Tembung
by
, 26-08-10 at 09:08 PM (737 Views)
surr...krekk...kedengaran bunyi kereta melungsur dan membrek secara tiba-tiba di petak parkir agak dua meter dari kereta rakanku. Aku duduk di bangku belakang sekadar mengeleng kepala melihatkan telatah pemandu Pesona dengan plat Kuala Lumpur itu.
Fokusku yang tersasar sebentar tadi kualihkan kembali ke telefon bimbitku; memeriksa pesanan teks yang belum disemak. Sudah 5 mesej masuk. Tiba-tiba Mat menguis-nguis lenganku "Awang, hoi!" Bibirnya dimuncungkan ke arah Proton Pesona tadi. Susuk tubuh wanita dapat kuperhatikan sedang membuka menuju ke bonet keretanya itu. Bersut pejabat dengan singlet tank-top turqoise menampakkan lurah dan dua bukit keramatnya yang rasanya tidak mampu kugenggam sekalipun dengan kedua-dua tanganku ini. Sekalipun tidak ramping; bolehlah dikatakan "padat". Lebih mengiurkan; apabila wanita itu mengangkat lengan kanannya untuk membuka bonet. Terserlahlah bahagian lengan kanannya. Wanita berkulit sawo matang itu ternyata begitu teliti. Ini terbukti apabila kawasan bawah lengannya yang tidak kelihatan sehelai bulu pun. Aku perhatikan seketika perlakuannya mengambil beg dari bonet kereta; mataku tertumpu kepada bahagian atas pusatnya. Cukup untuk kukatakan bahawa kecantikan tubuh badannya hanya muncul sekali dalam 10 tahun.
Entah mengapa bila matanya bertembung dengan mataku; aku dengan tidak disedari memalingkan pandangan kekiri. Selalu juga aku begini bila bertembung mata dengan wanita yang cantik pada mataku.
Entahlah...Ingin kutegur, terasa diri tak layak.









