PDA

View Full Version : Panas...Hangat...Artis Tempatan...Kantoi...!!!



Pages : [1] 2 3

KiNgX
08-08-10, 11:48 PM
Sambung gosip-gosip terkini, panas dan hangat artis tempatan anda disini.....

KiNgX
09-08-10, 11:57 PM
Gambar Azie Yahaya Yang Seksi

Dia cakap.."Saya hairan mengapa orang di luar sana mempertikaikan cara pemakaian saya. Terus terang, saya selesa menjadi diri sendiri dan tidak perlu hipokrit".

Bukan standard ke artis kita pakai baju dedah sana dedah sini? Siap dengan botol-botol arak sekali. Itu kan memang rutin kebanyakan artis kita. Tak gitu?

KiNgX
10-08-10, 12:00 AM
Gambar Azie Yahaya Yang Seksi (Bahagian kedua)

KiNgX
10-08-10, 12:10 AM
Raja Azura Ke Mahkamah Untuk Dapatkan Kaunseling

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan. Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.

“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu. Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat. “Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut,” katanya yang menjelaskan khidmat kaunseling itu diadakan secara tertutup.

Tambah Raja Azura lagi, sejak beberapa hari lalu dia tidak memberi sebarang ulasan bukan untuk melarikan diri sebaliknya mahu berbincang apakah jawapan terbaik untuk diberikan kepada pihak media supaya kenyataannya nanti tidak melukakan hati mana-mana pihak. Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa. “Sebelum saya adakan sidang media ini pun suami baru sahaja hubungi saya. Dia kata “good luck”. Semalam pun (Khamis) saya memasak untuknya macam biasa,” katanya.

Pengacara itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.

KiNgX
10-08-10, 12:14 AM
Inilah gambar bakal suami Maizawati

Janda yang pernah mengahwini dua lelaki sebelum ini, Maizawati yang berusia 33 tahun bakal mengahwini seorang lagi jejaka yang 10 tahun lebih muda daripadanya pada hari ini, 9 Ogos. Itulah yang dinamakan jodohnya berkahwin dengan 3 orang lelaki.

Perkahwinan dengan Akhil Hayy pun ada 5-6 orang anak. Yang ke-3 ini ntah berapa ramai anak Maizawati nanti. Memang tidak disangka-sangka, Maizawati masih lagi 'laku'. Semoga yang ke-3 ini nanti kekal hingga ke akhir hayat.

KiNgX
10-08-10, 12:17 AM
Rambut tocang Fasha Sandha. Macam mana la rizal nak doggie sambil tarik rambut cenggini?

KiNgX
10-08-10, 12:22 AM
Awal Ashaari tak sabar nak kahwin dengan Scha

Setelah hampir setahun digosipkan, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengakui yang mereka sememangnya pasangan kekasih. Masing-masing sudah tidak malu untuk bercerita tentang kisah cinta mereka untuk dikongsi bersama peminat. Malah, dalam satu pertemuan baru-baru ini oleh Gua, jejaka berusia 29 tahun ini mengakui yang dia sudah tidak sabar ingin berkahwin dengan Scha

Petikan kata-kata beliau:


“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.
“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin. Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal.


Gediks...wak lu Awal...gua panas ni!!!!

whocare
10-08-10, 05:50 AM
ni yang buat gua x dapat tdo ni :furious:.oh awal walaupun nama mu awal dariku tapi tidak bermakna scha untukmu . sila ikut turn please !

terunasuci
12-08-10, 02:17 AM
Jutawan Jejai Beli Chevrolet Camaro ,Transformer Bumblebee, limited 4 buah saja di dunia (http://my-sensasi.blogspot.com/2010/08/jutawan-jejai-beli-chevrolet-camaro.html)

Tuan tuan dan Puan Puan sekalian...Inilah antara sebabnya mengapa Jejai menjadi pojaan dan kegilaan dan rampasan wanita-wanita Jelita di luar sana..Selain Nora Danish dan Fasha ,Tiz Zaqyah turut dikatakan mahu merampas Jejai...

Iyee,Jejai memang super duper mewah okeys...dan yang Penting kemewahan itu tak perlu dipakejkan dengan Datuk-datuk yang berusia hampir sama dengan ayah masing-masing mahupun atuk masing-masing.. (kebanyakkan artis kahwin datuk yang usianya 2 hingga 3 kali ganda umur sendiri,bahkan tak hensem dan byk yg kerepot..nak kata cinta???errrrr...ntahla...cintakan harta mungkin?)...

Pakej kemewahan ini dtg dengan seorang Jejaka diawal 30-an,masih bertenaga,dan glemer,tanpa kerepot diwajah...Jadi sapa yang tanak kan beb...sensasi pun nak join sekaki..

Jejai baru-baru ini membeli kereta Bumble bee..yang dikatakan hanya ada 4 bijik je kat dunia nie...dan salah satunya milik kekasih Fasha Sandha...Jejai...

Selain kereta terbarunya..Jejai turut memiliki kereta Bentley,dan Lamborghini...dengan Plate kereta JEJ41...




p/s : when you got money..you get honey..

terunasuci
12-08-10, 02:20 AM
IPOH - Selepas lebih setahun bercerai dengan penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, akhirnya menamatkan zaman jandanya semalam.

Dengan sekali lafaz, Maizawati sah menjadi isteri pemuda yang berasal dari Sabah, Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, tepat pada pukul 12.30 tengah hari.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Zainal Jani, 55, dengan mas kahwin sebanyak RM101 di kediaman Maizawati di No. 16, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama, Bercham dekat sini.

Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran.

Maizawati berkata, dia berkenalan dengan pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu kira-kira setahun lalu sebelum hubungan mereka menjadi semakin intim beberapa bulan kemudian.

Kira-kira 100 tetamu hadir pada majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana dengan hanya saudara dan rakan-rakan rapat dijemput. - Kosmo




p/s : Bila si Maiza ni dressing cam ni nampak berisi sangat lak...apa pun mantopppppp...hehehe

terunasuci
12-08-10, 02:24 AM
Fesyen artis sempena Ramadan...hehehe

KiNgX
12-08-10, 05:52 PM
Datuk Bung Moktar Menangis Tak Jadi Kena Penjara

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin hari ini berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada Mei lepas bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini menerima rayuannya.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhuddin Ibrahim bagaimanapun memerintahkan ahli politik dari Sabah itu membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.



Pada 19 Mei lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap Bung Moktar, 51, kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan pelakon Izette A. Samad, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam 16 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. - Harian Metro

chaosspawn
12-08-10, 06:03 PM
Jutawan Jejai Beli Chevrolet Camaro ,Transformer Bumblebee, limited 4 buah saja di dunia (http://my-sensasi.blogspot.com/2010/08/jutawan-jejai-beli-chevrolet-camaro.html)

Pakej kemewahan ini dtg dengan seorang Jejaka diawal 30-an,masih bertenaga,dan glemer,tanpa kerepot diwajah...Jadi sapa yang tanak kan beb...sensasi pun nak join sekaki..

Jejai baru-baru ini membeli kereta Bumble bee..yang dikatakan hanya ada 4 bijik je kat dunia nie...dan salah satunya milik kekasih Fasha Sandha...Jejai...

Selain kereta terbarunya..Jejai turut memiliki kereta Bentley,dan Lamborghini...dengan Plate kereta JEJ41...

p/s : when you got money..you get honey..


Sudah la mamat ni, kaya pun sebab bapak dia dah jual tanah-tanah Melayu kat Perak tu... makan la duit panas, hidup pun panas camtu jer la...

terunasuci
16-08-10, 03:57 AM
Bulan puasa ni kita tengok pic artis sexy yang camni mungkin boleh kot......

terunasuci
17-08-10, 02:21 AM
Kesian Linda Onn...kene raba ngan peminat...mungkin dia geram tgk Linda punya kot......

shytan79
17-08-10, 02:51 AM
Kesian Linda Onn...kene raba ngan peminat...mungkin dia geram tgk Linda punya kot......



ye ye aje aku buka pic nak tengok saper mamat yg bertuah tuh..kasi bikin panas je..

CtiE
17-08-10, 03:31 AM
Senarai 9 Calon Gadis Melayu Musim Ke 3

Dalam diam, rancangan realiti Gadis Melayu dah masuk musim ke 3. Kalau musim ke 2 dulu penuh dengan kontroversi melibatkan peserta-pesertanya, kali ini kami rasa pihak penganjur dah pun mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku.

Rasanya kesemua 9 calon Gadis Melayu musim ke 3 nie hebat-hebat belaka. Kami pernah berjumpa dengan salah seorang calonnya iaitu Rina. Memang dia memiliki ciri-ciri seorang gadis Melayu yang dicari selama ini. Mungkin anda boleh vote Rina kalau anda mengikuti program Gadis Melayu ini.

Senarai 9 calon gadis Melayu musim ke 3 kali ini ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang, Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.

Oh ye, pengacara bagi rancangan Gadis Melayu kali ini ialah Ashraf Muslim.

p/s : salah seorang peserta mempunyai nama sama seperti saya hehe...

CtiE
17-08-10, 04:22 AM
(GAMBAR)Arni Nazira Yang Sangat Bahagia Di Samping Keluarga Tercinta

Alhamdulillah. Nampaknya Arni Nazira sangat-sangat bahagia di samping suami dan anak-anaknya. Nampak makin berseri wajah. Nampak makin diberi ketenangan. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan.

KiNgX
17-08-10, 03:13 PM
Kekasih baru Nora Danish??? Hurmm...., sekilas pandang, macam ada iras-iras saya pun ada...ka saya tu?

KiNgX
17-08-10, 06:00 PM
Roslim Hashim Bercerai Lagi, Failkan Penceraian Esok

Sebelum ini Roslin Hashim pernah menggemparkan Malaysia apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad pada 30 Januari 2009 yang juga merupakan perkahwinan pertamanya hanya kekal selama 12 hari sahaja.

Selepas bercerai dengan Faizah Mohamad, Roslin Hashim mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Othman, 32, pada 9 Julai 2010. Namun, sekali lagi rumah tangga yang dibina kali ke-2 ini runtuh dalam usia yang boleh dikatakan masih mentah kerana tak sampai pun dua bulan. Roslin Hashim akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, pada esok hari (Rabu).

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.
Apa la agaknya ‘badi’ yang menyebabkan perkahwinan Roslin Hashim ni asyik tak kekal lama? Perkahwinan pertama hanya 12 hari manakala perkahwinan ke-2 pula tak sampai dua bulan.

CtiE
18-08-10, 02:52 AM
(GAMBAR)Inikah Bakal Tunang Akma AF3?


Gambar akma bersama bakal tunang beliau....

KiNgX
19-08-10, 09:37 AM
Roslin Hashim Dan Raja Azmi Disyaki Berdua-Duaan Dalam Hotel, Jadi Punca Penceraian

Roslin Hashim dan Raja Azmi telah disyaki check in satu hotel yang sama oleh isterinya. Disebabkan itu, isteri dan ibu mertua Roslin Hashim telah mendesak agar Roslin menceraikan isterinya.

Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Wan Mahyuddin kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi. Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.

“Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut,” katanya.

Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan.
Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.

Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan. Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.” Sementara itu Roslin ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.

Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati. Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.

Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu. Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.

“Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?” soalnya. Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar menyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.

Sementara itu, di luar mahkamah, Norhayati ketika diserbu wartawan hanya sempat menyatakan: “Saya telah dilafazkan cerai oleh suami saya, Roslin Hashim di bilik 533, Hotel Corus pada 7 Ogos 2010. Itu sahaja. You orang buat kesimpulan sendiri.”

FLO
19-08-10, 10:01 AM
saya sambung sikit KING punya :


ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?

NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.

ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?

NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.

ZULKARNAIN: Siapa lagi?

NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)

ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?

NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?

NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.

ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?

NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi

ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?

NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?

NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.

ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?

NORHAYATI: Ada.

Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.

“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.

“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.

Roslin mendakwa hubungan dia dengan Raja Azmi rapat seperti keluarga sejak 12 tahun lalu macam seperti hubungan seorang kakak atau ibu dan begitu juga Jailani.

“Ketika Norhayati sampai di hotel saya berada di luar dan kembali semula dalam 20 hingga 30 minit selepas itu ke bilik. Saya lihat Norhayati, Raja Azmi dan Jailani berdebat mengenai sesuatu yang mereka tidak puas hati.

“Dia (Norhayati) tanya saya ke mana, saya kata di luar, saya tidak ada di situ. Selepas itu Norhayati paksa saya jelaskan. Saya rasa aib dan maruah saya tercemar,” kata Roslin.

Sementara itu ketika menjawab soalan balas daripada Zulkarnain, Roslin mengakui biarpun berasa dipaksa, tetapi Norhayati tidak menggunakan senjata sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.

ZULKARNAIN: Tadi kamu kata tidak ada siapa paksa kamu ceraikan kemudian kamu kata Norhayati paksa, bagaimana?

ROSLIN: Memang diikutkan paksa. Dia (Norhayati) tanya macam-macam dan banyak kata-kata yang keluar. Malah, ibu dia juga meminta saya menceraikan dia. Keadaan tertekan dan tegang, terus saya lafazkan.

ZULKARNAIN: Kamu beritahu tadi pergi ke hotel dengan Raja Azmi, adakah satu kereta dengannya?

ROSLIN: Ya.

ZULKARNAIN: Kamu bersama dengan Raja Azmi dari jam berapa?

ROSLIN: Tidak pasti mungkin dari jam 7 malam.

ZULKARNAIN: Setuju saya cadangkan kamu bersama Raja Azmi dari jam 3 petang, makan durian dan ada aktiviti menunggang kuda di Kemensah (Hulu Klang)?

ROSLIN: Sampai ke situ?

ZULKARNAIN: Jawapan kamu?

ROSLIN: Ya.

Pada peringkat itu, Roslizam bangun membantah soalan itu dan hakim meminta soalan ditumpukan kepada kejadian cerai.

ZULKARNAIN: Selepas Raja Azmi daftar masuk kamu berada di mana?

ROSLIN: Di luar kawasan hotel kerana saya ada urusan sedikit.

ZULKARNAIN: Selepas itu bila kamu mahu balik atau kamu mahu bermalam di hotel?

ROSLIN: Masa itu (sekitar jam 8) saya mahu balik.

Mahkamah menetapkan 1 September ini untuk pihak plaintif mengemukakan hujah dan pada 22 September depan untuk pihak defendan.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad, 32, hanya bertahan 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari tahun lalu.

CtiE
19-08-10, 10:27 AM
(GAMBAR)Anak-Anak Selebriti Malaysia Yang Kiut Miut ~~~

Comel sungguh anak-anak selebriti Malaysia nie. Tapi jangan risau sebab sebenarnya semua budak-budak memang comel. Kalau anda bukan selebriti pun, kami percaya yang anak anda secomel atau mungkin lebih comel daripada anak-anak selebriti Malaysia nie. Budak-budak memang cute. Rasa nak cubit je pipi sorang-sorang.

terunasuci
19-08-10, 03:46 PM
Selalu kita tgk artis ni kat tv dengan make-up...meh kita teropong muka2 artis tanpa make-up la...ada yang masih nampak manis, tp ada yang adoiiiiii...nak komen pun malas.......

terunasuci
20-08-10, 11:34 AM
KUALA LUMPUR – Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tiada tanda akan berkesudahan apabila semalam penerbit filem itu ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.

Belum pun reda kisah dia dikaitkan sebagai punca perceraian bintang badminton, Muhammad Roslin Hashim dan Nurhayati Othman, Raja Azmi ditahan pada pukul 4.50 petang selepas dia membuat laporan polis berhubung satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang didakwa mempunyai unsur ugutan.

Penerbit filem itu ditahan selepas dia didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Dalam kes tersebut Raja Azmi didakwa terlibat dalam satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.

Sehingga pada pukul 12 malam tadi, Raja Azmi tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia akan terus dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) hari ini.

Suaminya, Jalani Sidek cuba mengikat jaminnya tetapi gagal. Akibatnya Raja Azmi kena berbuka puasa di dalam lokap.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan penahanan Raja Azmi oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

“Wanita itu ditahan berkaitan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 21 Julai lalu ekoran keingkaran penerbit filem itu untuk hadir satu perbicaraan,” kata beliau.

Sebelum ditahan, menurut beliau, Raja Azmi datang ke IPD Ampang untuk membuat laporan berhubung dakwaan dia menerima satu mesej SMS yang didakwanya ada unsur ugutan daripada seseorang yang tidak dikenali. - Kosmo

CtiE
20-08-10, 12:07 PM
Raja Azmi tidur lokap

AMPANG: Hanya sehari selepas namanya terpampang di media kerana dikaitkan dengan kes perceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang juga isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek sekali lagi mencipta kejutan apabila ditahan polis, petang semalam.

Bagaimanapun, penahanan wanita berusia 51 tahun itu ketika hadir di Balai Polis Ampang di sini, kira-kira jam 3.30 petang tiada kaitan dengan kes rumah tangga Roslin, sebaliknya disebabkan kegagalannya menghadiri satu perbicaraan mahkamah pada Julai lalu.

Sumber polis berkata, Raja Azmi yang pernah dikenakan waran tangkap berikutan kesalahannya itu ibarat menyerah diri berikutan dia ditahan ketika hadir di Balai Polis Ampang untuk membuat laporan mendakwa isteri Roslin, Norhayati Othman, 38, memberi keterangan tidak benar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kelmarin berhubung kononnya dia berkhalwat dengan pemain badminton negara itu.

“Dia tiba di Balai Polis Ampang dengan menaiki kereta ditemani Roslin dan seorang lagi kenalannya. Malah, seorang lagi pegawai polis turut mengambil keterangan bertulis daripada Roslin berhubung laporan yang dibuat sebelum itu bersama Raja Azmi.

“Polis hanya menahan Raja Azmi sejurus selepas dia memberi keterangan mengenai laporan dibuatnya,” kata sumber itu.

Difahamkan, Raja Azmi gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan berhubung kes bankrap bersama suaminya.

Sumber itu berkata, disebabkan waran tangkap ke atasnya baru dikeluarkan pihak mahkamah, Raja Azmi tidak boleh dijamin dan terpaksa bermalam dalam lokap wanita Balai Polis Pandan Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menahan penerbit filem itu kira-kira jam 4.50 petang semalam.

enurutnya, Raja Azmi ditahan atas kesalahan tidak hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Bahagian Dagang pada 21 Julai lalu.

“Tahanan terhadapnya dilakukan di Balai Pandan Indah, Ampang di sini. Dia akan dibawa ke Mahkamah Tinggi esok (hari ini) atas waran tangkap dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, Raja Azmi mencetuskan kontroversi apabila Norhayati memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, wanita itu berdua-duaan bersama suaminya di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang di sini.

Dalam keterangannya itu, Norhayati bersama dua adik dan ibunya menemui Roslin bersama Raja Azmi dalam bilik hotel terbabit pada jam kira-kira 8 malam 7 Ogos lalu sebelum Roslin melafazkan ‘I cerai youlah’ pada jam 8.32 malam.

Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) baru berkahwin dan Roslin pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Jalan Ampang, di sini.

terunasuci
23-08-10, 10:21 AM
Meh kita layan pic2 artis tanpa make up lagi...layan pic artis seksi2 kurang lak pahala puasa kita nanti...hehehe

KiNgX
23-08-10, 09:08 PM
Shahrul kekasih baru Nora Danish?

Dahulu anak Tan Sri, kini anak kepada Datuk yang berasal dari Kelantan. Entah benar atau tidak sukar untuk dinyatakan, namun melihat daripada gambar mesra dibawah ini, sepertinya Nora sudah memiliki kekasih hati yang baru yang mungkin salah seorang daripada orang yang digosipkan dahulu.

Namanya Shahrul dan seperti sediamaklum, penyanyi Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat juga pernah mendampiginya satu masa dahulu. Daripada info lain juga, Shahrul juga suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, tidak dipastikan apa motif sebenar Shahrul itu.

KiNgX
23-08-10, 09:10 PM
Gambar Waheeda terbaru berpurdah

Penampilan yang agak istimewa daripada pasangan suami isteri Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir baru-baru ini pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala.

Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah. Kata Waheeda selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

KiNgX
23-08-10, 09:27 PM
Rozita Che Wan Baru Tiga Malam Tinggal Terawikh

Difahamkan pada bulan puasa ini Rozita Che Wan juga sibuk dengan aktiviti lakonannya. Namun sesibuk manapun Rozita Che Wan tidak lupa menunaikan ibadah puasa serta solat sunat terawikh. Selepas 10 hari berpuasa, baru 3 hari Rozita Che Wan terlepas terawikh.
"Saya sama seperti orang lain yang tetap berpuasa pada bulan Ramadhan. Malah saya akui bahawa selepas 10 hari kita berpuasa, baru tiga hari saya tertinggal menunaikan solat sunat Terawikh.

“Jika mempunyai kesempatan, saya akan pulang berbuka bersama keluarga dan menunaikan solat Terawikh di surau berhampiran. Malah ketika bersahur, saya turut memasak untuk anak-anak. Namun anak-anak saya sukakan makanan yang ringkas ketika bersahur.

"Cuma apabila berlakon pada siang hari, saya akan rasa sedikit penat. Tetapi berlakon merupakan 'periuk nasi' saya dan saya perlu jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya," katanya yang kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pemuda yang bekerja di Singapura. - gua.com.my <---- abangbecha diharap banyakkan bersabar dan dapat menerima kenyataan ini.

terunasuci
24-08-10, 11:55 AM
Emma Akma bercinta lagi

Tahun lalu pelakon Emma Akma melalui detik paling sukar apabila berdepan masalah rumah tangga. Dia akhirnya disahkan bercerai talak tiga dengan bekas suami dan melalui detik sukar apatah lagi berhari raya tanpa suami di sisi.

Emma akui dia pernah rasa rendah diri dan kemurungan selepas itu. Kerjaya lakonan juga terjejas. Tapi kini segalanya berubah dan Emma sudah boleh bangkit semula. Apa yang menjadi pendorongnya untuk bangkit?

Kata Emma: "Tahun lalu memang saya down sangat. Saya sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada diri saya. Tawaran berlakon juga hampir tak ada pada masa itu sebab Emma banyak berkurung dan orang anggap saya tak mahu aktif. Tapi saya sedar yang saya perlu lakukan sesuatu untuk terus hidup. Saya perlu berjuang.

"Sebab itulah saya bangkit semula dan boleh melupakan kepahitan yang saya lalui itu. Buat apa saya sedihkan diri sedangkan orang lain sedang bergembira. Saya semakin kuat apabila sekarang ada seseorang yang menyokong saya."

Emma akui hatinya kini berbunga cinta semula apabila mengenali seorang pelakon baru, Raffi Hussin. Sudah hampir setahun mereka berkawan dan hubungan semakin hari semakin mesra. Emma juga enggan berselindung apabila ditanya keakrabannya dengan Raffi.

"Saya tak mahu berselindung, nanti kalau orang nampak kami bersama akan timbul cerita tidak elok pula. Sekarang kami memang sedang berkawan, bab jodoh itu kita tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh... adalah, kalau tak ada jodoh tu nak buat macam mana. Tapi hari ini dialah pilihan saya," kata Emma.

Raffi kelihatan malu-malu apabila Emma membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi pelakon yang berasal darai Sabah itru jauh lebih muda daripada Emma. Raffi baru berusia 24 tahun sedangkan Emma sudah lewat 30-an.

Emma akui semasa ada seseorang mahu memperkenalkannya dengan Raffi, dia macam rasa kurang secocok lebih-lebih lagi apabila mengetahui usia Raffi lebih muda. Tapi apabila lebih mengenali, dia mula tertarik dengan pelakon bertubuh sasa itu.

":66:ada saya, usia bukanlah halangan, yang penting keikhlasan hati dalam berkawan," kara Raffi semasa ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Emma buat hamper raya

Emma sememangnya seorang yang ligat berniaga. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Dia menyediakan perkhidmatan tempahan membuat hamper kuih raya serta menerima tempahan kuih raya.

"Kuih raya ini dibuat di rumah, bukannya diambil dari kilang. Bukan Emma yang buat sebaliknya hasil tangan saudara Emma. Emma yakin untuk menjualnya sebab rasanya sedap. Emma juga ambil tempahan membuat hamper raya. Alhamdulillah banyak juga tempahan setakat ini," katanya.




p/s : MILF camni yang aku dok cari2 ni......

Retiree01
24-08-10, 01:46 PM
p/s : MILF camni yang aku dok cari2 ni......

TS .. payah sikit la skrg ni...semua MILF MILF ni x pandang dah FILF yg sezaman...dok carik pucuk muda je skrg ni .....heheheeh

terunasuci
24-08-10, 02:21 PM
TS .. payah sikit la skrg ni...semua MILF MILF ni x pandang dah FILF yg sezaman...dok carik pucuk muda je skrg ni .....heheheeh

ehhhh...ko jgn silap...aku ni kira tahap pucuk muda lagi tau...hahaha

Retiree01
24-08-10, 05:06 PM
ehhhh...ko jgn silap...aku ni kira tahap pucuk muda lagi tau...hahaha



pucuk muda untuk MILF category Kak Pah dan keatas...hehehehe

KiNgX
24-08-10, 11:36 PM
Gambar Anak Faizal AF4

Dah lama tak dengar cerita pasal Faizal AF4. Sejak tersebar gosip yang mengatakan Faizal AF4 ditangkap basah sehinggalah kepada pendedahan tentang perkahwinannya, Faizal AF4 terus senyap dari dunia hiburan. Tiada lagi liputan tentang kisahnya di media hiburan.

Berikut adalah beberapa keping gambar anak Faizal AF4. Maklumat detail tentang anak Faizal seperti nama dan berapa umur masih belum diketahui. Gambar isteri Faizal juga masih tidak didedahkan.

terunasuci
26-08-10, 01:57 PM
Artis camni at least dapat kita jadikan contoh...menyanyi pandai, menjadi imam pun pandai......

Faizal Tahir Jadi Imam di Lubnan......

KiNgX
27-08-10, 04:14 PM
Aida, Joe Radzwill bercerai talak satu

PETALING JAYA: Pasangan pelakon yang juga suami isteri, Aida Radzwill dan Joe Radzwill disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Joe, 40, nama sebenarnya Ismail Ahmad @ Mohd Radzwil melafazkan talak terhadap Aida di depan Hakim Syarie Mohd Yusri Kassim sebaik saja beliau membenarkan permohonan Aida, 58, untuk meminda permohonan fasakh yang difailkan sebelum ini kepada perceraian secara baik.

Aida atau nama sebenarnya Aida Khalida Ahmad juga bersetuju untuk menggugurkan haknya terhadap nafkah edah dan mutaah dalam perceraian itu. Beliau hadir tanpa diwakili peguam berikutan peguam syarie, Nahar Alias menarik diri daripada mewakilinya.

Peguam syarie Joe, Roslizam Rahim memaklumkan kepada mahkamah Aida bersetuju untuk bercerai secara baik dengan anak guamnya. “Pindaan permohonan itu dibuat Aida selepas kedua-dua pihak bersetuju sebaik saja selesai mengadakan perbincangan di luar mahkamah,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui wartawan di perkarangan mahkamah, mereka memberitahu akan terus bersahabat dan Joe menjelaskan beliau bersetuju untuk bercerai secara baik selepas pulang dari mengerjakan umrah dua hari lalu. Pada 27 April lalu, Aida memfailkan permohonan fasakh terhadap Joe dengan mendakwa bekas suaminya itu gagal memberi nafkah selama lebih tiga bulan selain sering menyakiti dirinya sehingga menyebabkan beliau hidup menderita dan tertekan.

Dalam pernyataan pembelaannya, Joe menolak tuntutan itu dan menuntut supaya Aida kembali taat dalam tempoh 14 hari. Sebelum itu, pasangan itu dilaporkan bernikah di Yala, Selatan Thailand pada 6 November 2002 sebelum mengesahkan pernikahan mereka pada 3 September 2009 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.

(http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/419891/0/cc?z=admaxasia2&pid=2abfe6d1-c3ba-4b0a-b8ac-d438f6a7599c&asid=c36a2235-7eb1-4b70-8fb1-f680d30ffae6)

whocare
28-08-10, 05:37 AM
Artis camni at least dapat kita jadikan contoh...menyanyi pandai, menjadi imam pun pandai......

Faizal Tahir Jadi Imam di Lubnan......




aku xde la nak komen hape. tapi yg aku bangga coz dea salah sorang penyanyi idola aku
satu lagi . dea pakai jersi LIVERPOOL tuuu!
hahaha

FLO
28-08-10, 10:40 AM
KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini. Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka. "Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti," katanya ketika dihubungi semalam. Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga. "Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah," katanya.

hantusiang
28-08-10, 04:02 PM
KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini. Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka. "Ya, kami akan berkahwin pada Disember ini. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan kami lagi, tunggu masa yang sesuai nanti," katanya ketika dihubungi semalam. Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga. "Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah," katanya.

Flo diorg ni mmg dah lama giler kawan..kebetulan member aku cousin Nasa penah la lepak skali dulu..!! its was like 4 years back..!!

Puteri Hang Li Po
01-09-10, 02:40 PM
68007

Klu ade sesape yg teringin nak tengok gambar Rozita Che Wan dolu-dolu.

KiNgX
02-09-10, 11:10 AM
Sila tengok selepas anda berbuka puasa...gambar ini amat mengiurkan....Zizie Ezette

terunasuci
02-09-10, 11:22 AM
Akhil Rasai Nikmat Kawini Waheeda


KAJANG, 30 OGOS 2010: Tanggal 16 Ogos yang lalu genaplah setahun usia perkahwinan pasangan Akhil Hayy dengan penyanyi irama nasyid, Waheeda yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi serta mendapat tomahan daripada banyak pihak khususnya di awal perhubungan mereka.

Namun segala tomahan yang melanda hubungan mereka itu telah pun dapat ditangani dengan baik. Malah, mereka turut menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka itu di satu majlis berbuka puasa yang diadakan secara sederhana di premis Akhil Hayy iaitu Akhil Network di Sentosa Avenue, Kajang pada malam Khamis lalu.

Sewaktu ditemubual murai.com.my, Akhil berkata, dia berasakan dirinya seperti baru sahaja diijabkabulkan dengan Waheeda apabila dia kini masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan perkahwinannya yang kali kedua itu.

"Saya hampir tak sedar yang perkahwinan kami ini sudah pun mencecah usia setahun. Namun, tempoh setahun ini adalah tempoh kami masih dalam peringkat awal perkahwinan dan sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam hubungan ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah mula rasa nikmatnya perkahwinan itu," katanya sambil diperhatikan oleh Waheeda yang duduk bersebelahan dengannya ketika itu.

Sungguh pun begitu, Akhil memberitahu, dia mengagumi isterinya yang nampak tidak kekok dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu kepada kedua-dua anaknya hasil perkahwinan pertamanya.

"Saya kagum dengan Waheeda kerana selepas berkahwin dengan saya, dia sanggup ambil keputusan yang agak mendadak dengan meninggalkan dunia glamornya demi saya dan keluarga.

"Waheeda seorang isteri dan wanita yang cukup bertanggungjawab, amanah serta penyayang terutama terhadap anak-anak saya. Mereka sentiasa mendapat perhatian daripadanya. Alhamdulilah, dia juga berjaya menjadi pembimbing yang baik kepada anak-anak saya," jelasnya dengan harapan supaya Waheeda akan menjadi isteri yang lebih baik daripada semalam.

Sementara itu, Waheeda yang mengakui begitu menyayangi kedua-dua anak Akhil Hayy itu serta sudah mula menganggap mereka seperti anaknya sendiri memberitahu, dia sudah pun memikul tanggungjawab itu untuk menjadi ibu kepada anak-anak tersebut.
"Saya anggap anak-anak ini amanah Allah kepada saya. Terus-terang saya katakan saya akan rasa berdosa jika mengabaikan mereka. Insya Allah, saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk mereka selagi saya mampu.

"Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa ini, saya mengambil peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka dalam pelajaran. Saya sendiri yang menjadi guru tuisyen kepada mereka di rumah kerana saya sangat menitik beratkan pelajaran ," kata Waheeda yang sehingga kini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Selain meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, Akhil dan Waheeda juga turut sama meraikan ulang tahun anak lelaki Akhil, Muhammad Shariff Hidayatullah yang ke- 12 tahun .Serentak dengan itu juga Akhil telah melancarkan syarikat barunya itu yang bernama Akhil Network.

"Akhil Network merupakan satu tapak untuk menjana pendapatan tambahan bukan sahaja untuk diri saya malah untuk semua umat Islam. Kami memberi peluang kepada peniaga untuk berniaga dan dalam pada masa yang sama turut berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci mekah.

"Selain itu, Insya Allah saya mempuanyai plan untuk menerbitkan sebuah filem yang berasaskan agama yang hanya menyampaikan mesej-mesej berunsur dakwah khusus pada umat Islam. Itu pun setelah perniagaan kami yang pertama ini kukuh dan berjaya menadapat hasilnya,"kata Akhil.

Sebagai permulaan, Akhil telah pun melancarkan beberapa produk iaitu pewangi Akhil Perfume, pelekat kaki untuk kesihatan, Akhil Foot Patch dan penapis air Akhil Hot & Cold. Perniagaan jenis unilevel itu merupakan satu program berniaga sambil beribadah khusus untuk semua umat Islam. Semua maklumat mengenai perniagaan itu boleh didapati di www.akhil2u.com (http://www.akhil2u.com/)





p/s : nikmat? dgn bini dulu smpi kuar anak berderet2 tu pun nikmat ke??
p/s : mungkin nikmat anak dara ngan nikmat janda tak sama kot

KiNgX
02-09-10, 11:28 AM
Bila tengok gambaq Rozita Che Wan ni, mata angpa tengok tang mana yang lebih?

terunasuci
02-09-10, 11:29 AM
Amboiii...mentang2 Memiang dan Nomiang nak bertunang raya nanti, si Abby ni pun apa lagi...tunjuklah kemesraan dia dengan si Zul ni plak...siap sedondon lagi tu......

KiNgX
02-09-10, 11:46 AM
Gambar artis tempatan, Syella Kamaruddin. Gambar ikut turutan dari Sopan ke Seksi

(http://www.skycrewz.net/blog/syella-kamaruddin-versi-sopan-ke-seksi-18sx/#ixzz0yL7fALvz)

CtiE
02-09-10, 05:29 PM
Sindiran Pedas SM Faisal Kepada Marion Caunter (http://beautifulnara.com/sindiran-pedas-sm-faisal-kepada-marion-caunter/)



Memang tajam menikam je ayat SM Faisal yang kalau tak silap kami adalah abang kepada SM Nasaruddin. Mungkin ayat ini ditujukan selepas pengakuan Marion Caunter yang dia akan berkahwin dengan SM Nasaruddin Disember ini (http://beautifulnara.com/sm-nasarudin-kahwini-marion-caunter-disember-ini/).
Kalau kami jadi Marion pun kemungkinan besar kami akan berusaha untuk semua orang tahu yang kami akan kahwin dengan SM. Laki kaya tue beb. Kalau kena kebas mana nak carik laki sekaya tue. Rugi wei ~~
Tapi dalam hati nie ada gak la malu kalau kena sindir baik macam nie. Hehehe.

CtiE
02-09-10, 05:32 PM
AC Mizal Dapat Gelaran Datuk Dari Sultan Pahang (http://beautifulnara.com/ac-mizal-dapat-gelaran-datuk-dari-sultan-pahang/)

Wah. Kagumnya kami dengan AC Mizal. Selepas maju dengan bisnes gelang dia, kali nie dapat gelaran Datuk pulak dari Sultan Pahang. Mungkin rezeki di bulan Ramadha kot. Moga-moga AC makin maju selepas ini.
Oh ye untuk yang tak mengetahui, AC mungkin boleh dimasukkan ke penjara kerana kes nafkah anaknya. Keputusan mahkamah bakal diketahui 28 Oktober ini.

FLO
03-09-10, 09:09 AM
dalam kes keluarga NAZA ni
agak pelik bila anak kedua menjadi teraju kpd sykt bapa dia...
anak lelaki pertama ni kurang menonjol barangkali berbanding adiknya
dlm dunia auto ni..mmg SM Nasarudin seorang yg agresif
slp bapa beliau meninggal..dia memang menyapu hampir bersih
penguasaan dlm industri automobil ni..lagi agresif dr arwah tan sri sendiri
tak kata industri kereta..industri moto pn sama...

ummmmmmmmm

KiNgX
06-09-10, 11:16 AM
Sosilawati hilang. Jutawan kosmetik tak dapat dikesan sejak 30 Ogos

KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.

Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan.

Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu. Sooselawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya. Difahamkan, selain pemandunya, Sooselawati turut ditemani dua lagi individu. Ketiga-tiga individu itu juga tidak dapat dikesan sehingga malam tadi.

Berdasarkan maklumat diterima, tiga individu yang bersama Sooselawati ialah peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank yang mengikuti ahli perniagaan itu untuk meninjau projek terbarunya di Banting, katanya. Kali terakhir Sooselawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dua hari sebelum itu, Sooselawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash atau Nasharuddin Elias.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan pihaknya menerima dua laporan dibuat ahli keluarga jutawan berkenaan berhubung misteri kehilangannya.

Pengadu (anak Sooselawati) memberitahu ibunya tidak pulang pada tarikh sepatutnya, selain mereka gagal mengesan dan menghubunginya. Sama ada kehilangannya mempunyai unsur jenayah atau tidak, itu semua sedang disiasat. Setakat ini, kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana keluarganya belum menerima apa-apa panggilan menuntut wang tebusan, katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Rakan Cop melalui talian 03-2115 9999 bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

KiNgX
06-09-10, 01:08 PM
Depa kata ni kekasih Aliff Aziz....saya mana tau, saya tau upload ja.

Untuk yang tak tau, Aliff Aziz ini ialah penyanyi kelahiran Singapura. Aliff Aziz baru berumur 19 tahun dan sedang menjalani National Service Singapura. Kekasih Aliff Aziz yang bernama Putri Norizah Ibnor Riza adalah anak kepada penyanyi Malaysia, Ibnor Riza. Putri Norizah kini berada di Brunei untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma.

terunasuci
07-09-10, 09:41 AM
Keluarga bahagia Faizal AF4


MEMEGANG gelaran sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4) membuatkan dirinya tidak dapat lari daripada gosip-gosip liar yang cuba untuk menjatuhkan namanya.

Kira-kira setahun yang lalu pemilik nama Mohd. Faizal Ramly ini telah dihambat dengan pelbagai gosip angkara berkahwin dengan tidak memberitahu pihak media dan peminat-peminat. Pendek kata perkahwinan anak kelahiran Terengganu itu secara senyap-senyap dan sudah tentu menimbulkan misteri, khususnya buat pihak media – misteri yang harus dibongkar! Itu menjadi pencetus Faizal sering menjadi berita hangat yang malangnya bukan berunsur positif, sekali gus menenggelamkan publisiti tentang karier seninya.

Mengimbas semula pernikahan kontroversinya itu, menurut Faizal, dia dan isterinya Nur Asyikin Mansor, 24, telah diijabkabulkan pada 12 Februari 2009 di Temerloh, Pahang.

Katanya, dia dan Nur Asyikin sebenarnya sudah lama berkenalan tetapi selepas berlakon bersama dalam filem Momok The Movie, barulah mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Mungkin saya pun silap juga sebab tidak memberitahu media saya hendak berkahwin. Saya ingat nak buat majlis kecil-kecilan sahaja. Masa itu saya fikir nak buat benda baik, jadi buat apa nak tunggu-tunggu lalu kami pun terus berkahwin,” ucapnya ketika hadir pada sesi fotografi di Studio Utusan, baru baru ini.

Dalam pada itu, Faizal menegaskan dia ingin membetulkan fakta tentang berita yang ditulis sebelum ini yang mendakwa keluarganya di Terengganu tidak mengetahui tentang perkahwinannya itu.

Bukan untuk menegakkan benang yang basah tetapi Faizal hanya mahu memberitahu perkara sebenar kepada umum demi keberkatan hidupnya bersama keluarga di hari-hari yang mendatang kelak.

“Ketika (dihujani pertanyaan media) itu, keluarga saya sebenarnya panik kerana tiba-tiba sahaja wartawan datang dan menghubungi mereka di rumah. Keadaan itu membuatkan mereka panik dan secara tidak langsung keluar kenyataan bahawa mereka tidak tahu bahawa saya sudah berkahwin,” ujarnya.

Lega selepas meluahkan mengenai perkara itu, Faizal sambil menguntumkan senyuman buat dua insan di sebelahnya yang benar-benar membawa sinar harapan yang terang dalam hidupnya kini. Jika pada tahun lepas, dia pertama kali bergelar suami, namun pada tahun ini dia melengkapkan dirinya dengan bergelar bapa pula.

Sememangnya kurniaan Allah memberikan rezeki yang tiada tolok bandingnya ini – seorang bayi comel yang dinamakan sebagai Nur Alia Damia, lapan bulan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang didirikan Faizal dan isteri.

Justeru, sambutan hari raya kali ini benar-benar membawa keseronokan buat Faizal kerana ini kali pertama dia menyambutnya sebagai seorang bapa.

Ketika sesi fotografi ini kebahagiaan keluarga muda itu terserlah saat Faizal dan isteri asyik melayan telatah anaknya yang ceria setiap kali dirinya dirakam jurufoto.

“Saya mengakui dapat merasakan betapa nikmatnya hidup berkeluarga dan keseronokan menjadi seorang suami dan bapa kepada Damia yang keletahnya agak lasak ini. Selepas sudah berkeluarga ini, fokus saya pun lebih menjurus kepada keluarga terutamanya isteri dan anak-anak,” ungkapnya.

Selain keluarga, Faizal kini menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai anak seni. “Tujuan saya berada di sini sebagai artis juga adalah untuk menjual bakat yang saya ada. Sebab itu kalau boleh, saya tidak mahu melibatkan isteri dan anak-anak dalam kerjaya seni saya,” tutur Faizal.

Bagaimanapun, Faizal bersyukur kerana peminat-peminat sentiasa dan masih menyokong kerjayanya sehingga sekarang.

“Bila terjumpa peminat, mereka juga sering bertanya khabar dan menanyakan perkembangan terkini diri saya,” ujarnya.

Sementara menurut Nur Asyikin, keputusan yang diambilnya untuk berkahwin dengan Faizal adalah tepat kerana dia tertarik dengan kesopanan dan senyuman Faizal.

“Faizal suka merendah diri dan tidak sombong, hormat orang tua, tidak berlagak dan yang paling saya suka senyumannya.
“Tetapi selepas berkahwin dengan Faizal, saya harus faham dengan kerjaya dia sebagai seorang artis dan mempunyai ramai peminat,” akuinya.




p/s : inilah artis Malaysia, masa kawin tak nak mengaku...tp bila dah dapat anak, dah bercerai berai baru nak mengaku...macam2 alasan dibagi......

FLO
07-09-10, 11:29 AM
SosehSoseh: Aksi ghairah di tandas




http://www.mk-portal.org/myMetro/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1))



TIDAK habis-habis dengan kontroversi video eksklusif yang kurang enak ditonton.
SS ingatkan ramai mengambil iktibar dari berita dipaparkan supaya lebih berhati-hati dan menjaga tingkah laku bimbang aksi kurang senonoh itu dirakamkan kemudian disebarkan di internet.
Tapi nampaknya manusia memang mudah lupa. Kisah terbaru yang SS dengar, rakaman yang dikatakan membabitkan penyanyi wanita popular menari penuh ghairah dalam tandas pusat hiburan.

Bagaimanapun, tidak tahu pula jika aksinya menari seperti melepas gian itu dilakukan pada bulan Ramadan atau hari biasa. SS rasa perlakuan artis itu dilakukan di bawah sedar kalau tidak takkan tidak malu beraksi begitu.

Apa yang SS dengar, rakaman aksi menari penuh perasaan itu dilakukan salah seorang rakan yang bersama artis itu. SS tidak tahulah apakah ketika itu ramai orang dalam tandas itu atau hanya mereka saja.

Mereka menari gelek tarian gaya penari kelab malam malah sekali pandang seperti Lady Gaga. Sambil menggoyang badan, tangannya perlahan-lahan melucutkan 'spaghetti string' dipakai hingga hampir menampakkan pakaian dalam.

Berdasarkan klip, wajahnya jelas kelihatan dengan lagu berlatarkan lagu disko. Kata rakan SS, memang dia kenal suara artis itu terutamanya gaya ketawa dan rambut perangnya. SS bukan hendak sibuk menjaga tepi kain orang tetapi kelakuan dipamerkan seseorang yang terkenal di stesen televisyen mahu pun pentas persembahan, boleh memalukan golongan artis. Sudahlah menari di tempat awam, apa persepsi orang terhadap peminat atau orang yang mengenalinya masuk ke tandas berkenaan? Sudah tiada perasaan malukah dalam diri artis ini? Kalau ikutkan, bukan budak hingusan malah bakal menjadi isteri orang. Tidak tahulah SS apakah itu melepas geram sebelum meninggalkan zaman remajanya. Tapi kalau hendak pergi berhibur atau bersuka ria bersama rakan pun, carilah tempat lebih sesuai bukan di tempat ramai tumpuan seperti dalam tandas.



p/s : sapa ni wei?? ada clip dia tak?

KiNgX
07-09-10, 11:35 AM
Pas raya ni, aku nak suh mak aku masuk minang minah ni...sejuk ati membaca..inikah "zulaikha" yang ku cari selama ini??

KiNgX
07-09-10, 11:53 AM
A"wak-lu" Ashari dan Tiz Zaqyah. Depa main olok-olok ka, atau betoi ka saya tak tak tau...saya tau upload ja.

FLO
08-09-10, 11:02 AM
Tengok gambar di bawah...ada blog hiburan kata Zizan pegang dada artis veteran Malaysia, Rosnah Mat Aris dalam salah satu adegan dalam filem “Kapoww!!”.....
Yang menjadi persoalannya sekarang adakah Zizan sengaja pegang atau terpegang?
Kalau terpegang takpelah....maknanya tak berniatlah apa-apa la tu kan.
Persoalan sekarang, ada yang berkata Zizan pegang bahu dan bukanya dada.....semacam satu debat di blog-blog hiburan.....ada pembaca kata dada...ada kata bahu....
Kalau tanya Satu Hala rasanya macam pegang dada aje rupanya....tapi tak sengajalah kot Zizan buat camtu........
Tapi apa pun, penuh semangat cara dia pegang beb...segengam penuh tu!!!

KiNgX
11-09-10, 12:57 PM
Khabarnya Bunga dah hamil tahap dewa disamping berat badannya yang juga naik. Besar bukan main lagi kandungannya. Ni mesti anak kembar ni nanti kalau perut dah macam ni.

KiNgX
11-09-10, 01:00 PM
Khabarnya, Sarah Raisuddin sudah pun bernikah secara diam-diam. Kata si 'teman' tadi dengan siapa lagi kalau bukan Shuib daripada kumpulan Sepah yang dikatakan cukup akrab dengan Sarah sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, Sarah sendiri pun sudah pernah bertandang ke rumah keluarga Shuib di Kulai, Johor.

(http://4.bp.blogspot.com/__9zHxnLmQb4/R58vez93zeI/AAAAAAAAAS8/jSDRS94NKRg/s320/ct.JPG)Walaupun Sarah dan Shuib sering menyifatkan hubungan mereka sekadar kawan baik, namun ramai pihak yang berpendapat bahawa mereka sememangnya sangat serius bercinta. Tup-tup sekarang in timbul pulak cerita pasal kisah kahwin mereka. 'teman' beritahu lagi, dia dapat berita ini daripada satu sumber. Lalu dia mintak agar gosip ini disiasat untuk mendapat kesahihan serta kepastian tentang hal ini. -Murai

eliazara
12-09-10, 02:48 AM
dikhabarkan ada berita terkini dari sumber2 yang boleh dipercayai.....

Berita ini masih tak diconfirmkan lagi. Tetapi 4 mayat ditemui dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Morib berkemungkinan besar ialah Datuk Sosilawati dan mereka yang terlibat dalam kes kehilangan.

Kita tunggu berita selanjutnya sebab identiti mayat ini belum disahkan oleh pihak polis. Tapi kemungkinan besar mayat/tubuh yang dibakar ialah Datuk Sosilawati.

Update: Ada 2 versi cerita. Satu jumpa dibakar kat ladang kelapa sawit. Satu lagi jumpa kena buang kat laut Morib. Tak tau mana satu yang betul lagi. Nantikan.

p/s:harap bukan dia yang dimaksudkan, but still kalau sesiapa pun yang mati diperlakukan sedemikian, manusia tak berhati perut je yang sanggup buat....Innalillah..........

kalau benar berita ini ....semoga roh mereka tenang di sana...............amin..

hangleq
12-09-10, 12:12 PM
Pasai apa raya tahun ni byk sgt ceta Harun Salim Bachik dgn Jalil Hamid ni.....<---rungutan sorang kwn..adakah benar..ader sesaper terjah..hahhahaa..best ker citer diorg???

awangblack
12-09-10, 04:18 PM
Pasai apa raya tahun ni byk sgt ceta Harun Salim Bachik dgn Jalil Hamid ni.....<---rungutan sorang kwn..adakah benar..ader sesaper terjah..hahhahaa..best ker citer diorg???

criter diorang memang best la...tapi aku tak ingat tajuk filem. Dok umah, stanby kuih raya sambil layan tv

KiNgX
12-09-10, 09:19 PM
Kes Datul Sosilawati ni memang berprofil tinggi, setiap masa, di setiap channel dan media massa yang lain semua melaporkan tentang perkara ni. Tersedak Ismail Omar pes day keja sebagai Ketua Polis Negara.

hantusiang
13-09-10, 12:00 PM
Kes Datul Sosilawati ni memang berprofil tinggi, setiap masa, di setiap channel dan media massa yang lain semua melaporkan tentang perkara ni. Tersedak Ismail Omar pes day keja sebagai Ketua Polis Negara.

so sekarang diorg dah confirm she has been murdered ...!! kesian..kan..

hantusiang
13-09-10, 12:01 PM
Khabarnya Bunga dah hamil tahap dewa disamping berat badannya yang juga naik. Besar bukan main lagi kandungannya. Ni mesti anak kembar ni nanti kalau perut dah macam ni.
bunga cinta lestari ker tu...apsal lain bebenor..!! mcm di pam-pam..!!!

vyruz
13-09-10, 11:36 PM
bunga cinta lestari ker tu...apsal lain bebenor..!! mcm di pam-pam..!!!

are you sure hahahhahah memacam tapi tak dpt la video dia

terunasuci
17-09-10, 12:03 PM
Penyanyi lagu Rasa Hati, Effa Rizan kini berwajah baru sebab tiada lagi tahi lalat besar di atas bibirnya. Mengapa Effa membuang tahi lalat yang menjadi trade mark dia sejak zaman 70-an lagi?

Adakah Effa rasa kehadiran tahi lalat hidup yang semakin membesar itu menyulitkannya?

“Kak Effa tak buang… sebenarnya tahi lalat ini luruh semasa Kak Effa sakit hari itu. Kalau buang pasti cantik dan tak ada kesan. Inikan ada kesan,” kata Effa sambil menunjukkan ketulan kecil pada bahagian tahi lalat pada wajahnya.





p/s : first time aku dengar taik lalat boleh jatuh sendiri....

KiNgX
18-09-10, 04:55 PM
Marsha pakai baju fitted dalam majalah In Trend

KiNgX
18-09-10, 04:57 PM
Gambar Hari Raya Awal Ashaari, Scha al Yahya ----> bengang pulak aku tengok gambar ni.

Hai bersempena raya yang beberapa hari yang lalu, Pelakon yang berkasih sayang, siapa lagi kalau bukan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Kedua-dua ni kira pertama kali beraya bersama sebagai sepasang kekasih. Pakaian yang dipakai oleh Awal dan Scha juga sedondon, warna yang sama, kasut yang serba hitam.

KiNgX
18-09-10, 05:02 PM
Norman Hakim belum jelaskan hutang kahwin Abby

"Sepatutnya Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," kata Abby. Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada Rap, baru-baru ini.

Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.

"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.
"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati. tambah Abby.

KiNgX
18-09-10, 05:06 PM
M. Rajoli meninggal dunia. -al Fatihah

Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada yang dalam keadaan kritikal sebelum ini telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu. Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zohor 18 September 2010. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. -mStar

KiNgX
18-09-10, 05:18 PM
Siti Nurhaliza bina masjid di kampung suami

Tahun ni Datuk Siti beraya di kampung suami tercinta, Datuk K (ehem-ehem), Kampung Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Bukan apa, Siti ni berhajat nak buat bina masjid di kampung berkenaan. Nak upgrade masjid yang lama kepada yang baru. Almaklumlah masjid lama dah uzur. Jadi tiptop, ada sebidang tanah yang diwakafkan oleh mertua Siti ni yang sesuai dijadikan masjid. Syukurlah niat suci ini tercapai juga akhirnya. Meh kita tengok Siti buat lawatan ke masjid berkenaan ketika puasa yang lepas.

W_A_F_D_I
20-09-10, 04:41 PM
p/s : first time aku dengar taik lalat boleh jatuh sendiri....
[/FONT][/QUOTE]

Hamidah Wahab pun dulu pun bagi alasan yang sama, mungkin lalat sekrang berak guna diapers..!

Qish
20-09-10, 06:41 PM
Awal Ashaari tak sabar nak kahwin dengan Scha

Setelah hampir setahun digosipkan, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengakui yang mereka sememangnya pasangan kekasih. Masing-masing sudah tidak malu untuk bercerita tentang kisah cinta mereka untuk dikongsi bersama peminat. Malah, dalam satu pertemuan baru-baru ini oleh Gua, jejaka berusia 29 tahun ini mengakui yang dia sudah tidak sabar ingin berkahwin dengan Scha

Petikan kata-kata beliau:



Gediks...wak lu Awal...gua panas ni!!!!


hahahahahah..teringat masa bulan Ramadhan yang lalu terserempak dgn pasangan ni kt Jalan TAR..pegang tgn xlepas...siap ade jerit "Abg biru, i love ur gf.." kecoh kejap lorong tu...betul la kot dorg nk kawen...doakan je la...Kingx, hang carik la pengganti lain naa...kih3

ayee
21-09-10, 08:43 AM
M. Rajoli meninggal dunia. -al Fatihah

Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada yang dalam keadaan kritikal sebelum ini telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Al Fatihah kepada dia. We have certainly lost a very versatile & multi talented individual.

KiNgX
21-09-10, 02:42 PM
(Gossip) Zahida Rafik Dah Jadi Isteri Datuk Shafie Apdal?

Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafik dikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.

Hurm.. taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah diucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar dan Zizie Ezzete?

Sumber gosip: Forum Cari

KiNgX
21-09-10, 02:55 PM
Lagi artis pegang anjing

Satu gambar kepada yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov tengah pegang anjing. Untuk makluman, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga. Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam.

Tapi masalahnya artis-artis kita ini bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing. Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda. Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

KiNgX
21-09-10, 02:57 PM
Gambar Rozita Che Wan bergaun yang cantik

Rozita akan menamatkan penggambaran terakhirnya pada 19 Disember tahun ini. Selepas itu, Rozita akan membawa haluan dalam bidang perniagaan pakaian wanita dan bulu mata palsu setelah bergelumang dengan dunia seni selama empat tahun lamanya.

Tapi tak mengapa, baru-baru ini dia membuat photoshot yang menarik, mungkin hadiah terakhirnya kepada peminatnya di luar sana especially becha.

KiNgX
21-09-10, 03:03 PM
Perangnya rambut Nurul Syuhada

Tengok Majalah Tiga baru-baru ni, mengisahkan penderitaan rakyat di Pakistan. Memang sedih dan terharu sungguh dengan nasib mereka. Tapi tiba-tiba plak tak jadi sedih, sebab terlihat pengacaranya Nurul Syuhada Nurul Ain.

Bukan apa, abang K tengok Nurul ni rambut dia makin berwarna perang lah, kalau ada hitam sikit-sikit kira ok lah, tapi macam dah tak dah, semua perang macam minah salleh. Kalau kekal warna tue, tak bleh rasanya Nurul nak solat, tapi harap-harap tak kekal warna tue.. sebab warna hitam rambut Nurul lagi manis, apatah lagi kalau pakai tudung, baru mak aku suka..hahha

KiNgX
21-09-10, 03:10 PM
Juliza Adzlizan tayang lurah dendam

Artis hot mama yang hampir mencecah 50-an, Juliza Adzlizan suka tayang body di Facebook-nya. Lagi gambar tayang lurah di bawah.

shyme
21-09-10, 05:06 PM
INNALILLAHHIWAINNAILAIHIRAJIUN..
TAKZIAH KPD KELUARGA ARWAH..

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.

SUMBER : BERITA HARIAN ON9
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MRajolimeninggaldunia/Article

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.

“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.

- UTUSAN

SUMBER : UTUSAN ON9
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

KiNgX
22-09-10, 02:56 PM
Mizz Nina, Noh Hujan tengah bercinta

Mizz Nina iaitu anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan Noh Salleh daripada band Hujan ketika ini sedang berkolaborasi dalam penghasilan album baru Mizz Nina dan turut berduet dalam album tersebut yang berjudul, Kurnia. Sejak itu, mereka seringkali digosipkan sedang hangat bercinta selepas bekerjasama dalam pembikinan album tersebut, walaupun masing-masing sentiasa menafikan hubungan cinta mereka.

Baru-baru ini dalam facebook milik mereka berdua telah kantoi akbibat pendedahan hubungan mereka berdua di sana. Umum mengetahui ianya suatu kejutan, apatah lagi Noh sering kali dikaitkan dengan mana-mana artis wanita. Nak tunjukkan kat dunia, bahawasanya mereka mungkin tengah bercinta saat ini. Tapi macam itulah akhirnya, bila nak dapatkan kepastian, apa mereka jawab? NO COMMENT!

KiNgX
22-09-10, 02:58 PM
Kereta Shahir kali ini remuk akibat kemalangan

Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak. Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut. Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain. Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini. Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan. -mStar

FLO
22-09-10, 03:12 PM
amboiii
x sampai setahun menang AF dh pakai NFL RM180K
perhhhhhhhhhhhhhh gila babas kaya
Dato LCW pun pakai setelah bertahun tahun bergelumang dlm badminton

sam261079
22-09-10, 03:30 PM
Flo
Kereta tu merupakan hasil dari duit show dia lah..
lagi 1 kereta yang dia menang dulu tu dia jual dan ambil kereta nie cuma tambah skit ajer ...

Average income shahir Rm 30 k pada 6 bulan pertama selepas habis af,
sekarang nie slow skit

FLO
22-09-10, 03:34 PM
Flo
Kereta tu merupakan hasil dari duit show dia lah..
lagi 1 kereta yang dia menang dulu tu dia jual dan ambil kereta nie cuma tambah skit ajer ...

Average income shahir Rm 30 k pada 6 bulan pertama selepas habis af,
sekarang nie slow skit

dia hidup dengan satu lagu jer bro
mcm mana nk income kencang
buat la 2-3 lagi HIT songs...baru layannn
tapi dia punya aura x kuat kan...
kalau betul2 kuat mawi jer
juara AF lain..aura semua x kuat

terunasuci
22-09-10, 03:35 PM
Flo
Kereta tu merupakan hasil dari duit show dia lah..
lagi 1 kereta yang dia menang dulu tu dia jual dan ambil kereta nie cuma tambah skit ajer ...

Average income shahir Rm 30 k pada 6 bulan pertama selepas habis af,
sekarang nie slow skit

Harap2 dia dapat beringat sebelum auranya hilang...sbb rasanya dia ni tak lama kat industri ni...kecuali dia ada perancangan yang betul......

sam261079
22-09-10, 03:41 PM
Flo
Betul dia hidup dengan satu lagu ajer tapi banyak private show di istana , itu lah yang boleh generate income , single terbaru maybe awal december kot release.. audi mox yang buat. ....

Ts
Memang betul aku sendiri rasa pun dia tak tahan lama , tunggu lah tahun depan af 9 plak keluar habis lah dia.... kereta fair lady nie memang dream car dia tapi itu lah kalau dah berduit..

Flo & Ts
Mawi memang tak dapat nafikan lah, aura dia masih belum ader sesiapa dapat bit lagi malah sampai sekarang pun masih beraura. Walaupun show hanya suam 2 kuku ajer tapi still bertahan setelah hampir 10 tahun dalam dunia seni.

terunasuci
22-09-10, 03:54 PM
Flo & Ts
Mawi memang tak dapat nafikan lah, aura dia masih belum ader sesiapa dapat bit lagi malah sampai sekarang pun masih beraura. Walaupun show hanya suam 2 kuku ajer tapi still bertahan setelah hampir 10 tahun dalam dunia seni.

Tolong jangan sebut nama mamat ni dekat aku...menyampah aku......

sam261079
22-09-10, 03:59 PM
Tolong jangan sebut nama mamat ni dekat aku...menyampah aku......



Bawa2 bertenang .... setiap org allah dh tetapkan rezxeki untuk nya cuma lambat dan cepat ajer .. mana lah tahu lepas nie TS plak digilai dan disanjung ramai ...

FLO
22-09-10, 04:01 PM
TS
menyampah kat saya ke?
tak pa la..kalau dh meyampah
lps ni sy tak pergi TT CW dahhh

KiNgX
22-09-10, 04:03 PM
Bawa2 bertenang .... setiap org allah dh tetapkan rezxeki untuk nya cuma lambat dan cepat ajer .. mana lah tahu lepas nie TS plak digilai dan disanjung ramai ...

Abang terunasuci patut masuk Raja Lawak....selalu wat kelakar, kalau duduk sebelah, mau tak kering gusi dibuatnya...Tu ramai peminat tu...kena lak keturunan Tengku lak lagi...perghhh

terunasuci
22-09-10, 04:05 PM
Bawa2 bertenang .... setiap org allah dh tetapkan rezxeki untuk nya cuma lambat dan cepat ajer .. mana lah tahu lepas nie TS plak digilai dan disanjung ramai ...

Aku tak marah pasal rezeki yang dia dapat...cuma aku menyampah bila kes dia ngan ex tunang dia tu...dan dari mula dia muncul masa krew af terjah rumah dia nak bagi keputusan dia terpilih aku dah rasa tak suka......

shyme
22-09-10, 04:12 PM
saya suka MAWI!!!! ekekeke....

terunasuci
22-09-10, 04:27 PM
saya suka MAWI!!!! ekekeke....

Hahahaha...jangan bimbang...saya tak terpengaruh dengan provokasi...citarasa masing2...hehehe

beckhamesque
23-09-10, 06:05 AM
Tolong jangan sebut nama mamat ni dekat aku...menyampah aku......



Hahahaahaha......ada gak geng yg sependapat (bukan sependapatan la psl gaji aku kecik je) dgn aku pasal mamat poyo ni! Berlakon warak lak tu....lagi la aku nyampah!:fuck::fuck::fuck:

nurul_kaseh
23-09-10, 08:51 AM
saya suka MAWI!!!! ekekeke....

heh..aku pon suka mawi gak..tapi kesian..sekarang ni populariti dia turun mendadak, maybe sebab dia kawen ngan ikin n selalu sgt expose bini dia..tu yg wat org meluat..ennntahh la..yang pasti lepas dia kawen dia dah x fofular sgt

CtiE
23-09-10, 08:53 AM
Ashraf & Bunga Dapat Anak Lelaki

PETALING JAYA: Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu.
Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu.
"Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasohay doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal.
"Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya.
Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.
Sementara itu, adik kepada Ashraf iaitu Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu.

CtiE
23-09-10, 09:56 AM
Zahida Rafik Sudah Berkahwin Dengan Menteri Di London? (http://beautifulnara.com/gosip-zahida-rafik-sudah-berkahwin-dengan-menteri-di-london/)

Gosip angin sepoi-sepoi bahasa menyatakan yang si Zahida Rafik ini sudah pun berkahwin dengan seorang menteri di London sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya bukan sebagai isteri pertama. Mungkin kedua, mungkin ketiga.
Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Zahida Rafik. Nampaknya menteri-menteri kita tersangatlah femes di kalangan artis. Dulu Bung berjaya mengorat Zizie, kini giliran Zahida Rafik pulak dingorat oleh menteri. Taste tinggi jugak yek menteri Malaysia nie.

p/s : ada sumber2 mengatakan datuk shafie apdal... apa pun kita tgu keterangan drpd beliau..

KiNgX
23-09-10, 02:52 PM
Perang mulut Maizawati kepada Waheeda?

Kecoh dan kepoh betul melihat gelagat bekas isteri kepada Akhil Hayy ini. Sebab masih tidak bersefahaman dan tidak erat dengan isteri baru Akhil Hayy yakni Waheeda. Ingatkan suasana dah aman tapi selepas isu 'Abby, Norman dan Memey' yang memanas sebelum ini, maka adakah selepas ini Maizawati pula bakal mengegarkan dunia dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan.

CikLana
23-09-10, 03:33 PM
Perang mulut Maizawati kepada Waheeda?

Kecoh dan kepoh betul melihat gelagat bekas isteri kepada Akhil Hayy ini. Sebab masih tidak bersefahaman dan tidak erat dengan isteri baru Akhil Hayy yakni Waheeda. Ingatkan suasana dah aman tapi selepas isu 'Abby, Norman dan Memey' yang memanas sebelum ini, maka adakah selepas ini Maizawati pula bakal mengegarkan dunia dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan.


dua2 ni patut di jotos jer kepalanya... menyemakkan dunia hiburan.. sumbangan elek..

wood3
23-09-10, 03:40 PM
dua2 ni patut di jotos jer kepalanya... menyemakkan dunia hiburan.. sumbangan elek..

Biasa laa,,CL . . .kalau depa tak perang tak MERIAH pulak melodi.
Jangan JOTOS yg pompuan tapi JOTOS ki akhil tuuu . . . bosan jugak dok baca cerita depa ni,hal peribadi mengatasi SENI.
Semua nak diberi perhatian . . . .rasa aku dendan kesumat si maiza ni akan berterusan sampai bila bila.

p/s: Moga2 depa ni redha ngan ketentuan ilahi.

KiNgX
23-09-10, 03:57 PM
Inilah gambar anak lelaki Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ashraf Sinclair. Nama anak mereka kalau tak silap ialah Noah. Gembira kami tengok keterujaan Ashraf memegang anak sulung mereka.

p/s: tak sabar lak nak tengok gambar BCL menyusukan anaknya pulak...

KiNgX
24-09-10, 11:46 AM
Dia ngandung ker dia berlakon jer ni? Hehehehe....Fauziah Gous

terunasuci
24-09-10, 12:09 PM
Dia ngandung ker dia berlakon jer ni? Hehehehe....Fauziah Gous

Isyhhh hang ni...tak kan baru balik umrah mengandung kot.......

shyme
24-09-10, 12:09 PM
Nafi kahwin ahli politik (sumber: KOSMO ari ni)



KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.

Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.

"Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.
Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu.

heiya
24-09-10, 05:06 PM
hahaha arini aku beli utusan..masa tgk page rancangan di tv hari ni...perrghhh gila besh tgk gamba rozita che wan...aku cuma fokus 1 tempat aje...ranum..mekar..bulat...elok aje terletak...huih kegeraman menguasai diri...dpt pegang tu..gomol2...perrghhhhhhhhhhhh...nasib baik shahir cuma sms tanya tips berlakon...hahahaha

SPEKONG
25-09-10, 04:24 PM
saya rasa RCW punya asset bukan ori..
hanya dipenuhi span dan koleksi push up bra

SAYA RASA SAHAJA

sam261079
25-09-10, 05:03 PM
saya rasa RCW punya asset bukan ori..
hanya dipenuhi span dan koleksi push up bra

SAYA RASA SAHAJA

Spekong hasil dari pengamatan aku lah kan ... RCW nie tak pakai push up lah , sebab setiap kali event dan function yang dia hadiri saiz ukur lilitnya sama ajer lah .. walaupun berpakaian biasa , ...
itu yang buat pakcik geram ajer tengok ...

KiNgX
25-09-10, 06:48 PM
Spekong hasil dari pengamatan aku lah kan ... RCW nie tak pakai push up lah , sebab setiap kali event dan function yang dia hadiri saiz ukur lilitnya sama ajer lah .. walaupun berpakaian biasa , ...
itu yang buat pakcik geram ajer tengok ...


Beb, ni yang gua hangat hati nehhh...nak ushar...ushar jer la...tapi jangan la dok geram kat kekasih gelap gua...adoiyaiii, kenyataan diatas ni, berparang pun gua sanggp...hahaha

Intanmahsuri
27-09-10, 11:10 AM
Spekong hasil dari pengamatan aku lah kan ... RCW nie tak pakai push up lah , sebab setiap kali event dan function yang dia hadiri saiz ukur lilitnya sama ajer lah .. walaupun berpakaian biasa , ...
itu yang buat pakcik geram ajer tengok ...

Dah dia pakai bra size sama, jenis yang sama..memang la sama walau pakai baju biasa pun..

terunasuci
27-09-10, 11:14 AM
Dah dia pakai bra size sama, jenis yang sama..memang la sama walau pakai baju biasa pun..

hahaha...hanya jauhari yang mengenal manikam......

sam261079
27-09-10, 02:36 PM
Dah dia pakai bra size sama, jenis yang sama..memang la sama walau pakai baju biasa pun..

IM seperti yang dinyatakan statement diatas nie ... RCW walaupun pakai push up or tak rasanya sama je kot... ... nanti lah i tolong tolong perhatikan dgn lebih terperinci hehehehe

nurul_kaseh
27-09-10, 04:13 PM
Dah dia pakai bra size sama, jenis yang sama..memang la sama walau pakai baju biasa pun..


betol2..kalau pakai bra yg sama jenis, size sama..mmg la akan sama jer, sekali bukak..alahai..cemetot jek

terunasuci
27-09-10, 04:35 PM
betol2..kalau pakai bra yg sama jenis, size sama..mmg la akan sama jer, sekali bukak..alahai..cemetot jek

Ni kira pengakuan diri sendiri ke?? hehehehe

nurul_kaseh
27-09-10, 04:39 PM
Ni kira pengakuan diri sendiri ke?? hehehehe



ekk...x punnn..sy just sokong statement IM je td..hu2

terunasuci
27-09-10, 05:02 PM
Sempena bulan Raya ni mari kita tengok artis beraya bersama keluarga dan kawan2 mereka...

Paling tak tahan tgk pic Sharifah Shahira menangis tu...hehehe......

abangbecha
27-09-10, 07:22 PM
Sampai ati korang bersekongkol dgn bini aku menuduh RCW pakai push-up. Tak kiro la push-up ke push-down. Yang ponting, goreng pon sodap. Tapi dari pemerhatian aku masa tengok Melodi semalam, sorang lagi bakal bini aku pun dah besar semacam je. Dulu kecik macam buah mangga je rasanya. Gila lah Nora D. Kau pun pakai push-up gak ke. Ke kau pegi operate. Memang sah la pompuan kalau dah beranak, kalau pandai jaga badan, anak dara pun lom tentu boleh celen. Itulah penangan MILF..huhuhu

p/s: Masa keluar interbiu Nora D tu, bini aku tengah masak. Kelam kabut aku panggil dia suruh tengok. Bila aku puji je mula la....pot..pet kaya, beduit...pot..pet....bila nak anta saya gi buat...pot..pet..potpet....bla...bla..bla......... ..kekekekek

Midnakal
27-09-10, 08:41 PM
aisehhhh abangbecha ....gua ingat gua sorang jek kena leter mcm tuh masa tengok melodi....rupa-rupanya lu pun sama ahhahahahhhaa.

KiNgX
27-09-10, 11:21 PM
Siapa Artis Tengah Beraya Ditangkap Khalwat?

Murai Batu nak tanya semua pembaca, kalau seorang lelaki dan wanita berada berdua-duaan dalam sebuah rumah pada pukul 11.45 malam dan memberi alasan dia berada kat rumah tu sebab nak beraya, boleh terima ke? Susah nak terimakan? Begitulah yang alasan yang diberi seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, Putrajaya, kelmarin.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam. Apa yang menimbulkan kemusykilan Murai Batu ialah 5 penguatkuasa Jawi yang membuat pemeriksaan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum pintu dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Sebelum itu, penguatkuasa Jawi telah menerima maklumat bahawa artis lelaki berkenaan telah berada di rumah janda berkenaan sejak pukul 10.40 malam lagi. Janda tersebut berusia lingkungan awal 30-an serta beranak dua, dipercayai berkhidmat sebagai kakitangan awam di sebuah kementerian. Berdasarkan sumber yang Murai Batu baca, seperti biasa, penguatkuasa Jawi memasuki rumah setelah pintu dibuka dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

Artis lelaki ini kemudian panic dan cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan. Dia secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi beria-ia menafikan yang dia melakukan maksiat dalam rumah itu. Hah, ambik! Mesti cuak habis punya. Sumber kemudian turut melaporkan, walaupun pelbagai alasan diberi oleh artis berkenaan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguatkuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.

Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat. Bagaimanapun, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber - Murai

KiNgX
28-09-10, 10:58 AM
Stephanie Liah, Hot Mom Dan Model Mantap (Part 1)

KiNgX
28-09-10, 11:01 AM
Stephanie Liah, Hot Mom Dan Model Mantap (Part 2)

sam261079
28-09-10, 11:02 AM
Stephanie Liah, Hot Mom Dan Model Mantap (Part 1)


Mantab .... semanis kurma madu ..

KiNgX
28-09-10, 11:06 AM
Mantab .... semanis kurma madu ..

MILF rupanya dia ni...patut la mantap...lagi gambar beliau, Stephanie Liah.

KiNgX
28-09-10, 11:11 AM
Last for today pasai Stephanie Liah ni.

Intanmahsuri
28-09-10, 11:22 AM
Siapa Artis Tengah Beraya Ditangkap Khalwat?

Murai Batu nak tanya semua pembaca, kalau seorang lelaki dan wanita berada berdua-duaan dalam sebuah rumah pada pukul 11.45 malam dan memberi alasan dia berada kat rumah tu sebab nak beraya, boleh terima ke? Susah nak terimakan? Begitulah yang alasan yang diberi seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, Putrajaya, kelmarin.

Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam. Apa yang menimbulkan kemusykilan Murai Batu ialah 5 penguatkuasa Jawi yang membuat pemeriksaan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum pintu dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Sebelum itu, penguatkuasa Jawi telah menerima maklumat bahawa artis lelaki berkenaan telah berada di rumah janda berkenaan sejak pukul 10.40 malam lagi. Janda tersebut berusia lingkungan awal 30-an serta beranak dua, dipercayai berkhidmat sebagai kakitangan awam di sebuah kementerian. Berdasarkan sumber yang Murai Batu baca, seperti biasa, penguatkuasa Jawi memasuki rumah setelah pintu dibuka dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.

Artis lelaki ini kemudian panic dan cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan. Dia secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi beria-ia menafikan yang dia melakukan maksiat dalam rumah itu. Hah, ambik! Mesti cuak habis punya. Sumber kemudian turut melaporkan, walaupun pelbagai alasan diberi oleh artis berkenaan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguatkuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.

Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat. Bagaimanapun, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber - Murai

Suspek pelakon darah Satria. Aman Syah!

CikLana
29-09-10, 12:59 AM
Suspek pelakon darah Satria. Aman Syah!

Skang putrajaya hot operasi khalwat ni... So sesapa dok putrajaya be carefull, unless korang suka kena tangkap wet :))

acidrock
29-09-10, 08:40 AM
smlm aman syah nyanyi kt open house raya media prima....cool je...mcm x bersalah

terunasuci
29-09-10, 08:49 AM
smlm aman syah nyanyi kt open house raya media prima....cool je...mcm x bersalah

Kalau bersalah pun tak kan nak menggigil nyanyi depan orang ramai...hehehe...so, mungkin bukan dia la tu......

terunasuci
29-09-10, 02:34 PM
Tolong promosi...

Berita baik untuk peminat masakan My Mom's Chicken Rice (MMCR) milik Linda Onn di Ampang Point.

Mulai Isnin 27 Sep, restoran My Mom's Chicken Rice - Citarasa Linda Onn di cawangan Ampang Point akan mula jual sarapan pagi dengan harga RM1 setiap satu makanan/minuman. Sarapan pagi bermula dari 7pagi - 11pagi.

Lepas tu...kalau u all terasa nak makan Kuey Tiaw Goreng, make sure datang kedai antara pukul 3ptg-7mlm sebab time tu ada Kuey Tiaw Goreng dengan harga RM2. Yummm yummm !!

Semua ini hanya di My Mom's Chicken Rice - AMPANG POINT.

Intanmahsuri
29-09-10, 03:12 PM
Tolong promosi...

Berita baik untuk peminat masakan My Mom's Chicken Rice (MMCR) milik Linda Onn di Ampang Point.

Mulai Isnin 27 Sep, restoran My Mom's Chicken Rice - Citarasa Linda Onn di cawangan Ampang Point akan mula jual sarapan pagi dengan harga RM1 setiap satu makanan/minuman. Sarapan pagi bermula dari 7pagi - 11pagi.

Lepas tu...kalau u all terasa nak makan Kuey Tiaw Goreng, make sure datang kedai antara pukul 3ptg-7mlm sebab time tu ada Kuey Tiaw Goreng dengan harga RM2. Yummm yummm !!

Semua ini hanya di My Mom's Chicken Rice - AMPANG POINT.


Sedap tak..ekekekeke...
Kalau sedap mau gak try. Tak penah g kedai Linda Onn ni. Bukan apa, banyak review yang kurang baik..

terunasuci
29-09-10, 03:26 PM
Sedap tak..ekekekeke...
Kalau sedap mau gak try. Tak penah g kedai Linda Onn ni. Bukan apa, banyak review yang kurang baik..

Saya pun tak cuba lagi...jauh sangat nak ke Ampang tu...tp breakfast RM1 dan minum petang RM2 dah kira murah sangat tu...sebulan baru RM90 je belanja makan...jimat woooo...hehehe

bila la dia nak buka cawangan kat Klang......

sam261079
30-09-10, 03:29 PM
TS / IM
Lain org lain taste nya entah lah nak katakan sedap sangat sampai terkeluar perkataan superb tu tak ader lah, tapi kalau perut dah lapar , boleh lah makan .....

Ikhlas dari fanatik nasi ayam

shyme
30-09-10, 03:45 PM
TS / IM
Lain org lain taste nya entah lah nak katakan sedap sangat sampai terkeluar perkataan superb tu tak ader lah, tapi kalau perut dah lapar , boleh lah makan .....

Ikhlas dari fanatik nasi ayam


Betul tu... Bagi saya yang tekak mengada2 ni memang x leh masyuk ngan Nasi Ayam Linda Onn ni... Makan 3 org order 3 makanan yang berbeza... Malangnya 3-3 out. Saya makan dekat Seksyen 7 Shah Alam.... Dekat je tu TS ngan Klang....

terunasuci
30-09-10, 03:52 PM
TS / IM
Lain org lain taste nya entah lah nak katakan sedap sangat sampai terkeluar perkataan superb tu tak ader lah, tapi kalau perut dah lapar , boleh lah makan .....

Ikhlas dari fanatik nasi ayam




Betul tu... Bagi saya yang tekak mengada2 ni memang x leh masyuk ngan Nasi Ayam Linda Onn ni... Makan 3 org order 3 makanan yang berbeza... Malangnya 3-3 out. Saya makan dekat Seksyen 7 Shah Alam.... Dekat je tu TS ngan Klang....

Komen2 yang camni yang buat patah semanagt nak cuba ni...baik makan je nasi ayam kat kampung saya...harga murah dan pasti anda amat puas hati...hehehe

Retiree01
30-09-10, 05:28 PM
seksyen 7 shah alam ..punye my mom chicken rice tu dah bungkus dah..... kedai ex bini Nash yg pertama dulu yang kat sebelah My Mom Chicken Rice pun dah bungkus sama.. Sekarang dah jadi kedai Bandi AMUK..yeahh yeahhhrghhh... gila baban gambar Bandi sebesar besarnyer kat situ..deco pun ala ala heavy metal gitu...serun gua nak makan akekekeek..mase memula dulu selalu ade live band situ ..skrg tak tahu la pulak...ape kata en S. Teruna....kita lepak TT kat situ (kalau dpt lesen malam la)..hehehe

Ab17
30-09-10, 08:05 PM
nasi ayam seksyen 11..nasi ayam pak mal gak bes....hik...suke sangat...tp tak sama ngan masakan nenek...=p

KiNgX
30-09-10, 08:13 PM
Saya telah mendapat emel rasmi dari Karam Singh Walia dari program Aduan Rakyat. Didalam emel tersebut, Karam Singh Walia mengatakan, ada beberapa wartawan gossip dan terjah merasa kesal lantas mengadu kepada beliau, especially Azwan Ali, Mama Juwie dan Nas Ahmad kerna mereka mengatakan ini Thread Artis Tempatan, kenapa mau sembang pasal nasi ayam pulak???? Tam Tam Tum!!!



I want gossip!! gossip!! gossip!!

terunasuci
01-10-10, 09:45 AM
Tgk!!! kan dah kene sound dengan MOD aku...tu la korang ni...org citer pasal artis, korang citer pasal nasi ayam lak...hehehe

Sempena Raya ni meh kita tengok Open House artis lak...

Wahhhh...Datuk Bung ni...sejak kahwin dengan Zizie...asyik berkepit je manjang...apa pun zizie tu memang mantopppp...hehehe





p/s : Kingx, nanti aku belanja minuman anda yang kedua kat ciken wing ye...hehehe

terunasuci
01-10-10, 09:48 AM
Kita jenguk Open House SimplySiti lak...

Siti buat mulut camtu nampak cam tebal lak misai dia...hehehe

solofighter
01-10-10, 09:59 AM
Tgk!!! kan dah kene sound dengan MOD aku...tu la korang ni...org citer pasal artis, korang citer pasal nasi ayam lak...hehehe

Sempena Raya ni meh kita tengok Open House artis lak...

Wahhhh...Datuk Bung ni...sejak kahwin dengan Zizie...asyik berkepit je manjang...apa pun zizie tu memang mantopppp...hehehe





p/s : Kingx, nanti aku belanja minuman anda yang kedua kat ciken wing ye...hehehe

lawak la gambar ni...bung tu mcm sesuai ngan mak zizie je, kekeke

Intanmahsuri
01-10-10, 10:13 AM
Kita jenguk Open House SimplySiti lak...

Siti buat mulut camtu nampak cam tebal lak misai dia...hehehe

Haiiiiii...comelnya laaaa Tok Ti ni..kulit putih mulus, comel..nampak sempurna..

terunasuci
01-10-10, 10:42 AM
Haiiiiii...comelnya laaaa Tok Ti ni..kulit putih mulus, comel..nampak sempurna..

Tak pa...kalau Tok Ti ni hampa nak puji, puji lah...aku memang minat kat dia pun...kereta aku pun penuh ngan tape dia...hehehe......

CtiE
01-10-10, 11:16 AM
Azmil Mustapha Masuk ICU Untuk Dibedah Sakit Jantung

Untuk anda yang tidak tahu, Azmil Mustapha kini menetap di Syria. Azmil Mustapha akan menjalani satu pembedahan jantung di ICU di hospital sana. Marilah kita doakan yang terbaik untuknya. Semoga pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar.

Intanmahsuri
01-10-10, 12:02 PM
Tak pa...kalau Tok Ti ni hampa nak puji, puji lah...aku memang minat kat dia pun...kereta aku pun penuh ngan tape dia...hehehe......


Kalau saya puji Memey ok tak? Sbb ramaaaaaaaaaaaaaaiiiii di luar sana yang marah dekat Memey...ekekekkke....

terunasuci
01-10-10, 03:40 PM
Kalau saya puji Memey ok tak? Sbb ramaaaaaaaaaaaaaaiiiii di luar sana yang marah dekat Memey...ekekekkke....

Puji Memek pun tak pe...saya tak kesah...dia tak hipokrit...dia tak selindung2 pun dia suka kat si Norman tu...tgk, skrg dah bahagia pun...hehehe




p/s : saya pun suka kat dia gak sebenornya...hehehe

nurul_kaseh
01-10-10, 03:46 PM
Puji Memek pun tak pe...saya tak kesah...dia tak hipokrit...dia tak selindung2 pun dia suka kat si Norman tu...tgk, skrg dah bahagia pun...hehehe




p/s : saya pun suka kat dia gak sebenornya...hehehe


memanglah dia x selindung2..x hipokrit tapi dia pengganggu umah tangga org..kalau pandai mkn pandai simpan xpe..ni tak..dah terkantoi, x pasal2 abby ngan norman cerai..sian gak kat Abby, punyalah baik abby tu...xde apa yg kurang pun..cantik pun leh tahan

terunasuci
01-10-10, 04:02 PM
memanglah dia x selindung2..x hipokrit tapi dia pengganggu umah tangga org..kalau pandai mkn pandai simpan xpe..ni tak..dah terkantoi, x pasal2 abby ngan norman cerai..sian gak kat Abby, punyalah baik abby tu...xde apa yg kurang pun..cantik pun leh tahan

Jangan mudah sangat jump to conclusion...bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi......

abangbecha
01-10-10, 05:04 PM
Terpaksa mencelah bila ada orang bercakap pasal si Memek ni. Aku dan bini tak terkecuali dari mebincangkan perkara ini. Dia cukup benci dengan si memek atas dasar2 yang disebut oleh nk. Sampai kalau ada drama lakonan dia pon bini aku tak nak tengok. Begitu juga dengan si Fasha Sendat. Pon bini aku nymapah pasal kes rampas merampas.

Aku lak kontra. Aku sokong si Norman Halkum & suka kat Memek. Sebab pada pandangan aku si Aby Abaldi ni tak pandai jaga badan. Jumpa ia in person kat Ikea aritu. Punya la peti sejuk bodynya. Awak tu artis. Terus aku cakap kat bini aku, "kalau awak tak reti jaga badan macam si Baldi ni...konfom saya kawin RCW..." Terus kena cubit....hehehe

p/s: Tapi dalam kes Fasaha Sendat, aku sokong bini aku. Sebabnya Nora lagi hot ape. Makin meletup-letup lak aku tengok sekarang ni. Kita enjoyyyyyyyyyyyy......

FLO
01-10-10, 05:17 PM
becha...
baldi tu..kalau dia menongekkk kaluuuuuu perhhhhhh...mekarrr tu...kalau doggie DARI belakang
itu baldi punya tonggek..lebih kurang RCW jugak lerrr
ekekekekkekeke

p/s: tongekkk jangan tak tongekkk:icon_biggrin:

terunasuci
01-10-10, 05:17 PM
Aku lak kontra. Aku sokong si Norman Halkum & suka kat Memek. Sebab pada pandangan aku si Aby Abaldi ni tak pandai jaga badan. Jumpa ia in person kat Ikea aritu. Punya la peti sejuk bodynya. Awak tu artis. Terus aku cakap kat bini aku, "kalau awak tak reti jaga badan macam si Baldi ni...konfom saya kawin RCW..." Terus kena cubit....hehehe



Aku ingat majoriti lelaki mesti sependapat ngan aku dan Becha...setakat cantik boleh tahan je wat pe...hehehe

Tapi selera lelaki ni tak sama...mungkin pak we dia sekarang suka yang saiz camtu kot...hehehe

abangbecha
01-10-10, 05:35 PM
Hehehe....Taste peribadi masing-masing la. Aku hanya bagi pandangan dari sudut nafsu mata aku. Lain padang lain belalang. Tapi aku kenal sangat dengan taste si Halkum ni. Dari zaman muda lagi dia dah tunjuk macam mana citarasa aweks yang dia suka. Tengok gepren2 dia yang terdahulu pun dah tau. Dia pun jenis orang yang jaga penampilan & jaga badan.

Berbalik pada si Memek ni, aku ada tengok drama dia masa raya ari tu. Yang dia belakon ala-ala Lady Gaga tu. Teseksa gak kotey aku tengok dia belakon. Boleh tahan gak la. Bila aku puji, mula la bini aku keluarkan ceramah dia. Belum ada anak lagi...pot..pet...Tunggu la ada anak esok...pot..pet...bal..bla..bla....kekekekek

p/s: Dari pandangan makrifat aku, 'ganas' gak si Memek ni. Patut la si Halkum melekat...hehehe

shyme
02-10-10, 11:05 AM
Jimmy, Suhaila menikah

Hampir empat bulan menjalin ikatan pertunangan, pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, hari ini menikahi tunangannya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar dengan mas kahwin dan hantaran berjumlah RM31,186 di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Rahman Putra di sini pukul 4.40 petang.

Dengan tiga kali lafaz, Jimmy, 30, sah bergelar suami kepada Nursuhaila, 24, anak pengusaha kosmetik Natasya, Datin Muniroh Kassim. Pasangan mempelai kelihatan berseri mengenakan busana sedondon berwarna kelabu keemasan.

shyme
02-10-10, 11:08 AM
Mahligai Rita, Aidil goyah

Suami pelakon Anak Mami didakwa sudah lama tak pulang

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.
Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

txmate
04-10-10, 05:39 PM
hu3.. mcm dlm jangkaan.. muka diaorg pun mcm x masyuk.. kawen cara x elok.. susah gak nk kekal.. ada benda x kena,,, aku nk tgk.. jadi tak teori aku - pasangan lidyawati..

brew
04-10-10, 08:19 PM
hu3.. mcm dlm jangkaan.. muka diaorg pun mcm x masyuk.. kawen cara x elok.. susah gak nk kekal.. ada benda x kena,,, aku nk tgk.. jadi tak teori aku - pasangan lidyawati..
pak nujum, boleh tolong ramalkan teori perkahwinan saya nanti tak?

rico
05-10-10, 09:23 AM
walauapapun yg berlaku.....xkirala samada si norman tu bersalah ke atau tidak....tapi si abby xpatut buat serangan secara live utk tayangan umum malaysia...berdosa besar si abby tu.....boleh masuk neraka....tapi kan pernah xkorang buat ot kat opis berduaan ngan pompuan kat opis???....pernah kan?.....kalau kena serbu camna?.....mana la kita taukan ntah2 si abby pun bersalah jugak.....so...jgnla fikirkan st....buat bodo je....bagi pendapat dua2 salah...sebab xpandai kawal cerita sampai timbul fitnah lak....so xpayahla kita fikirkan sgt ttg diorg ni....biorke lantok nye....

Intanmahsuri
05-10-10, 10:49 AM
Tak ada yang paste kesah Rita Riduani dengan Aidil ke? Rumahtangga beliau kembali panas bila seorg pelakon ni kemain kipas bakal mertua dia dan masuk campur (turut memberi komen) berkenan rumahtangga Rita dengan Aidil.

terunasuci
05-10-10, 11:06 AM
Tak ada yang paste kesah Rita Riduani dengan Aidil ke? Rumahtangga beliau kembali panas bila seorg pelakon ni kemain kipas bakal mertua dia dan masuk campur (turut memberi komen) berkenan rumahtangga Rita dengan Aidil.

Mungkin wartawan MK sedang sibuk kot...hehehe......

Intanmahsuri
05-10-10, 11:08 AM
Mungkin wartawan MK sedang sibuk kot...hehehe......


Hahahha..kat forum artis2 ni dah banyak page jugak org bincangkan. Duk baca keratan akhbar, rupanya dulu Rita Ruidaini ni penah ada hubungan dengan si adha jugak eh..ekekekeke

KiNgX
05-10-10, 11:10 AM
Hahahha..kat forum artis2 ni dah banyak page jugak org bincangkan. Duk baca keratan akhbar, rupanya dulu Rita Ruidaini ni penah ada hubungan dengan si adha jugak eh..ekekekeke

Cuba cik intan copy paste sumber tuh kat sini...sumbangan jugak tu, leh kami semua baca.

terunasuci
05-10-10, 11:14 AM
Hahahha..kat forum artis2 ni dah banyak page jugak org bincangkan. Duk baca keratan akhbar, rupanya dulu Rita Ruidaini ni penah ada hubungan dengan si adha jugak eh..ekekekeke

Perghhhh...ntah2 skrg pun masih berhubungan lagi kot...bukan apa, kalau balik malam2 bukan orang perasan...hehehe

Intanmahsuri
05-10-10, 11:22 AM
Tak sure di petik dari suratkhabar mana.

Rita Rudaini kecewa semakin mendiamkan diri, bertambah menjadi-jadi cerita keburukan disebarkan

BERAT hatinya meluahkan apa yang terbuku di hati, apatah ia lagi membabitkan soal peribadi. Sememangnya selama ini pun, dia jarang bercerita mengenai hal ehwal rumah tangga kepada orang lain.

Tapi kali ini, bukan mahu mendedahkan pekung di dada, jauh sekali menyebar kisah rumah tangga, namun tahap kesabaran Rita Rudaini Mokhtar, 34, ada batasan apabila perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 23, sering diuji. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta selama ini sebenarnya tidak pernah bermasalah, malah mereka bahagia. Hanya sesekali `bergegar' dek kerana mulut dan campur tangan individu tertentu dan tidak keterlaluan dikatakan, keluarga mentua turut menjadi punca sengketa. Lebih menyakitkan, timbul gosip kononnya Rita menghalau ibu bapa Aidil sewaktu berkunjung ke rumah mereka, baru-baru ini. Cukup keterlaluan, sedangkan itu hanyalah fitnah semata-mata. Hakikatnya, ibu bapa mentua hanya sekali menjenguk Rita ketika dramatis terkenal itu bersalin anak pertamanya, Airit Rayyan Rizqin di Prince Court, Ampang, setahun lalu.

"Sudah lama saya mendiamkan diri, tetapi kali ini, tahap kesabaran saya ada batasannya. Tidak cukup lagikah memalukan saya dan keluarga selama ini?

"Dulu, bagi saya biarlah anjing menyalak bukit, kerana ia tidak akan runtuh. Tetapi kini keadaan semakin teruk. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi mereka memburukkan saya.

"Kali ini saya terpaksa buka mulut mempertahankan diri, apabila hak dan maruah saya bagai dipijak-pijak.
"Hubungan saya dengan beberapa wartawan terjalin baik sejak lebih 10 tahun. Apa saja cerita baik dan buruk sampai semula ke pengetahuan saya. Saya hairan kenapa pelakon Ayu Raudhah turut campur tangan dalam urusan keluarga saya?” kata Rita sambil merenung jauh, sambil sesekali mengusap air matanya yang bergenang, mungkin terlalu sebak memikirkan apa yang sedang berlaku ketika ini.

Menurutnya, kalau sekalipun mahu mengambil hati bakal keluarga mentua, kenapa perlu mengaitkan dirinya dan menyakiti dirinya dengan menyebarkan fitnah keterlaluan.

"Saya tidak pernah mengenalinya secara rapat. Saya hanya bertemunya hanya sekali, ketika Ayu menjadi pelakon tambahan dalam drama Rafflesia.

"Itupun bekas kekasihnya, Pekin yang memperkenalkannya. Saya tidak tahu apa yang menyebabkannya cemburu, sakit hati dan sanggup menyebarkan fitnah. Kalau pasal saya ada hubungan dengan bakal suaminya, Mohd Zaquan Adha, itu cerita lama,” jelas pelakon ini lagi.

Menurut Rita lagi, tidak perlulah hendak bercerita dan mengungkit kisah peribadinya yang lampau kerana itu semua sudah berlalu kerana yang penting sekarang ialah kehidupan masa depan.

"Suami dan rakan-rakan baik tahu apa yang berlaku. Tidak perlulah ungkit cerita lama. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya nak jelaskan - kalau kaki disko, pemabuk dan kaki perempuan seperti itu, memang tidak sesuai dengan saya.

"Apa yang dilakukan, lebih mengeruhkan hubungan saya dengan keluarga mentua. Apa yang diceritakan keluarga mentua disebarkan kepada wartawan hingga menjadi gosip dalam beberapa akhbar. Saya cukup terkilan.

"Dia bukan hanya menabur cerita yang bukan-bukan kepada rakan wartawan, malah turut bercerita keburukan saya pada orang produksi (pekerja penerbitan filem atau drama).

"Bagi saya, kalau nak buat fitnah cermin diri dulu. Dia baik sangat ke? Sebelum menjaga tepi kain orang, tengok kain sendiri yang sudah koyak rabak. Bukan orang industri tak tahu perangainya selama ini. Janganlah bersikap lebih sudu daripada kuah," katanya.

"Cukuplah terima saya seadanya"

ANAK kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bukan dirinya tidak pernah cuba berbaik-baik dengan keluarga mentua, malah ibu, dan abangnya pernah berusaha bertemu mereka sebelum Ramadan lalu.

"Keluarga saya sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengan ibu bapa mentua sebelum Ramadan lalu dalam usaha menjernihkan hubungan kami. Tetapi dalam perbincangan itu, hanya saya dipersalahkan.

"Banyak perkara diungkit-ungkit. Tidak apalah. Keluarga saya pun hanya berdiam diri dan berjanji mahu mempertemukan kami secepat mungkin.

"Walaupun keluarga saya pernah dimarahi dan disumpah seranah, mereka masih berharap sengketa ini tidak berpanjangan. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari selepas pertemuan itu, anak saya, Airit Rayyan ‘dilarikan’ suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja.

"Saya pelik. Kenapa nak sorok-sorok bertemu cucu. Kenapa tidak tunggu saya ada bersama sekali? Keluarga saya memang kecewa. Saya pula tentunya lebih lagi. Jelas, mereka hanya mahukan anak saya, bukan saya.

"Ketika mengandung, mereka tidak mengaku Airit Rayyan sebagai cucu. Nak ambil berat soal saya jauh sekali. Kenapa sekarang nak ambil anak saya pula? Kalau mereka anggap anak itu cucu mereka, habis saya ini yang melahirkan Airit Rayyan siapa pula?" katanya dengan nada kesal.

Pelakon filem Mami Jarum itu berkata, kenyataan kakak iparnya dalam sebuah portal hiburan yang mengatakannya patut memaafkan keluarganya menimbulkan tanda tanya.

"Saya tidak mengharapkan mereka memohon maaf pada saya. Apapun orang tua yang saya hormati, tak perlulah mereka mohon maaf pada saya.

"Terima saya seadanya pun sudah cukup menggembirakan hati. Janganlah keluar kenyataan yang seolah-olah saya ini jahat sangat. Lagi banyak bercakap, lagi banyak buat silap,” katanya lagi.

Rita berkata, soal siapa yang perlu minta maaf tidak perlu ditimbulkan walaupun dirinya sudah menelan cukup banyak kata-kata penghinaan.

"Dulu mereka tidak mengaku buat silap, kejahatan hanya nampak pada saya. Apa yang berlaku membuatkan hati saya terluka semula. Selama ini, apa yang tidak pernah mereka lakukan pada saya?

"Macam-macam penghinaan dilemparkan kepada saya. Malah mereka pernah ucapkan pada saya ‘selamat menjadi janda kali kedua’. Apa maksud mereka?

"Saya baca kata-kata nista mereka yang disebarkan dalam Facebook hari ini. Tetapi semua itu saya pendamkan saja. Tidak pernah saya balas kata-kata penghinaan itu dengan membuat kenyataan dalam mana-mana media.

"Saya akui hubungan saya dengan suami tidak pernah berdepan dengan masalah, malah kami bahagia, tetapi dek perbuatan yang melampau ini, rumah tangga kami ada kalanya goyah," katanya dengan sebak.

terunasuci
05-10-10, 12:16 PM
Pendapat saya mudah sahaja, mana2 pasangan yang berkahwin di Thailand biasanya pengakhirannya pasti menghadapi masalah dalam rumahtangga mereka...sedangkan Menteri pun boleh kecundang, apatah lagi orang biasa...tambahan pula bersuamikan org muda......

Perkahwinan dalam budaya melayu ni bukan hanya menyatukan si lelaki dan wanita sahaja, tetapi perkahwinan dalam budaya melayu ini, ia turut melibatkan kaum keluarga dan shabat handai juga...jika halangan pertama pun kita gagal untuk lepasi, bagaimana pula kita nak atasi halangan yang seterusnya......




p/s : suka tengok madu 3......

Intanmahsuri
05-10-10, 12:32 PM
Pendapat saya mudah sahaja, mana2 pasangan yang berkahwin di Thailand biasanya pengakhirannya pasti menghadapi masalah dalam rumahtangga mereka...sedangkan Menteri pun boleh kecundang, apatah lagi orang biasa...tambahan pula bersuamikan org muda......

Perkahwinan dalam budaya melayu ni bukan hanya menyatukan si lelaki dan wanita sahaja, tetapi perkahwinan dalam budaya melayu ini, ia turut melibatkan kaum keluarga dan shabat handai juga...jika halangan pertama pun kita gagal untuk lepasi, bagaimana pula kita nak atasi halangan yang seterusnya......




p/s : suka tengok madu 3......

Kata Nyonya Mansor, "Kalau engkau aku tak suka, keturunan engkau pun aku tidak suka. Aku sudah kasi anak engkau pada org"...

Betul restu ibu bapa tu penting. Tapi tak ada ke ruang bagi Rita dan keluarga suami utk berbaik...?

nurul_kaseh
05-10-10, 12:37 PM
Kata Nyonya Mansor, "Kalau engkau aku tak suka, keturunan engkau pun aku tidak suka. Aku sudah kasi anak engkau pada org"...

Betul restu ibu bapa tu penting. Tapi tak ada ke ruang bagi Rita dan keluarga suami utk berbaik...?


bkn xde ruang masalahnya keluarga suami rita tu yg bengong xnak bg peluang pd Rita unt jadik memantu yg baik, aku pon x paham, pe yg diorg x puas ati lg, dah kawen tu syukurlah, sebagai org tua doakan je lah kebahagiaan diorg bukan lg nak menghancurkan rumah tangga yg dah dibina...huh! marah ni

terunasuci
05-10-10, 12:43 PM
Kata Nyonya Mansor, "Kalau engkau aku tak suka, keturunan engkau pun aku tidak suka. Aku sudah kasi anak engkau pada org"...

Betul restu ibu bapa tu penting. Tapi tak ada ke ruang bagi Rita dan keluarga suami utk berbaik...?

Pasti ada sebab yang terlalu peribadi menyebabkan keluarga suaminya tak merestui perkahwinan mereka hingga kini...

Kalau tanya saya, saya akui tak de kurangnya si Rita ni...muka cantik...body pun bergetah lagi...dalaman tak tau la...sbb tak dapat tgk lagi...hehehe...kalau saya dapat, seminggu saya amik cuti tau...hehehe

shytan79
05-10-10, 12:48 PM
Kalau tanya saya, saya akui tak de kurangnya si Rita ni...muka cantik...body pun bergetah lagi...dalaman tak tau la...sbb tak dapat tgk lagi...hehehe...kalau saya dapat, seminggu saya amik cuti tau...hehehe


Hehe..samalah kita..nak balik raya pun snang x yah gadoh2..kampung mak aku pn belah2 perlis gak..

Intanmahsuri
05-10-10, 12:51 PM
NK, bukan mudah menjadi ibu bapa. Lagipun kita tak tau kesah di sebaliknya.


Betul tu TS. Tentu ada sebab peribadi kenapa sehingga skrg keluarga Aidil masih merasa panas hati dengan Rita. Kalau baca artikel tu, keluarga Rita ada jugak cuba berbaik-baik. Wooo sedih pulak saya baca bila keluarga Rita kena maki.

Macam jugak Memey yang mengharapkan semuanya berakhir dengan baik, saya pun berharap hubungan Rita dan suami berakhir dengan baik. Harap Ayu Raudhah tak masuk campur.:icon_biggrin:

terunasuci
05-10-10, 01:08 PM
Betul tu TS. Tentu ada sebab peribadi kenapa sehingga skrg keluarga Aidil masih merasa panas hati dengan Rita. Kalau baca artikel tu, keluarga Rita ada jugak cuba berbaik-baik. Wooo sedih pulak saya baca bila keluarga Rita kena maki.



Masalahnya ada pihak yang mengadu dombakan kedua pihak...pasal kes maki tu, dua2 pihak kata tak betul...dan dua2 pihak mengakui bahawa keluarga si suami hanya datang sekali sahaja ke rumah Rita...boleh rujuk paper Ahad semalam...so, mana wartawan dapat cerita yang keluarga si suami kene maki masa datang beraya?? wartawan yang tulis berita ni patut kita terjah...

Si suami sekarang memang menghadapi masalah besar dalam membuat keputusan...umur pun muda...di luah buang keluarga, di telan buangsi Rita...ingat, syurga lelaki selamanya di bawah tapak kaki ibunya......




p/s : Rita jangan bimbang, abang TS sentiasa di belakang anda...

riqishi
05-10-10, 01:09 PM
Tgk!!! kan dah kene sound dengan MOD aku...tu la korang ni...org citer pasal artis, korang citer pasal nasi ayam lak...hehehe

Sempena Raya ni meh kita tengok Open House artis lak...

Wahhhh...Datuk Bung ni...sejak kahwin dengan Zizie...asyik berkepit je manjang...apa pun zizie tu memang mantopppp...hehehe





p/s : Kingx, nanti aku belanja minuman anda yang kedua kat ciken wing ye...hehehe

Datuk Bung Mokhtar tu suami kpd yg pakai baju itam ke ijau?? hihihihihihi.. nmpak cam sesuai ngan kaler itam tuh... isk.. isk.. isk... duit.. duit...

Intanmahsuri
05-10-10, 01:22 PM
Masalahnya ada pihak yang mengadu dombakan kedua pihak...pasal kes maki tu, dua2 pihak kata tak betul...dan dua2 pihak mengakui bahawa keluarga si suami hanya datang sekali sahaja ke rumah Rita...boleh rujuk paper Ahad semalam...so, mana wartawan dapat cerita yang keluarga si suami kene maki masa datang beraya?? wartawan yang tulis berita ni patut kita terjah...

Si suami sekarang memang menghadapi masalah besar dalam membuat keputusan...umur pun muda...di luah buang keluarga, di telan buangsi Rita...ingat, syurga lelaki selamanya di bawah tapak kaki ibunya......




p/s : Rita jangan bimbang, abang TS sentiasa di belakang anda...
Hahahahahhaha...saya ingat abg TS tulis buasir tadi..
betul2..so skrg Aidil kena lah pandai2..Tugas berat si Aidil..

terunasuci
05-10-10, 01:28 PM
Hahahahahhaha...saya ingat abg TS tulis buasir tadi..
betul2..so skrg Aidil kena lah pandai2..Tugas berat si Aidil..


Ekekeke...ingat typo la tu...

Sama2 lah kita berdoa semoga perkahwinan mereka berkekalan......




p/s : meh kita cari gosip artis lain lak...hehehe

Intanmahsuri
05-10-10, 01:39 PM
Seterusnya......ni tatau yang si tinggi atau yang si pakai spek..

KAJANG: Pengacara program komedi, Ahmad Azahari Mohamad Ali yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu selepas disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, semalam.

Ahmad Azahari adalah pengacara program Bang Bang Boom hadir ke pejabat agama ditemani seorang rakannya selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan yang dikenakan terhadapnya itu.


Dia tiba pada jam 10 pagi sebelum beredar pada jam 12 tengah hari.


Sabtu lalu, Harian Metro menyiarkan laporan berhubung seorang pengacara rancangan televisyen berusia 27 tahun ditahan Jais kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 27 tahun serta masih berstatus isteri orang.


Dalam laporan itu, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu wanita itu mengemas barang kerana mahu ke Kota Kinabalu, Sabah.

sam261079
05-10-10, 05:54 PM
Top story ! ! ! !

1. Seorang penghibur yang lahir dari program realiti tv popular, dan merupakan finalis program tersebut , berjaya menggikis hampir ribuan ringgit dari seorang finalis dari program realiti yang sama.

2. Gara- gara belagak diva beliau dibuang dari produksi tele filem Kau dan Aku , gara -gara masaalah displin.

3. Astro Entertaiment Snd Bhd (AESB) telah menamatkan kontrak seorang dari finalis program realiti tv popular. Semua ini berpunca dari masaalah peribadi dan displin .

terunasuci
07-10-10, 09:14 AM
Seterusnya......ni tatau yang si tinggi atau yang si pakai spek..



Mestilah si tinggi...si pakai spek (malu nak sebut si rendah) biasanya baik...ekekeke

FLO
07-10-10, 09:15 AM
Rita sedih Aidil Zafuan tidak menjenguknya sejak Aidilfitri

RITA Rudaini meminta Mohd Aidil Zafuan Razak supaya menziarahi anak mereka Airit Rayyan Rizqin walaupun sekejap kerana tidak menjenguknya hampir sebulan iaitu sebelum Aidilfitri lagi.
"Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah!“Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya," katanya kepada Hip.

Pelakon itu juga menegaskan, dia bukanlah kejam kerana memang tidak pernah terlintas langsung untuk memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

“Saya tak pernah halang suami menjenguk atau bermalam di rumah keluarganya. Saya rela berkorban apabila Aidil mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Tetapi kalau mereka tidak dapat menerima hingga saya melahirkan zuriat yang juga darah daging mereka, bagaimana pula keadaannya?” tanyanya.

Sebagai suami, Aidil sepatutnya bersikap lebih berani, gentleman dan bertanggungjawab mempertahankan serta melindungi maruah isterinya. Tindakan Aidil mengambil sikap tunggu dan lihat atau mendiamkan diri meletakkan Rita kini dalam kebingungan.
"Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini.

“Sebelum membuat kenyataan, saya terlebih dulu mengadu kepada suami. Tetapi jawapannya cukup mengguris hati. Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi "buatlah, lantak kau orang". Saya manusia biasa. Setakat mana kesabaran boleh bertahan? Saya berasakan maruah saya diperkotak-katikkan apabila keluar gosip yang tidak dapat diterima akal,” katanya.

Rita juga menjelaskan dia terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri kerana maruah dirinya sebagai seorang isteri dan ibu seolah-olah diabaikan oleh mereka yang sepatutnya melindunginya.

“Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahu-menahu mengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini,” katanya.

Rita berkata demikian mengulas kenyataan Aidil dalam Berita Harian bahawa dia (Aidil) mahu berbincang dengan keluarganya terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Saya terpaksa bercakap dengan media untuk mempertahankan diri. Saya pun ada maruah sebagai isteri dan ibu. Saya sedih apabila suami buat kenyataan tidak tahumengenai cerita ini, sedangkan saya sudah mengadu kepadanya apabila timbul macam-macam gosip mengenai rumah tangga kami sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak halang suami mahu bertemu dengan keluarganya, tetapi dia juga perlu berbincang dengan saya. Kenyataan Aidil mahu berbincang dengan keluarga terlebih dulu menjelaskan selama hari ini, suami masih dikongkong keluarganya. Saya sedih Aidil seperti tiada pendirian dan membiarkan orang lain mengatur kehidupan rumah tangga.

"Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan," luahnya dalam nada sebak.

Bukan mengungkit, namun hakikatnya Rita masih teringat lagi kata-kata Aidil Zafuan bahawa dia sendiri bersungguh-sungguh mahu mengahwininya walaupun menyedari ia tidak mendapat restu daripada keluarganya sendiri.

“Dulu, ketika mengajak saya berkahwin, tahu pula mencari, memujuk dan berbincang keluarga saya. Walaupun keluarga saya minta Aidil mendapatkan persetujuan keluarganya terlebih dulu, keputusannya kata Adil tetap sama, hubungan kami tidak mendapat restu. Saya masih ingat kata-katanya, keluarganya sudah tidak boleh bawa berbincang lagi.

"Awalnya sukar untuk saya dan keluarga menerima. Kami tahu akibatnya jika berkahwin tidak mendapat restu. Tapi Aidil berjanji tidak akan mempersia-siakan hidup saya dan akan bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku. Sekarang apa sudah jadi? Anak kami masih kecil, tidak terfikirkah Aidil soal masa depan Airit?” katanya lagi.

Rita berkata, dia juga keliru dengan kenyataan bapa mentua, Abd Radzak Salleh yang mendakwa tidak pernah campur tangan berhubung rumah tangganya.
“Kalau mereka (keluarga Aidil) tidak campur tangan, rumah tangga kami tidak menjadi tegang macam ini. Kenapa tak nasihatkan Aidil supaya menemui saya dan menjenguk anaknya yang tidak ditemui sejak raya lagi,” jelas Rita.

p/s : tu la rita..aku nak kat ko..ko x nak kat aku..mentang2 la aku x pandai main bola..ekekekkeke

Intanmahsuri
07-10-10, 09:16 AM
Mestilah si tinggi...si pakai spek (malu nak sebut si rendah) biasanya baik...ekekeke


Eh betul la TS..yang baik selalunya si rendah. Tapi dulu kan masa saya sekolah rendah. Ada budak lelaki ni nama dia Fatah. Pendek orangnya. Suka menyepak org. Dia rajin je nak sepak saya. ekekekeke..

nurul_kaseh
07-10-10, 09:29 AM
myMetro (http://www.hmetro.com.my/) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/bltarrow.gif Berita Utama (http://www.hmetro.com.my/myMetro/Section/index_html?section=BeritaUtama)
Raja Azura suami berpisah

Oleh Roslen Fadzil

2010/10/07
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaAzurasuamiberpisah/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaAzurasuamiberpisah/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Raja Azura suami berpisah', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaAzurasuamiberpisah/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaAzurasuamiberpisah/Article#)


KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.
Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=cdi&ai=3549750&p=&pi=0&ru=http://ds.serving-sys.com/BurstingRes///Site-21352/Type-0/4bb9174b-08dc-46e5-9ffb-1faefca51a90.gif&ord=40457890671026160

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

------ aku x paham arr...artis ni kawen cerai dah jadik macam lumrah idup diorg...baru2 ni aku ade dengar pengacara Nadio Shahrul Anuar pon bercerai, x silap dia pon baru je kawen..ntah apa je diorg ni...

Retiree01
07-10-10, 11:32 AM
huhuhu..patutla semalam beriya benor si Raja AZura ni meng"offer"kan diri dia kat pemanggil Sinar FM....

dlm kes Rita ni..akr rasa dia ni boleh tahan jugak keras hati dan kepala.... si Aidil tu bawak anak jumpa Atok nenek dia pun takkan nak mintak permission dari Rita dulu. ok lah katakan la si Aidil tu mintak kebenaran, dia nak bagi ke?...kalau ikutkan response yang Rita x puas hati dgn mak mertua dia yang tak mengaku anak dia tu cucunyer tu...mesti dier tak nak bagi punyer... hati orang tua..dgn anak cucu tu lelama mesti cair jugak..patutnyer dia biarkan aje dulu anak dia jumpa nenek dia tu ..pelan pelan la ambik hati...

si Aidil tu aku rasa dari jenis anak mak jugak..tu pasal la..sekali boleh la keraskan hati tak nak dgr cakap mak..... tapi lelama mesti lembut balik punyer..sekarang tersepit la tu... yang penting dia kena dewasa cepat..kalau dua dua belah pihak( Rita dan mentua) x boleh gak berbaik... bawak je semua ke kaunselling dgn jabatan agama..

P/S ..mugkin jugak RIta tu tgk cerita Ibu Mertuaku tu byk sgt kot ... tu yg takut anak dia kena bawak lari..

riqishi
08-10-10, 08:44 AM
patut la team bola m'sia x kuat2.. player cam gini pun ada.. aduyai......

CtiE
09-10-10, 11:22 AM
(GAMBAR) Pra Perkahwinan Angkasawan Negara Dan Dr. Halina

Super hensem. Makcik-makcik yang dah kawin tengok pun confirm tergoda. Lagi gambar pra perkahwinan Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina...

p/s : esok berlangsung majlis nikah 10.10.10 no cantik tuh...

Intanmahsuri
11-10-10, 09:01 AM
(GAMBAR) Pra Perkahwinan Angkasawan Negara Dan Dr. Halina

Super hensem. Makcik-makcik yang dah kawin tengok pun confirm tergoda. Lagi gambar pra perkahwinan Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina...

p/s : esok berlangsung majlis nikah 10.10.10 no cantik tuh...Pergh malam td tengok lah perkahwinan kayangan mereka ni. Memang bagai pinang dibelah dua, bagai merpati terbang sejoli, bagai bunga mekar berkembang..

tapi apsal kek dia kelakor..wakakakakakakakkakka..

shytan79
11-10-10, 09:11 AM
Pergh malam td tengok lah perkahwinan kayangan mereka ni. Memang bagai pinang dibelah dua, bagai merpati terbang sejoli, bagai bunga mekar berkembang..

tapi apsal kek dia kelakor..wakakakakakakakkakka..

hehe..dari sumber2 yg x boleh dipercayai..pada pukul 2 pagi td Dr Sheikh Muzaffar telah melancarkan satu lagi roket..tp kali ni roket t2 x keluar api..tp hanya mengeluarkan air..:icon_biggrin:

Intanmahsuri
11-10-10, 09:12 AM
hehe..dari sumber2 yg x boleh dipercayai..pada pukul 2 pagi td Dr Sheikh Muzaffar telah melancarkan satu lagi roket..tp kali ni roket t2 x keluar api..tp hanya mengeluarkan air..:icon_biggrin:
Hoiiii skodeng ke? 3gp ada tak? wakakakkaakkaa...

terunasuci
13-10-10, 05:19 PM
Sunyi je thread gosip ni...meh kita layan gambar2 Bunga Cinta Lastari selepas dapat nak...berubah 360 darjah tu...

Anyway, satu yang aku bangga dia tak malu...bukan cam artis Malaysia...kene tunggu 90 hari baru boleh dan berani ambik gambar dorang......

terunasuci
13-10-10, 05:24 PM
Shahz Jaszle & Maria Farida Bercinta?? (http://jomss.blogspot.com/2010/10/shahz-jaszle-maria-farida-bercinta.html)

Inilah gambar mesra antara Shahz Jaszle (hero pelakon Asmara) dan Maria Farida yang mencetuskan gossip yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Gambar mesra ini merupakan gambar profil Blackberry Massenger Shahz Jaszle dengan Maria Farida.

Bagaimanapun Shahz Jaszle menafikan yang dia dengan Maria Farida bercinta.

"Saya dengan kak Maria tidak bercinta, saya kagumi dan hormati dia sebagai rakan atis yang banyak pengalaman. Dia banyak beri tunjuk ajar dalam lakonan saya.

"Tentang gambar itu kami sekadar suka-suka ketika di lokasi penggambaran, kami rapat kerana sering berlakon bersama iaitu dalam drama Asmara dan Bola Cinta baru-baru ini,"

"Saya tak sangka ia boleh menjadi isu, saya fikir ini hanya sekadar suka-suka. Tentu dia marah jika dapat tahu berita tidak benar ini. Saya benar-benar tidak ada apa-apa hubungan dengannya selain rakan kerja," katanya.




p/s : untunglah...panggil kakak pun dapat peluk2 camtu...jeles lak aku...ekekeke

shyme
14-10-10, 09:56 AM
Tadi tetiba nampak fanpage Ayu Raudah kat dalam FB... Seksi gak ye minah ni. Yang create page ni plak letak gmbr seksi minah ni. Ramai la yang add.. Especially lelaki.. Saya yang pompuan tgk pun leh berpinau mata, yg lelaki x tau la..

p/s: nak suggest kat TS, x de fb lak.. ekeke...

terunasuci
14-10-10, 10:19 AM
Tadi tetiba nampak fanpage Ayu Raudah kat dalam FB... Seksi gak ye minah ni. Yang create page ni plak letak gmbr seksi minah ni. Ramai la yang add.. Especially lelaki.. Saya yang pompuan tgk pun leh berpinau mata, yg lelaki x tau la..

p/s: nak suggest kat TS, x de fb lak.. ekeke...

Minah ni memang selalu dressing seksi...so, tak heran...kira dah selalu tgk...hehehe




p/s : camner leh tau ni...ekekeke...

jemaing
14-10-10, 11:21 AM
p/s: nak suggest kat TS, x de fb lak.. ekeke...

TS nie ada FB la..tapi fXXXbook la...penuh list je..ekekeke..!kalau sis dapat add kat fb nya..faham la makna FL yang sis
cari selama ini..!hu..hu

shyme
14-10-10, 12:12 PM
Tadi sempat tgk tv3..
Pastu tertengok la rancangan Apa2 Aje...
Sekarang pegacaranya Shamsul Ghau Ghau dengan Kenchana Dewi cerita put3 kot x silap. Topik panas hari ni plak pasal ANAK IKAN.
Yang menjadi persoalannya skang ni, si kamala tu. Mulut potpet2 macam tongkeng ayam plak... Sampai tetamu jemputan (x kenal) x boleh nak bercakap @ mencelah. Lepas tu dia x senang duduk. Kejap berdiri kejap bangun, kejap pegi sana, kejap pegi sini. Dalam hati terdetik la jugak, dia ni ada anak ikan ke yang sampai macam tu sekali.. ekeke... Pastu bila si tetamu ckp ni mungkin salah faham dalam rumahtangga. Mungkin si suami curang dat's y si isteri cari anak ikan. Pastu dia plak menyibuk cakap betul beria2 smpai minah tu pun x sempat nak abiskan dia cakap. Teruk betul la. Ko tu pengacara, buat la macam nak mengacara.. x paham btul la...

terunasuci
15-10-10, 12:21 PM
Sharifah Aini bertudung???

Barangkali, itulah sangkaan ramai setelah melihat kehadirannya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sempena majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang baru-baru ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji di hotel tersebut....

Lihatlah kenyataan kurang matang dari seorang biduanita......

"Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab.

"Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).

"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit," katanya......

CtiE
16-10-10, 02:32 PM
Yalal Chin Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu. Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu. Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof. Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya. Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

sam261079
18-10-10, 08:29 AM
Bintang AF8 dakwa AESB tidak rancang kerjaya seni, digantung tidak bertali

SEKALIPUN hanya menduduki tempat kelima menerusi program realiti popular, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Mei lalu, nama Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, tiba-tiba menjadi sebutan sejak kebelakangan ini gara-gara artikel disiarkan beberapa akhbar mendakwa dirinya bermasalah apabila dia dikatakan berdepan masalah disiplin, selain menghilangkan diri sehingga menyukarkan pihak pengurusan, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menghubungi beliau.

Desas-desus mendakwa, pihak produksi terpaksa menggugurkan nama Iwan sebagai pelakon utama drama bersiri, Kau Dan Aku yang kini memasuki musim kedua apabila dia dikatakan sering ponteng kelas latihan vokal dan tarian sebagai persiapan sebelum penggambaran bermula. Difahamkan, juara AF7, Hafiz mengambil alih kekosongan ditinggalkan Iwan.
(http://avn.innity.com/click/avncl.php?bannerid=22300&zoneid=761&cb=1&url=http%3A%2F%2Fizieherb.webs.com%2Fperiakatakplu s.htm)
Khabar angin juga memaklumkan, Iwan sudah ditamatkan kontraknya bersama AESB serta merta, sekalipun dia masih lagi artis naungan mereka, namun dirinya kini ibarat digantung tidak bertali, apabila tiada sebarang pengesahan rasmi daripada syarikat pengurusannya itu. Dikatakan AESB gagal menghubungi Iwan untuk membincangkan masalah itu apabila panggilan telefon tidak berjawab, kiriman SMS pula tidak dibalas!

Baru-baru ini, B*POP berjaya menjejaki Iwan apabila dia memaklumkan baru saja menukar nombor telefon bimbitnya. Kehadirannya di Balai Berita merungkai pelbagai persoalan, selain menjawab tuduhan ke atasnya.

Ternyata, Iwan amat kesal dengan pelbagai cerita negatif yang dikaitkan dengan dirinya dan Iwan juga mengaku pernah tidak berpuasa pada Ramadan lalu, namun dia ada alasan.

“Setahu saya, saya masih lagi bernaung di bawah pengurusan AESB kerana ada kontrak selama enam bulan selepas meninggalkan AF8 sejak Mei lalu. Desas-desus mengatakan saya disingkirkan dari AESB, saya sendiri tak pasti status diri saya dengan mereka. Namun, sejak kebelakangan ini, saya perhatikan diri saya seolah-olah tidak pernah wujud di bawah pengurusan itu, AESB tak ambil tahu pun.

“Saya seperti anak tiri! Saya pernah semak jadual aktiviti baru-baru ini, nama saya kosong, tak ada persembahan langsung! Yang ada pun nama Shahir dan Adira saja. Sekarang saya tak ada apa-apa kerja, macam mana saya nak hidup? Saya hidup sendiri, ibu bapa pula di kampung, perihal makan minum, sewa rumah macam mana?

“Nak buat persembahan luar yang kami cari sendiri, tak boleh. Kalau kami buat juga ‘persembahan haram’ tanpa pengetahuan AESB, kami boleh disaman! Tapi, apabila kami dapat show, maklumkan kepada AESB, dia orang pula ambil keuntungan sebanyak 40 peratus. Banyak tu, kami nak makan apa? Nak cari show bukan senang.

“AESB tak beritahu apa-apa pun. Pernah mereka beritahu nak jumpa, berbincang, tapi ketika itu saya tak ada kenderaan nak datang ke pejabat. Saya maklumkan kepada pihak pengurusan, boleh tak kita jumpa hari ini, namun tiada maklum balas, terus diam sampai sekarang. Kini, saya dah tukar nombor telefon, kami pun terus terputus hubungan. Namun, saya harap kami dapat bertemu sedikit masa lagi untuk selesaikan masalah ini,” kata Iwan.

Bayaran tak berbaloi

Bagi Iwan, kemelut dirinya bersama AESB bermula apabila dia mendapat tawaran berlakon drama bersiri Kau Dan Aku musim kedua. Namun, belum sempat dia memulakan penggambaran, dirinya digugurkan dengan alasan tidak berdisiplin apabila didakwa sering kali ponteng kelas latihan vokal dan tarian, selain kedegilannya apabila tidak mahu mendengar arahan pihak produksi.

“Saya dibayar dengan jumlah ini, penggambaran tiga bulan sebanyak 26 episod, saya pula mendukung watak utama. Saya juga perlu menghadiri kelas vokal dan tarian. Memang saya tak boleh buat kerja lain, fokus 100 peratus kepada pembikinan Kau Dan Aku saja. Apabila dikira semula, dengan bayaran ditawarkan, selepas ditolak 40 peratus, selain komitmen yang bakal diberikan, memang tak berbaloi.

“Sekiranya saya tak terima tawaran berlakon tu, saya khuatir AESB anggap saya berlagak, justeru untuk menjaga hati banyak pihak, saya terima tawaran berkenaan. Apabila dah terima, timbul pula masalah lain, produksi yang menerbitkan drama berkenaan tidak menjaga kebajikan artis. Bayangkan, ketika Ramadan lalu, artis seperti kami diminta menari di tengah panas terik, berlakon untuk pembikinan montaj dan sebagainya. Pihak produksi seolah-olah tidak menghormati kami yang berpuasa.

“Saya akui, artis yang terbabit ketika itu memang ‘terbabas’, kami tak mampu meneruskan ibadat puasa termasuklah saya. Ketika itu, nafsu memang untuk minum saja. Penggambaran lama lagi nak habis, waktu berbuka puasa lambat lagi, tekak pula dah kering sangat, saya tak mampu bertahan lagi. Saya terpaksa membatalkan puasa.

“Saya dan beberapa lagi artis AF turut merokok dalam kereta. Alang-alang dah tak berpuasa, sebab itu saya curi-curi hisap rokok. Saya tak berpuasa, itu antara saya dengan Tuhan, tapi saya mengaku salah apabila perbuatan minum air, merokok dapat dilihat oleh orang ramai. Perbuatan kami tidak sopan apabila tidak menghormati sensitiviti orang lain. Saya minta maaf atas kealpaan itu,” kata Iwan berterus-terang.

Sedia pakaian macam badut

Tambah Iwan, perkara yang paling tidak digemarinya ialah soal pemilihan pakaian ketika menjayakan pembikinan Kau & Aku.

“Bagi saya, pihak produksi seperti memperlekeh saya. Saya diminta mengenakan pakaian yang menampakkan saya seperti badut! Apabila saya tawarkan diri pakai baju sendiri, mereka tak benarkan. Saya malu apabila pakaian saya paling selekeh! Saya pernah minta pandangan daripada Pengetua AF8, Cikgu Norman, saya maklumkan soal bayaran dan masalah lain, dia menasihatkan saya supaya tidak teruskan penggambaran.

“Saya bukannya lahir daripada program Raja Lawak, jadi saya tak mahu imej saya terjejas. Namun, saya tetap meneruskan pembabitan bersama produksi itu apabila memikirkan kembali tawaran yang sudah diberi. Namun, saya akui ada beberapa siri kelas vokal dan lakonan yang saya tak dapat hadir kerana berdepan masalah pengangkutan.

“Namun, apabila saya gagal hadiri kelas sekali dua, pihak produksi terus kirimkan e-mel kepada AESB memaklumkan saya ada masalah disiplin, tidak bertanggung jawab, kurang ajar dan macam-macam lagi. Padahal, ada lagi beberapa artis AF, langsung tak datang kelas, namun tidak pula diambil tindakan ke atas mereka!

“Saya harap selepas ini dapat bertemu dengan pihak pengurusan AESB dan berbincang. Sekiranya mereka dah tak boleh terima saya, biar saya keluar cara baik. Tapi, jangan gantung saya tak bertali. Saya juga mohon maaf sekiranya pendedahan ini menyinggung perasaan banyak pihak terutama AESB. Apabila wartawan mencari saya, saya luahkan segala yang terbuku di hati selama ini,” kata Iwan.

Info Iwan

NAMA PENUH: Emirza Azwan Zulazrin Chew
TARIKH LAHIR:21 April 1990
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
PENCAPAIAN: Tempat ke-5, Akademi Fantasia 8 (AF8)

P/S : Buat lah statement banyak -banyak lagi mcm nie , ibarat macam menabur pasir di periuk sendiri... lain kali tu berfikir dulu sebelum keluarkan statement mcm nie ....

terunasuci
18-10-10, 09:20 AM
P/S : Buat lah statement banyak -banyak lagi mcm nie , ibarat macam menabur pasir di periuk sendiri... lain kali tu berfikir dulu sebelum keluarkan statement mcm nie ....

So, apa cerita sebenarnya sam???

sam261079
18-10-10, 09:37 AM
So, apa cerita sebenarnya sam???



Ts apa yang aku boleh nyatakan disini....
orang yang dimaksudkan itu mempunyai beberapa masaalah antaranya

1. Masalah displin
2. Peragai macam budak -budak sekolah (suka suka nak gi clas suka-suka nak ponteng)
3. Stage present memang tak ader langsung, Hancur ......
4. Punca jadual dia selalu empty semuanya berpunca dari dia sendiri.
5. Kau & Aku dia hanya memegang watah sampingan sahaja.. watak utama AKIm & Aril
6. Kes yang menari tengah panas tu aku ader sekali ... bukan tengah panas pun cuma redup2 manja saja memang dia org tak puasa tapi jgn lah kaitkan dengan artis lain.
7. Bab pakaian pulak ... aku percaya pihak produksi lebih ariff lah kan ... Si iwan memegang watak sebabai seorang budak yang baru balik dari USA so gayanya kena lah ala-ala USA skit , tapi dia berkeras nak jugak ikut gaya Skate dia tu yang kaki seluar fit giler , baju pakai ala2 lusuh so itu semua tak menepatilah kehendak produksi ..itu yang dia tak puas hati sangat-sangat sebab tak dapat ikut kehendak dia.
8. Pihak pengurusan dah banyak kali suruh gi pejabat tapi dia off hp call tak jawab ... tapi di sini statement dia berlainan pulak ...

terunasuci
18-10-10, 09:47 AM
Ts apa yang aku boleh nyatakan disini....
orang yang dimaksudkan itu mempunyai beberapa masaalah antaranya

1. Masalah displin
2. Peragai macam budak -budak sekolah (suka suka nak gi clas suka-suka nak ponteng)
3. Stage present memang tak ader langsung, Hancur ......
4. Punca jadual dia selalu empty semuanya berpunca dari dia sendiri.
5. Kau & Aku dia hanya memegang watah sampingan sahaja.. watak utama AKIm & Aril
6. Kes yang menari tengah panas tu aku ader sekali ... bukan tengah panas pun cuma redup2 manja saja memang dia org tak puasa tapi jgn lah kaitkan dengan artis lain.
7. Bab pakaian pulak ... aku percaya pihak produksi lebih ariff lah kan ... Si iwan memegang watak sebabai seorang budak yang baru balik dari USA so gayanya kena lah ala-ala USA skit , tapi dia berkeras nak jugak ikut gaya Skate dia tu yang kaki seluar fit giler , baju pakai ala2 lusuh so itu semua tak menepatilah kehendak produksi ..itu yang dia tak puas hati sangat-sangat sebab tak dapat ikut kehendak dia.
8. Pihak pengurusan dah banyak kali suruh gi pejabat tapi dia off hp call tak jawab ... tapi di sini statement dia berlainan pulak ...

Ohhhh...camtu rupanya citernya...biasalah...darah muda......

Intanmahsuri
18-10-10, 09:56 AM
Artis2 mcm ni lah di katakan artis suam2 kuku..artis mee segera..fadan muda lo..ekekekeke

KS
18-10-10, 11:24 AM
yang mana satu nie ehhh? ada ker gambor dia?

brew
18-10-10, 04:10 PM
Sunyi je thread gosip ni...meh kita layan gambar2 Bunga Cinta Lastari selepas dapat nak...berubah 360 darjah tu...

Anyway, satu yang aku bangga dia tak malu...bukan cam artis Malaysia...kene tunggu 90 hari baru boleh dan berani ambik gambar dorang......



Media Indonesia ni ala-ala paparazi, kalau nak tau, rm 10K boleh dapat kalau gambar macam ni kluar kat paper. Media Malaysia tak berani buat camtu, sebab rakyat malaysia kalau nak tau news pasal artis lebih kepada mencari di internet, manakala rakyat Indonesia lebih kepada membeli majalah dan tampal di bilik(merujuk kepada senario Anak Baru Gede(ABG))

Ada jugak gambar artis malaysia yang baru lepas bersalin ditonjolkan, tapi biasa dengan anak skali la.

p.s. tak sabar nak tgk gambar Zizie Ezette lepas pregnant :P

FLO
18-10-10, 04:16 PM
yang mana satu nie ehhh? ada ker gambor dia?

alaaa ko boleh google lerrr

wan AF8 Profile or Biodata

Artis Malaysia artis malaysia (http://biodata.mygosip.com/category/artis-malaysia/) | 2 June, 2010


http://biodata.mygosip.com/wp-content/uploads/2010/06/Iwan-af8.jpgProfile atau biodata Iwan AF8
Nama komersial: Iwan AF8
Nama sebenar: Emirza Azwan Zulazrin Chew
Nama timangan: Iwan
Adik beradik: Anak ke-2 daripada 4 orang
Nama bapa: Zulazrin Chew Abdullah
Nama ibu: Siti Marminah Jurini

KiNgX
20-10-10, 12:33 AM
Fesyen terbaru Alyah tiru Lady Gaga? Depa kata lah, saya tak kata apa-apa pun..

shyme
20-10-10, 12:40 AM
Fesyen terbaru Alyah tiru Lady Gaga? Depa kata lah, saya tak kata apa-apa pun..


amboi... gambaq no 2 x leh blah.. nyaris nak terjojoi... ish..ish..
artis oh artis!!

KiNgX
20-10-10, 12:46 AM
Ejad buat boobs transplant ke uols?

Gambar amik dari Harian Metro. Ejad ni ada berlakon filem Gengster kalau tak silap dulu tu. Lain macam pulak tengok boobs die tu, dulu tak macam ni kan?

KiNgX
20-10-10, 01:25 AM
Nora Danish tonggek kat angpa oiiiiii!

Intanmahsuri
20-10-10, 10:03 AM
Nora Danish tonggek kat angpa oiiiiii!

Outstanding pulak bontot si Nora Danish ni..mcm tetiba muncul..muncul tetiba..sebelum ni tak perasan pun..

CikLana
20-10-10, 11:24 AM
Ejad buat boobs transplant ke uols?

Gambar amik dari Harian Metro. Ejad ni ada berlakon filem Gengster kalau tak silap dulu tu. Lain macam pulak tengok boobs die tu, dulu tak macam ni kan?

Yekah tu. Dulu sekeping je dia ni. Skang wawawoooommmmm. Tp bila sampai masa kalau betul buat implant dia kena bawak keluar gak menda tu.

P/s teringat video tetek implan meletup

terunasuci
20-10-10, 11:32 AM
Ejad buat boobs transplant ke uols?

Gambar amik dari Harian Metro. Ejad ni ada berlakon filem Gengster kalau tak silap dulu tu. Lain macam pulak tengok boobs die tu, dulu tak macam ni kan?


Perghhhhh...kuat betul ingatan anda pasal benda2 ni ye...hehehe

Mungkin dulu dia muda lagi...kalau tgk muka pun dah tak cam lagi...so, skrg bila dah berusia, benda tu turut membesar la kot...hehehe...lagi pun dia kan duk kat rumah je......

KiNgX
20-10-10, 11:48 AM
Raja Farah Sudah Bertunang? Plus Gambar Tunang

Yang diberikan hanyalah screenshot status Facebook Raja Farah dan satu gambar dia dengan seorang lelaki yang dikatakan tunangnya. Anda boleh lihat kat bawah ni.

terunasuci
20-10-10, 12:12 PM
Raja Farah Sudah Bertunang? Plus Gambar Tunang

Yang diberikan hanyalah screenshot status Facebook Raja Farah dan satu gambar dia dengan seorang lelaki yang dikatakan tunangnya. Anda boleh lihat kat bawah ni.



Kalau tengok muka lelaki yang dikatakan tunangnya tu, ermmmmm...mesti banyak duit tu...hehehehe

CtiE
20-10-10, 03:39 PM
Kembar Diana Danielle Pulak Dijumpai, Nadine Alexandra Dewi Ames (http://beautifulnara.com/kembar-diana-danielle-pulak-dijumpai-nadine-alexandra-dewi-ames/)

Kali ini kembar Diana Danielle adalah seorang warga Indonesia yang bernama Nadine Alexandara Dewi Ames. Amik kau nama super panjang punya. Memang terserlah kecantikan si Nadine nie. Mata si Nadine rasanya lebih lentik lagi daripada mata Diana Danielle.

txmate
21-10-10, 01:32 AM
Kembar Diana Danielle Pulak Dijumpai, Nadine Alexandra Dewi Ames (http://beautifulnara.com/kembar-diana-danielle-pulak-dijumpai-nadine-alexandra-dewi-ames/)

Kali ini kembar Diana Danielle adalah seorang warga Indonesia yang bernama Nadine Alexandara Dewi Ames. Amik kau nama super panjang punya. Memang terserlah kecantikan si Nadine nie. Mata si Nadine rasanya lebih lentik lagi daripada mata Diana Danielle.

Lagi mantopp nih!! dah dari jenis kacukan macam ni mmg mnjadi...

awangblack
21-10-10, 11:47 PM
minah dewi tu nampak lagi lawa dari diana...peh peh peh....

chaosspawn
22-10-10, 12:06 AM
Kalau tengok muka lelaki yang dikatakan tunangnya tu, ermmmmm...mesti banyak duit tu...hehehehe



hehe, wa faham maksud tersurat TS ni.. setuju!

KiNgX
22-10-10, 12:55 AM
Tahniah Nana XFM selamat melahirkan anak perempuan.

Bayi pertamanya diberi nama Althea Raqeem Brian

KiNgX
22-10-10, 12:57 AM
Uols nampak tak ape yang Datuk K nampak?

Clue: singlet a.k.a inner, tali baju biru and lipatan ketiak…wawawa

KiNgX
22-10-10, 12:59 AM
Fazura Pun Manusia Biasa, Kadang-Kala Ketiaknya Akan Basah Jua

terunasuci
22-10-10, 04:11 PM
Raja Farah Sudah Bertunang? Plus Gambar Tunang

Yang diberikan hanyalah screenshot status Facebook Raja Farah dan satu gambar dia dengan seorang lelaki yang dikatakan tunangnya. Anda boleh lihat kat bawah ni.




hehe, wa faham maksud tersurat TS ni.. setuju!

Apa yang ko paham CP?? takut2 apa yang ko paham tak sama ngan apa aku maksudkan...hehehe

Raja Farah & Megat Andika Dah Bertunang. Kahwin November Ini

Dalam diam-diam rupanya Raja Farah sudah bertunang dengan kekasih hatinya, Megat Andika. Difahamkan Raja farah & Andika bertunang pada 9 Oktober lalu. Mereka bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada bulan depan, November.


"Sebenarnya, majlis pertunangan diadakan tanpa dirancang. Asalnya pihak lelaki mahu merisik dahulu. Tapi lain pula jadinya bila tarikh merisik dijadikan sebagai hari pertunangan dan tarikh pertunangan dijadikan kepada hari pernikahan.

"Apapun, saya akan umumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat nanti. Pada bulan depan, keluarga saya dan dia (Megat) merancang untuk membuat majlis pernikahan dahulu dan di sebelah malamnya pula, kami akan adakan majlis kesyukuran.

"Resepsi pula mungkin kami adakan pada awal tahun depan kerana saya masih lagi sibuk dengan penggambaran drama Kau dan Aku untuk siaran Astro sehingga hujung tahun ini.

"Saya sendiri tidak sangka dengan perancangan ini. Kami baru bercinta pada 14 Februari lalu dan hubungan kami tidak sampai setahun pun. Tapi, mungkin dah sampai masanya untuk kami dijodohkan," katanya




p/s : Aku rasa ini antara artis yang paling cepat tempoh bercintanya......

FLO
22-10-10, 04:15 PM
dah mamat tu kaya
anak megat..mesti la dia rasa dh sampai jodoh
cuba orang biasa mcm kita
lambat la dia rasa nk datang jodohnya
ekekekekekk

KiNgX
22-10-10, 04:16 PM
Tengok muka Megat tu, cam iras-iras terunasuci pun ada, cuma rambut dia serabai dan panjang skit...cuba angpa tengok betoi-betoi.

KiNgX
23-10-10, 04:53 PM
Kali ni fesyen apa lagi Alyah?

Jika sebelum ini ramai yang memberi respon terhadap pemakaian Alyah seperti Lady Gaga, kini Alyah tampil pula dengan fesyen yang lebih ala-ala BOOM gitu.

KiNgX
23-10-10, 04:56 PM
Gambar Vanidah Imran terlebih pose

Gambar disensor akibat permintaan peminat.. :P

.fullpost { display: inline; }

awangblack
24-10-10, 03:55 PM
ayu raudhah nak kawen! tidaks! tidaks!

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=8187&c=1&s=1

P/S: body ayu ni mantop semacam je macam dah slalu disuburkan...entah-entah dah lama zaquan kasi baja tak?

terunasuci
26-10-10, 02:39 PM
Fizz Fairuz sambut harijadi dengan sape tu?? mana kekasihnya???

terunasuci
26-10-10, 02:42 PM
Phwiiitttttttt....ape tu??? hehehehe......

shytan79
26-10-10, 03:01 PM
Nasi lemak 50 sen:icon_biggrin:


70751


Jelas aksi yang terdapat dalam trailer dan iklan promo filem “Cuti-cuti Cinta” adalah lawak lucah yang tidak sesuai kepada kanak-kanak dan remaja. Semua orang faham nasi lemak 50 sen yang dimaksudkan oleh Farid Kamil ialah saiz tooottt Nora Danish.

Jelas sekali filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini mengandungi moral yang tidak baik kepada kanak-kanak dan merendahkan kaum wanita. Adakah kita begitu sporting sehingga penerbit selamba jer mempromosi filem mereka dengan lawak lucah tersebut yang setelah mula penayangan filem Cuti-cuti cinta ini iklan trailernya semakin diulang-ulang. Penerbit seolah-olah mengajak penonton ke panggung dengan daya penarik nasi lemak 50 sen ini.

Sebelum ini , iklan hari raya di TV3 yang ala-ala Santa Claus yang lalu telah menyebabkan TV3 disaman RM50,000.

Para pengkarya seni di Malaysia sepatutnya bertanggung jawab mendidik remaja bukannya spt mempengaruhi remaja dengan aksi, pakaian atau lawak yang menjurus kepada sex. Mentang-mentanglah sekolah remaja mengandung telah dibuka dan banyak tempat kosong lagi…

Sumber : http://www.isuhangat.net/2010/10/nasi-lemak-50-sen/

*ye ke 50 posen..hehehe

KiNgX
26-10-10, 05:11 PM
Aku rasa sekarang musim artis ketiak basah la....Norliana Tengku Samsudin...opppsss, silap-silap Norliana Samsudin

awangblack
26-10-10, 05:50 PM
Aku rasa sekarang musim artis ketiak basah la....Norliana Tengku Samsudin...opppsss, silap-silap Norliana Samsudin

misti ada bau tu..adeii kelat tokak raso ea ni ha...

Intanmahsuri
26-10-10, 06:09 PM
Nasi lemak 50 sen:icon_biggrin:


70751


Jelas aksi yang terdapat dalam trailer dan iklan promo filem “Cuti-cuti Cinta” adalah lawak lucah yang tidak sesuai kepada kanak-kanak dan remaja. Semua orang faham nasi lemak 50 sen yang dimaksudkan oleh Farid Kamil ialah saiz tooottt Nora Danish.

Jelas sekali filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini mengandungi moral yang tidak baik kepada kanak-kanak dan merendahkan kaum wanita. Adakah kita begitu sporting sehingga penerbit selamba jer mempromosi filem mereka dengan lawak lucah tersebut yang setelah mula penayangan filem Cuti-cuti cinta ini iklan trailernya semakin diulang-ulang. Penerbit seolah-olah mengajak penonton ke panggung dengan daya penarik nasi lemak 50 sen ini.

Sebelum ini , iklan hari raya di TV3 yang ala-ala Santa Claus yang lalu telah menyebabkan TV3 disaman RM50,000.

Para pengkarya seni di Malaysia sepatutnya bertanggung jawab mendidik remaja bukannya spt mempengaruhi remaja dengan aksi, pakaian atau lawak yang menjurus kepada sex. Mentang-mentanglah sekolah remaja mengandung telah dibuka dan banyak tempat kosong lagi…

Sumber : http://www.isuhangat.net/2010/10/nasi-lemak-50-sen/

*ye ke 50 posen..heheheBetul..saya setuju dengan org yang komplain ini...true, nasi lemak 50sen bukan isu besar bagi org dewasa mcm kita, tapi apa jadahnya benda tu diwar-warkan di public. Adakah generasi sebegini yang kita mahu lahirkan....!!!

terunasuci
27-10-10, 10:17 AM
Difahamkan Siti Norsaida Tarudin atau Saida (kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin) membuat permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu.

Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun.

Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.




p/s : Yang gatai pergi masuk AF tu nape...

FLO
27-10-10, 11:33 AM
SOSEH SOSEH: Cerita Cik Tak Pakai Baju Tidak Berlengan








KETIKA menyertai program realiti mencari bakat baru dalam bidang lakonan setahun dua lalu, artis ini menggambarkan dirinya seorang yang naif, baik, bersopan-santun dan tidak suka mengena�kan baju tanpa lengan.
Waktu itu ramailah memujinya kerana dia tidak mudah terpengaruh dengan faktor sekeliling.

Dia berlakon kerana bakat bukanlah kerana mengejar glamor dan populariti, malah jauh sekali dari menggadai maruah diri demi mengejar impian di hati.


Pernah jugalah penjaga wardrobe program realiti itu memintanya pakai baju tanpa lengan. Apa lagi, terus dia mengadu kepada penerbit program itu. Dengan linangan air mata, dia beritahu seumur hidupnya tidak pernah pakai baju tidak berlengan.


Baguslah jika dia masih mahu menjaga aurat tangannya itu. Siapa tahu, nanti dia akan menjaga aurat rambutnya pula.

Bagaimanapun itu gambaran luaran artis itu saja, yang nampak cantik dan molek, tetapi hakikatnya hampeh! Dialah sebenarnya ratu pusat hiburan di tengah ibu kota batu ini. Pantang diajak berpesta, pasti tidak tolak.

Kalau tak salah SS, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pelayan di langit biru dan orang di sekelilingnya tahu siapa dirinya yang sebenarnya.

Kalau sudah kaki pesta, takkan berbaju kurung atau berkebaya labuh dengan sanggul lintang masuk disko. Sudah tentu bermini skirt ketat dan dada terdedah.

SS berani katakan begitu kerana apabila SS tengok gambar yang menunjukkan remaja berhibur di pusat hiburan, itulah jenis baju yang dipakai.

Sekarang, bintang realiti itu semakin terkenal. Wajahnya pun semakin jelita dan pemakaiannya pun semakin berani gila. Berbaju tanpa lengan dengan ‘lurah dendam’ terdedah. SS melihat sendiri gaya terbarunya itu. Tak pulak SS tengok dia kekok berpakaian begitu apabila berada di tengah orang ramai.

Lain kali, kalau hendak menyamar jadi baik pun, janganlah keterlaluan sampai menangis tak mahu pakai baju tidak berlengan. Sekarang apa sudah jadi, mana perginya falsafah hidup yang dulu. Apakah sudah dimasukkan dalam tong sampah.
Dunia ini kecil saja, orang yang kenal kita sejak dulu akan bercerita siapa kita yang sebenarnya.



p/s : SAPA dia ni???

CikLana
27-10-10, 02:08 PM
Difahamkan Siti Norsaida Tarudin atau Saida (kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin) membuat permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu.

Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun.

Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.




p/s : Yang gatai pergi masuk AF tu nape...


mau tangkap ikan jerunggg besar punya. suami dia org biasa2 jer..bukan org ada-ada.. mau kerja limelight.

FLO
27-10-10, 02:32 PM
masalah bermula kalau tak silap setelah dia mula bermain cinta dengan salah seorang staff SNP....

jemaing
27-10-10, 02:44 PM
mau tangkap ikan jerunggg besar punya. suami dia org biasa2 jer..bukan org ada-ada.. mau kerja limelight.
Sebagai orang kuala lipis saya membantah kenyataan ini..!ekekeke..!tersensitip la plak..!Sebagai artis ruang untuk berlaku sedemikian mudah berlaku..bagaimanapun masih ada sebab sebab lain apabila melibatkan perkahwinan sebegini,memandangkan beliau berada diluar lingkungan glamour.


masalah bermula kalau tak silap setelah dia mula bermain cinta dengan salah seorang staff SNP....

Staff tersebut termasuk dalam kalangan jerung jerung perkasa ke flo..?

nurul_kaseh
27-10-10, 02:47 PM
masalah bermula kalau tak silap setelah dia mula bermain cinta dengan salah seorang staff SNP....


ade bukti ke dia main cinta ngan staf tersebut? sy x penah terbaca kat mana2 pon? hmm

FLO
27-10-10, 02:52 PM
bukti cari sendiri la..mana la aku tau...
aku baca jer....

jem...
kalau x silap..orang biasa saja

p/s : aku bukan wartawan...aku baca jer

FLO
27-10-10, 02:56 PM
Apa Ceritanya: Saida, suami cari ruang damai
Oleh Zubir Mohd Yunus

2010/10/24
Kakak Siti Nurhaliza tarik balik tuntutan perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah

SELEPAS beberapa minggu industri hiburan digemparkan dengan kisah pergolakan rumah tangga aktres jelita, Rita Rudaini Mokhtar dengan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, baru-baru ini, pula peminat dunia seni dikejutkan dengan keretakan perkahwinan kakak Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Saida dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan bagai retak menanti belah apabila mereka menghampiri perceraian.

Menerusi ruangan pojok Alkisah... kelolaan Raja Nurfatimah Mawar terbitan B*POP 17 Oktober lalu dengan judul ‘Rumah tangga Saida pula berantakan’, melaporkan rumah tangga Saida dan Ghazali dilanda pergolakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi apabila pasangan berkenaan dikatakan sudah memfailkan perceraian mereka di mahkamah syariah.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun itu dikatakan akan hadir ke mahkamah pada 26 Oktober ini untuk sebutan kes perceraian mereka. Selama mendirikan rumah tangga, Saida yang juga penyanyi dan Ghazali dikurniakan empat cahaya mata yang masih kecil, Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Marshitah.
Click Here
Usaha pihak media mendapatkan pengesahan daripada mulut Saida sendiri menemui jalan buntu apabila dia tidak melayan sebarang panggilan telefon dan membalas kiriman SMS. Saida seolah-olah cuba mengelakkan dirinya daripada ditemubual wartawan yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran berhubung kes perceraiannya itu.

Pun begitu, usaha wakil B*POP menjejaki Saida sedikit berbaloi apabila sumber yang rapat dengan pasangan suami isteri itu sedia tampil memberi penjelasan bagi mengelak spekulasi terus berlanjutan, sekali gus merumitkan lagi situasi yang melanda Saida dan suaminya.

Sumber berkenaan akui memang Saida ada memfailkan perceraiannya di sebuah mahkamah syariah, baru-baru ini, bagaimanapun penyanyi itu sudah menarik semula tindakannya itu. Ini bererti rekod fail perceraian pasangan Saida-Ghazali sudah ditarik semula dan tiada sebutan kes berkenaan di mahkamah syariah pada 26 Oktober ini.

“Difahamkan, fail perceraian Saida dan Ghazali sudah ditarik balik minggu ini dan sebutan kes di mahkamah pada 26 Oktober terbatal. Saida yang memfailkan perceraian sebelum ini. Namun, pasangan suami isteri itu ketika ini sedang menghadiri sesi kaunseling dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang dilanda badai.
“Saya harap tiada lagi sebarang spekulasi tersebar selepas ini. Kita doakan saja kebahagiaan rumah tangga mereka, Saida dan suami belum bersedia untuk ditemu bual media massa,” kata sumber itu.

Pun begitu, laporan pojok sama turut menyebut pergolakan rumah tangga Saida dan Ghazali kononnya berpunca daripada orang ketiga, justeru sejauh mana kesahihan khabar angin berkenaan?

Sumber berkenaan berkata: “Dalam alam perkahwinan, pasangan suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh... Perkara yang sama berlaku antara Saida dan Ghazali. Namun, mereka cepat menyedari kesilapan itu dan segera memperbaikinya. Bercakap mengenai orang ketiga, saya tidak berani mengiyakan atau menafikannya kerana kadang-kadang dalam rumah tangga, ahli keluarga sendiri boleh jadi pihak ketiga.”

Ditanya kenapa Saida mahupun Ghazali mengelak untuk ditemubual wakil media massa, pantas sumber tadi memaklumkan: “Mereka sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, sekali gus mengelakkan situasi salah tafsir di kalangan orang ramai yang mungkin boleh berlaku sekiranya antara mereka membuka mulut membuat kenyataan.”

Difahamkan, pada 20 Oktober lalu, Saida bersama suaminya mengadakan majlis tahlil untuk arwah bapa Saida, Allahyarham Tarudin dan doa selamat di kediaman mereka. Majlis berkenaan turut dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk Siti Nurhaliza.

Pun begitu, sejauh mana dakwaan kononnya Saida pernah menjalin hubungan dengan seorang kakitangan Siti Nurhaliza Productions (SNP) sehingga berlaku pergolakan dalam rumah tangganya? Khabarnya kaki tangan SNP yang dimaksudkan itu sudah diberhentikan kerja oleh Siti. Justeru, sejauh mana kesahihan desas-desus ini?

“Cukuplah... saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan. Namun, apa yang dapat saya jelaskan di sini, dalam krisis rumah tangga antara Saida dan Ghazali sebelum ini, ia tidak pernah membabitkan seorang pun kaki tangan SNP. Gosip berkenaan ternyata tidak berasas dan ia berunsur fitnah.

“Saya mohon, marilah kita sama-sama mencari titik penyelesaian mengenai pergolakan yang pernah berlaku dalam rumah tangga Saida-Ghazali. Berilah mereka ruang memperbaiki kesilapan masa silam, jangan beri tekanan lagi. Insya-Allah perkahwinan mereka akan berkekalan dan hidup penuh harmoni demi masa depan anak-anak yang masih kecil,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Siti ketika diminta mengulas mengenai pergolakan rumah tangga kakaknya itu, tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Difahamkan, fikiran Siti masih terganggu apabila memikirkan masalah yang sedang dihadapi Saida dan suaminya.


nahhhhhhhhh...nak sangatttttttttttttttttt

nurul_kaseh
27-10-10, 02:57 PM
bukti cari sendiri la..mana la aku tau...
aku baca jer....

jem...
kalau x silap..orang biasa saja

p/s : aku bukan wartawan...aku baca jer

tu la maksud sy...kalau ade terbaca kat mana2, up la kat sini, kwn2 nak tau gak

terunasuci
27-10-10, 03:29 PM
Biasalah...dia kawin muda...suami pun just org biasa2 je...bila masuk AF mula lah glamer...dan sibuk dengan persembahan sana sini...maka kemungkinan untuk tercurang tu ada...mungkin dari gurau2 biasa, menjadi tepuk tampar...dari hai hai bai bai, menjadi sms sayang rindu...bila suami tau maka bermula lah api cemburu....

Pada saya, alang2 just artis suam2 kuku je, baiklah tumpukan pada rumahtangga......

CikLana
27-10-10, 03:44 PM
bukti cari sendiri la..mana la aku tau...
aku baca jer....
jem...
kalau x silap..orang biasa saja

p/s : aku bukan wartawan...aku baca jer

Tp dia dah tak der pape ngan mamat tu. Skang dia galak ngan saerah pancing jerung besar . Dah few time terserempak saida, saerah and sendat dok gi clubbing sekali. 2 kali kat pvt function kat zeta bar.

Mungkin ini kah balasan tuk dia, ckp kat laki gi show tp dok hoorey2 nak follow Janet tu wat per dia tu single lagi.

Dah kuar kepala 3 baru nak kata tak sefahaman

NeoCyber
27-10-10, 04:28 PM
siapakah si sendat yg cik lana maksudkan?

CikLana
27-10-10, 06:37 PM
siapakah si sendat yg cik lana maksudkan?

awek abang JEJ41 lah sapa lagi... aka Chinta Chanduri.. :)) ... saerah ni kan BFF dia..

CikLana
27-10-10, 06:40 PM
Sebagai orang kuala lipis saya membantah kenyataan ini..!ekekeke..!tersensitip la plak..!Sebagai artis ruang untuk berlaku sedemikian mudah berlaku..bagaimanapun masih ada sebab sebab lain apabila melibatkan perkahwinan sebegini,memandangkan beliau berada diluar lingkungan glamour.


Staff tersebut termasuk dalam kalangan jerung jerung perkasa ke flo..?

mula2 ngan staff SNP tu, org tu antara org kanan ayie gaklah.. pastu dah breakoff ...skang dgrnya dia mula di pancing seseorang...

KiNgX
27-10-10, 08:17 PM
Artis Wanita Mana Yang Dapat USD100,000 Sebulan?

27 OKT 2010: Perrghhh!! Macam tak percaya pun ada. Tapi, inilah khabar angin terbaru yang Murai Baru dengar tentang seorang artis wanita yang jelita ini. Namanya, biarlah Murai Batu rahsiakan. Bukan apa, atas sebab-sebab keselamatan. Apapun, Murai Batu dengar dia ni tiap-tiap bulan dapat duit sebanyak USD100,000. Kalau ditukarkan kepada ringgit Malaysia, jumlahnya memang bukan sikit anak iaitu RM310, 700.

Tapi, persoalannya, dari mana dia ni dapat duit sebanyak tu setiap bulan? Nak kata dia ni buat bisnes, takde pulak Murai Batu dengar apa-apa tentang bisnesnya tu. Lagi satu, orang kalau buat bisnes sekencang mana pun, belum tentu boleh dapat jumlah duit banyak tu setiap bulan. Tapi, dia ni, lain pulak. Nak kata dia ni kena taja dengan mana-mana lelaki kaya, entahlah, susah Murai Batu nak cakap. Sebab dia ni, datang dari kalangan golongan keluarga yang berada.

Tapi, kisah dia ni kena taja dengan lelaki kaya sebelum ni, bukanlah perkara baru yang Murai Batu dengar. Malah, apa yang mengejutkan tu, dia ni jugak dikenali sebagai GRO kelas atasan. Terima saja panggilan daripada pihak tertentu, dia akan segera pergi layan mana-mana lelaki kaya yang mampu bayar dia dengan sejumlah wang yang besar. Fuishhh dahsyat tu.....

Sumber: Murai...jeng jeng jeng

jemaing
28-10-10, 06:52 AM
mula2 ngan staff SNP tu, org tu antara org kanan ayie gaklah.. pastu dah breakoff ...skang dgrnya dia mula di pancing seseorang...
Sebenarnya Ayie tu junior saya..my 2nd killer in takraw team..budak tu mangsa sekeh pala masa sekolah2 dulu..ekekeek.!tpi SN x kenal langsung..mungkin budak sgt kot time tu..!Pernah beramah dgn kakaknya nie..rasanya dri jenis kekampungan skit..(masa tu la)..!apa pun perpisah selalu meyedihkan..turut simpati pada mereka..!

brew
28-10-10, 10:56 AM
Tp dia dah tak der pape ngan mamat tu. Skang dia galak ngan saerah pancing jerung besar . Dah few time terserempak saida, saerah and sendat dok gi clubbing sekali. 2 kali kat pvt function kat zeta bar.

Mungkin ini kah balasan tuk dia, ckp kat laki gi show tp dok hoorey2 nak follow Janet tu wat per dia tu single lagi.

Dah kuar kepala 3 baru nak kata tak sefahaman

ko g clubbing kat mana? asal tak masuk paper pon? :P

CikLana
28-10-10, 11:13 AM
ko g clubbing kat mana? asal tak masuk paper pon? :P

alah ....dorang main ala2 pvt party jer beb.. yang aku jumpa tu 2 kali zeta bar, ada 1 le meriden. kalau fasha ngan saerah tu dorang layan area asian heritage row tu. cynna, mojo, gosh semua dia layan...tp tu few month backlah.... skang aku tak tau..

shytan79
28-10-10, 11:22 AM
Sebenarnya Ayie tu junior saya..my 2nd killer in takraw team..

Off topik sket..aku pn kaki takraw gak..klau cukup korum mungkin leh buat TT Takraw di masa depan..hehe

chaosspawn
31-10-10, 11:33 PM
Jumaat lepas saya ke KLIA.
Masa jalan kat corridor entrance tu, ternampak la artis Aida Aris, cukup cun, cukup slim dan selera tgk, tapi keluar dgn seorang lelaki ala2 bangla rambut pacak. Lagak seolah2 macam baru balik from somewhere with bags and all. TApi tak silap keluar from gate domestic... Dorang baru sampai, seolah2 tgh tunggu transport kot, mamat bangla tu isap rokok, mereka nyorok2 kat bench tepi pintu keluar tu...

FLO
01-11-10, 10:10 AM
Jumaat lepas saya ke KLIA.
Masa jalan kat corridor entrance tu, ternampak la artis Aida Aris, cukup cun, cukup slim dan selera tgk, tapi keluar dgn seorang lelaki ala2 bangla rambut pacak. Lagak seolah2 macam baru balik from somewhere with bags and all. TApi tak silap keluar from gate domestic... Dorang baru sampai, seolah2 tgh tunggu transport kot, mamat bangla tu isap rokok, mereka nyorok2 kat bench tepi pintu keluar tu...

CP
hang ni terlepas bas ke?
ekekekekke

AA kan dah kawin....laki dia kalau x silap..ala2 mamak sikit sbb best friend dgn laki Sharifah haslinda...exco UMNO yg mcm mamak jugak tu