PDA

View Full Version : Panas...Hangat...Artis Tempatan...Kantoi...!!! Tahun 2010



Pages : [1] 2

ninja
02-01-10, 02:03 PM
Okay tahun baru dh menjelma...artis pun konfirm makin banyak buat hal dan dapat penghargaan dan terkantoi dan mcm2 gossip, jadi moh sambung kat sini cerita dan bahan berita dari anda semua..

Kurangkan prestasi tingkatkan kontrovesi! hihihihi

ninja
02-01-10, 02:19 PM
Meh aku mula kan tahun baru ini untuk peminat Tiz Zakyah @ Nur Amina...mantap dan lentik gak die ni kekekekeke

http://s1020.photobucket.com/albums/af321/ohbulan/?action=view&current=17iuybuj.jpg

CtiE
02-01-10, 02:20 PM
pembukaan 2010 ini diserikan dgn majlis perkahwinan aktres jelita, Serina Redzuawan dan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islam Salahudin Ghafar berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Berkonsepkan tradisional jawa dan ‘fairy tale’ adalah gabungan hasil idea Serina dan bapanya Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan turut di maniskan dengan sentuhan gubahan pereka kreatif, Datin Linda Rahim.

Chef Wan akur dengan kenyataan bahawa anak gadisnya Serina Redzuawan kini dimiliki oleh Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

"Saya sangat sedih untuk melepaskan dia (Serina)... saya teringgat zaman-zaman dahulu susah payah membesarkan dia, kadang-kadang saya terlalu sibuk sehingga terpaksa meninggalkan dia.

"Ketika dia mula-mula nak jadi artis dan kisah dia bersama arwah Hani Mohsin, semua itu saya terkenang dan kini dia sudah pun dimiliki Gavin.

"Kini tanggungjawab saya telah diserahkan kepada suaminya Gavin. Saya harap Gavin dapat menjaga Serina dengan baik dan saya masih lagi di belakang mereka sebagai bapa," ujar Chef Wan yang menghadiahkan percutian bulan madu ke Pulau Santorini, Greece.

Kata Chef Wan lagi dia terharu dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat melangsungkan perkahwinan anak perempuan tunggal kesayangannya itu.

"Saya sedar tidak semua ibu bapa berpeluang melangsungkan perkahwinan anak mereka, saya sangat bertuah kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan majlis perkahwinan ini," ujar Chef Wan.

Dalam pada itu, Chef Wan turut menasihatkan Serina agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik terutamanya dari segi membimbing suami mendalami Islam.

"Nasihat saya kepada Serina agar sentiasa menjaga rukun rumahtangga dengan baik dan paling penting hormat kepada suami dan sebagai orang Islam Serina harus menjadi contoh yang baik kepada suami," kata Chef Wan yang bakal melangsungkan perkahwinan Serina di kampung halamannya Sungai Koyan, Pahang pada akhir Januari ini.

sam261079
02-01-10, 02:29 PM
Meh aku mula kan tahun baru ini untuk peminat Tiz Zakyah @ Nur Amina...mantap dan lentik gak die ni kekekekeke

http://s1020.photobucket.com/albums/af321/ohbulan/?action=view&current=17iuybuj.jpg

Terbaik wokkkkkkkkkkkkkkkkkk...
I love Tiz

ninja
02-01-10, 02:35 PM
Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Disaman Kerana Ciplak Lagu Indonesia?

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/baru/ervilrevylda.jpg

Biar betik ??? Dengar ceritanya dah panas di Indonesia yang penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza bakal disaman atas tuduhan menciplak lagu dari Indonesia. Lagu yang katanya diciplak itu bertajuk Wanita dan telah dinyanyikan oleh Dato’ Siti sekitar tahun 2007. Mengikut sumber, pencipta asal lagu ini ialah Ervil Revylda (gambar kat atas), seorang warganegara Indonesia dari Jakarta Selatan.

Khabarnya lagi dah dekat 2 tahun si Ervil Revylda nie cuba nak setelkan hal nie secara baik dengan Dato’ Siti tapi Dato’ Siti buat derk jer. Disebabkan dah tak boleh nak tahan lagi setelah menunggu hampir 2 tahun, Ervil Revylda kini dah bersiap sedia untuk turun naik mahkamah dan menyaman Dato’ Siti Nurhaliza.

Hmmmmm. Sukar nak cakap sapa yang betul dalam hal nie sebab takkanlah tunggu sampai 2 tahun baru nak bukak balik kes saman nie? Nampaknya macam biasa kena tunggu Dato’ Siti bagi penjelasan tentang hal nie. Kami rasa sudah tentu Dato’ Siti sudah bersedia untuk menjawap tohmahan durjana nie.

P.S: Dah dengar lagu baru Dato’ Siti berduet dengan Kris Dayanti? Tajuk dia kalau tak silap “AMARAH”. Kami dah dengar dan kami rasa agak tak best lagu tue. Korang plak?

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/baru/sitinurhalizadatokmanja.jpg

KiNgX
02-01-10, 04:00 PM
Sosilawati Lawiya, Bekas Isteri Nash Ditangkap Berkhalwat?

Belum pun selesai kes tuntutan RM1.38 juta beliau dengan Nash, satu lagi isu menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages) Beliau yang ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki di Astana Damansara Kondominium tengah malam semalam mengaku bersalah berada dalam situasi yang mendatangkan syak.

Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam. "Sekitar jam 12 malam, kami ke unit kondominium yang dimaksudkan setelah mendapat maklumat daripada penduduk kawasan. Kami sudah lama menerima aduan dari penduduk dan setelah menyiasat kesahihan berita, kami memulakan operasi pada malam semalam," kata sumber itu yang hanya mahu dikenali sebagai pembaca mStar Online.

Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu. Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian. "Mereka yang terlibat di dalam operasi itu ialah pegawai Masjid Kolej UIA yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut. "Mereka juga meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat," kata sumber itu lagi. Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam.

Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan."Pasangan itu mengaku bersalah dan jahil dalam agama," kata sumber itu. MStar Online cuba mendapatkan pihak JAIS dan usahawan kosmetik terkenal itu berhubung insiden tersebut tetapi gagal. Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi satu kumpulan rock popular tanahair yang kemudiannya menjadi penyanyi solo dan pernah memenangi anugerah juara lagu dalam kategori rock.

Mereka berkahwin dalam satu majlis penuh meriah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik berkenaan. Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.



(Sumber Berita: mStar Online)

FLO
02-01-10, 06:53 PM
Sosilawati Lawiya, Bekas Isteri Nash Ditangkap Berkhalwat?

Belum pun selesai kes tuntutan RM1.38 juta beliau dengan Nash, satu lagi isu menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages) Beliau yang ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki di Astana Damansara Kondominium tengah malam semalam mengaku bersalah berada dalam situasi yang mendatangkan syak.

Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam. "Sekitar jam 12 malam, kami ke unit kondominium yang dimaksudkan setelah mendapat maklumat daripada penduduk kawasan. Kami sudah lama menerima aduan dari penduduk dan setelah menyiasat kesahihan berita, kami memulakan operasi pada malam semalam," kata sumber itu yang hanya mahu dikenali sebagai pembaca mStar Online.

Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu. Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian. "Mereka yang terlibat di dalam operasi itu ialah pegawai Masjid Kolej UIA yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut. "Mereka juga meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat," kata sumber itu lagi. Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam.

Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan."Pasangan itu mengaku bersalah dan jahil dalam agama," kata sumber itu. MStar Online cuba mendapatkan pihak JAIS dan usahawan kosmetik terkenal itu berhubung insiden tersebut tetapi gagal. Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi satu kumpulan rock popular tanahair yang kemudiannya menjadi penyanyi solo dan pernah memenangi anugerah juara lagu dalam kategori rock.

Mereka berkahwin dalam satu majlis penuh meriah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik berkenaan. Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.



(Sumber Berita: mStar Online)

dia kawin kt obersea dgn mamat tu
tapi masih belum dpt surat pengesah dr JAIS/JAWI (malaysia)
tapi mrk dikatakan SAH berkahwin...

KiNgX
03-01-10, 04:34 PM
Sharifah Shawati - Bekas pembaca berita TV3 pun nak merembes jugak

KiNgX
05-01-10, 10:21 AM
Nash dan Betty Banafe Bercinta??

Anak Nash, Syamir Nasha dah bagi green light . "Kak Betty cantik dan peramah. Saya suka kak Betty." Apa lagi, kasi panchutt la...

CtiE
05-01-10, 10:41 AM
bg tontonan para peminat pelakon drama bersiri Cinta Balqis Iera Syazira imbas kembali fesyen beliau semasa menghadiri AJL...

CtiE
05-01-10, 12:21 PM
khas utk peminat2 rozita che wan

(GOSIP)Rozita Che Wan Nak Kawin Dengan VIP Muka Macam Dato’ K?

Pening kepala kami pikirkan VIP kat Malaysia nie yang muka macam Dato’ K. Sapa ek? Sebab si Zubir selaku wartawan gosip paling gah bagitau Rozita Che Wan bakal berkahwin dengan seorang VIP yang muka dia sebijik macam Dato’ K. Gaya rambut sama, bermisai, potongan muka pun sama dan warna kulit pun lebih kurang sama gak. Takkanlah Dato’ K ada adik kembar kot?

Kami merayu kepada Zubir supaya bagitaulah je sapakah VIP yang berjaya mengorat Rozita Che Wan nie. Tak sabar nak tau dah nie. Bergelora jiwa dan raga nie. Dulu orang kata muka tunang Umie Aida muka macam Dato’ K, yang nie bakal suami Rozita Che Wan pulak macam Dato’ K. Takkanlah semua artis-artis pompuan kat Malaysia nie semuanya minat taste sama kot. Tak logik plak semua suka muka macam Dato’ K.

Apa-apa pun kalau lah betul Rozita Che Wan bakal berkahwin tahun 2010 nie, sesungguhnya hanya ucapan tahniah yang mampu kami ucapkan. Rasanya bakal menjadi wedding of the year kot. Almaklumlah Rozita Che Wan kan janda paling panas kat Malaysia nie. Sapa yang taknak wei ~~

Intanmahsuri
05-01-10, 12:27 PM
khas utk peminat2 rozita che wan

(GOSIP)Rozita Che Wan Nak Kawin Dengan VIP Muka Macam Dato’ K?


Sedih la abgbecha..dah la rozita nak kawen dah..pastu yang paling sedih, abgbecha langsung takder rupa Dato K. Simpan misai la abgbecha..ekekekeke

KiNgX
05-01-10, 12:32 PM
Sedih la abgbecha..dah la rozita nak kawen dah..pastu yang paling sedih, abgbecha langsung takder rupa Dato K. Simpan misai la abgbecha..ekekekeke

Aikkkk? Muka macam Datuk K? dia tak dak mesej saya apa-apa pun, apatah lagi berkasih-kasihan? CtiE tipu ja ni...

wood3
05-01-10, 12:34 PM
Sedih la abgbecha..dah la rozita nak kawen dah..pastu yang paling sedih, abgbecha langsung takder rupa Dato K. Simpan misai la abgbecha..ekekekeke
Rozita nak kawen ??? . .haaa jejaka pilihan BERMISAI huuu . . . .mungkin pilihan hatinya itu jejaka BERMISAI berasal dari kedah juga.
Bukan saja misai malah senyuman jejaka tu pun saling tak tumpah macam DATO K juga . . . heeeee.


p/s: sian kat hang Becha . . :wall:.dah rezeki aku nak buat macamana.

KiNgX
05-01-10, 12:40 PM
Rozita nak kawen ??? . .haaa jejaka pilihan BERMISAI huuu . . . .mungkin pilihan hatinya itu jejaka BERMISAI berasal dari kedah juga.
Bukan saja misai malah senyuman jejaka tu pun saling tak tumpah macam DATO K juga . . . heeeee.


p/s: sian kat hang Becha . . :wall:.dah rezeki aku nak buat macamana.


Aikkk? Nak jugak? Bermisai tak semestinya persis macam Datuk K. Hat ni pun orang kedah jugak....Untuk makloman, Rozita taste dia kat orang-orang muda ja...

KiNgX
05-01-10, 01:33 PM
Sekali sekala tukaq selera ke negara seberang pun ok gak kan? Layans..

CtiE
05-01-10, 04:00 PM
Aikkkk? Muka macam Datuk K? dia tak dak mesej saya apa-apa pun, apatah lagi berkasih-kasihan? CtiE tipu ja ni...

Emchek Kingx dh nama nya pun gossip x semua kita perlu percaya... hehehe




Maizawati Bakal Kahwin Dengan Jejaka 22 Tahun Februari Ini

Desas desus yg mengatakn maizawati bakal berkahwin dgn pucuk muda akhirnya menjadi kenyataan...

Wow. Sapa sangka dalam dia rupanya Maizawati, bekas isteri Akhil Hayy sedang hangat bercinta dengan lelaki berumur 22 tahun. Muda lagi tue beb. Bergetah lagi orang kata. Untuk yang tak tahu, Maiza nie umurnya 34 tahun. So beza diorang berdua dalam 12 tahun la lebih kurang.

Lelaki bertuah ni katanya berasal dari Sabah tapi sekarang bekerja sebagai chef di restoran Jepun di Singapura. Macam mana diorang boleh kenal tue kami tak tahu la plak. Tapi dengar khabarnya diorang dah berkenalan lebih kurang 5 bulan dah.

Nie apa yang Maiza cakap pasal lelaki tue:-

Rendah diri, kelakar, ramah, bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai suara yang mirip Amy Search

Apa-apa pun kami nak ucapkan tahniah kepada Maiza. Bak kata Maiza, muda tak semestinya tak matang. Malah mungkin yang muda lebih bertanggungjawab serta memahami susah payah dihadapi wanita. Yang penting kalau dah jodoh tue kawin jerlah. Lama-lama pegang title janda pun tak elok jugak kan?

Tahniah sekali lagi kepada Maiza dan bakal suami dia. Semoga berbahagia dan berkekalan dunia akhirat.

usopaslam
05-01-10, 04:27 PM
Sedih la abgbecha..dah la rozita nak kawen dah..pastu yang paling sedih, abgbecha langsung takder rupa Dato K. Simpan misai la abgbecha..ekekekeke

hehehe...misai mcm datuk K... org kedah..?...becha takda misai...abg usop ada misai......org kedah.....hmmm...hehehehehehehe....

abangbecha
05-01-10, 05:00 PM
Walaupon Ita digosipkan dengan seseorang yang menyerupai Dato K, hamba tetap tak putus asa. Bak kata dialog Ali Setan, hatinya hamba yang pegang. Jika perlu, hamba juga akan mennyimpan misai demi kasih yang mendalam hamba pada Ita..huhuhu...

Tak puas hati tengok rancangan baru Terjah kat TV3 semalam. Dah la macam tiru konsep rancangan TZM kat HBO. Ada ke dia cakap lakonan Ita suam-suam kuku. Kecik ati hamba. Tapi hati ini terubat bila dapat tengok interview Ita masa pakai baju singkat. Perghhhhhh.....nangis la beb!!

p/s: Pasangan aku dok ajuk cara dia gelak dalam interbiu tu semalam. Dem u!! Seksi tu dia gelak....hahahahah

ninja
05-01-10, 05:06 PM
Walaupon Ita digosipkan dengan seseorang yang menyerupai Dato K, hamba tetap tak putus asa. Bak kata dialog Ali Setan, hatinya hamba yang pegang. Jika perlu, hamba juga akan mennyimpan misai demi kasih yang mendalam hamba pada Ita..huhuhu...

Tak puas hati tengok rancangan baru Terjah kat TV3 semalam. Dah la macam tiru konsep rancangan TZM kat HBO. Ada ke dia cakap lakonan Ita suam-suam kuku. Kecik ati hamba. Tapi hati ini terubat bila dapat tengok interview Ita masa pakai baju singkat. Perghhhhhh.....nangis la beb!!

p/s: Pasangan aku dok ajuk cara dia gelak dalam interbiu tu semalam. Dem u!! Seksi tu dia gelak....hahahahah

TMZ la Becha..TZM tu motor merempitttt layan korner best woooo kekeekek

abangbecha
05-01-10, 05:20 PM
TMZ la Becha..TZM tu motor merempitttt layan korner best woooo kekeekek


Hahaha...kan dah typo. Nak cepat sangat type sebab ramai bebudak dok bersidai belakang aku ni tengok member dorang main game. Kang kalau dorang terbaca aku minat kat Ita, pecah lak rahsia aku...kekekeke

p/s: Ita...abang tetap mencintaimu...hahahah

CtiE
07-01-10, 08:46 AM
teka teki: air apa yg ada kt tangan man bai?

Lama juga tak dengar khabar Man Bai ni kan, ye la kan orang dah kena cop bekas penagih ni agak susah juga nak cari makan kot. Cari makan pun sekarang dengan menyanyi di kelab-kelab malam. Opps, kelab malam? Bila sebut kelab malam mesti dalam kepala otak memikirkan botol arak bergelimpangan & ramai gadis-gadis liar di sana.

CtiE
07-01-10, 08:56 AM
abby abadi dan kekasihnya

selepas disajikn gambar-gambar bakal suami isteri Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Kini tiba giliran saingan mereka pula. Hehe, siapa kali kalau bukan pasangan Abby Abadi dengan Zul Ariffin ni. Gambar ini diambil dari FB beliau ketika berlangsungnya Family Day Skop Production.

CtiE
07-01-10, 09:09 AM
Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah

Walau bergaduh, rumahtangga berantakan dek perselisihan faham, namun pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim rela menepiskan keegoan mereka demi masa depan anak-anak. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak dan mahu melihat anak-anak membesar dengan pendidikan sempurna.

Seperti ibu-ibu sekalian, Abby Abadi dan Norman Hakim juga tidak lepas untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Pastinya minggu pertama ini adalah minggu yang agak getir bagi anak-anak yang baru berpijak di kelas untuk kali pertama.

CtiE
07-01-10, 11:56 AM
AMPANG: Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis, kelmarin sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelita itu mendakwa dipukul kekasihnya itu, awal pagi semalam.

Azza, 32, membuat aduan di Balai Polis Hulu Klang di sini, kira-kira jam 7 malam, meminta polis menyiasat SMS berbaur ugutan itu kerana bimbang rahsia peribadinya dibocorkan pengirim mesej terbabit.


Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.


Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat.


Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi semalam, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.


Sepasukan polis bergegas ke rumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat.


Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain.


Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.


Wartawan Harian Metro yang turut berada di balai polis berkenaan sempat melihat kelibat Azza bersama pasangannya meninggalkan premis itu selepas siasatan dilakukan.


Azza yang memakai baju-T merah jambu diiringi anggota polis yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.


Kira-kira 15 minit kemudian, teman lelaki artis terbabit yang berusia 28 tahun meninggalkan balai polis dengan menggalas sebuah beg pakaian sambil diiringi polis dan dipercayai dihantar ke sebuah hotel di kawasan Ampang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan yang dibuat artis terbabit berhubung SMS berunsur ugutan yang diterimanya.


Menurutnya, artis itu turut menghubungi polis mengadu dipukul teman lelakinya ketika mereka bergaduh di rumah artis berkenaan.


“Dia dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian dia dipukul teman lelaki, namun enggan berbuat demikian,” katanya.


Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu.

ni gambo Azza ngn balak die

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/baru/watieelitebirthday4.jpg

ninja
07-01-10, 12:03 PM
Meh usha Maya karin main jet ski..basah2 gituuu, nampak putinnnnnnnnng oii!!

higher
07-01-10, 02:01 PM
Meh usha Maya karin main jet ski..basah2 gituuu, nampak putinnnnnnnnng oii!!



kalau tak salah aku maya karin nih ada gambor bikini masa zaman awal di terjun bidang modeling. body cantik

KiNgX
10-01-10, 04:36 AM
Gambar ni takde la seksi mana pun, cuma aksi "jakun" ja. Tapi dah laman gosip artis sibuk siarkan...you expect me to do what? i'm posted here la...

KiNgX
10-01-10, 04:45 AM
Nurul Syuhada Nurul Ain...baru atau lama, tak tau..dah laman gosip siarkan...korang layan jer lah.

CtiE
10-01-10, 07:12 PM
Selepas tiga tahun menjanda, akhirnya semalam, Nor Aliah Lee Abdullah atau nama sebenarnya, Vianney Anastasia Lee (Vee), 38 tahun, menamatkan zaman “superwoman” nya dengan seoarang pemain polo, Muhammad Zekri Ibrahim (41).

Majlis berlangsung dalam jam 10:20 pagi bertempat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Dengan mas kahwin RM300 dan sekali lafaz, Vee yang Berbekalkan 7 dulang hantaran termasuk senaskah Al-Quran, gula-gula, perfume, potpourri, sirih junjung dan cincin, telah sah menjadi isteri kepada Zekri yang berbalaskan 5 dulang hantaran beserta wang hantaran RM10,110 (nice 2010), senaskah kitab suci Al-Quran, cincin permata, tapak sirih dan telekung.


Menurut Vee, dia memilih Zekri sebagai teman hidup kerana Zekri seorang lelaki yang baik dan anak-anak juga menyukai Zekri.

Dari kami di Oh! Artis, macam biasalah, tahniah dan semoga berbahagia ke akhir hayat buat Vee dan Suami. Eeeer, Aziz M Osman bila lagi? Gambar kekasih dah tersebar tapi nikahnya tak tahu lagi ni. Huhu.

OHARTIS: RESPEK LAH DENGAN VEE DAN AZIZ YANG KAMI ANGGAP SANGAT PROFESSIONAL EVEN DAH BERCERAI TAPI DALAM PERNIAGAAN, MASIH BERSAMA MENZAHIRKAN DRAMA DAN FILEM YANG HEBAT-HEBAT BELAKA.

kdt : kosmo&ohartis

CtiE
10-01-10, 07:36 PM
Mungkin bulan Januari dah jadi musim artis berkahwin. Pelakon filem Adnan Semp-it, Along Raja Lawak akan berkahwin dengan tunangnya yang juga seorang penyanyi, Zila Seeron pada 23 Januari 2010.

Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Along dan Zila akan pecah rekod di mana mereka adalah artis pertama bersanding di shopping mall di Plaza Angsana, Johor Bahru. Majlis resepsi ke-3 ini dibuat sempena dengan Wedding Festival dan ditaja oleh Butik Juzzarith. Senang sikit peminat nak tengok.



Kini, Along dan Zila sedang sibuk buat persiapan termasuklah menghantar kad jemputan. Warna tema mereka hijau dan hitam.

Majlis perkahwinan dan majlis resepsi akan diadakan di rumah Zila. Manakala majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 14 Februari di Johor Bahru.

Semoga semuanya berjalan lancar dan yang penting selamat dilangsungkan.

CtiE
11-01-10, 03:35 PM
antara artis2 yg mewarnai red carpet AJL 24 smlm... mari kita layanzzzz gmbr2 di bwh...

terunasuci
11-01-10, 03:41 PM
antara artis2 yg mewarnai red carpet AJL 24 smlm... mari kita layanzzzz gmbr2 di bwh...



Dalam banyak2 AJL yang aku tertengok, aku rasa AJL malam tadi adalah yang terbaik...memang puas hati lepak depan tv mlm tadi...tp ASTRO lak buat spoil...terpaksa tgk tv satu lagi.....

sam261079
11-01-10, 03:46 PM
Dalam banyak2 AJL yang aku tertengok, aku rasa AJL malam tadi adalah yang terbaik...memang puas hati lepak depan tv mlm tadi...tp ASTRO lak buat spoil...terpaksa tgk tv satu lagi.....



memang tak dapat dinafikan memang semalam terbaik wookkkk , tapi ader few error lah ...walaubagaimanapun itu semua tak menjadi halangan untuk AJL kali nie ... tahniah TV#3

CtiE
11-01-10, 04:05 PM
Azizah Mahzan Tiada Masa Keluar ‘Dating’



SETELAH bercerai dengan aktor Nasir Bilal Khan, sehingga kini aktres berbakat besar Azizah Mahzan masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai untuk dijadikan suami.

Jika ditanya kepadanya tentang keinginan itu, aktres yang pernah dilanda kontorversi gambar mesranya dengan aktor Zaefrul Nordin ini berkata tiada resolusi untuk mencari suami dalam diari 2010nya.

“Tiada dalam kamus hidup saya..bermula 2 Januari 2010, azam saya tidak pernah berubah seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau saya berazam yang tinggi-tinggi sekalipun, saya tetap melakukan tabiat lama,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Lantas apabila disoal mengenai khabar angin yang mengatakan Azizah sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berketurunan Arab, dia menafikannya.

Jelas Azizah, dia tidak pernah mengenali dan keluar dengan mana-mana lelaki Arab.

“Saya tidak pernah mengenali lelaki Arab. Lagipun, setahu saya lelaki Arab ni keras kepala.

“Saya juga tak pernah ‘dating’ dan jarang keluar rumah. Saya ni jenis agorafobia yang tidak terlalu gemar berada di tengah-tengah orang ramai.

“Kalau tak terlibat dengan penggambaran, saya lebih selesa berada di rumah. Kadangkala, saya tak pandai untuk melayan peminat,” kata ibu tunggal kepada seorang anak ini.

Bukan mahu bersikap angkuh, namun Azizah menganggap dia masih boleh hidup tanpa bergantung dengan orang lain.

“Kalau saya tidak mempunyai teman lelaki atau suami, saya masih boleh bernafas. Misalnya, saya akan cipta sesuatu perkara yang ceria dan kenapa saya perlu menyusahkan diri-sendiri?

“Kita patut menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan ini. Konsep sanggup berkorban demi cinta tiada dalam diri saya. Saya sudah biasa hidup bersendirian.

“Mungkin kalau saya ada teman lelaki atau suami, saya akan mudah rasa lemas sebab nak kena selalu fikirkan tentang dirinya.

“Daripada saya fikirkan tentang lelaki, lebih baik saya mengadap komputer. Saya tidak suka mengawal dan dikawal tetapi lebih suka hidup bebas. Saya ada akal fikiran, jadi mengapa saya perlu mengawal dan dikawal,” tuturnya dalam nada tenang.

Tambah Azizah, dia memikirkan perkara itu sebagai kebaikan dalam dirinya bagi mengelakkan terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu perkara.

“Saya jenis yang suka melakukan sesuatu perkara satu persatu. Kalau saya ada teman lelaki, ingat saya ada masa untuk melakukan semua itu.

“Asalkan saya senang hati, tak payah saya fikir-fikir pasal lelaki. You free to live before you die.

“Saya akui ada orang yang tak boleh hidup tanpa pasangan tetapi bagi saya ia hanya suatu perkara yang remeh,” tambah pelakon filem Anak dan drama Spa Q ini.

Namun begitu, naluri kecil di hati Azizah berkata dia tidak menolak soal jodoh ini dan segala-galanya diserahkan kepada Allah.

“Saya masih ada Tuhan..soal jodoh dan karier semua itu atas kehendaknya. Mana tahu tiba-tiba datang seorang lelaki yang hendak meminang, saya nak buat macamana?

“Tapi jika orang tanya tentang prinsip, saya tak boleh menyesuaikan diri saya dengan hubungan perkongsian,” jelasnya.

Azizah berkata walaupun begitu ada beberapa lelaki yang ingin mendekati dirinya tetapi dia terpaksa menolaknya.

Dalam perkembangan karier seninya, Azizah berkata dia masih belum selesai menjalani penggambaran drama Spa Q 3.

Selain itu, dia juga sedang berlakon sebagai Puan Sri menerusi filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.

“Drama bergenre komedi romantik itu turut dilakonkan oleh Nora Danish, Zed Zaidi dan Zaibo. Saya melakonkan watak ibu kepada Nora Danish,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

p/s : rasa Nek Jah nie mungkin mengalami mimpi buruk dalam perhubungan dia selama ini. Tapi kalau dia selesa tanpa seorang lelaki menemaninya, apa salahnya kan? Rasa-rasa korang boleh ke hidup tanya seorang lelaki @ wanita di sisi korang?

FLO
11-01-10, 05:33 PM
EHHH..AM pernah kawin dgn NBK ke??
serius??

AM aku jumpa masa kita buat TT official kat NZ atas tempoh hari
dia pakai BAJU dan SELUAR JEANS size BESARRRRR PUNYERRRR
mcm gaya RAPPERS pn ada..tapi nampak SELEKEH gila la
dgn isap rokoknya..dgn jalannya yg agak BERSEPAH...
aduhhhh ..apa nak jadi dgn AM ni

Intanmahsuri
11-01-10, 05:58 PM
Hari tu masa makan di suatu tempat di Klang eh ke Banting aa abg..nampak pelakon & pengarah Ahmad Idham. Dia ni naik Hummer eh? WTC something2..tak nampak sbb dalam gelap.

peminat
12-01-10, 12:10 AM
skandal terbaru...

http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=3051:skandal-seks-gadis-bawah-umur-libatkan-vvip-sabah&catid=41:jenayah&Itemid=56

CtiE
12-01-10, 09:15 AM
Siti dapat beg LV RM40,000


KUALA LUMPUR - Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat 'hadiah pendahuluan' apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.

Pada tahun 2008, Siti Nurhaliza mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

"Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.

"Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,'' katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.

Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.

Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:

"Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama."

Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.

CtiE
12-01-10, 10:15 AM
Majlis Aqiqah anak shasha Elite ( Adam Aryasenna Notosoemarsono )

terbelit2 lidah nak myebut nama anak dia ...


Jika kebanyakkan bekas kumpulan Elite mengalami masalah pribadi masing-masing, Shasha juga pernah mengalaminya dahulu, namun kini dia sudah bahagia dengan kelahiran cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Salyo Priyanto pada tahun 2007 yang lalu. Kelainan dua keturunan ini menghasilkan anak kacukan yang sungguh comel dan sungguh putih. Mereka ditemui ketika majlis Aqiqah anak mereka itu di kediaman mereka di Kuala Lumpur.

KiNgX
12-01-10, 11:17 AM
Betty Benafe, Mantap!

ninja
13-01-10, 09:58 AM
http://img197.imageshack.us/i/picture1rn.jpg/

http://img191.imageshack.us/i/picture2jv.jpg/

Ini menunjukkan tempat2 cam ni memang kegemaran jin & syaitan…x heranla ada hantu kat situ……

Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku. Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-

Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.
Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.


Sedikit penerangan dari Klubkidd.
1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.
2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.
3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.

wood3
13-01-10, 12:02 PM
http://img197.imageshack.us/i/picture1rn.jpg/

http://img191.imageshack.us/i/picture2jv.jpg/

Ini menunjukkan tempat2 cam ni memang kegemaran jin & syaitan…x heranla ada hantu kat situ……

Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku. Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-

Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.
Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.


Sedikit penerangan dari Klubkidd.
1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.
2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.
3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.



aku percaya kewujudan benda . . .untok info STADIUM NI adalah dibawah selian aku semasa proses pembinaan sampai siap n masa comamwealth games.
Kalau nak kira tempat yg agak seram bahagian lower ground . ujung sekali belah kiri . .huuuu serammmm.
Sorang2 memang aku tak turun kat area tu.
Depa pun nak meriahkan AJL jugak . . .mungkin sabtu tu masa audition AF pun depa join jugak kot.

KiNgX
13-01-10, 12:04 PM
Rina (ex-Sehati Berdansa) datang ke majlis Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan busana hitam, tetapi bra beliau yang menjadi pemerhatian orang ramai.


.

starz
13-01-10, 12:29 PM
http://img197.imageshack.us/i/picture1rn.jpg/

http://img191.imageshack.us/i/picture2jv.jpg/




bro... bole tak kalo buat attachment.. tak bole nak bukak la pulok...

ninja
13-01-10, 12:42 PM
bro... bole tak kalo buat attachment.. tak bole nak bukak la pulok...

alamak bro..function nak add attachment x function plak

jemaing
13-01-10, 12:44 PM
bro... bole tak kalo buat attachment.. tak bole nak bukak la pulok...

Ini dia hahaha..sebenonya tengah mencuba buat attchmnt..kalu berjaya ade le rezeki korang...!
52753
52752

mekasih maing..boleh tgk dah

-ninja-

CtiE
13-01-10, 01:50 PM
(TAHNIAH)Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Amerika Syarikat?

Wahhhhhhhhhhh ~~ Baru je menang tempat kedua AJL 24 minggu lalu, tiba-tiba terdengar satu lagi berita baik tentang Yunalis Zarai, penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya nie. Khabarnya Yuna dah pun dilamar oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa di Amerika Syarikat. Walaupun masih dalam tahap perbincangan, rasanya tak salah kalau nak dikatakan bakat Yuna bukan sahaja dihargai di Malaysia tetapi jugak di luar negara.

Oh ya kami ada terbaca tentang pertanyaan di sebuah forum mengenai status Yuna. Bukan status single atau dah berpunya. Tapi status sama ada Yuna ini penyanyi solo ataupun ada bandnya tersendiri. Tak silap kami Yuna nie memang bergerak dengan band dia. Kalau ada show mana-mana pun memang dia angkut sekali band dia tue.

Itu yang kalau anda perasaan time AJL 24 ada beberapa orang lain di atas pentas bersama dengan Yuna. Itulah band yang dimaksudkan. Tak silap kami salah seorang daripada ahli band Yuna namanya Paan. Gambar kat atas tue pun adalah gambar Yuna bersama ahli-ahli band dia.

Buat Yuna, jutaan tahniah atas kejayaan anda merangkul tempat kedua dalam AJL24. Dan sebenarnya persembahan anda semasa Anugerah Juara Lagu 24 amat-amat mengkagumkan bagi kami. Simple tapi cukup breathtaking. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.

P.S: Camner Yuna boleh keluarkan suara yang mantap gile sedangkan mulut dia terbukak skit jer? Sungguh misteri.

landmark1123heavy
13-01-10, 02:18 PM
Iskk napa la aku susah nak percaya dengan benda macam ni..
Korang rasa betul ke benda tu makhluk yg digelar hantu?
Aku dah try tengok tapi rasa seperti ianya bias cahaya, atau lampu kat situ..

CtiE
14-01-10, 09:44 AM
Halim Othman Akhiri Zaman Bujang Jun Ini

SETELAH meninggalkan Sinar FM pada 18 Januari 2008, Halim Othman seperti menyepi dari arena penyiaran radio.

Namun seperti yang telah disebut-sebut sebelum ini bahawa dia bakal menyertai Suria FM terjawab petang semalam apabila turut diumumkan sebagai tonggak baru stesen radio itu.

Selama dua tahun berehat, Halim berkata banyak aktiviti yang ingin dilakukannya sebelum ini telah terlaksana dan yang lebih menarik ialah dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.

Jejaka berusia 45 tahun ini mengakui sudah menjumpai pasangan yang sesuai dan bakal mengikat tali pertunangan secara rasmi dalam jangka masa terdekat ini.

"Saya mengaku sedang dalam percintaan dan akan merancang untuk berkahwin pada Jun ini dan itulah yang sedang dalam fikiran saya sekarang ini.

"Sekarang masih lagi diperingkat perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akan mengumumkannya," ujarnya yang memberitahu telah melamar gadis tersebut secara tidak rasmi.

Menurut Halim gadis bertuah yang berjaya menambat hatinya adalah dikalangan wanita biasa yang bukan dari industri hiburan.

"Saya mengenali dia sudah 15 tahun tapi baru enam bulan kami betul-betul menjadikan hubungan tersebut lebih serius.

"Dia seorang yang mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang isteri dan kami saling lengkap melengkapi.

"Umurnya sekitar 30an, merupakan seorang ahli perniagaan dan cukuplah saya katakan dia orang Malaysia," ujarnya yang masih merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya itu.

Dalam pada itu, Halim yang masih lagi tidak menyangka akan kembali kebidang penyampaian radio memberitahu akan memberikan terbaik dan menampilkan gaya terbaru yang sesuai dengan peredaran zaman.

"Saya kene cari style yang baru, mungkin cara lama sudah lapuk. Tapi saya adalah saya.

"Apa yang saya perhatikan pendengar pada waktu pagi kini lebih suka topik yang ceria berbanding dahulu mereka lebih gemar kepada topik yang serius," ujarnya yang bakal ke udara dalam program Suria Breakfast pada 6 pagi hingga 10 pagi yang turut digandingkan bersama Zizi.

Halim turut menyifatkan gandingannya bersama Linda Onn ke Suria FM adalah seperti Dejavu dan mengingatkannya pada awal bermulanya Era FM, 11 tahun lalu.

"Stesen Suria FM mempunyai potensi untuk pergi jauh, saya bersedia untuk sumbangkan idea untuk meningkatkan nama Suria FM ini," ujarnya yang berjanji untuk menarik peminat-peminatnya mendengar stesen radio itu.

Ketika ditanya tentang kegiatan yang dilakukan selama dua tahun, Halim memberitahu bahawa dia banyak menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti yang ingin dilakukan semasa bekerja dahulu.

"Saya lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan ketika saya bekerja dahulu iaitu saya mengajar Bahasa Inggeris di Masjid, Saya juga mencari semula kawan-kawan lama yang saya tinggalkan," ujarnya yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di Masjid Taman Desa.

CtiE
14-01-10, 10:12 AM
Mamat Exist mengaku curi

JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat dijatuhi hukuman denda RM2,400 (S$1,000) di sebuah mahkamah Singapura, semalam selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit dan jam tangan milik seorang pelakon Singapura, November lalu.

Menurut laporan media online, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Oh Ibu’ itu mengaku bersalah mencuri telefon bimbit RM1,392 (S$580) dan seutas jam daripada Noor Shazeel Sazali, 24.


Berdasarkan pertuduhan, Mamat, 31, didakwa melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 dan jam tangan Levi’s dari rumah Noor Shazeel di Bishan, Singapura pada 11 November lalu.


Ketika prosiding, mahkamah diberitahu Noor Shazeel meletakkan telefon bimbitnya di atas meja makan sebelum tidur pada jam 2 petang, hari kejadian.


Bagaimanapun, telefon itu hilang sebaik mangsa bangun lima jam kemudian.

Mamat bagaimanapun dicekup di Lorong 24, Geylang pada 18 November lalu selepas laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat Noor Shazeel.


Terdahulu, dalam prosiding kes sama pada 7 Januari lalu, Mamat memohon Mahkamah Rendah menunda kesnya dengan alasan sedang meminta bantuan pegawai penyiasat untuk menukar pertuduhan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 379, kanun sama.


Selain kes curi telefon bimbit Noor Shazeel, penyanyi itu turut didakwa mencuri telefon bimbit jenama Samsung bernilai RM672 (S$280), milik Suhailmi Ruslan atau dikenali sebagai Amy Kecik dari rumahnya di Tampines, pada 14 November 2009.

CtiE
14-01-10, 10:31 AM
Gara-gara Fitnah, Azwan Ali Dipilih Duta Serai Hijau


Azwan Ali dilantik sebagai duta Losyen Serai Hijau pada 1 Januari lalu. -Foto The Star oleh BRIAN MOH

MUNGKIN ada peminat menganggap selebriti glamor, Azwan Ali mencetuskan propaganda berikutan terjawabnya ‘Majlis Penuh Rahsia’ semalam.

Seperti yang digembar-gemburkan, Azwan sebelum ini memaklumkan majlisnya dihias serba indah bak taman firdausi termasuk sentuhan pelamin berwarna ungu lavender tajaan dan rekaan Rins Suzana.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah terjawab, tanggal 13 Januari bukanlah tarikh perkahwinan Azwan sebaliknya hari pelancaran Losyen Serai Hijau.
Azwan ketika diarak masuk dengan bunga manggar ke dalam Unity Ballroom semalam.

Pada 1 Januari lalu, pengacara, pelakon, blogger dan produser sensasi ini telah dilantik sebagai duta produk keluaran Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd.

“Tiada sebab rasmi yang membuatkan saya merahsiakan perkara ini kerana ia merupakan amanah pihak penaja yang melarang saya menghebahkan kepada semua orang.

“Saya hanya wujudkan debaran untuk peminat dan orang yang saya sayang.
Azwan dan ibunya, Mak Tom meniup kek hari jadi Azwan yang disambut awal sebulan.

“Siapa sangka dalam usia yang bakal mencecah 44 tahun, saya diterima menjadi jurucakap produk.

“Ini semua rezeki Allah SWT sepulangnya saya dari umrah dan semuanya berpunca gara-gara air mata Azwan Ali dalam siaran Melodi TV3 pada 1 November tahun lalu,” katanya ketika majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.
Azwan, Mak Tom dan Pak Aziz ketika melancarkan produk Losyen Serai Hijau.

Azwan juga tidak hairan jika ramai yang akan marah atau tidak berpuas hati dengan idea menariknya itu.

“Mesej saya, itu masalah orang Malaysia yang majoritinya suka menggelabah dan panik..lainlah kalau saya berkata pada 13 Januari ini akan bernikah. Barulah, orang boleh kata saya penipu.

“Tetapi saya menganggap majlis ini telah berjaya. Saya bangga kerana ramai kawan baik saya yang datang. Saya juga tidak nampak mereka mencemuh saya kerana tahu saya bergurau,” ujar Azwan lagi dalam majlis yang meriah dengan hampir 100 selebriti terkenal itu.
Tujuh puteri yang mengiringi Azwan sambil memperagakan barang kemas dari Habib Jewels.

Selain itu, ibunya, Che Tom Yahya turut memeriahkan majlis yang juga dihadiri oleh antaranya Diana Danielle, Aleeza Kassim, Hans Isaac, Betty Banafe, Datuk Aziz Sattar, Datuk A. Rahman Hassan, Aznil Hj Nawawi, Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Amy Search, Chef Wan dan Rozita Che Wan.

Jelasnya, dengan pelantikan sebagai duta produk yang menggunakan tagline ‘Pasti Teruja Dengan 1001 Khasiatnya’ itu, Azwan mengaku dia menerima tawaran itu bukan kerana keuntungan semata-mata.

“Saya hanya mahukan masyarakat mencari produk berimej Azwan Ali. Saya tahu mesti ramai peminat yang ghairah hendak membelinya. Saya hanya mendapat keuntungan berdasarkan jualan. Misalnya kalau jual sebotol mungkin saya boleh dapat dalam RM5,” beritahunya lagi yang menggayakan pakaian bertemakan warna ungu dan hijau rekaan Michael Shu.
Mawi dan Ekin turut hadir dalam majlis itu.

Selain rahsia sebagai jurucakap produk itu, ada enam rahsia lain yang dirungkai oleh Azwan. Sebagai simbolik, Azwan turut memperagakan tujuh dulang hantaran dan tujuh aksesori lelaki bernilai RM220,000 tajaan Habib Jewels.

“Rahsia kedua, saya berbangga untuk mengumumkan majlis ulang tahun ke-21 Azwan Ali bertahan sebagai artis.

“Ketiga, imej penjenamaan semula Azwan Ali dilancarkan hari ini. Dari Azwan Ali Productions kini hanya tinggal Azwan Ali dan diharap nama ini membawa limpahan rezeki.
Chef Wan dan ibunya juga turut memeriahkan majlis itu.

“Keempat, majlis ini juga adalah majlis ulang tahun ke-44 usia saya yang disambut sebulan lebih awal kerana pada 13 Februari nanti adalah malam Tahun Baru Cina. Jadi, bagaimana saya nak celebrate.

“Kelima, saya juga berbangga mengumumkan kolaborasi perniagaan dengan Michael Shu, pereka fesyen terkenal untuk produk ‘Purnama’. Tudung-tudung eksklusif Michael Shu akan dipasarkan dengan aura Azwan Ali sebagai pelaris jualan mulai bulan depan.

“Keenam, blog tulisan saya Silaserazwanali.blogspot.com kini genap setahun dengan jumlah purata pelayar mencecah 700,000.

“Satu pencapaian yang amat dibanggakan dan hari ini, saya terpilih antara senarai senarai pendek blog selebriti paling paling popular untuk rakaman program popular bloggers berjudul ‘Project Alpha’ musim kedua terbitan Nuffnang, agensi pengiklanan blog nombor satu dunia.

“Ketujuh, buku Selamat Jalan Dunia Pondan tulisan sulung saya dengan 13 topik terhangat. Kini siap ditulis dan Insya-Allah, saya sedang mencari-cari rakan niaga terbaik untuk melancarkannya pada awal Ramadhan tahun ini,” katanya ketika memberikan ucapan.

Bukan sahaja Azwan, malah tujuh selebriti wanita iaitu Diana Danielle, Aleeza Kassim, Nadia AF6, Intan Ladyana, Rabecca Nur Al-Islam, Shafinaz dan Akma AF3 turut terpilih menggayakan barang kemas tajaan Habib Jewels sambil mengiringi diva itu ke pelamin. Dianggarkan keseluruhan barang kemas yang ditaja itu berjumlah RM1.8 juta.

Selain itu, majlis yang dianggarkan bernilai RM500,000 itu turut ditaja oleh WKY, Palace of the Golden Horses, Izaat Academy, Ika Fancy Production termasuk Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd.

P/S: PROPA LEBIH....

NeoCyber
14-01-10, 11:00 AM
Inilah artis propa yg ntah hapa2.. korang sebenarnya boleh tgk blog dia tu kt sitemeter.com..,berapa traffic sebenarnya. ! propa hancus betul dia ni.

segala-galanya.. di besar-besarkan..! majlis 50k.. kata 500k..! alahai.. bosan.

tak tau kenapa dia ni ada lagi kt arena showbiz kita ni. dah kene buang merata2.. tapi masih merasa diri diva dan nombor satu. duh.

umur dia 44? bukan 54 ke dah? huh..

CtiE
14-01-10, 04:29 PM
(TAHNIAH)Search Jelajah Eropah Februari Ini



Oh yeah ~~~~~~~~~ Kumpulan rock terhebat Malaya kini bakal menggegarkan Eropah pada bulan Februari nie. Search khabarnya dah compem akan menjelajah Dublin, London dan Liverpool bermula 12 Februari sampai 22 Februari. Konsert jelajah nie diberi nama “Search Live in UK & Ireland“.

Tahniah buat Search. Bukan senang nak dapat tajaan buat konsert kat luar negara. Artis kita nie konsert dalam Malaysia pun terkontang-kanting nak carik sponsor. Memang rezeki Search murah sampai dapat buat konsert kat luar negara. Yang bestnya untuk opening di London, band Hujan akan join diorang. Memang mantap gile nie!!!

Kepada student-student Malaysia yang berlambak di UK dan Ireland tue, tungggu apa lagi? Korang boleh layari laman web www.orangkita.eu untuk beli tiket. Kalau kitorang jadi anda, kompem kami akan tuang kelas semata-mata untuk layan Search. Bukan senang beb nak dapat peluang nie. Tak gitu?

p/s : gua minat habis dgn SEARCH... :Fingers_0431:

KiNgX
14-01-10, 04:32 PM
Gambar Akim AF7 dipeluk oleh seorang wartawan popular tanahair dan pasal gambar ini jugalah Akim AF7 dicop sebagai GAY.

terunasuci
14-01-10, 04:57 PM
Aku kalau tgk muka Kris Dayanti ni, bukannya rasa ghairah...rasa takut adalah...hehehe

terunasuci
14-01-10, 05:01 PM
Amboi Tok T...sejak Datok K simpan janggut ni, bukan main manja nampak...harap2 hujung tahun ni nampaklah hasilnya...hehehehe......

terunasuci
14-01-10, 05:04 PM
Hai Maya...dah tau nak pakai baju tanpa lengan, make sure ketiak tu jangan lah berkarat...hilang selera aku petang ni...hehehehe

CtiE
14-01-10, 05:58 PM
CLOSE UP gmbr khas utk peminat datin norjuma n Tiz ZaqyaH

sam gmbr Tiz utk awk hehe...

W_A_F_D_I
14-01-10, 07:06 PM
[SIZE="4"]
Buat Yuna, jutaan takziah atas kejayaan anda merangkul tempat kedua dalam AJL24. Dan sebenarnya persembahan anda semasa Anugerah Juara Lagu 24 amat-amat mengkagumkan bagi kami. Simple tapi cukup breathtaking. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.


Sis, takziah utk org mati.. aisey typo

CtiE
15-01-10, 07:46 AM
seperti yg dibincangkn dlm FC ptg smlm bersama cik CL nah ini gossipnya....


(GOSIP)Suami Orang Ada Affair Dengan Heliza?

Perasan tak kami letak suami orang sebagai pembuka tajuk gosip tentang Heliza AF5 nie? Sebabnya kami percaya yang si suami nie yang tergedik-gedik nak mengorat Heliza sampai lupa anak bini kat rumah. Kami faham hati dan perasaan si suami. Sapalah yang tak terpikat dengan keayuan dan mata besar Heliza tue. Jangan katakan suami orang, atuk orang pun silap-silap leh jatuh cinta.

Gosip nie timbul selepas ada seorang pendengar radio HotFM yang menelepon Fara Fauzana. Dia bagitau yang suaminya ada affair dengan seorang artis realiti bertudung litup. Selepas tue banyak lagilah description yang menggambarkan artis itu sebagai Heliza. Contohnya artis itu cantik, putih, mata galak dan kekadang cakap loghat utara, kekadang cakap loghat Sabah Sarawak.

Walaupun kami tak percaya dengan gosip murahan macam nie, rasanya lebih molek kalau Heliza sendiri keluar dan menafikan cerita dongeng nie. Bahaya jugak orang zaman sekarang nie. Boleh mencipta gosip hanya dengan sebuah panggilan telefon jer. Tup-tup nama artis yang memang bersih selama nie sekelip mata je boleh jadi kotor.

Benar atau tidak, sama-samalah kita nantikan penjelasan dari Heliza. Tapi hati kami berat mengatakan yang si suami tue angau @ syok sendiri kat Heliza.

CtiE
15-01-10, 08:05 AM
(Panas) Kisah Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan Isu Masonic



Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar.

TV3 dan ramai wartawan menyatakan pendapat mereka yang AJL ke-24 ini adalah AJL yang paling baik pernah berlangsung. Itu memang we all pun tak tahu nak nafikan di mana sebab memang hebat AJL pada malam 10 Januari 2010 hari tu. Tapi lepas beberapa hari, timbul isu hantu pula di AJL. Biarpun dikatakan ada bukti yang itu bukanlah stunt’man, tapi warga-warga TV3 tampak sibuk untuk menjelaskan perkara itu di mana lembaga tersebut dikatakan adalah stunt’man Faizal Tahir. Apapun kita tinggalkan isu hantu dan cuba renung-renungkan perkara berikut.

Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu. Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.

Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan. Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan.


cerita lebih lanjut bole klik link di bwh :
http://ohartis.com/2010/01/panas-kisah-anugerah-juara-lagu-ke-24-dan-isu-masonic/

CtiE
15-01-10, 08:13 AM
GAMBAR khas utk tatapan para peminat ROZITA CHE WAN khususnya Bro Becha, Wood n Kingx hehe.. :icon_biggrin:

CtiE
15-01-10, 09:43 AM
Amy Search: Vokal Saya Mesti Tak Sama Macam Dulu....

MASIH terngiang dan terbayang lagi kehangatan persembahan Search ketika malam Anugerah Juara Lagu ke-24 di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.

Ramai penonton yang berpuas hati dengan persembahan dua buah lagu iaitu Pawana dan Fantasia Bulan Madu semasa persembahan interlude itu.
Persembahan Search ketika malam Anugerah Juara Lagu ke-24 di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.

Bukan sahaja menghadiahkan tepukan yang gemuruh, malah ramai penonton dalam stadium itu memberikan standing ovation kepada kumpulan yang sudah berusia 30 tahun itu.

“Kami berpuas hati dengan persembahan selama empat minit pada malam itu walaupun hanya dua kali praktis. Apabila melihat reaksi peminat pada malam itu, saya rasa seperti peminat Search tidak pernah pudar dan masih di situ.

“Saya rasa seperti di luar jangkaan dan persembahan kami bagaikan ditunggu-tunggu. Bayangkan, penonton dalam stadium itu bukan datang dari segolongan umur sahaja tetapi semuanya menyanyikan beramai-ramai sehingga saya berkhayal seperti sedang bertanding,” kata Amy yang masih setia dengan bandnya walaupun dalam masa yang sama bergerak secara solo.

Amy turut menghargai semua peminat Search yang turut serta di stadium pada malam itu.

“Banyak maklum balas positif yang saya terima daripada peminat mengenai persembahan itu. Mereka betul-betul seronok.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton yang memberikan standing ovation kepada Search,” katanya yang dalam akan terlibat dengan persembahan jelajah Search Live In UK & Ireland di Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Namun begitu, ada juga berani mengkritik vokal Amy yang dikatakan sudah tidak senyaring dahulu.

Biar apa pun orang kata, Amy akui dia tidak hairan dengan perubahan vokalnya itu asalkan dirinya diberikan kesihatan yang baik untuk terus menyanyi.

“Vokal saya mesti tak sama macam dulu. Asalkan saya boleh menyanyi dan penonton suka nyanyian saya pun dah cukup. Mungkin penonton yang mengkritik saya itu telah meletakkan sasaran 100 peratus bagus,” ulasnya dalam nada tenang.

Selain daripada persembahan jelajah itu, Amy berkata Search akan menghasilkan album terbaru mereka pada Jun depan.

CtiE
15-01-10, 09:49 AM
petikan dari Harian Metro:

AMPANG: Tidak serik walaupun pernah dicekup kerana menyalahgunakan dadah, bekas penyanyi berkumpulan wanita popular mengulangi perbuatan sama.


Kali ini, penyanyi berusia 29 tahun itu dicekup bersama 14 yang lain di sebuah hotel murah di Bandar Baru Ampang di sini yang dipercayai dijadikan 'port' dadah mereka, malam kelmarin.

Ketika diserbu, penyanyi berkenaan dikatakan cuba menyembunyikan dadah dipercayai syabu dalam loket rantai dipakainya, namun taktiknya dapat dikesan sepasukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Susulan tangkapan itu, polis turut ke sebuah pangsapuri dan menemui pelbagai jenis dadah termasuk sebutir peluru hidup.

Difahamkan, penyanyi wanita terbabit yang turut memakai tatu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Turut ditahan dalam operasi itu ialah pasangan suami isteri, namun pemeriksaan air kencing mendapati wanita terbabit tidak menghisap dadah, sebaliknya hanya menemani suaminya ke hotel berkenaan.

Menurut sumber polis, operasi terbabit yang diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota dilakukan selepas menerima maklumat awam yang melaporkan sekumpulan lelaki dan wanita menjadikan hotel murah terbabit sebagai tempat melepaskan gian dan mengedar dadah.

"Susulan maklumat itu, kami menyerbu dan menahan 15 lelaki dan wanita dalam bilik berasingan di hotel terbabit.

"Siasatan mendapati mereka menjadikan hotel berkenaan sebagai markas mengedar dadah dan juga tempat melepaskan gian," katanya.

Menurutnya, operasi itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan semua yang ditahan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk pemeriksaan air kencing.

"Semua yang menjalani ujian air kencing didapati positif dadah, kecuali seorang iaitu wanita yang menemani suaminya," katanya.

Harian Metro tahun lalu pernah melaporkan artis terbabit yang juga seorang bekas penyanyi wanita berkumpulan yang pernah popular pada sekitar pertengahan 90-an diberkas polis ketika masih khayal di sebuah rumah di Kampung Pandan.

Ketika ditahan, artis terbabit berada dalam sebuah bilik bersama dua rakan lelaki dan dua wanita dalam keadaan 'lalok' termasuk sebahagian daripada mereka tertidur dan tidak menyedari kehadiran polis.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang memaklumkan sebuah rumah di kawasan terbabit dijadikan markas kumpulan berkenaan menghisap dadah.

Semua mereka dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka positif dadah jenis syabu.

Artis terbabit pernah menganggotai sebuah kumpulan yang terdiri tiga gadis jelita pada 1997 dengan membawa konsep irama dangdut mengundurkan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang kakitangan syarikat rakaman selain disebabkan menghadapi beberapa masalah peribadi.

Dia kemudian beralih arah dengan aktif sebagai pelakon dan model sambilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.

terunasuci
15-01-10, 11:21 AM
Gosip AJL24...Kenapa lagu Aizat berjaya memenangi Anugerah Lagu baru2 ini......

Aku rase AJL 24 ni penuh konspirasi...

First skali dari segi pemilihan juri:

Cikgu Fathi- of coz menangkan lagu Pergi. Dah anak die banyak berlakon filem Arwah Yasmin

Dato' CT - Of coz Aizat n FT. Coz Ct baik dgn datuk Andal. Malah nak terbitkan konsert untuk FT and Aizat lagi.

Datuk Farid - Of coz la dia pilih Aizat or FT. Sbb anugerah skrin aritupun dia kemain lg usap tangan mak arwah yasmin.


Kedua.Pertukaran penyanyi Shila ke FT. Tu macam dah bagi clue je yg FT bakalmenggondol sesuatu. Alasan tuk memuaskan hati peminat tak masuk akalsangat.


Ketiga. Pertukaran kedudukan persembahan Tomokand FT. Tomok sepatutnya membuat persembahan ke 14 telah ditukarkan keno 9 untuk memberi peluan FT buat persembahan penutup.Ala2 gempak lakonon.

Keempat. Kenapa profil Pete teo diberitahu pada umum??? tidak composer2 lain.Ape specialnya Pete Teo???

Kelima. Camera terus fokus muke Aizat walhal pemenang untuk persembahan terbaik masih belum diumumkan.

Keenam.Kenapa Black buat persembahan bersama penyanyi jemputan?? Dah tak cukuppenyanyi ker kat Malaysia ni?? Yang bertanding pun jadi penyanyiundangan??

So Lupikirlah sendiri......




p/s : FT - Faizal Tahir

terunasuci
15-01-10, 11:28 AM
Kaya sungguh suami terbaru artis Kasmadiana ini...

coretan dari blog...

Rumah Datuk Abol Hassan dan Datin Kasmadiana. Anda boleh nampak rumah ini dari highway Penchala Link. Jika anda lihat rumah ini terang benderang pada waktu malam ertinya Datuk sedang mengadakan jamuan.

ni aku dapat hasil gugel...

dr blog ni :
http://afterempatpuluh.blogspot.com/2008_05_01_archive.html




p/s : aku pun tak masuk blog ni lagi tau...so, kalau silap harap maaf...hehehe

KiNgX
17-01-10, 11:32 PM
(Gambar) Aktiviti Hujung Minggu Linda Onn, Awal Ashaari & Scha al-Yahya


Baru-baru ini, mereka bertiga keluar bersama rakan-rakan yang lain’nya untuk melakukan satu aktiviti ekstrim bersama — menaiki ATV merentasi hutan belantara. Linda Onn ada menulis di’blog beliau bagaimana ketika bersembang bersama Scha al-Yahya, mereka sebenarnya mengalami perkara yang sama ketika bercinta dengan Fahrin Ahmad. Nampaknya semakin misteri apa sebenarnya yang berlaku antara mereka kerana secara jelasnya, punca perpisahan mereka dengan Fahrin Ahmad nampak sama.

Lagi gambar Linda Onn, Scha al-Yahya & Awal Ashaari dibawah. Ada gambar Linda Onn basah lencun jugak...hehehe.

KiNgX
17-01-10, 11:35 PM
Seronok betul Sazzy Falak berbikini

Tapi sayang, sori la geng, dorang dah blurkan sikit bahagian tutttt tu. Alaaa...kalau nampak pun, bukan stim pun, dia papan lapis.

heiya
17-01-10, 11:57 PM
(Gambar) Aktiviti Hujung Minggu Linda Onn, Awal Ashaari & Scha al-Yahya



untuk pengetahuan...kalau tak salah aku..diorang ni layan kat kemensah..then tmpt diorang mandi tu..rasanya air terjun sofea jane...team mk penah hike ke air terjun tu...huhuhuh hahahaha..if tak salah la..

KiNgX
18-01-10, 01:07 AM
Azmir Arif seorang gay?


Artis baru yang makin melonjak namanya kini makin ramai peminatnya. Namun desas desus mengatakan yang dirinya telah dikaitkan dengan golongan gay. Ntah benar atau tidak yang itu cuma Azmir Arif sahaja yang mengetahuinya. Namun ada peminatnya memberitahu dalam laman sosial facebook miliknya, dia telah menyertai kumpulan Gay Melayu.

KiNgX
18-01-10, 01:11 AM
Maizawati semakin Ketat & Baju Jarang Noraniza Idris

.

KiNgX
18-01-10, 09:47 PM
Asyik layan gambar perempuan seksi jer, apakata kita ubah selera sikit layan gambar lelaki lak. Kena lak gambar di kolam renang...perghhhh :naughty:

p/s: saya cuma berlaku adil terhadap user wanita MK.

Aleeza Zaily
18-01-10, 10:32 PM
Asyik layan gambar perempuan seksi jer, apakata kita ubah selera sikit layan gambar lelaki lak. Kena lak gambar di kolam renang...perghhhh :naughty:

p/s: saya cuma berlaku adil terhadap user wanita MK.

Fullamak! dah ler stim jer tgk dia ni masa iklan Garnier, isy tidoq lena ler aku... Thanks Datuk K!/

FLO
20-01-10, 12:36 PM
setuju gimik Azwan

Oleh Sakini Mohd Said
[email protected]
2010/01/20
http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_email.gif (http://www.mk-portal.org/forum/art_pos) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_print.gif (http://www.mk-portal.org/forum/art_print) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Tak%20setuju%20gimik%20A zwan',%20'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TaksetujugimikAzwan/Article')) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.mk-portal.org/forum/myMetro/Images/ico_komen.gif (http://www.mk-portal.org/forum/)


ARTIKEL 'Gimik rai diri sendiri' dalam ruangan Soseh-soseh pada 15 Januari lalu jelas memaparkan rasa kesal dengan personaliti dan pengacara Azwan Ali, 44, yang masih gemar bermain kontroversi untuk meraih publisiti.


Selepas pulang dari umrah tahun lalu, Azwan dikatakan sudah berubah dan mahu mengakhiri zaman bujangnya hingga majlis Penuh Rahsia Azwan Ali yang berlangsung 13 Januari dikatakan meraikan hari bahagianya.

Majlis di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan itu turut dihias indah bak taman firdausi termasuk sentuhan pelamin berwarna ungu lavender. Ia dikuatkan lagi dengan berita Azwan bakal muncul dengan buku Selamat Tinggal Dunia Pondan.

Lebih dikesalkan, program baru Terjah turut bekerjasama dengan Azwan merancakkan lagi gimik rekaannya hingga sanggup menerjah ke selatan tanah air kononnya Azwan merisik gadis yang berjaya menambat hatinya.

Ternyata artikel itu menarik perhatian pengacara program bual bicara Fenomena Seni, Rosyam Nor apabila membangkitkannya pada 15 Januari lalu dengan meminta penjelasan Azwan mengenai gimik rekaannya. Tidak cukup dengan itu, teguran SS itu ternyata menyentap hati penerbit dan ketua wartawannya, Nas Ahmad hingga meluahkan rasa kesalnya dengan tuduhan SS.

Katanya, program Terjah tidak pernah bekerjasama dengan Azwan untuk mengadakan gimik berkenaan. Malah, setiap kru produksi program itu langsung tidak tahu tujuan sebenar majlis diadakan.

"Saya mendapat SMS dari Azwan memberitahu dia akan mengadakan majlis merisik. Bukan saya seorang, tetapi penerbit dan rakan wartawan lain pun turut menerima mesej sama. Dari situ, saya tahu ada sesuatu tidak kena dengan majlis itu dan saya yakin ia bukanlah majlis merisik atau perkahwinan seperti digembar-gemburkan.

"Kalau dikatakan Terjah turut bersekongkol, sudah tentu kami tidak tanya soalan yang menghentamnya dan anda boleh tonton kembali program itu sebagaimana kami menjejaki Azwan untuk mengetahui kebenarannya.

"Jujur, tiada siapa pun antara kami mengetahui propaganda Azwan dan mengapa kami sanggup turun ke sana (Johor) kerana ingin mencari berita.

"Bagi saya, kalau betul dia kahwin itu sudah menjadi satu berita dan kalau sekadar 'propa', itu pun berita.

"Wartawan diajar mengenai prinsip 'anjing gigit orang, bukan berita tetapi kalau orang gigit anjing, itu barulah berita'. Tetapi, prinsip itu tidak, buat saya.

"Prinsip Nas Ahmad yang dipegang sejak dulu lagi ialah kedua-duanya dilihat sebagai berita penting yang perlu dihebahkan kepada masyarakat.

"Maksudnya, biarpun 'anjing gigit orang' dilihat sekadar berita biasa yang tiada 'nilai' tetapi saya tahu ada sesetengah penonton ingin mengetahui kejadian di sebaliknya. Jadi, sebagai wartawan hiburan, adalah tanggung jawab saya mendedahkan kepada masyarakat.

"Lagipun, saya tidak mahu dengar dari mulut orang dan ingin lihat sendiri gimik dilakukan Azwan dan saya yakin ramai ingin mengetahuinya. Kalau orang kata tiada siapa berminat mengetahui kisah pengacara itu, sebenarnya mereka 'love to hate'.

"Biarpun benci, mereka ingin mengetahui segala perkembangan Azwan. Sebab itulah Terjah sanggup turun padang hingga ke Johor membongkar majlis misteri penuh rahsia itu," katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Mengenai kontroversi sengaja dirancang Terjah, kata Nas, padanya semua media tidak kiralah elektronik mahupun cetak akan melakukan perkara sama. Apatah lagi, media dalam lingkungan industri hiburan dipenuhi pelbagai unsur kreatif.

"Sebagai wartawan hiburan, kita perlu kreatif dalam penyampaian berita agar nampak lebih sensasi. Namun apa-apa pun, mesti berpegang pada fakta.

"Kalau ada mengatakan Azwan memperbodohkan media dengan gimiknya, saya melihat perkara itu dari dua sudut perspektif berbeza.

"Kalau dilihat dari sudut budaya negara kita, saya tahu ramai tidak dapat menerimanya. Tetapi, gimik dilakukan Azwan sudah menjadi fenomena biasa di negara barat mahupun negara jiran kita, Indonesia.

"Jujur, saya tidak rasa Azwan penipu atau sengaja memperbodohkan sesiapa dengan helah dilakukannya. Siapa tidak kenal Azwan Ali, selain bermulut laser, dia juga sentiasa dikenali sebagai seorang yang sangat 'over', tetapi itulah Azwan.

"Malah, tiada siapa pun selebriti di sini yang ada karakter macam dia dan itulah keunggulannya yang mempunyai identiti tersendiri. Berada dalam industri hiburan, saya lihat dia adalah antara artis yang tahu menghargai nilai kontroversi dan tidak kiralah sama ada orang boleh terima atau tidak.

"Bagi saya, kontroversi penting bagi seseorang penyanyi dan pelakon untuk dikenali dan terus diingati. Lagipun, ia (kontroversi) akan memeriahkan lagi persada industri hiburan. Contohnya strategi Azwan mengumumkannya terpilih sebagai duta produk, dia pandai bermain dengan kontroversi.

"Kalau sekadar memberitahu terpilih menjadi duta produk, orang malas hendak layan berita macam itu. Bukan saja Azwan, tetapi mana-mana pelakon atau penyanyi, peminat lebih ingin mengetahui perkara peribadi berbanding perjalanan karier mereka.

"Di sebabkan itulah, saya katakan kontroversi amat penting dalam karier seni seseorang artis. Lihat saja artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Karier seni mereka pernah tercalit kontroversi hebat dan kerana itulah mereka masih terus diingati hingga saat ini.

"Tetapi, ini tidak bermaksud saya setuju dengan gimik Azwan. Kontroversi itu penting, tetapi biarlah berpada kerana kalau terlebih, teruk akibatnya nanti," katanya.

CtiE
21-01-10, 10:46 AM
NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA

Sebelum ini kita banyak didedahkan dengan nama samaran artis sahaja di dalam media sehingga kita tidak tahu apa nama sebenar mereka.

Selebriti selalunya semasa ingin melangkah ke dalam dunia glamor, akan mula mencari nama baru mereka dengan satu niat iaitu, nama yang lebih komersil dari nama asal atau lebih unik dari yang biasanya. Tapi ramai juga artis yang berbangga dengan nama yang diberikan ibu-bapa mereka. Contohnya macam Datuk Siti Nurhaliza.

Aida Rahim – Khalidah Adibah Ahmad
Awie – Ahmad Azhar Othman
Amy – Suhaimi Abdul Rahman
Amelina – Norazlina Amir
Abot – Norimah Muhammad
Ajai – Mohd Faizal Maas
Alfira – Zarinah Ahmad
Ameng – Wan Aminuddin
Adilla Idris – Fadzilah Rahman Idris
Anna – Zanariah Ishak
Accapan – Samynathan
Ah Chong – Mohd Fauzi Manat
Arash Mohamad – Azman Shah Ramlee
A Galak – Zakaria Musa
Awang BPR – Norzaini Mohamad
Azida NS – Ainol Jamal
Aris Ariwatan – Haris Fadzillah Daud
Baby Arin – Lily Zarina
Cico – Eezaq Farrouq Harahap
Connie – Norlida Ahmad
D J Dave – Irwan Shah
Didie Alias – Fadzila Ali
Eisya – Khairul Bariah
Erma Fatima – Sayang Nor Fatimah Rahmat
Ella – Nor Zila Aminuddin
Eman Manan – Abdul Manan Embong
Farra – Farihah Arshad
Gee – Haizatul Rodzie
Gee – Fauziah Latif
Hattan – Mohd Syukri Sharuddin
Imuda – Abdul Rahim Muda
Ilyka – Zuraila Mohd Yassin
Jojie – Rozita Aminuddin
Jay Jay – Mohd Fauzi Darus
Joe Wings – Abdul Zamin Kadir
Jojet – Rodzane Mohamed
Korie – Azahari Aminuddin
Loloq – Rosli Khamis
LY – Rozman Shafie
Lydiawati – Salina Zaimon
Mamat Exist – Mohd Ali Kamarudin
Man Keedal – Rahman Mahmud
Man Bai – Abdul Rahman Osman
Nanu – Sarabanu Baharudin
Nurbisa – Rosli Khamis
N D Lala – Amir Hamzah
Nash – Nasaruddin Alias
Noryn – Norazmahwati Aziz
Os – Yusof Hamid
Ogy – Fauziah Ahmad Daud
Rohana Jalil – Dara Abdul Jalil
Rina Khan – Sharifah Bibi Sarina
Razis Ismail – Mohd Ghazali
Rem – Ramzani
Sheila Majid – Shahila Abdul Majid
Sidi Oraza – Syed Osman Rastam
Sheqal – Shahrim Salleh
Shikin – Aishah Dahalan
To’Ki – Mohd Zaki Mansor
Tantiana – Fatimah Hamzah
Wohnen – Shuhaida Shamsudin
Yem Bai – Abdul Rahim Zain
Ziana Zain – Siti Roziana Zain

CtiE
21-01-10, 11:23 AM
kereta Super Mewah Lamborghini Milik Yusry KRU?

ada satu soalan yang di’kemukan oleh AC Mizal tentang kereta yang sedang di’guna oleh trio adik beradik ini.

Yusry KRU menjawab dengan penuh rendah diri yang kini beliau sedang memakai sebuah kereta ‘kepala lembu’.

Faham akan kiasan Yusry KRU yang maksudkan ‘kepala lembu’ sebagai jenama kereta super mewah Lamborghini, kami mulakan pencarian kereta milik beliau di’internet.

Seorang peminat kereta di sebuah forum kereta (semestinya) menghantar gambar ini yang didakwa sebagai Lamborghini milik Yusry KRU.

CtiE
21-01-10, 11:35 AM
(Gambar) Sambutan Hari Lahir Umie Aida Bersama Jantan Separuh...

Apa yang kami nampak awal hari ini adalah sambutan hari lahir Umie Aida yang indah di’hadiri teman-teman & kaum keluarga.

Apa yang kami ketemu malam sebelum itu, adalah majlis sambutan hari lahir Umie Aida oleh teman-teman yang turut mengundang penari lelaki lembut.

Barisan lelaki jelita yang di’jemput nampaknya tidak mengecewakan apabila berjaya meniru aksi kumpulan wanita popular dunia seperti Pussycat Dolls & Wonder Girls.

Dalam majlis yang lebih bersifat keluarga malam berikutnya, Umie Aida mengesahkan yang pernikahan beliau akan berlangsung di luar negara namun butiran masih rahsia.

Umie Aida juga tidak menafikan mahu pun mengiyakan yang beliau akan bernikah di Kota Suci Mekah. Kita tunggu sahaja.

Lagi gambar majlis sambutan hari lahir Umie Aida bersama teman-teman selepas ini. Enjoice!

KiNgX
21-01-10, 03:12 PM
Tu puting dia ker tu???

KiNgX
21-01-10, 03:45 PM
Aku rasa Tiz Zaqyah :Love_144: ni kadang-kadang suka mendada la bila bergambar...tak caya cuba tengok gambar.

p/s: tahi lalat kat mulut yang tak tahan tu, kalau leh jilat....:YM - 38:

CtiE
21-01-10, 04:17 PM
Remy Ishak – Saya Makin Rapat Dengan Tiz Zaqyah



Banyak la pulak cerita pasal Tiz Zaqyah hari nie. Takper-takper. Orang tengah popular la katakan. Kali nie lebih hangat sikit cerita dia. Remy Ishak sejak dah tak ada apa-apa dengan Ummi Nazeera kini mengaku makin rapat dengan Tiz Zaqyah. Mungkin persahabatan di lokasi drama Nur Kasih kini terbawa-terbawa ke alam nyata. Kalau ayat senangnya, cinta lokasi lah kiranya nie.

Dengar sikit apa lelaki kacak bergaya lagi tampan nie cakap:-

Terus-terang, saya tidak lagi berhubung dengan Ummi. Saya tidak ambil tahu lagi tentang mahupun keluarganya. Buat masa sekarang ni,saya tiada hubungan rapat dengan mana-mana wanita lain. Tapi saya semakin rapat dengan Tiz Zaqyah dan selalu lepak dengan dia dan kawan-kawan lain.

Kata orang tua-tua, mula-mula kawan dulu. Lama-lama hati makin suka. Lagi lama lepas tue terus bercinta. Memang bakal bergegar dunia hiburan Malaysia kalau betul Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta. Almaklumlah kedua-dua nie pun memang artis yang paling menonjol sekarang nie. Tak salah kalau kami cakap diorang dua nie future hero dan heroin industri lakonan Malaysia.

Suatu hari nanti jika benar anda berdua bercinta, bagitaulah kami kat BeautifulNara nie. Terasa nak buat ekslusif interview tentang kisah cinta anda berdua. Kredit cerita kepada Murai.

P.S: Apa cerita report polis yang Remy buat masa kes dia kena belasah gak Istana Budaya hari tue? Senyap jer. Takkan tak dapat carik lagi kot sapa yang jadi tukang belasahnya?

CtiE
21-01-10, 04:23 PM
(Twitter) Liyana Jasmay Lulus Ujian Lesen Memandu & Mahu Kahwin

Nampaknya pasangan ‘teman tapi mesra’ terbaru Malaysia ini sudah ada persamaan — buat aksi ‘antenna’ ketika di’minta bergambar.

Aksi ‘antenna’ agak sinonim dengan kaum perempuan, tetapi demi Liyana Jasmay, Aizat rela turut serta. Kami bergurau.

Liyana Jasmay hari ini sekali lagi menjadi mangsa paparazzi Twitter kami. Dua kisah menarik untuk kami kongsi.

Pertama’nya, tahniah buat Liyana Jasmay yang baru sahaja lulus ujian berkomputer untuk lesen memandu beliau.

Ini adalah kali kedua Liyana Jasmay mengambil ujian tersebut selepas gagal ujian pertama dek kerana hanya 1 markah.

Kedua, kemaskini terbaru Twitter Liyana Jasmay ada membayangkan keinginan beliau untuk berkahwin cepat.

Kami yakin dengan sangat Twitter ini ada kaitan dengan Aizat. Maklum’lah, Aizat sehingga ke hari ini masih mengamalkan diet yang cukup ketat untuk mengekalkan figura selebriti.

Betul juga kata Liyana Jasmay, kalau beliau & Aizat berkahwin, mudah untuk Liyana Jasmay menjaga pemakanan sihat Aizat.

Kami peminat yang setia ini hanya menunggu pengumuman pasangan ini mengaku bercinta. Sudah terang lagi menyilaukan sekarang ini.

abangbecha
21-01-10, 04:30 PM
Tu puting dia ker tu???

Dem!!! Bukak je attachment tu terasa macam jantung nak gugur. Macam dia tenung kat muka aku la...kekekekek. Gebunya peha dia. Tak dapat aku bayangkan kalau aku dapat tido atas peha dia sambil tengok TB malam-malam sambil berbual-bual mesra. Huyeahhhhhhhhhh!!

Bercerita pasal puting, semalam aku tengok citer Jangan Tido Lagi. Artis jemputan dia Wan Syarmila. Boleh tahan bergetah gak minah ni. Baju dah la ketat & sendat. Pastu tergedik-gedik depan TB. Tak dapat tidak, mata ini terpesona dengan asset yang dimilikinya. Macam lebih besar dari dulu. Kadang-kadang bila dia tunduk-tunduk tu, boleh tahan gak la kecerunan lurah dendam yang dimilikinya. Pasangan aku cakap, dulu tak ada la besar macam tu. Katanya macam dah renovation jek tetek dia tu...

p/s: Tak boleh caya gak cakap pasangan aku ni. Asal aku puji tetek orang jek dia cakap tetek buat. Tetek Ita pon dia fitnah jugak...kekekekek

KiNgX
22-01-10, 12:00 PM
Kiss Bite ker Marsha?

Bukan lah...sajer jer wat kecoh sebab ada kesan merah...Dulu kisah Raja Farah dengan kiss bitenya.. Rupanya kesan thong atau “hair straightener”....hehehe

CtiE
22-01-10, 01:12 PM
LADY GAGA VERSI MALAYSIA ( DIDIE ALIAS ) vs AVRIL LAVIGNE VERSI MALAYSIA ( LIYANA JASMAY AKA LJ )

Gambar Didie Alias dan Liyana Jasmay ini di’rakamkan ketika majlis pengumuman senarai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 di Palace Of Golden Horses.

CtiE
24-01-10, 09:23 AM
Gambar terbaru NANA AF cuteeee...

KiNgX
25-01-10, 01:03 AM
Late Nite Party bersama Zizie Izette dan Bung Mohktar

p/s: Bung memang cool. Nasib baik Zizie tak kawen dengan aku aku, kalau tidak memang makan penerajang dah mamat-mamat ni.

KiNgX
25-01-10, 01:58 AM
Gambar mesra pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Zoey Rahman
(http://www.rotikaya.com/gambar-mesranya-zoey-rahman-dan-diana-amir-ada-apa-apa-ke/)

FLO
25-01-10, 09:16 AM
Pitt-Jolie tandatangani dokumen pisah RM1.1b

http://www.mk-portal.org/forum/kosmo/pix/2010/0125/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg
GAMBAR fail menunjukkan Jolie dan Pitt di Cannes, Perancis pada 20 Mei 2009.

LOS ANGELES - Pasangan kekasih paling ideal di Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie telah menemui peguam perceraian untuk menandatangani dokumen perpisahan serta pembahagian harta bernilai £205 juta (RM1.1 bilion), lapor akhbar News of the World semalam.
Kedua-dua mereka bersetuju untuk membahagikan harta kekayaan masing-masing mengikut undang-undang dan menentukan hak penjagaan enam orang anak-anak mereka.
Dokumen-dokumen undang-undang yang mengejutkan itu ditandatangani secara rahsia oleh kedua-dua pasangan tersebut bulan ini dengan memperincikan bagaimana semua harta dan beberapa buah rumah mereka akan dibahagikan.
Perjanjian itu memberi mereka hak penjagaan bersama ke atas anak-anak mereka namun keenam-enam anak pasangan tersebut termasuk anak angkat akan berada di bawah penjagaan Jolie.
Satu sumber memberitahu akhbar itu: "Dokumen perjanjian itu telah ditandatangani pada awal Januari tahun ini oleh kedua-dua pasangan itu."
Jolie dan Pitt mula menjalin hubungan cinta apabila kedua-dua pasangan itu berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith pada 2004.
Pasangan itu mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 8, Pax, 6, dan Zahara, 5.
Tiga anak pasangan tersebut yang dilahirkan oleh Jolie berumur 34 tahun ialah Shiloh, 3, dan kembar Knox serta Vivienne yang berusia 17 bulan.
Persediaan untuk perpisahan itu bermula pada bulan lalu apabila mereka menemui sebuah firma perceraian.
Satu pengumuman rasmi perpisahan mereka dijangka dibuat tidak lama lagi sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka selama lima tahun.
Pasangan bermasalah itu dilihat tidak bersama di khalayak ramai sejak beberapa hari lalu.
Pada Jumaat lalu, Pitt yang berumur 46 tahun berada di belakang pentas konsert amal untuk mangsa gempa bumi di Haiti yang dianjurkan di Los Angeles tanpa kehadiran Jolie.
Sebelum menjalin hubungan dengan Jolie, Pitt berkahwin dengan Jennifer Aniston yang merupakan pelakon drama Friends. - Agensi

FLO
25-01-10, 09:17 AM
Scorpions umum persaraan selepas ditubuhkan 1961

http://www.mk-portal.org/forum/kosmo/pix/2010/0125/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg
GAMBAR fail menunjukkan anggota-anggota kumpulan Scorpions tiba untuk menghadiri majlis anugerah Echo di Berlin pada 21 Februari 2009.

BERLIN - Band rock terkenal dari Jerman, Scorpions melabuhkan tirai nyanyian mereka selepas empat dekad menceburkan diri dalam industri muzik, lapor laman web kumpulan berkenaan semalam.
Band yang popular dengan lagu Wind of Change itu menyatakan bahawa anggota-anggota kumpulannya sepakat bahawa kerjaya muzik mereka sudah sampai ke penghujungnya.
Menurut laman web itu, anggota-anggota band tersebut akan menamatkan kerjaya muzik mereka selepas album terakhir, Sting In The Tail diterbitkan pada Mac ini.
Ia menyatakan satu konsert jelajah akan bermula di Jerman pada Mei depan sebelum diadakan di beberapa tempat lain di dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pemain gitar band itu, Rudolf Schenker menubuhkan kumpulan Scorpions di Hannover, Jerman pada 1965.
Penyanyi Klaus Meine mula menyertai band tersebut beberapa tahun kemudian dan dia kini berusia 61 tahun. - AP

riqishi
25-01-10, 01:40 PM
huh!! ni la dia wakil rakyat m'sia... bila cakap kat parlimen psl keruntuhan akhlak muda-mudi.. peeghhh.. bukan main lagik.. tp kalau tgk kat sini, dia pun sama jerk lebih kurang.. manusia.. manusia... hipokrit.... hampeh...

lord_raven
25-01-10, 02:12 PM
hehehehe.....macam mana la orang nak amek serius atau respek diorang ni. itu masa dah kawen ke belum? harap-harap belum kawen lagi la masa tu?
bini sendiri peluk orang atau orang peluk bini sendiri pun boleh buat tak kisah aje. memang sporting tak bertempat la kalau macam tu...


p/s muka merah baru lepas jogging ke bung???

chaosspawn
25-01-10, 02:14 PM
Tu la, buat mendidih jer darah tengok kawan si Zizie dlm gambar tu. Tayang sana, tayang sini, tersembul2 kat merata2 tempat. Hipokrit tul, karang kalau aku tertengok, katanya kita yang gatal. Masalahnya sangat bulat tu, itu yang berdenyut-denyut kepala nih...

CtiE
26-01-10, 08:53 AM
Fahrin Menangis Dituduh Panas Baran Dan Kaki Pukul


Terlalu kecewa dengan dakwaan bekas kekasihnya Linda Onn yang dia kaki pukul, Fahrin menitiskan air mata. Pelakon terkenal ini juga minta Linda memohon maaf secara terbuka. Foto The Star Oleh Brian Moh.

SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.

Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.

Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam satu kenyataan Linda baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepadanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar itu.

"Keputusan ini sangat berat. Saya ambil masa yang agak panjang untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya lebih suka berdiam diri, namun keadaan tersebut tidak dihargai.

"Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan menjejaskan imej dan kredibiliti saya sebagai duta kepada tiga produk terkenal Shell, Celcom dan Garnier, saya rasa tiada jalan lain selain bagi amaran kepada dia (Linda Onn).
Fahrin terlalu sebak mengenangkan bagaimana dia diaibkan oleh dua orang bekas kekasihnya

Fahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.

"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.

"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.

Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.

"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.

Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.

"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran...., saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.

Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.

"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.

"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya.
Sedih bila keluarga turut menerima impak dari dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah melalui hal-hal sebegini.

"Mula-mula dulu saya anggap ini adalah jodoh. Tapi setelah apa yang saya lalui dan apa yang telah ditunjukkan tuhan, mungkin lepas ini bukan dengan rakan artis lagi," ujarnya mengakhiri perbualan.
mstar online.

FLO
26-01-10, 09:05 AM
Fahrin Menangis Dituduh Panas Baran Dan Kaki Pukul


Terlalu kecewa dengan dakwaan bekas kekasihnya Linda Onn yang dia kaki pukul, Fahrin menitiskan air mata. Pelakon terkenal ini juga minta Linda memohon maaf secara terbuka. Foto The Star Oleh Brian Moh.

SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.

Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.

Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam satu kenyataan Linda baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepadanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar itu.

"Keputusan ini sangat berat. Saya ambil masa yang agak panjang untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya lebih suka berdiam diri, namun keadaan tersebut tidak dihargai.

"Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan menjejaskan imej dan kredibiliti saya sebagai duta kepada tiga produk terkenal Shell, Celcom dan Garnier, saya rasa tiada jalan lain selain bagi amaran kepada dia (Linda Onn).
Fahrin terlalu sebak mengenangkan bagaimana dia diaibkan oleh dua orang bekas kekasihnya

Fahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.

"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.

"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.

Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.

"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.

Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.

"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran...., saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.

Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.

"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.

"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya.
Sedih bila keluarga turut menerima impak dari dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah melalui hal-hal sebegini.

"Mula-mula dulu saya anggap ini adalah jodoh. Tapi setelah apa yang saya lalui dan apa yang telah ditunjukkan tuhan, mungkin lepas ini bukan dengan rakan artis lagi," ujarnya mengakhiri perbualan.
mstar online.

aku bukan nk memihak kpd FA walaupun aku seorang lelaki
kadangkala luahan FA ni ada betulnya
bila 2 org wanita yg pernah melalui kehidupan bersama dgn seorang jejaka yang sama
perkara pertama yg akan dibualkan ialah..keburukan...kebiasan peratusan perbincangan ini lebih tinggi ke arah benda negetif...
berbalik pd sikap panas baran FA..mungkin beliau seorang yg tegas dan keras..tapi aku x nampak dia mendorong ke arah memukul dan sebagainya..bodohhh la dia kl mcm tu..belajar tinggi dlm jurusan undang2..x tau hukum alam dan manusia...ekekekek
jika betul itu la sifat dia..dh tentu dh lama LO akan membuat dakwaan ke atas beliau...
berbalik kpd SC..dia ni masih mentah lagi..masih setahun jagung dlm permainan glamour ni
jadi tak mustahil anasir2 luar jugak mempengaruhi beliau dlm membuat kenyataan
cuma diharap isu ini dpt diselesaikan dgn cara terbaik..

p/s: air MATA artis ni dh BASI....jadi cari jalan penyelesaian yg terbaik

FLO
26-01-10, 09:19 AM
KUALA LUMPUR: “Saya hanya menjawab soalan wartawan,” jelas Linda Onn mengenai tindakan bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad yang mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan kenyataannya yang disiarkan di dua akhbar, sebelum ini.

Menurutnya, apabila wartawan bertanya soalan, dia menjawab pertanyaan itu dan hanya bercakap yang benar.

Bagaimanapun, Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 32, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut.

“Saya menerima notis tuntutan yang dikemukakan dan perkara itu saya serahkan kepada peguam. Selebihnya saya tidak mahu komen, biarlah peguam yang uruskan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Fahrin pada sidang media semalam memaklumkan dia mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi laporan dua akhbar pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, menuduh dia kaki pukul serta tidak menghormati wanita.




jawapan dari LO
x mustahil..sebenarnya..dalang kekeruhan yg berlaku ini MUNGKIN disebabkan oleh segelintir
wartawan tabloid yg memutarkan kenyataan LO
jadi kita akan tunggu apa pula kenyataan balas dan tindakan dr LO


p/s: apa 2 paper yg menyiarkan kenyataan LO tu?

CtiE
26-01-10, 09:34 AM
(Gossip) Noh Hujan Hanya Layan Anak Gadis VVIP, Lagak Playboy?

Al-kisahnya hari ini seorang penulis di KOSMO! menulis satu artikel ringkas tentang hubungan Noh Hujan & Mizz Nina (Teh Tarik Crew) yang di’katakan mula serius.

Rakan Noh Hujan, Hang Dimas menyatakan mereka berkolaborasi dalam sebuah lagu yang diterbitkan oleh Noh.

Dalam masa yang sama, peminat sudah mengetahui yang Mizz Nina merupakan anak kepada jutawan Tan Sri Azman Hashim.

Satu gossip yang timbul tentang gossip peribadi Noh Hujan ini, beliau pernah mengajak seorang gadis lain untuk keluar bersama ketika masih bersama teman wanita beliau sebelum ini.

Seorang peminat hiburan juga memberitahu yang Noh Hujan sekarang ini dalam pemerhatian pihak penguatkuasa agama Islam kerana di’laporkan sering tidur serumah dengan kekasih hati beliau.

Apabila Noh Hujan meningkat popular, nampaknya semakin ramai manusia mengaku mereka kenal akan diri Noh Hujan.

Yang tidak seronok’nya, cerita kurang enak & tidak membantu dalam karier mula timbul satu per satu. Noh Hujan, mahu jawab atau tidak?

CtiE
26-01-10, 09:37 AM
Zizie Tak Kisah Gambar Mesra Dengan Bung Tersebar Di Internet


Justeru, mStar Online terpanggil untuk menghubungi empunya diri bagi mendapatkan pandangannya berhubung isu itu.

Sebaik diajukan pertanyaan, Zizie sedikit terkejut, namun telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab setiap pertanyaan.


Menurut Zizie, dia sama sekali tidak menyedari tentang isu tersebut. Dalam nada kebingungan, Zizie kedengaran begitu teruja untuk mengenalpasti ciri-ciri gambar yang dimaksudkan.

Sambil mengakui perkara itu berlaku di luar kawalannya, Zizie bagaimanapun lebih selesa mengambil sikap tidak kisah.

"Saya betul-betul tidak tahu mengenai penyebaran gambar itu dan tidak pasti gambar yang mana.

"Saya dan suami memang tidak pernah halang atau larang mana-mana individu untuk bergambar bersama atau mengambil gambar kami seandainya terserempak di mana-mana.

"Kami menjalani kehidupan seperti biasa. Kami bebas bergerak ke sana sini tanpa perlu bersembunyi atau sorokkan apa-apa.

'Cerita perkahwinan kami sudah diketahui umum dan tiada apa hendak sorok pun," katanya.

Tambah Zizie, dia juga tidak kisah sekali pun 'gambar mesra' itu tersebar tanpa pengetahuannya. Padanya, mungkin gambar itu diambil oleh peminat ketika mereka berada di tempat awam atau menghadiri majlis.

"Gambar itu tersebar tanpa pengetahuan atau izin saya atau suami. Mungkin gambar itu diambil oleh peminat atau orang awam. Tapi saya tidak kisah. Tiada apa yang hendak disorokkan lagi.

"Kami sudah menjadi suami isteri yang sah. Pada saya tiada apa yang perlu disorokkan lagi. Malah, kami sama sekali tidak pernah berselindung mengenai perkahwinan ini," ujarnya.

Ditanya bilakah dia dan Bung bersedia untuk berkongsi gambar-gambar mereka secara rasmi dengan pihak media, Zizie berkata, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan khalayak buat masa ini.

Namun, Zizie juga tidak menlak kemungkinan akan berkongsi cerita kebahagiaan mereka di masa akan datang.

"Buat masa ini, saya minta maaf sangat sebab masih tidak dapat kongsi gambar-gambar atau cerita perkahwinan kami dengan lebih mendalam.

"Harap semua pihak faham kami perlu menjaga hati banyak pihak.

"Bagaimanapun, di satu masa terbaik, saya tidak menolak kemungkinan untuk kami berkongsi perkara ini kepada umum. Tunggulah nanti," ujarnya mengakhiri perbualan.

Ketika diusik dengan pertanyaan bilakah mereka akan berbulan madu, Zizie berkata, dia tidak dapat menjawab soalan itu memandangkan kedua-duanya sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Zizie yang enggan memaklumkan mengenai butiran lanjut pernikahan mereka termasuklah tarikh nikah, bagaimanapun mengakui dia dan Bung kini sedang bahagia.

CtiE
27-01-10, 05:34 PM
Adik Zarina Zainudin Meninggal Dunia Akibat 'Penyakit Misteri'

ADIK kepada aktres Zarina Zainudin, Lyana Samsudin, 32, telah meninggal dunia di rumah ibunya di Ipoh, Perak sekitar jam 11 pagi tadi dipercayai akibat penyakit misteri. Lyana adalah seorang ahli perniagaan dan juga bekas pelakon di era 90an.

Ibu Allahyarham yang dihubungi mStar Online memberitahu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Liyana sempat menjerit memanggilnya dari bilik air.

Dia mendapati Allahyarham telah muntah darah. Badannya menjadi lemah sebelum rebah ke pangkuan ibunya. Keluarganya lantas mendapatkan doktor dan Allahyarham disahkan meninggal selepas pemeriksaan dilakukan.

"Dia meninggal pagi tadi sekitar pukul 11. Ketika itu dia berada di dalam bilik air.

"Tiba-tiba mama dengar dia menjerit panggil mama. Mama dan keluarga pun pergi mendapatkannya.

"Mama lihat dia muntah darah dan keadaannya menjadi sangat lemah.

"Dia jatuh ke pangkuan mama dan tidak bernafas lagi. Kami panggil doktor dan doktor sahkan dia sudah tiada selepas memeriksa degupan jantungnya.

"Ia satu kehilangan yang mengejut. Mama betul-betuk tak sangka tapi mama redha dan pasrah dengan ketentuan Allah," kata ibu Allahyarham.

Menurut ibunya, Allahyarham menderitai sakit misteri itu sejak kira-kira satu tahun setengah yang lalu.

Setelah mendapatkan rawatan secara tradisional, keadaan Allahyarham mula beransur pulih. Namun, keadaan kesihatan Allahyarham yang tidak menentu itu telah memaksanya untuk pulang ke Ipoh dan dijaga oleh ibunya.

"Dia sudah pulang ke Ipoh lebih kurang lapan hari yang lalu. Melihatkan keadaan fizikalnya yang semakin kurus dan lemah, ada terdetik juga dalam hati mama mungkin umurnya tidak panjang (meninggal), tapi tidak sangka ia berlaku begitu pantas dan secara mengejut. "Malam semalam, dia teringin makan karipap dan kek keju. Jadi, pagi tadi, mama masakkan karipap yang dimintanya tapi dia tidak sempat hendak jamah.

"Dia seorang anak yang baik dan rapat dengan mama. Mama redha dengan pemergiannya dan bertekad untuk jaga keempat-empat orang anaknya sebaik mungkin," katanya lagi.

Walaupun secara perubatan moden, Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit batuk kering (tuberculosis), namun ahli keluarga juga tidak menolak kemungkinan Allahyarham menghidap 'penyakit misteri' ekoran beberapa petanda aneh dan pelik yang dideritai oleh Allahyarham.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah bergelar pelakon dan pernah membintangi filem Panggilan Pulau (1994) arahan Ahmad Fauzee.

Selepas mengundurkan diri daripada bidang seni, Lyana dan ibunya bergiat aktif dalam perniagaan jamu.

Liyana adalah anak ketiga daripada tujuh beradik dan meninggalkan empat orang anak berusia 14, 13, 12 dan 10 tahun. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada petang ini selepas solat Asar.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Zarina Zainudin gagal dihubungi dan dimaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh.

p/s: hanya ada gmbr zarina shj

CtiE
27-01-10, 05:37 PM
Linda Onn: Jumpa Di Mahkamah Sahaja



See you in court!!! Adeh tercakap omputeh plak. Hehehe. Nampaknya Linda Onn dah keluarkan statement untuk bertarung di mahkamah. Adakah ini akan menjadi kes terhangat 2010? Sedikit kata-kata Linda Onn untuk tatapan anda semua:-

Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya tidak akan buat permohonan maaf seperti yang diminta kerana saya bercakap perkara yang benar. Jadi, jumpa di mahkamah sahaja.

Nampaknya makin berat kes nie. Linda pun berani nak bawak hal nie ke mahkamah. Jadi mungkinkah benar Fahrin Ahmad sememangnya seorang kaki pukul dan panas baran? Kalau tak betul takkan la si Linda nie berani nak setelkan menatang alah nie kat court kan?

Sedikit lagi kata-kata Linda:-

Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya. Biarlah perkara ini dibincangkan di mahkamah. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini.

So kepada semua peminat-peminat Fahrin Ahmad dan Linda Onn, kita tunggu saja keputusan mahkamah untuk mengetahui siapa sebenarnya yang betul. Tunggu ~~~~~~~~~. Sumber dari Gua.

CtiE
27-01-10, 05:47 PM
Kelihatan cantik dan kemas adalah kepuasan bagi Rozita Che Wan

NAMA Rozita Che Wan berada dalam senarai calon akhir atau Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (2009) bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular. Kejayaan ini dapat mengubati kehampaan pada tahun lalu apabila namanya tercicir dari kategori yang sama.

Biarpun akur bukan mudah untuk menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular, namun jauh di sudut hatinya, Rozita tidak menafikan mempunyai harapan yang tinggi untuk memenangi kategori itu.

Namun, dia bersikap terbuka dengan nama lain yang turut tersenarai dalam Top 5 Pelakon TV Wanita Popular untuk edisi ABPBH2009 iaitu Fasha Sandha, Noorkhiriah, Scha Alyahya dan Tiz Zaqyah.

“Saya pernah tersenarai dalam kategori itu pada 2007 dan bersaing dengan Dynas, Fasha Sandha, Rita Rudaini dan Eja. Tapi rezeki ternyata berpihak kepada Dynas. Pada tahun 2008, nama saya tercicir tapi saya masih diberi peluang oleh Berita Harian untuk menjadi penyampai trofi di samping Ayu Raudhah, Saida dan Sairah.

“Alhamdulillah pada tahun ini nama saya tercalon lagi dalam senarai Top 5. Saya pun tak sangka akan tersenarai lagi. Melihat kepada calon yang bertanding menyaksikan saingan artis baru dan senior. Tapi sesiapapun yang berada di tempat saya, pasti nak menang biarpun harapan terlalu tipis.
Rozita Che Wan

“Pada akhirnya semua bergantung kepada pemilihan peminat yang tidak boleh dijangka. Selain Scha yang popular dengan drama Awan Dania, Tiz Zaqyah pun cukup diingati dengan drama Nur Kasih. Saya hanya mampu mengharapkan yang terbaik saja,” katanya yang sedang menyiapkan baki penggambaran drama 26 episod, Cikgu Kermisah Kerbi arahan Raja Ahmad Alauddin.

Dalam pada itu, Rozita turut ditanya mengenai sikapnya yang terlalu mementingkan gaya di depan khalayak. Harus dipuji, Rozita tidak seperti sesetengah mereka yang bergelar selebriti yang selalu mengambil mudah dalam soal bergaya dan tak pernah kalah dalam soal itu.

Pernah diusik antara pelakon yang gemar memakai bulu mata tebal, ibu kepada dua anak ini sebenarnya menunjukkan contoh yang baik bahawa apabila bergelar artis setiap sudut pasti akan dipandang dan menjadi perhatian masyarakat seperti mana kisah kontroversi yang melingkarinya.

“Ya, betul saya memang suka melawa dan semuanya dilakukan atas kepuasan diri sendiri. Sebelum bergelar artis pun, saya akan menjaga penampilan bila keluar rumah.

“Kini apa yang saya lakukan bukan nak menunjuk-nunjuk saya ini sudah jadi artis, tapi ia lebih kepada keselesaan saya membawa diri,” katanya.

Sudah berpunya?

SEPERTI wanita lain tidak kira berstatus bujang atau janda, Rozita juga mengharapkan akan ada sinar kebahagiaan dalam sisi hidupnya pada masa mendatang. Wanita secantiknya yang menggalas gelaran ibu tunggal kepada dua orang anak juga berhak untuk merasa kemanisan hidup berteman.

Namun, bunyinya macam berbohong apabila pelakon ini menegaskan dia belum ada ‘siapa-siapa’ dalam hidupnya ketika ini. Malah semakin menafikan mengenai soal peribadinya, banyak pula gosip dan kontroversi yang melatari sisi dirinya.

Gosip dikaitkan dengan lelaki dan golongan VIP antara sudah sinonim dengan pelakon kelahiran Alor Star, Kedah ini. Malahan, baru-baru ini timbul lagi desas desus kononnya dia akan menamatkan zaman solonya dengan seorang tokoh korporat.

“Mungkin juga mereka yang cakap macam ini sebenarnya nak lihat saya kahwin lagi dan paling penting, saya tahu semuanya tak sabar menunggu siapa pasangan yang bakal bergelar suami saya kelak. Ikutkan gosip nak kahwin itu sudah mula bertebaran sejak tahun lalu. Tahun ini, datang lagi gosip yang sama.

“Tapi apa yang saya boleh katakan, saya memang ada berkawan dengan seseorang dan sedang mengenali. Kenalan baru dan semuanya masih terlalu awal untuk dibicara lanjut. Saya tak rasa pun dia akan jadi suami saya. Tapi soal hati ini susah nak cakap. Hari ini cakap lain, esok boleh tukar jadi lain pula.

“Saya tidak mahu terburu-buru. Siapa yang tak mahu kahwin. Saya pun bukan muda. Nak kenal warna sebenar lelaki yang sesuai dengan kita bukannya dalam sepantas kilat. Mungkin ambil masa tujuh ke lapan bulan,” katanya yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan pemain bola sepak Selangor, Mohd Asrarudin Putra Omar.

Apapun, Rozita menaruh harapan besar supaya cerita gosip ini ada kesudahannya. Mujurlah ketika ini, keluarga dan paling kedua-dua anaknya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra amat memahami keadaan yang dihadapinya.

“Anak saya tak pernah tanya soal kahwin, tapi kalau tanya pun semuanya mengenai gosip yang membabitkan saya. Tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan yang tak indah. Selepas pergi umrah Ogos lalu pun, saya masih tetap diuji dengan kontroversi bukan-bukan.

“Insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan umrah lagi kerana saya ingin merasai ketenangan berada di Tanah Suci Makkah. Harapnya kerjaya dan rezeki saya akan terus murah dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

FLO
28-01-10, 09:17 AM
Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis. Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis. Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini. Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu. “Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit. “Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya. Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu. “Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak. “Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram. “Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya. “Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.


Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas. “Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya. Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.

riqishi
28-01-10, 04:18 PM
sape masih ada gambar zarina zainudin (yg dulu2 tuuuuuuu....)

CikLana
28-01-10, 07:46 PM
Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ini terbukti apabila sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan polis. Artis terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang dilakukannya jelas dilihat anggota polis. Difahamkan, jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Sumber polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang artis di sekitar Damansara di sini. Susulan itu, sepasukan anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu. “Beberapa anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit. “Pada masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya. Menurutnya, selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan tujuan kedatangan polis ke rumah itu. “Bagaimanapun, anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni hadapan sambil membawa satu kotak. “Artis itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di tingkat bawah.

Polis percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya, Menurutnya, hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik. “Polis percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada pelanggan di pasaran.

Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram. “Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.

Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu mengenainya. “Artis terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.


Malah, dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31 Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas. “Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya. Menurutnya, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.

“Artis itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.


kalau ikut info2 dari laman2 gossip mamat ni hanya lah member pada satu band sendu, bukan penyanyi pun . Band yang singer dia skang dah jadik jutawan, guitaris dia zack katanya..

CtiE
29-01-10, 09:17 AM
Sambutan Di 'You Tube' Buat Eira Nak Menyanyi (pelakon dan penyanyi OST CINTA BALQIS)


NAMA Eira Syazira, 26, sudah hampir tujuh tahun berada dalam industri seni tanah air, cuma kewujudannya sahaja baru disedari melalui drama yang agak mendapat sambutan di TV3 iaitu Cinta Balkis.

Pemegang watak utama dalam drama bersiri itu membuka peluang kepadanya untuk meyakinkan bakat yang ada kepada masyarakat. Eira juga tidak mahu dirinya dikenali hanya sebagai pelakon air mata sahaja.

Malah, berpeluang menyanyikan lagu tema drama bersiri ini juga memberi laluan kepadanya melangkah ke bidang nyanyian.

Eira turut memberitahu bahawa dia bakal menerbitkan single lagu tema Balqis bertajuk Istana Cinta hasil ciptaan Taja Meet Uncle Hussain (MUH)," awal Februari ini.

"Sambutan menggalakkan apabila ditonton sebanyak lebih 100,000 kali oleh peminat menerusi laman ‘You Tube’ membawa petanda permulaan yang baik untuk meneruskan hasrat Eira mencuba bidang nyanyian.

"Saya tidak akan menyanyi jika tiada permintaan, maklum balas dari peminat memang sangat memberangsangkan. Tapi saya faham tidak semua yang kita lakukan orang suka.

Namun jika rezeki saya dalam bidang nyanyian saya akan teruskan fokus dalam bidang ini," kata Eira yang kini bakal menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman untuk pembikinan albumnya.

Pelakon wanita utama filem Ngangkung Ini juga berpendapat untuk melebarkan lagi sayapnya ke cabang-cabang seni yang lain.

"Saya tidak mahu jadi hanya sebagai pelakon, kalau boleh saya nak jadi ‘multi talented’ artis, kalau kita rasa ada bakat kita perlu cuba," ujarnya dengan penuh semangat.

Ketika ditanya tentang hasrat untuk beralih ke bidang nyanyian disaat kewujudanya dalam lakonan drama yang baru sahaja mula disedari, Eira bekata dia akan cuba membahagikan masanya dengan baik.

"Saya akan lihat jika peminat lebih suka saya menyanyi saya akan tumpukan bidang nyayian. Namun jika tidak saya akan berlakon seperti biasa," ujar anak jati Kuala Lumpur ini.

CtiE
29-01-10, 10:06 AM
kalau ikut info2 dari laman2 gossip mamat ni hanya lah member pada satu band sendu, bukan penyanyi pun . Band yang singer dia skang dah jadik jutawan, guitaris dia zack katanya..


(Gossip) Zack New Boyz Hidup Mewah Kerana Jual Dadah?

Macam tidak percaya namun ada beberapa sumber yang mengesahkan artis yang di’sebut dalam akhbar hari ini adalah Zack New Boyz.

Harian Metro hari ini melaporkan yang seorang artis berkumpulan berusia awal 20-an di’serbu bersama bungkusan dadah hampir satu kilogram.

Turut menemani artis itu dalam kondominium Suria Damansara adalah tiga orang gadis muda yang bersikap biadap terhadap pegawai polis yang melakukan serbuan.

Artis ini di’dakwa memiliki 2 buah kereta sport hasil jualan dadah ini & kebetulan Zack New Boyz memiliki sebuah Mitsubishi Lancer GT yang sebenarnya pada kami belum jatuh dalam kategori sport.

Zack New Boyz juga di’katakan tinggal bersama keluarga beliau di’sebuah kondominium lima bintang di Kuala Lumpur & mampu memberikan modal kepada isteri beliau untuk membuka saloon sendiri.

Menurut sumber orang awam, dua ‘kakitangan’ Zack New Boyz sebelum ini pernah di’tangkap pihak polis tetapi artis suam-suam kuku ini masih bernasib baik.

Kita tunggu sahaja kes ini masuk mahkamah untuk tahu jika benar atau tidak Zack New Boyz adalah orang yang di’maksudkan.

KiNgX
29-01-10, 01:11 PM
Gambar sendat ngah isap rokok..

KiNgX
30-01-10, 04:49 PM
Tony Fernandes....macam-macam lah

KiNgX
31-01-10, 01:32 PM
Joe Flizzow dan Awek Berbikini

Awek ni sebenarnya awek dalam video klip lagu Joe Flizzow yang terbaru. Bila la dia nak release vidoe klip ni....?

KiNgX
01-02-10, 11:54 AM
Kata hari tue dah tinggalkan dunia pondan, apa ini?

CtiE
01-02-10, 12:14 PM
Kata hari tue dah tinggalkan dunia pondan, apa ini?

X KAN BERUBAH forever.. Hanya prpa semata2.... dia nk jd BAPUK blik ke ape ke ADA AKU KISAH? :fuck:


(TAHNIAH)Chef Wan Akhirnya Bakal Bergelar Dato’

Akhirnya Chef Wan kita bakal bergelar Dato’ @ Datuk pada hari ini, 1 Februari 2010. Tahniah kami ucapkan kepada Chef Wan. Sememangnya pangkat ini memang wajar diberikan kepada anda kerana susah-payah anda mempopularkan Malaysia melalui rancangan masakan anda. Kami ucapkan jutaan tahniah. Sememangnya Chef Wan deserve gelaran Dato’ ini.

Dulu kami pernah tertanya-tanya kenapa Chef Wan tak pernah dapat Dato’ sedangkan Shah Rukh Khan yang tak ada kaitan dengan Malaysia pun dah dapat. Rupa-rupanya selama nie dah 4 kali gelaran Dato’ nie ditawarkan kepada Chef Wan. Tapi dia terpaksa menolak sebab tak bersedia lagi. Tapi tawaran kali ke 5 nie akhirnya diterima jugak.

Satu benda kami respek pada Chef Wan ialah permintaan beliau agar orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran Dato’. Just panggil Chef Wan atau Abang Wan macam dulu pun dah ok dah. Nampaknya chef terhebat Malaysia nie tetap maintan rendah diri. Kami suka dan kagum dengan Chef Wan.

Lepas nie kena tunggu gelaran Datuk untuk anak Serina la plak. Hehehe.

CtiE
01-02-10, 12:21 PM
Fasha Masih Dengan Tan Sri J?

Siapa sebenarnya kekasih hati Fasha Sandha sekarang ini? Ramai yang percaya pelakon kontroversi ini masih menjalin hubungan dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram (Jejai). Walaupun Fasha menafikan, tetapi ramai juga yang terserempak dia bermesra dengan Jejai di beberapa majlis peribadi.

Dalam masa yang sama, Fasha juga digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang Tan Sri yang dikatakan pemegang saham terbesar dalam sebuah organisasi minyak. Kalau anda masih ingat, GUA ada menyiarkan gosip ini pada Oktober lalu. Bagaimanapun, hubungan ini tidak begitu diperkatakan. Mungkin kerana Fasha tidak pernah memberi ‘hint’ kepada pihak media.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku di antara Fasha dan Tan Sri J? Bercinta atau tidak? Terbaru, ada sumber yang memberitahu Cik Andalusia, Fasha telah menyambut tahun baru dengan seseorang yang mirip dengan Tan Sri J. Fasha dilihat turut membawa adik perempuannya untuk menikmati makan malam bersama keluarga lelaki tersebut. Bagaimanapun, setelah selesai makan malam, adiknya meninggalkan kelab yang beroperasi di Sunway itu. Fasha pula terus bergembira dengan lelaki yang dipercayai Tan Sri J itu.

Menurut sumber Cik Andalusia itu, pasangan itu kelihatan cukup mesra. Selain berpegangan tangan, Fasha juga dilihat mengelap mulut lelaki berkenaan selepas menikmati makan malam dan minum-minum

sumber : GUA.COM.MY.

CtiE
03-02-10, 09:37 AM
Siti Nurhaliza –Saya Hanya Berselendang, Bukan Bertudung


Akhirnya Siti Nurhaliza mengaku yang dia bukanlah memakai tudung tetapi sekadar berselendang sahaja. Semalam dalam rancangan Terjah TV3, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun membuat kenyataan yang bunyinya lebih kurang macam nie :-

Saya hanya berselendang, bukan bertudung. Saya tahu ini bukan cara bertudung. Cara bertudung spt kakak-kakak dan adik tu. (sambil menuding jari). Jangan ikut saya.

Nampaknya selama nie memang Siti Nurhaliza tau yang cara pemakaian selendang dia nie menjadi topik hangat. Mungkin sebab dia terlepas berjanji akan memakai tudung pas balik umrah hari tue. Tapi tup-tup tengok lepas balik umrah masih tersembul lagi rambut dia.

Pendapat kami, mungkin Dato’ Siti Nurhaliza belum bersedia sepenuhnya untuk memakai tudung seperti cara sebenar. Sama-samalah kita doakan agar dia cepat-cepat terbuka hati. Benda baik jangan dibiar lama-lama. Lagi cepat lagi bagus kan?

CtiE
04-02-10, 10:09 AM
ABPBH: Berita Harian Bocor Maklumat Fasha Sandha Bakal Menang?



Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan.

Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.

Itu’lah dua baris ayat terbitan Berita Harian hari ini yang membayangkan Fasha Sandha bakal merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular.

Kalau pun penulis ini seorang yang bergelar kipas susah mati Fasha Sandha, jangan’lah bagi maklumat yang membunuh keterujaan orang ramai.

Kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular ini seperti ramai sedia maklum merupakan kategori yang boleh di’ramal siapa pemenangnya — bukan Fasha Sandha.

Undian terbuka yang kami buat khas untuk pembaca RotiKaya juga tidak menunjukkan sebarang tanda Fasha Sandha bakal menang — kini di’dahului oleh Scha al-Yahya.

Kami juga ada perasaan was-was yang tulisan wartawan Berita Harian ini ada maksud tersembunyi untuk kepentingan syarikat.

Mana’lah tahu, tuan badan menulis ayat sebegitu untuk membakar peminat Tiz Zaqyah untuk membeli akhbar Berita Harian untuk mengundi.

CtiE
04-02-10, 02:05 PM
SAH Ac Mizal berundur dari AF8


Mungkin ia bukan khabar gembira buat peminat AC dan AF amnya, namun anak seni yang semakin aktif bergelar usahawan itu terpaksa mengundur diri sebagai pengacara AF musim ini.

Pengumuman mengenai pengunduran AC dilakukan secara rasmi oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, siang tadi.

Menurut Zainir, keputusan pengunduran AC daripada program realiti itu dilakukan setelah mendapat persetujuan bersama di antara kedua-dua belah pihak.

"Perbincangan dengan AC mengambil masa yang panjang, sejak tahun lepas lagi.

"Memandangkan pihak kami menghormati kerjaya AC yang semakin berkembang dalam bidang keusahawanan, kami terpaksa melepaskan AC daripada AF.

"Namun, ini tidak bermakna AC tidak akan terlibat langsung dengan sebarang program lain.

"Dia hanya tidak dapat beri komitmen untuk AF sahaja. AC masih lagi artis eksklusif Astro, dia akan terus bekerjasama untuk program-program lain.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.

"Kami akan terus menerbitkan program-program lain yang bersesuaian dengan masa dan jadual AC.

"Kami menghormati komitmen AC pada cabang perniagaan yang giat diusahakannya kini.

"Komitmen untuk AF musim ini lebih intensif kerana kami bakal tampilkan pengisian program yang berbeza dan lebih segar bersesuaian dengan selera penonton hari ini.

"Memandangkan AC tidak dapat beri komitmen itu, maka kami tidak boleh paksa.

"Setelah berbincang, AC putuskan untuk undur diri daripada AF dan keputusan itu dilakukan dengan persetujuan bersama," katanya.

Mengulas mengenai pengundurannya, AC berkata, perasaannya bercampur-baur mengenai keputusan besar itu.

Dia yang mengakui lega dan sedih dengan pengunduran itu menganggap AF sebagai pentas keramat yang menguji kebolehannya sebagai pengacara.

"Jujurnya saya rasa lega dan sedih dengan keputusan ini. Saya lega sebab tidak rasa tekanan besar untuk mengacarakan AF lagi.

"Tapi pada masa yang sama, sedih juga sebab tak dapat nak mengacarakan program ini lagi.

"Saya terpaksa lepaskan tugas yang cukup istimewa itu demi komitmen pada cabang perniagaan.

"Namun, saya amat bersyukur kerana berpeluang mengendalikan program hebat seperti AF selama dua musim.

"Dengan menjadi pengacara AF, saya sudah tiada apa lagi yang hendak dibuktikan dalam bidang pengacaraan," ujar AC.

Bercerita mengenai faktor pengundurannya, AC berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada program itu kerana komitmen terhadap bisnes di bawah syarikatnya sendiri, AC Konsortium.

"Memang sejak dulu lagi saya ingin menjadi usahawan. Alhamdulillah peluang itu sudah terhidang di depan mata hari ini.

"Niat saya adalah untuk memanfaatkan kelebihan ini membantu orang lain pula.

"Bukan saya tidak mahu mengacarakan AF lagi, cuma saya tidak dapat membahagikan masa antara bisnes dan AF.

"Saya terikat dengan seminar bisnes hampir setiap minggu. Sebelum saya menghampakan mana-mana pihak di kemudian hari, lebih baik saya buat keputusan ini sekarang," katanya.

Zainir mahupun Azlin bagaimanapun enggan mengumumkan pengganti AC untuk AF musim ini.

Sidang media rasmi mengenai hos baru AF akan diadakan pada minggu depan.

KiNgX
04-02-10, 10:18 PM
Kalau macam ni, angpa tengok tang gebunya kah? Tang putihnya kah? Atau pusatnya kah?

terunasuci
05-02-10, 04:55 PM
Tak pasti da ada ke tak...tp pic ni baru je menerjah ke email aku...

Gambar2 pelakon Kami The Movie- Zeyna atau nama sebenarnya Ani Zayanah Ibrahim bersosial di malam hari......

terunasuci
05-02-10, 04:59 PM
Seorang paparazzi berjaya merakamkan fesyen terkini Waheeda yang kini lebih selesa berpurdah, sedikit sebanyak mencuri tumpuan umum, kerana sebelum ini beliau tak pernhj tampil berpurdah. Adakah fesyen ini atas saranan Akhil Hayy atau demam fesyen Rozita Che Wan sempena Arabian Night Anugerah Skrin 2009? Saya pun tidak pasti…

Kalau anda rajin, anda pergilah terjah…hehehe

landmark1123heavy
06-02-10, 03:23 PM
Seorang paparazzi berjaya merakamkan fesyen terkini Waheeda yang kini lebih selesa berpurdah, sedikit sebanyak mencuri tumpuan umum, kerana sebelum ini beliau tak pernhj tampil berpurdah. Adakah fesyen ini atas saranan Akhil Hayy atau demam fesyen Rozita Che Wan sempena Arabian Night Anugerah Skrin 2009? Saya pun tidak pasti…

Kalau anda rajin, anda pergilah terjah…hehehe

Ini mmg ikhlas berpurdah atau takut dikeji?
Aku tidaklah mengeji mereka, lagipun mereka sudah berkahwin..
Bukan tak bagus berpakaian begini, tapi pelik sebb sebelum ni tak pernah begini..
Cuma buat kerja tu biarlah ikhlas, dan bukan dgn niat yg lain..

FLO
06-02-10, 03:59 PM
Darling didakwa menipu
Oleh Erywan Norshal
[email protected]
2010/02/06


Darling, 27, yang ditangkap semalam sebelum dihadapkan ke mahkamah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Asmadi Hussin. Dia dituduh menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu 'Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd' bertarikh 16 Ogos 2007. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak di sini, pada 16 Ogos 2007. Bagi pertuduhan itu, Darling dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama. Jika disabit kesalahan, pelakon jelita itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad, manakala pelakon terbabit diwakili peguam K Khailish. Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan semula kes berkenaan

CtiE
06-02-10, 09:26 PM
gambar terbaru nora danish khas utk tatapan para peminat beliau...

KiNgX
07-02-10, 03:04 AM
Jue Aziz dan haiwan peliharaan kesayangannya...Kalaulah saya yang disusukannya...mesti syokkk!!!

KiNgX
07-02-10, 03:15 AM
Ammar Alfian Aziz (Tari Tirana & BF Puteri Sarah Liyana) Mengutuk Wartawan Di Facebook



“Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thinking dat they’re ruining other people’s lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA“.
“Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD,”
Abislah kena terjah pasni...

FLO
07-02-10, 06:37 AM
Tamara Bleszynski dilapor kahwini Mike Lewis




JAKARTA: Aktres terkenal Indonesia, Tamara Bleszynski, dilaporkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Mike Lewis yang tujuh tahun lebih muda daripadanya di Villa Bayu Shaba, Jimbaran, Bali, pada 2 Februari lalu.

Tamara, 35, dan Mike, 28, belum memberi pengesahan mengenai kesahihan laporan itu berikutan ia didedahkan pengurus pasangan berkenaan.

Arif, pengurus Mike, memberitahu pernikahan Tamara dan pasangannya tidak dibantu pengurus dua selebriti itu tetapi mereka tidak berniat menyembunyikannya daripada umum.

“Perkahwinan itu bukan cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum. Tetapi, konsep perkahwinan itu memang bukan berasal daripada idea kami tetapi keluarga mereka,” kata Arif.

Beliau menyambut baik perkahwinan mereka dan menyifatkannya berita gembira. “Saya akan maklumkan, jika berita itu boleh disahkan,” katanya.

Arif juga mengakui, pengurus Tamara dan Mike menerima banyak panggilan yang meminta pengesahan perkahwinan itu.

Apapun, Tamara dan Mike dilaporkan sudah lama mempunyai hubungan intim. Malah, berita mengenai hubungan mereka sudah tersebar sejak Tamara bercerai dengan Teuku Rafly Pasha tetapi dinafikan aktres itu.

Bagaimanapun, pada Disember 2009, Tamara dilihat keluar bersama Mike ketika pelancaran filem Air Terjun Pengantin lakonan aktres itu.

Aktres itu mengakui dia intim dengan Mike selepas mereka tampil membicarakan kisah cinta dalam program bual bicara Just Alvin! di Metro TV.

Dalam program televisyen bertajuk Tamara a new beginning (Tamara, permulaan baru), Tamara berkata dia mula rapat dengan Mike pada April 2009, ketika menyertai program televisyen. Sejak itu, hubungan mereka semakin rapat. - Agensi

CtiE
08-02-10, 10:13 AM
(TAHNIAH)Serina Chef Wan Bunting Pelamin


Memang hebat penangan suami Serina Chef Wan sampai terus bunting pelamin dibuatnya. Jutaan tahniah kepada Serina, Gavin dan Chef Wan. Nampaknya selepas mendapat gelaran Dato’ baru-baru nie, Chef Wan bakal bergelar datuk dalam masa 9 bulan nanti. Pasti Che Wan teruja gila-gila punya.

Seperti biasa kepada mereka-mereka yang mengandung, janganlah lasak-lasak sangat. Jaga kandungan tue elok-elok. Makan jangan sebarang makan. Kalau dah membesar perut tue lagi elok hentikan aktiviti berlakon semua tue. Lagipun nie kan anak sulung. Mesti amik banyak langkah berjaga-jaga.

Tahniah sekali lagi buat Serina Chef Wan sekeluarga.

CtiE
08-02-10, 10:21 AM
TAHNIAH ARNIE NAZIRA & HAZRIE

selamat menerima bayi pertama hasil perkongsian hidup mereka bersama. Nama anak diorang nie kami tak dapat tau lagi. Sejuk mata kami melihat Arni yang sudah pun bertudung. Tahniah kepada si suami yang berjaya membimbing isteri. Memang satu keluarga yang bahagia.

Dengar ceritanya zaman muda-muda dulu si Arni Nazira dan Hazrie nie dah pernah bercinta. Tapi orang kata putus di tengah jalan. Pastue Arni kawin ngan Awie. Then selepas bercerai dengan Awie, kembali semula ke pangkuan kekasih lamanya. Bak kata orang tua-tua, kalau jodoh tak ke mana.

Tahniah sekali lagi kepada Arni Nazira sekeluarga.

CtiE
08-02-10, 10:35 AM
Azwan 'Drag' Demi Manuskrip 'Selamat Jalan Dunia Pondan'

SELEBRITI yang sudah bertaubat dan balik ke pangkal jalan, pengacara terkenal Azwan Hj Ali khabarnya sudah kembali ke dunia pondan yang pernah ditinggalkannya itu.

Itu antara laporan yang diterima meja hiburan mStar Online minggu lepas lewat beberapa keping gambar sensasi dan panas yang dikirimkan seorang pembaca akhbar dalam talian ini.

Kononnya, Azwan telah membuka persembahan malam itu yang dinamakan 'Majlis Eksklusif 'Adik-adik'' dengan berpakaian 'drag' (baju perempuan) dan membuat persembahan ala penyanyi Ziana Zain di hadapan 200 orang tetamu di ballroom Crystal Crown di Johor Baru.

Ketika diasak dengan beberapa pertanyaan berbangkit daripada isu di atas, Azwan langsung tidak menafikan penglibatannya dalam acara tersebut.

"Memang saya kembali menjadi pondan tetapi in-character dan persembahan saya sebagai Ziana Zain dengan lagu 'Syurga Di Hati Kita' telah dibayar sebanyak RM6 ribu.

"Saya tidak boleh menolak rezeki Allah dan satu ballroom itu tahu dan menerima karektor saya sebagai hiburan semata-mata," jelas Azwan ketika dihubungi mStar Online.
Azwan mengaku beliau berpakaian 'drag' sekadar ingin menghiburkan peminatnya

Tambahnya, pakej bayaran tersebut termasuk menjadi penghibur untuk 'Majlis eksklusif anjuran adik-adik (pondan) Johor Baru' yang turut dihadiri dramatis popular Rosnah Johari," kata bekas pengacara popular itu.

Menurut Azwan lagi, perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu kerana "'kepondanan' saya sebagai Ziana Zain hanya selama 10 minit dan saya kembali menjadi jantan secara 'live' di atas pentas".

Lebih istimewa, kata Azwan, projek yang bisa menjadi kontroversi ini sebenarnya adalah satu program awal bagi menyiapkan bahan-bahan untuk buku 'Selamat Jalan Dunia Pondan' (SJDP) yang sedang diusahakan sekarang.

Jelasnya lagi, apapun komen yang diterima, dia amat berterima kasih kepada 'adik-adik' Johor Baru yang memberikannya semangat untuk menyiapkan buku kontroversi ini dengan berkongsi 1001 cerita dunia pondan.

"Ketua mereka, yang bernama Jess, atau mendapat jolokan oleh saya sebagai 'Datin Normala Samsuddin berhalkum' begitu teruja kerana Azwan Ali berani mati menerbitkan buku eksklusif ini.

"Saya sedar penampilan pondan saya sebagai Ziana Zain akan terus dihentam oleh musuh-musuh saya yang akan mengait isu taubat saya di depan Kaabah. Jawapan saya mudah saja, Allah SWT lebih tahu niat hati saya...lagipun ada aku kisah," katanya dalam nada selamba.

Azwan turut melahirkan rasa kesyukuran kerana perbincangan pertama mengenai manuskrip buku itu berlangsung minggu lalu di mana Editor Kanan Karangkraf, Intan Zabidin telah berbincang selama hampir 4 jam pasal buku kontroversi tersebut.

Kata Azwan lagi, pertemuan itu berakhir dengan berita gembira iaitu pihak Karangkraf bersetuju untuk menerbitkan buku itu.

Antara salah satu syarat utama ialah buku ini akan dijual secara eksklusif dari tangan Azwan Ali saja, dan tidak akan terjual di mana-mana kedai buku.

"Antara kami telah bersetuju untuk mendekati kumpulan Media Prima khasnya TV3 bagi membantu usaha-usaha promosi jualan buku 'Selamat Jalan Dunia Pondan.'

"Saya berdoa ke hadrat Allah, segala usaha saya menemui jalan mudah dan saya berbesar hati dan berharap agar bos kumpulan Media Prima Datuk Farid Ridzuan akan sudi membantu, memudahkan promosi jualan buku ini.

"Saya juga berdoa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah teraju menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein boleh meluluskan buku kontroversi ini," jelas Azwan lagi.

Manuskrip buku 'SJDP' mengandungi 13 tajuk sensasi, mengambil angka bertuah dan keramat Azwan Ali iaiatu '13' dan kebetulan pula akan menyambut ulangtahunnya yang ke 44 tahun, 13 Februari ini.

Antara tajuk-tajuk panas yang terkandung di dalam buku ini ialah: Apa Sebenarnya (ala-ala lagu Fauziah Latiff), Akak Ziana dan 3 Siti, 'Adik-adik' Dunia Seni, Azwan Ali Vs Alam Pondan, Pot-pot (Tempat Lepak) Pondan, Pondan Vs Mak Esah, Pondan Durjana Vs Pondan Mulia, Pondan Berlaki Vs Anak Ikan, PA Ker? Vs PA Nyah, Mimpi Ngeri Azwan Ali, Lintasan Kaabah, Panggilan Maut dan Penutup Bicara (Selamat Jalan Dunia Pondan).

Azwan begitu teruja dengan penghasilan buku berani yang ditulisnya dari hati dan pengalaman dan pengamatan sendiri serta tinjauan yang dibuat dari masa ke semasa.

"Buku ini akan merungkai seribu satu kisah Azwan yang tidak pernah terakam di mana-mana akhbar, media atau TV. Niat saya untuk memberi kesedaran kepada setiap manusia samada pondan atau tidak.

"Terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai. Buku ini juga dijangka dijual secepat mungkin pada Julai. Namun, pelancarannya akan dilakukan dengan majlis kesyukuran bersama majlis berbuka puasa bersama Anak-anak Yatim.

BalakSteady
08-02-10, 04:39 PM
PUTERA RAYQAL RAMLI-1ST BIRTHDAY CELEBRATION
Memang tidak disangka-sangka, anak kesayangan Nora Danish, Rayqal kini sudah mencapai usia setahun.
Dan ibu janda ini mengambil inisiatif membuat majlis ulang tahun pertama anaknya dengan penuh warna warni.
Nora Danish sendiri juga sanggup menghiaskan diri sempena acara berkenaan.
Acara yang dibuat di halaman rumah Jejai aka bekas suami kerana mungkin ayah Rayqal juga mahu menyambut bersama.

BalakSteady
08-02-10, 04:54 PM
PUTERA RAYQAL RAMLI-1ST BIRTHDAY CELEBRATION
Memang tidak disangka-sangka, anak kesayangan Nora Danish, Rayqal kini sudah mencapai usia setahun.
Dan ibu janda ini mengambil inisiatif membuat majlis ulang tahun pertama anaknya dengan penuh warna warni.
Nora Danish sendiri juga sanggup menghiaskan diri sempena acara berkenaan.
Acara yang dibuat di halaman rumah Jejai aka bekas suami kerana mungkin ayah Rayqal juga mahu menyambut bersama.

CtiE
09-02-10, 11:33 AM
(TAHNIAH)Johan Raja Lawak Dan Ozlyn Sudah Dapat Anak!!!

Patut la muka si Johan dalam Raja Lawak 4 semalam berseri-seri semacam jer. Rupanya dah bergelar ayah dah. Tahniah kami ucapkan kepada si Johan dan Ozlyn. Sabtu lepas (6 Februari) di Hospital Prince Court, seorang bayi lelaki milik Johan dan Ozlyn telah selamat dilahirkan. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin nie.

Tapi kami rasa anak mereka berdua nie tak cukup bulan rasanya. Sebabnya diorang berdua kawin 25 Julai 2009 hari tue. Kalau bulan Julai tolak ngan bulan Februari 2010, baru 7 bulan kalau tak silap kami. Tapi syukurlah sebab bayi yang lahir nie sihat walafiat. Dengar cerita berat baby tue 4.43 kg. Kus semangat gitu!!!

Johan dan Ozlyn bagi nama anak diorang Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya kitaorang pun tak tau. Tapi nampak gayanya nama yang elok. Sekali lagi tahniah buat Johan Raja Lawak dan Ozlyn. Semoga semakin ceria melayari bahtera rumah tangga dengan kehadiran permata baru.

CtiE
09-02-10, 11:35 AM
Zizie Ezette – Bung Mokhtar Ada Manisnya Tersendiri


Kata orang tua-tua, kalau dah sayang semuanya nampak cantik belaka. Yang tak hensem pun jadi super hensem. Yang tak cun pun nampak lawa gila-gila. Semuanya sebab hati sudah suka. Begitu hebatnya kuasa percintaan. Kalau tak percaya tanyalah kepada Zizie Ezette yang mengakui Bung Mokhtar nie ada manisnya tersendiri walaupun tak kacak:-

Selain berpendirian tegas, dia tahu apa yang dia inginkan, bijak, berani serta penuh dengan idea. Saya bangga dengan kualiti yang dimilikinya itu dan walaupun dia tidak kacak tetapi saya lihat dia punya manisnya yang tersendiri

Satu kesimpulan yang kami boleh ambil dari kisah cinta Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ialah jangan terlalu membenci seseorang tue. Untuk pengetahuan anda, Zizie nie dah kenal lama ngan Bung. Tapi Zizie buat derk jer. Kalau Bung call dia tak layan. Kadang-kadang Zizie bagi alasan sibuk sebab malas nak layan call Bung. Memang jual mahal tahap tertinggi la. Tapi tup-tup satu hari dah jadi isteri Bung. Misteri kan?

Kami kagum dengan Zizie sebab dia mengaku yang dia tak pernah mintak sesen pun dari Bung Mokhtar. Lagipun dia kan ada duit sendiri hasil dari lakonan. Wat apa nak mintak kat Bung kan? Apa pun kami doakan kebahagiaan anda berdua. Dah selamat kawin dah pun. Tunggu time jer Zizie pulak nak mengandung.

FLO
10-02-10, 08:35 AM
Norman KRU Pengetua AF8
10/02/2010 3:38am


KUALA LUMPUR 9 Feb. – Diberi tanggungjawab besar menggalas tugas sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) merupakan satu penghormatan buat Norman Abdul Halim, 37.

Atas alasan itu, dia berazam untuk membimbing dan membentuk bakat-bakat baru dalam mencari hala tuju mereka dalam seni khususnya bidang muzik.

“Saya mahu melakukan satu perubahan baru dalam AF8 iaitu mencari muzik yang sesuai untuk setiap pelajar yang terpilih nanti.

“Seperti mana yang kita tahu, bukan semua boleh menjadi penyanyi versatil dan semua ini harus dilakukan di peringkat awal agar mereka tidak akan tercari-cari arah apabila keluar dari akademi.

“Saya percaya dengan bantuan barisan tenaga pengajar, impian ini dapat direalisasikan dalam mencari penghibur negara yang disegani,” jelas Norman ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengetua, tenaga pengajar dan pengacara AF8 di sini malam ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.

Pemilihan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu dilihat bertepatan sekali memandangkan trek rekod cemerlang yang pernah dicipta bersama kumpulannya, KRU.

Namun begitu, Norman sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan menganggapnya sebagai satu cabaran sebagai Pengetua AF8.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan menerajui AF8 sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya selama 18 tahun bersama KRU,” ujar Norman yang mengesahkan kedudukannya sebagai Pengetua AF8 pada pertengahan bulan Januari lalu.

Sementara itu, Sarimah Ibrahim terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia. - Utusan

FLO
11-02-10, 12:34 PM
RENCANA UTAMA

Hilangnya band pop Malaysia!

Oleh HARYATI KARIM
[email protected]

Kelahiran banyak band indie masa kini memutar ingatan terhadap empayar band pop yang pernah wujud di Malaysia sekitar tahun 90-an dahulu. Namun usai era berputar, band pop dilupakan kerana kepupusan mereka satu persatu. Apakah permasalahan sebenar yang menjadi faktor kepada kepupusan band pop seperti KRU, 4U2C, Nico, Feminin atau Elite misalnya sehingga mereka terpinggir.




--------------------------------------------------------------------------------


MASIH ingatkah anda kepada kumpulan 4U2C, KRU, Feminin, Res2, Nico, Elite, Kool, Freshies, A To Z dan M'steen? Kewujudan banyak band pop sekitar awal 90-an telah mengubah sedikit industri hiburan tempatan yang ketika itu dikuasai oleh legasi rock kapak.

Malah, mereka telah melakar sejarah tersendiri. Meskipun kebanyakan band pop itu telah berkubur kecuali KRU tetapi sehingga kini, kehadiran mereka tetap dirasai terutama generasi yang membesar bersama lagu-lagu mereka.

Lagu seperti Awas, Ooo..la..la (KRU), Fiona (4U2C) dan Untukmu (Feminin) masih lagi diputarkan di stesen-stesen radio. Ia sekali gus membuktikan lagu-lagu band pop masih mendapat tempat di hati peminat.

Meskipun begitu, kini band pop bukanlah satu pilihan di Malaysia. Mereka seperti sudah tidak revelan dengan situasi muzik tempatan sekarang. Sebaliknya band indie dan penyanyi solo menguasai padang dunia hiburan tempatan.

Tetapi jika kita meninjau perkembangan band pop di rantau Asia, terutama Taiwan, China, Jepun dan Korea, band pop merupakan satu aliran yang tidak pernah putus. Malah, populariti band pop mengalahkan semua penyanyi aliran lain sehingga diterima di peringkat antarabangsa. Antaranya termasuklah band pop wanita Wonder Girls yang hangat sampai ke Amerika Syarikat dengan lagu single Nobody.

Bagaimanapun kejayaan itu bukan datang dengan mudah. Kebanyakan band pop yang popular kini telah

KUMPULAN Nico yang dianggotai Nico, Affa dan Dino pernah menjadi kegilaan anak muda dulu.

--------------------------------------------------------------------------------



bekerja keras antara dua hingga tiga tahun sebelum mereka melahirkan album pertama.

Mereka bukan sahaja mempersiapkan diri dengan ilmu vokal dan tarian yang diselia di bawah label masing-masing sejak mereka masih bergelar seorang pelajar sekolah tinggi, sebaliknya mendalami segala ilmu yang berkaitan dalam bidang seni seperti lakonan.

Itu cerita mengenai band pop di luar negara. Persoalannya masih bolehkah band pop wujud di dalam industri seni tempatan dan apakah resepi yang perlu diletakkan dalam sesebuah band supaya muzik mereka diterima ramai terutama oleh peminat di Malaysia sendiri.

Menurut beberapa anak seni yang pernah menjadi ahli band pop, mereka mengakui untuk membentuk sebuah band yang baik bukan satu perkara yang mudah sebaliknya disulami dengan banyak pengorbanan.

Band pop bakal muncul kembali - Norman

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad, Norman Abdul Halim menjangkakan trend band pop seperti era 90-an bakal muncul kembali tetapi dengan genre dan stail yang berbeza.

"Sekarang ini zaman band indie boleh dikatakan kesinambungan kepada band rock. Cuma genrenya berbeza tetapi ia tetap rock. Sebenarnya ini sebagai satu kitaran. Setiap trend ada pasang surutnya," kata Norman.

Tambah abang sulung trio KRU yang turut dianggotai oleh Yusry dan Edry ini lagi, untuk menjadi sebuah band pop yang berjaya, imej dan perwatakan yang dibawa oleh setiap ahli harus berbeza. Selain itu, faktor didorong oleh usia setiap ahli, lagu yang bagus dan rancak merupakan tarikan utama.

"Muzik pop yang rancak disasarkan untuk golongan muda, jadi usia ahli band pun harus seiring dengan kumpulan sasaran. Biasanya ketika awal kemunculan mereka haruslah berusia 25 tahun ke bawah.

"Macam KRU, kami terdetik untuk mengenengahkan genre pop kerana ketika itu di Malaysia belum ada band seperti kami. Bermula berlatih tarian di bawah tempat letak kereta sehingga kami berjaya ada studio tarian kami sendiri. Oleh kerana formula yang diguna pakai, kami berjaya diterima oleh peminat," tuturnya yang menjadi pelopor band pop pada tahun 90-an.

Bercakap mengenai perkembangan band pop di luar negara, tegas Norman, industri seni Malaysia masih belum mampu untuk melahirkan sebuah band pop yang benar-benar bagus seperti band band pop di negara lain kerana kekangan kewangan.

"Kita masih belum ke arah mewujudkan sebuah institusi seperti yang diamalkan oleh kebanyakan label di Korea dan Jepun. Mereka berjaya sehingga ke luar kerana mencari bakat ketika penyanyi tersebut masih di sekolah.

"Kemudian mereka diletakkan dalam latihan selama dua tahun. Maknanya, bila mereka keluar mereka sudah lengkap dan benar-benar bersedia dari segala segi.

"Kalau nak buat begitu di Malaysia, habislah label. Kos yang besar diperlukan untuk menanggung latihan bertahan-tahun itu. Masalahnya, belum tentu label akan berjaya mendapat semula pulangannya kerana pasaran di Malaysia tidak besar," ucap Norman lagi.

Terdapat pantang larang yang harus dipatuhi, setiap band pop harus bergerak bersama ke mana sahaja dalam menghadiri setiap aktiviti seni.

"Penyanyi yang bergerak secara berkumpulan lagi sukar daripada penyanyi solo. Promoter berfikir banyak kali untuk membawa mereka buat persembahan di tempat yang jauh kerana kos yang tinggi.

"Masalah yang biasanya terjadi dalam band apabila hanya satu atau dua orang sahaja yang diberi perhatian. Jika kes seperti itu timbul, alamatnya tidak lamalah usia band tersebut," terangnya lagi.

Tambah lelaki yang cukup masak dengan budaya dan perjalanan sesebuah band pop ini juga, perkara utama yang sering mendatangkan masalah buat band pop adalah masalah kewangan. Kata Norman, penyanyi berkumpulan perlu meraih pendapatan sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan, baru mereka boleh bernafas.

"Harus diingat jumlah ahli band biasanya ramai, kalau dapat RM10,000 sebulan tidak cukup untuk menyara kehidupan mereka. Ini kerana mereka harus melabur kembali wang tersebut bukan sahaja kos hidup tetapi juga kepada pakaian, latihan tarian di studio serta imej," beritahunya lagi.

Popular tapi tak punya wang - AC Mizal



4U2C telah mencetus fenomena tersendiri dalam aliran band pop dalam industri hiburan tempatan. Bagaimanapun mereka juga tidak kekal lama.

--------------------------------------------------------------------------------


Persepsi yang sama turut dikongsi pengacara dan pelakon popular AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang pernah meniti zaman remajanya bersama band pop 4U2C.

Dia yang bertindak selaku ketua dalam band yang dianggotai oleh tujuh orang ahli menjelaskan, masalah utama yang sering dihadapi oleh band-band pop adalah wang. Masalah wang itu kemudian sering membawa kepada perpecahan.

"Hakikat yang harus ditelan oleh band-band pop kita adalah kalau popular, tetapi tidak ada duit nak sara hidup sampai nak bayar sewa rumah dan duit kereta pun tidak ada, itu susah. Itu realiti yang kami pernah hadapi dulu. Popular tapi tak punya wang.

"Industri muzik kita bukan macam di barat, sekali buat album, dapat duit berjuta-juta. Cetak rompak lagi. Bila tidak ada duit, setiap ahli mula buat kerja lain untuk dapatkan duit. Bila sudah buat dua, tiga kerja serentak, konsentrasi terganggu dan akhirnya berpecah. Saya rasa kalau band itu buat duit, mereka tidak akan berpecah," kata AC berkongsi masalah sebenar yang dihadapi band pop sehingga berpecah.

Malah AC juga yakin, dalam masa terdekat agak sukar untuk Malaysia mempunyai band pop yang mampu menembusi pasaran luar kerana pasaran di Malaysia kecil dan terhad.

"Saya rasa buat masa sekarang tidak mungkin band pop akan wujud dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Kalau nak ke antarabangsa, mereka kena ada rekod di negara sendiri.

"Sekarang penjualan album jatuh dan peminat muzik masih belum buka mata mengenai hal itu. Apabila penjualan album diatasi baru orang tempatan mula perasan, diikuti oleh orang luar yang menyedari kita ada muzik yang hebat," tuturnya.

Bercerita sedikit pengalamannya bersama band 4U2C yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu, AC mengatakan ketika dia menjadi ketua band itu, dia memberi 100 peratus komitmen untuk melihat bandnya berjaya.

"Saya didik diri serta anggota yang lain dengan disiplin sama ketika zaman saya belajar di Maktab Tentera Diraja. Kami berlatih setiap hari, kami menyanyi, menari dan jadi koreografer.

"Sekarang orang lebih suka pakai penari iringan tetapi kami buat semua sendiri. Kira kerja lebih sikit," ujarnya yang bersaing sengit bersama KRU pada zaman kegemilangan mereka.

Bicaranya lagi, dia sebenarnya suka menjadi pengasas sesuatu perkara. Oleh kerana itulah, ketika di zaman kegemilangan 4U2C, pasti ramai yang mengingati stail mereka bersama cakera padat (CD) yang digantung di leher.

Walaupun agak pelik tetapi stail mereka diterima dan mula menjadi ikutan anak muda zaman itu.

"Memang agak kelakar bila ingat balik tetapi saya tetap berbangga kerana orang masih ingat 4U2C bersama cakera padat tergantung (ketawa).

"Sebenarnya idea nak letak CD itu timbul apabila saya lihat satu penyanyi rap barat yang meletakkan jam dinding bulat di leher. Jadi saya cuba dengan CD dan orang suka. Selepas itu kami muncul dengan seluar pendek dan imej yang berbeza-beza," katanya tentang formula untuk menarik perhatian peminat muzik.

Perlu ada minat - Sasha Elite

Sasha Saidin, wanita jelita yang kini sudah berstatus ibu, menjelaskan zaman 90-an ketika itu memang cukup sesuai untuk kemunculan band pop lelaki dan wanita.

Trend sebegitu bukan sahaja hangat di Malaysia tetapi juga di barat yang ketika itu label-label gila melahirkan band pop.



KUMPULAN Elite. Dari kiri: Abby, Watie, Sasha, Azza dan Linda. Mereka sempat bertahan selama 10 tahun sebelum berpecah.

--------------------------------------------------------------------------------



Elite bukan setakat berbekalkan paras rupa semata-mata. Menurut Sasha mereka bekerja keras untuk menjadi band pop yang menjadi idola ramai anak muda.

"Bagi menjadi sebuah band pop wanita yang bagus, seingat saya, sebelum kami muncul dengan album, kami semua telah menghadiri kelas vokal bersama cikgu Siti Hajar dan kelas tarian di bawah bimbingan KRU selama setahun.

"Latihan itu amat penting supaya kami bersedia. Hubungan antara anggota juga sangat rapat. Kami sudah seperti adik-beradik. Apa paling penting kita kena gembira dengan apa yang kita lakukan, baru orang yang menonton pun boleh terhibur," jelasnya yang pernah popular bersama Elite dengan lagu G.I.G, Manisnya Senyumanmu dan Tamparan Wanita.

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Demi Elite yang bernaung di bawah KRU, Sasha sanggup melepaskan peluangnya untuk menyambung pelajaran.

"Semasa jalani uji bakat untuk Elite, saya ingat usia band ini tidak lama, bagi saya paling lama pun mungkin dua tahun. Itu berdasarkan sejarah band pop wanita yang pernah wujud di Malaysia sebelum Elite.

"Masa itu hati saya berbelah bahagi antara nak sambung pelajaran dan dunia seni. Saya siap yakinkan ibu bahawa band ini tidak bertahan lama (ketawa). Itu yang keluarga saya benarkan saya masuk Elite.

"Tetapi tidak disangka kerana keserasian dan minat, akhirnya sebelum meninggalkan Elite saya telah bersama mereka selama lapan tahun sebelum Elite diteruskan dengan anggota yang lain," katanya tentang band yang wujud selama 10 tahun itu.

Luah Sasha, meskipun terpaksa melepaskan pelajaran, dia tidak pernah menyesal dengan jalan yang dipilihnya kerana menganggap ia satu pengalaman hidup yang amat bermakna.

"Saya akhirnya dapat juga masuk universiti dan mendapat ijazah yang diidamkan. Saya tidak pernah menyesal kerana bersama Elite, saya menimba pengalaman yang sangat menakjubkan. Ada pahit ada manisnya. Sekarang kalau jalan ke mana-mana orang masih tegur saya sebagai Sasha Elite," ujarnya dalam nada gembira.

KiNgX
11-02-10, 02:45 PM
Lagi gambar mesra-mesra Norman Hakin Dan Memey...lagi hangit la Abby camni.

CtiE
11-02-10, 06:59 PM
Artis M Larikan Anak Dara Orang?

Artis M ni sume orang kenal kot? Baru-baru ni kecoh kisah pasal dia ni mencuri handphone,tiba-tiba muncul lak kisah baru! Dia bawak lari anak orang yang baru aje tolong waktu dia kantoi dalam tahanan polis di negera jiran dulu.Bapak awek ni lah yang pergi menjamin dan membantu dia,last-last dia wat taik lak!
Dah la handphone orang dia kebas,anak dara orang pon dia nak kebas! Dari kecik sampai la besar Artis M ni tak pernah serik! Dari remaja dok buat hal,lepas satu-satu! Kes tu lah kes ni lah,kalau adik Rokku dah lumat kena kaki dah si Artis M ni! Huahuahua

Nak dijadikan cerita selepas macam-macam yang berlaku keluarga si gadis yang dulunya suka dengan Artis M ni dah muak dan takmo Artis M ni rapat lagi dengan anak mereka,Artis M pon dah terdesak agaknya dia pon ajak lah awek ni pergi makan-makan kat Johor.Lepas aje awek tu sampai Johor Artis M pon terus melarikanya ke suatu tempat,mungkin nak ajak kahwin kat siam kot? Dah la kaget family awek ni dibuatnya.Anak mereka hilang secara tiba-tiba dan gagal dihubungi!Last sekali family awek ni membuat laporan polis dan akhirnya mereka berjaya mengesan kereta dan awek ni di Johor tapi Artis M dah lesap ntah kemana.Mungkin awek ni akhirnya sedar yang Artis M ni memang sampah masyarakat,buat apa nak terdesak sangat dengan Artis M ni dan tidak mahu mengikut kata-kata manis Artis M ni untuk melarikan diri.

Aduh-aduh duh duh..Siot sungguh Artis M ni,macam-macam kes sepanjang tahun 2009 membawa ke 2010.Kes kalau menang saman ke,dapat anugerah ke,dapat duit seguni ke takpe gak! Ni kes yang menconteng arang ke muka keluarga dan mereka yang terdekat! Anak-anak camne? Pikir la sikit bai! Ko tu dah tua dan matang untuk menimbangkan segala benda yang baik dan buruk! Pintu taubat tak pernah Allah tutup untuk siapa-siapa pun! bertaubat lah!

KiNgX
11-02-10, 07:10 PM
Artis M Larikan Anak Dara Orang?

Artis M ni sume orang kenal kot? Baru-baru ni kecoh kisah pasal dia ni mencuri handphone,tiba-tiba muncul lak kisah baru! Dia bawak lari anak orang yang baru aje tolong waktu dia kantoi dalam tahanan polis di negera jiran dulu.Bapak awek ni lah yang pergi menjamin dan membantu dia,last-last dia wat taik lak!

Dah la handphone orang dia kebas,anak dara orang pon dia nak kebas! Dari kecik sampai la besar Artis M ni tak pernah serik! Dari remaja dok buat hal,lepas satu-satu! Kes tu lah kes ni lah,kalau adik Rokku dah lumat kena kaki dah si Artis M ni! Huahuahua


Ekekeke...dia gersang tu, baru lepas bercerai, ayaq dah penuh kat kepala, tu yang ligat sakan dengan pompuan itu ini. Artis M ni mau kena nyanyi ramai-ramai lagu "Oh Ibu" kat dia, baru dia berakai sikit, terus insaf!

KiNgX
11-02-10, 07:50 PM
Nabil Raja Lawak Bersosial Dengan Farah Alya

Minum air apa tu yer? mana Irma Hasmie? siapa itu Farah Alya? Farah Alya nie salah sorang pelakon dalam Tari Tirana.

sam261079
12-02-10, 09:08 AM
Nabil Raja Lawak Bersosial Dengan Farah Alya

Minum air apa tu yer? mana Irma Hasmie? siapa itu Farah Alya? Farah Alya nie salah sorang pelakon dalam Tari Tirana.



Farah alya nie memang aku kenal sangat dan pernah berkerja dengan aku masa diastro , beliau bekerja sebagai FM (floor manager) untuk concert dan program-program tv yang kecil keci lah ajer..

Perwatakan : kerek nak mampus dan perasan cun
Kerja ; Macam haram belagak seolah-olah semuanya dia tahu .
Mulut ; macam longkang suka aibkan org .
Punca berlakon : Mula-mula terlibat sebagai extra dalam rancangan Lu pikirlah sendiri nabil, then dan skeksa Af dan program kecil2 astro ....
Peragai : Macam Cipan

CtiE
12-02-10, 08:07 PM
Farah alya nie memang aku kenal sangat dan pernah berkerja dengan aku masa diastro , beliau bekerja sebagai FM (floor manager) untuk concert dan program-program tv yang kecil keci lah ajer..

Perwatakan : kerek nak mampus dan perasan cun
Kerja ; Macam haram belagak seolah-olah semuanya dia tahu .
Mulut ; macam longkang suka aibkan org .
Punca berlakon : Mula-mula terlibat sebagai extra dalam rancangan Lu pikirlah sendiri nabil, then dan skeksa Af dan program kecil2 astro ....
Peragai : Macam Cipan

wah marah sgt sam nih huhu biasa lah dh nmanya artis SUAM2 KUKU... tuh berlagak lebih mcm semua tau huhu...

(GOSIP)Artis Realiti TV Bermata Galak Bakal Berkahwin Dengan Datuk?

Kami rasa kami tau siapa tapi disebabkan sekarang musim zaman-menyaman, kami rasa takut nak bubuh nama artis yang terlibat nie. Ini adalah gosip yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam. Kami dah boldkan beberapa hint yang penting.

Terbaru, artis kecil molek bermata galak yang khabarnya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan seseorang berstatus Datuk.

Menurut seorang teman rapat SS, artis wanita yang lahir dari program realiti popular dan sempat membintangi sebuah filem ini merancang mengakhiri zaman daranya sekitar pertengahan tahun ini.

Namun, apa yang mengejutkan SS, artis wanita yang sememangnya memiliki wajah kesayangan mentua kerana penampilannya yang sopan, khabarnya tidak kisah hidup bermadu.

Kalau tidak silap sebagaimana dimaklumkan teman rapat SS tadi, artis wanita itu mungkin isteri ketiga atau keempat Datuk yang dimaksudkan.

Kalau betullah artis yang dimaksudkan di atas adalah artis yang kami teka (rasanya anda semua pun dah leh teka sapa kot), memang kami kecewa sangat-sangat. Kenapa nak berkahwin dengan suami orang? Takkanlah tak ada ada anak teruna kat Malaysia nie dah. Dah la hidup bermadu pulak tue. Bukannya tak boleh tapi …. Faham-fahamlah sendiri.

Adakah artis Malaysia sekarang nie lebih mementingkan kekayaan dari segi harta benda daripada kebahagiaan hidup? Pening kepala kami. Tapi kalau benar-benar jatuh cinta, dapat restu isteri-isteri lain, kawin ajerlah. Tunggu la nanti keluar ayat klise “Dah jodoh saya“. Menyampah I ~~~

P.S: Gambar di atas sekadar gambar hiasan, tidak ada kaitan dengan gosip ini.

P.P.S: Rasanya dulu artis realiti TV nie pernah dikaitkan dengan suami orang. Tapi dia dah nafikan dah. Kita tunggu penafian gosip yang nie pulak.

FLO
13-02-10, 02:14 AM
Zarina Anjoulie enggan jalani ujian air kencing


ZARINA (kiri) enggan menjalani ujian air kencing ketika ditahan di LCCT.

--------------------------------------------------------------------------------


SEPANG – Pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 24, enggan menjalani ujian saringan air kencing apabila diarah berbuat demikian selepas ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam tadi.

Dia ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Turut ditahan seorang lagi rakannya yang berusia 24 tahun.

Penolong Pengarah ADDK Sepang, Nani Sikin berkata, ekoran keengganan itu, kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

“Mereka dibawa ke pejabat AADK Sepang untuk tujuan menjalani ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

FLO
13-02-10, 11:43 AM
Artis wanita positif dadah
Oleh Samadi Ahmad
[email protected]


Pelakon Anak Pontianak ditahan

SEPANG: Seorang pelakon wanita berusia 24 tahun antara tujuh yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di susur keluar Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) malam tadi selepas didapati positif dadah.


Pelakon yang membintangi drama bersiri Anak Pontianak itu ditahan bersama rakan wanitanya berusia 24 tahun, kira-kira jam 9 malam.


Ketika itu mereka menaiki kereta yang dipandu rakan pelakon terbabit dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos di situ.


Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata pelakon terbabit dan rakan pada mulanya enggan menjalani ujian air kencing sebaik ditahan untuk saringan secara rambang.


Bagaimanapun, sejurus kemudian pelakon terbabit mengaku kepada anggota AADK bahawa dia mengambil ketamin, manakala rakannya mengambil syabu.


Berikutan itu, AADK menahan mereka untuk dibawa ke pejabat agensi berkenaan di Sepang untuk ujian air kencing dan siasatan lanjut, termasuk dihantar menjalani ujian patologi mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.


Ops Perayaan malam tadi disertai 27 pegawai AADK dan 20 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan untuk mengesan pemandu, terutama pengangkutan awam, yang mengambil dadah.


Nani berkata, sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dalam operasi berakhir jam 11 malam tadi.

FLO
14-02-10, 02:08 AM
Air kencing Zarina Anjoulie positif ketamin


KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR - Ujian saringan air kencing ke atas pelakon drama seram, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul awal pagi semalam mengesahkan pelakon tersebut positif mengambil dadah ketamin.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman semasa mengesahkan perkara itu berkata, pelakon berusia 24 tahun itu telah dibebaskan dengan ikat jamin pada pukul 3 pagi semalam sementara menunggu laporan pengesahan daripada Jabatan Patologi.

Bagaimanapun ketika dihubungi wartawan Kosmo Ahad!, pelakon tersebut menafikan kenyataan pegawai AADK itu.

Beliau tetap mempertahankan dirinya tidak bersalah.

"Memang pada malam itu saya dan rakan telah ditahan kerana memandu kereta menggunakan cermin yang terlampau gelap.

"Disebabkan itu, kereta saya telah disyaki digunakan untuk mengedar dadah," jelasnya ketika dihubungi semalam tetapi enggan mengulas lanjut.

FLO
14-02-10, 02:13 AM
Ammar jangan bodohkan diri


AMMAR pernah bergaduh dengan Siti Sarah di depan orang ramai.

--------------------------------------------------------------------------------


RASANYA belum terlambat untuk Diva buat teguran buat dua pelakon muda berhingus ini. Orang tua ada pesan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Diva harap Ammar terutamanya faham dengan maksud peribahasa tersebut.

Diva dan teman sudah beberapa tahun berada dalam industri dan kagum dengan ketabahan artis senior yang tidak mudah melatah dalam tindakan mereka.

Apatah lagi untuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada teman-teman Diva yang bekerja keras untuk memartabatkan industri hiburan tanah air.

Jadi, bila Diva dengar Ammar bercakap tak senonoh tentang teman-teman Diva, Diva naik meluat. Malah Diva rasa dia sebenarnya memperbodohkan dirinya sendiri.

Jangan mudah meletakkan kata bodoh pada orang lain jika diri sendiri juga seperti seekor ibu ketam.

Malah dengan cara tersebut, Ammar yang baru sangat dalam dunia hiburan malah tidak dikenali orang ini terus membuatkan dirinya nampak tidak pandai.

Diva dapat cerita daripada kawan-kawan yang dia suka membuat muka apabila ada sesi fotografi. Tidak kurang juga bergaduh dengan Puteri Sarah di depan khalayak tanpa menghiraukan suasana luar di. Pandai ke tindakan sebegitu?

Diva harap Ammar selepas ini panjang akal dalam berkata-kata supaya hayat 'hiburannya' akan lebih panjang. Itu pun kalau ada tawaran lagi selepas ini.

CtiE
14-02-10, 05:50 PM
Perkahwinan Maya Karin pula kini Dikatakan Retak menanti Belah

Susah sebenarnya untuk kami percaya yang nama Maya Karin timbul dalam kalangan mereka yang mengalami masalah rumahtangga.

Gossip yang timbul 48 jam lepas ini memberi bayangan bahawa keadaan rumahtangga pelakon berbakat Malaysia ini sedang goyah menanti rebah.

Menurut satu sumber, suami Maya Karin, Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, telah berpindah keluar rumah kediaman mereka.

Semua’nya di’katakan berpunca daripada sikap Maya Karin yang bermain kayu tiga dengan seseorang yang berada & mengakui hubungan itu kepada suami.

Suami Maya Karin di’katakan telah memfailkan penceraian Isnin lalu. Jika benar, pasti ada akhbar yang membuat liputan bukan?

Untuk membela diri, Maya Karin di’katakan melakukan semua itu kerana beliau & suami jarang meluangkan masa bersama.

CtiE
15-02-10, 07:14 PM
Artis Wanita Cuba Buruk-Burukkan Rozita Che Wan?

Rezeki masing-masing tapi pelik sungguh dengan sikap manusia yang terlalu cemburu dengan kesenangan orang lain ni! Itu lah yang menimpa Rozita Che Wan bila ada dikalangan artis yang cemburu akan kejayaannya dan cuba memburuk-burukkan namanya!

Nak dijadikan cerita Rozita Che Wan berjaya mendapat tawaran untuk menjadi duta bagi sebuah produk aksesori terkenal Avon,Ada artis yang cuba menjatuhkannya dengan memburukkan nama Rozita Che Wan kepada orang kuat syarikat tersebut! Rozita mendapat tahu cerita sebenar apabila orang kuat syarikat tersebut memberitahu perihal kejadian itu kepadanya.


Rozita yang terkejut berkata dia mengenali artis wanita itu tetapi tidak lah terlalu rapat,cuma kenapa dan apa motif artis wanita itu memburukkan nama Rozita?
Rokku rasa ni lah sebabnya industri seni kita ni penuh dengan macam-macam masalah! Bila orang dapat tajaan sikit cemburu,pakai kereta mewah sikit cemburu! Apa nak jadi? Kalau cemburu pon jangan lah sampai menjatuhkan nama baik orang lain,diam-diam sudah lah! Simpan dalam hati dan bertekad untuk menjadi setingkat lebih baik dari orang yang kita cemburui itu! Tanam azam dan bangkit melawan secara sihat! Pasal bomoh membomoh belum cerita lagi ni! Huahuahua.. Ragam Artis Malaysia macam tu la..

CtiE
15-02-10, 07:20 PM
Najwa Anak Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Berbakat Besar!

Korang mesti penah dengar lagu Malique Feat Najwa yang bertajuk Kau Yang Punya kan? Rupa-rupa nya Minah yang bersuara best dan jazzy ini adalah anak kepada timbalan perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin! Dasat gak,kalau tak silap anak Dato Seri Zahid Hamidi pon pernah keluarkan album tapi radio pon tak mainkan lagu-lagu dia,Rokku teringin nak dengar tapi radio kita mainkan lagu anak Ahmad Dhani lebih dari lagu artis Malaysia sendiri!



Rokku dengar je dah suka dengan suara Najwa ni,nampak gayanya corak muzik yang ingin dibawakan oleh nya adalah muzik yang berentak jazz,well jazz amat jarang dimainkan diradio dan honestly Rokku sendiri kurang suka dengan jazz.She should do the Shiela Majid thing! Gabungkan element pop dan jazz bersama-sama dan hasilnya nanti mungkin lebih berjaya menarik perhatian pendengar dan stesen radio.Anyway good luck for your career Najwa!

Queenie
15-02-10, 11:11 PM
Najwa Anak Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Berbakat Besar!

Korang mesti penah dengar lagu Malique Feat Najwa yang bertajuk Kau Yang Punya kan? Rupa-rupa nya Minah yang bersuara best dan jazzy ini adalah anak kepada timbalan perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin! Dasat gak,kalau tak silap anak Dato Seri Zahid Hamidi pon pernah keluarkan album tapi radio pon tak mainkan lagu-lagu dia,Rokku teringin nak dengar tapi radio kita mainkan lagu anak Ahmad Dhani lebih dari lagu artis Malaysia sendiri!






Rokku dengar je dah suka dengan suara Najwa ni,nampak gayanya corak muzik yang ingin dibawakan oleh nya adalah muzik yang berentak jazz,well jazz amat jarang dimainkan diradio dan honestly Rokku sendiri kurang suka dengan jazz.She should do the Shiela Majid thing! Gabungkan element pop dan jazz bersama-sama dan hasilnya nanti mungkin lebih berjaya menarik perhatian pendengar dan stesen radio.Anyway good luck for your career Najwa!

kiterang penah buat event ada minah ni...sangat berlagak...sangat bagus2....sangat perangai tai-tai. kalau kiterang terserempak ngan minah ni kat mana2 event...memang kiterang angkat kening je lah.

Q.

FLO
16-02-10, 07:35 AM
kiterang penah buat event ada minah ni...sangat berlagak...sangat bagus2....sangat perangai tai-tai. kalau kiterang terserempak ngan minah ni kat mana2 event...memang kiterang angkat kening je lah.

Q.

Q..anda PUJI ke..anda kutuk ni? kekkekekek

Tai-Tai tu apa?

CtiE
17-02-10, 10:48 AM
Kevin Zahri Bakal Kahwin Rio Elani?


Siapa Rio Elani anda tanya? Ini ada sedikit sejarah yang kami terima tentang siapa di’sebalik nama indah Rio Elani.

Rio Elani merupakan anak kepada CEO SPK Technology, Rio Kamal Yuhya Sharifuddin yang pernah di’katakan memberi rasuah sekitar tahun 2008.

Kes rasuah ini di’katakan ada kaitan dengan tiga pertuduhan yang di’kenakan ke’atas Rio Elani membabitkan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Kes tersebut tidak kami ketahui apa penghujungnya namun hari ini ada desas desus menyatakan Rio Elani bakal berkahwin dengan Kevin Zahri.

Kevin Zahri yang merupakan pakar pemakanan sihat pernah bercinta dengan Intan Ladyana tetapi terputus di’tengah jalan.

Kevin Zahri & Rio Elani telah melangsungkan majlis pertunangan dan kini menanti bulan April 2010 untuk majlis perkahwinan rasmi.

Lagi gambar romantis mereka selepas ini & gambar majlis pertunangan mereka. Enjoice!

KiNgX
17-02-10, 02:39 PM
Artis wanita positif dadah

Pelakon Anak Pontianak ditahan

SEPANG: Seorang pelakon wanita berusia 24 tahun antara tujuh yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di susur keluar Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) malam tadi selepas didapati positif dadah.

Pelakon yang membintangi drama bersiri Anak Pontianak itu ditahan bersama rakan wanitanya berusia 24 tahun, kira-kira jam 9 malam.



Air kencing Zarina Anjoulie positif ketamin

KUALA LUMPUR - Ujian saringan air kencing ke atas pelakon drama seram, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul awal pagi semalam mengesahkan pelakon tersebut positif mengambil dadah ketamin.



Berita dah kuar, apa kata kita layan gambar Zarina Ann Julie ditahan pihak berkuasa pada malam tersebut.

KiNgX
17-02-10, 03:28 PM
Faezah Elai Seksi nampak tutzz dibawah..

Dah laman gosip siarkan, saya pun siarkan jer la kat sini...

terunasuci
18-02-10, 11:37 AM
Khabarnya, 2 selebriti ni sebenarnya kembar...betul ke??

mari sama2 kita terjah......

CtiE
18-02-10, 03:17 PM
Selebriti Malaysia Mana Yang Layak Jadi Ikon?

Ramai artis-artis Malaysia yang sentap bila Wardina mengeluarkan kenyataan yang selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon minggu lepas. Tapi kami faham perasaan Wardina. Almaklumlah, artis-artis muda Malaysia sekarang nie kebanyakannya femes kerana kontroversi, bukan kerana bakat lakonan atau nyanyian diorang.

kadang-kadang tercari-cari gosip-gosip atau pun berita-berita yang baik mengenai artis Malaysia untuk dikongsikan bersama anda semua. Tapi sayangnya dalam 10 berita yang kami kongsikan, 9 daripadanya adalah benda-benda sensasi yang mengarut-marut. Sekali sekala adalah terselit cerita-cerita artis yang dah insaf dan sebagainya. Tapi kebanyakkannya adalah gosip-gosip sampah yang menjatuhkan maruah artis Malaysia kita.

Mungkin artis Malaysia kita nie berpegang kepada kata-kata Donald Trump yang berbunyi lebih kurang begini:-

Publisiti yang buruk adalah lebih baik daripada tak ada publisiti langsung.

Tapi siapa kata hanya dengan cerita sensasi sahaja artis kita akan popular. Sila ambil contoh Diana Danielle. Dulu dia memang penuh dengan kontroversi tapi sekarang ini berita tentang Diana Danielle kebanyakkannya hanya benda-benda yang baik saja. Lawatan ke rumah orang asli, lawatan ke rumah panjang orang Iban dan macam-macam lagilah. Tak ada kontroversi tapi still mampu menaikkan nama DD.

Contoh lain adalah penyanyi indie wanita, Yunalis Zarai. Jarang kita dengar cerita-cerita buruk tentang dia. Mungkin ada sesetengah wartawan yang cuba menjatuhkan Yuna dengan gosip Yuna sombong dengan wartawan. Tapi semua itu kami rasa hanya propaganda wartawan-wartawan kita. Dan yang paling penting imej bersih yang dibawa Yuna dari awal sampai sekarang dah menunjukkan yang artis kita mampu popular tanpa gosip teruk.

Cuma yang dikesalkan kebanyakkan artis Malaysia nie cuba mengambil jalan short-cut untuk cepat femes. Taknak bekerja keras. Itu yang keluar statement-statement tak masuk akal. Update status Facebook dengan ugutan membunuh. Keluar gambar berfoya-foya dalam kelab sambil teguk botol arak. Dan macam-macam lagilah. Memanglah nama mereka akan dikenali ramai selepas kontroversi tue, tapi berapa lama sangat kepopularitian sebegitu akan bertahan?

Uishh ~~ Jadi kesimpulannya kat sini kami nak tanya anda semua. Siapakah artis Malaysia yang anda rasa layak digelar ikon? Dato’ Siti Nurhaliza? Misha Omar? Lisa Surihani? Kalau boleh nyatakan lah sebabnya sekali..

terunasuci
18-02-10, 03:28 PM
Saje nak hilangkan boring...hehehe

Fesyen artis pompuan rambut pendek...yg mana korang rasa paling cute???

chaosspawn
18-02-10, 03:41 PM
KingX, aku memang teruja kalau tgk awek berambut pendek ni. Tapi di atas ni takde satu pun style yang menarik. Bila aku recall, waktu Wardina dan si Elyana berambut pendek... waduh waduh... kena betul, berkenan la kat hati tu..

KiNgX
19-02-10, 02:52 PM
Melalui penceritaan dari laman gosip, khabarnya Hans Isaac dah menemui cinta barunya....orang yang dimaksudkan ialah aktres Filipino ( Bea Alonzo) yang cun melecun ni.

KiNgX
21-02-10, 05:55 PM
Gambar Manohara Berciuman Dengan Lelaki Lain (Amil namanya).

KiNgX
21-02-10, 06:04 PM
Aktiviti Kegemaran Juliza Adzlizan – Seks

KiNgX
21-02-10, 06:35 PM
Gambar terkini Saiful Malaysian Idol

KiNgX
22-02-10, 12:19 PM
Otai-otai rock kapak cakap Bandi Amuk tu sebenarnya Nasha dari kumpulan D’Febian dulu. Terkenal di zaman rock kapak dengan lagu rock jiwangnya tu “Untukmu Sayang”.

Nak kenal macam mana rupa Nasha tu, tengok gambar kat bawah....ada persamaan dak?

KiNgX
22-02-10, 12:54 PM
Opie Tari-Tirana seorang Mak Nyah?

Menurut sumber, Opie adalah seorang pondan yang juga seorang make-up artist. Sejauh mana kebenarannya, lihatlah sendiri.

KiNgX
23-02-10, 12:03 PM
Gambar Seksi Kat (Mentor 3)

Lama tak dengar cerita pasal Kat Mentor 3. Kali ni Kat yang mentornya adalah Awie dalam program realiti Mentor 3 tahun lepas tampil ‘berani mati’ dengan berpakaian seksi, panas, glamor dan bergaya.

KiNgX
23-02-10, 12:06 PM
Opss, Wangi Fabulous Cats kantoi

Julung-julung kalinya, penulis menyiarkan gambar Wangi bersama teman lelakinya bersuka ria di kelab malam dan party di rooftop bersama rakan-rakannya. Apa yang menarik, gambar berpeluk mereka berdua begitu asyik sekali sampaikan teman lelakinya terlupa tangannya berada dipunggung Wangi. Dan juga, air apa tu di atas meja? Kantoi… Banyak lagi gambar menyusul di bawah.


p/s: iskkk...mana la tukang gosip CtiE ni pi?

CtiE
23-02-10, 03:54 PM
(Gambar) Siti Nurhaliza Bertudung Manis Di Hari Lahir Datuk K

Jarang sebenarnya sekarang ini kita lihat Siti Nurhaliza bertudung dengan molek. Apa yang Siti Nurhaliza pakai selama ini hanya fesyen.

Namun ketika menyambut hari lahir suami tersayang baru-baru ini, Siti Nurhaliza tampak bertudung manis persis wanita biasa.

Ya, Siti Nurhaliza masih manusia biasa walaupun bertudung fesyen, namun dalam gambar ini beliau nampak manis walaupun berdandan sebagai bukan selebriti.

Ada juga gossip nakal mengatakan Siti Nurhaliza kini sedang mengandung. Betul atau tidak Siti Nurhaliza?


p/s: saya pergi bertapa smbil2 cr bahan baru gossip...

CtiE
24-02-10, 05:59 PM
(GAMBAR)Sharifah Amani Bermesraan Dengan Kekasih Hati Mat Salehnya

Satu dunia sudah tahu yang Sharifah Amani nie pakwenya adalah Mat Salleh. Bukan Mat Salleh Salleh Yaakob yang pepagi merapu kat Sinar FM tue. Tapi ini memang Mat Saleh sejati punya. Rambut perang lagi. Memang hensemlah kot dari lelaki Melayu. Tue yang si Amani nie jatuh cinta kot.

Dulu kami ada letak gambar Sharifah Amani dan Gavin (nama pakwe dia), tapi semalam kami dapat email dari seorang readers yang telah berkongsi banyak lagi gambar-gambar mesra tak seberapa mereka berdua. Namanya terpaksa dirahsiakan atas permintaan reader tersebut.

Tapi memang nampak betul budak 2 orang nie tengah syok bercinta. Ala, ini gambar yang kalau orang couple kompem ambik punya. Yang style muka je nampak tue. Selalu kalau remaja-remaja sekarang nie amik gambar macam nie pakai handphone jer. Memang muka akan jadi automatik cute dan comel bila mengambil gambar dengan teknik sebegini.

CtiE
24-02-10, 06:09 PM
xklusif: Mamat Exist, Bekas Isteri Bercerai Talak Dua

KUALA LUMPUR: Penyanyi Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist, 32, disahkan bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa, 30, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009.

Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

CtiE
24-02-10, 06:28 PM
Adakah Ini Teman Wanita Aqasha?

Mungkin peminat di luar sana rindu untuk melihat wajah terbaru pelakon dan penyanyi berwajah Jepun, siapa lagi kalau bukan Aqasha.

Baru-baru ini teman Murai Batu telah diundang ke majlis perkahwinan anak dara kepada produser sensasi, Raja Azmi dan dikesempatan itu juga teman Murai Batu telah berkesempatan bertemu pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu berkenaan.

Ramai juga yang tak dapat mengecam bahawa itu adalah Aqasha. Kerana fizikalnya sekarang semakin berisi. Lebih-lebih lagi apabila memakai pakaian serba putih, tambah berisilah kesannya. Malah Murai Batu perhatikan juga, rambut Aqasha semakin tebal dan panjang.

Dalam kesibukan majlis, teman Murai Batu telah sempat merakamkan gambar Aqasha yang kebetulan sedang berdampingan dengan seorang gadis manis. Adakah ini teman wanita Aqasha? Adakah ini si dia?

Khabarnya, ini bukanlah kali pertama teman Murai Batu terserempak dengan mereka berdua. Malah dalam satu majlis berasingan yang juga dianjurkan Raja Azmi tahun lalu, penyanyi berkenaan kelihatan bersama.

Murai Batu bukannya ingin berkata apa-apa. Cuma sekiranya benar wanita berkenaan adalah kekasih Aqasha, itu sudah bagus. Lagipun pula mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia bila bersama. Nampak sepadan.

Mungkini inilah sebabnya mengapa berat badan Aqasha naik. Semuanya gara-gara senang hati agaknya. Tapi harus diingat, awak tu selebriti, jadi penampilan haruslah di jaga.

Lagi satu, bila pula nak jemput Murai Batu makan nasi minyak? Jangan marah ya.

p/s: gossip terakhir mgu ni...

CtiE
27-02-10, 12:24 PM
Takziah kpd pelawak hebat Harith Iskandar atas kehilangan bapa tercinta... Al-fatihah

bapa kpd Harith, Musa, 78, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung, paru-paru dan buah pinggang pukul 10 pagi semalam di Hospital Angkatan Tentera, Setiawangsa, dekat Kuala Lumpur.

Ketika mendapatkan reaksi Harith, dia yang keletihan kerana baru pulang daripada upacara pengebumian arwah bapanya meminta tunangnya, model dan pelakon jelita Jezamine Lim, 27, untuk menjawab panggilan bagi pihaknya.

dan sekarang topik berkenaan siapa kah itu Jezamine Lim? dari sumber2 yg dipercayai perkenalan beliau dgn Harith Iskandar melalui FACEBOOK, dan dikatakan sdah bertunang dgn Harith. dan ternyata taste Harith bkn calang2 org. DIsini sya sertakn gmbr2 Tunang Harith..

terunasuci
01-03-10, 01:20 PM
Sebenar banyak kali aku terjumpa gambar Nurul Syuhada Nurul Ain ni dressing sexy, cuma yang ni aku suka tgk sbb geram kat kakinya yang putih tu...kalau dapat........

terunasuci
01-03-10, 01:21 PM
Agak2 korang masa si Zahnita ni amik gambar ni dia pakai baju tak???

sam261079
01-03-10, 01:40 PM
Agak2 korang masa si Zahnita ni amik gambar ni dia pakai baju tak???



Aku rasa lah kan TS dia pakai Tube lah .....
sekarang nie pun dia still hot lagi kan walaupun dah beranak pinak ....

terunasuci
01-03-10, 01:42 PM
Aku rasa lah kan TS dia pakai Tube lah .....
sekarang nie pun dia still hot lagi kan walaupun dah beranak pinak ....


Ye ke...ok la tu...dia ni janda kan...kahwin muda, cerai pun muda...




p/s : kira hot mama gak la ni...hehehe

sam261079
01-03-10, 01:58 PM
Ye ke...ok la tu...dia ni janda kan...kahwin muda, cerai pun muda...

p/s : kira hot mama gak la ni...hehehe


hot mama ,hot babe , semuanya hot lah ....
sekarang nie dia banyak jadi model iklan antaranya
-- KFC
-- MCd
-- Sony
-- Neslac

CtiE
01-03-10, 03:00 PM
(Gossip) Raja Farah Bawa Teman Lelaki Ala Mat Rempit Tonton Wayang


Bukanlah kami kata teman lelaki terbaru Raja Farah ini datang dari golongan Mat Rempit, nanti ada yang cemburu pula.

Maklumlah, golongan Mat Rempit hari ini bukan sekadar golongan biasa, sudah di’angkat berkali-kali ke layar perak. Sekarang boleh ada kekasih dari kalangan artis pula, mana boleh jadi kan?

Seorang wartawan awam malam tadi terlihat Raja Farah bersama seorang lelaki beratur untuk membeli tiket wayang di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota.

Sumber tersebut memberitahu yang lelaki tersebut bukan dari kalangan artis & penampilan’nya agak selekeh dan boleh di’gelar ala Mat Rempit.

Raja Farah & lelaki tersebut juga kelihatan begitu mesra & mempamerkan aksi bak sepasang kekasih dengan berpelukan dari belakang.

Entah betul entah tidak jejaka yang sumber lihat sama dengan jejaka dalam gambar ini. Sila berikan kepastian buat kami ya Raja Farah.

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

CtiE
01-03-10, 04:00 PM
zizan nin bakal bernikah 19 mac

SEKIAN lama menanti, pelakon kacak Zizan Nin mengumumkan bakal bernikah dengan Fazilah Hani Harun pada 19 Mac ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Zizan bagaimanapun enggan mengiyakan khabarnya wanita itu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran ntv7 itu.
Cukuplah dia mengatakan telah mengenali hati budi wanita bertudung yang cantik jelita itu sejak dua tahun lalu setelah bertemu dalamsebuah majlis di ibu kota.

“Kami mengambil keputusan untuk bernikah setelah bertunang selama tiga bulan. Saya menganggap dia jodoh terbaik buat saya selain bersikap sederhana dan memahami saya.

“Yang penting kedua-dua keluarga merestui hubungan kami,” beritahunya kepada mStar Online.

p/s: gmbr di ambil dari cari.com.my... sama cantik sama padan.. :cry:

sam261079
01-03-10, 04:11 PM
zizan nin
insan yang peramah ,humble dan yang paling best makluk yang berbulu , memang banyak giler ahhhhh ... puncanya dia kawan abg ipar aku dan selalu datang lepak kat rumah aku ... bila dia buka baju mak iiii kalah gorila bulu bersepah sepak ...

CtiE
01-03-10, 05:29 PM
gambar : aksi2 penyanyi ANGGUN semasa mengadakan konsert live... sehingga menampakkn tuuuutt.....


p/s : jnji zizan nin tetap dihatiku... nk kawin dh mamat tuh.. :cry:

CtiE
01-03-10, 09:57 PM
Eksklusif Gambar Baby Yatt Haryatti

Alhamdulillah,Selamat sudah Yatt Haryatti melahirkan baby somel yang cute ni! Ni gambar eksklusif anak yang baru saja dilahirkan semalam.Namanya pun cute jugak,Suci Hanania Malika Bt Abdul Mutalib.Amboi nama anak artis Malaysia ni memang powderful lah! Sangat menarik dan unik,Dah besar nanti mesti cute macam mak dia jugak.Mana lah tau kalau-kalau Suci Hanania Malika mengikuti jejak langkah ibunya dan menjadi pelakon pulak nanti.Hehehe Semoga hidup berkeluarga dan tangungjawab sebagai ibu menjadikan Yatt lebih bahagia hendaknya Amin.

CtiE
02-03-10, 09:52 AM
Gambar : RATU HAIDAR baby kpd Que Haidar & Linda Jasmine

majlis memperkenalkn anak beliau berlansung di bora ombak.. sekarang ni dh jadi musim artis mengadakan majlis utk memperkenal kn anak masing2...

p/s : tgh tgu anak kembar ziana zain...

CtiE
02-03-10, 10:40 AM
Pemuzik kaki kebas
Oleh Amirul Haswendy Ashari
[email protected]

PETALING JAYA: Perasaan bangga dan terharu sepasang suami isteri menyewakan bilik di unit pangsapuri milik mereka di Damansara di sini, kepada pemain gitar kumpulan rock yang popular pada sekitar 1980-an bertukar kecewa apabila barang berharga termasuk sebuah kereta bernilai hampir RM25,000 dikebas pemuzik terbabit, awal pagi semalam.
Pada awalnya, pasangan berkenaan tidak mengesyaki apa-apa terhadap suspek yang mengaku bekerja sebagai pemuzik bebas kerana dia sentiasa bersikap baik termasuk sering berbual dan bertanya khabar.

Bagaimanapun, sikap pemuzik berusia 30-an itu mula berubah selepas beberapa minggu menyewa dan dia dikatakan sering berkurung dalam bilik, malah hanya keluar jika ada urusan.
“Ketika kejadian, saya dan isteri masih tidur berikutan pulang lewat kerja semalam (kelmarin), manakala adik saya pula tidur di ruang tamu.
“Selepas sarapan, adik lelaki saya sambung tidur dan ketika itulah suspek dipercayai mengambil kesempatan melarikan barang milik kami,” kata Jukhairul Azar Hamzah, 27, yang menyedari kehilangan itu ketika bersiap untuk keluar bekerja.

Difahamkan, suspek yang menyewa bilik di rumah pasangan berkenaan sejak pertengahan awal bulan lalu, sempat bersarapan dengan adik mangsa sebelum melarikan Perodua Kancil milik tuan rumah ketika semua penghuni lain sedang tidur.

Menurut Jukhairul, dia tidak menyangka suspek yang menjadi idolanya sejak kecil turut melarikan gitar elektrik kesayangannya dan dua komputer riba di ruang tamu.
Katanya, dia percaya, pemuzik berkenaan mencuri barang berharga miliknya ketika di bawah pengaruh dadah berikutan penemuan beberapa alat untuk menghisap bahan terlarang itu dalam bilik disewa lelaki berkenaan selepas kejadian.

Sementara itu, abang suspek yang enggan dikenali ketika dihubungi mendedahkan sebelum ini adiknya pernah dituduh melakukan kesalahan sama, namun dapat meloloskan diri kerana sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan bekerja sebagai pemuzik di kelab malam di seluruh negara.
Malah, katanya, dia sudah berulang kali menasihati adiknya supaya meninggalkan perbuatan keji itu.
Dia yang juga bekas ahli kumpulan rock sama, tidak menyangka adiknya masih tidak berubah dan mengulangi aktiviti haram terbabit.
Berikutan kejadian itu, Jukhairul berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di sini.
Sumber polis mengesahkan menerima laporan dan masih menjalankan siasatan.

p/s : sumber2 mengatakn ex- ekamatra shahrul/nurul

ninja
02-03-10, 12:33 PM
Rabecca suntik buah dada untuk keluarkan susu

Bukan semua wanita muda yang belum pernah berkahwin akan terdetik di hati untuk menyusu anak angkat . Berlainan dengan aktres jelita Rabecca Nur Al Islam. Bukan saja dia tidak pernah mengeluh dengan tugas barunya sebagai ibu kepada anak angkatnya, Nor Adam Daniel, 2 tapi Rabecca sanggup ketepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan mengeluarkan susu badannya.

Meskipun baru berusia 24 tahun, demi kasih sayangnya terhadap Adam, Rabecca sanggup menjalani rawatan ini. Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian. Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati.

http://www.muaturun.my/wp-content/uploads/2010/02/hi_01.4.jpg
http://www.muaturun.my/wp-content/uploads/2010/02/rebeca.jpg
http://www.muaturun.my/wp-content/uploads/2010/02/3695079116_445a178ffb_o.jpg

KiNgX
03-03-10, 07:27 PM
Akma Hisyam hampir nampak boobs & bersama BT..ehhh BF, sori..sori
(http://mediamalaya.com/akma-hisyam-nampak-boobs-bersama-boyfriend/)

CtiE
04-03-10, 10:50 AM
(gossip) pasangan bercinta

Shuib Sepah-Sarah Raisuddin

hanafi Estranged-Yuna

KiNgX
06-03-10, 02:59 AM
Pose eksotik dari Betty Benafe

KiNgX
06-03-10, 03:04 AM
Amboi Faizal Tahir...dah pandai main cubit-cubit pipi orang (Michelle)

KiNgX
06-03-10, 03:10 AM
Siapa Gadis di Dalam Pelukkan Cico?

Wanita tersebut Namanya Wan Norashikin atau nama mesranya Ciceyi. Berusia 21 tahun. Apa hubungan dia dan Cico???

CtiE
07-03-10, 11:12 AM
Pelakon Eja Dakwa Anak Didera Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.

Pembantu rumah dikenali sebagai Mona atau nama panggilan, Susie, 29, dari Medan, Indonesia itu menghilangkan diri pada 18 Februari lalu.

“Sebelum ini, anak saya, Nur Eishal, saya dapati berdarah di bibir dan luka pada tangan ketika saya meninggalkannya di rumah bersama Susie,” katanya.

Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.

Selain merosakkan harta benda dalam rumah, pembantu rumah pelakon drama ‘Seputeh Qaseh Ramadan’ selama tiga bulan dua minggu itu juga didakwa mencuri pakaian dan barangan peribadi milik artis berkenaan.

“Tidak kisah jika dia tidak mahu bekerja dengan saya, tetapi kenapa perlu merosakkan harta benda di kediaman baru kami. Saya dapat rasakan Susie mempunyai masalah jiwa, dari raut wajah, dia nampak seperti seorang yang berdendam dan tidak boleh melihat sesuatu di depan mata dengan sempurna. Saya tidak pernah memarahinya, jauh sekali mengasari atau menderanya. Jika menegur, saya lakukan dengan baik, tidak pernah saya meninggikan suara. Bagaimanapun, Susie tidak boleh ditegur, dia akan balas dengan melakukan kerosakan pada barangan rumah saya. Bayangkan daripada pintu bilik, tangga, lantai hinggalah kepada kelengkapan rumah, barangan elektrik dan periuk belanga, semuanya bertanda. Dia mungkin mencalar dan menetaknya dengan pisau dan senjata tajam.Mulanya, saya menganggap Susie seorang yang kasar ketika melakukan kerja rumah, jadi saya dan suami, Mohd Silahuddin Jamaluddin tidak mengendahkannya, tetapi selepas melarikan diri, dia meninggalkan kerosakan yang lebih besar. Saya pelik kerana mendapati muka dan badannya calar balar pada hari pertama bekerja di rumah saya, alasannya jatuh motosikal, tetapi sejak itu, saya mula tidak sedap hati,” katanya.

Eja berkata, dia membuat laporan kedua kerana mahu Susie bertanggungjawab atas perbuatannya, selain bimbang keselamatan orang lain juga terancam jika mengambilnya bekerja.

“Saya percaya, wanita yang menipu identiti ini kerana dalam pasport namanya Mona, tetapi mahu dipanggil Susie, seorang yang bahaya,” dakwanya. – [sumber]

CtiE
07-03-10, 11:29 AM
(GOSSIP) pasangan artis diintai jawi dan ajk perumahan.....

terlebih dulu..tok nak minta maaf le klu gosip ni dah basi...
yg sebenarnya..tok tau pasal ni malam td...masa g umah biras tok kat damansara...kebetulan le pulak..masa sembang2 ngan adik ipar n suami dia..terkeluarlah cite pasal pasangan yg hangat bercinta ni yg sekarang ni ajk surau ngan jawi sedang mengintai atau mencari peluang untuk menangkap mereka...tetapi kata biras tok lagi..yg lelaki ni mmg pandai main cak2 dgn dorang semua..boleh dikatakan..tiap2 hari x kira pagi,petang mlm,si lelaki ni asyik dtg dan kuar masuk je dlm umah pompuan tu..tp..bila tiba masa sembahyang..pandai le pulak g surau..sembahyang berjemaah..lepas tu terus hilang...
korang agak2 korang tahu x sape?tok dah tahu..tp mls nak bg detail le..tp klu korang nak tahu gak..nanti tok bgthu ye...maaf le klu karangan tok ni mcm budak darjah 2..sebab dah lama x buat karangan le katakan...
pada artis wanita dan pelawak tu...berhati2 le sebelum korang kena tangkap...kan x habis lagik pasal cite kena saman..kuar pulak cite pasal kena tangkap basah...~~pasangan artis diintai jawi dan ajk perumahan.....

terlebih dulu..tok nak minta maaf le klu gosip ni dah basi...
yg sebenarnya..tok tau pasal ni malam td...masa g umah biras tok kat damansara...kebetulan le pulak..masa sembang2 ngan adik ipar n suami dia..terkeluarlah cite pasal pasangan yg hangat bercinta ni yg sekarang ni ajk surau ngan jawi sedang mengintai atau mencari peluang untuk menangkap mereka...tetapi kata biras tok lagi..yg lelaki ni mmg pandai main cak2 dgn dorang semua..boleh dikatakan..tiap2 hari x kira pagi,petang mlm,si lelaki ni asyik dtg dan kuar masuk je dlm umah pompuan tu..tp..bila tiba masa sembahyang..pandai le pulak g surau..sembahyang berjemaah..lepas tu terus hilang...
korang agak2 korang tahu x sape?tok dah tahu..tp mls nak bg detail le..tp klu korang nak tahu gak..nanti tok bgthu ye...maaf le klu karangan tok ni mcm budak darjah 2..sebab dah lama x buat karangan le katakan...
pada artis wanita dan pelawak tu...berhati2 le sebelum korang kena tangkap...kan x habis lagik pasal cite kena saman..kuar pulak cite pasal kena tangkap basah...

KREDIT : CARI.COM.MY

KiNgX
07-03-10, 03:42 PM
(GOSSIP) pasangan artis diintai jawi dan ajk perumahan.....

terlebih dulu..tok nak minta maaf le klu gosip ni dah basi...
yg sebenarnya..tok tau pasal ni malam td...masa g umah biras tok kat damansara...kebetulan le pulak..masa sembang2 ngan adik ipar n suami dia..terkeluarlah cite pasal pasangan yg hangat bercinta ni yg sekarang ni ajk surau ngan jawi sedang mengintai atau mencari peluang untuk menangkap mereka...tetapi kata biras tok lagi..yg lelaki ni mmg pandai main cak2 dgn dorang semua..boleh dikatakan..tiap2 hari x kira pagi,petang mlm,si lelaki ni asyik dtg dan kuar masuk je dlm umah pompuan tu..tp..bila tiba masa sembahyang..pandai le pulak g surau..sembahyang berjemaah..lepas tu terus hilang...
korang agak2 korang tahu x sape?tok dah tahu..tp mls nak bg detail le..tp klu korang nak tahu gak..nanti tok bgthu ye...maaf le klu karangan tok ni mcm budak darjah 2..sebab dah lama x buat karangan le katakan...
pada artis wanita dan pelawak tu...berhati2 le sebelum korang kena tangkap...kan x habis lagik pasal cite kena saman..kuar pulak cite pasal kena tangkap basah...

KREDIT : CARI.COM.MY

Rasanya, ini mengenai Noh Hujan bersama kekasih hatinya tu...ada gak terbaca dari sumber-sumber yang lain, cuma menunggu masa yang seswai jer nak cekup.

CtiE
07-03-10, 05:05 PM
Rasanya, ini mengenai Noh Hujan bersama kekasih hatinya tu...ada gak terbaca dari sumber-sumber yang lain, cuma menunggu masa yang seswai jer nak cekup.

tapi ada juga mengatakn gossip ini ttg nabil-irma tidak pasti kesahihannya... kia tgu dan lihat siapa yg TERKENA.....

KiNgX
07-03-10, 05:28 PM
Inilah dia gambar kekasih Hafiz AF7. Namanya Fifi Azman dan terlibat dalam dunia modelling. Fifi juga adalah ahli kelab peminat Hafiz. Fifi juga pernah terlibat dalam drama popular lakonan Scha Al-Yahya, Awan Dania.

CtiE
09-03-10, 09:47 AM
'Rumah tangga kami aman'

KUALA LUMPUR - Aktor Zamarul Hisham yang didakwa mempunyai hubungan dengan Fasha Sandha menafikan rumah tangga bersama aktres Diana Rafar sejak 10 bulan lalu sedang bergolak sebagaimana didakwa oleh beberapa akhbar mingguan dan blog-blog di Internet.

Zamarul, 39, memberitahu, keadaan rumah tangganya dengan Diana, 28, yang dibina pada 16 Mei itu berada dalam keadaan baik.

Malah bekas pemenang Aktor Terbaik melalui filem Di Ambang Misteri dalam Festival Filem Malaysia ke-18 pada 2005 itu memberitahu, dia memarahi Fasha kerana memuat turun gambar mereka berdua ketika terbabit dalam penggambaran drama Atilia.

Dakwaan tak berasas - Fasha

KUALA LUMPUR - Pelakon kontroversi, Fasha Sandha menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dia menjadi punca rumah tangga pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang dikatakan bergolak.

Meskipun mempunyai rekod buruk didakwa sebagai punca penceraian seorang usahawan, Datuk Shafik Rizaal Saaban atau Datuk S pada 2007 dan rumah tangga Nora Danish dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli pada 2008, Fasha menegaskan, dakwaan tersebut tidak berasas.

"Saya menafikan dakwaan tersebut (menjadi punca rumah tangga Zamarul dan Diana bergolak) dan saya rasa orang mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku sekarang ini.

CtiE
09-03-10, 09:49 AM
Mekah lokasi nikah Umie-Khairuddin

KUALA LUMPUR - Selepas enam bulan mengikat tali pertunangan dengan usahawan Datuk Khairuddin Abu Hassan, aktres terkenal, Umie Aida atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad, mengumumkan tarikh dan lokasi pernikahan mereka.

Umie, 37, memilih kota suci Mekah sebagai lokasi pernikahan dengan Khairuddin, 47, yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini di Masjidilharam.

Pasangan ini akan dinikahkan jurunikah Malaysia dengan berwali abang Umie, Ahmad Ridzuan pada pada pukul 8 pagi waktu Mekah.

CtiE
09-03-10, 10:38 AM
Pelakon WANITA gersang suka ramas kemaluan pelakon LELAKI


ALAHAI... CAK hanya mampu tepuk dahi bila dengar cerita ini. Apa nak jadi dengan artis serba boleh (menyanyi dan berlakon) ini.

Dah gersang sangat ke sampai di tempat paling sensitif itu dijentik?CAK dengar beberapa lelaki di lokasi penggambaran menjadi sasarangurauan melampaunya itu sampai ada yang senak ‘telur’.


Seorang pelakon angin satu badan bila tempat paling peribadinyatiba-tiba dijentik sampai rasa mahu menumbuk muka artis wanita itu.


Bayangkanlah kalau dia benar-benar melepaskan tumbukan, pasti kecoh jadinya. Silap hari bulan jadi tajuk muka depan akhbar.


Kut ia pun nak melawak, agak-agak sikitlah. Apa motif sebenar pelakonitu jadi tanda tanya orang sekeliling. Kalau nak menggoda, bukan itucaranya atau barangkali dia berdendam dengan lelaki gara-gara kecewadengan kisah lampau sehingga melepaskan geram dengan cara itu? Apapuntujuannya, perbuatan itu sungguh memalukan. Sepatutnya sebagai wanita,dia kena pandai jaga perlakuan dan maruah diri, bukan beraksi ‘lucah’seperti itu. Apatah lagi dengan status ‘solo’, sungguh tidak manisganggu bahagian sulit lelaki.

Ish... tak pernah lagi CAK jumpa tabiat pelik seperti ini. Kalau dahgatal sangat, pilihlah mana-mana lelaki untuk dijadikan suami. Bila dah halal, jentiklah puas-puas kalau itu mengundang rasa bahagia di hati.

p/s : bertuah artis LELAKI itu...

CtiE
10-03-10, 08:43 AM
Inilah Wajah Si Kembar Milik Ziana Zain

Penyanyi popular Ziana Zain, 42, memangku sepasang anak kembarnya Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang sudah memasuki usia 8 bulan.

Kakak kepada Anuar Zain ini ditemui pihak media pada majlis sidang media sempena pembabitannya sebagai jurucakap produk rawatan pelangsing badan, Slim World Beauty House, di Hotel Citytel di sini, petang tadi.

Dalam pertemuan penuh ringkas itu, Ziana serta bayi kembarnya telah menyarungkan pakaian rekaan Rizman Ruzaimi, telah berkongsi rahsia yang telah disimpannya sejak melahirkan 2 bayi kembar comel berkenaan.

p/s : mmg comel anak beliau....

KiNgX
12-03-10, 02:54 PM
Walaupun creta pasal dia ni orang dah basi nak dengar, tapi saya pedulik apa..? hehehe....terima lah gambar Fasha Sendat berparty.

KiNgX
12-03-10, 02:58 PM
Seronoknya dia (Sharifah Sofea) bermain dengan haiwan peliharaan....

p/s: nak nyot nyot...

KiNgX
12-03-10, 03:03 PM
Fezrul Khan bertransformasi kepada pondan?

KiNgX
12-03-10, 03:12 PM
Dah laman gosip letak creta pasal ni, so kita layan jer la apa yang dipublished...motif? i dunno..

KiNgX
12-03-10, 03:17 PM
Gambar awek aku curang dengan aku...Kemesraan mereka sedikit sebanyak membunuh aku sedikit demi sedikit.

FLO
14-03-10, 04:35 AM
Pemain gitar Ekamatra ditangkap pecah rumah

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pemain gitar kumpulan Ekamatra ditangkap penduduk Pangsapuri Flora Damansara dekat sini selepas didapati cuba memecah masuk sebuah rumah di tingkat enam rumah pangsa itu awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tersebut, suspek yang berambut panjang sebelum itu dilihat berlegar-legar di hadapan rumah jirannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek kemudian cuba membuka pintu rumah itu dengan memotong mangga.
''Saksi yang melihat kelibat suspek bertindak mengepung kawasan itu sebelum menangkapnya dengan bantuan beberapa penduduk.
''Polis yang tiba selepas dihubungi telah menemui dua peket dadah dipercayai syabu dan ganja di dalam poket seluar suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Arjunaidi menambah, ujian air kencing suspek bagaimanapun didapati negatif.
Beliau memberitahu, pihaknya juga percaya pemain gitar itu turut terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah di kawasan itu sejak dua minggu lalu.
Pada awal bulan ini, abang suspek yang juga ahli kumpulan Ekamatra dikehendaki polis selepas dipercayai melarikan barang berharga termasuk sebuah kereta milik rakan serumahnya bernilai hampir RM25,000.
Dalam kejadian itu, mangsa, Jukhairul Azar Hamzah, 27, terkejut apabila kereta jenis Perodua Kancil miliknya hilang selepas terjaga daripada tidur.
Dalam kejadian itu, suspek turut melarikan sebuah gitar elektrik dan dua komputer riba yang ditinggalkan di ruang tamu.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Mutiara.
Kumpulan Ekamatra yang mempunyai sembilan ahli, terkenal pada era 90-an dengan lagu Sentuhan Kecundang dan Pusara di Lebuh Raya.
Kumpulan itu tidak lagi aktif di persada seni selepas menerbitkan album Mimpi Tak Bertepi pada 2004.

FLO
14-03-10, 04:35 AM
Sah Benjy ditahan



KUALA LUMPUR 13 Mac – Polis hari ini mengesahkan seorang pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah semalam, ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy.
Pelakon yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah.
Siasatan polis setakat ini, percaya Benjy dan wanita itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperoleh pelakon itu.
Katanya, sehingga kini, polis masih belum mengambil keterangan daripada mana-mana pihak termasuk isteri Benjy dan ibunya.
‘‘Kedua-duanya belum tampil setakat ini. Pada masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi membantu siasatan kes itu, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat lanjut melalui pemilik kondominium tersebut.
Katanya, selain itu, polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis.
‘‘Buat masa ini, kita telah menyita harta pelakon itu termasuk keretanya,” katanya.
Semalam, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.
Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut.
Polis memberitahu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.

KiNgX
17-03-10, 02:44 PM
Gambar panas Lisa Surihani....hehehehe. Dia memang berimej sopan, cuma kali ni nak ke gym, tapi takkan nak pakai baju kurung lak kot kan?

unprotected
17-03-10, 05:56 PM
ouhh....i love lisa surihani...kiut jerk.sopan jerk.. aritu jumpe die pun santun baik jerk die ni..jatuh cinta lagi lagi lagi ku jatuh cinta

KiNgX
17-03-10, 11:26 PM
Gambar Zaris Nellydia (16 tahun) a.k.a pelakon remaja Spa Q sedang bersuka ria.
(http://beautifulnara.com/gambar-zaris-zaris-nellydia-pelakon-spa-q/)

FLO
18-03-10, 11:39 AM
ini bukan artis malaysia
sbb dia seksi aku up jerrr

Waduhhh..... begitu hangat sekali Manohara di Jakarta ya.... Gambar yang dipetik dari blog lydiausm72 ini dirakamkan ketika Manohara meraikan ulang tahun ke-18.

CtiE
18-03-10, 04:02 PM
Gambar akak ZZ ber TURBAN @ Teater Gamat..........

FLO
19-03-10, 09:00 AM
Seronoknya dia (Sharifah Sofea) bermain dengan haiwan peliharaan....

p/s: nak nyot nyot...

dlm KOSMO

SEJAK bergelar isteri pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita, Sharifah Sofia Syed Hussein diulit bahagia dengan suaminya, Syed Ismail Syed Al-Ali. Malah setiap hari adalah saat-saat bulan madu untuk mereka.
Namun, selepas bergelar isteri, tawaran lakonannya semakin berkurang dan kini Sofia banyak menghabiskan masanya menemani suami menjalankan perniagaan dan dia juga sedang merancang untuk membuka perniagaan alat tulis.
Walaupun wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen, kehidupan peribadinya diceroboh lagi. Kali ini gambar Sofia sedang bermain dan bermanja dengan dua ekor anjing tersebar luas di Internet.
Penyebaran gambar itu membuatkan nama Sofia sebagai seorang pelakon beragama Islam sedikit terjejas. Mahu memberi Sofia peluang membuat penjelasan mengenai isu itu, Kosmo! menghubungi pelakon yang memang terkenal dengan sikap berterus terang itu.
Tanpa berselindung, dia mengaku dua gambar berkenaan memang miliknya. Tetapi, kata Sofia, hal itu tidak seharusnya disensasikan.
KOSMO!: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?
SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.
Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?
Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.
Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?
Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.
Bagaimana kehidupan Sofia selepas kahwin?< P>
Alhamdulillah, kami bahagia. Suami saya pula mula sibuk dengan perniagaannnya. Cuma dari sudut karier pula, saya macam tak laku lepas kahwin (ketawa). Tiada tawaran berlakon setakat ini dan saya terpaksa biasakan diri tak berlakon buat sementara waktu ini. Jujurnya, agak bosan juga, tapi syukur sebab kehidupan saya lebih relaks.
Apa yang Sofia buat untuk mengisi masa lapang?
Saya jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan menemani suami. Kadang-kadang saya ikut dia bertemu klien. Sekarang saya merancang untuk membuka perniagaan alatan tulis yang menggunakan bahan kitar semula dan mencari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai. Paling tidak pun, menjadi pengedar alatan tulis ke kedai-kedai buku. Saya juga membabitkan diri dalam rekaan hiasan dalaman. Tapi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan terbaru saya boleh layari http://twitter.com/sharifahsofia.
Apakah perancangan untuk mendapatkan cahaya mata?
Kami sudah bersedia jika ada rezeki. Tapi kalau boleh, nanti dulu. Biar kami bekerja untuk kukuhkan ekonomi sebelum menerima kehadiran seorang anak. - FERIDE HIKMET ATAK

KiNgX
20-03-10, 12:47 AM
Gambar Adam AF dengan kekasih?

Semua sudah tahu yang Adam AF nie ramai teman wanita yang pernah berdamping dengan dirinya. Baru-baru ini pelakon Hotel Mania itu didapati tengah 'dating' di salah sebuah cafe di shopping complex yang tidak dinyatakan

KiNgX
20-03-10, 12:50 AM
Rumahtangga Zul Huzaimy Hancur Kerana Cinta Facebook?

Al-kisahnya Zul Huziamy mula menyertai Facebook kerana ingin mendekati peminat & mengenali mereka dengan lebih rapat.Namun satu tragedi cinta berlaku selepas Zul Huzaimy berkenalan dengan sorang gadis yang menggunakan nama Aleesya Sofea dalam Facebook tersebut.

Dek kerana terpikat akan rupa paras melalui gambar Facebook sahaja, Zul Huzaimy sudah jatuh hati & sanggup bergayut berjam-jam melalui telefon setiap hari. Gadis Facebook ini mendakwa yang beliau merupakan seorang doktor bertugas shift yang ada kaitan dengan kerabat Johor. Masih, mempunyai masa untuk melayan Facebook 24 jam.

Lebih menambahkan sadis, mereka berdua ini tidak pernah berjumpa namun Zul Huzaimy di’katakan tidak teragak-agak melepaskan lafaz cerai kepada isteri kerana mahu mulakan hidup baru dengan gadis Facebook tersebut. Isteri Zul Huzaimy tanpa berlengah cuba mencari siapa gerangan sebenar gadis ‘fantasi’ yang telah meruntuhkan rumahtangga beliau. Hasil kerjasama rakan-rakan, satu nama timbul dalam database sebuah syarikat telekomunikasi.

Gadis Facebook idaman Zul Huzaimy itu rupa-rupanya bernama Azlina Jahagir Khan yang sekarang ini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Sedih bukan? Gadis Facebook ini juga tanpa segan silu meminjam gambar anak Zul Huzaimy, Awal Haziq untuk di’letakkan dalam profile Facebook beliau.

Berita terbaru yang di’terima menyatakan isteir Zul Huzaimy telah membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan bekas suami yang suka merosakkan & mencuri harta benda milik beliau. Berita kehancuran rumahtangga Zul Huzaimy ini bakal di’kutip krew Terjah!, Fuhh!, Melodi & apa-apa rancangan yang seangkatan dengan’nya tidak lama lagi.

KiNgX
20-03-10, 12:53 AM
Dia dah jadi graduan ker.....???

KiNgX
20-03-10, 12:56 AM
Korang tengok lubang pusat dia banyak daki tak?

Keira Chan
22-03-10, 01:11 AM
ayu nye fara fauzana pakai baju kurung.. tak mekap pun cantik.. lurve u kak fara...

Keira Chan
22-03-10, 01:17 AM
ni pulak pic umie aida dengan Nurul pakai baju kebaya.. aduhh.. cantik.. sexy... suke suke suke:Finger_fing22::Finger_fing22::Finger_fing22:

CtiE
22-03-10, 08:25 AM
Persandingan Zizan Sederhana Tapi Meriah

MAJLIS persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan Nin, 37, dan Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun meriah di Dewan Perdana Felda, di sini, malam tadi.

Pasangan mempelai yang tiba tepat pada pukul 9 malam disambut dengan paluan kompang dan persembahan pancaragam mengiringi pengantin sehingga menjejakkan kaki ke gerbang pelamin.

Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan menggunakan gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi denganbunga-bungaan yang menceriakan lagi majlis.

Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul. Ia didahului oleh ibu bapa saudara pengantin perempuan diikuti ibu bapanya dan bapa kepada pengantin lelaki.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian penyanyi undangan dan persembahan nyanyian buat julung kalinya daripada rakan baik Zizan, pelakon Tony Eusoff.

Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin.

Selain itu beberapa rakan artis seperti Aqasha, Tony Eusof, Korie serta rakan-rakan sekerja Fazilah dari stesen ntv7 turut memeriahkan majlis.

Pasangan Zizan dan Fazilah Hani selamat diijabkabulkan pada 19 Mac lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz.

CtiE
22-03-10, 08:33 AM
Yanie Mentor Meninggal Dunia

Berita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Samada berita ini sahih atau tidak, sama-sama kita ikuti kenyataan seterusnya dari famili Yanie yang akan dikeluarkan pagi esok. Harap bersabar ya.
Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.
Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.
Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah untuk seluruh famili.

Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni : • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.

Al-Fatihah...

KiNgX
22-03-10, 01:09 PM
Ari tu ada orang berbisik suh cari banyak gosip pasal artis kegemaran beliau iaitu TOMOK. Untuk tidak menghampakan, saya kasi up 1 keping gambar IC lama TOMOK...comelnyerrrrrrrrrrrrrr...hehehehe

KiNgX
22-03-10, 01:39 PM
Gambar Farina Pelajar Akademi Fantasia 8 Yang Agak Mencengkam Jiwa

KiNgX
23-03-10, 12:26 AM
Takziah kpd pelawak hebat Harith Iskandar atas kehilangan bapa tercinta... Al-fatihah

bapa kpd Harith, Musa, 78, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung, paru-paru dan buah pinggang pukul 10 pagi semalam di Hospital Angkatan Tentera, Setiawangsa, dekat Kuala Lumpur.


Ibu Harith Iskandar Pula Meninggal Dunia

Hampir sebulan kehilanggan bapa tercinta, pelawak Harith Iskandar terpaksa akur dengan pemergian ibunya, Farida Jane Musa, 84 yang meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Allahyarhamah yang menghidap sakit tua telah dimasukkan ke Hospital Pantai sejak seminggu lalu dan tidak sedarkan diri atau koma dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Ketika dihubungi, pengurus kepada Harith Iskandar, Sue Hussin memberitahu jenazah Farida telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara bersebelahan pusara arwah bapanya, pada pukul 11.30 pagi semalam.

Salam Takziah buat Harith dan keluarga.

KiNgX
23-03-10, 03:07 AM
Aikkk, macam kenai....ni Lisa Surihani kan? Tapi...korang nampak tak apa yang aku nampak?

p/s: Nak kena share dengan Abang Nara ni...hehehe

CtiE
23-03-10, 10:24 AM
gambar Isma masa muda2 dulu & Stacy masa zaman persekolahan.....

Intanmahsuri
23-03-10, 10:47 AM
Gambar Farina Pelajar Akademi Fantasia 8 Yang Agak Mencengkam Jiwa

Pergh kemain aku baca kat BN. Bergadoh sakan pengkomen2 di sana. Tapi aku suka baca budak ni punya komen..segala hukum-hakam keluar..segala perkataan buruk keluar..agaknya inilah peminat Fanatik Farina.. :kid:

CtiE
23-03-10, 11:11 AM
gambar adik maya matahari yg seksi..... layanzzzzz.....

CtiE
23-03-10, 12:14 PM
(Gambar) Betty-Zahida 'Kembar Seiras'

KiNgX
23-03-10, 02:38 PM
Nabil Gantikan AC Mizal Dalam 'Cuci The Musical 2

Teater 'Cuci The Musical' bakal kembali lagi. Tapi kali ini tanpa kehadiran AC Mizal yang memegang watak Si Tan. Watak tersebut akan digantikan oleh raja lawak Nabil Ahmad.

"Sebelum ini, kesemua gandingan pelakon yang mantap menguatkan lagi teater ini. Setelah membuat beberapa perbincangan dan sesi audition, kami bersetuju mengambil Nabil dan Jaclyn," kata Hans yang masih enggan memberi komen tentang sejauh mana kekeruhan perhubungannya dengan AC Mizal.

Jelasnya lagi, isu perselisihan faham antara dia dan AC Mizal akan dijawab kemudian.

"Saya akan jawab semua persoalan yang pernah dimainkan media pada hari sidang akhbar nanti. Tumpuan saya kini adalah untuk teater 'Cuci The Musical 2' akan datang," kata Hans.

Selain Nabil, Jac turut serta dalam teater tersebut menggantikan Adibah Noor. Teater 'Cuci The Musical 2' ini bakal menampilkan pelakon-pelakon seperti Awie, Hans Isaac, Nabil, Vanida Imran, Harith Iskandar, Jaclyn Victor dan ramai lagi.

p/s: Nasib baik AC Mizal dah kaya...

CtiE
23-03-10, 03:23 PM
Hafiz AF7 telah melakukan satu TRANSFORMASI ke atas rambutnya....

KiNgX
23-03-10, 03:28 PM
Lagi Gambar Betty Benafe dan Nash di Majlis perkahwinan

Hubungan kasih antara aktres jelita Betty Banafe dan penyanyi rock Nash Lefthanded bukan satu rahsia. Malah ramai yang meneka dalam kesamaran bagaimana agaknya kesudahan cinta mereka. Nash juga sentiasa memberi dia dorongan untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya.

Ditanya samada hubungan mereka sudah sampai ke peringkat yang lebih serius, Betty hanya tersenyum dan tidak berani membuat sebarang spekulasi. Betty juga enggan meletakkan harapan yang tinggi pada hubungannya dengan Nash.

CtiE
24-03-10, 11:04 AM
GAMBAR KrisDayanti (KD) Dulu dan Sekarang...

KiNgX
24-03-10, 01:46 PM
Adakah Ini Gambar Pertunangan Jimmy Shanley?

Tak pasti gambar-gambar dibawah adalah majlis pertunangan Jimmy Shanley iaitu bekas pengacara Trek Selebriti dan juga pengacara Akademi Fantasia 8 ini.

Bagaimanapun, gambar ini mula tersebar di internet. Mungkin Jimmy atau sesiapa yang mengetahuinya patut memperjelaskan keadaan sebenar.


(http://jomss.blogspot.com/2010/03/adakah-ini-gambar-pertunangan-jimmy.html#ixzz0j4NE8uC1)

CtiE
24-03-10, 05:20 PM
Ashraf Muslim buka pusat perubatan Darussyifa?

Pelakon yang terkenal dengan babak Islamic dan alim, Ashraf Muslim dikatakan telah membuka satu pusat pengamal perubatan tradisional berlandaskan Islam dan al Quran, yakni Pusat Perubatan syifa' al-hidayah yang diasaskan oleh Hj Lokman. Tiada info yang menguatkan dakwaan itu, tapi ada seseorang telah lalu dihadapan rumah mak dan ayah Ashraf di Telok Mas, Melaka dan kelihatan berduyun orang berada di rumah itu untuk berubat.

Kalau ada sesiapa yang pernah gi sana, boleh lah inform kan kat ruangan komen dibawah ni, untuk kebaikkan pembaca yang lain juga kan. Ashraf sebelum ni merupakan host untuk rancangan perubatan juga di Astro Oasis, Syifa al Hidayah yang diasaskan oleh Hj Lokman yang bertempat kat Sg Pusu Gombak. Bagus benor keje si Ashraf ni membantu orang yang ada penyakit, jika benar cerita ini, semoga kerja Ashraf ini dapat berkat dan limpah kurnia daripada Allah SWT.

http://3.bp.blogspot.com/_MsdUEvD37yA/Suyn-Vo344I/AAAAAAAABos/BVi2xOM3cKg/s400/AShraf+muslim2.JPG

KiNgX
24-03-10, 06:49 PM
Gambar mesra Eira Syazira, Azad Jazmin

Jika gosip sebelum ini tertumpu hanya kepada pelakon lincah, Eira Syazira selalu keluar dengan seseorang, kini sudah terbukti yang Eira keluar dengan juga seorang pelakon, iaitu Azad Jazmin, yang popular dalam filem Anak Mami The Movie (2002).

KiNgX
24-03-10, 07:03 PM
Gambar Kereta Bentley Milik AC Mizal (No Plate : AAC 1)

Nyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh, melawak pun boleh...hebak hebak...dah kaya beliau skang. Beliau juga turut memiliki Porsche Carrera, Mercedes dan BMW.

CtiE
25-03-10, 10:55 AM
Sari Yanti hamil...

Sudah agak lama tidak mendengar sebarang cerita daripada pelakon cantik manis ini. Cuma sesekali wajahnya ada menghiasi kaca televisyen menerusi saluran TV9. Mungkinkah Sari Yanti cuba mengurangkan aktiviti seninya kerana ingin beri tumpuan kepada rumahtangganya? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh Sari.
Pucuk dicita ulam mendatang. Baru-baru ini GUA terserempak dengan Sari ketika dia sedang membeli makanan di kafe Sri Pentas. Lantas, GUA ajukan persoalan tadi. Jawab Sari, memang sekarang ini dia sudah tinggalkan dunia lakonan. Sebaliknya dia memilih untuk melakukan tugas pengacaraan. Eh! Kenapa pula jadi begini? Rupa-rupanya Sari tolak semua tawaran berlakon kerana sekarang ini dia sedang hamil lima bulan.
“Saya tolak semua tawaran berlakon kerana pada peringat awal kehamilan, saya mengalami alahan yang sangat teruk. Setiap pagi saya akan muntah dan pening sehingga tidak boleh lakukan sebarang kerja. Sebab itulah saya ambil keputusan untuk tidak berlakon buat masa ini. Saya bimbang tidak boleh bagi komitmen sepenuhnya sehingga boleh menyusahkan mana-mana pihak. Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran drama ialah pada November tahun lalu untuk ‘Kisah Kaisara’ musim ketiga,” ujar Sari sambil tersenyum.
Tugas pengacaraan tidak memenatkan ke? “Saya hanya buat untuk ‘Chopp!!’ Mengacarakan ‘Chopp!!’ tidak memenatkan saya kerana masa penggambaran tidak panjang. Dalam seminggu saya hanya perlu datang sekali atau dua sahaja untuk rakaman. Jadi, saya tidak rasa terbeban,” jelas Sari lagi.
Jadi, jangan salah sangka. Sari tidak pernah bercadang hendak meninggalkan dunia lakonan dalam waktu terdekat ini kerana suaminya, Mohd Eddy Casmady tidak pernah menghalang.

‘Morning sickness’ sampai empat bulan

Diminta bercerita tentang pengalaman hamil kali pertama, Sari memberitahu yang dia mengalami ‘morning sickness’ sehingga kandungannya berusia empat bulan. Jadi, dalam tempoh empat bulan itu dia banyak berehat di rumah sahaja.
“Kehamilan pertama ini bagi saya memang teruk. Saya kena ‘morning sickness’ sampai empat bulan. Dalam tempoh itu saya banyak habiskan masa dengan berehat di rumah. Nasib baiklah suami banyak membantu, kalau tidak susah juga. Selain itu, saya juga tidak mengidam sebarang makanan. Tak tahulah kalau ada pulak selepas ini,” cerita Sari lagi.

Pasti ramai yang ingin tahu apa jantina anak yang dikandung oleh Sari bukan? Menurut ibu muda ini, dia dan suami juga belum tahu sama ada lelaki atau perempuan. Bukan kerana tidak pernah ‘scan’ tetapi tidak nampak.
“Entahlah, setiap kali ‘scan’, dia menyorok. Malu agaknya. Saya pun tidak kisah sama ada dapat anak perempuan atau lelaki, “ ujar Sari yang mengakui dia dan suami masih belum buat sebarang persediaan untuk menyambut kelahiran.

Tidak risau gemuk

Masalah kegemukan atau berat badan naik mendadak memang menjadi kerisauan ramai wanita setiap kali disahkan hamil. Sebab itulah ada selebriti yang sanggup tidak hamil semata-mata untuk menjaga bentuk badan. Bagaimana pula dengan Sari? Adakah dia langsung tidak risau dengan masalah ini?
“Saya tidak fikir sangat masalah kegemukan ini. Ia tidak mengganggu emosi saya. Lagipun, berat badan saya tidak naik mendadak. Semuanya terkawal. Selepas bersalin nanti saya akan berusaha turunkan berat badan dengan cara sihat. Saya akan diet dan bersenam untuk dapatkan bentuk badan asal. Jadi tidak perlu takut dengan kegemukan ketika hamil. Itu perkara biasa,” ujar Sari yakin.

KiNgX
29-03-10, 12:30 AM
Gambar Perkahwinan Amber Chia Di Pulau Bali

Difahamkan supermodel Amber Chia telah melangsungkan perkahwinan di sebuah kawasan peranginan eksotik di Bali minggu lalu.

Walaupun banyak gosip yang tersebar menyatakan Amber Chia akan berkahwin dengan ahli perniagaan dan pemilik bank bergelar Tan Sri, namun sebenarnya Amber Chia berkahwin dengan kawan lamanya yang juga teman lelakinya

"Amber percaya kepada cinta sejati. Dia tidak percaya wang ringgit dapat membeli perasaan cintanya. Lelaki ini, seorang ahli perniagaan biasa sangat baik dan sangat menyintai Amber.

Upacara Timur bertemu Barat itu disaksikan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak. Mereka diterbangkan ke pulau penuh mistik itu dengan semua perbelanjaan ditanggung pasangan berkenaan.

Antara rakan selebriti paling dipercayai Amber yang diterbangkan ke Bali untuk menyaksikan perkahwinan persendirian termasuk personaliti televisyen, Daphne Iking; Tycoon bisnes, KiNgX, pemain violin, Dennis Lau dan guru pentas peragaan, Benjamin Toong.

KiNgX
29-03-10, 12:32 AM
Panas!! Badrul Muhayat Diburu Polis!!

KUALA LUMPUR 28 Mac – Polis kini sedang memburu seorang pelakon, Badrul Muhayat Ahmad Jailani yang dipercayai memukul isterinya. - Utusan

KiNgX
29-03-10, 12:45 AM
Koleksi paling terbaik, paling hangat, paling seksi.... gambar panas bekas DJ Era (Fiq)!!

p/s: ekekekekekeke

KiNgX
29-03-10, 12:48 AM
Dulu dan Sekarang - Bukti AF Makes You A Fag!!

KiNgX
29-03-10, 01:01 AM
Rasa macam posting saya malam ni macam menjurus ke"gay"an la pulak....hurmm...ahhhh, korang layan jer la..ekekekeke

chaosspawn
29-03-10, 01:51 AM
kingx... risau lak aku ni, hang dah jadi gay ke apa nih... pelik2 lak lately gambar2 yang di posting tu.

anyway, tadi aku pas lepak minum2 dgn one of my favourite artist, sabrina ali.
we had a good conversation despite perangai dia yg gile2 tu.
just to highlight la, baguih minah ni, semayang tak tinggal. bila gi shooting mesti tak tinggai... cuma tadi jer datang bulan... hihi
dlm handbag pun ada quran. well, cant judge much on this, but at least benda wajib buat kan, yang lain2, tu adat la, manusia kan.
she's fun, witty, bright and most importantly, beauty with brains. Unlike most of pelakon and artis yang tak cukup sekolah tu..
Syukur, banyak juga golongan seni ni yang tak tinggal semayang.. dulu tgk adik wardina pun sama juga... so does betty..

KiNgX
29-03-10, 01:58 AM
Miya Zainal, pengacara Portal Gua TV3 bersosial

Selepas sedikit research di buat, barulah diketahui yang Miya Zainal ni rupa-rupanya pengacara untuk Portal Gua milik TV3. Pengacara Portal Gua ni bukanlah dia ni sorang jer tapi Sari Yanti dan beberapa yang lain (tak tahu nama) pun turut bersama menjayakan sebarang promosi portal tersebut.

CtiE
29-03-10, 09:43 PM
gambar persandingan umie aida opsss Datin Paduka Umie Aida bersama pasangan beliau Dato Paduka K ( bkn Dato`KingX yer) hehe... pasangan ini bersanding di Hotel One Utama, PJ pada 28hb Mac

p/s : dgr2 dr sumber mengata kn Datuk Paduka ini mmg lemah lembut very the gentlemen gitu... ptt la Datin Paduka Umie aida jatuh hati pada Beliau...

terunasuci
30-03-10, 09:08 AM
p/s : dgr2 dr sumber mengata kn Datuk Paduka ini mmg lemah lembut very the gentlemen gitu... ptt la Datin Paduka Umie aida jatuh hati pada Beliau...

Alaaa...kalau setakat lemah lembut and gentlemen je, berani kerat jari tak kan umie aida tu jatuh hati...sbb Dato Kingx tu pun lemah lembut gak...tak lak dia nak jatuh hati...hehehe

Sorilah, bagi aku artis punya konsep pasal kenapa dorang jatuh hati ni semua auta je...semuanya pasal harta...cuba suami dorang tu makan gaji dan pendapatan 2-3 ribu je...nak tak dorang jatuh hati??

CtiE
30-03-10, 10:13 AM
Alaaa...kalau setakat lemah lembut and gentlemen je, berani kerat jari tak kan umie aida tu jatuh hati...sbb Dato Kingx tu pun lemah lembut gak...tak lak dia nak jatuh hati...hehehe

Sorilah, bagi aku artis punya konsep pasal kenapa dorang jatuh hati ni semua auta je...semuanya pasal harta...cuba suami dorang tu makan gaji dan pendapatan 2-3 ribu je...nak tak dorang jatuh hati??

maksud saya memang semuanya psal harta lg satu Datuk Paduka ni mmg jenis `lembut` pun orgnya.. tgk cara dan gaya pun dah tau... :-)

wood3
30-03-10, 10:26 AM
maksud saya memang semuanya psal harta lg satu Datuk Paduka ni mmg jenis `lembut` pun orgnya.. tgk cara dan gaya pun dah tau... :-)

Statement puak puak ni sekadar nak sedapkan cakap je . .kalau mamat tu macam kita je mmm harammmm depa nak pandang . pada depa ni ada duit sayang !!! tak da duit . .terbang.

Lagi satu larat ka golongan bawahan ni ikut style depa ni . .akad nikah di mekah.majlis kat hotel besar . .woiii mana mau cekau duit !!!!.
Puak keparat ni asal kawen ngan artis sanggup berhabisan . .mm . .dunia dunia!!! . .dunia akhir zaman . . .artis dipuja puja ,martabat golaongan artis ni ditinggikan. . serta dipandang mulia dimata masyarakat.


p/s: masa akad nikah tu ok dah bertutup litup tapi bila balik sini . .mmmmm . .wal hasil balik asal . . .dunia penuh sandiwara.

CtiE
30-03-10, 10:36 AM
Riz AF6 Tipu Wartawan Dan Peminat?

Huahuahua..Citer ni memang cukup kelakar la,bila kononnya si Riz AF6 dikatakan telah membuat penipuan terang-terangan di Harian Metro pada ahad lalu yang mengatakan dia membeli sebuah kereta mewah BMW dari komposer terkenal Ajai dengan sebahagian wang hasil dia berkerja sebagai pramugara dan juga duit show kerjanya sebagai penyanyi sekarang.

Tapi penipuan tersebut terbongkar bila mana bekas rakan sekerja Riz semasa bersama-sama berkhidmat di airport dulu memberitahu yang Riz hanyalah seorang penjaga kaunter tiket MAS dan bukannya seorang pramugara! Kuikuikui..Ape cer nih? Kesian wartawan tu kan? Depan mata kena tipu hidup-hidup!
Bila masa pula Riz sempat menjadi pramugara tu Wallahualam lah kan? Sebab Rokku ingat lagi dia kena saman sewaktu berhenti kerja secara mengejut semasa dia ingin menyertai rancangan realiti tv3 iaity Gangstarz.Dah saman pun still melambak duit simpanan nak beli BMW eh? Mana lah tau kan?

Banyak jugak kisah Riz ditaja tapi dia asik menafikannya dan siapa lah kita untuk mendakwa yang memang sah dia memang ditaja kerana Riz bukan lah popular sangat pun.Tapi kenapa sampai menipu wartawan dan peminat? Mungkinkah ada udang disebalik mee kari? Huhuhu..Mungkin jugak Riz memang ada duit simpanan dan sanggup tak makan demi nak membeli kereta BMW tu.Riz kan orang perak,so mungkin dia berpegang kepada tagline 'Biar pape Asalkan bergaye'

sunblade
30-03-10, 10:04 PM
been wondering mana laa menghilang din beramboi dari radio era sejak minggu lepas .. rupa2 nyer td baru tau lepas tgk berita tv3 ...din beramboi koma disebabkan jangkitan kuman... semoga Allah kembalikan kesihatannya dan dipanjangkan usianya...minat giler dgn lawak dia sejak tape Interview Din Beramboi tersebar awal tahun 90an dulu...

unprotected
30-03-10, 10:32 PM
yup..kepada semua warga MK yang berdarah O.. xkira la O+ atau O- .. Jom2 .. beliau kat hospital selayang...kritikal

CtiE
30-03-10, 10:41 PM
updated melalui twitter dgn adflin shauki sebentar tadi darah jenis O sudah mencukupi ramai yg berada di hospital selayang sebentar tadi tp x boleh masuk melawat... mari lah kita semua mendoakn semoga din beramboi kembali pulih seperti sedia kala.... aminnn... beliau terkena jangkitan kencing tikus... (ini betul2 bukan cobaan)

p/s : ramai artis berada di hospital selayang sekarang ini....

W_A_F_D_I
31-03-10, 07:00 PM
Alaaa...kalau setakat lemah lembut and gentlemen je, berani kerat jari tak kan umie aida tu jatuh hati...sbb Dato Kingx tu pun lemah lembut gak...tak lak dia nak jatuh hati...hehehe

Sorilah, bagi aku artis punya konsep pasal kenapa dorang jatuh hati ni semua auta je...semuanya pasal harta...cuba suami dorang tu makan gaji dan pendapatan 2-3 ribu je...nak tak dorang jatuh hati??


Aku setuju sangat... itu ayat2 kaver line jer buat sedap untuk wartawan tokok tambah... kang kalau kata pasal kejor duit terang-terang dicop mata duitan (apasal tak guna frasa matawang?) setakat datuk paduka tu lemah lembut je ker? tah tah... LEMAH SYAHWAT...

terunasuci
01-04-10, 08:44 AM
updated melalui twitter dgn adflin shauki sebentar tadi darah jenis O sudah mencukupi ramai yg berada di hospital selayang sebentar tadi tp x boleh masuk melawat... mari lah kita semua mendoakn semoga din beramboi kembali pulih seperti sedia kala.... aminnn... beliau terkena jangkitan kencing tikus... (ini betul2 bukan cobaan)

p/s : ramai artis berada di hospital selayang sekarang ini....

Tapi malam tadi kat berita tv3, diberitahu anaknya cakap bukan disebabkan jangkitan tikus...yang mana satu yang betul ni??

Cuma yang pasti diberitakan saudara Din Beramboi kini dalam keadaan stabil....