View RSS Feed

chochobi

Aku dan Amax...

Rate this Entry
Hari ni genap dua hari aku cuba menggunakan perkhidmatan Amax Wimax di Gombak nie.. Mengikut semua maklumat dari research yang telah aku lakukan sebelum mendaftar hari tuh.. kawasan tempat aku tinggal nie mmg dalam kawasan liputan perkhidmatan mereka. Tujuan asal sebenar aku mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan Amax ini adalah untuk menggantikan perkhidmatan P1 yg aku gunakan sekarang nie (RM 99 sebulan, 1.2 Mbps dgn 20GB caps). Bukan nak kata yang P1 ni tak bagus, tapi aku tak berpuas hati pasal quota 20GB sebulan tuh...

Setelah puas mencari agen akhirnya aku terpaksa mendaftar menggunakan agen kawasan PJ. Agen Gombak dgn Lowyat cam bangang jer. Asik takder stok la apa lah.. jadi terpaksa la aku travel jauh skit untuk mendaftar. Agennya agak friendly dan ok.. syaratnya mudah.. bayar duit pakej dan satu copy IC.. borang isi on the spot.. aku pon bayarla RM118 (pakej 1.5 Mbps tanpa caps).. agen tu memberi jaminan pulangan wang dalam masa 7 hari kalau aku tak puas hati.. jadi ni dah hari kedua.. rasa cam tak puas hati jer.. wakakaka...

Setelah puas buat testing Speedtest, Pingtest dan lain2 test.. aku dapati servis Amax ni agak dissapointing tapi byk potential. Speedtest result selalu constant between 1.2 ker 2.0 Mbps. Pingtest pon ok.. dapat gred B.. tapi malangnya connection ker internet penuh dgn masalah... nak bukak webpage lambat... nak buffer Youtube pon lambat.. ari ni aku nak bukak google pon kena refresh dua tiga kali.. ping test yg aku buat sendiri ker google agak stabil tapi ping latency tinggi lebih kurang 200ms purata dia.. yang paling panas sekali ialah.. aku tak boley connect to MAG server (game PS3).. aku dah try tukar macam2 option pon sama gak.. begitu jugak dgn surfing speed.. takder perubahan.. lagi teruk ada la hari ni..

Jadi kesimpulan yang aku boleh buat ialah connection tu Amax network ni mmg bagus. Amat2 stabil sebab time hujan semalam pon tak drop.. tapi aku rasa masalah linkup ke internet yang membuatkan online aktiviti jadi slow walaupun network speed ok.. Esok aku nak call agen tu.. nak return balik modem.. nampak gayanya aku kena gi upgrade gak P1 pakej aku nie ke pakej business plak lepas nie (RM 159 sebulan no caps)...
Tags: None Add / Edit Tags
Categories
Uncategorized

Comments

  1. landmark1123heavy -
    landmark1123heavy's Avatar
    Ramai org kata streamyx sucks!!!
    Tidak seperti dulu, akhir-akhir ni di kawasan aku (di rumah akceli) semuanya dikatakan stabil..
    Bagi aku streamyx lebih matang berbanding yg lain..
    I'll stick with it.
    Dont trust what u see, but believe what u feel... hehe