PDA

View Full Version : Kisah Pembunuhan & Tragedi Yang Pernah Menggemparkan Malaysia



Kevin Wallace
11-03-10, 03:04 PM
Tujuan thread ini ialah untuk berkongsi kisah-kisah pembunuhan dan tragedi seperti kemalangan atau bencana alam yang pernah menggemparkan negara. Diharap semua dapat berkongsi cerita dalam pengetahuan masing-masing serta memberi komen atau maklumat tambahan berkenaan dengan kisah tersebut. Kalau boleh sila perincikan kronologi kejadian itu berlaku dari mula hingga akhir, pengalaman sendiri jika berkaitan berserta dengan bukti-bukti seperti gambar, keratan akhbar dan sebagainya.

Kevin Wallace
11-03-10, 03:08 PM
Pelajar Bunuh Rakan Sendiri Dihukum Gantung

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang bekas pelajar di sebuah kolej yang didapati bersalah bersama-sama dengan teman lelaki, membunuh rakannya sendiri dua tahun lalu menangis teresak-esak selepas mendengar hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas mereka.

Semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan, Noralina Ahmad Dasuki, 22, yang gagal mengawal emosi terpaksa ditenangkan oleh kedua ibupanya dan kerap kali menyatakan bahawa dia bersumpah tidak melakukan kesalahan itu.

Kejadian menyayat hati itu menarik perhatian wartawan dan petugas mahkamah hingga ada yang turut mengalirkan air mata apatah lagi melihat pelukan seorang bapa dan ibu bagi menggambarkan kasih sayang mereka terhadap anaknya.

Ibu Noralina yang tidak henti-henti mengalirkan air mata sempat menasihatkan anaknya supaya menerima keputusan itu sebagai takdir dan tidak lupa sembahyang serta berulang kali menyebut "Mama sayangkan adik, hanya Allah yang tahu apa berlaku, adik jangan tinggal sembahyang, berdoa banyak-banyak."

Hampir 20 minit keadaan itu berlaku sehinggalah polis mahkamah membawanya keluar dari kandang tertuduh, Noralina masih lagi merayu agar ibunya menolong melepaskannya dan dia yang kelihatan lesu enggan menerima bekalan makanan walaupun dipujuk oleh anggota keluarga.

Sementara itu, teman lelaki Noralina, Muhammad Khairul Anuar Abdullah yang turut dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Juliana Md Fuzi, 20, turut mengalirkan air mata dan menekup mukanya dengan tangan setelah hakim membacakan hukuman.

Dalam keadaan tangan bergari sebelum dibawa ke lokap, dia memeluk anak lelakinya yang berusia tiga tahun dan menangis teresak-esak ketika didekati isterinya.

Pegawai penjara yang berada di mahkamah terpaksa membawa tertuduh ke lokap apabila melihat ibu Muhammad Khairul tidak dapat mengawal emosi dan meraung-raung bagaikan tidak mahu melepaskan anaknya itu.

Noralina, bekas pelajar kolej PTPL dan Muhammad Khairul, bekas pekerja Astro, didakwa membunuh Juliana, seorang pelajar Kolej Islam Antarabangsa di dalam bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, Cheras, di sini antara 23 Mac 2007 kira-kira pukul 10 malam dan 24 Mac 2007 kira-kira pukul 8 malam.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Ketika penghakiman, Mohamad Zabidin berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan telah memanggil 33 orang saksi manakala tertuduh pertama dan kedua yang diperintah membela diri, masing-masing memanggil tiga saksi dan seorang saksi.

Dalam perbicaraan kes ini, mahkamah diberitahu ketika kejadian mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat di belakang dan leher terjerut menggunakan 'cable light' di dalam bilik serta terdapat kesan kuku yang menunjukkan mangsa meronta-ronta ketika pembunuhan berlaku dan beliau turut dirogol.

Keterangan beberapa saksi menyatakan kedua-dua tertuduh juga telah mengambil barang si mati seperti telefon bimbit, duit dan kad ATM. Kedua-duanya juga telah membuang kain yang diambil dari tempat kejadian ke dalam lombong.

Di peringkat pembelaan pula, kedua-dua tertuduh saling menyalahkan antara satu sama lain.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yaacub Chik manakala Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan peguam T. Suresh bagi pihak Muhammad Khairul.

-- BERNAMA

More info and Pics : Blog Rakan Juliana

http://dextrike.blogspot.com/2008_10_01_archive.html

http://sazwan57.blogspot.com/

Kevin Wallace
11-03-10, 03:25 PM
Pembunuhan Mustakizah Jaafar

Fail Aktif: Kronologi kes bunuh Mustakizah Jaafar

14 November 1988: Kira-kira jam 9 pagi seorang eksekutif wanita syarikat pengedar video, Mustakizah Jaafar, 35, ditemui mati di hadapan rumahnya dengan beberapa liang luka kesan tetakan di tengkuk, manakala bahu kirinya ditembusi peluru.

15 November 1988: Jam 2.30 pagi, polis peronda menemui sebuah kereta Datsun Sunny berwarna putih bernombor pendaftaran WR 6929 yang disyaki digunakan pembunuh upahan untuk membunuh Mustakizah.

Jam 3 pagi jenazah Mustakizah dibawa pulang ke kampung halamannya di Muar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri pada jam 9.30 pagi.

Ketua Siasatan Jenayah Bandaraya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Bakri Omar mengesahkan kematian Mustakizah dilakukan pembunuh upahan. Mangsa disahkan dibunuh menggunakan kapak dan ditembak dari jarak dekat.

17 November 1988: Polis Bandaraya mengumumkan pembunuhan seorang lelaki yang tidak dikenali di Jalan Kelapa, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur, juga dilakukan orang yang sama membunuh Mustakizah Jaafar. Ini berdasarkan cara pembunuhan hampir sama dengan pembunuhan Mustakizah. Mangsa berusia 30-an mati ditembak dan ditetak dengan senjata tajam.

5 Disember 1988: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Haniff Omar meminta orang ramai yang melihat kejadian itu memberi maklumat bagi membantu rakaman semula kejadian pembunuhan Mustakizah. Dengan cara ini, polis dapat mengesan dan memerangkap pembunuh terbabit.

Kevin Wallace
11-03-10, 04:41 PM
Tan Sri Yahaya Ahmad Terkorban - Kipas helikopter patah sebelum terhempas

http://img180.imageshack.us/img180/5692/yahyaaa3.jpg
GAMBARAN daripada udara tempat nahas helikopter di kebun getah di Kampung Atong, Kuala Lipis, Pahang.

Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang

MAC lalu, genap 11 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.

http://img110.imageshack.us/img110/299/yahya2ob1.jpg
PASUKAN penyiasat menjalankan siasatan di kawasan nahas.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.

http://img211.imageshack.us/img211/723/yahya3ly0.jpg
JENAZAH mangsa dibawa untuk pengkebumian.

Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Helikopter buatan Itali, Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB dikatakan jatuh menjunam dan berkecai bertaburan di kawasan kebun getah.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Sebelum kejadian, Yahaya adalah antara tokoh perniagaan Asean yang diundang menghadiri `Sidang Kemuncak Perniagaan Asean' pertama di Jakarta, Indonesia yang dijangka diadakan seminggu selepas tarikh nahas.

Pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat jahat, perancangan atau sabotaj oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu dan tidak dapat menentukan punca sebenar menyebabkan kemalangan.

Inkues selama 32 hari itu bertujuan menentukan punca tragedi, sebab kematian mereka bertiga, dan sama ada kematian dan nahas itu disebabkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau khianat.

Kronologi kejadian:

# 10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

*
# 11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

# 11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

# 11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

# 11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan

# 12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

# 1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

# 9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

# 10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

# 2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

# 2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.

Sumber - Berita Harian

bro_shinchan
11-03-10, 04:44 PM
Teringat tragedi 'Sayangku Salmah' di batu pahat dulu.. tahun 1980an kot.

Kevin Wallace
11-03-10, 04:57 PM
http://img404.imageshack.us/img404/89/pict0676.jpg (http://img404.imageshack.us/img404/89/pict0676.jpg)

Fail Jenayah: Dua beradik dibenam dalam lubang tandas akibat melihat hubungan terkutuk

MAYAT Azman Wardi, 10, dan adik perempuan nya, Saniah, 3, ditemui dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dalam satu insiden pada 1984. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. Dua beradik itu dikatakan dibunuh dengan dicekik hingga mati dan diikat. Mayat mereka kemudian disumbat ke dalam lubang najis untuk mengelak daripada dikesan. Cara pembunuha n dua beradik ini menggamba rkan perwataka n pembunuhn ya sebagai seorang yang amat kejam. Bagaimana pun jenayah kejam itu terbongka r juga...


FAKTA KES

Tertuduh: Sam Ser Abdul Rahim, 31.
Pekerjaan: Buruh ladang
Asal: Kampung Muhibbah, Perserai, Batu Pahat dan menetap di Kampung Telok Bakung (kira-kira lima kilometer dari kampung kelahiran nya).
Tuduhan: Membunuh dua beradik, Azman Wardi, 10, dan Saniah, 3.
Tempat kejadian: Di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.
Masa: 9.30 pagi, 30 April 1984.
Hakim Mahkamah Tinggi Muar: Datuk Mohamad Eusoff Chin
Juri: 7 orang
Pendakwa: Timbalan Pendakwar aya Saufee Affandi Mohamad.
Peguambel a: GF Nelson.
Tempoh perbicraa n: Bermula 17 Januari 1987 dan berlangsu ng selama 20 hari.
Saksi pendakwa: 16 orang
Saksi utama: Salmah Mohamed Salleh, 26.
Saksi pembela: 4 orang.



PEMANDANG AN Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat, tidak ada bezanya dengan kampung lain di Johor, yang penuh dengan suasana ketenanga n.

Penduduk bukan setakat saling mengenali, malah ramai yang mempunyai ikatan persaudar aan. Hubungan erat ini menyebabk an ibu bapa biasanya tidak bimbang melepaska n anak-anak bermain sekitar kampung.

Anak-anak pula tahu bahawa mereka mesti pulang sebelum senja menjelang . Jika tidak, berbiratl ah belakang badan dirotan atau telinga merah dipulas.

Kejadian jenayah jarang sekali didengar. . Setakat hilang ayam atau itik itu biasalah. Itu pun belum tentu dilakukan oleh manusia. Mungkin juga ular sawa kelaparan punya angkara.

Tanggal 30 April 1984 bagaimana pun mengocak suasana keharmoni an itu.

Petang hari yang malang itu bukan lagi petang biasa seperti sebelum ini kepada sepasang suami isteri yang mempunyai lima anak, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42.

Ketika anak-anak jiran sudah berada di rumah, kebimbang an mula menyerang hati mereka kerana dua anak kesayanga n, Azman dan Saniah, masih belum muncul-muncul walaupun azan Maghrib sayup kedengara n.

Belum pernah dua beradik itu buat hal untuk pulang lewat seperti petang itu.

Penarik beca, Wardi, akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis pada hari itu kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena menimpa kedua-dua anaknya.

Hari-hari berikutny a, Wardi, dibantu sanak saudara dan penduduk kampung berusaha mencari anaknya, tetapi menemui kehampaan .

Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 7 Mei, Kampung Muhibbah, gempar apabila Azman dan Saniah dijumpai dalam keadaan mengerika n dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohamed Salleh.

Berdasark an persamaan tali rapia yang digunakan untuk mengikat kanak-kanak malang dan yang dijumpai di rumah Salmah, polis tidak menunggu lama untuk mencari orang yang disyaki.

Salmah ditahan dan keesokan hari pada 8 Mei, seorang buruh ladang di Ayer Bemban dekat Kulai, Sam Ser Abdul Rahim, ditahan di Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat.

Dengan penahanan mereka bermulala h pendedaha n demi pendedaha n menggempa rkan bukan saja mengenai pembunuha n itu, tetapi hubungan terlarang antara lelaki bujang, Sam Ser dan isteri orang, Salmah.

Cara dua beradik itu yang dibunuh dengan kejam juga menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti perbicara an Sam Ser yang dituduh membunuh mereka.

Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, kes Sam Ser dipindahk an ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.

Keghairah an orang ramai untuk mengikuti perbicara an Sam Ser menyebabk an kes itu dilabelka n sebagai `perbicaraan mayat dalam lubang najis

Di depan Hakim Mohamad Eusoff Chin, Sam Ser dibela oleh GF Nelson, manakala pendakwaa n oleh Timbalan Pendakwar aya Saufee Affandi Mohamed.

Dalam perbicara an awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Asisten Superinte ndan (ASP) Abdul Rahman Kamil, mencerita kan detik penemuan mayat dua beradik itu.

Sebagai pegawai penyiasat kes itu, Abdul Rahman, berkata dia mengetuai sepasukan polis ke Kampung Muhibbah selepas dimaklumk an penemuan mayat itu kira-kira jam 2.15 petang, 7 Mei 1984.

Katanya, lubang najis itu ditutupi kepingan papan dengan sekeping papan lapis di bahagian atas dan apabila dialihkan, ternampak mayat Azman menghadap ke atas dan adiknya, Saniah, ke bawah.

Kedua-dua mayat itu diikat bersama mulai bahagian perut hingga bahagian leher. Azman memakai seluar panjang warna coklat dan baju lengan panjang, manakala Saniah memakai baju-T warna merah hati dan seluar bercorak bunga.

Yang hanya dapat dilihat pada mayat Azman hanya bahagian tulang belakangn ya, manakala bahagian badan lain hilang. Mayat Saniah walaupun lebih reput, tetapi tidak seteruk Azman, katanya.

Abdul Rahman berkata, polis menghadap i masalah untuk memisahka n mayat mereka kerana diikat tali yang kemudian terpaksa dipotong.

Kira-kira jam 6.30 petang, katanya seorang pegawai polis wanita, Inspektor Lee Siew Kee, memeriksa rumah Salmah dan menjumpai empat utas tali.

Katanya, seutas tali dijumpai di alang rumah, dua utas di ruang tamu dan seutas lagi di dapur.

Selepas membandin gkan tali yang dijumpai dan tali yang digunakan mengikat mangsa, anggota polis menangkap Salmah pada hari itu juga, diikuti Sam Ser keesokan hari, katanya.

Pada 21 Mei, katanya anggota polis menemui sehelai baju-t di rumah Salmah dan hasil pemeriksa an di Jabatan Kimia di Johor Bahru, menemui kesan beberapa warna.

Oleh kerana baju itu dijumpai di rumah Salmah, katanya polis membuat andaian baju itu milik suaminya, Razali Janis. (Salmah ketika memberi keteranga n kemudian memberita hu bahawa baju itu digunakan oleh Sam Ser untuk mengelap kesan darah pada lantai)

Hari keempat adalah giliran Salmah, sebagai saksi pendakwa untuk memberi keteranga n menggempa rkan apabila dia menuduh Sam Ser, 31, sebagai pembunuh dua beradik itu.

Sam Ser adalah orang yang membunuh Azman dan adiknya, Saniah dan kemudian mencampak kan mayat mereka dalam lubang najis di belakang rumah saya.

Di mahkamah yang penuh sesak, Salmah berkata dua beradik itu masuk ke bilik tidurnya ketika Sam Ser dalam keadaan bogel.

Pada hari kejadian, katanya Sam Ser datang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan selepas berbual seketika, mereka memutuska n untuk melakukan hubungan ****.

Ketika itu, katanya bayinya yang berusia tiga bulan, tidur di ruang tamu, manakala seorang lagi anaknya berusia dua tahun sedang bermain.

Katanya, pintu dan tingkap rumahnya selalunya ditutup untuk mengelakk an rumahnya dimasuki habuk.

Menyedari anak jirannya masuk ke bilik tidur ketika mereka melakukan hubungan ****, Salmah memberita hu Sam Ser mengenai kehadiran tetamu tidak diundang itu menyebabk an lelaki itu bingkas bangun meluru ke arah Azman.

Katanya, Sam Ser menangkap Azman dan menolakny a jatuh ke lantai lalu mencekik dengan kedua belah tangan kanak-kanak itu yang ternyata tidak mampu melawan.

Sam Ser kemudian meminta beberapa utas tali yang saya ambil dari dapur. Dia mengikat badan Azman dan kemudian meminta beberapa utas tali lagi.

Apabila saya muncul dari dapur, saya lihat Sam Ser mencekik Saniah yang ketika itu terlentan g tidak bermaya di lantai, katanya.

Selepas mengikat Saniah, katanya Sam Ser sambil memastika n tiada orang lain nampak, mengheret dua beradik itu ke belakang rumah dan menyumbat mereka ke dalam lubang najis.

Lubang najis berukuran 2.1 meter panjang, 1.5 meter lebar dan sedalam 1.2 meter itu terletak kira-kira 1.2 meter dari tandas yang terletak di belakang rumah Salmah.

Salmah mendakwa Sam Ser memberi amaran akan membunuhn ya jika memberita hu orang lain mengenai kejadian itu.

Dia juga memberita hu bahawa jika sesiapa bertanyak an dua beradik itu, saya kena cakap mereka dilarikan dalam sebuah kereta biru,� katanya.

Salmah juga memberita hu bahawa dia cuba menghalan g Sam Ser mencekik Azman tetapi tidak dipedulik an.

Katanya, Sam Ser memilih lubang najis untuk membuang kanak-kanak kerana sudah biasa dengan persekita ran kawasan rumah itu.

Dari segi perhubung an dengan keluarga Wardi, katanya memang ada perselisi han faham, tetapi tidak serius. Malah dia ada melawat keluarga itu selepas kejadian itu, tetapi tidak mencerita kan mayat itu.

Selepas kejadian itu, Salmah mengaku dia menyesal, tetapi keadaan ketika itu menyebabk an dia tidak boleh memberita hu sesiapa mengenai pembunuha n itu.

Sementara itu, Razali yang ketika perbicara an sudah bercerai dengan Salmah memberita hu bahawa pada 1 Mei 1984, bau busuk dari arah belakang rumahnya menyebabk an dia menyiasat punca bau itu dengan pergi membuka penutup lubang najis itu.

Selepas dialihkan, katanya dia nampak mayat dalam lubang najis itu dan menghubun gi bapanya yang tinggal di Kampung Petani untuk memberita hu mengenai penemuan itu.

Katanya, bapanya datang ke rumahnya pada malam itu dan mereka bersama-sama memeriksa lubang najis itu dan keesokan hari, dia memberita hu jirannya mengenai perkara itu.

Pada 6 Mei, katanya oleh kerana tidak tahan lagi dengan bau busuk itu, dia sekeluarg a berpindah ke rumah bapanya dan pada masa sama, polis mengetahu i mengenai kisah dua mayat itu.

http://img507.imageshack.us/img507/9962/10465947.jpg (http://img507.imageshack.us/img507/9962/10465947.jpg) <- Pics of Sam Ser & Salmah

http://news.google.com/newspapers?id=e0AQAAAAIBAJ&sjid=WJADAAAAIBAJ&dq=sam%20ser&pg=6804%2C1757356 <- NST10 Februari 1987

http://news.google.com/newspapers?id=eUAQAAAAIBAJ&sjid=WJADAAAAIBAJ&dq=sam%20ser&pg=6813%2C1433754 <- NST 18 Februari 1987

8 Mei 1984 - Dua orang adik-beradik berumur 11 dan 4 tahun dijumpai mati dalam lubang tandas di sebuah rumah jiran mereka di Kampung Muhibbah, Batu Pahat. Allahyarh am adik Azman Wardi dan Samiah Wardi telah dilaporka n hilang beberapa hari dan dianggap mereka telah diculik. Tragedi pembunuha n itu telah membongka r hubungan sulit antara Salmah dan Samsir (gambar). Mereka dihadapka n ke mahkamah. Samsir didapati tidak bersalah dan mahkamah membebask annya. Sejurus pembebasa nnya, Samsir ditahan di luar mahkamah untuk didakwa dalam kes pembunuha n yang lain pula.

CtiE
11-03-10, 05:11 PM
Gadis mangsa culik ditemui mati ditanam hidup-hidup

BANTING 8 Mac - Misteri kehilangan seorang gadis sejak 26 Februari lalu terjawab hari ini apabila mayatnya ditemui ditanam dalam lubang sedalam 1.52 meter di tempat letak kereta yang disimen di sebuah rumah teres, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini.

Mayat See Shew Fang, 18, ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta tubuhnya dibalut dengan plastik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II, Abu Bakar Mustaffa berkata, pada mulanya mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya di Balai Polis Sungai Jarum dekat sini.

Kes itu kemudian dikategorikan sebagai culik apabila bapa saudara mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menuntut wang.

Bagaimanapun, katanya, misteri kehilangan mangsa terjawab ketika polis menyoal siasat seorang lelaki berhubung kesalahan mencuri kenderaan.

Dalam soal siasat itu, lelaki itu didapati mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Shew Fang.

Lelaki itu kemudian membawa polis ke tempat letak kereta bersimen di sebuah rumah sebelum mayat Shew Fang ditemui.

Beliau berkata: ``Polis terpaksa memecahkan lapisan simen dan selepas lima jam mengeluarkan tanah serta batu-batu kecil di kawasan letak kereta sehingga sedalam 1.2 meter, polis menemui satu lagi lapisan konkrit.

``Apabila lapisan konkrit kedua dipecahkan, polis menemui mayat gadis itu yang diikat kaki dan tangannya serta tubuhnya dibalut dengan plastik dan selimut.''

Abu Bakar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Laporan awal bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas kerana ditanam.

``Mangsa telah ditanam dalam lubang itu sekurang-kurangnya empat hari lalu,'' katanya.

Menurutnya, bedah siasat itu akan diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa telah dirogol.

Beliau memberitahu, setakat ini polis telah menahan lima lelaki berusia antara 20 hingga awal 40-an termasuk tiga orang yang berada dalam rumah itu.

Katanya, dua daripada lelaki yang ditahan itu adalah adik-beradik.

Menurutnya, tiada sebarang senjata ditemui dari kelima-lima lelaki ter****t dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan jengkaut untuk mengorek lubang di hadapan rumah tersebut.

``Polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh selepas mangsa ditemui mati,'' katanya.

CtiE
11-03-10, 05:14 PM
Penganggur dihukum gantung sampai mati
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)


SELEPAS lebih setahun sejak kes pembunuhan Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM), Intan Yusniza Mohamad Yunus, 12, dan ibu angkatnya dilaporkan akhbar, mahkamah yang bersidang hampir mencapai kata putusnya.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1992 akhirnya membebaskan Zainuzzaman Mohd Jadasi daripada tuduhan membunuh Hanizah Ismail, 56, ibu angkat Intan Yusniza Mohamad Yunos yang turut dibunuh pada Jun 1991.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan.

Hakim membebaskan lelaki itu daripada tuduhan membunuh Hanizah, selepas lima daripada tujuh juri yang bersidang selama setengah jam memutuskan dia tidak bersalah.

Dalam perbicaraan sebelum itu, Zainuzzaman didakwa membunuh Hanizah di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama di sini di antara 22 dan 24 Julai tahun lalu.

Mokhtar berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan secara positif bahawa lima utas gelang yang dijumpai di rumah tertuduh adalah kepunyaan mangsa.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan Zainuzzaman membela diri terhadap tuduhan kedua membunuh Intan, 12, di rumah bernombor 74, Blok V, Rumah Panjang, Jalan Kuchai Lama antara 22 dan 24 Julai 1991 kerana pendakwa raya berjaya membuktikan tertuduh mempunyai kaitan dengan pembunuhan Intan menerusi rantai berukir 慖ntan� yang dijual tertuduh.

Pada 17 Ogos 1992, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya mendapati tertuduh bersalah membunuh Intan Yusniza lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim membuat keputusan itu selepas enam daripada tujuh juri yang bersidang selama tiga jam, bersetuju tertuduh bersalah terhadap tuduhan membunuh Intan.

Tanpa seorangpun ahli keluarganya yang hadir ke mahkamah, tertuduh kelihatan tenang ketika hakim membaca hukuman terhadapnya.

Selepas keputusan dibaca, hakim bertanya kepadanya sama ada tertuduh ingin berkata apa-apa tetapi dia hanya mampu berdiam diri. Zainuzzaman kelihatan bersalaman dengan peguambelanya sebelum dibawa ke lokap.

Ketika menggulung hujah, hakim berkata, tertuduh dikaitkan dengan Intan kerana adanya seutas rantai bersama loket yang berbentuk perkataan 慖ntan�.

Tertuduh juga memberitahu mahkamah pada 23 Jun 1991, dia masuk ke rumah Intan kira-kira jam dua pagi melalui lubang angin di ruang dapur untuk mencuri.

Keputusan gantung sampai mati itu menyebabkan tertuduh membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan pada 29 September 1997 menolak rayuan itu sekali gus mengekalkan hukuman mati terhadapnya.

Dengan penolakan rayuan itu, Zainuzzaman diiring pegawai penjara ke suatu lokasi di Penjara Kajang pada 5 Oktober 2001. Kemudian kepalanya ditutupi kain dan lehernya dililit tali gantung.

Ketika gear ditarik, lantai di bawah kakinya terbuka dan jasadnya menjunam ke bawah. Lehernya dijerut tali gantung dan pada hari itu, berakhirnya satu daripada kisah pembunuhan yang pernah menarik tumpuan rakyat negara ini - selebriti Kelab Kanak-kanak Angkasapuri yang juga gadis sunti berusia 12 tahun, dibunuh seorang penganggur.

Kevin Wallace
12-03-10, 09:31 AM
LAPORAN PENUH KEPUTUSAN MAHKAMAH UNTUK KES PEMBUNUHAN JULIANA MD FUZI (1st. Posting)


LAPORAN KEPUTUSAN KES BICARA MAHKAMAH TINGGI

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO. 45-16-2007

(Dalam Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Kes Tangkap No. 8-81-39-2007)

PENDAKWA RAYA

LAWAN

1) NORALINA BINTI AHMAD DUSUKI

2) MUHD KHAIRUL ANUAR BIN ABDULLAH

KORUM
1. HAKIM : Y.A DATO’ MUHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH

2. TIMBALAN PENDAKWA RAYA : YAACUB BIN HAJI CHIK
012-9085866 (HP)
03-26172243 (P)

3. PEGUAMBELA : 1. Bagi OKT1
i. En Karpal Singh
ii. Cik Sangeet Kaur Deo
Tetuan Karpal Singh & Co.
Peguambela dan Peguamcara,
No. 67, Jalan Pudu Lama,
50200, Kuala Lumpur.

2. Bagi OKT2
En. Suresh Thanabalasingam
Tetuan Suresh Thanabalasingam
Peguamcara dan Peguamcara,
Level 24, Wisma Tun Sambanthan,
Jalan Sultan Sulaiman,
50000, Kuala Lumpur.


TARIKH KEPUTUSAN

14 JULAI 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH

OKT1 dan OKT2 didapati bersalah dan disabitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan OKT 1 dan OKT2 dihukum gantung di tengkuk sampai mati.

PERTUDUHAN

“Bahawa kamu bersama-sama ini di antara 23 Mac 2007 jam lebih kurang 10.00 malam dan 24 Mac 2007 jam lebih kurang 8.00 malam di dalam bilik nombor 5133, Tingkat 5, Sunrise Apartment, Wisma Indah, Blok 498, Jalan Tun Razak, di dalam Daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah membunuh Juliana binti Md. Fuzi, K.P No. 870312-56-6054 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

FAKTA KES PENDAKWAAN

a) Pada 24/3/2007 jam 8.00 malam, Chew Beng Seng (SP9) telah pergi ke bilik 5133 menggunakan kunci spare untuk membuka pintu dan beliau nampak kaki di tepi katil berdekatan dengan dinding dalam bilik itu (seperti mana gambar P59(1)). Beliau maklumkan kepada majikannya Chew Lee Bee (SP10).

b) SP10 pergi masuk ke bilik itu, nampak 1 orang perempuan tertiarap. Kedua tangan perempuan itu terikat dengan ‘cable tight’. Didapati dalam bilik itu, sarung bantal, 2 tuala mandi dan 2 cadar yang biasanya ada di bilik itu telah tiada. SP10 memaklumkan kepada pihak polis.


c) Kons. Wager Francis (SP6) telah sampai ke bilik itu lebih kurang 8.00 malam 24/3/2007 dan mendapati mangsa di dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat di belakang dan leher terjerut.

d) Melalui keterangan penjaga kaunter hotel itu iaitu Liew Ah Gu (SP11) menyatakan OKT1 datang menyewa bilik itu pada 23/3/2007 jam 1 pagi. OKT1 datang berjumpa dengannya sekali lagi pada 10.00 malam 23/3/2007di mana OKT1 nak sewa bilik satu hari lagi. Sejam kemudian, OKT1 datang sekali lagi kepadanya minta balik duit RM50.00 yang diberi olehnya tadi.

e) Melalui keterangan Dr. Mohamed Swarhib @ Aung Thu Ya (SP26) menyatakan kesan kecederaan pada si mati antaranya ialah:-

i. There was a ligature, white colored plastic cable tight, completely encircling the neck above the Adam’s apple and the ligature was in situ. The ligature circumference was 29cm. The knot was at the right half of the back of the neck. The ligature mark was 1cm in width, the depth of the ligature is almost equal, knot impression mark was found at the area correspond to the knot. The ligature was 8cm below the right ear and 8cm below the left ear. At the front ligature mark was 7cm below the chin and 8cm above the supra-sternal notch. The neck circumference was 32cm.

ii) Four stratches were noted on the right half of the front aspects of the neck above the ligature mark, directed from below to upward.

iii) A bruise 5x4cm over the right palm and two parallel imprint type of abrasions (consistent with two cable tight) 7x1cm each were noted on the back aspect of right forearm just above the wrist, a bruise 1 cm in between the abrasions and bruise 7x1cm over the dorsum of the right wrist.

iv) Two parallel imprint type of abrasions (consistent with two cable tight) 4x1cm and 2x1cm each on the back aspect of left forearm just above the wrist and a bruise 7x3cm over the front aspect of left wrist.

v) Vaginal examination revealed that the labia minora was bruised and a recent hymen tear was noted at 9 o’clock position with an old tear at 4 o’clock position.

f) SP26 menyatakan sebab kematian si mati ialah ‘consistent with stragulation by ligature’. Mengikutnya jerutan ini mengambil masa antara 30 saat hingga 1 minit untuk menyebabkan mangsa mati.

g) SP26 menyatakan lebih dari seorang yang terlibat sebab tidak senang untuk mengikat dengan cable tight jika mangsa itu sedar ‘alert’ dan meronta-ronta. Di dalam kes ini SP26 berpendapat mangsa meronta-ronta kerana ada kesan ‘nail scratching above the ligature marks’ daripada bawah ke atas. Ini bermaksud ‘the victim was struggling controlling her neck by squeezing preventing the cable tight and somebody was streching the neck, very unlikely to struggle from downward to upward if the victim hand were free’. SP26 juga berpendapat ‘one was streching the neck and one was tying the cable tight’

h) Melalui keterangan Mohamad Khairil Hamizan bin Nor Mohamad (SP23) yang dikenali sebagai Banok, menunjukkan beliau bersama OKT2 dengan 1 buah kereta ke Hotel Wisma Indah pada petang 23/3/2007 dan mengambil OKT1 disana. Mereka bertiga telah mengambil si mati di Gombak dan kemudiannya mereka berempat menuju ke Bukit Bintang. Di dalam perjalanan itu, mereka berpatah balik ke Hotel Wisma Indah kerana OKT1 menyatakan tertinggal purse. Di tempat parking hotel tersebut, OKT1 naik dahulu ke hotel tersebut bersama si mati. Kemudiannya diikuti oleh OKT2. OKT1 dan OKT2 turun dari hotel itu memasuki kereta yang dipandunya tanpa si mati. kemudian SP23 nampak OKT1 membawa 1 beg pakaian, OKT 2 membawa beg sampah. Kedua-dua beg itu berisi. Mereka kemudian ke Brickfields. Dalam perjalanan, ia nampak OKT2 buang beberapa barang dalam beg yang dibawanya. Sesampainya di hotel di Brickfields, ia kata OKT1 minta tolong OKT2 untuk angkut beg pakaian OKT1. Semasa itu ia nampak kain putih dan OKT2 letakkan dalam kereta. Di dalam perjalanan ke Pantai Dalam, OKT2 bercakap kepadanya ia telah bunuh wanita itu dengan OKT1 (iaitu Mak We nya). OKT2 kata ia nak buang kain ini sebab takut orang tahu. Di belakang rumah, OKT2 telah buang kain tadi ke lombong disitu.

i) Pada keesokan harinya, SP23 nampak OKT2 telah menjual 1 handphone kepada Mat Li (SP15) dan pada malam itu (24/3/2007) semasa di Stesyen Minyak Petronas di Bukit Gasing, OKT2 memberinya 1 kad Maybank (P72)

j) Melalui keterangan SP15, pada 24/3/2007, jam 6.40 petang, OKT2 ada menjual handphone (P63) kepadanya.

k) Melalui keterangan kawan serumah si mati, Nik Sarasaza Saadan (SP7) dan ibu si mati, Rahimah binti Maulud (SP17), handphone (P63) ini disahkan kepunyaan si mati.

l) Melalui keterangan Insp. Jamaluddin Abu Hassan (SP8) yang membuat tangkapan ke atas OKT2 dan merampas 1 sim card (P64) daripada OKT2 pada 5/4/2007.

m) Melalui keterangan Regina Arokiam (SP22) mengesahkan pemilik berdaftar sim card itu (P64) adalah si mati.

n) OKT1 ditangkap oleh C/Insp. Ahmad bin Abu Bakar (SP27) pada 4/4/2007.

o) Melalui keterangan Hoh Shoo Khoon, (SP18), kad Maybank itu (P72) adalah milik si mati.

p) Melalui keterangan ahli kimia, Dr. Chong Yuet Meng (SP28) bahawa pada cable tight yang mengikat tangan si mati, pada 1 jam tangan yang dipakai oleh si mati dan pada vagina swab si mati, ada profil DNA OKT2. Pada 1 puntung rokok yang diambil dari bilik 5133 tersebut, ada profil DNA OKT1.


KETERANGAN PEMBELAAN

A. OKT1

1. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 (SD1) menyatakan semasa ia mencari dompetnya di dalam bilik itu, OKT2 masuk ke bilik itu lalu menguncinya. OKT2 telah menolak ia dan si mati. Si mati tersungkur meniarap di atas katil. OKT2 lalu mengikat tangan si mati di belakang dengan cable tight dan juga mengikat bahagian muka si mati dengan tuala. OKT2 memberi duit RM50.00 untuk extend bilik dan OKT2 beri ia satu handphone. OKT1 pergi ke kaunter dan bagi duit kepada Cina di kaunter itu. Selepas itu OKT1 masuk balik ke bilik itu selepas diarahkan oleh OKT2 . OKT1 nampak ada kesan tompok air di atas katil. OKT1 nampak OKT2 naik atas belakang si mati, mengambil cable tight dan memasukkan cable tight di leher si mati. OKT2 menjerut leher si mati dengan cable tight itu. Si mati memberontak. OKT2 terbalikkan si mati yang masa itu masih bernafas. OKT2 menekan leher si mati dengan tangan. Si mati tidak memberontak lagi. OKT2 mengheret si mati turun sebelah katil. OKT2 koyakkan cadar, ia ambil cadar, sarung bantal dan OKT2 gulung-gulung dan masukkan ke dalam beg baju OKT1. OKT2 ambil kad bank dan duit si mati. Selipar si mati dimasukkan oleh OKT2 ke dalam beg sampah. Mereka keluar dari bilik itu dengan meninggalkan mayat si mati di sana. OKT1 mengambil balik duit dari kaunter hotel itu setelah disuruh oleh OKT2.

2. OKT1 dan OKT2 naik semula kereta yang dipandu Banok. OKT1 mengatakan OKT2 ada beritahu Banok “aku dah bunuh ia” apabila ditanya oleh Banok berkenaan si mati. Apabila sampai di Hotel De Central, OKT2 telah mengeluarkan cadar dan sarung tilam dari beg pakaian OKT1. OKT1 kata OKT2 beritahunya yang ia nak pergi buang selimut dan cadar tadi. OKT2 menyuruh OKT1 check in di Hotel De Central.

3. OKT1 mengatakan semasa kejadian dalam bilik hotel di Wisma Indah, ia panik. OKT1 kata ia tak melarikan diri dan tidak membuat panggilan telefon dan tidak membuat laporan polis.

4. OKT1 menyatakan dalam perhubungan di antara beliau dengan OKT2, OKT2 nak ia sentiasa ikut cakapnya, kalau tak ikutnya akan dipukul, ditampar oleh OKT2. OKT2 pernah memberi amaran kepadanya bahawa kalau ia cuba tinggalkan OKT2, OKT2 akan cari keluarganya, ia tak baginya hidup senang. OKT1 kata ia tak lari semasa kejadian itu kerana ugutan OKT2. OKT1 kata semasa kejadian ini, ia tidak tolong si mati kerana tidak tahu nak buat apa. OKT1 kata OKT2 suruh ia lari dari satu tempat ke satu tempat. Tanpa pengetahuannya, OKT2 ugut bapanya RM 20,000 jika mahunya balik. OKT1 kata walaupun ia diugut, ia masih lagi berkawan dengan OKT2.

5. Sebelum kejadian ini, OKT1 mengakui ia selalu bersama OKT2, sekali sehari bersamanya, OKT1 menyatakan berkenaan ugutan meminta RM 20,000 itu, ia tidak membuat laporan polis. Di dalam pemeriksaan balas, ia menyatakan bapanya buat laporan polis tetapi di dalam pemeriksaan semula, ia menyatakan emaknya buat laporan polis.

6. OKT1 memanggil emaknya Yatini binti Ehsan (SD2), yang menyatakan OKT1 pernah memberitahunya bahawa ia pernah dipukul oleh kawannya tetapi SD2 tidak pernah membuat laporan polis dan tidak pernah melihat kesan luka pada OKT1.

7. Bapa OKT1, Ahmad Dasuki (SD3) memberi keterangan bahawa ia pernah menerima ugutan dari OKT2 di mana OKT2 meminta duit, jika tak bagi duit, ia akan bunuh OKT1. Ugutan ini melalui telefon. Ia masukkan duit ke akaun OKT1. Ia tak pernah buat laporan polis berkenaan dengan wang RM 20,000. Ia kata OKT1 pernah mengadu kepadanya bahawa ia dipukul oleh OKT2 tetapi ia tak buat laporan polis mengenai perkara ini.

B. OKT2

1. Keterangan pembelaan OKT2 (SD4) pula ialah pada petang itu, ia diajak oleh OKT1 pergi makan . OKT2 mengajak Banok ikut bersamanya kerana masa itu ia ada bergaduh dengan OKT1 dan ia tak nak jumpa OKT1 lagi.


2. Di Hotel Wisma Indah, OKT1 naik ke hotel itu bersama si mati. Selepas 25 minit, Banok suruh ia bertanya OKT1 mengapa lambat sangat, OKT1 kata sekejap sahaja. Selepas itu OKT1 telefonnya “tolong, ada hal sekejap”. OKT2 mengajak Banok naik bersamanya, tetapi Banok tak nak.

3. Di dalam bilik itu, OKT1 tutup pintu dan minta ia tolong kemaskan barang-barang di dalam bilik. Ia nampak si mati di atas katil di dalam keadaan mengiring. Tangannya terikat di belakang. Mulutnya diikat dengan kain tudung. Selepas itu OKT1 berkata kepadanya tolong tengok sekejap sebab ia nak extend bilik 1 hari lagi. OKT1 kata ia nak ambil duit dan barang-barang si mati. OKT2 kata ia dalam keadaan panik dan tergamam. Sepeninggalan OKT1, OKT2 naik ghairah dan memegang tangan si mati. Ia tidak cuba buka ikatan tangan si mati. Masa itu ada cable tight pada tangan si mati. Ada juga satu cable tight yang dilekatkan di leher si mati. Ia longgar. Pada mulanya OKT2 kata ia cuba rogol si mati tetapi kemudiannya semasa pemeriksaan balas, ia kata ia rogol si mati.

4. Kemudian OKT1 masuk ke dalam bilik, ia terkejut dan terus bangun. OKT1 buka ikatan tudung pada mulut si mati. OKT1 tumbuk bahagian bibir si mati meminta no pin kad banknya. Semasa OKT1 menarik tali di leher si mati, OKT2 tolak OKT1 tetapi OKT1 cakap jangan buat macam ni, keadaaan kalau tidak papa susah. OKT1 menulis no pin yang diberi oleh si mati pada sekeping kertas. OKT1 ambil handphone, duit dan wallet.

5. OKT 1 tolak si mati ke sebelah kiri katil. OKT1 ambil cadar bersama selimut. OKT1 menyuruh ia masukkan kasut ke dalam plastik sampah. OKT1 telah bersihkan bilik itu dengan cara lap dengan air. Cadar dan selimut, OKT1 suruh OKT2 masukkan ke dalam beg OKT1.

6. OKT1 dan OKT2 meninggalkan bilik itu di mana si mati masih lagi bernafas. OKT1 ambil balik duit yang ia extend bilik itu. OKT1 bawa begnya. OKT2 bawa beg plastik. Mereka bersama Banok ke Hotel Lido tetapi disebabkan ramai orang, mereka ke Hotel De Central. Semasa berada di luar hotel itu, OKT1 telah beri handphone dan juga kad ATM kepadanya. OKT1 suruh ia jual handphone itu. OKT1 suruh ia keluarkan duit dengan kad ATM itu.

7. OKT2 menaiki semula kereta bersama Banok. Di Petronas, Jalan Gasing, Banok nak mengisi minyak, ia telah ambil kad ATM itu dan kertas yang ada no pin itu. Selepas itu OKT2 telah ambil cadar dan buang di tepi lombong. Beg plastik dibuangnya sekali.

8. Selepas ia menjual handphone itu, OKT2 telah berjumpa dengan OKT1, OKT2 telah beri duit kepadanya. OKT2 kata kepada OKT1 kad ATM, Banok yang simpan. Tak boleh keluar duit sebab bank tutup.

9. OKT2 mengatakan selepas kejadian, ia berjumpa dengan OKT1 2 kali tetapi ia tak tanya OKT1 berkenaan dengan si mati kerana masa itu ia bergaduh dengannya. OKT2 mengatakan ia jumpa OKT1 sebab ia ugutnya bahawa kalau ia tak jumpa OKT1, OKT1 akan beritahu isterinya yang ia pernah tidur dengan OKT1. OKT2 mengatakan OKT1 tidak takut kepadanya. Hubungan macam Pak We dan Mak We. Ia tidak pernah pukul OKT1. OKT2 kata mengenai duit RM 20,000, itu perancangan OKT1 yang kehabisan duit. OKT2 mengatakan ia tidak buat laporan polis kerana ia dalam ketakutan. Ia buntu OKT1 ugutnya. Oleh itu ia turut kesemua kehendak OKT1. Ugutan OKT1 kepadanya ialah, OKT1 akan beritahu isterinya bahawa ia pernah tidur dengan OKT1. OKT1 akan hancurkan keluarganya sekiranya ia tak nak keluar dengan OKT1, ia tak temankan OKT1. Ugutan ini dibuat selepas ia meniduri OKT1.

ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH

1. OKT1 dan OKT2 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

2. Pendakwaan berjaya membuktikan kes ke atas OKT1 dan OKT2 tanpa keraguan yang munasabah.

(YAACUB BIN HAJI CHIK)
Timbalan Pendakwa Raya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sumber : www.agc.gov.my

Aleeza Zaily
12-03-10, 09:38 AM
Interested to read about Norita Shamsuddin nyer case. Ada satu novel wrote by Abdul Rahim Awang yang berkisarkan kejadian nih, but the actual fact must be more interesting, I guess... keep it up mate!

Kevin Wallace
12-03-10, 09:44 AM
KES PEMBUHUNHAN NORRITA SHAMSUDIN

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2007/12/mh_01_big.jpg


Norrita


Police are investigating the death of a 22-year-old woman ( a part time model) who was found murdered in her room at the Puncak Prima Condominium, Taman Seri Hartamas early yesterday.According to Brickfields Deputy OCPD, Supt Mohd Kuzi Minai, Norrita Shamsudin died due to suffocation after her mouth was gagged with a piece of cloth. Her hands were tied with wires. He said Norrita's body was discovered by her housemate at 4am when she returned home and saw Norrita's room door ajar. (The Star , 6 December)

Dalam kejadian itu, kira-kira jam 4.35 pagi, polis menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina mengenai seorang perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan kaki dan tangannya diikat di kondominium itu. Polis kemudian ke situ dan menemui Noritta dalam keadaan terbaring terlentang dan bertelanjang, dipercayai sudah meninggal dunia. Kematian Noritta dikatakan kerana sesak nafas akibat dijerut. Dia juga dipercayai dirogol sebelum dibunuh (Harian Metro, 11 December)

The Victim:

Noritta, 22, an account executive with a construction company in Kuala Lumpur, was found strangled with her legs and hands bound with a bra and wires on Friday. Her housemates who returned at 4am found her naked body with her mouth gagged with a piece of cloth. There were no signs of a break-in and police believed that Noritta knew the killer. (The Star, 7 December)

Eksekutif pemasaran, Noritta Samsuddin, 22, yang mati dibunuh Jumaat lalu, seorang pelajar yang bijak dan aktif bersukan termasuk mewakili Kelantan dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Noritta memperolehi 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 1993 dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Ismail Petra (SMSIP), Pengkalan Chepa, Kelantan (Harian Metro, 10 December)

The Proof:
Kertas tisu yang mempunyai kesan air mani dipercayai dapat membantu polis mengenal pasti pembunuh eksekutif pemasaran, Noritta Samsuddin, 22, yang mayatnya ditemui bogel di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Jumaat lalu.Menurut sumber polis, kertas tisu itu adalah antara bahan bukti yang dijumpai polis ketika menjalankan siasatan di bilik tidur mangsa.Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas air mani pada kertas tisu itu dijalankan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia. Barang kes lain yang dijumpai di bilik tidur Noritta termasuk sepasang coli yang dipercayai digunakan untuk mengikat tangan mangsa, tuala kecil, baju tidur dan beberapa wayar. (Harian Metro, 11 December)

Surat ugutan bunuh yang dikatakan dihantar kepada Noritta Samsuddin, boleh menjadi petunjuk siapa bertanggungjawab membunuh gadis berusia 22 tahun itu . Beliau (seorang anggota keluarga mangsa) berkata, jika Noritta memaklumkan polis atau keluarga mengenai ugutan berkenaan, langkah sewajarnya akan diambil melindungi keselamatan mangsa. Surat itu antara bukti penting mengenai pembunuhan Noritta tetapi setakat ini tiada siapa yang tahu di mana surat berkenaan berada. (Harian Metro, 8 December)

The Detainees:
1. An Indian Muslim, (ex boyfriend - Hanif Basree Abdul Rahman, 36) who works as a manager in a government agency, is said to be among the two men being tracked down by police. 揟he Indian Muslim comes from a wealthy background,'' the source said, adding that the police were still in the dark over the motive behind the murder. (The Star, 8 December)

2. A second person (Shahfrul Azrin Azman) has been picked up to help in police investigations into the gruesome murder of accounts executive Noritta Samsudin. The married man, a broker in his 30s, was detained at his workplace in Jalan Raja Chulan here at noon.He has been handed over to the city police serious crimes division for interrogation and is expected to be remanded today. (The Star, 9 December & Harian Metro,)

3. The housemate , a lady (Nor Azora Hamid, 28) had been in police custody since Friday after she and her boyfriend found Noritta抯 naked body at her Puncak Prima Galleria condominium in Sri Hartamas. (The Star, 9 December)

4. Nor Azora's boyfriend (Kenneth Michael Yap Yeik Huat, 38):He and is girlfriend found Noritta抯 naked body at her Puncak Prima Galleria condominium in Sri Hartamas. (The Star, 9 December)

5. Norita's current boyfriend (Lim Sean Kean): the 38-year-old entrepreneur whom Noritta planned to marry next year. (The Star, 9 December)

6. Lelaki Finland (Mikko Kouko Johannes Jarva, 30-an): Seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)

7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37, dan....

8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly. (Berita Harian, 13 December)

The Motive:
The police were still in the dark over the motive behind the murder. (The Star, 8 December)

The Post-Mortem:
A post-mortem has revealed that account executive Noritta Samsudin was not only raped but also sodomised.However, police have yet to identify the perpetrator despite the detention of five people (as for 10 Dec) including her housemate . The suspects� DNA including their blood and hair follicles were taken for testing and the police are waiting for the report, which is expected to be released soon. (The Star, 11 December)

Difahamkan, walaupun hasil ujian DNA ke atas empat lelaki yang ditahan sebelum ini berkaitan kes itu belum diketahui, seorang daripada mereka sudah mengaku berada bersama Noritta sebelum mangsa ditemui mati.Lelaki itu, yang menjadi suspek utama kes berkenaan dikatakan membuat pengakuan ketika disoal siasat pasukan penyiasat bahawa dia adalah orang terakhir bersama Noritta sebelum mangsa ditemui mati. (Berita Harian, 13 December)

Kevin Wallace
12-03-10, 09:46 AM
Hanif Basree dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan membunuh Norrita Samsudin



57011
Hanif Basree dibebaskan


Petikan intisari penghakiman lisan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dalam perbicaraan kes bunuh Noritta Samsudin, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 1 Julai 2004.

Apa pun yang telah dikatakan tentang kes ini di luar mahkamah ini serta apa sudut pun penyebarannya di media massa tidak boleh diberikan perhatian oleh mahkamah ini dalam membuat keputusannya. Kes ini pula tidak lebih daripada kes bunuh biasa yang memerlukan pembuktian terhadap unsur-unsur dalam kes itu seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di peringkat keterangan kes pendakwaan, mahkamah ini ditugaskan untuk memutuskan sama ada pendakwaan telah berjaya mengemukakan bahawa terbuktinya satu kes prima facie telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi dari sini bahwa di peringkat ini, mahkamah perlu memberi pertimbangan terperinci kepada pendakwaan.

Juga penilaian yang maksimum seharusnya diberikan kepada keterangan itu. Ini bererti mahkamah ini diperlukan mencari penilaian terhadap setiap saksi serta apa yang disingkapkan oleh mereka dan naratif kes pendakwaan.

Beban pendakwaan pula di peringkat ini ialah untuk menunjukkan satu cerita melalui keterangan saksi-saksinya dan bukti-bukti lain yang boleh diterima oleh mahkamah ini sebagai munasabah untuk memanggil tertuduh membela dirinya. Beban ini pula bukannya bererti cerita atau versi kes pendakwaan itu perlu dibuktikan pada tahap melampaui apa-apa keraguan munasabah.

Mahkamah tidak akan memanggil seseorang tertuduh semata-mata untuk mendengar versinya terhadap cerita yang telah dimajukan oleh pendakwaan. Di sisi undang-undang bukan menjadi beban bagi seseorang tertuduh mengemukakan naratifnya terhadap apa yang berlaku. Beban pembuktian kes ditetapkan ke atas pendakwaan sepanjang perjalanan perbicaraan di sisi undang-undang.

Mahkamah pula tidak berhak memanggil pembelaan hanya untuk memuaskan hati atau atas dasar ingin mengetahui apakah ceritanya. Tertuduh hanya akan dipanggil membela dirinya jika nyata terbukti satu kes prima facie terhadapnya. Itupun dia tidak dimestikan memberi keterangan bersumpah atau berkata apa-apa pun jika itu menjadi pilihannya.

KES PENDAKWAAN

Ingin saya menyatakan bahawa jika seseorang itu dituduh membunuh, maka pendakwaan mestilah membuktikan yang telah berlaku satu kematian, dalam kes ini kematian Noritta jelas terbukti dan tertuduh dengan niat membunuh telah melakukan kematian itu.

Talian tertuduh dengan pembunuh itu hendaklah dibuktikan oleh pendakwaan. Pembuktian ini boleh dikemukakan oleh pendakwaan. Pembuktian ini boleh dikemukakan sama ada dengan keterangan langsung atau seperti kes ini dengan keterangan tidak langsung dari mana boleh dibuat kesimpulan secara inferens yang tertuduhlah orang yang telah melakukan kesalahan ini.

Kes pendakwaan bergantung semata-mata atas keterangan tidak langsung ataupun keterangan mengikut keadaan yang berlandaskan dua faktor genting untuk membuktikan yang tertuduh telah melakukan kesalahan ini.

Di atas keterangan tidak langsung yang bagi saya terpenting dalam kes pendakwaan ialah:

i. Tertuduh telah dilihat bersama dengan si mati pada 1 pagi tanggal 5 Disember 2003 dan secara inferens adalah orang yang terakhir bersama si mati.

ii. Keterangan saintifik melalui analisis DNA profiling menunjukkan yang tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan si mati sebelum kematiannya dan ini mengukuhkan inferens yang dialah orang yang terakhir dengan si mati.

Kedua-dua faktor ini menunjukkan peluang.

iii. Selain daripada keterangan yang menunjukkan tertuduh mempunyai peluang untuk melakukan jenayah ini, pendakwaan juga menyatakan bahawa tertuduh bermotifkan perasaan cemburu. Ini menunjukkan sebab jenayah itu dilakukan.

SUZAKI SUPOK DAN K.THANABALAN

Keterangan oleh Suzaki dan Thanabalan dikemukakan untuk membuktikan yang tertuduh adalah orang yang terakhir bersama si mati. Keterangan mereka saling selaras, menyatakan dengan yakin bahawa mereka ada nampak tertuduh dan si mati pada pukul 1 pagi, 5 Disember 2003. Keyakinan mereka ini berharmonis sehingga dapat ingat secara terperinci pakaian kedua-dua tertuduh dan si mati serta warna pakaian tersebut.

Pemerhatian mereka terhadap tertuduh dan si mati juga sungguh jelas sehingga juga dapat memastikan dengan tepat waktu mereka masuk ke kondominium dan gerak geri mereka seketika di bawah letak kereta. Bagaimanapun selepas di soal balas, maka terbongkar cerita yang sebenarnya, iaitu dalam keterangan mereka yang sebenarnya iaitu dalam kenyataan mereka kepada polis sebelum ditangkap pada 17 Disember tahun lalu.

Mereka tidak pernah menyatakan yang mereka telah nampak kejadian itu. Malah apabila disoal siasat oleh polis pada awal pagi itu sendiri, tidak lama selepas mayat ditemui, kedua-dua saksi ini tidak pun memberitahu pihak polis akan apa yang mereka telah nampak.

Thanabalan menyatakan yang dia tidak nampak tertuduh dan si mati awal pagi itu. Kesimpulan itu amat penting bagi saya dan tidak mungkin polis yang menyoal mereka tidak bertanya daripada mereka sama ada nampak si mati pada malam itu.

Hanya selepas mereka ditangkap dan setelah disoal bertubi-tubi dengan gambar tertuduh ditunjukkan barulah terlintas dalam ingatan mereka akan peristiwa di pagi 5 Disember 2003 itu.

Itupun dalam keadaan tertekan apabila Thanabalan sendiri berkata yang pada mulanya dia tidak kenal tertuduh dalam gambar itu dan selepas lima atau enam kali diminta ingatkan semula baru diakui yang dia kenal tertuduh.

Sebelum itu Thanabalan dan Suzaki telah berkata mereka telah nampak tertuduh sebanyak 20 ke 30 kali atau lima atau enam kali seminggu datang ke kondominium itu dengan si mati dalam dua bulan sebelum tarikh kejadian. Alangkah anehnya Thanabalan tidak dapat mengenali tertuduh dalam gambar itu.

Thanabalan akhirnya membuat pengakuan yang mengejutkan apabila dia berkata yang dia telah berdusta kepada polis dalam kedua-dua statementnya yang terdahulu di mana dia telah berkata yang dia tidak nampak tertuduh dan si mati pada pagi itu.

Suzaki pula menjelaskan yang fikirannya bercelaru pada mulanya dan setelah dapat merenung kembali di rumah pengawal keselamatan dari 5 hingga 17 Disember baru dia dapat ingat kembali kejadian pada pagi itu.

Bagi saya penjelasan ini amat tidak meyakinkan dan seharusnya saya tidak menerima apa sahaja yang dikatakan itu.

Isu penting ini menjadi cabaran hangat pembelaan dan sudah tentu boleh merakamkan percakapan mereka yang awal itu untuk menjelaskan apa yang telah ditanya kepada saksi-saksi itu.

Akan tetapi ASP Mohan dan Cif Inspektor Nachimutu yang merakam percakapan Suzaki dan Thanabalan pada malam kejadian tidak dipanggil memberi keterangan.

Mahkamah ini memutuskan bahawa kedua-dua saksi ini telah tidak berterus terang dalam keterangan mereka. Setelah melihat cara mereka memberi keterangan mahkamah ini memutuskan yang cerita mereka atas isu genting ini amat meragukan dan seharusnya ditolak sebagai keterangan yang tidak selamat disandarkan sebagai fakta kes.

DNA PROFILING/POST MORTEM

Daripada analisis DNA beberapa fakta boleh disimpulkan:

i. Tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan si mati 72 jam sebelum mayat dibedah siasat.

ii. DNA profil seorang lelaki yang tidak dikenali terdapat di beberapa barang yang diambil daripada bilik si mati umpamanya bantal peluk, wayar elektrik yang digunakan untuk mengikat tangan si mati, kuku si mati dan beberapa helai rambut ditemui dari cadar tilam si mati. Ini membuktikan bahawa lelaki ini telah berada bersama si mati sebelum kematiannya. Oleh sebab tiada pula bulu tertuduh diperolehi daripada cadar si mati, ini pula boleh memberi inferens yang lelaki itu adalah orang yang terakhir berada di atas tilam si mati.

iii. Lelaki yang tidak dikenali itu juga telah melakukan hubungan seks melalui faraj dan lubang dubur si mati dalam masa 72 jam sebelum kematian si mati. Dr. Halim juga berkata ada robekan di dubur si mati dan kesan darah juga dilihat di dubur itu. Kesan ini adalah kesan baru (kurang daripada 72 jam). Profil DNA lelaki tidak dikenali ini juga diperoleh daripada dubur si mati. Hal ini pula mengesahkan hujah pendakwaan yang jenayah ini telah dilakukan oleh seseorang yang dikenali oleh si mati.

iv. Profil DNA si mati dan seorang perempuan lain yang tidak dikenali telah ditemui daripada sebahagian tuala muka yang terkeluar daripada mulut si mati. Daripada P16B pula hanya profil DNA si mati diperoleh selepas analisis. Pada pendapat mahkamah tuala ini telah menyebabkan tersekatnya saluran Oksigen dan pernafasan si mati dan mengikut keterangan Dr. Halim boleh menyebabkan kematian secara `asphyxial' .

Pendakwaan telah berhujah bahawa tertuduhlah yang telah melemaskan si mati dengan tuala muka ini sebab dia adalah orang terakhir melakukan hubungan seks. Saya tidak dapat menerima hujah ini. Keterangan menunjukkan yang tuala P16 itu telah terkeluar sendiri daripada mulut si mati apabila badannya dialih. Keterangan saintifik juga menyatakan yang jika tuala sebegini disumbat ke dalam mulut, sehingga menyekat saluran pernafasan dan setelah rigor mortis berlaku selepas kematian, tidak mungkin tuala ini akan terkeluar dengan senang.

Kehadiran profil DNA tertuduh di atas tuala ini pula boleh memberi inferens yang ia pernah digunakan oleh tertuduh. Ini tidak menghairankan sebab tertuduh memang berada bersama si mati di dalam biliknya sekurang-kurangnya dua kali seminggu mengikut keterangan Nor Azora Abdul Hamid.
Tambahan pula ada profil DNA perempuan lain menunjukkan tuala muka digunakan oleh orang lain selain si mati.

v. Profil DNA lapan helai tisu yang dijumpai dalam bakul sampah di dalam bilik si mati menunjukkan kesan air mani tertuduh. Ahli kimia, Lim Kong Boon menyatakan telah melakukan satu ujian simple dan menentukan jika tiga titik air mani berada di situ sama ada ia akan kering selepas satu jam.

...cont to the next posting

Kevin Wallace
12-03-10, 09:47 AM
Bagaimanapun tidak pula dilakukan experiment bagi lapan helai tisu dalam keadaan sama iaitu tergumpal dan yang basah seperti itu, sama ada ia akan kekal basah bagi jangkamasa yang lebih lama.

Tidak ada bukti yang menunjukkan jika gumpalan tisu yang basah seperti P29 masih kekal basah selepas jangka masa itu.

Dengan lain perkataan, ujian simple yang dilakukan oleh Lim itu tidak boleh membawa kepada kesimpulan yang tertuduh adalah orang terakhir melakukan seks dengan si mati.

Kesimpulan mahkamah ini terdapat kedua-dua utas keterangan tidak langsung ini sama ada tersendiri atau digabung dengan bukti lain yang dihujahkan oleh pendakwaan boleh dipertimbangkan sebagai circumstantial evidences tidak menyakinkan mahkamah ini bahawa keterangan pendakwaan mencukupi untuk membawa kepada apa yang dikatakan oleh prinsip mantap sebagai ``irresistible inference that the accused is guilty of this offence''.

JIKA TERBUKTI YANG TERTUDUH ADALAH ORANG TERAKHIR DENGAN SI MATI. APAKAH MOTIF PEMBUNUHAN?

Perlu diingatkan bahawa tertuduh dan si mati telah menjalinkan perhubungan yang intim. Malah pada pagi itu sendiri mereka dilihat berkelakuan sebagai kekasih dan sebelum itu tertuduh pergi ke rumah si mati sebanyak 5 ke 6 kali, 20 ke 30 kali dalam dua bulan.

Masanya antara pukul 1 dan 2 pagi dan kebiasaannya tertuduh akan berada bersama si mati selama satu jam. Tidak silap jika mahkamah ini membuat andaian yang perhubungan mereka adalah intim berdasarkan keterangan itu.

Malah ini juga kes pendakwaan, tertuduh juga teman lelaki istimewa si mati sehingga gambar tertuduh sedang memandu disimpan dalam telefon bimbit si mati dan dia sendiri menunjukkan kepada ibu saudaranya sendiri.

Jadi masih timbul persoalan genting: sebab apa tertuduh hendak membunuh kekasihnya itu?.

Kata pendakwaan disebabkan cemburu. Untuk membuktikan perasaan cemburu ini, pendakwaan telah mengemukakan keterangan Lim Sin Kean Childs.

Keterangan ini bagi saya membawa kepada kesimpulan bahawa dia cuma seorang kawan yang amat rapat dengan si mati. Perhubungan mereka mirip kepada hubungan profesional.

Perhubungan antara Kean dan si mati pula banyak tertumpu kepada kerja masing-masing. Kean hanya berjumpa si mati pada waktu siang dan hanya ke rumah si mati sekali sahaja itupun dalam kehadiran si mati.

Kean juga pernah membawa si mati, ibu dan adiknya ke Singapura.

Bagi saya keterangan pendakwaan sendiri menunjukkan yang persahabatan Kean dan si mati tidak ada unsur seksual, perhubungan platonik. Walaupun telah dicuba dikatakan oleh pembela yang Kean pernah melakukan hubungan seks.

Dalam tempoh yang sama, semasa persahabatan terjalin di antara si mati dengan tertuduh, kemudiannya dan mereka kekal dengan perhubungan intim mereka. Saya tidak nampak dalam keadaan itu boleh timbulnya perasaan cemburu tertuduh. Tiada ada sebab bagi tertuduh merasa cemburu dengan Kean dalam persahabatan biasanya dengan si mati.

Pada pendapat saya, motif cemburu ini tinggal satu teori yang langsung tidak dibuktikan dan tanpa motif itu terbukti persoalan penting kenapa tertuduh perlu membunuh dalam keadaan di mana perhubungan mereka masih mesra, intim malah menjadi satu tanda tanya yang tidak terjawab. Dan bagi pembuktian pembunuhan berlandaskan circumstantial evidence. Pembuktian motif menjadi satu keperluan untuk menguatkan kes pendakwaan.

LELAKI MISTERI

Bagi saya bukan seorang lelaki misteri tetapi dua orang.

Apa yang terbukti hasil analisis DNA ini ialah kesan air mani lelaki misteri ini dikesan daripada faraj dan dubur si mati.

Apa yang terbukti hasil analisis ialah lelaki misteri ini telah melakukan seks dengan si mati.

Bukti yang sama juga telah ditunjukkan terhadap tertuduh dengan timbulnya profil DNA melalui kesan air mani yang diperolehi daripada badan si mati.

Tetapi itu sahaja. Ia tidak bererti inferens boleh dibuat yang sama ada lelaki misteri ini atau tertuduh telah membunuh si mati. Dan seperti yang telah dihujahkan dengan tepat ini adalah kes bunuh, bukan hanya sekadar membuktikan perhubungan seksual.

Urusan mahkamah ialah untuk meneliti keterangan yang menunjukkan satu pembunuhan telah berlaku dan dilakukan oleh tertuduh. Perlakuan seks ini sahaja walaupun telah banyak dihebohkan tidak langsung dalam keadaan yang telah ditunjukkan memudaratkan kedudukan tertuduh dari segi pertuduhan ini.

Lelaki misteri kedua ialah orang yang berkulit gelap seperti India dan badannya berbau busuk yang telah berada dalam rumah si mati dan dilihat oleh Nor Azora sejurus sebelum mayat ditemui pada 4 pagi 5 Disember lalu.

Jelas daripada keterangan Nor Azora sendiri bahawa lelaki ini bukan tertuduh yang bukan asing kepada Nor Azora dan mudah dikenali oleh Nor Azora jika bertembung.

Bagi saya lelaki misteri kedua ini lebih genting. Kesannya dalam kes ini dan kehadirannya di tempat kejadian itu perlu ditinjau dengan serius oleh mahkamah ini.

Kehadiran kedua-dua lelaki misteri di tempat kejadian jenayah ini seperti yang telah dibongkar oleh pendakwaan sendiri bagi saya telah mengaburkan kes pendakwaan itu sendiri.

Dengan terdapatnya pelbagai tanda tanya terhadap mereka ini, terutama lelaki misteri ini yang dilihat oleh Nor Azora keluar dari rumah si mati itu, maka pendakwaan telah dicemari dengan keraguan di peringkat penentuan prima facie ini.

Persoalan yang mahkamah ini boleh tanya ialah: bolehkah tertuduh disabitkan dengan kesalahan ini, jika dia dipanggil untuk pembelaannya dan lantas dihukum mati, walaupun timbul keraguan tentang kemungkinan penglibatan lelaki misteri ini dalam jenayah ini? Jawapnya tidak.

Mengikut ujian maksimum yang perlu diberikan terhadap kesemua keterangan yang dibentangkan ini oleh pendakwaan, saya akan gagal menjalankan kewajipan jika tidak mengambil kira semua keraguan yang telah ditimbulkan oleh saksi.

Jika berlaku keadaan di mana keterangan saksi pendakwaan sendiri menimbulkan keraguan terhadap kesannya seperti yang telah berlaku dalam kes ini, mahkamah akan tanpa ragu-ragu membebaskan tertuduh dalam pertuduhan ini tanpa dipanggil membela dirinya.

Inilah yang dimaksudkan oleh prinsip undang-undang berkenaan penilaian keterangan di tahap maksimum seperti yang telah diungkapkan oleh hakim-hakim terdahulu dalam kes iaitu jika keterangan yang tidak mencukupi untuk disabitkan tertuduh maka tidak terbukti kes prima facie terhadapnya.

Telah juga diputuskan bahawa ungkapan `to warrant a conviction' bermaksud satu ungkapan yang kuat, kena dan berbentuk satu perintah kepada mahkamah supaya benar-benar berpuas hati dengan keterangan setakat ini yang membolehkan satu sabitan dijatuhkan, walaupun di peringkat penghujung kes pendakwaan.

Kekaburan kes pendakwaan atas alasan yang telah saya nyatakan tadi terus menjadi gelap dengan adanya keterangan dua saksi bebas ini yang juga merupakan rakan serumah mangsa.

Apabila sampai ke rumah, mereka berkata ada menghidu bau badan tetapi Nor Azora sendiri mengakui tertuduh tidak mempunyai bau badan sebegitu.

Keterangan ini langsung mematahkan kes pendakwaan dan menimbulkan keraguan di peringkat ini.

Pendakwaan kata tertuduh mungkin berbau akibat aktiviti seks dan langkah-langkah yang dilakukan sebelum membunuh si mati ditolak sebagai andaian semata-mata seperti juga saya menolak cadangan yang tidak berasas pihak pembela yang kemungkinan pihak pendakwaan tidak melengkapi siasatan dalam kes ini kerana ingin melindungi seseorang orang kenamaan yang terlibat dalam jenayah ini. Hujah-hujah yang tidak berlandaskan fakta kes seharusnya ditolak oleh mahkamah ini.

Hujah saya mustahil jika Nor Azora tidak mengenali lelaki misteri itu sebagai tertuduh memandangkan tertuduh ialah orang yang biasa dengan Nor Azora dan dia berkata boleh dikenali pada bila-bila masa.

Walaupun rumah gelap, ia tidak gelap gelita sehingga tidak langsung ada pandangan.

Kesimpulan yang mahkamah boleh buat keterangan bahawa Nor Azora tidak nampak lelaki itu yang bukan tertuduh lari dari rumahnya dan yang dia fikirkan telah membunuh si mati.

Juga diingatkan bahawa pada awal penyiasatan, polis mencari suspek yang deskripsinya tidak sama dengan tertuduh.

Siapa suspek ini tidak pula dijelaskan oleh pendakwaan dan pegawai penyiasat kes ini.

Suspek itu pula adalah seorang lelaki berbadan gelap. Hal ini pula menimbulkan tanda tanya dan menggandakan keraguan kepada pendakwaan.

Hasil daripada kesimpulan saya berlandaskan fakta kes dan inferens munasabah setelah memberi penilaian maksimum kepada kes pendakwaan, mahkamah ini memutuskan bahawa kes prima facie terhadap tertuduh tidak terbukti. Oleh itu mahkamah ini memutuskan agar tertuduh tidak dipanggil untuk membela dirinya. Hanif Basree awak dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan ini.

CtiE
12-03-10, 09:52 AM
Peristiwa Memali 1985

Dari Wikipedia bahasa Melayu


Peristiwa Memali terjadi pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang mati dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemuan yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis , Ustaz Ibrahim Mahmud / Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi mereka sebagai ' Operasi Angkara/ Operasi Hapus.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di negara China.
Jadual isi kandungan

[Sunting] Lokasi

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar . Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali. Kini Parlimen Baling boleh berbangga dengan ahli Parlimen yang berugama dan jelita Datuk Dr Ma#ah Ibrahim.

Kampung Memali terletak di mukim Siong, Baling , Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam / Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah penoreh getah dan bersawah padi.

[Sunting] Tayangan Video

Tayangan video dipaparkan menerusi RTM 1.Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya.Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

[Sunting] Tujuan Operasi Angkara

Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.

Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.

Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.

Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian belajar lagi di di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Kerap berceramah agama Islam di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.

Pada 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. 5,081 undi diperolehi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.

[Sunting] Polis bertindak

Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah diracun terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.

Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69 dari Ulu Kinta menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman. Taklimat yang diberi adalah berkaitan dengan operasi menggempur pengganas komunis. Ramai dikalangan anggota polis yang tidak menyangka Ibrahim Libya yang akan menjadi sasaran mereka, bukannya komunis sepertimana yang disampaikan oleh pihak pegawai atasan.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.

Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.

Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiada mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.

[Sunting] Persediaan di Madrasah

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasa tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani. Nampaknya Ibrahim Libya telah memasang pengintip yang sentiasa sanggup berkorban nyawa demi Ibrahim Libya.

Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.

Seluruh pengikut Ibrahim Libya didakwa percaya tubuh mereka 'kebal' setelah minum air telaga di kawasan madrasah. Mereka turut solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.

Seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan ,seorang pegawai rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri. Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Antara yang terbunuh ialah Ibrahim Libya. Mereka kemudiannya di kebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana didakwa tergolong sebagai para syuhada. Darah dan peluh mereka dikatakan masih basah walaupun sudah berhari-hari di bilik mayat. Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

CtiE
12-03-10, 10:05 AM
MAS terhempas dekat Tanjung kupang, johor mengorbankan semua anak kapal dan penumpang

Malaysia Airlines Flight 653
Malaysia Airlines Flight 653 Summary

Date December 4 1977
Type Hijack
Site Tanjung Kupang, Johor, Malaysia
Fatalities 100
Injuries 0

Aircraft
Aircraft type Boeing 737-2H6
Operator Malaysia Airlines
Tail number 9M-MBD
Passengers 93
Crew 7
Survivors 0


Malaysia Airlines Flight 653 (MH653), a Boeing 737-2H6 registered as 9M-MBD (delivered in September 1972 as 9M-AQO), was a flight which crashed at Tanjung Kupang, Johor, in Malaysia on the evening of December 4, 1977. It was the first fatal accident for Malaysia Airlines, with all 93 passengers and 7 crew killed instantly. The flight was apparently hijacked as soon as it reached cruise level; the circumstances in which this and the subsequent crash occurred remain unsolved.

Sequence of events

Flight MH653 departed from Penang's Runway 22 at exactly 1921 hrs for Kuala Lumpur's Subang Airport (now known as the Sultan Abdul Aziz Shah Airport). Onboard were 7 crew and 93 passengers, including the Malaysian Agricultural Minister, Dato' Ali Haji Ahmad, Public Works Department Head, Dato' Mahfuz Khalid, and Cuban Ambassador to Japan, Mario Garcia. In charge of the flight was Captain G.K. Ganjoor.

At approximately 1954 hrs, while at a height of 4,000 feet over Batu Arang descending towards Subang's Runway 33, captain G.K. Ganjoor reported to Subang Tower of an "unidentified hijacker" onboard. The tower immediately notified the authorities, who made emergency preparations at the airport.

A few minutes later, however, Captain Ganjoor radioed:"We're now proceeding to Singapore...". The plane never touched down at Singapore.

At 2015 hrs, all communications with flight MH653 were lost.

At 2036 hrs, the residents of Kampong Ladang, Tanjong Kupang in Johor reported hearing explosions and seeing burning wreckage in a swamp. The wreckage was later identified as Flight MH653. No one on board survived, and not one recognizable body was found. The plane had hit the ground almost vertically at a very high speed.



Tanjung Kupang Memorial
From Wikipedia, the free encyclopedia


Tanjung Kupang Memorial is a cemetery for victims of Malaysia Airlines Flight 653 plane crash in Malaysia. It is located on Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. It was erected by the Johor state government on 8 December 1977 after 4 days of plane crash tragedy.