PDA

View Full Version : Saman!!Mari Berkongsi Berapa Banyak Saman Trafik Yang Anda Miliki.

PeeJay
23-02-11, 08:02 PM
Tujuan thread di up kan ... bukan riak nak tunjuk kedegilan melanggar undang-undang jalanraya sehingga mengumpul saman trafik yg banyak dan tak mahu bayar.
Tapi ingin kongsi jumlah saman dan denda yg dikenakan supaya menjadi ingatan dan tauladan supaya menjadi pemandu berhemah, mematuhi undang-undang.

Berkenaan PDRM akan bertegas, tarikh 28 Feb 2011 adalah tarikh akhir membayar saman yg tertunggak, semua kelam kabut menyemak jumlah saman dan denda masing2. Saya pun tak ketinggalan tergolong dalam spesis manusia yg liat nih.

Selepas 1 March 2011, tiada lagi discount untuk kompaun kesalahan jalan raya, dan pengguna yg berdegil tidak menjelaskan tunggakan saman akan disenarai hitam serta merta. Impaknya ... tak boleh sambung roadtax.. dan PDRM akan membawa kes ke mahkahmah. So ... siap la untuk digari!!!!

Setelah kesedaran timbul, saya buat semakan saman .. jumlah adalah seperti berikut:
1. Saman Kereta pertama Honda - 7 Saman
2. Saman Kereta kedua Perdana - 9 Saman
3. Saman Kereta ketiga AD Resort (sudah dijual) - 4 saman
4. Saman Kereta keempat Proton Saga (saya pun lupa saya pakai ke kereta ni) - 1 saman.
Jumlah = 21 saman (denda selepas discount = RM1810

kereta HM:
1. Kancil Turbo - 5 saman berjumlah =RM550

Kereta skandel (ditarik balik selepas putus hubungan)
1. Honda City - 11 saman berjumlah RM1120

Hahhhh tuh dia ... kesemuanya saman ekor .....

Tengok bertapa seriusnya kerajaan nak kutip hasil dari rakyat!!!!!

Anda pula bagaimana?????:icon_scared:

CtiE
24-02-11, 03:03 AM
salam hormat abg tajuk saman not samak** saya punya saman pulak atas keta myvi mak saya, saya kumpul 3 saman
1- saman had laju highway plus seremban ( otw balik kampung den)
2- saman had laju kt highway sampah @ mrr2 had laju 80 saya ter speed 94
3- saman pakai telefon bimbit time memandu

padahal semuanya tahun lepas satu daripadanya keluar waran tangkap tapi semua dh settle awal tahun 2011 hehe...

FerRari F430
24-02-11, 07:43 AM
saya punya x banyak:
saman had laju 10 x RM300 = RM3000
dpt discount 50% = RM1500
waduhhhhhhhhhhhhh kopak den

Intanmahsuri
24-02-11, 09:07 AM
Saman saya setakat ni hanya 1. Pada tahun lepas dekat Ganu.
Dapat diskaun, jd just kena bayar RM150.

solofighter
24-02-11, 09:21 AM
Disebabkan sy seorg pemandu yg berhemah, sy cuma ada satu je saman belum dibayar, saman parking, 30 hengget...kekeke

shahruls
24-02-11, 01:53 PM
baru settle bayar 4 saman blacklist tadi,nasib baik 10 org je beratur kul 8 lebih td... setengah jam dah settle.. terbang la rm600,kalau tak kena bayar rm1200. semalam check kat kaunter dan print ada 37 saman dari tahun 2003 hingga 2011... 21 saman parking,ni adik saya bawa kete lama saya,semua parking kena area kl ... saman yg lain2 tunggu diskaun 90% lak :) yg penting boleh renew roadtax setahun,kalau x boleh renew 6 bulan jer... dan tadi gak terus sy buat road tax motor,confirm x de masalah,boleh buat setahun... so sesape yg x bayar lagi tu,at least bayar la dulu saman balacklist supaya x kacau kita nak renew roadtax.. dan ada tulis notis urusan berakhir pada 28 feb jam 11 pagi kerana urusan penutupan akaun... so cepat2 diskaun 50%

shyme
24-02-11, 01:59 PM
Alhamdulillah anda tiada saman.. ekeke....:eaea::eaea::eaea:

Begitulah cerita pemandu berhemah macam saya. Tapi saman parking DBKL rasanya penuh armrest box saya tu. Selagi x de masalah nak renew roadtax selagi tu JANGAN HARAP AKU NAK BAGI KAT KO DBKL!!!!!! :icon_pixel::redcard::bomb:

toro
24-02-11, 02:42 PM
Disebabkan sy seorg pemandu yg berhemah, sy cuma ada satu je saman belum dibayar, saman parking, 30 hengget...kekeke

Eh !!! Abang solofighter... saya pun ada satu saman yang belum dibayar... Boleh tumpang sekali ??? hehehe...:kid::kid::kid:

solofighter
24-02-11, 04:32 PM
Eh !!! Abang solofighter... saya pun ada satu saman yang belum dibayar... Boleh tumpang sekali ??? hehehe...:kid::kid::kid:

abg toro...boleh je tumpang sekali, nnt awk bank in kan duit dlm akaun saya yer?hehehe

Retiree01
24-02-11, 05:59 PM
baru bayar saman kete lama..saman ekor tahun 1999 huhuhuhu..3 keping maximum rm100 setiap satu..discount 50 setiap satu..ni x bayar sbb satu masa dulu ade dakyah yg mengatakan saman ekor x payah bayar... mungkin jugak betul dajyah tu..sbb dari tahun 1999 sampai sekarang 2011..x de kena balcklist pun...

ape ape pun last year aku kena black list mase nk update roadtax.. reason aku ade satu saman tandatangan punye , kes no plate patah ..kete company lak tu huhuhuhu.. bayar yg tu ..terus line clear..

saman parking kalau yang majlis perbandaran punye..aku mmg mengumpul ..dari Ampang Jaya, Stiawangsa, PJ, Klang, KL pun ade kot..... kalu semua ni go online and claim blacklist mampus aku... semua dalam 400 keping tuh ....

tumpang tanya..saman DBKL mcm mana nk check?

toro
24-02-11, 06:03 PM
abg toro...boleh je tumpang sekali, nnt awk bank in kan duit dlm akaun saya yer?hehehe

Eh !!! Esok tengahari kan kita boleh jumpa ??? :kid: :kid: :kid: :kid: :kid:

wood3
24-02-11, 08:47 PM
Aku ada 11 saman n 7 blacklist........mampoih nak bayaq nanti...roadtax pulak aprill nanti kiokk.
tak larat aku nak kira berape bayaran....

CtiE
24-02-11, 10:33 PM
baru bayar saman kete lama..saman ekor tahun 1999 huhuhuhu..3 keping maximum rm100 setiap satu..discount 50 setiap satu..ni x bayar sbb satu masa dulu ade dakyah yg mengatakan saman ekor x payah bayar... mungkin jugak betul dajyah tu..sbb dari tahun 1999 sampai sekarang 2011..x de kena balcklist pun...

ape ape pun last year aku kena black list mase nk update roadtax.. reason aku ade satu saman tandatangan punye , kes no plate patah ..kete company lak tu huhuhuhu.. bayar yg tu ..terus line clear..

saman parking kalau yang majlis perbandaran punye..aku mmg mengumpul ..dari Ampang Jaya, Stiawangsa, PJ, Klang, KL pun ade kot..... kalu semua ni go online and claim blacklist mampus aku... semua dalam 400 keping tuh ....

tumpang tanya..saman DBKL mcm mana nk check?

boleh check online www.myeg.com.my kena register dulu yer.... :)

Admin
24-02-11, 11:23 PM
Sedikit pertanyaan, jikalau sekarang ini sebelom 1 March kita dapat diskaun 50%, akan tetapi kita hanya bayar separuh saman sahaja, let say hanya bayar 5 saman out of 10 saman, adakah saman yang balance lagi 5 itu still dapat diskaun after 1 March atau ia akan automatik back to full amount ???

xpmen
25-02-11, 09:09 AM

still dapat diskaun, tapi kena blacklist , tak boleh renew roadtax

axxan
25-02-11, 09:40 AM
maknanya, seperti contoh skang ni atas nama saya ada 4 saman, satu status blacklist, total semua baru RM400, dapat diskaun 50%, saya kena bayar Rm200 aje.. tapi modal lum ada, cuma akan ada cash utk bayar pada 3-4 Mac, so maknanya, saya perlu bayar amaun penuh (RM400) la kan?? tapi lepas bayar, nama saya boleh di clearkan tak?

shyme
25-02-11, 10:21 AM
Cara-cara nak mengecheck saman PDRM

POLIS SAMAN NO IC send kat 15888

WINGS
25-02-11, 10:35 AM
WINGS = tiada saman...
pergh..cemerlang..drebar yg penuh disiplin dan bersopan santun...:)

CtiE
25-02-11, 10:50 AM
Sedikit pertanyaan, jikalau sekarang ini sebelom 1 March kita dapat diskaun 50%, akan tetapi kita hanya bayar separuh saman sahaja, let say hanya bayar 5 saman out of 10 saman, adakah saman yang balance lagi 5 itu still dapat diskaun after 1 March atau ia akan automatik back to full amount ???

let say ada 10 saman kena check betul2 dan paling diutamakan sila la bayar saman yg blacklist dahulu... sebab kemungkinan besar sangkut x dpt renew roadtax... kalau setakat saman yg biasa2 tuh next time boleh bayar.. tetapi sekarang ada diskaun elok lah byar semua... after 1 march akan balik ke harga asal....

Intanmahsuri
25-02-11, 11:05 AM
Diambil dari MYEG

ANNOUNCEMENT FROM PDRM:

1.)ALL SUMMONS ISSUED ON OR BEFORE 30/11/2010

* Reasonable rates will be given in all payment through (RMP counter, post office and internet).

2.)ALL SUMMONS ISSUED AFTER 30 November 2010 INCENTIVES WILL BE GIVEN AS FOLLOW CONDITION:

* Summons paid within 15 days will be given incentives - 50% off from the compound rates.
* Summons paid within 16 - 30 days will be given incentives - 30% off from the compound rates.
* Summons will be blacklisted and maximum compound will be impose for summons which is not settle within 30 days.

a) Notices appeal not applicable as follows:

* All notices issued during Ops Sikap.
* All notices for traffic light offense.
* All notices for accident cases.
* All notices that have warrant of arrest.

shytan79
25-02-11, 12:41 PM
Stakat ni motor aku bru kena satu saman..ni berlaku tahun lepas.

Aku langgar lampu merah kat area Sogo.pusing2 kanan tengok pak polisi dah terpacak tengah saman motor parking x betul. Sambil dia dok isi form saman berpandukan IC aku yg dia ambik sempat lg interview aku keja aper,asal mana(memandang plate motor aku pn bukan asal KL),nk gi mana..aku pun ngan tulus ikhlas tunjukla surat pinjaman pendidikan mara aku kat dia.cakap aku tengah cari bangunan pejabat mara nak setel utang pinjaman tertunggak.

Last2 dia kata lenkali jangan buat lagi.dia bg saman paling murah. xder side mirror.Pdhal motor aku complete smua side mirror hatta roadtax idup.dia cakap prepare je RM 50. Siap nasihat lg jgn tangguh lama2 bayar nnti masuk mahkamah lak.

*Alhamdulillah..dah setel bayar.

Admin
25-02-11, 06:04 PM
still dapat diskaun, tapi kena blacklist , tak boleh renew roadtax

let say ada 10 saman kena check betul2 dan paling diutamakan sila la bayar saman yg blacklist dahulu... sebab kemungkinan besar sangkut x dpt renew roadtax... kalau setakat saman yg biasa2 tuh next time boleh bayar.. tetapi sekarang ada diskaun elok lah byar semua... after 1 march akan balik ke harga asal....

So mana satu yang betol nih, dapat diskaun ker tak dapat nih ???

Senario saya berikan sekali lagi :

1) Ada 10 saman yang belum dibayar setakat hari ini 25/2/2011
2) Semua saman adalah saman yang lama, paling latest pon bulan 10/2010
3) saya akan hanya membayar 3 saman pada 26/2/2011
4) balance tinggal 7 saman yang masih belom dibayar
5) apabila tibanya bulan 3, kuatkuasa telah bermula

Soalan : Adakah selepas itu , kesemua balance 7 saman lama saya

a) masih mendapat diskaun 50% tetapi nama saya blacklist
b) 50% itu telah hilang dah saya perlu bayar full amount dan masih blacklist jika belom bayar

Jawapan : __________ (3 markah )

Retiree01
25-02-11, 06:21 PM
Menurut Tuan Inspektor yang saya tanya.. selepas 28hb February 2011 tiada lagi diskaun untuk saman saman yang anda ada sekarang.

bermula dari 1 hb March2011.. semua saman boleh kompaun yang dibayar dalam jangka masa 60 hari akan diberikan diskaun sewajarnya..mengikut berapa cepat kita membayar saman itu.contoh kalau kita bayar dalam 15 hari ..diskaun dia lagi tinggi kalau kita bayar selepas sebulan..tapi kadar tu belum di tetapkan.

berikut adalah senarai kadar kompaun yang baru.

http://www.aidareez.com/download/New%20Traffic%20Summon%20Tariff.pdf

P/S: terima kasih Aidarezz

starz
25-02-11, 07:57 PM
starz nak mintak guide menggunakan myeg service... dah klik kat proceed payment pastu klik kat fpx tak jadi ape pun...

PeeJay
25-02-11, 09:09 PM
Tuan admin ... Jelas dinyatakan ... Discount bayaran hanya boleh dinikmati sehingga 28 Feb 2011. Lepas tu harga biasa.. Kalu saman bernilai RM150 hari ni selepas discount akan jadi RM300 plus black list!
Dalam buletin TV3 pun ada remind jap sat ni... "Tinggal 3 hari lagi utk anda menjelas bayaran saman dgn kadar diskaun.. Jgn tunggu sehingga saat akhir"..

Starz... Myeg hari ni jammed giler.. Tak boleh nk masuk.. Cara guna.. Just simple register.. Dan ikut arahan seterusnya.. Selain myEG .. Boleh juga menggunakan www. Relek.com utk semak dan bayar saman.

P/s : kesemua saman saya dah settle.. Terima kasih doc holiday...Nanti kita up TT belanja.. makan

abgbesar
26-02-11, 12:45 AM
lakhnat betul la... aku ada RM1600 saman.... uwaaa!! esok kena bgn awal pergi bayar.... arrrgghh... habis laaa sebulan gajiii....

starz
26-02-11, 11:11 AM
Tuan admin ... Jelas dinyatakan ... Discount bayaran hanya boleh dinikmati sehingga 28 Feb 2011. Lepas tu harga biasa.. Kalu saman bernilai RM150 hari ni selepas discount akan jadi RM300 plus black list!
Dalam buletin TV3 pun ada remind jap sat ni... "Tinggal 3 hari lagi utk anda menjelas bayaran saman dgn kadar diskaun.. Jgn tunggu sehingga saat akhir"..

Starz... Myeg hari ni jammed giler.. Tak boleh nk masuk.. Cara guna.. Just simple register.. Dan ikut arahan seterusnya.. Selain myEG .. Boleh juga menggunakan www. Relek.com utk semak dan bayar saman.

P/s : kesemua saman saya dah settle.. Terima kasih doc holiday...Nanti kita up TT belanja.. makan

dah mencube berkali2.. mungkin some of the script dah block dek kom ni so kekadang takleh nak bekerjasama ngan side tu... takpelah... pagi org umah try p byr kat pos.. kalau takleh ke q panjang ke maklumlah org umah jalan berdua tak lalu berdiri lame2, dapat advice dari cik ctie supaya minta tlg ngan saudara doc holiday.. tgklah kalau2 saudara doc holiday bole membantu last2 minit ni...

Retiree01
26-02-11, 01:34 PM
Myeg kalau guna maxis sejak dari 3 hari lepas x boleh masuk uhuhuhu..
kalau nak bayar kat pejabat pos..kena ade senarai saman dulu..diorang x boleh nak semak kan saman. back to square one.

MyEG down ..so ada harapan akan ada extension keh keh keh...

starz
26-02-11, 03:46 PM

Dah selamat bayar kat pos pagi tadi.. org umah p byrkan kan.. bg no ic ngan no kete je.. skang depa dah bole pegi terus kat server pdrm...

persoalannya skrg.. kalau kite tak byr lg saman blacklist cam saman parking tu pun nanti kene blacklist gak ke..?

pakupakis
26-02-11, 07:27 PM
aku check semalam kat myeg.. tak de diskaun pun.. 300 gak kena..
adakah disebabkan tarikh saman tu pada bulan januari 2011?

brew
26-02-11, 07:36 PM
aku check semalam kat myeg.. tak de diskaun pun.. 300 gak kena..
adakah disebabkan tarikh saman tu pada bulan januari 2011?
Kereta baru memang dia saman.kekekeke

shyme
26-02-11, 07:44 PM
aku check semalam kat myeg.. tak de diskaun pun.. 300 gak kena..
adakah disebabkan tarikh saman tu pada bulan januari 2011?

kena g kaunter baru ada diskaun. Tu pasai org dok beratuq panjang nak bayaq saman.. ekeke...

Sempoi
27-02-11, 10:53 PM
aku baru je bayar saman thru my eg...
ada 5 saman...cost ada la rm800...semua speeding...
add rm10 for transaction pakai my eg...
wat duit la my eg gak...
serabai...ada ke wat jalan elok2...kene lari 70km je..terlajak..kene la saman..aduhaiiiiiiii...
udup kerajaan BN

axxan
04-03-11, 09:43 AM
guys, aku belum bayar saman aku lagik.. hampeh tul.. tapi tu bukan point nye, pointnye skang ni,
kereta aku skang ni atas nama adik angkat aku, rotek da nak mati 7hb mac ni.. tapi dia lum bayar saman dia.. (masih hutang dgn bank keter ni), and semalam check online, kereta ni ada saman dari tahun 2006-2009, tapi adik angkat aku ni beli kereta ni dari used car tahun 2010, (aku rasa semua saman tu adalah saman ekor, sebab kebanyakannya speeding)
soalan
1. boleh ke aku renew rotek kalau adik angkat aku ni tak bayar saman lagi?
2. boleh ke aku renew rotek kereta tu sebab saman semuanya tahun 2006-2009 iaitu sebelum beli kereta dari used car..
TOLONG!!!

wahlaue
04-03-11, 09:48 AM

1. Boleh renew kalau tiada saman yg diblacklist. Ada saman tidak semestinya blacklist. Check kt http://myeg.com.my/. Kat situ boleh tgk blacklist atau tidak

2. Saman biasanya tie kepada IC. Kalau beli kereta yg ada samam, akan balik jugak kepada onwernya sebelum ni. Kereta I dulu yg saman banyak yg sudah I jual, masih lagi ikut I when I key in my IC.

axxan
04-03-11, 10:14 AM

tapi since polis akan senaraihitam orang yang belum bayar saman selepas 10hb, maka, aku masih boleh renew roadtax la kan sebab rotek mati 7hb, bukan 10hb kan?
sebab haritu (tahun lepas) check kat rilek.com.my, takde pun saman, tiba2 malam tadi cek semula guna sms (15888) ada 7 saman total RM14xx.xx.. pelik tul.. tapi rasanya tu saman ekor ekor ah.. ekor ekor ih.. hilang gigi tinggal gusi la tuh...

wahlaue
04-03-11, 10:25 AM
tapi since polis akan senaraihitam orang yang belum bayar saman selepas 10hb, maka, aku masih boleh renew roadtax la kan sebab rotek mati 7hb, bukan 10hb kan?
Betul.. seratus markah :Finger_fing22::Finger_fing22::Finger_fing22::Fing er_fing22::Finger_fing22:

PeeJay
04-03-11, 10:26 AM
Bro axxan.. Satu pertanyaan.. Kereta tu dah wat tukar nama ker belom? Kalu belom dan ada saman ekor atas nama owner tuh anda akan hadapi masalah berikut.
1. Tak dapat renew roadtax .. Kiranya owner tu di blacklist berdasarkan no IC termasuk dia memiliki saman kereta lain.
2. JPJ bagi kelonggaran idupkan roadtax utk 6 bulan sahaja, sehingga black list owner di bersihkan..

jemaing
04-03-11, 10:32 AM
Saya ada 8 saman...lebih kurang RM400..HM 1 saman..rm50..sume belum bayar..tapi saya percaya akan ada lubang untuk membayarnya dengan sedikit pengurangan..!

axxan
04-03-11, 10:34 AM
Bro axxan.. Satu pertanyaan.. Kereta tu dah wat tukar nama ker belom? Kalu belom dan ada saman ekor atas nama owner tuh anda akan hadapi masalah berikut.
1. Tak dapat renew roadtax .. Kiranya owner tu di blacklist berdasarkan no IC termasuk dia memiliki saman kereta lain.
2. JPJ bagi kelonggaran idupkan roadtax utk 6 bulan sahaja, sehingga black list owner di bersihkan..

Kereta masih hutang bank (tapi atas nama adik angkat saye, bukan lagi nama owner sebelum-sebelum ni, iaitu seorang pakcik n seorang askar) rasanya dia (adik angkat saya tu) ada blacklist sebab dia ni kaki rembat kat highway, so banyak saman dia adalah speeding n ada saman takde rotek.. takpe la.. nanti saya gi bank n try tanye, if OK, terus bayar utk renew rotek tuh..

PeeJay
04-03-11, 10:44 AM

Jikalau itu mcm, pak cik yg pakai kereta itu dah tak de kena mengena dah. Semuanya berkait dgn adik angkat bro..
Saman dan black list dia mmg tie dgn no iC dan current registered dlm system JPJ/ PDRM..
Rasanya boleh idup roadtax 6 bulan kalu saman blck list utk sebelum 10 march ni..

BT
04-03-11, 01:21 PM
Hari tuh mintak member tolong check saman.. Kesemuanya ada 16. Kebanyakkan daripadanya speed trap.

Yang saya ingat ada satu kerana langgar mat rempit. Padan muka dia. Puas hati aku walaupun aku kena saman. Ko langgar side mirror keta aku ada hati mau lari. Lama gila saman ni...Nanti kena settlekan...

Retired
04-03-11, 02:17 PM
Ada beberapa member aku kata kalau nama kena blacklist, susah nak buat road tax....ada jugak member kata masih boleh buat tapi hanya boleh renew roadtax untuk 6 bulan sahaja. sebelum aku dapat kete baru hari tu agak kecut jugak sebab takut road tax hanya dapat 6 bulan walhal bayar kat dealer kete untuk setahun (r/tax). last2 keluar kete tengok road tax untuk setahun. terima kasih bebanyak JPJ :)

saman2 aku adalah seperti berikut:

1) Expired LKM/No insurance coverage - RM600 (20/10/2010)
2) Speeding - RM 300 ( 17/11/2008)
3) Disobeying traffic sign - RM100 ( 10/6/2008)
4) Expired LKM/No insurance coverage - RM 600 - (18/7/2007)
5) No Entry - RM 100 (18/1/2006)

p/s salah satu rekod kereta di atas jalan tanpa r/tax dan insurance iaitu selama 3 tahun 6 bulan

kesimpulannya?? kalau boleh still jangan bayar hahahha

selim
04-03-11, 02:21 PM
Cibai, saya baru saja kena satu saman.

Tarikh: 8hb Mei 2011
Tempat: Oversea Restaurant, Subang Parade
Waktu: 7.00pm

Ini kena bayar berapa saman?

Retired
04-03-11, 02:47 PM
Cibai, saya baru saja kena satu saman.

Tarikh: 8hb Mei 2011
Tempat: Oversea Restaurant, Subang Parade
Waktu: 7.00pm

Ini kena bayar berapa saman?

saman parking? how you can kena saman there?? there can speed? now hard to check through online...everytime will come DATABASE UPDATING ....niama !

wahlaue
04-03-11, 02:59 PM
saman parking? how you can kena saman there?? there can speed? now hard to check through online...everytime will come DATABASE UPDATING ....niama !

Ni saman orang kahwin ... hahaha

shamtpg
04-03-11, 03:14 PM
Hari tuh mintak member tolong check saman.. Kesemuanya ada 16. Kebanyakkan daripadanya speed trap.

Yang saya ingat ada satu kerana langgar mat rempit. Padan muka dia. Puas hati aku walaupun aku kena saman. Ko langgar side mirror keta aku ada hati mau lari. Lama gila saman ni...Nanti kena settlekan...

yup...gue masih ingat waktu tu..
muka u pon merah mcm baru lepas doggie...hehe

brew
04-03-11, 03:58 PM
Cibai, saya baru saja kena satu saman.

Tarikh: 8hb Mei 2011
Tempat: Oversea Restaurant, Subang Parade
Waktu: 7.00pm

Ini kena bayar berapa saman?
Ini saman apa? saya pon mau ini saman bulan 5 saya free tuan.

selim
04-03-11, 04:30 PM
Ini saman apa? saya pon mau ini saman bulan 5 saya free tuan.

Itu saman Saudara kahwin. hahahha

turbomania
04-03-11, 06:41 PM
aku pemadu berhemah. keke.. takat ni baru kena satu saman. rm300 kene speed trap. tp dah clear dah.

cikadikmanis
05-03-11, 12:08 AM
Sakit ati betul la..
pandai je guna keta orang... dah kena saman.. buat tak tahu je..
last-last aku jugak yang bayo.. ingat bayo dengan air liur ke?
Moral of the story: dun be tooooo nice...

sam261079
05-03-11, 12:03 PM
Alhamdulilah syukur 24 saman had laju yang terkumpul sejak tahun 2001 - 2010 telah selesai dengan jayanya , terasa umpaman Bayi yang baru lahir sesuci sehening subuh suria , bagaikan kain putih yang belum dicemari ...

selim
07-03-11, 11:44 AM
Sakit ati betul la..
pandai je guna keta orang... dah kena saman.. buat tak tahu je..
last-last aku jugak yang bayo.. ingat bayo dengan air liur ke?
Moral of the story: dun be tooooo nice...

Hi, CAM, lama tak jumpa. nak hadir Annual Dinner tahun ini?

terunasuci
07-03-11, 01:44 PM
Ni bukan tipu, ni betul2...

Kalau takut kene saman, buat macam mamat ni...renew roadtax sampai 7 keturunan tu...tak payah pening2 kepala......

starz
08-03-11, 12:46 PM
Ni bukan tipu, ni betul2...

Kalau takut kene saman, buat macam mamat ni...renew roadtax sampai 7 keturunan tu...tak payah pening2 kepala......

bole ke camtu..? wakakakakaka
kete pun dah jadi debu...

axxan
09-03-11, 08:49 AM
Just update utk info sesama..
Memang ada masalah untuk renew rotek if penama (adik angkat aku tu) masih lum settle saman dia especially saman yang berstatus blacklist.. so, lepas aje dia settlekan saman dia, baru leh reneq rotek walopun sebelum 10hb.. 10hb tu hanya lanjutan utk bayaran saman..

Jikalau itu mcm, pak cik yg pakai kereta itu dah tak de kena mengena dah. Semuanya berkait dgn adik angkat bro..
Saman dan black list dia mmg tie dgn no iC dan current registered dlm system JPJ/ PDRM..
Rasanya boleh idup roadtax 6 bulan kalu saman blck list utk sebelum 10 march ni..

cathaizd
22-03-11, 12:51 PM
bro..juz nak taanyer...aku ader 11 saman..5 blacklist and 6 no blacklist..kalau aku bayar blacklist je boleh renew roadtax tak?

xpmen
22-03-11, 11:33 PM
bro..juz nak taanyer...aku ader 11 saman..5 blacklist and 6 no blacklist..kalau aku bayar blacklist je boleh renew roadtax tak?

kena settle semua, kalau tak renew rodtax problem

sunyum
24-05-12, 07:36 AM
Tujuan thread di up kan ... bukan riak nak tunjuk kedegilan melanggar undang-undang jalanraya sehingga mengumpul saman trafik yg banyak dan tak mahu bayar.
Tapi ingin kongsi jumlah saman dan denda yg dikenakan supaya menjadi ingatan dan tauladan supaya menjadi pemandu berhemah, mematuhi undang-undang.

Berkenaan PDRM akan bertegas, tarikh 28 Feb 2011 adalah tarikh akhir membayar saman yg tertunggak, semua kelam kabut menyemak jumlah saman dan denda masing2. Saya pun tak ketinggalan tergolong dalam spesis manusia yg liat nih.

Selepas 1 March 2011, tiada lagi discount untuk kompaun kesalahan jalan raya, dan pengguna yg berdegil tidak menjelaskan tunggakan saman akan disenarai hitam serta merta. Impaknya ... tak boleh sambung roadtax.. dan PDRM akan membawa kes ke mahkahmah. So ... siap la untuk digari!!!!

Setelah kesedaran timbul, saya buat semakan saman .. jumlah adalah seperti berikut:
1. Saman Kereta pertama Honda - 7 Saman
2. Saman Kereta kedua Perdana - 9 Saman
3. Saman Kereta ketiga AD Resort (sudah dijual) - 4 saman
4. Saman Kereta keempat Proton Saga (saya pun lupa saya pakai ke kereta ni) - 1 saman.
Jumlah = 21 saman (denda selepas discount = RM1810

kereta HM:
1. Kancil Turbo - 5 saman berjumlah =RM550

Kereta skandel (ditarik balik selepas putus hubungan)
1. Honda City - 11 saman berjumlah RM1120

Hahhhh tuh dia ... kesemuanya saman ekor .....

Tengok bertapa seriusnya kerajaan nak kutip hasil dari rakyat!!!!!

Anda pula bagaimana?????:icon_scared:

nak settle saman boleh contact dgn saya... hari ni ada promosi

SWorks
19-08-12, 05:14 PM
Setakat ni, jumlah saman yg ada utk diri aku berjumlah myr2300 utk 3 bijik kete yg aku dah pakai..kete lama yang dah barai pun ada lagi saman..hahaha.

Tapi Alhamdulillah, setakat ni aku x pernah lagi ada masalah nak renew roadtax..

Note: rasa2 musim raya ni, bertambah lagi koleksi saman aku sbb AES dah mula kuatkuasa..

Sent from my BlackBerry 9900 using Tapatalk

zen akuma
17-09-12, 03:14 AM
saman... fuhhh... last week check online. total saman RM630. 2 speed trap. lain2 semua parking. and from all those saman, only 1 speed trap caused by me. lain2 sume my sibling punye keje cos motorbikes and another car was under my name. since xkene black list so biar dulu ar. ada extra cash aku suh kawan aku tlg settle kan. that's what he promised me.

zalia
17-09-12, 11:29 AM
Saman oh saman....... masa bawak tu x beringat tapi bila dh samapi surat saman tu baru nak menyesal........ penah gak kena saman angkara org lain.... masa tu adik yg bawak keta tapi apekan daya...... adik sendiri..... klu adik org lain tu harus tuntut smpi lubang cacing...... hehehhehehhe

hornyguy
18-09-12, 08:13 AM
aku ada 2 saman, bulan 9 tahun lepas(kete lama) dan bulan 9 tahun ni(kete baru),raya ke 5 ... ada speed trap tembak belakang kete ker? bukan ke biasa diaorg tembak arah depan...

Sent from my GT-I9100G using Tapatalk 2

zen akuma
18-09-12, 03:50 PM
skang speed trap pkai canggih punye camera. depan ke blakang ker, derang apa kire. psl blh proof dgn snapshot photo.

zen akuma
18-09-12, 03:53 PM
when ops selamat they said that all speed limit reduce 10km/h. means limit in highway from 110km/h reduced to 100km/h and possible to increase from RM300-RM2K of summons.

fergie77
19-09-12, 11:38 PM
hmmm.... saman trafik yg pernah aku terima dulu sebyk 7 saman.... in 1 year tau guys.... At that time, aku mmg kaki speeding... mau tak nye... bwk kete yg "engineered for fun"....

D Kong
21-09-12, 11:18 PM
Aku baru check dah ada 4 saman tahun ni, hadoi, bila check ikut no keta baru prasan keta yg aku pakai kena speed trap 1 ja, lagi 3 kena kat keta yg aku juai kat adik aku, tak tukaq nama lg, hantu betui, hang tak bayaq saman aku tak mau renew roadtax hang! Padan muka hang!

Sent from my GT-P6200 using Tapatalk 2

PeeJay
15-11-12, 11:40 PM
Saman AES dah ada 2 ... Satu Honda City .. Satu Honda accord...

98915

98916

terunasuci
20-11-12, 08:44 AM
Saman AES dah ada 2 ... Satu Honda City .. Satu Honda accord...

98915

98916

Just nak tau, 2 saman ni kena berapa ratus?

laparpowatakungsi
22-11-12, 11:08 PM
kalau saman speed trap berapa ratus weh??
150 ke??
Aku kena tembak kat NKVE dia tulis 150.. bukan biasenye 300 ke?