View RSS Feed

XMen

Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku

Rate this Entry
Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
  • Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
  • Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Bagaimana ia boleh berlaku:
  • Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
  • Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
  • Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
Langkah-langkah keselamatan dari ragut:
  • Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  • Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.
Coretan dari RMP...

Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to Facebook Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to Digg Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to del.icio.us Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to StumbleUpon Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to Google

Tags: None Add / Edit Tags
Categories
Uncategorized

Comments