatan tambahan...jgn lupa juga pasal personal finance kita...how we manage duit yg dah ada dalam tangan...itu kira kitanya defence la...those investment bole dianggap sebagai offence...without a good defence, kalau offence hebat cemana pon, pasti akan tergolek gak...just menunggu masa jer...

aku rekomen korang baca buku2 azizi ali (millionares are from diff planet), robert t kiyosaki (rich dad ppor dad, cashflow quadrant)etc...korang pon mesti pernah dengar kan...serius worth every rm yang korang spend kan...

eh mod, aku taktau topik nie sesuai ker tak dalam forum nie...aku belasah jer hehe...sajer nak bersuara...

- It is not how much money u make that matters, it is how much u keep n make it work for u that important :p -

Big Daddy
15-08-05, 09:43 AM
dalam hidup aku hanya satu saja prinsip yg aku pegang untuk Personal Finance..

"Gaji/income yang aku dapat setiap bulan, aku simpan sikit bakinya baru aku belanja..bukan gaji/income yang aku dapat setiap bulan, aku belanja dulu, bakinya baru aku simpan"

kalo simpan baru belanja..baru bole limitkan perbelanjaan kita..kalo kita belanja dulu baru nak simpan..alamatnya memang tak bole simpan la coz cukup bulan jer..duit baki pun dah nazak..huhuhuh!!

CHEERS!

entahler
15-08-05, 10:29 AM
kalau niesa lak.....
setiap bulan memang niesa laburkan dalam beberapa insurans..... let say beli 4 or 5 insurans (total dalam 700++ per month)... kalau boleh setiap tahun tambah jumlah insurans.... tak yah ambik lama2.... ambik maturity period 5 - 10 years. so just imagine... kalau kita ambik setiap tahun.... then dalm tempoh 10 tahun nanti, setiap tahun kita boleh dapat at least 30,000 - 50,000 (ikut caruman)... so kalau 7 caruman insurans, setiap tahun boleh dapat 30,000...

tapi jangan gak lupa beli insurans pendidikan untuk anak2, insurans nyawa, dan insurans kemalangan.... so kalau apa2 jadi satu hari nanti.... kita tak menyesal.... nak tinggalkan org yg kita sayang pun... kita tak berat hati..

sekadar pandangan :p

shinchan
15-08-05, 10:36 AM
btul kata2 hantu kubur tuhs...dalam term yg biasa orang pakai - 'Pay Yourself First'...kalau benda basic macam nie pon takleh nak wat, mmg susah la nak kawal disiplin diri kita dalam berbelanja...lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi skrang yg tidak stabil...harga minyak semakin naik, harga barang2 keperluan pon konpem naik...so pandai2 la pk sendiri...

tips berguna : kalau korang nak senang kan, esp sesiapa yg makan gaji, pergi tanya HR korang...tanya pasal potongan gaji masuk ASB...isi borang utk pemotongan dan sign...pastu biar HR yg setelkan everything...takyah susah2 nak gi bank tiap2 bulan nak masukkan duit...kalau korang dah wat benda nie, congrats! takyah byk2...mula ngan rm50 dulu..pastu increase la ikut kemampuan...

boeing
15-08-05, 10:44 AM
kalau niesa lak.....
setiap bulan memang niesa laburkan dalam beberapa insurans..... let say beli 4 or 5 insurans (total dalam 700++ per month)... kalau boleh setiap tahun tambah jumlah insurans.... tak yah ambik lama2.... ambik maturity period 5 - 10 years. so just imagine... kalau kita ambik setiap tahun.... then dalm tempoh 10 tahun nanti, setiap tahun kita boleh dapat at least 30,000 - 50,000 (ikut caruman)... so kalau 7 caruman insurans, setiap tahun boleh dapat 30,000...

tapi jangan gak lupa beli insurans pendidikan untuk anak2, insurans nyawa, dan insurans kemalangan.... so kalau apa2 jadi satu hari nanti.... kita tak menyesal.... nak tinggalkan org yg kita sayang pun... kita tak berat hati..

sekadar pandangan :p

Aku cukup setuju dengan pendapat you,....pasal i ni Agent Insurance... Kalau nak tambah insurance lagi, sila la call. Or PM me.... Tak kisah la sesapa yg nak dengar pasal insurance, just pm me with your phone number and real name. I;ll call u to set an appointment.

selim
15-08-05, 10:51 AM
Cara saya.

saya percahkan income saya kepada 3 bahagian.

50% untuk perbelanjaan harian
20% ENJOY
30% untuk Investment

Investment
Investment bukan hanya share, insurance dll. Investment ini terkandung property, Trust Fund (Local dan Off-Shore).

Bagi saya insuran bukan satu investment yang bagus. Mengapa kita nak beli Insuran? sebab nak dapat protection. Tetapi premium yang kita bayar itu, 60% dibayar sebagai komisyen. Saya juga membeli insuran, tapi bukan beli plan seperti WHOLE LIFE, ENDOWNMENT DAN EDUCATION PLAN. Mengapa?

Sebagai contoh: Katakan saya beli insuran whole life RM100,000, premiumnya ialah RM3000. Bagi waktu ini, memang tak jadi masalah bagi saya, RM3000 saya boleh bayar, tetapi how about tahun depan dan tahun-tahun yang berikutnya, mungkin bisnes saya rugi, nak makan punb susah, mana ada duit untuk bayar premium. Kalau nasib baik kita dah bayar 3 tahun, masa itu baru ada cash value, kalau kurang dari 3 tahun, apa kita pun tak tinggal. Dan cash value itu apa boleh buat, mungkin anda boleh ambil keluar ataupun tukar kepada term life untuk dapat protection. Jadi saya tak begitu setuju ambil insuran sebagai Investment.

Ambil contoh diatas, katakan kita dah siapkan RM3000 untuk dapat protection dan Investment, cadangan saya ialah, beli TERM LIFE RM100,000, Term Life ini sama dengan Whole Life, Endownment, asalkan lupa nafas, Insuran mesti bayar, dan premiumnya hanya RM300. Ini bermaksud anda masih ada balance RM2,700. Gunakan duit tinggal ini invest di Trust Fund. Anda boleh beli Trust Fund yang diperkenalkan oleh Bank ataupun Off Shore trust Fund (MBB pun ada jual). Trust Fund ini ialah Mid-Long Term Investment. Biasanya anda akan nampak pulangan ketara dalam 5-7 tahun.

Balik kepada perkara malang, katakan kita guna cara kedua, iaitu beli TERM LIFE dan Invest Trust Fund, katakan tahun depan, kita mungkin tak ada kerja, hadapi masalah kewangan. Tapi RM300 untuk insuran kita masih mampu, kalau tak mampu pun, kita boleh jualkan trust fund kita dan beli Term Life. Sekurang-kurangnya, kita masih dapat Protection dan Investment (MINTA MAAF KEPADA GENG YANG MENJADI INSURAN AGENT, INI PANDANGAN SAYA, SORRY BANYAK-BANYAK. HAHHAHAH).

Untuk Off-Shore Trust Fund ada kebaikan juga, kita mungkin akan dapat keuntungan daripada Dividen serta tukaran wang asing. Saya ada investment di Australia, masa saya beli, tukaran wang asaing ialah A$1.00=RM2.30, sekarang tukaran asing dah meningkat lebih dari RM2.70.

Bagi property pula, kalau nak invest, baik beli yang dah siap, lebih selamat, walaupun mungkin pulangannya kurang. Tapi at least u boleh nampak population tempat situ dan sudah pasti property anda dah siap dibina.

shinchan
15-08-05, 11:54 AM

aku mmg nak cakap benda yg sama...tapi tak reti nak susun ayat...thanks to selim yang telah memberi pendapat...kepada agent2 insurans...jgn berkecil hati...kita try to make things as open and fair as posible...pasal property plak, aku pon sokong utk beli benda yg dah siap...bukan apa, maybe harga die agak mahal sbb completed property, tapi at least benda tu dah siap dan ini bermakna kita dah eliminate risiko projek terbengkalai...lagi pon property yg dah siap nie ada track record yg bagus ( rental return, yield, cash on cash return etc)...rekod nie penting utk kita so that kita bole tau sama ada satu2 purchase itu bagus atau tidak...

ps: just imagine bape income selim ek...hanya 20 % sahaja daripada income utk enjoy...padahal semua tempat enjoy kat malaysia nie dia tahu...n nak gi tiap hari2 pon tade hal...hehe...jgn mara aa selim... :p wa respek sama lu beb...

boeing
15-08-05, 05:00 PM
Cara saya.

Bagi saya insuran bukan satu investment yang bagus. Mengapa kita nak beli Insuran? sebab nak dapat protection. Tetapi premium yang kita bayar itu, 60% dibayar sebagai komisyen. Saya juga membeli insuran, tapi bukan beli plan seperti WHOLE LIFE, ENDOWNMENT DAN EDUCATION PLAN. Mengapa?

Sebagai contoh: Katakan saya beli insuran whole life RM100,000, premiumnya ialah RM3000. Bagi waktu ini, memang tak jadi masalah bagi saya, RM3000 saya boleh bayar, tetapi how about tahun depan dan tahun-tahun yang berikutnya, mungkin bisnes saya rugi, nak makan punb susah, mana ada duit untuk bayar premium. Kalau nasib baik kita dah bayar 3 tahun, masa itu baru ada cash value, kalau kurang dari 3 tahun, apa kita pun tak tinggal. Dan cash value itu apa boleh buat, mungkin anda boleh ambil keluar ataupun tukar kepada term life untuk dapat protection. Jadi saya tak begitu setuju ambil insuran sebagai Investment.

Ambil contoh diatas, katakan kita dah siapkan RM3000 untuk dapat protection dan Investment, cadangan saya ialah, beli TERM LIFE RM100,000, Term Life ini sama dengan Whole Life, Endownment, asalkan lupa nafas, Insuran mesti bayar, dan premiumnya hanya RM300. Ini bermaksud anda masih ada balance RM2,700. Gunakan duit tinggal ini invest di Trust Fund. Anda boleh beli Trust Fund yang diperkenalkan oleh Bank ataupun Off Shore trust Fund (MBB pun ada jual). Trust Fund ini ialah Mid-Long Term Investment. Biasanya anda akan nampak pulangan ketara dalam 5-7 tahun.

Balik kepada perkara malang, katakan kita guna cara kedua, iaitu beli TERM LIFE dan Invest Trust Fund, katakan tahun depan, kita mungkin tak ada kerja, hadapi masalah kewangan. Tapi RM300 untuk insuran kita masih mampu, kalau tak mampu pun, kita boleh jualkan trust fund kita dan beli Term Life. Sekurang-kurangnya, kita masih dapat Protection dan Investment (MINTA MAAF KEPADA GENG YANG MENJADI INSURAN AGENT, INI PANDANGAN SAYA, SORRY BANYAK-BANYAK. HAHHAHAH).

Untuk Off-Shore Trust Fund ada kebaikan juga, kita mungkin akan dapat keuntungan daripada Dividen serta tukaran wang asing. Saya ada investment di Australia, masa saya beli, tukaran wang asaing ialah A$1.00=RM2.30, sekarang tukaran asing dah meningkat lebih dari RM2.70.

Bagi property pula, kalau nak invest, baik beli yang dah siap, lebih selamat, walaupun mungkin pulangannya kurang. Tapi at least u boleh nampak population tempat situ dan sudah pasti property anda dah siap dibina.

Saya bukan mau bangkang itu sifu punya pendapat. tapi saya mau kasi pendapat la.... sekarang ini itu insurance sudah ada investment link product. ada investment jugak. tapi return bole bagi between 8-12% saja la. middle to long term plan. itu whole life, endowment, education plan punya plan sudah kurang permintaan di market.

saya juga agent insurance.saya takkan proposed whole life or other traditional product. Bukan saya cakap lain investment tak bagus....

boeing
15-08-05, 05:03 PM
itu investment plan, sesuai untuk sesiapa saja. samada yg sudah ada insurance atau belum. cost pun tak berapa mahal. sapa mau tau lebih lanjut, PM sama saya. No obligation.

p/s: buat bisnes la pulak.....sambil enjoy ok apa...

selim
16-08-05, 12:51 AM
Saya bukan mau bangkang itu sifu punya pendapat. tapi saya mau kasi pendapat la.... sekarang ini itu insurance sudah ada investment link product. ada investment jugak. tapi return bole bagi between 8-12% saja la. middle to long term plan. itu whole life, endowment, education plan punya plan sudah kurang permintaan di market.

saya juga agent insurance.saya takkan proposed whole life or other traditional product. Bukan saya cakap lain investment tak bagus....

Boeing, jangan marah, saya hanya beri pendapat saya melalui pengalaman saya. Saya hadapi masalah lapsed case pada tahun 1992-1993, masa itu memang malang, semua tak jalan, samapi insuran pun tak reti nak bayar.

Tapi sekarang dah tak ada masalah ini. hahahhaha. Sebab sekarang dah tahu pecahkan risiko.

shinchan
16-08-05, 08:33 AM
hebat selim...sampai tahu cemana nak pecah2kan risiko...hantar msg pon sampai berulang2...kononnyer diversifying kot...hehe...

bud70
16-08-05, 10:46 AM
Personal finance..... interesting subject to discuss and deliberate.... woowww.... ramai ke kakis members yg interested this subject matter..

My personal opinion

Abt the same as mentioned by Sifu Selim
Breakdown of income to be spend......(depand on memasing nya taste)

General rule ; very simple........
1. 1/6 of net income to pay for your car/motosikal/ whatever got tyres
2. 1/3 of net income for your property/ residental or property investment..
3. 1/10 of net income for your leisure.... hore2 activities, golfing, TT, whatever for social activities which didn't generate income but building networking

I guess it covered everything in live.... setakat makan minum tu berapa sgt le habis.... This is applicable to those yg baru nak spend to unnecessary committment la...

Saving is very subjective depand on personal target.... for me, I don't have much saving as long it can sustain for 3 to 6 months only.... The rest of my saving goes to investment... business kecil-kecilan la.. This is the great area on return... BUT risk is unavoidable.. Biasa la tu... Besar potential return besar la risknya...

I m not against personal saving as being established by Azizi Ali... But to me ianya boleh dibahaskan... Kalau yr income dah reach 5 digit boleh you talk abt this.. Do you know how much Azizi Ali earning..... That why dia leh buat big saving... How abt those income earner yg below RM3K.... Setakat saving 200 - 300 setiap bulan.... penat nak reach 100K...

Simple mathematik.... to enrol in medicine school in 10 yrs to come.... How much needed?? RM200k.... RM400 X 500 bulan = RM200K @ 42 years of saving... Itu baru utk sorang anak... Part ni kena tanya expert in education plan to help la...

Tapi kalau melabur dlm business.... the rate of return is flexible... depand on what, how, where dan macam2 lagi la.....

my 2 cents la.... ( No hurt ma)

cenenot
16-08-05, 03:23 PM
Adus Bro Selim, sedara punya TOR punya le banyak kawan tak paham, makin kawan cuba pahamkan main juling mata kawan, fenin le :). Anyway terima kasih le atas ulasan sedara tu, setidak tidaknya dapat le input yang insurans tu bukanya the best investment channel.

Tapi kawan nak mintak pendapat member-member yang arif bijaksana dalam pengurusan wang ni kan, tolong fikirkan dan beri pendapat pada persoalan kawan nih.

Katakan kawan tetiba dapat duit tunai RM2 juta, cara mana yang terbaik nak laburkan duit banyak tuh ( bagi pendapat serious sket ehh, kalau setakat nak suruh simpan kat acct depa baik tak payah le).

Personally aku ni pasif dan risk averse kind of person so the most suitable investment yang aku tau ialah ASB or Tabung Haji heheh... Tak familiar ngan Trust Fund lain or off shore punya investment. Penah dengar MBB offer trust fund kat Singapore dengan 15% guaranteed return tapi still tak berapa yakin.. so any advise dari expert2?

AnakPakLah
16-08-05, 03:34 PM
kalau niesa lak.....
setiap bulan memang niesa laburkan dalam beberapa insurans..... let say beli 4 or 5 insurans (total dalam 700++ per month)... kalau boleh setiap tahun tambah jumlah insurans.... tak yah ambik lama2.... ambik maturity period 5 - 10 years. so just imagine... kalau kita ambik setiap tahun.... then dalm tempoh 10 tahun nanti, setiap tahun kita boleh dapat at least 30,000 - 50,000 (ikut caruman)... so kalau 7 caruman insurans, setiap tahun boleh dapat 30,000...

tapi jangan gak lupa beli insurans pendidikan untuk anak2, insurans nyawa, dan insurans kemalangan.... so kalau apa2 jadi satu hari nanti.... kita tak menyesal.... nak tinggalkan org yg kita sayang pun... kita tak berat hati..

sekadar pandangan :p

alamak ....aku laburkan dalam insuran nih family aku lebih kurang baru RM1000 sebulan .......hang sorang saja niesa RM700 ? kalau campuq ank dan laki hang mau cecah RM2000 sebulan ....makcik kayo nih

bud70
16-08-05, 03:37 PM
Adus Bro Selim, sedara punya TOR punya le banyak kawan tak paham, makin kawan cuba pahamkan main juling mata kawan, fenin le :). Anyway terima kasih le atas ulasan sedara tu, setidak tidaknya dapat le input yang insurans tu bukanya the best investment channel.

Tapi kawan nak mintak pendapat member-member yang arif bijaksana dalam pengurusan wang ni kan, tolong fikirkan dan beri pendapat pada persoalan kawan nih.

Katakan kawan tetiba dapat duit tunai RM2 juta, cara mana yang terbaik nak laburkan duit banyak tuh ( bagi pendapat serious sket ehh, kalau setakat nak suruh simpan kat acct depa baik tak payah le).

Personally aku ni pasif dan risk averse kind of person so the most suitable investment yang aku tau ialah ASB or Tabung Haji heheh... Tak familiar ngan Trust Fund lain or off shore punya investment. Penah dengar MBB offer trust fund kat Singapore dengan 15% guaranteed return tapi still tak berapa yakin.. so any advise dari expert2?

Unit trust the place to keep safe the money while not spending but locally we hv already sort of return 15%...Do check it around...
ASB & ASN just give away peanut to investors.. But as compare to normal FDR is abt 3%... if you can not find the best place to keep this money... so ASB is the best,... BUT trust me, there is financial institution that offer 15% return... pls check around to secure high return

shinchan
16-08-05, 04:57 PM
Adus Bro Selim, sedara punya TOR punya le banyak kawan tak paham, makin kawan cuba pahamkan main juling mata kawan, fenin le :). Anyway terima kasih le atas ulasan sedara tu, setidak tidaknya dapat le input yang insurans tu bukanya the best investment channel.

Tapi kawan nak mintak pendapat member-member yang arif bijaksana dalam pengurusan wang ni kan, tolong fikirkan dan beri pendapat pada persoalan kawan nih.

Katakan kawan tetiba dapat duit tunai RM2 juta, cara mana yang terbaik nak laburkan duit banyak tuh ( bagi pendapat serious sket ehh, kalau setakat nak suruh simpan kat acct depa baik tak payah le).

Personally aku ni pasif dan risk averse kind of person so the most suitable investment yang aku tau ialah ASB or Tabung Haji heheh... Tak familiar ngan Trust Fund lain or off shore punya investment. Penah dengar MBB offer trust fund kat Singapore dengan 15% guaranteed return tapi still tak berapa yakin.. so any advise dari expert2?

hmm... aku still berpegang pada konsep the best investment u can get is to invest in yourself (knowledge)...tka kisah la guna medium apa pon...buku ka, tanya kawan2 (yg berjaya), buat networking, gi seminar etc...sblm kita yakin nak wat apa ngan duit rm2 juta tuhs, elok simpan jer dulu kat mana2 akaun yg dirasakan selamat..return rendah pon takpe sbb kita bukan nak letak selama2nya...just park sementara kita carik apa benda nak wat....jgn lupa gak spend skit utk pengetahuan kita...actually rm2 juta tu subjectif mengikut individu...ada orang kalau dapat 2 juta, dia kata tak habis sampai anak cucu...ada plak orang kalau dapat 2 juta, die kata biasa jer...so tgk kepada context financial seseorang gak...yg penting kita jgn percaya pada kata2 orang (spekulasi)...sgt berisiko tinggi + kita takleh nak control risiko tersebut...just my 2 cent opinion :D

johnny
18-08-05, 01:53 PM
Fuh... respek to al brothers kat sini. Everybody seels to have their heads well set on their shoulders and know very well what they are doing. Kudos to all.

Tapi sekarang ni... aku nak mintak pendapat bros sumer kat sini tentang si Abu nih...

Abu nih baru sahaja lepas belajar ... dalam keadaan ekonomi sekarng ni .. setelah mendapat kelulusan yang OK .. dia telah berjaya mendpat kerja di salah satu form swasta di KL ... sekarang Abu dah berkerja lebih kurang 3 bulan .. dan dia sedar akan nilai duit dan perlunya simpanan dan pelaburan... gajinye pada ketika ini ialah RM1,600.00 (gross not net) ... pada ketika ini dia menyewa sebuah rumah dengan kos RM300 per month (all in including utilities) dan bercadang untuk membeli kereta...

Apakah nasihat bro sumer kepada si Abu nih untuk handle dia nye finances (current and future) ....

PS aku rasa ini basic picture le untuk ramai mykakis user .. dan aku rasa nasihat otai2 kat sini akan menguntungkan sumer orang samaada yang mempraktikkannya atau yang membaca sahaja

TokWe
20-08-05, 01:49 PM

Advice aku utk si Abu nih.....put aside his saving first from the net income...say RM100 or Rm200...labur dalam ASB dulu.....normally unit trust fund initial investment RM1000, tapi sekarang dah ada initial investment RM100.....unit trust ni mid to long term investment.....lepas 5 atau 7 tahun baru boleh nampak return yg besarnya.

kalau naka beli kereta, belilah yg berpadanan ngan gaji & kemampuan kita....jagnlah nak bergaya sgt. Pakai Kancil dulu pun ok jugak....byr bulanan less than RM400.

He'd better start his financial planning from now....dont be too late. Enjoy, enjoy jugak tapi berpadanan lah.

gigs
22-08-05, 06:54 AM
Untuk bercakap mengenai pengurusan kewangan ini, elok rasanya ditanya kepada mereka yang berdaftar sebagai ahli Financial Planner Association Malaysia (FPAM) ataupun Certified Financial Planer (CFP).

Untuk merancang penjanaan ekonomi kita secara berhemah, kita perlu mengenalpasti beberapa cara yang yang berkesan untuk tujuan itu.

Banyak orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.

Lazimnya ada empat cara untuk membina kekayaan setelah anda menyimpan cukup wang:

1.Kumpul barang yang nilainya akan naik.

2.Beli harta tanah. Membeli rumah sebagai tempat tinggal adalah pelaburan tetapi, membeli lebih banyak rumah membolehkan anda memperoleh pendapatan daripada sewaan.

3.Beli saham dan bon.

4.Mulakan perniagaan jika anda mempunyai kemahiran keusahawanan. Anda mungkin membuat kesilapan tetapi belajarlah daripada kesilapan itu, bekerja keras dan jika perniagaan anda berjaya, anda mendapat pulangan yang lebih banyak.

TokWe
22-08-05, 09:11 AM

Setuju dgn cadangan Gigs. The Main Concept is MONEY MAKES MONEY.

bud70
22-08-05, 01:20 PM
Bagi aku la... Si Abu ni kena buat dan discipline ngan Rules of Spending... cam yg aku dah mention before... Otherwise mau lingkup..

gigs
22-08-05, 01:52 PM
Ish...
Saper kat sini Members of FPAM?
Sajer nak blajar pasal financial nih ngan korang.

TokWe
22-08-05, 02:01 PM
Ish...
Saper kat sini Members of FPAM?
Sajer nak blajar pasal financial nih ngan korang.

gigs...kau expert dalam blue chips tak? Aku dengar blue chips ni menguntungkan kalau kena gayanya lah.

gigs
22-08-05, 02:08 PM
gigs...kau expert dalam blue chips tak? Aku dengar blue chips ni menguntungkan kalau kena gayanya lah.

Alamak bro... Gua tak biasa sgt dalam share market ni. Gua tak pernah 'main' saham. Tapi ada ler beli saham nih sesikit.

Tapi bagi aku, apa yang untungnya tinggi, risikonya juga tinggi. Risiko rendah, untungnya juga rendah.

Pendapat aku, rujuk pada technical analisis, bukan sajer fundamental. Cari mana support dan resistance. Buy on deep, sell on high. Hehehe... teori pelaburan. Masalahnya, kita tak tahu mana low dan mana high. So, how?

Ish... melalut lak. Tapi betul... gua tak biasa sgt bermain ngan saham nih.

TokWe
22-08-05, 02:19 PM

No problem gigs.....aku ingat kau expert dalam blue chips. you're right...high risk high return.....the bottom line jgn lingkup sudah.....

Public Mutual Unit Trust byk melabur dlm blue chips.

cenenot
23-08-05, 09:44 AM
No problem gigs.....aku ingat kau expert dalam blue chips. you're right...high risk high return.....the bottom line jgn lingkup sudah.....

Public Mutual Unit Trust byk melabur dlm blue chips.

Bang,

Blue chip stocks ni kalau nak main duit kena besau, sebab tu le yang biasa rolling blue chips ni biasanya fund managers. Kalau players yang biasa beli runcit2 ni buleh le kalau nak try tapi risiko tanggung sendiri le sebab harga dah le mahal kalau berubah (jatuh) duit yang hilang banyak gak... Anyway good luck..

TokWe
23-08-05, 11:59 AM

Thanks cecenot.....mmg Unit Trust Fund Manager byk involve dlm blue chips.
Skg ni aku nak belajar camna cara dan strategy main blue chips ni.....any idea?

bud70
23-08-05, 01:13 PM
Thanks cecenot.....mmg Unit Trust Fund Manager byk involve dlm blue chips.
Skg ni aku nak belajar camna cara dan strategy main blue chips ni.....any idea?

Ko kalau nak main blue chip ni kena byk modal .... As long ko ada modal leh le start study sikit stok yg panas... dengor2 lo tips dari insider... Jgn dengar je... but yr own study is required to avoid unnecessary frustruation at later stage. Kena le tgk2 ratio-ratio yg penting... get an advice from dealer security company ke..... kalau boleh pasang le kekawan yg pandai esp fund manager... Depa ni leh monitor screen 3 hrs tanpa berkelip mata beb.... Depa ni dari specis yg pelik gak ni....
To me.... the best blue chip is MISC...... lots of wonder.... but surprisingly from RM3.40 (year 1998) now at......???? (check sendiri)

TokWe
23-08-05, 02:17 PM

Thanks for your advice bud70. For your info, now MISC share price is RM18.20........wow untungnya sapa yg beli at RM3.40 in year 1998. Did you buy MISC share in year 1998? I bet you did.

Maybank share aku rasa ada potensi naik lebih besar....currently at RM11.40......can reach more than RM20 in one or two years time....I dont know, this is just my prediction....belum consult pakar lagi...hehehehe.

Counter2 mewah ni...mmg besar modalnya.....kalau untung mmg besar ...kalau rugi boleh buat kita jadi gila...hehehehe

That's why aku suka diversified my investment...not focusing into one portfolio ajer.

bud70
23-08-05, 03:10 PM

Boleh beli lagi tu MISC tu.... my last study & research shows that it can go up to 32...... aku dah tak larat... aku ambik masa 7.++ dulu year 2002. Masa tu aku keja kat sana. All analytical aku yg buat... aku percaya depa ni belum boost habis tu

gigs
24-08-05, 03:49 AM
Thanks cecenot.....mmg Unit Trust Fund Manager byk involve dlm blue chips.
Skg ni aku nak belajar camna cara dan strategy main blue chips ni.....any idea?

Pandangan aku...
BLUE CHIPS atau saham2 mewah ni memang memerlukan startegy. Bagi aku (ini sekadar pandangan personal, bukan satu nasihat pelaburan);

1. Kaji pasaran modal atau bentuk pasaran di Malaysia.
- Untuk pasaran di Malaysia, terutama pasaran saham. Kalau kita dapat lihat, harga untuk jatuh adalah amat mendadak tetapi untuk kembali stabil atau naik adalah agak perlahan. Contohnya pada tahun 1997/1998 kebanyakan pasaran saham jatuh menjunam dan setelah 7-8 tahun berlalu, prestasinya masih belum dilihat sehebat tahun2 1995-96.

2. Melihat sesuatu Syarikat dari sudut fundamental.
- Penasihat kewangan secara umumnya mencadangkan supaya saham menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan. Matlamat urus niaga dalam saham adalah untuk membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga tinggi. Bagi pelabur jangka panjang, sangat penting memilih saham berdasarkan fundamental, bermakna pelabur perlu berpengetahuan tentang syarikat yang dirancang untuk melaburkan wang simpanan mereka. Oleh itu, sangat penting anda membaca dan memahami prospektus, laporan kewangan dan pengumuman korporat, yang wajib diedarkan oleh syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan pelabur awam.

3. Set Target anda (Masa atau Nilai)
- Apabila berada dalam market, tentukan tempoh anda. Jika dikatakan 5 tahun, apabila tempoh itu berakhir, keluarlah dari market walaupun mempunyai keuntungan yang minima. Jika nilai yang menjadi ukuran, set target keuntungan anda, katakan 20% profit, bila dah cecah, terus jual, jangan tunggu lama atau terlalu tamak. Ingat perumpaan Bagai anjing dengan bayang2, orang tamak selalu rugi.

4. Hanya menggunakan 1/10 daripada jumlah Fund yang ada.
- Untuk back-up plan hanya 10% daripada fund yang ada digunakan, maksimum 30%. Yang lain akan digunakan untuk AVERAGING nanti jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Maksudnya jika sekarang kita membeli saham dengan harga RM 10.00 seunit dengan 10 lot, aabila ia jatuh kepada RM 8.00, lakukan lagi belian 10 lot. Jika ia jatuh lagi kepada RM 6.00, lakukan lagi belian. Begitulah contoh averaging. Katakan anda hanya membeli dalam 3 postion itu sahaja. Apabila market hanya dilihat mampu pergi pada harga RM 8.00 sahaja setelah 10 tahun berlalu, jual la. Anda hanya rugi pada masa dan komisyen sahaja.

Tapi bagi aku, setiap pelaburan yang pulangannya tinggi, risikonya juga tinggi. Kita tidak mampu untuk menghilangkan risiko tersebut, tapi kita mampu meminimumkannya sahaja. Tapi kalau kita tak mencuba, kita langsung takkan tahu.

gigs
24-08-05, 03:53 AM
Thanks for your advice bud70. For your info, now MISC share price is RM18.20........wow untungnya sapa yg beli at RM3.40 in year 1998. Did you buy MISC share in year 1998? I bet you did.

Saper la yang antara kita yakin pada prestasi saham pada masa tu? Dan sapela antara kita mempunyai aliran tunai yang bagus untuk lakukan belian pada MISC? Waktu tu, semua banyak mengalami kegawatan ekonomi, hartanah pun mengalami kejatuhan. Tapi kalu BUD70 berjaya, dia kena belanja kita sumer minum teh tarik ni...

TokWe
24-08-05, 08:21 AM

Aku setuju bud70 belanja kita sumer...kalau dia beli MISC share in 1998 lah...tapi takkan teh tarik ajer....hehhehehehe

TokWe
24-08-05, 08:29 AM
Boleh beli lagi tu MISC tu.... my last study & research shows that it can go up to 32...... aku dah tak larat... aku ambik masa 7.++ dulu year 2002. Masa tu aku keja kat sana. All analytical aku yg buat... aku percaya depa ni belum boost habis tu

Bud70.....performance share MISC ni bagus lepas PETRONAS took over ke?...What do you think its current CEO...Datuk Shamsul Azhar...he is also PETRONAS VP......normally the performance of the share is also influenced by "Who is the CEO"....coz the CEO is responsible what to do next or where to go next of that company.....basically the driver must be proactive and committed in his duty for the sake of the company....otherwise the public will loose confidence against him which may cause the share price down.

bud70
24-08-05, 10:46 AM

Off course MISC nya share goes up after the GIANT ambik.... BUT bare in mind, the company's business strategies lebih penting utk menjana keyakinan pelabur terutamanya pelabur asing.... MISC ada 2 type of shares at that time Local and foreign.... Dua2 leh buat untung...

The late Dato Ali is the main driver for the success, followed by the youngsters that develop the business rules for growing the business.... At that time aku ni kat corporate finance.... leh la tgk number tiap2 hari... then Year 2000 being transfered to Corporate Planning where all the PNC of biz planning being develop... tu yg big boss aku suruh beli masa price dia RM7.20 tu.... aku ingat lagi kata GM muda aku tu " beli le masa tgh nak naik ni... tak kan le dok buat analysis je utk yakinkan pelabur.... org lain yg kaya nanti... kamu dok tgk je ke....." Wonders.... GM aku at that time baru umur 35thn... gilos nya dasat...

Sekarang ni... dah pun blah from MISC... dok slow down dlm part2 ni... buat biz kecil-kecilan tepi jalan je... daily cash beb... less risk... tapi cash business lagi siokkkkkkkk....

bud70
24-08-05, 10:48 AM
Saper la yang antara kita yakin pada prestasi saham pada masa tu? Dan sapela antara kita mempunyai aliran tunai yang bagus untuk lakukan belian pada MISC? Waktu tu, semua banyak mengalami kegawatan ekonomi, hartanah pun mengalami kejatuhan. Tapi kalu BUD70 berjaya, dia kena belanja kita sumer minum teh tarik ni...

Gigs.... kasi susun le TT untuk yg berminat dlm bidang ni... setakat teh tarik segelas dua tu no hal nya... tapi kalau nak lebih kena lak aku let go 1/2 lot saham MIS lak.... sayang tu.... plan nak tunggu sampai above 28 tu...

cenenot
24-08-05, 10:50 AM
Bud70.....performance share MISC ni bagus lepas PETRONAS took over ke?...What do you think its current CEO...Datuk Shamsul Azhar...he is also PETRONAS VP......normally the performance of the share is also influenced by "Who is the CEO"....coz the CEO is responsible what to do next or where to go next of that company.....basically the driver must be proactive and committed in his duty for the sake of the company....otherwise the public will loose confidence against him which may cause the share price down.

Selain daripada Petronas take over MISC ni, aku penah dengar MICS pun dah dapat secure kontrak delivery untuk Petronas ke Japan untuk puluhan tahun (20+ kot). Tu le antara sebabnya org confident dengan MISC, income dah secure utk jangkamasa panjang... apa lagi beli le :D

bud70
24-08-05, 11:55 AM

Jgn salah paham part yang ni.... not all contract petronas secured by MISC.... only 30% - 40% je... but the drastic points of the investors confident arise apabila MIS took over American Eagle Tanker.... which cost abt 5Bil USD.... almost the same valu of MISC Local ma..... Means that the existance is not only ASIA countries but Latin as well as American market.. susah nak monopoly this market but MISC did it man...

Dato Shamsul is the new CEO of MISC, with his excellent track record within the group, it will boost too... He is a fast decision maker but not a detail person (In comparison to Late Dato Ali la)

TokWe
24-08-05, 02:32 PM

Good CEO will boost up the share price of that counter. Public gain confidence towards him.....so apa lagi beli lah share MISC now....tapi mahal beb...RM18.20 per share...1 Lot dah RM18,200.......ada berani mencuba?

bud70
24-08-05, 02:50 PM

Utk aku nak beli MISC share ni..... tak mampu beb... mahal gila... Ni yg dok sembang ni... bagi le sikit proposal utk aku study memana share yg menarik... Aku ni selalunya jarang beli terus... Take time for me to study... Tu yg selalu 'miss the boat'..(ha..ha..ha)... Aku sekarang ni nak belajar play safe je... Dah tak bujang lagi..so, kena le berhati-hati .... kat rumah byk mulut yg nak disuap tu................

TokWe
25-08-05, 03:34 PM

bud70,

pada pandangan akulah....AirAsia punya share ni boleh naik berlipat2 ganda...sebab aku tgk hala tujunya memberangsangkan....nak tambah Airbus A340 for long destinations..dan dia ni byk kongsi ngan sykt penerbangan antarabangsa yg lain.....sekrang ni harganya RM1.65 per share. Konsep AirAsia ni macam Virgin Atlantic lah...si Mat Freddie Fernandez ni belajar ngan Mat Rock owner Virgin Atlantic tu lah. I dont think its share price will be below RM1.00 unless ada outside factors yg menjejaskannya.

Satu lagi MAS share.....MD baru ni Tengku apa dah...lupa plak....is a genius man umur 34 dah jadi CEO Syarikat Penerbangan Malaysia...MAS parent company.....so ada potensi bagus jugak.......even now MAS tgh rugi.

bud70
26-08-05, 11:51 AM

Tok We...
Canteeek.... ko nya opinion pasal AirAsia tu... Aku tak de dia nya financial report... Kalau ada PM aku....
Air Transport biz worldwide ni kurang mendapat profit... setakat yg aku tau SIA je yg buat profit every year... Cathay doing just fair enough for the past 5 yrs...
Main reason becoz of the cost of the carrier as well as operating cost yg tinggi... Cashflow wise is very tight becoz of term loan repayment as well operations cost...

AIRASIA sound interesting with the drive of making profit and minimise losses in all flying sector... Their biz strategy I tak pernah tgk depan mata tapi based on what they are doing is very impressive.... Any idea.... I m more interested in this as this will give me superb return in long term... To me no short term investment(dah serik)

Pass la kat aku any ineteresting ratio....esp liquidity ratio...PE ratio...

TokWe
26-08-05, 02:46 PM

Bud70....sorry beb...aku pun belum tgk lagi AirAsia punya audited account...tapi sapa2 yg ada keratan akhbar masa dia org launch IPO....mesti ada audited acct kat situ, tak pun pergi ROC ajer mintak copy......aku pikir AirAsia punya past audited acct not very good as it was just taken over from DRB Hicom. But, since its current price is quite low now less than RM1.60, for the long term investment...it would be good......tgk MISC lah.

Klau ada PE ratio pun it just base on forecast dividend to be given, not the actual.....baru listed maaa.....so next year punya PE ratio would be more accurate. CA/CL tu ...aku agak less than 1.0 now......tapi can increase to more than 1.0 in the next few years...believe me. Better buy now its share while the price still low.......nanti terlepas plak.

Pasal operation cost of airline industry.....i think it is gonna drop in few years time....the crude oil will never be at the current price i.e. USD66 per barrel forever.....it just a short term increase aje....normal lah .....macam roda lah.....takkan kau tak tau plak...even the performance of the share market pun macam roda jugak if non-foreseen or outside factors involved.

bud70
26-08-05, 04:38 PM

Tok We..... cara ko tulis ni cam dah lama je keja kat airline industries.. or ko memang ikuti perkembangan this industry...

U answer me well with the ratio... CA/CL < 1.0.... alamak... betul ke... My feeling is more than 1.2 la... Betul ke ko tgk ni.... Ni bahaya nak invest ni...... because based on current practise of AirAsia depa ni boleh dikira cam retailer... CA should strong.... Tak kan le short term liability dia besor sgt...... LT liability dia camna lak??? Liquidity based camna

TokWe
26-08-05, 05:02 PM

aku ni keje construction line...tapi aku follow jugak airline industry...sebab dulu mmg aku dah nak jadi pilot...lepas tuh dapat offer further studies kat overseas...btw..sempat jugak ambik flying class kat university aku....tak sempat nak dapat Private Pilot License....sebab tu aku berminat airline industry jugak.

pasal CA/CL Air asia, aku tak pastilah...sebab aku pun belum lagi tgk audited accountnya. I think u might be right CA/CL dia 1.2...double check lah. I may be wrong. Long term liability dia mungkin besar. Aku tak tau lah Gearing Ratio dia berapa.

Tapi, aku rasa AirAsia ni ada potential utk naik.....

bud70
26-08-05, 05:16 PM
Tok We.... nanti aku carik financial report AA ni...

CEO muda MAS lak camna tu.... Aku rasa terlalu muda utk mengemudi sebuah company yg besar le.. Pandai + power ilmu pengetahuan masih tak cukup utk mengemudi sebuah pesawat yg besor cam MAS.... Pandangan aku le....
Part yg payah nak chaired any big organisation bukannya part biz nya... tapi kerenah dalaman nya... without those supporter... camna power pun...jadi hampeh je... Part ni yg kita masih perlukan OTAI2 yg power... pasal depa ni tau nak tarik & sorong dlm sesuatu perkara dam masaelah

my opinion la

fatkimi
28-08-05, 03:18 PM
hmmm.... dasyat tul ler korang nie..... bussines planing cam gila tul.... taksub aku mendengarnya.. haahahah... takpa ... skerang dalam 20-an.... lagi 1 tahun aku pun nak build up cam korang semua... hahaahahahha....

aku pun nak jugak merasa sebut benda aper tu..... yang korang main saham2 tu.....

aku nyer account planing pun berterabur lagi... kira mintak bro2 otai semua leh guide aku unutk masa depan yang GEMILANG,TERBILANG,CEMERLANG.....

bud70
29-08-05, 01:15 PM

Kimi,
Ko nya level dah tahap power tu... dekat2 nak masuk tahap dewa tu...(ha..ha..ha)...
Aku rasa kita ni masih jauh dari tahap power. Maybe ada sorang dua yg sememangnya didalam bidang tersebut. Kita belajar bersama-sama utk maju kedepan esp untuk extra income cam yg ko tgh buat tu... No different ma... Yg penting extra income... Belajar pada yg tahu...

TokWe
01-09-05, 12:05 PM
Tok We.... nanti aku carik financial report AA ni...

CEO muda MAS lak camna tu.... Aku rasa terlalu muda utk mengemudi sebuah company yg besar le.. Pandai + power ilmu pengetahuan masih tak cukup utk mengemudi sebuah pesawat yg besor cam MAS.... Pandangan aku le....
Part yg payah nak chaired any big organisation bukannya part biz nya... tapi kerenah dalaman nya... without those supporter... camna power pun...jadi hampeh je... Part ni yg kita masih perlukan OTAI2 yg power... pasal depa ni tau nak tarik & sorong dlm sesuatu perkara dam masaelah

my opinion la

Bud70.....kau baca paper ari ni? Datuk Farid Ridzuan CEO TV3 tu top of the list jadi MD MAS baru....another one Datuk Seri Bashir Ahmad MD Malaysia Airport Berhad.....yg budak muda tu Tg Azmil...bottom of the list.....so what do you think? Share MAS pun lebih kurang RM3 sekarang. Kira mahal jugaklah...tapi AirAsia is the best choice RM1.55 per share....boleh beli beb....lagi pun dia declare untung byk utk last year punya financial year.

Kau ada info pasa audited acct AirAsia...aku pun belum sempat tengok lagi.

fatkimi
23-09-05, 07:55 PM
hmmm.. budak muda macam aku nie.,...banyak yang lemah...dari segi nafsu berbelanja dan nafsu mata dan hati... aku tak nafikan.... kadang tu aku rasa macam penat cari wang.. dan habis macam tu ajer.... kadang2 tak macam yang dijadualkan.. planing macam nie jadi lain pulak... planing macam tu jadi macmnie pulak...

aku kadang2 tu rasa macam letih dan nak ajer kuar dari semua nie... tapi aku masih tak mahu mengaku kalah... sehingga aku mampu memiliki satu yang lebih besar dari usaha aku sendiri... sebesar KLCC mungkin... cuma mungkin perancangan dan cara yang aku lakukan sekarang masih ada kuang dan cacat celanya... pandangan dan hala tuju dah ok... cuba proses melaksanakan nya agak lemah...

jadi kepada semua yang disini yang telah berjaya dan mahu berkongsi kejayaan ... silalah tunjuk ajarkan saya.. saya amat menghargai jasa anda....

p/s... BRO2 semua, saya hanya insan yang kerdil dibalik orang yang besar, maafkan saya andai saya menyusahkan.....tapi ajarlah saya agar tidak menyusahkan

gigs
25-09-05, 08:33 PM
Ish..
Kimi, gua tahu lu pun ada bisnes kencang sekarang. Bagi gua, untuk personal finance bergantung pada cara masing2.

Bapak gua hanya cikgu sekolah rendah, tapi bila pencen boleh buat rumah cash dengan harga ratus ribu (bukan eksyen, sekadar berkongsi maklumat), mungkin dia pandai jimat cermat walaupun family kami besar dengan 11 orang adik beradik.

Gua pulak, since blajar cuba usaha cari duit sendiri. Buat meniaga kecil-kecilan tanpa modal yang besar. Dan syukur, gua rasa gua berjaya hidup dengan tenang sampai hari ni.

Tapi gua jugak pernah makan sekeping roti canai share dua orang kerana takder duit. Kena tipu dengan jumlah yang agak besar (maybe sebut figure, susah org nak percaya)... dipermainkan kengkawan, tapi pengalaman mengajar. Kekadang usia bukan ukuran pengalaman seseorang.

kat sini sebenarnya ramai yang boleh dijadikan kawan dan rujukan. Cuma sekarang gua tersenyum sumbing, terkena ngan sorang kawan kat sini. Wakakaka.... Tuhan tu Maha Kaya.

fatkimi
25-09-05, 11:32 PM
hmmm... tu ler... untuk jadi sedewasa anda, aku harus melalui segala perit dalam hidup, dengan kekadang urusan yang berkecamuk dan tak terurus... membuatkan aku terpkasa memungkir beberapa janji, aku rasa bersalah, tapi aku masih berusaha untuk membaikinya, kadang2 malu untuk aku bersua, tapi aku tetap bersuara jika aku tak dapat menunaikannya, kerna aku masih kerdil dan masih ingin belajar, sekarang.... aku tak dapat nak kata apa2 tentang apa yang aku cuba.... tak seperti mata memandang, dan tak seberat bahu memikul, hanya aku yang tahu... derita dan siksa....

tapi aku masih mahu berusaha, menebus kesilapan lalu untuk menjadi yang lebih baik nanti, maafkkan aku teman, jika ada janji yang tak ditunaikan, dan jika ada kata yang tak terlaksana, tapi aku pasti melunaskan semua yang aku kota.....

aku cuba belajar dari kesilapan yang aku cipta sendiri, aku cuba mengumpul seberapa banyak modal untuk memulakan lain2 aktiviti..... oleh itu.... aku perlu sokongan dan bantuan, aku perlu kawan dan sahabat... yang mampu memahami dan menerima aku seadanya..

hahhahaa... thanks gigs... dan semua.... bro selim dan karipap.... semua COT dan MOD.. ahli MYKAKIS.ORG yang mengenali aku... terima kasih segalanya

kirana
26-09-05, 02:02 AM
Fatkimi;;;; jangan putus asa dlm perjuangan hidup,kadang2 kita kena gagal 1000 kali untuk berjaya,ingat ngan mamat yg buat mentol lampu mula2 dulu,dia sentiasa gagal dan sampai di ketawakan org,tapi dia tetap berusaha dan belajar dari kesilapan dan ahirnya berjaya dan kerana dia dunia tak gemerlapan selepas tu(keculi tak bayar bil api)lu kalau dapat stock tanduk rusa banyak cuba2lah buat kawan ngan kedai tabib cina,melayu,india.usaha kan dapat 20 tempat,satu kedai lu letak 5,kalau 10 kedai laku dapat gak 50 paket,bulan pertama memang slow tapai bulan seterusnya pasti laju,untung sikit takpe,janji sebulan lu dapat jual 100 nanti,kali ngan untung sudah banyak bro dari lu nak jual sorang2!!!!cuba dulu,tak cuba kita tak tau,kalau gagal kita akan puas hati kerana dah d usahakan,dari cakap2 kosong.ingat nak cari kawan untuk suka2 bersepah,tapi kalau kita takda duit kawan2 tadi nanti semua lesap,bukan ada yg datang nak tlg kasi mamam.

bud70
26-09-05, 12:25 PM
Oh Kimi.... Amacam bro... biz ada baik ka hari ni....

Cerita dan keluhan ko mebuat aku termenung sejenak kerana aku pun lebih kurang camtu gak... pening selalu...

Personal finance ni bukan le senang nak dipractiskan kalau tidak dgn semangat yg jitu.... Walaupun aku ni berkebolehan menerajui sebuah company(org punya) bab2 finance and account tapi aku sendiri masih penin bila nak organise duit sendiri. Almaklum le.... ENJOY kuat kot (ha..ha..ha)...... discipline adalah satu ciri yg penting utk maju kedepan... Ni yg aku dok pulun lately... nak tgk camana aku managed my own cash... Alhamdulillah.... dah ada kesan sikit... walaupun slow... tapi di peringkat yg boleh dibanggakan....

Triple_Looper
18-12-05, 04:14 AM
Aku rasa semua orang dewasa yang dah berkerja, WAJIB subscribe buku Personal Money. Simple book about personal financial planning and management.

zack_kie24
07-01-06, 06:09 AM
Permulaan untuk melabur dengan bijak adalah dengan membuka buku simpanan ASB...
Pulangan terjamin dan dividen yang tinggi...
kalo nak lagi 'tamak'...wat ASB Loan dgn Maybank @ BCB...
aku wat asb loan RM20K dgn maybank ikat 20 tahun...long term investment...
dan thn nie...dah nmpk kesan...dpt duit 'free'...
sape2 yg berminat...leh r aku bg pndpt sket2 yg aku tau...

tester
07-01-06, 10:42 AM
bagi aku la..paling2 kurang pun ,setiap sorang perlu ada pelaburan dalam ASB.
kerana pulangannya ok juga...tapi kalau yg terlebih wang tu boleh la join yg lain lak..

fooklim
16-01-06, 01:00 AM
dear all my friend ...
i feel here is the time for you to buy proton share ..because since last friday drop 20 over percent in a day .That have a very strong curve back in coming monday what i feel it will go up about 4-5 % end of the trading day tomorrow.

better you buy tomorrow early in the morning ....

you can easily earn 4-5 % with in a few day compare with FD 3.5 % for one year .

good luck

sorry my malay is extreme bad ... hope you dun mind

fooklim
16-01-06, 01:37 AM
P.S
dear friend ...me play share more on speculation ...if you feel there have risk ought not to follow

drubi
30-01-06, 06:33 PM
looking 4 a high return, then u should check bank rakyat.... Bud70.. ya rite.. 15% knock-off return for 4 straight years...!

takdenama111
01-02-06, 11:40 PM
aku maybe bercakap off topic sikit ...

ada org kata ... org yg berlagak kaya ni tak semesti nye kaya sbb mereka ni ada banyak hutang (loan dll).

org yg nampak sederhana ni tak semesti nye tak kaya sbb mereka punya duit bukan utk ditunjuk2 dlm erti kemewahan hidup.

heheheh ... just kata2 utk renungan bersama.

crazee_kicks
02-02-06, 12:11 AM

aku setuju! Kalau betul2 nak tau org ni kaya ke tak.. tgk dia punyer financial statement. Disebabkan susah nak dapat statement tu, kalo korg ada member2 keje bank (esp bhgn loans), suruh la diorg tgkkan credit report mamat/minah tu.

Buat apa kalo kite gah sgt nak nampak kaya bila pada realitinya.. we're not. Be who you are, don't lie..

zack_kie24
16-02-06, 11:37 PM
yup...bank rakyat pon memberikan hign return...mmg agak tggi pulangan yg dia bg...nama pon bank koperasi...mmg la byk duit punye....

psl org byk hutang tue...hmm...mmg setuju sgt...byk duit tp byk htang...mcm xde duit...tp kalo xde htg...mmg kompom dia kaya...tp bank ni kdg2 mcm hampeh sket...org2 camni la yg dorg tuju soh wat loan...nnt xleh byr...mula mcm2...

sidanos
28-04-06, 02:56 PM
unit trust ni ada risk, bole rugi.... aku rasa baik blaja main saham sendiri pastu labur sendiri.

peminat
25-07-06, 05:49 PM
NIh system Piramid nih.. Kalau korang report kat KDNDHEP musti kena nyer.. Berhati-hatilah..Jangan mudah tertipu dengan dakyah mereka yang nak cepat kaya nih....

shinchan
26-07-06, 08:55 AM
apa citer thread personal finance kena hijack ngan skim2 cepat kaya nie...merepek jer...bagi la idea2 atau pandangan yg memberi faedah...ish3

zxcv
03-08-06, 07:25 AM
personal finance... kat mesia ni, azizi ali(penulis) la pakar pengurusan wang peribadi yang berjaya jadi jutawan hasil pengurusan kewangan peribadi dengan bijak.

dalam bukunya, dia rekemen

1. simpan dulu sebelum belanja
2. belanja below pendapatan
3. belajar jual beli hartanah (ade sebab kenapa hartanah, sila rujuk buku)
4. kalo tak mampu join bidang hartanah, at least join MLM
5. sebulan sekali atau dua kali, buat cashflow analisis (income, expense, assets, liabilities)

cakap memang senang dari buat. kan?

Senang cam ni la, anda try buktikan 5 langkah ni sendiri. mula2 follow je dulu, nanti lama2 dah ade feel, leh buat teknik sendiri lak. pastu tulis buku, bitau teknik anda yang lebih mudah tu. konfirm ramai org beli :D

p.s. tulis dan jual buku sendiri juga merupakan satu cara menjana income yg bagus. kalo minat, invest la masa anda untuk blaja menulis buku(ape2 buku).

chris21
07-09-06, 07:47 PM
ada sesiapa yg boleh bagi tau saya tentang mcm mana kita nak buat inverstment
kat luar negara dan orang luar negara nak buat inverstment kat negara kita ..

langkah2 dia , berapa jenis cara dan sebagainya ..

______________________________
cuma nak tambah pengetahuan ..

dado
06-02-07, 02:39 AM
mudah saja nak uruskan duit yg banyak dari nak uruskan yg ckit.....
ok mcm ko dapat 1.5 juta ko simpan 500k buat fixed deposit, jgn usik duit tu, cr bank yg bole bagi interest yg tinggi, ok balance ko lg sejuta ko enjoy laaaa rm 400k utk keperluan ko, buat laaa apa pun ko nak beli keta ker umah ker aper laaaa, ok balance ko ada lg 600k, pas tu 200k ko buat auto debit utk bayar loan bank tadi, auto debit juga akan dapat interest,so ko tak perlu risau, dan ko ada lg balance 400k so yg itu lah ko guna buat bisnes, kalau nko pakai jugak duit tu alamatnya mati ler ko, buat jer lah bisnes apa yg mudah and mendapatkan keuntungan dengan cepat dengan rm 400k ko tu, tak percaya ko try ler ok,n chow

kalau nak buat duit cepat..email ler kat aku lee_proshah@yahoo.com.my...............korang nak join investment yg mana satu..ada sehari dari 2 % hingga 2.95%....mmg ler dari undang-undang m,sia ni salah sebab bank negara tak leh keuntungan dari pelaburan kita.. tapi dah bercambah dah org buat yg tu skrg coz nak duit cepat...risiko tetap ada cuma berani buat berani tanggung ler...

krazl
07-02-07, 11:13 AM
yang aku nampak byk tak efektif aje penjanaan duit korang nih...usyar tips bskl yang nampak praktikal kat sini..

selim
07-02-07, 06:27 PM
Dah lama tak masuk Thread ini, tak sangka Thread ini dah dikacau oleh Skim Cepat Kaya. saya dah delete semua Posting mereka.

Balik kepada Personal Finance Planning. Bila cakap tentang Finance Planning, mesti kena ada Investment. Investment ini adalah seperti dibawah:-

1. High Risk High Return
2. Low Risk Low Return
3. Secure Risk Secure Return
4. No Risk No Return :43:

Saya akan bincangnya mengikut topik.

selim
07-02-07, 06:47 PM
High Risk High Return

Cara 1.
Melabur di Pasaran Saham, main counter Speculate. Bila timing anda tepat pada masanya, anda akan untung banyak, tetapi kalau sebaliknya, anda akan rugi semua. Biasanya counter-counter ini ialah counter mesdaq dan counter second board. Kaji betul-betul counter ini, hanya tumpukan dlm 2-3 counter. Detail sila rujuk Thread BSKL.

Cara 2.
Beli Property di Kawasan Baru. Biasanya anda dapat beli dgn harga murah, sekiranya tempat itu tiba-tiba ada project lain, property anda akan naik gila, contoh: Puchong Area. Tetapi kalau sebaliknya, anda aka rugi sampai mak bapa pun tak kenal, Contoh: Rawang, Bkt Beruntung.

Low Risk Low Return

1. Saham
Beli Saham Blue Chips. Akan untung melalui kenaikan Harga serta Bonus/Dividen.

2. Property
Beli property dah siap, kaji population/sewa. Wang sewa yang dikutip biasanya boleh cover 70%-80% bayaran installmen bulanan awak.

3. Unit Trust
Mana-mana satu Unit Trust pun akan dapat keuntungan. Unit Trust ini merupakan Mid-Long Term Investment. 5-7 tahun lepas itu, biasanya anda dapat secara purata 8% keatas. Sekarang di Malaysia ada banyak Syarikat Insuran dan bank telah melancarkan Unit Trust yang melabur di Negara sedang Membangun seperti China dan India. Boleh beli trust fund seperti gini.

Secure Risk Secure Return

Simpan kat bank saja. Selamat dan tak akan hilang. Tetapi interest yang diuntung itu kurang daripada inflasi. Duit nampak semakin banyak, tetapi nilai sebenar semakin menurun. Zaman 80an RM15K dah boleh beli Proton Saga, RM30K dah boleh pakai Honda Accord. Sekarang RM15K boleh beli Honda Accord 80an. hahahhah.

No Rick No Return

Simpan bawah katil ataupun bawah bantal. Tetapi sila pastikan rumah awak tak ada anai-anai. hehehhe.

abgzan1
08-02-07, 02:05 PM
Brother selim sudah bersuara...tabik saya...

embuntiga
03-03-07, 04:30 AM
sekarang dgr byk investment internet ni pulangan tinggi mcm $20 sehari utk $1000 pelaburan. Ini perniagaan betul ke susah na percaya

selim
03-03-07, 10:21 AM
sekarang dgr byk investment internet ni pulangan tinggi mcm $20 sehari utk $1000 pelaburan. Ini perniagaan betul ke susah na percaya

Posting anda ini adakah sesuai dgn tajuk Thread ini?

MOD dan Super MOD, bagi amaran kat User ini, banyak posting sampah setakat untuk naik pangkat.

kataksaya
22-04-07, 12:45 AM
bestyer byk kawan2 yang ada byk ilmu

saya pun ada masalah kewangan skrg..duit asyik cukup2 je..

ladyhera
25-04-07, 10:33 AM
bestyer byk kawan2 yang ada byk ilmu

saya pun ada masalah kewangan skrg..duit asyik cukup2 je..

oh duit mmg takkan pernah cukup. The more we gain, the bigger we spend. Apa2 pun, bermula dr diri sendiri. Buat perancangan awal...kalo mkn gaji, bila dpt gaji terus allocate duit2 tu utk bende2 penting dulu. Biasa kalau baru2 keje mmg susah sikit nak buat, but u have to start somewhere... kalau tak, sampai bila2 pun takbuat.. :D

bud70
25-04-07, 04:25 PM
Bro, mana ada org sentiasa puas hati ngan apa yg dia dpt...
Sifat tamak tu permainan iblis utk manusia yg lemah cam kita ni... Kena start somewhere utk develop diri sendiri... yg penting jgn gali lobang then tutup lobang yg lain... normally end up bermasaalah....

oh duit mmg takkan pernah cukup. The more we gain, the bigger we spend. Apa2 pun, bermula dr diri sendiri. Buat perancangan awal...kalo mkn gaji, bila dpt gaji terus allocate duit2 tu utk bende2 penting dulu. Biasa kalau baru2 keje mmg susah sikit nak buat, but u have to start somewhere... kalau tak, sampai bila2 pun takbuat.. :D

mfg210
21-05-07, 12:10 PM
yup betul tu. jangan gali lubang tutup lubang. ni selalu terjadi pada kes2 kredit card

zenxxx
24-05-07, 12:26 AM
True, you need to budget your money. If now, how much you earn will = how much you spend. There's a rule of thumb, not necessary needed to be followed;

It's 10/10/10/70

Breakdown of your income

10% - Saving
10% - Reserve
10% - Invest
70% - Expenses

All it takes is just one word DISCIPLINE!

Good luck!

Ddaniell
28-05-07, 05:23 PM
ok la misalnyer aku baru start keje....gaji rm1800...ape patut aku wat ngan duit tu? brape percent nak invest...nak bayar kete lagi..insuran ke...

onlymee
11-06-07, 04:36 PM
Aku nak intro skim simpanan dari AMBANK...nama dia AmCash Guarantee 21..
Produk ni gabungan simpanan(mcm simpan kat akaun biasa), pelaburan(mcm ASB), dan jaminan kewangan...dana Ambank 360 juta nak diagihkan pd peserta skim ni....
Kesimpulannya....Ambank nak bagi duit(dana) free kat orang berdasarkan berapa yg korang dapat simpan setahun(bukan sebulan tau!) dlm tempoh 21 thn(3 thn sekali keluar dividen2+dana/untung berkali ganda dari ASB/duit di jamin dari sumber2 halal shj/dah cukup 21 thn..duit yg korang simpan tu blh amik blk la siap ada bonus lg tu!!!)
So amacam....simple sangat ke explaination aku ni? So kalau ada yg minat sila2 kan contact aku yg buat part time ejen AMBANK...
Duit Free Beb..talak rugi punya!!!

kacang_rebus
17-06-07, 06:30 AM
asas pengurusan kewangan ialah saving..
dapat gaji 1st thing buat saving dulu..
then baru bayar bil2 yg patut..

mzar
20-08-07, 05:49 PM
sape ade ebook dr Azizi ALi...mcm jutawan dr planet jupiter ke??..dan sbgnye..leh lah share..maleh nak beli hardcopy...:)....tq..

NeoCyber
20-08-07, 07:13 PM
sape ade ebook dr Azizi ALi...mcm jutawan dr planet jupiter ke??..dan sbgnye..leh lah share..maleh nak beli hardcopy...:)....tq..

beli ler.. hard copy.. tak mahal sangat..!

di samping dapat ilmu.., kita juga membantu industri buku negara..!

moga lagi ramai orang cam azizi bleh muncul lagi.. !

shahizam81
21-08-07, 12:35 PM
aku bc buku perancangan kewangan karangan hjh...ape ek?
tak igt laa...
mmg lebih kurang cam azizi ali gak...
1)suh saving....
2)budget your expenses...dia suh buat sampul tuk setiap perbelanjaan..cthnya;sampul utk duit belanja dapur sahaja..xleh diusik utk benda lain...tp kena disiplin laa...
3)invest dgn membeli rumah pada masa dan tempat yg betul...
4)takaful pun berguna utk jgka panjang...

nufeww
21-08-07, 06:40 PM
Aku nak intro skim simpanan dari AMBANK...nama dia AmCash Guarantee 21..
Produk ni gabungan simpanan(mcm simpan kat akaun biasa), pelaburan(mcm ASB), dan jaminan kewangan...dana Ambank 360 juta nak diagihkan pd peserta skim ni....
Kesimpulannya....Ambank nak bagi duit(dana) free kat orang berdasarkan berapa yg korang dapat simpan setahun(bukan sebulan tau!) dlm tempoh 21 thn(3 thn sekali keluar dividen2+dana/untung berkali ganda dari ASB/duit di jamin dari sumber2 halal shj/dah cukup 21 thn..duit yg korang simpan tu blh amik blk la siap ada bonus lg tu!!!)
So amacam....simple sangat ke explaination aku ni? So kalau ada yg minat sila2 kan contact aku yg buat part time ejen AMBANK...
Duit Free Beb..talak rugi punya!!!

Kira duit boleh kuar lepas 21 tahun la? Ada minimum amount ke untuk masuk?

megakurtz
21-08-07, 07:14 PM
kalau ambank bengkap cemana? there's nothing secure in this world. never put your egg in one basket. if broke you going to be basket case

nyampok
26-08-07, 11:26 AM
Halu rakan2,

dalam keghairahan kita utk mencari pendapatan tambahan...jgn lupa juga pasal personal finance kita...how we manage duit yg dah ada dalam tangan...itu kira kitanya defence la...those investment bole dianggap sebagai offence...without a good defence, kalau offence hebat cemana pon, pasti akan tergolek gak...just menunggu masa jer...

aku rekomen korang baca buku2 azizi ali (millionares are from diff planet), robert t kiyosaki (rich dad ppor dad, cashflow quadrant)etc...korang pon mesti pernah dengar kan...serius worth every rm yang korang spend kan...

eh mod, aku taktau topik nie sesuai ker tak dalam forum nie...aku belasah jer hehe...sajer nak bersuara...

- It is not how much money u make that matters, it is how much u keep n make it work for u that important :p -
betul tu bro...
aku sokong...
but biasa la.. kita ni slalu alpa
slalu spend lebih dr income..
:cry:

Ddaniell
27-08-07, 10:44 PM
gaji aku rm2200...tolak EPF....rm1958

expenses :

makan = 220
lrt + bus = 112
ptptn = 100
parent = 150
topup = 100
entertaiment@leisure+myk = 450
kereta = 300

balance/saving = 500...

dari 500..aku pecahkan kepada
215 = bayar loan (aku pinjam 10ribu dari bapak aku)
150 = insuran
135 = unit trust

*der duit lebey overtime..aku masukkan dlm ASB

so..der sape2 leh nasehatkan aku supaya leh bertambah income aku? saving 500 sebulan...mane ckup...nak kawen pon susah..duh~

Alauz
20-09-07, 12:51 AM
wat do u guys think about this:

amik loan asb for 100k for 20 years then pay every month roughly bout 850 for bout 3 years then the continous year bayar guna dividen+bonus frm the asb...is it worth it?

michaelangelo
21-09-07, 07:11 PM
wat do u guys think about this:

amik loan asb for 100k for 20 years then pay every month roughly bout 850 for bout 3 years then the continous year bayar guna dividen+bonus frm the asb...is it worth it?

yup bro... its a wise way to do that... in other word u suffer for the first 3 years paying the installments using own money from salary... subsequent years u use the 'keuntungan' hahaha... baguss.. :)

Alauz
24-09-07, 10:11 AM
Aku nak intro skim simpanan dari AMBANK...nama dia AmCash Guarantee 21..
Produk ni gabungan simpanan(mcm simpan kat akaun biasa), pelaburan(mcm ASB), dan jaminan kewangan...dana Ambank 360 juta nak diagihkan pd peserta skim ni....
Kesimpulannya....Ambank nak bagi duit(dana) free kat orang berdasarkan berapa yg korang dapat simpan setahun(bukan sebulan tau!) dlm tempoh 21 thn(3 thn sekali keluar dividen2+dana/untung berkali ganda dari ASB/duit di jamin dari sumber2 halal shj/dah cukup 21 thn..duit yg korang simpan tu blh amik blk la siap ada bonus lg tu!!!)
So amacam....simple sangat ke explaination aku ni? So kalau ada yg minat sila2 kan contact aku yg buat part time ejen AMBANK...
Duit Free Beb..talak rugi punya!!!

Skim nie ade minimum invesment ke..agak2 kalau aku start with 1k then every month aku invest about 100 ok tak...one more question..is it after 21 years then i can witdraw the money...

cheers..

ok la misalnyer aku baru start keje....gaji rm1800...ape patut aku wat ngan duit tu? brape percent nak invest...nak bayar kete lagi..insuran ke...

I think it depends on how much money u have left after u pay all ur debt..for example kalau ade balance dlm 800 so 10-12% of it for investment...but u cannot enjoy sakan la(just for a short period)..but i think it's worth it eventhough u might suffer in the 1st place... so far i already put aside for investment almost 1k per month and it might increasing...

however try to learn frm others which already experience on doin investment..for me, i'm still learning on making money...

cheers....

gigs
24-09-07, 06:53 PM
Ingat pesan geng lama investment...
Untuk buat pelaburan, jangan pinjam duit. Kita x pasti akan keuntungan pelaburan, tapi hutang tetap kena bayar.

Jd, kalu boleh, gunala duit apa yg ada.

Ddaniell
24-09-07, 09:52 PM
Ingat pesan geng lama investment...
Untuk buat pelaburan, jangan pinjam duit. Kita x pasti akan keuntungan pelaburan, tapi hutang tetap kena bayar.

Jd, kalu boleh, gunala duit apa yg ada.

kalo loan bank....masuk dlm asb yg semestinyer terjamin?

gigs
26-09-07, 09:08 PM
kalo loan bank....masuk dlm asb yg semestinyer terjamin?

Pendapat gua..
ASB merupakan satu pelaburan saham amanah yang terjamin. Sama seperti jaminan kerajaan terhadap saham2 amanah yang yang lain, milik kerajaan atau dikeluarkan oleh kerajaan. Maksud terjamin adalah adalah TAKKAN HILANG, tapi tak mustahil rugi.

Mungkin skrg ini ASB merupakan amanah saham paling selamant, tp esok lusa siapa yang tahu. Lihat apa yang berlaku pada ASNITA, ASJ, ASDI... semua dijamin oleh kerajaan, tapi harganya masih ditahap tak balik modal pon...

fuckjack
08-10-07, 03:51 AM

sape sape pandai bab saham asb ni cane dea kasi untung kt kte pm aku eh.aku kurang phm

BalakSteady
25-04-08, 03:03 PM
Macam mana nak control budget? Hmmm.. kekadang.. tue susah kan? Nak keep track lar.. itu lar.. ni lar.. I came across this table.. very interesting.. Just try.. Maybe it can help you to manage your personal account every month.. No harm to try..

Belanjalah dengan bijak!!! "Belanja pak... boleh pak..." (Ayat CQ) ekeke..

FatThickJoe
26-04-08, 04:51 PM
Saving adalah perkara yang paling memerlukan disiplin - itu pendapat peribadi aku la...
Dulu mula2 masuk kerja aku bukan main eksen lagi buleh saving...pastu buleh pakai kereta, pakai motor...
cukup2 makan jugak selepas ditolak saving..
pastu kepala kote gatal...aku kawen...
korek sana korek sini - saving pun tinggal paras laut...ombak pun takde dah time tu!
pastu buku kira kira aku jadi tak menentu..kejap ada kejap takde...
tolak motor...
pun rase sempit jugak, padahal laki bini kerja...
la ni ada sorang budak kecik
lagi laa dah tentu 300-400 sebulan ke perut budak tu...

hmmm...
macam mana la aku nak saving dan belanja berhemah?
kene pulak harga barangan semakin naik, sama seperti 'joe' aku yang tak reti2 nak turun...

setiap bulan aku bekerja keras untuk memastikan adanya saving...ASB adalah port yang selamat laa di mata aku, selain daripada ko invest dalam meniaga kecil kecilan ke.
Yang penting jangan simpan saving tu di tempat yang korang mudah nak capai dan keluarkan....sebab kita ni banyak sangat tindakan luar kawal...

p/s:- opocot!! terpancut pulak!! (tindakan luar kawal la tuu....)

Ddaniell
23-05-08, 12:21 AM
saving adalah perkara yg leh tahan mencabar la...dlu aku saving...end of month korek blek..

skang..dpt je gaji...langsaikan ape yg patut dilangsaikan...
yg lebey..barulah bawak belanja....
insuran pon penting gak
asb
public mutual...investlah muda2 niiii....
TIME IS MONEY!

drubi
24-05-08, 02:14 PM
sape sape pandai bab saham asb ni cane dea kasi untung kt kte pm aku eh.aku kurang phm

mmm... u may want to consider this:

1. set ur budgeted sum to be set aside for saving - say rm400 a month.
2. apply for asb loan
3. check for the how much loan u can get for a max of 400 a month instalment for 20 years.
4. start paying the amt for the 1st 12 months
5. dh dpt dividend... jgn spend... byr d loan
6. wait for about 2 n half years.
7. find new asb loan. terminate d existing.
8. ko akn dpt profit yg xterhingga. pastu derma skit kt mk-portal hehee..

best wishes bro

semanlong
23-08-08, 11:42 AM
I have one suggestion for fresh grad or somebody yang baru start kerja. You have to set aside any ammount of money for saving during payday. don't wait untill next payday and hoping to save the remaining amount that you have. because there'll be none...

Abetan
23-08-08, 01:17 PM

Semanlong ... that's a good advise .. Hope everyone of us have ur kinda way of thinking .. thank you for ur kind advise :D

crazee_kicks
06-10-08, 03:08 AM
Geng.. tumpang lalu... (sorry). Tak tahu sama ada ni tempat yg betul tak pasal tgk thread lain mcm tak brp berkait.

nak tanya la... Apa pendapat korg pasal SSPN? Baru dpt anak n tgh plan nak buat savings utk education dia. Yg aku tahu, performance SSPN ini ala2 mcm fixed deposit, tp mcm wajib supaya boleh dpt load PTPTN bila tiba masa anak nk masuk U/Kolej.

D
07-01-09, 02:15 PM
lama da tread nie senyap.

aku rasa menuju 2009 macam2 menda akan berlaku.tambahan lagi dunia menuju kegawatan ekonomi.Topik nie harus dihangatkan balik demi kesejahteraan poket geng2 MK.

1) Aku dengar ader geng kita penah buat untung besar dalam era kegawatan ekonomi 98..siapa dia,meh kongsi ilmu.

2) money mgmt dalam keadaan sekarang.

3) camner nak buat duit ngan minimun duit

aku harap otai2 MK sila beri tunjuk ajar.

shukri80
30-06-09, 08:48 AM
Assalamualaikum....
BAnayak cara untuk menambah pendapatan...

CtiE
30-06-09, 09:27 AM
mmm... u may want to consider this:

1. set ur budgeted sum to be set aside for saving - say rm400 a month.
2. apply for asb loan
3. check for the how much loan u can get for a max of 400 a month instalment for 20 years.
4. start paying the amt for the 1st 12 months
5. dh dpt dividend... jgn spend... byr d loan
6. wait for about 2 n half years.
7. find new asb loan. terminate d existing.
8. ko akn dpt profit yg xterhingga. pastu derma skit kt mk-portal hehee..

best wishes bro

salam bro drubi.,
saya x brapa faham psl profit ASB nie...
boleh terangkan x?

chaosspawn
28-09-09, 12:02 PM
geng, aku nak tanya sikit pasal paypal.
Apakah ia, adakah ianya selamat digunakan?
Adakah any hidden fees utk any transaction yg menggunakannya?

bro_shinchan
29-09-09, 11:13 AM
mmm... u may want to consider this:

1. set ur budgeted sum to be set aside for saving - say rm400 a month.
2. apply for asb loan
3. check for the how much loan u can get for a max of 400 a month instalment for 20 years.
4. start paying the amt for the 1st 12 months
5. dh dpt dividend... jgn spend... byr d loan
6. wait for about 2 n half years.
7. find new asb loan. terminate d existing.
8. ko akn dpt profit yg xterhingga. pastu derma skit kt mk-portal hehee..

best wishes bro

yup... aku stuju benor ngan cara nih. (sbb aku sendiri pernah try dulu. - time gawat nak kawin.) :lol:

problemnya aku kurang fahamlah dengan cara ke-6 dan ke-7 tuh. bukan ke loan tu dibuat untuk 20thn? kenapa sampai 3thn jer terus nak terminate? how bout the dividend yang ko dah ambik tu? - (selalunya dividend tu dibayar atas berapa tahun kita ambik loan. dalam kes ni let say 20thn.) boleh ke kita suka-suka hati nak terminate loan 20thn tu? tak kena apa-apa penelti ker? :please: tolong bagitau detailnya bro...

baru2 ni aku ada tengok satu skim lebih kurang cam 'main kutu'. yang bestnya korang tak perlu cari group sbb segalanya disediakan. ada sesiapa nak kongsi detailnya???

acidrock
30-09-09, 10:23 AM
Itu namanya ASB OD. Dengan menggunakan tools memanipulasikan sistem kewangan sediada. Kita dapat meningkatkan jumlah saving tanpa mengorbankan peruntukan len. Sedang belajar kini. Huhu.

BTW- Kenapa abetan kena banned. Da lame tak masuk sini.

bro_shinchan
30-09-09, 11:42 AM
Itu namanya ASB OD. Dengan menggunakan tools memanipulasikan sistem kewangan sediada. Kita dapat meningkatkan jumlah saving tanpa mengorbankan peruntukan len. ....

Ok. sekarang baru aku faham. Cuma aku tak rasa hanya ASB OD sahaja yang boleh guna cara ni. ASB only pun boleh.

Hanya dalam kes drubi tu aku confius sikit. Sbb takkan tahun matang utk loan 20thn, hanya 2thn setengah je? Hinggakan dia boleh suka-suka terminate asb loan tu!! Kalau betullah terjadi... confirm 'dia' dah langgar perjanjian loan. sure nama 'dia' black list. right?? - part ini lah yang aku konfius... >>sesiapa boleh tolong aku tak???:Fingers_0411:

acidrock
30-09-09, 12:42 PM

ASB only pon bleh, tapi sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Pendek kata, simpan dan jangan toleh baki dah. Sok-sok kalau tak sempat nak merasa pakai, bleh waris anak-anak je untuk kebajikan dorang plak. Cuma dengan cara ASB only sefaham aku sangat lambat

ASB OD untuk merempitkan baki akaun dalam jangkamasa yg lebih cepat.

landmark1123heavy
19-10-09, 03:29 AM
Nak tanya pasal pelaburan ASNB.
Aku dah ada pelaburan ASB.
Sekarang ni aku dengar ada bula Amanah Saham 1 Malaysia (AS 1Malaysia).
Siapa tahu tentang pelaburan ni?
Banyak ke bonus dapat?

Pelaburan apa lagi yg elok bagi individu untuk melabur?

landmark1123heavy
19-10-09, 03:43 AM
geng, aku nak tanya sikit pasal paypal.
Apakah ia, adakah ianya selamat digunakan?
Adakah any hidden fees utk any transaction yg menggunakannya?

Macam mana nak cakap ek..
Benda ni untuk memudahkan kita membuat pembayaran semasa kita online shopping kat internet.
Paypal ni macam orang tengah laa yang menguruskan duit kita kepada penjual tuh...

Kalau macam web Air Asia tu senang, tak payah guna paypal, sebab dia ada ruangan untuk kita isikan kad kredit, atau kad debit.
Tapi bagi web yang xde kemudahan ni, dia akan menggunakan perkhidmatan paypal untuk menguruskan pembayaran dari pelanggannya..

Aku agak je ni. Tapi kalau info aku salah, harap betulkan..
Aku berani cakap sebab aku pun ada akaun paypal ni.
Perjalanan urusniaga macam yg aku cakap kat atas tu...

Ianya selamat, malah mudah & jimat masa.

Buat pertama kalinya kita akan memasukkan maklumat diri & maklumat kad kredit ke dalam akaun paypal.

Next time bila kita nak beli barang di web yang mempunyai perkhidmatan paypal... kita hanya klik butang bayaran melalui paypal, masukkan username & password, dan klik bayar...
Transaksi akan berlaku segera, tanpa memasukan apa-apa maklumat semasa membeli...
Jimat masa & selamat.

Untuk pengaktifan pertama kalinya ada yuran.
Aku dah lupa berapa..
Tapi hanya sekali tu sahaja, sebab dia nak pastikan kesahihan kad kredit tu.
Bila bil bulanan kad kredit ko sampai ke rumah, ko cari kod yang dihantar oleh paypal, dan masukan kod tu untuk sahkan akaun paypal.

Setakat ni, aku pernah guna paypal untuk beli rapidshare, tak ada pula cas tambahan yg dikenakan oleh paypal.
Aku rasa sepatutnya rapidshare ler yg kena bayar caj ke Paypal, bukan kita..
Hehehe Aku rasa je tu..

chaosspawn
19-10-09, 11:20 AM
tq landmark. Aku baru ingat nak register, for a transaction wit oversea buyer. Ingat nak avoid masalah, tapi aku nyaris ditipu oleh satu scam, menggunakan paypal. nanti aku ceritakan bila ada masa yang terluang.

landmark1123heavy
20-10-09, 01:27 AM
Ditipu menggunakan Paypal?
Aku sbg pembeli & pengguna Paypal, rasanya peluang untuk ditipu tak lah teruk sangat berbanding penjual.

Sebab sebelum aku menggunakan Paypal, aku akan usha dulu company tu.
Macam company Rapidshare ni, aku rasa mereka takkan tipu.
Lagipun Rapidshare ni worldwide, kalau dia tipu kita, masalah bisnes dia nanti.

Aku pernah juga beli perfume dalam internet.
Tapi sebelum tu aku terlebih dahulu suruh kawan pi usha kedai perfume tu di mana & betul2 wujud.
Rupa-rupanya kedai dia di Shah Alam je.
Bila dah sahih, baru aku beli.

Sebelum aku buat pembayaran guna Paypal, aku call tokey perfume tu dulu.
Aku tanya dia, kalau bayar guna paypal ni berapa hari perfume tu akan sampai.
Dia kata bila duit tu dah clear, contohnya hari ni, hari ni jugak dia akan poskan barang tu. Paling2 lama 1 minggu.

Tunggu punya tunggu, dah hampir sebulan jugaklah perfume tu baru sampai. Kalau tak silap aku 3 minggu lebih baru settle duit tu.
Rupa-rupanya ini lah kali pertama peniaga tu guna perkhidmatan Paypal.
Patut lah aku nampak macam kekok bila aku tanya proses transaksi pada dia.
Dia kata, memang dia ada terima transaksi yang aku buat 3 minggu yang lalu, cuma dia hanya tunggu duit tu betul2 clear masuk ke dalam akaun dia barulah dia akan pos perfume tu.

Aku pun tak pasti betul atau tak, sebab mulanya aku ingatkan peniaga tu tiada stok.
Kalau Chaosspawn ada menjual barang di internet, tunggu duit tu betul2 clear masuk ke dalam akaun, baru lah hantar barang tu kepada pembeli.

*Ni sebagai tips, semasa aku membeli perfume di kedai tu.
Semua harga perfume adalah dalam ringgit.
Kebetulan masa tu aku amik 2 botol perfume.
Bila aku buat proses transaksi guna Paypal, currency yang digunakan US Dolar pulak.
Aku ni malas nak kira masa tu sebab nak cepat, terus tekan PAY...

Bila aku pikir2 balik, dan try kira balik, rupanya aku dah terbayar lebih.
Aku dah terbayar untuk 3 botol perfume..
Aku call taukey tu balik dia kata tak apa, dia akan check nanti.
Aku tau harga sebenar, & bukti melalui bil kad kredit.
Cuma aku sikit rasa kecewa, kerana taukey tu kata duit yang lebih tu, dia guna untuk caj perkhidmatan apa ntah.
Aku rasa perkhidmatan dari Paypal kot yang perlu dibayar oleh penjual sepatutnya, bukan aku..
Dan baki yang selebihnya, dia takkan pulangkan balik, malah dia menyuruh aku beli lagi satu botol perfume yang lain.
Pukimak..
So, aku dah malas layan kerenah yang macam2 ni aku pun bank in duit guna mesin ATM, untuk mendapatkan sebotol perfume yg lain.
3 botol aku beli bulan tu.. Membazir betul..

Nasihat aku, sebelum korang membayar butang PAY, korang rajin-rajin lah tekan kalkulator, betul ke harga dia sama seperti yang dijual di dalam web tersebut.
Sekian..

bro_shinchan
20-10-09, 09:06 AM
.......
Nasihat aku, sebelum korang membayar butang PAY, korang rajin-rajin lah tekan kalkulator, betul ke harga dia sama seperti yang dijual di dalam web tersebut.
Sekian..

Susah jugak yer guna paypal nie? Ada orang kata guna Paypal lebih senang dari Kredit Kad? So ternyata salah lah kenyataan tu... Adakalanya aku lebih senang cari seller yang jual barang dalam intenet secara bank-in tunai. Misalnya rapidshare akaun dan pakaian baby (sebab 2 barang ni je aku rajin beli bulan2.) Masalah yang aku sering hadapi diorang lebih galakan aku menggunakan paypal dari bank-in... kenapa? kata mereka mudah! (apa yang mudahnya pun aku tak tau.) + kena tambah cas perkhidmatan itu ini. rugilah macam ni.

tapi aku tak pernah ada kes macam andmark1123heavy lagilaa. hehe (thanx sbb kongsi pengalaman bro.) peace V

Black Pearl
20-10-09, 11:27 AM
Hmm..nice advice here...

guys, lately my brother ada pi dgr talk pasal money management...
then my bro call me and give me suggestion to make investment in gold coin@kijang emas at Maybank...
dia ada cite pasal sorg budak yang baru 2 tahun buat benda nie dan sekarang income dia almost 200k hasil investment dalam benda nie....bygkan umur dia baru 26 skang...and he said to my bro"everyday is sunday"

kalau korang tgk kat maybank2u punya webpage ada pasal benda nie...
cuma nak ingatkan modal dia byk sket dalam 13k camtue...
tapi as u know nilai harga emas tak susut dan always stabil...

so, camner??? fikir2kan lah...

landmark1123heavy
21-10-09, 12:28 AM
Susah jugak yer guna paypal nie? Ada orang kata guna Paypal lebih senang dari Kredit Kad? So ternyata salah lah kenyataan tu... Adakalanya aku lebih senang cari seller yang jual barang dalam intenet secara bank-in tunai. Misalnya rapidshare akaun dan pakaian baby (sebab 2 barang ni je aku rajin beli bulan2.) Masalah yang aku sering hadapi diorang lebih galakan aku menggunakan paypal dari bank-in... kenapa? kata mereka mudah! (apa yang mudahnya pun aku tak tau.) + kena tambah cas perkhidmatan itu ini. rugilah macam ni.

tapi aku tak pernah ada kes macam andmark1123heavy lagilaa. hehe (thanx sbb kongsi pengalaman bro.) peace V

Bro, lama tak dengar kabar berita sekarang..
Aku tak pasti betul atau tidak tentang caj perkhidmatan tu.
Kita tak tahu urusan selanjutnya sebab kita pembeli hanya tahu bayar sejumlah wang mengikut harga yg di tawarkan.

Tapi mengikut peniaga yg aku pernah bali barang tersebut, katanya ada caj perkhidmatan.
Dan perkara ni aku langsung tak di beri tahu.

Contohnya, kalau barang tu harga RM100, aku terpaksa bayar RM120 sebenarnya bila tengok dekat bil.
Perkara ni sepatutnya tak akan terjadi, sebab masa aku beli barang tu, dia tak nyatakan harga tersebut.
Yang aku tahu harga RM100 tu termasuk wang pos laju.

Sebab tu lah aku nasihatkan kalau korang nak membeli, jika harga tertera ialah dalam currency US Dollar atau sebagainya, amik kalkulator dan kira..
Jika betul baru tekan pay, kalau tak betul jangan beli, sebab kebanyakan peniaga takkan pulangkan balik duit anda, malah mereka menyuruh anda membeli barangan mereka yg lain..

hezzri
08-07-10, 10:31 AM
memang senang cakap dari nak buat....hati nak kena kering
kalau harap duit gaji je mmg x dpt la jack...sib baik ada duit tepi
pasal dulu dah terbiasa duit gaji simpan, sesah duit OT
OT pun dah lebih dari gaji, maunye tak...sampai beli kete pakai duit OT
tapi bile dah tak dpt OT start dah kais pagi makan pagi aku rasa

tapi now alhamdulillah sejak bulan 11 tahun lepas aku dah buat sesuatu utk tambah income dan sampai skrg alhamdulillah dpt cover
cuma sekarang ni nak belajar buat OD utk maximize lagi income

apapun dalam buat financial planning ni seeloknya kita kena pandang juga lagi 20-30 akan datang
kalau dulu memadai dgn 10 tahun tapi disbbkan keadaan ekonomi skrg yg tak menentu dgn kadar interest yg tinggi kena tarik tahun lagi panjang

kalau rasa gaji tu mmg x cukup, mmg asyik sempit je...nasihat aku buat la side income apa yg patut
nak tak nak telan je...InsyaAllah org kata sikit2 lama jadi bukit....learn from mistake, jgn diulang lagi kesilapan yg sama
kena pk baik2....

kalau dpt duit income meniaga ke, at least simpan 10% drpd profit tu
takde la nnt bila buat kira2 dpt 50k tapi tak merasa apa pasal dpt duit asyik pakai tak saving....tu maksud aku at least simpan 10% setiap kali dpt duit tepi2 nih...
duit gaji confirm tiap2 bulan dah tersedia nak bayar itu ini...

zack_xxx
01-10-10, 04:42 PM
Bro, lama tak dengar kabar berita sekarang..
Aku tak pasti betul atau tidak tentang caj perkhidmatan tu.
Kita tak tahu urusan selanjutnya sebab kita pembeli hanya tahu bayar sejumlah wang mengikut harga yg di tawarkan.

Tapi mengikut peniaga yg aku pernah bali barang tersebut, katanya ada caj perkhidmatan.
Dan perkara ni aku langsung tak di beri tahu.

Contohnya, kalau barang tu harga RM100, aku terpaksa bayar RM120 sebenarnya bila tengok dekat bil.
Perkara ni sepatutnya tak akan terjadi, sebab masa aku beli barang tu, dia tak nyatakan harga tersebut.
Yang aku tahu harga RM100 tu termasuk wang pos laju.

Sebab tu lah aku nasihatkan kalau korang nak membeli, jika harga tertera ialah dalam currency US Dollar atau sebagainya, amik kalkulator dan kira..
Jika betul baru tekan pay, kalau tak betul jangan beli, sebab kebanyakan peniaga takkan pulangkan balik duit anda, malah mereka menyuruh anda membeli barangan mereka yg lain..

Paypal kenakan caj perkhidmatan kepada penjual,, jadi biasanya penjual dah masukkan semua kos dalam harga yang dipaparkan. Kalau penjual kenakan caj perkhidmatan sebab gunakan paypal, pembeli boleh report kat paypal. Lagi satu kalau bayar kat paypal pembeli boleh claim balik duit kalau barang yang dibeli tidak bertepatan dengan yang diiklankan, rosak ataupun sgt tidak memuaskan hati. Biasanya paypal akan lebih menjaga hak pembeli daripada penjual untuk menambahkan keyakinan di kalangan pengguna paypal.

brew
03-10-10, 12:13 PM
Sebenarnya lebih senang kalau MK atau sapa-sapa buat satu thread khas pasal paypal. Paypal ni sangat meluas. Konsep dia pon tak sesimple yang kita sangka.

1. Macam mana kita nak ada duit dalam paypal?

Ada berbagai cara, Antaranya:

1. Kita beli, katakan kawan kita ada 10 USD dalam paypal dia, so kita boleh secara mutualnya membeli 10 USD kat dia.
2. Kita menggunakan Credit Card semasa membeli. INGAT! kredit kad kita tu kita store dalam paypal. Ini yang paling bahaya. Semua orang cakap PAYPAL itu secure, tapi security boleh di-reverse, especially melalui concept "social engineering"

2. Apa yang kita perlu tau pasal keselamatan dalam paypal?

- Selalu tengok "last login". tengok IP dan pastikan IP tu kita kenalpasti bukan IP kita, cuba match skali dengan date.

- Selalu tukar password. Kalau boleh password mestilah dalam bentuk macam ni:
A8s8f8s8 (huruf,nombor, huruf, nombor). Konsep pemecahan kod password zaman sekarang adalah menggunakan dictionary, ianya terbatas kalau password kita buat macam tu.

- Selalu tengok kredit kad statement.

Kalau pihak Admin sudi buat thread khas dan campakkan perkara yang berkaitan paypal, maybe kita leh kupas banyak lagi.

tanjong3
03-10-10, 01:54 PM
Kalau pihak Admin sudi buat thread khas dan campakkan perkara yang berkaitan paypal, maybe kita leh kupas banyak lagi.

aku sokong sangat wujudkan thread tentang paypal.. boleh juga user share pengalaman n pendapat tentang ni...

bro_shinchan
08-10-10, 02:34 PM
Sorry ini tentang ASB LOAN. Sesiapa boleh tolong aku jawab soalan ini???
mintak tolong para sifu2 kat sini.

Soalan:
Apa akan terjadi kalau kita cancel ASB LOAN kita dalam 'LOCK IN PERIOD' & After 'LOCK IN PERIOD'?

Jawapan:
Bila kita cancel loan tu dlm lock in period, kita akan dikenakan penalti sebanyak 3% dari jumlah keseluruhan loan.
& bila kita nak cancel loan selepas lock in period.
pengiraannya begini...

katakan selepas 5thn kita menyimpan dan kita nak cancel. kira2nya begini:
dlm kes ni loan adalah 200k

bayaran bulanan x 60 bulan - interest rate untuk 5 tahun tu (4.65% setahun -BLR)

pengiraannya spt ini:
1130 x 60 bulan = 67,800 (jumlah yg kita dah menyimpan) - 23.25% = 52,036.50 (jumlah yg akan dipulangkan)
bagaimana pula dgn deviden dlm 5 thn?

of coz kita mmg dapat dividen tersebut.

setahun dividen adalah 14,000. kalau 5thn 70k

jadi total pulangan yg akan dibayar + dividen asb dlm 5thn adalah : rm122,036.50

BETULKER PENGIRAANNYA TU??? Mintak pandangan sifu2... TQ

labukura
12-10-11, 12:31 PM
Berkenaan ASB...dan cara utk memenuhkan ASB,

berdasarkan experince sy..
sy hanya mampu untuk endose 50K dalam instalment lebey kurang RM270 monthly..
2nd year...bila dapat duit dividen, bayar dividen itu terhadap loan asb berkenaan..
kemudiannya apply lagi loan ASB RM 50K sebab dah allocate RM270 setiap monthly...
begitu lar..sehingga sy dah penuh RM 200K...http://www.bicarajutawan.com/forum/images/smilies/punk.gif

ada cara lain yg nak dikongsikan bersama?

xerox
15-10-11, 03:31 PM
ada sesapa penah try dengan risk investment,... high risk high return... like VGMC...

n dapat R.O.I 10%-20%/monthly....

saper penah try? saper nak try? so far dalam 6 bulan buat dah dapat keuntungan lebih 400%...

alhamdulillah la...

wokmanaf
22-10-11, 09:11 PM
ari ada satu badan kerajaan datang ke kolej aku macam mana nak urus kan duit dengan betul dia ckap cth kita
Gaji Rm1000 dan Rm 100 kita simpan dulu baru yang lebih kita belanja.......tapi skrang orang lain perantikkan belanja dulu yang lebih simpan tapi kebanyakan memang x simpan selalu terlajak belanja.....

zaidan
23-10-11, 08:23 AM
Duit ni susah kt nak control......selagi kt ada duit.....kt nak guna jer.....ermmmmm...jarang la berjaya.....hope lepas ni berjaya la....setelah bc nasihat2 ahli...