PDA

View Full Version : Bolasepak Malaysia..mari diskusi



Pages : [1] 2

dar74
01-11-10, 08:47 AM
Thread in dibuka bagi meneruskan kesinambungan perbincangan tentang sukan nombor satu di malaysia ni.

Teruskan diskusi anda.

FLO
02-11-10, 11:29 AM
penat betul la kalau becakap pasal bola ni
menang pn kena kutuk, kalah pun kena kutuk
dalam media dan cakap2 peminat bola asyik membayangkan kan kekalahan N9 disebabkan si kembar tu x ada...adehhhh bola kan main sebelas org...bukan main sorang..
smlm pun dlm scoreboard..wan jamak menyalahkan pemain muda/kurang faktor pengalaman sbg punca kekalahan..dan turning point ialah bila si kembar tu cedera..
hellooooo wan jamak..team main mlm tu adalah 95% sama dgn team tahun sebelumnya yg menang PM...jgn salahkan pemain muda atau seadanya...
tahun lepas bila kalah di semi/suku akhir piala FA...ko salahkan ketiadaan Karim Pin di bahagian tengah...tahun ni ko kata kalah sebab si kembar tu x ada...adehhhhhh penat la ko ni

tahun lepas kelantan x ada Pyia...x ada back 4 terbaik kat pertahanan..kelantan kalah..
tahun ni kami x ada 2 central defence - azizi dan subra..kelantan ttp main jugak dgn back 4 local player...tgk separuh masa pertama bukan main gugup lagi back 4 kelantan..tu pasal la s.kuna boleh buat running in ke gawang kelantan..kalau ada azizi mat rose tu..gua rasa belum tentu s.kuna lepas...
gua akui..kekuatan N9 ialah pada 2 central defence mereka...kembar dan shukur...bila kembar keluar..lompong tu ada..tapi N9 ttp main dgn 11 orang..termasuk back 4..3 pemain muda..dan 1 pemain senior...second gol kelantan tu masih sy x faham..sbb defence N9 tu cuma berusia 22-23 tahun ..lebih FRESH berbanding piya..yg dh masuk umur 30an...tapi x mampu nk kejar larian KUDA TUA tu..

kehilangan kembar tu membuatkan sharul idlan talaha (bukan HC arrr) bergerak secara bebas dan aggresif sbb separuh masa pertama dia dibayangi si kembar tu..sbb 2-2 player kebangsaan..dan si kembar mmg dah boleh baca game si idlan talaha ni..mmg x lepas la mamat ni....kecederaan si kembar bukan di sengajakan oleh idlan talaha..cuba tgk replay game tu..pertembungan di udara adalah 50-50, kedua -dua berlaga lutut..ko tak tgk lagi bila si kembar tu tackle idlan...(mentang2 la x cedera)...

tahun ini N9 cuma kehilangan si kembar depan tu je..di ganti oleh HALIM ZAINAL (adik kepada pembantu jurulatih N9)...rezal zambry x cedera..cuma x cergas jer..wan jamak tak berani nk letak dia 100% on game..kalau korang perasaan rezal ada warming up..sbb masa tu dia budget nk letak ganti chong eik..(taktikal wan jamak..nk kaver line..dia nk guna rezal for 2nd half)...

p/s: analisa gua..x betul pun x kisah..tapi gua penat la duk dengar ulang tayang PC wan jamak tu..time menang ko puji player muda..bila kalah ko kutuk..kesilapan pihak pengurusan N9 ialah terlalu mengharapkan senior player tu..x cuba nk tambah kesimbangan pemain yg bepengalaman dgn pemain muda..dh setahun berlalu..patut dh ada perubahan..sbb tu la skuad kelantan bawa masuk pemain lagi..sbb x cukup kuat tahun lepas..kalau tak tahun ni korang boleh lihat back 4 kelantan pemain dr luar..s subra, azizi, misbah (KL plus), izuan makmor (Felda United)..tapi sayang 2 org ni masih ada kontrak..setakat larian s.kuna tu..senang2 je mrk pintas...OK la..dh bnyk merepek ni..Majula Sukan Untuk Negara.........

dar74
02-11-10, 02:16 PM
tahun lepas bila kalah di semi/suku akhir piala FA...ko salahkan ketiadaan Karim Pin di bahagian tengah...tahun ni ko kata kalah sebab si kembar tu x ada...adehhhhhh penat la ko ni

FLO, Karim Pin ni main bola tahun bile? hehehe

Idris karim la....

Karim Pin, nostalgia 80an tuuu...

FLO
02-11-10, 03:07 PM
FLO, Karim Pin ni main bola tahun bile? hehehe

Idris karim la....

Karim Pin, nostalgia 80an tuuu...

opssss..ingat nama KARIM jer tadi..
sorry tuan tanah
ekekekekkekek

FLO
02-11-10, 03:12 PM
Selangor susun skuad 2011



PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) sudah membuat langkah awal bagi pembentukan barisan pemain skuad Selangor bagi menghadapi saingan musim 2011 yang akan bermula Januari depan.
Semalam, FAS telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi menilai kesemua 23 pemain mereka musim ini sama ada akan terus dikekalkan musim depan atau dilepaskan.
Pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan bagaimanapun enggan memberi gambaran lanjut berhubung keputusan yang dibuat pada mesyuarat tersebut memandangkan ia masih belum dimuktamadkan.
"Mesyuarat tadi (semalam) berkisar tentang cadangan pemain musim ini yang akan dilepaskan serta pengambilan pemain baru bagi musim depan.
"Tapi esok (hari ini) kita akan sambung lagi perbincangan kerana mungkin ada di kalangan pemain yang kita mahu kekalkan, tidak mahu bersama kita lagi kerana sudah mendapat tawaran pasukan lain.
"Maaflah, saya tidak boleh beritahu lebih lanjut kerana segala keputusan masih belum muktamad dan ia rahsia. Biarlah FAS buat pengumuman rasmi berhubung perkara ini nanti," kata Devan ketika dihubungiKosmo! petang semalam.
Namun menurut sumber Kosmo!, beberapa pemain utama seperti ketua pasukan, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan Nasriq Baharom berada dalam senarai pemain yang mahu dikekalkan FAS untuk musim depan.
Bagaimanapun kedudukan mereka masih belum terjamin kerana dikhabarkan terdapat beberapa pasukan lain sudah membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat mereka.
Selain itu, beberapa pemain lain yang dikatakan bakal dilepaskan Selangor termasuklah Farderin Kadir, Zaiza Zainal Abidin dan R. Surendren.
Selangor dikhabarkan sedang berusaha memancing beberapa pemain seperti penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, pemain sayap Negeri Sembilan, S. Kunanlan, pemain sayap Kedah, Baddrol Bakhtiar dan kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin.

hp3420
02-11-10, 11:09 PM
pernah dengar sekolah projek ?? dulu masa sekolah kalau lawan sekolah projek ni mmg cuak pasal kalah memang dah dalam tangan...akademi bola pun ada dengar2 masa dulu...sekarang apa yg ada ??

bagi aku bola ni kena mula daripada sekolah rendah...setiap sekolah kena ada team masing2 utk bawah 12, 10 ngan 8 tahun...lepas tu setiap daerah mesti ada liga sekolah...dlm setahun berapa byk perlawanan boleh buat...dari situ boleh tgk siapa yg score gol paling byk, siapa yg bolos paling sikit, mana yg menyerlah mana yang tak...

lepas daerah masuk peringkat negeri plak...pemilihan nak ke peringkat daerah mesti lah berdasarkan prestasi...bukan atas dasar bapak budak tuh kenal cikgu besar...bayangkan kalau setiap sekolah dlm malaysia ni buat mcm tu mmg senang2 boleh nampak siapa yg ada bakat nak jadi penyerang, penjaga gol dan sebagainya...

haih...

glenn.e
02-11-10, 11:49 PM
pernah dengar sekolah projek ?? dulu masa sekolah kalau lawan sekolah projek ni mmg cuak pasal kalah memang dah dalam tangan...akademi bola pun ada dengar2 masa dulu...sekarang apa yg ada ??


Sekolah tersebut memang hebat lagi,...namun apakan daya..kebanyakkan player yang baik akan berlaku kecederaan dan pihak sekolah mahupun majlis sukan tidak akan berbuat apa-apa...kesudahan nya...bakat akan berkubur begitu sahaja...sapa yang rugi....bolasepak juga yang rugi..

FLO
05-11-10, 08:06 PM
Harimau Muda A ganti KL Plus

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]
KUALA LUMPUR - KL Plus kekal menjadi satu-satunya pasukan yang menarik diri daripada persaingan Liga Malaysia musim depan selepas tarikh tutup pendaftaran pasukan, 1 November lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, ketiadaan KL Plus di Liga Super akan digantikan dengan Harimau Muda A . ''Ini menjadikan jumlah pasukan pada saingan Liga Super kekal sebanyak 14 pasukan, sementara Liga Perdana adalah 12, '' katanya yang ditemui pada sidang media JPKT di Wisma FAM, semalam.
Bagaimanapun, Hamidin menegaskan penyertaan beberapa pasukan masih tergantung kerana terikat dengan masalah kewangan.
''Beberapa masalah kewangan yang melibatkan soal tunggakan gaji, pembayaran denda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih belum diselesaikan.
''Sepatutnya segala isu ini patut diselesaikan sebelum 30 Oktober lalu, namun JKPT FAM melanjutkan masa sehingga 25 November ini kepada semua pasukan menyelesaikan masalah yang saya nyatakan tadi.
''Bagi memudahkan semua pasukan berkenaan, pada 12 November depan, JPKT FAM akan mencari jalan penyelesaian dengan memanggil semua Persatuan Bola Sepak(FA) negeri yang terlibat untuk duduk sama berbincang bersama wakil KWSP, LHDN dan Perkeso, '' jelasnya.
Selepas isu kewangan tersebut selesai, JKPT FAM akan mengatur jadual perlawanan pada 26 November, sehari selepas tarikh akhir yang diberikan oleh FAM kepada setiap FA negeri menyelesaikan masalah kewangan.
''Mulai musim depan semua perlawanan akan dijadualkan bermain pada hari Isnin dan Jumaat namun sama ada bermain di sebelah petang atau malam semuanya bergantung kepada FA negeri.
''Mungkin beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat sesuai memilih bermain di sebelah petang,'' katanya.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad.
Tirai Liga Malaysia 2011 akan dimulakan dengan aksi Piala Sumbangsih antara juara Liga Super, Selangor dan juara Piala Malaysia, Kelantan yang mana Red Giants akan menjadi tuan rumah.
Juara Liga Perdana 2010, Felda United dan naib juara, Sabah akan menjadi pendatang baru Liga Super sementara Johor dan Pulau Pinang diturunkan pangkat ke Liga Perdana.
Melaka dan Shahzan Muda bakal beraksi di Liga FAM manakala Sime Darby serta SDM Kepala Batas akan menyertai Liga Perdana.

FLO
05-11-10, 08:24 PM
Fadzli, Azidan, Amar muka baru Selangor?


JUARA Liga Super, Selangor dikatakan sudah berjaya mendapat khidmat tiga pemain baru iaitu Fadzli Saari, Azidan Sarudin dan Saiful Amar Sudar bagi menggantikan lima pemain yang digugurkan.
Fadzli, 27, penyerang KL Plus musim ini pernah menyarung jersi Selangor pada 2007 dan 2008 manakala Azidan, 24, yang beraksi di posisi tengah adalah kapten Kuala Lumpur musim ini.
Saiful Amar, 28, pula yang beraksi sebagai penjaga gol PKNS FC musim ini pernah dipinjam Selangor pada saingan Piala Malaysia 2006.
Sumber Kosmo! memberi- tahu, kehadiran tiga pemain tersebut mungkin akan disusuli dua atau tiga lagi pemain baru bagi mengisi enam tempat kosong.
"Lima pemain yang dilepaskan Selangor ialah Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Mohd. Zaiza Zainal Abidin, Azrine Efendy Saduddin dan R. Surendren.
"Bagaimanapun, seorang lagi pemain yang dikekalkan iaitu penjaga gol utama, Hamsani Ahmad memilih untuk berhijrah ke Felda United. Sebab itulah kami ambil Saiful Amar," kata sumber Kosmo! itu semalam.
Jelasnya lagi, segala spekulasi tentang perpindahan ketua pasukan, Amri Yahyah, Safee Sali, Khairul Anuar Baharom, Asrarud- din Putra Omar, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal sudah boleh dilenyapkan kerana kesemua mereka sah kekal bersama Selangor.
Turut dikekalkan ialah baki 11 pemain lain iaitu Iqbal Suhaimi, Fairul Azwan Shahrullail, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Rudie Ramli, Bunyamin Umar, Hardi Jaafar, P. Gunalan, D. Surendran, Fitri Shazwan Raduwan dan Fazilidin Khalid.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut tentang perkhabaran keluar masuk pemain Selangor untuk musim baru itu.
"Memang ada pemain yang kita gugurkan dan ada pemain baru yang sudah kita dapat tetapi ada beberapa perkara lagi yang sedang diperhalusi dan perlu dimuktamadkan.
"Insya-Allah dalam minggu depan, mungkin pada hari Isnin, FAS akan buat sidang media untuk mengumumkan secara rasmi skuad Selangor musim 2011," kata Hamidin.

FLO
05-11-10, 08:27 PM
Liga M 2010: Musim paling seimbang

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
[email protected]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1105/Kosmo/Sukan/su_07.1.jpg
TIMBALAN Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan Piala Malaysia kepada kapten Kelantan, Indra Putra Mahayuddin di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) musim ini telah melabuhkan tirainya pada 30 Oktober lalu setelah ia disingkap secara rasmi pada 9 Januari 2010.
Yang jelas, tiada dominasi daripada pasukan pilihan dengan Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor boleh disifatkan sebagai kuasa besar bola sepak negara buat masa ini.
Piala Malaysia sah menjadi milik Kelantan, Piala FA dirangkul Negeri Sembilan manakala trofi Liga Super berada dalam dakapan Selangor.
Gelaran juara Liga Perdana pula milik pasukan berstatus kelab, Felda United, Sime Darby merangkul trofi Liga FAM manakala Piala Presiden milik Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Ia sama sekali jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada tiga musim sebelum ini yang melihat dominasi Kedah (2007 dan 2008) serta Selangor tahun 2009.
Namun, jika dibuat penilaian, koleksi trofi yang dimiliki Selangor musim ini masih lebih berbanding Kelantan dan Negeri Sembilan.
Ini kerana mereka turut berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi pembuka tirai (perlawa- nan sumbangsih) musim ini.
KELANTAN
Paling mencuri tumpuan pada saingan musim ini pasti Kelantan yang akhirnya melakar sejarah muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama selepas 89 tahun sejak kejohanan itu bermula pada 1921.
Detik 30 Oktober lalu akan diingati sampai bila- bila oleh para penyokong The Red Warriors setelah Kelantan bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di pentas final Piala Malaysia edisi ke-84.
Tidak salah jika dilabel skuad bimbi- ngan jurulatih B. Sathianathan ini sebagai pasukan paling konsisten sepan- jang musim ini biarpun mereka sekadar bergelar naib juara Liga Super dan terkandas pada pusingan kedua Piala FA.
Untuk rekod, Kelantan hanya tumbang dua kali sepanjang 39 perlawa- nan yang diharungi mereka musim ini – tewas 0-1 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di awal musim dan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan pada pembukaan Piala Malaysia.
Namun, keputusan seri seakan-akan menjadi badi kepada Kelantan apabila mereka seri sebanyak lapan kali untuk sekadar berpuas hati di tangga kedua Liga Super – empat mata di belakang juara, Selangor.
Nama-nama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Farisham Ismail, Badhri Radzi, Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad, Norshahrul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar jelas menjadi nadi utama ke arah kejayaan Kelantan musim ini.
NEGERI SEMBILAN
Jika dicari pasukan manakah yang boleh dilabel sebagai pakar saingan kalah mati, ia sudah tentu akan menjadi milik Negeri Sembilan yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan.
Tewas 1-2 kepada Selangor pada perlawanan sumbangsih seakan-akan memberi petanda bahawa Negeri Sembilan akan mengharungi musim malap kali ini setelah berjaya menjulang Piala Malaysia musim lalu.
Namun, Negeri Sembilan membukti- kan mereka pakar dalam saingan kalah mati apabila berjaya membalas dendam terhadap Selangor pada aksi separuh akhir Piala FA sebelum layak ke final menerusi bantuan ‘tangan Tuhan’ pemain pertahanannya, Shukor Adan.
Pada aksi final Piala FA, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan selepas 120 minit permainan termasuk masa tambahan berakhir dengan kedudukan 1-1.
Namun selepas itu, prestasi Negeri Sembilan kembali terumbang-ambing pada saingan Liga Super sehingga menyebabkan mereka sekadar menamatkan saingan di tangga keenam di belakang Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC dan Kedah.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan seperti biasa kembali cemerlang pada saingan kalah mati apabila berjaya mara ke final Piala Malaysia sebelum tumbang kepada Kelantan.
Pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Radzak, Sani Anuar Kamsani, Shukor, Rezal Zambery Yahya, Idris Karim, S. Kunanlan dan Shahurain Abu Samah jelas merupakan tonggak utama Negeri Sembilan musim ini.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1105/Kosmo/Sukan/su_07.2.jpg
IMBAS KEMBALI... Skuad Felda United meraikan kejayaan menjuarai kempen Liga Perdana musim 2010 pada 23 Julai lalu.

SELANGOR
Skuad Selangor gah mempertahankan dua kejuaraan yang mereka menangi musim lalu iaitu Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah. Namun, Piala FA terlepas daripada genggaman mereka.
Bagaimanapun, fokus utama pastinya kepada kegagalan Selangor untuk menjuarai Piala Malaysia setelah kali terakhir meme- nanginya pada 2005 dengan kancah suku akhir terus menjadi badi buat mereka.
Jika musim lalu Selangor tewas menerusi sepakan penalti kepada Terengganu pada suku akhir, musim ini mereka tewas mene- rusi agregat 0-3 kepada Kelantan pula di peringkat yang sama.
Dalam kempen liga, jurulatih Selangor, K. Devan jelas begitu berjaya apabila pasukan bimbingannya itu menerajui tangga teratas Liga Super secara konsisten sejak dari awal musim lagi.
Namun, Devan masih belum cukup bertuah untuk saingan kalah mati apabila Sela- ngor terkandas pada separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Selangor sebagai wakil tunggal negara pada saingan Piala AFC musim ini juga gagal menghadirkan keputusan terbaik apabila mereka terkandas pada saingan pering- kat kumpulan setelah tidak mampu menyai- ngi kelab dari Vietnam dan Indonesia yang ditunjangi pemain import.
Apa pun, nama-nama seperti Hamsani Ahmad, Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom, Razman Roslan, P. Gunalan, Amirulhadi Zainal, Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Amri Yahyah dan Safee Sali paling kerap membarisi kesebelasan utama Sela- ngor musim ini.
KEDAH
Pada awal musim, ramai beranggapan bahawa Kedah tidak mampu pergi jauh kerana mereka kurang senang dengan pemilihan Ahmad Yusoff sebagai jurulatih bagi menggantikan Azraai Khor Abdullah yang sinonim dengan kejuaraan treble pada musim 2007 dan 2008.
Namun, Ahmad yang juga bekas kapten skuad kebangsaan membuktikan beliau mampu sebenarnya apabila berjaya membawa Kedah muncul naib juara Piala FA, separuh akhir Piala Malaysia dan tempat kelima Liga Super.
Kedah juga menjadi lubuk penghasilan pemain-pemain kebangsaan apabila nama- nama seperti Sabre Mat Abu, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen Zambri dan Faizal Abu Bakar sering menjadi pilihan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal.
JOHOR FC
Tidak salah Johor FC digelar sebagai kelab paling berjaya dalam saingan Liga M kerana tatkala kelab-kelab lain silih berganti ‘tutup kedai’, mereka terus gah memberikan saingan dalam kancah tertinggi bola sepak negara.
Biarpun berjaya menduduki tangga keempat Liga Super, pihak pengurusan Johor FC nampaknya masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sehingga mereka bertindak menamatkan kontrak juru- latih, Ramlan Rashid.
Jelas ia suatu tindakan yang memberi nafas baru kepada Johor FC apabila kehadi- ran jurulatih baru, Azuan Zain berjaya me- nyuntik kebangkitan mereka pada saingan Piala Malaysia sehingga berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas di tangan Negeri Sembilan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1105/Kosmo/Sukan/su_07.3.jpg
BADDROL antara tonggak muda Kedah yang mencipta nama di pentas antarabangsa.

FELDA UNITED
Hajat Felda United untuk beraksi dalam kempen Liga Super akhirnya terlaksana apabila mereka berjaya muncul juara Liga Perdana musim ini sambil Sabah di tempat kedua untuk turut sama dinaikkan pangkat.
Himpunan pemain-pemain ‘otai’ seperti Zainal Rabin, Naz- rulerwan Makmor, Kaironisam Sahabuddin, Fatrurozi Rozi dan Juzaili Samion masih berguna lagi dengan kejayaan muncul juara setelah mencuba beberapa musim.
Namun, sedikit mengecewakan apabila skuad bimbingan E. Elavarasan itu seakan sudah berpuas hati dengan sasaran layak ke Liga Super itu apabila mereka sekadar mengutip satu mata untuk menduduki tangga tercorot Kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia.
SIME DARBY
Dalam kelesuan pasukan berstatus kelab, Sime Darby muncul kelab terbaru yang menyertai saingan Liga M dengan misi untuk melonjak naik ke Liga Perdana dan juga Liga Super dalam tempoh terdekat.
Ternyata usaha mereka itu kini di landasan yang tepat apabila Sime Darby berjaya muncul juara Liga FAM seterusnya dinaikkan pangkat beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan.
Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria pasti akan mencari beberapa pemain baru untuk membawa cabaran lebih besar dalam saingan Liga Perdana 2011 bagi memastikan hajat meletakkan kelab itu beraksi pada Liga Super 2012 tercapai.

hot_cruel
05-11-10, 09:09 PM
Dengar sidang akhbar semalam...untuk musim depan semua perlawanan akan dijalankan pada hari isnin dan jumaat. Waktu terpulang pada tuan rumah game tersebut sama ada nak buat game petang atau malam.

ps - first game piala sumbangsih antara Selangor dan Klate...tuan rumah Selangor.

FLO
06-11-10, 10:35 AM
Saya kekal bersama Selangor - Safee Sali

KUALA LUMPUR - Desas-desus penghijrahan penyerang Selangor dan kebangsaan, Safee Sali ke pasukan lain hanya khabar angin, apabila pemain itu menegaskan, dia kekal bersama Selangor musim depan.
Tegasnya, dia masih menghormati baki kontrak selama satu tahun bersama Selangor dan tidak berminat untuk berhijrah ke mana-mana pasukan.
''Musim hadapan saya akan terus beraksi bersama Selangor. Adalah tidak benar sama sekali laporan yang akan mengatakan saya akan bermain dengan pasukan baru.
''Kontrak dengan Red Giants ada lagi setahun dan saya harus menghormati kontrak tersebut, '' katanya ketika dihubungi, semalam.
Nama Safee sebelum ini disebut-sebut bakal menyertai skuad Perak, yang dalam proses membina kembali kekuatan pasukan itu, selepas diambil alih pengurusan baru yang diterajui Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
Zainol juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Menyentuh mengenai ketiadaan namanya dalam senarai skuad Sukan Asia, Safee mengakui kecewa kerana digugurkan pada saat akhir.
''Empat tahun lalu, saya tidak ke Sukan Asia Doha kerana mengalami kecederaan dan kali ini nampaknya nasib saya tetap malang.
''Namun, saya faham kehendak jurulatih, kerana tiada banyak pilihan disebabkan kesemua pemain berpengalaman di bahagian pertahanan mengalami kecederaan dan dia terpaksa memilih Norhafiz Zamani Misbah mengisi salah satu slot pemain senior, '' jelasnya.
Safee optimis rakan sepasukannya bakal menyerlah di Guangzhou dan akan memberikan kejutan kepada banyak pihak.
''Berdasarkan prestasi semasa, saya yakin skuad negara mampu layak sekurang-kurangnya ke pusingan kedua,'' ujarnya.

FLO
06-11-10, 10:37 AM
Perak buru pemain bertaraf bintang

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
[email protected]
IPOH - Perak sedang memburu beberapa nama besar dalam sukan bola sepak negara untuk disenaraikan dalam skuad Liga Super musim 2011.
Dalam buruan awal, Perak berjaya memikat ketua pasukan Kedah, Shahrulnizam Mustapa, bagi menyarung jersi skuad Seladang.
Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan bahawa Shahrulnizam antara lapan pemain luar yang bersetuju untuk mewakili Perak.
Zainol berkata, ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar sedang mengintai empat 'nama besar dalam Liga Super ' bagi disenaraikan dalam skuad Seladang.
''Terserahlah kepada Norizan untuk mendapatkan nama-nama besar tersebut," jelas Zainol yang enggan
mendedahkan nama pemain yang menjadi idaman skuad itu.
Katanya, pemain yang sedang diburu itu terdiri daripada dua penyerang, seorang pemain tengah dan pertahanan.
Skuad Perak menamakan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan bagi menerajui skuad Seladang, menggantikan Raja Azlan Shah Shoib.
Norizan akan dibantu oleh jurulatih Piala Presiden, Choong Yee Fat dan jurulatih penjaga gol, Abdul Talib Saidi dalam usaha membentuk skuad Seladang.
Selain Shahrulnizam, pemain pertahanan ATM, Chan Wing Hoong dan penjaga gol ATM, Mohd Nasril Mat Nourdin turut ditawarkan menyertai Perak.
Pemain-pemain lain yang turut ditawarkan oleh PAFA adalah Mohd. Khairi Zainuddin (PKNS), Mohd. Syahman Zainuddin (Kuala Lumpur), Harizul Izuan Abdul Rani (T-Team Terengganu), Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa (Perlis) dan Mohd. Shahrul Hafiz Mohd. Shafie (Harimau Muda).
Selain itu, Zainol turut menyatakan hanya sepuluh daripada 24 pemain musim lalu dikekalkan.
Penyerang sensasi, Razali Umar Kandasamy bersama-sama Khairul Amri Salehuddin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd. Salim, K. Nanthakumar, Mohd Khalis Ibrahim, Khairul Izzat Jamaluddin, Mohd. Syazwan Mohd. Roslan dan Muhammmad Nazri Mohd. Kamal dikekalkan.
Tiga pemain Piala Presiden dinaikkan pangkat ke Liga Super adalah Mohd. Basir Basharuddin, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Nurul Nashriq Kamarddin.
Bekas jurulatih penjaga gol, Megat Amir Faisal Al-Khalidy Ibrahim antara 14 pemain yang digugurkan.
Pemain-pemain lain yang digugurkan oleh Mohd. Arif Fazlie Saidin, Mohd. Hafiz Abd. Rahman, Benedict Martin, Mohd. Hafiszuan Salehuddin, Shahrizal Mohd. Saad, Mohd. Saufi Saadi, Shafuan Adli Shaari, Muhd. Arif Ismail, Wan Azwari Wan Nor, Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin, S. Sathiakumaran, Mohd. Fauzzi Mohd. Kassim dan J. Thevaggaran Nair.

CtiE
06-11-10, 11:19 AM
Fadzli, Azidan, Amar muka baru Selangor?


JUARA Liga Super, Selangor dikatakan sudah berjaya mendapat khidmat tiga pemain baru iaitu Fadzli Saari, Azidan Sarudin dan Saiful Amar Sudar bagi menggantikan lima pemain yang digugurkan.
Fadzli, 27, penyerang KL Plus musim ini pernah menyarung jersi Selangor pada 2007 dan 2008 manakala Azidan, 24, yang beraksi di posisi tengah adalah kapten Kuala Lumpur musim ini.
Saiful Amar, 28, pula yang beraksi sebagai penjaga gol PKNS FC musim ini pernah dipinjam Selangor pada saingan Piala Malaysia 2006.
Sumber Kosmo! memberi- tahu, kehadiran tiga pemain tersebut mungkin akan disusuli dua atau tiga lagi pemain baru bagi mengisi enam tempat kosong.
"Lima pemain yang dilepaskan Selangor ialah Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Mohd. Zaiza Zainal Abidin, Azrine Efendy Saduddin dan R. Surendren.
"Bagaimanapun, seorang lagi pemain yang dikekalkan iaitu penjaga gol utama, Hamsani Ahmad memilih untuk berhijrah ke Felda United. Sebab itulah kami ambil Saiful Amar," kata sumber Kosmo! itu semalam.
Jelasnya lagi, segala spekulasi tentang perpindahan ketua pasukan, Amri Yahyah, Safee Sali, Khairul Anuar Baharom, Asrarud- din Putra Omar, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal sudah boleh dilenyapkan kerana kesemua mereka sah kekal bersama Selangor.
Turut dikekalkan ialah baki 11 pemain lain iaitu Iqbal Suhaimi, Fairul Azwan Shahrullail, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Rudie Ramli, Bunyamin Umar, Hardi Jaafar, P. Gunalan, D. Surendran, Fitri Shazwan Raduwan dan Fazilidin Khalid.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan mengulas lanjut tentang perkhabaran keluar masuk pemain Selangor untuk musim baru itu.
"Memang ada pemain yang kita gugurkan dan ada pemain baru yang sudah kita dapat tetapi ada beberapa perkara lagi yang sedang diperhalusi dan perlu dimuktamadkan.
"Insya-Allah dalam minggu depan, mungkin pada hari Isnin, FAS akan buat sidang media untuk mengumumkan secara rasmi skuad Selangor musim 2011," kata Hamidin.





azidan budak satu skolah dgn aku dulu.... aku cukup menyampah ngn mamat nie dulu suka buli aku kaki buli budak ni anyway congrats zidan go selangor go!!

FLO
08-11-10, 11:06 AM
20 pemain kekal

Oleh Adnan Mohamad


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('20 pemain kekal', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20pemainkekal/Article/index_html#)


SERAMAI 20 pemain ditawar kontrak Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) akan kekal bersama The Red Warriors bagi menyahut cabaran musim depan.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemain terbabit disambung kontrak secara automatik mengikut Perkara 10 terma kontrak dan tidak perlu menandatangani kontrak baru.

Menurutnya, setakat ini semua pemain ditawarkan kontrak terbabit bersetuju kekal bersama Kelantan.
Selain itu, Annuar berkata, lima pemain digugurkan termasuk penjaga gol, Halim Napi, Che Hishamuddin Hassan dan Sarudy Aziz manakala dua lagi pemain masih belum diputuskan.

“Semua pemain yang ditawar kontrak bersetuju untuk kekal dan kami harap tiada lagi spekulasi mengenainya.

“Lima pemain yang tidak ditawarkan kontrak adalah mereka mendapat cap paling rendah dalam skuad serta jarang diturunkan dalam perlawanan sebelum ini,” katanya.

Annuar berkata, Kafa berasa merugikan sekiranya pemain kekal dalam skuad kerana mereka tidak dapat bermain dan menggalakkan mereka berhijrah ke pasukan lain samada bermain untuk Liga Super atau Premier.

Dalam perkembangan sama, Annuar berkata, KAFA juga mengambil lima hingga tujuh lagi pemain muda untuk digilap sebagai persediaan masa depan bola sepak Kelantan.

“Lima kekosongan itu diisi lima pemain yang berjaya melepasi tahap ditetapkan Kafa dan memperkuatkan Kelantan pada saingan musim hadapan.

“Selain itu, kami akan memperkuatkan jentera tengah serta serangan untuk saingan merebut Piala Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Shah Alam,” katanya selepas Majlis Santapan Malam bagi meraikan The Red Warriors sebagai juara Piala Malaysia bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, malam kelmarin.

Annuar juga menegaskan, B Satianathan kekal sebagai ketua jurulatih selepas kejayaannya membimbing pasukan hingga menjuarai Piala Malaysia, baru-baru ini.

FLO
08-11-10, 11:08 AM
Nasib lima pemain Jang belum pasti

Oleh Mohd Amin Jalil


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Nasib lima pemain Jang belum pasti', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NasiblimapemainJangbelumpasti/Article/index_html#)


NASIB lima pemain utama skuad Liga Super Negeri Sembilan belum dapat ditentukan lagi selepas kontrak mereka tamat selepas tirai saingan Liga Malaysia musim ini berakhir, akhir bulan lalu.
Selain pemain tengah, Mohd Shukor Adan dan Idris Karim yang mempunyai kontrak setahun lagi, kontrak kapten, Rezal Zambery Yahya, Mohd Rahman Zabul, Shahurain Abu Samah, Ching Hong Aik dan Sani Anuar Kamsani sudah tamat. Selain itu, beberapa pemain simpanan, termasuk pemain muda yang baru kali pertama didedahkan musim ini turut berakhir.

Sumber memaklumkan kepada Arena Metro, kontrak mereka tamat 31 Oktober lalu tapi hingga kini kedudukan mereka belum dapat ditentukan lagi kerana Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) belum membuat keputusan mengenainya ketika pemain diberikan cuti sehingga 15 November ini.
Katanya, PBNS dijangka membuat tawaran baru kepada pemain yang masih diperlukan dalam tempoh terdekat bagi menggalas cabaran skuad Hoben Jang Hoben yang berhadapan cabaran lebih mencabar tahun depan kerana selain menghadapi saingan Liga M, pasukan itu juga mengharungi saingan antara kelab Asia selaku juara Piala FA musim ini.

“Setakat ini kami belum mendapat apa-apa berita daripada PBNS kerana diberikan cuti hingga 15 November ini. Kami yakin dalam tempoh terdekat akan ada perkembangan, sama ada kami kekal atau sebaliknya.

“Justeru, buat masa ini kami tidak dapat menjangkakan perubahan terhadap pemain yang membarisi skuad Negeri Sembilan musim depan walaupun mendapat tahu pihak pengurusan turut merancang mendapatkan pemain berwibawa untuk menganggotai skuad ini,” kata sumber.

FerRari F430
08-11-10, 02:27 PM
penat betul la kalau becakap pasal bola ni
menang pn kena kutuk, kalah pun kena kutuk
dalam media dan cakap2 peminat bola asyik membayangkan kan kekalahan N9 disebabkan si kembar tu x ada...adehhhh bola kan main sebelas org...bukan main sorang..
smlm pun dlm scoreboard..wan jamak menyalahkan pemain muda/kurang faktor pengalaman sbg punca kekalahan..dan turning point ialah bila si kembar tu cedera..
hellooooo wan jamak..team main mlm tu adalah 95% sama dgn team tahun sebelumnya yg menang PM...jgn salahkan pemain muda atau seadanya...
tahun lepas bila kalah di semi/suku akhir piala FA...ko salahkan ketiadaan Karim Pin di bahagian tengah...tahun ni ko kata kalah sebab si kembar tu x ada...adehhhhhh penat la ko ni

tahun lepas kelantan x ada Pyia...x ada back 4 terbaik kat pertahanan..kelantan kalah..
tahun ni kami x ada 2 central defence - azizi dan subra..kelantan ttp main jugak dgn back 4 local player...tgk separuh masa pertama bukan main gugup lagi back 4 kelantan..tu pasal la s.kuna boleh buat running in ke gawang kelantan..kalau ada azizi mat rose tu..gua rasa belum tentu s.kuna lepas...
gua akui..kekuatan N9 ialah pada 2 central defence mereka...kembar dan shukur...bila kembar keluar..lompong tu ada..tapi N9 ttp main dgn 11 orang..termasuk back 4..3 pemain muda..dan 1 pemain senior...second gol kelantan tu masih sy x faham..sbb defence N9 tu cuma berusia 22-23 tahun ..lebih FRESH berbanding piya..yg dh masuk umur 30an...tapi x mampu nk kejar larian KUDA TUA tu..

kehilangan kembar tu membuatkan sharul idlan talaha (bukan HC arrr) bergerak secara bebas dan aggresif sbb separuh masa pertama dia dibayangi si kembar tu..sbb 2-2 player kebangsaan..dan si kembar mmg dah boleh baca game si idlan talaha ni..mmg x lepas la mamat ni....kecederaan si kembar bukan di sengajakan oleh idlan talaha..cuba tgk replay game tu..pertembungan di udara adalah 50-50, kedua -dua berlaga lutut..ko tak tgk lagi bila si kembar tu tackle idlan...(mentang2 la x cedera)...

tahun ini N9 cuma kehilangan si kembar depan tu je..di ganti oleh HALIM ZAINAL (adik kepada pembantu jurulatih N9)...rezal zambry x cedera..cuma x cergas jer..wan jamak tak berani nk letak dia 100% on game..kalau korang perasaan rezal ada warming up..sbb masa tu dia budget nk letak ganti chong eik..(taktikal wan jamak..nk kaver line..dia nk guna rezal for 2nd half)...

p/s: analisa gua..x betul pun x kisah..tapi gua penat la duk dengar ulang tayang PC wan jamak tu..time menang ko puji player muda..bila kalah ko kutuk..kesilapan pihak pengurusan N9 ialah terlalu mengharapkan senior player tu..x cuba nk tambah kesimbangan pemain yg bepengalaman dgn pemain muda..dh setahun berlalu..patut dh ada perubahan..sbb tu la skuad kelantan bawa masuk pemain lagi..sbb x cukup kuat tahun lepas..kalau tak tahun ni korang boleh lihat back 4 kelantan pemain dr luar..s subra, azizi, misbah (KL plus), izuan makmor (Felda United)..tapi sayang 2 org ni masih ada kontrak..setakat larian s.kuna tu..senang2 je mrk pintas...OK la..dh bnyk merepek ni..Majula Sukan Untuk Negara.........



satu analisis yg amat menakjubkan.
aku sokong 100% apa yg ko ckp kan tu.
kenapa nk salahkan player muda.
yup aku jua akui, ketiadaan si kembar tu membuatkan N9 tempang.. tp sampai bila nk hanya bergantung pd dia org tu jer?
renung2kanlah....

FLO
09-11-10, 12:37 AM
Sukan Asia

Malaysia (2) vs Kyrgystan (1)...tahniah

shahrul idlan talaha dan s chanturu

FerRari F430
09-11-10, 09:23 AM
Sukan Asia

Malaysia (2) vs Kyrgystan (1)...tahniah

shahrul idlan talaha dan s chanturu



Thats why Red Warriors memang HEBAT!!

FLO
09-11-10, 11:24 AM
Fadzli sarung jersi Selangor

Oleh Asrol Awang


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Fadzli sarung jersi Selangor', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadzlisarungjersiSelangor/Article/index_html#)


BEKAS pemain kebangsaan, Mohd Fadzli Shaari mengesahkan kembali ke pangkuan Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2011, selepas KL Plus menarik diri daripada beraksi dalam liga berprestij itu musim depan.

Mohd Fadzli, 27, berkata, Selangor menawarkan kontrak dan peluang terbaik itu tidak dilepaskan kerana pernah menyarung jersi pasukan itu pada 2007 dan 2008.
Dengan kepercayaan yang diberikan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), dia berazam membantu pasukan itu mencipta kejayaan gemilang termasuk merampas kembali Piala Malaysia.

“Kejayaan menjaringkan 17 gol musim ini, masing-masing 11 pada saingan Liga Super dan Piala Malaysia (enam), membuktikan sentuhan saya masih berbisa.

“Oleh itu, sokongan rakan sepasukan dan pengurusan diharap meningkatkan semangat dan motivasi saya untuk mencipta kejayaan bersama Selangor selepas meninggalkannya dua musim lalu,” katanya.

Mohd Fadzli, pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu turut mengesahkan beberapa pasukan berminat mendapatkan khidmatnya tetapi disebabkan tawaran awal diterima daripada FAS, dia terpaksa menolaknya.

Sepanjang dua musim bersama KL Plus, penyerang berkenaan berjaya membantu kelab itu layak beraksi dalam saingan suku akhir Piala Malaysia musim 2009.

Namun, musim ini, nasib tidak memihak kepada kelab berkenaan apabila gagal menyerlah termasuk jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris melepaskan jawatan pada pertengahan musim.

Dengan saingan lebih getir pada saingan Liga Malaysia musim depan, Mohd Fadzli berazam membantu pasukan meraih kejayaan dan mampu bangkit mencapai keputusan lebih baik.

“Saya akan memulakan latihan bulan depan selepas kontrak bersama KL Plus tamat hujung bulan ini,” katanya lagi.

FLO
09-11-10, 11:26 AM
PFA lantik ‘orang

Oleh Kamudin Baharom


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('aPFA lantik %E2%80%98orang ', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/aPFAlantik__8216_orang/Article/index_html#)


PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) dijangka mengumumkan perlantikan ‘orang baru’ sebagai ketua jurulatih skuad Singa Utara bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2011.
Menurut sumber, perlantikan itu terpaksa dilakukan bagi menggantikan pengendali skuad, Yunus Alif yang dilapor bakal menyertai pasukan baru musim depan.

Sumber itu bagaimanapun keberatan untuk menyatakan nama pasukan atau kelab yang berjaya memikat bekas pemain skuad olimpik negara itu untuk bergelar ketua jurulatih baru bagi musim 2011.
“Difahamkan, setakat ini, Yunus belum menyatakan hasratnya sama ada kekal bersama Perlis pada Liga Malaysia musim depan.

“Dalam masa sama, PFA difahamkan Yunus sudah dipikat sebuah pasukan baru untuk dilantik sebagai pengendali baru skuad yang beraksi di Liga Super musim depan itu,” katanya yang tidak menyatakan sama ada pasukan itu bertaraf kelab atau negeri.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz berkata, majlis PFA, setakat ini belum lagi membuat keputusan mengenai bakal pengendali skuad itu, sama ada mengekalkan Yunus atau sebaliknya.

“Keputusan siapa yang dipilih dijangka dibuat selepas mendapat persetujuan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak lama lagi,” katanya lagi.

Ku Besry yang juga Pegawai Media PFA berkata, sesi pemilihan terbuka untuk menyarung skuad Singa Utara itu pada kempen Liga Super 2011 dilanjutkan tiga hari lagi, berakhir Rabu ini.

Katanya, mengikut perancangan awal sesi pemilihan terbuka membabitkan semua pemain tempatan dan luar Perlis itu dijalankan tiga hari bermula Jumaat dan berakhir semalam.

FLO
09-11-10, 11:29 AM
Kit Kong dipikat 3 pasukan

Oleh Mohd Amin Jalil


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Kit Kong dipikat 3 pasukan', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KitKongdipikat3pasukan/Article/index_html#)


BEKAS pemain kebangsaan, Liew Kit Kong (gambar), terpaksa mencari pasukan lain bagi meneruskan karier bola sepaknya pada saingan Liga Malaysia musim depan selepas pasukan lamanya, Selangor dikatakan tidak berhasrat membaharui kontrak yang tamat akhir bulan ini.
Pemain kelahiran Perak berusia 31 tahun itu yang hanya semusim bersama pasukan Gergasi Merah itu kini dikatakan dipancing tiga pasukan Liga Super, namun dia enggan menamakan pasukan berkenaan bagi mengelak sebarang spekulasi tidak sihat selain belum membuat keputusan muktamad mengenai pasukan mana yang akan disertainya.

“Kontrak saya dengan Selangor tamat akhir bulan ini dan memang ada beberapa pasukan Liga Super yang sudah menghubungi saya untuk menyertai mereka musim depan tetapi buat masa ini, saya tidak boleh menyatakan pasukan berkenaan bagi mengelak sebarang masalah atau rasa tidak puas hati.
“Saya mempertimbangkan pasukan yang akan disertai kerana tumpuan saya adalah untuk memberikan sumbangan terbaik dan beraksi sebagai pemain utama,” katanya.

Kit Kong yang pernah menerima Anugerah Penyerang Terbaik Kebangsaan musim 2007-08 mengatasi Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak ketika mewakili pasukan Kuala Muda Naza yang beraksi di Liga Perdana mengakui tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membantu Selangor musim ini kerana dibelenggu masalah kecederaan lutut.

FerRari F430
09-11-10, 11:36 AM
penat betul la kalau becakap pasal bola ni
menang pn kena kutuk, kalah pun kena kutuk
dalam media dan cakap2 peminat bola asyik membayangkan kan kekalahan N9 disebabkan si kembar tu x ada...adehhhh bola kan main sebelas org...bukan main sorang..
smlm pun dlm scoreboard..wan jamak menyalahkan pemain muda/kurang faktor pengalaman sbg punca kekalahan..dan turning point ialah bila si kembar tu cedera..
hellooooo wan jamak..team main mlm tu adalah 95% sama dgn team tahun sebelumnya yg menang PM...jgn salahkan pemain muda atau seadanya...
tahun lepas bila kalah di semi/suku akhir piala FA...ko salahkan ketiadaan Karim Pin di bahagian tengah...tahun ni ko kata kalah sebab si kembar tu x ada...adehhhhhh penat la ko ni

tahun lepas kelantan x ada Pyia...x ada back 4 terbaik kat pertahanan..kelantan kalah..
tahun ni kami x ada 2 central defence - azizi dan subra..kelantan ttp main jugak dgn back 4 local player...tgk separuh masa pertama bukan main gugup lagi back 4 kelantan..tu pasal la s.kuna boleh buat running in ke gawang kelantan..kalau ada azizi mat rose tu..gua rasa belum tentu s.kuna lepas...
gua akui..kekuatan N9 ialah pada 2 central defence mereka...kembar dan shukur...bila kembar keluar..lompong tu ada..tapi N9 ttp main dgn 11 orang..termasuk back 4..3 pemain muda..dan 1 pemain senior...second gol kelantan tu masih sy x faham..sbb defence N9 tu cuma berusia 22-23 tahun ..lebih FRESH berbanding piya..yg dh masuk umur 30an...tapi x mampu nk kejar larian KUDA TUA tu..

kehilangan kembar tu membuatkan sharul idlan talaha (bukan HC arrr) bergerak secara bebas dan aggresif sbb separuh masa pertama dia dibayangi si kembar tu..sbb 2-2 player kebangsaan..dan si kembar mmg dah boleh baca game si idlan talaha ni..mmg x lepas la mamat ni....kecederaan si kembar bukan di sengajakan oleh idlan talaha..cuba tgk replay game tu..pertembungan di udara adalah 50-50, kedua -dua berlaga lutut..ko tak tgk lagi bila si kembar tu tackle idlan...(mentang2 la x cedera)...

tahun ini N9 cuma kehilangan si kembar depan tu je..di ganti oleh HALIM ZAINAL (adik kepada pembantu jurulatih N9)...rezal zambry x cedera..cuma x cergas jer..wan jamak tak berani nk letak dia 100% on game..kalau korang perasaan rezal ada warming up..sbb masa tu dia budget nk letak ganti chong eik..(taktikal wan jamak..nk kaver line..dia nk guna rezal for 2nd half)...

p/s: analisa gua..x betul pun x kisah..tapi gua penat la duk dengar ulang tayang PC wan jamak tu..time menang ko puji player muda..bila kalah ko kutuk..kesilapan pihak pengurusan N9 ialah terlalu mengharapkan senior player tu..x cuba nk tambah kesimbangan pemain yg bepengalaman dgn pemain muda..dh setahun berlalu..patut dh ada perubahan..sbb tu la skuad kelantan bawa masuk pemain lagi..sbb x cukup kuat tahun lepas..kalau tak tahun ni korang boleh lihat back 4 kelantan pemain dr luar..s subra, azizi, misbah (KL plus), izuan makmor (Felda United)..tapi sayang 2 org ni masih ada kontrak..setakat larian s.kuna tu..senang2 je mrk pintas...OK la..dh bnyk merepek ni..Majula Sukan Untuk Negara.........



Norhafiz bangga aksi pemain muda



KAPTEN Norhafiz Zamani Misbah mengharapkan keajaiban sebelum pertemuan menentang Jepun esok.

Katanya, kecederaan tidak begitu merisaukannya cuma dia berharap pemeriksaan fisio positif memberi peluangnya bermain.

“Memang sedih apabila melihat rakan dari tepi padang meneruskan perjuangan tanpa saya. Malah keadaan ketika itu agak genting dengan Kyrgyzstan sentiasa mengasak ketika kita mendahului 2-1.

“Syukur rakan sepasukan terutama di benteng kekal dengan tempo dan tidak langsung membenarkan penyerang lawan membuat percubaan sehingga tamat permainan.

“Inilah kemenangan cukup menggembirakan saya. Selain kita berpeluang ke pusingan kedua, persembahan pemain muda cukup membanggakan. Bakat dan kematangan mereka terserlah.
“Sebagai pemain senior saya akui kita mempunyai pemain muda yang boleh diharapkan menggalas tugas penting,” katanya.


PELIK BETUL, WAN JAMAK KATA KALAH SBB PLAYER MUDA.... YG NI PLAK KATA MENANG SBB PLAYER MUDA.... Oh Bola Sepak.......

dar74
09-11-10, 05:57 PM
Baik sekarang kita tgk performance team bawah 23 tahun kat Sukan Asia di Guangzhou. Semalam result kurang memberansangkan selepas hanya menang 2 -1 dgn kyrgyztan yg rangking 117 dunia.
Lepas ni game lawan jepun dan china, tak tau la camana harapan team ni. hopefully lepas suku akhir pun dah kira good performance.

FLO
11-11-10, 08:49 AM
T-Team mahu pikat Hairuddin


2010/11/11

SKUAD T-Team dalam persiapan menghadapi kempen Liga Super musim depan mahu memanggil kembali dua pemain Terengganu yang beraksi bersama Kelantan, Hairuddin Omar dan Norfahan Mohamad dalam usaha memantap barisan serangan.

Hasrat itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, semalam.
http://ds.serving-sys.com/BurstingCachedScripts//Res/blank_1X1.gif
“Kita akan cuba menghubungi kedua-dua pemain itu seberapa segera dan bersedia mengemukakan tawaran itu,” katanya.Rozi berharap kedua-dua pemain terbabit menerima tawaran itu untuk menabur bakti di tempat kelahiran sendiri.

Mengenai jurulatih, Che Ku Marzuki Mohd Nor yang dikenakan pergantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini berikutan kenyataan dalam media, Rozi berkata, jurulatih itu sudah membuat rayuan kepada FAM dan belum mendapat keputusan lagi.

Che Ku Marzuki dikenakan tindakan pergantungan selama enam bulan dan denda RM2,000, menyebabkan pihak pengurusan T-Team sedang mencari seorang jurulatih baru bagi menggantikan tempat Che Ku Marzuki.

Rozi berkata, pihaknya berminat untuk menawarkan jawatan kepada jurulatih Perlis, Yunus Alif supaya dapat mengendalikan latihan skuad T-Team musim depan.

FLO
11-11-10, 10:04 AM
dulu cakap..bola kita x bagus..x berkualiti
bila kita mula meningkatkan kadar pasaran pemain
orang cakap boleh rosakkan lak
kita nk galak player muda negara berkembang

Tawaran luar biasa

Oleh Azizan Hashim


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Tawaran luar biasa', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tawaranluarbiasa/Article/index_html#)


PERAK khuatir harga pasaran pemain bola sepak tempatan terjejas berikutan tindakan sebuah persatuan negeri membuat tawaran ‘luar biasa’ dalam usaha memancing khidmat pemain diingini untuk memperkuatkan cabaran dalam kancah Lima M, musim 2011.
Kebimbangan itu disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (gambar) berikutan gejala yang berlaku ketika ini turut merosakkan pemain muda yang meningkat.

“Bayangkan seorang pemain muda menerima tawaran gaji puluhan ribu . Adakah ia setimpal dengan statusnya sebagai pemain yang meningkat.
“Lagipun amalan ini tidak baik kerana pasukan terbabit bakal menjadi medan himpunan pemain bertaraf ‘bintang’ berikutan tawaran lumayan yang mampu diberikan kerana ingin memancing pemain tertentu.

“Angka gaji ditawarkan pasukan ini cukup lumayan. Tiada pemain mampu menolaknya. Namun pada masa sama tindakan itu membuat harga pasaran pemain juga melonjak.

“Apa akan jadi pada pasukan kurang berkemampuan. Mereka akan terus ketinggalan kerana tidak mampu bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain berwibawa ,” katanya.
http://ds.serving-sys.com/BurstingCachedScripts//Res/blank_1X1.gif
Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri bagaimanapun enggan mendedahkan identiti persatuan negeri terbabit.

Justeru itu beliau berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memantau perkara itu agar berlaku keseimbangan dalam kemajuan dan peningkatan mutu bola sepak di kalangan ahli gabungan.

Dalam perkembangan lain, Zainol berkata, sebagai majikan, persatuan bola sepak negeri berhak memastikan agar perjanjian dimeterai dengan pemain tidak bersifat berat sebelah.

“Persatuan negeri yang membayar gaji pemain jadi mereka berhak membuat perjanjian yang mempunyai sifat menang-menang.

“Tambahan pula perjanjian itu dibuat selepas kedua-dua pihak berunding dan mencapai persetujuan,” ”katanya ketika mengulas teguran FAM mengenai hasrat Perak untuk mengkaji kontrak pemain berikutan berlaku ketidakseimbangan.

Zainol berkata Pafa tidak berniat membelakangkan FAM atau membuat kontrak berlainan daripada disediakan badan induk sebaliknya hanya menambah baik beberapa aspek tertentu yang dirasakan merugikannya.

KiNgX
13-11-10, 12:11 AM
Hati Baddrol masih di Kedah

KUALA LUMPUR - Teka teki mengenai pasukan yang menjadi pilihan bintang Kedah, Baddrol Bakhtiar musim hadapan akhirnya terjawab, apabila pemain itu membuat keputusan untuk kekal sekurang-kurangnya dua tahun lagi bersama skuad Hijau Kuning.

Biarpun mendapat tawaran lumayan daripada beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan, anak jati Sungai Petani itu membuatkan kesemua pasukan berkenaan gigit jari, apabila sanggup mengenepikan soal kewangan dan berikrar mahu setia bersama Kedah. Turut mempengaruhi Baddrol yang baru dinobatkan Pemain Tengah Terbaik 2010 untuk kekal, adalah rakan sepasukannya seperti Khyril Muhymeen Zambri dan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

''Setelah fikir semasak-masaknya, saya mahu terus beraksi di sini kerana saya sudah serasi dengan semua pemain, terutama pemain muda, malah perasaan sayang kepada Kedah masih menebal. ''Saya telah pun bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan oleh KFA dan akan menandatangani kontrak selama dua tahun," katanya yang dihubungi, semalam.

Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan, dia juga mendapat tawaran dari Felda United, Sabah dan Perak. Baddrol, yang berusia 22 tahun, merupakan antara tonggak utama Kedah sejak beberapa musim lalu dan dianggap antara watak penting dalam pasukan kebangsaan. Dia bagaimanapun terlepas aksi ke Sukan Asia yang sedang berlangsung, ekoran mendapat kecederaan lutut kiri. Selain itu, Baddrol berkata, dia semakin bersemangat apabila rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan, Amar Rohidan yang beraksi dengan Perlis, memilih untuk bersama Kedah pada musim hadapan.

''Selain Amar, Fauzi Nan juga akan bersama Kedah. Saya anggap ini akan memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan ini bagi menghadapi skuad elit seperti Kelantan dan Selangor,'' katanya. Selepas pasti bersama Kedah, tumpuan Baddrol adalah mahu menamatkan kemarau kejuaraan dua tahun Kedah, yang gagal menjulang sebarang piala pada musim lalu.

''Tidak kiralah apa jua piala sekalipun, saya bertekad mahu membawa pulang satu piala kepada peminat Kedah pada musim 2011.''Perasaan sedih dan kecewa masih ada, selepas kami gagal meraih Piala FA walaupun sudah melangkah ke peringkat akhir di samping terkandas pada separuh akhir Piala Malaysia," jelasnya.

FLO
16-11-10, 10:50 AM
Norizam kembali ke pangkuan Johor

Oleh Mohd Amin Jalil


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Norizam kembali ke pangkuan Johor', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizamkembalikepangkuanJohor/Article/index_html#)


PENYERANG Negeri Sembilan, Norizam Salaman antara beberapa pemain pasukan itu yang digugurkan dan akan kembali ke pasukan lamanya, Johor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan awal Januari ini.
Pemain berusia 26 tahun itu mengesahkan naib juara Piala Malaysia itu tidak menyambung khidmatnya selepas hanya semusim dan terpaksa meneruskan karier bola sepaknya dengan pasukan Johor yang diwakilinya sejak enam tahun lalu.

“Saya harap dapat memberikan sumbangan terbaik untuk membantu Johor sekurang-kurangnya kembali ke Liga Super musim 2012.
“Walaupun Johor beraksi di Liga Perdana musim depan, ia tidak mematahkan semangat saya memberikan sumbangan demi memastikan Johor kembali menjadi pasukan disegani,” katanya.

Pemain berasal dari Sri Gading, Batu Pahat itu mengaku setakat ini dia belum menandatangani perjanjian dengan skuad berkenaaan namun sudah membuat keputusan untuk bersama mereka musim depan selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan, baru-baru ini.

Dia juga mengakui sepanjang semusim bersama skuad Hoben Jang Hoben, banyak pengalaman ditimba terutama bimbingan daripada jurulatih berpengalaman Wan Jamak Wan Hassan yang bakal membantunya meningkatkan persembahan.

“Sudah pasti saya akan guna pengalaman itu ketika bersama Johor. Walaupun tidak beraksi dalam kelompok pemain utama, saya puas hati dan kejayaan paling manis ialah membantu Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala FA apabila berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti yang menewaskan Kedah, 5-4,” katanya.

Norizam yang menjaringkan tujuh gol ketika bersama Negeri Sembilan berazam meningkatkan prestasi dan memberikan sumbangan lebih baik bagi meletakkan dirinya sebaris dengan beberapa pemain utama lain.
“Saya akan berusaha meningkatkan prestasi kerana saingan Liga Malaysia makin mencabar dengan kehadiran pasukan baru dan pemain muda,” katanya.

FLO
16-11-10, 10:52 AM
Perak hilang khidmat Shahrizal

Oleh Azizan Hashim


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Perak hilang khidmat Shahrizal', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PerakhilangkhidmatShahrizal/Article/index_html#)


KELEWATAN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bertindak menyaksikan pasukan Seladang kemungkinan hilang khidmat penyerang muda, Shahrizal Saad kepada pasukan lain.
Menurut sumber, adik bekas pemain pertahanan negeri, Syamsol Saad itu sudah memeterai perjanjian dengan sebuah pasukan selatan tanah air gara-gara Pafa tidak menunjuk minat untuk menggunakan khidmatnya.

“Shahrizal berminat menyarung jersi Perak untuk musim akan datang tapi tidak menerima maklum balas mengenai kedudukannya hingga kini.
“Berikutan itu dia sudah mengikat perjanjian dengan pasukan terbabit,” katanya.

Menurut sumber itu, pemergian Shahrizal yang ketika ini adalah kapten skuad Piala Emas Raja-Raja Perak pasti merugikan negeri selepas usaha membangunkan pemain itu dilaksanakan sekian lama.

“Saya yakin banyak wang dibelanjakan untuk melahirkan seseorang pemain tetapi alangkah ruginya segala usaha itu apabila pemain dipikat pasukan lain,” katanya.

Beliau juga mempertikai tindakan Pafa mengambil kembali khidmat pemain kuda tua bagi menghadapi kempen Liga M musim 2011.

FLO
19-11-10, 12:36 AM
Kelantan mengekalkan kesemua pemain utama
dan menggugurkan 3 pemain..sarudi aziz, halim napi dan cik hishamudin
mereka juga menandatangani 3 pemain baru
iaitu K soley (Perlis), azwan roya (Johor Fc) dan abdul aziz (KL plus)

FLO
19-11-10, 09:11 AM
Annuar turut mengesahkan Kelantan telah mendapatkan tiga pemain baru iaitu Nurul Azwan Roya daripada skuad Johor FC, K. Sholey (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail, yang bermain untuk KL Plus musim lalu.
Dalam pada itu beliau turut mengesahkan tiga pemain sedang dalam proses perbincangan untuk meninggalkan Red Warriors iaitu Hairuddin Omar; Akhmal Rizal Ahmad Rakhli dan Syed Adney Syed Hussin.

FLO
22-11-10, 11:10 AM
Ramai pemain hijrah


BERIKUTAN penyertaan beberapa pemain luar dan pengguguran pemain muda serta penghijrahan beberapa pemain musim lalu ke pasukan lain, ada kemungkinan naib juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan melakukan rombakan besar-besaran bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Kontrak pemain muda, Mohd Afandy Adimel tidak lagi disambung dan tiga tonggak berpengalaman Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya, Mohd Rahman Zabul dan Ching Hong Aik berhijrah ke pasukan lain.

Bagaimanapun, empat pemain luar, dua dari Perlis, penjaga gol, Mohd Fariza Marlias dan Ahmad Aminuddin, dan dua dari KL Plus, Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadly Idrus sudah mula berlatih bersama Negeri Sembilan sejak beberapa hari lalu, sekali gus mengesahkan mereka bakal menyertai skuad berkenaan.
Dua lagi pemain yang sebelum ini disebut-sebut bakal menyertai Negeri Sembilan, penyerang Kelantan, Hairuddin Omar dan penyerang Perlis, Mohd Fakri Shaarani, bagaimanapun belum kelihatan.

Maklumat mengenai penyertaan keempat-empat pemain berkenaan bagaimanapun sehingga kini belum didedah pengurusan pasukan.

Sumber berkata, kehadiran empat pemain terbabit itu berkait rapat dengan langkah pengurusan melakukan rombakan untuk membentuk skuad mantap dalam misi mendapatkan tiga piala iaitu mengekalkan trofi Piala FA, menjuarai Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia.
“Mereka menyertai latihan kendalian jurulatih Wan Jamak Wan Hassan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sejak beberapa hari lalu.

“Saya jangka mereka adalah antara pemain yang disebut-sebut bakal menyertai Negeri Sembilan untuk musim depan,” katanya.
Sementara itu, Kelab Penyokong Negeri Sembilan (N9fotball) berharap langkah itu mampu membawa hasil memuaskan untuk mengecapi kejayaan membanggakan musim depan.

“Berdasarkan pengalaman dan reputasi mereka, kami menaruh harapan tinggi terhadap pemain terbabit membantu merealisasikan sasaran,” kata Timbalan Presiden, Mohd Faidzul Mohd Noh.

FLO
22-11-10, 11:20 AM
Norizan mulakan latihan skuad Seladang

Oleh Azizan Hashim


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Norizan mulakan latihan skuad Seladang', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NorizanmulakanlatihanskuadSeladang/Article/index_html#)


SIKAP serius, Norizan Bakar mengendalikan latihan pertama skuad barunya di Stadium Perak, petang kelmarin membayangkan perwatakan tegas ketua jurulatih Perak itu.
Tempoh latihan sejam setengah itu diguna pengendali berpengalaman itu untuk melakukan gerakerja kemahiran asas serta memberi pelbagai tunjuk ajar apa yang perlu dilakukan dalam situasi permainan sebenar.

Malah, jurulatih itu melakukan kejutan dalam sesi latihan yang turut disaksikan beberapa pegawai Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) termasuk Pengurus pasukan, Khairul Azwan Datuk Harun apabila turut berlari keliling padang bersama pemain ketika memanaskan badan.
Norizan ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pasukan barunya itu.

“Baru lagi. Saya pun belum kenal serta tahu setiap pemain. Biarlah saya buat kerja seminggu atau dua dahulu. Selepas itu barulah boleh komen,” kata Norizan selepas latihan semalam.

Sebelum itu, pemain dirai Khairul Azwan yang juga Bendahari Pafa dalam satu majlis ringkas di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan

FLO
22-11-10, 11:21 AM
Perlis bakal gabung pemain lama dan baru

Oleh Kamudin Baharom


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Perlis bakal gabung pemain lama dan baru', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perlisbakalgabungpemainlamadanbaru/Article/index_html#)


SERAMAI 22 pemain termasuk enam anggota skuad musim lalu bakal disenaraikan menyarung jersi Liga Super Perlis bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2011.
Selain itu, turut berada dalam senarai yang bakal dicadangkan untuk mengikat kontrak bersama skuad utama Singa Utara itu ialah lima bekas pemain Liga Super beberapa negeri termasuk dari Kedah.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata, kecuali enam bekas anggota skuad musim lalu, dua penjaga gawang, Mohd Hairol Fazreen Abu Hassan dan Mohd Amirul Rosli, dua pertahanan, Phul Sakh a/l Lum dan Azmizi Azmi serta dua penyerang, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin dan Mohd Faiz Subri, 16 lagi pemain terpilih melalui sesi pemilihan terbuka dari 7 hingga 10 November lalu.
Katanya, sesi ujian itu disertai 60 pemain termasuk pemain skuad pelapis negeri serta beberapa pemain pasukan negeri dan kelab yang beraksi untuk Liga Super dan Liga Perdana.

“Melalui sesi pemilihan yang dijalankan, 16 daripada 60 pemain dilihat memiliki kriteria yang ditetapkan dan dicadangkan kepada jawatankuasa pemilihan PFA untuk dinilai bagi menganggotai skuad Liga Super,” katanya.

Ku Besry yang juga Pegawai Media PFA bagaimanapun berkata, nama semua pemain baru yang terpilih untuk menyarung jersi Liga Super 2011 itu akan diketahui selepas diumum Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, apa yang pasti daripada jumlah itu hanya enam bekas pemain anggota Liga Super lalu, setakat ini disahkan bakal menganggotai skuad berkenaan.

“Walaupun sudah mengenal pasti nama pemain tapi belum dapat diumum. Presdien dijangka akan umum dalam tempoh terdekat,” katanya.

FLO
23-11-10, 09:32 AM
Dollah kekal jurulatih, Surendran mantapkan skuad bola Pahang

KUANTAN - Dollah Salleh sah kekal sebagai jurulatih skuad bola sepak Pahang musim 2011, dengan matlamat sekurang-kurangnya membawa pulang satu daripada tiga gelaran juara dalam saingan Piala Malaysia, Liga Super atau Piala FA.
Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mengesahkan semua pemain Pahang musim lalu dikekalkan, kecuali Darma Raju yang menyertai Selangor, manakala Nik Zul Aziz Nawawi dan Hasmizan Kamarodin berhijrah ke Terengganu.
Pahang turut menerima kehadiran dua penyerang Selangor, R. Surendran dan anak bekas jurulatih dan penyerang Pahang, Zainal Abidin Hassan, M. Zaiza Zainal untuk menajamkan jentera serangan.
"Dollah Salleh kekal sebagai jurulatih dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menetapkan matlamat untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala musim depan," katanya.
Dollah dan sebahagian besar pemain musim lalu serta dua penyerang Selangor itu sudah mendapat lampu hijau daripada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah untuk memulakan latihan.
Kemasukan dua penyerang Selangor itu sebahagian usaha Pahang mengatasi kelemahan yang agak ketara sehingga terpaksa meminjam penyerang Johor, Mohd. Faizol Hussain, dalam saingan Piala Malaysia.
Tiada perubahan besar di semua posisi, kecuali kepincangan barisan hadapan yang memerlukan sekurang-kurangnya seorang penyerang terbaik untuk mengecap kejayaan lebih membanggakan.
"Pahang berjaya mendapatkan dua penyerang, iaitu seorang penyerang berpengalaman, sementara seorang lagi penyerang muda yang mampu di bentuk sebagai penggempur berbisa" katanya.
Skuad kendalian Dollah Salleh berjaya berada menduduki kelompok lapan pasukan teratas Liga Super, serta layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas tipis kepada Johor FC, mampu lebih menonjol musim depan.
Sebahagian besar pemain Pahang berusia dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun kecuali ketua pasukan , Jalaludin Abu Jaaafar yang dilihat masa terbaik untuk mereka mencapai kemuncak prestasi
Che Nasir yakin, barisan muda Pahang yang agak gementar dalam saingan peringkat tinggi seperti saingan suku akhir di hadapan puluhan ribu penyokong musim lalu, diharap mampu tampil dengan lebih berkeyakinan.
"Pemain muda Pahang sudah banyak menimba pengalaman dan mereka semakin menunjukkan peningkatan musim lalu dan prestasi mereka di harap benar-benar memuncak di musim ini, " katanya.
Pahang masih mencari pemain berpengalaman bagi membentuk skuad yang lebih berjaya berbanding musim lalu untuk mencapai matlamat yang dipertaruhkan kepada Dollah dan anak buahnya.

FLO
24-11-10, 09:05 AM
Akmal Rizal sah sertai Perak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
[email protected]
http://www.utusan.com.my/pix/2010/1124/Utusan_Malaysia/Sukan/su_06.1.jpg
Akmal Rizal yang membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia musim ini, menyertai Perak musim depan kerana mahukan cabaran baru serta membuktikan sentuhannya masih berbisa.

KOTA BHARU - Kelantan kehilangan penggempur berbisa Akmal Rizal Ahmad Rakhli, apabila pemain berusia 29 tahun itu mengesahkan dia akan menyarung jersi Perak, musim depan.
Akmal Rizal, yang membantu Red Warriors muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama baru-baru ini, mengakui dia akan menyertai skuad Seladang dengan kontrak dua tahun.
Menurutnya, dia sudah pun menandatangani perjanjian dengan Perak, yang kini dikendalikan bekas jurulatih kebangsaan, Kelantan, Norizan Bakar.
"Begitupun, saya belum menandatangani sepenuhnya kontrak tersebut. Kontrak saya bersama Kelantan akan tamat hujung bulan ini, jadi saya perlu menghormati baki kontrak tersebut.
"Walaupun hanya semusim bersama Red Warriors, saya gembira kerana dapat menjalankan tugas sebagai seorang pemain dengan baik, membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi, semalam.
Tambahnya, kejayaan membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia amat bermakna sepanjang bergelar pemain profesional.
Ditanya mengapa beliau memilih Perak, Akmal Rizal memberitahu dia mahu mencuba sesuatu yang baru bersama skuad tersebut.
"Sebagai pemain profesional, saya inginkan cabaran dan membuktikan sentuhan saya masih berbisa.
"Kejayaan membantu Kelantan pastinya mahu diulangi apabila mewakili pasukan Perak musim hadapan," ujarnya.
Tambahnya, sebelum meninggalkan Kedah pada 2006, dia sememangnya bercita-cita untuk menyertai banyak pasukan.
Jelasnya, dia mungkin akan beraksi untuk tiga atau empat tahun lagi sebelum bersara.
Sepanjang bersama Red Warriors, bekas pemain kebangsaan itu menjaringkan sembilan gol, iaitu tiga pada saingan Liga Super dan enam gol pada Piala Malaysia.
Akmal Rizal pernah beraksi bersama beberapa pasukan termasuk Kedah (2001-2006), Selangor (2007- 2008) dan Kuala Muda NAZA (2009), juga kelab luar negara iaitu Strasborg di Perancis selama dua tahun.

FLO
24-11-10, 09:11 AM
Brendan Gan
(born 3 June 1988) is an Australian (http://en.wikipedia.org/wiki/Australia) football (soccer) (http://en.wikipedia.org/wiki/Football_%28soccer%29) player of Malaysian Chinese (http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Chinese) descent who currently plays for the A-League (http://en.wikipedia.org/wiki/A-League) club Sydney FC (http://en.wikipedia.org/wiki/Sydney_FC)

Club career

Gan began playing football for his local club, the Marton Hammers before he signed for theSutherland Sharks (http://en.wikipedia.org/wiki/Sutherland_Sharks) in 2000 when he was twelve years old and came up through their youth grades to make his senior debut for the club in 2008. It was this debut season that shot Gan to prominence within the local media which brought with it a growing reputation to match.[1] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-0) He did not disappoint with dazzling performances week in week out which eventually led him to being crowned the New South Wales Premier League (http://en.wikipedia.org/wiki/New_South_Wales_Premier_League) player of the year, taking out the Gold Medal award for the competition.[2] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-1)
[edit (http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Brendan_Gan&action=edit&section=2)]Sydney FC

He was signed by Sydney FC for their inaugural National Youth League (http://en.wikipedia.org/wiki/A-League_National_Youth_League) squad ahead of competition from rival A-League clubs.[3] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-2)[4] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-3)
On November 28, 2008 Gan made his debut for Sydney FC (http://en.wikipedia.org/wiki/Sydney_FC) against Queensland Roar (http://en.wikipedia.org/wiki/Queensland_Roar) with a 5 minute cameo where he caught the eye. [5] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-4)[6] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-5)
On December 7, he scored the winning goal in the 78th minute for Sydney FC against theNewcastle Jets (http://en.wikipedia.org/wiki/Newcastle_Jets) to give them their first win in 7 games.[7] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-6)
Gan was given his full senior debut on the 13th of December against Central Coast Mariners (http://en.wikipedia.org/wiki/Central_Coast_Mariners).[8] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-7) He scored his second senior goal against Melbourne Victory (http://en.wikipedia.org/wiki/Melbourne_Victory) with a long range strike from outside the penalty area.[9] (http://en.wikipedia.org/wiki/Brendan_Gan#cite_note-8)
Gan scored his third senior goal against Wellington Phoenix (http://en.wikipedia.org/wiki/Wellington_Phoenix) with a powerful header from a corner. This goal gave Sydney FC a 2-0 win over Wellington and placed them on the top of the table, leapfrogging Gold Coast United (http://en.wikipedia.org/wiki/Gold_Coast_United)

FerRari F430
24-11-10, 09:24 AM
Akmal Rizal sah sertai Perak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
[email protected]
http://www.utusan.com.my/pix/2010/1124/Utusan_Malaysia/Sukan/su_06.1.jpg
Akmal Rizal yang membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia musim ini, menyertai Perak musim depan kerana mahukan cabaran baru serta membuktikan sentuhannya masih berbisa.

KOTA BHARU - Kelantan kehilangan penggempur berbisa Akmal Rizal Ahmad Rakhli, apabila pemain berusia 29 tahun itu mengesahkan dia akan menyarung jersi Perak, musim depan.
Akmal Rizal, yang membantu Red Warriors muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama baru-baru ini, mengakui dia akan menyertai skuad Seladang dengan kontrak dua tahun.
Menurutnya, dia sudah pun menandatangani perjanjian dengan Perak, yang kini dikendalikan bekas jurulatih kebangsaan, Kelantan, Norizan Bakar.
"Begitupun, saya belum menandatangani sepenuhnya kontrak tersebut. Kontrak saya bersama Kelantan akan tamat hujung bulan ini, jadi saya perlu menghormati baki kontrak tersebut.
"Walaupun hanya semusim bersama Red Warriors, saya gembira kerana dapat menjalankan tugas sebagai seorang pemain dengan baik, membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi, semalam.
Tambahnya, kejayaan membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia amat bermakna sepanjang bergelar pemain profesional.
Ditanya mengapa beliau memilih Perak, Akmal Rizal memberitahu dia mahu mencuba sesuatu yang baru bersama skuad tersebut.
"Sebagai pemain profesional, saya inginkan cabaran dan membuktikan sentuhan saya masih berbisa.
"Kejayaan membantu Kelantan pastinya mahu diulangi apabila mewakili pasukan Perak musim hadapan," ujarnya.
Tambahnya, sebelum meninggalkan Kedah pada 2006, dia sememangnya bercita-cita untuk menyertai banyak pasukan.
Jelasnya, dia mungkin akan beraksi untuk tiga atau empat tahun lagi sebelum bersara.
Sepanjang bersama Red Warriors, bekas pemain kebangsaan itu menjaringkan sembilan gol, iaitu tiga pada saingan Liga Super dan enam gol pada Piala Malaysia.
Akmal Rizal pernah beraksi bersama beberapa pasukan termasuk Kedah (2001-2006), Selangor (2007- 2008) dan Kuala Muda NAZA (2009), juga kelab luar negara iaitu Strasborg di Perancis selama dua tahun.


Ohhh Akmal.... awaq ler hang nk pi perak?

FLO
26-11-10, 08:54 AM
Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 24, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.
''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.
''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.
Brendan yang beraksi di posisi tengah dilahirkan di Australia namun ayahnya berasal dari Negeri Sembilan dan kini sedang beraksi bersama Sydney United dalam Liga Australia.

FLO
26-11-10, 08:58 AM
Kelantan mula berlatih esok

KOTA BHARU - Semua pemain pasukan The Red Warriors dijangka akan mula melaporkan diri esok, bagi memulakan sesi latihan pra musim sebagai persiapan pasukan itu untuk mempertahankan kejuaraannya.
Ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkata, sesi latihan tersebut bermula sehari selepas kesemua pemain berbuat demikian termasuklah tiga muka baru.
Menurutnya, tiga pemain tersebut yang akan memperkuatkan The Red Warriors ialah Nurul Azuan Roya (Johor FC). K. Soley (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail (KL Plus).
"Pemain yang ada sudah mencukupi, setakat hanya tiga pemain itu sahaja yang dibawa masuk seperti yang diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
"Kemasukan tiga pemain ini dilihat akan memantapkan serta memperkukuhkan lagi barisan pemain yang sedia ada dalam pasukan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tambahnya, kesemua tiga pemain tersebut mempunyai pengalaman yang luas dalam kancah liga tempatan.
"Walaupun mereka bukan nama besar dalam kancah liga tempatan, namun saya yakin kehadiran tiga pemain ini akan memberikan impak buat pasukan untuk musim hadapan.
"Harus diingat untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat dan stabil memerlukan lebih dari sebelas pemain yang boleh beraksi bila diperlukan," ujarnya.
Jelasnya, barisan pemain yang ramai memberikan kelebihan buatnya untuk membuat pilihan bagi membentuk gandingan mantap dalam pasukan.
Bekas jurulatih kebangsaan itu memberitahu, untuk musim hadapan beliau akan memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis untuk membarisi skuad utama.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya lihat ada tiga pemain muda yang boleh di ketengahkan untuk musim hadapan," katanya.
Sathianathan turut menegaskan untuk musim hadapan The Red Warrios bakal kehilangan dua peledak berbisanya iaitu Hairuddin Omar yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli ke Perak.
Katanya, ketiadaan dua penyerang berbisa itu memberi cabaran kepada beliau untuk menggilap bakat baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas penyerang negara itu.
"Inilah peluang terbaik buat pemain yang jarang beraksi seperti Ramzul Zahini Adnan, Nizad Ayub dan beberapa pemain lagi untuk membuktikan kemampuan bahawa mereka layak untuk membarisi kesebelasan utama.
"Seperti yang ditunjukkan oleh Khairul Fahmi, dia telah menggunakan peluang yang ditinggalkan oleh Syed Adney Syed Hussin dengan beraksi cemerlang sehingga dipilih sebagai penjaga gawang utama negara," katanya.

FLO
30-11-10, 09:14 AM
Akmal Rizal sertai Perak untuk bersama Cikgu Jan


2010/11/30


http://www.bharian.com.my/articles/AkmalRizalsertaiPerakuntukbersamaCikguJan/pix_gal0

AKMAL Rizal (kanan) kembali menemui sentuhan gol ketika membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia, musim ini.

AKMAL Rizal Ahmad Rakhli yang baru menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan, berkata keputusannya menyertai Perak bagi musim 2011 adalah untuk kembali bersama bekas jurulatihnya, Norizan Bakar.

“Saya berpengalaman di bawah latihan Cikgu Jan (Norizan) sejak berumur 14 tahun dan keserasian yang ada membolehkan saya mendapat pelbagai pendedahan bersama pasukan Perak kelak,” katanya di Ipoh, semalam pada majlis pelancaran jersi baru skuad Seladang yang bakal menggunakan jenama Specs.

Akmal Rizal berkata barisan pemain muda dimiliki Perak juga mampu bermain lebih cemerlang bawah tunjuk ajar Cikgu Jan.Norizan pernah menjadi jurulatih pasukan kebangsaan dari November 2005 sehingga Julai 2007 selepas tamat kontrak Bertalan Bicskei.

Mengenai jersi baru itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata jersi Specs akan digunakan untuk kejohanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2011.

PAFA turut melancarkan dua jenis tiket bermusim bernilai RM100 bagi tempat duduk tidak berbumbung dan RM150 bagi tempat duduk berbumbung.

FLO
30-11-10, 09:15 AM
Amri terkejut dapat panggilan
Oleh Harris Rajahdin
[email protected]
2010/11/30


http://www.bharian.com.my/articles/Amriterkejutdapatpanggilan/pix_gal0

SKUAD bola sepak negara bergambar kumpulan di Balai Perlepasan KLIA sebelum berangkat ke Jakarta bagi membawa cabaran negara dalam kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF, semalam.

‘Selama ini saya tidak jangka akan dipanggil sertai skuad kebangsaan'

SEJAK sekian lama diketepikan oleh K Rajagobal, pemain tengah, Mohd Amri Yahyah sudah beranggapan bahawa kerjayanya sebagai pemain kebangsaan sudah terkubur begitu saja.
http://cdn.media.innity.net/201011_3137/12306/C23988_1.gif (http://avn.innity.com/click/avncl.php?bannerid=23988&zoneid=603&cb=1&url=http%3A%2F%2Fwww.izieherb.net%2F)
Namun, panggilan mengejut Sabtu lalu mengubah segala-galanya apabila kapten Selangor itu mendapati dirinya tersenarai dalam skuad akhir 22 pemain ke Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) merebut Piala Suzuki di Indonesia, bermula esok.Pemain berusia 29 tahun kelahiran Tanjung Karang itu tidak berada dalam senarai awal 30 pemain tetapi memanfaatkan kesempatan yang diberi ekoran musibah kecederaan melanda beberapa tonggak yang menyaksikan mereka diketepikan bagi Piala AFF dan Sukan Asia sebelum ini.

“Saya terkejut mendapat panggilan Sabtu lalu. Selama ini saya tidak jangka akan mendapat panggilan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Kali terakhir saya bermain buat pasukan kebangsaan sebelum ini adalah ketika menentang Uzbekistan,” katanya sebelum berlepas bersama rakan ke Jakarta, semalam.

Perlawanan menentang Uzbekistan pada kelayakan Piala Asia 2011 pada pertengahan November tahun lalu itu adalah penampilan terakhir Amri buat pasukan kebangsaan, namun kelibat Amri kembali menjadi sebut-sebutan selepas meledakkan dua gol cantik ketika gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United bertandang ke tanah air tiga bulan sebelum itu.
Kecederaan yang melanda pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani dan S Chanturu sewaktu kempen membanggakan Malaysia pada Sukan Asia di Guangzhou di samping ketiadaan dua kembar Abd Radzak, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan serta pemain tengah inspirasi, Baddrol Bakhtiar, menyaksikan tanggungjawab berat terletak pada Amri mengemudi barisan gabungan pemain muda dan lama.


INFO
Skuad negara

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Sharbinee Allawee

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mat Sabre Abu, Mohd Faizal Muhamad, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Khairul Helmi Johari, Asraruddin Putra Omar, Mohd Razman Roslan

Tengah: Amar Rohidan, K Gurusamy, Safiq Rahim, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri, Mohd Amirulhadi Zainal, S Kunanlan, Ashaari Shamsuddin, Faizal Abu Bakar

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali, Mohd Amri Yahyah, Izzaq Faris Ramlan


JADUAL

Kumpulan A

Esok - Malaysia mln Indonesia
4 Disember - Malaysia mln Thailand
7 Disember - Malaysia mln Laos

FLO
30-11-10, 09:18 AM
Skuad NS buat rombakan besar
Oleh Mohd Amin Jalil
[email protected]
2010/11/30

TERDAPAT perubahan besar dalam senarai pemain skuad Negeri Sembilan berdasarkan penyertaan beberapa pemain luar pasukan itu selain pengguguran pemain muda dan perpindahan beberapa pemain musim lalu ke pasukan lain menjelang saingan Liga Malaysia 2011 bermula Januari ini.

Selain pengguguran beberapa pemain muda yang tidak disambung kontrak antaranya Mohd Afandy Adimel, finalis Piala Malaysia itu kehilangan empat pemain utama yang berpindah ke pasukan lain iaitu Rezal Zambery Yahya dan Mohd Rahman Zabul ke pasukan Johor FC manakala Ching Hong Aik serta Sani Anuar Kamsani dalam pasukan Liga Perdana.

Bagaimanapun, terdapat empat pemain luar - masing-masing dua dari Perlis iaitu Mohd Fariza Marlias dan Mohd Ahmad Aminuddin selain dua dari KL Plus membabitkan Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadly Idrus dilihat sudah memulakan latihan bersama skuad itu sejak hampir dua minggu lalu.Dua lagi pemain yang sebelum ini disebut-sebut bakal menyertai Negeri Sembilan iaitu penyerang Kelantan, Hairuddin Omar dan penyerang Perlis, Mohd Fakri Shaarani, bagaimanapun belum kelihatan.

Namun, butiran lanjut mengenai penyertaan keempat-empat pemain berkenaan dalam skuad Hoben Jang Hoben itu sehingga kini belum didedahkan pihak pengurusan pasukan itu.

Sumber pengurusan pasukan memberitahu penyertaan keempat-empat pemain terbabit ada kaitan dengan langkah pengurusan melakukan rombakan dalam usaha untuk membentuk skuad mantap bagi merealisasikan misi mendapatkan tiga piala iaitu mengekalkan trofi Piala FA, menjuarai Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia.

FLO
30-11-10, 09:23 AM
Amri, Safee sedia gempur tuan rumah

http://www.utusan.com.my/pix/2010/1130/Utusan_Malaysia/Sukan/su_05.1.jpg
PEMAIN skuad bola sepak negara berbaris ketika pemeriksaan bagasi sebelum berangkat ke Jakarta untuk menyertai kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF dari KLIA, Sepang semalam.

SEPANG - Beberapa hari sebelum pengumuman senarai akhir 22 pemain ke Piala Suzuki AFF, nama ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah langsung tidak kedengaran untuk terpilih ke Jakarta.
Tambahan pula dia tidak berada dalam perancangan awal jurulatih K. Rajagobal bagi menggantikan tiga pemain yang cedera ketika Sukan Asia XVI iaitu Indra Putra Mahayuddin, A. Thamil Arasu dan Mohd. Razman Roslan.
Bagaimanapun, rezeki berpihak kepadanya setelah mempamer aksi mantap ketika perlawanan persahabatan Selangor dan pasukan kebangsaan, yang memikat hati Rajagobal untuk menyerapkan khidmatnya.
Justeru itu, Amri, yang kali terakhir menyarung jersi kebangsaan pada perlawanan 18 November lalu ketika Malaysia tewas 1-3 kepada Uzbekistan dalam pusingan kelayakan Piala Asia, berjanji akan cuba memenuhi harapan Rajagobal yang dipertaruhkan ke atas dirinya.
''Memang terkejut kerana sehari selepas perlawanan persahabatan itu, Rajagobal telah memanggil saya dan mahu saya melaporkan diri ke Wisma FAM.
''Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada beliau kerana masih percayakan kepada keupayaan saya. Saya kini sudah bersedia membantu skuad negara melangkah jauh pada kejohanan Piala Suzuki AFF dan menjuarai trofi buat kali pertama, '' katanya yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Walaupun hanya menjalani latihan sehari bersama skuad kebangsaan, Amri berkata, ia tidak menjalani masalah buat dirinya, kerana telah mengenali kebanyakan pemain dan boleh menyesuaikan diri secepat mungkin.
''Saya juga mungkin boleh memberikan sedikit tip atau nasihat kepada pemain muda ketika berhadapan dengan skuad tuan rumah, kerana kali terakhir Malaysia beraksi di sana pada tahun 2004 di pentas separuh akhir AFF, saya ada beraksi di sana.
''Saya lihat pemain muda dalam skuad sekarang begitu bersemangat dan itu menambahkan keyakinan saya bahawa kita boleh mencapai keputusan positif di Jakarta nanti, '' katanya.
Dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno pada enam tahun lalu, Malaysia menang 2-1 hasil dua jaringan Liew Kit Kong, tetapi tewas 1-4 dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sementara itu, penyerang Selangor, Safee Sali berkata, dia bersedia menjadi penggerak jentera serangan negara, jika mendapat kepercayaan Rajagobal untuk berada di dalam kesebelasan utama.
''Semangat saya begitu berkobar-kobar selepas tidak beraksi pada Sukan Asia dan inilah medan buat saya menebus kehampaan dengan menjuarai trofi sulung Piala Suzuki AFF buat negara, '' katanya.
Dijangka akan bergandingan bersama Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan, Safee berhasrat mahu menjaringkan gol dalam tiga perlawanan yang akan dilalui oleh skuad negara.
''Kalau boleh, saya mahu bantu skuad negara dengan menjaringkan gol kemenangan dalam setiap perlawanan atau membuka ruang kepada rakan sepasukan mendapatkan jaringan, '' ujarnya.

dar74
01-12-10, 10:53 PM
Piala AFF Suzuki
Malaysia 1 - 4 Indonesia

Walaupun Malaysia leading 1-0 pada mulanya, barisan pertahanan yg muda telah gagal mnahan asakan Indonesia yg diketuai penyerang yg berumur 44 tahun dan berasal dari Uruguay, Gonzales.

FLO
01-12-10, 11:14 PM
patut malaysia pun buat benda sama
bagi kerakyatan kpd player luar yg bagus2

FLO
02-12-10, 08:58 AM
Khalid Jamlus kembali bersama Red Warriors

KOTA BHARU - Juara Piala Malaysia, Kelantan mengambil langkah berani apabila menyenaraikan tiga 'orang lama' sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2011 yang akan bermula pertengahan tahun depan.
Tiga 'muka lama' tersebut ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi The Red Warriors musim 2009, Mohd. Khalid Jamlus.
Kemasukan ketiga-tiga pemain tersebut menjadikan enam muka baru yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Kelantan selepas K. Soley, Muhamad Abdul Aziz Ismail dan Nurul Azuan Roya.
Kemasukan Khalid dan dua lagi rakannya itu disahkan sendiri oleh Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam yang memberitahu mereka akan mengisi kekosongan sekiranya ada pemain berhijrah.
"Khidmat ketiga-tiga pemain ini masih lagi boleh digunakan, mereka ada banyak pengalaman dan dua daripada mereka pernah bersama saya ketika mewakili negara.
"Khalid seorang pemain penyerang yang hebat terutama dalam kotak penalti, begitu juga dengan Daniel Fadli yang masih lagi mampu merencanakan barisan tengah Kelantan termasuklah Wan Rohaimi untuk memantapkan lagi barisan pertahanan," ujarnya.
Sathianathan berkata, dengan gabungan pemain sedia ada ditambah pemain baru, beliau yakin mereka mampu memberikan sesuatu buat The Red Warriors untuk musim hadapan sekurang-kurangnya mengulangi apa yang telah dilakukan pada musim lalu.
Ditanya sama ada tindakan tersebut bakal menerima kritikan daripada peminat, Sathiatahan memberitahu beliau sedia berhadapan dengan situasi tersebut.
"Keadaan ini hampir sama apabila Akmal Rizal dan Hairuddin untuk beraksi bersama Kelantan musim lalu. Ramai yang kata mereka dah tak boleh main. Tetapi akhirnya mereka telah buktikan sesuatu dan kita mampu menjadi juara, begitu juga dengan situasi ini," ujarnya.
Tambahnya, beliau menganggap ia sebagai cabaran untuk melakukan yang terbaik pada saingan musim hadapan.
"Bagi saya usia bukanlah penghalang, apa yang peting ketiga-tiga pemain ini perlu bekerja lebih keras dan memberikan tumpuan penuh pada sesi latihan," tegasnya.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu dia masih lagi menunggu kehadiran tiga tunggak yang membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia iaitu Kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.
"Sehingga hari ini, saya masih lagi belum merima apa-apa maklumat tentang ketiga-tiga pemain ini dan mereka masih lagi belum menjalani latihan bersama Kelantan," ujarnya.

FLO
02-12-10, 09:09 AM
Info baru Kelantan 2011

Temuramah kelatewaz bola- dengan Hashim Mustapha di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

- Kelantan bakal kehilangan Azizi Mat Rose, Norfarhan Mohamed dan Indra Putra Mahayuddin.
- Skuad Kelantan menerima kehadiran tiga pemain baru. Mereka akan membarisi skuad Kelantan musim 2011.



Wan Rohaimi Ismail - Akan turun latihan pada 8 Disember kerana berada di Johor menyelesaikan urusan kesihatan isteri.
Danial Fadly - Sudah memulakan latihan
Khalid Jamlus - Sudah memulakan latihan

- Ramzul Zahini Adnan dan Nidzad Ayub bakal menyertai kesebelasan utama 2011. Dijangkakan akan digunakan secara sistem gilir untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha.




Maklumat Pemain Baru Kelantan







file:///C:/DOCUME%7E1/CHRIST%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msoclip1/01/clip_image001.jpg (http://4.bp.blogspot.com/_c_9Di8L58Jo/TPVfjPzrlnI/AAAAAAAABm8/NV13nkiisrA/s1600/wirat+nom.jpg)
Wirat Nom a.k.a Danial Fadly Abdullah


- Merupakan anak jati Perlis tetapi mencipta nama dengan Perak.
- Membantu Seladang mencipta kejuaraan dalam Liga Malaysia
- Beraksi di bahagian tengah menyerang.
- Disifatkan antara pemain berpengalaman dalam arena bola sepak Malaysia.
- Menyarung jersi Kedah (2004), Perak (2005-2008), Perlis (2009) dan Angkatan Tentera Malaysia (2010).
- Pernah beraksi dalam Piala AFC 2008 ketika bersama Perak dan membantu Seladang layak ke suku akhir.














file:///C:/DOCUME%7E1/CHRIST%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msoclip1/01/clip_image002.jpg (http://4.bp.blogspot.com/_c_9Di8L58Jo/TPVgFqc2TcI/AAAAAAAABnA/nWfTrRHgorc/s1600/wan+rohaimi.jpg)
Wan Rohaimi Wan Ismail


- Berasal dari Kelantan
- Beraksi selama dua musim dengan Sang Kijang ( Jersi No 7, 1997/98)
- Berkelana keluar negeri dengan menyertai Pahang (1999/2000), Terengganu (2001/2002), Pulau Pinang (2003), Selangor Public Bank (2004/2005), Selangor (2006/2007) dan Johor FC (2007-2010).
- Posisi asal ketika memulakan karier ialah bermain di posisi sayap kanan namun terpaksa membuat pertukaran posisi kepada bahagian pertahanan selepas dipilih mewakili skuad negara.
- Pernah menyarung jersi kebangsaan dan mendapat 16 cap (1999,2000,2004,2005).



Khalid Pemain Terbaru Kijang.




file:///C:/DOCUME%7E1/CHRIST%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msoclip1/01/clip_image003.jpg (http://4.bp.blogspot.com/_c_9Di8L58Jo/TPUe29XK1CI/AAAAAAAABm4/o7KhaLnQMcU/s1600/khalid.jpg)


Aksi Khalid ketika beraksi dengan Kelantan pada 2009.







Kelantan mengambil langkah kebelakang apabila bertindak mengambil kembali bekas penyerang pasukan 2009, Mohd Khalid Jamlus untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Kembalinya bekas penyerang kebangsaan tersebut ke pangkuan Sang Kijang disahkan sendiri penolong ketua jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha.

Menurutnya, Kelantan menerima Khalid dengan kontrak selama enam bulan dan jika kehadiran pemain ini memberi impak besar kepada skuad, kemungkinan besar kontraknya akan disambung sehingga penghujung musim.

Hashim turut mengesahkan kehadiran Wan Rohaimi Wan Ismail dan Danial Fadly Abdullah untuk beraksi bersama Red Warriors.

Mereka diharapkan dapat memberi aksi memberangsangkan kepada pasukan.

Selain itu, lagenda Kelantan itu turut mengesahkan pemain muda, Ramzul Zahini dan Nidzad Ayub akan berada dalam kesebelasan utama dengan lebih kerap.

Kita mahu penyokong berikan sokongan moral buat pemain ini sewaktu diturunkan. Kita tidak mahu ada sorakan yang membuatkan moral mereka berdua jatuh ketika beraksi.

FLO
02-12-10, 09:11 AM
Azizi Angkat Kaki?





file:///C:/DOCUME%7E1/CHRIST%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msoclip1/01/clip_image001.jpg (http://2.bp.blogspot.com/_c_9Di8L58Jo/TPK_Qj4oKxI/AAAAAAAABms/NnPMcQjO5to/s1600/azizi.jpg)




Ketika kebanyakan pasukan sudah mula berkira-kira mengumumkan barisan pemain yang akan mewakili skuad masing-masing, kem Kelantan panas dengan gosip hangat perpindahan pemain utama mereka.

Selepas kehilangan khidmat tiga tonggak utama yang menjulang kejuaraan pertama, suasana dalam pasukan terus dipanaskan dengan isu hangat perpindahan tiga lagi pemain utama kepada pasukan lain.

Menurut sumber dari padang latihan petang tadi, kemungkinan besar Kelantan bakal kehilangan bek kental, Azizi Mat Rose selepas pemain ini mengambil langkah sama dengan Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Syed Adney untuk mencari angin baru bersama pasukan lain.

Azizi merupakan pemain utama yang menjadi tonggak penting Red Warriors dalam setiap perlawanan Liga Malaysia 2010.

Kehadiran pemain berjersi 2 ini telah membantu Kelantan mencatatkan rekod bolos paling sedikit selain kekal tidak tewas di tempat lawan dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kehilangan Azizi bakal ditangisi penyokong Red Warriors kerana tenaga pemain ini sememangnya sangat diharapkan diatas padang untuk mengawal kawasan bawah.

Masih ada masa untuk pengurusan Kelantan melakukan sesuatu agar pemain yang mendapat pencalonan anugerah pertahanan terbaik ini akan terus kekal di bumi Cik Siti Wan Kembang sekurang-kurangnya semusim lagi.

dar74
08-12-10, 08:40 AM
Piala AFF Suzuki

Malaysia 5 - 1 Laos

Malaysia melangkah ke separuh akhir apabila Thailand tewas kepada Indonesia 2 -1 dlm stu lagi game pada masa yg sama. walaupun penguasaan bola lebih kpd laos, tetapi counter attack Malaysia telah memerangkap pasukan Laos yg ghairah menyerang. Tahniah kpd barisan defend yg pada mulanyer agak longgar pada 1st half ttp dpt mengekang asakan bertali arus dari laos pd 2nd half. Percaturan Rajagobal dgn membuat pertukaran awal, mengeluarkan Khairil Muhaymeen dan memasukkan Amirulhadi berjaya menukar corak menyerang pasukan Malaysia.
Siapa lawan Malaysia di separuh akhir, kena tunggu game mlm ni.

FLO
08-12-10, 08:56 AM
Trio Kelantan lonjak T-Team


2010/12/08

KEHADIRAN bekas trio Kelantan – Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad dan Azizi Mat Rose – bakal memudahkan tugas jurulatih baru pasukan Terengganu, T’Team, Yunus Alif membentuk pasukan mantap menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2011.

Yunus menyuarakan rasa yakin terhadap kemampuan pemain berpengalaman itu untuk melancarkan persiapan pasukan kelab dari pantai Timur itu serta mengejar matlamat.

“Saya akan gunakan segala pengalaman memastikan T’Team muncul antara barisan terbaik tahun depan,” katanya, semalam mengulas laporan akhbar, semalam yang menyebut Indra, Farhan, Azizi sudah mengesahkan menyertai pasukan berkenaan.




Bagi mengukur kehebatan pasukan, Yunus sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan iaitu menentang Selangor di Shah Alam pada 14 Disember, diikuti Felda United di Selangor (16 Disember), Pahang di Kuantan (18 Disember) dan Pos Malaysia (20 Disember).

FLO
08-12-10, 08:57 AM
Wajah baru Singa Utara


2010/12/08

BIARPUN barisan baru Perlis yang bakal menggalas cabaran pada kempen Liga Malaysia 2011, disifatkan ‘mentah,’ namun penyertaan beberapa nama yang pernah beraksi untuk skuad Liga Super dan Liga Perdana mampu meningkatkan keyakinan pihak pengurusan.

Hakikat itu terserlah apabila skuad berkenaan yang turut mendapat sentuhan ketua jurulatih baru, menggantikan Yunus Alif menunjukkan peningkatan ketara daripada segi semangat dan kesungguhan berpasukan, keyakinan, komitmen dan disiplin.

Selain itu, skuad yang terdiri lebih 90 peratus tenaga baru dan muda berusia di bawah 23 tahun itu turut menunjukkan peningkatan persembahan dan persefahaman, biarpun baru saja di gandingkan.




Peningkatan dapat disaksikan apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam perlawanan persahabatan, menewaskan pilihan Langkawi yang turut membariskan dua pemain Thailand, 4-0 dan diikuti Pulau Pinang 3-0, semalam.

Retiree01
08-12-10, 12:09 PM
Malaysia through to semis with Indonesia's help

Sport Arena -







http://sports.digitalfive.com/portals/0/Football/Malaysia_L.jpg
http://news.mylaunchpad.com.my/Images/sharethis-web_24b.jpg (http://m.maxisconnect.com/sharethis/sharethisweb.aspx)
KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Malaysia qualified for the semi-finals of the AFF Suzuki Cup after they beat Laos 5-1 while Indonesia cameback from a goal down to beat Thailand 2-1 defeat in Group B.
The national side needed a win to qualify for the next round while hoping that Thailand draw or lose to Indonesia.
Two goals in the first half from Amri Yahyah followed by one each from Amirulhadi Zainal and Norshahrul Idlan Talaha together with an own goal saw Malaysia through on a rainy night at the Jaka Baring Stadium in Palambang.
Malaysia got off to the perfect start when Norshahrul avoided a tackle and raced down the right to send a pinpoint cross to Amri Yahyah who finished with a diving header from close range in the 4th minute.
But the joy was shortlived for Malaysia as S. Lamnao equalised through a header when he latched on to a cross in the box completely unmarked four minutes later.
Laos had the better possession and came close to adding to their tally in the 14th minute but Lamnao headed straight to keeper Khairul Fahmi Che Mat after finding room between central defenders Muslim Ahmad and Mahali Jasuli.
The Laotians showed more determination in midfield but it was Malaysia who went ahead again when Safiq Rahim broke free on the right and played an inch perfect cross to Amri who cautiously watched before beating the offside trap to tap in from close range in the 39th minute.
Malaysia came out in the second half knowing that they needed to win the midfield battle and did just that, limiting the Laotians time on the ball which saw them unable feed dangerman Lamnao.
Heavy rain began to fall as Amri was replaced by G. Gurusamy and the move almost paid off immediately as he picked up an unmarked S. Kunalan on the right who sent a well weighed cross in for Safiq who mis-timed his header for a goal kick.
News then trickled through that Thailand had taken the lead at the Gelora Bung Karno Stadium in Jakarta when Amirulhadi Zainal scored Malaysia's third after he pounced on a clearance that came off him to calmly slide tha ball home.
Norshahrul then scored Malaysia's fourth in the 26th minute after another defensive blunder allowed him to pick up the ball and blast past a hapless Laotian goalkeepr. In the other match Indonesia equalised through a Bambang Pamungkas penalty, much to the excitement of the Malaysian fans in Palembang.
Within minutes the Malysian fans were again celebrating when news reached that Indonesia had gone ahead through another Bambang Pamungkas penalty meaning that Malaysia had qualified for the next round of the AFF Suzuki Cup.
An own goal at the death gave Malaysia their fifth goal as they trooped of 5-1 winners

FLO
10-12-10, 09:02 AM
Perlis bakal tampil dengan wajah berbeza
Oleh Kamudin Baharom
[email protected]
2010/12/10

SINGA Utara bakal tampil mencabar dengan wajah berbeza pada kempen Liga Malaysia edisi 2011 kerana bakal dimantapkan dengan kehadiran tujuh pemain baru termasuk enam yang pernah beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana musim lalu.

Muka baru berkenaan adalah pemain tempatan yang beraksi sebagai penjaga gawang sebuah kelab Liga Singapura dan Pelita Jaya di Indonesia iaitu Reza Iqremal Redzawan.Enam bekas anggota skuad Liga Super dan Liga Perdana pula terdiri daripada bekas penyerang Kedah, Samramsak Kram dan Fazli Baharom serta dua lagi rakan skuad Kenari iaitu Farizal Rozali dan Rozaidi Rahim.




Dua pemain lain adalah bekas pemain Perak, Mohamad Hafizuan dan pemain tengah skuad Liga Perdana PKNS, Syed Mohd Abu Bakar.

Biarpun belum menandatangani kontrak menyarung jersi Perlis, semua tujuh pemain berkenaan adalah antara 23 pemain yang dijangka bakal menurunkan tandatangan mereka untuk skuad Liga Super Perlis 2011 kerana mereka dilihat sudah menjalani latihan dan menghadiri kem motivasi pasukan juara dua kali Piala Malaysia itu sejak hampir sebulan lalu.

Malah pemain berkenaan turut diturunkan pemangku jurulatih, Mustakeem Omar dalam beberapa perlawanan persahabatan menentang pilihan Langkawi dan Pulau Pinang, kelmarin.

Enam pemain musim ini iaitu penjaga gawang Mohd Hairol Fazreen Abu Hassan dan Mohd Amirul Rosli, pertahanan Azmizi Azmi dan Phul Sakh Lum serta penyerang, Mohd Faiz Subri dan Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin dijangka dikekalkan manakala selebihnya adalah pemain skuad Piala Presiden dan beberapa muka baru dari luar Perlis yang terpilih pada sesi pemilihan terbuka di Padang 2 Kompleks Sukan Negeri, 7 hingga 10 November lalu.

FLO
10-12-10, 09:09 AM
Tiada jalan pintas

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1210/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg
SHABERY (kiri) dan Zolkples mengadakan sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN di Kompleks Sukan Bukit Jalil semalam.

MALAYSIA tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pemain dari negara lain untuk mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan mahu melahirkan atlet bertaraf dunia daripada kalangan rakyat tempatan.
“Program pembangunan atlet kita pada masa ini berjalan dengan baik. Walaupun kita tidak menggunakan khidmat pemain atau atlet dari luar, kita masih boleh mencapai kejayaan.
“Buktinya ialah pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini. Kedudukan kita merupakan yang terbaik di kalangan negara-negara ASEAN yang ada antara mereka menggunakan khidmat pemain dari luar yang diberi kerakyatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Kompleks Sukan Bukit Jalil semalam.
Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan wakil media Indonesia mengenai kemungkinan Malaysia menggunakan khidmat pemain bola sepak dari luar untuk mewakili pasukan kebangsaan.
Pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang sedang berlangsung, Indonesia menggunakan khidmat dua penyerang asing yang baru diberikan kerakyatan iaitu Cristian Gonzales kelahiran Uruguay dan Irfan Bachdim kelahiran Belanda manakala Singapura juga mempunyai beberapa pemain dari luar.
Ahmad Shabery berkata, walaupun program sedemikian pernah dijalankan semasa Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998, usaha itu telah dihentikan.
“Rakyat lebih gemar kita bangunkan dan lahirkan atlet kita sendiri. Kesannya (hasil) lebih berpanjangan dan kurang bergantung pada orang luar juga lebih baik,” katanya.
Dalam Piala Suzuki AFF, selaku naib juara Kumpulan A, Malaysia akan menghadapi juara Kumpulan B iaitu Vietnam pada 15 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan di tempat lawan tiga hari kemudian.
Juara kumpulan A Indonesia pula akan menentang Filipina dalam satu lagi separuh akhir.
“Saya menyeru seluruh masyarakat untuk beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini dan sama-sama memberi sokongan kepada pasukan negara,” kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata, pemain negara akan diberi insentif kerana kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir tetapi enggan mendedahkan bentuknya. - Bernama

FLO
10-12-10, 09:10 AM
Bukan wang, tapi keluarga'

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1210/Kosmo/Sukan/su_03.1.jpg
NOR FARHAN (kiri) bakal menyarung jersi T-Team musim depan.

"SAYA berhijrah bukannya untuk mencari wang lebih, sebaliknya untuk memberikan tumpuan pada keluarga selepas isteri saya mendapat kerja di Terengganu."
Demikian luahan ikhlas bekas pemain sayap pasukan The Red Warriors, Nor Farhan Muhammad yang menjelaskan mengenai keputusannya meninggalkan juara Piala Malaysia itu.
Menurut beliau, hasrat berkenaan telah dimaklumkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) lebih awal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.
"Untuk pengetahuan semua, saya tidak mendapat tawaran yang lumayan daripada T-Team seperti mana yang dikatakan oleh banyak pihak sebelum ini.
"Saya terkilan dan sedih juga dengan kenyataan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan saya melompat untuk mencari gaji yang lebih lumayan," katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Tambahnya, sebelum ini tiada sebarang perbincangan di antara pemain dengan Annuar.
"Sedar-sedar beliau (Tan Sri Annuar) hendak bagi RM16,000 kepada saya dan ucapkan terima kasih kerana tawaran itu.
"Di T-Team, saya tidak mendapat sebanyak itu. Kerana keluarga, saya terpaksa berkorban," ujarnya.
Dalam pada itu, Nor Farhan memberitahu, isu itu sebenarnya tidak lagi berbangkit kerana sebelum berhijrah, beliau telah merujuk perkara tersebut kepada FAM terlebih dahulu.
"Saya sudah merujuk surat tawaran yang diberi oleh Annuar kepada FAM dan mendapat pengesahan daripada FAM bahawa surat tawaran itu tidak boleh diterima pakai oleh pemain kerana kandungannya tidak lengkap.
"Dalam surat itu juga tidak ditulis perlu dijawab dalam masa 30 hari dan jumlah gaji yang akan diterima biarpun ada terma serta syarat, jadi saya anggap itu hanya surat tawaran semata-mata dan bukannya kontrak," katanya.
Kosmo! semalam melaporkan tiga bekas pemain Kelantan, Nor Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.
Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.
Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjut kontrak yang dibuat oleh KAFA yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.

scaromouche
10-12-10, 10:00 AM
http://farm5.static.flickr.com/4087/5007020832_88665d3d5b.jpg
Sekarang ni heboh pasal budak umur 12 tahun ni, Wan Kuzain Wan Kamal.

Sapa yang tau pasal biodata budak ni, saya tau sikit jer.

Lahir 12/9/1998 di USA.
Dari keluarga melayu yang kini menetap di sana.
Anak ke 2 dari 3 orang adik beradik lelaki.

Tengoklah skill dia, mungkinkan wonderkid ni akan bermain untuk Malaysia satu hari nanti dan membawa Malaysia ke Piala Dunia...

FLO
10-12-10, 11:22 AM
'Cari penyelesaian'




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite(''Cari penyelesaian'', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caripenyelesaian/Article/index_html#)


“SAYA akan cari jalan penyelesaian terbaik dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) bagi menangani kemelut tiga bekas tonggak Kelantan dan berharap ia akan menemui noktah selain mengharapkan tiga pemain itu tidak menjadi mangsa,” kata pengurus skuad T-Team, Rozi Mamat.
Menurut Rozi, beliau berharap campur tangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meredakan kemelut itu dan meminta badan induk itu mencari formula terbaik supaya tidak timbul masalah lebih rumit terutama terhadap tiga pemain itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan tiga bekas pemain The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose, yang sudah menjalani latihan bersama skuad baru sejak beberapa hari lalu, namun didakwa membelakangi bekas majikannya Kafa kerana bersetuju menyarung jersi T-Team musim depan.
Akhbar melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mana-mana pemain yang melanggar kontrak bersama pasukan lama bakal berdepan kemungkinan digantung semusim sekiranya didapati bersalah melanggar kontrak.
Menurut Rozi, setiap masalah pasti ada penyelesaian dan mengharapkan isu tiga pemain itu diselesaikan dengan cara baik oleh pengurusan T-Team dan Kafa.

“Pada dasarnya kami sudah mengadakan perbincangan dengan Presiden Kafa, Tan Sei Annuar Musa, supaya perkara ini dapat diselesaikan sebelum tempoh terakhir pendaftaran pemain 2011, 15 Disember ini.

“Saya yakin pertemuan itu bakal menerbitkan jalan penyelesaian terbaik walaupun Presiden Kafa menyatakan, masih ada syarat yang perlu dibincangkan,” katanya.

Rozi berkata, andai kemelut gagal diselesaikan dalam masa terdekat, beliau akan berbincang sekali lagi dengan Annuar berhubung isu berkenaan.

Rozi turut mengharapkan isu itu tidak berpanjangan dan diselesai dengan berhemah serta perlu ada tolak ansur antara dua persatuan terbabit demi menjaga persahabatan antara dua pasukan berjiran yang sudah lama terjalin selain mengharapkan pemain tidak diheret ke kancah berkenaan.
“Terserah kepada Kafa dan FAM menentukan status mereka dan kami harap mereka tidak menjadi mangsa keadaan yang mungkin menjejaskan karier selain membenarkan tiga bekas tonggak Kelantan itu bermain bersama T-Team musim depan,” katanya.

Mengulas kemelut itu, Rozi berkata, sebaik kontrak pemain dengan Kafa tamat 30 November lalu, T-Team menghantar surat rasmi kepada Kafa memohon pelepasan tiga pemain itu untuk bermain dengan T-Team pada musim depan.

“Namun, tiada jawapan daripada Kafa. Kami bukan hanya kirim kepada Kafa saja tapi juga kepada persatuan negeri lain bagi memohon pelepasan pemain,” katanya.

FLO
12-12-10, 01:47 PM
Memo untuk FAM

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1212/Kosmo/Sukan/su_02.1.jpg
BRENDAN adalah antara pemain Malaysia yang kini beraksi dengan Sydney FC dalam Liga Australia.

SEDAR atau tidak, Malaysia sebenarnya mempunyai beberapa pemain berbakat yang sedang menimba ilmu di luar negara.
Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyedarinya atau 'buat-buat' tak sedar?
Minggu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan komited mahu melahirkan atlet bertaraf dunia dari kalangan rakyat tempatan.
Beliau mengeluarkan penjelasan tersebut seba- gai respons terhadap cadangan menggunakan khidmat pemain negara lain bagi mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.
Pendirian Ahmad Shabery itu mendapat sokongan daripada beberapa peminat sukan tempatan yang mahu melihat kecemerlangan sukan negara seha- rusnya digalas oleh anak tempatan.
"Saya sebagai warganegara Malaysia bersetuju dengan kenyataan Datuk Shabery mengenai perkara ini," jelas seorang peminat, Ghzalie Zali yang meluahkan pandanganya melalui e-mel kepada Kosmo!
Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengimport ahli sukan kerana ia bukan produk tulen yang dilahirkan oleh negara.
Katanya lagi, sejak beberapa hari lalu, ramai di kalangan peminat bola sepak tempatan membica- rakan kewajaran menggunakan khidmat pemain negara lain bagi mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.
"Langkah tersebut tidak wajar kerana Malaysia tidak ketandusan ahli sukan berwibawa. Cuma yang kurangnya, persatuan sukan kebangsaan tidak berfungsi dengan baik untuk melahirkan atlet berwibawa," jelasnya.
Dalam sukan bola sepak, terdapat ramai anak tempatan yang mula melakar nama dengan kelab- kelab terkemuka di luar negara.
FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini seharusnya melakukan sesuatu untuk mencari anak tempatan ataupun yang berdarah Malaysia sedang bermain di luar negara.
Mereka ini harus dibawa balik ke bumi Malaysia untuk memperkuatkan skuad kebangsaan yang masih mengalami nasib terumbang-ambing di pentas antarabangsa.
Beberapa pemain tempatan yang dikenal pasti sedang menimba ilmu di luar negara adalah Brendan Gan, Takashi Takeda, Nicholas Chan, Tham Sheang Sung dan Ash Hameed.
Brendan dilahirkan pada 3 Jun 1986 di Suther- land Shire, Sydney, Australia dan bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Brendan disebut-sebut sebagai salah seorang pemain paling berbakat di Australia yang mewakili kelab Sydney FC dan bermain di posisi midfield.
Takashi Takeda pula dilahirkan pada 27 Julai 1986 di Pulau Pinang dan kini bermain dalam Liga Jepun (Liga-J Divisyen 2) dengan kelab Fagiano Ogayama FC dan bermaian di posisi pertahanan tengah dan bek kanan.
Nicholas Chan, 19, adalah anak kepada pemilik kelab Cardiff City iaitu Datuk Chan Tian Ghee.
Dia dianggap pemain serba boleh yang menjana bahagian tengah.
Tham Sheang Sung pula merupakan anak kepada pasangan Tam Yung Tong (bapa) dan Ang Hui Chin (Ibu) yang berumur 15 tahun bermain di Liga J (Divisyen 2) dengan kelab FC Yokohama.
Ash Hameed, 13, yang berasal dari Selangor kini dikatakan telah mengikat kontrak selama 2 tahun bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR).
Bapanya pernah bermain bersama skuad belia negara dan Selangor pada tahun 1988 hingga 1990.
Apa yang diharapkan adalah agar FAM membuka mata dan memantau perkembangan pemain-pemain terbabit yang boleh menjadi aset kepada skuad kebangsaan.
Mereka adalah pemain-pemain yang berbakat dan negara akan kerugian andainya pemain-pemain tersebut hilang begitu sahaja.
Persoalannya, mahukah pemain-pemain ini beraksi dalam liga tempatan yang kurang menyediakan persaingan berbanding di Jepun dan England?

FLO
12-12-10, 01:55 PM
Kijang tagih khidmat Wan Rohaimi




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/Images/ico_bmark.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/Images/ico_txbig.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/Images/ico_txsmall.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KijangtagihkhidmatWanRohaimi/Article/index_html#)


KEPERCAYAAN diberikan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) memberi inspirasi buat bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Ismail Wan Ismail (gambar) untuk membantu skuad itu mencipta kejayaan lebih besar pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Wan Rohaimi berkata, kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim ini diharap meletakkan Kelantan pada prestasi lebih baik, sekali gus mengulanginya dan menambah koleksi kejuaraan.

Menurutnya, ketiadaan beberapa pemain diharap tidak menjejaskan rentak cemerlang Kelantan kerana pemain baru termasuk dirinya berazam mempamerkan persembahan terpuji.
“Saya berterima kasih kepada Kafa kerana menaruh kepercayaan untuk mengukuhkan jentera pertahanan Kelantan musim depan. Kepercayaan itu juga memberi lebih keyakinan mencipta kegemilangan bagi musim 2011.

“Tiada yang lebih bermakna selain memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pasukan terutama sokongan daripada rakan seperjuangan,” katanya.

Musim ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyarung jersi Johor FC yang diwakili empat musim dari 2007-2010.
Pemain berusia 34 tahun itu pernah mewakili Kelantan pada 1996-1998, diikuti Pahang (1999-2000), Terengganu (2001-2002), Pulau Pinang (2003), Public Bank (2004-2005) dan Selangor 2006).

Pencapaian terbaik Wan Rohaimi ialah membantu Pahang muncul juara Liga Perdana pada 1999, juara Piala Malaysia bersama Terengganu (2001) manakala naib juara Liga Super pada 2004 bersama Public Bank.
Mengulas pengalaman bersama jurulatih, B Satianathan, Wan Rohaimi pernah bersama ketika jurulatih itu bertindak sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan pada 2004.

“Saya percaya beliau mampu mengulanginya. Saya serta rakan lain akan mempamerkan aksi terbaik untuk mencipta kejayaan lebih besar,” katanya.

FLO
15-12-10, 08:47 AM
tahun ini..saya rasa mcm tahun N9...
kalau tgk pada kekuatan serangan dan pertahanan mereka
tak mustahil mereka boleh sambar 2-3 kejuaraan tahun ni

Tujuh muka baru kuatkan NS

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
[email protected]
http://www.utusan.com.my/pix/2010/1215/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.1.jpg
Mohammad Hasan bersama pemain dan pegawai pada majlis memperkenalkan skuad Liga Super Negeri Sembilan untuk musim 2011 di Seremban, semalam. - BERNAMA

SEREMBAN - Tujuh muka baru bakal menguatkan cabaran Negeri Sembilan pada musim 2011, dengan misi utama memburu sekurang-kurangnya tiga kejuaraan - Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran besar itu bukan sesuatu yang mustahil, apatah lagi kehadiran beberapa muka baru bakal menguatkan semua posisi dalam pasukan.
Katanya, kemasukan tujuh pemain baru ini akan menampung masalah kekurangan pemain berkemampuan, terutama apabila berlaku masalah kecederaan dalam kesebelasan utama.
Tujuh muka baru yang bakal menyarung jersi Negeri Sembilan musim depan adalah bekas penyerang Kelantan, Hairuddin Omar, selain tiga bekas pemain Perlis - penyerang, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin serta penjaga gol, Farizal Marlias.
Turut memperkuatkan cabaran skuad Rusa adalah dua bekas tonggak pertahanan KL Plus, Irwan Fadzli dan Norhafiz Zamani Misbah serta pemain tengah PKNS Selangor, G. Mahathevan.
Mohamad berkata, antara pemain berpengalaman yang dikekalkan termasuk Shukor Adan, Idris Karim dan pemain kebangsaan S. Kunalan serta gandingan kembar yang juga pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Zaquan Adha.
Katanya, Shukor dan Hairuddin, masing-masing dilantik sebagai ketua dan penolong ketua pasukan, manakala Datuk Abdul Halim Abdul Latif dan Wan Jamak Wan Hassan dikekalkan sebagai pengurus pasukan dan ketua jurulatih.
Pada majlis itu, syarikat pengeluar pakaian sukan Lotto diumumkan sebagai penaja kelengkapan pakaian sukan untuk Negeri Sembilan musim depan dengan kos penajaan berjumlah RM250,000.
''Ia (kemasukan tujuh pemain baru) adalah selari dengan hasrat PBNS untuk mengatasi masalah kekurangan pemain berkualiti yang boleh diketengahkan dalam kesebelasan utama apabila terdapat tonggak utama mengalami kecederaan.
"Tahun lalu, kita cuma ada 11 pemain yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab beraksi dalam kesebelasan utama. Pada ketika itu, pasukan berhadapan dengan masalah untuk menggantikan pemain lebih-lebih lagi jika berlaku kecederaan kepada salah seorang pemain utama," katanya.
Sementara itu, Norhafiz ketika ditemui berkata, dia amat gembira kembali ke pangkuan Negeri Sembilan, sambil melihat pasukan itu berpotensi memburu lebih banyak kejuaraan musim depan.
"Saya gembira dapat menyertai semula pasukan ini kerana saya telah dilatih sejak kecil di negeri ini, karier saya pun bermula dari akademi bola sepak negeri ini. Pada saya Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain muda yang berpotensi," ujarnya.
Dalam pada itu, Hairuddin berkata, dia amat berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk meneruskan kariernya di Negeri Sembilan. "Saya berjanji kepada Menteri Besar musim lalu yang saya akan bermain semula untuk Negeri Sembilan dan saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan ini," katanya.

terunasuci
15-12-10, 09:49 AM
Jangan lupa malam ni perlawanan bola Malaysia menentang Vietnam di Bukit Jalil...marilah kita beramai2 menyokong pasukan sendiri...

Sebagai tanda sokongan, jangan lupa pakai baju atau jersey berwarna biru......

solofighter
15-12-10, 10:51 AM
Jangan lupa malam ni perlawanan bola Malaysia menentang Vietnam di Bukit Jalil...marilah kita beramai2 menyokong pasukan sendiri... Sebagai tanda sokongan, jangan lupa pakai baju atau jersey berwarna biru......


Jom ramai2 g stadium malam ni....jumpa di sana....

FLO
15-12-10, 10:57 AM
jersi malaysia biru dan kuning sold out smlm kat kedai kawan sy smlm
x sempat nk booking sehelai dua

terunasuci
15-12-10, 12:20 PM
Harap2 malam ni penyokong Vietnam tidak mengatasi penyokong Malaysia......




p/s : mlm ni ada badminton lak...

chinggo
15-12-10, 12:40 PM
mintak2 la mesia leh score 2bijik utk bekalan ke vietnam...
tp ikutkan bookie, mlm ni seri... camne tu?

said_sogo
15-12-10, 05:47 PM
[SIZE=3]p/s : mlm ni ada badminton lak...
Kong... Kong... Kong... terbatuk la pulak.

FLO
15-12-10, 11:29 PM
Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Vietnam 2-0

15/12/2010 10:13pm

KUALA LUMPUR 15 Dis – Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.
Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut.
Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini. - Utusan

hp3420
15-12-10, 11:39 PM
stadium penuh...rugi tak mc mlm ni...kalau tak bleh gi tgk huhuhuh

apa pun tahniah Malaysia !!!

harap main kat Vietnam nanti jangan dok bertahan jer...

faizul69
16-12-10, 02:10 AM
Saya merasa amat bangga malam ini kerana Malaysia menang dengan bergaya. 2-0, bekalan yang agak selesa untuk ke vietnam nanti. Esok sy boleh ler mengutuk kawan-kawan saya yang kebanyakkannya mengutuk team bola malaysia. Kebanyakkan mereka lebih berbangga sekiranya mengaku penyokong setia MU, Liverpool or Real Madrid.

Bagi saya, sekiranya anda peminat BOLA SEPAK tulen... saya ulangi... BOLA SEPAK TULEN... maka tidak sempurnalah minat anda jika ada tidak menyokong:-

1) Pasukan negeri anda lahir.
2) Pasukan negara.

Sokongan ini sepatutnya tidak terhakis walau begitu buruk atau merudumnya prestasi pasukan tersebut.

Jika tidak, sebenarnya anda tidak meminati bola sepak, yang anda minati hanyalah pasukan tertentu sahaja... Hal ini samalah seperti suatu masa dahulu begitu ramai wanita meminati pasukan MU, tetapi player MU yg dikenali hanyalah David Beckham sahaja..

Kevin Wallace
16-12-10, 02:19 AM
Tahniah kpd Malaysia, tp berdepan Vietnam sekali lagi masih ada 90min, mcm2 boleh jadi dalam bola sepak. Malaysia penah menang di Jakarta lwn Indonesia 2-0, lawan kat KL kene sekali tu kene 3-0, masa tu coach Bertalan Bicskei. Terduduk coach tgk pemain Malaysia kalah di laman sendiri. Lps tu Bertalan out.

Malaysia team will win when there is least hope on them. Aku tak menaruh harapan tinggi, tapi surely i want Malaysia to win...

Weekend ni jgk MU vs Chelsea...hhehe..tu pun kene menang jgk...kasi senyap itu orang bising2..baru foreplay dah nak bising2..

FerRari F430
16-12-10, 02:29 AM
tak sia2 aku tengok game ni.syabas malaysia!

terunasuci
16-12-10, 08:20 AM
Tahniah!!! kepada pasukan Malaysia atas kejayaan menundukkan Vietnam 2 - 0...bekalan yang cukup bila bertandang ke Vietnam nanti......



Malaysia Boleh!!!!!!

pak_gunz
16-12-10, 10:51 AM
good job malaysia...

for 2nd leg...be more aggressive...huhu

redevil
16-12-10, 11:12 AM
Malaysia 2- 0 vietnam...

walaupun mencapai kemenangan dan kehangatan di stadium malam td, K. Rajagopal perlu melakukkan sesustu ke atas corak permainan Malaysia . Vietnam tidak bernasib baik sbb tiada finishing...

walau apapun enjoy di stadium mlm td... dapat bersama kemeriahan dengan iringan laungan dan letupan mercun ... serta pemain vietnam yg tunjuk "FUXK' kat penonton Malaysia tu... harap AFF dapat ambil tindakan ... tengok balik video... kan dah kena baling ngan botol air...


MALaysia Boleh... !!!

PakUda
16-12-10, 11:28 AM
mintak2 la mesia leh score 2bijik utk bekalan ke vietnam...
tp ikutkan bookie, mlm ni seri... camne tu?

permintaan ko dah diperkenankan.. hehe..
kat vietnam nnt target berapa score pulak.?
buat ramalan sket bro..

pak_gunz
16-12-10, 12:06 PM
kat vietnam agak2..bole SERI je...huhuhu...

FLO
17-12-10, 12:45 AM
Teka-Teki Terjawab.

Teka-teki senarai pemain yang akan menggalas tugas skuad Kelantan 2011 sudah terjawab.

Tiada nama besar yang akan mewakili Kelantan kecuali beberapa pemain tonggak musim lepas dengan tambahan lapan pemain yang baru ditandatangani.

Cuma berlaku sedikit kejutan disaat akhir setelah KAFA selaku badan induk yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri Kelantan mengumumkan telah berjaya menandatangani anak kepada pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan.

Senarai penuh pemain telah diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Kelantan Trade Centre, petang tadi.

Menurut Presiden KAFA, Sang Kijang dipenuhi dengan bakat muda dan pihak pengurusan akan cuba menggilap mereka agar menjadi pemain terhebat pada masa depan.

KAFA juga dilaporkan akan membangunkan akademi bola sepak terbaik selaras dengan hasrat untuk terus mengetengahkan pemain muda ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, dikhabarkan juga KAFA mendapat peruntukan hampir RM1 Juta dari pemilik kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee untuk membangunkan akademi bola sepak sendiri.


Pemain Kelantan 2011

Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Judtanna Eh Put

Pertahanan:

S.Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Baru)
Nicholas Chan (Baru)

Tengah:

Mohd Badri Radzi
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Danial Fadly Abdullah (Baru)
Khairan Ezuan Razali (Baru)

Serangan:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Khalid Jamlus (Kontrak Enam Bulan) (Baru)

Pemain Piala Presiden (Latihan dengan skuad Liga Super)

Mohd Aris Zaidi
Mohd Izuan Salahudin
Shafiq Haikal
Faiz Suhaimi
Nik Shahrul Azim

FLO
17-12-10, 12:49 AM
Nicholas Chan (Nick Chan)





file:///C:/DOCUME%7E1/FARISH%7E1/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.jpg (http://4.bp.blogspot.com/_c_9Di8L58Jo/TQn6W38butI/AAAAAAAABoQ/sPsTCHedEcc/s1600/nicholaas.jpg)






- Berumur 20 Tahun.
- Berasal dari Malaysia. Anak kepda pemilik Kelab Cardif City.
- Bermain di posisi pertahanan tengah (DC).
- Turut berupaya beraksi di Difensive Midfielder (DM) dan bahagian sayap .
- Pernah Ditawarkan biasiswa untuk ke Liga Ivy, Amerika Syarikat.
- Ditawarkan sesi latihan percubaan di Cardif City - kendalian Dave Jones.
- Pernah menyertai latihan dengan skuad utama pasukan Cardif City.
- Sering dipanggil menyertai latihan Cardif City dari masa ke semasa.
- Pernah mencuba nasib dengan beberapa kelab terbaik England sewaktu berada sana seperti West Ham United.
- Menyertai latihan West Ham selama sebulan.
- Dikagumi barisan kejurulatihan West Ham sehingga dipanggil sebanyak dua kali untuk sesi percubaan dengan kelab tersebut.
- Pernah berlatih dengan Micheal Chopra (Cardif) serta Charlton Cole dan Scot Parker (West Ham).
- Beraksi dengan skuad simpanan West Ham menentang Bristol Rovers dan Hereford United. Ketika dengan Cardif, dia diturunkan dalam skuad simpanan melawan Fulham.
- Bagi Kelab Peminat Tidak Rasmi Cardif, http://www.cardiff.vitalfootball.co.uk (http://www.cardiff.vitalfootball.co.uk/), Nicholas Chan berupaya untuk mendapatkan kontrak dengan Cardif dan menyertai bapanya disana.
- Kelab Peminat ini juga mengatakan, pasukan mereka mungkin dapat menjalinkan hubungan rapat dengan pasaran Malaysia dan negara asia lain jika mendapat tandatangan Nicholas Chan.

FLO
17-12-10, 08:52 AM
3S Kelantan dedah 9 muka baru


2010/12/17

KEHILANGAN lima tonggak utama yang menjulang Kelantan hingga muncul juara Piala Malaysia 2010, tidak menggusarkan pasukan bergelar The Red Warriors itu yang membariskan sembilan muka baru dalam persiapan menghadapi Liga Malaysia 2011.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan usaha menyenaraikan 85 peratus anak Kelantan dalam pasukan itu bagi berdepan musim 2011 bertujuan mengembangkan lagi bakat lebih ramai pemain untuk mewarnai bola sepak negara.Berbekalkan konsep 3S (Skill, Speed dan Stamina), Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata Red Warriors mahu memanfaatkan kelebihan pemain senior dan muda dalam mencipta keserasian apabila mereka digandingkan pengendali pasukan, B Sathianathan.




Bermula dengan kekebalan gawang oleh Khairul Fahmi Che Mat, lilitan kapten pasukan itu akan dipakai pemain berpengalaman, Mohd Badhri Mohd Radhi, manakala pemain paling bernilai Liga Malaysia 2010, Norshahrul Idlan Talaha akan mengetuai jentera serangan.

FLO
17-12-10, 09:00 AM
dalam kita memperkatakan mengenai piala AFF
satu subjek paling menarik ialah kemasukan pemain import dlm pasukan kebangsaan spt Indonesia, Singapura dan Philipina...
sejauh manakah kemampuan pemain2 ini dlm membantu skuad kebangsaan masing2...
singapura shj mempunyai lebih dari 3 pemain import tetapi gagal ke separuh akhir...begitu juga dgn pasukan philipina..kemasukan besar besaran pemain import mengurangkan kebergantungan kpd pemain tempatan.....

FLO
17-12-10, 09:12 AM
import indonesia - CRISTIAN GONZALES (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726661)
import singapura - Emuejeraye Precious (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726752), Daniel Bennett (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726857), Shi Jiayi (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726846), John Wilkinson (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726855), Aleksandar Duric (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726849) , Agu Cashmir (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726852)
philipine - ETHERIDGE, Neil (http://www.affsuzukicup.com/philippines/1.html), YOUNGHUSBAND, James (http://www.affsuzukicup.com/philippines/7.html), YOUNGHUSBAND, Philip (http://www.affsuzukicup.com/philippines/10.html)

sebenarnya ada banyak lagi..cuma x dapat dipastikan sahaja...

FLO
17-12-10, 11:04 AM
PFA umum 23 pemain




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('PFA umum 23 pemain', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PFAumum23pemain/Article/index_html#)


PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengumumkan senarai 23 pemain yang bakal mewakili negeri itu pada kempen Liga Malaysia 2011, semalam.
Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz berkata, antara 23 pemain itu termasuk tujuh bekas pemain skuad Liga Super Perlis musim ini, Kedah (lapan) termasuk empat anggota skuad Liga Super, Piala Presiden negeri (lima) dan masing-masing seorang Perak, Selangor PKNS dan Proton FC.

“Turut tersenarai ialah pemain skuad Piala Presiden, Muhamad Alif Aswat Baharin (pertahanan), Hizbullah Awang (tengah), Muhamad Ezat Emir Harizam (pertahanan) dan Wan Mohamad Syukri Wan Ahmad (penyerang),” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, biarpun dibarisi tenaga muda yang kurang berpengalaman, PFA yakin skuad itu mampu memberi cabaran bermakna.

“Kami harap pemain berpengalaman mampu membimbing dan menyuntik semangat rakan pasukan mencipta kejayaan,” katanya Keupayaan skuad muda itu akan diuji pada perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahad ini dan Sarawak, 21 Disember (Selasa) di Stadium Utama Negeri Kangar.

FLO
17-12-10, 11:09 AM
Pemain baru sandaran Perlis




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Pemain baru sandaran Perlis', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemainbarusandaranPerlis/Article/index_html#)


BERBANDING pencabar lain, skuad Perlis yang menyandarkan harapan kepada gandingan baru tidak menetapkan sasaran menjulang piala pada saingan Liga Super musim depan.
Begitupun, skuad muda Singa Utara yang menyenaraikan 90 peratus pemain bawah 25 tahun itu tetap yakin mampu mempamerkan persembahan baik.

“Kita akui pasukan ini tidak sehebat pencabar lain yang memiliki ramai pemain bintang dan berpengalaman.
“Pastinya sukar berdepan pencabar lain pada kempen Liga Malaysia musim depan,” kata Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz.

Beliau turut menyedari kekurangan pasukan dan pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan keyakinan.

Selain kem motivasi di Pulau Langkawi, baru-baru ini, mereka turut mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bertujuan meningkatkan pengalaman selain mengesan kekurangan dan kelemahan pasukan.




“Biarpun baru, sudah ada kemajuan dan peningkatan semangat berpasukan dan persembahan sebagaimana di buktikan pada perlawanan persahabatan baru-baru ini,” katanya.

Perlis menewaskan pilihan Langkawi, 4-0 2 Disember lalu dan menewaskan skuad Liga Perdana Pulau Pinang, 3-0, 6 Disember di Kangar.

Ku Besry berkata, Perlis bakal menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahad ini diikuti Sarawak, 21 Disember di Stadium Utama Negeri Kangar.

“Kami harap perlawanan persahabatan itu membantu mengenal pasti kelemahan, menetapkan posisi setiap pemain selain memantapkan gandingan dan persefahaman pasukan,” katanya.

FLO
17-12-10, 11:10 AM
Shahzan Muda tekad bangkit




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Shahzan Muda tekad bangkit ', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ShahzanMudatekadbangkit/Article/index_html#)


KEGAGALAN menyertai Liga Perdana musim 2011 tidak bermakna Shahzan Muda tidak mampu bangkit kembali menyertai liga itu.
Jurulatih, Tajuddin Nor berazam memastikan juara Liga Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim 2011 menjadi milik mereka, sekali gus kembali ke Liga Perdana pada 2012.

Bagi mencapai misi itu, beliau mengadakan sesi pemilihan pemain membabitkan lebih 50 pemain dari seluruh Pahang dan negeri lain yang mencuba nasib untuk beraksi dengan kelab itu.
“Saya sudah menyenaraikan 20 pemain iaitu gabungan pemain yang beraksi bersama Shahzan Muda musim ini dan pemain muda.

“Tumpuan utama Shahzan Muda dalam Liga FAM 2011 ialah untuk muncul juara dan kembali ke Liga Perdana musim 2012. Saya tidak dapat menyenaraikan semua pemain muda kerana turut memerlukan khidmat pemain berpengalaman.

“Gandingan pemain senior dan junior diharap membantu memenuhi sasaran selepas aksi tidak konsisten dipersembahkan musim ini hingga terpaksa beraksi di Liga FAM,” katanya.




Tajuddin berkata, liga berkenaan dilapor bermula Februari depan, tetapi segalanya belum jelas.

“Kami tidak menghadapi masalah kerana senarai pemain sudah ada dan menjalani latihan penuh awal tahun depan,” katanya.

FLO
17-12-10, 11:14 AM
Ahmad nafi Baddrol berhijrah




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Ahmad nafi Baddrol berhijrah', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhmadnafiBaddrolberhijrah/Article/index_html#)


PENYERANG kebangsaan dan penjaring terbanyak pasukan Kedah musim lalu, Baddrol Bakhtiar (gambar) didakwa sudah bersama juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan tetapi ketua jurulatih, Ahmad Yusof menafikannya.
Menurutnya, beliau juga turut disoal peminat Hijau Kuning ketika latihan di Stadium Darulaman dan terpaksa menafikan berita yang tersebar di blog. “Saya terkejut bila mendapat tahu Baddrol sudah bersama Kelantan kerana dia masih berjumpa saya walaupun berehat untuk memulihkan kecederaan dialaminya pada saingan Piala Malaysia.

“Baddrol tonggak Kedah musim lalu dan dia nadi utama musim depan dan saya pasti Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak akan melepaskannya beraksi bersama pasukan lain.
“Empat muka baru iaitu Fauzi Nan, Firdaus Fauzi, Amar Rohidan dan Hasmawi Hassan menyertai Kedah bagi digandingkan dengan barisan pemain lama dan saya yakin empat pemain ini mampu membantu kita menjuarai sekurang-kurangnya satu piala,” kata Ahmad.

Katanya, Kedah menghadapi perlawanan ujian bertemu ATM malam ini, Sarawak pada 20 Disember dan bertemu PKNS pada 24 Disember di Stadium Darulaman.

“Inilah peluang menguji kemampuan pasukan tanpa pemain yang kini bersama pasukan negara di pertandingan Piala Suzuki AFF.




“Kecuali Amar Rohidan, tiga pemain baru iaitu Fauzi, Firdaus dan Hasmawi tidak sukar menjalin persefahaman kerana pernah beraksi bersama sebelum ini,” katanya.

FLO
17-12-10, 11:15 AM
Fakhri janji bantu Hoben Jang Hoben




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('Fakhri janji bantu Hoben Jang Hoben', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FakhrijanjibantuHobenJangHoben/Article/index_html#)


SEKALIPUN mengakui bukan suatu tugas mudah menggalas cabaran besar melaksana sasaran memenangi tiga piala pada kempen Liga Malaysia musim depan, penyerang baru Negeri Sembilan (NS), Ahmad Fakhri Saarani tetap yakin misi itu boleh dicapai hasil kemantapan pasukan selain sumbangan terbaik setiap pemain.
Bekas penyerang Perlis itu berazam memberikan sumbangan bermakna kepada pasukan barunya itu sebaik tirai saingan bermula 15 Januari ini.

“Saya bertekad menggalas tanggungjawab diamanah sebaik mungkin bagi menjulang nama pasukan demi membalas kepercayaan pengurusan.
“Saya yakin menerusi persiapan rapi dan kerjasama rakan sepasukan, sasaran merangkul tiga kejuaraan tidak mustahil dicapai,” katanya.

Pemain berasal dari Ipoh berusia 21 tahun itu adalah antara tujuh anggota baru skuad NS musim depan yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan dengan enam lagi pemain membabitkan Mohd Farizal Marlias, Ahmad Aminuddin Shaharuddin (Perlis), Norhafiz Zamani Misbah (gambar) dan Irwan Fadzli Idrus (KL Plus), Hairuddin Omar (Kelantan) dan G Mahathevan (PKNS Selangor).

Ahmad Fakhri berkemungkinan besar diganding dengan Hairuddin bagi mengemudi barisan depan NS berikutan ketiadaan ayam tambatan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, yang berehat panjang hingga Mac kerana kecederaan lutut.




Dia mula menjalani latihan bersama skuad Hoben Jang Hoben awal bulan ini dan mengaku kehadiran pemain kebangsaan meningkatkan semangat untuk membuktikan kemampuannya.

“Saya tiada masalah menjalinkan persefahaman dengan rakan lain kerana mereka berpengalaman selain pernah bersama dalam skuad kebangsaan dan Harimau Muda.
http://cdn.media.innity.net/201012_3207/12573/C24879_1.jpg (http://avn.innity.com/click/avncl.php?bannerid=24879&zoneid=604&cb=2&url=http%3A%2F%2Fwww.acaijus.com%2Fwanhisyam)
“Tahap kecergasan kini mencapai 90 peratus dan saya yakin memiliki tahap maksimum sebaik saingan bermula,” katanya.

FLO
17-12-10, 11:17 AM
PP mampu bentuk skuad mantap




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite('>PP mampu bentuk skuad mantap', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PPmampubentukskuadmantap/Article/index_html#)


PULAU Pinang melengkapkan senarai 22 pemain Liga Perdana dengan kehadiran bekas pemain tengah Kuala Lumpur, Mohd Arsyad Mohd Ayob, 31, yang akan dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam erti kata lain, cabaran negeri utara tanah air itu dipikul 16 pemain luar dan enam pemain tempatan.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Ariffin Yatim yakin jurulatih baru, Robert Scully mampu membentuk skuad mantap.
“Ramai pemain tempatan hadir pada sesi pemilihan tetapi mereka tidak memperlihatkan kesungguhan dan kematangan meyakinkan,” katanya.

Ariffin turut menafikan dakwaan kononnya FAP sengaja mengetepikan pemain tempatan.

FLO
17-12-10, 11:19 AM
Tak rela putih mata'




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/Images/ico_email.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/art_pos) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/Images/ico_print.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/art_print) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/Images/ico_bmark.gif (javascript:bookmarksite(''Tak rela putih mata'', 'http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article')) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/Images/ico_txbig.gif (javascript:ts('teks',1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/Images/ico_txsmall.gif (javascript:ts('teks',-1)) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/Images/ico_komen.gif (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takrelaputihmata/Article/index_html#)


SELEPAS gagal merealisasi misi skuad Penyu mendakap salah satu piala musim ini, kapten Terengganu, Marzuki Yusof, tidak rela berputih mata lagi pada saingan Liga M musim depan sebaliknya bertekad merampas semula Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi sembilan tahun lalu.
Kata pemain berusia 29 tahun itu, kegagalan mendakap sebarang piala musim ini memeritkan kerana sudah lama mereka tidak mengucup Piala Malaysia yang menjadi rebutan semua pasukan.

“Kerja keras kami musim lalu gagal membuahkan hasil. Saya harap 2011 membawa tuah dan kami berjaya muncul juara liga dan Piala Malaysia,” kata pemain pertahanan tinggi lampai itu.
Pada saingan Liga Super musim ini, skuad dibimbing Irfan Bakti Abu Salim, hanya berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super dan melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia serta separuh akhir Piala FA.

Menurutnya, dengan barisan pemain dianggap terbaik, termasuk sembilan muka baru dan muka lama yang dikekalkan, Terengganu dilihat mampu menjadi pencabar utama saingan musim depan.

“Gandingan penyerang Abd Manaf Mamat dan Mohd Ashaari Shamsuddin serta bekas penyerang T-Team, Abd Hadi Yahya, bakal menjadi senjata utama merobek kubu lawan.




“Selain itu, kehadiran semula bekas arkitek KL Plus, Resyafiq Alwi yang pernah dipinjam Terengganu pada kempen Liga Malaysia yang digandingkan dengan pemain berasal dari Bumi Kenyalang, Joseps Kallang Tie, diharap membantu memantapkan jentera tengah selain ketenangan penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Alawi, mengawal gawang.

“Saya yakin sekiranya rakan sepasukan bermain mengikuti arahan jurulatih, tidak mustahil Terengganu mendakap Piala Malaysia musim depan,” katanya.

Oll_tomp
17-12-10, 02:57 PM
import indonesia - CRISTIAN GONZALES (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726661)
import singapura - Emuejeraye Precious (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726752), Daniel Bennett (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726857), Shi Jiayi (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726846), John Wilkinson (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726855), Aleksandar Duric (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726849) , Agu Cashmir (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726852)
philipine - ETHERIDGE, Neil (http://www.affsuzukicup.com/philippines/1.html), YOUNGHUSBAND, James (http://www.affsuzukicup.com/philippines/7.html), YOUNGHUSBAND, Philip (http://www.affsuzukicup.com/philippines/10.html)

sebenarnya ada banyak lagi..cuma x dapat dipastikan sahaja...
indonesia termasuk irfan bachdim . malahan ada dua lagi pemain yang berasas di luar negara tapi tak sempat di daftarkan untuk piala AFF.. filipina termasuk de jong ( dah macam pemain M.City dah ) malahan sebenarnye vietnam jugak ada pemain yang berasas di luar negara cuma namanye tetap berunsurkan vietnam dan tidak ditukar kepada nama mat salleh

pak_gunz
17-12-10, 03:21 PM
semlm filipine main pun mantap laa jugak..

kalu final mas vs filipine pun fight gak ni..

FLO
17-12-10, 03:22 PM
dalam forum bola
ramai yang kutuk indonesia punya team..sebab dulu mereka bertalu2 marah bila a few negara ambik pemain import
alih2 mereka buat perkara sama..

pak_gunz
18-12-10, 11:34 AM
cristian gonzales tu import ke???

smlm tgk tv..ckp indon pekat gile..

faizul69
18-12-10, 12:26 PM
import indonesia - CRISTIAN GONZALES (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726661)
import singapura - Emuejeraye Precious (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726752), Daniel Bennett (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726857), Shi Jiayi (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726846), John Wilkinson (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726855), Aleksandar Duric (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726849) , Agu Cashmir (http://www.affsuzukicup.com/CustomContentRetrieve.aspx?ID=726852)
philipine - ETHERIDGE, Neil (http://www.affsuzukicup.com/philippines/1.html), YOUNGHUSBAND, James (http://www.affsuzukicup.com/philippines/7.html), YOUNGHUSBAND, Philip (http://www.affsuzukicup.com/philippines/10.html)

sebenarnya ada banyak lagi..cuma x dapat dipastikan sahaja...


Sepengetahuan saya, kesemua pemain di atas adalah bukan pemain import. Tetapi mereka adalah pemain luar yang diberikan warganegara. Samalah seperti portugal memberi kewarganegaraan kepada Deco yang berasal dari Brazil. Kewarganegaraan ini di berikan kerana pada ketika itu Portugal menghadapi krisis kekurangan playmaker yang berwibawa. Pada zaman ketika itu, xavi, iniesta, alonso dll masih belum menyerlah.

Kedua beradik younghusband pula memang warganegara asal philipine, cuma mereka lama menetap di London kerana memasuki Chelsea Football Academy pada usia yang sangat muda.

Malaysia merupakan pasukan yang sangat bermaruah kerana masih tidak memberikan taraf warganegara luar semata-mata untuk menguatkan pasukan. Masih ingatkah dengan Lamin Conteh yang pernah bermain dengan pasukan Perlis..? Taraf kewarganegaraan tidak diberikan kepada beliau walaupun pada ketika itu beliau telah berkahwin dengan gadis melayu.

FLO
18-12-10, 10:43 PM
jangan salah faham ..ttg perkataan pemain import tu...
gonzales dah main lama kat indonesia....kalau dh lama mmg boleh ckp indonesia pekat..cth mudah JAMES PETER BUTLER...
ya..younghusband pair mmg asal philipine tapi berlatih dgn akademi sana....dibesarkan si sana


tahniah malaysia sbb masuk final

KiNgX
18-12-10, 11:23 PM
tahniah malaysia sbb masuk final

Final nanti ni di Bukit Jalil ker? Kalau iyer...moh kita reramai?

Retired
19-12-10, 12:46 AM
Final nanti ni di Bukit Jalil ker? Kalau iyer...moh kita reramai?

aku nak tumpang sekali! up ler satu Event Reramai

faizul69
19-12-10, 01:27 AM
Sebagai tanda cinta saya kepada pasukan malaysia... Esok saya akan membeli jersy malaysia original. Skang ni tengah berkira-kira nak pakai no Safiq, Norsharul atau Safee...

KiNgX
19-12-10, 04:45 PM
Ari ni baca paper metro, dalam banyak-banyak citer, cuma 1 jer yang menarik hati saya...pasal Ultras Malaya....bangga sehhh. Siapakah mereka ini? Mereka ialah jelmaan penyokong bola sepak tempatan...Salute!!!

Oll_tomp
19-12-10, 04:57 PM
Ari ni baca paper metro, dalam banyak-banyak citer, cuma 1 jer yang menarik hati saya...pasal Ultras Malaya....bangga sehhh. Siapakah mereka ini? Mereka ialah jelmaan penyokong bola sepak tempatan...Salute!!!
group nie dah lama rasanya dari penubuhan harimau malaya forum dan berpecah kepada dua ultras malaya dan harimau malaya.. cuma kalau pergi stadium bawah satu bumbung dipanggil ultras malaya .. websites harimau malaya sampai down sampai disebabkan pasukan kebangsaan ke final

hot_cruel
19-12-10, 09:36 PM
Final nanti ni di Bukit Jalil ker? Kalau iyer...moh kita reramai?

final timbal balik gak...26 kat bkt jalil & 29 kat bung karno (kalau indon gi final la since dah lead agg 2-0). Hopefully boleh tebus balik kalah 5-1 aritu...:Finger_fing22:

wood3
19-12-10, 10:45 PM
[QUOTE=hot_cruel;318881][SIZE=3]final timbal balik gak...26 kat bkt jalil & 29 kat bung karno (kalau indon gi final la since dah lead agg 2-0). Hopefully boleh tebus balik kalah .
Pi sokong ok NO HAL . .tapi main tu elok elok la sikit . .semalam aku tengok dah macam main ping pong n tendang pun ikut arah pusat . . . .main ala ala budak sekolah rendah,...menang kalah adat pertandingan tapi tunjukkan sklill serta seni bermain bola . . .training kat CHECH berbulan..tapi masih dok tang tu jugak kualitas
Lawan kita nanti cuma mat indon kontrak..semalam berlawan ngan vietnam yg kerja kat pasar pudu . .dah 3 suku nyawa.
anyway all the best.

faizul69
19-12-10, 11:29 PM
Walaupun Malaysia menang, tapi aku tetap merasa sakit hati sebab semua player malaysia tak reti cara menyanyi negaraku dengan betul. Ada ke patut di letak nya tangan kat dada masa menyanyi lagu Negaraku..? Tak payah ler nak tiru negara luar menyanyi dengan letak tangan kat dada. Dah memang cara dia org nyanyi lagu kebangsaan macam tu. Sedangkan cara menyanyi lagu kebangsaan kita dengan tangan lurus kebawah...!!! Dari sekolah2 cikgu kita dah ajar kita nyanyi macam tu ler BONGOK..!!!

terunasuci
20-12-10, 04:20 PM
Apa lagi, up la TT Bola Bukit Jalil...kasi gegar stadium tu.......




p/s : aku berada kat luar kawasan......

herryselangor
20-12-10, 08:33 PM
hebat anda berdskusi...tahniah..tahun ni piala malaysia jd milik TRW tp tahun depe xtahu lg la jd hos sapo pulok.ramai sgt doh pemain terbaik tubek dr team TRW.

nick terunasuci tp pic gads suci hehehhe lawakkkkkkkkkk

yer betul,,aku sokong 150% dgn kenyataan ko tu,,,

lawan kta mat indon yg wat bangunan je ni,,kacang je kot hehhehe

herryselangor
20-12-10, 08:42 PM
final timbal balik gak...26 kat bkt jalil & 29 kat bung karno (kalau indon gi final la since dah lead agg 2-0). Hopefully boleh tebus balik kalah 5-1 aritu...:Finger_fing22:
malaysia menanggggggg:Finger_fing22:

KiNgX
21-12-10, 04:48 PM
Siaran Langsung Perlawanan Akhir Malaysia-Indonesia Di TV1 Pada Ahad

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perlawanan dijangka bermula pada 8 malam.

"Ya, kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha menayangkan siaran langsung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di sini, pada Selasa.

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0. Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung hanya 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak. Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan.

-- BERNAMA

FLO
21-12-10, 05:09 PM
gua akan berada di Stadium Arena Gelora Pandan Indah.....ekekekeke

KiNgX
21-12-10, 05:22 PM
gua akan berada di Stadium Arena Gelora Pandan Indah.....ekekekeke

Ekekeke....tadi dah dapat panggilan dari kawan non-MK ajak gi stadium ahad ni...peratusan gelora hati nak suh pi condong ke 70% dah ni. Cuma.....hurmmm tadi tengok emel kata maybe ada job hujung minggu, cuma hujung minggu bila yang tak tahu tu, jangan minggu ni sudah!!

p/s: we are the 12th man!!

KiNgX
21-12-10, 08:32 PM
Tickets to start selling on Thursday

KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Football fans, prep your wallets, as the AFF Suzuki Cup finals tickets between Malaysia and Indonesia will be sold beginning this Thursday. The first leg of the finals, which will be played at the Bukit Jalil National Stadium will see Malaysia try to get an advantage before the second leg in Jakarta next week.

Ticket prices are set at RM30 for open seating and RM50 for grandstand seats. Fans can begin to trudge to the Bukit Jalil National Stadium to purchase the tickets from December 23 at the Yellow Gate section from 10am-7pm daily.


Terjemahan:

Tiket juai ari khamis oiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

shyme
21-12-10, 11:08 PM
Tiket juai ari khamis oiiiiiiiiiiiiiiiiii.....


hahaha.... saya mau 1!!!! Adakah anda penjualnya???

hp3420
21-12-10, 11:41 PM
harap2 kat tv rtm mula pukul 8 gak huhuhuh

faizul69
22-12-10, 12:10 AM
Tickets to start selling on Thursday


Ticket prices are set at RM30 for open seating and RM50 for grandstand seats. Fans can begin to trudge to the Bukit Jalil National Stadium to purchase the tickets from December 23 at the Yellow Gate section from 10am-7pm daily.[/COLOR][/SIZE][/FONT]

Mahal nyer tiket... tapi takpelah, sebab lepas ni nak tunggu masuk final lagi sekali mungkin kena tunggu for another 14 years.

KiNgX
23-12-10, 12:16 AM
Kepada majikan-majikan di Malaysia yang mengambil pekerja warganegara indonesia, ingat elok-elok pesanan saya ini, semat dalam fikiran, rancanglah taktik dan alasan anda sebaik yang mungkin:

Jangan bagi depa (mat-mat indon ni) cuti ari ahad ni....hahaha....bagi depa keja overtime, kasi depa bancuh simen kaw-kaw punya sampai penat....kalau bagi depa pi tengok bola satgi depa tak hormat plak lagu negaraku.....kita jugak yang panasss

faizul69
23-12-10, 02:35 AM
Saya nak buat iklan sebentar yer...

Adakah anda sukakan duit..? Dan sanggup korbankan sokongan anda kepada pasukan bola sepak negara demi duit..? Sekumpulan pekerja Indonesia di tempat saya bekerja mengharapkan pertolongan anda untuk mendapatkan tiket. Harga yang di tawarkan adalah Rm 80 untuk sekeping tiket. Ini bermakna, jika anda dapat beli 10 tiket dan keuntungan satu tiket pula adalah Rm 50, maka jumlah keuntungan anda adalah Rm 500..!!! Lumayan jugak tuh..

Sesiapa yang berminat, boleh lah PM saya. Jangan beli tiket dahulu sebab takut dia org dah dapat kaki lain. Kalau saya confirmkan, baru boleh beli. Kalau anda sudah beli & suddenly mereka cancel last minute, maka saya akan membeli semua harga tiket tersebut dengan harga asal iaitu Rm 30 bagi mengelakkan anda kerugian. Nanti pandai2 ler aku jual kat pintu masuk..

Minta maaf yer org kaler hijau... buat bisnes lak kat sini. Ekekekekekek...

terunasuci
23-12-10, 08:26 AM
So hari ni jangan lupa pergi lah beramai2 ke Bukit Jalil untuk membeli tiket......

FLO
23-12-10, 09:27 AM
ada limitasi pembelian tiket...jadi kalau nk 10 keping
kena la pergi barang 2 @ 3 org..
satu lagi..takut tiket tu dh di klasifikasikan utk indonesia dan malaysia...kan beli tiket pintu Malaysia..x leh masuk lak pintu Indonesia

Horatio
23-12-10, 09:42 AM
faizul69,

naya sekumpulan penyokong Indon nanti bila tersumbat dicelah-celah penyokong Malaysia.... make sure la tiket tu setting duduk kat tempat indon.... nanti jadi tragedi pulak... kekekekeke

p/s : semoga malaysia berjaya jadi juara.... dah cempiang nnt, jgn dok syok saja.... move forward lagi for more success !!!!! Main kat World Cup maybe.....

Retired
23-12-10, 09:45 AM
dengar cite daripada member, tadi masa gi beli kena tunjuk IC !

p/s sebaiknya asingkan antara penyokong Malaysia dan Indonesia sebab takut penyokong Indon ini akan lebih ramai daripada penyokong2 Malaysia.

faizul69
23-12-10, 12:17 PM
dengar cite daripada member, tadi masa gi beli kena tunjuk IC !

p/s sebaiknya asingkan antara penyokong Malaysia dan Indonesia sebab takut penyokong Indon ini akan lebih ramai daripada penyokong2 Malaysia.

Takdeler bro, sy baru jer beli tiket utk kawan2 saya yg akan datang dari Kuantan ahad ni. Tengok org lain beli sampai 10 tiket pon boleh jer... Gambar kat bawah ni tiket yg sy dah beli..

faizul69
23-12-10, 12:27 PM
faizul69,

naya sekumpulan penyokong Indon nanti bila tersumbat dicelah-celah penyokong Malaysia.... make sure la tiket tu setting duduk kat tempat indon.... nanti jadi tragedi pulak... kekekekeke

p/s : semoga malaysia berjaya jadi juara.... dah cempiang nnt, jgn dok syok saja.... move forward lagi for more success !!!!! Main kat World Cup maybe.....

Biar diaorg mati kutu kat situ. Ekekekek.... Kalau ada insiden tak diingini, saya lari dulu ler... hahahahah....


So hari ni jangan lupa pergi lah beramai2 ke Bukit Jalil untuk membeli tiket......




ada limitasi pembelian tiket...jadi kalau nk 10 keping
kena la pergi barang 2 @ 3 org..
satu lagi..takut tiket tu dh di klasifikasikan utk indonesia dan malaysia...kan beli tiket pintu Malaysia..x leh masuk lak pintu Indonesia

Memang betul, tiket dah diklasifikasikan. Jadi dia org akan duduk kat tempat Malaysia, jadilah pulau merah dilautan kuning. Ekekekek... Td kawan saya sms, ckp dia dah beli 20 tiket utk diserahkan kepada saya. Tempahan dari org indonesia pulak setakat sekarang ada 36, so mau lagi 16.

p/s: sebagai business man, kita tak payah amik peduli consequences ni semua. Ekekekek... kalau banyak untung bole ler makan nasi lemak & cha kuew tiau selalu... Ekekekek

FLO
23-12-10, 02:22 PM
dari FB kawan saya
kawan2...sy td BRU mndpt mklumat dr rakan laen yg pergi ke stadium bkt jalil utk beli tiket prlwanan Msia vs indnsia,tiket hanya d benarkn BELI utk seorang satu IC.SO sape2 yg ade krm pd kawan tu,lupekan hasrat kena g sndri.laen klu ade knl org FAM.haha.msalah wlu pun kita org malaysia.

x tau mana satu betul..atau tak
boleh beli banyak ke..atau tak

solofighter
23-12-10, 02:26 PM
dari FB kawan saya
kawan2...sy td BRU mndpt mklumat dr rakan laen yg pergi ke stadium bkt jalil utk beli tiket prlwanan Msia vs indnsia,tiket hanya d benarkn BELI utk seorang satu IC.SO sape2 yg ade krm pd kawan tu,lupekan hasrat kena g sndri.laen klu ade knl org FAM.haha.msalah wlu pun kita org malaysia.

x tau mana satu betul..atau tak
boleh beli banyak ke..atau tak


x tau setakat mana kebenaran berita ni sebab saya berjaya mendapatkan 5 tiket hari ni...tp x tau la cara nya macam mana sbb saya cuma call n order saja, kekeke...yg x bestnya tiket grandstand dikhabarkan kul 11 tadi dah abis....

FLO
23-12-10, 03:15 PM
solo
awak lain
awak kabel kuat...
x perlu beratur
ekekkeke

Oll_tomp
23-12-10, 03:37 PM
Takde anjurkan TT stadium ke heheheh....

bro_shinchan
23-12-10, 04:26 PM
dari FB kawan saya
kawan2...sy td BRU mndpt mklumat dr rakan laen yg pergi ke stadium bkt jalil utk beli tiket prlwanan Msia vs indnsia,tiket hanya d benarkn BELI utk seorang satu IC.SO sape2 yg ade krm pd kawan tu,lupekan hasrat kena g sndri.laen klu ade knl org FAM.haha.msalah wlu pun kita org malaysia.

x tau mana satu betul..atau tak
boleh beli banyak ke..atau tak


mungkin krn kawan awak tu ada rupa-rupa seperti mat indon kot. hehe

FLO
23-12-10, 11:29 PM
saya x ada tiket nak jual
tapi saya ada satu helai jersi Malaysia away (biru) size L
harga RM60
berminat PM saya...
esok sy mungkin ke tt cw/vip utk hantar baju...

KiNgX
25-12-10, 09:10 PM
Dek kerana ramai kawan-kawan saya yang jauh datangnye ke stadium bukit jalil, siap kena perli lagi, terpaksa la saya pergi ke stadium esok. Argggghhhh, bukit jalil, tunggu...aku cabar ekauuuuuuuu!!!

advanrg
26-12-10, 11:58 PM
YES! Aku berbangga dengan pencapaian pasukan Malaysia menewaskan Indon 3-0... game yang menarik walaupun masih banyak yang perlu di'improve'kan, namun BRAVO, BRAVO, Malaysia Boleh!!! Terbaik yang pernah aku saksikan oleh pasukan bola Malaysia. Harap dapat diteruskan sehingga berjaya ke World Cup Finals satu masa nanti... aku nantikan saat tu!

faizul69
27-12-10, 12:40 AM
Tahniah kepada team Malaysia sebab menang 3-0. Walaupun menang dengan permainan cantik, trademark bola sepak Malaysia iaitu tahan bola & passing berterabur serta shoot tinggi melangit masih ada. Trademark penonton pula macam biasa main mercun & baling-baling botol pun masih dikekalkan..

Tahniah juga kepada Norsharul sebab membuktikan 2 benda:

1) Kahwin tak melembikkan lutut.
2) Org yang berbuntut besar juga pantas dan hebat bermain bola.

Ucapan camharam juga ditujukan kepada penjaga tiket pintu hijau sebab tak check tiket pun kepada penyokong Malaysia. So, sia-sia ler siapa yg membeli tiket sampai Rm30 hinggit. Tindakan bangang dia ini menyebabkan ramai penyokong tidak mendapat tempat duduk sebab dah terlalu ramai.

toro
27-12-10, 01:03 AM
Firstly congratulation to our MALAYSIA team for the good game that they show and proof tonight to us that MALAYSIA BOLEH. I was very proud that we can beaten them 3-0. Hope this will bring a new hope for our football team to go further to the next level.
And hope also we will bring the same momentum to bung karno stadium next wednesday to win and make another more surprise to indonesia team and indonesian that MALAYSIA BOLEH again.
But the "laser" incident was not suppose to happen as we malaysian are very discipline and respected audience and not a trouble maker
in stadium.Any how wait for the Indonesian will responded for that next week then .

FerRari F430
27-12-10, 08:19 AM
Tahniah buat team malaysia. And Tahniah buat Norshahrul coz u play so cool last night.

terunasuci
27-12-10, 09:27 AM
Kepada skuad Malaysia, TAHNIAH!!!!

Gol pertama bagi aku adalah terbaik kerana hasil usaha keras,kebijaksanaan dan kepantasan Norshahrul membaca tektik pertahanan lawan...dan ketenangan Safee Ali menolak bola ke gawang gol......




MALAYSIA BOLEH!!!!!

dewa
27-12-10, 10:11 AM
bravo... 3 macam x cukup la.. main kat indon sok bole goyang gak tu.. kalau kasik 4 or 5 kompem secured.

FLO
27-12-10, 10:14 AM
tiket x check...
lps tu jadi pedajal beli tiket kat indon (indon rugi bayar RM80 sbb tgk team indon kena belasah)
3 bijik gol bukan sebab kena laser..so markuss balik la memantat bini seksi ko tu...ko nk sabotaj ek nak suruh game ni di buat kat bung karno..so indon pedajal la stadium korang tu supaya AFF pindah kan game balik ke KL..baru padan muka korang..nak bala lagi
korang kuat sbb main kat indon jer....kalau main kat luar mesti kalah..contoh mudah ..korang mesti akan kalah kat Filipina kalau x kena gayanya..sbb team Filipina mmg kuat...dan laju...
satu lagi..dalam forum NIKE MALAYSIA...indon punya lahanat mempermainkan lagu kebangsaan kita...majalll la korang ni...dah kalah tu buat kalah la..jgn mempersendakan lagu NegaraKU....cukup x insaf sungguh la dgn bala menimpa kat negara korang...
datang ke Malaysia mencari rezeki...lps tu ko kutuk kami lak...

rosak susu sebelanga, sbb ada org mcm korang ni

said_sogo
27-12-10, 11:51 AM
Walaupun belum jadi juara, tapi tahun ni memang tahun terbaik bolasepak M'sia. Tahniah buat Mr Raja... bukan senang nak jaga budak muda ni.

Aku harap, team ni kekal... campur 2-3 orang yg dlm injured list.
Si kembar, Chanturu... Zamani boleh terus main kat kelab/state je.

Jgn salahkan penyokong lawan... penyokong sendiri pun tak disiplin!!!
Dah bagitau tak boleh bawak laser/mercun, yg dorang ni bawak jugak buatpe?
KALAU AFC ban M'sia amacam??? Pastu mulalah kutuk mengutuk dlm forum la... blog la...

KiNgX
27-12-10, 11:56 AM
Semalam saya menangis...menangis masa nak masuk parking memula datang, menangis masa dalam stadium sebab terharu tengok lautan penyokong Malaysia...dan nangis lagi skali masa nak kuar balik.

shyme
27-12-10, 12:17 PM
Semalam saya menangis...menangis masa nak masuk parking memula datang, menangis masa dalam stadium sebab terharu tengok lautan penyokong Malaysia...dan nangis lagi skali masa nak kuar balik.


Semalam saya gembira... Saya telah berjaya membuat satu kumpulan "kami benci Datuk K sebab x ajak kami pegi stadium".. wakaka

Alhamdulillah, seramai 5 org ahli telah mendatangani memorandum pertelingkahan.... wakakaka :shutup::shutup::shutup::icon_flak::icon_flak::ico n_flak:

redevil
27-12-10, 12:27 PM
tahniah atas kemenangan dan gol juga menarik .... harap terus berterusan semangat sebigini. .jgn seperti musim durian sekejap meriah.. habis musim , layu di tasik madu..

KiNgX
27-12-10, 10:14 PM
Semalam saya gembira... Saya telah berjaya membuat satu kumpulan "kami benci Datuk K sebab x ajak kami pegi stadium".. wakaka

Alhamdulillah, seramai 5 org ahli telah mendatangani memorandum pertelingkahan.... wakakaka :shutup::shutup::shutup::icon_flak::icon_flak::ico n_flak:

Berani kasi turun Restoren Nadyla la untuk 2nd leg punya game ni....kasi bawak turun 5 orang tuh....

p/s: bwk muvi, mau sedutttttttttttt!!!

Kevin Wallace
28-12-10, 01:05 AM
Norshahrul main sebijik mcm Nani...hehehehhe...tahniah to Malaysia team...aku penah ckp dlm FB awal2 AFF start...Malaysia main ok skrg cuma penyudah kelauttt...bila dah penyudah dapat shot...so ok laaaaa...Mat Yo shot baik punyaaa ni...heheheh

Horatio
28-12-10, 10:00 AM
saya suka komen coup..... player yg dia sebut utk perbandingan tu memang hebat..... main team mana tah..... hahahaha

glory glory harimau malaya !!!!!!

shyme
28-12-10, 12:40 PM
Usaha ganggu tumpuan pada perlawanan akhir Piala Suzuki

JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.

http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1909107&Page=&PluID=0&Pos=8281 (http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1909107&Page=&PluID=0&Pos=8281)
Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.

Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.

Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.

“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.
_________________________________________

ceh!!! pakai la seksi macam mana pun... Macam la tgh main boleh nampak ko punya dada... bunguks betui!!! bagi percuma kat penonton la tengok ko punya buah mangga... kalu beso x pe gok.. wakaka...

toro
28-12-10, 07:57 PM
salam kepada semua....

Was watching ntv 7 news just now about our player in Indonesia being stopped by Indonesian fan from doing their training.They even being demonstrate in front our malaysia team hotel
Also mention than shop that selling laser was sold out there.

MACAMANA NI ????

what is gonna happen tomorrow then ????

glenn.e
28-12-10, 08:16 PM
erm..satu kefanatikan yang melampau..ternyata kita lebih bertamadun....jika kita diberi tiket, tiket MAS dan duit poket sekalipun...mungkin kita akan pikir nak pegi tgk final stadium jakarta ke tak...Malaysia...tetap tanahairku....

KiNgX
28-12-10, 09:48 PM
Melampau sangat provokasi akhbar indonesia neh....satu lagi, rasa macam nak pi indon kasi berus besi bagi kat goalie botak indon tuh, gatal-gatal badan konon...kasi penampaq kedah baru tau, merah muka aku bila tulih posting ni...marah ni..marah ni

p/s: jemaing, sila pastikan anda up gambar lurah dendam artis indon "apa kenama ntah tu" kat stadium esok.

glenn.e
29-12-10, 08:45 AM
Geram saye membaca surat khabar indon online...kebanyakan tulisan berpaksikan politik...menanam kebencian masyarakat indonesia terhadap Malaysia..sentimen membahayakan bagi negara serumpun....

Horatio
29-12-10, 08:52 AM
Apa ini ? suka bolesepak ka atau Star Wars Empire Strikes Back....... dok main lawan laser.... darth vader vs luke skywalker....


Dey...... ini bukan world cup daaaaa....... Piala Suzuki ja, pertandingan menentukan pasukan terkuat dikalangan yang lemah jer...... ayooooooooooooooooooooo

toro
29-12-10, 09:26 AM
Hope Indonesian authority done enough to protect our player and our supporter there.

FOR SURE OUR TIGER BOYS WILL EAT GARUDA MEAT TONIGHT

shyme
29-12-10, 09:32 AM
Geram saye membaca surat khabar indon online...kebanyakan tulisan berpaksikan politik...menanam kebencian masyarakat indonesia terhadap Malaysia..sentimen membahayakan bagi negara serumpun....

Nampaknya media massa Indonesia terlalu propagandakan cerita... Masih menuduh Malaysia menggunakan taktik keji laser sebagai punca utama kekalahan mereka di Malaysia.

Balik la woii!!!!!! Penyokong Indonesia yang terlalu agresif dan tidak bertamadun punca Stadium sedikit jahanam sehingga menyebabkan pasukan kita tidak dapat berlatih. Cari punca la tu.

Keselamatan pemain perlu diutamakan. Dengaq kata Rajagopal dah sekat akses media kepada pemain2 supaya mereka tidak terlalu terlalu tertekan dengan situasi yang berlaku di sekeliling mereka.

Semoga pemain2 kita selamat dan dapat menamatkan musim kemarau Malaysia...


MALAYSIA BOLEH!!!!!


p/s: dengaq kata laser kat kedai sume abis stok... aiyooo!!!

dar74
29-12-10, 10:10 AM
“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.


Rasanyer perlu ada petugas khas MKportal utk ambik 3g movie supaya boleh ditonton bersama didlm Board Enjoy & 18sx...laser natural tuh..

shyme
29-12-10, 11:01 AM
Julia Perez, selebriti sensasi Indonesia yang kerap mengegarkan Indonesia dengan tsunami & gempa bumi aksi daring & seksinya bercadang untuk memakai pakaian dalam yang dilengkapi oleh laser, semata-mata untuk mengalih perhatian pemain Malaysia sempena Final Kedua AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung di Jakarta. Kami tidak pasti sama ada hasrat’nya tercapai atau tidak, kerana sudah ada ura-ura mengatakan pihak AFF bakal menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah final (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/StadiumBungKarnokecohpenyokongtakdapattiket/Article/index_html), kerana salah peminat Indonesia sendiri yang merosakkan, mencabut rumput Stadium Bung Karno, tempoh hari.

Aksi panas Julia Perez ini akan ditunggu, dan bakal menjadi topik hangat dua negara serumpun. Bukan apa, belum pernah dalam sejarah bola sepak tempatan, selebriti sanggup berbuat begitu. Yang paling hangat pun, ketika Piala Dunia 2010 lepas, model Paraguay, Larissa Riquelme (http://lifeisreallybeautiful.com/tag/cellphone-tucked-in-her-cleavage-during-the-2010-world-cup-in-south-africa/) bermain kasar dengan menyangkut handphone’nya di bahagian lurah dada. Itu pun sudah mengemparkan dunia. Google Julia Perez untuk lebih klimaks!

..sumber dari beatifulnara

FLO
29-12-10, 02:36 PM
jersi malaysia dah masuk ...
berminat ..sila call sy
RM65

terunasuci
29-12-10, 05:11 PM
Wa tak sabar nak balik ni tgk game Malaysia ni...ermmmm...game pukul berapa yer??? hehehe




p/s : khabarnya ni lah dukun yang bakal digunakan oleh team indonesia......

dar74
29-12-10, 05:29 PM
p/s : khabarnya ni lah dukun yang bakal digunakan oleh team indonesia......

ni plak yg akan tolong malaysia, lawan dukun indon

KiNgX
29-12-10, 05:42 PM
Wa tak sabar nak balik ni tgk game Malaysia ni...ermmmm...game pukul berapa yer??? hehehe



Kalau ikut paper The Star, game start kol 8 malam...di TV1 dan Astro.

abgbesar
29-12-10, 10:50 PM
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA!! korang memang power!! minitis air mata aku tengok gol malaysia... cun habis...

shyme
29-12-10, 11:00 PM
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA KERANA TELAH MENAMATKAN 14 TAHUN KEMARAU!!!!!

Tapi FIRMAN UTINA memang x layak dapat anugerah Most Valuable Player. Penalti pun x masuk!!!!

Tahniah kepada K. Rajagopal dan semua player Malaysia!!!! wuhuuuuu

KiNgX
30-12-10, 12:54 AM
Menang sudah, Piala on the way balik ke Malaysia, cuti pun dah diumumkan oleh PM. Skang trending kat twitter dan FB si Fahmi Goalie Malaysia lah...page FB dia perghhh, setiap menet bertambah tu jumlah fans...time saya add tadi baru 84 ribu, skang dah 87 ribu....gila babas.

Tapi, memang mantap lah dia tadi.

terunasuci
30-12-10, 08:20 AM
Tahniah kepada skuad Malaysia...walaupun tewas, tapi tetap berjaya membawa pulang Piala yang dipertandingkan...

Since PM pun dah umunkan besok cuti umum, skrg tgh tunggu keputusan rasmi dari majikan sama ada besok cuti ke tak......





p/s : besok memang aku dah apply cuti...

toro
30-12-10, 08:56 AM
file:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/ADMINI%7E1/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.pngMALAYSIA BOLEH

Setinggi tinggi tahniah buat k RajaGobal dan semua pemain.
Walaupun kita kalah tapi persembahan malam tadi memang berkualiti.
Credit to Safee to scoring goal for us to cheer up last night.

Because of them kita cuti esok

dar74
30-12-10, 10:03 AM
tak puas hati betul aku bila diorg umum yg Firman Utina sbg Best Player. Mamat tu tendang penalti pun tak masuk camana bole diorg pilih. ada sebelas org player msia yg lebih layak jd Best Player mlm tadi. Tak kan takut indon kecik ati kut?

hot_cruel
30-12-10, 10:17 AM
Tahniah buat team Harimau Malaya kerana berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dan seterusnya memberi cuti percuma kepada rakyat Malaysia esok...kekekek.

Tahniah juga kepada Safee Sali (eh dia main team mana ar super league? :kid:) kerana menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Dan tahniah juga kepada Safiq Rahim kerana menjadi ketua pasukan pertama yg menjulang piala tersebut buat Malaysia (skali lagi...dia main team mana ar super league? :kid:)

Dan tahniah kepa abang kepada MOD kita KingXgopal iaitu Rajagopal kerana berjaya membuktikan kewibawaan jurulatih tempatan. :Finger_fing22:

Dan tahniah juga kepada seluruh pasukan Malaysia!!! :Finger_fing22::Finger_fing22::Finger_fing22:

solofighter
30-12-10, 10:18 AM
tak puas hati betul aku bila diorg umum yg Firman Utina sbg Best Player. Mamat tu tendang penalti pun tak masuk camana bole diorg pilih. ada sebelas org player msia yg lebih layak jd Best Player mlm tadi. Tak kan takut indon kecik ati kut?

betul2...mmg bengong nya penganjur...pada aku paling layak is either Khairul Fahmi or Norshahrul Idlan....anyway congrats Msia....

dar74
30-12-10, 10:59 AM
Tahniah juga kepada Safee Sali (eh dia main team mana ar super league? ) kerana menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Dan tahniah juga kepada Safiq Rahim kerana menjadi ketua pasukan pertama yg menjulang piala tersebut buat Malaysia (skali lagi...dia main team mana ar super league? )


Spt yg ko dah tahu, Safee sali & safiq rahim player selangor...bagi aku diorg ni bole kata kesan baik dari tindakan FAM memansuhkan kedtgn pemain import dlm Liga Super & Premier. Ramai player mcm Kunanlan, Amirulhadi, Amar Rohidan, Norsharul, Khairul fahmi semua dari team liga super. Harap2 kedtgn semula pemain musim depan tak akan membantutkan perkembangan sihat bolasepak malaysia.

terunasuci
30-12-10, 02:01 PM
Aku ingat lepas ni kalau Malaysia menang Piala Dunia mahu seminggu kita dapat cuti......

Piala Suzuki - 1 Hari
Sukan Asia - 2 Hari
Sukan Komenwel - 3 Hari
Sukan Olimpik - 4 Hari
Piala Dunia - 5 Hari

KiNgX
02-01-11, 07:16 PM
Copy paste dari HKC (HijauKuning.Com)

Terkini Liga Super 2011 : Astro penaja baru Liga Super.

FLO
02-01-11, 08:52 PM
Copy paste dari HKC (HijauKuning.Com)

Terkini Liga Super 2011 : Astro penaja baru Liga Super.

FAM dapat tajaan lumayan Astro RM220j

02/01/2011 5:55pm

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
PETALING JAYA 2 Dis. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.
Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. - Utusan

kidrock75
02-01-11, 09:27 PM
Astro bg kontrak 200 juta tuhhhh....fuhhhh ...harap mutu bolasepak team Malaysia akan berubah wajah.....baru semangat nk ke stadium..

KiNgX
02-01-11, 11:17 PM
Saya mempunyai pendapat yang bercampur baur mengenai tawaran kelab luar yang dibuat ke atas Shafiee Salee dan Norsharul Idlan Talaha. Cuma...........pendapat jahat saya, baguih gak kalau depa pi, senang skit Kedah nak nek tahkta liga....hahahaha.

Biaq terunasuci dan HC terterap bila Selangor tiada penyudah yang cantik, begitu juga dengan pasukan Kelantan.


PULUN KEDAH PULUN

faizul69
03-01-11, 02:09 AM
Pada pendapat saya, pasal tawaran yg diterima Safee tuh, biarlah dia jer yang pertimbangkan. Fanz Selangor tak payah ler nak emo sangat. Sebab dia yang cari rezeki untuk anak bini dia..

Pasal penajaan oleh Astro pulak, ianya satu perkembangan yang baik. Saya berharap Astro akan dapat membantu meningkatkan kualiti bola sepak negara seperti mana yang di lakukan oleh Dunhill lebih kurang 20 tahun lalu. Cuma saya seriau takut bill astro naik lagi... Ekekkekekek...

FerRari F430
03-01-11, 11:24 AM
Sedar x sedar, dh dekat semggu piala AFF Suzuki berlalu..tp kehangatan dan keseronokan terasa mcm bru semalam jer game tu.
Tahniah buat semua.
Pasal tawaran utk Shafee dan Nur Shahrul, nak kemana pun x kisahlah..kami sebagai penyokong tetap sokong anda..tp biarlah kalau pergi tu, pergi ke liga yg lebih baik dr liga super malaysia.. baru dpt tingkatkan prestasi. mcm liga jepun ke..liga korea ker..EPL ke..La Liga ke... apa pun, terpulanglah...

toro
03-01-11, 01:37 PM
MU lamar Khairul Fahmi?

KOTA BHARU - Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.
Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.
Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.
Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.
Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.
Kecemerlangan dan ketenangan Kahirul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.
Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.
"Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).
"Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini," katanya.
Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.
Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.
Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.
Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.
"Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,'' katanya.
Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.

toro
03-01-11, 01:41 PM
Khairul Fahmi will take over Van Der Sar job at Old Trafford

After two hour,Malaysia team won the AFF Suzuki Cup against Indonesia at Glaro Bung Karno Stadium, Sir Alex Ferguson as manager of Manchester United want to use Khairul Fahmi to replace Van Der Sar.

http://4.bp.blogspot.com/_TbVnFysPa5w/TRdhv7gGSvI/AAAAAAAAAPU/NOl-iIAIKL8/s320/khairul+fahmi+che+mat.jpg
Khairul Fahmi is one of the important characters in the success of the Malaysia Team in AFF Suzuki Cup 2010. His success in keeping the Malaysia goal from indonesia attack in the early minutes of the game attracted a manager of Manchester United. Sir Alex Ferguson said "he is one of the best goalkeepers ever be produced, and if given the chance he could be a row of Buffon, Cassilas and Van Der Sar .

"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.

KiNgX
03-01-11, 01:51 PM
Leh percaya ke dengan Alex Ferguson ni? Ker semua ni Adobe Photoshop jer...hehehe

faizul69
03-01-11, 07:08 PM
Tapi susah jugak mamat ni nak cari makan kat sana. Takut bila Rio Ferdinand berdiri depan dia jer, dia dah tak ampak apa-apa lagi dah... Maklumlah, Khairul Fahmi ni masih lagi berkategori ketinggian Asia. Kalau kena striker macam Peter Crouch.. alamat mengira jumlah gol yang dilepas jelah...

harryms
03-01-11, 10:45 PM
Buke le balik site tu... Budak kecik buat gempak je...
Anyway to Khairul Fahmi, you are the best....

KiNgX
09-01-11, 09:26 AM
Jersi baru Pasukan Kedah Hebat Giler Tue................

Horatio
09-01-11, 09:43 AM
Jersi baru Pasukan Kedah Hebat Giler Tue................

inspirasi dari pasukan terhebat EPL !!!!! wakakakaka

glenn.e
09-01-11, 12:35 PM
Jersi baru Pasukan Kedah Hebat Giler Tue
Sayangnya..ia diukur melalui jersi...bukan permainan atas padang....

hot_cruel
09-01-11, 07:31 PM
Jersi baru Pasukan Kedah Hebat Giler Tue................

heheh tiap2 tahun camtu...takpe nanti aku suggest kat FAM buat anugerah jersi terhebat...ada gak korang piala nanti...:kid:

wood3
09-01-11, 08:42 PM
heheh tiap2 tahun camtu...takpe nanti aku suggest kat FAM buat anugerah jersi terhebat...ada gak korang piala nanti...:kid:

Hiss tak faham aku...asal KEDAH jer ramai pulak yg dengki....pemain hebat pun depa dengki,jersey lawa pun lagi dengki.....Team Tengah tu nak hebat pakai la jersey team alex forgetsoon......tak pun pakai jersey team kenny pollish....a.k.a team pool full.
Moga tahun ini KEDAH bertambah mantap.....sebab ramai pemai muda berpengalaman serta kembali kepangkuan fauzie nan...jadi kuat benteng pertahanan.
Target tahun ni..nak kesemua PIALA...termasuk fair play dan Team Jersey menarik...la la la la.

PULUN KEDAH PULUN.

p/s:TEAM TENGAH....masih pakai KUDA TUA,TEAM TEMERLOH FC......bakal gegar EPL kot...

terunasuci
10-01-11, 10:33 AM
inspirasi dari pasukan terhebat EPL !!!!! wakakakaka

Mungkin dia maksudkan hebat meniru la kot...ekekeke

fadenpr
11-01-11, 02:08 AM
Aku ingat lepas ni kalau Malaysia menang Piala Dunia mahu seminggu kita dapat cuti......

Piala Suzuki - 1 Hari
Sukan Asia - 2 Hari
Sukan Komenwel - 3 Hari
Sukan Olimpik - 4 Hari
Piala Dunia - 5 Hari



Kalo juara World Cup aku gase PM masa tu up jadik seminggu cuti. tp jalan sure jammed jgak. cos sminggu tu arak WC satu KL xsudah2 hehe (jauh impian tu)

said_sogo
11-01-11, 10:36 AM
Entah betul... Entah tak.
Harimau Muda A akan main liga super... Harimau Muda B akan main liga FAM.

Adehhh.... bagi la dorang ni main kat luar! JANGAN main kat sini. Kalau main kat sini, disiplin confirm teruk...
Makan dah tentulah tak jaga. Bila 2-2 ni ada, CONFIRM pasni hancusss.

Kehadapan FAM dan sekutu dengannya...
Gunakanlah kuasa anda untuk bagi peluang budak2 ni main league luar. Kalau tak dapat main league,
friendly macam kat Slovakia tu pun memadai..

p/s : pikir-pikirkan... dan selamat beramal...

FerRari F430
11-01-11, 11:09 AM
Entah betul... Entah tak.
Harimau Muda A akan main liga super... Harimau Muda B akan main liga FAM.

Adehhh.... bagi la dorang ni main kat luar! JANGAN main kat sini. Kalau main kat sini, disiplin confirm teruk...
Makan dah tentulah tak jaga. Bila 2-2 ni ada, CONFIRM pasni hancusss.

Kehadapan FAM dan sekutu dengannya...
Gunakanlah kuasa anda untuk bagi peluang budak2 ni main league luar. Kalau tak dapat main league,
friendly macam kat Slovakia tu pun memadai..

p/s : pikir-pikirkan... dan selamat beramal...

Betul betul betul...
better dia org main kat liga luar yg lebih laju permainannya..
liga m'sia ni slow skit..x bagus utk stamina player utk persiapan team negara.

Retiree01
11-01-11, 11:44 AM
Kelantan punye team dah bubar.... pasal ni la boring bolasepak malaysia ni..kalau team tu kuat tahun ni...tahun depannyer dia boleh turn 180 degree.. kontract player setahun setahun ke ape?

psstt..Jersey Kedah tu macam baju Ultraman je,,,, huhuhuhu

FLO
11-01-11, 12:24 PM
Kelantan punye team dah bubar.... pasal ni la boring bolasepak malaysia ni..kalau team tu kuat tahun ni...tahun depannyer dia boleh turn 180 degree.. kontract player setahun setahun ke ape?

psstt..Jersey Kedah tu macam baju Ultraman je,,,, huhuhuhu

x faham...bila masa team tu bubar?
mrk baru buat majlis memperkenalkan pemain dan jersi baru pasukan
mmg betul..team tahun ni cuma tinggal Norshahrul jer star..selain KFCM
yg lain kombinasi baru/lama dan muda serta tua..
pandai2 la B.S caturkan formasi nanti..
dari segi result test match..agak mengecewakan...byk game kalah
so tunggu hujung bulan ni la ..tgk perkembangan terbaru

Retiree01
11-01-11, 03:33 PM
sorry mungkin salah ayat..tapi tu la maksudnyer bubar... dah team lain ..star semua hilang..

FLO
11-01-11, 03:57 PM
slit
elok gak..ada alasan kalau tahun ni x menang piala...
ekekekeke

carlrietz
12-01-11, 10:11 AM
Syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia di bawah kendalian Rajagopal kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia' kerana berjaya memenangi Piala Suzuki selepas menewaskan negara Indonesia dengan keputusan Agregate 4 - 2. Dengan ini bola sepak di negara malaysia ini sudah mula menunjukan peningkatan dan prestasi dari masa ke semasa dan apa yang peminat2 bolaksepak Malaysia mengharapkan supaya prestasi permainan negara malaysia haruslah berkekalan begini jikalau mahu terus mendapatkan tempat di dalam perlawanan bola sepak antarabangsa seperti kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

KiNgX
12-01-11, 02:44 PM
Info terbaru.


PM umum RM50K amanah saham kepada pemain Malaysia dan tambahan RM15K dari kerajaan dan Shakam.
FAM juga mendapat RM500K dari Sauna untuk program pembangunan jangka panjang...

KiNgX
12-01-11, 05:09 PM
Saya dengan rasa rendah dirinya dan bangganya, mempamerkan wira-wira kami untuk tahun ini.

Skuad Kedah 2011..

Penjaga Gawang :


Helmi Eliza Elias
Mohd Hadi Abd Hamid
Mohd Al Hafiz Hamzah

Pertahanan :


Azmi muslim
Shafizan hashim
Thirumurugan
Fazliata taib
Shahril Faizal
Sabree Abu.
Khairul Helmi Johari.

Tengah dan Penyerang :


Fauzi Shaari
Badrol Bakhtiar
Aminuddin Azmi
Wan Asraf Wan Ali
Khyril Muhymeen
Azlan ismail
Faizal Abu Bakar
Azlan Ismail
Fauzi Nan
Amar Rohidan
Firdaus Faudzi
Shakir Ali

p/s: Team sayoq...oppps, team selangoq mana????

hot_cruel
12-01-11, 05:23 PM
[FONT=Verdana][SIZE=3][COLOR=black]p/s: Team sayoq...oppps, team selangoq mana????

kekekekek sabaq la...hang dok gelojoh buat apa...
tapi kan...bila tgk nama yang atas sekali tu...terus aku takleh tahan :taunt::24::24::24::24:

KiNgX
12-01-11, 05:36 PM
kekekekek sabaq la...hang dok gelojoh buat apa...
tapi kan...bila tgk nama yang atas sekali tu...terus aku takleh tahan :taunt::24::24::24::24:

Biarpun Khairul Fahmi dianggap Hero, Helmi Eliza Elias tetap dihati kami. Biasa la tu, Iker Casillas pun ada turun naik dia....hahaha

hot_cruel
19-01-11, 11:54 AM
hajat dihati nak tepek la team selangor dengan sponsor baru kat sini....tapi cam tak best lak...
MOD kasi bukak thread baru la..liga super 2011...tinggal 10 hari je lagi ni :Finger_fing22::Finger_fing22::Finger_fing22:

ps - kimak...harga tiket stadium shah alam naik RM15 lak...untuk piala sumbangsih RM20...
cam ni gi tgk kat stadium kubu la...baru rm6...kekekekek

KiNgX
07-02-11, 09:19 PM
JAKARTA, KOMPAS.com — Penyerang gempal yang memperkuat tim nasional Malaysia saat sukses meraih gelar juara dalam turnamen AFF 2010, Mohd Safee Bin Mohd Sali, resmi bergabung dengan klub Pelita Jaya, Karawang.

Safee yang juga merupakan pencetak gol terbanyak pada ajang AFF 2010 tersebut dikontrak Pelita selama satu tahun. "Safee resmi tanggal 2 Februari lalu. Namun, dia belum bisa bergabung karena masih harus membela klubnya, Selangor FC, tanggal 12 nanti. Dua hari kemudian, dia baru ke Jakarta," ujar Direktur Teknik Pelita Rahim Soekasah saat dihubungi wartawan, Senin (7/2/2011).

Rahim mengungkapkan, Safee dibeli guna meningkatkan daya gedor timnya. "Pemain Pelita muda-muda. Yang berusia 25 tahun cuma dua orang. Selain itu, kami juga membutuhkan penyerang. Kami sudah main bagus, tetapi enggak ada yang bisa mencetak gol," ucap Rahim.

Sayangnya, Rahim enggan membeberkan nilai nominal pembelian penyerang kelahiran Selangor, 29 Januari 1984, itu. "Kami sudah sepakat enggak membeberkan harga Safee. Kalau terlalu murah harganya, Safee bisa dilarang ke Jakarta. Kalau terlalu tinggi, dia bisa dibilang mata duitan," tuturnya.

dar74
08-02-11, 08:17 AM
JAKARTA, KOMPAS.com — Penyerang gempal yang memperkuat tim nasional Malaysia saat sukses meraih gelar juara dalam turnamen AFF 2010, Mohd Safee Bin Mohd Sali, resmi bergabung dengan klub Pelita Jaya, Karawang.

Walaupun Pelita Jaya tahun lepas tidak menyerlah di Liga Indonesia tetapi team ni ada pencapaian yg baik dlm sejarah bolasepak di sana, antara team yg terawal yg pernah diwakili oleh pemain lagenda Singapura Fandi Ahmad.
Safee tentu dapat menimba pengalaman bermain dgn pemain luar selain dari pemain Malaysia. Kita dapat tgk hasil dari latihan Harimau Muda di Slovakia sbg contoh yg aku rasa antara faktor utama Malaysia sgt berjaya di Piala AFF Suzuki baru2 ni. Harap2 lebih ramai player Malaysia dpt menyerlah di luar negara.

terunasuci
08-02-11, 08:52 AM
Walaupun Pelita Jaya tahun lepas tidak menyerlah di Liga Indonesia tetapi team ni ada pencapaian yg baik dlm sejarah bolasepak di sana, antara team yg terawal yg pernah diwakili oleh pemain lagenda Singapura Fandi Ahmad.
Safee tentu dapat menimba pengalaman bermain dgn pemain luar selain dari pemain Malaysia. Kita dapat tgk hasil dari latihan Harimau Muda di Slovakia sbg contoh yg aku rasa antara faktor utama Malaysia sgt berjaya di Piala AFF Suzuki baru2 ni. Harap2 lebih ramai player Malaysia dpt menyerlah di luar negara.

Sedikit info, Ramai pemain hebat bertaraf dunia yang lain pernah bermain dengan pasukan tersebut antaranya Roger Milla dan Mario Kempes......

KiNgX
08-02-11, 02:52 PM
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/a/ab/Football_Association_of_Malaysia_crest.svg/160px-Football_Association_of_Malaysia_crest.svg.png VS http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/0/09/HKFA_crest.svg/150px-HKFA_crest.svg.png

MALAYSIA VS HONG KONG


Match type: International friendly
Date: 9 February 2011 (Wed)
Kick-off: 8:45pm
Venue: Stadium Shah Alam
Admission:

RM20
8 Feb (Tue) @ Wisma FAM: 9am - 5pm
9 Feb (Wed) @ Wisma FAM: 9am - 12pm
9 Feb (Wed) @ Stadium Shah Alam: 4pm - kickoff time


Live broadcast: Astro Arena (Ch 801) 8.30pm

Details:
http://www.fam.org.my/n.asp?id=155
http://www.fifa.com/associations/associati...er=m/index.html (http://www.fifa.com/associations/association=mas/fixturesresults/gender=m/index.html)

Takde sapa yang pergi ker?

shytan79
09-02-11, 11:43 AM
Gaji Safee RM30,360

MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini.

*Gaji masyuk tu..

terunasuci
09-02-11, 11:47 AM
Gaji Safee RM30,360

MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini.

*Gaji masyuk tu..

Tak paham aku dorang ni...aritu both party (FAS dengan Pelita Jaya) announce tak nak bagitau jumlah pampasan dan gaji si Safee ni......

dar74
09-02-11, 02:45 PM
Tak paham aku dorang ni...aritu both party (FAS dengan Pelita Jaya) announce tak nak bagitau jumlah pampasan dan gaji si Safee ni......



bro TS, rasa2 nyer ni kali pertama aku dgr pemain Malaysia dibeli oleh kelab luar. Sebelum2 ni, memang ada pemain Malaysia yg dpt main kat luar negara macam Akmal Rizal. Juzaili Sameon, Rudie Ramli, Lim Teong Kim, Dali Omar tapi diorg ni semua samada dihantar oleh FAM ataupun keluar merantau secara sendirian berhad.
Nampaknyer pemain Malaysia dah mula ada nilai secara komersial. Mungkin pasukan2 Liga M sudah bole mengorak langkah yg sama apabila melibatkan perpindahan pemain. Baru nampak yg Liga M ada nilai komersial mcm Liga Jepun, Arab Saudi, UAE atau Liga Korea.

terunasuci
09-02-11, 02:54 PM
bro TS, rasa2 nyer ni kali pertama aku dgr pemain Malaysia dibeli oleh kelab luar. Sebelum2 ni, memang ada pemain Malaysia yg dpt main kat luar negara macam Akmal Rizal. Juzaili Sameon, Rudie Ramli, Lim Teong Kim, Dali Omar tapi diorg ni semua samada dihantar oleh FAM ataupun keluar merantau secara sendirian berhad.
Nampaknyer pemain Malaysia dah mula ada nilai secara komersial. Mungkin pasukan2 Liga M sudah bole mengorak langkah yg sama apabila melibatkan perpindahan pemain. Baru nampak yg Liga M ada nilai komersial mcm Liga Jepun, Arab Saudi, UAE atau Liga Korea.

Tu la pasal...aku pun rasa ini adalah kali pertama berlaku...boleh masuk Malaysian Book of Record...

Kalau main bagus memang camni lah...tp aku respek dengan kelab Indonesia ni...banyak dorang duit untuk beli pemain...tu baru kelab tangga bawah...kalau kelab tangga atas mahu lagi banyak dorang mampu bayar...ni baru betul2 profesional......



p/s : aku bangga sebagai penyokong Selangor...

RooTz
09-02-11, 07:30 PM
Hmmm mmg kita patut berbangga dengan player malaysia seperti Safee Sali sbb dia dibeli bukan dihantar untuk bermain dgn kelab luar... Tapi kenapa nk disclose gaji dia laks.... banyak tul duit kelab tuh yer...

FLO
09-02-11, 11:11 PM
Malaysia tundukkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan

09/02/2011 10:40pm

KUALA LUMPUR 9 Feb – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengalahkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini.
Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal dalam masa kecederaan separuh masa kedua.
Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad negara selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini. – Utusan

KiNgX
10-02-11, 12:28 AM
Tahniah skuad Harimau Malaya. Saya memang tertarik sungguh dengan corak permainan Norshahrul Idlan Talaha, rajin mamat ni kejar bola. Tak sia-sia pegi Shah Alam tadi...

carlrietz
10-02-11, 09:41 AM
Malam semalam perlawanan persahabatan di antara skuad pasukan Negara Kita Malaysia bertemu dengan Hong Kong yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Dan sekali lagi pasukan negara menunjukan prestasi yang mantap dan permainan yang boleh di katakan rata2 nya sudah di perbaiki dari segi mutu dan corak taktikal apabila pasukan negara Kita telah memenangi perlawanan persabahatan tersebut yang berkesudahan 2 - 0. Syabas untuk pasukan muda Malaysia semoga dpt mengekalkan prestasi cemerlang untuk perlawanan2 yang seterusnya.

FerRari F430
10-02-11, 10:35 AM
Hmmm mmg kita patut berbangga dengan player malaysia seperti Safee Sali sbb dia dibeli bukan dihantar untuk bermain dgn kelab luar... Tapi kenapa nk disclose gaji dia laks.... banyak tul duit kelab tuh yer...

maybe sbb kelab dia org x perlu bayar ganti rugi RM beratus2 ribu setiap kali penyokong memberontak di stadium..huhuhu

shytan79
10-02-11, 12:08 PM
Malaysia 2 Hong Kong 0

gol jaringan Malaysia..

Gol first oleh Safiq Rahim(minit ke-43) :http://www.youtube.com/watch?v=UtKxDLFSbzs
Gol 2nd oleh Amiruladi (minit ke 90) :http://www.youtube.com/watch?v=ESGJhL05BRs

KiNgX
10-02-11, 12:38 PM
Khairul Fahmi dapat banglo RM100,000

KERAJAAN negeri meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat bernilai RM100,000 di Pengkalan Chepa sebagai hadiah kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang bertindak cemerlang membantu skuad kebangsaan muncul juara dalam Piala Suzuki AFF, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata tapak rumah itu yang terletak berhampiran kawasan rumah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, disediakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini (semalam) sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah banglo setingkat di Taman Kurnia Jaya sebagai hadiah dijanjikan kepada Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya, semalam. Pada 3 Januari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengumumkan pemberian rumah kepada Khairul Fahmi sebagai hadiah mengenang jasa serta pengorbanan pemain kebangsaan itu.

Sementara itu mengulas mengenai ada pemain The Red Warriors yang tercicir daripada menerima sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 baru-baru ini, Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri tidak terbabit dalam perkara ini kerana sumbangan sudah diberi kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Empat bekas tonggak Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhamad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Rose dikatakan dinafikan hak mereka dalam menerima sumbangan kerajaan negeri selepas membantu skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010.

p/s: untung Apek ni

Intanmahsuri
10-02-11, 03:02 PM
Tahniah skuad Harimau Malaya. Saya memang tertarik sungguh dengan corak permainan Norshahrul Idlan Talaha, rajin mamat ni kejar bola. Tak sia-sia pegi Shah Alam tadi...

Malam td ada pegi ke..tak terserempak pulak kita yer..tak ada jodoh..ekkeke

RooTz
10-02-11, 09:32 PM
Tahniah juga kepada pasukan Malaysia... mmg layak menang... mmg rajin player2 kita mlm semalam... syabas..... tp improve cara passing & shooting supaya lebih digeruni lg oleh pihak lwn.... jgn leka... keep it up...

said_sogo
11-02-11, 09:36 AM
Aku agak kurengggg ngan sukan kat Malaysia ni (POLITIK) tapi, sedikit sebanyak ada gak rasa bangga ngan semangat player.

FAM, kalau nak buat freindly pun... carilah ranking yang lagi atas dari team MALAYSIA oiiii.

Malaysia 140
Hong kong 143

FerRari F430
11-02-11, 10:23 AM
Aku agak kurengggg ngan sukan kat Malaysia ni (POLITIK) tapi, sedikit sebanyak ada gak rasa bangga ngan semangat player.

FAM, kalau nak buat freindly pun... carilah ranking yang lagi atas dari team MALAYSIA oiiii.

Malaysia 140
Hong kong 143

emmm kalau x silap aku,game friedly ni diaturkan oleh FAM sebelum AFF Game tempoh hari. Dan ketika itu ranking Malaysia masih di bawah Hong Kong.Peningkatan mendadak ranking malaysia dari 160++ adalah disebabkan kejayaan malaysia dlm piala asean dan AFF tempoh hari.Termasuk berjaya ke suku akhir piala asia. dan biasanya utk friendly game, pasukan x akan pilih team yg terlalu jauh rankingnya,so x sangka plak dpt pintas ranking pasukan tu sebelum lawan.apa pun, syabas buat pengurusan baru FAM skang ni, dh banyak juga perubahan dan peningkatan dlm bola sepak m'sia skang.Jgn lupa, kita juga pernah mempelawa korea selatan tempoh hari utk friendly game, dan kita menang (walaupun dia org bukan hantar team utama sbb memperkecilkan kemampuan kita).Ini menunjukkan FAM kini sedaya mungkin mahu memajukan bola sepak malaysia.

terunasuci
11-02-11, 10:38 AM
Disebabkan ranking Malaysia yang rendah, bukan mudah nak mengaturkan perlawanan dengan pasukan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi...so, tak salah untuk kita bermula dengan pasukan2 yang ranking di bawah2 ni...

Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak melibatkan banyak politiking, insyaallah skuad ini boleh pergi lebih jauh.....

FerRari F430
11-02-11, 10:45 AM
Disebabkan ranking Malaysia yang rendah, bukan mudah nak mengaturkan perlawanan dengan pasukan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi...so, tak salah untuk kita bermula dengan pasukan2 yang ranking di bawah2 ni...

Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak melibatkan banyak politiking, insyaallah skuad ini boleh pergi lebih jauh.....



yup, saya setuju dgn anda dalam perkara ini. kalau bukan kita,siapa lagi yg mahu menyokong bola sepak malaysia.tp sedih juga bila pi stadium tempoh hari tp x ramai yg datang..apa pun tahniah buat yg hadir memberi sokongan. x sabar nk turun stadium mlm esok, kelantan vs johor fc.

shytan79
11-02-11, 10:51 AM
yup, saya setuju dgn anda dalam perkara ini. kalau bukan kita,siapa lagi yg mahu menyokong bola sepak malaysia.tp sedih juga bila pi stadium tempoh hari tp x ramai yg datang..apa pun tahniah buat yg hadir memberi sokongan. x sabar nk turun stadium mlm esok, kelantan vs johor fc.

Sy tngah tunggu kedah mai shah alam awal bulan depan..gian ni lama dah x gi stadium..ekekekeke

Retired
11-02-11, 01:59 PM
apa latest update tentang si Brendan GUN....sapa mamat ni? 2-3 hari ini asyik dengar nama ni...kat FB pun ramai bebudak dah buat page dia....ada 2 nama lagi jugak kedengaran hari ini...Shaun Maloney dan JixLong

glenn.e
11-02-11, 02:52 PM
Aku agak kurengggg ngan sukan kat Malaysia ni (POLITIK) tapi, sedikit sebanyak ada gak rasa bangga ngan semangat player.

FAM, kalau nak buat freindly pun... carilah ranking yang lagi atas dari team MALAYSIA oiiii.

Malaysia 140
Hong kong 143

Setuju..xperlu terlalu jauh rankingnye..kelak memakan diri..biar dibentuk mental dahulu...jika dilihat masa world cup dulu portugal vs korea utara..terlalu jauh rangking mereka...nampak jurang kualiti...

KiNgX
11-02-11, 04:37 PM
Setuju..xperlu terlalu jauh rankingnye..kelak memakan diri..biar dibentuk mental dahulu...jika dilihat masa world cup dulu portugal vs korea utara..terlalu jauh rangking mereka...nampak jurang kualiti...

Contoh terdekat ialah ketika Selangor mengadakan perlawanan persahabtan dengan kelab Dari Australia, Bayswater awal tahun ini....kalah 2-1 tu...opssssssssss...ekekekekeke

Persahabatan : Selangor 1 Bayswater 2

SKUAD Liga Super Selangor tewas 1-2 kepada kelab Australia, Bayswater pada aksi pertama di Dorrien Gardens pada kunjungan pramusim di Perth, Australia malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, gol tunggal skuad bimbingan K. Devan itu terhasil menerusi tandukan pemain veteran, D. Surendran manakala dua gol Bayswater disumbang Cisco dan Anthony McStea.

terunasuci
11-02-11, 04:39 PM
Contoh terdekat ialah ketika Selangor mengadakan perlawanan persahabtan dengan kelab Dari Australia, Bayswater awal tahun ini....kalah 2-1 tu...opssssssssss...ekekekekeke

Persahabatan : Selangor 1 Bayswater 2

SKUAD Liga Super Selangor tewas 1-2 kepada kelab Australia, Bayswater pada aksi pertama di Dorrien Gardens pada kunjungan pramusim di Perth, Australia malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, gol tunggal skuad bimbingan K. Devan itu terhasil menerusi tandukan pemain veteran, D. Surendran manakala dua gol Bayswater disumbang Cisco dan Anthony McStea.


Ni bila punya punya berita daaa............

KiNgX
11-02-11, 04:44 PM
Ni bila punya punya berita daaa............


Ni game awai tahun ni, tak silap 8 Jan 2011 punya game...hat depaa pi Australia tuh...angpa kata angpa tera ada 6 orang wira Harimau Malaya dalam tu....

terunasuci
11-02-11, 04:49 PM
Ni game awai tahun ni, tak silap 8 Jan 2011 punya game...hat depaa pi Australia tuh...angpa kata angpa tera ada 6 orang wira Harimau Malaya dalam tu....

Sedangkan Brazil pun boleh kalah dengan Perancis, inikan pulak pasukan Selangor...nama pun perlawanan pra musim...so, persefahaman tu tak dak lagi......

glenn.e
11-02-11, 08:34 PM
Ni game awai tahun ni, tak silap 8 Jan 2011 punya game...hat depaa pi Australia tuh...angpa kata angpa tera ada 6 orang wira Harimau Malaya dalam tu....

Ni perlawanan pra musim....pemanas badan..tidak boleh dijadikan ukuran...

RooTz
12-02-11, 09:22 AM
Kalah pun takper janji dpt pengalaman.... hehehhe... jgn kalah banyak dah ler...

FLO
19-02-11, 02:49 AM
Piala FA - Kelantan, Harimau Muda A mara

18/02/2011 11:50pm

KUALA LUMPUR - Kelantan menewaskan T-Team 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam tadi untuk mara ke pusingan kedua Piala FA.
Terikat 1-1 selepas tamat 120 minit waktu permainan, perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti dan kegagalan Norfadzly Alias menyempurnakan sepakan keenam memberikan kemenangan kepada Kelantan.
Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A membelasah Sinar Dimaja Maisarah Navy 4-0 untuk mara ke pusingan seterusnya. - Utusan

KiNgX
24-02-11, 01:03 AM
Malaysia 2 - 0 Pakistan.

Tahniah skuad muda Harimau Malaya....permainan yang menarik, banyak menyerang, cuma tak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk menjaringkan lebih gol walaupun dengan pihak lawan hanya bermain 10 orang.

FerRari F430
24-02-11, 07:50 AM
pada pandangan peribadi aku, permainan malaysia mlm td walaupun menang 2-0, permainan agak teruk.sib baik pakistan main lagi teruk. walaupun ada banyak juga serangan, ini disebabkan midfilder lawan lansung tidak berfungsi.kalau tengok pakistan main, dh mcm budak sekolah main, sampai 3/4 org kejar bola serentak... tp peliknya player m'sia masih x dpt manipulasi situasi itu. striker plak, dh mcm back up striker sbb dia lebih banyak assist bola kpd kawan2 dgn gerakan menarik (sbb tu dpt best player of the game), dlm team senior mcm shahrul idlan talaha ler ni..tp shahrul memang back up striker dgn safee sali sbg striker utama... walau pun dpt main dgn menarik dan dapat best player, tp finishing teruk. sepak bola time nk score mcm nak passing jer, x padu.. kalau tengok gaya safee sali, padu gila bila rembat. patut m'sia dpt sekurang2 5 gol malam td.

hot_cruel
05-03-11, 11:14 AM
Prestasi hambar: Penyokong Kedah mahu jurulatih undur

ALOR SETAR 5 Mac – Prestasi hambar pasukan Kedah musim ini yang turut menyaksikan mereka tersingkir dari saingan Piala FA malam tadi menyebabkan lebih 1,000 peminatnya mengadakan demonstrasi menuntut pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof meletak jawatan serta-merta.
Demonstrasi selama 30 minit itu bermula di luar Stadium Darul Aman sejurus selepas Kedah tewas 0-1 kepada Felda United di hadapan lebih 3,000 penyokong sendiri.
Sambil menyanyikan lagu keramat ”Enjit-Enjit Semut”, kumpulan itu yang memegang kain rentang tertulis “jurulatih dan pengurus pasukan undur diri” enggan berganjak dan meminta bersemuka dengan jurulatih Kedah.
"Kami mahu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) segera melucutkan jawatan Ahmad Yusof, Datuk Khazali dan penolong jurulatih, Radzi Md Din serta-merta kerana gagal melatih pasukan dengan baik dan menempatkan pasukan di kedudukan yang baik,” kata seorang penyokong Amir Murad, 35, ketika ditemui di situ.
Sementara itu seorang lagi penyokong Daris Sobri, 23, berkata, prestasi Kedah yang begitu buruk pada saingan Liga Super musim ini menuntut kepimpinan baru bagi mengembalikan kegemilangan pasukan Hijau Kuning.


ps - femes tul lagu enjit2 semut ni :35:

terunasuci
07-03-11, 10:09 AM
Prestasi hambar: Penyokong Kedah mahu jurulatih undur

ALOR SETAR 5 Mac – Prestasi hambar pasukan Kedah musim ini yang turut menyaksikan mereka tersingkir dari saingan Piala FA malam tadi menyebabkan lebih 1,000 peminatnya mengadakan demonstrasi menuntut pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof meletak jawatan serta-merta.
Demonstrasi selama 30 minit itu bermula di luar Stadium Darul Aman sejurus selepas Kedah tewas 0-1 kepada Felda United di hadapan lebih 3,000 penyokong sendiri.
Sambil menyanyikan lagu keramat ”Enjit-Enjit Semut”, kumpulan itu yang memegang kain rentang tertulis “jurulatih dan pengurus pasukan undur diri” enggan berganjak dan meminta bersemuka dengan jurulatih Kedah.
"Kami mahu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) segera melucutkan jawatan Ahmad Yusof, Datuk Khazali dan penolong jurulatih, Radzi Md Din serta-merta kerana gagal melatih pasukan dengan baik dan menempatkan pasukan di kedudukan yang baik,” kata seorang penyokong Amir Murad, 35, ketika ditemui di situ.
Sementara itu seorang lagi penyokong Daris Sobri, 23, berkata, prestasi Kedah yang begitu buruk pada saingan Liga Super musim ini menuntut kepimpinan baru bagi mengembalikan kegemilangan pasukan Hijau Kuning.


ps - femes tul lagu enjit2 semut ni :35:

Ni semua gara2 citer Hantu Kak Limah la ni...hahaha

Apa pun tahniah untuk Safee Ali atas permulaan yang cemerlang semasa mewakili kelab Pelita Jaya......

KiNgX
24-03-11, 12:07 PM
Kedah minat pancing Alberts latih skuad HijauKuning

ROBERT Alberts - jurulatih berasal dari Belanda yang mengemudi Kedah muncul juara Piala Malaysia 1993 - adalah antara beberapa calon dalam perhatian Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih menggantikan tempat Ahmad Yusof yang direhatkan.

Presidennya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas badan berkenaan, baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan senarai calon berkenaan termasuk mengunci rapat mulut ketika ditanya mengenai ura-ura Sang Kenari bakal mendapat khidmat jurulatih import.

“Bagi kita sedikit masa membuat keputusan memilih (lantik) ketua jurulatih baru, sekarang ada beberapa nama tetapi masih belum dimuktamadkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam. Antara calon lain termasuk bekas jurulatih, Mustakeen Omar, Ahmad Shafiq dan Mohamad Ramli.

Ditanya, mengenai pelantikan Azraai Khor Abdullah yang juga bekas ketua jurulatih Kedah ke skuad Negeri Sembilan, dia berkata, Azraai berhak untuk membuat keputusan terbaik dan menjelaskan ia tidak mengganggu pemilihan ketua jurulatih baru pasukan Hijau Kuning.

RooTz
28-03-11, 07:13 PM
Perlawanan persahabatan malaysia tempoh hari bolehlah dikategorikan sebagai ok gak laa... striker x tajam sgt... tp nice gol yg kita dapat... maybe tanpa safee sali yg begitu komited ngan pelita jaya hingga dapat menjaringkan 2 gol dlm perlawanan ngan bontang fc... syabas safee sali.... sentuhanmu tetap berbisa.... pandangan aku laa...

bayulaut
01-04-11, 04:25 PM
Safi mmg best..cuma kesian lee kat Team Selangor kerana hilang Ayam tambatan..semoga selangor le menang piala malaysia tahun ni..dah lama kemarau ni..

abangbang
17-05-11, 09:16 AM
selangor seems hurt for losing Safee. HAHA. lost to kelantan. dont know what to say. some saying the referee . but, dont know? Liga Super still, suck. for me .

terunasuci
24-06-11, 09:07 AM
Tahniah!!! Kepada pasukan Olimpik Malaysia kerana berjaya menumpaskan pasukan Lubnan dengan keputusan 2 - 1...walaupun aku rasa serangan pasukan Lubnan banyak yang berjaya mencemaskan pintu gol Malaysia, tapi displin pemain yang menuruti arahan taktikal berjaya membuat kita bangga...

Sekarang pasukan Malaysia dah masuk pusingan 12 terbaik......

KiNgX
24-06-11, 11:29 AM
Tahniah buat skuad Olimpik Malaysia....bercucuran air mata semalam sebab emosi sesangat...hahaha

toro
24-06-11, 08:19 PM
Tahniah buat skuad Olimpik Malaysia....bercucuran air mata semalam sebab emosi sesangat...hahaha\

Tahniah Skuad Olimpik Kita
Ha Ha Ha... Samalah kita :cry::cry:Saya dan HM menangis keriangan.....
Itulah dinamakan semangat Malaysia Boleh !!! :Finger_fing22::Finger_fing22:
Walaupun pemain kita nampak gabra sikit, Tapi yang pastinya kita menang

toro
03-07-11, 10:40 PM
Tahniah & Syabas :Finger_fing22::Finger_fing22::Finger_fing22:
kepada Pasukan Kebangsaan kita kerana berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.
Ini adalah kejayaan tertinggi kita dalam sejarah pusingan kelayakan Piala Dunia.
Walaupun perjalanan masih lagi jauh dan lebih mencabar, diharapkan pasukan kita akan mencipta lebih sejarah lagi....

terunasuci
04-07-11, 01:31 PM
Tahniah!!! kepada skuad Malaysia...walaupun tewas dengan keputusan 3-2, tp tetap layak dengan kiraan gol di tempat lawan...pasukan Singapura menunggu kita...

Apa yang saya amat bangga, gol2 yang dihasilkan oleh skuad Malaysia memang amat cantik dan bertaraf dunia......

xerox
04-07-11, 10:46 PM
Tahniah!!! kepada skuad Malaysia...walaupun tewas dengan keputusan 3-2, tp tetap layak dengan kiraan gol di tempat lawan...pasukan Singapura menunggu kita...

Apa yang saya amat bangga, gol2 yang dihasilkan oleh skuad Malaysia memang amat cantik dan bertaraf dunia......



btol tu bro... memang ada peningkatan...

Horatio
24-07-11, 04:45 PM
Semalam kita tumpas 5-3 pada singapura di Singapura...... Masih ada harapan...... Malaysia perlu menang dengan lebihan 2 gol tanpa memberi Singapore score lebih dari 3 sebab kalau menang 6-4 dah tak berguna lagi.....

Ayuh harimau ! kasi baham itu singa !

terunasuci
25-07-11, 10:40 AM
Aku amat kecewa dengan gol ke 5 Singapura...sbb memang boleh nampak kelemahan pertahanan Malaysia...

Apa pun, harap pasukan Malaysia dapat menampilkan permainan yang lebih baik pada Khamis ini......

Harimau Malaya...Aum!!!!!

FLO
25-07-11, 11:35 AM
nasib baik sy tido
jadi bila bangun dh kena bnyk gol
tak la menyampah sgt tgk game tu..ekekekk

solofighter
25-07-11, 11:56 AM
nasib baik sy tido
jadi bila bangun dh kena bnyk gol
tak la menyampah sgt tgk game tu..ekekekk

time kena tu mmg menyampah gila tgk defend ngan keeper...mcm kena pukau je....tp time safee ngan hadi score...melompat2 aku dpn tv...harap2 kat BJ nnt bagi hadi ngan safee partnership lagi...

FLO
25-07-11, 12:11 PM
safee n hadi dah OK
tapi masalah defend yg teruk
tengah sure amirul hadi zainal akan main 1st regular sbb safiq dh tak ada..patut tmph hari mamat ni main dari 1st half lagi..sila datuk K simpan dia

bek 4 nampak gaya kena panggil otai sorang la..kalau aidil x sembuh..
teruk sangat persefahaman defend ni

shytan79
25-07-11, 12:23 PM
time kena tu mmg menyampah gila tgk defend ngan keeper...mcm kena pukau je....tp time safee ngan hadi score...melompat2 aku dpn tv...harap2 kat BJ nnt bagi hadi ngan safee partnership lagi...

Aku lak mata kiri tengok bola mata kanan tengok update kat fb..antara response yg aku nmpak banyak terarah ke defense la..:

- ada gak yg kata susah player m'sia nk adapt padang singapore..
- bek malaysia yg susah nak kekang striker singapore yg dah tergolong dlm warga emas + perut boroi lagi tu..ekeke
- ada cadangan 4 bek n keeper aritu kena rombak balik..

*sapa x sayang team bola negara sendiri oooi..game bola x start lagi aku dah terpacak kat meja depan skali kat kedai makan..ekekeke

PakUda
25-07-11, 12:49 PM
mmg defence teruk sgt ari tu.. striker sedap2 main cantik defence pulak mcm hampeh..
lebih baik defence pilihan m'sia yg main sama chelsea tu..
harap2 main kt bkt jalil ni Datuk Raja tukar defence lain..

abgbesar
25-07-11, 11:22 PM
aku rasa boleh menang kat bukit jalil nanti ni... tak logik laa kalau tak tapau singapore tu... memang silap besar la diarang nak datang sini kalau ingat senang2 boleh menang...
In raja gopal we trust...
Come on MALAYSIA!!

KiNgX
25-07-11, 11:58 PM
Ni cakap banyak tak payah, ayuh kita ke stadium bukit jalil...TS mana? dia pi dak? HC? wood3 mana?